Your SlideShare is downloading. ×
program transformasi ekonomi
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×
Saving this for later? Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime – even offline.
Text the download link to your phone
Standard text messaging rates apply

program transformasi ekonomi

10,187
views

Published on


0 Comments
4 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total Views
10,187
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
287
Comments
0
Likes
4
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. Tajuk: Program Transformasi Ekonomi(PTE)dilancarkan bagi merancakkan bagi pembangunan ekonomi negara.Huraikanteras-teras Bidang Ekonomi Utama Negara(NKEA) yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.
  • 2. Apakah itu Program Transformasi Ekonomi(PTE)?Untuk melonjakkan ekonomi negara dan mengeluarkan negaradaripada kepompong negara berpendapatan sederhana, dasarekonomi negara perlu diubah.Perubahan ini cukup penting. Ketika banyak negara yang dulunyaberada sebaris dengan Malaysia sudah jauh melangkah ke hadapan,ekonomi negara masih kekal di tahap lama. Jika sesuatu tidakdilakukan, kesannya amat besar kepada negara dan rakyat, tempohmasa untuk kita mencapai matlamat Wawasan 2020 semakin hampir.Antara inisiatif yang diambil oleh kerajaan adalah memperkenalkanModel Ekonomi Baru (MBE) di mana ia diyakini mampu menjadipemangkin dalam membentuk hala tuju ekonomi negara. Antarainisiatif yang dirangka dalam MEB termasuklah Program TransformasiEkonomi (ETP) dan Aktiviti Ekonomi Utama Nasional (NKEA).
  • 3. • Walaupun banyak pihak masih ragu-ragu dengan usaha kerajaan memperkenalkan MEB dan ETP, rakyat perlu faham bahawa transformasi ekonomi adalah perlu dan tidak boleh dielakkan memandangkan kos hidup dan perniagaan sedang meningkat. Pertumbuhan ekonomi yang baik bermakna rakyat akan menikmati kualiti hidup yang lebih baik, peluang kerja yang banyak malah majoriti daripada kita akan beroleh pekerjaan yang menawarkan gaji sederhana dan tinggi. Kedudukan ekonomi yang kukuh juga akan membolehkan rakyat menikmati kemudahan pengangkutan awam yang lebih baik dan berkualiti, memperoleh pendidikan lebih canggih serta mempunyai pilihan luas kepada produk dan perkhidmatan berkualiti tinggi. Selain itu, ETP juga bakal menyediakan tapak asas yang kukuh bagi negara untuk menikmati pembangunan mampan agar generasi akan datang menikmati kehidupan lebih berkualiti. Sementara untuk dunia perniagaan pula, ETP akan menyediakan peluang-peluang yang lebih mantap, persekitaran yang lebih kondusif serta pasaran pengguna tempatan dengan kuasa membeli yang lebih tinggi.
  • 4. Manfaatnya• Pertumbuhan ekonomi yang baik bermakna rakyat akan menikmati kualiti hidup yang lebih baik, peluang kerja yang banyak malah majoriti daripada kita akan beroleh pekerjaan yang menawarkan gaji sederhana dan tinggi. Kedudukan ekonomi yang kukuh juga akan membolehkan rakyat menikmati kemudahan pengangkutan awam yang lebih baik dan berkualiti, memperoleh pendidikan lebih canggih serta mempunyai pilihan luas kepada produk dan perkhidmatan berkualiti tinggi. Selain itu, ETP juga bakal menyediakan tapak asas yang kukuh bagi negara untuk menikmati pembangunan mampan agar generasi akan datang menikmati kehidupan lebih berkualiti. Sementara untuk dunia perniagaan pula, ETP akan menyediakan peluang-peluang yang lebih mantap, persekitaran yang lebih kondusif serta pasaran pengguna tempatan dengan kuasa membeli yang lebih tinggi.
  • 5. BIDANG EKONOMI UTAMA NEGARA (NKEA)• Pengenalan NKEA ditakrifkan sebagai pemacu kegiatan ekonomi yang berpotensi memberi sumbangan secara langsung yang penting kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia, dengan nilai yang boleh diukur melalui indikator pendapatan negara kasar (PNK) dan peluang pekerjaan yang diwujudkan serta menarik bakat terbaik. Pendekatan pembangunan ekonomi NKEA juga berbeza di mana pertumbuhan ekonomi akan diterajui sektor swasta dan disokong oleh pihak Kerajaan yang bertindak sebagai pemudah cara dan fasilitator. Dua belas NKEA menjadi teras ETP, dan salah satunya adalah NKEA Pertanian. Sektor pertanian memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi Malaysia – mewujudkan peluang pekerjaan dan meningkatkan pendapatan penduduk luar bandar serta menjamin keselamatan makanan negara. Selepas mengecualikan tanaman perindustrian seperti minyak sawit dan getah, sektor pertanian menyumbang RM20 bilion atau 4 peratus daripada PNK Malaysia pada 2009.
