Dsk pendidikan kesihatan thn 4

  • 573 views
Uploaded on

 

  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Be the first to comment
    Be the first to like this
No Downloads

Views

Total Views
573
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0

Actions

Shares
Downloads
39
Comments
0
Likes
0

Embeds 0

No embeds

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
    No notes for slide

Transcript

  • 1. KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIAKURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAHPENDIDIKAN KESIHATANTAHUN EMPAT2013DRAF
  • 2. iiiKANDUNGAN1. RUKUN NEGARA v2. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN vi3. PENDAHULUAN 14. MATLAMAT 15. OBJEKTIF 16. FOKUS 17. PENDIDIKAN KESIHATAN REPRODUKTIF DAN SOSIAL(PEERS) DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN28. CADANGAN PENGAGIHAN WAKTU 39. ORGANISASI STANDARD KURIKULUM 310. PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 411. PENILAIAN 512. OBJEKTIF PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN EMPAT 613. MODUL 1: KESIHATAN FIZIKAL 714. MODUL 2 915. MODUL 3 10
  • 3. vRUKUN NEGARABAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalamkalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satucara hidup demokratik; mencipta masyarakat yangadil bagi kemakmuran negara yang akan dapatdinikmati bersama secara adil dan saksama; menjaminsatu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisikebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak;membina satu masyarakat progresif yang akanmenggunakan sains dan teknologi moden;MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukanseluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-citatersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:• KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN• KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA• KELUHURAN PERLEMBAGAAN• KEDAULATAN UNDANG-UNDANG• KESOPANAN DAN KESUSILAAN
  • 4. viPendidikan di Malaysia adalah suatu usahaberterusan ke arah lebih memperkembangkanpotensi individu secara menyeluruh danbersepadu untuk melahirkan insan yangseimbang dan harmonis dari segi intelek,rohani, emosi dan jasmani berdasarkankepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkanwarganegara Malaysia yang berilmupengetahuan, berketerampilan, berakhlakmulia, bertanggungjawab dan berkeupayaanmencapai kesejahteraan diri sertamemberikan sumbangan terhadapkeharmonian dan kemakmuran keluarga,masyarakat dan negara.
  • 5. PENDAHULUANPendidikan Kesihatan ialah disiplin ilmu yang membolehkanmurid mendapat pengalaman pembelajaran secaraberterusan untuk membuat keputusan, meningkatkan literasikesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat. Murid dididiksupaya sentiasa bersedia menyesuaikan diri dalam aspekfizikal, mental, emosi, sosial dan rohani. Pengajaran danpembelajaran Pendidikan Kesihatan yang terancang dapatmeningkatkan potensi individu ke tahap kesihatan optimum.MATLAMATPendidikan Kesihatan membolehkan individu mengawalkesihatan diri, keluarga, masyarakat dan persekitaranmenerusi pengetahuan, kemahiran, amalan gaya hidup sihatdan bersikap positif untuk mencapai kesejahteraan hidupserta jangka hayat panjang yang berkualiti.OBJEKTIFMurid boleh :(i) mempertingkatkan pengetahuan, sikap dan amalankesihatan diri, keluarga, masyarakat serta persekitaran;(ii) mempamerkan kemahiran mencegah masalah kesihatandan penyakit; dan(iii) menguasai keupayaan bagi menghadapi dan menanganimasalah serta isu berkaitan dengan kesihatan.FOKUSKurikulum Pendidikan Kesihatan terdiri daripada PendidikanKesihatan Reproduktif dan Sosial iaitu PEERS (75%),pemakanan (15%) dan pertolongan cemas (10%). Sejumlah35 waktu dalam penjadualan persekolahan setahun diagihkanuntuk pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran PendidikanKesihatan bagi Tahap Satu dan Tahap Dua sekolah rendah.Kandungan Pendidikan Kesihatan memberi penekananterhadap gaya hidup sihat bersesuaian dengan ciri dankeperluan murid serta disusun mengikut tiga modul utamaiaitu :Modul 1 : Kesihatan FizikalModul ini menekankan aspek perkembangan fizikal sertapenjagaan kesihatan diri, keluarga dan masyarakat. Fokusdiberi kepada kesihatan diri dan reproduktif, pemakanan danpenyalahgunaan bahan.Pendidikan KesihatanReproduktif danSosial (PEERS)(75%)Pemakanan(15%)PertolonganCemas(10%)1
