perundangan dalam pendidikan

9,420 views

Published on

Published in: Education
2 Comments
36 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total views
9,420
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
11
Actions
Shares
0
Downloads
0
Comments
2
Likes
36
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

perundangan dalam pendidikan

  1. 1. PERUNDANGAN SEKOLAH1.0 Pengenalan Sistem pendidikan pada masa kini amat kompleks kerana ia sering berubah seiring dengan pola perkembangan masyarakat masa kini yang peka dan berminat tentang perubahan dalam sistem pendidikan. Peningkatan kesedaran masyarakat ini adalah pengaruh daripada peningkatan ilmu pengetahuan, kemajuan sosioekonomi, kepesatan bidang teknologi maklumat dan komputer seperti media elektronik dan internet. Di samping itu juga, Ibu bapa dan para pelajar kini semakin jelas terhadap limitasi, peranan dan tanggungjawab guru serta pentadbir di sekolah. Oleh itu, sekolah kini tidak boleh mengelak dalam membicarakan persoalan undang-undang kerana segala urusan displin pelajar, prosedur dan pengelolaan aktiviti di sekolah amat berkait dengan undang- undang seperti kontrak antara guru dengan pelajar, keselamatan pelajar, undang-undang tort dan isu undang-undang yang lain yang memberi impak kepada operasi sekolah secara keseluruhan (Lunenburg & Irby, 2006 dan Hopkins, 2005). Ia juga turut ditekankan oleh Lokman Mohd Tahir, Mohd Anuar Abd.Rahman dan Roslan Pongsu@Baba (2011) yang mana mereka berpendapat bahawa perundangan adalah satu elemen yang sangat penting kepada sesebuah sekolah memandangkan operasi sebuah sekolah kerap melibatkan aspek perundangan dan ia juga merupakan satu aspek yang seharusnya diketahui oleh semua pentadbir sekolah. Justeru itu, tujuan utama sistem perundangan sekolah adalah untuk menentukan tahap pendidikan berkualiti bertaraf dunia dan seterusnya dapat memenuhi keperluan dan cabaran pendidikan pada alaf baru. Kementerian Pendidikan telah mengambil inisiatif membuat beberapa perubahan berterusan dalam pendidikan termasuk mewartakan perundangan pendidikan yang telah dikeluarkan pada tahun 1996 dan 1997. 1
  2. 2. 2.0 Tujuan Tugasan Tugasan ini memberi fokus terhadap kepentingan dan keperluan pengetahuan aspek perundangan pendidikan / sekolah dalam kalangan guru-guru dan pentadbir. Ini adalah kerana guru dan pentadbir memainkan peranan utama dalam mengawal setiap tindakan mereka supaya tidak tergelincir dari garisan undang-undang etika penjawat awam yang ditetapkan oleh kementerian dan tidak mudah didakwa oleh pihak tertentu terutamanya ibu bapa disebabkan kecuaian sendiri. Di samping itu, tugasan ini juga menyentuh berkenaan kenapa kita perlukan undang-undang, mengapa sekolah mudah didakwa, tanggungjawab pentadbir dan guru terhadap pelajar sepanjang dalam kawasan sekolah. Pengkaji juga turut membincangkan beberapa buah kes salahlaku yang pernah didakwa di mahkamah, kajian berkaitan tahap pengetahuan pentadbir sekolah rendah tentang aspek perundangan sekolah dan isu yang berkaitan dengan kajian tersebut. 2
  3. 3. 3.0 Kerelevanan Topik Dalam Bidang Kepengetuaan Topik Perundangan Sekolah (pendidikan) ini sememangnya wajar dan sangat relevan dibincangkan dalam bidang Kepengetuaan kerana ia banyak menyentuh berkaitan undang-undang yang perlu diketahui oleh guru-guru dan pentadbir. Ia juga memberi kesedaran kepada guru dan pentadbir khususnya di mana perundangan perlu dititikberatkan dalam operasi pengurusan sekolah dan setiap dari kalangan mereka wajib memainkan peranan dalam memastikan sekolah berada dalam keadaan sejahtera dan mengelakkan risiko mudah didakwa. Gordon,H.R.D