Your SlideShare is downloading. ×
19 lagi projek di bawah etp
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×

Introducing the official SlideShare app

Stunning, full-screen experience for iPhone and Android

Text the download link to your phone

Standard text messaging rates apply

19 lagi projek di bawah etp

2,936
views

Published on


1 Comment
0 Likes
Statistics
Notes
  • JASA PENGURUSAN PERIZINAN EXPORT IMPORTIR
    “Corporate Legal services”
    http://www.saranaijin.com
    Komplek Ruko Segitiga Atrium Blok A1 Lt 2 Jl. Senen Raya No. 135 Jakarta Pusat 10410
    Tep: +(62) 21- 34833034 Fax : +(62) 21- 34833038
    Mobile: 081585427167
    Pin BB 285200BC
    Email: legal@saranaizin.com

    JASA PERNGURUSAN PERIZINAN EXPORT IMPORTIR
    - URUS API-P (ANGKA PENGENAL IMPORTIR PRODUSEN)
    - URUS API-U (ANGKA PENGENAL IMPORTIR UMUM)
    - URUS API PERUBAHAN
    - URUS APIP (Produsen) PMA BKPM
    - URUS APIU (Umum) PMA BKPM
    - URUS NIK EXPORT IMPORT
    - URUS NPIK
    - URUS IT ELEKTRONIKA
    - IT PAKAIAN JADI
    - IT ALAS KAKI
    - IT MAKANAN DAN MINUMAN
    IT OBAT TRADISINAL DAN HERBAL
    - URUS IP PLASTIK, IP BESI/BAJA, IP TEKSTIL
    - URUS PI BARANG MODAL BUKAN BARU
    - URUS ETPIK
    - URUS SKPLBI BARANG / LABEL PRODUK IMPORTIR
    - URUS POSTEL

    JASA PENGURUSAN LEGAL SERVICES
    - URUS PENDIRIAN PT – PERSEROAN TERBATAS
    - URUS PENDIRIAN PMA
    - URUS IZIN PRINSIP
    - URUS PENDIRIAN CV
    - URUS PENDIRIAN UD
    - URUS IZIN PRINSIP PERLUASAN
    - URUS SIUP
    - URUS TDP
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here
  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total Views
2,936
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
32
Comments
1
Likes
0
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. 19 LAGI PROJEK DI BAWAH ETPPerdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada 11 Januari 2011 telah mengumumkan 19 lagi projek permulaan (EPP) di bawahprogram Transformasi Ekonomi (ETP). Kesemua projek berkenaan menjana pelaburan hampir RM67 bilion, RM36 bilion pendapatankasar negara dan mewujudkan 35,000 pekerjaaan baru. Sebelum ini, 18 EPP telah diumumkan sejak ETP dilancarkan pada 25 Oktober2010.Kesan daripada Program Transformasi Ekonomi kian ketara. Keyakinan sektor perniagaan dan para pelabur terhadapekonomi Malaysia kini semakin tinggi. Ini boleh dilihat daripada prestasi Bursa Malaysia yang telah mencecah tahap penutuptertinggi pada 7 Januari iaitu 1,572.21 mata.Sementara itu, Laporan Perniagaan Antarabangsa Grant Thornton yang terkini menunjukkan 50 peratus perusahaansederhana hingga besar (atau medium to large enterprises) positif tentang prospek ekonomi Malaysia pada tahun ini, tahapkeyakinan tertinggi untuk Malaysia sejak penyertaan Malaysia dalam laporan tersebut. Mengikut Frost & Sullivan, jumlahkeluaran industri automotif (atau total industry volume, TIV) diunjurkan mencecah paras tertinggi baru sebanyak 623,000unit tahun ini, peningkatan 4.1 peratus berbanding TIV 2010. Petanda-petanda positif ini amat menggalakkan dan kerajaanakan terus berusaha sehingga matlamat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi tercapai.Sebahagian 19 Projek EPPKesemua projek 19 EPP dan pembangunan itu akan dilaksanakan di bawah 10 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA), yangditerajui oleh empat EPP di bawah NKEA minyak, gas dan tenaga.ExxonMobil Exploration and Production Malaysia Inc, bersama-sama dengan rakan kongsi kontrak pengeluarannya,Petronas Carigali Sdn Bhd, merancang melabur lebih RM10 bilion dalam aset minyak dan gas bagi membantumemastikan bekalan yang andal dan mampan bagi Malaysia.Ini merupakan kesinambungan dari pengumuman insentif cukai baharu di bawah Akta Cukai Pendapatan Petroleum (PITA)pada November 2010.Komitmen perbelanjaan modal ini akan digunakan bagi memberi nafas baharu terhadap kemudahan yang matang danmelaksanakan usaha meningkat aktiviti pengeluaran minyak di medan Tapis dan projek pembangunan gas Telok.- Projek Telok, yang terletak di luar pesisir Semenanjung Malaysia, sedang dibangunkan di bawah satu kontrakperkongsian pengeluaran bagi menyediakan bekalan tambahan bagi keperluan kuasa dan perindustrian Malaysiadan akan menggalakkan pertumbuhan organik sektor gas asli.- Shell Malaysia akan turut melabur RM1.5 bilion di segi pelbagai projek bagi menaik taraf, mengembangkan danmembina kemudahan di dalam aktiviti hiliran, pertengahan dan huluan di seluruh Malaysia.Ini termasuk mengembangkan loji lilin Sintesis Penyulingan Pertengahan Shell (MDS) di Bintulu, satu unit pemprosesandiesel yang baharu di Kilang Penapisan Shell di Port Dickson dan pembangunan air dalam Gemusut di luar pesisir Sabah.- Dialog Group Bhd mengetuai satu konsortium yang terdiri daripada kerajaan Johor dan Vopak akanmembangunkan satu projek terminal petroleum air dalam bebas RM5 bilion di Pengerang, Johor.Projek ini akan mempunyai keupayaan penyimpanan petroleum keseluruhan 5.0 juta meter padu dan melonjakkan Malaysiasebaris dengan hab penyimpanan minyak serantau.Datuk Seri Najib menjangka satu kesan penggandan yang signifikan dari projek Pengerang untuk merangsang keseluruhanekonomi. Di bawah ETP, ia dijangka menjana pendapatan negara kasar RM1.6 bilion menjelang 2020.
  • 2. - Pembentukan Perbadanan Kuasa Nuklear Malaysia di mana Dr Mohd Zamzam Jaafar telah dilantik sebagai KetuaPegawai Eksekutif.Dr Mohd Zamzam mengetuai perancangan berdasarkan tempoh jadual masa pembangunan semasa antara 11 hingga 12tahun daripada praprojek sehingga pentaulihan.- Di bawah NKEA Perkhidmatan Perniagaan, MyTelehaus, CSF Group dan pusat data Teliti International telahmembantu Malaysia merapatkan jurang mengenai aspirasi untuk meningkatkan jualan ruang lantai pusat data.Melalui pelaburan lebih RM671 juta secara kolektif, ketiga-tiga organisasi itu akan membangunkan kemudahan baharu danmenaik taraf yang sedia ada, bagi membekalkan ruang lantai 475,000 kaki persegi pusat data bagi menampung peningkatanpermintaan.- Mengenai NKEA Penjagaan Kesihatan, UM Holdings Sdn Bhd, satu perbadanan milik penuh Universiti Malaya, akanmewujudkan Metropolis Kesihatan Universiti Malaya di Petaling Jaya, Selangor.Usaha menyepadukan penjagaan kesihatan, penyelidikan biologi dan pasca pendidikan menyasarkan untuk meningkatkanstandard dan kualiti bidang berkenaan, bagi menjadi antara yang terbaik di dunia.Ia turut ditanda aras berbanding Pusat Perubatan Longwood Havard dan Pusat Bio-X Stanford, dua daripada contoh terbaikdalam kelasnya di dunia.- Satu lagi projek di bawah NKEA Penjagaan Kesihatan, Hovid Bhd, iaitu sebuah syarikat farmaseutikal kelahirannegara ini, telah menjalin perjanjian dengan Winthrop Pharmaceuticals, satu anak syarikat Sanofi-Aventis, satusyarikat farmaseutikal global.Usaha sama itu akan mengeluarkan dan membekalkan ubat-ubatan generik bagi diabetik dan pengurusan kesakitan bernilaiRM50 juta bagi tempoh lima tahun akan datang.Sumber: Bernama, www.pmo.gov.myArtikel dimasukkan pada 11 Februari 20116 INISIATIF PEMBAHARUAN BAGI MENINGKATKAN DAYASAINGBahagian kesimpulan Model Ekonomi Baru (New Economic Model, atau NEM) telah mengetengahkan sejumlah 51 dasarpolisi untuk membolehkan Malaysia untuk kekal berdaya saing dalam pasaran global. Pada tahun 2011, PEMANDU telahditugaskan untuk membina program yang terperinci bagi melaksanakan langkah-langkah tersebut, yang dikelompokkankepada enam Inisiatif Pembaharuan Strategik (Strategic Reform Initiatives atau SRI).Keenam-enam SRI telah dikelompokkan berdasarkan 37 dasar polisi dan sekarang merupakan komponen kedua yang kritikalbagi Program Transformasi Ekonomi (Economic Transformation Programme atau ETP). Ini melengkapkan fokus yang telahdiberikan oleh 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (National Key Economic Areas, atau NKEA) yang dijangka akan dapatmeningkatkan daya saing negara dan membolehkan pertumbuhan yang berkekalan. Ianya adalah: • Kewangan Awam• Peranan Kerajaan Dalam Perniagaan
  • 3. • Pembangunan Modal Insan• Penyampaian Perkhidmatan Awam• Standard Antarabangsa Dan Liberalisasi• Merapatkan Jurang Ketaksamaan. Perusahaan Kecil Dan Sederhana (PKS) Bumiputera“Dengan adanya SRI yang terperinci iini, rangka transformasi ekonomi negara kini lengkap. Usaha mengejar pembangunanekonomi diiringi perubahan-perubahan dasar akan membolehkan kita bersaing dengan mantap di persada antarabangsa.” -Perdana Menteri, Dato’ Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak .Bagi 14 lagi langkah itu telah pun diserapkan dalam Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) dan Bidang Keberhasilan UtamaNegara(NKRA).1. Meningkatkan Pendapatan, Mengurangkan KosBagi mencipta ruang kewangan sebanyak RM13 bagi negara, 20 daya usaha serta-merta dan serta jangka panjang telahdicadangkan oleh Makmal Kewangan Awam bagi meningkatkan pendapatan, mengurangkan kos dan memperkasakanekonomi negara. Ini akan membolehkan Kerajaan menangani sebarang kekurangan, melangsaikan hutangnya dan melaburbagi masa hadapan.Cadangan-cadangan ini dikelompokkan ke dalam enam bidang utama, iaitu pelaksanaan cukai, memperhalusi galakanpercukaian syarikat, pemerolehan yang telus, pengawalan perbelanjaan serat perakaunan berganda, termasuklah danperkhidmatan (Goods and Services tax atau GST).“Sejumlah enam daya usaha akan dilaksanakan bagi meningkatkan pungutan cukai. Ini termasuklah meluaskan bidangpenyiasatan serta audit, meluaskan asas percukaian dan meningkatkan keupayaan audit dan penguatkuasaan JabatanKastam. Bagi meluaskan lagi asas pencukaian GST akan diperkenalkan bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatanyang sedia ada. “ kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Ketua Eksekutif PEMANDU Senator Dato‟ Sri Idris Jala.Tindakan juga kaan diambil bagi mengawal perbelanjaan Kerajaan di dalam empat bidang, yakni perserasian subsidi,perolehan, perbelanjaan perjalanan dan bayaran kepada bahan-bahan berkanun.2. Menghalusi Peranan Kerajaan Dalam PerniagaanDi makmal SRI yang membincangkan Perangan Kerajaan dalam Perniagaan, Kerajaan digesa berusaha untuk memastikansempadan antara bidang perniagaan dan penguatkuasaan dipisahkan dengan jelas agar tidak berlaku sebarangpercanggahan atau perselisihan kepentingan dan menggalakkan pasaran yang lebih adil sekali gus menarik pelaburan darisektor swasta.Dasar ini juga akan membolehkan Malaysia meraih manfaat dari segi penjimatan dan pasaran kewangan yang kukuh lagiberwibawa. Ini sekali gus akan meningkatkan kedudukan kewangan negara di samping membolehkan memacupertumbuhan negara.“Ini sejajar dengan NKEA di bawah ETP yang telah mengenal pasti bahawa 92% dari pelaburan di Malaysia mestilah datangdari sektor swasta” ujar Jala. Penglibatan kerajaan dalam sektor perniagaan hanya akan berterusan dalam empat bidang,iaitu:• Apabila sektor swasta memerlukan pelaburan bergandingan dalam projek dijangka akan meningkatkan PendapatanNegara Kasar (PNK) sebagai contoh koridor pembangunan serantau.
  • 4. • Di mana sesuatu bidang perniagaan itu harus dimiliki oleh badan tempatan bagi melindungi kepentingan negara, sepertidalam perolehan teknologi pertahanan dan sebagainya.• Apabila pelaburan yang diperlukan melibatkan pembangunan modal yang besar, pemangkin teknologi atau teknologibaru.• Apabila ia melibatkan projek binaan negara seprti sistem pengangkutan awam, bioteknologi dan tenaga lestari.Setiap pelaburan juga akan mempunyai strategi bagi kerajaan untuk meloloskan kehadirannya. Kerajaan akan memperhalusisetiap pelaburannya, bermula dengan 33 buah syarikat yang telah dikenal pasti bagi dilepaskan sama ada melaluipenyenaraian di bursa saham, pengurangan pegangan mahupun jualan sekali gus.Bagi perniagaan yang lain, Kerajaan Malaysia nekad untuk membina struktur bagi meningkatkan tahap pengendaliannya.Unit bagi memantau setiap syarikat berkaitan kerajaan (Government Linked-Company atau GLC) akan ditubuhkan bagimemantau setia syarikat dan badan berkanun yang terbabit.“Maklumat prestasi ini juga kan disebarkan kepada rakyat melalui lama webnya bagi memastikan ketelusan dan pihak yangberkenaan memikul tanggungjawab yang sepenuhnya”- Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Ketua Eksekutif PEMANDUSenator Dato’ Sri Idris Jala3. Membangunkan Modal Insan Bagi Ekonomi Berpendapatan TinggiMalaysia juga nekad untuk membangunkan modal insan, bermula dengan usaha mengemaskini undang-undang buruhnya.Sejumlah empat Akta akan dikaji dan dipinda secara meluas bagi diserasikan dengan keperluan semasa pelbagai pihak yangterlibat.Memandangkan Malaysia juga sedang bergerak menuju sistem penggajian yang berteraskan produktiviti, di mana pekerjadibayar pampasan mengikut jumlah kerja yang dilakukan, maka kementerian Sumber Manusia juga akan mengumumkangaji minimum menjelang akhir tahun ini.“Dengan lulusnya Rang undang-undang Majlis Perundingan Gaji Negara 2011,maka Majlis ini akan di amanahkan untukmeneliti dan memberikan cadangan kepada Kerajaan mengenai setiap hal yang berkaitan dengan penggajian minimum,termasuk pecahan gaji minimum mengikut sektor, kawasan dan hal-hal lain yang berkaitan” kata Jala.Peningkatan kemahiran tenaga pekerja adalah penting bagi membangun modal insan bagi ekonomi berpendapatan tinggi.Sehubungan ini, Talent Corporation akan membantu membangunkan program yang terperinci bagi bidang-bidang yangkhusus sejajar dengan NKEA dan Makmal Bandar dan Koridor akan datang.Ini termasuk beberapa langkah bagi menjamin keselamatan tenaga pekerja untuk menggalakkan mereka lebih banyakbergerak dan berkecimpung dalam hal-hal perniagaan, seperti insurans pengangguran, dibantu oleh program latihan danpeningkatan kemahiran bagi pekerja dan perkhidmatan pengambilan pekerja yang ditingkatkan.Institut Maklumat dan Analisa Pasaran Buruh (institute of Labour Market Information and analysis, atau (ILMIA) akanditubuhkan untuk membekalkan analisa yang mendalam mengenai pasaran buruh bagi membantu sektor awam meneruskandasar serta segala keputusan yang perlu. Ia juga akan dapat membantu sektor swasta dengan membekalkan jangkaan dananalisa terperinci mengenai permintaan dan pembekalan buruh oleh industri dan sektor kecil.Jala juga menambah bahawa Kerajaan akan mula mengamalkan dasar yang direka khas untuk menggunakan bakat kaumwanita dengan sepenuhnya bagi meningkatkan produktiviti tenaga pekerja dengan sebaik mungkin, selain daya usaha bagimeningkatkan penglibatan kaum Hawa di dalam tenaga buruh Malaysia.
