KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIAKURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAHMATEMATIKTAHUN EMPATDRAF
iDOKUMEN STANDARDKURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH(KSSR)MODUL TERAS ASASMATEMATIKTAHUN 4BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
iiCetakan Pertama 2013© Kementerian Pelajaran MalaysiaHak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana ba...
iiiKANDUNGANNOMBOR DAN OPERASINombor Bulat hingga 100 000 15Tambah dalam lingkungan 100 000 16Tolak dalam lingkungan 100 0...
iv
vRUKUN NEGARABAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-citauntuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalanganse...
viviPendidikan di Malaysia adalah suatu usahaberterusan ke arah memperkembangkan lagipotensi individu secara menyeluruh da...
1PENDAHULUANVisi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ialah “Sekolah UnggulPenjana Generasi Terbilang”. Pendidikan di Mala...
2FOKUSKERANGKA KURIKULUM KEBANGSAANStandard Kurikulumdibina berasaskan kepadaenam tunjang, iaitu Komunikasi; Kerohanian,Si...
3STRUKTUR PENDIDIKAN MATEMATIK SEKOLAHRENDAHSetiap murid di Malaysia berpeluang melalui sekurang-kurangnyaenam tahun pendi...
4kualiti murid yang dihasratkan untuk dilahirkan melalui sistempendidikan matematik kebangsaan. Murid yang berfikrah matem...
5Murid harus membentuk dan meneroka idea matematik secaramendalam melalui peluang dan pengalaman pembelajaran yangpelbagai...
6• Menyelesaikan masalah sukar dengan cara menganalisamasalah yang lebih kecil dan khusus.• Bersifat terbuka dan menggunak...
7Berkomunikasi sesama sendiri atau dengan rakan sebaya, ibubapa, orang dewasa dan guru dapat membantu muridmenggambarkan, ...
8mendapatkan penyelesaian, tanpa memahami konsep matematikyang sebenarnya. Penaakulan bukan saja mengubah paradigmamurid d...
9aktiviti manusia. Melalui aktiviti ini murid dapat menggunakanmatematik apabila berdepan dengan situasi yang baru dan dap...
10barangkali tidak dapat didekati oleh sebahagian besar daripadapopulasi. Dengan perwakilan, gagasan matematik boleh diben...
11Standard KandunganKenyataan umum tentang domain kognitif (pengetahuan) danefektif (sikap dan nilai) yang boleh dicapai o...
12ELEMEN NILAI TAMBAHKREATIVITI DAN INOVASITerdapat banyak definisi kreativiti, menurut Kamus Dewan, 1997kreativiti bermak...
13TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK)Ledakan kemajuan pelbagai teknologi di dalam kehidupan masakini dan akan datang m...
14
15Tahun 4STANDARD KANDUNGANMurid dibimbing untuk …STANDARD PEMBELAJARANMurid berupaya untuk …1.1 Mengetahui nilai nombor. ...
16Tahun 4STANDARD KANDUNGANMurid dibimbing untuk …STANDARD PEMBELAJARANMurid berupaya untuk …2.1 Mengaplikasi penambahanse...
17Tahun 4STANDARD KANDUNGANMurid dibimbing untuk …STANDARD PEMBELAJARANMurid berupaya untuk …3.1 Mengaplikasi penolakanseb...
18Tahun 4STANDARD KANDUNGANMurid dibimbing untuk …STANDARD PEMBELAJARANMurid berupaya untuk …4.1 Mengaplikasi pendaraban d...
19Tahun 4STANDARD KANDUNGANMurid dibimbing untuk …STANDARD PEMBELAJARANMurid berupaya untuk …5.1 Mengaplikasi pembahagian ...
20Tahun 4STANDARD KANDUNGANMurid dibimbing untuk …STANDARD PEMBELAJARANMurid berupaya untuk …6.1 Memahami penambahan danpe...
21Tahun 4STANDARD KANDUNGANMurid dibimbing untuk …STANDARD PEMBELAJARANMurid berupaya untuk …7.1 Mengetahui pecahan tak wa...
22Tahun 4STANDARD KANDUNGANMurid dibimbing untuk …STANDARD PEMBELAJARANMurid berupaya untuk …8.1 Mengetahui nombor perpulu...
23Tahun 4STANDARD KANDUNGANMurid dibimbing untuk …STANDARD PEMBELAJARANMurid berupaya untuk …9.1 Memahami peratus. (i) Men...
24Tahun 4STANDARD KANDUNGANMurid dibimbing untuk …STANDARD PEMBELAJARANMurid berupaya untuk …10.1 Mengetahui nilai wang hi...
25Tahun 4STANDARD KANDUNGANMurid dibimbing untuk …STANDARD PEMBELAJARANMurid berupaya untuk …10.9 Mengetahui mata wang asi...
26Tahun 4STANDARD KANDUNGANMurid dibimbing untuk …STANDARD PEMBELAJARANMurid berupaya untuk …11.1 Mengetahui perkaitan dal...
27Tahun 4STANDARD KANDUNGANMurid dibimbing untuk …STANDARD PEMBELAJARANMurid berupaya untuk …11.5 Memahami pembahagianmeli...
28Tahun 4STANDARD KANDUNGANMurid dibimbing untuk …STANDARD PEMBELAJARANMurid berupaya untuk …12.1 Mengetahui unit panjang....
29Tahun 4STANDARD KANDUNGANMurid dibimbing untuk …STANDARD PEMBELAJARANMurid berupaya untuk …12.6 Memahami pembahagianpanj...
30Tahun 4STANDARD KANDUNGANMurid dibimbing untuk …STANDARD PEMBELAJARANMurid berupaya untuk …13.1 Memahami operasi bergabu...
31Tahun 4STANDARD KANDUNGANMurid dibimbing untuk …STANDARD PEMBELAJARANMurid berupaya untuk …14.1 Memahami operasi bergabu...
32Tahun 4STANDARD KANDUNGANMurid dibimbing untuk …STANDARD PEMBELAJARANMurid berupaya untuk …15.1 Mengetahui berkaitan sud...
33Tahun 4STANDARD KANDUNGANMurid dibimbing untuk …STANDARD PEMBELAJARANMurid berupaya untuk …16.1 Mengetahui koordinat pad...
34Tahun 4STANDARD KANDUNGANMurid dibimbing untuk …STANDARD PEMBELAJARANMurid berupaya untuk …17.1 Mengetahui kadaran. (i) ...
35Tahun 4STANDARD KANDUNGANMurid dibimbing untuk …STANDARD PEMBELAJARANMurid berupaya untuk …18.1 Mengetahui data. (i) Mem...
Terbitan:BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUMKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIAAras 4-8, Blok E9Kompleks Kerajaan Parcel EPusat Pent...
Dsk matematik thn 4 bm
Dsk matematik thn 4 bm
Dsk matematik thn 4 bm
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Dsk matematik thn 4 bm

786 views

Published on

1 Comment
1 Like
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total views
786
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
2
Actions
Shares
0
Downloads
52
Comments
1
Likes
1
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Dsk matematik thn 4 bm

  1. 1. KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIAKURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAHMATEMATIKTAHUN EMPATDRAF
  2. 2. iDOKUMEN STANDARDKURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH(KSSR)MODUL TERAS ASASMATEMATIKTAHUN 4BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
  3. 3. iiCetakan Pertama 2013© Kementerian Pelajaran MalaysiaHak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandunganbuku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakamanatau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum,Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62604 Putrajaya.
