• Share
  • Email
  • Embed
  • Like
  • Save
  • Private Content
Modul 4 dunia komputer bm
 

Modul 4 dunia komputer bm

on

  • 724 views

 

Statistics

Views

Total Views
724
Views on SlideShare
708
Embed Views
16

Actions

Likes
0
Downloads
26
Comments
0

1 Embed 16

http://wba2002.1bestarinet.net 16

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Adobe PDF

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    Modul 4 dunia komputer bm Modul 4 dunia komputer bm Document Transcript

    • KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIAKurikulum Standard Sekolah RendahTEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASIMODUL DUNIA KOMPUTER:4.0 Memahami Ukuran DataTAHUN 4TerbitanBahagian Pembangunan Kurikulum2013
    • Cetakan Pertama 2013© Kementerian Pelajaran MalaysiaHak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagianartikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengancara apa-apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau caralain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, BahagianPembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8, Blok E9,Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.
    • iiiRUKUN NEGARABAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukungcita-cita untuk mencapai perpaduan yang lebiherat dalam kalangan seluruh masyarakatnya;memelihara satu cara hidup demokratik; menciptamasyarakat yang adil bagi kemakmuran negarayang akan dapat dinikmati bersama secara adildan saksama; menjamin satu cara yang liberalterhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kayadan berbagai-bagai corak; membina satumasyarakat progresif yang akan menggunakansains dan teknologi moden;MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akanmenumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untukmencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:• KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN• KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA• KELUHURAN PERLEMBAGAAN• KEDAULATAN UNDANG-UNDANG• KESOPANAN DAN KESUSILAAN
    • ivPendidikan di Malaysia adalah suatu usahaberterusan ke arah lebihmemperkembangkan potensi individusecara menyeluruh dan bersepadu untukmelahirkan insan yang seimbang danharmonis dari segi intelek, rohani, emosidan jasmani berdasarkan kepercayaan dankepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalahbertujuan untuk melahirkan warganegaraMalaysia yang berilmu pengetahuan,berketerampilan, berakhlak mulia,bertanggungjawab dan berkeupayaanmencapai kesejahteraan diri sertamemberikan sumbangan terhadapkeharmonian dan kemakmuran keluarga,masyarakat dan negara.
    • Draf2209121Standardkandungan:4.0 Memahami ukuran dataStandardpembelajaran:4.1 Menerangkan maksud data.4.2 Menyatakan unit piawai ukuran data bit,bait, kilobait, megabait dan gigabait.Masa: 60 minitNOTA RUJUKANData adalah item yang belum disusun. Setelah data-data itudiproses barulah ia membentuk Maklumat. Data boleh dalambentuk nombor, huruf, simbol, bunyi (audio), gambar (imej) atauvideo.Contoh data:Contoh Maklumat:AimanKAD PELAJARNAMA :UMUR :Aimantahun1010MODUL DK9Mengenal Data