  • 5. Bagi membantu PKS pula, serangkaian program akan dibangunkan bagi menambah Dana Pembangunan SumberManusia(Human Recourses Development Fund, atau HRDF). Ia seterusnya akan membolehkan PKS tempatan mempelajariseterusnya mengamalkan amalan-amalan perniagaan yang terkini dalam pengurusan sumber Manusia, sekali gusmeningkatkan keupayaan mereka membina tenaga pekerja yang mahir dan tinggi produktivitinya.4. Ke Arah Kerajaan Yang Cekap, Mantap Dan BerkebolehanHakikatnya, Malaysia sering ketinggalan apabila disebut mengenai hal-hal yang berkaitan dengan kemudahan perniagaan.Walaupun keadaan telah semakin baik kebelakangan ini, kita masih perlu berusaha dengan lebih keras lagi bagimeningkatkan daya saing dan membangunkan ekonomi negara.Kita perlu bergerak ke arah membina Kerajaan yang berteraskan kecekapan, kemantapan dan kebolehan membekalkansetiap keperluan sektor perniagaan mahupun orang ramai. Antara daya usaha yang amat penting dicadangkan oleh MakmalPenyampaian Perkhidmatan Awam termasuklah membasmi penduaan langkah-langkah dan fungsi yang diserasikan agarmempunyai struktur pentadbiran yang jelas bagi menjamin keutuhan dan mutu pengeluaran.Jala berkata lagi, “Kerajaan juga sedang memperkenalkan sistem pemantauan prestasi segera, dibantu oleh sistem penilaianmaklum balas segera.”Ini juga akan melihatkan peningkatan pembabitan rakyat di dalam sebarang kajian bertahap tinggi melalui kumpulan kajianyang pertumpuan khusus, hari terbuka serta sidang pembincangan.Perkhidmatan awam yang cekap ini juga akan dibina dengan mengamalkan amalan-amalan sumber manusia yang strategik,di mana struktur organisasi akan dileperkan menggunakan amalan sumber manusia yang terpilih. Selain itu, pengambilantenaga pekerja terbuka di dalam perkhidmatan awam serta di antara sektor swasta bagi mengisi jawatan-jawatan tertentu,melalui pengambilan terbuka ini sekali gus membina persekitaran yang berdaya saing. Antara langkah-langkah bagimembolehkan dasar ini termasuklah memperkenalkan skim penggajian berkala dan peningkatan skim pencen sedia ada.5. Meningkatkan Daya Saing MalaysiaMalaysia telah menunjukkan Iltizamnya bagi meningkatkan daya saing negara melalui SRI Standard Antarabangsa danLiberalisasi (SAL) yang melibatkan tiga unsur iaitu pembebasan sektor perkhidmatan, piawaian serta undang-undangpersaingan.Pembebasan sektor perkhidmatan di peringkat tertinggi adalah berdasarkan sumbangan mereka kepada PendapatanNegara Kasar (PNK)bukan sahaja buat masa kini tetapi juga di masa hadapan.Ini amat penting dalam usaha mencapaisasaran ETP untuk meningkatkan sumbangan sektor perkhidmatan kepada pendapatan negara kepada 65% menjelang 2020.Makmal juga telah mengenal pasti beberapa titik permulaan yang penting, di mana Malaysia mempunyai kelebihan dari segidaya saing dan berupaya menjadi antara pengusaha terbesar dunia.Ia bermula dengan pembebasan sektor perubatan,pendidikan serta perkhidmatan perniagaan. Kesemua ini akan menyaksikan had-had terhadap hak milik dan tenaga pekerjaasing di Malaysia dimansuhkan secara beransur-ansur.Ini akan melengkapkan lagi peningkatan mutu barangan keluaran Malaysia di mana tumpuannya adalah terhad terhadapperkhidmatan dan keluaran di mana Malaysia mempunyai kelebihan daya saing dan berkeupayaan menjadi pengeluarterbesar dunia. Tanggal Januari 2012,Akta persaingan akan mula berkuat kuasa sekali gus menggalakkan peningkatanpersaingan, pelaburan asing serta merancakkan lagi pasaran semasa. Ia juga direka bagi melindungi para peniaga darisebarang amalan tidak sihat dan salah guna kuasa.6. Merangsang Keupayaan Membina
  • 6. Melalui SRI ini, daya usaha untuk membangunkan PKS Bumiputera akan dimajukan, sekali gus meningkatkan tahappendapatan dan merangsang isi-rumah Malaysia yang berpendapatan rendah bagi menyumbang kepada pembangunanekonomi. Telah ada juga rancangan dibawah NKRA bagi isi-rumah Berpendapatan Rendah, Pendidikan dan infrastruktur AsasLuar Bandar, bagi meningkatkan isi rumah berpendapatan rendah.TERAJU telah dicipta bagi menerajui, menyelaras serta memacu penglibatan ekonomi Bumiputera dan menguatkan agendapembangunannya. Unit ini bertujuan membolehkan Kaum Bumiputera mengambil peluang serta kesempatan meraihkeuntungan dari pembangunan ekonomi.Program PKS Berprestasi Tinggi (High performing Bumiputera SME, atau HPBS) bagi memupuk generasi baru pengusahaBumiputera bertaraf dunia di sepanjang 12 NKEA, akan dilancarkan oleh TERAJU tidak lama lagi.PKS-PKS ini perlu membesar meningkatkan tahap pembangunan mereka serta bersaing di pasaran terbuka tanpamengharapkan belas Ehsan Kerajaan yang keterlaluan. Program ini akan mempunyai skim “tenggelam timbul” yang lebihtegas bagi memacu prestasi dan sifat berdikari.Sumber: PEMANDUSATU LAGI TERAS UTAMA ETP DIPERKENALKANKerajaan mengumumkan enam Inisiatif Pembaharuan Strategik (SRI) sebagai satu lagi teras utama Program TransformasiEkonomi (ETP) bagi meningkatkan daya saing negara pada peringkat antarabangsa serta memastikan kesejahteraan hiduprakyat makin terjamin.Inisiatif berkenaan akan memacu Malaysia ke arah meningkatkan pendapatan negara, memperbanyak peluang pelaburanswasta, mentransformasi tempat dan tenaga kerja di Malaysia untuk ekonomi berpendapatan tinggi, menyediakan sistempenyampaian perkhidmatan awam berkualiti tinggi serta memperbaiki standard kehidupan rakyat berpendapatan rendahtanpa mengira bangsa.Enam Inisiatif Pembaharuan Strategik (SRI)1) Kewangan AwamDatuk Seri Najib Razak sendiri menerajui SRI ini yang dibantu Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni HanadzlahRasionalisasi insentif cukai korporatMeningkatkan asa cukaiKawalan perbelanjaanPermerolehan telusPerakaunan terakru2) Peranan Kerajaan Dalam PerniagaanDiterajui oleh Datuk Seri Najib Tun Razak yang dibantu Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni HanadzlahMembentuk peranan KerajaanRancangan pengurusanPegangan dalam GLCTadbir urus syarikat milik negara3) Pembangunan Modal Insan
  • 7. Diterajui oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bersama Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr SSubramaniamPemodenan undang-undang buruhGaji minimumJaringan keselamatan pekerjaAnalisis pasaran tenaga kerjaMemanfaatkan tenaga kerja wanitaMengukuhkan pengurusan sumber manusiaNaik taraf kemahiran pekerja4) Penyampaian Perkhidmatan AwamDiketuai oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek HassanKerajaan sebagai pemudah caraPerkhidmatan awam berprestasi tinggi5) Standard Antarabangsa dan LiberalisasiDiterajui Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Menteri Perdagangan DalamNegeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri DrMaximus OngkiliLiberalisasi perkhidmatanStandardAkta persaingan 20106) Merapatkan Jurang Ketidaksamaan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) BumiputeraDiterajui Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, bersama Unit Peneraju Agenda Bumiputera(TERAJU).Menaik taraf isi rumah berpendapatan rendahPKS Bumiputera Berprestasi Tinggi (HPBS)Menerusi enam SRI terperinci itu, Perdana Menteri berkata, rangka transformasi ekonomi negara kini lengkap dan kerajaanakan meneruskan tumpuan kepada usaha menjana pertumbuhan ekonomi, diiringi pembaharuan dasar yang membolehkanMalaysia bersaing lebih kukuh serta mantap dalam persada antarabangsa.Malah, petunjuk prestasi utama (KPI) beliau dan menteri lain berkaitan sudah diselaraskan bersesuaian SRI berlandaskanpenyampaian serta jangka masa jelas, di mana mereka komited untuk melaksanakan pembaharuan berkenaan.Enam SRI itu merangkumi semua 51 langkah dasar diketengahkan Majlis Penasihat Ekonomi Negara (NEAC) dalam BahagianAkhir Model Baru Ekonomi (MBE) yang saya terima pada Disember tahun 2010.Sumber: Berita HarianArtikel dimasukkan pada 6 Julai 2011Wilayah Ekonomi Koridor Utara (Northern Corridor Economic Region) atau NCER Malaysia merupakan kawasan pembangunan ekonomi dan sos
  • 8. negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan utara Perak. Ia diperkenalkan sejak Rancangan Malaysia ke-9 (2006-2010) pada Januari 2007 bagi me Ekonomi Koridor Utara (NCER). Koridor Utara dirasmikan pada 30 Julai 2007 oleh Perdana Menteri Malaysia, Badawi. Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) memerlukan pelaburan sebanyak RM177 bilion dalam tempoh 2007 - 2025. 1/3 pelaburan daripada kerajaan, 2/3 pelaburan swasta dan inisiatif pembiayaan swasta (PFI). Peruntukan awal daripada kerajaan sebanyak RM5 bilion. Penduduk dijangka berjumlah 4.29 juta orang dalam tempoh lebih 20 tahun.Ucapan pada 30/03/10Berikut adalah teks ucapan pembentangan Model Ekonomi Baru (MEB) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pada PersidanganInvest Malaysia 2010 di Kuala Lumpur.PENGENALAN1. Terima kasih di atas pengenalan tersebut. Saya amat berbesar hati berada di sini pada hari ini. Pemimpin perniagaan dan pelabur adalahpenting untuk menentukan kesejahteraan ekonomi Malaysia – dan juga masyarakat. Saya ingin mengucapkan terima kasih atas usaha,sumbangan dan penglibatan anda dalam beberapa perbincangan penting yang akan berlangsung sepanjang beberapa hari yang akandatang.2. ‘Menerajui Kecemerlangan Global’ tema bagi Invest Malaysia 2010, adalah berpadanan dengan persekitaran Bursa Malaysia yangberpandangan jauh serta aspirasi yang dikongsi bersama bagi negara dan perniagaan. Ia juga bertepatan dengan apa yang ingin sayakatakan pada hari ini. Dalam tahun baru, konteks baru, dan dunia yang semakin pulih dari kemelesetan, kita perlu fokus terhadap:· Pemulihan yang mapan dan kukuh dalam jangka masa pendek dan sederhana;· Meningkatkan daya saing Malaysia;· Merancakkan pelaburan dan pertumbuhan swasta;· Meletakkan negara ke arah mencapai tahap berpendapatan tinggi;· Membina ekonomi yang inovatif; dan· Transformasi nekad dan perubahan ekonomi untuk memodenkan model ekonomi demi masa hadapan.3. Dua belas bulan yang lalu, agenda tersebut mungkin idealistik. Suasana ekonomi sangat berbeza ketika kita berhimpun di sini padatahun lepas. Pada masa itu, dunia berada dalam kemelut kemelesetan ekonomi global yang pertama. Lebih 20 juta pekerjaan telah hilang.Sumber kekayaan bertrilion dolar terus hilang. Ekonomi di seluruh dunia mengalami penguncupan Keluaran Dalam Negara Kasar(KDNK). Pengeluaran industri dan pelaburan modal jatuh mendadak.4. Kita mengalu-alukan ketibaan tahun 2010. Namun, sementara Malaysia masih merasai kesan kemelesetan ini, saya percaya kita telahmengharungi rintangan dan mencapai kemajuan dalam menongkah arus. Kita enggan menjadi pemerhati pasif semasa kemelesetan inimelanda rantau Asia, justeru kita telah bertindak dengan tegas dan pantas.5. Kita telah menyuntik RM67 bilion rangsangan fiskal, dan berjaya mengimbangi pelaburan negara yang dikehendaki dan perbelanjaanberhemat yang diperlukan untuk mengurangkan defisit bajet. Kita telah memperkenalkan rangkuman insentif dan inisiatif liberalisasisektor perkhidmatan yang membuka peluang kepada pelaburan yang berkualiti tinggi dalam sektor utama ekonomi negara.6. Kini, kita sedang menyaksikan hasil langkah-langkah tersebut. KDNK bagi suku keempat 2009 mencatatkan pertumbuhan 4.5 peratus,lebih tinggi daripada yang dijangkakan. Pakej-pakej rangsangan menjana ratusan projek infrastruktur penghasilan kerja. Eksport kembalipulih, dan pengaliran semula pelaburan asing yang berkualiti ke Malaysia. Defisit fiskal dijangka mengecil dari 7.0 peratus kepada 5.6peratus pada tahun 2010. Indeks pengeluaran industri kembali kukuh dengan pertumbuhan 12.7 peratus pada Januari 2010. Jumlah eksportmeningkat 37 peratus kepada RM52 bilion dan import bertambah 31 peratus kepada RM40 bilion.7. Aktiviti sektor swasta yang positif juga amat menggalakkan. Coca-cola telah mengumumkan pelaburan bernilai 1 bilion ringgit yangmampu menjana 2,000 hingga 3,000 pekerjaan di Malaysia. IPO Maxis yang bernilai beberapa bilion ringgit merupakan yang terbesar di
  • 9. Asia Tenggara dan ini mencerminkan visi keusahawanan yang biasa saya lihat dalam setiap syarikat tempatan. JCY Berhad jugamerupakan satu contoh kebanggaan aktiviti sektor swasta, di mana ia bermula sebagai syarikat yang kecil dan kini, menghasilkan 25peratus daripada pengeluaran pemacu cakera keras dunia. Melangkah ke hadapan, pegangan Kerajaan dalam pasaran akan dikurangkan,modal akan dijana, inovasi akan dipupuk dan kekayaan akan dihasilkan bagi memberi kemudahan untuk mengembangkan lagi ekonomiMalaysia.8. Ekonomi global masih belum pulih sepenuhnya daripada kejutan kemelesetan sejak dua tahun lepas. Negara kita juga tidak terkecualidaripada menerima impak tersebut. Sungguhpun demikian, ekonomi Malaysia kini berada dalam landasan pemulihan yang kukuh.Keputusan yang diambil oleh Kerajaan dan visi sektor swasta yang dinamik telah membantu mewujudkan asas untuk pembangunanekonomi Malaysia ke tahap seterusnya.Tuan-tuan dan puan-puan,CABARAN YANG DIHADAPI9. Walaupun begitu, perjalanan kita masih jauh. Sebagai Kerajaan – dan Perdana Menteri – aspirasi kita untuk Malaysia dan rakyatMalaysia, adalah lebih jauh dan bukan sekadar membimbing negara ke arah pemulihan ekonomi. Justeru, segala usaha yang dilaksanakansejak beberapa tahun lepas akan sia-sia sekiranya kita kembali ke status asal. Saya tidak boleh menerima keadaan ini. Saya berjanji: kitaakan bekerja tanpa mengenal penat lelah untuk membangun serta melaksanakan pembaharuan ekonomi yang diperlukan oleh negara untukterus berkembang, untuk perniagaan berjaya dan yang paling utama untuk kemakmuran rakyat.10. Ekonomi dunia – sebelum dan khususnya sejak krisis kewangan, telah mengalami perubahan yang ketara. Polisi sebelum ini yangmemacu pertumbuhan tinggi dan membantu mengurangkan kemiskinan tegar, tidak lagi memadai untuk meningkatkan tahap pendapatandan mewujudkan ekonomi berpendapatan tinggi yang kita ingini. Kita tidak boleh hanya bergantung sepenuhnya kepada modal baru untukmenjana pertumbuhan. Sebaliknya, kita harus menggunakan modal ini secara lebih efektif untuk meningkatkan produktiviti, merangsanginovasi dan meningkatkan kemahiran tenaga kerja. Jika kita tidak bertindak pantas untuk mengenal pasti halangan dan bertindak balassecara efektif terhadap perubahan persekitaran ekonomi, kita akan menghadapi risiko kehilangan daya saing.11. Kita tidak boleh lagi bergantung hanya pada beberapa sektor ekonomi untuk memacu pertumbuhan. Kita perlu mempelbagai danmemberi insentif kepada industri strategik yang baru di mana negara kita mempunyai kepakaran, kekuatan dan potensi untuk lebihberjaya. Selaras dengan perkembangan ini, kita juga harus memberi pertimbangan kepada manfaat yang boleh diperoleh daripadakompetensi tenaga kerja Malaysia yang berada di dalam dan di luar negara. Mereka – dengan sokongan bakat asing yang sesuai – mampumenyumbangkan kecerdasan minda, modal intelektual dan kemahiran untuk membantu merealisasikan matlamat kita dengan lebihbermakna. Saya menjemput kesemua rakyat Malaysia yang telah meninggalkan tanah air ini untuk kembali semula dan bersama-samamengembleng tenaga dalam proses transformasi ini untuk mencapai potensi Malaysia yang sepenuhnya.12. Sistem pendidikan kita perlu dikaji semula secara berterusan dan ditambah baik untuk melahirkan tenaga kerja masa depan, dengankomitmen kepada program berasaskan merit. Ini akan mendorong kecemerlangan dan memupuk graduan berbakat yang cemerlang darisegi pemikiran kreatif dan strategik serta kemahiran keusahawanan dan kepimpinan yang akan memacu kejayaan pada dekad mendatang.13. Kita memerlukan kerajaan yang dapat membantu untuk memperkukuh sektor swasta. Ini bermakna, membentuk semula danmemperkasa sektor awam untuk menjadi lebih responsif dan bertanggungjawab kepada keperluan sektor swasta dan perniagaan.14. Kita juga telah mengenalpasti beberapa polisi yang telah berjaya mencapai tujuannya pada era sebelum ini, namun kini mungkinmenjadi penghalang kepada kejayaan, merencat pasaran dan meletakkan kita dalam kedudukan yang kurang berdaya saing. Sebagaicontoh, kerajaan sedang berunding untuk mengubah struktur polisi fiskal yang akan menaksir semula sistem subsidi yang wujud diMalaysia dan meluaskan punca kutipan hasil melalui cadangan pengenalan cukai barangan dan perkhidmatan. Langkah ini akan membawaMalaysia sejajar dengan keadaan norma antarabangsa dan mengurangkan kebergantungan terhadap industri, perniagaan dan pembayarcukai. Ini adalah penting untuk membolehkan kita terus maju ke hadapan bersama sebagai satu negara, di samping meningkat danmengukuh program jaringan keselamatan untuk menyokong kebajikan rakyat Malaysia yang mudah terjejas.15. Secara keseluruhan, kekurangan ini menjelaskan keadaan pelaburan swasta Malaysia yang masih belum pulih ke paras sebelum krisiskewangan Asia. Dan sebagaimana yang anda tahu, ini boleh memberi ancaman pada usaha kita untuk menjadikan negara sebagai destinasipelaburan asing dan tempatan.16. Menangani isu-isu ini bukan sahaja perlu mempunyai visi yang jelas dan polisi yang betul tetapi ia juga memerlukan iltizam politikyang jitu, pelaksanaan yang efektif dan sokongan rakyat yang sepadu. Adakah kita mempunyai semangat dan keberanian untuk keluar dariperangkap ekonomi berpendapatan sederhana? Saya percaya kita perlu mencapai persetujuan bersama mengenai isu ini. Memandangkanpertumbuhan ekonomi semakin pulih, sesetengah pihak mempersoalkan keperluan untuk segera mengubah tabiat lama. Kini, terdapatseruan untuk melindungi status sedia ada. Kita jangan mudah terpedaya. Kita memerlukan cara baru untuk bertindak. Dengan pemulihanekonomi, kita mesti bertindak segera untuk memperkukuhkan kedudukan Malaysia di masa hadapan. Dan ini merupakan pilihan yangperlu kita hadapi. Untuk keluar daripada perangkap pendapatan sederhana iaitu satu kedudukan yang merbahaya kepada mana-mananegara dalam ekonomi global baru; atau untuk terus kekal dengan apa yang kita tahu dan kita selesa serta terus berharap agar dunia