  • 6. Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA)• Terdapat 12 bidang1. Minyak Gas &Tenaga2. Minyak Sawit3. Perkhidmatan Kewangan4. Pemborong&Peruncitan5. Pelancongan6. Perkhidmatan &Perniagaan7. Elektrikal &Elektronik8. Kandungan Komunikasi &Infrastruktur9. Penjagaan Kesihatan10. Pendidikan11. Pertanian12. Greater Kuala Lumpur / Klang Valley
  • 7. NKEA Pertanian• NKEA Pertanian memberi tumpuan kepada sub-sektor yang mempunyai potensi pertumbuhan tinggi, iaitu akuakultur, pertanian rumpai laut, sarang burung walit, produk herba, buah- buahan dan sayur-sayuran serta makanan diproses premium. Ini akan membolehkan Malaysia menembusi pasaran global bernilai tinggi yang sedang membangun dengan pesat. Subsektor seperti padi dan ternakan haiwan turut dipilih kerana kepentingan mereka sebagai sumber utama keterjaminan makanan negara. Matlamat NKEA Pertanian adalah untuk memberi sumbangan kepada peningkatan pendapatan negara kasar (PNK) berjumlah RM21.44 billion menjelang tahun 2020. Selain daripada itu, 74,000 tambahan peluang pekerjaan juga diharap dapat dicapai dalam tempoh tersebut. Untuk mencapai objektif, sebanyak 16 Projek Permulaan (EPP) dan 11 peluang perniagaan telah dikenal pasti untuk memangkinkan penubuhan perniagaan yang dipacu oleh permintaan pasaran, berskala industri dan mempunyai ciri-ciri pertanian bersepadu.
  • 8. • 16 EPP tersebut adalah : EPP 1 : Produk herba bernilai tinggi• EPP 2 : Pengeluaran sarang burung walit• EPP 3 : Mini estet untuk rumpai laut• EPP 4 : Penternakan ikan dalam sangkar EPP 5 : Integrasi lembu di ladang kelapa sawit EPP 6 : Replikasi i-ZAQ EPP 7 : Pasaran premium buah dan sayur segar EPP 8 : Taman pengeluaran makanan EPP 9 : Pengeluaran beras wangi di luar kawasan saliran EPP 10 : Penanaman padi di MADA EPP 11 : Penanaman padi di kawasan jelapang EPP 12 : Penambahan ladang fidlot EPP 13 : Kluster tenusu EPP 14 : Pembangunan industri benih EPP 15 : Penyertaan syarikat multi-nasional EPP 16 : Pengambilalihan syarikat luar negara/JV
  • 9. EPP 1 : Produk Herba Bernilai Tinggi• Fokus diberikan di dalam memperkasakan kualiti produk dan usaha pemasaran untuk menembusi pasaran eksport global dalam produk nutraseutikal dan perubatan botanikal. Maklumat Projek :• Pembangunan produk nutraseutikal dan ubat botanik berasaskan 5 herba dikenalpasti - Tongkat Ali, Kacip Fatimah, Misai Kucing, Hempedu Bumi, Dukung Anak• Penubuhan Taman Penanaman Herba untuk penanaman bahan mentah secara komersial oleh ECERDC di Pasir Raja, Chegar Perah & Durian Mentangau.• Lima (5) R&D ‘Clusters of Excellence’ ditubuhkan untuk menyelaraskan R&D bagi setiap institusi dan universiti penyelidikan dalam kluster: Penemuan, Penanaman & Agronomi, Toksikologi/Pre-clinical, Pembuatan Produk & Teknologi Pemprosesan• Penubuhan Majlis Pembangunan Herba
  • 10. EPP 2 : Pengeluaran Sarang Burung Walit• Untuk membina status Malaysia sebagai pembekal yang diiktiraf dan menyelesaikan cabaran besar dalam industri, kerajaan menyasarkan untuk menguasai 40 peratus daripada pasaran global menjelang tahun 2020 melalui penambahan pengeluaran daripada 290 metrik tan kepada 870 metrik tan dan peningkatan pemprosesan domestik dalam produk hiliran. Maklumat Projek :• Menambah pengeluaran produk huluan dengan membina 2,000 premis baru setiap tahun dan 6 Pusat Pengumpulan• Menambahbaik pemantauan dan pelaksanaan skim Good Animal Husbandry Practice (GAHP), dan Good Manufacturing Practice (GMP) untuk premis burung walit dan kilang pemproses dengan memperkenalkan sistem pengesanan• Menambah pembuatan produk hiliran dan pembersihan sarang burung walit di dalam negara dengan menjalankan aktiviti penyelidikan untuk pemprosesan dan pembangunan produk.
