SlideShare a Scribd company logo
1 of 3
elazzharcamp@gmail.com

Pada 19 hingga 21 Februari yang lalu, Badan Induk Pengawas SK Seri Tasik telah mengadakan Kursus
Pengawas@Pemimpin Kecil yang bertempat di D'Congkak Forest, Sg Congkak, Hulu Langat. Program ini
adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada pengawas untuk menimba ilmu pengetahuan dalam
menyediakan diri sebagai seorang pengawas yang berketrampilan. Selain itu, para peserta dapat
menjana minda dengan lebih efektif sebagai persediaan bagi menghadapi masa hadapan sebagai
seorang yang berguna demi agama, bangsa dan negara.

Kumpulan sasaran bagi kursus ini adalah pengawas, pustakawan dan ketua kelas yang berjumlah
seramai 90 orang. Kem Komandan bagi perkhemahan pada tahun ini ialah En Mohd Sufaisul
Shamsuddin. Pelbagai aktiviti telah dirancang selama 3 hari 2 malam di Sg Congkak. Antara aktiviti yang
menarik adalah 'Blind Walk', 'jungle trekking', aktiviti simulasi dan permainan bermotivasi. Di samping
itu, slot ceramah telah disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Ustaz Najib Md Norani yang juga
merupakan bekas guru di SK Seri Tasik.

Majlis penutup kursus pengawas telah diserikan lagi dengan kedatangan tetamu jemputan iaitu Tn Hj
Misman bin Mostam(Guru Besar), Pn Normila Musa(GPK Tadbir dan Kurikulum), En Suhaimi Abd
Halim(GPK Ko-Ku) dan En Yusof(wakil PIBG). Majlis penutupan kursus ini telah dirasmikan oleh YDP PIBG,
En Nasaruddin Yusof. Peserta terbaik bagi kategori pengawas telah disandang oleh Hafiz Daniel
Badruzzaman(6 Zamrud), Ika Ashirah M. Razman(5 Nilam) dan Putri Nurhani M. Zamri(4 Zamrud).

Bagi kategori Pengawas Pusat Sumber, peserta terbaik ialah Balqis Saidatul Nisa Zuraimi. Manakala bagi
kategori Ketua Kelas, peserta terbaik telah disandang oleh Zul Nabil Zulkifli(5 Nilam).

Selama 3 hari 2 malam di Sg Congkak, pelbagai kenangan pahit dan manis telah dilalui. Namun begitu,
kerana tugas dan tanggung jawab semua ahli jawatan kuasa induk beserta dengan guru-guru telah
menunjukkan komitmen yang sepenuhnya terhadap perkhemahan pada tahun ini.Jutaan terima kasih
buat yang tidak terhingga buat semua yang telah terlibat dan bertungkus-lumus dalam menjayakan
kursus pengawas@ pemimpin kecil 2010.




Pada 11 hingga 13 Februari 2011 yang lalu, Badan Pengawas dan Disiplin sekolah telah menganjurkan
Kem Kepimpinan Pengawas bagi sesi 2011. Perkhemahan ini telah diadakan di Hutan Lipur Ulu Bendul,
Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Antara objektif perkhemahan ini adalah bertujuan untuk membina jati diri
para pengawas agar lebih mantap dalam menjalankan tanggung jawab sebagai pemimpin kecil. Kem
Komandan perkhemahan kali ini ialah Pn Norhaslinda Baharudin yang juga selaku Setiausaha Badan
Pengawas SKST.

Perkhemahan ini telah disertai oleh seramai 76 orang pengawas sekolah dan beberapa orang pengawas
pusat sumber. Pelbagai aktiviti telah dijalankan antara ialah operasi burung hantu, meredah hutan,
aktiviti laluan berhalangan, aktiviti stesyen, permainan bermotivasi dan juga ceramah kepimpinan
pengawas. Badan Pengawas sekolah turut menjemput para penceramah dari SK Sikamat, Negeri
Sembilan yang diketuai oleh En. Samsuri yang mempunyai banyak pengalaman untuk dikongsikan
bersama murid-murid.

Melalui aktiviti yang telah dijalankan, murid-murid telah mempelajari pelbagai ilmu seperti cara
mengikat bendera dan menaikkan bendera, mengiringi lagu perhimpunan, cara membaca ikrar dengan
penuh semangat dan pembacaan doa. Selain itu, para pengawas turut diingatkan tentang sikap dan nilai
yang perlu ada dalam diri masing-masing sebagai seorang pengawas sekolah. Antara sikap yang perlu
ada dalam diri pengawas adalah bekerjasama, jujur, amanah, tidak mementingkan diri sendiri, mesra,
tegas, dan sebagainya.

