Your SlideShare is downloading. ×
DSK SEJARAH TAHUN 4
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×
Saving this for later? Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime – even offline.
Text the download link to your phone
Standard text messaging rates apply

DSK SEJARAH TAHUN 4

6,871

Published on

DSK SEJARAH TAHUN 4

DSK SEJARAH TAHUN 4

Published in: Education
2 Comments
2 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total Views
6,871
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
217
Comments
2
Likes
2
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIAKURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAHSEJARAHTAHUN EMPAT2013DRAF
  • 2. DOKUMEN STANDARDKURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH(KSSR)SEJARAHTAHUN EMPATBAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
  • 3. Cetakan Pertama 2013© Kementerian Pelajaran MalaysiaHak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalamapa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelummendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8,Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.
  • 4. vBAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalamkalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satucara hidup demokratik; mencipta masyarakat yangadil bagi kemakmuran negara yang akan dapatdinikmati bersama secara adil dan saksama; menjaminsatu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisikebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak;membina satu masyarakat progresif yang akanmenggunakan sains dan teknologi moden;MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukanseluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-citatersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:• KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN• KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA• KELUHURAN PERLEMBAGAAN• KEDAULATAN UNDANG-UNDANG• KESOPANAN DAN KESUSILAAN
  • 5. viPendidikan di Malaysia adalah suatu usahaberterusan ke arah lebih memperkembangkanpotensi individu secara menyeluruh danbersepadu untuk melahirkan insan yangseimbang dan harmonis dari segi intelek,rohani, emosi dan jasmani berdasarkankepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkanwarganegara Malaysia yang berilmupengetahuan, berketerampilan, berakhlakmulia, bertanggungjawab dan berkeupayaanmencapai kesejahteraan diri sertamemberikan sumbangan terhadapkeharmonian dan kemakmuran keluarga,masyarakat dan negara.
  • 6. Kurikulum Standard Sekolah Rendah mata pelajaranSejarah mendukung cita-cita murni bagi menyediakankurikulum yang relevan dan terkini untuk melahirkangenerasi cemerlang selaras dengan Falsafah PendidikanKebangsaan.Kurikulum Standard Sekolah Rendah mata pelajaranSejarah memberi penekanan kepada domain kognitif,efektif dan psikomotor, serta menerapkan nilai tambahalaf baru seperti kemahiran berfikir, kemahiran teknologimaklumat dan komunikasi, kemahiran pelbagaikecerdasan, kajian masa depan dan pembelajaransepanjang hayat. Kurikulum ini juga memberi penekanankepada penerapan nilai murni, semangat patriotik,elemen kewarganegaraan dan nilai sivik. Semua elemenini diharap dapat diaplikasikan oleh murid dalamkehidupan seharian. Kurikulum ini merupakantransformasi pendidikan yang memberi penekanankepada kaedah pembelajaran yang berpusatkan murid.Kurikulum Standard Sekolah Rendah mata pelajaranSejarah dihasilkan untuk membantu guru menjadi lebihproaktif, dinamik dan progresif serta memantapkanpemahaman terhadap matlamat, objektif dan kandunganKurikulum Standard Sekolah Rendah.Selain itu, Kurikulum Standard Sekolah Rendah matapelajaran Sejarah dapat membantu guru menyediakanserta melaksanakan aktiviti pengajaran danpembelajaran secara berkesan. Penghayatan semangatpatriotik, elemen kewarganegaraan dan nilai sivik dapatdirealisasikan berpandukan tajuk dalam standardkandungan serta standard pembelajaran.Penghasilan Kurikulum Standard Sekolah Rendah matapelajaran Sejarah melibatkan pelbagai pihakterutamanya, pensyarah universiti, pensyarah InstitutPendidikan Guru, pegawai Jabatan Pelajaran Negeri,pegawai Pejabat Pelajaran Daerah, guru, serta pegawai
  • 7. Kementerian Pelajaran Malaysia dan individu yangterlibat secara langsung mahupun secara tidak langsung.Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia merakamkansetinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasihkepada semua pihak yang telah menyumbangkankepakaran, masa dan tenaga dalam memantapkanKurikulum Standard Sekolah Rendah mata pelajaranSejarah.
  • 8. Sejarah ialah mata pelajaran teras yang wajibdipelajari oleh semua murid dalam Kurikulum StandardSekolah Rendah (KSSR) mulai tahun 4 di Tahap II. Inibertujuan menyemai kefahaman murid terhadap matapelajaran Sejarah di peringkat awal agar muridmemperoleh dan menguasai pengetahuan sertakemahiran Sejarah.Kurikulum Sejarah menyepadukan pengetahuan,kemahiran, elemen kewarganegaraan dan nilai sivikdalam pelaksanaannya di dalam dan luar bilik darjah.Dalam KSSR, elemen kewarganegaraan dan nilai sivikyang diajar melalui mata pelajaran Sejarah adalahsebagai asas dalam melahirkan warganegara yangmempunyai identiti kebangsaan. Elemen tersebutdapat membentuk rakyat Malaysia yang mempunyaikesepaduan sosial dan integrasi nasional.Justeru, pengetahuan dan pemahaman aspek sejarahnegara dapat melahirkan murid yang berjiwa patriotikdengan memberi pendedahan menganalisis danmenilai fakta-fakta sejarah secara matang.Kandungan mata pelajaran Sejarah peringkat sekolahrendah bertujuan mendidik murid untuk memahami latarbelakang negara dan sejarahnya dengan melihatperubahan yang berlaku serta kesinambungan yangmasih dikekalkan terutamanya dalam kehidupanmasyarakat di Malaysia.Kandungan mata pelajaran Sejarah disusun secarakronologi yang membincangkan pengenalan sejarahawal negara, kedaulatan negara dan kemakmurannegara. Pendekatan ini disusun mengikut tajuk supayamurid dapat menghargai sejarah tanah air dankegemilangannya.
  • 9. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran matapelajaran Sejarah menjurus kepada pemupukankemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan inovatifmelalui aktiviti inkuiri dan penerokaan bagimengukuhkan pemahaman tentang Sejarah. Aktivititersebut mengaplikasikan elemen didik hibur bagimenanam minat murid terhadap mata pelajaran Sejarah.Mata pelajaran Sejarah di peringkat sekolah rendahmerupakan suatu kesinambungan ke peringkat sekolahmenengah sebagai suatu disiplin ilmu yang dinamik. Inibertujuan sebagai satu usaha untuk melengkapkanmurid dengan perkembangan ilmu pengetahuan,kemahiran dan pengamalan nilai murni serta penerapansemangat jati diri sebagai warga negara Malaysia.