  • 6. Modul 2 : Kesihatan Mental, Emosi dan SosialModul ini menekankan aspek perkembangan mental, emosidan sosial serta mengurus risiko, konflik dan perubahandalam kehidupan. Fokus diberi kepada pengurusan mentaldan emosi, kekeluargaan serta perhubungan.Modul 3 : Kesihatan PersekitaranModul ini menekankan aspek kesihatan dan keselamatanpersekitaran. Fokus diberi kepada pencegahan penyakit,keselamatan dan pertolongan cemas.PENDIDIKAN KESIHATAN REPRODUKTIF DAN SOSIAL(PEERS) DALAM KURIKULUM PENDIDIKANKESIHATANPendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) diajarmelalui kurikulum Pendidikan Kesihatan. PEERS adalahsatu proses sepanjang hayat untuk memperoleh pengetahuandan membentuk sikap, nilai serta kepercayaan terhadapidentiti, perhubungan dan keintiman sesama insan.PEERS bukan hanya terbatas kepada isu seksual atauhubungan seks semata-mata. PEERS mencakupipengetahuan dari aspek biologikal, sosiobudaya, psikologikaldan kerohanian ke arah amalan tingkah laku yang sihatdalam kehidupan.Objektif PEERS adalah untuk membantu murid :(i) membentuk pandangan yang positif tentang kesihatanreproduktif dan sosial untuk diri, keluarga danmasyarakat;(ii) menyediakan maklumat yang perlu diketahui supayamurid mengambil berat tentang kesihatan seksual dankeluarga sebagai institusi asas manusia sertamenyumbang kepada pemeliharaan integriti institusikekeluargaan secara berterusan dan berkekalan; dan(iii) memperoleh kemahiran membuat keputusan secarabijak dan bertanggungjawab tentang kesihatan dantingkah laku seksual pada masa kini serta masa depan.PEERS merangkumi :(i) Kesihatan diri dan reproduktifAspek perkembangan dan perubahan fizikal,fisiologikal serta psikologikal semasa akil baligh,dan penjagaan kesihatan reproduktif.(ii) Penyalahgunaan bahanKesan buruk pengambilan bahan berbahaya iaiturokok, dadah, inhalan dan alkohol, serta kemahiranberkata TIDAK.(iii) Kemahiran pengurusan mental dan emosiKemahiran pengurusan konflik dan stres dalam diri,keluarga, rakan sebaya dan masyarakat.2
  • 7. (iv) KekeluargaanKepentingan institusi perkahwinan, kekeluargaan,peranan dan tanggungjawab ahli dalam keluarga.(v) PerhubunganKepentingan etiket perhubungan dan kemahiraninterpersonal yang positif dalam persaudaraan sertapersahabatan.(vi) Pencegahan penyakitPengetahuan dan kemahiran mengurus kesihatandaripada penyakit berjangkit, tidak berjangkit,genetik, keturunan dan mental.(vii) KeselamatanLangkah-langkah keselamatan diri di rumah, sekolah,taman permainan dan tempat awam, serta aktaperlindungan bagi kanak-kanak, gadis dan wanita,termasuk kemahiran mengelak diri daripadaancaman orang yang tidak dikenali dan orang yangperlu dihubungi jika berlaku gangguan, ancamanserta kecemasan.CADANGAN PENGAGIHAN WAKTUTahap Satu dan Tahap Dua Sekolah Rendah(35 waktu setahun)Pendidikan KesihatanReproduktif dan Sosial(PEERS)75% 26 waktu = 780 minitPemakanan 15% 5 waktu = 150 minitPertolongan Cemas 10% 4 waktu = 120 minitORGANISASI STANDARD KURIKULUMStandard Kurikulum Pendidikan Kesihatan digubal denganmenetapkan Standard Kandungan dan StandardPembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Tujuan utamapenetapan standard adalah untuk ekuiti dan kualiti. Ekuitibermaksud semua murid diberi peluang pendidikan yangsama, manakala kualiti bermaksud semua murid perlu diberipendidikan yang berkualiti. Justeru, kurikulum berasaskanstandard memberi pendidikan berkualiti yang sama kepadasemua murid.Standard Kandungan merupakan pernyataan spesifiktentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukandalam suatu tempoh persekolahan. Standard Kandunganmerangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.3