  4. 4. iiiKANDUNGANNOMBOR DAN OPERASINombor Bulat hingga 100 000 15Tambah dalam lingkungan 100 000 16Tolak dalam lingkungan 100 000 17Darab hingga 100 000 18Bahagi hingga 100 000 19Operasi Bergabung 20Pecahan 21Perpuluhan 22Peratus 23Wang hingga RM100 000 24SUKATAN DAN GEOMETRIMasa dan Waktu 25Panjang 27Jisim 29Isi Padu Cecair 30Ruang 31PERKAITAN DAN ALGEBRAKoordinat 32Nisbah dan Kadaran 33STATISTIK DAN KEBARANGKALIANPerwakilan Data 34KANDUNGAN iiiRUKUN NEGARA vFALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN viPENDAHULUAN 1RASIONAL PENDIDIKAN MATEMATIK SEKOLAH 1MATLAMAT 1FOKUS 2KERANGKA KURIKULUM KEBANGSAAN 2STRUKTUR PENDIDIKAN MATEMATIK SEKOLAH 3OBJEKTIF 3KERANGKA KURIKULUM MATEMATIK 3STANDARD KANDUNGAN DAN 10STANDARD PEMBELAJARANSTRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 11ELEMEN NILAI TAMBAH 12PENILAIAN 13
  5. 5. iv
  6. 6. vRUKUN NEGARABAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-citauntuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalanganseluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidupdemokratik; mencipta masyarakat yang adil bagikemakmuran negara yang akan dapat dinikmati bersamasecara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberalterhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya danberbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresifyang akan menggunakan sains dan teknologi moden;MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukanseluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-citatersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:• KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN• KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA• KELUHURAN PERLEMBAGAAN• KEDAULATAN UNDANG-UNDANG• KESOPANAN DAN KESUSILAAN
  7. 7. viviPendidikan di Malaysia adalah suatu usahaberterusan ke arah memperkembangkan lagipotensi individu secara menyeluruh danbersepadu untuk mewujudkan insan yangseimbang dan harmonis dari segi intelek,rohani, emosi dan jasmani berdasarkankepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyatMalaysia yang berilmu pengetahuan,berketerampilan, berakhlak mulia,bertanggungjawab dan berkeupayaanmencapai kesejahteraan diri serta memberikansumbangan terhadap keharmonian dankemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
  8. 8. 1PENDAHULUANVisi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ialah “Sekolah UnggulPenjana Generasi Terbilang”. Pendidikan di Malaysia bertujuanmembangun potensi individu melalui pendidikan berkualiti dengancara menyediakan generasi yang berkeupayaan berfikir danwarganegara beriltizam. KPM secara berterusan menyemakkurikulum bagi memastikan pelaksanaan kurikulum di sekolahmelengkapkan murid dengan pengetahuan, kemahiran dan nilaiuntuk menghadapi cabaran semasa dan masa depan.Matematik merupakan suatu bidang ilmu yang melatih mindasupaya berfikir secara mantik dan bersistem dalam menyelesaikanmasalah dan membuat keputusan. Sifat matematik secara tabiinyamenggalakkan pembelajaran yang bermakna dan mencabarpemikiran. Dengan sebab itu matematik ialah antara bidang yangterpenting dalam sebarang usaha pembinaan insan. Berasaskankepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta memastikankurikulum sentiasa relevan. Kurikulum Standard Sekolah Rendahbagi matapelajaran Matematik ini diolah dan disusun semula.Penyusunan semula ini mengambilkirakesinambungan yangberterusan ke peringkat seterusnya. Langkah yang diambil adalahselaras dengan keperluan untuk menyediakan pengetahuan dankemahiran matematik kepada murid yang mempunyai latarbelakang dan keupayaan yang pelbagai. Dengan pengetahuan dankemahiran tersebut, mereka berkemampuan untuk meneroka ilmu,membuat adaptasi, modifikasi dan inovasi dalam menghadapi sertamenangani perubahan dan cabaran masa depan.RASIONAL PENDIDIKAN MATEMATIK SEKOLAHMatematik merupakan wadah terbaik untuk mengembangkanprofisiensi intelektual individu dalam membuat penaakulan logik,visualisasi ruang, analisis dan pemikiran abstrak. Muridmengembangkan kemahiran numerasi, penaakulan, cara berfikirdan menyelesaikan masalah melalui pembelajaran dan aplikasimatematik.Pembelajaran Matematik menyediakan peluang untuk muridmelaksanakan tugasan kreatif dan mengalami keseronokan danteruja apabila mengetahui sesuatu yang baru. Pengalamansedemikian meningkatkan minat dan menjadi daya penggerakmurid mempelajari matematik di luar bilik darjah dan di peringkatpengajian yang lebih tinggi.MATLAMATMatlamat Kurikulum Standard Sekolah Rendah bagi matapelajaranMatematikadalah untuk membina pemahaman murid tentangkonsep nombor, kemahiran asas dalam pengiraan, memahami ideamatematik yang mudah dan berketrampilan mengaplikasikanpengetahuan serta kemahiran matematik secara berkesan danbertanggungjawab dalam kehidupan seharian.
  9. 9. 2FOKUSKERANGKA KURIKULUM KEBANGSAANStandard Kurikulumdibina berasaskan kepadaenam tunjang, iaitu Komunikasi; Kerohanian,Sikap dan Nilai; Kemanusiaan; KetrampilanDiri; Perkembangan Fizikal dan Estetika; sertaSains, Matematik dan Teknologi. Enamtunjang tersebut merupakan domain utamayang menyokong antara satu sama lain dandisepadukan dengan pemikiran kritis, kreatifdan inovatif. Kesepaduan ini bertujuan untukmembangunkan modal insan yang seimbang,berpengetahuan dan berketerampilansebagaimana rajah di sebelah....InsanSeimbangProses pengajaran dan pembelajaran matematik memberi keutamaan kepada penguasaan pengetahuan dan pemahaman bagimembolehkan murid mengaplikasikan konsep, prinsip dan proses matematik yang dipelajari. Penekanan kepada aspek perkembanganpemikiran murid secara matematik dibina dan dikembangkan melalui proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah berdasarkanprinsip berikut iaitu penyelesaian masalah, komunikasi, penaakulan, perkaitan, membuat perwakilan dan penggunaan teknologi dalammatematik.....................InnnInInnnnnnnInInInInInnnInInInInnInInInIInInnnInnnInnnnnnnInI sasasasasassaasaaasasasasasasaaasasaaaasasasaasasssasaaasasasasaaaaasasassasaaaaaaaaasssassasaasaaaasaasassssasass nnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnSeSeSeSeSeSeSeSeSeSeSeeSeeSeSeSeeSeSeSeSeSeSeSeSeSeSeeeSeeeeeiiiiiiiiiiiiimimiiimimimimimimimimimimimimiimbabbababbabababababababbababababababbbabbbababababaababangnngnnnngngnngngnnnngnnngnnngngnnnngnngnngnnnnnggg
