kajian-tindakan-matematik
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Like this? Share it with your network

Share

kajian-tindakan-matematik

on

  • 1,494 views

 

Statistics

Views

Total Views
1,494
Views on SlideShare
1,494
Embed Views
0

Actions

Likes
1
Downloads
55
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

kajian-tindakan-matematik Document Transcript

  • 1. Kajian Tindakan 1 Nama dan Alamat Sekolah SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KOTA KLIAS, 89808 BEAUFORT, SABAH. Nama Pengkaji MOHD NAZAN BIN KAMARUL ZAMAN Tajuk Kajian MENINGKAT KEMAHIRAN PELAJAR MEMFAKTORKAN PERSAMAAN KUADRATIK DENGAN MENGGUNAKAN KALKULATOR (BACKWARD SOLUTION-KAEDAH KEBELAKANG) BAGI PELAJAR TINGKATAN 5 VOLTA.
  • 2. Kajian Tindakan 2 1.0 REFLEKSI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN YANG LALU Kajian ini dijalankan kepada 23 orang murid Tingkatan 5 Volta (5V) di Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Klias, Sabah. Sekolah ini mempunyai dua kelas Tingkatan 5 iaitu satu kelas Sains dan satu kelas Sastera. Tingkatan 5V adalah kelas Sains. Objektif kajian, pertamanya untuk menentukan tahap pencapaian murid dalam memfaktor persamaan kuadratik. Keduanya, mengenalpasti bentuk kesilapan murid dan akhir sekali mengenalpasti kesilapan dan mengetahui bagaimana cara mereka mendapatkan jawapan. Daripada rekod keputusan peperiksaan semester dan ujian bulanan kelas tingkatan 5 Volta, didapati bahawa tahap penguasaan murid untuk bab dua “Quadratic expressions and Equations” masih lagi ditahap yang lemah. Semasa memeriksa kertas ujian excel 1, saya dapati bahawa murid masih lemah dalam melakukan pemfaktoran untuk soalan persamaan kuadratik. Daripada jawapan murid yang menggunakan kaedah silang, hanya 21.74% atau 5 orang murid sahaja menjawap dengan betul. Pelbagai bentuk jawapan yang diberikan oleh murid dalam membuat pemfaktoran. Saya merasakan bahawa penerangan bersama contoh, aktiviti dan penekanan beserta penyertaan pelajar dan latihan yang diberikan di dalam kelas sudah cukup untuk pelajar menguasai konsep ini. Sangkaan ini meleset apabila mendapati rata rata pelajar saya masih belum dapat menguasainya.Ini terbukti daripada keputusan peperiksaan excel yang baru saja berlalu. Mereka tidak dapat menjawab solan yang berkaitan dengan tajuk ini. Bagi kebanyakan pelajar, matematik dianggap sebagai satu mata pelajaran yang sukar dan mengelirukan (Noor Azlan, 2005). Ini membuatkan saya teruja untuk mengkaji permasalahan ini . Tajuk ini menjadi tajuk kajian tindakan yang bakal saya jalankan.
  • 3. Kajian Tindakan 3 2.0 FOKUS KAJIAN Fokus kajian kes saya ialah untuk menyelesaikan masalah pelajar saya yang gagal memfaktorkan persamaan kuadratik dengan betul. Saya merasakan bahawa penekanan dalam menyelesaikan masalah ini penting kerana konsep ini adalah merupakan sebahagian daripada soalan kertas 1 yang pasti mereka akan hadapi dan soalan wajib bagi murid menjawab dikertas 2. Fokus kepada kajian kes saya ialah: i. Murid menguasai kemahiran memfaktorkan persamaan kuadratik menggunakan kalkulator. ii. Murid dapat menguasai kemahiran memfaktorkan persamaan kuadratik dengan cepat dan betul. iii. Murid tidak melakukan kesilapan dalam memfaktorkan ungkapan kuadratik 3.0 OBJEKTIF KAJIAN 3.1 OBJEKTIF AM Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran murid memfaktorkan persamaan kuadratik ax2 + bx + c = 0 3.2 OBJEKTIF KHUSUS 1. Murid menguasai kemahiran memfaktorkan persamaan kuadratik menggunakan kalkulator. 2. Murid dapat menguasai kemahiran memfaktorkan persamaan kuadratik dengan cepat dan betul. 3. Murid tidak melakukan kesilapan dalam memfaktorkan ungkapan kuadratik 4.0 KUMPULAN SASARAN Kajian ini melibatkan semua murid tingkatan 5Volta Lelaki : 9 orang Perempuan : 14 orang Jumlah : 23 orang