    • Draf2209122Komputer hanya memahami data dalam bentuk ON (1) dan OFF(0) sahaja.Jutaan kombinasi 0 dan 1 inilah yang membolehkan komputerberoperasi.Setelah data diproses, ia akan di tukar kembali kebentuk yang difahami oleh pengguna dan dipaparkan sebagai output samaada pada pencetak, monitor atau skrin.Jika nombor 0 hingga 9 yang biasa kita gunakan dikenali sebagainombor perpuluhan atau digit perpuluhan, maka nombor 0 dan 1yang digunakan oleh komputer dikenali sebagai digit binari.Komputer menggunakan unit BIT (Binary Digit) sebagai ukuranterkecil bagi data, di mana 1 bit boleh terdiri dari 0 atau 1.Bagi memudahkan komputer menterjemah bit-bit yang diterima,bit-bit ini digabungkan menjadi 8 bit membentuk 1 bait.Contoh : 01001110 bit adalah 1 bait0101011101010111
    • Draf2209123Unit Piawai Ukuran DataBerikut adalah contoh unit ukuran piawai yang biasa kita temui:Jisim ialah kilogramIsipadu dalam literPanjang ialah meterJadi, untuk setiap ukuran yang melibatkan jisim, panjangdan isipadu ada unit ukuran piawai masing-masing. Tahukahanda komputer juga ada unit piawai ukuran untuk mengukurdata.Kenapadata diukur?Bagaimanadata diukur?
    • Draf2209124Data diukur dengan menggunakan ukuran bit, bait, kilobait,megabait dan gigabait. Data diukur untuk mengetahui saiz datayang digunakan.Unit Ukuran Data Dalam Bait8 bit 1 bait1 kilobait (KB) 1000 (seribu) bait1 megabait (MB) 1 000 000 (sejuta) bait1 gigabait (GB) 1 000 000 000 (sebilion) baitContoh pada CDR di bawah.Di sini kita tahu bahawa CDR ini boleh menyimpan data sehingga700 megabait(MB).Unit piawai ukuran dataBit Bait Kilobait Megabait Gigabait700 MB
    • Draf2209125KesimpulanData ialah item-item yang belum diproses seperti teks, nombor,simbol, imej, audio, dan video.Singkatan bagi kilobait ialah KB.Singkatan bagi megabait ialah MB.Singkatan bagi gigabait ialah GB.KEPERLUAN PERKAKASANKomputerKEPERLUAN PERISIAN1. Perisian Aplikasi – bagi menghasilkan jadual2. DK1_A2L1.pps3. Perisian Persembahan
    • Draf2209126AKTIVITI 1Mengenali DataAktiviti kumpulanLangkah 1: Berbincang dengan rakan sekumpulan untukmendapatkan contoh-contoh data dari pelbagai bentuk sepertinombor, huruf, simbol, audio, imej atau video.Langkah 2: Gunakan perisian aplikasi untuk membina jadual bagimenyenaraikan bentuk data dan contoh data bagi setiap item.Contoh:Bentuk Data Contoh DataVideo Cerita Upin dan IpinLangkah 3: Wakil kumpulan dikehendaki membuatpembentangan jawapan kumpulan masing-masing.
    • Draf2209127AKTIVITI 2Menerangkan Maksud DataAktiviti KumpulanLangkah 1: Sila buka slaid DK9_A2L1.pps untuk melihat contohpersembahan yang menerangkan maksud data.Langkah 2: Berpandukan pengetahuan dan kreativiti kumpulananda, bina sebuah persembahan slaid yang boleh menerangkanmaksud data.Langkah 3: Wakil kumpulan dikehendaki membuatpembentangan persembahan slaid bagi kumpulan masing-masing.Langkah 4: Wakil kumpulan lain diminta memberi pandangansama ada slaid yang dibentangkan menunjukkan maksud data.AKTIVITI 3Mengetahui Unit Piawai Bagi DataAktiviti IndividuLangkah 1: Perhatikan isipadu air di dalam jag di bawah.
    • Draf2209128Berapakah isipadu air dalam setiap jag di atas? Bagaimanakahhubungan antara isipadu air dengan banyaknya air di dalam jag?Langkah 2 : Teliti rajah-rajah di bawah. Tuliskankan unit piawaiukuran data yang anda jumpa.a)b)c)Langkah 3 : Dengan menggunakan kertas A4. Lukiskan kembaligraf di bawah, tuliskan bentuk-bentuk data yang sesuai bagi saizdata ini.
    • Draf2209129Langkah 4: Sebutkan saiz data yang telah anda tulis secaramenaik.Langkah 5: Nyatakan kapasiti data yang boleh disimpan olehstoran-storan ini.Gigabait(GB)Megabait(MB)Kilobait(KB)Bait(B)Bit
    • Draf22091210Langkah 6: Susun jawapan anda di langkah 1 mengikut urutankapasiti data dari terkecil ke terbesar.PENILAIAN 11. Apakah maksud data?Data ialah666 SSSSSSSS jTAHUKAH ANDA?Apabila menukar saiz fail dari Kilobait keMegabait, komputer tidakmembundarkan saiz fail. Contoh 56 780KB akan terus ditukar kepada 56 MB.
