Your SlideShare is downloading. ×
Nota bab 5
Nota bab 5
Nota bab 5
Nota bab 5
Nota bab 5
Nota bab 5
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×
Saving this for later? Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime – even offline.
Text the download link to your phone
Standard text messaging rates apply

Nota bab 5

1,652

Published on

0 Comments
2 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total Views
1,652
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
81
Comments
0
Likes
2
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. BAB 5: PERGUDANGAN5.1 MAKSUD PERGUDANGAN (a) Pergudangan bererti penyimpanan atau penyetoran barang-barang di tempat yang sesuai dan selamat sehingga barang-barang itu diperlukan di pasaran. (b) Gudang: i. Tempat khas untuk menyimpan barang-barang. ii. Biasanya ditempatkan di kawasan pelabuhan, di stesen kereta api, lapangan terbang, kawasan pertanian, dan kawasan perniagaan. (c) Aktiviti pergudangan juga meliputi kerja-kerja pemecahan pukal, penyediaan barang untuk jualan dan penyimpanan barang-barang.5.2 PERANANPERGUDANGAN 1) MembolehkanPengeluaranDijalankanSecaraBerterusan 2) MenjaminpembekalanBarang-barang yang Berterusan 3) MembantuPerniagaanAntarabangsa. 4) Menstabilkanhargabarang-barang. 5) Menyediakantempatbagimempamerkanbarang-barang 6) Membolehkankerjaakhirdanpemecahanpukaldilakukan 7) Mengelakkanpembazirandankerosakan 8) MenjaminKeselamatanbarang-barang.5.3 CIRI-CIRIGUDANG YANG BAIK a) Lokasi yang strategik • Gudang mesti ditempatkan di lokasi yang strategic seperti di pelabuhan, lapangan terbang, stesen kereta api, dan terminal bas untuk memudahkan pergerakan barang-barang dari gudang ke kapal, kereta api, kapal terbang, dan sebaliknya. • Lokasi gudang mesti mempunyai kemudahan infrastruktur yang baik seperti jalan raya dan system komunikasi. Lokasi gudang itu juga harus terselamat daripada bencana alam dan kesesakan lalulintas.
  • 2. • Gudang juga memerlukan kawasan yang luas di sekelilingnya untuk memudahkan kerja punggah-memunggah.b) Mempunyai kemudahan Peralatan yang Mencukupi • Dilengkapi dengan jentera dan peralatan yang moden dan canggih untuk memudahkan kerja-kerja memunggah, menyusun, dan sebagainya. • Kelengkapan khas seperti forklift, trak pengangkutan, dan troli dapat memastikan barang-barang dikendalikan dengan lebih cermat dan selamat serta dengan kos yang minimum.c) Ruang gudang yang luas dan susun atur yang kemas • Ruang dalam gudang perlulah luas dan lapang agar barang-barang dapat disusun dengan kemas dan rapi mengikut jenis dan kuantiti. • Penyusunan teratur dan ruang yang luas memudahkan barang-barang dikeluarkan apabila diperlukan.d) Sistem Rekod yang Teratur dan Pengurusan yang cekap. • Gudang yang baik harus mempunyai system rekod yang lengkap. Setiap kali barang-barang dimasukkan atau dikeluarkan dari gudang, barang-barang itu mesti direkodkan dengan sempurna ke dalam buku stok, kad stok, atau pun komputer.e) Kesesuaian Gudang dengan barang-barang yang disimpan • Gudang yang didirikan serta kelengkapan di dalamnya mestilah bersesuaian dengan jenis barang-barang yang akan disimpan. • Contohnya: - Gudang tanpa bumbung - menyimpan barang-barang seperti granite, batu marmar dan pasir. - Gudang yang mempunyai bilik dingin beku- menyimpan barang-barang yang tidak tahan lama seperti daging, ikan, buah-buahan dan sayur-sayuran. - Gudang berbumbung tanpa dinding - menyimpan kayu, papan, dan sebagainya.
  • 3. f) Mempunyai ciri-ciri keselamatan yang baik dan polisi insurans • Gudang yang baik harus mengutamakan factor keselamatan, iaitu keselamatan barang-barang daripada kecurian, kebakaran, kerosakan, dan kehilangan. • Insurans mesti diambil untuk melindungi gudang dan barang-barang daripada risiko yang tidak dijangkakan seperti kecurian dan sebagainya.5.4 JENIS-JENIS GUDANG 1. Gudang adalah tempat khas untuk menyimpan barang-barang oleh pengeluar atau peruncit. 