Penentuan polisi kerja rumah oleh pentadbir sekolah
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Penentuan polisi kerja rumah oleh pentadbir sekolah

on

  • 1,128 views

 

Statistics

Views

Total Views
1,128
Views on SlideShare
1,128
Embed Views
0

Actions

Likes
2
Downloads
40
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Upload Details

Uploaded via as Adobe PDF

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

Penentuan polisi kerja rumah oleh pentadbir sekolah Penentuan polisi kerja rumah oleh pentadbir sekolah Document Transcript

  • Penentuan polisi kerja rumah oleh pentadbir sekolah ͟͠͞͡1PENENTUAN POLISI KERJA RUMAH OLEH PENTADBIR SEKOLAHAhmad Zafiru bin Mat Yassin, Penolong Pengarah SainsSektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Negeri PahangMesyuarat JK Kurikulum Jabatan Pelajaran Negeri Pahang16 April 2013, BTPN Negeri Pahang.Abstrak: Sejak dahulu lagi kerja rumah sentiasa dikaitkan dengan sekolah; dengankepercayaan bahawa kerja rumah memberi faedah kepada murid. Banyak kajian telahdilakukan oleh penyelidik di dalam dan di luar negara untuk mencari perkaitan danhubungan yang dapat menyatakan dengan tepat kesan kerja rumah pada pencapaianakademik murid. Dalam kepercayaan bahawa kerja rumah merupakan antara pasak yangmemperkukuhkan pembelajaran dan pencapaian murid, faktor kepimpinan kurikulum,penyeliaan pengajaran dan pengajaran berkualiti dan pendekatan pengurus kurikulumyang lebih menitikberatkan hubungan interpersonal juga telah diselidiki. Perdebatan tanpakesudahan antara pihak yang menyokong kerja rumah dan pihak yang mahu memansuhkankerja rumah akan sentiasa mencabar keintelektualan warga pendidik. Tujuan kerja rumahdiberikan dan bagaimana murid menghayati kerja rumah untuk membentuk kefahamanadalah kunci keberkesanan kerja rumah. Penyemakan kerja rumah yang diberikan dignitioleh guru yang profesional adalah proses yang menyokong perkembangan pembelajaranmurid menerusi kerja rumah. Tetapi, kunci kepada kecemerlangan murid adalahPengajaran dan Pembelajaran berkesan yang berlaku di dalam bilik darjah.1. TujuanKertas kerja ini bertujuan untuk menarik perhatian Mesyuarat JawatankuasaKurikulum, Jabatan Pelajaran Negeri Pahang yang bersidang pada 16 April 2013 diBahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pahang kepada Kerja Rumah yang menjadirutin bagi sekolah-sekolah, supaya keberkesanan kerja rumah menjadi inti patimengapa ia diberikan kepada murid. Perkara-perkara yang berkaitan dengan kerjarumah seperti perancangan dan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)yang berkesan, perancangan tugasan dan kerja rumah, penyemakan kerja rumah yangbersegera dan tuntas serta penyeliaan buku latihan hendaklah diberi tumpuan yanglebih serius jika masa yang dihabiskan oleh murid terhadap kerja rumah mahudimanfaatkan sepenuhnya.2. PengenalanKerja rumah merupakan satu aktiviti PdP yang telah lama dipraktikkan dan harusdikaji keberkesanannya. Kerja rumah boleh diertikan sebagai kerja atau tugasan yangdiberikan kepada murid oleh guru di sekolah untuk disiapkan atau dipanjangkan padawaktu di luar persekolahan. Bagi sesetengah murid, kerja rumah mendorong merekauntuk menyiasat, meneroka serta mengkaji. Ini kerana kerja rumah diberikan untukmenghubungkan secara terus pelajaran yang dipelajari di dalam kelas. [1]