  10. 10. 3STRUKTUR PENDIDIKAN MATEMATIK SEKOLAHRENDAHSetiap murid di Malaysia berpeluang melalui sekurang-kurangnyaenam tahun pendidikan asas di sekolah. Ini merangkumi tiga tahunpendidikan di tahap I dan tiga tahun pendidikan di tahap II. Setelahitu, murid boleh mengikuti pendidikan di peringkat pengajian yanglebih tinggi.TAHAP TUJUANI Kurikulum Matematik Sekolah Rendah Tahap Ibertujuan membina kefahaman, kemahiran matematikdan aplikasi asas.II Kurikulum Matematik Sekolah Rendah Tahap IIbertujuan membina kefahaman, kemahiran matematikdan aplikasi yang lebih kompleks di kalangan muridsupaya dapat digunakan dalam menangani cabarandalam kehidupan seharian secara berkesan.OBJEKTIFKurikulum Standard Sekolah Rendah bagi mata pelajaranMatematik membolehkan murid:Memahami dan mengaplikasi konsep dan kemahiran matematikdalam pelbagai konteks.Memperluaskan penggunaan kemahiran operasi asas tambah,tolak, darab dan bahagi yang berkaitan dengan Nombor danOperasi, Sukatan dan Geometri, Perkaitan dan algebra sertaStatistik dan Kebarangkalian.Mengenal pasti dan menggunakan perkaitan dalam ideamatematik, di antara bidang matematik dengan bidang lain dandengan kehidupan harian.Berkomunikasi menggunakan idea matematik dengan jelasserta penggunaan simbol dan istilah yang betul.Menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik untukdiaplikasi dan membuat penyesuaian kepada pelbagai strategibagi menyelesaikan masalah.Berfikir, menaakul dan membuat penerokaan secara matematikdalam kehidupan harian.Menggunakan pelbagai perwakilan untuk menyampaikan ideamatematik dan perkaitannya.Menghargai dan menghayati keindahan matematik.Menggunakan pelbagai peralatan matematik secara efektiftermasuk TMK untuk membina kefahaman konsep danmengaplikasi ilmu matematik.KERANGKA KURIKULUM MATEMATIKKerangka kurikulum matematik menunjukkan program matematikyang diguna pakai di peringkat sekolah rendah. Pembelajaranmatematik dirancang bermatlamatkan pembentukan murid yangberfikrah matematik.FIKRAH MATEMATIKFikrah menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) membawapengertian yang sama dengan daya berfikir dan pemikiran. Dalamkonteks pendidikan matematik, fikrah matematik merujuk kepada
  11. 11. 4kualiti murid yang dihasratkan untuk dilahirkan melalui sistempendidikan matematik kebangsaan. Murid yang berfikrah matematikini merupakan murid yang berkeupayaan melakukan matematik danmemahami idea matematik, serta mengaplikasikan secarabertanggungjawab pengetahuan dan kemahiran matematik dalamkehidupan harian berlandaskan sikap dan nilai matematik.REKA BENTUK KURIKULUM MATEMATIKBIDANG PEMBELAJARANKandungan matematik dirangkumkan mengikut empat bidangpembelajaran iaitu:Nombor dan OperasiSukatan dan GeometriPerkaitan dan AlgebraStatistik dan KebarangkalianKandungan bagi KSSR Matematik adalah sebagaimana berikut:NOMBOR DAN OPERASI SUKATAN DAN GEOMETRINombor BulatPenambahanPenolakanPendarabanPembahagianOperasi BergabungPecahanPerpuluhanPeratusWangMasa dan WaktuUkuran PanjangJisimIsi padu CecairRuangPERKAITAN DANALGEBRASTATISTIK DAN KEBARANGKALIANKoordinatNisbah dan KadaranPerwakilan DataPurataTanggapan, minat,penghargaan, yakintabah dan berdayatahanPeribadi, interaksi,prosedur, intrinsik.Nombor dan OperasiSukatan dan GeometriPerkaitan dan AlgebraStatistik danKebarangkalianBerkomunikasiMenaakulMembuatperkaitanMenyelesaikanMasalahMembuat Perwakilan Kemahiran matematikKemahiran menganalisisKemahiran menyelesaikan masalahKemahiran membuat penyelidikanKemahiran berkomunikasiKemahiran menggunakan teknologi
  12. 12. 5Murid harus membentuk dan meneroka idea matematik secaramendalam melalui peluang dan pengalaman pembelajaran yangpelbagai. Kesedaran harus dipupuk dan dikembangkan dalamkalangan murid bahawa idea matematik saling berkait, danmatematik merupakan ilmu yang menyeluruh; bukan cebisanpengetahuan yang terasing. Dengan kesedaran dan kefahamansedemikian, pengertian tentang idea matematik menjadi lebihbermakna, dan seterusnya dapat meningkatkan keupayaan muriduntuk mengaplikasikan matematik.Peluang dan pengalaman pembelajaran pelbagai yang disediakanseharusnya melibatkan murid secara aktif dalam pembelajaranmatematik, membantu murid membentuk kefahaman mendalamtentang konsep matematik, dan membentuk pengertian yang lebihbermakna tentang idea matematik yang pelbagai. Berlandaskankefahaman dan pengertian yang dibentuk, murid berupayamembuat perkaitan dan mengaplikasikan idea matematik,seterusnya menjadikan murid lebih yakin untuk meneroka danmengaplikasikan matematik. Penggunaan bahan bantu mengajar,peralatan teknologi dan pelaksanaan tugasan/amali/kerja projekseharusnya dirangkum dalam pengalaman pembelajaran yangdisediakan untuk murid.KEMAHIRANKemahiran dalam matematik yang harus dikembangkan dandipupuk dalam kalangan murid meliputi numerasi, mengukur danmembina, mengendali dan mentafsir data, manipulasi aritmetik,manipulasi algebra, mengguna algoritma dan menggunakan alatmatematik dan TMK.Kemahiran MatematikKemahiran matematik merujuk kepada keupayaan seperti berikut:• Menggunakan laras bahasa matematik yang betul danmengaplikasikan penaakulan mantik.• Menyatakan idea matematik secara jitu.• Membuat, menguji dan membuktikan konjektur.• Mengekstrak makna dari suatu penulisan matematik.• Menggunakan matematik untuk memperihalkan dunia fizikal.Kemahiran MenganalisisKemahiran menganalisis merujuk kepada keupayaan sepertiberikut:• Berfikir secara jelas.• Memberi perhatian dan penelitian kepada setiap aspek.• Memanipulasi idea yang tepat, jitu dan terperinci,• Memahami penaakulan yang kompleks,• Mengkonstruk dan mempertahan hujah yang logik.• Mendebatkan hujahan yang tidak munasabah.Kemahiran Menyelesaikan MasalahKemahiran menyelesaikan masalah merujuk kepada keupayaanseperti berikut:• Membentuk permasalahan secara tepat dan mengenal pasti isuutama permasalahan.• Menyampaikan suatu penyelesaian secara jelas danmengeksplisitkan andaian yang dibuat.
  13. 13. 6• Menyelesaikan masalah sukar dengan cara menganalisamasalah yang lebih kecil dan khusus.• Bersifat terbuka dan menggunakan pendekatan yang berbezauntuk menyelesaikan masalah yang sama.• Menyelesaikan masalah dengan yakin walaupun penyelesaiantidak ketara.• Meminta bantuan sekiranya memerlukan.Kemahiran Membuat PenyelidikanKemahiran membuat penyelidikan merujuk kepada keupayaanseperti berikut:• Merujuk nota, buku teks dan bahan sumber yang lain.• Mengakses buku di perpustakaan.• Menggunakan pengkalan data.• Mendapatkan maklumat dari pelbagai individu.• Berfikir.Kemahiran BerkomunikasiKemahiran berkomunikasi merujuk kepada keupayaan sepertiberikut:• Mendengar secara berkesan.• Menulis idea matematik secara tepat dan jelas.• Menulis esei dan pelaporan.• Membuat pembentangan.Kemahiran Menggunakan TeknologiKemahiran menggunakan teknologi merujuk kepada keupayaanmengguna dan mengendali alat matematik seperti abakus,kalkulator, komputer, perisian pendidikan, laman web di Internetdan pakej pembelajaran untuk:• Membentuk dan memahami konsep matematik dengan lebihmendalam.• Membuat, menguji dan membuktikan konjektur.• Meneroka idea matematik.• Menyelesaikan masalah.PROSESBerkomunikasiKomunikasi tentang idea matematik dapat membantu muridmenjelaskan dan memperkukuhkan pemahaman matematik.Perkongsian pemahaman matematik secara penulisan dan lisandengan rakan sekelas, guru dan ibu bapa, murid akan dapatmeningkatkan keyakinan diri dan memudahkan guru memantauperkembangan kemahiran matematik mereka.Komunikasi memainkan peranan yang penting dalam memastikanpembelajaran matematik yang bermakna. Melalui komunikasi, ideamatematik dapat diluahkan dan difahami dengan lebih baik.Komunikasi secara matematik, sama ada secara lisan, penulisanatau menggunakan simbol dan perwakilan visual (denganmenggunakan carta, graf, gambar rajah dan lain-lain), dapatmembantu murid memahami dan mengaplikasikan matematikdengan lebih efektif.