dalam kajiannya yang bertajuk “Comparison Of The Legal Knowledge Of SecondaryVocasional And Non-Vocasonal School Principlals”, pengetua serta semua guru perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan perundangn pendidikan bagi berhadapan dengan kes-kes yang melibatkan semua warga sekolah khususnya kes berkaitan disiplin pelajar. Bagi pengkaji topik ini sangat penting dan perlu dikupas dengan lebih terperinci supaya guru-guru dan pentadbir memahami kandungan topik terutamanya berkaitan dengan kecuaian guru dan pentadbir di mana mereka boleh diheret ke mahkamah. Ketandusan ilmu berkaitan dengan perundangan pendidikan/sekolah boleh menyebabkan pentadbir dan guru sentiasa melakukan kesalahan kecuaian dan tidak menyedari bahawa tindakan sebegitu dilarang dalam undang-undang. Di sekolah, pihak pentadbir sekolah dan guru merupakan penjawat yang paling kerap terdedah kepada dakwaan atas pelbagai tuduhan seperti kegagalan melaksanakan tanggungjawab, kecuaian, penyalahgunaan kuasa dan enyelewengan yang mungkin berlaku (Tie Fatt Hee, 2002; 2004). Justeru itu, pihak pentadbir dan guru jarang sekali didedahkan dengan program-program berkaitan perundangan sekolah secara menyeluruh maka, dengan adanya topik seperti ini di dalam bidang Kepengetuaan ia sedikit sebanyak membantu menambah pengetahuan kepada pihak pentadbir dan guru dalam menguruskan operasi sekolah berlandaskan undang-undang dan peraturan. 3
  4. 4. 4.0 Perundangan Sekolah 4.1 Definisi i. Undang-Undang Undang-undang ialah alat untuk mempertahankan hak setiap individu yang hidup dalam satu kelompok masyarakat ( Institut Aminuddin Baki). Manakala menurut Webter Dictionary pula, undang-undang ialah semua peraturan yang berkaitan dengan tingkah laku yang dibentuk mengikut autoriti atau adat sesuatu kaum. ii. Sekolah Sekolah merupakan sebuah organisasi pendidikan yang diselenggarakan oleh golongan pendidik yang berinteraksi melalui suatu proses berstruktur untuk mencapai hasrat dan Falsafah Pendidikan Negara (Azizi Hj.Yahaya, Shahrin Hashim dan Yusof Boon, 2008). Manakala menurut Amir Hassan (2009), sekolah merupakan sebuah tempat untuk mengajar dan belajar, tempat untuk menerima dan memberi pendidikan forma. iii. Perundangan Perundangan atau "undang-undang bertulis" adalah undang-undang yang telah digubal oleh badan penggubalan undang-undang lain. Antara Dokumen Undang-undang Pendidikan di Malaysia ialah Perlembagaan Persekutuan, Surat Pekeliling Ikhtisas Yang Berkaitan (SPI), Ordinan Pelajaran, Pemberitahuan Undang-Undang Am (P.U.A), Akta Pendidikan 1969 (pindaan 2006), Undang-undang TORT dan lain-lain akta. 4.2 Kenapa Perlu Ada Sistem Perundangan? Sistem perundangan dalam bidang pendidikan adalah untuk menentukan tahap pendidikan berkualiti bertaraf dunia dan seterusnya dapat memenuhi keperluan dan cabaran pendidikan pada alaf baru. Kementerian Pendidikan juga telah mengambil inisiatif membuat beberapa perubahan berterusan dalam pendidikan termasuk mewartakan perundangan pendidikan yang telah dikeluarkan pada tahun 1996 dan 1997. Menurut Tie (2002), sistem pentadbiran negara menyediakan satu rangka dan struktur undang-undang 4
