Penulisan akses ekuiti

2,692
-1

Published on

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total Views
2,692
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
137
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Penulisan akses ekuiti

  1. 1. ISI KANDUNGAN1.0 PENGENALAN .............................................................................................................................. 12.0 AKSES DAN EKUITI ....................................................................................................................... 13.0 ISU-ISU BERKAITAN PERGURUAN ............................................................................................... 4 3.1 PENEMPATAN GURU ......................................................................................................... 4 3.2 TUNTUTAN TEMPAT KERJA ............................................................................................... 5 3.3 KEMAHIRAN KOMUNIKASI ................................................................................................ 6 3.4 INTERAKSI SOSIAL .............................................................................................................. 74.0 ISU-ISU BERKAITAN PELAJAR ...................................................................................................... 9 4.1 PELAJAR KURANG UPAYA ................................................................................................... 9 4.2 PENGHAFALAN SEBELUM KEFAHAMAN ............................................................................. 9 4.3 PELUANG BELAJAR ........................................................................................................... 10 4.4 SISTEM SOALAN PEPERIKSAAN ........................................................................................ 11 4.5 PELAJAR BERPENCAPAIAN RENDAH .................................................................................. 11 4.6 KECERDASAN LOGIK-MATEMATIK..................................................................................... 12 4.7 LATAR BELAKANG KELUARGA ........................................................................................... 12 4.8 PSIKOLOGI PELAJAR........................................................................................................... 135.0 CADANGAN TERHADAP ISU-ISU ................................................................................................ 146.0 KESIMPULAN ............................................................................................................................. 197.0 RUJUKAN ................................................................................................................................... 20
  2. 2. SME 6044 CONTEMPORARY ISSUES IN MATHEMATICS EDUCATION1.0 PENGENALAN Sistem pendidikan memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunannegara. Pendidikan yang berkualiti dan cemerlang merupakan salah satu usaha yang bolehmembangunkan generasi bangsa yang akan menjulang nama negara pada masa akan datangselaras dengan hasrat Wawasan 2020 untuk meningkatkan status negara Malaysia sebagaisebuah negara yang sedang membangun kepada sebuah negara perindustrian yang majusepenuhnya menjelang tahun 2020. Matlamat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020dapat dilaksanakan melalui pembangunan sumber manusia yang lengkap, seimbang,bersepadu dan menyeluruh. (Ahmad Fauzi, 1997). Ini bermakna, proses pembangunansumber manusia seharusnya memastikan tidak terdapat mana-mana golongan di dalamnegara kita yang tercicir atau diabaikan. Untuk mencapai matlamat pembangunan sumbermanusia yang yang lengkap, seimbang, bersepadu dan menyeluruh, maka sistem pendidikanseharusnya berupaya menyediakan peluang yang secukupnya kepada semua lapisanmasyarakat khususnya pelajar. Salah satu penumpuan penting yang perlu diberikan adalahmemastikan pendidikan haruslah diberi sama rata kepada semua pelajar tanpa mengambilkira bangsa, etnik, budaya dan amalan atau cara hidup.2.0 AKSES DAN EKUITI Menurut Kamus Dewan edisi yang ke-4, akses bermaksud proses atau cara untukmencapai atau memperoleh sesuatu data dan maklumat. Akses juga boleh didefinisikansebagai capaian. Bagi ekuiti pula, ia bermaksud pemilikan yang sama rata dalam sesebuahorganisasi atau saksama dan juga adil. Oleh itu, akses dan ekuiti dalam pendidikanbermaksud keupayaan dan kemampuan sistem pendidikan negara kita dalam menyediakanpeluang untuk menikmati pendidikan yang bukan sahaja luas tetapi juga adil, saksama sertabermutu untuk semua lapisan rakyat Malaysia. Dokumen Pembangunan Pendidikan 2001-2010 Kementerian Pelajaran Malaysia(PPKPM) yang dibangunkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) merupakan salah 1
  3. 3. SME 6044 CONTEMPORARY ISSUES IN MATHEMATICS EDUCATIONsatu elemen rujukan bagi mencorakkan dunia pendidikan pada masa depan bagi negaraMalaysia. Pembangunan Pendidikan 2001-2010 juga bertujuan memperkembangkan potensiindividu secara menyeluruh bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi,rohani, dan intelek selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK); meningkatkankreativiti dan inovasi di kalangan pelajar; meningkatkan budaya ilmu; membudayakan sainsdan teknologi; membudayakan pembelajaran sepanjang hayat; menyediakan sistempendidikan yang lebih cekap, berkesan, dan bertaraf dunia; menjadikan Malaysia sebagaipusat kecemerlangan pendidikan serta meningkatkan martabat pendidikan Malaysia padaperingkat antarabangsa. Rancangan ini disusun mengikut teras iaitu meningkatkan akseskepada pendidikan dan meningkatkan ekuiti dalam pendidikan, meningkatkan kualitipendidikan, dan meningkatkan tahap kecekapan serta keberkesanan pengurusanpendidikan. Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) pula telah mengubal Pelan StrategikPengajian Tinggi Negara (PSPTN) yang komprehensif dan holistik bagi tujuanmemartabatkan pengajian tinggi negara supaya menjadi satu bahagian dalamkecemerlangan pengajian tinggi antarabangsa. Pelan strategik ini telah menggariskan tujuhteras utama iaitu meluaskan akses dan meningkatkan ekuiti, menambahbaik kualitipengajaran dan pembelajaran, memperteguh penyelidikan dan inovasi, memperkasakaninstitusi pengajian tinggi, mempergiat pengantarabangsaan, membudayakan pembelajaransepanjang hayat dan memperkukuhkan sistem penyampaian KPT. Secara keseluruhannya, akses dan ekuiti berkait rapat antara satu sama lain danamat penting dalam meningkatkan tahap pendidikan di Malaysia. Ini dapat dibuktikan dalampembentukan Pembangunan Pendidikan dan PSPTN, kedua-dua pelaksanaan ini mempunyaimatlamat atau objektif yang sama iaitu dapat meluaskan akses dan meningkat ekuiti agarsemua warganegara memperoleh peluang pendidikan berkualiti secara keseluruhannya.Agihan input pendidikan pula dibuat secara adil kepada semua institusi pendidikan bagimembolehkan semua pelajar menikmati pembelajaran sebenar pada tahap optimum.Pembangunan. Sistem pendidikan yang berkualiti dan berkesan dapat menyumbang ke arahmenjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan. Pendidikan matematik adalah pendidikan yang memberi penekanan kepadaperkembangan pelajar secara menyeluruh termasuk perkembangan kognitif, sikap,psikomotor dan penerapan nilai-nilai murni untuk menjadikan rakyat berguna selaras 2
  4. 4. SME 6044 CONTEMPORARY ISSUES IN MATHEMATICS EDUCATIONdengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Matlamat pendidikan matematik pula adalahuntuk membentuk individu yang berfikiran matematik, berketrampilan mengaplikasikanpengetahuan matematik dengan berkesan, bertanggungjawab dalam menyelesaikanmasalah dan membuat keputusan, berupaya menangani cabaran dalam kehidupan harianhasil perkembangan sains dan teknologi. Seperti yang kita ketahui, matematik berkait rapat dengan kehidupan seharianmanusia yang mana penggunaan matematik telah meliputi pelbagai jenis aktiviti. Kemajuannegara bergantung kepada kemajuan sains dan teknologi, perkembangan perdagangan danekonomi yang berkait rapat dengan penggunaan matematik. (Mok Soon Sang, 1996). Justeruitu adalah penting sekiranya setiap pelajar diberikan peluang untuk menikmati pendidikanmatematik yang bukan sahaja luas tetapi juga adil, saksama serta bermutu. Akses dan ekuitidalam pendidikan matematik didefinisikan sebagai hak semua individu mendapatkanpengetahuan matematik dengan sempurna dan mendapat peluang seluasnya bagi mencapaitahap tertinggi dalam pengetahuan matematik melalui pendidikan sama rata. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) matematik, dua elemen pentingyang terlibat adalah guru dan juga pelajar. Proses pengajaran dan pembelajaran matematikseharusnya melibatkan secara aktif antara guru dan pelajar supaya penyampaian guru danpenerimaan pelajar terhadap perkara yang dipelajari berjaya tanpa berlaku sebaranghalangan. Namun begitu, sehingga kini ialah masih terdapat pelbagai isu yang timbulberkaitan dengan akses dan ekuiti dalam pendidikan yang membawa kepada halangan ataucabaran dalam pendidikan matematik di institusi-institusi pengajian di Malaysia. Keadaan inidinyatakan oleh Noraini Idris, (2005) dalam buku beliau, dalam proses P&P matematik,terdapat kekuatan dan kekurangan serta halangan dalam proses pengajaran. 3
  5. 5. SME 6044 CONTEMPORARY ISSUES IN MATHEMATICS EDUCATION3.0 ISU-ISU BERKAITAN PERGURUAN 3.1 PENEMPATAN GURU Permasalahan berkenaan isu penempatan guru sering diperkatakan dan ianya berkait rapat dalam usaha untuk mencapai akses dan ekuiti dalam pendidikan matematik. Mengikut statistik Kementerian Pelajaran pada April 2010 mendapati bilangan guru lelaki berkhidmat di sekolah kini ialah 126,580 manakala guru wanita 279,650 orang.(RIFAAT, 2010). Soalnya, adakah menjadi satu masalah jika guru perempuan lebih ramai daripada guru lelaki? Salah satu isu hangat yang diperbincangkan adalah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menghadapai masalah untuk menempatkan guru perempuan di sekolah luar bandar khususnya di pedalaman dan pulau. Isu ini juga mendapat perhatian daripada Presiden Kesatuan Guru Lepasan Maktab Semenanjung Malaysia (KGLMSM), Jemale Paiman, beliau menyatakan "Penempatan guru lelaki lebih mudah berbanding perempuan terutama kawasan pedalaman yang membabitkan soal keselamatan” (AMIR, 2010). Tambahan pula penempatan guru menjadi lebih sukar apabila terdapat rungutan dari guru-guru yang ditawarkan ke kawasan luar bandar. Kebanyakan mereka sukar menerima tawaran tersebut kerana faktor kedudukan sekolah yang jauh dan kemudahan yang terhad, malah ada yang sanggup memilih untuk menganggur daripada dihantar bertugas di bahagian pedalaman. Apabila guru-guru terlalu memilih dan tidak mahu mengalah dalam soal penempatan maka akibatnya akan timbul permasalahan dalam ketidaksepadanan pengagihan guru mengikut opsyen sebenar. Secara tidak langsung wujudnya “bidan terjun” di mana guru bukan opsyen terpaksa mengajar bagi memenuhi keperluan pelajar. Guru yang mengajar tidak mengikut opsyen akan menyebabkan akses dan ekuiti dalam pendidikan menjadi tidak berjaya. Tambahan pula jika ianya melibatkan subjek-subjek kritikal seperti Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris. Guru bukan opsyen mempunyai pengetahuan yang agak terbatas dan tidak mampu menyampaikan ilmu tersebut secara menyeluruh. Selain itu, akan timbul pula isu guru bukan opsyen gagal untuk menjawab pertanyaan murid atau sentiasa 4