    • Draf220912112. Nyatakan contoh-contoh data.2. Cuba tukarkan kod-kod berikut ke kod binari.A =( = 1, = 0)B =( = 1, = 0)C =( = 1, = 0)Bil Contoh-contoh Data1.2.3.4.5.
    • Draf220912123. Cari perkataan yang tersembunyi.
    • Draf22091213PENILAIAN 2Tuliskan saiz data dalam Bait, Kilobait atau Megabait bagi yangberikut:1.2.
    • Draf220912143.4.
    • Draf22091215LAPORAN PENCAPAIAN MURIDNama Murid:Tahun:KelasModul:StandardKandungan:4.0 Memahami ukuran dataStandardPembelajaran:4.1 Menerangkan maksud data.4.2 Menyatakan unit piawai ukuran data bit, bait,kilobait, megabait dan gigabait.Bil Perkara yang dinilai Pencapaian CatatanYa Tidak1Menyatakan bentuk dancontoh data2 Menerangkan maksud data3Menyatakan unit piawai ukurandata bit, bait, kilobait,megabait dan gigabaitKEPUTUSAN (CAPAI / TIDAK CAPAI)TARIKHNama Guru: Tandatangan &TarikhDisahkanoleh:Tandatangan &Tarikh
    • Draf22091216Standardkandungan:4.0 Memahami ukuran dataStandardpembelajaran:4.3 Menukar ukuran data Kilobait (KB) keBait4.4 Menukar ukuran data Megabait (MB) keKilobait(KB)4.5 Menukar ukuran data Gigabait (GB) keMegabait (MB)Masa: 60 minitNOTA RUJUKANMenukar UkuranMenukar ukuran data kilobait (KB) ke Bait3 kB = 3 x 1000 bait = 3 000 bait2.4 kB = 2.4 x 1000 bait = 2 400 baitMenukar ukuran data megabait (MB) ke kilobait (KB)5 MB = 5 x 1000 kB = 5 000 kBMODUL DK10
    • Draf220912176.1 MB = 6.1 x 1000 kB = 6 100 kBMenukar ukuran data gigabait (GB) ke megabait (MB)500 GB = 500 x 1000 MB = 500 000 MB80 GB = 80 x 1000 MB = 80 000 MBKesimpulan1 kB = 1 000 bait1 MB = 1 000 kB = 1 000 000 bait1 GB = 1 000 MB = 1 000 000 kB = 1000 000 000 baitKEPERLUAN PERKAKASANKomputerKEPERLUAN PERISIANAplikasi PenukaranBait.exe
    • Draf22091218AKTIVITI 1Menukar Ukuran DataAktiviti kumpulanAnda telah mempelajari unit piawai ukuran jisim, panjang danisipadu dalam mata pelajaran Matematik. Dapatkah andamenjawab soalan-soalan di bawah ini?Jawapannya ialah :1 kilogram = __________gram1 kilometer = __________meter1 liter = __________mililiter1 kilogram bersamaandengan berapa gram?1 kilometer bersamaandengan berapa meter?1 liter bersamaan denganberapa milliliter?Semakjawapanandadengan guru.
    • Draf22091219Bagaimana pula dengan unit piawai ukuran data? Sekiranyajawapan anda untuk ketiga-tiga unit tadi betul, maka itulahjawapan yang sepatutnya anda isi di tempat kosong di bawah.1 Kilobait = __________bait1 Megabait = __________Kilobait1 Gigabait = __________MegabaitAktiviti IndividuMenukar unit secara pengiraanLangkah1: Menukar KB ke Bait.67.89 kB = 67.89 x = bait65 KB = x 1000 = bait8.4 KB = x = baitLangkah 2: Menukar MB ke KB.3 MB = x = kBLangkah 3: Menukar GB ke MB.0.5 GB = x = MBMenukar unit mengunakan perisian aplikasiLangkah 1: Buka aplikasi penukaran unit yang dibekalkan. Andaakan lihat paparan seperti berikut :
    • Draf22091220Langkah 2: Anda dikehendaki melengkapkan jadual di bawahdengan menggunakan aplikasi dalam langkah 1.Bait Kilobait Megabait Gigabait67890652.751094.88.4
    • Draf22091221PENILAIAN 1A. Tukar unit ukuran data berikut dengan menggunakankaedah pengiraan:a) 1 KB = _______bait b) 2 KB = _______baitc) 3 KB = _______bait d) 4 KB = _______baite) 2 MB= ________kB f) 3 MB= ________kBg) 4 MB= ________kB h) 5 MB= ________kB