  14. 14. 7Berkomunikasi sesama sendiri atau dengan rakan sebaya, ibubapa, orang dewasa dan guru dapat membantu muridmenggambarkan, menjelaskan dan memperkukuhkan idea danpemahaman matematik mereka. Bagi memastikan berlakunyaproses penjanaan, perkongsian dan peningkatan pemahaman,murid perlu diberi peluang untuk membahaskan idea matematikmereka secara analitis dan sistematik. Komunikasi yang melibatkanpelbagai perspektif dan sudut pendapat dapat membantu muridmeningkatkan pemahaman matematik dengan lebih baik.Aspek yang penting dalam komunikasi berkesan dalam matematikadalah keupayaan untuk memberikan penerangan dengan efektif,dan memahami dan mengaplikasi notasi matematik dengan betul.Murid perlu menggunakan laras bahasa dan simbol matematikdengan betul bagi memastikan sesuatu idea matematik dapatdijelaskan dengan tepat. Komunikasi secara matematik jugamelibatkan penggunaan pelbagai media seperti carta, graf,manipulatif, kalkulator, komputer dan lain-lain. Murid seharusnyadapat menggunakan media yang berbeza tersebut bagimenjelaskan idea matematik dan menyelesaikan sesuatu masalahmatematik.Komunikasi berkesan memerlukan persekitaran yang sentiasa pekaterhadap keperluan murid untuk berasa selesa semasa bercakap,bertanya soalan, menjawab soalan dan menghuraikan pernyataankepada rakan sekelas dan juga guru. Murid perlu diberi peluanguntuk berkomunikasi secara aktif dalam pelbagai suasana,contohnya berkomunikasi semasa melakukan aktiviti secaraberpasangan, berkumpulan atau memberi penerangan kepadaseluruh kelas.Penilaian terhadap keupayaan murid untuk berkomunikasi secaramatematik dengan berkesan perlu menunjukkan bukti bahawamurid dapat menjana, menjelaskan dan berkongsi idea matematikmelalui pelbagai bentuk komunikasi dalam pelbagai persekitaran.Murid yang sentiasa diberi peluang dan galakan untuk bercakap,membaca, menulis dan mendengar semasa pengajaran danpembelajaran matematik, akan dapat berkomunikasi untukmempelajari matematik dan belajar untuk berkomunikasi secaramatematik.MenaakulPenaakulan merupakan asas penting untuk memahami matematikdengan lebih berkesan dan menjadikan pengertian tentangmatematik lebih bermakna. Perkembangan penaakulan matematikberkait rapat dengan perkembangan intelek dan komunikasi murid.Penaakulan berupaya mengembangkan bukan sahaja kapasitipemikiran logikal malah turut meningkatkan kapasiti pemikiran kritisyang juga merupakan asas kepada pemahaman matematik secaramendalam dan bermakna. Bagi mencapai objektif ini, murid harusdilatih dan dibimbing untuk membuat konjektur, membuktikankonjektur, memberi penerangan logikal, menganalisa, membuatpertimbangan, menilai dan memberi justifikasi terhadap semuaaktiviti matematik. Selain itu, guru perlu menyediakan ruang danpeluang untuk perbincangan matematik yang bukan sahajaengaging tetapi membolehkan setiap murid terlibat dengan baik.Penaakulan boleh dilakukan secara induktif melalui aktivitimatematik yang melibatkan pengenalpastian pola dan membuatkesimpulan berdasarkan pola tersebut.Elemen penaakulan dalam pengajaran dan pembelajaranmengelakkan murid dari menganggap matematik sebagai hanyasatu set prosedur atau algoritma yang perlu diikuti bagi
  15. 15. 8mendapatkan penyelesaian, tanpa memahami konsep matematikyang sebenarnya. Penaakulan bukan saja mengubah paradigmamurid dari sekadar belajar kepada berfikir, malah memberipengupayaan intelektual apabila murid dibimbing dan dilatih untukmembuat konjektur, membuktikan konjektur, memberikanpenerangan logikal, menganalisa, menilai dan memberi justifikasiterhadap semua aktiviti matematik. Latihan sedemikian membentukmurid yang yakin dengan diri sendiri dan tabah selaras denganhasrat untuk membentuk pemikir matematik yang berkeupayaantinggi.Membuat KaitanDalam melaksanakan kurikulum matematik, peluang untukmembuat kaitan perlu diwujudkan supaya murid dapat mengaitkanpengetahuan konseptual dan prosedural serta dapat mengaitkantopik-topik dalam matematik khususnya dan matematik denganbidang lain secara amnya. Ini akan meningkatkan kefahaman muriddalam matematik dan menjadikan matematik lebih jelas, bermaknadan menarik bagi mereka.Kurikulum Matematik umumnya terdiri daripada beberapa bidangdiskrit seperti penghitungan, geometri, algebra, pengukuran danpenyelesaian masalah. Tanpa membuat kaitan antara bidang-bidang ini, murid akan belajar dan mengingati terlalu banyakkonsep dan kemahiran secara berasingan. Sebaliknya, denganmengenali bagaimana konsep atau kemahiran dalam bidang yangberbeza berhubung kait antara satu sama lain, matematik akandilihat dan dipelajari sebagai satu disiplin ilmu yang menyeluruhserta lebih mudah difahami.Apabila idea matematik ini dikaitkan pula dengan pengalamanseharian di dalam dan di luar sekolah, murid akan lebih menyedarikegunaan, kepentingan, kekuatan dan keindahan matematik. Selainitu murid berpeluang menggunakan matematik secara kontekstualdalam bidang ilmu yang lain dan dalam kehidupan seharianmereka. Model matematik digunakan untuk menerangkan situasikehidupan sebenar secara matematik. Murid akan mendapatikaedah ini boleh digunakan untuk mencari penyelesaian sesuatumasalah atau untuk meramal kemungkinan sesuatu situasiberdasarkan model matematik tersebut.Menyelesaikan MasalahPenyelesaian masalah merupakan fokus utama dalam pengajarandan pembelajaran matematik. Justeru, pengajaran danpembelajaran perlu melibatkan kemahiran penyelesaian masalahsecara komprehensif dan merentasi keseluruhan kurikulum.Perkembangan kemahiran penyelesaian masalah perlu diberipenekanan sewajarnya supaya murid dapat menyelesaikanpelbagai masalah secara berkesan. Kemahiran ini melibatkanlangkah-langkah seperti berikut:Memahami dan mentafsirkan masalah.Merancang strategi penyelesaian.Melaksanakan strategi.Menyemak semula penyelesaian.Kepelbagaian penggunaan strategi umum dalam penyelesaianmasalah, termasuk langkah-langkah penyelesaiannya harusdiperluaskan lagi penggunaannya dalam mata pelajaran ini. Dalammenjalankan aktiviti pembelajaran untuk membina kemahiranpenyelesaian masalah ini, perkenalkan masalah yang berasaskan