  6. 6. SME 6044 CONTEMPORARY ISSUES IN MATHEMATICS EDUCATIONmenangguh untuk menjawab soalan. Akibatnya, murid merasa kurang berkeyakinanterhadap guru tersebut dan sekali gus menghilangkan minat untuk mempelajarisubjek yang diajar oleh guru berkenaan. Ini selaras dengan pendapat Johdi (2007)yang menyatakan jika halangan dan gangguan terhadap perkembangan murid-muirdberlanjutan, situasi ini akan mengakibatkan perencatan dan pembunuhan minatmereka untuk belajar.3.2 TUNTUTAN TEMPAT KERJA Laporan Nilai Prestasi Tahunan (LNPT) diwujudkan bagi menentukankecemerlangan dan kenaikan pangkat penjawat awam. Usaha murni kerajaan iniadalah bertujuan mempertingkatkan prestasi dan motivasi pegawai. Markah LNPTtersebut akan dinilai oleh Ketua jabatan masing-masing. Namun begitu, salah satuisu yang hangat diperbincangkan ialah apabila Ketua Jabatan menetapkan markahLNPT bergantung dengan keputusan pembelajaran pelajar. Contohnya, jika peratuskelulusan pelajar di dalam pelajaran matematik tidak memenuhi sasaran PetunjukPrestasi Utama (KPI) Jabatan, maka markah LNPT akan menjadi rendah. Apabila guruterikat dengan situasi tersebut, ada kemungkinan timbul pemasalahan di mana guruhanya memfokuskan pembelajaran ke atas tajuk-tajuk di dalam subjek matematikyang akan diuji dalam peperiksaan sahaja. Tambahan pula, soalan yang ditanya lebihmenjurus persoalan teori berbanding persoalan kemahiran. Soalnya, adakah aksesdan ekuiti dalam pendidikan matematik tercapai jika pembelajaran hanyamemfokuskan kepada peperiksaan? Matematik merupakan satu mata pelajaran penting dalam kehidupanseharian yang meletakkannya sebagai satu mata pelajaran yang mesti diajardiepringkat sekolah rendah dan sekolah menengah. (Abu Bakar et.al, 2007).Tambahan pula, matematik merupakan asas kepada bidang sains. Selaras denganstatus dan pentingnya mata pelajaran matematik, pihak Kementerian PelajaranMalaysia telah berusaha mempertingkatkan bilangan pelajar dalam aliran sains danbukan sains kepada nisbah 60:40 dengan harapan mampu mencapai sebuah negaramaju seperti yang tercatat dalam Wawasan 2020. Namun begitu, hasrat kerajaan ini 5
  7. 7. SME 6044 CONTEMPORARY ISSUES IN MATHEMATICS EDUCATIONtidak akan tercapai jika gaya pengajaran guru hanya memfokuskan pembelajaranmatematik berdasarkan penguasaan konsep atau memfokuskan pembelajaransekadar untuk menjawab soalan peperiksaan. Ini adalah kerana gaya pengajaranseperti ini tidak akan dapat membantu pelajar untuk mengaplikasikan pengetahuanmatematik mereka kelak.3.3 KEMAHIRAN KOMUNIKASI Kejayaan para pelajar dalam pembelajaran matematik mempunyai hubunganrapat dengan kebolehan dan keberkesanan pengajaran guru. Pengajaran yangberkesan memerlukan komunikasi yang bersesuaian bagi membolehkan prosespengajaran dan pembelajaran berjaya. Penggunaan bahasa yang sesuai di dalamkelas mampu mempertingkatkan kefahaman pelajar dengan lebih baik. Adalahmenjadi perkara utama bagi setiap guru perlu mengenal pasti terlebih dahulu latarbelakang pelajar agar pemilihan bahasa yang bakal digunakan dalam kelas dapatdifahami oleh semua pelajar. Sebagai contoh, penggunaan Bahasa Inggeris sebagai medium penyampaianpengajaran matematik adalah kurang sesuai jika pelajar di dalam kelas majoritilemah dalam penguasaan Bahasa Inggeris. Ini kerana dikhuatiri konsep di dalam ilmumatematik yang ingin disampaikan tidak sampai kepada pelajar. Maka sudah pastiberlaku kegagalan akses dan ekuiti dalam pendidikan matematik. Masalah kesilapandalam penggunana bahasa telah terbukti apabila timbul isu kemerosotan prestasipelajar berlaku ketika sepanjang perlaksanaan program PPSMI. Menteri Besar Johor,Datuk Abdul Ghani Othman menyatakan rumusan kajian yang mendapati PPSMIgagal memberi manfaat kepada pelajar khususnya Melayu dan Bumiputera di luarBandar harus dipandang serius memandangkan ia akan menjejaskan usaha kerajaanmeramaikan kelompok itu dalam aliran sains bagi mengikuti kursus kritikal diUniversiti. (Salbiah, 2009). Menurut Ketua Pengarah Pertubuhan Pendidikan,Saintifik, Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), Irina Bokova, secaraprinsipnya UNESCO menggalakkan pihak sekolah mengajar dalam bahasa ibundaterutama bagi murid di peringkat sekolah rendah. Katanya lagi, "Kualiti pendidikan 6
  8. 8. SME 6044 CONTEMPORARY ISSUES IN MATHEMATICS EDUCATIONmenjadi lebih baik apabila murid-murid diajar dalam bahasa ibunda," (UtusanMalaysia, 2011). Masalah lain yang turut menyumbang kepada kemerosotan prestasimurid ialah kelemahan dalam kalangan guru sendiri yang tidak mampumenyampaikan ilmu itu dalam bahasa Inggeris dengan baik.3.4 INTERAKSI SOSIAL Pendidikan adalah lebih sinonim dengan suatu proses pengajaran danpembelajaran yang melibatkan perhubungan atau komunikasi dan interaksi di antaraguru dan murid-muridnya. Di dalam kelas, guru merupakan medium utama dalammendidik pelajar untuk berjaya. Guru sering dianggap model kepada pelajar. Gurudijadikan contoh atau teladan yang baik bagi pelajar-pelajarnya. Namun begitu,apabila guru menunjukkan sikap negatif pada murid maka kepercayaan pelajarkepada guru akan menurun. Sebagai contoh, penggunaan bahasa yang kasar dankesat di dalam kelas hanya membuatkan pelajar berasa tidak selesa di dalam kelassekaligus mengakibatkan pelajar hilang motivasi untuk menuntut ilmu. Selain itu,sikap guru yang garang serta suka menghukum juga boleh membantutkan minatpelajar untuk belajar apatah lagi untuk berinteraksi dengan guru bagi bertanyakansoalan yang kurang faham. Secara tidak langsung, situasi tersebut bolehmenimbulkan masalah kebimbangan dikalangan pelajar untuk mempelajarimatematik. Tambahan pula, mata pelajaran matematik sering dianggap matapelajaran yang membosankan dan kurang digemari dikalangan pelajar. Sehubunganitu, akan mengakibatkan kegagalan akses dan ekuiti dalam pendidikan khususnyapendidikan matematik. Guru perlu sentiasa bersikap positif kepada pelaj-pelajar, denganmenggunakan percakapan-percakapan yang baik, budi pekerti yang halus dan lemahlembut, sehinnga terbukalah hati para pelajar untuk menerima ilmu guru denganbaik. Tutur kata atau arahan yang baik yang disampaikan secara teratur danberkesinambungan juga dituntut dalam Islam, seperti firman Allah S.W.T. 7