  • 11. EPP 3 : Mini Estet Untuk Rumpai Laut• Kerajaan menyasar untuk mentransformasikan perusahaan rumpai laut kepada industri yang berhasil tinggi dan berskala komersial dengan memanfaatkan pencapaian dari segi R&D dan infrastruktur hiliran yang kukuh. Inisiatif ladang mini untuk rumpai laut bertujuan untuk mempertingkatkan hasil daripada 1.5 metrik tan kepada 5 metrik tan rumpai laut kering sehektar setiap tahun dengan keluasan kawasan pertanian sebanyak 28,000 hektar. Enam jenis rumpai laut akan diusahakan berdasarkan hasil carrageenan mereka dan kadar pertumbuhan. Maklumat Projek :• Menambah hasil dan jumlah pengeluaran rumpai laut ke 150,000 MT pada tahun 2020 dengan penubuhan ladang kluster• Penggunaaan kaedah pengeluaran baik secara konsep mini estet berasaskan teknologi dan penanaman intensif di darat .• R&D&C hiliran untuk menguatkan kemampuan memproses rumpai laut kering kepada produk bernilai tinggi (carrageenan) dan juga menyelidik kegunaan lain untuk rumpai laut.
  • 12. EPP 4 : Penternakan Ikan Dalam Sangkar• Menggalakkan penternakan sangkar berskala besar dan diterajui oleh syarikat penaung yang tertumpu kepada tiga spesies yang mempunyai nilai eksport tinggi, iaitu kerapu, siakap dan tilapia. Penternakan bersepadu akan menggunakan teknologi sangkar terkini dalam bentuk besi yang disadur dan sangkar diperbuat daripada bahan polietilena berkepadatan tinggi. Rebet pembangunan untuk infrastruktur asas akan disediakan untuk syarikat besar bagi mempercepatkan pelaksanaan projek. Maklumat Projek :• Tumpuan untuk pengeluaran ikan bagi spesis bernilai tinggi (siakap, kerapu, tilapia) untuk menghasilkan 28% dari jumlah pengeluaran pada tahun 2020.• Inisiatif pemangkin huluan: penubuhan pusat benih ikan berkualiti untuk mengurangkan penggantungan kepada benih ikan import.• Pendekatan mekanisme syarikat ‘anchor’ akan digunakan untuk memastikan pengeluaran dijalankan dalam skala besar dan di integrasi dari peringkat pembenihan sehingga pemprosesan.• Lokasi ZIA (cth. Tasik Kenyir, Tasik Bakun, Tasik Temenggor) telah dikenal pasti untuk pelaksanaan.
  • 13. EPP 5 : Integrasi Lembu Di Ladang Kelapa Sawit• Syarikat penternakan lembu akan mengadakan kontrak dengan pengurusan ladang kelapa sawit khususnya Syarikat Berkaitan Kerajaan, untuk menyewa tanah mereka. Tumpuan adalah kepada ragutan rumput bergilir-gilir yang tersusun bagi memastikan keuntungan dan kemampanan. Kami menyasar untuk meningkatkan jumlah lembu di ladang kelapa sawit sebanyak 300,000 ekor menjelang 2020. Maklumat Projek :• Integrasi sebanyak 300,000 lembu di ladang kelapa sawit berskala besar, pada anggaran 3-4 hektar untuk satu lembu.• Penubuhan Jawatankuasa Pembangunan Program Integrasi Lembu untuk memantau pelaksanaan projek.• Penekanan kepada pemakanan rumput bergilir yang sistematik, patuh kepada GAHP, dan program pembiakan lembu yang selari dengan program pemilik estet.