Segala aktiviti yang telah dirancang semestinya tidak akan dapat berjalan dengan baik seandainya tiada
kerjasama dari semua guru yang telah sudi hadir untuk menjayakan aktiviti perkhemahan. Terima kasih
buat semua guru praktikum yang telah berjaya menjalankan tugas sebagai bakal guru. Selain itu, buat
pasukan guru yang memasak, Pn Suhaila Omar dan rakan- rakan yang lain, pujian buat anda semua di
atas sajian makanan yang enak dan lazat buat semua murid dan guru. Tidak ketinggalan buat bekas guru
SK Seri Tasik terutamanya En Badrie Zakaria dan En Khairuddin, yang telah bersusah payah hadir untuk
sama-sama memeriahkan perkhemahan kali ini. Akhirnya, buat semua guru SKST yang menhadiri
perkhemahan pengawas kali ini, jasa kalian amat besar dan hanya Allah yang mampu
membalasnya.Kenangan pahit dan manis sejak awal hingga akhir perkhemahan ini akan tersemat dalam
memori buat selamanya. Semoga berjumpa lagi dalam perkhemahan akan datang!




Sepanjang minggu ini mulai 21 Mac hingga 25 Mac 2011, gabungan panitia Sivik, Agama Islam, Moral,
dan Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Seri Tasik telah menganjurkan Minggu Sopan Santun. Majlis
pelancaran minggu sopan santun telah diadakan pada hari Isnin dan telah dirasmikan oleh Guru Besar SK
Seri Tasik, Tn Hj Misman bin Mostam.

Pelbagai aktiviti telah diadakan antaranya ialah aktiviti membuat penanda buku, pertandingan mewarna
dan pertandingan nyanyian yang bertemakan sopan santun dan juga tayangan video tentang amalan
sopan santun. Acara penutup minggu sopan santun telah diserikan dengan kehadiran Ustaz Zamri dari
rancangan "Marilah Mengaji TV9" sebagai penceramah jemputan. Ceramah yang telah disampaikan oleh
Ustaz Zamri telah berjaya menarik minat murid tentang peri pentingnya amalan sopan santun dan
menjaga adab-adab terhadap Allah, ibu bapa dan guru. Adalah diharapkan semua murid dapat
menghayati setiap pesanan yang telah disampaikan dan terus menjaga adab sebagai seorang murid yang
kaya dengan sopan santun dan budi bahasa.
Pada 1 hingga 3 April yang lalu, SK Seri Tasik di bawah anjuran kumpulan Pengakap 243 SK Seri Tasik
telah menganjurkan perkhemahan memburu Keris Gangsa dengan kerjasama PPW Bangsar Pudu dan
Majlis Pengakap Wilayah Persekutuan KL. Kem ini turut disertai oleh beberapa buah sekolah lain dari
Zon Pudu seperti SK Puteri Pandan, SJKC Nam Kheung, dan lain-lain.

Jurulatih yang telah terlibat dalam perkhemahan memburu gangsa ini adalah terdiri daripada Kumpulan
Pengakap Kelana Kajang. Mereka telah banyak memberi tunjuk ajar kepada semua ahli pengakap yang
telah menghadiri perkhemahan tersebut. Istiadat memperkenalkan ahli baru dan istiadat laung agung
turut dijalankan. Antara pengalaman yang paling menarik dapat dirasai oleh semua ahli pengakap ialah
pengalaman sewaktu belajar tentang ular, di mana mereka berpeluang untuk pegang ular sawa batik
dan ular sawa albino.

Majlis penutup telah dirasmikan oleh Pesuruhjaya Pengakap Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
iaitu Mejar(B) Mior Rosli bin Hj Mior Jaafar. Murid-murid berkumpul untuk pulang semula ke sekolah
pada pukul 1.00 tengah hari. Ucapan terima kasih buat semua guru yang telah bertungkus lumus
menjayakan perkhemahan ini iaitu Pn Norizan Salim dan rakan-rakan, En Nazar dari Unit Kokurikulum
PPW Bangsar Pudu, Guru Besar SK Seri Tasik dan semua jurulatih dari Kumpulan Pengakap Kelana
Kajang. Semoga berjumpa lagi pada perkhemahan akan datang!