  9. 9. SME 6044 CONTEMPORARY ISSUES IN MATHEMATICS EDUCATIONBermaksud: Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allahmengemukakan satu perbandingan, iaitu: kalimah yang baik adalah sebagai sebatangpohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangannya) tetap teguh, dan cabangpucuknya menjulang ke langit.(Abdullah, 2003) Adalah lebih baik jika hukuman digantikan dengan kata-kata nasihat yangmana boleh mempertingkatkan motivasi pelajar dalam pembelajaran. Pemberianpengharagaan kepada usaha yang ditunjukkan oleh pelajar dalam menyelesaikanmasalah matematik khususnya juga merupakan teknik untuk meningkatkan motivasipelajar. Menurut Abuddin (2001), apabila terdapat di antara pelajar kita bersungguh-sungguh dalam pembelajarannya atau pelajar-pelajar yang cemerlang, sebaiknyaguru memberikan hadiah di samping sumbangan kewangan secara percuma yangmanfaatnya akan kembali kepada mereka sendiri. Ini adalah kerana pelajar-pelajaryang menerima hadiah itu akan merasa bangga, disamping mereka akan berusahamengambil erti dalam pemberian itu. Dalam buku beliau turut disertakan hadis yangmenyokong kenyataan beliau iaitu:“Berlumba-lumbalah dalam soal memberikan hadiah, sebab hadiah itu dapatmenghilangkan keraguan dalam hati” (al-Turmuzi) 8
  10. 10. SME 6044 CONTEMPORARY ISSUES IN MATHEMATICS EDUCATION4.0 ISU-ISU BERKAITAN PELAJAR 4.1 PELAJAR KURANG UPAYA Salah satu jenis masalah pembelajaran pelajar matematik ialah mempunyai masalah Diskalkulia. Diskalkulia ini merupakan masalah pembelajaran spesifik yang mempengaruhi pemerolehan atau pembelajaran kemahiran arithmetic (Wikipedia, 2008). Pelajar-pelajar yang mempunyai masalah ini sukar untuk memahami konsep nombor walaupun yang mudah, selain itu mereka juga sukar untuk mengingati simbol matematik seperti tambah, darab, tolak dan bahagi. Pelajar Diskalkulia juga tidak dapat membezakan nilai besar dan nilai kecil. Kebolehcapaian pelajar-pelajar Diskalkulia ini terhadap subjek matematik akan terus berkurangan kerana guru-guru tidak mengasingkan pelajar-pelajar ini daripada pelajar normal kerana guru-guru beranggapan pelajar-pelajar ini juga normal kerana mereka boleh mempelajari subjek vokasional dengan baik. Kos yang tinggi juga diperlukan untuk proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) pelajar kurang upaya (OKU). Contohnya gambarajah timbul dan mesin braile matematik untuk pelajar yang mempunyai kecacatan penglihatan. Pakar-pakar matematik lebih menumpukan kepada pelajar-pelajar normal. Pemerhatian daripada pakar kepada pelajar OKU sangat kurang, ini kerana pakar perlu memahami masalah dan sikap pelajar OKU itu sendiri jika mahu memberi tumpuan kepada proses P&P mereka. Walaupun secara realitinya pelajar-pelajar OKU ini lebih memerlukan pakar- pakar untuk memastikan mereka tidak terus ketinggalan dalam menguasai mata pelajaran matematik. 4.2 PENGHAFALAN SEBELUM KEFAHAMAN Pelajar masa kini lebih senang menghafal jalan kerja tanpa memahami konsep terlebih dahulu. Oleh itu mereka tidak akan dapat menguasai keseluruhan topik, mereka juga akan mempunyai masalah jika diberikan soalan aplikasi, selain itu mereka tidak akan dapat menerangkan mengapa mereka menggunakan sesuatu langkah jalan kerja untuk menyelesaikan sesuatu soalan itu. Apabila pelajar-pelajar 9
  11. 11. SME 6044 CONTEMPORARY ISSUES IN MATHEMATICS EDUCATIONini menghafal, mereka tidak akan dapat memberi anggaran untuk menyemakjawapan. Contohnya bagi topik janjang aritmetik, jika pelajar menghafal rumus bagimencari sebutan ialah Tn=a+(n-1)d, maka jika sesuatu masa mereka terlupa rumusini, mereka tidak akan dapat menjawab soalan untuk mencari nilai sebutan. Tetapijika mereka memahami konsep, tanpa rumus sebutan ini mereka tetap dapatmencari nilai sebutan kerana setiap sebutan merupakan hasil tambah nilai sebutansebelumnya dengan nilai d. Oleh itu, dapat dikatakan bahawa pelajar yangmenghafal akan mempunyai kebolehcapaian yang terhad terhadap mata pelajaranmatematik.4.3 PELUANG BELAJAR Menurut Noraini Idris (2005), sesetengah sekolah sebilangan besar pelajarsastera tingkatan 4 dan 5 tidak mempelajari matematik. Walaupun mata pelajaranini mesti dipelajari seperti yang termaktub dalam peraturan sekolah iaitu 200 minitseminggu untuk pelajar sastera. Pihak sekolah beranggapan pelajar-pelajar sasteraini tidak akan lulus untuk matapelajaran matematik ataupun mereka tidak akanmendapat markah yang baik seterusnya akan menurunkan gred mata pelajaranmatematik. Apabila kes ini berlaku, secara majoritinya pelajar bumiputera tidak akanberpeluang mempelajari matematik kerana majoritinya pelajar yang mengambilaliran sastera merupakan pelajar bumiputera. Pihak sekolah tidak sepatutnya tidak menyekat para pelajar untukmempelajari matematik. Ini kerana jika kita lihat kembali kepada tokoh-tokoh ilmuanterdahulu seperti Al-Khawarizmi, walaupun dia merupakah pakar matematik tetapidalam masa yang sama beliau juga merupakan pakar dalam bidang goegrafi danastronomi. 10