  • 14. EPP 6 : Replikasi i-ZAQ• IZAQ merupakan model akuakultur yang berdasarkan konsep rangkaian berskala industri, zon akuakultur di darat yang disokong oleh syarikat- syarikat penaung yang kukuh. Setiap satu IZAQ mempunyai infrastruktur bersepadu yang terdiri dari tempat penetasan, kawasan pembesaran, kilang pemprosesan dan kilang memproses makanan ternakan yang terletak di atas kawasan seluas 1,000 hektar. Maklumat Projek :• Penubuhan Taman Akuakultur bersaiz 1,000 ha untuk pengeluaran udang berkualiti tinggi untuk pasaran premium dan eksport.• Setiap IZAQ akan dioperasi oleh sebuah syarikat ‘anchor’. SMEs dan pengusaha kecil akan menyertai projek ini melalui skim ladang kontrak.• Model IZAQ terkini sedang dilaksanakan di Setiu oleh Blue Archipelago Sdn Bhd. Sasaran untuk mewujudkan 10 IZAQ hingga tahun 2020.• Konsep ini juga boleh digunapakai untuk jenis ikan yang lain cth. Lobster, siakap
  • 15. EPP 7 : Pasaran Premium Buah Dan Sayur Segar• Kerajaan berhasrat untuk mempertingkatkan pengeluaran buah-buahan dan sayur- sayuran yang berkualiti lebih tinggi dan lebih baik, yang mengikut standard keselamatan pemakanan, dengan itu membolehkan akses kepada pasaran premium di Timur Tengah dan Eropah. Pelbagai buah-buahan tropika premium seperti betik eksotika, nenas MD2, tembikai susu KR1, belimbing B10, nangka J32, pisang Cavendish dan tiga jenis sayur- sayuran tanah tinggi, iaitu tomato, kapsikum dan daun salad akan menjadi hasilan pertanian teras. Maklumat Projek :• Pengeluaran 5 jenis buah-buahan tropika bernilai tinggi: tembikai susu, belimbing, betik, pisang dan nenas; dan 3 jenis sayur-sayuran tanah tinggi bernilai tinggi: lettuce, tomato dan capsicum.• TKPM sedia ada akan digunapakai untuk pengeluaran tembikai susu, belimbing dan betik. TKPM dikenalpasti merangkumi Puncak Baring, Bukit Sapi, Sendayan, Lanchang, Inderapura, Kuala Lipis, dan lain-lain.• Program ‘intercropping’ untuk kelapa sawit dan pisang/nenas akan dilaksanakan oleh FELDA.• Program pemulihan, intensifikasi dan konsolidasi tanah untuk meningkatkan pengeluaran sayur-sayuran tanah tinggi di Cameron Highland dan Lojing I & II.
  • 16. EPP 8 : Taman Pengeluaran Makanan• Kerajaan akan membuat penyusunan semula dan penskalaan ke atas industri menerusi syarikat penaung domestik yang akan menubuhkan empat taman pemakanan bersepadu secara berperingkat. Sasaran adalah untuk menyiapkan kelompok pertama di penghujung tahun 2013, dua pada 2015 dan yang akhir pada 2018. Syarikat penaung akan bertanggungjawab untuk mendapatkan pensijilan produk (seperti piawaian halal, keselamatan pemakanan, makanan organik dan semula jadi), pembungkusan, penjenamaan dan pemasaran dan pengurusan pembekal. Syarikat-syarikat ini akan menubuhkan rangkaian pembekal bahan mentah, pembekal bahan-bahan dan pengilang produk akhir dalam taman pemakanan, sama ada menerusi penempatan semula ataupun pembangunan industri kesil dan sederhana (IKS) sedia ada. Maklumat Projek :• Pembangunan Taman Pengeluaran Makanan berintegrasi berasaskan pendekatan model syarikat ‘anchor’ untuk menyelaraskan SME dan pengusaha kecil dengan tujuan pengeluaran berskala besar dalam sistem yang diakreditasi.
  • 17. EPP 9 : Pengeluaran Beras Wangi Di Luar Kawasan Saliran• Sejenis beras baharu (MRQ76) telah ditemui oleh MARDI, yang mempunyai 80 peratus ciri-ciri serupa dengan beras wangi asing, dengan itu membolehkannya mengambil kesempatan pasaran beras mewah berbanding beras putih biasa. Tumpuan adalah kepada penanaman MRQ76 di kawasan tadah hujan, memanfaatkan ciri-ciri toleransi kemarau, yang akan membolehkan hasil meningkat di kawasan tadah hujan. Kawasan tertentu akan dikenal pasti untuk menanam beras jenis ini, untuk memastikan tidak ada kontaminasi oleh jenis beras putih biasa, pengilang tertentu akan dilantik untuk mengelak kontaminasi dan mengekalkan identiti jenama produk di pasaran pengguna. Identiti premium ini akan membolehkan petani mendapatkan harga padi yang belum dikisar sebanyak 20 hingga 30 peratus lebih tinggi, dengan itu meningkatkan pendapatan mereka. Maklumat Projek :• Penanaman beras wangi berskala komersial di luar kawasan saliran untuk meningkatkan purata hasil negara, menggantikan import beras wangi dan menembusi pasaran beras organik.• Syarikat ‘anchor’ dikenalpasti untuk pengeluaran beras Jasmine MRQ76, Sime Darby, akan meningkatkan pengeluaran dari ladang perintis di Gedung ke kawasan lain.• Syarikat ‘anchor’ dikenalpasti untuk pengeluaran beras Basmati MRQ74, Infoculture Sdn Bhd, akan meluaskan pengeluaran dari ladang sawah di Langkawi ke Lanchang.• MARDI akan membantu dari segi R&D untuk menghasilkan variety baru bagi beras wangi.