  • Penentuan polisi kerja rumah oleh pentadbir sekolah ͟͠͞͡2Dalam perkembangan terkini, negara-negara maju mula menilai semula kerja rumah.Di satu pihak ibu bapa langsung tidak mahu anak dibekalkan dengan kerja rumah, atasalasan gaya kehidupan masa kini telah mengambil terlalu banyak masa, dan kerjarumah akan mengehadkan masa interaksi keluarga. Presiden Perancis, FrancoisHollande mahu mengharamkan kerja rumah, atas alasan pelajar dari keluarga miskintidak mendapat kesaksamaan peluang dibimbing oleh ibu bapa di rumah. Di negaraitu, semua murid sekolah rendah tidak boleh diberikan kerja rumah sejak tahun 1956lagi.[2]3. Keperluan kerja rumahRichard Walker dan Mike Horsely [3] melalui buku Reforming Homework: Practices,Learning and Policy, ketika mengupas persoalan adakah kerja rumah relevan dalamkonteks masa kini, menekankan motif pemberian sesuatu kerja rumah itu dan adakahobjektifnya telah tercapai jika murid menyiapkannya? Menurut mereka kebanyakankajian empirikal bertumpu kepada tiga isu utama, yakni sama ada kerja rumah:a. Memperkasakan pembelajaran murid?b. Membantu murid membentuk kemahiran seorang pelajar yang berdikari danterarah kendiri? (independent and self-directed learner).c. Telah melibatkan ibu bapa dalam aktiviti pendidikan anak mereka dengan carayang memberi faedah?(Nota: Presiden Perancis, seorang sosialis, mahu memansuhkan kerja rumahkerana murid dari keluarga kurang berkemampuan dilihat tidak mendapatpeluang yang saksama untuk menerima bimbingan ibu bapa mencadangkan agarmasa persekolahan ditambah pada hari rabu sehingga masa makan tengah hari.Buat masa ini murid di Perancis bersekolah empat hari: Isnin, Selasa, Khamis danJumaat).Setelah meneliti dan membuat penilaian terhadap bukti berdasarkan kajian-kajianberkenaan tiga isu di atas Walker dan Horsely membuat rumusan am seperti berikut:“Dari segi pencapaian akademik, kerja rumah tidak berfaedah kepada kanak-kanakdalam tahun-tahun awal persekolahan, faedah yang terlalu kecil kepada murid dalamtahun-tahun akhir sekolah rendah, faedah yang kecil kepada pelajar sekolahmenengah rendah dan faedah yang ketara kepada murid sekolah menengah atas.Kajian yang boleh dipercayai menunjukkan bahawa menghabiskan lebih masa untukkerja rumah dikaitkan dengan murid pencapaian rendah; dapatan ini dikukuhkanoleh kajian yang menunjukkan bahawa di negara-negara yang menekankan kerjarumah, pencapaian murid dalam ujian-ujian pencapaian antarabangsa adalah rendah.
  • Penentuan polisi kerja rumah oleh pentadbir sekolah ͟͠͞͡3Kemahiran belajar terarah kendiri yang dikaitkan dengan kerja rumah berlaku apabilaibu bapa membantu murid-murid sekolah rendah tahap 2 (upper primary) danmenengah rendah menyiapkan kerja rumah. Pelibatan ibu bapa dengan kerja rumahanak boleh memberi kesan baik atau menjejaskan. Pelibatan ibu bapa menjejaskanmurid apabila ibu bapa terlalu mengongkong dan campur tangan (menyudahkan kerjarumah bagi pihak anak?) secara berlebihan. Kesan berlaku motivasi apabila ibu bapamemberi autonomi dan menyokong suasana pembelajaran anak-anak.Menurut kedua-dua penyelidik ini, kerja rumah yang menekankan pengulangan danlatihan perlu dikurangkan. Kerja rumah sepatutnya menjadi penghubung antara sekolahdan komuniti. [4]4. Kajian antara kerja rumah dan pencapaian akademik dalam kalangan pelajar darikelas premier di dua buah sekolah.Kajian dijayakan oleh Yeo Kee Jiar dan Ainul Hakimah Karim, dari Fakulti PendidikanUTM pada tahun 2011. Ia melibatkan murid tingkatan dua dari kelas premier di SMKSri Skudai dan SMK Taman Mutiara, Skudai, Johor Baharu.4.1 Objektif kajiana. Mengenal pasti hubungan antara peruntukan masa untuk membuat kerjarumah bagi mata pelajaran Matematik, sejarah dan Bahasa Inggerisdengan pencapaian akademik pelajar.