  5. 5. seperti Perlembagaan Persekutuan adalah bertujuan untuk melindungi hakindvidu dan menjamin kebebasan tertentu. Di dalam Teori Motivasi Maslow juga ada menyentuh berkaitan dengankeperluan undang-undang dalam menjamin kesejahteraan di peringkat keduaiaitu Peringkat Keselamatan. Setelah keperluan pertama dicapai, manusiaakan mencari keselamatan hidup, kestabilan kerja, jagaan masyarakatsekeliling, undang-undang serta membebaskan diri dari segala ancamanluaran mahupun dalaman. Tahap keselamatan ini amat diperlukan bagimenjamin kesejahteraan hidup. Sebagai contoh, keselamatan di dalam kelas,makmal sains mahupun di padang ketika bersukan. Hal ini penting keranapelajar akan berasa lebih selamat dan dapat menumpukan perhatiansepenuhnya kepada pelajaran. Manakala perspektif pentadbir dan guru pula,mereka memerlukan undang-undang bagi melindungi diri mereka dariancaman atau dari dakwaan pihak tertentu kerana tugas sebagai guru danpentadbir sememangnya mempunyai risiko terhadap dakwaan adalah sangattinggi. Rajah 1 5
  6. 6. 4.3 Kenapa Perlu Tahu Undang-Undang? i. Keperluan menjaga hak setiap individu Apabila berlaku sesuatu kes, para guru dan pentadbir tahu cara untuk mempertahankan hak dan melindungi diri mereka dari didakwa oleh pihak tertentu sesuka hati. Ramai para pendidik dan pentadbir sekolah tidak mempunyai pengetahuan yang mencukupi mengenai keputusan yang diambil oleh mahkamah yang bersabit dengan kes-kes dalam pendidikan (Rossow L.F, 1990). Ini adalah kerana mereka tidak mempunyai pengetahuan undang- undang yang mencukupi sehinggakan mereka tidak tahu hak mereka sendiri. ii. Supaya tiada yang melampaui bidang kuasa Kadangkala guru / pentadbir tidak sedar bahawa sesuatu tindakan tersebut terkeluar dari landasan peraturan sehingga ke peringkat boleh didakwa. Ini turut dipersetujui oleh Stewart (2005), yang mengatakan bahawa pengetahuan dalam bidang undang- undang pendidikan oleh guru dan pentadbir sekolah dianggap sudah memadai sebagai suatu tindakan berjaga- jaga bagi mengelakkan mereka daripada dikenakan dakwaan di mahkamah. Di samping itu, pentadbir sekolah dan guru mempunyai tanggungjawab melindungi dan menghormati hak setiap individu yang ada di sekolah. Tindakan melampaui bidang kuasa yang dibenarkan boleh dielakkan jika mereka mempunyai pengetahuan dan kesedaran mengenai undang-undang. iii. Menjaga reputasi Perlembagaan Persekutuan iv. Masyarakat semakin terPELAJAR Masyarakat khususnya ibu bapa boleh bertindak dengan pelbagai cara dalam mendakwa sekolah, pentadbir dan guru walaupun pada hakikatnya piha pentadbir dan guru tidak bersalah. Masyarakat pada masa kini bijak dalam memastikan mereka menang dalam sesuatu kes yang berlaku. Ia bertambah mudah untuk mendakwa guru dan pentadbir tersebut jika guru dan pentadbir itu tidak mempunyai pengetahuan berkenaan dengan undang- 6
  7. 7. undang dan hanya menyerah kalah. Pengetahuan undang-undang adalah sangat penting untuk dipelajari dan difahami supaya pentadbir dan guru tidak mudah dipermainkan dengan pelbagai dakwaan yang tidak berasas. (Institut Aminuddin Baki, 2009)4.4 Mengapa Mudah Didakwa? Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan sesebuah sekolah mudah didakwa. Menurut Mohd Ismail Othman (2003), sekolah terdiri daripada pelajar yang datang dari latar belakang yang pelbagai ragam dan suasana sekolah sekali gus akan dipenuhi dengan tingkahlaku manusia yang berbeza. Sekiranya sekolah mengambil sesuatu tindakan ke atas pelajar, disebabkan oleh pelanggaran peraturan sekolah, maka ia mengundang interpretasi yang bermacam-macam-macam (Mohd Ismail Othman, 2003). Tindakan yang diambil oleh sekolah seperti merotan, ketuk ketampi boleh disalahertikan sebagai deraan atau seksaan. Kadangkala guru dan pentadbir mengenakan hukuman yang melampau kepada pelajar atas tujuan untuk mendisiplinkan mereka (Mohd Ismail Othman, 2003). Sebagai contoh, seorang pelajar di sebuah sekolah di Langkawi didakwa ditampar dan ditumbuk oleh seorang guru. Manakala, di Kelantan pula seorang guru didakwa menyepak, menumbuk dan menghentak seorang pelajar dengan kerusi. Di Selangor pula, seorang ibu