  16. 16. 9aktiviti manusia. Melalui aktiviti ini murid dapat menggunakanmatematik apabila berdepan dengan situasi yang baru dan dapatmemperkukuhkan diri apabila berdepan dengan pelbagai situasiharian yang lebih mencabar. Antara strategi-strategi penyelesaianmasalah yang boleh dipertimbangkan:1. Mencuba kes lebih mudah.2. Cuba jaya.3. Melukis gambar rajah.4. Mengenal pasti pola.5. Membuat jadual/carta atau senarai secara bersistem.6. Membuat simulasi.7. Mengguna analogi.8. Bekerja ke belakang.9. Menaakul secara mantik.10. Mengguna algebra.Membuat PerwakilanMatematik sering digunakan untuk mewakili dunia di mana kitahidup. Oleh yang sedemikian, mesti wujud keserupaan antaraaspek-aspek dunia yang diwakili dan aspek-aspek dunia yangmewakili. Hubungan abstrak antara dua dunia ini bolehdigambarkan seperti berikut:Perwakilan boleh dianggap sebagai fasilitator yang membolehkanperkaitan antara dunia sebenar dan dunia matematik. Formula,jadual, graf, persamaan dan sebagainya, semua merupakan objekmatematik yang digunakan untuk mewakili pelbagai gagasan danhubungan dunia sebenar.Perwakilan boleh didefinisikan sebagai ‘Sebarang tatarajah huruf,imej atau objek konkrit yang boleh melambangkan atau mewakilkansesuatu yang lain’. Sistem perwakilan secara semula jadi terbahagikepada dalaman dan luaran. Sistem perwakilan dalaman adalahyang wujud di dalam fikiran seseorang individu manakala sistemperwakilan luaran adalah yang mudah dikongsi dengan dan dilihatoleh orang lain. Perwakilan dalaman terdiri daripada gagasan yangmembantu dalam menggambarkan proses manusia mempelajaridan menyelesaikan masalah dalam matematik, dan perwakilanluaran terdiri daripada perkara seperti rajah, bahasa rasmi, dannotasi lambang. Guna pelbagai perwakilan untuk menunjukkan satukonsep yang sama membantu bukan sahaja mengembangkanpemahaman konsep yang lebih baik tetapi juga mengukuhkankebolehan seseorang menyelesaikan masalah.Perwakilan adalah perlu bagi pemahaman konsep dan hubunganmatematik murid. Perwakilan membenarkan muridmengkomunikasikan pendekatan, perdebatan dan pemahamanmatematik kepada diri mereka sendiri dan kepada orang lain.Perwakilan membenarkan murid untuk mengenal hubungan antarakonsep yang berkaitan dan mengaplikasikan matematik kepadamasalah yang realistik.Perwakilan adalah satu komponen yang penting dalamperkembangan pemahaman secara matematik dan pemikirankuantitatif. Tanpa perwakilan, matematik secara keseluruhannyaadalah abstrak, sebahagian besarnya adalah falsafah dan
  17. 17. 10barangkali tidak dapat didekati oleh sebahagian besar daripadapopulasi. Dengan perwakilan, gagasan matematik boleh dibentukmodel, hubungan penting boleh dihuraikan, dan pemahamandirangsang melalui satu pembinaan dan urutan teliti bagipengalaman dan pemerhatian yang sesuai.SIKAP DAN NILAIPenyerapan nilai dan sikap dalam kurikulum Matematik bertujuanmelahirkan insan yang berketerampilan dan memiliki akhlak yangmulia. Selain itu, penghayatan sikap dan nilai dapat membentukgenerasi muda yang berhemah tinggi dan berkeperibadian luhur.Pemahaman dan kesedaran tentang sikap dan nilai dalammasyarakat Malaysia harus dipupuk secara langsung atau tidaksecara langsung selaras dengan nilai-nilai sejagat.Nilai dan sikap terbentuk melalui pengalaman pembelajaran yangdisediakan oleh guru. Pembentukan ini seharusnya melibatkanunsur kepercayaan, minat, penghargaan, keyakinan, kecekapandan ketabahan. Pembentukan nilai dan sikap juga meliputi aspekperibadi, interaksi, prosedural dan intrinsik.Dalam matematik, sikap dan nilai perlu diterapkan melalui konteksyang sesuai. Sikap dalam matematik merujuk kepada aspek afektifdalam pembelajaran matematik yang merangkumi antara lain:Tanggapan positif terhadap matematik dan kebergunaanmatematik.Minat dan keseronokan mempelajari matematik.Penghargaan terhadap keindahan dan keupayaan matematik.Keyakinan menggunakan dan mengaplikasikan matematik.Cekal dan tabah dalam menyelesaikan masalah berkaitanmatematik.Nilai peribadi merujuk kepada nilai yang berkait denganpembentukan sahsiah dan keperibadian individu seperti jujur,sistematik, bertekad, tekun dan cekal, kreatif, berkeyakinan, teliti,pengurus masa yang baik, berdikari, boleh dipercayai, cekap,bertanggungjawab, sabar dan berdedikasi.Nilai interaksi berkait dengan pembentukan tingkah laku baikdalam konteks bilik darjah. Nilai ini merujuk kepada nilai yangditekankan dalam interaksi semasa aktiviti matematik sepertipenghargaan terhadap matematik, kerja berpasukan, perbincangandan perkongsian idea, toleransi, adil, fikiran terbuka dan hormatmenghormati.Nilai prosedural berkait dengan aktiviti spesifik dalam matematikseperti menaakul, membuat perwakilan, menyelesai masalah,berkomunikasi, membuat kaitan dan mengguna teknologi.Nilai intrinsik berkait dengan pembentukan kandungan matematikdan disiplinnya seperti nilai epistemologi, nilai pembudayaan dannilai sejarah.STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARANKurikulum Standard Matematik Sekolah Rendah digubal denganmemberi penekanan kepada Standard Kandungan dan StandardPembelajaran yang perlu diketahui dan dapat dilakukan oleh murid.Standard ini dipersembahkan dalam bentuk modular yangdibahagikan kepada tajuk-tajuk berdasarkan bidang pembelajaran.
  18. 18. 11Standard KandunganKenyataan umum tentang domain kognitif (pengetahuan) danefektif (sikap dan nilai) yang boleh dicapai oleh murid dalamsesuatu subtopik.Standard PembelajaranKenyataan khusus tentang apa yang murid patut tahu dan bolehlakukan dari segi pengetahuan atau konsep yang difahami dankeupayaan melakukan sesuatu yang membolehkan muridmenunjukkan profisiensi mereka dalam pemerolehan pengetahuan,kemahiran dan nilai dalam bentuk yang boleh diukur.Standard Pembelajaran tidak menunjukkan langkah pengajaranpembelajaran. Ini bertujuan memberi ruang dan peluang diberikankepada guru menggunakan kreativiti dalam menyediakanpersekitaran pembelajaran kondusif untuk murid membentukkonsep dan mengembangkan kemahiran, sikap dan nilai dalammatematik.STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANPembelajaran Matematik yang berfikrah dijelmakan dalam amalanpengajaran dan pembelajaran. Pengajaran dan pembelajarandilaksanakan berpandu kepada prinsip pembelajaran masteri danpembelajaran berlaku secara akses dan terarah kendiri sertamengikut kadar sendiri.Strategi pengajaran dan pembelajaran haruslah berpusatkan muridbagi membolehkan mereka berinteraksi dan menguasai kemahiranbelajar melalui pengalaman sendiri. Pendekatan inkuiri penemuanberpusatkan murid dengan berbantukan teknologi yangbersesuaian, tuntas dan berkesan digunakan secara meluas untukmenjadikan pengalaman pembelajaran matematik menyeronokkan,bermakna, berguna dan mencabar.Proses pengajaran dan pembelajaran matematik sekolah rendahmenggalakkan penggunaan mempelbagaikan kaedah mengajar.Guru boleh memilih pendekatan dan kaedah pengajaran danpembelajaran yang sesuai dengan kebolehan murid. Keberkesananpengajaran dan pembelajaran bergantung pada pengolahan teknikdan penggunaan bahan bantu belajar serta teknologi yang dapatmerangsang dan menggalakkan murid berfikir secara kritis dankreatif, inovatif, berkomunikasi dan berinteraksi.Pemupukan sikap dan nilai murni perlu dipertimbangkan apabilamerancang pengajaran dan pembelajaran sesuatu kemahiran.Penerapan nilai murni boleh dilakukan bersesuaian dengan konteksisi pelajaran dan terancang.Unsur sejarah, patriotism, alam sekitar dan sains diterapkanmengikut kesesuaian tajuk untuk membolehkan murid menghayatimatematik dan memberangsangkan lagi minat murid terhadapsesuatu tajuk itu. Unsur sejarah ini boleh merupakan peristiwatertentu tentang ahli matematik atau sejarah ringkas tentangsesuatu konsep atau simbol.Untuk mempertingkatkan pemikiran murid yang analitis dan kreatif,penyelesaian masalah merupakan satu aspek penting yang perludiserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik.Penyelesaian masalah yang dikemukakan hendaklah bersesuaiandengan tahap murid. Di samping itu, murid juga digalakkan untukberkomunikasi dan berani membuat keputusan.