  • 4. Kajian Tindakan 5.0 Bil 1. 2. 3. 4. 5. 4 PELAKSANAAN KAJIAN Aktiviti Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal. Membincang dan menganalisis masalah yang timbul dalam tindakan 1. Menulis Proposal Kajian Pembentangan Proposal Kajian Pelaksanaan “Program Backward Solution” 6. 7. 8. - Ujian Pra (memfaktorkan persamaan kuadratik) - bimbingan penggunaan kalkulator untuk memfaktorkan persamaan kuadratik - Ujian Post Refleksi Kajian Menulis Laporan Kajian Pembentangan dapatan Kajian 5.1 Tarikh Pelaksanaan Catatan Ujian Excel 1 Februari April 29 / 04 / 2009 5 – 12 Mei 2009 TINJAUAN MASALAH 5.1.1 4 Mei 2009 5 – 11 Mei 2009 12 Mei 2009 Julai Julai Julai Pemerhatian Saya teruja untuk menjadikan tajuk kecil ini sebagai tajuk kajian (walaupun nampak mudah) tetapi menjadi masalah untuk pelajar saya menguasai konsep ini. Pelajar saya kurang memberi tumpuan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran, sebahagian menunjukkan respon yang baik sebelum pelajar kurang kajian dijalankan. Malahan pelajar tidak menunujukkan sikap yakin diri apabila saya meminta mereka menjawab soalan di papan putih. Keputusan ujian topikal dan ujian bulanan juga tidak memberangsangkan.
  • 5. Kajian Tindakan 5.1.2 5 Ujian pra dan pos Ujian pra dijalankan kepada pelajar untuk menguji kemahiran mereka tentang konsep ini. Item adalah dari konsep asas pemfaktoran kepada ”kaedah kebelakang” dalam menyelesaikan persamaan kuadratik dalam bentuk ax2 + bx + c = 0 dan sebaliknya. Keputusan pelajar ramai yang gagal dan tiada pelajar yang mendapat keputusan 100 %. Konsep mudah ini kemudian saya konkritkan lagi dalam minda pelajar melalui aktiviti berkumpulan dan individu . Ganjaran diberikan kepada kumpulan dan individu yang mendapat markah yang tertinggi. Pelajar diuji lagi dengan ujian pos dangan format soalan yang sama. Item dipilih dari soalan tahun tahun lepas yang agak ebih mencabar minda pelajar. 5.2 ANALISIS TINJAUAN MASALAH 5.2.1 Analisis pemerhatian Berdasarkan pemerhatian selepas kajian dijalankan didapati: - murid lebih memahami dan dapat menguasai konsep topik diatas. - Lebih yakin menjawab soalan di papan putih. - Suasana pembelajaran di dalam kelas lebih memberangsangkan.
  • 6. Kajian Tindakan 5.2.1 6 Analisis Ujian Pra dan Ujian Pos Keputusan bagi kedua dua ujian adalah seperti tertera di bawah. BIL NAMA Ujian Pra Ujian Pos 1 Adi Nur Hidayat Sahat 30 80 2 Hasan Abd Rahman 25 75 3 Mohammad Harris Harnain 25 70 4 Mohd Asis Ishak 10 40 5 Mohd Faizan Kassim 15 60 6 Mohd Hafiz Hashim 20 65 7 Mohd Hafizz Jusri 25 77 8 Mohd Huzaimi Mustapin 15 62 9 Mohd Ihsan Ahmad 30 77 10 Anisah Mat Sidek 25 75 11 Dg. Nor Shazalienawati A. Rosdi 80 100 12 Effa Nazihah Abd Kasim 20 - 13 Faruzyanah Taha 15 65 14 Khairiyah Shahzwana 25 77 15 Kujaimah Jandih 20 70 16 Noorazuanna Sulaiman 35 80 17 Norazuwa Zuyyin Mazlan 60 100 18 Norillyana Rizal 20 70 19 Nur Nabila Izzati Mat Jali 70 100 20 Siti Aisah Abdul 25 70 21 Siti Arnina Muhamad 50 95 22 Siti Fauziah Abd Aziz 25 65 23 Sozillah Aris 75 100