  • 10. beradaptasi dengan kita. Pilihan kita dan tugasan Kerajaan adalah untuk terus menerajui polisi-polisi ekonomi yang berjaya dalam industriberpengetahuan masa hadapan, dengan pekerjaan bergaji tinggi dan kemakmuran yang boleh dikongsi bersama.Tuan-tuan dan puan-puan,LAPORAN NEAC17. Pada hari ini, kita akan mengambil satu langkah penting dalam perjalanan tersebut. Teras utama agenda polisi jangka-panjangmerupakan model ekonomi baru – yang akan disepadukan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 dengan visi jangka masa yang lebih panjangyang akan dilaksanakan melalui Rancangan Malaysia Ke-11. Ini akan mengubah ekonomi Malaysia menjadi satu ekonomi yangberpendapatan tinggi dan mempunyai pertumbuhan berkualiti dalam abad yang mendatang.18. Model Ekonomi Baru (MEB) merupakan tunjang penting kepada Malaysia yang sedang dibentuk, struktur yang akan berkhidmatkepada masyarakat kita pada masa akan datang. Sebagai metafora, fikirkan sebuah rumah yang disinari mentari Malaysia. Kitamemerlukan bumbung – falsafah yang merangkumi kesemua bahagian binaan ini. Dalam situasi ini, 1Malaysia merupakan bumbungtempat kita sama berteduh. Program Transformasi Kerajaan (GTP) – satu program penyampaian dalam enam Bidang Keberhasilan Utama– merupakan satu tiang asas kepada rumah ini. Tiang asas kedua ialah Pelan Transformasi Ekonomi yang akan membangunkan MEB. Danlantainya, asas di mana kesemua rakyat Malaysia terus bergerak ke hadapan adalah Rancangan Malaysia Ke-10 dan Ke-11.19. Selepas beberapa bulan saya menjadi Perdana Menteri, saya telah menubuhkan Majlis Penasihat Ekonomi Negara (NEAC) yangmerupakan satu badan bebas yang ditugaskan untuk mengkaji ekonomi negara secara terperinci. Saya meminta majlis ini memberikancadangan berani tetapi praktikal untuk melaksanakan model ekonomi baru bagi mengubah ekonomi Malaysia. Dan saya dengan inimengumumkan bahawa saya telah menerima laporan NEAC ini.20. Laporan ini secara telusnya menyatakan keadaan ekonomi masa kini, kekuatan dan kelemahan – serta menilai polisi semasa danbidang berpotensi untuk dijadikan tumpuan pada masa akan datang bagi Malaysia. Ia merupakan analisis yang komprehensif danberpandangan jauh. Saya mengambil peluang ini mengucapkan terima kasih kepada pengerusi NEAC, Senator Tan Sri Amirsham A Aziz,ahli jawatankuasa NEAC dan pasukan Sekretariat. Hasil kerja dan khidmat yang diberikan kepada negara bukan sahaja layak menerimapengiktirafan tetapi juga penghargaan kita.21. Pada hari ini, saya dan anggota kabinet – bersama-sama ahli jawatankuasa NEAC – akan memulakan pertimbangan terperincimengenai cara untuk kita maju ke hadapan, terutamanya dalam kita beralih dari laporan ini kepada pelan tindakan masa depan. Namun, iabukan merupakan cara lama debat politik. MEB mempunyai implikasi yang meluas untuk semua rakyat Malaysia dan kita tidak mampuuntuk mengabaikan pandangan mereka mengenai perkara ini. Seperti mana pelabur, Kerajaan juga menitikberatkan ketelusan yang tinggi.Sama ada dalam bajet mahupun GTP, di mana ribuan penduduk awam terlibat dalam proses ini, saya telah mengarahkan laporan iniditerbitkan dan mudah dicapai oleh masyarakat umum. Dengan ini kita dapat mengumpulkan input dan memberi peluang untuk merekaterlibat sama dalam proses membuat keputusan bagi bulan yang mendatang. Hanya melalui konsultasi bersama Rakyat dan semua pihaklain yang berkepentingan, maka kita akan mampu mencapai perancangan yang kukuh, meyakinkan dan efektif dalam melaksanakan MEB.22. Saya telah menekankan dalam pelbagai majlis sebelum ini bahawa era ‘Kerajaan tahu segalanya’ telah berakhir. Rakyat – dangolongan-golongan seperti pemimpin perniagaan dan pelabur – ingin serta layak untuk melibatkan diri dalam proses pembuatan polisi.Kita perlu membangunkan pendekatan yang lebih konsultatif dalam melibatkan pihak berkepentingan paling utama. Hanya melalui prosestersebut, kita boleh meluaskan pandangan, mencabar pemikiran sedia ada dan membantu membina ketelusan dan keterbukaan semua kearah yang betul. Inilah hala tuju yang akan kita ambil. Rakyat didahulukan.Tuan-tuan dan puan-puan,PRINSIP MEB23. Seterusnya, saya ingin menetapkan tiga prinsip yang saya percaya akan menjadi penunjuk kepada pemikiran negara dan pembangunanMEB. Saya mahu – seperti mana yang digariskan oleh Tan Sri Amirsham – untuk kita semua membayangkan kesan MEB pada masa akandatang dan makna MEB terhadap diri kita dari segi individu dan perniagaan.24. Tiga prinsip yang jelas terhasil daripada laporan NEAC – pertama, berpendapatan tinggi, kedua, kemapanan dan ketiga,keterangkuman (inclusive). Ketiga-tiga prinsip ini akan memacu kemajuan ekonomi untuk kita menjadi sebuah negara yang membangunsepenuhnya; meletakkan kedudukan negara yang berdaya saing secara strategik di dalam ekonomi serantau dan global, persekitaran yangmapan dan kualiti kehidupan secara menyeluruh.25. Kita perlu bertanya pada diri sendiri akan soalan asas ini: Adakah MEB ini menjana pekerjaan berpendapatan tinggi di mana Rakyatmendapat manfaat daripada ekonomi yang berdaya saing dan cara hidup yang lebih baik? Inilah intipati (raison d’être) bagi MEB. Kitamahu melihat Malaysia melakukan lonjakan kuantum daripada pendapatan tahunan per kapita sebanyak AS$7,000 kepada AS$15,000dalam tempoh 10 tahun seperti yang dinyatakan dalam Laporan NEAC. MEB hendaklah dibina dari sini. Ia bukanlah suatu tugas yangmudah, tapi ia menjanjikan pulangan yang lumayan jika kita mampu melakukan transformasi ini. Cabaran kita adalah bagaimana untuk
  • 11. melakukannya. Ini bermaksud, membangunkan sektor sedia ada dan memaksimumkan potensi sektor baru melalui inovasi.26. Mewujudkan negara yang berpendapatan tinggi bermakna upah pekerja yang lebih tinggi bagi keseluruhan ekonomi disebabkanpertumbuhan bukan sahaja daripada modal, tetapi juga daripada produktiviti yang tinggi melalui penggunaan kemahiran dan inovasi,koordinasi yang diperbaiki, penjenamaan yang kukuh dan mematuhi piawaian antarabangsa dan hak harta intelektual. Ekonomi yangberasaskan pengetahuan, pelaburan dalam teknologi baru, kemahiran yang pelbagai, innovasi dan kreativiti, serta peningkatan kompetensiadalah pemacu kepada prestasi sektor awam dan swasta. Kita mengharapkan pelaburan dan persaingan untuk bakat terbaik melaluipembayaran upah yang tinggi. Malah, pekerja kolar biru juga akan diberi upah berdasarkan peningkatan kompetensi yang mereka miliki,dengan prestasi mereka akan diukur berdasarkan tanda aras pesaing antarabangsa. Semakin banyak kemahiran, akan datangtanggungjawab yang lebih besar dan pekerjaan yang lebih baik serta berpendapatan tinggi.27. Antara penemuan lain, laporan NEAC turut memberi penekanan bahawa sehingga hari ini seramai 80 peratus daripada populasi tenagakerja mempunyai taraf pendidikan sehingga kelayakan SPM yang setaraf dengan O-levels. Perkara ini tidak sejajar dengan ekonomiberpendapatan tinggi yang kita aspirasikan. Kita perlu pendidikan yang berterusan, latihan kerja praktikal dan latihan semula kemahiranbagi memanfaatkan sepenuhnya teknologi baru. Dan dengan membangunkan tenaga kerja berkemahiran tinggi di mana produktiviti dandaya saing memacu pertumbuhan, kos menjalankan perniagaan akan sentiasa berdaya saing berikutan penggunaan modal yang lebihefisien serta memberi penekanan terhadap pekerja yang berkualiti. Ini bermakna, pengurangan kebergantungan terhadap tenaga buruhasing yang tidak berkemahiran, dan lebih penumpuan kepada pekerja pelbagai kemahiran yang boleh meningkatkan produktiviti.Perubahan ini juga memerlukan Kerajaan untuk turut meningkatkan kualiti dan produktiviti para pekerjanya. Saya percaya kita telahmemulakan usaha melalui GTP, yang mana antaranya akan meningkatkan infrastruktur negara serta memperbaiki akses kepadapendidikan yang berkualiti.28. Kedua, MEB mesti bertunjangkan komitmen terhadap penjanaan pertumbuhan yang mapan, bukan sahaja dari sudut prestasi ekonominegara kita, bahkan perlu mengambilkira kesan pembangunan ekonomi ke atas persekitaran dan sumber asli yang tidak ternilai. Tidak adamaknanya kita terlalu mengejar masa depan dengan kekayaan yang melimpah-ruah, sekiranya sumber alam dan nilai masyarakat terhakisyang bakal dihadapi oleh generasi akan datang. Pilihan ini adalah tidak wajar dan amat sia-sia sekali. Kita boleh memiliki pendekatanekonomi yang mantap dan dinamik, tetapi ianya mesti berupaya memelihara negara kita yang dicintai demi generasi akan datang.Pertumbuhan ekonomi yang tinggi dan mapan hendaklah selari dengan pemuliharaan alam sekitar. Seperti yang telah saya nyatakansebelum ini semasa penubuhan NEAC, pencapaian berasaskan kekayaan semata-mata belum memadai dengan apa yang saya hasratkan.Bukan sahaja saya mahukan rakyat memperoleh pendapatan yang lebih tinggi, tetapi juga mereka turut menikmati kehidupan yang lebihsempurna. Meningkatkan kualiti hidup mestilah menjadi sebahagian daripada adunan MEB.29. Akhir sekali, adakah MEB melibatkan keterangkuman? Kita perlu mengambil kira penggembelingan potensi keseluruhan rakyatMalaysia, dan sama-sama menikmati hasil kemakmuran negara yang semakin berkembang.30. Keterangkuman atau penyertaan menyeluruh merupakan pra-syarat utama bagi memupuk semangat kekitaan dan pemuafakatan didalam MEB. Saya mengambil kesempatan ini, untuk menyentuh isu penyertaan menyeluruh MEB di mana tidak ada seorang pun yangterpinggir dalam menyumbang dan mengecapi hasil penjanaan kekayaan seiring dengan kemajuan negara. Walaupun dari segi realitinya,adalah mustahil untuk kita mencapai kesaksamaan yang sempurna dalam ekonomi global dan terbuka, masyarakat yang berteraskanpenyertaan bersama mampu memastikan yang kita boleh mengurangkan jurang ketidaksamaan, mampu membantu mereka yang palingmemerlukan, dan melibatkan penyertaan semua rakyat Malaysia yang berkebolehan dalam usaha melahirkan tenaga kerja yang berdayasaing.31. Dalam mengubah pendekatan dengan mengambilkira cabaran-cabaran baru ini, ia memerlukan kita untuk mengubah pemikiran rakyatkita. Dalam jangka masa pendek, tentu akan ada tentangan yang hebat. Sebahagian sektor ekonomi mungkin terjejas. Proses pembaharuantidaklah mudah dan tentunya akan mengalami kesukaran. Namun, bagi membina kekuatan jangka panjang negara, kita tidak bolehberterusan membelakangi isu ini. Jika kita benar-benar mahu menyelesaikan isu ketidaksamarataan dan menjadi contoh di rantau ini, kitaperlu bertindak segera untuk melakukan perubahan.Tuan-tuan dan puan-puan,TINDAKAN AFIRMATIF SEBAHAGIAN DARIPADA PENYERTAAN MENYELURUH32. Dasar Ekonomi Baru dengan tindakan afirmatif telah berjaya dilaksanakan selama 40 tahun yang lalu, mengimbangkan strategipertumbuhan ekonomi negara kita dengan keperluan menangani ketidaksamarataan struktur ekonomi dan memupuk keharmonian sosial.Kadar kemisikinan berjaya dikurangkan dengan ketara kepada 3.7 peratus pada masa ini. Kita seharusnya berbangga dengan pencapaiantersebut. Kejayaan ini menjadi contoh kepada negara-negara berbilang kaum lain yang ingin diikuti. Namun begitu, bilangan isirumahberpendapatan rendah masih lagi banyak di Malaysia. Kerajaan kini berhadapan dengan masalah abad ke-21 yang memerlukanpendekatan baru untuk menyelesaikannya.33. Laporan NEAC menggariskan pendekatan untuk menangani kemiskinan dan juga memperbaharui polisi afirmatif dalam konteksekonomi baru dan lebih berdaya saing. Ini akan menjadi sebahagian daripada proses konsultasi awam. Sungguhpun demikian, Kerajaan
  • 12. berpendapat ianya mempunyai kewajaran untuk pertimbangan dan saya ingin menggariskan parameter yang lebih menyeluruh.34. Keutamaan kita adalah untuk membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum. Kita tidak akan mencapai ekonomi berpendapatan tinggi,mapan dan yang melibatkan penyertaan menyeluruh tanpa menangani masalah jurang pendapatan.35. Justeru, adalah perlu kita memperbaharui polisi afirmatif terhadap MEB yang akan memberi tumpuan kepada usaha meningkatkantahap pendapatan semua golongan yang kurang bernasib baik. Ia akan memberi fokus terhadap keperluan seluruh rakyat – mereka yangtinggal di rumah panjang di Sabah dan Sarawak serta golongan miskin luar bandar di Semenanjung Malaysia yang seringkali tersisihdaripada aktiviti ekonomi negara. Golongan nelayan, peniaga kecil dan petani juga tergolong dalam kategori ini. Begitu juga Orang Aslidan penduduk bandar yang berpendapatan rendah yang bekerja keras untuk menyara kehidupan dalam keadaan ekonomi yang sukar.Sehubungan ini, laporan NEAC mencadangkan supaya fokus diberikan terhadap kumpulan 40 peratus strata pendapatan terendah diMalaysia – dari segi individu dan wilayah. Merekalah merupakan golongan yang kurang bernasib baik yang masih memerlukan perhatiankhusus.36. Matlamat akhirnya, tiada rakyat Malaysia yang hidup dalam kemiskinan, semuanya mendapat peluang saksama untuk berjaya danberkongsi kemakmuran negara. Sementara terdapat di kalangan mereka masih bergelut dalam keadaan sukar dengan berpendapatan yangrendah, kita akan sentiasa memberikan sokongan khas untuk membantu mereka keluar daripada perangkap kemiskinan.37. Sejak berdekad lamanya, DEB telah menjadi kayu pengukur pencapaian utama masyarakat kita, satu polisi yang saya sokong danterima sepenuhnya. Objektif asalnya masih lagi relevan, namun, sudah tiba masanya untuk kita menilai kembali pelaksanaan DEB. Kitaakan mensasarkan pencapaian matlamat yang sama tetapi dengan mengubah cara kita melaksanakannya. Oleh itu, dasar afirmatif yangdiperbaharui akan dilaksana berdasarkan empat prinsip, ia perlu:- mesra pasaran;- berdasarkan merit;- telus; dan- berdasarkan keperluan.38. Sebagai contoh, salah satu pertimbangan penting adalah mewujudkan proses tender yang kompetitif dan telus, dengan peraturan yangtetap dan jelas bagi seluruh komuniti Bumiputera yang terdiri daripada kedua-dua kaum Melayu dan pribumi lain. Ini merupakanpemantapan dasar kita bagi menghadapi keadaan ekonomi baru, di mana keterangkuman merupakan komponen penting di dalam MEB.Secara praktiknya, pendekatan ini bermakna sokongan kepada Bumiputera dipertingkatkan, di mana ia berdasarkan kepada keperluan danbukannya bangsa. Golongan Bumiputera masih merupakan majoriti dalam kumpulan yang mudah terjejas, walaupun dalam pelbagaipendekatan, sementara pendekatan baru kita akan membantu mereka yang terdiri daripada kumpulan berpendapatan rendah. Pendekatanini sebahagian besarnya masih lagi akan memanfaatkan komuniti Bumiputera dan pada masa yang sama, memberi manfaat kepadakomuniti lain yang kurang bernasib baik.39. Dalam menilai pencapaiannya, pengagihan yang adil hendaklah merangkumi keseluruhan spektrum pengukuran kekayaan sepertipemilikan ekuiti, aset kewangan dan bukan kewangan lain serta akses kepada peluang menjana kekayaan seperti konsesi jangka panjangdan kontrak. Malahan dari segi pengukuran pemilikan, ia perlu melangkauiaspekekuiti termasuk harta benda lain, aset perniagaan sepertiperuncitan, harta tanah, bangunan komersial, harta intelek dan perkhidmatan lain serta perjawatan dalam pengurusan. Satu contoh yangbaik ialah pembangunan semula Kampung Baru, yang merupakan peluang penjanaan kekayaan secara holistik yang mendalam danmelangkaui pemilikan ekuiti. Saya telah mengarahkan NEAC untuk menyediakan satu rangka kerja yang terperinci untuk melaksanakanmodel afirmatif baru yang berdasarkan mekanisme yang telus dan berasaskan pasaran untuk mencapai pengagihan yang saksama, manfaatdaripada ekonomi berpendapatan tinggi.40. Laporan NEAC menggariskan pandangan bahawa mekanisme sebelum ini yang menumpukan pada penetapan sasaran, kini perlumemberi fokus kepada pelaburan binaupaya yang berdedikasi dan berstruktur di mana ia membolehkan Bumiputera meraih manfaatdaripada peluang-peluang baru dalam ekonomi. Selanjutnya, akses dan peluang latihan yang lebih saksama bagi meningkatkan kemahirandan keupayaan untuk mendapat pekerjaan akan diberi keutamaan kepada semua rakyat Malaysia.41. Pendekatan ini dibina berasaskan pengalaman kita dalam melaksanakan tindakan afirmatif selama ini. Apabila dasar ini dilaksanakandengan telus, adil dan dengan kaedah yang lebih berwibawa, ia akan menjurus kepada pencapaian yang lebih baik. Akan tetapi, setelahsekian lama, pelaksanaan tindakan afirmatif tidak menepati golongan sasaran yang amat memerlukan. Terdapat persepsi yangmenggambarkan bahawa bukan Bumiputera tidak mendapat manfaat daripadanya sehingga kini, walaupun fakta dan data menunjukkansebaliknya. Justeru, kita perlu menukar persepsi ini dengan prinsip baru tindakan afirmatif yang telah dinyatakan sebelum ini. Kita tidakboleh lagi bertolak-ansur dengan amalan yang menyokong aktiviti rent-seeking dan patronage, yang telah sekian lama menjejaskanmatlamat murni DEB. Penyertaan menyeluruh diperlukan, di mana semua rakyat Malaysia dapat menyumbang dan mengambil manfaatdaripada pertumbuhan ekonomi – perlu menjadi teras utama bagi sebarang pendekatan ekonomi baru.