Pada hari Rabu bersamaan 4 Mei 2011, Kumpulan Pengakap 243 dari SK Seri Tasik telah menerima
lencana gangsa setelah berjaya menamatkan perkhemahan pengakap memburu lencana gangsa pada 1
hingga 3 April yang lalu di Kem Rekreasi Lepoh. Majlis penyampaian lencana gangsa kepada semua ahli
yang berjaya telah disempurnakan oleh Ketua Pengakap Negeri, Mejar(B) Haji Mior Rosli Bin Mior Jaafar.
Kumpulan pengakap turut membuat persembahan di hadapan para tetamu jemputan dengan penuh
bersemangat. Antara tetamu yang turut hadir adalah En Nazaruddin dari PPW Bangsar Pudu dan En
Nasaruddin selaku YDP PIBG. Tahniah diucapkan buat semua ahli pengakap yang telah berjaya
melangkah ke satu tahap yang baru dan dharapkan agar semua ahli berpegang kepada Persetiaan
Pengakap yang telah diikrarkan. Selain itu, tahniah diucapkan buat semua guru yang telah terlibat secara
langsung dalam menjayakan majlis ini khusus untuk Pn Norizan Salim yang telah bertungkus lumus
melatih murid dan memastikan pengurusan program hari ini berjalan seperti yang dirancang. Semoga
kumpulan Pengakap 243 akan lebih cemerlang pada masa hadapan!

More Related Content

What's hot

Kertas kerja hari anugerah cemerlang 2012
Kertas kerja hari anugerah cemerlang 2012Kertas kerja hari anugerah cemerlang 2012
Kertas kerja hari anugerah cemerlang 2012SK 2 TAMAN KERAMAT
 
Dokumentasi majlis sambutan minggu kemerdekaan sesi petang
Dokumentasi majlis sambutan minggu kemerdekaan sesi petangDokumentasi majlis sambutan minggu kemerdekaan sesi petang
Dokumentasi majlis sambutan minggu kemerdekaan sesi petangSuRia ImNida
 
Laporan big fasa4 law.sekolah & guru cemerlang 2014
Laporan big fasa4 law.sekolah & guru cemerlang 2014Laporan big fasa4 law.sekolah & guru cemerlang 2014
Laporan big fasa4 law.sekolah & guru cemerlang 2014norhaliza76
 
Sekolah kebangsaan pandan jaya 1
Sekolah kebangsaan pandan jaya 1Sekolah kebangsaan pandan jaya 1
Sekolah kebangsaan pandan jaya 1asmaq ahmad
 
Ucapan pengacara majlis
Ucapan pengacara majlisUcapan pengacara majlis
Ucapan pengacara majlisShUff HaqEem
 
Laporan akhir hp
Laporan akhir hpLaporan akhir hp
Laporan akhir hpyoonaika
 
Laporan hac 2016
Laporan hac 2016Laporan hac 2016
Laporan hac 2016Is Wan
 
Skrip pengacara majlis pelancaran takwim kejohanan majlis sukan sekolah pahan...
Skrip pengacara majlis pelancaran takwim kejohanan majlis sukan sekolah pahan...Skrip pengacara majlis pelancaran takwim kejohanan majlis sukan sekolah pahan...
Skrip pengacara majlis pelancaran takwim kejohanan majlis sukan sekolah pahan...Norazliah Ani
 
Hari alam sekitar
Hari alam sekitarHari alam sekitar
Hari alam sekitarSara Zaleha
 
Hhhc9301 set 22 kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat
Hhhc9301 set 22 kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayatHhhc9301 set 22 kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat
Hhhc9301 set 22 kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayatNurerie Nishazlan
 
Laporan akhir hp kerja berpasukan
Laporan akhir hp kerja berpasukanLaporan akhir hp kerja berpasukan
Laporan akhir hp kerja berpasukanyoonaika
 
Laporan akhir hp
Laporan akhir hpLaporan akhir hp
Laporan akhir hpyoonaika
 
Kertas kerja koakademik 2015
Kertas kerja koakademik 2015Kertas kerja koakademik 2015
Kertas kerja koakademik 2015FIRDAUS YUSOF
 
Minggu pend. khas 2011 PPKI SKSU
Minggu pend. khas 2011 PPKI SKSUMinggu pend. khas 2011 PPKI SKSU
Minggu pend. khas 2011 PPKI SKSUWan Mazlina Wan Din
 
Kertas kerja pusat sains negara
Kertas kerja pusat sains negaraKertas kerja pusat sains negara
Kertas kerja pusat sains negaraafaizomar
 
Laporan aktiviti ko-akademik 2015
Laporan aktiviti ko-akademik 2015Laporan aktiviti ko-akademik 2015
Laporan aktiviti ko-akademik 2015Parmesuria Ananthan
 
Kertas kerja hari kecemerlangan kokurikulum 2016
Kertas kerja hari kecemerlangan kokurikulum 2016Kertas kerja hari kecemerlangan kokurikulum 2016
Kertas kerja hari kecemerlangan kokurikulum 2016Fauziah Abdul Rahman
 
Ceramah motivasi sinar upsr 2013
Ceramah motivasi sinar upsr 2013Ceramah motivasi sinar upsr 2013
Ceramah motivasi sinar upsr 2013Thyagarajah Deva
 