mengadu anaknya diikat dan dimangga oleh pihak sekolah. Perkara-perkara seperti ini sudah dikenal pasti oleh pihak kementerian beberapa tahun dulu sehingga mengeluarkan buku-buku panduan, surat pekeliling dan sebagainya sebagai garis panduan dan peringatan berjaga-jaga kepada guru dan pentadbir. Tetapi, disebabkan kejahilan guru dan pentadbir dalam pengetahuan perundangan maka tindakan dan hukuman melampau masih berlaku sehingga hari ini. Oleh sebab itu, wujudlah persepsi yang salah dalam kalangan ibu bapa terhadap hukuman yang diberikan oleh pihak sekolah kepada pelajar, maka ia menjadi sesebuah sekolah itu mudah didakwa. 7
  8. 8. Kebiasaannya, pihak sekolah boleh didakwa ke mahkamah atas tuduhan kecuaian yang menyebabkan murid tercedera akibat kemalangan yang berlaku di sekolah, selain daripada kes-kes hukuman melampau oleh guru. Untuk melindungi pihak sekolah dari dakwaan tersebut, pengurusan sekolah perlu memastikan beberapa perkara antaranya ialah :- i. Semua guru dan staf tahu dan patuh kepada peraturan, prosedur dan arahan yang terkandung dalam Akta, Ordinan dan Surat Pekeliling Ikhtisas. ii. Pihak sekolah kenalpasti setiap aspek tugasan yang mereka bertanggungjawab untuk melaksanakan (identify areas of duty of care). iii. Pihak sekolah mengambil langkah-langkah kewajipan berjaga-jaga yang munasabah (exercise reasonable care) untuk elakkan kemalangan yang dapat dijangka. iv. Semua pihak tahu prosedur dan sentiasa bersedia untuk menangani kemalangan yang berlaku. v. Merekodkan semua peristiwa dan segala insiden yang berlaku dengan tepat dan sempurna. vi. Guru-guru perlu memastikan segala tindakan disiplin yang dikenakan ke atas salah laku murid dilakukan mengikut peraturan.4.5 Punca Kuasa Pentadbir Dan Guru i. Punca Kuasa Petadbir ( Principle Of Respondeat Superior) Pentadbir bertanggungjawab secara langsung terhadap semua yang berlaku di sekolah dan yang dilakukan oleh warga sekolah terhadap pelajar. Pentadbir diperuntukkan untuk menurunkan kuasa displin dan kuasa menjatuhkan hukuman kepada guru-guru lain dan pelajar yang ditetapkan olehnya bagi maksud itu dan dalam menurunkan kuasa itu tertakhluk kepada syarat-syarat atau had yang difirkan patut. (Institut Aminuddin Baki, 2009 dan Peraturan-peraturan Pelajaran, 1959). 8
  9. 9. ii. Punca Kuasa Guru ( In Loco Parentis ) Guru bertanggungjawab sebagai ibu dan bapa kepada pelajar ketika di sekolah. Tanggungjawab secara langsung bagi memastikan pelajar diselia dan dilindungi dari kecederaan tetapi jika berlaku kecederaan disebabkan kecuaian guru maka guru berkenaan boleh didakwa di bawah undang-undang Tort (Institut Aminuddin Baki, 2009).5.0 Contoh-contoh Kes Berkaitan Guru Dan Pentadbir 5.1 Kes Guru/Pentadbir Didapati Bersalah i. Tuala Wanita : 200 Pelajar Direndam Dalam Kolam Kotor 200 pelajar SMK Assan Sibu didenda dengan berendam selama lebih kurang 1 jam dalam kolam sedalam 0.6meter ketika hujan lebat kerana membuang tuala wanita ke dalam mangkuk sahaja. Ketika kejadian berlaku, didapati ada seorang orang luar sempat merakam situasi kejadian dan beliau diugut oleh guru tersebut supaya berdiam diri. Selepas beberapa hari kejadian, pelajar yang terlibat mengalami gatal-gatal, naik ruam dan demam. ii. Pengetua Buang Pelajar Tanpa Notis Secukupnya Pelajar sebuah sekolah menengah di Seremban telah dibuang sekolah kerana melanggar displin sekolah. Pihak defendan memohon kepada mahkamah agar tindakan yang diambil oleh pengetua sekolah sebagai terbatal dan tidak sah. Ini adalah kerana tuduhan yang dibuat ke atas pelajar Mahendran tanpa memberi peluang yang mencukupi iaitu tidak mengikut undang-undang keadilan asasi. Mahkamah Tinggi Seremban mendengar kes ini dan menyatakan dengan hanya memberi amaran yang pelajar akan dibuang tidak memadai untuk menerima sebagai keadilan asasi. Oleh itu, mahkamah berpendapat pengetua tidak memberi notis secukupnya kepada pelajar untuk pelajar menikmati kehendak keadilan asasi.mahkamah mendapati terdapat pelanggaran aspek 9