  • 13. 42. Ini adalah prinsip yang ingin saya lihat sebagai panduan dalam fasa konsultasi seterusnya. Bolehkah kita membina model baru yangberlandaskan ekonomi berpendapatan tinggi, mapan dan penyertaan menyeluruh di mana kita semua dapat menikmati kemakmuran? Sayapercaya kita semakin menghampiri sasarannya. Saya percaya terdapat sokongan padu yang menyeluruh daripada rakyat Malaysia. Dansaya juga percaya – dengan kepintaran dan kreativiti rakyat Malaysia dan golongan peniaga dan usahawan Malaysia – kita boleh dan akanmerealisasikan aspirasi ekonomi nasional tersebut.Tuan-tuan dan puan-puan,DARIPADA PRINSIP KEPADA SEBUAH PELAN43. Persoalannya adalah bagaimana kita dapat menuju ke sana? Usaha Kerajaan dan NEAC masih belum selesai dengan pembentanganlaporan awal ini. Pendekatan ini mempunyai dua peringkat. Kini, kita perlu memastikan konsultasi yang menyeluruh dan mantap dankemudiannya, membangunkan rangka kerja (blueprint) atau pelan halatuju pelaksanaan MEB yang terperinci serta perubahan ekonomiyang akan dilaksanakan. Umpamanya, kumpulan kerja seperti lab yang menerajui pembangunan GTP di bawah NKRA akan diadakan,yang disertai oleh sektor awam dan swasta bagi memacu strategi MEB, yang akan membawa kepada laporan kedua pelan hala tuju yanglebih terperinci. Malah, kita akan membangunkan Program Transformasi Ekonomi bagi melaksanakan MEB ini.44. Bagi merealisasikan transformasi ini, NEAC telah menggariskan beberapa inisiatif pembaharuan yang strategik.45. Lapan Inisiatif Pembaharuan Strategik akan bertumpu kepada:- Menyuburkan kembali sektor swasta untuk menerajui pertumbuhan ekonomi;- Membangun tenaga kerja yang berkualiti dan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing;- Mewujudkan ekonomi domestik yang berdaya saing;- Memperkukuhkan sektor awam;- Melaksanakan tindakan afirmatif yang telus dan mesra pasaran;- Membina infrastruktur yang berasaskan pengetahuan;- Meningkatkan sumber pertumbuhan ; dan- Memastikan pertumbuhan yang mapan.46. Kesemua lapan inisiatif ini adalah saling melengkapi dan kesannya merentasi semua sektor ekonomi. Ketiga-tiga matlamat MEBmemerlukan kita mencapai pertumbuhan KDNK yang lebih tinggi untuk dekad yang seterusnya. Oleh yang demikian, dasar-dasar yangperlu kita laksanakan mesti menyentuh isu-isu asas, bagi memastikan momentum pertumbuhan dapat dipercepatkan melalui pendekatanyang holistik untuk menghapuskan semua halangan. Matlamat ini memberi penekanan kepada binaupaya dan bukanlah hanyapembangunan negara semata-mata, sebagai langkah mencapai pembangunan mapan.47. Sebagai tambahan kepada laporan NEAC, suka saya mencadangkan supaya usaha ditumpukan secara efektif ke atas sektor utama yangspesifik, atau yang dikenali sebagai Aktiviti Utama Ekonomi Nasional (NKEAs). Ini adalah bidang di mana ekonomi negara mempunyaipotensi untuk terus maju ke arah ekonomi berpendapatan tinggi. Pada masa lalu, Kerajaan lebih memainkan peranan paternalistic dalammencadang dan mempromosi sumber pertumbuhan baru yang sepatutnya diterajui oleh sektor swasta. Sememangnya kita perlu memberipanduan, tetapi kita berpendapat pihak Kerajaan tidak sepatutnya membuat keputusan pelaburan untuk sektor swasta.48. Berdasarkan pendekatan baru NEAC yang menyatakan bahawa sektor swasta perlu memacu pertumbuhan, Kerajaan mestilahmeningkatkan peranannya sebagai fasilitator kepada pihak industri untuk berkembang maju. Majoriti inisiatif yang telah diwujudkanadalah berkaitan dengan semua faktor yang penting dalam memperbaiki hala tuju ekonomi – untuk menghapuskan pengherotan pasarandan halangan yang menggugat ekonomi kita daripada terus bergerak ke arah rantaian nilai lebih tinggi serta menggalakkan persaingansihat. Pelaksanaan dasar ini merupakan pra-syarat untuk kita memanfaatkan sumber pertumbuhan baru. Selagi halangan-halangan iniwujud, peluang pembangunan dalam semua sektor tidak akan tercapai.49. NEAC dengan mengambil kira input daripada sektor swasta telah mengenal pasti sektor utama yang boleh menjadi peneraju dalammenjana pertumbuhan tinggi – sektor yang mana negara kita mempunyai daya saing dan berkemahiran tinggi, mempunyai peluang untukmenggunakan pengkhususan dan yang telah memperoleh kelebihan sebagai pelopor (first mover advantage) serta kelebihan berbandingtradisional (traditional comparative advantages). Banyak lagi yang perlu kita lakukan, namun bagi meraih peluang yang ada sepenuhnya,kita perlu memberi fokus ke atas sektor-sektor utama ini.
  • 14. Tuan-tuan dan puan-puan,50. Selaras dengan proses GTP dan NKRAs, saya komited untuk mengadakan proses konsultasi yang menyeluruh dengan semua pihakberkepentingan, dan memastikan NKEAs akan dipilih berdasarkan kriteria kepentingan negara. NEAC akan bekerja bersama-sama denganPEMANDU bagi membangunkan NKEAs. Mereka akan mengadakan konsultasi dengan rakyat dan semua pihak berkepentingan lain.Apabila RMKe-10 diumumkan bersama dengan NKEAs, sebuah Unit Penyampaian Ekonomi khas akan ditubuhkan untuk menerajuiproses perubahan serta memuktamad dan melaksanakan NKEAs tersebut. Masih terdapat banyak lagi kerja yang perlu dilakukan untukmengenal pasti strategi kejayaan yang perlu dilaksanakan di samping NKEAs yang perlu diberikan fokus. Namun, sebagai penunjuk awal,sukacita saya memberikan beberapa contoh mengenai kemungkinan-kemungkinan yang boleh kita jangkakan:51. Dalam sektor elektrik dan elektronik (E&E), Malaysia boleh memanfaatkan sepenuhnya kelebihan sebagai peneraju awal.Berbekalkan asas yang kukuh, masa hadapan Malaysia dalam sektor ini perlu ditekankan bukan sahaja dalam pembuatan tetapi dalampenyelidikan, pembangunan serta rekaan, di mana syarikat Malaysia memacu inovasi dan bukan hanya mengimportnya. Antara langkahyang perlu dipertimbangkan adalah pemberian insentif bagi aktiviti penyelidikan yang bernilai tinggi dan menyokong PKS yang menjadipembekal kepada syarikat-syarikat besar dalam skala yang besar.52. Industri berasaskan sumber dalam sektor minyak sawit serta minyak dan gas akan terus diberi penekanan. Dalam sektor minyak sawit,inisiatif bagi pengukuhan penyelidikan akan memacu teknologi tempatan yang dapat memenuhi permintaan pasaran, seperti minyak danlemak yang sihat, biofuel daripada biomas, kosmetik dan plastik biodegradable.53. Dalam sektor minyak dan gas, kita mempunyai juara seperti Petronas. Ia telah membina sebuah jenama yang sangat kukuh diperingkat antarabangsa dan saya percaya, kini ia perlu membantu untuk memacu pertumbuhan negara dengan memberi sokongan yanglebih lagi kepada pembekal tempatan. Walau bagaimanapun, melangkaui sektor teras minyak dan gas, kepakaran tenaga Malaysia diperingkat antarabangsa mampu membantu syarikat-syarikat untuk berkembang di peringkat antarabangsa dengan berkongsi pengetahuan,bekerjasama dalam pembidaan antarabangsa dan memberi sokongan pada skala global. Dengan mempunyai bakat tempatan yangberkemahiran tinggi serta syarikat yang mampu bersaing di peringkat global akan memberi Malaysia satu kelebihan yang nyata.54. Dalam sektor perkhidmatan, potensi sektor pelancongan masih belum dieksploitasi sepenuhnya. Masih banyak lagi yang bolehdilakukan untuk menarik pasaran baru dari Eropah dan Amerika untuk melengkapkan pasaran dari United Kingdom dan Asia. Kitamempunyai antara hutan yang tertua di dunia yang kaya dengan flora dan fauna serta kawasan menyelam dasar laut yang amat menarik.Malaysia mampu menerajui dalam menyediakan pengembaraan ekopelancongan yang lestari, mempunyai permintaan yang amat tinggi dikalangan negara maju. Kita perlu mensasarkan matlamat untuk menyediakan perkhidmatan yang akan menarik high-end tourists, yangingin mendapatkan perkhidmatan eksklusif dan bernilai tinggi. Kita juga perlu kreatif dalam menyediakan bidang baru dalam industri ini.Daripada pelancongan kesihatan, iaitu sektor yang mempunyai potensi pertumbuhan yang tinggi, kepada ekopelancongan, pelanconganpasaran mewah serta pelawat yang berkaitan dengan pembangunan negara sebagai hab pendidikan serantau. Masa depan industripelancongan Malaysia adalah cerah sekiranya kita mempunyai visi dan kreativiti bagi menyokong potensi pertumbuhannya yang luas danpelbagai.55. Sebagai sebuah negara yang turut mengeluarkan hasil pertanian serta bergantung kepada import makanan, terdapat keperluan strategikbagi memberi fokus kepada peluasan sektor pertanian yang bernilai tinggi. Masih terdapat potensi untuk mewujudkan nilai melaluipembangunan pertanian berskala besar, kaedah pengeluaran hasil yang tinggi, teknologi baru, rangkaian pemasaran yang lebih baik yangakan meningkatkan pengeluaran dan pendapatan. Kita mesti menggalakkan perniagaan agro melalui amalan pertanian yang bersepadu danmoden. Memandangkan masyarakat bumiputera di kawasan luar adalah besar di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, peningkatanaktiviti pertanian moden secara intensif akan menyumbang kepada pendapatan yang lebih tinggi dan mengurangkan jurang pendapatan.Seterusnya, untuk bersaing di peringkat global, kita perlu memastikan sektor pertanian Malaysia, daripada peringkat penanamansehinggalah pemprosesan, mematuhi atau melepasi standard dan amalan terbaik antarabangsa, serta memasarkan produk pada skalaantarabangsa.56. Malaysia juga berpotensi untuk menjadi peneraju dalam bidang teknologi hijau dan membangunkan niche dalam industri danperkhidmatan hijau bernilai tinggi. Kita mempunyai kepakaran dalam bidang pembuatan kompleks, dan merupakan peneraju dalam sektorsolar dan tenaga alternatif serantau. Dengan kejayaan terkini dalam pengkomersialan produk bio-diversity, yang semakin mendapat tempatdi kalangan pengguna yang peka dengan alam sekitar, Malaysia mampu menjadi hab hijau yang menyeluruh dalam bidang perniagaan –merangkumi aktiviti penyelidikan, rekaan, pembuatan dan pengkomersialan, kita mempunyai kemahiran dan sokongan sektor awam.57. Terdapat pelbagai bidang yang boleh diterokai untuk meluaskan punca pertumbuhan. Ingin saya memberi contoh yang lain – industriperkhidmatan kewangan, yang merupakan sektor pertumbuhan serta pemudah cara kepada pertumbuhan sektor-sektor lain. Potensipembangunannya boleh dilihat dalam perkhidmatan kewangan Islam, serta dalam derivatif pengurusan risiko oleh peserta tempatan danserantau. Kini, Malaysia merupakan peneraju perbankan dan pasaran modal Islam serta industri takaful di dunia. Kita juga berpotensiuntuk menjadi hab perkhidmatan kewangan Islam yang bersepadu. Umpamanya, Bank Negara Malaysia kini dalam prosesmemuktamadkan penubuhan pusat kewangan Islam dan kelulusan dua lesen bank Islam mega.58. Persaingan kini bukan lagi di antara negara tetapi juga bandaraya. Bagi Malaysia melonjak ke arah sebuah ekonomi berpendapatantinggi, kita mesti meraih pulangan lumayan dengan pelaksanaan strategi untuk membina densiti, pembangunan kluster dan pengkhususandalam sektor bernilai tinggi. Menyedari peranan ini, bandaraya seperti Kuala Lumpur dan Johor Bahru perlu dibangunkan supaya lebih
  • 15. sesuai didiami dan mampu menarik bakat serta menjadi sebahagian daripada perancangan bandar-luar bandar yang lebih komprehensifdan bersepadu. Kita mesti membangunkan kluster yang lebih kukuh dan berperanan sebagai inkubator untuk syarikat baru, memastikanperkongsian perkhidmatan dan membangunkan lebih banyak perniagaan serta jalinan universiti. Bukti menunjukkan, pembangunanbandaraya membantu meningkatkan pendapatan penduduk kawasan sekitar luar bandar, terutamanya apabila mereka diintegrasikan kedalam jaringan rantaian penawaran.59. Terdapat banyak lagi sektor pertumbuhan strategik, di mana Malaysia berpotensi untuk berkembang. Kita mempunyai kekuatan didalam industri IT. Industri kreatif – kepakaran kita dalam muzik, filem, kesenian dan budaya – boleh menjadi sektor yang penting untukMalaysia pada masa hadapan. Dengan asas yang kukuh dalam kepakaran di bidang perubatan, saintifik dan pembuatan, kita boleh menjadipusat serantau untuk sektor bioteknologi dan sains hayat yang berkembang pesat.60. Oleh yang demikian, saya menyeru agar syarikat, pelabur dan usahawan Malaysia untuk merebut peluang yang ada serta menjadi juaraserantau malah di peringkat global. Kita perlu mewujudkan polisi intervensi bersama untuk menjadikan ini satu realiti. Syarikat yangmenunjukkan inovasi dan berpandangan jauh dalam membentuk dan mencergaskan semula aktiviti mereka akan mempunyai prospekcerah untuk menjadi peneraju dunia pada masa hadapan.Tuan-tuan dan puan-puan,KERJASAMA AWAM-SWASTA61. Sekiranya Malaysia ingin mencapai matlamatnya, kita harus membina hubungan strategik, kuat dan teguh serta dipacu pasaranberasaskan permintaan yang menghubungkan sektor pertumbuhan kepada MEB. Saya telah menyentuh beberapa strategi yang sayapercaya kita perlu, termasuk pemodenan sistem pendidikan ke arah melahirkan tenaga kerja bertaraf dunia; pembaharuan fiskal berhematyang membawa lebih banyak keseimbangan kepada rangka kerja hasil dan perbelanjaan; serta langkah mesra pasaran yang berkesan bagimemastikan seluruh rakyat Malaysia mendapat manfaat daripada pendekatan baru ini.62. Namun begitu, asas kepada semua strategi ini ialah kefahaman yang baru dan jelas mengenai peranan perniagaan dan Kerajaan. Padamasa yang sama, Kerajaan hanya bertindak sebagai pemangkin dalam mencapai kekayaan. Kita berperanan untuk memastikan kestabilan,keterbukaan dan kesaksamaan dalam persekitaran selamat yang menggalakkan, dan tidak menggugat atau menghalang pertumbuhan.Persaingan harus digalakkan bagi mewujudkan pasaran yang dinamik serta efisien dan sekiranya perlu, sokongan daripada sektor awamakan diberikan. Dalam tempoh 18 bulan yang lalu, kita telah melihat dengan jelas keperluan, di mana Kerajaan harus berwaspada di dalammenjamin kestabilan ekonomi apabila berlaku kegagalan pasaran.63. Saya mendapati di dalam dewan ini beberapa bakat sektor swasta adalah antara yang terbaik di dunia. Anda adalah peneraju kepadapenciptaan kekayaan dan pertumbuhan. Kita akan melindungi kepentingan ekonomi dan seluruh rakyat Malaysia secara aktif, tetapi kitajuga mahukan kepakaran dan pelaburan daripada sektor swasta untuk terus berkembang. Sekali lagi, untuk berjaya dalam konteksekonomi yang berbeza, kita perlu melihat untuk melaksanakan sesuatu dengan cara berlainan.64. Satu daripada perubahan ini ialah dengan menggunakan pendekatan baru yang meluaskan peranan pasaran modal di bawah MEB.Malaysia tidak akan berjaya, meskipun dalam sektor utama kita, sekiranya kita kekal di takuk lama. Pencetus pertumbuhan membawamaksud memupuk inovasi, berani mengambil risiko dan kreatif dalam pembangunan produk atau perkhidmatan baru.65. Sehubungan itu, bagi memudahkan pelaksanaan MEB, menyokong inovasi sektor swasta dan merangsang pembiayaan dalamperkhidmatan yang berisiko tinggi serta sektor berasaskan pengetahuan yang penting untuk masa depan Malaysia, saya ingin melihatpeluasan peranan pasaran modal, berkembang daripada model pemerolehan dana kepada model berasaskan kecairan dan kepelbagaianrisiko bagi menggalakkan usahawan dan pelabur untuk menjadi sebahagian daripada masa hadapan ekonomi Malaysia yang cerah.66. Pembangunan dalam pasaran modal akan terus diperkukuh di dalam Pelan Induk Pasaran Modal Kedua yang pada masa ini sedangdirangka oleh Suruhanjaya Sekuriti. Saya juga melihat kerancakan industri pasaran modal seperti sektor pengurusan dana, modal terokadan ekuiti swasta sebagai penentu penting dalam usaha kita untuk mencapai ekonomi berpendapatan dan berkemahiran tinggi bagi masahadapan.67. Sehubungan itu, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada masa ini menguasai pasaran ekuiti dan bon tempatan sehingga 50peratus daripada volum harian Bursa yang diwakili oleh perdagangan berkaitan KWSP, yang mana situasi ini tidak sihat untuk pasaranmahupun KWSP. Pada hari ini, saya mengumumkan bahawa KWSP dibenarkan untuk melabur lebih banyak aset di luar negara, dan inimembolehkan KWSP mempelbagaikan portfolio dan memberikan lebih banyak ruang domestik untuk penyertaan baru. Pada masa ini,KWSP mempunyai 6 peratus aset pelaburan luar pesisir pantai dan jumlah ini akan meningkat secara ketara. KWSP juga akanmeningkatkan pelaburan langsung di dalam ekonomi benar Malaysia, sebagai alternatif kepada pasaran pelaburan seperti penglibatandalam sektor penjagaan kesihatan, komoditi, harta tanah dan pelaburan jangka masa panjang yang lain dengan memenuhi keperluanKWSP untuk melindungi nilai pulangan benar ke atas asetnya.68. Dari segi institusi, Lembaga Kemajuan Industri Malaysia (MIDA) merupakan agensi utama Kerajaan yang bertanggungjawab untukmempromosi serta memudahkan pelaburan dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan di Malaysia. MIDA memainkan peranan penting di