  • 10. Kurikulum Standard Sekolah Rendah mata pelajaranSejarah dibina berasaskan enam tunjang iaituKomunikasi, Kerohanian, Sikap dan Nilai, Kemanusiaan,Literasi Sains dan Teknologi dan Keterampilan Diri.Enam tunjang tersebut merupakan domain utama yangmenyokong antara satu sama lain dan disepadukandengan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif.Kesepaduan ini bertujuan untuk membangunkan modalinsan yang seimbang dan harmonis, berpengetahuandan berketerampilan seperti rajah di bawah:-
  • 11. Kurikulum Standard Sejarah Sekolah Rendahmembolehkan murid memahami tingkah laku manusia,sebab dan akibat, keunikan sejarah tanah air dankegemilangan negara bagi melahirkan warganegarayang patriotik dan menjunjung amalan demokrasi diMalaysia.Kurikulum Standard Sejarah Sekolah Rendahmembolehkan murid:i. memahami peristiwa masa lalu melalui sikap ingintahu.ii. mengenal pasti pelbagai sumber dan maklumatsejarah.iii. memahami idea, konsep serta elemen sebab danakibat dalam sejarah.iv. menyatakan kepentingan sejarah dalam kehidupandengan mengambil iktibar daripada peristiwasejarah sebagai usaha untuk mengukuhkansuasana keharmonian.v. menyatakan pelbagai bentuk persembahan danhasil dapatan daripada interpretasi kajian sejarah.vi. menilai warisan negara dalam konteks kawasansetempat, negara dan global.vii. memahami proses pembinaan tamadun manusiayang mempengaruhi kehidupan masyarakat.viii. menjelaskan kehidupan dan kebudayaan masa laludan masa kini masyarakat di Malaysia.ix. memahami kedudukan kaum dalam konteks lokasidan pembentukan kaum sebagai pengukuhankepada persefahaman kaum.x. memahami cabaran negara dalam konteksmempertahankan kedaulatan negara bagipembinaan jati diri.xi. mengenal pasti usaha dan sumbangan parapemimpin negara sebagai melahirkan perasaanbangga dan hormat.xii. menilai pencapaian dan kemajuan negara dalambidang politik, ekonomi dan sosial.
  • 12. Fokus utama Kurikulum Standard Sejarah SekolahRendah adalah menyemai ilmu pengetahuan dan asasKemahiran Pemikiran Sejarah di samping penerapansemangat patriotik melalui pengetahuan tentang masalalu yang mempengaruhi masa kini. Melaluipembelajaran tersebut, murid dapat membina kerangkakronologi tentang pengetahuan sesuatu peristiwapenting dan tokoh-tokoh yang terlibat. Murid dapatmembuat perbandingan tentang pengalaman manusiadan seterusnya berupaya memahami diri mereka secaraindividu serta sebagai ahli dalam sesebuah masyarakat.Pemahaman asas tentang sejarah negara dapatmelahirkan perasaan cinta akan negara dan melahirkanperasaan bangga sebagai rakyat Malaysia.Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah mencakupi ilmupengetahuan (kandungan), asas Kemahiran PemikiranSejarah (kemahiran), penerapan elemenkewarganegaraan dan nilai sivik bagi memupuk minatmurid terhadap Sejarah.Organisasi Kurikulum
  • 13. Organisasi kurikulum merupakan kesepaduan tigaelemen utama iaitu:Kandungan kurikulum Sejarah sekolah rendahmenggunakan pendekatan kronologi. Persembahankandungan adalah berfokuskan tentang sejarah negarayang disepadukan dengan elemen kewarganegaraandan nilai sivik bagi mewujudkan kesedaran dalamkalangan murid tentang nilai jati diri dan semangatpatriotik. Kandungan kurikulum Sejarah mencakupibeberapa tema seperti berikut:Kandungan Kurikulum SejarahPenerapan elemen kewarganegaraan dan nilai sivikmelalui mata pelajaran Sejarah di sekolah rendahbertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yangbersatu padu, berbangga sebagai rakyat Malaysia, setiakepada negara, bersemangat kekitaan, berdisiplin, aktifdan bermaklumat dalam mengamalkan dan menghayaticiri-ciri warganegara yang cemerlang. Pelaksanaannyaadalah secara menyeluruh dan bersepadu selarasdengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.1.2.1 Dimensi KewarganegaraanPenerapan elemen kewarganegaraan dan nilai sivikmenggunakan Dimensi Kewarganegaraan. Elemen inimerujuk kepada bangsa yang mendiami suatulingkungan geografi yang memiliki etos sebagai penjalinhubungan antara etnik yang mendiaminya. Di Malaysia,rakyat terdiri daripada pelbagai etnik, budaya danagama.Sejarah Awal NegaraKedaulatan NegaraKemakmuran Negara Kita
  • 14. Matlamat utama penerapan elemen kewarganegaraandan nilai sivik dalam kurikulum Sejarah untukmembentuk warganegara yang berketerampilan danbermaklumat seperti berikut1. Perkongsian Sejarah Mengetahui dan memahamisejarah pembentukan negara.Berbangga dengan sejarah asal usul negara.Menghargai kewujudan dan kegemilangankerajaan Melayu tradisional.Mengambil iktibar kesan penjajahan kuasa luarke atas negara.Menghayati peristiwa kemerdekaan negara.Memelihara warisan negara.2. Perkongsian Nilai Mengamalkan sikap danperlakuan yang berhemah.Menyanjungi prinsip Rukun Negara.Menghormati kepelbagaian agama dan budaya.Berbangga dengan lambang dan simbol negara.3. Perasaan KekitaanMembentuk sikap sepunya dankebersamaan.Menghormati amalan kepelbagaian kaum,budaya, dan agama.Berbangga dengan hari kemerdekaan.Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai BahasaKebangsaan.Berbangga dengan pencapaian negara.