Kertas minggu akademik kusel
Kertas minggu akademik kuselKertas minggu akademik kusel
Kertas minggu akademik kuselMazita Musa
 

What's hot (20)

Kertas kerja hari anugerah cemerlang 2012
Kertas kerja hari anugerah cemerlang 2012Kertas kerja hari anugerah cemerlang 2012
Kertas kerja hari anugerah cemerlang 2012
 
Dokumentasi majlis sambutan minggu kemerdekaan sesi petang
Dokumentasi majlis sambutan minggu kemerdekaan sesi petangDokumentasi majlis sambutan minggu kemerdekaan sesi petang
Dokumentasi majlis sambutan minggu kemerdekaan sesi petang
 
Laporan big fasa4 law.sekolah & guru cemerlang 2014
Laporan big fasa4 law.sekolah & guru cemerlang 2014Laporan big fasa4 law.sekolah & guru cemerlang 2014
Laporan big fasa4 law.sekolah & guru cemerlang 2014
 
Sekolah kebangsaan pandan jaya 1
Sekolah kebangsaan pandan jaya 1Sekolah kebangsaan pandan jaya 1
Sekolah kebangsaan pandan jaya 1
 
Ucapan pengacara majlis
Ucapan pengacara majlisUcapan pengacara majlis
Ucapan pengacara majlis
 
Laporan akhir hp
Laporan akhir hpLaporan akhir hp
Laporan akhir hp
 
Laporan hac 2016
Laporan hac 2016Laporan hac 2016
Laporan hac 2016
 
Skrip pengacara majlis pelancaran takwim kejohanan majlis sukan sekolah pahan...
Skrip pengacara majlis pelancaran takwim kejohanan majlis sukan sekolah pahan...Skrip pengacara majlis pelancaran takwim kejohanan majlis sukan sekolah pahan...
Skrip pengacara majlis pelancaran takwim kejohanan majlis sukan sekolah pahan...
 
Hari alam sekitar
Hari alam sekitarHari alam sekitar
Hari alam sekitar
 
Hhhc9301 set 22 kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat
Hhhc9301 set 22 kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayatHhhc9301 set 22 kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat
Hhhc9301 set 22 kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat
 
Laporan akhir hp kerja berpasukan
Laporan akhir hp kerja berpasukanLaporan akhir hp kerja berpasukan
Laporan akhir hp kerja berpasukan
 
Laporan akhir hp
Laporan akhir hpLaporan akhir hp
Laporan akhir hp
 
Kertas kerja koakademik 2015
Kertas kerja koakademik 2015Kertas kerja koakademik 2015
Kertas kerja koakademik 2015
 
Maulidur rasul
Maulidur rasulMaulidur rasul
Maulidur rasul
 
Minggu pend. khas 2011 PPKI SKSU
Minggu pend. khas 2011 PPKI SKSUMinggu pend. khas 2011 PPKI SKSU
Minggu pend. khas 2011 PPKI SKSU
 
Kertas kerja pusat sains negara
Kertas kerja pusat sains negaraKertas kerja pusat sains negara
Kertas kerja pusat sains negara
 
Laporan aktiviti ko-akademik 2015
Laporan aktiviti ko-akademik 2015Laporan aktiviti ko-akademik 2015
Laporan aktiviti ko-akademik 2015
 
Kertas kerja hari kecemerlangan kokurikulum 2016
Kertas kerja hari kecemerlangan kokurikulum 2016Kertas kerja hari kecemerlangan kokurikulum 2016
Kertas kerja hari kecemerlangan kokurikulum 2016
 
Ceramah motivasi sinar upsr 2013
Ceramah motivasi sinar upsr 2013Ceramah motivasi sinar upsr 2013
Ceramah motivasi sinar upsr 2013
 
Kertas minggu akademik kusel
Kertas minggu akademik kuselKertas minggu akademik kusel
Kertas minggu akademik kusel
 

Viewers also liked (19)

Medidas anticrisis
Medidas anticrisisMedidas anticrisis
Medidas anticrisis
 
Portraits-single upload
Portraits-single uploadPortraits-single upload
Portraits-single upload
 
Phc Media Pack 2010
Phc Media Pack 2010Phc Media Pack 2010
Phc Media Pack 2010
 
Fauna
FaunaFauna
Fauna
 
Festival de las naranjas
Festival de las naranjasFestival de las naranjas
Festival de las naranjas
 
Portraits 8.2010
Portraits 8.2010Portraits 8.2010
Portraits 8.2010
 
Mi way
Mi wayMi way
Mi way
 
Bora bora
Bora boraBora bora
Bora bora
 
Montage
MontageMontage
Montage
 
Voy a regarlarte un momento de pura paz
Voy a regarlarte un momento de pura pazVoy a regarlarte un momento de pura paz
Voy a regarlarte un momento de pura paz
 