  • 7. Kajian Tindakan 7 Dapatan Ujian Pra dan Ujian Pos menunjukkan terdapat peningkatan dari segi pencapaian murid. Murid yang sedikit ini telah dapat menguasai konsep asas topik kajian tindakan ini. 5.3 1. TINDAKAN YANG DIJALANKAN Langkah pertama yang saya ambil ialah memikirkan teknik berkesan untuk menyampaikan konsep ini kepada pelajar. Tiada teknik khas hanya pemantapan konkrit konsep melalui latihan berkala. 2. Untuk memantapkan penguasaan konsep ini – teknik latih tubi saya terapkan pada murid . 3. Cungkil pengetahuan sedia ada murid tentang menukarkan persamaan kepada bentuk am. 4. Tekankan persamaan am persamaan kuadratik dalam bentuk ax2 + bx + c = 0 dan disertakan nota ringkas. 5. Murid akan menulis konsep ini setiap kali sebelum memulakan sesi aktiviti . 6. Seterusnya latihan berkumpulan diberikan . Dalam aktiviti ’ match and mate ’ Murid dibahagikan kepada 6 kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada 4 orang dan ada 1 kumpulan terdiri daripada 3 orang ahli. 7. Murid membuat latihan 1 dan latihan 2 di antara masa senggang yang ada untuk menguji kemahiran pelajar. Perbincangan dijalankan diantara guru dan pelajar. 8. Murid menjalani ujian pos untuk menguji pemantapan kemahiran 9. Disusuli pula dengan perbincangan sebagai pengukuhan.
  • 8. Kajian Tindakan 5.4 8 PELAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIAN / PENILAIAN Kajian tindakan ini telah dilaksanakan dalam tempoh 2 minggu (8 sesi) dan diluar waktu pengajaran dan pembelajaran. Saya memperuntukkan 5 waktu seminggu untuk bertemu murid dan membimbing mereka memantapkan konsep mudah ini. Minggu pertama saya konkritkan konsep topik ini kepada murid secara peta minda. Disusuli dengan beberapa latihan pengukuhan. Pada minggu ke dua adalah sesi aktiviti berkumpulan untuk memantapkan kemahiran bersama rakan rakan. Aktiviti berkumpulan adalah seperti di bawah : Disediakan 4 buah meja dengan aktiviti yang berlainan: - Meja 1 – Menukar persamaan kuadratik kepada bentuk am - Meja 2 – Murid menentukan nilai a, b dan c - Meja 3 – Menggunakan kalkulator untuk mendapat puncapunca kepada persamaan kuadratik - Meja 4 – Menukar jawapan kepada faktor Latihan pengukuhan selepas aktiviti adalah sangat memberangsangkan dari segi pemarkahan berbanding dengan latihan pada minggu pertama. Minggu berikutnya pelajar menduduki ujian pos .Berdasarkan pemerhatian saya subtopik kecil ini adalah mudah untuk dilaksanakan. Pelajar sasaran saya juga adalah pelajar terpilih dari Aliran Sains. Mereka sebenarnya terkejut dengan subjek ini yang pertama kali mereka belajar, ada sebahagian tajuk sukar untuk mereka memahaminya Saya mendapat respon dari pelajar bahawa mereka suka untuk membuat aktiviti aktiviti yang seperti ini . Mereka lebih memahami kerana konsepnya dimantapkan beberapa kali.
  • 9. Kajian Tindakan 5.5 9 REFLEKSI KAJIAN Prestasi pelajar yang sangat ketara dalam Ujian Pra dan Ujian Pos 1 menunjukkan keberkesanan aktiviti secara individu , berkumpulan , latihan yang diberi disatukan di dalam topik kajian tindakan saya. Di samping menggalakkan murid membina sikap dan personaliti yang positif terutama dalam aktiviti berkumpulan yang dijalankan. Saya memandang hikmahnya memilih subtopik yang agak mudah ini kerana dengan sedikit ilmu pengetahuan mengenai penulisan kajian tindakan saya teruskan jua. Pembelajaran secara ini sangat berkesan untuk memantapkan sesuatu konsep sehingga murid murid master dalam topik ini. Suasana semasa kerja berkumpulan dapat membantu murid murid membina kemahiran sosial menggalakkan kerjasama dan membina keyakinan diri. 6.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA Prestasi murid murid saya menunjukkan peningkatan yang baik dan mereka telah memahami konsep memfaktorkan persamaan kuadratik dalam bentuk ax 2 + bx + c = 0. Hasil dari kajian tindakan yang dijalankan , saya dapati terdapat perubahan yang positif dari segi amalan pengajaran guru dan pembelajaran murid. Semoga hasil kajian saya ini dapat dimanfaatkan dan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik, berkesan dan menyeronokkan.