  12. 12. SME 6044 CONTEMPORARY ISSUES IN MATHEMATICS EDUCATION4.4 SISTEM SOALAN PEPERIKSAAN Soalan peperiksaan ‘boleh dipilih’ menyebabkan pelajar hanya mempelajaritopik-topik tertentu. Contohnya soalan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) matematikkertas 2 bahagian B, pelajar boleh memilih 4 soalan daripada 5 soalan yangdiberikan. Setiap satu soalan itu mewakili satu bab. Oleh itu, pelajar akan mengambillangkah untuk hanya mempelajari 4 bab ini dan meninggalkan 1 bab daripada 5soalan ini yang mereka anggap susah. Guru-guru juga ada yang hanya mengajar 4bab ini sahaja daripada 5 soalan ini kerana mereka tidak sempat untukmenghabiskan silibus. Guru-guru mengajar dengan lebih memfokuskan kepada peperiksaan, makaguru-guru ini akan mengambil langkah untuk mengajar apa yang perlu sahaja keranaguru-guru tiada masa untuk mengajar ‘lebih-lebih’. Pelajar juga akan meminta guruuntuk mengajar apa yang perlu sahaja kerana mereka juga tiada masa dan minatuntuk belajar ‘lebih-lebih’. Contohnya untuk nilai pi=3.142, guru akan memintapelajar menghafal sahaja nilai ini tanpa memberitahu nilai ini sebenarnya merupakannilai nisbah ukur lilit bulatan kepada diameternya.4.5 PELAJAR BERPENCAPAIAN RENDAH Guru-guru yang sibuk mengejar silibus secara realitinya akan meninggalkanpelajar yang lemah terus dibelakang. Pelajar-pelajar yang lemah ini dapatdikenalpasti melalui rekod prestasi mereka, pemerhatian guru ataupun melalui ujian.Pelajar lemah atau yang berpencapaian rendah ini menghadapi kesukaran untukmemberi perhatian kepada langkah yang terlibat dalam penyelesaian masalah.Mereka dapat menyelesaikan soalan yang melibatkan satu langkah tetapi tidak dapatmenyelesaikan soalan yang melibatkan banyak langkah penyelesaian. Contohnyamereka dapat mencari nilai sudut jika hanya melibatkan nombor sahaja, tetapi jikanilai sudut itu diwakilkan dengan nilai seperti 2y 3y, pelajar ini tidak akan dapatuntuk menyelesaikan masalah ini. Pelajar berpencapaian rendah juga mempunyaimasalah untuk mengingati langkah penyelesaian dan mempunyai masalah 11
  13. 13. SME 6044 CONTEMPORARY ISSUES IN MATHEMATICS EDUCATIONkeupayaan visual-ruang, iaitu lemah untuk system garis lurus, garis nombor,menentukan arah dan mengagak jarak. Pelajar berpencapaian rendah akan menerima pendekatan P&P yang samadengan pelajar normal lain. Oleh sebab itu, mereka akan terus lemah dalammatematik dan yang paling penting mereka juga akan lemah dalam kemahiran asasseperti pecahan dan peratus yang penting untuk meneruskan pengajian ke peringkattinggi dan untuk kegunaan seharian.4.6 KECERDASAN LOGIK-MATEMATIK Pelajar yang tidak mempunyai kecerdasan logik-matematik ataupun lebihdikenali sebagai pelajar otak kanan lebih cenderung untuk subjek-subjek seni sepertimuzik dan lukisan. Melalui teori otak Triune, setiap individu akan lebih cenderunguntuk menggunakan salah satu belahan otak yang dominan dan sebelah otak lagiakan berada dalam keadaan tenang. Oleh itu pelajar otak kanan akan menganggapmatematik sebagai satu mata pelajaran yang mana para pelajar perlu mengikutiperaturan yang diajar oleh guru walaupun mereka tidak memahami peraturantersebut (Noraini Idris, 2005). Seterusnya pelajar-pelajar ini hanya akan menggunakan strategi yang diajaroleh guru sahaja tanpa memikirkan kaedah lain. Kesannya mereka tidak akanberkeupayaan tinggi dan cemas apabila berhadapan dengan soalan aplikasi. Oleh itu,pelajar otak kanan ini perlu diberi lebih bimbingan untuk memastikankebolehcapaian mereka terhadap subjek matematik meningkat.4.7 LATAR BELAKANG KELUARGA Pelajar yang mempunyai ibu bapa yang tidak berpelajaran selalunya akankurang kebolehcapaian mereka terhadap matematik. Ini kerana ibu bapa merekatidak dapat membantu mengajar mereka dirumah. Pelajar juga tidak akanbermotivasi untuk belajar hingga cemerlang kerana persekitaranya hanya dikelilingiorang tidak berpelajaran tinggi. Pendapatan keluarga yang kurang juga akan 12
  14. 14. SME 6044 CONTEMPORARY ISSUES IN MATHEMATICS EDUCATIONmenghalang kebolehcapaian pelajar terhadap mempelajari matematik. Pelajar yangtidak mampu untuk kesekolah akan terus tidak mempelajari matematik. Ada jugapelajar-pelajar ini ke sekolah, tetapi mereka tidak mampu untuk mengikuti kelastambahan ataupun membeli buku rujukan. Oleh itu kebolehcapaian merekaterhadap mata pelajaran matematik tidak akan sama dengan pelajar yang lahir darikeluarga berpendapatan tinggi. Pembelajaran pelajar juga dipengaruhi oleh pendidikan keluarga. Sebagaicontoh pelajar yang lahir dari keluarga seni akan lebih cenderung untuk mempelajaridengan mendalam mata pelajaran yang berkaitan seni. Pelajar ini akan kurang untukdibimbing mempelajari mata pelajaran yang sedikit jauh dari bidang mereka sepertimatematik.4.8 PSIKOLOGI PELAJAR Pada peringkat umur 12-20 tahun pelajar akan berada pada tahap identitilawan kekeliruan peranan. Pada tahap ini remaja akan cuba berusaha mewujudkanidentity dan persepsi sendiri terhadap dunia mereka. Mereka juga mula memikir dirimereka sebagai bakal teman hidup, ibu bapa dan ahli masyarakat. Sekiranya usahamencari identiti diri ini gagal, mereka akan mula meragui peranan dan fungsi merekadalam masyarakat (Ramlah Jantan dan Mahani Razali,2004). Oleh itu, pelajar-pelajarakan berperang dengan emosi perkembangan mereka dalam masa yang sama untukmenerima pengajaran oleh guru. Pelajar-pelajar belajar hanya kerana mereka perluhadir kesekolah pada usia ini. Keseluruhan mereka masih lagi samar dengan tujuanmereka belajar. Mereka belum mendapat gambaran kepentingan belajar dan tujuanmereka belajar. Mereka sendiri tidak mempunyai gambaran mengenai hala tujumasa depan mereka kerana masih belum memahami carta alir proses pembelajarandan tiada pendedahan daripada pihak sekolah dan juga keluarga. Jika pelajar tidak kuat untuk bertarung dengan gelojak emosi yangdihadapinya, kebolehcapaiannya dalam matematik akan terganggu. Ini kerana 13