  • 15. 4.Perkongsian MasaDepanMembina keyakinan dantanggungjawab mencorakkannegara pada masa depan.Menghormati masyarakat pelbagai kaum.Memakmurkan ekonomi negara.Mengekalkan warisan negara5.KesetiaanMemupuk kepercayaan kepadaTuhanMemupuk perasaan taat dansetia pada negara.Mematuhi perintah TuhanMentaati Raja dan Negara.Menghormati pemimpin negara.Mematuhi undang-undang dan peraturan negara.6.TanggungjawabWarganegaraMengetahui dan memahamitanggungjawab sebagaiwarganegara dengan sepenuhhati.Mempertahankan identiti negara.Mempertahankan warisan negara.Menerima perbezaan kaum, budaya danagama.7Keterikatan EmosiKepada NegaraMempunyai perasaan cintaakan negara yang mendalamdan berusahamempertahankannya.Menghargai sejarah asal usul negara.Menghargai warisan negara.Menghargai identiti negara.Menghayati prinsip Rukun Negara.Bersyukur dengan keharmonian kaum.Bersyukur dengan kemajuan ekonomi.Berbangga dengan pencapaian negara.Elemen Kewarganegaraan dan Nilai Sivik
  • 16. Mata pelajaran Sejarah mempunyai teras struktur disiplinyang sistematik bagi mengembangkan prosespengajaran dan pembelajaran. Kemahiran inimerangkumi aspek berikut:1.3.1 Asas Kemahiran Pemikiran SejarahKemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) merupakanproses kognitif yang membolehkan murid menerokaidea yang kompleks dan abstrak dengan bimbinganguru.KPS juga membantu murid memahami bagaimanasejarawan menggabungjalin peristiwa lalu denganmenggunakan bukti-bukti sejarah bagi menentukansignifikan sesuatu peristiwa ke arah meningkatkanpemikiran kritis dan kreatif. Penguasaan kesemuaelemen dalam kemahiran ini membolehkan murid1.2.2 Panduan Pelaksanaan Penerapan ElemenKewarganegaraan dan Nilai SivikKaedah untuk melahirkan elemen kewarganegaraandan nilai sivik kepada murid haruslah melalui aktivitisoal jawab, kajian kes, pemerhatian dan lain-lainkaedah mengikut kreativiti guru dan tahap kebolehanmurid semasa pengajaran dan pembelajaran.K.2.1.4 Menyatakan keperluan menghargai alamsekitar.Bentuk soalan:1. Adakah kita perlu menjaga alam sekitar?2. Mengapakah anda perlu menghargai keindahanalam sekitar?3. Bagaimana anda dapat menyatakan rasabangga terhadap keindahan alam sekitar?
  • 17. dapat melihat sesuatu peristiwa sejarah secaraempati.KPS sesuai diaplikasikan dalam hampir semua situasipengajaran dan pembelajaran. Penerapan KPS dapatmembantu guru menghidupkan suasanapembelajaran Sejarah yang sekaligus bolehmeningkatkan minat murid. Ini membolehkan muridmenjadi lebih kritis, kreatif dan inovatif.Asas Kemahiran Pemikiran Sejarah yang perludikuasai oleh murid di peringkat sekolah rendahadalah seperti berikut:a) Elemen Asas Sejarahi. Tokohii. Tempatiii. Peristiwaiv. Tarikh / Masab) Konsep Masai. Tempohii. Jarak masaiii. Tarikh spesifikc) Susunan Masai. Awalan, perkembangan dan akhiranii. Mengukur dan mengira kalendar masad) Konversi Masai. Membuat interpretasi garis masaii. Menerangkan perubahan dankesinambungan dalam urutan masae) Isu dan Masalah Masa Lalui. Mengkaji sebab-musababii. Melihat perubahan dan kesinambunganiii. Melihat sebab dan akibat
  • 18. f) Perbandingan Masa Lalui. Mencari persamaanii. Mencari perbezaang) Imaginasi dan Empatii. Imaginasi secara visualii. Mengembangkan kreativitiiii. Imaginasi berdasarkan perasaanh) Mencari sumberi. Kaedah Mencari sumberii. Mengenal pasti sumber.iii. Menggunakan sumberi) Signifikan Buktii. Tarikh berlakuii. Tokoh yang terlibatiii. Peristiwa yang berlakuiv. Lokasi/tempat peristiwa berlakuv. Bagaimana berlaku1.3.2 Kemahiran Kreatif dan InovatifSejarah di peringkat sekolah rendah merupakan satumata pelajaran yang dapat merangsang pemikiranmurid. Melalui pengajaran dan pembelajaran, muriddapat memahami secara kritis dan imaginatif tentangsegala aspek kehidupan manusia silam dan kinisecara empati.Secara khusus, mata pelajaran Sejarah menekankanasas Kemahiran Pemikiran Sejarah yang dipupuk dandikembangkan dalam kalangan murid bagimeningkatkan kemahiran kritis, kreatif dan inovatif.
  • 19. Elemen KPS yang boleh dikaitkan dengan fasa kreatifialah:Memahami Kronologi Fasa PersediaanMeneroka Bukti Fasa PersediaanMembuat Interpretasi Fasa ImaginasiMembuat Imaginasi Fasa ImaginasiMembuat Rasionalisasi Fasa PerkembanganMembuat Penjelasan Fasa PerkembanganEmpati Fasa TindakanFasa Kemahiran Kreatif dan InovatifKemahiran kreatif dan inovatif dibahagikan kepadafasa iaitu:PemerhatianMembuat pemerhatian untukmengumpul maklumat.AnalisisMenganalisis maklumat daripadaumum kepada khusus.SintesisMenggabungkan maklumat yangberasingan untuk memilih danmenghasilkan sesuatu idea.Penjanaan IdeaMenghasilkan idea yang berkaitandengan sesuatu perkara.PenambahbaikanMembuat penambahbaikan untukmengembangkan ataumempelbagaikan sesuatu ideauntuk meningkatkan kualiti karyaatau ciptaan.MenilaiMembuat penilaian tentang sesuatuperkara.Pelaksanaan Menyampaikan idea.AmalanBerterusanPeka kepada perkara yang berlakudi sekeliling dan menjana ideakreatif.
  • 20. 1.3.3 Pembelajaran Berasaskan InkuiriKemahiran inkuiri dapat mengembangkan kemahiranberfikir dan sikap ingin tahu dalam kalangan murid.Semasa melaksanakan inkuiri, murid akan lebih pekakepada keadaan masyarakat dan persekitarannya.Kemahiran inkuiri merupakan kaedah pengajaran danpembelajaran yang berpusatkan murid. Muridberperanan merancang dan menjalankan aktivitipembelajaran. Mereka melibatkan diri secara aktif untukmencari dan mengumpul maklumat melalui pelbagaiaktiviti seperti memerhati, mendengar, menyoal,berbincang, membuat rujukan, ujikaji dan kaji siasat.Aktiviti ini boleh dijalankan secara berasingan ataudigabungkan dalam pelbagai teknik pembelajaran sepertikerja projek, simulasi, lawatan, main peranan dan kuiz.Kemahiran inkuiri digunakan dalam kajian kes keranamembolehkan murid memperoleh ilmu pengetahuan danmenguasai kemahiran melalui penaakulan. Kemampuanmencari dan mengumpul maklumat melalui pelbagaiaktiviti tersebut dapat meningkatkan ilmu pengetahuandan kemahiran yang lebih bermakna dan berkesan.Menerusi kemahiran ini, guru juga boleh berperanansebagai pembimbing untuk merangsang minat muridmenjadi lebih yakin dalam menjalankan aktivitipembelajaran.