…the following broad conclusions can be drawn. In terms of academicachievement, homework has no benefit for children in the early years ofprimary school, negligible benefits for children in the later years of primaryschool, weak benefits for junior high school students and reasonablebenefits for senior high school students.Sound research has demonstrated that spending more time on homeworkis associated with lower student achievement; this finding iscomplemented by research showing that in countries with high homeworkdemands, student performance on international tests of achievement ispoor. Self-directed learning skills are associated with doing homework butthe research indicates that the development of these skills occur whenparents are able to assist upper primary and junior secondary schoolstudents with their homework.Parental involvement in their children’s homework activities can be bothbeneficial and detrimental. It can be detrimental when the parents areover-controlling or interfering, but can be beneficial to student motivationwhen parents provide autonomy and a supporting environment for theirchildren.
  • Penentuan polisi kerja rumah oleh pentadbir sekolah ͟͠͞͡4b. Mengenal pasti hubungan antara jenis kerja rumah bagi mata pelajaranMatematik, Sejarah dan Bahasa Inggeris dengan pencapaian akademikpelajar.c. Mengenal pasti hubungan antara pengelolaan guru terhadap kerja rumahbagi mata pelajaran Matematik, Sejarah dan Bahasa Inggeris denganpencapaian akademik pelajar.4.2 Fokus kajiana. Peruntukan masa untuk menyiapkan kerja rumahb. Kerja rumah jenis ulang kajic. Kerja rumah jenis persediaand. Kerja rumah jenis penerokaane. Cara pengelolaan guru semasa pemberian kerja rumahf. Cara pengelolaan guru setelah kerja rumah disempurnakan4.3 Rumusana. Peruntukan masa yang banyak untuk menyiapkan kerja rumah belumdapat dibuktikan untuk meningkatkan pencapaian pelajar dalam matapelajaran Matematik, Bahasa Inggeris dan Sejarah.b. Kerja rumah jenis ulang kaji mempunyai hubungan signifikan yang lemahdengan pencapaian pelajar bagi mata pelajaran Matematik dan Sejarah,masing-masing dengan indeks korelasinya 0.342 dan 0.203.c. Kerja rumah jenis persediaan menunjukkan hubungan yang lemah bagimata pelajaran Matematik dengan nilai r=0.215, manakala kerja rumahbagi mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Sejarah, didapati masing-masingtiada hubungan dengan pencapaian akademik.d. Kerja rumah jenis penerokaan tidak menunjukkan hubungan denganpencapaian akademik bagi ketiga-tiga mata pelajaran itu.e. Mata pelajaran Matematik menunjukkan hubungan sederhana kuat bagikedua-dua cara pengelolaan guru (semasa dan selepas kerja rumahdiberikan). Mata pelajaran Sejarah menunjukkan hubungan yang lemahf. Kerja rumah tiada sebarang hubungan dengan pencapaian dalam matapelajaran Bahasa Inggeris bagi keseluruhan enam aspek yang dikaji.5. Kajian Kementerian Pendidikan United Kingdom – disiarkan oleh akhbar TheGuardian, Khamis, 29 Mac 2012. [5]5.1 Kajian utama yang dilakukan oleh ahli akademik dari Institut Pendidikan,Universiti Oxford dan Kolej Birkbeck, Universiti London menjejakperkembangan 3,000 murid prasekolah hingga ke umur 14 tahun, sejak 15tahun lalu mendapati bahawa menghabiskan masa lebih dari dua jamsemalam untuk kerja rumah boleh dikaitkan kepada pencapaian yang lebihbaik dalam Bahasa Inggeris, matematik dan sains. Selari dengan dapatan itu,murid yang menggunakan lebih tiga jam untuk kerja rumah adalah lebih
  • Penentuan polisi kerja rumah oleh pentadbir sekolah ͟͠͞͡5cemerlang. Kajian tersebut lebih tertumpu pada apa yang murid buat,berbanding banyak mana kerja yang sekolah tetapkan.5.2 Kerajaan baru United Kingdom telah memansuhkan garis panduan kerjarumah yang menentukan kuantiti kerja rumah bagi murid. Pemansuhan inibermaksud Guru Besar/Pengetua bebas menentukan polisi kerja rumah bagisekolah masing-masing.6. Hubungan kepimpinan pengetua dan kecekapan guru6.1 Hubungan kualiti penyeliaan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjahdengan efikasi guru dikaji oleh Nurahimah Mohd Yusof dan Rafisah Osmanpada tahun 2010. [6]a. Nurahimah Mohd Yusof dan Rafisah Osman, merumuskan bahawa kajiantelah membuktikan terdapatnya hubungan