  • 16. dalam transformasi negara di bawah pelbagai fasa pembangunan industri sepanjang tempoh empat dekad yang lalu. MIDA juga telahmuncul sebagai institusi yang diiktiraf di kalangan pelabur asing dan domestik. Walau bagaimanapun, masanya telah tiba untuk membuatperubahan drastik bagi menjadikan MIDA sebuah agensi promosi pelaburan yang lebih efektif.69. Saya dengan ini mengumumkan bahawa MIDA akan dikorporatkan untuk memberikannya lebih fleksibiliti untuk menarik danmengekalkan tenaga kerja serta bakat yang diperlukan untuk menjadi sebuah agensi promosi pelaburan yang berdaya saing di peringkatantarabangsa. Kerajaan juga telah bersetuju untuk memperkasa MIDA dengan kuasa yang diperlukan untuk berunding secara terus denganpelabur untuk projek yang disasarkan. Selain itu, MIDA akan dilantik sebagai agensi pusat promosi pelaburan untuk sektor pembuatandan perkhidmatan, kecuali perkhidmatan utiliti dan kewangan, bagi meningkatkan koordinasi dan kepaduan antara pelbagai badanpromosi pelaburan di negara ini. Perubahan ini akan membolehkan MIDA untuk meluluskan insentif secara real time dan bertindakdengan lebih pantas untuk menjalin hubungan yang lebih efektif dengan pelabur. Oleh itu, MIDA akan dinamakan sebagai LembagaPembangunan Pelaburan Malaysia dengan mengekalkan akronim, MIDA, yang merupakan satu jenama yang telah terkenal.70. Sebagai tambahan kepada pembaharuan penting institusi, saya percaya, kita juga hendaklah memastikan keseimbangan yang wajarantara Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLCs) dan sektor swasta di dalam ekonomi sebagai sebahagian daripada MEB. Sebelumkrisis kewangan Asia, sumbangan sektor swasta kepada KDNK jelas mengatasi sumbangan sektor awam. Sebaliknya, dalam dekadpertama alaf baru ini, keadaan ini telah berubah. Suntikan fiskal yang bermula sebagai kitaran keperluan telah menjadi satu pergantungandan mewujudkan keadaan yang tidak mapan.71. Saya telah menyentuh beberapa prinsip utama yang akan menjadi asas kepada penentukuran (recalibration) hubungan sektor awam-swasta; transformasi Kerajaan untuk mengurangkan birokrasi dan memfokus kepada penciptaan persekitaran penggerak pertumbuhan;galakan dan insentif untuk merangsang inovasi dan produktiviti sektor swasta; fokus terhadap sektor berasaskan pengetahuan strategikuntuk pertumbuhan jangka panjang; dan juga pengiktirafan terhadap kepentingan untuk merebut peluang di peringkat pasaran serantaudan global yang akan membantu pertumbuhan ekonomi negara.Tuan-tuan dan puan-puan,72. Dalam majlis yang sama tahun lalu, saya telah menggariskan strategi untuk melihat GLCs bagi melepaskan pegangan aset bukan teras;memangkin dan membangunkan ekosistem sektor teras mereka; dan bersaing secara adil dengan sektor swasta. Mengenai prinsip ketiga,saya telah mengumumkan bahawa syarikat pelaburan berkaitan Kerajaan dibenarkan untuk melepaskan pegangan aset bukan terasdan/atau aset yang tidak kompetitif.73. Hari ini saya ingin mengumumkan beberapa langkah lanjut yang dapat meningkatkan peluang sektor swasta di samping mengeratkanperhubungan di antara sektor awam dan swasta.74. Melangkah ke hadapan, saya ingin melihat GLCs dan agensi milik Kerajaan menjalin kerjasama strategik dengan sumber modalswasta di Malaysia dalam membantu bakal pelabur supaya lebih maklum mengenai order book Kerajaan dan membina kompetensinasional. Kerjasama ini adalah penting, bukan sahaja ke arah meningkatkan strategi peluasan serantau (regionalisation) syarikat-syarikatMalaysia mengambil kira saiz pasaran domestik, malahan untuk memastikan sumber modal tersedia dan boleh digunakan dengan segera.Di samping itu, peluang untuk mewujudkan usaha sama dengan pelabur dari pelbagai bidang termasuklah pelabur runcit, dan dana mutualtempatan dan luar negara kekal terbuka. Sekiranya ini berjaya dilaksanakan dalam skala yang besar, kerjasama ini dapat menjadipemangkin kepada satu bentuk kerjasama awam-swasta yang unik. Kita sudah mempunyai beberapa inisiatif menuju ke arah ini.Contohnya termasuk penswastaan Astro dan kerjasama di antara Malakoff dan Tenaga Nasional di dalam projek utiliti di Arab Saudi.75. Kita sudah menunjukkan perkembangan di dalam bidang pelupusan aset bukan teras dan dalam masa sembilan bulan yang lepas,Khazanah telah melepaskan pegangan yang ketara dalam Tenaga Nasional, Malaysia Airports dan PLUS dengan tujuan untukmeningkatkan kecairan saham ini. Namun demikian, lebih banyak perkembangan di sektor ini perlu dilakukan.76. Kita akan melupuskan aset bukan teras dan aset tidak kompetitif dalam bidang di mana pemegang saham strategik yang barumempunyai potensi untuk meningkatkan pewujudan nilai, berbanding sekiranya mereka terus berada di dalam pegangan Kerajaan. Sudahtentu, kita perlu memastikan pelupusan ini melepasi penilaian yang ketat demi kepentingan awam.77. Proses telus akan dilaksanakan bagi memastikan pembida yang berpotensi daripada sektor swasta memenuhi kriteria minimum,termasuklah dari segi kedudukan kewangan, rekod di dalam pengembangan perniagaan dan kecemerlangan pengurusan, serta tawaranmereka untuk membantu pembangunan Bumiputera dan menjayakan gagasan 1Malaysia. Pembida hendaklah menunjukkan penyampaianyang melebihi tanda aras inovasi dan penciptaan nilai, serta menyokong matlamat MEB iaitu berpendapatan tinggi, keterangkuman dankemampanan. Bagi membangunkan proses ini, saya mencadangkan satu panel penilai yang terdiri daripada ahli kewangan profesional,pakar industri antarabangsa dan pegawai kanan Kerajaan dilantik untuk menilai bidaan sektor swasta bagi aset-aset GLCs.78. Memandangkan betapa pentingnya prestasi sektor awam dan swasta perlu ditingkatkan, kita perlulah berwaspada bagi memastikanpindahan aset GLCs kepada sektor swasta tidak mengabaikan matlamat pembaharuan dan penyampaian sektor awam atau pelupusan asetyang menjejaskan kepentingan awam. Dalam masa yang tertentu, ini termasuklah mengekalkan pengurusan utama dan mengelakkanpemberhentian pekerja secara tanpa rela. Pada masa yang sama, saya sedar akan kepentingan untuk mengkaji semula tarif dan insentif
  • 17. sedia ada yang disediakan kepada GLCs jika kita ingin menarik pelaburan swasta dan, untuk itu, saya mencadangkan sebarang kajiansemula berkaitan hal ini dibawa ke Kabinet.79. Dengan garis panduan dan prinsip strategik yang jelas, saya yakin momentum perjalanan transformasi GLCs akan dapat terusdikekalkan, dan saya mengumumkan bahawa Khazanah telah memutuskan untuk melupuskan 32 peratus pegangan dalam Pos Malaysiamelalui dua peringkat proses pelupusan strategik. Di peringkat pertama yang bermula serta-merta, kaedah urus tadbir korporat dan kawalseliaan yang sesuai akan dipatuhi. Perbincangan menyeluruh dengan pelbagai pihak berkepentingan akan dilaksanakan. Pos Malaysia akanmembuat persediaan untuk pelupusan strategik dengan mengambil kira pelbagai aspek persekitaran perniagaannya termasuk strukturkawal seliaan, penggunaan tanah Kerajaan dan kedudukan serta kebajikan pekerja. Isu berlanjutan mengenai pendapatan rendahsebilangan staf termasuk posmen juga akan dikaji semula. Bagi memastikan kepentingan kedua-dua sektor awam dan komersial adalahseimbang, Kerajaan akan melaksanakan kajian terperinci dan mengemaskini rangka kawal selia sistem pos. Di peringkat kedua, Khazanahakan menggariskan proses bidaan dan penilaian untuk memilih pemegang saham baru dengan tahap keusahawanan yang tinggi bagimemodenkan Pos Malaysia. Maklumat lanjut berkaitan hal ini akan diumumkan.80. Bagi mempromosikan pelaburan ekonomi ke tahap yang lebih tinggi, beberapa lot tanah di Jalan Stonor, Jalan Ampang, Jalan Lidcol,Kuala Lumpur, telah dikenal pasti untuk ditender dan dibangunkan oleh sektor swasta. Aset ini, jika tidak dibangunkan, adalah satupembaziran dan meningkatkan kos penyelenggaraan kepada Kerajaan. Inisiatif ini akan menjadi permulaan yang baik untuk lebih banyakpenjualan dan usahasama antara sektor awam dan swasta dalam pembangunan harta tanah. Dalam hal ini, sukacita saya maklumkanKerajaan dan KWSP akan membentuk satu kerjasama bagi membangunkan 3,000 ekar tanah di Sungai Buloh sebagai hab baru bagiLembah Klang. Ini akan membawa kepada pelaburan baru yang melebihi RM5 bilion yang akan memberikan kesan segera kepadapertumbuhan ekonomi domestik, dengan potensi yang besar kepada sektor swasta untuk turut sama terlibat dengan lebih aktif.81. Saya juga ingin berkongsi dengan anda sekarang, bahawa Kerajaan secara beransur-ansur akan mengurangkan peranannya dalamaktiviti-aktiviti persaingan secara langsung dengan sektor swasta. Kita telah menyemak semula beberapa buah syarikat di bawahKementerian Kewangan Diperbadankan dan agensi-agensi lain, dan saya ingin memaklumkan, kita sedang mempertimbangkan langkah-langkah penswastaan untuk Percetakan Nasional Malaysia Berhad, CTRM Aero Composites Sdn Bhd, Nine Bio Sdn Bhd dan Innobio SdnBhd serta beberapa lagi syarikat dalam pertimbangan.82. Selain itu, Petronas telah pun mengenal pasti dua subsidiari yang mempunyai prestasi baik akan disenaraikan pada tahun ini. Matlamatinisiatif ini adalah untuk mengurangkan penglibatan Kerajaan sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam aktiviti perniagaanyang akan menjadi lebih cekap sekiranya dijalankan oleh sektor swasta dan memberi isyarat jelas komitmen menggalakkan persaingandalam ekonomi, mengambil risiko dan merangsang pertumbuhan ekonomi jangka panjang yang akan memberi manfaat kepada semuawarga Malaysia.83. Seperti yang saya tegaskan tadi, kita tidak mampu untuk berpatah balik kepada cara lama. Cabaran yang kita hadapi sekarangmemerlukan kita untuk menilai semula dengan segera cara kita melakukan sesuatu. Institusi, pendekatan dan sistem yang telah berjayasebelum ini mungkin perlu diubahsuai mengikut perubahan landskap global.84. Pengumuman yang dibuat pada hari ini, mengenai pelupusan baru, usaha sama sektor awam dan swasta, serta pembaharuan mengenaiproses Kerajaan untuk menjana pertumbuhan – mencerminkan komitmen Kerajaan untuk memperbaharui dan menempatkan negara kita,guna tenaga kita, syarikat kita dan generasi masa depan untuk berdepan cabaran ekonomi global yang kompetitif.Tuan-tuan dan puan-puan,PENUTUP85. Pada hari-hari pertama sebagai Perdana Menteri, saya mengatakan bahawa Malaysia mesti bersedia untuk berubah. Kita tiada pilihan,selain daripada bergerak ke hadapan dan menjadi negara berpendapatan tinggi dengan pertumbuhan yang mapan dan menyeluruh.Perubahan ini tentunya menyakitkan dan jalan pintas pastinya menarik. Namun, kita tidak boleh hanya mencari kemenangan mudah. Iapasti perjalanan yang membawa kesukaran masa pendek, tetapi berbaloi dalam mewujudkan masa depan Malaysia yang lebih kukuh. Kitamemerlukan ‘dorongan kuat’ yang mapan dan konsisten supaya perubahan besar hari ini menghasilkan arus momentum yang semakinkuat dan membantu mencapai matlamat kita.86. Maka, ini adalah detik penentuan bagi Malaysia. Sedang kita pulih dari kemelesetan ekonomi, adakah kita akan mempunyai kekuatandan wawasan untuk memburu agenda perubahan yang hebat lagi mencabar, tetapi amat perlu demi masa depan negara kita? Jawapan kitaialah dengan mewujudkan pekerjaan berpendapatan tinggi, memberikan anak-anak kita peluang pendidikan yang terbaik, serta menarikpelaburan berkualiti tinggi, yang akan menjadi tema pendorong perhimpunan penting ini.87. Di persimpangan yang genting ini, di mana kita mengimbangkan sejarah negara dengan masa hadapannya, saya percaya kita adakekuatan untuk mencapai cita-cita Malaysia.88. Namun begitu, ia adalah lebih besar daripada cita-cita ekonomi negara kita. Ini adalah tentang kehidupan yang lebih besar peluangnyauntuk generasi masa hadapan. Ini adalah tentang membuka mata keluarga berpendapatan rendah untuk membantu mereka keluar dari
  • 18. kemelut kemiskinan. Ini adalah tentang lapisan masyarakat kita di mana setiap daripada kita mempunyai peluang dan tanggungjawab. Iamengenai meletakkan Malaysia di barisan hadapan ekonomi berpendapatan tinggi supaya kita dapat berdiri sama tinggi dengan negaramaju lain. Saya yakin – dengan sokongan anda – bahawasanya kita akan memilih jalan yang betul, bergerak ke hadapan dan bukannyamundur, dan membina Malaysia yang lebih saksama, kukuh dan dinamik untuk dekad yang mendatang. Saya menyeru anda bergandingbahu dengan saya dalam perjalanan bersejarah ini untuk membina kemakmuran dan masa depan baru demi 1Malaysia. Sebanyak RM230 bilion diperuntukkan bagi perbelanjaan pembangunan di bawah RMK10Intipati Rancangan Malaysia ke-10Rancangan Malaysia ke-10 dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat, pada 10 Jun2010, yang bertemakan "Rancangan Kemakmuran Ekonomi dan Keadilan Sosial".RMK10 memperuntukkan sejumlah RM290 bilion, yang dibahagikan mengikut nisbah 60/40 untuk pembangunan fizikal danbukan fizikal.RMK10 (2011-2015) amat kritikal bagi meneruskan kesinambungan prakarsa nasional ke arah merialisasikan Wawasan 2020menjadi sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi.Fakta-fakta penting RMKe-10- memperuntukkan RM230 bilion bagi perbelanjaan pembangunan bagi tempoh lima tahun tersebut.- daripada jumlah itu, 55 peratus diagihkan kepada sektor ekonomi, 30 peratus kepada sektor sosial, 10 peratus kepada sektorkeselamatan dan lima peratus untuk pentadbiran am.- RMKe-10 merupakan satu daripada empat tiang utama di bawah pentadbiran Datuk Sei Najib Tun Razak. Tiga lagi tiangtonggak itu ialah:Gagasan 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan,Program Transformasi Kerajaan (GTP)Model Baru Ekonomi (MBE).