    • Draf22091222B. Projek1. Buat projek tentang data ahli kumpulan kamu.2. Data-data yang perlu diambil ialah bilangan, nama ahlikumpulan, tarikh lahir, nama bapa, nama ibu, dan nombortelefon.3. Perisian aplikasi yang perlu digunakan untuk proses tersebutadalah bebas.4. Simpan data elektronik anda sebagai biodata rakan.i) 10 GB = _______MB j) 6.7 GB = _______ MBk) 1.3 GB = ______ MB l) 56.7 GB = _______MB
    • Draf22091223LAPORAN PENCAPAIAN MURIDNama Murid:Tahun:KelasModul:StandardKandungan:4.0 Memahami Ukuran DataStandardPembelajaran:4.3 Menukar ukuran data Kilobait (KB) ke Bait.4.4 Menukar ukuran data Megabait (MB) keKilobait(KB)4.5 Menukar ukuran data Gigabait (GB) keMegabait(MB)Bil Perkara yang dinilai Pencapaian CatatanYa Tidak1Menukar ukuran data Kilobait(KB) ke Bait2Menukar ukuran dataMegabait (MB) ke Kilobait3Menukar ukuran data Gigabait(KB) ke MegabaitKEPUTUSAN (CAPAI / TIDAK CAPAI)TARIKHNama Guru: Tandatangan &TarikhDisahkanoleh:Tandatangan &Tarikh
    • Draf22091224Standardkandungan:4.0 Memahami ukuran dataStandardpembelajaran:4.6 Menghubungkait fail data dan bait.4.7 Menyata dan membandingkan saiz fail.4.8 Menggunakan aplikasi Notepad untukmembandingkan saiz fail satuperkataan dan satu ayatMasa: 60 minitNOTA RUJUKANMenghubungKait Fail Data Dan BaitKomputer menyimpan data dalam unit bait. Setiap aksara (terdiridari nombor, huruf dan simbol termasuk spacebar) diwakili olehdata 1 bait.Apabila anda menyimpan 1 fail yang hanya terdiri dari 4 hurufdengan menggunakan perisian Notepad, anda akan melihat saizfail tersebut ialah 4 bait(bytes).MODUL DK11
    • Draf22091225Manakala jika anda mempunyai fail yang hanya terdiri dari 1ayat,Contoh:Saya suka makanmaka saiz fail anda akan menjadi 15 bait.Bagaimana ianya menjadi 15 bait?S a y a s u k a m a k a n1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1Setiap 1 aksara bersaman 1 bait.Berapakah saiz bagi fail yang mempunyai penyataan berikut?Siapakah nama anda?Perisian Notepad hanya menyimpan data yang kita taipkan.Walau bagaimanapun, data dalam bentuk imej, atau videomempunyai saiz yang lebih besar.Mengapakah kita menggunakan Notepad?Notepad adalah perisian penyunting teks, maka iatidak menerima data selain dari aksara sahaja.TAHUKAH ANDA?
    • Draf22091226KesimpulanPerkataan SAYA memerlukan 4 bait untuk penyimpanan.Setiap aksara yang terdapat pada papan kekunci adalah 1Bait.Aksara adalah huruf, nombor dan juga simbol-simbol. Olehitu, jika 1000 aksara papan kekunci adalah bernilai 1000 Baitatau 1 Kilobait(KB).KEPERLUAN PERKAKASANKomputerKEPERLUAN PERISIANPerisian Notepad
    • Draf22091227AKTIVITI 1Aktiviti Individu1. Nyatakan saiz data bagii) t = ____________ baitii) makan = ____________ baitiii) 21 = ____________ baitiv) 13/12/2011 = ____________ baitv) saya rajin = ____________ baitAKTIVITI 2Mengenali Saiz FailLangkah1: KlikStart → My Document → My Pictures → Sample Pictures .Langkah 2: klik ViewLangkah 3: klik Detail seperti di gambar rajah 1.
    • Draf22091228Gambar rajah 1Paparan seperti gambar rajah 2 akan diperolehi.Gambar rajah 2Langkah 4: Berdasarkan gambar rajah 2. Sebutkan nama failyang mempunyai saiz fail yang paling besar.Saiz fail
    • Draf22091229Langkah 5: Buka mana-mana folder.Langkah 6: Senaraikan mana-mana fail berlainan format dansaiznya di dalam jadual yang diberikan.Nama fail SaizHai kawan-kawan, marimeneroka!
    • Draf22091230AKTIVITI 3Menyata Dan Membanding Saiz FailLangkah 1: Pilih folder yang mempunyi bilangan fail yang melebihi5 buah fail.Langkah 2: Klik View dan pilih Details untuk melihat saiz fail bagisetiap fail di dalam folder pilihan anda. Jika anda menggunakanWindows XP, pilih fail, klik pada fail dan lihat saiz di Details.Langkah 3: Berdasarkan folder pilihan anda, tuliskan nama faildan saiznya bagi fail yang mempunyai saiz fail terbesar.Nama Fail Saiz FailLangkah 4: tuliskan nama fail dan saiznya bagi fail yangmempunyai saiz fail terkecil.Nama Fail Saiz FailContohfail