  • 21. Terdapat lima peringkat dalam kemahiran inkuiri sepertiberikut:Carta Aliran Pelaksanaan Kemahiran InkuiriKeberkesanan dan kejayaan pengajaran danpembelajaran Sejarah bergantung kepada kreativiti gurumerancang, mengolah dan melaksanakan pendekatan,kaedah, teknik secara bersepadu dan sistematik. Guruhendaklah merancang pengajaran dan pembelajaranyang berpusatkan murid bagi menggalakkan penglibatanyang aktif agar dapat menimbulkan suasanapembelajaran yang menarik. Di samping itu guru mestimemberi fokus kepada penerapan dan pengamalanberterusan tentang elemen kewarganegaraan dan nilaisivik. Guru hendaklah mengajar tentang kandungansejarah dahulu berpandukan kepada standardpembelajaran (contohnya: 1.1.1) dan seterusnyamengaitkan serta melaksanakan pengajaran danpembelajaran elemen kewarganegaraan dan nilai sivik(cth:K1.1.7). Terdapat beberapa kaedah pengajaran danpembelajaran Sejarah seperti berikut:Mengenal pasti tajukMengkaji maklumatMengumpul maklumatMenentukan kaedahmencari maklumatMembuat rumusan
  • 22. Kajian kes adalah kaedah penyelesaian masalah dalambentuk deskriptif atau penerangan. Kajian kes bolehdijalankan dalam kalangan murid bagi melaksanakankurikulum mata pelajaran Sejarah. Salah satu pedagogipenting yang dapat dilaksanakan dalam menjalankankajian kes ialah kemahiran inkuiri. Kajian kes dapatmeningkatkan kebolehan murid untuk mengenal pastipermasalahan, merancang, mengolah isi dan memberirumusan terhadap satu permasalahan. Pengalamanmenjalankan kajian kes dapat menggalakkanpenglibatan murid, di samping memupuk kemahiranpenyelesaian masalah dan sikap ingin tahu.Kajian kes boleh dijalankan berdasarkan pelbagai aspekatau isu mengikut langkah seperti berikut:i) kajian kes adalah berdasarkan cerita atau peristiwabagi menjawab beberapa persoalan yangmenggunakan kemahiran menaakul, di sampingmemberikan pendapat dan membuat rumusanserta menggalakkan penglibatan murid dalampengajaran dan pembelajaran. Kaedah ini dapatmengenal pasti intipati cerita atau peristiwa yanghendak dikaji.ii) memahami persoalan berdasarkan petikan ceritaatau peristiwa yang terkandung dalam kurikulumSejarah.iii) mengumpul maklumat melalui pelbagai kaedahberkaitan cerita atau peristiwa tentang perkarayang hendak diselesaikan.iv) mengkaji maklumat yang telah dikumpulkan dengancara menganalisis, menaakul dan empati untukmenjelaskan masalah tersebut.v) membuat rumusan dan menyatakan pengajaranyang diperoleh daripada maklumat yang telahdianalisis.
  • 23. Kemahiran berfikir boleh dibahagikan kepada kemahiranberfikir secara kritis, kreatif dan inovatif. Kemahiranberfikir kritis adalah kebolehan untuk menilai sesuatuidea yang munasabah dan bersifat evaluatif. Kemahiranberfikir kreatif dan inovatif adalah kebolehan untukmencerna dan menghasilkan idea asli dan bersifatgeneratif. Idea baru terhasil melalui ilham atau gabunganidea-idea yang ada. Kemahiran berfikir menaakul adalahsebagai perangsang dalam membantu murid membuatpertimbangan secara logik dan rasional. Strategi berfikirpula merupakan proses berfikir yang lebih tinggiperingkatnya dan mengandungi beberapa langkah yangmelibatkan beberapa kemahiran berfikir kritis dan kreatif.Kesemua kemahiran yang digunakan dalam aktivitipengajaran dan pembelajaran adalah pada akhirnyamenuju ke arah membina dan memahami konsep,membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.Belajar cara belajar adalah suatu proses untukmemperoleh teknik belajar sama ada bersama guru atautanpa guru. Pendekatan ini bertujuan untuk menyediakanmurid yang berupaya belajar sendiri tanpa guru,menggunakan pengetahuan sedia ada, rakan-rakan danbahan lain sebagai sumber pembelajaran. Pendekatanini membolehkan murid membuat refleksi dan menilaitahap pembelajaran sendiri serta mampu mengaplikasipengetahuan dan kemahiran dalam situasi yangberlainan.Pembelajaran masteri merujuk kepada suatu pendekatanpengajaran dan pembelajaran bagi memastikan muridmenguasai hasil pembelajaran yang dihasratkan dalamsuatu unit pembelajaran sebelum berpindah ke unitpembelajaran seterusnya. Kaedah ini digunakan keranamurid mempunyai kebolehan dan keperluan yang
  • 24. berbeza dalam pembelajaran. Pendekatan inimemerlukan peruntukan masa yang mencukupi danproses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti.Pembelajaran Akses Kendiri (PAK) adalah suatupendekatan yang membolehkan murid belajar secarakendiri melalui penggunaan bahan pembelajaran. Muriddiberi peluang memilih aktiviti, menilai hasil kerja danmemantau kemajuan mereka sendiri agar merekabertanggungjawab dan berdikari atas pembelajaranmereka. Dalam program PAK, bahan pembelajarandireka dan diuruskan supaya murid belajar mengikutminat, keperluan, tahap kemampuan dan gayapembelajaran mereka. Murid juga boleh mengetahuimaklum balas pencapaian mereka kerana program PAKmenyediakan pentaksiran kendiri.Pembelajaran Luar Bilik Darjah (PLBD) adalah suatuprogram atau aktiviti luar bilik darjah yang terancang danberstruktur. Aktiviti ini berpusatkan murid dan bertujuanmenyokong dan mengukuhkan pelaksanaan kurikulumsekolah. Ia juga merangkumi persekitaran pembelajaranyang progresif. PLBD mengukuhkan kefahaman muridterhadap konsep yang dipelajari di dalam bilik darjah.PLBD boleh dilaksanakan di luar bilik darjah bagimemberikan pengalaman pembelajaran dalam situasiyang sebenar, bermakna dan menyeronokkan. Selain itu,PLBD boleh mengembangkan kemahiran sosial dankerja berpasukan murid.Pembelajaran kontekstual adalah kaedah pembelajaranyang menggabungkan isi kandungan denganpengalaman harian individu, masyarakat danpersekitaran. Kaedah ini menyediakan pembelajaran
