PERSEDIAAN DIRI SEBAGAI KAUNSELORPersediaan utama yang perlu sebagai kaunselor:       Mengenal konsep kendiri diri dan ind...
3. Segala tingkahlaku yang dilaksanakan oleh individu   adalah sama dengan konsep kendirinya.4. Konsep kendiri tidak kekal...
Pengalaman                          Diri         Konsep diri               Pembentukan Konsep Kendiri      KEPENTINGAN MEM...
6. Memahami konsep diri klien membantu                dalam   mempercepatkan proses kaunseling.                         PE...
juga membantunya dalam menerima klien dengan baik danobjektif.  Kebolehan kaunselor meningkatkan tahapkesedaran   dirinya ...
Apakah itu kaunseling?•    Kaunseling          bukan        memberi        nasihat.     Walaubagaimanapun memberi nasihat ...
“The counseling process is a helping relationship and isdirected toward assisting the client in experiencing alessening of...
sendiri. Ini seterusnya akan mencetus rasa percaya terhadapkaunselor dan memudahkan proses kaunseling dilakukan.     Kadan...
hasrat dan matlamat hidupnya. Individu sebegini adalahindividu yang sihat dan proses kaunseling kerap kalimenjadikan indiv...
dicapai. Sebagai panduan George dan Cristiani (1995)meletakkan fokus matlamat kaunseling seperti berikut: 1. Mempermudahka...
membantu individu mempertingkatkan kemahiran dalammenghadapi perubahan.3.   MEMPERTINGKATKAN              KEMAMPUAN       ...
CIRI-CIRI KAUNSELOR BERKESAN        Mempunyai pengetahuan dalam ilmu kaunseling danmemiliki kemahiran khusus yang diiktira...
yang terlibat dalam hubungan ini tidak mempunyai pertaliandarah atau pertalian emosi.    Hubungan menolong pula menandakan...
psikologi bagi menyelesaikan masalah situasi danperkembangan diri mereka. Aktiviti itu sendiri merupakansatu proses yang m...
memahami berbagai teori dan mahzab yang masing-masingcuba menghuraikan tentang sifat semulajadi manusia.Selain itu, para k...
Dari segi etika, kaunselor professional wajib mematuhiundang-undang dan etika. Etika kaunseling perlulah dihayatidan PERKA...
B) PENDEKATAN AFEKTIF (PEMUSATAN PERORANGAN)   Anda masih bertopeng, berpura-pura dan tertekan apabilamendapat maklumat ya...
APAKAH PENGETAHUAN ASAS BAGI SEORANGKAUNSELOR?         Nejedro, Arredondo dan Benjamin (1985) telahmenggariskan asas penge...
       Ethics       System management       Technological systems       Resource management       Grant writing     ...
dan kebanyakkan tingkahlaku terhasil daripada keadaan tidaksedar.Adlerian -Jika anda percaya bahawa masalah manusiakerana ...
Jika anda percaya bahawa yang mendatangkan masalahkepada manusia kerana tidak mempercayai diri sendiri, tidakboleh berfiki...
Apabila anda merujuk kepada “The Cube” itu, anda akanmemahami sedikit sebanyak tentang fungsi seorangkaunselor. Sebagai co...
KAUNSELING          MEDIA            LATIHAN         PERUNDINGANEMOSI            MOTIVASI        BUAT KEPUTUSAN        PEN...
Membina Perhubungan Kaunseling     Sebelum memulakan sesi kaunseling, eloklah dimulakandengan pertanyaan yang munasabah. P...
diketahui terdapatkah gangguan mental dalam keluarga   klien.5. Sejarah Peribadi. Klien juga boleh ditanya latarbelakang  ...
hidup, sokongan sosial dan penghargaan kendiri. Jika jumlahdi atas melebihi jumlah faktor-faktor di bawah, kebarangkalianu...
Stress Adakah terdapat perubahan signifikan dalam hidup anda    sejak akhir-akhir ini sama ada dari aspek positif mahupun...
Anda boleh memulakan proses kaunseling denganpelbagai modofikasi bagi setiap pendekatan kaunseling yangingin digunakan.   ...
kaunselor perlu bijak untuk mengenalpasti masalah klienmenggunakan pendekatan tertentu.     ii). Anda juga perlu menilai a...
Visual     - “lihat” (Saya dapat melihat kebahagiaan….)  Audio      - “dengar” (Saya mendengar kebahagiaan…)  Kinestetik -...
susulan. Jangkamasa dan kekerapan sesi adalah bergantungkepada persetujuan antara klien dan kaunselor.ORIENTASI PERHUBUNGA...
dan Warner (1986) berpendapat bahawa PK perlu bagi klienuntuk kejayaan kaunseling.-              Curtis (1981) menyatakan ...
melakukan penerokaan, tiba-tiba semasa sesi sedangberlangsung, klien mula menunjukkan tanda-tanda tidak mahuberkongsi deng...
kaunseling, iaitu ianya perlu ditamatkan sebelumperhubungan kaunseling yang baru bermula.    Penamatan di dalam kaunseling...
-              Kurangnya perasaan marah.-              Kurang bergantung.-              Kurang perasaan sedih dan pilu.   ...
d. Kaunselor dan klien bercanggah dari segi personaliti danada kecenderungan berlaku konflik.e. Hubungan antara kaunselor ...
kelemahan diri seiringan dengan emosinya. Konsep ini bolehdigambarkan seperti berikut:A                                   ...
PEMBAWAAN NALURI MANUSIA    Pada asasnya pendekatan afektif mempunyai kefahamanbahawa setiap manusia itu sedar dan berupay...
bahagikan pembawaan hidup seseorang itu kepada ciri-ciriyang spesifik. Ianya lebih mementingkan konsep penyatuandalam diri...
pemikiran yang tidak rasional, sistem membuat keputusannyajuga pada hakikatnya berpunca daripada sistem pemukiranyang tida...
manusia. Fahaman ini berpendapat manusia tidak rasional,tidak sosial dan penuh dengan desakan yang merosakkandirinya dan m...
Desakan-desakan ini merupakan desakan naluri yangsemulajadi semenjak seseorang itu dilahirkan. Penentuanpsikik ini berkait...
sedar kepada tahap sedar akan memerlukan bantuandaripada kaunselor.     Pada kebiasaannya perasaan pemikiran bawah sedar i...
elemen terapi yang kuat dalam pendekatan psikoanalisis.Oleh kerana pentafsiran dapat membantu klien memahamiapakah yang be...
IDENTIFIKASI: Sebagai satu konsep terapan yang disedari,identifikasi memainkan peranan yang penting semasamengubah haluan ...
menyebabkan keadaan lekatan seperti mekanisme bela dirisemasa dewasa yang boleh membawa kepada trait pasif,optimis dan ing...
vokasional. Zaman kanak-kanak ditinggalakan dan bermuladengan peringkat kedewasaan.MEKANISME BELA DIRI     Mekanisme bela ...
teratur tanpa mengingat latihan yang sudah dilalui. Dalamkeadaan ini, kanak-kanak tersebut akan terasa terancamdengan kedu...
sikap serta perasaan yang asal tetap akan terserap, hanyaemosi yang baru digantikan ke arah objek yang lain.9.        Subl...
Rintangan dan mekanisme bela diri seseorang individu jugaakan meningkatkan kerumitan yang dialami oleh klien.Sehubungan it...
memang tersemat pendaman sebagai satu faktor mekanismebela diri. Tujuan perkaitan bebas adalah bagi melepaskan ketahap sed...
Tanda seperti ini memberi isyarat bahawa klien belumbersedia untuk menyesuaian dirinya dengan keadaan yangsebenar.     Kau...