  • 19. 10 Premis Utama RMKe-10Pertama: Memacu ekonomi domestik dengan kepekaan persekitaran luar negara.Kedua: Memanfaatkan dan menuas faktor kepelbagaian etnik sebagai satu elemen kejayaan di arena antarabangsa.Ketiga: Mentransformasikan negara ke arah pendapatan tinggi menerusi pengkhususan.Keempat: Menjayakan pertumbuhan diterajui oleh produktiviti dan inovasi.Kelima: Memupuk, menarik dan mengekalkan modal insan unggul.Keenam: Memastikan peluang yang saksama dan melindungo golongan mudah terjejas.Ketujuh: Pertumbuhan bertumpu, pembangunan inklusifKelapan: Menyokong perkongsian pintar yang efektifKesembilan: Menghargai khazanah alam sekitarKesepuluh: Kerajaan umpama syarikat berdaya saing.5 TERAS STRATEGIK Pertama RMK10:Pertama: Menggubah falsafah dan pendekatan kerajaan ke arah mentransformasikan Malaysia dengan metodologi NKRA.Kedua: Mewujudkan persekitaran kondusif bagi menggerakkan pertumbuhan ekonomi.Ketiga: Menuju ke arah pembangunan sosioekonomi secara inklusif.Keempat: Membangun dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia.Kelima: Mewujudkan persekitaran kondusif ke arah mempertingkatkan kualiti hidup.5 inisiatif strategik memperkasakan agenda pembangunan Bumiputera:Pertama: Meningkatkan pemilihan ekuiti Bumiputera melalui penginstitusianKedua: Mempertingkatkan pemilikan hartanah BumiputeraKetiga: Menambah baik program pembangunan kemahiran dan keusahawanan serta pembiayaan melalui pelbagai agensipembangunan BumiputeraKeempat: Membangunkan guna tenaga profesioanal Bumiputera secara lebih tuntas.Kelima: Menubuhkan satu majlis peringkat tertinggi untuk merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan agendapembangunan Bumiputera.Sumber : mstar.com.my, malaysiakini.com, bernama.com
  • 20. NKRA MAJUKAN LUAR BANDARTiga aspek utama yang akan ditekankan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dalam melaksanakan BidangKeberhasilan Utama Kerajaan (NKRA) terutama dalam memajukan kawasan di luar bandar.Tiga bidang utama yang akan diberi penekanan adalah meningkatkan pendapatan pekebun kecil, merancakkanpembangunan usahawan dan mengutamakan pembangunan Orang Asli.Bilangan jumlah penduduk luar bandar tahun ini dijangka berkurangan berbanding pada 20 tahun lalu sekali gusmenyebabkan pergantungan tinggi kepada tenaga pekerja asing. Berlakunya pengecilan pola penduduk setiap tahun dinegara kita dan dengan ini menyebabkan pergantungan tinggi terhadap pekerja asing.Pengurangan penduduk di luar bandar disebabkan proses migrasi ke bandar terutama golongan belia. Proses migrasi inidisebabkan oleh faktor industrialisasi pesat di negara ini. Banyak industri- industri seperti sektor perkilangan dan perusahaanyang pesat membangun pada masa sekarang. Ekoran daripada migrasi ini, ladang-ladang terpaksa diusahakan oleh tenagaasing.Ini merupakan cabaran kepada ekonomi Malaysia dalam meningkatkan produktiviti. Ini kerana kerja-kerja kampung sepertipengusahaan padi dan menoreh getah kebanyakan diusahakan oleh golongan mereka berusia 50 tahun ke atas.Untuk mengatasi masalah ini, kerajaan telah memvariasikan program-program terutama aspek pembangunan dan kemajuandi luar bandar terutama bagi aspek pertumbuhan ekonomi seperti dengan cara mewujudkan pusat latihan kepada kerjatempatan di luar bandar. Dengan cara ini, boleh membantu mempertingkatkan ekonomi negara.Disunting daripada BernamaMALAYSIA FTAMalaysias FTA InvolvementInternational trade is an important contributor to Malaysia s economic growth and development. Malaysia s trade policy is topursue efforts towards creating a more liberalizing and fair global trading environment. While Malaysia continues to accordhigh priority to the rule-based multilateral trading system under the World Trade Organisation (WTO), Malaysia is alsopursuing regional and bilateral trading arrangements to complement the multilateral approach to trade liberalisation.Free Trade Agreements (FTAs) are generally aimed at providing the means to achieve quicker and higher levels ofliberalisation that would create effective market access between the participants of the FTA. Traditionally confined to trade ingoods, with the establishment of the WTO, trade in services has been included in many FTAs.Today, FTAs currently pursued with selected countries are not confined to liberalisation and market opening measures alone.They are comprehensive and include investment, trade facilitation, intellectual property rights (IPR) as well as economiccooperation in areas such as:
  • 21. competition policy;standards and conformity assessment;information and communication technology;science and technology;education and training;research and development;financial cooperation;Small and Medium Enterprises (SMEs) development; andpaperless trading.Malaysia s objectives in negotiating FTAs are to:seek better market access by addressing tariffs and non-tariff measures;further facilitate and promote trade, investment and economic development;enhance the competitiveness of Malaysian exporters; andbuild capacity in specific targeted areas through technical cooperation and collaboration.Malaysia has concluded,signed or implemented four bilateral FTAs with the following countries:Japan;Pakistan;New Zealand; andChileAt the regional level, Malaysia and its ASEAN partners have established the ASEAN Free Trade Area. ASEAN has alsoconcluded FTAs with China, Japan, Korea and India, as well as Australia and New Zealand.Malaysia s Free Trade AgreementsMalaysia-JapanMalaysia-PakistanMalaysia-ChileMalaysia-New Zealand
  • 22. ASEAN-ChinaASEAN-JapanASEAN-KoreaASEAN-IndiaASEAN-Australia and New ZealandFree Trade Agreements under NegotiationMalaysia-TurkeyMalaysia-AustraliaMalaysia-European Union Free Trade Agreement (MEUFTA)Trade Prefential System-Organisation of Islamic Conference(TPS-OIC)Developing Eight (D-8) Preferential Tariff Agreement (PTA)Trans-Pacific Partnership Agreement (TPP)PROGRAM PERUMAHAN 1MALAYSIA (PR1MA) TAWARPINJAMAN SEHINGGA 105 PERATUSPembeli rumah di bawah Program Perumahan 1Malaysia (PR1MA) ditawarkan pinjaman sehingga 105 peratus oleh institusikewangan terpilih dengan tempoh pembayaran balik sehingga 30 tahun selain dikecualikan pembayaran duti setem untukmengurangkan beban mereka.Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, pendekatan itu selaras dengan aspirasi kerajaan memastikan rumah mampumilik bagi golongan berpendapatan sederhana, terutama di bandar dan pinggir bandar, membabitkan isi rumahberpendapatan antara RM2,500 hingga RM5,000 sebulan. Katanya, pinjaman ditawarkan sehingga 105 peratus supaya lebihanlima peratus diguna bagi membiayai kos insurans dan yuran guaman.Pembeli juga boleh mengeluarkan simpanan akaun dua Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi menampungsebahagian bayaran balik pinjaman.Datuk Seri Najib turut mengumumkan penubuhan Perbadanan Program PR1MA, di bawah Pejabat Perdana Menteri, bagimerancang dan menyelaras pembinaan projek itu di seluruh negara selain menentukan pengagihan rumah kepada pemohonyang layak.Akta khas sedang digubal mengenai penubuhannya dan akan dibentang di Parlimen pada sidang akan datang.Projek PR1MA yang dibangunkan menerusi usaha sama kerajaan-swasta ini adalah khusus untuk warga negara Malaysia yang
  • 23. berpendapatan sederhana tetapi tidak lebih daripada RM6,000 sebulan tanpa mengira mereka yang bekerja dengan kerajaan,swasta atau bekerja sendiri.Harga seunit ditetapkan antara RM150,000 hingga RM300,000 mengikut lokasi.Untuk projek fasa pertama di Presint 11, Putrajaya harga seunit bermula daripada RM120,000.Hingga kini sebanyak 20 tapak strategik di Lembah Klang, Selangor dan Negeri Sembilan dikenal pasti bagi pelaksanaanprojek PR1MA, termasuk lapan projek yang dijangka bermula tahun ini dan tahun depan, membabitkan 42,000 unit rumahstrata dan kediaman bertanah.Lokasi terbabit ialah Putrajaya; Cyberjaya; Bandar Tun Razak di Cheras dan Sungai Besi (Kuala Lumpur); Putra Heights diSubang Jaya, Ara Damansara di Petaling, Bandar Bukit Raja di Klang, Elmina East dan Elmina West di Shah Alam, Kota ElminaDi Sungai Buloh, Lagong Mas di Rawang (Selangor) serta Bandar Ainsdale di Seremban dan Seremban Sentral (NegeriSembilan).Tapak pertama projek PR1MA di Presint 11 di sini akan menyediakan 560 unit rumah dengan keluasan antara 815 kaki persegi(kps) hingga 1,006 kps di tapak seluas 1.9 hektar, lengkap dengan kemudahan dewan serba guna, Taska, Tadika, surau dantapak perniagaan serta kedai.Sumber : Berita HarianArtikel dimasukkan pada 5 Julai 2011TIP MEMBELI-BELAH SECARA LESTARI1. Beli barang tempatan. Ini adalah kerana penggunaan api fosil dan pencemaran yang kurang kepada alam sekitar.2. Elak membeli buah-buahan yang diproses (dalam tin)-kerana barangan ini biasanya dibungkus secara berlebihan danmengandungi bahan perisa tambahan seperti garam, gula, pewarna dan perasa tiruan.3. Beli produk yang segar dan ditanam secara organik-tanam organik kurang memberikan kesan kepada alam sekitar.4. Susu dan telur. Beli yang dibungkus dengan pembungkusan yang boleh di kitar semula (karton atau botol kaca) dan teluryang dibungkus menggunakan pembungkusan yang di kitar semula.5. Bijirin- Beli kotak yang dibungkus dengan bahan yang boleh di kitar semula dan bahan yang di kitar semula. Elakkandaripada membeli barangan mini(lebih banyak sisa), beli pembungkusan yang besar dan simpan dalam bekas dengan betul.6. Minuman (air dalam botol, kotak jus dan minuman lain)-ada di antara minuman ini boleh dibuat di rumah. Ia lebih murahdan memberikan impak yang sangat kecil kepada alam sekitar berbanding industri pemprosesan minuman ini.7. Pasta, bijirin, serbuk kari-belilah produk yang diperoleh daripada pertanian lestari menggunakan Amalan Pertanian Baik.Pilihan pengguna dalam barangan ini dapat mewujudkan perubahan yang ketara kerana ianya adalah barangan yangdigunakan oleh kebanyakan rakyat Malaysia.8. Daging-pengurangan penggunaan daging akan mengurangkan sisa penternakan kerana permintaan yang rendah.9. Barang berasaskan kertas-belilah produk yang dibungkus dengan kertas dan juga kertas yang di kitar semula . janganlupa untuk menggunakan kedua-dua belah kertas sebelum di kitar semula.10. Stirofom- elakkan penggunaan sirofom sekali gus. Benze (bahan karsinogen-boleh menyebabkan kanser) merupakanbahan tambahan, ianya tidak boleh di biodegrasi dan boleh berada dalam tapak pelupusan untuk jangka sama yang panjang.11. Bahan pencuci-kebanyakan bahan pencuci adalah sangat toksik dan mengandungi bahan kimia yang berbahaya. Belisatu jenis bahan pencuci yang mempunyai pelbagai fungsi. Jika terdapat bahan pencuci mesra alam atau refill, belilahbarangan ini.12. Bawa beg sendiri-ini akan mengurangkan beg plastik semasa membeli-belahSumber: Harian MetroSISTEM-SISTEM EKONOMI
  • 24. Sistem KapitalisSistem kapitalis merupakan satu sistem ekonomi yang wujud sejak kurun ke-19. Di antara ciri-ciri terpenting sistem ini ialah iamengamalkan dasar pasaran bebas dan pemilikan harta persendirian. Dalam sistem ini, manusia bebas mentadbir danmenggunakan sumber-sumber yang ada tanpa banyak campur tangan daripada kerajaan. Kerajaan tidak mengawal sumberdan tidak juga menetapkan upah dan harga. Ini semua ditentukan oleh permintaan dan penawarnya. Di bawah sistem ini ,individu dan pihak lain termasuk syarikat boleh memiliki harta, menjual dan memindahkannya dengan bebas. Namun begitu,untuk menjamin bahawa sistem ini berjalan lancar dan tidak mempunyai sebarang unsur penindasan dan penipuan di antarapihak pembekal dan pengguna, kerajaan dalam keadaan-keadaan tertentu boleh memainkan peranan dalam pasaran.Biasanya penglibatan ini terhad kepada pengenalan serta pelaksanaan peraturan dan undang-undang bagi menjaminkegiatan ekonomi dapat berjalan dengan teratur. Amerika syarikat adalah di antara contoh negara yang mengamalkan sistemini.Sistem Ekonomi SosialisSistem ini merupakan satu sistem yang mengenakan beberapa sekatan ke atas kuasa pasaran dan pemilikan hartapersendirian. Dalam sistem ini, kerajaan mengawal dan memiliki sumber-sumber keperluan utama seperti bekalan elektrik, air,telekomunikasi, tenaga, industri-industri berat dan sumber-sumber pertanian. Manakala pihak swasta atau persendirian pulahanya di benar mengendalikan dan memiliki perniagaan-perniagaan kecil dan tidak penting. Dengan itu, kerajaan menguasaipasaran dan menjadi peserta utama yang menetapkan upah harga dalam pasaran. Negara-negara yang mengamalkan sistemini adalah negara-negara Eropah Timur, Myanmar, Laos dan beberapa negara di Afrika.Sistem Ekonomi KomunisSistem ini tidak mengiktiraf pemilikan harta persendirian dan mengetepikan langsung dasar pasaran bebas. Segalapentadbiran, pemindahan dan pengagihan sumber semuanya adalah diuruskan oleh kerajaan. Rakyat dan swasta tidakdibenarkan langsung menguasai sumber-sumber negara. Sebaliknya sumber-sumber negara diagihkan kepada rakyatmengikut kehendak kerajaan. Sistem ini telah diamalkan oleh bekas Kesatuan Soviet, Republik Rakyat China, Cuba dansebahagian negara-negara Afrika. Sistem ini telah pun runtuh di beberapa buah negara asta kehendak rakyatnya sendiri.Sistem Ekonomi CampuranSistem ekonomi campuran merupakan satu sistem ekonomi hasil daripada campuran dia atara sistem kapitalis dan sistemsosialis. Melalui sistem ini, kerajaan dan pihak persendirian atau swasta bekerjasama untuk membentuk satu pasaran yanglebih adil. Dasar-dasar kerajaan digubal secara menyeluruh dan merangkumi semua pihak termasuk pihak swasta ataupersendirian. Kerajaan sebagai pentadbir walau bagaimanapun boleh campur tangan dalam pasaran serta urusan ekonomidan kewangan apabila keadaan memerlukan.Hak milik kerajaan dan persendirian akan digembleng untuk kebaikan rakyat. Walaupun kerajaan menjadi pemilik kepadabadan-badan utiliti tertentu tertentu namun pihak swasta atau persendirian juga dibenarkan terlibat dalam kegiatan-kegiatanperniagaan yang besar serta menjadi pemilik kepada industri-industri gergasi yang penting di negara ini bahkan berbagai-bagai insentif diberikan untuk menggerakkan kegiatan sektor swasta. Malaysia adalah di antara negara yang mengamalkan
  • 25. sistem ekonomi campuran.Ekonomi IslamKegiatan ekonomi Islam merupakan satu kewajipan yang penting di dalam Islam. Tuntutan terhadap ekonomi di dalam Islamadalah penting kerana Islam satu cara hidup yang menyatupadukan kehendak-kehendak kebendaan dan rohaniah manusia.Asas-asas ekonomi Islam terkandung di dalam Al-Quran dan juga sunah Rasulullah s.a.w. Daripada sumber-sumber ini,ulamak-ulamak dan ahli-ahli ekonomi Islam telah mengupas beberapa prinsip sistem ekonomi Islam. Prinsip-prinsip utamadirumuskan seperti berikut:1. Konsep Pemilik Di benar Dan Khalifah2. Integrasi Antara Nilai-Nilai Akhlak Dan Kegiatan Ekonomi3. Sikap Positif Terhadap Aktiviti Dan Pembangunan Ekonomi4. Agihan Semula Kekayaan5. Perkongsian Untung (Dan Rugi)Sumber Maklumat: Kefahaman Ekonomi, Mustapha MohamedIMPLIKASI CUKAI, SUBSIDI KEPADA NEGARACukai dan subsidi sering menjadi topik utama dalam perbahasan mengenai ekonomi Malaysia. Kedua-duanya memberi kesankepada sumber kewangan kerajaan dan rakyat secara langsung.Semasa pembentangan Bajet 2010, kerajaan mengumumkan bahawa semua urus niaga penjualan hartanah dikenakan cukailima peratus.Namun, kerajaan sekali lagi mengambil langkah untuk menarik balik cukai tersebut bagi penjualan hartanah yang dimilikimelebihi lima tahun. Selain itu, semua hotel yang menjalankan proses pengubahsuaian akan mendapat potongan cukaisebanyak 60 peratus bagi tempoh lima tahun. Kedua-dua pengumuman ini bakal mengurangkan sumber pendapatankerajaan.Jadi aspek manakah yang lebih penting? Merancakkan sektor hartanah dan sektor pelancongan atau memperolehi sumberpendapatan yang lebih melalui cukai?Inilah satu keputusan yang cukup penting bagi mana-mana kerajaan. Keputusannya mestilah tepat dan pada masa yang samamemberi kesejahteraan kepada rakyat. Jika kerajaan tidak mempunyai sumber yang mencukupi, bagaimana pula kerajaaningin "memulangkan kembali" kepada rakyat?Maka, sekali lagi, kerajaan mengumumkan untuk melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada pertengahantahun 2011.
  • 26. Tahun ini sahaja, dianggarkan kutipan cukai bagi kerajaan berkurangan sebanyak RM2.7 bilion. Apabila GST dilaksanakannanti, kerajaan akan memperolehi pendapatan lebih kurang RM1 bilion.Bagi rakyat, cukai adalah satu perkara yang boleh mengurangkan sumber kewangan mereka. Tetapi rakyat juga perlu ingat,mereka bertanggungjawab untuk membayar cukai, jika tidak sesebuah kerajaan yang gah macam mana sekalipun tidakmampu untuk melaksanakan semua dasar dengan lancar jika "ongkosnya" tidak mencukupi.Bayangkan juga terdapat individu yang tidak mahu membayar cukai. Mereka inilah golongan yang berasakan hasil yangmereka perolehi tidak perlu disumbangkan kembali kepada kerajaan untuk kesejahteraan rakyat. Jadi, sejauh manakah jumlahcukai yang rakyat sanggup bayar?Bagi subsidi, perkara sama juga berlaku. Kerajaan sudah memberi beberapa petanda bahawa subsidi minyak akan diberikankepada golongan sasaran sahaja. Perkara ini amat menarik perhatian rakyat. Pertama, tujuannya agar hanya golongan sasaransahaja yang memperolehi subsidi minyak.Kedua, kerajaan tidak lagi menanggung beban kewangan yang besar termasuk untuk memberi subsidi kepada orang kayadan juga warganegara asing. Namun, seperti biasa dua perkara yang amat dikhuatiri oleh rakyat. Adakah benar golongansasaran sahaja akan memperolehi manfaatnya kerana dikhuatiri berlakunya ketirisan?Ketiga, tidakkah harga barang akan meningkat seperti mana yang pernah berlaku pada tahun lepas, apabila kerajaanmeningkatkan harga minyak pada tahap tertinggi dalam sejarah. Inilah satu lagi dilema yang mana kerajaan perlu membuatkeputusan dengan tepat bagi memastikan segala perancangan dan strategi yang benar-benar berkesan dapat dilaksanakan.Topik subsidi bukan hanya terletak pada subsidi minyak sahaja, subsidi gula juga diperbincangkan sehingga kerajaan sekalilagi mengumumkan bahawa subsidi gula tidak akan ditarik buat masa ini.Bermakna, sumber kewangan kerajaan akan digunakan untuk membayar subsidi tersebut. Akibatnya, projek-projek lain untukrakyat akan terkena tempiasnya.Bagi penulis, tidak kiralah cukai dikenakan dan subsidi ditarik balik, yang pasti, kerajaan perlu berusaha dengan lebih gigihuntuk merealisasikan tiga perkara ini.Pertama, usaha kerajaan untuk meningkatkan pendapatan rakyat pada tahap berpendapatan tinggi merupakan satu inisiatifyang mengutamakan rakyat. Jika rakyat mempunyai pendapatan per kapita cukup tinggi, maka rakyat tidak keberatan untukmembayar cukai dan subsidi yang ditarik.Tetapi pendapatan sahaja tidak mencukupi jika perkara kedua, iaitu harga barangan berada pada tahap yang sentiasameningkat. Ambil sahaja contoh mudah harga barangan sebelum harga minyak naik pada tahap tertinggi tahun lepasberbanding dengan masa sekarang.Ini bermaksud, harga minyak amat memainkan peranan penting dalam menentukan harga barangan dan akhirnya bolehmemberi kesan kepada sumber kewangan rakyat. Maka, keputusan kerajaan untuk memperkenalkan Akta Anti Mengaut
  • 27. Keuntungan Berlebihan merupakan satu lagi usaha yang bakal mengekang harga barangan daripada dimanipulasi olehpeniaga yang tidak bertanggungjawab.Akta ini diperkenalkan seiring dengan GST. Namun, apa yang rakyat inginkan sudah tentu dari segi penguatkuasaan akta inidengan cekap dan berkesan apabila sampai masanya.Apa-apa pun dasar dan pengumuman mengenai cukai dan subsidi mestilah dilaksanakan secara lembut dan berperingkat-peringkat agar rakyat boleh menerimanya. Jika terlalu mengejut dan rakyat sendiri tidak diberi peluang untuk memberimaklum balas, rakyat pastinya berasakan tindakan itu tidak wajar dilaksanakan.Satu cara untuk mendapatkan maklum balas rakyat ialah seperti mengadakan Hari terbuka Pelan Transformasi Kerajaan untukBidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang diadakan baru-baru ini. Satu usaha yang mengembalikan "kuasa" rakyatuntuk memberi maklum balas terhadap sebarang cadangan dan tindakan kerajaan. Perkara ini perlu diteruskan secarakonsisten.Perkara ketiga berkaitan dengan mata wang Malaysia. Bagi menjadikan Malaysia negara maju, mata wang kita jugasewajarnya kukuh dan bernilai tinggi berbanding mata wang negara lain.Ketiga-tiga perkara inilah yang sewajarnya diberi perhatian segera untuk memastikan taraf hidup rakyat berada pada tahapnegara maju. Ketiga-tiga ini berkait langsung dengan kuasa beli rakyat.Jika kuasa beli rakyat Malaysia cukup tinggi, cukai dan subsidi tidaklah begitu menggusarkan kerajaan mahupun rakyatsebagaimana yang terjadi pada masa kini.Penulis ialah Pensyarah Kanan Perakaunan dan Kewangan, Kolej Perniagaan (COB), Universiti Utara MalaysiaSumber:Oleh: Rohami ShafieBerita disunting daripada sumber : UtusanCABARAN EKONOMI DEKAD BARUMALAYSIA memasuki dekad baru bermula tahun Masihi 2010 dan tahun Hijrah 1431 dalam keadaan ekonomi global yangmencabar ekoran tergugatnya sistem kewangan negara maju.Keadaan ini diakibatkan oleh lemahnya sistem tadbir urus dan kawalan sektor bank pelaburan (investment bank) atau apayang disebut sebagai „shadow banking‟, khususnya di Amerika Syarikat (AS). Ia juga disebabkan oleh sifat tamak haloba(greed) dan kurang berhemah (imprudences) di kalangan pihak pengurusan.