  19. 19. 12ELEMEN NILAI TAMBAHKREATIVITI DAN INOVASITerdapat banyak definisi kreativiti, menurut Kamus Dewan, 1997kreativiti bermaksud kemampuan atau kebolehan mencipta.Manakala menurut PPK, 1999 kreativiti merupakan kebolehanmencerna dan menghasilkan idea baru dan asli. Idea tersebutdihasilkan melalui ilham atau gabungan idea yang ada.Kreativiti hendaklah diterapkan dengan berkesan dalam pengajarandan pembelajaran di mana guru perlu kreatif dan inovatif dalammemainkan peranannya sebagai pencetus idea dan melahirkanmurid yang berilmu pengetahuan, menguasai dan mengamalkansikap dan nilai yang baik serta dapat mengembangkan dayakreativiti dan inovasi murid.Ini penting kerana kreatif dan inovatif perlu dibangunkan dalamkalangan murid sejak peringkat awal persekolahan. Ini bertujuanuntuk membolehkan mereka tahu potensi dan kecenderungan diriserta mencetuskan potensi yang tersembunyi dalam diri mereka.Pengajaran dan pembelajaran secara kreatif dan inovatif bolehditerapkan melalui penyelesaian masalah, penaakulan mantik,komunikasi, membuat perkaitan dan penggunaan teknologi, dimana murid:Membina model matematik melalui corak dan hubungan.Mengaplikasikan kemahiran matematik untuk penganggaran,pengukuran dan penggambaran data dalam situasi harian.Membuat penggabungjalinan kemahiran matematik, dengandisiplin ilmu yang lain.Mengaplikasikan ilmu matematik untuk mencari penyelesaianmasalah yang rutin dan tidak rutin.Membuat konjektur (ekstrapolasi, unjuran, sebab dan akibat).Proses membina kemahiran secara kreatif dan inovatif bolehbermula daripada fasa persediaan, imaginasi, perkembangan dantindakan dalam persediaan perancangan pengajaran danpembelajaran di bilik darjah. Melalui proses ini, pengajaran danpembelajaran yang berfokuskan murid terbentuk bagimenggerakkan kemahiran kreatif dalam kalangan murid.KEUSAHAWANAN DALAM MATEMATIKMerupakan satu usaha yang dilakukan bagi membentuk ciri-ciri danamalan keusahawanan sehingga menjadi budaya dalam kalanganmurid. Ciri-ciri dan amalan keusahawanan ini boleh dibentukdengan:Mengamalkan sikap keusahawanan.Mengapliskasi pemikiran keusahawanan.Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran pengurusanperniagaan.Meformulasikan samaada konsep, proses atau produkkeusahawanan.Mengamalkan nilai, moral dan etika baik dalam keusahawanan.Oleh itu, elemen ini boleh diterapkan dalam bidang pembelajaranMatematik yang sesuai di sekolah rendah seperti dalam nombordan operasi, sukatan dan geometri serta statistik dankebarangkalian.
  20. 20. 13TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK)Ledakan kemajuan pelbagai teknologi di dalam kehidupan masakini dan akan datang menjadikan elemen ini penting dalampengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Pendedahanpenggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran Matematikboleh dijaya diaplikasi kepada:Belajar mengenai TMKMurid diajar tentang pengetahuan dan kemahiran TMK dalammengendalikan perkakasan dan perisian.Belajar melalui TMKPenggunaan TMK untuk mengakses maklumat dan ilmupengetahuan menggunakan media seperti CD-Rom, DVD-Rom,Internet dan lain-lain lagi.Belajar dengan TMKGuru dan murid menggunakan TMK sebagai alat mengajar danbelajar.Pengajaran dan pembelajaran TMKBoleh dijadikan sebagai akses untuk menjadi pembelajarantersebut lebih menarik dan menyeronok. Murid boleh didedahkandengan pelbagai maklumat komunikasi yang terkini danpenggunaan secara afektif akan menghasilkan pengajaran danpembelajaran yang berkualiti.PENILAIANPenilaian adalah sebahagian daripada proses pengajaran danpembelajaran. Ia perlu dirancang dengan baik dan dijalankanberterusan sebagai sebahagian aktiviti bilik darjah. Denganberfokuskan kepada aktiviti Matematik yang pelbagai, kekuatan dankelemahan murid boleh dinilai. Kaedah penilaian yang berbezaboleh dijalankan dengan menggunakan pelbagai teknik penilaiantermasuk kerja lisan dan bertulis dan juga tunjuk cara. Ia bolehdijalankan dalam bentuk temuduga, soalan terbuka, pemerhatiandan kajian. Berdasarkan kepada keputusan, guru dapatmemperbetulkan salah tanggapan dan kelemahan murid dan dalammasa yang sama memperbaiki kemahiran mengajar mereka. Guruboleh mengambil langkah yang berkesan dalam menjalankanaktiviti pemulihan dan pengayaan untuk meningkatkan keupayaanmurid.
  21. 21. 14
  22. 22. 15Tahun 4STANDARD KANDUNGANMurid dibimbing untuk …STANDARD PEMBELAJARANMurid berupaya untuk …1.1 Mengetahui nilai nombor. (i) Membaca, menyebut dan menulis sebarang nombor hingga 100 000 yang diberi dalamperkataan dan angka.(ii) Menamakan nilai tempat dan nilai digit bagi sebarang nombor.(iii) Mencerakinkan sebarang nombor mengikut nilai tempat dan nilai digit.(iv) Menentukan nilai nombor hingga 100 000 dengan menyusun nombor mengikut tertibmenaik dan tertib menurun.1.2 Memahami anggaran bagisesuatu kuantiti.(i) Menganggar bilangan objek dengan menyatakan kuantiti yang munasabah berdasarkanset rujukan yang diberi.1.3 Mengaplikasi nombor dalambentuk pola.(i) Mengelaskan pola bagi urutan nombor yang diberi.(ii) Melengkapkan pola nombor yang diberi.1.4 Mengaplikasi sebarang nombor. (i) Membundarkan sebarang nombor kepada puluh, ratus, ribu dan puluh ribu yangterdekat.(ii) Mengenal pasti nombor yang boleh mewakili suatu nombor yang telah dibundarkankepada puluh, ratus, ribu dan puluh ribu terdekat.NOMBOR DAN OPERASI1. NOMBOR BULAT HINGGA 100 000
  23. 23. 16Tahun 4STANDARD KANDUNGANMurid dibimbing untuk …STANDARD PEMBELAJARANMurid berupaya untuk …2.1 Mengaplikasi penambahansebarang dua hingga empatnombor.(i) Menambah sebarang dua, tiga dan empat nombor hingga lima digit hasil tambahnyahingga 100 000 dengan menggunakan pelbagai strategi termasuk membuat anggaran.2.2 Mengaplikasi penyelesaianmasalah.(i) Menyelesaikan masalah harian melibatkan penambahan hingga tiga nombor denganmenggunakan pelbagai strategi.2.3 Mengetahui penggunaan anudalam penambahan.(i) Mengenalpasti anu yang melibatkan penambahan dua nombor.2.4 Memahami penggunaan anudalam penambahan.(i) Membentuk ayat matematik yang melibatkan penambahan dua nombor.NOMBOR DAN OPERASI2. TAMBAH DALAM LINGKUNGAN 100 000