Wz manual kaunselor
Wz manual kaunselor
Wz manual kaunselor
Wz manual kaunselor
Wz manual kaunselor
Wz manual kaunselor
Wz manual kaunselor
Wz manual kaunselor
Wz manual kaunselor
Wz manual kaunselor
Wz manual kaunselor
Wz manual kaunselor
Wz manual kaunselor
Wz manual kaunselor
Wz manual kaunselor
Wz manual kaunselor
Wz manual kaunselor
Wz manual kaunselor
Wz manual kaunselor
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Wz manual kaunselor

3,101

Published on

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total Views
3,101
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
96
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Wz manual kaunselor

  1. 1. PERSEDIAAN DIRI SEBAGAI KAUNSELORPersediaan utama yang perlu sebagai kaunselor: Mengenal konsep kendiri diri dan individu lain Mengenal persepsi dan nilai diri dan individu lain Mengenal dan menyedari proses komunikasi intra dan inter individu lain. KONSEP KENDIRI Kaunseling adalah hubungan dua hala yang aktif di manakaunselor memberikan khidmatnya membantu klienmemahami diri dan alamnya. Walaupun kaunselor tidakmemaksa klien menurut kata dan mengikut nilai yangdipegang oleh dirinya, tetapi kaunselor memainkan perananyang aktif dalam memudahkan klien melihat dirinya melaluihubungan yang dijalin oleh kaunselor semasa sesi kaunseling.Hubungan yang baik ini hanya dapat dijalin dengan kaunselorsendiri memahami dirinya, iaitu perasaannya, nilainya, disamping pengetahuan dan kemahiran yang ada. Pertolonganyang berkesan hanya dapat diberikan sekiranya kaunselorsendiri rasa selesa dengan dirinya. Ia dapat menerimadirinya, berkeyakinan dan percaya dengan diri sendiri. Fahaman terhadap dirilah yang dikenali sebagai konsepkendiri. Rogers (1951) mentafsirkan konsep diri sebagai“may be thought of as an organized configuration ofperception of the self…..it is composed of such elements asperceptions of one characteristics and abilities; the perceptsand concepts of self in relation to others and to theenvironment; the value qualities which are perceived asassociated with experiences and objects; and goal and idealswhich are perceived as having positive or negative valence” Jelasnya konsep kendiri boleh didefinisikan sebagai hasilpemahaman diri terhadap pengalaman yang telah dialamioleh dirinya sendiri dan apakah yang difahami oleh diri sendiridalam menjawab siapakah kita.Konsep kendiri ini menentukan tingkah laku dan gayahubungan dengan individu lain. Burns (1981) berpendapat:1. Konsep kendiri merupakan satu faktor yang penting dalam menentukan respon seseorang kepada alam sekelilingnya. Ia juga menentukan makna yang diberikan kepada alam.2. Konsep kendiri juga menentukan prestasi seseorang. 1
  2. 2. 3. Segala tingkahlaku yang dilaksanakan oleh individu adalah sama dengan konsep kendirinya.4. Konsep kendiri tidak kekal dan ia berubah dengan pengalaman walaupun terdapat beberapa faktor di dalamnya lebih kekal dari yang lain. Fits (1953) mengariskan unsur yang membentuk konsepkendiri, ini merujuk pandangan individu kepada:sifat fizikalnya (physical self)kedudukannya dalam keluarga (family self)hubungan sosialnya (social self)nilai dan moralnya (moral ethical self)tingkahlakunya (behavior self)tahap kepuasan dirinya (self satisfaction)diri personal (personal self)harga diri (self esteem)identity diri (identity)kritik diri (self criticism) Secara umum konsep kendiri ini adalah bagaimana gayaseseorang itu melihat dan merasai tentang dirinya. PROSES PEMBENTUKAN KONSEP KENDIRI Konsep kendiri terbentuk hasil dari hubungan manusiadengan alam sekitarnya. Manusia sentiasa menerima danmenyerap maklumat dirinya dari tingkahlaku, kata-kata danpentafsiran kepada orang sekelilingnya. Mereka yang penting(significant others) dalam hidup manusia seperti ibu bapa,adik beradik, rakan, guru, kekasih, suami/isteri dansebagainya adalah paling penting menambahkan maklumatdiri ini. Penyerapan maklumat yang negatif terlalu banyakakan menghasilkan konsep kendiri yang negatiff, sebaliknyadengan banyaknya respon positif yang didapati akanmembentuk konsep kendiri yang positif. Oleh itu, peranansignificant others ini tidak boleh diperkecilkan kerana inilahyang mencorakkan diri seseorang. Cara hidup dan gaya manusia melihat alam ini ditentukanapakah konsep diri yang dirasainya. Individu yang melihat diripositif juga turut melihat alam sebagai positif maka manusiamenjadi positif kepadanya. Manakala individu yang melihatdirinya negatif, alamnya juga menjadi negatif dan manusiajuga negatif kepadanya. 2
  3. 3. Pengalaman Diri Konsep diri Pembentukan Konsep Kendiri KEPENTINGAN MEMAHAMI KONSEP KENDIRI Sebagai kaunselor kita perlu memahami konsep diri agardapat memahami apakah kelemahan dan kekuatan diri.Mengenali bias diri, nilai diri dan bagaimana kita melihat diriadakah positif atau masih banyak unsur negatif diri. Unsurdalam diri kaunselor dikhuatiri akan menjadi halangan dalambentuk hubungan yang dijalin antara kaunselor dan klien.Kesedaran kendiri iaitu mengenali ciri-ciri yang terdapatdalam diri atau data-data diri yang jelas dapat membantukaunselor menilai dirinya dan memastikan kelemahan yangada pada dirinya tidak mempengaruhi sesi kaunseling. Disebaliknya terdapat juga keperluan untuk kaunselormemahami konsep kendiri kliennya. Besar kemungkinankonsep kendiri yang negatif, hasil dari pengalaman yangnegatif menjadi pemasalahan dalam diri klien untukmembolehkannya menguruskan diri sendiri. Terdapat jugakemungkinan pandangan klien terhadap dirinya tidak betulsama ada terlalu rendah atau tinggi sehingga menimbulkanmasalah. RUMUSAN1. Konsep diri adalah bagaimana individu melihat dan merasai tentang dirinya.2. Konsep diri terbentuk dari pengalaman diri terutama respon dari mereka yang penting dalam kehidupan individu.3. Konsep diri menentukan tingkahlaku individu.4. Konsep diri boleh berubah dengan adanya pengalaman baru.5. Konsep kendiri kaunselor menentukan gaya hubungan yang dibentuk kaunselor dengan klien. 3
  4. 4. 6. Memahami konsep diri klien membantu dalam mempercepatkan proses kaunseling. PERSEPSI PERSEPSI DAN HUBUNGAN MANUSIA Manusia berhubung melalui lisan dan bukan lisan. Kedualisan dan bukan lisan ini menghantar mesej makna masing-masing antara mereka berkomunikasi. Makna yang dihantardan diterima ini adalah melalui persepsi dan tafsiran masing-masing. Oleh itu sering berlaku salah erti atau silang budayadalam komunikasi yang menjadi halangan agar mesej yangtepat dapat disampaikan dan diterima. Persepsi adalah satu proses yang kompleks kerana iamelibatkan keseluruhan panca indera iaitu mata, telinga,hidung, kulit, lidah dan pemikiran kita. Segala rangsanganyang datang terpaksa dipilih, disaring dan seterusnyaditerjemahkan. Oleh kerana persepsi ini melibatkan perasaandan interpritasi maklumat maka perlu sekali dikenalpastibagaimana persepsi diri sebagai kaunselor terbentuk danbagaimana pula persepsi klien. Salah anggap atau salahterima boleh membawa kepada salah faham, curiga, tidakpercaya, salah tindakan dan sebagainya yang dapatmenganggu dalam hubungan yang berkesan. Kebolehan untuk memahami dan merasai dengan betulsebagaimana yang dialami dan dirasai oleh individu laindinamakan empati. Empati adalah unsur penting dalamhubungan kaunseling. Kebolehan kaunselor untuk berempatidengan apa yang dialami oleh klien merupakan unsur pentingyang teraputik yang dapat mempercepatkan perubahan dalamdiri klien. Kebolehan kaunselor untuk membantu klien dalammengubah persepsi atau melihat dari sudut-sudut yang lainpada satu perkara yang menggangu klien akan kadangkaladapat memudahkan klien menguruskan permasalahandirinya. Kaunselor sebagai seorang pembantu, perlu jugamemahami persepsi mereka bagaimanakah pola pemikirandan perasaannya dan bahagian manakah dirinya yangmempengaruhi dalam hubungannya dengan manusia lain. Ini 4