  • 18. EPP 10 : Penanaman Padi di MADA• Kerajaan akan menggalakkan penanaman berskala komersial, memperbaiki kepadatan pengairan dan mempercepatkan penggunaan teknologi baharu dengan matlamat untuk mempertingkatkan hasil kepada 8 tan sehektar menjelang 2020. Maklumat Projek :• Pembaikan pengurusan ladang dengan pengenalan skim penggemeleengan tanah sebanyak 500 hektar untuk setiap ladang dan pemberian insentif kepada petani tradisional untuk menyerah tanah.• Mempercepatkan penggunaan teknologi dengan memperkenalkan varieti benih baru, teknologi pengeluaran/pemprosesan, dan penggunaan mesin berskala besar.• Intensikasi penggunaan infrastruktur dengan meningkatkan kepadatan saliran di kawasan berpotensi untuk meningkatkan hasil.• MADA dan BERNAS akan bekerjasama untuk menubuhkan SPV bagi pelaksanaan inisiatif di MADA.
  • 19. EPP 11 : Penanaman Padi Di Kawasan Jelapang• Model yang akan diguna pakai di kawasan Muda, terutamanya peruntukan insentif untuk menggalakkan penyumberluaran bagi pengurusan tanah dan penubuhan perbadanan beras bersepadu, akan diaplikasi di jelapang KADA dan kawasan seperti Batang Lupar di Sarawak dan Kota Belud di Sabah. Di jelapang yang dikendalikan oleh Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA), fokus semasa fasa awal adalah untuk memberi insentif bagi menggalakkan penyumberluaran bagi pengurusan tanah. Maklumat Projek :• Model yang dilaksanakan di MADA akan dilaksanakan di KADA.• Membangunkan 4,300 hektar di Batang Lupar dan 5,000 ha di Kota Belud dengan tumpuan di kawasan bertanah berpotensi tinggi dan memasukkan sistem pengurusan pengairan hingga aras tersier. dan program mitigasi banjir• Menubuhkan entiti yang dimiliki oleh koperasi peladang dan kerajaan yang akan mengurus aktiviti penanaman padi dari huluan ke hiliran.• Membangunkan program R&D untuk varieti padi di Sarawak bagi peningkatan hasil, ketahanan kemarau & penyakit.
  • 20. EPP 12 : Penambahan Ladang Fidlot• Pengembangan kapasiti fidlot sebanyak 240,000 ekor di Malaysia melalui peningkatan dalam bilangan fidlot berskala kecil dan pembangunan sebuah syarikat penaung untuk mengukuhkan hubungan antara ladang dan pengguna. Haiwan akan dibawa masuk ke negara ini dalam saiz yang optimum untuk memastikan kebanyakan nilainya dicakupi di Malaysia berbanding hanya bertindak sebagai hab untuk haiwan yang sudah digemukkan. Maklumat Projek :• Penubuhan 300 ladang satelit di bawah naungan syarikat ‘anchor’ untuk operasi ladang fidlot. Syarikat ‘anchor’ yang telah dikenalpasti adalah National Feedlot Corporations.• Syarikat ‘anchor’ akan menguruskan operasi seluruh rantai nilai dengan memberi tumpuan kepada pemprosesan hiliran bersepadu.• Operasi hiliran akan dimajukan dengan melaksanakan sistem pensijilan untuk rumah sembelih, penghantaran daging melalui rantaian sejuk, promosi pembezaan daging lembu dan daging kerbau serta formulasi produk berasaskan daging.• Makanan ternakan dan pembiakan secara permanian beradas (artificial insemination)
  • 21. EPP 13 : Kluster Tenusu• Pembangunan tiga kelompok ladang tenusu dengan 27,000 ribu ekor lembu tenusu dan kemudahan pemprosesan hiliran, untuk meningkatkan kecukupan susu Malaysia daripada 2 peratus kepada 5 peratus menjelang 2020. Memperkenalkan kembali program susu sekolah untuk memperbaiki tanggapan pengguna terhadap industri tenusu tempatan sambil memastikan ada pembeli yang mantap. Maklumat Projek :• Penubuhan kluster tenusu yang diketuai oleh syarikat ‘anchor’ untuk mengeluarkan susu dalam skala besar dan menguruskan operasi dari pengeluaran ke pemasaran.• Menaiktaraf kemudahan pemprosesan susu sedia ada untuk memastikan kualiti susu dari ladang ke pasaran adalah terjaga.• Syarikat ‘anchor’ yang dikenalpasti adalah: Dutch Lady Milk Industries, Evergreen Livestock, and Fonterra.