yang signifikan antara kualitipenyeliaan dengan efikasi guru.b. Faktor kemahiran interpersonal memainkan peranan yang paling pentingdalam mempengaruhi hubungan antara kualiti penyeliaan dengan efikasiguru. Oleh itu pengetua selaku penyelia pengajaran dan pembelajaranperlu mengutamakan kemahiran interpersonal bagi meningkatkan kualitipenyeliaan. Sekiranya kemahiran interpersonal pengetua tinggi, makakecekapan guru semakin meningkat.6.2 Hubungan kepimpinan pengetua dan kepuasan kerja guru dengan prestasipeperiksaan dijadikan kajian oleh Usang Anak Ngrambang, PhD., Abdul JawiAbnoh Sawi, PhD. dan Kamarudin Mansur. [7]a. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kepimpinan pengajaran pengetuadan kepuasan kerja guru mempunyai hubungan dalam kalanganresponden (guru di sebuah sekolah menengah di Sarawak). Dapatan inikonsisten dengan kajian terdahulu: Adam, 2005 – isu kepimpinanpengetua dengan iklim sekolah; Neil, 1994 – budaya sekolah dengankepuasan kerja guru; Ling, 1997 – hubungan tingkah laku pelajar dengankepuasan kerja guru, dan lain-lain.b. Peningkatan prestasi peperiksaan pelajar seharusnya menjadi prioritiutama dalam pengurusan kurikulum sekolah (Usang, memetik Fullan,2000). Seorang pengetua juga seharusnya mempunyai nilai peribadiseperti integriti, kredibiliti, kecekapan, disiplin dan amalan membuatrefleksi bagi menjamin pengurusan sekolah. (Memetik Mary, 2006).
  • Penentuan polisi kerja rumah oleh pentadbir sekolah ͟͠͞͡6c. Kepuasan kerja guru tidak seharusnya dipinggirkan bahkan patutdiutamakan dalam pengurusan kurikulum sekolah kerana ia memberiimpak terhadap prestasi pelajar.7. Latihan dan semakanLatihan, kerja rumah dan tugasan diberi untuk dua tujuan. Pertama, untukmeningkatkan kefahaman murid tentang pelajaran yang diajarkan di dalam kelas.Kedua, kerja rumah juga berperanan untuk menyumbangkan pencapaian yang tinggiterhadap sesuatu mata pelajaran. [8]7.1 Harris Cooper (2006) menegaskan bahawa kerja rumah boleh meningkatkanpencapaian ujian sumatif seseorang murid. Kerja rumah membawa kesan baikapabila jika diberikan pada kadar yang sesuai dengan umur, kebolehan dankecenderungan murid. Secara amnya, jumlah kerja rumah bagi murid sekolahrendah tidak membebankan dari segi masa menyiapkannya. Kerja rumah dantugasan diberikan untuk membentuk tabiat belajar dalam kalangan murid-murid yang masih muda. Bagi murid-murid sekolah rendah, kerja rumahmerupakan latihan persediaan menghadapi peperiksaan. Jumlah masamenyiapkan semua kerja rumah hendaklah kurang dari 90 minit sehari;melebihi masa ini kesan kerja rumah akan berkurangan. Bagi murid yangberada di sekolah menengah, kerja rumah berlegar sekitar 90 – 120 minit.Lebih daripada itu, kesannya mula menjadi negatif.7.2 Latihan diberikan sama ada untuk: pemulihan, pengukuhan atau pengayaan.Setiap latihan perlu disemak dengan segera secara teliti. Terdapat buktibahawa penyemakan latihan yang diikuti oleh komen guru akanmeningkatkan pencapaian murid dalam ujian sebanyak 31 % markah(Marzano, R.J dan Pickering, D.J. 2007, memetik Walhberg, 1999).7.3 Marzano juga memetik kajian Cooper, Robinson dan Patall (2006) yangmendapati bahawa hubungan antara jumlah kerja rumah yang disiapkan olehmurid dengan pencapaian mereka adalah positif dan secara statistiknyaadalah signifikan. Oleh yang demikian, bolehlah dirumuskan bahawa kerjarumah memberi kesan ke atas pencapaian murid.7.4 Bila kerja rumah menjadi beban? Bennett dan Kalish, 2006 (dipetik olehMarzano dan Pikckering, 2007), menegaskan kesan negatif kerja rumahapabila: kuantiti kerja rumah terlalu bayak dan kualiti kerja rumah tidakmembina pembelajaran murid.Menurut Kohn, A. (2006), melalui The homework myth: Why our kids gets toomuch of a bad thing. Cambridge, MA: Da Capo Press), guru-guru sepatutnyamemberi kerja rumah apabila ia memberi faedah kepada pembelajaran murid.