  24. 24. 17Tahun 4STANDARD KANDUNGANMurid dibimbing untuk …STANDARD PEMBELAJARANMurid berupaya untuk …3.1 Mengaplikasi penolakansebarang dua nombor.(i) Menolak sebarang dua nombor hingga hingga 100 000 dengan menggunakan pelbagaistrategi.3.2 Mengaplikasi penolakanberturut-turut dua nombordaripada sebarang nombor.(i) Menolak berturut-turut dua nombor daripada sebarang nombor hingga 100 000menggunakan pelbagai strategi.3.3 Mengaplikasi penyelesaianmasalah.(i) Menyelesaikan masalah harian melibatkan penolakan dua nombor denganmenggunakan pelbagai strategi.3.4 Mengetahui pengunaan anudalam penolakan.(i) Mengenalpasti anu yang melibatkan penolakan dua nombor.3.5 Memahami penggunaan anudalam penolakan.(i) Membentuk ayat matematik yang melibatkan penolakan dua nombor.NOMBOR DAN OPERASI3. TOLAK DALAM LINGKUNGAN 100 000
  25. 25. 18Tahun 4STANDARD KANDUNGANMurid dibimbing untuk …STANDARD PEMBELAJARANMurid berupaya untuk …4.1 Mengaplikasi pendaraban duanombor.(i) Mendarab sebarang nombor hingga empat digit dengan nombor satu digit dan hasildarabnya hingga 100 000.(ii) Mendarab sebarang nombor hingga tiga digit dengan nombor dua digit dan hasil darabnyahingga 100 000.(iii) Mendarab sebarang nombor dengan 100 dan 1000, hasil darabnya hingga 100 000.(iv) Mendarab sebarang nombor dengan nombor hingga dua digit, 100 dan 1000 dan hasildarabnya hingga 100 000 dengan pelbagai strategi termasuk membuat anggaran.4.2 Mengaplikasi penyelesaianmasalah.(i) Menyelesaikan masalah harian melibatkan pendaraban dua nombor denganmenggunakan pelbagai strategi.NOMBOR DAN OPERASI4. DARAB HINGGA 100 000
  26. 26. 19Tahun 4STANDARD KANDUNGANMurid dibimbing untuk …STANDARD PEMBELAJARANMurid berupaya untuk …5.1 Mengaplikasi pembahagian duanombor.(i) Membahagi sebarang nombor hingga 100 000 dengan nombor satu digit, dua digit, 100dan 1000 menggunakan pelbagai strategi pengiraan.5.2 Mengaplikasi penyelesaianmasalah.(i) Menyelesaikan masalah harian melibatkan pembahagian dua nombor denganmenggunakan pelbagai strategi.5. BAHAGI HINGGA 100 000NOMBOR DAN OPERASI
  27. 27. 20Tahun 4STANDARD KANDUNGANMurid dibimbing untuk …STANDARD PEMBELAJARANMurid berupaya untuk …6.1 Memahami penambahan danpenolakan.(i) Menambah dan menolak sebarang nombor dalam lingkungan 100 000.6.2 Memahami pendaraban danpembahagian.(i) Mendarab dan membahagi sebarang nombor dengan nombor satu digit dan dua digitdalam lingkungan 100 000.6.3 Mengaplikasi penyelesaianmasalah.(i) Menyelesaikan masalah harian melibatkan penambahan dan penolakan denganmenggunakan pelbagai strategi.(ii) Menyelesaikan masalah harian melibatkan pendaraban dan pembahagian denganmenggunakan pelbagai strategi.6. OPERASI BERGABUNGNOMBOR DAN OPERASI
  28. 28. 21Tahun 4STANDARD KANDUNGANMurid dibimbing untuk …STANDARD PEMBELAJARANMurid berupaya untuk …7.1 Mengetahui pecahan tak wajardan nombor bercampur.(i) Mengenal, menamakan dan menulis pecahan tak wajar dan nombor bercampur yangpenyebutnya hingga 10 dengan menggunakan:(a) objek,(b) gambar rajah.7.2 Memahami pecahan tak wajardan nombor bercampur.(i) Menukarkan pecahan tak wajar penyebutnya hingga 10 kepada nombor bercampur dansebaliknya.7.3 Mengaplikasi penambahanpecahan.(i) Menambah hingga tiga pecahan wajar:(a) penyebut sama,(b) penyebut tak sama,hingga 10 dengan menggunakan pelbagai strategi.7.4 Mengaplikasi penolakanpecahan.(i) Menolak sehingga dua pecahan wajar daripada satu pecahan wajar:(a) penyebut sama,(b) penyebut tak sama,hingga 10 dengan menggunakan pelbagai strategi.7.5 Mengaplikasi penambahandan penolakan pecahan.(i) Menambah dan menolak pecahan wajar:(a) penyebut sama,(b) penyebut tak sama,hingga 10 dengan menggunakan pelbagai strategi.7.6 Mengaplikasi penyelesaianmasalah melibatkan pecahan.(i) Menyelesaikan masalah harian melibatkan penambahan dan penolakan dua pecahanwajar dengan menggunakan pelbagai strategi.NOMBOR DAN OPERASI7. PECAHAN
  29. 29. 22Tahun 4STANDARD KANDUNGANMurid dibimbing untuk …STANDARD PEMBELAJARANMurid berupaya untuk …8.1 Mengetahui nombor perpuluhanhingga tiga tempat perpuluhan.(i) Mengenal, menamakan dan menulis perpuluhan menggunakan gambar rajah.(ii) Menyebut dan menulis nombor perpuluhan sehingga tiga tempat perpuluhan dalamperkataan dan angka.8.2 Memahami nilai perpuluhan. (i) Menukar pecahan perseribu kepada perpuluhan dan sebaliknya.(ii) Membandingkan nilai dua nombor perpuluhan hingga tiga tempat perpuluhan.8.3 Mengaplikasi penambahannombor perpuluhan.(i) Menambah dua nombor perpuluhan hingga tiga tempat perpuluhan.8.4 Mengaplikasi penolakannombor perpuluhan.(i) Menolak dua nombor perpuluhan hingga tiga tempat perpuluhan.8.5 Mengaplikasi pendarabannombor perpuluhan.(i) Mendarab nombor perpuluhan dengan nombor satu digit dan hasilnya hingga tiga tempatperpuluhan.(ii) Mendarab nombor perpuluhan hingga tiga tempat perpuluhan dengan 10, 100 dan 1000.8.6 Mengaplikasi pembahagiannombor perpuluhan.(i) Membahagi nombor perpuluhan dengan nombor satu digit dan hasilnya hingga tigatempat perpuluhan.(ii) Membahagi nombor perpuluhan dengan 10, 100 dan 1000, hasilnya hingga tiga tempatperpuluhan.8.7 Mengaplikasi penyelesaianmasalah nombor perpuluhan.(i) Menyelesaikan masalah harian melibatkan penambahan, penolakan, pendaraban danpembahagian.NOMBOR DAN OPERASI8. PERPULUHAN
  30. 30. 23Tahun 4STANDARD KANDUNGANMurid dibimbing untuk …STANDARD PEMBELAJARANMurid berupaya untuk …9.1 Memahami peratus. (i) Menukar perpuluhan hingga dua tempat perpuluhan kepada peratus dan sebaliknya.NOMBOR DAN OPERASI9. PERATUS
  31. 31. 24Tahun 4STANDARD KANDUNGANMurid dibimbing untuk …STANDARD PEMBELAJARANMurid berupaya untuk …10.1 Mengetahui nilai wang hinggaRM100 000.(i) Menyatakan gabungan wang dengan nilai hingga RM100 000 berdasarkan situasi harian.10.2 Memahami nilai wang. (i) Membundarkan wang kepada ringgit terdekat.10.3 Memahami penambahan nilaiwang.(i) Menambah hingga tiga nilai wang dan jumlahnya tidak melebihi RM100 000.10.4 Memahami penolakan nilaiwang.(i) Menolak hingga dua nilai wang daripada sebarang nilai wang hingga RM100 000.10.5 Memahami penambahan danpenolakan nilai wang.(i) Menambah dan menolak nilai wang hingga RM100 000.10.6 Memahami pendaraban nilaiwang.(i) Mendarab nilai wang dengan nombor hingga dua digit, 100 dan 1000 dalam lingkunganRM100 000.10.7 Memahami pembahagian nilaiwang.(i) Membahagi nilai wang dengan nombor hingga dua digit, 100 dan 1000 dalam lingkunganRM100 000.10.8 Mengaplikasi penyelesaianmasalah.(i) Menyelesaikan masalah harian termasuk transaksi barangan dan perkhidmatan yangmelibatkan penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian wang.10. WANG HINGGA RM100 000NOMBOR DAN OPERASI