  • 22. EPP 14 : Pembangunan Industri Benih• Pada masa ini, tiada pusat penyelidikan pembenihan atau ternakan yang mantap untuk tanaman dan ternakan tropika. Oleh yang demikian, terdapat potensi untuk Malaysia menjadi negara pertama untuk menubuhkan pusat pembiakan serantau, yang dapat memanfaatkan pertumbuhan yang dijangka dalam sektor pertanian di Indonesia, Thailand dan Vietnam. Kerajaan akan menubuhkan Pusat untuk Penemuan dan Pengesahan Penanda (CDMV) bagi menerajui penyelidikan biji benih dan stok pembiak baka. Dengan kerjasama sebuah pusat penyelidikan terkemuka dari Kanada, CMDV akan dibentuk dan dibina untuk menyokong penyaringan bertruput tinggi untuk bahan genetik bagi mencari penanda molekular yang mempunyai ciri-ciri yang dikehendaki. Ini membolehkan penghasilan bahan penanaman atau stok pembiak baka yang diperakui mengandungi ciri-ciri yang diingini, lantas membolehkan Malaysia menjual produk ini untuk meningkatkan dan memperoleh nilai yang lebih tinggi. Maklumat Projek :• Pengenalan teknologi ‘Marker-Assisted Selection’ untuk menghasilkan baka yang mempunyai ciri-ciri yang diperlukan cth. hasil tinggi, tahan penyakit• Penubuhan Majlis Benih Negara (Jawatankuasa Benih Negara sebagai struktur interim) untuk memantau pembangunan industri benih di Malaysia untuk mengurangkan penggantungan kepada baka import.
  • 23. EPP 15 : Penyertaan Syarikat Multi-Nasional• Kerajaan berusaha menarik pelabur yang berpotensi dalam bioteknologi pertanian, memanfaatkan insentif bio-neksus sedia ada dan memfokuskan pada bidang seperti nutrisi tanaman dan/atau penggalak bio-hasil, bio-racun perosak dan perisa serta pewangi. Pelaburan boleh dijalankan sama ada melalui penggabungan dan pemerolehan, usaha sama atau menubuhkan syarikat yang baharu Maklumat Projek :• Menarik pelaburan asing dalam bidang Biotekologi Pertanian ke Malaysia untuk menyumbang kepada pelbagai sektor yang akan menyumbang kepada industri dan membangunkan sumber manusia yang berkemahiran tinggi• Biotechcorp akan menjadi agensi pelaksana dan menyediakan pakej yang sesuai untuk membawa masuk pelaburan asing ke dalam negara
  • 24. EPP 16 : Pengambilalihan Syarikat Luar Negara/JV• Memperoleh empat operasi lembu luar negara bagi memastikan bekalan tetap untuk pembiak lembu, haiwan tenusu dan lembu untuk fidlot tempatan. Pelaburan juga akan menjana keuntungan untuk Malaysia, memandangkan ladang luar negara boleh mengeksport ke pasaran global. Maklumat Projek :• Memastikan sumber ternakan yang konsisten dan berpatutan untuk pembiakan, program fidlot dan tenusu untuk 10 tahun akan datang.• Skop projek telah diperluaskan untuk mengambil kira sektor pertanian lain yang berpotensi cth perniagaan ayam di luar negara untuk membawa masuk keuntungan ke dalam negara• Syarikat yang telah dikenalpasti termasuk SEDC Sarawak, Intan Farm, Felda Global Venture Holding dan NFC
  • 25. NKEA Pemborongan dan peruncitan• 13 EPP tersebut ialah:• EPP 1 : Program Transformasi Kedai Runcit (TUKAR)• EPP 2 : Pasar Komuniti dan Pasar Karavan (PAKAR)• EPP 3 : Pemodenan Bengkel Automotif (ATOM)• EPP 4 : Makan Bazaar• EPP 5 : Pembangunan Kedai Format Besar• EPP 6 : Gedung 1Malaysia• EPP 7 : Gedung Maya• EPP 8 : Pengambilalihan Jenama Asing• EPP 9 : Resort Sejahtera• EPP 10 : Bebas Cukai Malaysia• EPP 11 : Jualan Bersepadu 1Malaysia• EPP 12 : Big Box Boulevards (BBB)• EPP 13 : Hub Runcit KLIA
  • 26. NKEA PENDIDIKAN• Kerajaan sedang berusaha mempertingkatkan standard kualiti dan mencipta penjenamaan Malaysia sebagai sebuah pusat pendidikan tinggi antarabangsa.• Kerajaan menumpukan kpd peranan institusi swasta dlm menerajui inovasi dan memacu pembangunan dlm industri pendidikan tinggi.• Kerajaan mengaggap sektor pendidikan swasta sebagai pemangkin untuk mentransformasi industri pendidikan.• Pelaksanaan aspirasi NKEA pendidikan memerlukan lima peralihan penting,khususnya:a) Struktur industrib) Pengantarabangsaan pelajarc) Kaedah baru dlm cara bekerjad) Transformasi pengawalaseliaane) Peralihan pembiayaan
  • 27. 13EPP terbahagi kpd tiga tema Tema 1:Inisiatif penskalaan ke atas dengan cepat-tujuan : untuk membangunkan rangkaian sekolah swasta berkualiti tinggi atau meningkatkan penglibatan sektor swasta dlm pasaran yg tidak bersepadu dan belum matang. Tema 2:Inisiatif penumpuan dan pengkhususan Tema 3:Inisiatif menjana permintaan tujuan : meningkatkan rasa kesanggupan individu untuk membayar bagi kursus berkualiti tinggi yg ditawarkan dan untuk mengeksport pendidikan dgn membangunkan Malaysia sebagai pusat pendidikan serantau.