  5. 5. juga membantunya dalam menerima klien dengan baik danobjektif. Kebolehan kaunselor meningkatkan tahapkesedaran dirinya akan membantunya dalammempertajamkan pemerhatian dan pendengarannya dalamusaha membantu klien. Kebolehan kaunselor memahami persepsi klien akanmewujudkan rasa empati terhadap klien dan memudahkanproses kaunseling dijalankan dengan berkesan. Klien yangdatang membawa bersama mereka sikap, nilai, pengalaman,tabiat, kepercayaan banyak mempengaruhi proses kaunselingyang dijalankan. KOMUNIKASI INTRA DAN INTERPERSONAL Manusia berkomunikasi dalam banyak cara tetapi mungkincara berkomunikasi yang sentiasa kita amalkan ialahberkomunikasi dengan diri. Komunikasi dengan diri sendiriadalah dikenali sebagai komunikasi intra personal. Intrakomunikasi ini menentukan tingkahlaku dan perasaanserta mood individu tersebut. Proses intrakomunikasi initerbentuk dari pengalaman individu. Oleh keranapengalaman berbeza maka apa yang dirasa juga berbeza. Komunikasi intra pula ialah komunikasi yang melibatkanlebih dari seorang. Mesej atau pengalaman yang disalurkanmungkin mengandungi idea, perasaan dan budaya setiapindividu yang terlibat. Oleh itu sebagai kaunselor, usaha memahami mesej yangdihantar bukan sahaja memerlukan kemahiran mendengartetapi juga memahami latar belakang dan budaya individuyang terlibat.Komunikasi dua hala atau interpersonal ini dalam sesikaunseling menghadapi pelbagai halangan iaitu berbentukfizikal seperti bunyi bising, tahap pendengaran yang kurangbaik atau halangan psikologikal seperti bisikan hati dansebagainya. Oleh itu kemahiran berkomunikasi adalah satukemahiran yang perlu didalami oleh bakal kaunselor.PENGENALAN KEPADA KAUNSELING 5
  6. 6. Apakah itu kaunseling?• Kaunseling bukan memberi nasihat. Walaubagaimanapun memberi nasihat terdapat dalam kaunseling tetapi memberi nasihat adalah lebih kepada salah satu strategi yang terdapat dalam kaunseling.• Kaunseling bukan sesi sembang-sembang atau bercerita kosong seperti mana yang berlaku di kedai kopi, di kantin, di tempat menunggu bas atau pusat hiburan. Kaunseling mempunyai matlamat tertentu dan dijalankan di tempat khas, pada masa yang dipersetujui bersama dan dikendalikan oleh seorang yang terlatih dalam bidang kaunseling.• Kaunseling bukan untuk individu yang mempunyai masalah mental. Malah sebenarnya kaunseling adalah untuk orang normal yang boleh mengurus kehidupannya sendiri, tetapi pada ketika tertentu menjadi buntu atau merasa tertekan. Individu yang mempunyai masalah mental perlu mendapat rawatan dari pakar sakit jiwa.• Kaunselor bukan berfungsi untuk menyelesaikan masalah klien. Peranan kaunselor adalah membantu klien memahami masalahnya untuk terus bertindak menyelesaikan masalah berkenaan. Terdapat banyak definisi yang telah dikemukan tentangkaunseling dan tidak terdapat satu definisi khusus yang bolehditerima oleh semua orang. Ini kerana definisi yangdikemukakan banyak bergantung kepada pendekatan atauteori yang digunakan. Berikut ialah sebahagian daripadadefinisi kaunseling:“Counseling is a process concerned with assisting normalpeople to achieve their goals or functions more effectively” Ivey,Ivey&Downing (1987)“Counseling is a process that helps people learn aboutthemselves, their environment, and ways to handle their rolesand relationship. Although individuals seek counselingbecause they are experiencing problems, counseling is notnecessarily remedial” Hansen, Rossberg & Creamer (1984) 6
  7. 7. “The counseling process is a helping relationship and isdirected toward assisting the client in experiencing alessening of mental tension and achieving a sense of wellbeing. Counseling involves interpersonal exchanges betweena trained counselor and a person who seek relief from mentalanguish, indecision or perhaps painful inadequacies” Robinson (1988) Dari beberapa definisi di atas, kita boleh melihat terdapatbeberapa elemen yang sama iaitu:1. Kaunseling merupakan satu proses.2. Dalam kaunseling terdapat kaunselor yang membantu dan klien yang dibantu.3. Tujuan kaunseling ialah membantu klien agar dapat berfungsi dengan lebih berkesan.PRINSIP-PRINSIP KAUNSELING Terdapat beberapa prinsip penting tentang manusia yangmenjadi asas kepada aktiviti kaunseling. Mizan AdiliahAhmad Ibrahim dan Halimatun Halaliah Mokhtar (1996)menyenaraikan lima prinsip utama:1. Manusia mempunyai harga diri2. Manusia itu unik3. Manusia yang memiliki personaliti bersepadu adalah manusia yang sihat4. Manusia cenderung ke arah Kesempurnaan kendiri5. Manusia berkembang melalui Proses sosiolisasi1. MANUSIA MEMPUNYAI HARGA DIRI Setiap kaunselor mesti percaya bahawa setiap individumempunyai harga diri atau maruah. Kepercayaan ini akanmeyakinkan kaunselor bahawa semua orang mesti dihormati.Kaunselor yang memegang kepada kepercayaan ini akansentiasa mengawal dirinya agar tidak memperkecilkan diriklien mahupun masalah mereka. Sikap kaunselor yang menghormati klien akanmenimbulkan rasa hormat klien terhadap kaunselor itu 7
  8. 8. sendiri. Ini seterusnya akan mencetus rasa percaya terhadapkaunselor dan memudahkan proses kaunseling dilakukan. Kadang kala individu kerap mengalami ketidakselesaanperasaan seperti gelisah, kesedihan dan kemarahan yangberpunca dari harga dirinya dicabar atau beliau kehilanganrasa hormat terhadap harga dirinya. Memahami keadaan iniseharusnya kaunselor memberi perhatian untukmeningkatkan harga diri klien.2. MANUSIA ITU UNIK Di dunia ini tidak ada dua individu yang sama dalamsegala aspek walaupun mereka merupakan kembar seiras.Setiap manusia mempunyai perbezaan dari pola perlakuan,fizikal mahupun cara bertindak. Kaunselor harus pekaterhadap perkara ini bila berhadapan dengan klien. Definisimasalah yang sama tidak membawa makna keserupaanterhadap setiap klien oleh itu, kaunselor harus meneliti nilai inidengan mendalam. Manusia itu dikatakan unik kerana mereka berbeza darikeupayaan dan kelemahan. Memahami keunikan manusiaakan membuat kaunselor lebih menerima kelainan antaraindividu dan ini boleh menghalang kaunselor‘menstereotaipkan’ individu mengikut apa-apa kelompokpun.3. MANUSIA YANG MEMILIKI PERSONALITI BERSEPADU ADALAH MANUSIA SIHAT Manusia yang normal mempunyai komponen psikomotor,kognitif dan afektif. Ketiga-tiga komponen ini bertindak antarasatu sama lain untuk menggerakkan individu dalamkehidupannya. Ketiga-tiga komponen ini harus seimbang.Individu tidak harus cenderung kepada satu-satu komponensahaja. Perkembangan dan penyuburan ketiga-tigakomponen ini perlu diberi perhatian yang sama. Manusiayang berjaya mengimbangkan tuntutan ketiga-tiga komponenini dikatakan memiliki personaliti bersepadu. Individu yang mepunyai personaliti bersepadu jugadikatakan seseorang yang tahu keupayaan dan kekuatandirinya di samping kelemahan yang dimiliki. Individu sebeginitidak menolak realiti tetapi sebaliknya menerima keadaandirinya sambil berusaha memperbaiki diri di mana perlu.Sekaligus individu sebegini jelas tentang nilainya, sikapnya, 8