Increibles
IncreiblesIncreibles
Increibles
 
Mi arbol de amigos
Mi arbol de amigosMi arbol de amigos
Mi arbol de amigos
 
El es julia beever
El es julia beeverEl es julia beever
El es julia beever
 
Montreal garden
Montreal gardenMontreal garden
Montreal garden
 
Immigration Presentation for Postdocs and Scientists
Immigration Presentation for Postdocs and ScientistsImmigration Presentation for Postdocs and Scientists
Immigration Presentation for Postdocs and Scientists
 
Alemania
Alemania Alemania
Alemania
 
Eric grohe
Eric groheEric grohe
Eric grohe
 
Combined
CombinedCombined
Combined
 
Quien mato el amor
Quien mato el amorQuien mato el amor
Quien mato el amor
 

Similar to Elazzharcamp

Laporan kem perdana pra u
Laporan kem perdana pra uLaporan kem perdana pra u
Laporan kem perdana pra uFreiya Stratos
 
Kertas kerja l angkawi
Kertas kerja l angkawiKertas kerja l angkawi
Kertas kerja l angkawiSuhaila Omar
 
Kertas kerja l angkawi
Kertas kerja l angkawiKertas kerja l angkawi
Kertas kerja l angkawiSuhaila Omar
 
BROSUR KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG 2022.pdf
BROSUR KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG 2022.pdfBROSUR KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG 2022.pdf
BROSUR KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG 2022.pdfAmirulFahmi39
 
kertas kerja kejohanan olahraga 2014
kertas kerja kejohanan olahraga 2014kertas kerja kejohanan olahraga 2014
kertas kerja kejohanan olahraga 2014muhammad hilmi
 
Laporan aktiviti perkhemahan bina insan guru 2012aaaa
Laporan aktiviti perkhemahan bina insan guru 2012aaaaLaporan aktiviti perkhemahan bina insan guru 2012aaaa
Laporan aktiviti perkhemahan bina insan guru 2012aaaaNorlela Abdrahman
 
66622327 refleksi-program-bina-insan-guru-sem-6
66622327 refleksi-program-bina-insan-guru-sem-666622327 refleksi-program-bina-insan-guru-sem-6
66622327 refleksi-program-bina-insan-guru-sem-6Siti Saripah Mashud
 
Kertas kerja lawatan-sambil-belajar ke langkawi kini
Kertas kerja lawatan-sambil-belajar ke langkawi kiniKertas kerja lawatan-sambil-belajar ke langkawi kini
Kertas kerja lawatan-sambil-belajar ke langkawi kiniAmirrudin Md Shah
 
Laporan Reflektif MPU3112: Bina Insan Guru
Laporan Reflektif MPU3112: Bina Insan GuruLaporan Reflektif MPU3112: Bina Insan Guru
Laporan Reflektif MPU3112: Bina Insan GuruAhmad Fahmi
 
Kertas kerja perkhemahan
Kertas kerja perkhemahanKertas kerja perkhemahan
Kertas kerja perkhemahanSuwita Mat Saad
 
Kertas kerja hari guru skmp 2014
Kertas kerja hari guru skmp 2014Kertas kerja hari guru skmp 2014
Kertas kerja hari guru skmp 2014Amad Kedah
 
Kertas kerja hari guru skmp 2014
Kertas kerja hari guru skmp 2014Kertas kerja hari guru skmp 2014
Kertas kerja hari guru skmp 2014Amad Fuad
 
bahagian b penulisan
bahagian b   penulisanbahagian b   penulisan
bahagian b penulisanMohd Amri
 
KERTAS KERJA LAWATAN ASRAMA 2 (New).pdf
KERTAS KERJA LAWATAN ASRAMA 2 (New).pdfKERTAS KERJA LAWATAN ASRAMA 2 (New).pdf
KERTAS KERJA LAWATAN ASRAMA 2 (New).pdfSimonkun
 
Kertas Kerja Karnival Sukan Tahunan SK Skarok 2017
Kertas Kerja Karnival Sukan Tahunan SK Skarok  2017Kertas Kerja Karnival Sukan Tahunan SK Skarok  2017
Kertas Kerja Karnival Sukan Tahunan SK Skarok 2017Stephanie Unsil
 
Kertas kerja lawatan pusat sains negara yatim asnaf
Kertas kerja lawatan pusat sains negara yatim asnafKertas kerja lawatan pusat sains negara yatim asnaf
Kertas kerja lawatan pusat sains negara yatim asnafnorasiah15
 