  • 8. Standard Pembelajaran merupakan satu penetapan kriteriaatau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yangboleh diukur bagi setiap standard kandungan. Standardyang ditetapkan mesti dilaksanakan, mesti dicapai olehmurid dan mesti ditaksir secara berterusan oleh guru.Pendekatan menggunakan standard menuntut guru untuklebih bertanggungjawab ke atas pencapaian murid.PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANSelaras dengan hasrat dan matlamat Falsafah PendidikanKebangsaan, Pendidikan Kesihatan menekankanperkembangan individu yang menyeluruh dan bersepadu dariaspek intelek, rohani, emosi dan jasmani. Oleh itu,pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan perlumemberi tumpuan terhadap pemerolehan ilmu pengetahuandan kemahiran asas kesihatan serta pemupukan danpenghayatan nilai.Dalam usaha ke arah mencapai matlamat PendidikanKesihatan, perkara berikut perlu diberi perhatian dalampengajaran dan pembelajaran :1. Pendekatan bersepadu merupakan satu strategi yangpenting untuk menjalin dan mengadunkan unsur-unsurilmu, kemahiran, bahasa dan nilai-nilai murni. Melaluipendekatan ini perkembangan kemahiran berfikir,kemahiran generik dan kemahiran belajar perlu diberipenekanan. Di samping itu, pengetahuan dan kemahirandaripada pelbagai mata pelajaran lain, pengalaman hidupharian murid serta isu-isu global perlu dihubung kaitdalam proses pengajaran dan pembelajaran disiplinilmu Pendidikan Kesihatan.2. Daya pemikiran murid perlu dipertingkat untukmembolehkan murid membuat keputusan, meningkatkanliterasi kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat.Aktiviti yang memberi peluang untuk murid berfikir secarakreatif dan inovatif perlu dikendalikan oleh guru.3. Penggunaan pelbagai pendekatan pengajaran danpembelajaran yang melibatkan murid secara aktif adalahperlu untuk membolehkan murid memperoleh pengalamandan memahami konsep menjaga diri, keluarga sertakomuniti. Bagi tujuan ini, kaedah inkuiri penemuan sertapembelajaran melalui pengalaman sangat digalakkan.Antara kaedah dan teknik yang boleh digunakan termasukaktiviti kumpulan, kerja luar, perbincangan, kajian kes,simulasi dan main peranan. Pengalaman pembelajaranseperti ini dapat memberi peluang kepada murid untukmelahirkan pandangan sendiri, asas untuk membinasemangat, membina sikap sentiasa cinta dan dahagakanilmu, minat membaca serta belajar seumur hidup.4. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, penekananperlu dibuat terhadap pemupukan nilai-nilai murni yangselaras dengan matlamat Pendidikan Kesihatan. Antaranilai yang perlu diterap dan diamalkan ialah kebersihan,keselamatan, tanggungjawab, keprihatinan, kasih sayang,kejujuran dan kerjasama.4
  • 9. 5. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankanoleh guru perlu memberi peluang kepada murid untukmenguasai kemahiran berkomunikasi, membinaperhubungan yang sihat, empati dengan orang lain,berupaya mengendalikan emosi serta tekanan dalammenguruskan hidup secara produktif dan sihat.6. Dalam menjalankan aktiviti bilik darjah, pengalamanmurid dan pengalaman pembelajaran perlu disusun aturdengan mengambil kira pelbagai tahap kecerdasan agarmurid dapat belajar dengan cara tersendiri dalamkeadaan yang paling sesuai. Kaedah dan aktiviti yangberbeza perlu dirancang untuk murid yang berbeza tahapkecerdasan.7. Penguasaan kemahiran kecekapan psikososial (life skills)adalah perlu dan membantu murid untuk mengadaptasipermintaan serta cabaran kehidupan harian, memberikesedaran tentang sesuatu isu atau permasalahan yangberlaku pada masa lampau, masa kini dan masa depan.Ini bermakna murid dapat membuat ramalan, menjangkaakibatnya dan mengendali perubahan supaya mendapatmanfaat yang maksimum.8. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi sepertiInternet, e-mel, CD-Rom dan sidang telekomunikasidalam proses pengajaran serta pembelajaran perludigalakkan sebagai melengkapkan diri dengan kemahiranabad ke-21.PENILAIAN1. Kaedah PenilaianPemerhatian dan penilaian berterusanPenilaian fizikal secara berkalaPenilaian hasil kerjaSenarai semakLisan2. Kekerapan PenilaianPenilaian dijalankan sepanjang masa.3. Ciri-ciri PenilaianPenilaian secara menyeluruhPerkara yang dinilai merangkumi penguasaanpengetahuan, penerapan sikap, penguasaankemahiran, status kesihatan dan amalan harianCriterion-based evaluation dan bukan perbandinganantara muridProses dan kaedah penilaian tidak terlalu rumit.4. Penggunaan Hasil PenilaianPenilaian Pendidikan Kesihatan dirancang dandikendalikan oleh guru di peringkat sekolah. Hasilpenilaian digunakan untuk tindakan susulan bagimeningkatkan pembelajaran murid dan memperbaikipengajaran guru. Pelaporan perlu dibuat di peringkatsekolah untuk memberi maklum balas kepada murid,ibu bapa dan guru lain.5
  • 10. OBJEKTIF PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN EMPATPada akhir pembelajaran, murid dapat meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan amalan:1. Menjaga kebersihan dan cara pengurusan diri semasa haid dan ihtilam;2. Menghargai perubahan fizikal pada diri sendiri dan individu lain, serta cara menangani pelbagai situasi negatif untukmenjaga keselamatan dan kehormatan diri;3. Mengetahui kepentingan pengambilan makanan berdasarkan Piramid Makanan Malaysia;4. Mengetahui cara berkata TIDAK kepada pembelian dan pengambilan alkohol;5. Memilih cara mengurus konflik dan stres;6. Mengetahui kepentingan hubungan kekeluargaan dan sokongan ahli keluarga dalam menangani gejala sosial;7. Mengetahui kepentingan menyayangi diri sendiri dan ahli dalam keluarga, serta cara meluahkan perasaan yang sesuaidalam pelbagai situasi;8. Mencegah penyakit tidak berjangkit seperti penyakit jantung, asma, penyakit buah pinggang dan diabetes;9. Memilih ciri rakan sebaya yang boleh dijadikan suri teladan; dan10. Mengetahui kepentingan bantu mula mengikut situasi dan langkah-langkah yang diambil semasa memberi bantu mulauntuk kecederaan ringan.6
  • 11. PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN EMPATMODUL 1: KESIHATAN FIZIKALSTANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARANKesihatan Diri dan Reproduktif1.1 Mengetahui dan memahami pertumbuhan dan perkembanganfizikal yang sihat.1.1.1 Menyatakan maksud akil baligh.1.1.2 Menyatakan tanda-tanda akil baligh bagi lelaki dan perempuan.1.1.3 Menyatakan perubahan fizikal lelaki dan perempuan apabilaakil baligh.1.1.4 Menyatakan tempoh kitaran haid.1.1.5 Menjelaskan tiada gangguan aktiviti harian semasa haid.1.1.6 Menjelaskan cara pengurusan diri apabila mengalami haiddan ihtilam.1.1.7 Mengenal pasti perubahan yang mungkin dialami semasahaid.1.2 Mendemonstrasi keupayaan dan kemahiran untuk menanganipengaruh dalaman dan luaran yang mempengaruhi kesihatandiri dan reproduktif.1.2.1 Menyatakan cara menghargai perubahan fizikal pada dirisendiri.1.2.2 Menyatakan cara menghormati perubahan fizikal individu lain.1.2.3 Menyatakan cara menangani pelbagai situasi negatif terhadapperubahan fizikal pada diri sendiri, rakan dan keluarga.1.2.4 Menyatakan batas sentuhan untuk menjaga keselamatandan kehormatan diri.7
  • 12. PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN EMPATMODUL 1: KESIHATAN FIZIKALSTANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARANPemakanan1.3 Mengetahui dan mengamalkan pemakanan yang sihat danselamat.1.3.1 Melakar dan melabel Piramid Makanan Malaysia.1.3.2 Mengenal pasti kumpulan makanan mengikut aras PiramidMakanan Malaysia.1.3.3 Menyatakan kepentingan pengambilan pelbagai jenismakanan berdasarkan Piramid Makanan Malaysia.1.3.4 Menjelaskan kepentingan pengambilan sarapan yang sihat.1.3.5 Menjelaskan kepentingan maklumat yang terdapat padalabel makanan iaitu kualiti, tarikh luput dan kandungan bahan.Penyalahgunaan Bahan1.4 Mengetahui jenis dan