  9. 9. hasrat dan matlamat hidupnya. Individu sebegini adalahindividu yang sihat dan proses kaunseling kerap kalimenjadikan individu itu menjadi bertambah sihat.4. MANUSIA CENDERUNG KE ARAH KESEMPURNAAN KENDIRI Setiap kaunselor mesti percaya bahawa tidak ada manusiayang mahu dirinya lemah atau berada dalam kekurangan.Semua orang mahukan yang terbaik dan mahukan dirinyamenjadi yang terbaik mengikut tafsirannya sendiri. Denganitu individu yang sedar bahawa dia berada di tahap yangrendah akan cuba mengubah keadaan dirinya. Kepercayaantentang perkara ini akan membuat kaunselor seorang yangberpandangan positif. Kaunselor tidak akan marah ataumengalah bila kliennya gagal menunjukkan perubahan keranadia pasti kliennya mahukan perubahan yang ke arah lebihbaik. Cuma masa atau caranya sahaja yang masih belumberkesan.5. MANUSIA BERKEMBANG MELALUI PROSES SOSIOLISASI Manusia adalah makhluk sosial dan ini bermakna manusiamemerlukan individu lain untuk hidup dan berkembang.Segala kemahiran hidup dipelajari dari orang sekelilingnyasama ada dari ibu, bapa dan ahli keluarga mahupun rakan-rakan adalah merupakan satu proses sosiolisasi. Biasanyamasyarakat mengajar individu bagaimana untukbertingkahlaku dan bersikap mengikut norma yang baikataupun yang ditentang oleh norma masyarakat itu sendiri. Sehubungan itu kaunselor harus percaya bahawa individuberkembang melalui proses sosiolisasi dan dengan itu jalanpenyelesaian kepada masalah individu itu berkemungkinanakan melibatkan orang lain.MATLAMAT KAUNSELING Kaunseling bertujuan untuk menolong klien. Setiap sesikaunseling mempunyai matlamat tertentu dan matlamatkaunseling tidak ditetapkan oleh kaunselor tetapi kedua-duaklien dan kaunselor bersama-sama menentukan matlamatyang ingin dicapai dan bagaimana matlamat itu hendak 9
  10. 10. dicapai. Sebagai panduan George dan Cristiani (1995)meletakkan fokus matlamat kaunseling seperti berikut: 1. Mempermudahkan atau menggerakkan perubahan tingkahlaku 2. Mempertingkatkan kemahiran menghadapi perubahan 3. Mempertingkatkan kemampuan membuat keputusan. 4. Memperbaiki hubungan dengan individu lain 5. Memperkembang potensi diri1. MEMPERMUDAH ATAU MENGGERAK PERUBAHAN TINGKAHLAKU Kerapkali individu menghadapi masalah keranamempraktikkan tingkahlaku yang merugikan iaitu sebarangtingkahlaku yang memberi kesan tidak baik kepada individuberkenaan, orang lain bahkan kepada sekelilingnya.Kemungkinan tingkahlaku individu itu menyebabkan beliautidak selesa didampingi oleh orang lain. Individu yang menyedari beliau mempunyai tingkahlakuyang merugikan dan mahu mengubah kepada tingkahlakuyang lebih positif boleh mendapatkan khidmat kaunselor .Melalui proses kaunseling, individu akan lebih membuatperubahan yang diingininya.2. MEMPERTINGKATKAN KEMAHIRAN MENGHADAPI PERUBAHAN Kita semua mengalami perubahan dalam diri hasil dariproses pertumbuhan dan perkembangan fizikal, psikomotor,emosi serta psikologi. Selain itu individu juga berhadapandengan perubahan persekitaran seiring denganperkembangan teknologi sejagat. Perubahan-perubahan inimemerlukan kita membuat pengubahsuaian kepada apa yangbiasa kita lakukan. Ramai yang berjaya melakukanperubahan namun terdapat sebilangan individu yang tidakdapat menerima perubahan dan tidak dapat menyesuaikandiri dengan perubahan. Malahan ada yang keliru denganperubahan-perubahan dan tidak tahu apa yang harusdilakukan. Matlamat kaunseling ialah menolong individu menerimadunia baru dan membantu membina persepsi yang baru.Sehubungan itu proses kaunseling ialah satu proses 10
  11. 11. membantu individu mempertingkatkan kemahiran dalammenghadapi perubahan.3. MEMPERTINGKATKAN KEMAMPUAN MEMBUAT KEPUTUSAN Salah satu sebab utama klien mendapatkan khidmatkaunseling ialah kerana mereka mengalami delima, iaitupersimpangan membuat pilihan atau membuat keputusanyang penting. Kehidupan memerlukan kita membuatkeputusan yang tepat dan betul. Keputusan yang tidak tepatboleh merugikan individu. Kaunselor harus membantu klienmengharungi proses membuat keputusan yang betul.4. MEMPERBAIKI HUBUNGAN DENGAN INDIVIDU YANG LAIN Manusia hidup dalam masyarakat dan komunikasi sertainteraksi dalam kelompok sosial dan menjalin hubungansesama insan adalah satu keperluan. Mengasingkan diri darikelompok masyarakat adalah satu hukuman yang paling beratuntuk mana-mana individu. Untuk mengelakkan individu rasatersisih atau disisihkan dari masyarakat, individu mesti pandaimenjalinkan hubungan dengan individu lain dan seterusnyamengekalkan hubungan tersebut. Jika hubungan yang dijalinterancam, individu yang terlibat akan mengalami perasaantidak selesa dan pelbagai emosi negatif akan timbul dalamdirinya.5. MEMPERKEMBANGKAN POTENSI DIRI Memperkembangkan potensi diri merupakan matlamatumum bagi kebanyakan hubungan kaunseling. Setiappendekatan kaunseling mempunyai matlamat ini. Matlamatini biasanaya tercapai apabila klien dibantu dalam mencapaisalah satu dari empat matlamat yang disebut sebelum ini. Inibermaksud apabila klien dibantu untuk mengubah tingkahlakuatau menghadapi perubahan dalam hidupnya dengan carayang berkesan atau dibantu dari aspek membuat keputusan,secara langsung klien juga dibantu untukmemperkembangkan potensi dirinya. 11
  12. 12. CIRI-CIRI KAUNSELOR BERKESAN Mempunyai pengetahuan dalam ilmu kaunseling danmemiliki kemahiran khusus yang diiktiraf oleh JPA.Keberkesanan proses kaunseling juga bergantung kepadapersonaliti kaunselor.Untuk menjadi seorang kaunselor yangefektif individu perlu mempunyai beberapa ciri personalititertentu. Pelbagai kajian telah dilaksanakan di negara baratdan terbukti bahawa personaliti memainkan peranan pentingdalam menentukan keberkesanan proses kaunseling. Senarai berikut merupakan sebahagian dari senarai yangdikemukakan oleh George dan Cristiani (1995) dan Petersondan Nisenholz (1987) : I. Mesra II. Mudah didampingi III. Bersikap terbuka IV. Ikhlas untuk menolong, tidak berpura-pura V. Sedar akan nilai dan kepercayaan yang dimiliki olehnya. VI. Bersedia mengambil risiko. VII. Berupaya menjalin hubungan baik dengan orang lain.VIII. Bertanggungjawab di atas tindakan yang diambil. IX. Boleh berjenaka X. Pandai berkomunikasi XI. Berpengetahuan XII. Mempunyai nilai etika dan moral yang tinggiXIII. Boleh dipercayaiXIV. Ada kekuatan mentalXV. Bertenaga dan bermotivasi tinggi.CIRI-CIRI HUBUNGAN Hubungan yang terjalin di antara kaunselor dengan klienadalah amat penting kerana ia menentukan keselesaan klien,dan ini seharusnya menyumbang kepada keberkesananproses kaunseling yang dilalui. Hubungan kaunselor klienadalah berbeza dari lain-lain hubungan kerana ianya adalahsatu hubungan professional, satu hubungan menolong dansatu hubungan yang teraputik. Hubungan profesional bermaksud satu hubungan yangdisengajakan dan tidak berlaku secara tidak sengaja. Individu 12
  13. 13. yang terlibat dalam hubungan ini tidak mempunyai pertaliandarah atau pertalian emosi. Hubungan menolong pula menandakan bahawa terdapatsekurang-kurangnya dua pihak dalam hubungan ini iaitukaunselor dan klien. Menurut George dan Cristiani (1990) ‘… the helping relationship is a unique and dynamicprocess through which one individual assists another touse his or her inner resources to grow in a positivedirection, actualizing the individual’s potential for ameaningful life’ Hubungan teraputik membolehkan klien “… learn toexamine their thoughts, feelings, attitudes, values andbehaviors and as result of this exploration they are ableto grow and change.” (George & Cristiani, 1990). Terdapat dua elemen penting yang mesti wujud agarhubungan yang dijalin mempunyai nilai teraputik iaitukepercayaan dan penerimaan.Klien yang datang berjumpakaunselor mahukan seseorang yang boleh memahamiemosinya dan seorang yang boleh dipercayai. Ini kerana darisegi emosi dan psikologi, seorang klien itu adalah dalamkeadaan takut dan cemas. Tambahan pula suasanakaunseling adalah sesuatu yang baru dan asing bagikebanyakan klien. Jika klien merasakan kaunselor bukanseorang yang boleh dipercayai, kemungkinan beliau tidakmeneruskan sesi kaunseling. Kalau hubungan diteruskanjuga, klien akan menghadapi kesukaran membuatpendedahan kendiri yang boleh membawa kepada perubahandiri yang positif. Dengan itu, seorang kaunselor mestilahseorang yang boleh dipercayai dan mesti mempamerkan ciri-ciri yang menunjukkan beliau boleh dipercayai.SIAPAKAH KAUNSELOR PROFESIONAL Sebelum dihuraikan siapakah kaunselor Profesional,perlulah difahami definisi kaunseling mengikut apa yangdikemukakan oleh kedua-dua American CounselingAssociation (ACA) dan Divisyen 17 (Counseling Psychology),American Psychological Association (APA); “Kaunseling merupakan aktiviti professional yang bercorakjangkamasa pendek, interpersonal dan berdasarkan teori-teori. Ianya adalah satu perkhidmatan yang berpandukanstandard etika dan perundangan, memberi fokus untukmenolong individu yang pada asasnya sihat dari segi 13