  10. 10. tersebut dan keputusan yang diambil oleh pengetua sebagai batal dan pelajar tersebut diterima semula untuk bersekolah. iii. Pelajar Cedera Dipukul Kayu Baseball Ketika Permainan Jika diteliti dua kes di atas, ia melibatkan salah laku guru dan pentadbirsekolah itu sendiri. Di mana dalam kes (i), guru mengenakan hukuman yangmelampau sehingga memudaratkan kesihatan pelajar dan hukuman tersebuttidak tersenarai dalam peraturan oleh Kementerian. Manakala, kes (ii) pulapengetua sekolah mengenakan hukuman buang sekolah tanpa mengikutprosuder yang sepatutnya bagi kesalahan displin pelajar. Pada masa kini, sekolah dikehendaki mematuhi prinsip perundanganyang betul dan peka terhadap peraturan yang sedia ada sebelum membuatkeputusan displin berkaitan dengan pelajar (Tie, 2004 dan Mohd IsmailOthman, 2008). Di dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.7/1995 : TatacaraMengenakan Tindakan Dan Hukuman Terhadap Pelajar-Pelajar Sekolah jugaturut mengingatkan kepada pengetua, guru besar dan guru-guru supayatindakan yang diambil hendaklah berdasarkan panduan-panduan sepertiPanduan Am Displin Sekolah, Panduan Tatacara Displin Untuk Guru Besar &Guru dan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.8/1983 tarikh 17Nov 1983 iaitumengenakan hukuman biasa terhadap pelajar yang melakukan perbuatansalah laku yang tidak dinyatakan dalam peraturan pelajaran. Selain itu, dalamSurat Pekeliling Ikhtisas 9/1975 bertarikh 4 November 1975 menjelaskanbahawa pelajar sepatutnya dikenakan hukuman mengikut kesalahan yangberat atau ringan (Mohd.Ismail Othman, 2006). 10
  11. 11. Kes (iii) pula, guru disabitkan bersalah akibat kecuaian dalam mengawasi pelajar ketika sesi permainan dan gagal melaksanakan kewajipan berjaga-jaga. 5.2 Kes-kes Lain Antara kes-kes guru yang lain, yang pernah didakwa di mahkamah ialah :- (Mohd Ismail Othman, 2006)6.0 Kajian Lepas6.1 Pengetahuan Pentadbir Sekolah Rendah Tentang Aspek PerundanganDalam Pendidikan (Jurnal Teknologi, 56 (Sains Sosial), Sept. 2011: 161-178 ©Penerbit UTM Press, Universiti Teknologi Malaysia. Lokman Mohd Tahir, MohdAnuar Abd.Rahman dan Roslan Pongsu@Baba). i. Kajian ini dirangka khusus untuk menjawab persoalan sama ada para pentadbir sekolah berpengetahuan tentang aspek perundangan dalam pendidikan. Di samping itu, kajian ini juga cuba meneliti amalannya di sekolah. ii. Sampel kajian : 87 orang pentadbir di 20 buah sekolah rendah terdiri daripada Guru Besar, Guru Penolong Kanan 1, Guru Penolong Kanan Hal 11
  12. 12. Ehwal Murid, Guru Penolong Kanan Kokurikulum, dan Guru Penolong Kanan Petang. iii. Instrumen kajian mengandungi 60 item : 15 item tentang pengetahuan dan ilmu pentadbir sekolah mengenai prosedur dan undang-undang pendidikan. 15 item tentang kebolehan pentadbir membuat rujukan daripada sumber- sumber undang-undang pendidikan. 15 item tentang latihan dan kursus yang pernah dihadiri oleh pentadbir sekolah berkaitan akta dan undang-undang pendidikan. 15 item pula tentang tahap perlindungan dan kemudahan yang diterima oleh pentadbir sekolah.Hasil kajian menunjukkan bahawa skor min tertinggi ialah bagi item ‘Pengetahuandan kemahiran pentadbir sekolah tentang undang-undang dan prosuder pendidikan’iaitu pada nilai min 4.14 . Manakala, skor min terendah iaitu item ‘Latihan dan kursuspentadbir sekolah tentang undang-undang dan prosuder pendidikan yangsecukupnya’ pada nilai min 2.48. 12