  • 28. • Tema 1:EPP1 : Penskalaan ke atas pusat penjagaan awal kanak- kanak dan pusat pendidikan awalEPP2 : Penambahbaikan penjagaan awal kanak2 dan latihan pendidikanEPP3 : Penskalaan ke atas sekolah antarabangsaEPP4 : Mengembangkan latihan guru swastaEPP5 : Pengskalaan ke atas penyediaan latihan kemahiran swastaEPP6 : Mengembangkan pengajian jarak jauh antarabangsa
  • 29. • Tema 2 :EPP7 : Membangunkan kelompok disiplin pendidikan kewangan dan perniagaan IslamEPP8 : Membangunkan kelompok disiplin pendidikan sains kesihatanEPP9 : Membangunkan kelompok disiplin kejuruteraan lanjutan, sains dan inovasiEPP10: Membangunkan kelompok disiplin hospitaliti dan pelanconganEPP11: Melancarkan EduCity@Iskandar
  • 30. • Tema 3 :EPP12 : Menyokong penjenamaan Malaysia sebagai sebuah pusat pendidikan antarabangsaEPP13 : Memperkenalkan kerjasama awam swasta dlm pendidikan asas
  • 31. NKEA Pelancongan• Definisi: ~ Pelancongan merujuk kpd pelancongan libur dan pelancongan perniagaan dan ia merangkumi subsektor yg berikut:1. Penginapan2. Membeli-belah3. Produk pelancongan4. Makanan dan minuman5. Pengangkutan dlm negeri dan pengangkutan domestik
  • 32. • 12 EPP terbahagi kpd lima tema: Tema 1: Barangan mewah mampu milik Tema2 : Kembara Alam Semula Jadi Tema3 : Keseronokan Seisi Keluarga Tema4 : Acara,Hiburan,Spa dan Sukan Tema5 : Pelancongan Perniagaan
  • 33. • Tema 1:EPP1 : Menempatkan Malaysia sebagai destinasi membeli belah bebas cukai bagi barangan pelanconganEPP2 : Menjadikan kawasan Kuala Lumpur City Centre(KLCC)-Bukit Bintang sebagai Presint Membeli belah yg meriahEPP3 : Membuka tiga ruang perniagaan prenium baharudi MalaysiaTema 2 :EPP4 : Memartabatkan m’sia sebagai hab biodiversiti global
  • 34. • Tema3:EPP5 : Membangunkan resort bersepadu eko-semula jadi di SabahEPP6 : Mewujudkan Straits Riviera• Tema4 :EPP7: Menyasarkan lebih banyak acara antarabangsaEPP8 : Mewujudkan zon hiburan khasEPP9 : (a)Membangunkan kepakaran tempatan dan mengawal selia industri spa dgn lebih baik (b)Meluaskan tawaran pelancongan sukan di m’sia tanpa hanya terbatas pada penganjuran acara
  • 35. • Tema5 :EPP10 : Memartabatkan m’sia sebagai destinasi Pelancongan perniagaan yg terutama projek merentas temaEPP11 : Meningkatkan kesalinghubungan dgn pasaran jarak sederhana yg pentingEPP12 : Menambah baik kadar , jenis dan kualiti hotel
  • 36. • 21 projek baru di bawah tujuh Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) yang dijangka mampu melonjakkan Pendapatan Negara Kasar (GNI) sebanyak RM4.59 bilion menjelang 2020.