  14. 14. psikologi bagi menyelesaikan masalah situasi danperkembangan diri mereka. Aktiviti itu sendiri merupakansatu proses yang melalui beberapa tahap. Masalah yangsering timbul seperti masalah sosial, pendidikan, personaldan kerjaya memerlukan kaunselor yang khusus di dalambidang-bidang berkenaan. Pengamalnya mestilahmenamatkan pengajian kursus yang diperlukan sama ada diperingkat masters ataupun doktorat sebelum diberikan lesenatau pengiktirafan sebagai kaunselor professional” Menurut Akta Kaunselor 1998 (Akta 580) pula; “Kaunseling ertinya satu proses sistematik untukmembantu perhubungan berdasarkan prinsip-prinsip psikologiyang dilaksanakan oleh kaunselor berdaftar mengikut kodetika kaunseling untuk mencapai satu perubahan, kemajuandan penyesuian yang holistic, baik dan sukarela pada diriklien supaya perubahan, kemajuan dan penyesuaian itu akanberterusan sepanjang hayat klien”Mengikut takrifan yang terkandung di dalam akta Kaunselor1998 (Akta 580, muka surat 18), “Kaunselor ertinyaseseorang yang mengadakan perkhidmatan kaunseling bagisatu fee yang ditetapkan atau apa-apa balasan lain.” Dari segi undang-undang, takrifan tersebut jelasmendefinisikan “kaunselor” tetapi dari segi profesion pulasecara khusus Kaunselor Profesional adalah seorang yang : 1. Telah mendapat latihan khusus mengenai bimbingan dan kaunseling. 2. Mempunyai kecekapan untuk menjalankan sesi kaunseling dan bimbingan. 3. Mengamalkan ilmu kaunseling yang telah dipelajari. 4. Mematuhi peraturan, etika dan undang-undang. 5. Bertindak sebagai seorang saintis sains sosial.1. MENDAPAT LATIHAN KHUSUS Program bimbingan dan kaunseling adalah satu latihankhusus untuk menjadikan seseorang sebagai kaunselor. Olehitu anda perlu mempelajari tentang Falsafah Bimbingan danKaunseling untuk memahami konsep, prinsip, falsafahkaunseling, kepentingan perkhidmatan dan ciri-ciri kaunseloruntuk melahirkan kaunselor yang baik. Selain itu anda perlujuga mempelajari teori-teori kaunseling supaya anda dapat 14
  15. 15. memahami berbagai teori dan mahzab yang masing-masingcuba menghuraikan tentang sifat semulajadi manusia.Selain itu, para kaunselor juga perlu mendapat latihan dalamperkembangan kerjaya agar lebih effektif dalampenggendalian kaunseling. Melalui kaunseling pelbagaibudaya pula anda akan diajar memahami bagaimanakaunselor yang peka terhadap budaya orang lain.2. MEMPUNYAI KECEKAPAN Dari segi kecekapan pula, semua pelatih akan mengalamilatih amal untuk mempertingkatkan kecekapan para pelatihdalam penggendalian kaunseling. Kepimpinan dankaunseling kelompok akan mendedahkan anda tentangdinamika kelompok dan kemahiran untuk menjalankankaunseling kelompok serta menggunakan berbagaipendekatan dan teknik. Okun (1992) telah mengemukakan tiga tahapperhubungan menolong yang disertai dengan kemahiran danpengetahuan yang relevan. Bagi mereka yang tidakprofessional, mereka mungkin mempunyai kemahirankomunikasi tetapi mungkin kurang kemahiran dalamperkembangan kaunseling dan kemungkinan tidak tahumenggunakan pendekatan dan teknik kaunseling. Bagi yangberada pada tahap paraprofessional pula, individu itu mungkinmempunyai kesemua kemahiran tetapi tidak mampumengaplikasikan teori dan menjelmakan teknik-teknikkaunseling dalam proses menolong. Bagi tahap yangtertinggi pula iaitu professional, mereka berkemahiran dalamaspek menolong dan mempunyai pengetahuan yangmendalam dalam aspek teori dan juga strategi menolongyang tinggi.3. MENGAMALKAN ILMU KAUNSELING YANG DIPELAJARI. Kaunselor yang professional akan mengamalkan segalailmunya tidak kira dalam apa-apa setting atau sasarannya.4. MEMATUHI PERATURAN, ETIKA DAN UNDANG- UNDANG 15
  16. 16. Dari segi etika, kaunselor professional wajib mematuhiundang-undang dan etika. Etika kaunseling perlulah dihayatidan PERKAMA (Persatuan Kaunseling Malaysia) mempunyaietika untuk melindungi ahli-ahlinya.5. BERTINDAK SEBAGAI SAINTIS SOSIAL Sebagai kaunselor professional, seseorang perlu menilaiapa yang berlaku pada kelompok sosial dan perlu berinteraksisecara intervensi saintis sosial terhadap peristiwa yangberlaku di sekelilingnya. APAKAH HALANGAN-HALANGAN ANDA UNTUK MENJADI KAUNSELOR PROFESIONAL? Sekadar hanya tahu lima perkara tersebut masih tidakmencukupi untuk menjadi kaunselor professional. Sebelumanda menolong orang lain untuk berubah dari segi emosi,pemikiran atau tingkahlaku, anda sendiri perlu menyedariemosi, pemikiran dan tingkahlaku yang tidak sihat yang adapada diri anda dan seterusnya membuat perubahan. Adalahdiharapkan agar anda juga dapat mempamerkan tingkahlakuyang adaptif setelah mengikuti kursus ini. Bagaimana andaboleh tahu sama ada anda buntu atau tidak dari segipsikologi? Marilah lihat pendekatan-pendekatan ini untukmembantu anda.A) PSIKOANALISIS: Mereka yang buntu banyak mempamerkan mekanismebeladiri yang tinggi seperti projeksi (menunding jari kepadaorang lain walhal diri sendiri yang tidak betul); reaksi-formasi(perasaan, pemikiran sebenar ditekankan, sebaliknyamenimbulkan perasaan sebaliknya, sebagai contoh anda‘menyampah’ pada seseorang tetapi apabila bertembungdengannya anda berpelukan dan melakukan perlakuan yangberlawanan), “displacement” (sebagai contoh anda dimarahiorang yang lebih tua/berpangkat dan sebagainya dan andatidak berdaya untuk melawan, maka anda mencari orang lainyang berdaya untuk melepaskan geram anda..; membuatrasional (anda cuba membuat alasan bagi tindakan yang tidakditerima…yang mana sepatutnya anda mengaku salahsahaja); menidakkan (tidak mahu menerima kenyataan yangtidak menyenangkan); identifikasi (anda menyerap kualitiorang lain, meniru personaliti itu supaya dapat membuangperasaan takut terhadapnya). 16
  17. 17. B) PENDEKATAN AFEKTIF (PEMUSATAN PERORANGAN) Anda masih bertopeng, berpura-pura dan tertekan apabilamendapat maklumat yang tidak selaras dengan konsepkendiri anda.C) PENDEKATAN KOGNITIF Anda banyak mempamerkan banyak pemikiran yang tidakrasional.D) PENDEKATAN TINGKAHLAKU Anda mempamerkan tingkahlaku yang berlebihan seperti“stress”, takut, bimbang apabila berhadapan dengan sesuatukeadaan ataupun tingkahlaku yang “berkurangan” iaitukeadaan di mana anda tidak mempunyai kebolehan,kemahiran ataupun tidak tahu. Perlakuan atau tingkahlakuanda boleh dianggap sebagai tidak sesuai/tidak adaptif. Capuzzi dan Gross (1997) menyenaraikan kriteria bagimereka yang sihat dari segi psikologi: 1. Penerimaan kendiri/penghargaan kendiri tanpa syarat. 2. Pengetahuan kendiri (tahu luaran dan dalaman tentang diri) 3. Keyakinan kendiri dan penguasaan kendiri (tahu apa dan bila hendak lakukan sesuatu seperti ketegasan diri) 4. Persepsi yang jelas tentang realiti dan selalunya ke arah yang optimistik. 5. Keberanian dan ketahanan (mempunyai keberanian untuk menghadapi perasaan takut mereka sendiri, menerima tanggungjawab terhadap perlakuan sendiri serta berani mengambil risiko jika perlu). 6. Keseimbangan dan kesederhanaan, iaitu hidup yang seimbang seperti ada kerja, ada rehat, ketawa dan menangis, mengikut logik dan mengikut bisikan hati dan sebagainya. 7. Mengasihi orang lain, dan mempunyai kebolehan serta keinginan untuk mengambil tahu tentang kebajikan orang lain. 8. Mencintai kehidupan iaitu benar-benar menghargai dan menikmati setiap aspek kehidupan. 9. Menyedari tujuan dan makna kehidupan. 17