  • 25. secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands-on danminds-on.Kontruktivisme adalah suatu kaedah pembelajaran yangmenggalakkan murid membina sendiri pengetahuan ataukonsep secara aktif berdasarkan pengetahuan danpengalaman sedia ada. Dalam proses ini, murid akanmenyesuaikan ilmu pengetahuan yang diterima denganpengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuanbaru.Teori Kecerdasan Pelbagai (TKP) merupakan suatupendekatan pengajaran dan pembelajaran yangberasaskan kecerdasan murid yang pelbagai. TKP terdiridaripada lapan jenis kecerdasan iaitu verbal-linguistik,logik-matematik, visual-ruang, kinestetik, muzik,interpersonal, intrapersonal dan naturalis. Melaluipendekatan ini, guru dapat mengenal pasti persamaandan perbezaan keupayaan individu murid yang unik.Mereka belajar dan dinilai dengan cara yang berlainanbagi meningkatkan kecerdasan dan potensi yang tidakterbatas. Ini dapat membantu murid menyelesaikanmasalah yang dihadapi dalam kehidupan sebenar danboleh menjana masalah baru untuk diselesaikan sertakebolehan membuat sesuatu.Pembelajaran berasaskan Kajian Masa Depan (KMD)adalah suatu strategi pengajaran secara saintifik untukmemikirkan tentang masa depan secara berkaedah danbermakna. Dalam mengkaji masa depan, murid perlutahu perkara yang telah berlaku (sejarah) dan perkarayang sedang berlaku (trend dan perubahan terkini).Maklumat ini perlu bagi membantu murid membuatpertimbangan terhadap kemungkinan yang akan berlakupada masa depan, sebelum membuat keputusan. KMDbertujuan untuk mendidik murid supaya bersedia
  • 26. menghadapi cabaran dan perubahan, di sampingmenyedari bahawa masa depan akan pasti berubah.Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasai(TMK) dalam pengajaran dan pembelajaran bermaksudmenggunakan TMK secara berfikrah, terancang danbersesuaian dengan keperluan pembelajaran bagimeningkatkan kefahaman dan penguasaan muridterhadap pelajaran. Penggunaan TMK juga memberipeluang pembelajaran yang sama kepada semua muridyang pelbagai keupayaan bagi meningkatkan motivasidiri, di samping membolehkan murid mengamalkanpembelajaran kendiri. Penggunaan TMK bolehdilaksanakan secara tutorial, penerokaan, aplikasi dankomunikasi.Terdapat juga teknik pengajaran dan pembelajaran yangmenekankan aspek berfikir dan membuat keputusanseperti:Theory of ConstraintsTeknik Theory of Constraints (TOC) ialah carapengajaran dan pembelajaran berasaskan pemikiranyang logik dan sistematik. Proses ini menggunakanteknik pemikiran kritis dan kreatif yang mudah dankonkrit. Teknik ini membolehkan murid menggunakanalat dan teknik berfikir dalam pembelajaran mereka.Aplikasi teknik ini mampu untuk melibatkan murid secarapembelajaran kolaboratif iaitu bersesuaian dengankonsep pembelajaran berpusatkan murid. Inimenyediakan mereka dengan kemahiran bagi mencapaimatlamat, menyelesaikan masalah dengan berkesan,membuat keputusan, berkomunikasi dan dapatdiaplikasikan dalam kehidupan seharian.
  • 27. Terdapat tiga teknik yang boleh diaplikasikan iaitu:2.12.1 Teknik AwanTeknik awan adalah teknik membuat keputusan yangmemikirkan sesuatu kejadian, situasi, idea danpenyelesaian konflik yang bertentangan kehendak.Konflik yang hendak diselesaikan berbentuk konflikdalaman yang melibatkan satu pihak sahaja atau konflikluaran yang melibatkan dua pihak dan hanya satukehendak sahaja yang boleh dicapai iaitu berakhirdengan keputusan menang-menang(win win).2.12.2 Teknik Sebab dan AkibatTeknik yang menerangkan bagaimana sesuatu tingkahlaku, idea, atau kejadian yang boleh mengakibatkankesan-kesan berikutnya. Menerusi teknik ini, muridboleh menerangkan urutan perkara-perkara pentingdengan cara logik atau menaakul. Murid mampumengenal pasti hubungan sebab dan akibat dengancara yang berfokus.2.12.3 Teknik Penyelesaian MasalahTeknik penyelesaian masalah adalah teknik yang bolehdigunakan bagi merancang langkah-langkah dengansistematik secara kolaboratif untuk menghadapi danmengatasi cabaran ke arah pencapaian matlamat yangtelah ditetapkan. Langkah-langkah yang dikemukakanadalah merupakan langkah-langkah yang logik.Matlamat atau objektif yang hendak dicapai tidak akandiperoleh jika cabaran-cabaran yang menghalangpencapaian matlamat tidak diatasi terlebih dahulu.
  • 28. Belajar sambil bermain adalah satu pendekatan yangterancang dan berstruktur bagi memberi peluangkepada murid belajar dalam suasana yang bebas danselamat, menggembirakan dan bermakna. Teknik inimemerlukan perancangan rapi supaya pembelajaranmempunyai unsur seperti:bermain secara terancangbermain secara berstrukturbermain secara fleksibelmemenuhi keperluan kognitif, psikomotor danafektif.Experiential Activities PlannerExperiential Activities Planner (EAP) merupakankaedah pengajaran dan pembelajaran yangmenggabungkan beberapa pedagogi sepertikemahiran berfikir, kajian masa depan, dan teorikecerdasan pelbagai dalam satu pengajaran.EAP merangkumi lima aspek pembelajaran iaitubelajar dalam suasana yang riang dan harmonis,kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif,pembelajaran koperatif, penglibatan komuniti, prosespembelajaran individu dan kecerdasan pelbagai.i-ThinkProgram i-Think merupakan satu program yangbertujuan mempertingkatkan dan membudayakankemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arahmenghasilkan murid berinovatif. Dalam kaedah ini, alatberfikir yang digunakan ialah Thinking Maps mengikutkesesuaian tajuk .
  • 29. Penilaian yang dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa,direkod dan dilapor oleh guru di sekolah yangmelibatkan murid, ibu bapa dan organisasi luar.Penilaian yang dijalankan di peringkat sekolahdilaksana dalam bentuk pentaksiran formatif yangdijalankan seiring dengan proses pengajaran danpembelajaran. Pentaksiran sumatif pula dilaksana diakhir unit pembelajaran, semester atau tahun.Pentaksiran dilakukan secara berterusan semasaproses pengajaran dan pembelajaran melalui pelbagaicara. Antaranya ialah pemerhatian, kerja kursus, kajiankes, membina buku skrap dan folio, membuatdemonstrasi, simulasi, kuiz dan ujian bertulis.Proses mendapatkan maklumat tentang sejauh manamurid tahu, faham dan boleh buat atau telahmenguasai apa yang dipelajari berdasarkanpernyataan standard prestasi yang ditetapkanmengikut tahap-tahap pencapaian seperti yangdihasratkan dalam dokumen kurikulum. Pentaksiranberasaskan sekolah juga boleh dilaksanakansepertimana yang ditetapkan oleh LembagaPeperiksaan.
  • 30. Tajuk ini adalah pengenalan kepada ilmu sejarah yang berteraskan kepadakajian kemanusiaan yang mencakupi konsep, istilah dan kepentingan ilmuSejarah. Pemahaman sejarah turut didedahkan melalui pengkajian tentangsejarah diri dan keluarga, sejarah sekolah dan sejarah setempat. Melalui prosesini, murid dapat memahami kemahiran sejarah dan mengaplikasikan kemahiranserta nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.