  13. 13. 7.0 Isu BerkaitanMerujuk kajian di atas, hasil kajian mendapati majoriti pentadbir sekolah rendahmasih kurang mendapat pendedahan berhubung kursus dan latihan perundanganterutamanya yang disediakan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, JabatanPendidikan Negeri malah Pejabat Pendidikan Daerah dan institusi-institusi berkaitanseperti Institut Aminuddin Baki atau universiti tempatan yang menawarkan kursusberkaitan perundangan dalam pendidikan (Lokman Mohd Tahir, Mohd AnuarAbd.Rahman dan Roslan Pongsu@Baba, 2011). Dengan jumlah purata skor min ialah 2.48, iaitu menunjukkan nilai yangberada pada tahap yang sederhana (skor min paling rendah) yang membuktikanbahawa ada pentadbir sekolah berpendapat mereka memerlukan pendedahan yanglebih mendalam berkait dengan kursus dan latihan perundangan terutamanya yangdisediakan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan PelajaranNegeri. Pentadbir sekolah tersebut banyak merujuk, mempelajari dan memahamisendiri isi kandungan dokumen undang-undang apabila ia diperlukan keranapendedahan terhadap aspek perundangan sekolah masih tidak mencukupi danberada pada tahap sederhana (2.48) (Lokman Mohd Tahir, et. al. 2011). MenurutMohd Ismail Othman (2006), guru besar dan guru penolong kanan sangat pentinguntuk meningkatkan keberkesanan sekolah, maka dicadangkan agar mereka diberilatihan persediaan kepengetuaan dan satu sistem sokongan profesional (mentor)yang formal. Bagi sarjana perundangan dalam pendidikan, program pendedahan tentangperundangan di sekolah haruslah bermula dalam program persediaan guru pelatihdan diperluaskan dalam program-program persediaan pentadbir sekolah, sertaseharusnya menjadi silibus yang wajib semasa mengikuti kursus dalamperkhidmatan yang dilaksanakan kepada para pendidik di semua peringkat(Steward, 2005). Di samping itu juga, institusi-institusi yang menawarkan kursusperguruan dan universiti tempatan yang menganjurkan program untuk bakalpendidik seharusnya menawarkan kursus yang ada kaitan dengan peraturan danperundangan pendidikan ( Mohd Ismail Othman, 2006). Usaha ini adalah langkahawal bagi bakal pentadbir memahami lebih mendalam akan tanggungjawab, 13
  14. 14. peranan dan kepentingan aspek perundangan serta boleh mengamalkannya apabilamenjadi pentadbir kelak.8.0 KesimpulanSecara umumnya, dapatlah dirumuskan di sini bahawa pengetahuan undang-undang amat perlu diketahui oleh semua pentadbir sekolah kerana ia bolehmembantu pentadbir sekolah dalam membuat keputusan yang tepat danmemberikan keyakinan kepada pentadbir sekolah dalam mengurus sekolahberdasarkan lunas-lunas yang betul (Institut Aminuddin Baki, KementerianPendidikan Malaysia). Peraturan dan undang-undang sekolah hendaklah jelas dandisampaikan kepada guru-guru, kakitangan, ibu bapa dan pelajar semasaperhimpunan, melalui edaran pemberitahuan dan juga buku panduan peraturan(Mohd.Ismail Othman, 2006). Justeru itu, pentadbir sekolah hendaklah mengetahuidan memahami kandungan Ordinan Pelajran 1957, Akta Pelajaran 1961, AktaPendidikan 1996, Laporan jawatankuasa Kabinet 1979 serta semua Surat PekelilingIkhtisas daripada KPM supaya mereka dapat melaksanakan tugas dengan lancardan berkesan (IAB). Disamping itu, bagi meminimumkan kemungkinan pihaksekolah didakwa kerana kecuaian, pentadbir sekolah perlu memahami danmenguasai aspek perundangan di sekolah terutama yang berkait dengan kecuaiandan tingkah laku serta elemen pengurusan di sekolah untuk mengelakkan institusisekolah daripada dikenakan tindakan mahkamah. 14

×