  • Penentuan polisi kerja rumah oleh pentadbir sekolah ͟͠͞͡7Bersetuju dengan Cooper dan rakan-rakan (2006) Marzano mencatat:pencapaian purata murid sebuah kelas yang diberi kerja rumah (yang sewajarbanyaknya) adalah sebanyak 23 peratus lebih tinggi berbanding pencapaianpurata murid sebuah kelas tanpa kerja rumah.Keberkesanan kerja rumah bergantung pada sebanyak mana murid berjayamenyiapkannya (bukan kepada banyaknya masa yang digunakan). Guru-guruperlu merancang kerja rumah dengan teliti supaya potensi kejayaan muriddapat ditingkatkan secara maksimum. Jelas, pemberian kerja rumahberbentuk latihan/kemahiran yang telah pun dikuasai oleh murid hanyamembebankannya. Contoh, memberi 200 soalan hasil darab merupakanderaan, sekiranya murid telah menguasai fakta asas pendaraban (sifir). Begitujuga, kerja rumah yang tidak dirancang dengan baik (tanpa fokuspembelajaran) hanya membazir masa berharga murid bersama keluarga.Guru boleh membentuk kemahiran merancang kerja rumah melaluipemerhatian kesan perubahan pada pencapaian murid.8. Kepentingan menyemak kerja rumah.[9]Beadle, P. (2012) menerangkan kepada penyemakan yang baik (decent marking)merupakan rahsia kepada perkembangan murid.8.1 Perkara utama sebelum memberi kerja ialah menentukan bahawa kerja rumahitu mendatangkan faedah kepada murid. Kerja rumah diberi atas kesedaranbahawa ia akan membentuk pembelajaran kepada murid. Apakah maknanyajika guru memberi tugasan kepada murid tetapi tidak menyemaknya?8.2 Integriti profesional. Guru yang membuat penandaan (penyemakan)meletakkan suatu simbol INTEGRITI PROFESIONAL. Maksudnya, guru telahmembaca, membuat penilaian dan meninggalkan nasihat, sokongan dandorongan bagi menjadikan murid lebih berjaya melalui kerja rumah tersebut.Jika guru tidak membaca atau menyemak dengan baik maka segala usaha yangditunjukkan oleh murid adalah sia-sia belaka.8.3 Satu cara mudah untuk mengesan kebagusan seseorang guru ialah denganmelihat buku latihan muridnya. Adakah kualiti kerja murid di permulaan bukulatihan bertambah baik seperti yang dilihat pada penghujung buku latihan.Semakan berkualiti membentuk sikap dan keperibadian akademik murid!8.4 Penyemakan berkesan memberi kebaikan berganda kepada murid danseterusnya mempertingkat profesionalisme guru.
  • Penentuan polisi kerja rumah oleh pentadbir sekolah ͟͠͞͡89. Perdebatan yang tiada berkesudahan.Kohn, A. (2006), merumuskan bahawa sehingga kini belum ada kata sepakat dalamkalangan pengkaji berkenaan kerja rumah. Pandangan mereka mengenai kerja rumahialah: a) mempunyai kesan positif, b) tiada kesan atau, c) memberi kesan yangkompleks. [10].9.1 Kohn memetik Mullis et al, 1998 halaman 114; yang mendapati perbandinganantarabangsa menunjukkan bahawa melaksanakan sejumlah kerja rumahmemberi pencapaian lebih baik berbanding tiada kerja rumah langsung, tetapimembuat sedikit kerja rumah memberi pencapaian yang lebih baik daripadamembuat terlalu banyak kerja rumah. Ini merupakan suatu hubungan“curvilinear”, bentuk U terbalik pada graf.9.2 Amalan memberi PdP berkesan dan memberi kefahaman yang terbaik kepadamurid merupakan penyumbang kepada pencapaian.10. Polisi kerja rumah Jabatan Pelajaran Pahang.10.1 JPN Pahang sendiri perlu mengetahui apakah kerja rumah memberi faedahdan kesan ke atas pencapaian murid dari segi :a) Masa melaksanakan kerja rumah – perlu sesuai dengan keperluan murid.b) Jumlah kerja rumah – disesuaikan dengan perkembangan kognitif murid.c) Semakan kerja rumah – segera, jitu, memberi maklum balas untukpenambahbaikan oleh murid semasa membuat pembetulan.d) Tiada sebarang polisi kerja rumah diamalkan oleh JPN Pahang, tetapi setiapguru telah diminta menyediakan Rancangan Pengajaran Tahunan