  • 31. PengenalanKemahiran SejarahFokusKonsep Ilmu SejarahPengertianDiri dan keluargaSekolahTempat tinggalEmpati:Menghubungkaitkanperistiwa sejarah mengikutgaris masaMenghayati sejarah negaraMenjelaskan sebab danakibat dalam sejarahMenghargai diri, keluargadan masyarakat
  • 32. 1.1 Mengetahui dan memahami 1.1.1 Menyatakan pengertian sejarah dan sumber sejarah.1.1.2 Mengenal pasti konsep masa silam dan ruang berdasarkan garismasa dan kronologi.1.1.3 Mengenal pasti peristiwa sejarah mengikut garis masa.1.1.4 Menyatakan tinggalan sejarah yang terdapat di muzium dan tempatbersejarah.1.1.5 Menjelaskan sebab dan akibat dalam peristiwa sejarah.1.1.6 Menyatakan kepentingan sejarah dalam kehidupan.K.1.1.7 Menyatakan kepentingan pengurusan masa dalam kehidupanharian.K1.1.8 Menyatakan kehidupan masyarakat masa lalu dankesinambungannya dengan masa kini.K.1.1.9 Menjelaskan kepentingan menghargai warisan bangsa bagimelahirkan jati diri.
  • 33. 1.2 Mengetahui dan memahami 1.2.1 Menyatakan biodata diri.1.2.2 Mengenal pasti salasilah keluarga.1.2.3 Menyatakan pengertian keluarga asas.1.2.4 Mengenal pasti panggilan anggota keluarga.1.2.5 Menjelaskan perkembangan diri dan keluarga mengikut garis masa.1.2.6 Menyatakan peristiwa bersejarah dalam keluarga.K1.2.7 Menyatakan adab yang perlu diamalkan dalam sesebuah keluarga.K1.2.8 Menyatakan kepentingan penggunaan panggilan dalam institusikeluarga.K1.2.9 Menyatakan keistimewaan mewujudkan keluarga asas.
  • 34. 1.3 Mengetahui dan memahami 1.3.1 Menyatakan nama dan alamat sekolah dengan lengkap.1.3.2 Mengenal pasti lokasi sekolah.1.3.3 Menceritakan sejarah penubuhan sekolah.1.3.4 Menyatakan cogan kata, visi dan misi sekolah.1.3.5 Menyatakan maksud warna dan simbol pada lencana dan benderasekolah.1.3.6 Menyatakan struktur organisasi pentadbiran sekolah.K1.3.7 Menjelaskan tanggungjawab diri sebagai warga sekolah.K1.3.8 Mengenal pasti usaha-usaha untuk mengekalkan kebersihan dankeindahan sekolah.K1.3.9 Menyatakan sekolah sebagai sesebuah institusi pendidikan yangperlu dibanggakan.
  • 35. 1.4 Mengetahui dan memahami1.4.1 Menyatakan alamat tempat tinggal dengan lengkap.1.4.2 Menyatakan lokasi tempat tinggal.1.4.3 Menyatakan sejarah tempat tinggal.1.4.4 Menyatakan bentuk muka bumi kawasan tempat tinggal.1.4.5 Menyatakan keistimewaan kawasan setempat.1.4.6 Menjelaskan tokoh kebanggaan setempat.K1.4.7 Menyatakan tanggungjawab menjaga kemudahan awam di kawasansetempat.K1.4.8 Menyatakan kepentingan mengindahkan persekitaran tempat tinggal.K1.4.9 Menyatakan sejarah tempat tinggal sebagai perkara yang perludihargai.
  • 36. Tajuk ini menjelaskan tentang zaman air batu akhir iaitu zaman Plestosen danzaman Holosen. Tajuk ini juga menerangkan hubungan antara ilmu geografidengan sejarah bagi memupuk semangat jati diri, sayang akan negara danmenghargai alam sekitar.
  • 37. Zaman Air Batu Perubahan ZamanAir BatuEmpatiMemahami kejadianalamMemupuk kesedaranmemelihara alam sekitarMenanam semangat jatidiri dalam kalanganmurid
  • 38. Mengetahui dan memahami 2.1.1 Menyatakan maksud Zaman Air Batu.2.1.2 Menyatakan perubahan yang berlaku pada Zaman Air Batu.2.1.3 Menamakan benua dan lautan di dunia selepas pencairan air batu.K2.1.4 Menyatakan keperluan menghargai alam sekitar.K2.1.5 Menyatakan sikap yang perlu diamalkan dalam menjaga alam sekitar.K2.1.6 Menyatakan kepentingan menghargai masa yang mempengaruhikehidupan harian.
  • 39. Tajuk ini menjelaskan tentang kehidupan masyarakat sebelum kewujudan sistemtulisan. Perbincangan memfokuskan cara masyarakat zaman prasejarahmenyesuaikan diri dengan alam sekitar untuk kelangsungan hidup. Di sampingitu, tajuk ini juga memperlihatkan kesungguhan mereka menghadapi cabaranalam. Sikap berani, kreatif dan inovatif dalam menghadapi cabaran alam ini wajardicontohi murid. Tajuk ini juga menghubungkait disiplin ilmu sejarah dengangeografi.
  • 40. Zaman prasejarah Kehidupan manusiazaman prasejarahMemupuk perasaanmenghargai diri danalam sekitarMemupuk semangatjati diri dalamkalangan murid.Menghubungkaitperistiwa sejarahdengan geografi
  • 41. Mengetahui dan memaham 3.1.1 Menyatakan maksud prasejarah.3.1.2 Menyatakan lokasi prasejarah.3.1.3 Menyatakan kegiatan masyarakat prasejarah3.1.4 Mengenal pasti alatan dan kegunaannya dalam masyarakatprasejarah3.1.5 Menyatakan kepercayaan manusia prasejarah.K3.1.6 Menyatakan kepentingan menghargai tinggalan sejarah.K3.1.7 Menyatakan persediaan untuk menghadapi perubahan persekitaran.K3.1.8 Menyatakan sikap manusia prasejarah yang perlu dicontohi.
  • 42. Tajuk ini membincangkan Kerajaan-kerajaan Melayu awal sebelum KesultananMelayu Melaka. Melalui pembelajaran ini murid dapat mengenali keistimewaandan keunikan Kerajaan-kerajaan Melayu yang dikaitkan dengan kemashyuranjalan laut dan perdagangan.