  15. 15. SME 6044 CONTEMPORARY ISSUES IN MATHEMATICS EDUCATION mereka akan hanyut melayan perasaan seperti bercinta tanpa memberi tumpuan kepada proses pembelajaran di sekolah.5.0 CADANGAN TERHADAP ISU-ISU Penerapan nilai dalam pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan Matematikperlu diterap secara tersurat atau tersirat di dalam bilik darjah supaya kebolehcapaianpengetahuan Matematik dapat diterima sepenuhnya oleh pelajar. Penerapan nilai menjadiagenda utama kurikulum pendidikan Malaysia, khususnya di sekolah menengah.Setiap gurumemiliki set nilai tertentu, yang boleh mempengaruhi persediaan dan pelaksanaanpengajarannya. Dalam membuat persediaan pengajaran, seseorang guru akan cubamerancang apakah nilai yang akan terterap dalam pengajaran bilik darjah (Mohd Uzi, 2007).Bishop (1988) telah mengenal pasti tiga pasangan nilai matematik yang saling melengkapiiaitu; ‘rasionalisme’ dan ‘objektisme’, ‘kawalan’ dan ‘kemajuan’, serta ‘keterbukaan’ dan‘misteri’. Contohnya, apabila guru meminta pelajar menjelaskan atau membandingkanantara tiga cara membuktikan Teorem Pythagoras, adalah berkait dengan nilai matematikrasionalisme dan keterbukaan. Bagaimanapun, saling interaksi antara guru dengan pelajar,disamping ahli dalam budaya, seperti pentadbir sekolah, kurikulum dan ibu bapa, mungkinboleh mempengaruhi penerapan nilai pengajaran guru matematik dalam bilik darjah. Nilaidalam pengajaran guru matematik adalah merupakan kecenderungan seseorang gurumatematik tentang bagaimana sepatutnya atau tidak sepatutnya mereka bertindak ataukecenderungan seseorang guru matematik melakukan sesuatu perkara dalam prosespengajaran di bilik darjah. Jadi, amalan guru dalam pengajaran bilik darjah, sama adamelalui tutur kata ataupun tindakan, menggambarkan nilai yang terterap dalam pengajaranbilik darjah.Sekiranya nilai pengajaran Matematik diterapkan di dalam bilik darjahberkemungkinan besar pelajar boleh mendapatkan pengetahuan Matematik dengansempurna dan mendapat peluang seluasnya bagi mencapai tahap tertinggi dalampengetahuan Matematik. Berdasarkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010, KementerianPelajaran Malaysia (KPM) telah mula menyediakan pentaksiran alternatif dan mengkajisemula sistem penilaian untuk menjadikan persekolahan tidak berorientasikan peperiksaan. 14
  16. 16. SME 6044 CONTEMPORARY ISSUES IN MATHEMATICS EDUCATIONPenekanan peperiksaan awam yang berasaskan kandungan diubah kepada peperiksaanyang lebih berasaskan kemahiran atau daripada bersifat ujian pencapaian kepada ujiankebolehan am. Konsep pentaksiran mula disediakan pada tahun 2006, kemudianpentaksiran alternatif pula terlaksana pada tahun 2010. Melalui pelaksanaan pentaksiranalternatif maka terhasillah sistem penilaian pada tahun itu juga. Sistem penggal akan dikajisemula dan digantikan dengan sistem semester bagi menjadikan suasana persekolahantidak berorientasikan peperiksaan. Bagi memantapkan kualiti sistem pentaksiran danpenilaian, standard prestasi kebangsaan bakal diperkenalkan untuk dibandingkan denganstandard negara lain. Dengan penghasilan sistem penilaian ini, maka para guru Matematikseharusnya tidak terlalu terikat dengan sistem penilaian yang hanya berorientasikanpeperiksaan yang mengakibatkan para pelajar dididik untuk mempelajari subjek Matematikhanya untuk berjaya di dalam peperiksaan dan tidak dapat mengaplikasikannya dalamkehidupan seharian. Oleh itu, kajian sistem penilaian seharusnya sentiasa diperhalusi lagisupaya kemantapannya lebih analitik mengikut peredaran zaman. Al-Quran telah memberi beberapa garis panduan sebagai asas bagi mewujudkanperhubungan atau interaksi yang berkesan di antara seseorang dengan seseorang yang lain,namun dalam konteks ini interaksi antara guru Matematik dan pelajar amatlah penting bagimencapai proses pengajaran dan pembelajaran Matematik dengan sempurna. Di antaraayat-ayat Al-Quran yang menjelaskan tentang perkara tersebut ialah :“Dan kalaulah engkau terpaksa berpaling daripada mereka untuk tidak melayani merekakerana menuntut Rahmat Tuhan kamu yang kamu mengharapkannya, maka katakanlankepada mereka kata-kata yang baik menyenangkan hati”. (Al-Isra’: 28)“Maka rahmat Allah yang menyebabkan kamu berlemah lembut terhadap mereka.Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri darisekelilingmu”. (Al-‘Imran : 159)“Serulah (manusia) ke jalan (agama) Tuhanmu dengan kebijaksanaan dan nasihat yang baikdan berbahasalah dengan mereka dengan cara yang sebaik-baiknya…” (An-Nahl : 125) 15