  • 28. Akibatnya ekonomi Malaysia dan juga negara-negara lain terjerumus dalam keadaan pertumbuhan negatif pada tahun 2009.Kewibawaan kita untuk mengurus ekonomi negara sekali lagi diduga, selepas pengalaman pahit tahun 1997/1998.Dalam tempoh terdekat ini, ada tiga isu utama yang perlu diberi perhatian oleh pengurusan ekonomi negara. Pertama,keperluan memantapkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kesan daripada kemerosotan ekonomi globaldalam 2009.Kedua, usaha memantapkan kedudukan kewangan awam atau „public finance‟ yang mengalami defisit sejak 1998. Dan ketiga,hasrat untuk merombak beberapa dasar bagi meningkatkan daya saing negara serta membolehkan usaha mencapai modelpertumbuhan berasaskan pendapatan (nilai tambah) yang tinggi.Dalam isu pertama, kita boleh menimba pengalaman dari usaha mengatasi krisis ekonomi bagi tahun 1986 dan kegawatantahun 1997/1998. Pada tahun 1986, negara telah terjejas oleh kejatuhan harga komoditi dan kedudukan kewangan awamyang lemah. Kerajaan telah mengambil tindakan liberalisasi dan deregulasi serta mengurangkan cukai dan mengawalperbelanjaan awam bagi memperbaiki iklim pelaburan swasta. Kesannya, ekonomi tumbuh dengan sangat pesat pada kadar8-9 peratus setahun sepanjang tempoh 1988-1997.Semasa kegawatan tahun 1997/1998 pula, atau apa yang selalu disebut sebagai „East Asian financial crisis‟, akibat aliran modaljangka pendek tidak terkawal (unregulated) di rantau ini serta serangan ke atas mata wang serantau dan kegiatan „hedgefund‟, tindakan kerajaan (menerusi MTEN) untuk mengawal modal (capital control) dan penetapan mata wang (pegging of theRinggit) serta meningkatkan permintaan agregat menerusi perbelanjaan awam dan dasar kewangan (monetary) telah berjayamenstabilkan ekonomi negara. Dengan dibantu oleh kedudukan pasaran eksport yang menggalakkan pada masa itu, Malaysiatelah berjaya keluar dari kegawatan ekonomi itu berasaskan kepada „formula‟ sendiri, tanpa menggunakan preskripsi DanaKewangan Antarabangsa (IMF).Namun demikian, cabaran bagi mengatasi krisis ekonomi semasa (2009) menjadi lebih ketara. Kali ini, hampir seluruhekonomi dunia, termasuk China dan India tergugat dan terperangkap dengan kelembapan dan ketidaktentuan ekonomi ASdan negara-negara maju lain, seperti Kesatuan Eropah (EU) dan Jepun.Dari itu, sektor eksport kurang memainkan peranan untuk memantapkan proses pemulihan ekonomi negara. Dengandemikian, kesan Pakej Rangsangan Ekonomi sepenuhnya hanya berputar dalam sektor domestik. Pasaran domestik kita pulatidak sebesar pasaran dalaman China, India dan juga Indonesia. Oleh itu, ia tidak mampu memacu pertumbuhan positif bagitahun 2009.Kedua, kerajaan akan berdepan dengan cabaran mengawal perbelanjaan dan meningkatkan hasil (revenue). Kemungkinanmengawal perbelanjaan terhad kerana beberapa jenis perbelanjaan operasi adalah wajib disediakan (locked-in expenses)seperti emolumen, gaji dan elaun, geran kepada negeri-negeri (per capitation grant) dan kerajaan tempatan, bayaran hutangawam serta beberapa subsidi yang sukar dirungkai akibat penyediaannya yang sebegitu lama sehingga menjadikannya sepertisatu amalan fiskal biasa.Usaha mengurangkan subsidi-subsidi ini perlu dibuat secara komprehensif dan dilaksanakan berperingkat-peringkat keranapenghapusannya akan menyebabkan satu kerumitan. Untuk membantu masyarakat, kerajaan telah menyediakan subsidiseperti bantuan buku sekolah, biasiswa, kos perubatan di hospital dan klinik awam yang sangat rendah, serta subsidi untukbahan api (minyak petrol dan diesel). Manakala bagi bidang industri pula, kerajaan memberi subsidi tenaga untuk industri,
  • 29. baja untuk pengeluaran padi dan pengecualian dan potongan cukai (sistem galakan industri) untuk sektor pembuatan.Fikirkan bagaimana sukarnya subsidi-subsidi ini boleh dirungkai dan dikurangkan dalam masa terdekat setelah ia menjadielemen penting dalam perkiraan cara hidup rakyat dan sistem pengeluaran negara. Namun demikian usaha mengurangkansubsidi perlu diteruskan.Dari perspektif hasil kerajaan pula, kesungguhan kerajaan untuk mengadakan „Goods and Service Tax‟ (GST) perlu disokong.Memang sudah sampai masanya kita mengurangkan cukai berasaskan pendapatan tetapi bergerak maju ke arah cukaiberasaskan penggunaan (consumption based tax).Sebenarnya cadangan GST ini bukan baru. Ia pernah dicadangkan oleh Tun Daim Zainuddin dalam ucapan Belanjawan 1987bagi pelaksanaan tahun 1989.Cukai GST adalah lebih cekap berbanding dengan cukai jualan dan ia kurang mempunyai unsur „arbitrariness‟ yang terdapatdalam cukai jualan. Unsur penting dalam formula GST adalah ia jangan dikenakan kepada barangan eksport serta barangankeperluan asas seperti makanan, pendidikan, dan kesihatan. Skim „zero rating boleh dicadangkan bagi produk-produk ini.Kita juga perlu menerima hakikat bahawa kesan GST ke atas inflasi memang wujud tetapi ia hanya berlaku pada tahunpelaksanaan sahaja dan tidak selepas itu. Jika kesannya berlarutan selepas itu, ia bukan disebabkan GST tetapi kelemahansistem pasaran sendiri akibat tiadanya undang-undang persaingan dan perdagangan adil (fair trade) di negara ini yang bolehmembendung amalan perniagaan tidak beretika.Satu cara bagi mengurangkan perbelanjaan negara adalah meneruskan peringkat kedua dasar penswastaan yang meliputiinisiatif pembiayaan swasta bagi kegiatan awam yang pada ketika ini sudah boleh dilaksanakan. Bagi dasar ini, yangpentingnya segala kelemahan pelaksanaan yang lalu perlu diperbaiki.Kawal selia yang mantap boleh menjaga kepentingan sosial, manakala pemilihan syarikat berasaskan tender terbuka mampumenyediakan perkhidmatan terbaik kepada kerajaan dan pembayar cukai.Isu ketiga, meningkatkan daya saing dan melaksanakan pembangunan berteraskan „value added‟ yang tinggi. Usaha inimemerlukan pengorbanan semua pihak untuk membantu melaksanakan proses transformasi sosial bagi melaksanakanbeberapa perubahan dasar.Perubahan dalam sistem subsidi, sistem kawalan harga, pembaikan sistem penyampaian (delivery system), liberalisasi,peningkatan produktiviti dan kemahiran modal insan serta memperkayakan harta intelek negara adalah antara perkara-perkara pokok dan utama yang perlu dilaksanakan secara serentak dan terancang. Satu pelan tindakan perlu disediakan bagimerencanakan apa yang perlu dibuat dan diukur bagi setiap pihak.Kita juga perlu mencari model pertumbuhan baru yang mengimbangi antara pertumbuhan pendapatan pada kadar yangtinggi dan aspek pengagihan (distribution) yang bersesuaian dengan kedudukan semasa. Dasar pengagihan perlu diteruskankerana ia merupakan dasar jangka panjang negara yang termaktub dalam Rukun Negara (bahagian pertama) dan dalam
  • 30. sejarah kesefahaman antara kaum utama negara ini. Yang pentingnya pelaksanaan dasar ini perlu disesuaikan dengankeadaan semasa.Kita juga perlu merombak struktur industri perkhidmatan kepada industri yang membawa kepakaran dan kemahiran yangcanggih dan tinggi (seperti R&D, designing) serta mempunyai value added yang lebih banyak untuk meningkat danmempelbagaikan sumber KDNK serta mencanggihkan struktur guna tenaga negara dan menghasilkan pendapatan per kapitayang lebih tinggi.Keadaan dan corak industri sedia ada kurang mewujudkan kekayaan harta intelek negara. Yang demikian akan melemahkanasas jangka panjang negara dalam bidang persaingan dan keupayaan mencapai Wawasan 2020.Cabaran-cabaran ini tidak boleh diperlekehkan. Kita perlu berfikir dan mengambil tindakan yang jitu. Kita perlumengurangkan „politicking‟ dan sebaliknya membantu kerajaan merencanakan pembangunan negara ke arah kestabilanekonomi, pembangunan mapan dan kesejahteraan rakyat serta kepentingan generasi akan datang yang bakal berdepandengan persaingan ketara di persada antarabangsa. Mereka memerlukan warisan daripada kita berbentuk infrastruktur, hartaintelek, pengalaman, dan modal sosial untuk dimajukan seterusnya.Untuk memastikan kejayaan mereka kelak, pembangunan modal insan sedia ada dan dasar pembangunan mapan(sustainability) serta asas-asas pertumbuhan ekonomi perlu diperkukuhkan lagi. Budaya persaingan yang sihat serta kerangkamental yang sentiasa ingin mencapai kecemerlangan perlu dipupuk dan disemarakkan di bangku sekolah lagi.Memandangkan kita telah melangkah masuk ambang dekad baru dan tahun baru, Hijrah dan Masehi, Malaysia mungkin tiadajalan lain selain menangani isu-isu di atas dengan penuh tabah dan keyakinan. Masyarakat kita perlu bersedia untuk„berhijrah‟ kepada pendekatan pembangunan yang baru bagi pembangunan sosial yang lebih makmur, berimbang danmapan.Oleh:TAN SRI DR. SULAIMAN MAHBOBBerita disunting daripada sumber : Utusan MalaysiaLANGKAH-LANGKAH MEMPERKUKUHKAN DAYA TAHANEKONOMI NEGARASejak pembentangan Bajet 2009 pada 29 Ogos 2009, krisis kewangan global yang tercetus diAmerika Syarikat dan Eropah kini semakin ketara dan telah memberi impak negatif kepadaekonomi benar di peringkat global, termasuk Malaysia. Perkembangan ini sudah pasti akanmenjejaskan pertumbuhan ekonomi global dan perdagangan antarabangsa pada tahun 2009.Dengan mengambil kira persekitaran ekonomi global yang mencabar ini, Kerajaan telahmengambil langkah tindak balas polisi bagi menangani krisis kewangan global ini. Ke arah ini,dasar pengembangan fiskal dilakukan memandangkan Negara mempunyai fleksibiliti untukmelaksanakan projek serta program berimpak tinggi berikutan daripada penjimatan subsidiminyak akibat penurunan harga minyak di peringkat global. Melalui penjimatan yang dijangkakanini, pelbagai inisiatif melibatkan suntikan peruntukan sebanyak RM7 billion akan dilaksanakanbagi memangkinkan aktiviti ekonomi dalam negeri serta meransang aktiviti sektor swasta danmenjamin kesejahteraan rakyat.
  • 31. Projek dan program yang dilaksanakan ini adalah selari dengan lima teras Misi Nasional dan jugaselaras dengan tiga strategi khusus Bajet 2009, dalam usaha mengekalkan momentumpertumbuhan ekonomi Negara yang mapan dan menjamin kesejahteraan rakyat. Ekonomi Malaysia berkembang bersadarkan kepada beberapa faktor peningkatan ekonomi global, pertumbuhan pesat ekonomi domestik, sektor perbankan yang kukuh dan dasar kerajaan yang sedang diamalkan Pakej Perlaksanaan RM 7 bilion Lima Teras Misi Nasional Strategi Khusus Bajet 2009 Menjamin Kesejahteraan Membangunkan Modal Memperkukuhkan Daya Rakyat Tahan Negara Insan Berkualiti Membina lebih banyak Menubuhkan Dana Program Dana Pelaburan untuk rumah kos rendah dan Latiahn Kemahiran menarik pelaburan sederhana (RM1,200 juta) swasta(RM1,500 juta) (RM 300 Juta)
  • 32. SPNB (Rumah MesraRakyat 6,500 unit JPN, KPKT (ProgramPerumahan Rakyat-4,000unit PPRT KKLW(ProgramBantuan)-15,000 unit Menjamin Kesejahteraan Membangunkan Modal Memeprkukuhkan Daya Rakyat Insan Berkualiti tahan NegaraPerlaksanaan projek Membiayai program latihan Menaik taraf, membaikperumahan terbengkalai kemahiran golongan belia pulih dan menyenggaraoleh SPNB (RM 200 juta) di institusi latihan swasta kemudahan awam seperti (RM 200 juta) sekolah, hospital dan jalan raya (RM 500 juta)Meyenggara dan Memperkasa golongan belia Menaik traf, membaik pulihmemantapkan sistem melalui program baru dan menyenggara jalan luarpengangkutan awam di seperti rakan muda sekolah bandar, jalan kampung danbandar utama (RM 500 juta) & rakan muda sektoral pertanian (RM 500 juta) (RM100 juta)Menambah premis Memantapkan program Menaik taraf, membaikpernigaan untuk usahawan pendidikan awal seperti pulih dan menyenggarakecil dan sederhana di PERMATA,Tadika, balai dan kuaters polis sertabawah MARA (rm 100 juta) KEMAS, Tadika Perpaduan kem dan kuaters tentera dan kelas pra-sekolah (RM
  • 33. 200 juta) (RM 500 juta) Program Peyenggaraan Bantuan Kewangan kepada Menyegerakan pelaksanaan Infrastruktur Awam (PIA) Sekolah Agama Bantuan Projek JalurLebar dan Projek Infrastruktur Kerajaan, mission schools, Berkelajuan Tinggi Asas (PIAS) (RM 600 juta) SJK Cina dan SJK Tamil (RM 200 juta) (RM 400 juta) RM 2,600 juta Rm 1,000 juta RM 3,400 juta RM 7,000 jutaSelain pakej rangsangan RM 7 billion, langkah-langkah berikut juga akan dilaksanakan:Untuk meningkatkan keberkesanan perbelanjaan Kerajaan: Projek yang mempunyai kesan pengganda tinggi dan kandungan import yang rendah akan diutamakanPelaksanaan pendaftaran serta liputan penuh penerima bantuan kebajikan masyarakat berdasarkan tahap kelayakan baruakan dipercepatkan.Pengambilan kakitangan bagi jawatan yang kritikal dalam sektor awam secara kontrak akan dipercepatkan. Untuk menyediakan persekitaran perniagaan dan pelaburan yang kondusif serta penjanaanpeluang pekerjaan yang mapan bagi sektor swasta:Tanah Kerajaan di lokasi strategik akan dibangunkan secara usaha sama dengan sektor swasta dan GLC, yang juga akanmempelbagaikan hasil KerajaanDuti import bagi simen dan keluaran besi keluli panjang bagi sektor pembinaan dan pembuatan akan dihapuskan,manakalaApproved Permit (AP) bagi keluaran besi keluli panjang juga dikecualikanPembelian hartanah komersil bernilai RM 500,000 atau lebih, untuk kegunaan sendiri, dibenarkan tanpa kelulusan FICDana tambahan sebanyak RM 200 juta akan disediakan bagi skim mikro kredit di bawah seliaan Bank Negra MalaysiaPermit kerja akan terus diberi kepada knowledge workerProses pengambilan professional, pengiktirafan kelayakan asing serta pengeluaran visa di bawah program pelanconagnkesihatan dan pendidikan dipermudahkanSyarikat GLC kan melaksanakan program Graduate Employability Management Scheme (GEMS) untuk melatih 12,000 graduan
  • 34. dalam tempoh 2 tahunMasa perniagaan pasar raya besar dan pusat membeli-belah dilanjutkanUntuk meningkatkan pendapatan boleh guna rakyat dan mengekalkan permintaan dalam negeri:Potongan caruman pekerja KWSP boleh dikurangkan secara mengekalkan sebanyak 3% selama 2 tahun, mulai 1 Januari 2009Had kelayakan pinjaman kereta bagi penjawat awam dipertingkatkanPinjaman perumahan bagi penjawat awam untuk hartanah di pasaran sekunder di mana hak milik strata belum dikeluarkanboleh dibenarkanTempoh bayaran balik pinjaman perumahan Kerajaan sedia ada dilanjutkan daripada 25 tahun kepada 30 tahunLangkah-langkah di atas merupakan pakej ransangan yang komprehensif yang bukan sahajadisasarkan untuk menangani impak krisis kewangan global pada tahun 2009, malah meletakkanasas-asas yang kukuh bagi mengekalkan momentum pertumbuhan negara yang mapan demimencapi objektif Misi Nasional dan Wawasan 2020.Sumber Maklumat: Kementerian Kewangan MalaysiaMANAH SAHAM NASIONAL BERHAD (ASNB)Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) adalah sebuah syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) yangbertanggungjawab untuk mengurus tabung tabung unit amanah ASN, ASN 2, ASN 3, ASG-Pendidikan, ASG- Kesihatan, ASG-Persaraan, ASB, ASW 2020, ASM dan ASD.ASNB ditubuhkan pada 22 Mei 1979 untuk mengurus tabung unit amanah yang dilancarkan oleh PNB. Selama lebih 25 tahunbertapak dalam industri ini, ASNB terus mengekalkan kedudukannya sebagai syarikat pengurusan unit amanah utama dinegara ini dengan memegang lebih 40% daripada jumlah keseluruhan unit dalam edaran.PRODUK ASNB1) Skim Amanah Saham Nasional (ASN)Dilancarkan pada 20 April 1981. Objektifnya adalah bagi menjanapulangan yang berpatutan dalam bentuk modal kepada pemegang-pemegangunit melalui pelaburan dalam kepelbagaian portfolio.2) Amanah Saham Nasional 2 (ASN2)Dilancarkan pada 9 Jun 1999. Objektifnya untuk memberi peluang kepada pemegang-pemegang unit untuk mendapatpulangan dalam bentuk pengagihan pendapatan dan pulangan modal pada tahap risiko yang berpatutan melalui pelaburandalam kepelbagaian portfolio sekuriti, terutamanya dalam ekuiti sekuriti Malaysia selaras dengan Suratikatan, Garis Panduandan undang-undang sekuriti.3) Amanah Saham Nasional 3 Imbang (ASN3)Dilancarkan pada 16 Oktober 2001. Objektifnya adalah untuk menjana pertumbuhan modal dalam jangka masa sederhanahingga jangka masa panjang menerusi pelaburan dalam portfolio yang seimbang dan melalui pelaburan semula pengagihanpendapatan, sekiranya ada.