kesan penyalahgunaan bahan sertaberkemahiran menangani situasi berisiko terhadap diri,keluarga dan masyarakat.1.4.1 Menyatakan contoh makanan dan minuman yangmengandungi alkohol berdasarkan label.1.4.2 Menyatakan kesan jangka masa pendek terhadap fizikal danmental akibat pengambilan alkohol.1.4.3 Menyatakan kesan jangka masa panjang terhadap fizikal danmental akibat pengambilan alkohol.1.4.4 Berkata TIDAK kepada pengambilan dan pembelian makananserta minuman beralkohol.1.4.5 Mendemonstrasi cara menyebarkan maklumat berkaitan kesanpengambilan alkohol kepada ahli keluarga dan rakan sebaya.8
  • 13. PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN EMPATMODUL 2: KESIHATAN MENTAL, EMOSI DAN SOSIALSTANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARANPengurusan Mental dan Emosi2.1 Mengetahui pelbagai jenis emosi, kepentingan dan caramengurus emosi untuk meningkatkan kesihatan mentaldalam kehidupan harian.2.1.1 Menyatakan maksud konflik dan stres.2.1.2 Mengenal pasti tanda-tanda konflik dan stres dalam dirisendiri.2.1.3 Menyatakan punca konflik dan stres dalam diri sendiri.2.1.4 Menyatakan kesan konflik dan stres terhadap diri sendiri.2.1.5 Memilih cara mengurus konflik dan stres.Kekeluargaan2.2 Mengetahui peranan diri sendiri dan ahli keluarga sertakepentingan institusi kekeluargaan dalam aspek kesihatankeluarga.2.2.1 Menjelaskan kepentingan hubungan kekeluargaan.2.2.2 Menerangkan peranan dan tanggungjawab ahli keluargadalam mencegah serta menangani gejala sosial.2.2.3 Menjelaskan kepentingan sokongan ahli keluarga dalammenangani gejala sosial.Perhubungan2.3 Mengetahui dan mengaplikasi kemahiran interpersonalserta komunikasi berkesan dalam kehidupan harian.2.3.1 Menjelaskan kepentingan menyayangi diri sendiri dan ahlidalam keluarga.2.3.2 Menyatakan cara meluahkan perasaan kasih sayang dalamkeluarga.2.3.3 Mempamerkan cara meluahkan perasaan yang sesuai dalampelbagai situasi.9
  • 14. PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN EMPATMODUL 3: KESIHATAN PERSEKITARANSTANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARANPenyakit3.1 Mengetahui jenis penyakit dan cara mencegah sertamengelak risiko penyakit dalam kehidupan harian.3.1.1 Menyatakan penyakit tidak berjangkit seperti penyakitjantung, asma, penyakit buah pinggang dan diabetes.3.1.2 Mengenal pasti simptom penyakit tidak berjangkit sepertipenyakit jantung, asma, penyakit buah pinggang dandiabetes.3.1.3 Menyatakan kesan penyakit tidak berjangkit seperti penyakitjantung, asma, penyakit buah pinggang dan diabetessekiranya tidak dikawal.3.1.4 Menjelaskan cara mencegah penyakit tidak berjangkit sepertipenyakit jantung, asma, penyakit buah pinggang dandiabetes.Keselamatan3.2 Mengetahui kepentingan menjaga keselamatan diri danmendemonstrasi kemahiran kecekapan psikososialdalam kehidupan harian.3.2.1 Menyatakan maksud rakan sebaya.3.2.2 Menerangkan peranan rakan sebaya.3.2.3 Membezakan pengaruh positif dan negatif rakan sebaya.3.2.4 Menjelaskan cara-cara mengatasi pengaruh negatif rakansebaya.3.2.5 Memilih ciri rakan sebaya yang boleh dijadikan suri teladan.10
  • 15. PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN EMPATMODUL 3: KESIHATAN PERSEKITARANSTANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARANPertolongan Cemas3.3 Mengetahui asas pertolongan cemas dan kepentinganbertindak dengan bijak mengikut situasi.3.3.1 Menyatakan maksud bantu mula.3.3.2 Mengenal pasti jenis kecederaan ringan seperti luka, calar,lebam dan terseliuh.3.3.3 Menyatakan langkah-langkah yang diambil semasa memberibantu mula untuk kecederaan ringan.3.3.4 Menjelaskan kepentingan bantu mula mengikut situasi.11
  • 16. Terbitan:BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUMKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIAAras 4-8, Blok E9Kompleks Kerajaan Parcel EPusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62604 PUTRAJAYATel: 03-8884 2000 Faks: 03-8888 9917http://www.moe.gov.my/bpk