2. Gudang dibahagi kepada: a) Gudang persendirian i) Gudang pengilang • gudang persendirian yang dimiliki oleh pengilang atau pengeluar untuk menyimpan bahan-bahan mentah sebelum diproses atau menyimpan barang- barang siap yang telah dikeluarkan sebelum dipasarkan. ii) Gudang pemborong • gudang persendirian yang dimiliki oleh pemborong untuk menyimpan berbagai-bagai jenis barang yang dibeli secara pukal daripada pengilang dan pengeluar. • Gudang pemborong terbahagi kepada gudang am dan gudang khas. - Gudang am digunakan untuk menyimpan pelbagai jenis barang yang dibeli daripada pelbagai pengeluar dan pengilang; contohnya perkakas rumah, barang keperluan harian, barang makanan dalam tin dan sebagainya. - Gudang khas pula digunakan untuk menyimpan hanya satu keluaran tertentu. Contohnya ialah gudang beras, gudang pakaian atau gudang barangan elektrik. iii)Gudang peruncit • Gudang peruncit adalah gudang persendirian yang dimiliki oleh peruncit besar-besaran seperti pasarraya dan gedung aneka jabatan yang membeli barang-barang secara pukal daripada pengilang yang pelbagai.
  • 4. iv) Penyetoran sejuk • gudang yang dilengkapkan dengan alat penyejuk atau alat kawalan suhu khas untuk menyimpan barang-barang segar, yang tidak tahan lama, barang- barang yang cepat rosak atau busuk seperti daging, buah-buahan, ikan, sayur-sayuran, aiskrim, mentega, dan sebagainya. Gudang ini biasanya dimiliki oleh orang perseorangan atau syarikat untuk disewakan kepada peniaga yang memerlukannya. b) Gudang kerajaan • Gudang kerajaan disediakan dan dimiliki oleh pihak kerajaan dan biasanya diletakkan di bawah badan-badan tertentu seperti BERNAS, LKIM, FAMA, dan lain-lain. Gudang kerajaan biasanya terletak di stesen kereta api, pelabuhan, lapangan terbang, dan jeti ikan. c) Gudang berbon i) Gudang kastam • gudang berbon yang dimiliki oleh kerajaan dan diletakkan di bawah kawalan Jabatan Kastam Diraja Malaysia. ii) Gudang berlesen • gudang berlesen adalah gudang yang dimiliki oleh pengusaha swasta tetapi dikuasai dan dikawal oleh Jabatan Kastam.GUDANG BERBON1 Gudang berbon adalah gudang untuk menyimpan barang-barang yang dikenakan cukai tetapi cukainya masih belum dijelaskan. Barang-barang itu tidak boleh dikeluarkan selagi cukainya belum dibayar atau tanpa kebenaran atau kehadiran pengawal kastam.2 Sementara barang-barang disimpan dalam gudang dalam bon, peniaga atau pengimport dibenarkan masuk dengan kebenaran pegawai kastam untuk menjalankan kerja-kerja menggred, membotol, membungkus, menjenama, dan lain-lain.3 Caj atau sewa dikenakan bagi menggunakan ruang-ruang dalam gudang.4 Maksud “meletakkan barang-barang disimpan di dalam bon’’ ialah barang-barang disimpan di dalam gudang berbon dan tidak boleh dikeluarkan melainkan cukai keatasnya telah dijelaskan.
  • 5. 5 Gudang berbon juga digunakan bagi menyimpan barang-barang import yang menunggu untuk dieksport ke negara-negara lain.6 Fungsi-fungsi gudang berbon ialah: a) Menyediakan tempat untuk menyimpan barang-barang import sehingga cukai dibayar atau pun dieksport semula. b) Memudahkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia meneliti kemasukan barang-barang asing ke dalam Negara dan mengutip cukai kastam. c) Memudahkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia mengumpulkan maklumat-maklumat mengenai barangan eksport dan import. d) Memudahkan kegiatan perniagaan kerana barang-barang dalam gudang berbon boleh disiapkan untuk dijual atau dicagarkan bagi mendapatkan pinjaman.Kepentingan Gudang BerbonA Pihak Kerajaan a) Membantu kerajaan mengutip cukai dan mencegah pengelakkan cukai kastam. b) Membantu mengawal dan memeriksa eksport dan import. c) Menggalakkan perniagaan import, eksport, dan entrepot dijalankan. d) Memudahkan maklumat mengenai import dan eksport dikumpul.B Kepada peniaga (pengimport) a) Membolehkan pembayaran cukai ditangguhkan. b) Memudahkan barang-barang dijual. c) Membolehkan barang-barang disiapkan untuk dijual. d) Barang-barang boleh dicagarkan untuk mendapat pinjaman. e) Membantu aktiviti perniagaan entrepot.C Kepada pengilang (Pengeluar) a) Membantu pembayaran cukai kastam di tangguhkan. b) Kerja-kerja pemperosesan seperti membersih, mencuci dan lain- lain boleh dijalankan c) Bahan-bahan mentah boleh di keluarkan mengikut keperluan d) Pengilang dijamin dapat pesanan tetap e) Membantu pengeluran dilakukan secara besar-besaran dan berterusan
  • 6. D Kepada Pengeksport a) Membantu menyelesaikan masalah pergudangan b) Mengelakkan pembayaran cukai eksais c) Mengelakan modal kerja terikat kepada cukai d) Membantu perniagaan enterport

×