  • 35. 4) Amanah Saham Gemilang (ASG)Dilancarkan pada 17 mac 2003. Terdapat 3 tabung iaitu, ASG-Amanah Saham Pendidikan, ASG-Amanah Saham Kesihatan danASG-Amanah Saham Persaraan5) Amanah Saham Bumiputera (ASB)Dilancarkan pada 2 Januari 1990. Objektifnya adalah untuk menjana pulangan jangka panjang yang kompetitif dan konsistenkepada pemegang- pemegang unit di samping memastikan pengekalan modal pada tahap toleransi risiko yang minimum.6) Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020)Dilancarkan pada 28 Ogos 1996. Objektifnya adalah untuk memberi kadar pulangan yang berpatutan kepada pemegang-pemegang unit menerusi pelaburan dalam portfolio terpilih yang terdiri daripada pelaburan yang dibenarkan.7) Amanah Saham Malaysia (ASM)Dilancarkan pada 20 April 2000. Objektifnya adalah untuk memberi peluang kepada pemegang-pemegang unit membuatpelaburan jangka panjang yang menjana pulangan yang kompetitif dan berterusan menerusk pelaburan dalam portfolio yangdipelbagaikan.8) Amanah Saham Didik (ASD)Dilancarkan pada 20 April 2001. Objektifnya adalah untuk memberi peluang pelaburan yang dapat menjana pulangan danpertumbuhan pelaburan jangka panjang yang berpatutan kepada pemegang-pemegang unit.9) Amanah Saham 1Malaysia (AS 1MALAYSIA)Dilancarkan pada 31 Julai 2009. Objektif pelaburan AS 1Malaysia adalah untuk mendapatkan peluang pelabuan yang menjanapendapatan yang konsisten dan berterusan di samping mengekalkan modal pelaburan para pemegang unit di dalam tempohjangka panjang melalui portfolio pelaburan yang dipelbagaikan. PROGRAM RASIONALISASI SUBSIDI Rasionalisasi subsidi: Langkah berani demi masa depan
  • 36. Carta diatas menerangkan kos semasa dan anjuran bagai barang asas pengguna da perkhidmatan berikuatn rasionalisasi. subsidi bagi bahan bakar petrol, diesel dan LPG dan gula. Carta dibawah disusunUit Pengurusan dan Penghantaran Prestasi Jabatan Perdana Menteri. Sila ambil perhatian bahwa ia adalah unjuran-perubahan kos mungkin berbeza bergantung faktor lain.BERMULA 16 Julai 2010, subsidi bahan api, terutama petrol, diesel dan LPG juga gula akan dikurangkan sebagai sebahagiandaripada pelaksanaan berkala program rasionalisasi subsidi Malaysia. Langkah ini akan memberikan impak minimumterhadap individu keluarga, tetapi kesannya pengurangan lebih daripada RM750 juta perbelanjaan kerajaan di antara masaini dan sehingga hujung tahun ini.APAKAH SUBSIDI?
  • 37. Ia adalah bantuan kewangan disediakan kerajaan bagi memastikan harga bagi beberapa barangan dan perkhidmatanberpatutan untuk membantu rakyat Malaysia yang memerlukan barangan dan perkhidmatan berkenaan.APAKAH TAHAP CADANGAN PELAKSANAAN RASIONALISASI SUBSIDI?Pengurangan subsidi bahan api dan gula adalah langkah pertama dalam pelaksanaan rasionalisasi berkala yang lebih besar.Untuk masa akan datang, tambahan dan perubahan yang sepatutnya akan dilakukan terhadap program subsidi ini.APAKAH YANG AKAN BERLAKU JIKA KITA TIDAK MERASIONALISASIKAN SUBSIDI?Jika subsidi berterusan pada tahap sekarang, kita mungkin akan menghadapi beberapa masalah:Hutang kerajaan akan meningkat – hutang Malaysia telah berkembang sebanyak lebih 10 peratus sejak 1997. Kita mestimengurangkan perbelanjaan bagi memastikan kita mempunyai sumber yang mencukupi bagi pelaburan masa hadapan.Ia akan melambatkan aspirasi kebangsaan untuk menjadi negara berpendapatan tinggi dan ekonomi maju pada 2020.Ia akan mengurangkan daya tarikan di kalangan pelabur asing – syarikat antarabangsa lebih tertarik kepada negara yangmenyediakan peluang perniagaan yang sama dan menggunakan sepenuhnya harga pasaran. Pelaburan asing terhadapkilang dan perniagaan menyediakan pekerjaan dan peluang kepada rakyat Malaysia.Oleh kerana rasionalisasi subsidi berkaitan dengan perancangan transformasi secara keseluruhan, tidak melakukanrasionalisasi subsidi bukanlah satu pilihan.APAKAH YANG BERUBAH DAN APA TIDAK BERUBAH?Subsidi terhadap barangan pengguna perlu seperti pendidikan dan kesihatan akan kekal – subsidi diperkenal bagimembolehkan barangan keperluan utama dan perkhidmatan boleh didapati pada harga yang berpatutan, selainperkhidmatan kesihatan dan masa depan rakyat Malaysia. Untuk itu, kerajaan tidak akan mengurangkan subsidi untukbarangan pengguna yang penting, termasuk pendidikan dan kesihatan.Kerajaan hanya melakukan rasionalisasi – dengan pengurangan ini pun, kerajaan tetap membelanjakan kira-kira RM7.82bilion pada 2010 terhadap subsidi.Ini adalah langkah pertama terhadap pelaksanaan berkala terhadap usaha rasionalisasi lebih besar – untuk masa hadapan,tambahan, berkala dan perubahan sepatutnya akan dilakukan terhadap rejim subsidi kerajaan bagi memastikan Malaysiadapat mencapai sasaran pembangunannya dan masih menyediakan keperluan rakyat Malaysia.TERDAPAT PELBAGAI SEBAB PERUBAHAN INIProgram subsidi pada masa ini menjadi tidak lagi efektif dalam membantu mereka yang benar-benar memerlukannya –
  • 38. program subsidi kerajaan menjadi tidak berkesan dalam membantu rakyat Malaysia yang kurang bernasib baik, denganterlalu banyak kemudahan mengalir kepada golongan kaya, warga asing dan perniagaan besar.Ini adalah perkara berkaitan ekonomi fiskal – pengurangan membolehkan Malaysia mengurangkan defisit dan mencapaisasaran pembangunan – Malaysia perlu menguruskan dan mengurangkan defisit. Di waktu kita mempunyai polisi yang tepatuntuk memandu kepada kemajuan, polisi yang membantu kita mencapai pertumbuhan 10.1 peratus pada suku pertama2010, kita juga perlu mengurangkan perbelanjaan bagi memastikan kita mempunyai sumber mencukupi untuk melabur padamasa hadapan.Mengurangkan perbelanjaan membolehkan pelaburan terhadap masa hadapan Malaysia – perbelanjaan subsidi kita menjadipenghalang bagi mencapai sasaran kita menjadi negara berpendapatan tinggi pada 2020. Pengurangan dalam perbelanjaankerajaan ini membolehkan Malaysia melabur untuk masa hadapannya – bagi pendidikan, kesihatan, infrastruktur,pembangunan masyarakat, latihan dan mewujudkan pekerjaan – pelaburan yang menyediakan kemudahan berterusan untukgenerasi kini dan masa depan.RASIONALISASI SUBSIDI ADALAH KOMPONEN PENTING TERHADAP AGENDA PEMBAHARUAN YANG LEBIH BESARLangkah ini sebahagian pelaksanaan Model Ekonomi Baru dan Rancangan Malaysia Ke-10 – rasionalisasi subsidi adalah satudaripada beberapa langkah dalam Model Ekonomi Baru dan Rancangan Malaysia ke-10. Dengan melaksanakan langkah iniyang mana seperti dikatakan Perdana Menteri akan “memperbaiki tahap kompetitif dan kebolehan pasaran... dan akanmemastikan penggunaan sumber yang optimum,” Malaysia sudah mengambil langkah konkrit terhadap pelaksanaan inisiatifpembaharuan ini.KEPUTUSAN INI BUKANLAH MUDAH TETAPI SELEPAS MENJALANKAN KAJIAN MENYELURUH DAN INPUTDARIPADA ORANG AWAM, KITA PERCAYA INI ADALAH LANGKAH YANG BETULIni adalah langkah bersama yang diputuskan kerajaan dan rakyat – langkah ini dipersetujui Kabinet sebulat suara, tetapi iatidak dilakukan kerajaan secara bersendirian. Melalui proses Makmal dan Hari Terbuka, ribuan rakyat Malaysia memberikaninput terhadap keputusan ini, selepas mereka mengikuti lain-lain inisiatif, termasuk Program Transformasi Kerajaan dansekarang Bidang Keberhasilan Utama yang mana makmal sedang berlangsung.BEBERAPA PERUBAHAN AKAN DILAKUKAN SERTA-MERTAPengurangan dalam subsidi bahan api dan gula – berkuatkuasa 16 Julai 2010, subsidi bahan api dan gula akan diubah.RON95, subsidi dikurangkan 5 sen seliter, RON97, tidak lagi menerima subsidi. Ia akan diapungkan yang mana hargaditentukan mekanisme harga automatik.Diesel, subsidi dikurangkan sebanyak 5 sen seliter bagi sektor yang mendapat subsidi. LPG, subsidi dikurangkan 10 sensekilogram, gula, subsidi dikurangkan 25 sen mengikut perubahan harga.
  • 39. KENAPA BAHAN API DAN GULAKami mengurangakn subsidi bagi gula dan bahan api kerana dengan mengurangkan subsidi bahan api dijangka memberiimpak besar kepada perbelanjaan negara, manakala subsidi gula pula membolehkan kita mempromosi gaya hidup sihat.Pengurangan subsidi bahan api (petrol, diesel dan LPG) mempunyai kesan kecil kepada rakyat tetapi memberi impak besarkepasa kerajaan bersandarkan penggunaan perkapita negara yang berniali tinggi seperti petrol yang dianngarkan berniali13.4 billion liter pada 2010.Dengan pengurangan subsidi sebanyak satu sen bagi setiap harga jualan petrol, membolahkan kerajaan mengurangkanperbelanjaan sebanyak RM134 juta.Faedah subsidi bahan api tidak lagi masuk dalam poket golongan yang tidak memerlukan seperti warga asing yang memilikikenderaan dengan enjn berkapaiti besar.Kos gula yang rendah di Mlaysia menyebabkan terlebih penggunaan yangmenyumbang kepada peningkatan 105 peratus(dari 1996 ke 2006) rakyat Malaysia yang berat badan berlebihan dan obesiti - jumlah ini merangkumi 40 peratus dariapadpopulasi penduduk. Setiap tahun kita berdepan lima peratus peningkatan kes diabetes dan hampir 1.4 juta pendudukMalaysia sekarang menghidap penyakit itu.TAMBAHAN PULA, SUBSIDI INI DIPILIH KERANA:• Kita perlu meningkatkan sasaran sumber-sebahagian besar subsidi ini menguntungkan pihak yang salah dan tidak cukupmembantu mereka yang memerlukan.• Subsidi gula menguntungkan industri dan bukannya keluarga .• Warga asing dan golongan kaya mendapat manfaat sama rata, mereka yang memandu kereta import menerima subsidisama dengan orang menunggang motosikal atau memandu kancil.• Lebih dua pertiga subsidi bahan api dipelopori golongan pertengahan, berpendapatan tinggi serta warga asing manakalakurang daripada satu pertiga dapat dimanfaatkan golongan yang memerlukan harga lebih murah.• Kira-kira 70 peratus subsidi LPG disalahgunakan oleh bisness bukannya isi rumah, bermakna sebahagian besarperbelanjaan kerajaan terhadap LPG tersalah arah.• Penggunaan bahan api dan gula secara berlebihan membahayakan kesihatan dan keselamatan kita. Kita menggunakanterlalu banyak gula dan bahan api yang boleh memberikan kesan negatif.
  • 40. • Malaysia mencatat penggunaan bahan bakar per kapita tertinggi di wilayah ini. Berdasarkan penggunaan sekarang, kitaakan menjadi pengimport bahan bakar. Ia memberi kesan kepada tenaga, ekonomi dan keselamatan negara kita.• Harga gula yang rendah di Malaysia menyebabkan penggunaan berlebihan dan menyumbang peningkatan 105 peratussejak 1996 hingga 2006 dari segi jumlah rakyat yang terlebih berat atau obesiti iaitu kini lebih berat atau obesiti iaitu kinilebih 40 peratus.• Kita menyaksikan peningkatan lima peratus kes diabetes setiap tahun dan kini 1.4 juta rakyat mengalami penyakit itu.• Penyeludupan dan penyalahgunaan barang subsidi memesongkan sumber kerajaan-di sebalik membantu golonganmemerlukan, harga murah barangan subsidi menyebabkan sebahagiannya dieksploitasi oleh penyeludup untuk mengautkeuntungan.• Harga bahan api dan gula di Malaysia paling murah di rantau ini (lihat cara untuk maklumat tambahan).• Penyeludupan menjadi masalah semakin membimbangkan – di sebalik membantu golongan memerlukan, harga murahbarangan subsidi dieksploitasi penyeludup yang membawanya melepasi sempadan untuk dijual di negara jiran.• Penyeludupan menjadi masalah semakin membimbangkan-penguatkuasaan undang-undang menemui lebih 200 metriktan gula dalam 109 tangkapan berhubung penyeludupan pada 2009 dan pada 2008, dianggarkan dan pada 2008,dianggarkan RM628 juta subsidi diesel untuk nelayan dijual kepada warga asing.APAKAH KESAN PENYELARASAN SUBSIDI KE ATAS KELUARGA DAN SAYA?Carta di bawah menjelaskan jangkaan kos semasa ke atas barangan asas pengguna dan perkhidmatan serta diikutipenjelasan berhubung subsidi ke atas bahan api (petrol, diesel dan LPG) dan gula.Carta ini dikira dan dikumpul oleh Pengurusan Pencapaian dan Unit Penyerahan, Jabatan Perdana Menteri.Perlu diingatkan bahawa ini adalah sasaran saja, kos mungkin berbeza bergantung kepada keadaan dan faktor lain.Carta ini – Jangkaan perubahan harga untuk barangan berikutan penyelarasan subsidi bahan api - CPI=0.3 peratusBerikutan kenaikan harga gula sebanyak 25 sen, kos tambahan ke atas segelas teh tarik adalah 1.25 sen. Harga baru teh tarikberikutan pengurangan subsidi bahan api dan perubahan harga adalah pada RM1.0155.BAGAIMANAKAH HARGA BAHAN API DAN GULA DI MALAYSIA BERBANDING NEGARA JIRAN?Carta dibawah menunjukkan garis panduan perbandingan kos bahan api (petrol dan diesel) dan gula, berikutan perubahanharga efektif 16 Julai 2010 di Malaysia dan negara lain di rantau ini.Fakta kunci dan angka:Carta diatas menunjukkan garis panduan, fakta kunci dan angka berhubung penyelarasan ukuran subsidi. Berdasarkanpemantauan kerajaan, subsidi yang dibelanjakan pada 2010 ke atas bahan api (petrol, diesel dan LPG) dan gula adalahsebanyak RM8.6 bilion tanpa penyelarasan.Dengan pelaksanaan penyelarasan subsidi bermula 16 Julai 2010, jumlah kos keseluruhan subsidi yang dikekalkan untuk2010 dapat dikurangkan kepada RM7.82 bilion, pengurangan perbelanjaan dijangkakan lebih RM750 juta.
  • 41. Nota:1. Pengurungan subsidi berdasarkan statistik penggunaan dari Januari hingga Jun 2010 oleh Kementerian PerdaganganDalam Negeri, Koperasi dan Pengangkutan.2. Petrol RON97 bergantung kepada pengurusan pengapungan, iaitu harganya akan ditentukan menerusi mekanisme hargaautomatik (APM) tanpa subsidi.3. Pengerusi pegurangan subsidi bagi RON97 beradsarkan subsidi purata 14.8 sen per liter dari tempoh Januari hingga Jun2010. Ia digunakan sebagai asas pengiraan bagi baki 5.5 bulan untuk 2010.4. Pengiraan bagi harga pengurusan pengapunagn untuk RON97 bermula RM2.10 seliter berdasarkan APM dan mengambilkira kedudukan roduk di anatara RON95 dan RON97.5.Kad fleet diberikan untuk kenderaan pengangkutan seperti bas sekolah, bas henti, kargo, lori, kontena dan bot sungaidiberikan subsidi istimewa iaitu harga lebih rendah berbanding herag di pam iaitu RM1.43 berbanding RM1.70.Sumber: Berita Harian Dan Harian Metro, 17 Julai 2010