Similar to Elazzharcamp (20)

Laporan kem perdana pra u
Laporan kem perdana pra uLaporan kem perdana pra u
Laporan kem perdana pra u
 
Kertas kerja majlis pelancaran
Kertas kerja majlis pelancaranKertas kerja majlis pelancaran
Kertas kerja majlis pelancaran
 
Kertas kerja majlis pelancaran
Kertas kerja majlis pelancaranKertas kerja majlis pelancaran
Kertas kerja majlis pelancaran
 
Kertas kerja l angkawi
Kertas kerja l angkawiKertas kerja l angkawi
Kertas kerja l angkawi
 
Kertas kerja l angkawi
Kertas kerja l angkawiKertas kerja l angkawi
Kertas kerja l angkawi
 
BROSUR KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG 2022.pdf
BROSUR KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG 2022.pdfBROSUR KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG 2022.pdf
BROSUR KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG 2022.pdf
 
kertas kerja kejohanan olahraga 2014
kertas kerja kejohanan olahraga 2014kertas kerja kejohanan olahraga 2014
kertas kerja kejohanan olahraga 2014
 
jubli emas KONSEPPPP (1).pptx
jubli emas KONSEPPPP (1).pptxjubli emas KONSEPPPP (1).pptx
jubli emas KONSEPPPP (1).pptx
 
Laporan aktiviti perkhemahan bina insan guru 2012aaaa
Laporan aktiviti perkhemahan bina insan guru 2012aaaaLaporan aktiviti perkhemahan bina insan guru 2012aaaa
Laporan aktiviti perkhemahan bina insan guru 2012aaaa
 
Laporan lawatan 2014
Laporan lawatan 2014Laporan lawatan 2014
Laporan lawatan 2014
 
66622327 refleksi-program-bina-insan-guru-sem-6
66622327 refleksi-program-bina-insan-guru-sem-666622327 refleksi-program-bina-insan-guru-sem-6
66622327 refleksi-program-bina-insan-guru-sem-6
 
Kertas kerja lawatan-sambil-belajar ke langkawi kini
Kertas kerja lawatan-sambil-belajar ke langkawi kiniKertas kerja lawatan-sambil-belajar ke langkawi kini
Kertas kerja lawatan-sambil-belajar ke langkawi kini
 
Laporan Reflektif MPU3112: Bina Insan Guru
Laporan Reflektif MPU3112: Bina Insan GuruLaporan Reflektif MPU3112: Bina Insan Guru
Laporan Reflektif MPU3112: Bina Insan Guru
 
Kertas kerja perkhemahan
Kertas kerja perkhemahanKertas kerja perkhemahan
Kertas kerja perkhemahan
 
Kertas kerja hari guru skmp 2014
Kertas kerja hari guru skmp 2014Kertas kerja hari guru skmp 2014
Kertas kerja hari guru skmp 2014
 
Kertas kerja hari guru skmp 2014
Kertas kerja hari guru skmp 2014Kertas kerja hari guru skmp 2014
Kertas kerja hari guru skmp 2014
 
bahagian b penulisan
bahagian b   penulisanbahagian b   penulisan
bahagian b penulisan
 
KERTAS KERJA LAWATAN ASRAMA 2 (New).pdf
KERTAS KERJA LAWATAN ASRAMA 2 (New).pdfKERTAS KERJA LAWATAN ASRAMA 2 (New).pdf
KERTAS KERJA LAWATAN ASRAMA 2 (New).pdf
 
Kertas Kerja Karnival Sukan Tahunan SK Skarok 2017
Kertas Kerja Karnival Sukan Tahunan SK Skarok  2017Kertas Kerja Karnival Sukan Tahunan SK Skarok  2017
Kertas Kerja Karnival Sukan Tahunan SK Skarok 2017
 
Kertas kerja lawatan pusat sains negara yatim asnaf
Kertas kerja lawatan pusat sains negara yatim asnafKertas kerja lawatan pusat sains negara yatim asnaf
Kertas kerja lawatan pusat sains negara yatim asnaf
 