    • Draf22091231Langkah 5: Di dalam kumpulan anda, bincangkan mengapa saizkedua-dia fail pilihan anda sangat berbeza.Langkah 6: Setiap kumpulan diberi peluang untuk menyatakanhasil perbincangan masing-masing.AKTIVITI 4Menggunakan Aplikasi Notepad UntukMembandingkan Saiz Fail Satu Perkataan Dan SatuAyatLangkah1: Bina satu folder dan namakan folder tersebut AKTIVITI4. Lancarkan perisian Notepad dan taipkan satuperkataan Saya, seperti gambar rajah 4.Gambar rajah 4Langkah 2: Simpankan fail sebagai Perkataan, di dalam folderAktiviti 4 tadi.
    • Draf22091232Langkah 3: Lancarkan perisian Notepad sekali lagi dan taipkanayat saya suka belajar komputer, seperti gambar rajah5.Gambar rajah 5Langkah 4: Simpankan fail sebagai Ayat, di dalam folder Aktiviti 4tadiLangkah 5: Berdasarkan pengetahuan anda, cuba teka saiz failbagi fail Perkataan dan Fail Ayat.Langkah 6: Buka Folder Aktiviti 4. Klik View dan Pilih Details. Jikaanda menggunakan Microsoft Windows XP, anda perlu klik padafail dan lihat maklumat di dalam Details seperti di gambar rajah 6.Gambar rajah 6Langkah 7: Rujuk kembali tekaan anda semasa di langkah 5.Apakah tekaan anda tepat?
    • Draf22091233PENILAIAN 1A. Menghubungkait fail data dan bait.1. Nyatakan saiz data bagia. 23hb Februari 2012 = _______________ baitb. 4 + 3 = 7 = __________________ bait2. Pada pandangan anda, fail data manakahberkemungkinan mempunyai saiz yang paling besar. Tandapada kotak yang disediakan.a. Fail textb. Fail videoc. Fail audio3. Beri alasan kepada jawapan anda.___________________________________________________________B. Menyatakan dan membanding saiz fail.Gambar rajah 71. Berdasarkan gambar rajah 7:
    • Draf22091234a. Apakah nama fail yang paling besar?_______________________________________________________b. Berapakah saiz fail yang paling besar itu?_______________________________________________________c. Apakah nama fail yang paling kecil?_______________________________________________________d. Berapakah saiz fail yang paling kecil itu?_______________________________________________________2. Berapakah saiz fail wildlife.wmv dalam Megabait?__________ ___________________________________________C. Menggunakan Aplikasi Notepad Untuk Membandingkan SaizFail Satu Perkataan Dan Satu Ayat1. Dengan menggunakan perisian Notepad, bina dua buahfail.a. Mengandungi satu perkataanb. Mengandungi satu ayat2. Tuliskan Perkataan dan ayat yang anda gunakan.a. Perkataan : ________________________________b. Ayat: _________________________________________________3. Rujuk pada komputer dan tuliskan saiz bagia. Fail perkataan : _________________________b. Fail ayat: _______________________
    • Draf22091235LAPORAN PENCAPAIAN MURIDNama Murid:Tahun:KelasModul:StandardKandungan:4.0 Memahami ukuran dataStandardPembelajaran:4.6 Menghubungkait fail data dan bait.4.7 Menyata dan membandingkan saiz fail.4.8 Menggunakan aplikasi Notepad untukmembandingkan saiz fail satu perkataan dansatu ayatBil Perkara yang dinilai Pencapaian CatatanYa Tidak1Menghubungkait fail data danbait2Menyata dan membandingkansaiz fail3Menggunakan aplikasiNotepad untukmembandingkan saiz fail satuperkataan dan satu ayatKEPUTUSAN (CAPAI / TIDAK CAPAI)TARIKHNama Guru: Tandatangan &TarikhDisahkanoleh:Tandatangan &Tarikh