  18. 18. APAKAH PENGETAHUAN ASAS BAGI SEORANGKAUNSELOR? Nejedro, Arredondo dan Benjamin (1985) telahmenggariskan asas pengetahuan dan kemahiran untuk parakaunselor yang bekerja membantu orang dewasa dalampelbagai permasalahan mereka. Asas pengetahuan yangdiperlukan adalah seperti berikut: The helping relationship Counselling theory Transpersonal counseling Change theory Learning theory Learning theory Group counseling Family system theory Referral process Lifestyle and career development World of work Domestic and world politics Domestic and world economics Political process Professional orientation Personality theory Abnormal behavior Physical disabilities Human behavior Holistic health Research Individual assessment Individual potential Life span development Lefelong learning Developmental programming Substance abused Prevention Societal trends Social/cultural foundations Cultural pluralities Human rights Sexual equality Moral issues 18
  19. 19.  Ethics System management Technological systems Resource management Grant writing EvaluationFakta PentingKaunselor professional bukan sahaja menepati kehendakAkta Kaunselor, tetapi mereka adalah seorang pengamal,mendapat latihan yang khusus, mempunyai kecekapan,mematuhi etika dan undang-undang serta dapat berfungsisebagai seorang saintis sosial. Mereka juga adalah orang-orang yang normal kerana mempamerkan ciri-ciri orang yangsihat dari segi psikologi.PEMILIHAN PENDEKATAN DAN TEORI KAUNSELING Pada masa ini, ada di antara anda yang sudahmemutuskan pendekatan atau teori kaunseling yang akanmenjadi pegangan. Namun masih ada juga yang tercari-cari.Banyak persoalan yang timbul seperti:  Bagaimanakah hendak memilih pendekatan?  Adakah perlu memilih satu pendekatan sahaja?  Adakah pemilihan ini mesti tetap dan tidak boleh berubah?  Adakah pendekatan yang dipilih nanti bertentangan dengan agama? Mungkin banyak lagi persoalan yang timbul dalam prosesuntuk membuat keputusan tentang pendekatan yang palingideal bagi seseorang. Pada masa ini kaunselor yang berkesanmembuat keputusan tentang pemilihan sesuatu teoriberlandaskan latarbelakang pendidikan dan falsafah hidupkaunselor dan juga mengikut keperluan klien. Walaupunbukan semua pendekatan itu sesuai untuk seorang kaunseloratau klien, asas teori amat penting untuk seseorang klienmenjadi berkesan. Berikut adalah pandangan ahli teori terhadap sifatsemulajadi manusia:Psikoanalisis – Jika anda percaya bahawa tingkahlakumanusia berkaitrapat dengan peristiwa zaman lampau, adahubungan dengan peringkat perkembangan psiko-seksual 19
  20. 20. dan kebanyakkan tingkahlaku terhasil daripada keadaan tidaksedar.Adlerian -Jika anda percaya bahawa masalah manusiakerana mempunyai andaian yang salah, matlamat yang silapdan rasa rendah diri, ada kaitan dengan zaman lampau dankedudukan anak di dalam keluarga.Pendekatan Psikoanalisis dan Adlerian mempunyai sedikitpersamaan iaitu kedua-duanya mengkaji zaman lampau lebih-lebih lagi kepentingan zaman kanak-kanak.PENDEKATAN AFEKTIF (PERASAAN)i) Kaunseling Pusatan Perorangan: Jika anda percaya bahawa manusia bermasalah keranatidak dapat menerima keadaan yang bertentangan dengankonsep-kendiri mereka; maksudnya tiada keselarasankonsep-kendirinya dengan realiti; tidak selaras antara dirisebenarnya dengan diri yang diingininya.ii) Teori Gestalt Jika anda percaya bahawa individu yang bermasalahadalah kerana terlalu bergantung kepada pengalaman inteleksehingga mengenepikan kepentingan emosi dan deria untukmenanggani sesuatu keadaan; individu tidak dapat kenalpastidan menyelesaikan “unfinished business”, ini termasuklahsemua pemikiran, perasaan dan reaksi awal terdahulu yangmasih mempengaruhi fungsi sekarang serta mengganggukehidupan kini.PENDEKATAN KOGNITIFi) Teori Rasional Emotif Jika anda percaya bahawa yang mendatangkan masalahkepada manusia ialah disebabkan oleh cara mereka berfikiriaitu mempercayai andaian yang tidak rasional, menggunakanperkataan yang mendatangkan kesan yangmerugikan/negatif.ii) Analisis Transactional 20
  21. 21. Jika anda percaya bahawa yang mendatangkan masalahkepada manusia kerana tidak mempercayai diri sendiri, tidakboleh berfikir sendiri, tidak mampu membuat keputusan danmelahirkan perasaan sendiri; mengalami masalah dalamperhubungan. TINGKAHLAKU DAN KAUNSELING KOGINITIF TINGKAHLAKU Jika anda percaya bahawa tingkahlaku manusia adalahhasil dari pembelajaran sama melalui pemerhatian sertapeniruan dari orang lain ataupun kerana mendapat ganjaranataupun kerana pengalaman yang mengaitkan perasaandengan sesuatu peristiwa; tingkahlaku manusia yang cemas,takut atau kekurangan dalam kemahiran menyelesaikanmasalah.i) Terapi Realiti Jika anda percaya bahawa masalah manusia timbul keranamereka tidak bertanggungjawab terhadap tingkahlaku merekasendiri, tidak jelas tentang matlamat, tidak mempunyasi pelantindakan yang berkesan.NOTA: Terdapat lebih daripada 200 teori kaunseling tetapiyang dikemukan ini adalah teori yang popular dan seringdigunakan oleh kaunselor. 1. Anda boleh berpegang pada sesuatu teori serta teknik-tekniknya tanpa mengikut kes klien. 2. Anda juga boleh menggunakan pendekatan pengabungjalinan (electic) teori demi memudahkan penggendalian sesi kaunseling. 3. Anda juga boleh menggunakan pendekatan berdasarkan personaliti klien. 4. Anda perlu percaya kepada falsafah hidup sendiriKAUNSELOR YANG BERKESANDIMENSI FUNGSI KAUNSELOR Kaunselor perlu tahu tentang tujuan intervensi, kaedahuntuk membuat intervensi dan kumpulan sasaran intervensiseperti yang ditunjukkan melalui “The Cube” oleh Morrill,Oetting dan Hurst (1974). 21
  22. 22. Apabila anda merujuk kepada “The Cube” itu, anda akanmemahami sedikit sebanyak tentang fungsi seorangkaunselor. Sebagai contoh, kaunselor menolong seorangindividu untuk tujuan pemulihan dengan menggunakanperkhidmatan langsung atau kaunselor menolong individuuntuk tujuan pemulihan dengan menggunakan kaedahperundingan. Terdapat banyak lagi kombinasi yang bolehdibuat melalui kiub itu.Rajah 1The Cube menunjukkan dimensi fungsi seorang kaunselorB. Tujuan Intervensi1. Pemulihan 2.Pencegahan 3.Perkembangan A. Target Intervensi1. Individu2. Kelompok utama3. Kelompok kecil 3. Media 4. Institusi & Komuniti 2. Perundingan 1. Perkhidmatan langsungC. Kaedah IntervensiSumber:Morill, W.H., Oetting, E.R & Hurst , J.C (1974). Dimensions ofcounselor Functioning. Personnel and Guidance Journal, 42,355.Rajah 2 KAEDAH INTERVENSI 22
  23. 23. KAUNSELING MEDIA LATIHAN PERUNDINGANEMOSI MOTIVASI BUAT KEPUTUSAN PENTADBIRPELAJARAN MAKLUMAT TEKNIK BELAJAR GURUKERJAYA PENGAJARAN STRESS IBUBAPA LATIHTUBI PENGURUSAN MASA PENJAGA PEMULIHAN PENCEGAHAN PERKEMBANGAN KAUNSELING ELAKKAN KEGEMUKAN BINA INDIVIDU ATAU AIDS KONSEP KENDIRI KELOMPOK BOHSIA KESEDARAN KERJAYA FAILURES DADAH ROKOK MENIRU Rajah 3 TUJUAN INTERVENSI Kaunselor Sebagai Perancang dan Penilai Sebagai idealnya, kaunselor yang berkesan merancang perkhidmatan kaunseling merangkumi komponen program seperti kurikulum kaunseling, perancangan individu, perkhidmatan responsive dan system sokongan. Kaunselor juga perlu meracang pengagihan masa untuk pelbagai aktiviti di dalam komponen program. 23