  • 10. Kajian Tindakan 10 LAMPIRAN
  • 11. Kajian Tindakan 11 Lampiran 1 Aktiviti-aktiviti ini akan diubah suai mengikut keperluan setelah saya melaksanakan tinjauan awal. Bil 1. 2. 3. 4. Aktiviti Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal. Membincang dan menganalisis masalah yang timbul dalam tindakan 1. Menulis Proposal Kajian Pembentangan Proposal Kajian Pelaksanaan “Program Backward Solution” 5. 6. 7. 8. Tarikh Pelaksanaan Ujian Excel 1 Februari April 29 / 04 / 2009 5 – 12 Mei 2009 - Ujian Pra (memfaktorkan persamaan kuadratik) - bimbingan penggunaan kalkulator untuk memfaktorkan persamaan kuadratik - Ujian Post Refleksi Kajian Menulis Laporan Kajian Pembentangan dapatan Kajian 4 Mei 2009 5 – 11 mei 2009 12 Mei 2009 Catatan
  • 12. Kajian Tindakan 12 Lampiran 2 SOALAN SOALSELIDIK Jawab semua soalan. Tandakan ( / ) pada petak yang berkenaan. Kerjasama anda sangat dihargai. 1. Jantina L P 2. Bangsa M B L 3. Keputusan UPSR bagi matapelajaran Matematik A B C D E 4. Keputusan PMR bagi matapelajaran Matematik A B C D E 5. Pendapatan Keluarga <500 500 - 1000 1000 - 2000 >2000 6. Adakah anda mengikuti kelas tuisyen matematik di pusat tuisyen Ya Tidak Pilih jawapan yang tepat. 1-Sangat Tidak Setuju 2-Tidak Setuju 3-Tidak Pasti 4-Setuju 5-Sangat Setuju 1 7. Saya meminati matapelajaran matematik 8. Saya menyiapkan latihan matematik yang diberikan oleh guru 9. Saya mempunyai masalah keluarga 10. Ahli keluarga saya memberi sokongan yang penuh untuk saya belajar 11. Keadaan di rumah saya menyebabkan saya sukar untuk memberi tumpuan masa belajar. 12. Saya bekerja diluar waktu sekolah 13. Saya selalu tidur lewat kerana menonton televisyen 14. Saya membantu ibu dan bapa membuat kerja di rumah 15. Saya tiada masa untuk mengulangkaji pelajaran di rumah 16. Saya tidak berminat untuk belajar 17. Saya tidak dapat beri tumpuan semasa guru mengajar. 18. Matematik adalah matapelajaran yang susah untuk belajar 19. Guru matematik tidak membantu saya untuk memahami topik-topik yang diajar. 20. Cara guru matematik mengajar sangat bosan dan tidak menarik 21. Saya suka guru mengajar menggunakan bahasa Inggeris 22. Saya tidak memahami apa yang disampaikan oleh guru matematik 23.Latihan yang diberikan oleh guru tidak mencukupi 24. Saya akan belajar jika guru matematik seorang yang garang 25. Saya suka ponteng kelas matematik 26. Saya selalu tidur dalam kelas semasa guru mengajar 27. Saya tidak suka keadaan kelas yang bising 28. Kelas saya sangat bising 29. Keadaan di rumah saya sangat bising 30. Kawan-kawan saya mempengaruhi saya untuk bersembang- sembang semasa guru mengajar 2 3 4 5
  • 13. Kajian Tindakan 13 SMK KOTA KLIAS, 89808 BEAUFORT, SABAH NAME:........................... Lampiran 3 PRE-TEST 1. Factorize each of the quadratic expressions given below. a) m² + 3m – 10 b) x² – 8x + 15 c) 2x² + 5x – 3 d) p² – 2p – 8 2. Find the roots of each quadratic equation given below by using factorization. a) x² + 4x + 4 = 0 b) 3x² + 2x – 5 = 0
  • 14. Kajian Tindakan 14 3. Solve the following quadratic equations. a) (h – 4)² = 4 c) p 2 = p +6 2 b) x + 5 = 6 x d) x² =– 4(3 – 2x)
  • 15. Kajian Tindakan 15 Lampiran 4 SMK KOTA KLIAS, 89808 BEAUFORT, SABAH POST-TEST NAME:........................... 1. Factorize each of the quadratic expressions given below. a) s² – 2s – 8 b) x² – 8x + 15 c) 2h² + 5h – 3 d) m² + 3m – 10 2. Find the roots of each quadratic equation given below by using factorization. a) x² = - 4x - 4 b) 3x² + 2x = 5
  • 16. Kajian Tindakan 16 3. Solve the following quadratic equations. a) (h – 4)(h – 4) = 4 b) x(x + 5) = 6 c) 2 p 2 = p + 6 d) x2 =– 4 (3 −2 x )