  • 37. • NKEA Pertanian, katanya, ia melibatkan pelaburan bernilai RM456.69 juta dan RM367.58 juta GNI serta mewujudkan 2,539 peluang pekerjaan bagi menambah baik jaringan keselamatan makanan negara.• NKEA Perkhidmatan Perniagaan pula menyaksikan pelaburan sebanyak RM2.4 bilion dan RM1.41 bilion GNI di samping mewujudkan 10,909 peluang pekerjaan dalam bidang pembuatan dan pembaikan kapal, kejuruteraan reka cipta, pusat maklumat serta pusat perkhidmatan global.
  • 38. • NKEA Pemborongan dan Peruncitan pula melibatkan pelaburan berjumlah RM466.8 juta yang menyumbang kepada RM1.1 bilion nilai GNI dan mencipta 16,363 peluang pekerjaan.• NKEA Penjagaan Kesihatan menyaksikan pelaburan RM107.14 juta dengan RM238.06 juta GNI dan menyediakan 3,735 peluang pekerjaan dalam tempoh lapan tahun akan datang.
  • 39. • NKEA Pendidikan, kata Perdana Menteri, ia melibatkan pelaburan RM535.58 juta dan menyumbang RM146.39 juta dalam GNI serta mewujudkan 660 peluang pekerjaan dalam tempoh itu.• NKEA Elektrikal dan Elektronik pula menyaksikan pelaburan RM4 bilion dan 1,000 peluang pekerjaan dengan 400 daripadanya merupakan pekerjaan berkemahiran tinggi.
  • 40. • NKEA Greater KL pula melibatkan pelaburan RM12.5 bilion termasuk pembinaan Bandar Antarabangsa Sepang dengan RM1.34 bilion GNI dan menyediakan 4,712 peluang pekerjaan.
  • 41. NKEA MINYAK SAWIT• PENGENALAN Bidang Ekonomi Utama Negara Minyak Sawit atau lebih dikenali sebagai ‘NKEA sawit’ adalah strategi jangka panjang kerajaan untuk memancu ekonomi Malaysia ke arah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.• Industri Minyak Sawit adalah komoditi keluaran tempatan telah dikenal pasti dan diyakini sebagai satu bidang ekonomi utama Negara (NKEA) yang perlu ditransformasikan merangkumi keseluruhan rantaian nilai dari aktiviti perladangan sehingga kepada produk siap.
  • 42. • lapan projek permulaan (EPP) di mana lima (5) di peringkat huluan dan tiga (3) di peringkat hiliran.• EPP mensasar peningkatan sumbangan industri sawit kepada PNK sebanyak RM125.3 bilion daripada RM52.7 bilion (2009) kepada RM178 bilion menjelang 2020.• EPP telah disasar menjana RM47.1 bilion Pendapatan Negara kasar. Ini membabitkan pelaksanaan lapan (8) EPP di mana lima (5) di peringkat huluan yang akan menjana PNK RM33.1 bilion manakala tiga di peringkat hiliran yang menjana PNK RM14 bilion.
  • 43. • EPP yang berorientasikan penyelesaian masalah semasa mampu:a) Meningkatkan pendapatan pekebun kecil persendirian kelapa sawit sebanyak 47 peratus ;b) Meningkatkan produktiviti tenaga buruh tempatan dengan penggunaan mekanisasi ladang seterusnya mengurangkan 15-20 peratus penggantungan kepada buruh asing; danc) Menguasai permintaan minyak sawit global yang semakin meningkat.
  • 44. • Di peringkat huluan EPP digubal dengan matlamat peningkatan produktiviti dan kemampanan sektor huluan industri sawit seperti : EPP 1 - Mempercepatkan penanaman semula kelapa sawit EPP 2 - Mempertingkatkan hasil buah tandan sawit (BTS) EPP 3 - Mempertingkatkan produktiviti pekerja EPP 4 - Meningkatkan kadar perahan minyak sawit EPP 5 - Membangunkan bio-gas dikilang kelapa sawit.
  • 45. • Di peringkat hiliran industri sawit, EPP digubal dengan bermatlamatkan perkembangan dan kemampanan sektor hiliran sawit seperti : EPP 6 - Membangunkan derivative oleo EPP 7 - Mengkomersialkan bio-bahan api generasi kedua EPP 8 - Mempercepatkan pertumbuhan sektor hiliran berasaskan makanan.
  • 46. • Secara keseluruhan Projek Transformasi Ekonomi Industri sawit mensasarkan peningkatan kepada PNK sebanyak RM125.3 bilion di mana lapan EPP akan menjana PNK sebanyak RM47.1 bilion, peluang perniagaan baru sebanyak RM74.6 bilion dan kesan penggandaan ekonomi (economic multiplier) sebanyak RM3.6 bilion. Di samping sasaran peningkatan dalam PNK, pelaksanaan projek permulaan akan mewujudkan sejumlah 122,400 peluang pekerjaan.
  • 47. TAMAT