  24. 24. Membina Perhubungan Kaunseling Sebelum memulakan sesi kaunseling, eloklah dimulakandengan pertanyaan yang munasabah. Penggunaan soalantertutup tidak diharuskan pada permulaan sesi. Apatah lagi,klien yang berjumpa anda dengan keadan tertekan atauterpaksa. Niat beliau berjumpa anda boleh digunakan untukmemulakan sesi kaunseling. Jika klien datang dengan penuhemosi, luangkan masa untuk mendengar emosi mereka. Perbualan yang pertama dengan klien tidak merupakansatu permulaan kaunseling tetapi dianggap sebagai temubualuntuk menilai klien. Anda perlu menilai klien sama adamereka boleh meneruskan sesi kaunseling ataupunsebaliknya. Terdapat dua orientasi utama semasa temubualpertama denga klien, iaitu samaada berorientasikan maklumatataupun berorientasikan perhubungan.i) Berorientasikan Maklumat Anda banyak menggunakan kemahiran menyoal dengansoalan tertutup atau “probing” serta minta penjelasan untukmendapatkan fakta. Hackey dan Cornier (1994)memaklumkan bahawa pertemuan pertama boleh memenuhidua fungsi iaitu mengumpul maklumat yang diperlukantentang klien tersebut ataupun ianya merupakan satupermulaan untuk satu perhubungan. “Probing” merupakansoalan-soalan yang sering dimulakan dengan siapa, apa, dimana, atau bagaimana. Soalan kenapa tidak digalakkankerana klien boleh menjadi defensif apabila ditanya kenapa ialakukan sesuatu dan sebagainya.Selain dari mengemukansoalan secara lisan, kaunselor boleh menggunakan borangyang mengandungi soalan berstruktur dan diberikan kepadaklien.Maklumat-maklumat yang boleh diperolehi seperti:1. Biodata. Ini termasuklah nama, alamat, nombor telefon, umur, jantina, status perkahwinan dan pekerjaan.2. Masalah yang klien sedang hadapi. Kaunselor perlu tahu sejauhmanakah masalah menganggu kehidupan klien, bagaimanakah masalah itu menonjol? Perasaan, fikiran dan tingkahlakunya.3. Corak kehidupan klien. Apakah aktiviti sosial, keagamaan, riadah, ciri pekerjaan dan sebagainya.4. Sejarah keluarga. Ini termasuk umur, pekerjaan, personaliti ibu, bapa. Hubungan keluarga dan perlu juga 24
  25. 25. diketahui terdapatkah gangguan mental dalam keluarga klien.5. Sejarah Peribadi. Klien juga boleh ditanya latarbelakang perubatan mereka, pendidikan dan minat serta asepk- aspek perhubungan. Masalah perkahwinan dan sebagainya. Pengalaman tentang kaunseling juga boleh ditanya kepada klien serta matlamat hidupnya semasa proses mendapatkan maklumat klien. Selain daripada soalan-soalan di atas, anda juga bolehmendapatkan maklumat tentang klien melalui pemerhatian.Ini boleh meliputi aspek fizikal klien, rupa mereka, suara,pakaian, ketegangan yang ada, motivasi, kemesraan atautahap psikologikal klien. Perlu juga dilihat dari aspek lojiknya percakapan klien dantahap emosi mereka. Setelah anda mendapat maklumatseperti di atas anda boleh membuat RUMUSAN danCADANGAN. Sebelum itu, anda perlu putuskan sama adaterdapat hubungan masalah dengan maklumat yangterkumpul. Seterusnya anda perlu memutuskan untukmenggunakan pendekatan yang bersesuaian dengan klien.Adakah anda ingin menggunakan pendekatan psikoanalisis,kognitif, afektif, tingkahlaku atau pendekatanpengabungjalinan. Jika anda ingin menjadi kaunselor kepadaklien tersebut anda juga perlu tahu unsur-unsur kekuatanyang boleh menjayakan anda. Jangkamasa sesi juga perludiputuskan di samping matlamat yang perlu dicapai adakahrealistik atau tidak. Kaunselor juga perlu menilai kepakaranserta tahap motivasi klien untuk berjaya. Selain dari soalan-soalan seperti di atas anda juga bolehmenggunakan formula berikut dan persoalan berkaitandengannya. Mental Ilness Incidence= Stress + physical vulnerabilities Social support + coping skills+self esteemSebagai kaunselor anda boleh menggunakan formulatersebut untuk menilai keadaan klien dan anda juga bolehmemberikan formula tersebut kepada klien untuk dijadikanpanduan hidupnya. Maksud formula tersebut ialah; Kemungkinan untukmendapat gangguan mental bergantung kepada lima variableiaitu faktor stress, kesihatan/kelemahan fizikal,kemahiran 25
  26. 26. hidup, sokongan sosial dan penghargaan kendiri. Jika jumlahdi atas melebihi jumlah faktor-faktor di bawah, kebarangkalianuntuk mendapat gangguna mental adalah amat tinggi.Sebaliknya jika klien boleh mengecilkan jumlah di atas danmembesarkan jumlah di bawah maka tentulah kemungkinanuntuk mendapat gangguan mental adalah kecil.ii) Berorientasikan Perhubungan Jika melalui temubual yang telah dijalankan dan didapatiklien amat reaktif kepada sesi kaunseling maka anda bolehterus memulakan sesi kaunseling dengan klien tersebut.Namun begitu anda perlulah tidak mengenepikan etika-etikakaunseling yang perlu diikuti di samping pemilihan teori sertapendekatan yang berpadanan.APAKAH SOALAN-SOALAN YANG BOLEH DIKEMUKANSEMASA SESI KAUNSELING Terdapat pelbagai pendekatan boleh digunakan untukmenanyakan soalan kepada klien. Berikut adalah beberapapanduan untuk mengajukan soalan kepada klien:Apakah tujuan klien datang kepada anda: Apakah yang memutuskan klien untuk datang. Adakah anda datang sendiri/sukarela atau digalakkan oleh orang lain? Apakah isu yang sedang anda fikirkan sekarang? Apakah yang anda harapkan berlaku hasil daripada pertemuan ini? Adakah anda mengalami tekanan daripada keluarga, majikan atau dari kawan-kawan. Apakah perasaan anda semasa berada di sini? Pernahkan anda berjumpa mana-mana ahli professional sebelum ini?Kesihatan dan Keadaan Fizikal Cuba ceritakan keadaan kesihatan anda sekarang ini. Pernahkah anda sakit sebelum ini? Jika anda mensyaki klien terlibat dengan gejala dadah atau alkohol anda boleh bertanyakan adakah mengambil bahan-bahan tersebut merupakan masalah bagi dirinya; Apakah jenis dadah yang diambil?, Berapa lamakah telah terlibat dengan gejala tersebut dan sebagainya. 26
  27. 27. Stress Adakah terdapat perubahan signifikan dalam hidup anda sejak akhir-akhir ini sama ada dari aspek positif mahupun negatif. Adakah terdapat masalah atau pertelingkahan dalam keluarga ketika ini. Bagaimana dengan situasi kerja? Terdapatkah masalah dalam persekitaran kerja dan sebagainya.Kemahiran Hidup Adakah anda seorang pelajar/individu yang dianggap baik. Adakah anda mempunyai kemahiran khas yang digunakan dalam kerjaya anda sekarang ini. Bagaimanakah anda berinteraksi dengan orang lain.Penghargaan Kendiri/Konsep Kendiri Adakah anda berpuas hati dengan kehidupan anda sekarang? Apakah kualiti terbaik anda? Adakah orang lain pernah menegur kelemahan diri anda? Apakah perkara yang boleh menolong anda untuk merasakan diri anda lebih baik?Sokongan Sosial Bagaimanakah situasi di rumah sekarang? Adakah keadaannya sama seperti dahulu? Bagaimanakah perhubungan anda dengan ahli keluarga yang lain. Siapakah orang lain yang memainkan peranan penting dalam hidup anda.Anda boleh menggunakan soalan-soalan tersebut secaralisan ataupun dengan menggunakan borang. Sebagaiperingatan soalan-soalan tersebut adalah contoh semata-mata dan terpulanglah kepada anda untuk menggunakansoalan yang terbaik mungkin dalam sesi kaunseling denganklien.KEMAHIRAN KAUNSELOR DALAM PROSESKAUNSELING 27
  28. 28. Anda boleh memulakan proses kaunseling denganpelbagai modofikasi bagi setiap pendekatan kaunseling yangingin digunakan. Berikut adalah panduan asas untukmenjalankan proses kaunseling.KEMAHIRAN FASA IA. RAPPORT/MEMBINA HUBUNGAN MESRA i). Membina hubungan adalah untuk mewujudkankemesraan. Kaunselor melayan dan mendengar supayadapat meyakinkan kepercayaan klien terhadap kaunselor, lalumampu membukan “Tingkap Johari” klien. Ini juga dapatmengelakkan konsep kendiri klien daripada terancam.Kaunselor akan memahami klien di samping klien mengenalikaunselornya. Apabila konsep kendiri klien tidak terancam inimemudahkan wujudnya suasana yang teraputik dan rasaselamat. Usaha mewujudkan rapport ini menjadi syaratutama jika anda ingin menggunakan pendekatan teorikaunseling pemusatan perorangan. ii). Kaunselor juga perlu membuat penstrukturan sepertimemberitahu kerahsiaan dan limitasinya. Masa yangdiperlukan serta matlamat sesi kaunseling perlu dijelaskankepada klien. Kaunselor juga perlu menerangkan peranannyadalam sesi kaunseling dan sekiranya perlu kontrak perlulahdipersetujui samaada secara lisan ataupun dengan mengisiborang tertentu.B. PENEROKAAN Pada peringkat ini kaunselor perlumengaplikasikan kemahiran mendengar dengan lebihmendalam. Kaunselor juga perlu mengunakan kemahiranempati, parafrasa dan juga refleksi dengan baik untuk prosespenerokaan. Kemahiran ini akan banyak ditekankan dalamlatihtubi nanti.C. KENALPASTI MASALAH i). Jika anda lebih gemar menggunakan pendekatankognitif maka kebanyakan masalah klien dipercayai berpuncadaripada masalah kognitif. Oleh itu pada tahap ini,kebanyakkan punca kenalpasti masalah adalah berpaksikandaripada pemilihan pendekatan teori yang digunakan. Maka 28