Elazzharcamp

  • 1. elazzharcamp@gmail.com Pada 19 hingga 21 Februari yang lalu, Badan Induk Pengawas SK Seri Tasik telah mengadakan Kursus Pengawas@Pemimpin Kecil yang bertempat di D'Congkak Forest, Sg Congkak, Hulu Langat. Program ini adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada pengawas untuk menimba ilmu pengetahuan dalam menyediakan diri sebagai seorang pengawas yang berketrampilan. Selain itu, para peserta dapat menjana minda dengan lebih efektif sebagai persediaan bagi menghadapi masa hadapan sebagai seorang yang berguna demi agama, bangsa dan negara. Kumpulan sasaran bagi kursus ini adalah pengawas, pustakawan dan ketua kelas yang berjumlah seramai 90 orang. Kem Komandan bagi perkhemahan pada tahun ini ialah En Mohd Sufaisul Shamsuddin. Pelbagai aktiviti telah dirancang selama 3 hari 2 malam di Sg Congkak. Antara aktiviti yang menarik adalah 'Blind Walk', 'jungle trekking', aktiviti simulasi dan permainan bermotivasi. Di samping itu, slot ceramah telah disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Ustaz Najib Md Norani yang juga merupakan bekas guru di SK Seri Tasik. Majlis penutup kursus pengawas telah diserikan lagi dengan kedatangan tetamu jemputan iaitu Tn Hj Misman bin Mostam(Guru Besar), Pn Normila Musa(GPK Tadbir dan Kurikulum), En Suhaimi Abd Halim(GPK Ko-Ku) dan En Yusof(wakil PIBG). Majlis penutupan kursus ini telah dirasmikan oleh YDP PIBG, En Nasaruddin Yusof. Peserta terbaik bagi kategori pengawas telah disandang oleh Hafiz Daniel Badruzzaman(6 Zamrud), Ika Ashirah M. Razman(5 Nilam) dan Putri Nurhani M. Zamri(4 Zamrud). Bagi kategori Pengawas Pusat Sumber, peserta terbaik ialah Balqis Saidatul Nisa Zuraimi. Manakala bagi kategori Ketua Kelas, peserta terbaik telah disandang oleh Zul Nabil Zulkifli(5 Nilam). Selama 3 hari 2 malam di Sg Congkak, pelbagai kenangan pahit dan manis telah dilalui. Namun begitu, kerana tugas dan tanggung jawab semua ahli jawatan kuasa induk beserta dengan guru-guru telah menunjukkan komitmen yang sepenuhnya terhadap perkhemahan pada tahun ini.Jutaan terima kasih buat yang tidak terhingga buat semua yang telah terlibat dan bertungkus-lumus dalam menjayakan kursus pengawas@ pemimpin kecil 2010. Pada 11 hingga 13 Februari 2011 yang lalu, Badan Pengawas dan Disiplin sekolah telah menganjurkan Kem Kepimpinan Pengawas bagi sesi 2011. Perkhemahan ini telah diadakan di Hutan Lipur Ulu Bendul, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Antara objektif perkhemahan ini adalah bertujuan untuk membina jati diri para pengawas agar lebih mantap dalam menjalankan tanggung jawab sebagai pemimpin kecil. Kem Komandan perkhemahan kali ini ialah Pn Norhaslinda Baharudin yang juga selaku Setiausaha Badan Pengawas SKST. Perkhemahan ini telah disertai oleh seramai 76 orang pengawas sekolah dan beberapa orang pengawas pusat sumber. Pelbagai aktiviti telah dijalankan antara ialah operasi burung hantu, meredah hutan, aktiviti laluan berhalangan, aktiviti stesyen, permainan bermotivasi dan juga ceramah kepimpinan
  • 2. pengawas. Badan Pengawas sekolah turut menjemput para penceramah dari SK Sikamat, Negeri Sembilan yang diketuai oleh En. Samsuri yang mempunyai banyak pengalaman untuk dikongsikan bersama murid-murid. Melalui aktiviti yang telah dijalankan, murid-murid telah mempelajari pelbagai ilmu seperti cara mengikat bendera dan menaikkan bendera, mengiringi lagu perhimpunan, cara membaca ikrar dengan penuh semangat dan pembacaan doa. Selain itu, para pengawas turut diingatkan tentang sikap dan nilai yang perlu ada dalam diri masing-masing sebagai seorang pengawas sekolah. Antara sikap yang perlu ada dalam diri pengawas adalah bekerjasama, jujur, amanah, tidak mementingkan diri sendiri, mesra, tegas, dan sebagainya. Segala aktiviti yang telah dirancang semestinya tidak akan dapat berjalan dengan baik seandainya tiada kerjasama dari semua guru yang telah sudi hadir untuk menjayakan aktiviti perkhemahan. Terima kasih buat semua guru praktikum yang telah berjaya menjalankan tugas sebagai bakal guru. Selain itu, buat pasukan guru yang memasak, Pn Suhaila Omar dan rakan- rakan yang lain, pujian buat anda semua di atas