  32. 32. 25Tahun 4STANDARD KANDUNGANMurid dibimbing untuk …STANDARD PEMBELAJARANMurid berupaya untuk …10.9 Mengetahui mata wang asing. (i) Mengenal mata wang negara-negara ASEAN dan mata wang negara utama dunia.(ii) Menyatakan nilai wang RM1 dengan nilai mata wang negara lain.10.10 Mengetahui instrumenpembayaran.(i) Mengenal pelbagai instrumen pembayaran.10. WANG HINGGA RM100 000NOMBOR DAN OPERASI
  33. 33. 26Tahun 4STANDARD KANDUNGANMurid dibimbing untuk …STANDARD PEMBELAJARANMurid berupaya untuk …11.1 Mengetahui perkaitan dalammasa.(i) Menyatakan perkaitan antara unit masa melibatkan:(a) hari dan jam,(b) minggu dan hari,(c) tahun dan bulan.11.2 Memahami penambahanmelibatkan masa.(i) Menambah hingga tiga masa melibatkan:(a) hari dan jam,(b) minggu dan hari,(c) tahun dan bulan,tanpa dan dengan penukaran unit.11.3 Memahami penolakanmelibatkan masa.(i) Menolak hingga dua masa daripada satu masa melibatkan:(a) hari dan jam,(b) minggu dan hari,(c) tahun dan bulan,tanpa dan dengan penukaran unit.11.4 Memahami pendarabanmelibatkan masa.(i) Mendarab melibatkan:(a) hari dan jam,(b) minggu dan hari,(c) tahun dan bulan,dengan nombor satu digit tanpa dan dengan penukaran unit.11. MASA DAN WAKTUSUKATAN DAN GEOMETRI
  34. 34. 27Tahun 4STANDARD KANDUNGANMurid dibimbing untuk …STANDARD PEMBELAJARANMurid berupaya untuk …11.5 Memahami pembahagianmelibatkan masa.(i) Membahagi melibatkan:(a) hari dan jam,(b) minggu dan hari,(c) tahun dan bulan,dengan nombor satu digit tanpa dan dengan penukaran unit.11.6 Mengaplikasi penyelesaianmasalah melibatkan masadan waktu.(i) Menyelesaikan masalah harian melibatkan penambahan, penolakan, pendaraban danpembahagian masa dan waktu.11. MASA DAN WAKTUSUKATAN DAN GEOMETRI
  35. 35. 28Tahun 4STANDARD KANDUNGANMurid dibimbing untuk …STANDARD PEMBELAJARANMurid berupaya untuk …12.1 Mengetahui unit panjang. (i) Mengenal unit panjang:(a) milimeter (mm),(b) kilometer (km).(ii) Menyatakan hubungan melibatkan:(a) sentimeter dan milimeter,(b) kilometer dan meter,dan sebaliknya.12.2 Memahami ukuran danmenganggar panjang.(i) Mengukur objek dalam unit milimeter.(ii) Menganggar jarak dalam kilometer.12.3 Memahami penambahanpanjang.(i) Menambah hingga tiga ukuran panjang melibatkan:(a) sentimeter dan milimeter,(b) kilometer dan meter,tanpa dan dengan penukaran unit.12.4 Memahami penolakanpanjang.(i) Menolak hingga dua ukuran panjang daripada satu ukuran panjang melibatkan:(a) sentimeter dan milimeter,(b) kilometer dan meter,tanpa dan dengan penukaran unit.12.5 Memahami pendarabanpanjang.(i) Mendarab ukuran panjang melibatkan:(a) sentimeter dan milimeter,(b) kilometer dan meter,dengan nombor satu digit tanpa dan dengan penukaran unit.12. PANJANGSUKATAN DAN GEOMETRI
  36. 36. 29Tahun 4STANDARD KANDUNGANMurid dibimbing untuk …STANDARD PEMBELAJARANMurid berupaya untuk …12.6 Memahami pembahagianpanjang.(i) Membahagi panjang melibatkan:(a) sentimeter dan milimeter,(b) kilometer dan meter,dengan nombor satu digit tanpa dan dengan penukaran unit.12.7 Mengaplikasi penyelesaianmasalah melibatkan panjang.(i) Menyelesaikan masalah harian melibatkan penambahan, penolakan, pendaraban danpembahagian panjang.12. PANJANGSUKATAN DAN GEOMETRI
  37. 37. 30Tahun 4STANDARD KANDUNGANMurid dibimbing untuk …STANDARD PEMBELAJARANMurid berupaya untuk …13.1 Memahami operasi bergabungmelibatkan jisim.(i) Menambah dan menolak jisim melibatkan kilogram dan gram, tanpa dan denganpenukaran unit.(ii) Mendarab dan membahagi jisim melibatkan kilogram dan gram, tanpa dan denganpenukaran unit.13.2 Mengaplikasi penyelesaianmasalah melibatkan jisim.(i) Menyelesaikan masalah harian melibatkan operasi bergabung berkaitan jisim.13. JISIMSUKATAN DAN GEOMETRI
  38. 38. 31Tahun 4STANDARD KANDUNGANMurid dibimbing untuk …STANDARD PEMBELAJARANMurid berupaya untuk …14.1 Memahami operasi bergabungmelibatkan isi padu cecair.(i) Menambah dan menolak isi padu cecair melibatkan liter dan mililiter, tanpa dan denganpenukaran unit.(ii) Mendarab dan membahagi isi padu cecair melibatkan liter dan mililiter, tanpa dan denganpenukaran unit.14.2 Mengaplikasi penyelesaianmasalah melibatkan isi paducecair.(i) Menyelesaikan masalah harian melibatkan operasi bergabung berkaitan isi padu cecair.14. ISI PADU CECAIRSUKATAN DAN GEOMETRI
  39. 39. 32Tahun 4STANDARD KANDUNGANMurid dibimbing untuk …STANDARD PEMBELAJARANMurid berupaya untuk …15.1 Mengetahui berkaitan sudut. (i) Mengenal dan menamakan sudut tegak, sudut tirus dan sudut cakah pada bentuksegiempat tepat, segiempat sama dan segitiga.15.2 Mengetahui berkaitan garisselari dan garis serenjang.(i) Mengenal dan menamakan:(a) garis selari,(b) garis serenjang,pada bentuk asas dua dimensi.15.3 Memahami perimeter dan luas. (i) Menentukan perimeter segiempat tepat, segiempat sama, segitiga dan poligon sekata.(ii) Menentukan luas segiempat tepat, segiempat sama dan segitiga menggunakan petaksegiempat sama dan rumus.15.4 Memahami isi padu. (i) Menentukan isi padu kubus dan kuboid menggunakan kubus unit 1sentimeter padu danrumus.15. RUANGSUKATAN DAN GEOMETRI
  40. 40. 33Tahun 4STANDARD KANDUNGANMurid dibimbing untuk …STANDARD PEMBELAJARANMurid berupaya untuk …16.1 Mengetahui koordinat padasukuan pertama.(i) Menyatakan perbendaharaan kata bagi menjelaskan maksud paksi mengufuk dan paksimencancang.(ii) Menamakan objek berdasarkan kedudukan pada paksi mengufuk dan paksi mencancangdi atas kertas berpetak.16.2 Memahami koordinat padasukuan pertama.(i) Menentu dan menyatakan kedudukan objek pada paksi mengufuk dan paksi mencancangdi atas kertas berpetak.PERKAITAN DAN ALGEBRA16. KOORDINAT
  41. 41. 34Tahun 4STANDARD KANDUNGANMurid dibimbing untuk …STANDARD PEMBELAJARANMurid berupaya untuk …17.1 Mengetahui kadaran. (i) Menentukan suatu nilai menggunakan kaedah unitari dalam situasi harian.PERKAITAN DAN ALGEBRA17. NISBAH DAN KADARAN
  42. 42. 35Tahun 4STANDARD KANDUNGANMurid dibimbing untuk …STANDARD PEMBELAJARANMurid berupaya untuk …18.1 Mengetahui data. (i) Membaca dan mendapat maklumat daripada:(a) piktograf,(b) carta palang,(c) carta pai.18.2 Memahami data. (i) Membandingkan maklumat daripada:(a) piktograf,(b) carta palang,(c) carta pai.STATISTIK DAN KEBARANGKALIAN18. PERWAKILAN DATA
  43. 43. Terbitan:BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUMKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIAAras 4-8, Blok E9Kompleks Kerajaan Parcel EPusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62604 PUTRAJAYATel: 03-8884 2000 Faks: 03-8888 9917http://www.moe.gov.my/bpk

×