yangmengambil kira kecukupan latihan bagi setiap topik yang diajar.e) Isu kelewatan penyemakan latihan, penandaan semberono dan kurangnyapemantauan penyemakan kerja semua murid merupakan perkara lazimyang ditemui dalam Audit Akademik.10.2 Kerja rumah masih relevan dengan senario pendidikan di negeri ini. Dapatandi barat adalah berdasarkan persekitaran pendidikan, sikap pihak berwajib,komuniti dan ibu bapa, budaya serta kemudahan pendidikan yang terdapatdi sana. Sehingga pendidikan kita mencapai tahap itu, mungkin kerja rumahperlu difikirkan sebagai elemen yang memberi faedah kepada murid. Guruperlu selektif memberi tugasan mengikut aras kognitif murid dan sedikitmencabar had kognitif tersebut. Tugasan yang terlalu tinggi akanmelemahkan motivasi murid.
  • Penentuan polisi kerja rumah oleh pentadbir sekolah ͟͠͞͡910.3 Perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah: Pengajaran danpembelajaran berkesan adalah kunci kepada pencapaian yang tinggi. Guruperlu membantu murid menguasai objektif PdP di dalam kelas melalui aktivitidan tugasan-tugasan yang membina yang bersesuaian. Ini memerlukan gurumerancang PdP dengan jelas dan bermakna.11. PenutupMelalui pendekatan yang berhemah, kerja rumah boleh dijadikan satu aspek yangampuh bagi mempertingkat pencapaian akademik murid. Semua pihak perlumengambil sikap yang terbuka mengenai polisi kerja rumah sesebuah sekolah yangtelah dirancang mengikut kesesuaian dan keperluan murid-murid dalam sesuatukelas. Kita perlu memahami bahawa sesuatu tindakan mungkin akan berkesan ke atassemua orang pada sesuatu masa, dan, mungkin semua tindakan yang kita ambil ituberkesan ke atas seseorang pada sesuatu masa. Kita juga patut tahu bahawa bukansemua tindakan akan berkesan ke atas semua orang pada setiap masa.Nota[1] Yeo Kee Jar & Ainul Hakimah Karim. (2011). Hubungan antara kerja rumah denganpencapaian akademik dalam kalangan pelajar kelas premier di dua buah sekolahmenengah. Journal of Educational Psychology and Counselling, volume 2 June 2011,halaman 28-50/ISSN:2231-735x[2] Cooper, Hans. (2012. French solution to excessive homework.http://abcnews.go.com/blogs/headlines/2012/10/french-president-proposes-banning-homework/[3] Richard Walker adalah Profesor Madya Pendidikan dan Kerja Sosial, Universiti ofSydney, Australia. Mike Horsely adalah Pengarah, Learning and Teaching EducationResearch Center di Australia.[4] Walker, R. dan Horsely, Mike. Should Australian schools ban homework? http://theconversation.com/should-australian-schools-ban-homework-10295. Dicetak 8 April 2013.[5] - (2012) Homework linked better school result.http://www.guardian.co.uk/education/2012/mar/29/homework-linked-better-school-results. Dicetak pada 08 April 2013.[6] Nurahimah Mohd Yusoff dan Rafisah Osman.(2010), Hubungan kualiti penyeliaanpengajaran dan pembelajaran di bilik darjah dengan efikasi guru. Asia Pacific Journal ofEducators and Education, Vol. 25, 53-71, 2010.
  • Penentuan polisi kerja rumah oleh pentadbir sekolah ͟͠͞͡10[7] Usang Anak Ngrambang, PhD., Abdul Jawi Abnoh Sawi, PhD. Dan Kamarudin Mansur.(2011 ). Hubungan kepimpinan pengetua dan kepuasan kerja guru dengan prestasipeperiksaan.[8] Canadian Council on Learning. (2009). A systematic Review on homeworkhttp://www.ccl-cca.ca/pdfs/SystematicReviews/SystematicReview_HomeworkApril27-2009.pdf[9] Beadle, P. (2012). The importance of marking.http://new teachers.tes.co.uk/news/importance-marking/45966. Dicetak 8 April 2013.[10] Alfie Kohn (2006). Does homework improve learning?http://www.alfiekohn.org/teaching/HWach.htm, Dicetak 8 April 2013.PenghargaanPn. Faridah Abd. Rahman, En. Mohd Ali Abdul Manaf, Tn. Syed Amra Syd Akhil, En. AhmadJeffery Hj. Ismail atas pendapat dan perbincangan dalam menjayakan penghasilan kertaskerja ini.