  • 43. PengenalanKerajaan Melayu AwalFokusKerajaan-kerajaan MelayuLokasiKegiatan ekonomiEmpatiMengagumi kegiatankerajaan - kerajaan MelayuawalMenghayati kegemilanganKerajaan Melayu awalMengagumi kemahiranmasyarakat kerajaan Melayuawal
  • 44. Mengetahui dan memahami 4.1.1 Menamakan kerajaan-kerajaan Melayu awal.4.1.2 Mengenal pasti lokasi kerajaan-kerajaan Melayu Awal pada petaMalaysia.4.1.3 Menamakan laut, selat, teluk dan pulau pada peta di sekitarkerajaan Melayu awal.4.1.4 Menyatakan aktiviti berasaskan laut dalam kerajaan-kerajaanMelayu.K4.1.5 Menyatakan keistimewaan kerajaan-kerajaan Melayu awal.K4.1.6 Menyatakan keperluan menjaga kebersihan pesisiran pantaiK4.1.7 Menyatakan kepentingan menghargai kemakmuran negara.
  • 45. Kesultanan Melayu Melaka adalah kerajaan yang telah melahirkan beberapa orang tokohterbilang. Di antara tokoh-tokoh ini terdiri daripada Parameswara, Bendahara Tun Perakdan Laksamana Hang Tuah yang telah memainkan peranan penting dalam membinakeagungan Kesultanan Melayu Melaka. Peranan mereka yang boleh dirujuk dalamdan boleh menjadi iktibar dan contoh kepadamurid-murid dalam membina sahsiah, jati diri dan kepimpinan mereka pada masa depan.Nilai-nilai murni masyarakat masa lalu dapat juga dijadikan panduan oleh murid-muriduntuk melahirkan sebuah masyarakat yang beretika mulia.
  • 46. PengenalanTokoh-tokoh terbilangKesultanan Melayu MelakaFokusTokoh TerbilangParameswaraBendaharaTun PerakLaksamana Hang TuahEmpatiMemupuk rasabangga dan setiakepada institusipemerintahanMenghargai peranantokoh-tokoh terbilangdalam memberi iktibarMenghargai nilai-nilaimasyarakat terdahuluuntuk dicontohi olehmurid
  • 47. 5.1 Mengetahui dan memahamiKesultanan Melayu Melaka.5.1.1 Menyatakan maksud tokoh terbilang.5.1.2 Menjelaskan kedudukan tokoh-tokoh terbilang dalam masyarakatMelayu lama.5.1.3 Menyatakan peranan jawatan tokoh terbilang dalam membangunkanKesultanan Melayu Melaka.K5.1.4 Menyatakan keistimewaan tokoh-tokoh terbilang KesultananMelayu Melaka dalam pembentukan sahsiah individu.K5.1.5 Menjelaskan tentang nilai-nilai murni masyarakat dahulu yang dapatdicontohi.K5.1.6 Menyatakan kepentingan menghargai tokoh-tokoh terbilangKesultanan Melayu Melaka dalam masyarakat.
  • 48. 5.2 Mengetahui dan memahamiParameswara sebagai5.2.1 Menyatakan latar belakang Parameswara sebagai pengasasMelaka.5.2.2 Menjelaskan rentetan peristiwa perjalanan Parameswara dariPalembang ke Melaka.5.2.3 Menyatakan peristiwa pembukaan Melaka.5.2.4 Menyatakan asal usul nama Melaka berdasarkan pelbagai sumber.K5.2.5 Menyatakan sifat-sifat kepimpinan tokoh yang boleh dicontohi.K5.2.6 Menyatakan kepentingan menghargai sumbangan seseorangpemimpin yang dihormati dalam masyarakat.K5.2.7 Menjelaskan kewujudan Kesultanan Melayu Melaka sebagaiwarisan yang dibanggakan.
  • 49. 5.3 Mengetahui dan memahamiperanan sebagai5.3.1 Menyatakan riwayat hidup Tun Perak.5.3.2 Menyenaraikan Sultan Melaka semasa Tun Perak menjadi Bendahara.5.3.3 Menyatakan kebijaksanaan Tun Perak dalam menangkis serangan Siamdi Melaka.5.3.4 Menyatakan peranan Tun Perak dalam membina kegemilanganKesultanan Melayu Melaka.K5.3.5 Menyatakan sifat-sifat kepimpinan tokoh yang boleh dijadikan contoh.K5.3.6 Menghubungkaitkan kebijaksanaan tokoh dalam membentuk sahsiahindividu.K5.3.7 Menyatakan kepentingan nilai ketaatan dan kesetiaan kepadapemimpin.
  • 50. 5.4 Mengetahui dan memahamisebagai5.4.1 Menyatakan riwayat hidup Hang Tuah.5.4.2 Menyatakan peranan Hang Tuah sebagai laksamana.5.4.3 Menjelaskan peristiwa pertarungan antara Hang Tuah dengan HangJebat dalam Hikayat Hang Tuah.K5.4.4 Menyenaraikan sifat-sifat kesetiaan tokoh kepada intitusi beraja.K5.4.5 Menyatakan kebijaksanaan tokoh dalam menyelesaikan sesuatumasalah.K5.4.6 Menyatakan tanggungjawab rakyat dalam mempertahankankedaulatan negara.