  17. 17. SME 6044 CONTEMPORARY ISSUES IN MATHEMATICS EDUCATION Sebagai guru, khususnya guru subjek Matematik haruslah mempunyai pendekatanpengajaran yang menarik minat para pelajar untuk mempelajari Matematik. Penggunaanyang kasar dan kesat hanya akan membantutkan motivasi pelajar bagi mendalami ilmuMatematik dengan sebaiknya. Hukuman sekiranya digantikan dengan penghargaan ataukata-kata nasihat yang berguna adalah lebih bermakna kepada pelajar bagi meningkatkanmotivasi pelajar sendiri untuk mempelajari Matematik. Contohnya, guru menyediakansoalan bagi penyelesaian masalah Matematik dan sekiranya pelajar dapat menjawab denganbetul maka cubalah untuk memberi penghargaan atas usaha pelajar tersebut manakalapelajar yang tidak dapat menjawab dengan betul janganlah kita mengkritik mereka dengankata-kata kesat seperti ‘lembab’ atau kata-kata lain yang menyakitkan hati. Kita bolehmemberi nasihat supaya dia lebih berusaha lagi untuk menyelesaikan masalah Matematiktersebut atau meminta pelajar itu memperbanyakkan latihan bagi menguasai subjekMatematik. Mesyuarat Jemaah Menteri pada 5 Ogos 2009 telah bersetuju melaksanakanmekanisme “soft landing” untuk proses pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematikbagi membantu pelajar-pelajar mengatasi masalah peralihan dasar berkenaan. PelaksanaanMemartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris(MBMMBI) mula dilaksanakan pada tahun 2012. Berdasarkan keputusan Mesyuarat Kabinetpada 8 Julai 2009 telah diputuskan bahawa dasar PPSMI akan dimansuhkan secaraberperingkat-peringkat mulai 2012 bagi Tahun 1, Tahun 4, Tingkatan 1 dan Tingkatan 4.Oleh itu, isu bahasa buat masa sekarang mungkin tidak diambil kira lagi memandangkankerajaan sudah memberi ‘green light’ kepada para pengajar mengajar dalam bahasa ibunda.Secara rasionalnya, penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar Sains danMatematik di sekolah rendah dan menengah menghakis kepentingan bahasa Malaysiasebagai bahasa ilmu dalam bidang tersebut. Kebanyakan negara di dunia berusaha kerasuntuk memartabatkan bahasa kebangsaan mereka masing-masing sebagai bahasa ilmu jadinegara Malaysia juga perlu mencontohi negara-negara lain yang menggunakan bahasaibunda mereka sebagai bahasa pengantar terutamanya dalam subjek Matematik supayapengetahuan ilmu Matematik yang disampaikan oleh pengajar itu dapat diterima dandifahami pelajar dengan sebaiknya. “Memartabatkan Bahasa Malaysia danMemperkukuhkan Bahasa Inggeris” yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan bermula pada 16
  18. 18. SME 6044 CONTEMPORARY ISSUES IN MATHEMATICS EDUCATIONtahun 2012 adalah satu dasar baru yang merupakan sebahagian daripada prosespenambahbaikan berterusan dasar pendidikan di negara kita. Menurut Ab. Rahman (1992), antara aspek kesedaran dan kesediaan guru sendiriyang tidak kurang pentingnya bagi mencapai matlamat pengajaran yang berkesan adalahguru perlu benar-benar mengenali serta faham akan masalah setiap orang murid secaraindividu, menguasai kurikulum serta kaedah dan teknik pengajaran, guru sentiasabermuhasabah untuk menilai pengajaran sendiri secara ikhlas setiap masa dan sentiasameluaskan pengetahuan dan kemahiran melalui pembacaan, peningkatan taraf akademikdan professional dengan melanjutkan pelajaran, mengikuti kursus, seminar, bengkel danseumpamanya. Pengajaran di sekolah kini adalah lebih berfokus kepada pelajar yangmempunyai kebolehan sederhana dan pandai. Oleh itu, tidak hairanlah guru hanya banyakmemberikan tumpuan kepada para pelajar ini dan mengabaikan pelajar yang berpencapaianrendah. Vaughn et al. (2003) menyarankan guru seharusnya memberikan hak kesamaankepada pelajar berpencapaian rendah di dalam pengajarannya, antara cadangan dalammemberikan hak kesamaan kepada pelajar pencapaian rendah di dalam kelas yang pelbagaipencapaian adalah memanggil pelajar yang berpencapaian rendah sekerap mungkin sepertimana guru memanggil pelajar yang lain, elakkan daripada sering menyuruh pelajarberpencapaian tinggi membetulkan kesalahan pelajar berpencapaian rendah, memberikanpeluang kepada semua pelajar untuk menjawab soalan sukar dan soalan peringkatpemikiran tinggi, memberikan maklum balas yang berinformasi terhadap jawapan pelajarberpencapaian rendah, menerima idea mereka daripada semua murid dan menghargai ideamereka sebagai sesuatu yang berguna, berinteraksi dengan pelajar pencapaian rendahsekerap mungkin seperti mana dilakukan terhadap pelajar yang lain dan guru perlu elakkandaripada membezakan kurikulum, bahan dan kaedah pengajaran, bagi mengelakkantanggapan masyarakat bahawa mereka adalah pelajar berpencapaian rendah. Memberi hakkesamaan kepada pelajar yang berpencapaian rendah ini boleh memberikan diri merekarasa dihargai dan memotivasikan mereka supaya lebih berusaha untuk berjaya khususnyadalam subjek Matematik. Dari sudut kreativiti guru pula, seorang guru perlu kreatif agar menjadikanpengajaran lebih menarik dan berkesan. Kemahiran juga amat diperlukan dalam prosespengajaran selain penguasaan ilmu pengetahuan. Oleh itu, proses ini melibatkan latihansempurna bagi menghasilkan pengajaran yang menarik sekaligus menambah keyakinan 17
  19. 19. SME 6044 CONTEMPORARY ISSUES IN MATHEMATICS EDUCATIONseseorang guru (Abd.Ghafar,2003). Justeru, beliau menyifatkan guru sebagai seorangseniman yang berfungsi sebagai seorang pelakon dengan menggunakan pergerakan badan,mimik muka dan tekanan suara yang sesuai bagi memenuhi kesempurnaan prosespengajaran yang dilaksanakan. Sehubungan itu, fokus perlu diberikan sepenuhnya terhadapproses pengajaran serta faktor-faktor yang dapat mempertingkat dan memperkembang kearah mewujudkan amalan pengajaran guru yang berkesan. Bagi tujuan tersebut kajianberhubung isu proses pengajaran Matematik perlu diperhalusi agar ia menjanjikan haksemua individu mendapatkan pengetahuan Matematik dengan sempurna dan mendapatpeluang seluasnya bagi mencapai tahap tertinggi dalam pengetahuan Matematik melaluipendidikan sama rata. Pembelajaran tidak hanya berkaitan dengan penambahan pengetahuan danmengingat semula maklumat yang dipelajari tetapi merupakan aktiviti menguasai konsepdan memahami maklumat pengetahuan dan seterusnya dapat mengaplikasinya ke dalamkehidupan (Hargreaves, 1996). Oleh itu, sebagai pelajar seharusnya mereka belajar bukanhanya untuk berjaya di dalam peperiksaan, malah mereka perlu belajar bagaimana untukmengaplikasikan