sajian makanan yang enak dan lazat buat semua murid dan guru. Tidak ketinggalan buat bekas guru SK Seri Tasik terutamanya En Badrie Zakaria dan En Khairuddin, yang telah bersusah payah hadir untuk sama-sama memeriahkan perkhemahan kali ini. Akhirnya, buat semua guru SKST yang menhadiri perkhemahan pengawas kali ini, jasa kalian amat besar dan hanya Allah yang mampu membalasnya.Kenangan pahit dan manis sejak awal hingga akhir perkhemahan ini akan tersemat dalam memori buat selamanya. Semoga berjumpa lagi dalam perkhemahan akan datang! Sepanjang minggu ini mulai 21 Mac hingga 25 Mac 2011, gabungan panitia Sivik, Agama Islam, Moral, dan Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Seri Tasik telah menganjurkan Minggu Sopan Santun. Majlis pelancaran minggu sopan santun telah diadakan pada hari Isnin dan telah dirasmikan oleh Guru Besar SK Seri Tasik, Tn Hj Misman bin Mostam. Pelbagai aktiviti telah diadakan antaranya ialah aktiviti membuat penanda buku, pertandingan mewarna dan pertandingan nyanyian yang bertemakan sopan santun dan juga tayangan video tentang amalan sopan santun. Acara penutup minggu sopan santun telah diserikan dengan kehadiran Ustaz Zamri dari rancangan "Marilah Mengaji TV9" sebagai penceramah jemputan. Ceramah yang telah disampaikan oleh Ustaz Zamri telah berjaya menarik minat murid tentang peri pentingnya amalan sopan santun dan menjaga adab-adab terhadap Allah, ibu bapa dan guru. Adalah diharapkan semua murid dapat menghayati setiap pesanan yang telah disampaikan dan terus menjaga adab sebagai seorang murid yang kaya dengan sopan santun dan budi bahasa.
  • 3. Pada 1 hingga 3 April yang lalu, SK Seri Tasik di bawah anjuran kumpulan Pengakap 243 SK Seri Tasik telah menganjurkan perkhemahan memburu Keris Gangsa dengan kerjasama PPW Bangsar Pudu dan Majlis Pengakap Wilayah Persekutuan KL. Kem ini turut disertai oleh beberapa buah sekolah lain dari Zon Pudu seperti SK Puteri Pandan, SJKC Nam Kheung, dan lain-lain. Jurulatih yang telah terlibat dalam perkhemahan memburu gangsa ini adalah terdiri daripada Kumpulan Pengakap Kelana Kajang. Mereka telah banyak memberi tunjuk ajar kepada semua ahli pengakap yang telah menghadiri perkhemahan tersebut. Istiadat memperkenalkan ahli baru dan istiadat laung agung turut dijalankan. Antara pengalaman yang paling menarik dapat dirasai oleh semua ahli pengakap ialah pengalaman sewaktu belajar tentang ular, di mana mereka berpeluang untuk pegang ular sawa batik dan ular sawa albino. Majlis penutup telah dirasmikan oleh Pesuruhjaya Pengakap Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur iaitu Mejar(B) Mior Rosli bin Hj Mior Jaafar. Murid-murid berkumpul untuk pulang semula ke sekolah pada pukul 1.00 tengah hari. Ucapan terima kasih buat semua guru yang telah bertungkus lumus menjayakan perkhemahan ini iaitu Pn Norizan Salim dan rakan-rakan, En Nazar dari Unit Kokurikulum PPW Bangsar Pudu, Guru Besar SK Seri Tasik dan semua jurulatih dari Kumpulan Pengakap Kelana Kajang. Semoga berjumpa lagi pada perkhemahan akan datang! Pada hari Rabu bersamaan 4 Mei 2011, Kumpulan Pengakap 243 dari SK Seri Tasik telah menerima lencana gangsa setelah berjaya menamatkan perkhemahan pengakap memburu lencana gangsa pada 1 hingga 3 April yang lalu di Kem Rekreasi Lepoh. Majlis penyampaian lencana gangsa kepada semua ahli yang berjaya telah disempurnakan oleh Ketua Pengakap Negeri, Mejar(B) Haji Mior Rosli Bin Mior Jaafar. Kumpulan pengakap turut membuat persembahan di hadapan para tetamu jemputan dengan penuh bersemangat. Antara tetamu yang turut hadir adalah En Nazaruddin dari PPW Bangsar Pudu dan En Nasaruddin selaku YDP PIBG. Tahniah diucapkan buat semua ahli pengakap yang telah berjaya melangkah ke satu tahap yang baru dan dharapkan agar semua ahli berpegang kepada Persetiaan Pengakap yang telah diikrarkan. Selain itu, tahniah diucapkan buat semua guru yang telah terlibat secara langsung dalam menjayakan majlis ini khusus untuk Pn Norizan Salim yang telah bertungkus lumus melatih murid dan memastikan pengurusan program hari ini berjalan seperti yang dirancang. Semoga kumpulan Pengakap 243 akan lebih cemerlang pada masa hadapan!