  • 51. GLOSARI1 Abad Jangka masa seratus tahun2 Akibat Kesan buruk daripada sesuatu peristiwa (perbuatan dll),3 Alat PerpaduanSuatu mekanisme yang diperlukan atau digunakan untuk menghasilkan perpaduanantara kaum.4 Amalan Sesuatu yang dilakukan (dilaksanakan, dikerjakan, dsb) sebagai suatu kebiasaan5 Angkatan Pasukan tentera (dengan alat kelengkapan), bala tentera6Bahasa JiwaBangsaKetrampilan sesuatu bangsa digambarkan melalui bahasa yang dituturkan olehmasyarakatnya.7BahasaKebangsaanBahasa yang digunakan oleh majoriti penduduk dalam sesebuah negara sepertiBahasa Melayu yang termaktub dalam perlembagaan.8 Bahasa Melayu Bahasa kebangsaan yang dipertuturkan di rantau Asia Tenggara (lingua franca)9 Bandar DirajaBandar tempat raja bersemayam dan pernah menjadi pusat pentadbiran tradisionalyang dipimpin Sultan seperti Pekan, Seri Menanti, Kuala Kangsar.10 Bangga Megah, berbesar hati11 Bentuk Muka Bumi Pandangan fizikal rupa bumi
  • 52. 12 Berketrampilan Kecekapan, kemampuan yang tinggi13 Berwawasan Mempunyai pandangan jauh14 Biodata Diri Maklumat ringkas tentang diri seseorang15 Budaya Melayu Cara dan gaya hidup yang diamalkan oleh masyarakat Melayu16 Cara Hidup Suatu gaya hidup17 Cogan KataUngkapan ringkas (tagline) yang mengandungi unsur ideologi dan pegangan sesuatuorganisasi, moto18 Dekad Jangka masa sepuluh tahun, dasawarsa19 Dipaparkan Dipamerkan didedahkan, dibentangkan20 Etos Sifat ciri sesuatu bangsa, budaya, era dan lain-lain21 Gambaran Mengisahkan (keterangan, bayangan, dsb) tentang sesuatu keadaan dan sebagainya.22 Garis MasaGarisan yang menunjukkan peristiwa-peristiwa yang berlaku pada sesuatu masatertentu23 Generasi Kumpulan individu yang lahir pada waktu yang lebih kurang sama atau seangkatan24 Hari Keputeraan Hari ulang tahun atau kelahiran golongan diraja25 Hubungan Jalinan antara manusia atau negara
  • 53. 26 Ibu Negeri/Kota Pusat pentadbiran negeri27 Ikrar Lafaz janji, pengakuan28 Iktibar Pengajaran, contoh, teladan29 Istana Negara Tempat bersemayam rasmi Yang di-Pertuan Agong dan kerabat diraja30 Jata Negara Lambang negara Malaysia31 Kandungan Lirik Intisari yang terkandung dalam lagu32 Keberanian Gagah (bukan pengecut), perkasa33 Kebudayaan Keseluruhan cara hidup34 Kedaulatan Kekuasaan yang tertinggi, negara yang mempunyai pengesahan antarabangsa35 Kedudukan Lokasi, tempat36 Keluarga Asas Rumahtangga yang terdiri daripada suami, isteri dan anak-anak37 Kemanusiaan Sifat-sifat dan nilai-nilai universal manusia38 Kepahlawanan Sifat keberanian dan keperwiraan39 Kepercayaan Keyakinan atau akuan akan benarnya sesuatu, iman
  • 54. 40 Kepimpinan Keupayaan dan kebolehan memimpin41 Kesetiaan Kepatuhan, ketaatan42 Kesinambungan Lanjutan daripada sesuatu yang sebelumnya43KesultananMelayu MelakaKerajaan yang diasaskan oleh Parameswara pada tahun 1400 - 151144 Ketua Negara Jawatan tertinggi bagi sesebuah negara45 KewibawaanKekuasaan atau keupayaan seseorang pemimpin dalam menguasai ataumempengaruhi orang lain46 Kronologi Susunan peristiwa (kejadian) menurut masa berlakunya peristiwa berkenaan47 Kurun Jangka waktu 100 tahun atau abad48 Lambang Tanda mengenal sesuatu49 Laras BahasaPenggunaan sesuatu bahasa mengikut bidang (seperti laras sejarah sastera, istana,sains)50 Latar Belakang Cerita asas kepada sesuatu peristiwa51 Prinsip Asas atau dasar yang menjadi pokok sesuatu pemikiran52 Lirik Seni kata lagu53 Lokasi Tempat letak atau kedudukan
  • 55. 54 Maklumat Keterangan atau butir-butir55 Masyarakat Sekumpulan manusia yang tinggal di sesuatu tempat56 Melafazkan Mengucapkan57 Melancarkan Memulakan atau menggerakkan sesuatu58 Memartabatkan Mengangkat kedudukan sesuatu pada mata masyarakat59 Mengasas Memulakan penubuhan sesebuah kerajaan60 Menteri Besar Ketua Kerajaan Negeri di Negeri-negeri Melayu yang mempunyai Sultan / raja61 Menzahirkan Menyatakan atau menampakkan62 Mercu Tanda Lambang atau simbol untuk mengenali sesuatu tempat63 Merdeka Kebebasan dari pemerintahan penjajah64 Misi Tugas khusus yang dipertanggungjawabkan oleh seorang atau sesuatu kumpulan.65 MuziumBangunan tempat menyimpan dan mempamerkan objek-objek yang mempunyai nilaisejarah dan warisan66 Negara Kawasan di bawah kekuasaan kerajaan tertentu67 Nilai Murni Perkara yang mengandungi unsur-unsur yang baik
  • 56. 68 Parameswara Raja yang membuka Melaka berasal dari Palembang.69 Pedagang Orang yang menjalankan perniagaan70 Pemerintah Kekuasaan yang memerintah (menguasai) sesebuah negeri atau negara71 Penerimaan Proses mendapatkan sesuatu daripada pihak lain.72 Pengaruh Kuasa seseorang ke atas orang lain73 Pengertian Fahaman, idea, gagasan, penjelasan74 Penglibatan Pembabitan atau penyertaan dalam sesuatu perkara75 Pengunjung Orang yang melawat sesuatu tempat76 Pentadbiran Pengelolaan dan pengurusan dalam pemerintahan77 Peranan Pekerjaan atau tugas yang dipegang78 Peristiwa Sesuatu yang berlaku yang menarik perhatian (menimbulkan kesan)79 Pelantikan Pengesahan seseorang untuk memegang sesuatu jawatan80 Persahabatan Perihal berkawan, hubungan sebagai rakan.81 Peta Lukisan yang menunjukkan kedudukan negeri, sungai, gunung dan lain-lain.
  • 57. 82 Rentetan Urutan peristiwa83 Riwayat Cerita turun temurun84 Rukun Negara Ideologi dan prinsip kebangsaan Malaysia85 Sahabat Kawan, teman, taulan.86 Sambutan Suatu acara atau majlis bagi merayakan sesuatu87 Sastera Sejarah Hasil kreatif yang berasaskan sejarah88 Sebab Perkara yang mengakibatkan sesuatu berlaku89 Simbol Negeri Lambang atau tanda yang menggambarkan ciri-ciri sesebuah negeri.90 Struktur Pola sesuatu organisasi masyarakat yang terbentuk daripada pelbagai unsur91 SultanPemerintah di negeri-negeri Melayu kecuali Perlis (Raja) dan Negeri Sembilan (YangDipetua Besar)92 Susun Lapis Strata, hierarki, susunan atau kedudukan dalam sesebuah organisasi atau masyarakat.93 Syarat Tuntutan (permintaan) yang mesti dipenuhi, jaminan, janji94 Simbol Sesuatu yang mewakili sesuatu yang lain, lambang, tanda95 Taat Setia Sentiasa menurut perintah, berlaku jujur
  • 58. 96 Taraf/Darjat Tingkatan kedudukan dalam masyarakat97 Tempoh Waktu, masa98 Tingkah Laku Tabiat yang lazim dilakukan, perangai, perbuatan.99 TokohRupa atau keadaan yang tampak pada zahirnya, bentuk dan sifatnya, macam ataujenis.100 Tradisi Suatu kebiasaan (adat, kepercayaan) yang menjadi amalan turun-temurun101 Visi Wawasan atau berpandangan jauh.102Yang di-PertuanAgongGelaran untuk Ketua Negara Malaysia.103 Zaman Tempoh atau jangka masa tertentu
  • 59. Terbitan:BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUMKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIAAras 4-8, Blok E9Kompleks Kerajaan Parcel EPusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62604 PUTRAJAYATel: 03-8884 2000 Faks: 03-8888 9917http://www.moe.gov.my/bpk

×