konsep di dalam kehidupan seharian contohnya dalam pelajaranMatematik khususnya, pelajar harus tahu cara yang terbaik untuk menggunapakai konsepMatematik yang dipelajari untuk kemudahan di dalam kehidupannya. Gaya pembelajaranyang diamalkan oleh setiap individu adalah berbeza di antara satu sama lain. Menurut Dunndan Dunn (1978), elemen-elemen yang mempengaruhi gaya pembelajaran adalah sepertiPersekitaran, Emosional, Sosiologi, Fizikal dan Psikologi. Model ini digunapakai sebagaipanduan kajian dalam mengesan gaya pelajar ‘undergraduate’ di Fakulti Pendidikan,Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan dapatan kajian menunjukkan gaya pembelajarankategori Emosional lebih dominan berbanding dengan kategori yang lain dengan nilai minyang tertinggi. Dari segi kategori emosional, orientasi gaya belajar pelajar lebih kepadamementingkan mendapat markah yang tinggi atau gred yang baik. Di samping itu, pelajarjuga menyatakan mereka memerlukan dorongan dan memberi tumpuan yang lebih padamempelajari perkara baru atau tugasan yang dinilai. Oleh itu, untuk keberkesananpembelajaran adalah dicadangkan para pengajar khususnya subjek Matematik perlumemberi tumpuan kepada unsur emosi pelajar. 18
  20. 20. SME 6044 CONTEMPORARY ISSUES IN MATHEMATICS EDUCATION6.0 KESIMPULAN Sesungguhnya pendidikan berkait rapat dengan kehidupan kerana pendidikanmemainkan peranan yang penting dalam menentukan kehidupan manusia sama ada masakini atau masa depan. Pendidikan yang lengkap dan bermutu membenarkan seseorang itumenjalani kehidupan dengan baik dan sejahtera. Pendidikan yang diberikan seharusnyamemberi tumpuan kepada aspek akses dan ekuiti yang bermaksud peluang pendidikan samarata kepada semua dan juga pendidikan berkualiti yang sepatutnya diterima oleh semua. Dalam konteks pendidikan matematik, guru matematik dan pelajar khususnya perlumemainkan peranan masing-masing bagi mencapai akses dan ekuiti pendidikan matematik.Guru perlu meyakinkan pelajar bahawa setiap individu boleh menguasai matematik. Gurujuga perlu sentiasa mendorong pelajar untuk meminati dan mempelajari matematik.Disamping guru, pihak-pihak lain seperti Kementerian Pelajaran Malaysia, pentadbir sekolahdan juga ibu bapa perlu bersama-sama menunjukkan sikap yang positif terhadap pendidikanmatematik agar pendidikan yang diberikan dapat melahirkan individu yang cemerlang danberdaya saing yang mampu merealisasikan hasrat negara untuk menjadi sebuah negaramaju dalam semua dimensi khususnya ekonomi. 19
  21. 21. SME 6044 CONTEMPORARY ISSUES IN MATHEMATICS EDUCATION7.0 RUJUKANAb. Rahman Abu Bakar (1992). Kearah Melahirkan Pengajaran Berkesan, Jurnal Dewan Bahasa.Kuala Lumpur: DBP.Abd. Ghafar Md. Din (2003). Prinsip Dan Amalan Pengajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publications &Distributors Sdn. Bhd.Abdullah bin Muhammad (2003). Tafsir Ibnu Katsir. Jilid 4. Juz 9-13. Pustaka Iman Asy-Syafi’I.Abdullah Yusuf Ali (1991). Al Quranul Karim, Terjemahan Dan Huraian Maksud, Terjemahan UthmanEl-Muhammady. Kuala Lumpur: DBP.Abu Bakar Ahmad Al-Sayid (1991). Tugas dan Tanggungjawab Seorang Guru. Kuala Lumpur: PustakaAl-Mizan.Abu Bakar Nordin, Bhasah Hj. Abu Bakar, Noor Shah Saad dan Nor’ain Mohd Tajuddin (2007).Pencapaian dan Penguasaan Konsep dalam Matematik Peringkat SPM. Dalam Penyelidikan TerpilihUPSI 2001-2006. Tanjung Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.Ahmad Fadzil Mohamed (1997). Pendemokrasian Pendidikan: Suatu Pentafsiran Dan TinjauanMengenai Pendekatan Serta Pelaksanaannya Dalam Sistem Pendidikan Di Malaysia.Amir Hamzah Nordin. Berita Harian . (22/04/2010). Seimbangkan Guru.Dunn, R. Dan Dunn, K. (1978). Teaching Students Through Their Individual Learning Styles: A PracticalApproach. Reston: Virginia: Reston Publishing.Effandi Zakaria (2007). Trend Pengajaran dan Pembelajaran Matematik. Kuala Lumpur: UtusanPublications & Distributors Sdn. Bhd.Hargreave, D. (1996). How Undergraduate Students Learn. European Journal Of EngineeringEducation 21(4) , 425-434.Kamus Dewan Edisi 4. (2010). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Mohamad Johdi Hj. Salleh (2007). Guru Efektif dan Peranan Guru dalam Mencapai ObjektifPersekolahan Sekolah Rendah: Perspektif Guru Besar. Universiti Islam Antarabangsa.Mok Soon Sang (1996). Siri Pendidikan Perguruan Pengajian Matematik Untuk Diploma Perguruan .Selangor: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.Mohd Rifaat Abd Hamid. Harian Metro . (30/08/2010)Lambakan Guru Wanita – Di mana guru lelaki?Mohd Uzi Bin Dollah (2007). Jurnal Penerapan Nilai Dalam Pengajaran Guru Matematik SekolahMenengah : Satu Kajian Kes. Universiti Sains Malaysia. 20
  22. 22. SME 6044 CONTEMPORARY ISSUES IN MATHEMATICS EDUCATIONNoraini Idris. (2005). Pedagogi Dalam Pendidikan Matematik. Kuala Lumpur: Utusan Publications &Distributors Sdn. Bhd.Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006 - 2010. Kementerian PelajaranMalaysia.Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara, Bab 3 Meluaskan Akses Meningkatkan Ekuiti. KementerianPengajian Tinggi.Ramlah Jantan (2004). Psikologi Pendidikan Pendekatan Kontemporari Edisi Revisi. Malaysia:McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.Ringkasan Pembangunan Pendidikan 2001-2010. Perancangan Bersepadu Penjana KecemerlanganPendidikan. Kementerian Pendidikan Malaysia.Salbiah Ani. Berita Harian. (27/03/2009). Semak Semula PPSMI.Vaughn, S. B. (2003). Teaching Exceptional, Diverse, And At-Risks Students In The General EducationClassroom (3rd Ed). Boston: Allyn And Bacon. 21
  23. 23. SME 6044 CONTEMPORARY ISSUES IN MATHEMATICS EDUCATION22

×