  29. 29. kaunselor perlu bijak untuk mengenalpasti masalah klienmenggunakan pendekatan tertentu. ii). Anda juga perlu menilai adakah setiap masalah bolehdiselesaikan? iii). Selain itu, pada tahap ini anda perlu menilai kembalisemula soalan-soalan yang diajukan pada permulaan sesi,maka dari sini anda boleh mengenalpasti punca masalah klientersebut.D. MATLAMAT KAUNSELING i). Pada peringkat ini kaunselor perlu mengemukakanmatlamat kaunseling yang perlu dicapai oleh klien. Matlamatini perlu dibina di atas persetujuan bersama di antara kliendan kaunselor. ii) Perkara penting yang perlu diketahui oleh para pelatihialah pada peringkat ini juga, pendekatan serta teorikaunseling adalah amat penting. Secara kesimpulannyamatlamat kaunseling adalah berdasarkan kepada paksipendekatan yang digunakan. Sebagai peringkatan, pada tahap A hingga D iniadalah merupakan Fasa I dalam kaunseling iaitu FasaPenglibatan dan Penerokaan yang mengutamakanperhubungan mesra, penerokaan dan mengenalpastimatlamat kaunseling. Perlu juga diingati matlamat kaunselingadalah tidak sama dengan masalah sesi kaunseling.Kemahiran yang banyak digunakan dalam, Fasa Itermasuklah refleksi, diam, soalan terbuka dan tertutup,dorongan minima, minta penjelasan, membuat rumusan kecildan besar, parafrasa, tafsiran serta memberi maklumat.FASA II (KEFAHAMAN DAN TINDAKAN)  Konfrantasi  Menukar persepsi  Pendedahan kendiri  Memimpin  Empati tepat  Memberi respons pelbagai fokus  Spontan/Segera  Membuat kontrak  Latihan/rehearsal  Melakukan konfrantasiKEMAHIRAN MEMBERI RESPON PELBAGAI FOKUSSelalunya klien membuat persepsi dengan: 29
  30. 30. Visual - “lihat” (Saya dapat melihat kebahagiaan….) Audio - “dengar” (Saya mendengar kebahagiaan…) Kinestetik - “rasa” (Saya merasakan kebahagiaan…)Peringatan: Terdapat klien yang menggunakan ayat sepertidi atas selalu, oleh itu kaunselor perlu menunjukkankefahaman, maka kata kunci sendiri perlulah digunakan.Sebagai contoh, kenyataan di bawah bolehlah digunakan.Kaunselor: “Saya nampak maksud anda, atau dengarkesungguhan anda, atau “Saya juga dapat merasakananda sedih sekarang. Jika kaunselor dapat menikuti “mood” klien semasamembuat persepsi, perubahan akan cepat berlaku. Adalahpenting bagi kaunselor membuat respon mengikut bahasaklien-afektif, kognitif mahupun tingkahlaku.E. TINDAKAN/STRATEGI Kaunselor bebas menggunakanteknik/pendekatan/strategi yang sesuai dengan kes. Jikaanda percaya bahawa pemikiran merupakan masalah, makagunakanlah teknik yang bersifat kognitif. Ada kalanya andaboleh mengabungkan teknik-teknik dari pendekatan lain.Kesimpulannya tindakan/strategi hendaklah selari denganmatlamat dan masalah klien.F. PENAMATAN Apabila matlamat kaunseling telah tercapai denganpersetujuan klien, perhubungan kaunseling bolehlahditamatkan. Tetapi bagi setiap sesi pula, anda perlulahmenamatkan sesi secara rasmi supaya klien yang berkenaantahu.G. SUSULAN. Apabila sesi kaunseling telah ditamatkan secararasminya, kaunselor bolehlah pula membuat tindakan 30
  31. 31. susulan. Jangkamasa dan kekerapan sesi adalah bergantungkepada persetujuan antara klien dan kaunselor.ORIENTASI PERHUBUNGAN KAUNSELOR Setiap kaunselor perlu menyedari kemahiran melayan danmendengar dengan baik. Untuk menfokus kepada emosi danperhubungan, terdapat banyak kemahiran yang perludigunakan. Antara kemahiran-kemahiran yang perludipertajamkan oleh setiap kaunselor ialah sepertimemparafrasa, membuat refleksi, membuat rumusan,meminta penjelasan, mentafsir, konfrantasi dari segi lisan danbukan lisan, kontak mata, mimik muka, kedudukan badan danlain-lain lagi.EMPATI YANG TEPATEmpati Tepat Utama (ETU)- Menyampaikan kepada klien apa yangkaunselor faham tentang perasaan (penglibatan danperlakuannya).- Sangat membantu dalam perhubungankaunseling, mengumpul data atau menjelaskan masalah.- Anda menggunakan refleksi untukmenunjukkan emosi yang klien alami ketika itu.ETL (Empati Tepat Lanjutan)- Bukan sekadar membuat refleksi terhadapyang yang diluahkan, didengar dan lihat tetapi juga terhadapyang tidak dinyatakan atau disebut dengan tidak lengkap.- Klien: “Saya harap semuanya berjalanlancar…(dengan melihat jauh)- Kaunselor : “…dan kalau tidak, anda tidakpasti apa yang hendak dibuat nanti”PENDEDAHAN KENDIRI (PK)- Apabila seseorang itu mendedahkanmaklumat peribadi, orang lain akan mengetahuinya. Samaada klien membuat PK ataupun kaunselor, Hansen, Stevic 31
  32. 32. dan Warner (1986) berpendapat bahawa PK perlu bagi klienuntuk kejayaan kaunseling.- Curtis (1981) menyatakan bahawa klien lebihpercayakan kaunselor yang membuat PK dan klien akanmembuat PK juga jika hubungan kaunseling telah erat.- Terdapat dua fungsi pendedahan kendirimengikut Egan (1986) iaitu;i) Menjadi model iaitu bersifat terbuka.Apabila kaunselor menunjukkan pengalamannya, ini akanmenjadi model kepada klien untuk membuat pendedahankendiri.ii) Membentuk perspektif baru, iaitukaunselor juga mempunyai masalah dan mereka bukannyamanusia yang sempurna. Egan (1986) menekankan lagi pendedahan kendirimestilah mempunyai fokus dan dipilih bukanya secara rawak.Pendedahan kendiri mestilah tidak menambah masalah kliendan kurang digunakan. Namun begitu ada juga berpendapatpendedahan kendiri adalah merupakan satu risiko oleh itu iaagak keberatan digunakan di dalam sesi kaunseling.Petanda-petanda berat menghadapi pendedahan kendiri ialahseperti tidak mahu membuancangkan sesuatu isu itu, klienmenukar tajuk perbincangan, diam dan akan banyakbercakap. Sebagai kesimpulan kaunselor mesti pandai menggunakankemahiran ini dalam proses kaunselor agar sesi yangdilakukan itu mempunyai produktiviti.KESEPONTANAN Spontan bermaksud kaunselor memahami danmenunjukkan kepada klien tentang apa yang sedang berlakuantara kaunselor dan klien. Aspek-aspek perasaan, harapandan impresi klien ditekankan dalam isu kespontanan ini.Spontan Dalam Perhubungan Kaunselor berbincang dengan klien tentang kualitiperhubungan mereka samaada sesi itu produktif,membosankan, menegangkan dan sebagainya.Spontan “Sini” dan “Kini Perbincangan tentang perasaan klien atau pemikirannyapada suatu ketika itu. Sebagai contoh, Semasa kaunselor 32
  33. 33. melakukan penerokaan, tiba-tiba semasa sesi sedangberlangsung, klien mula menunjukkan tanda-tanda tidak mahuberkongsi dengan kaunselor lagi. Oleh itu, kaunselor bolehmenggunakan kemahiran kespontanan dengan berkata “Sayaagak keliru.. tadi awak sangat aktif berkongsi dengansaya, tetapi sekarang awak seolah-olah tidak mahu sayatahu dengan lebih mendalam…apa yang berlaku ini? Egan (1986) menyatakan bahawa kespontanan sesuaidigunakan apabila:i. Perhubungan tidak mempunyai arah lagi.ii. Ada ketegangan pada klien, atau antara klien dengankaunselor.iii. Timbul soal “kepercayaan” (trust)iv. Bila wujud jarak sosial antara klien dan kaunselor.v. Ada kebergantungan klien.vi. Ada saling kebergantungan.vii. Ada tarikan antara kaunselor dan klien keranamempunyai unsur-unsur emosi antara kedua-duanya.KONFRANTASI Tamminen dan Smaby (1981) menyatakan bahawakaunselor membantu individu itu melihat dengan jelas apayang berlaku, apa kesan dan akibatnya serta bagaimanamereka boleh memikul tanggungjawab apabila mengambiltindakan untuk berubah. Perubahan yang dimaksudkan ialahberubah dengan cara yang membawa kepada kehidupanyang efektif dan lebih baik. Namun begitu sebelum sesuatu konfrantasi dapatdilakukan di dalam sesi kaunseling, kaunselor haruslahmemastikan wujudnya hubungan dengan klien yang sungguhkuat sebelum beliau menerima konfrantasi tersebut. Menurut Berenson dan Mitchell (1974), adalah lebihproduktif untuk kaunselor membuat konfrantasi terhadapkekuatan klien daripada kelemahannya. Konfrantasi adalahsesuatu yang mencabar atau membantu klien untuk mengkajiserta mengubahsuai dan mengawal sesuatu aspek perlakuanPENAMATAN PERHUBUNGAN KAUNSELING Perls (1969) menyarankan untuk memulakan sesuatu yangbaru, pengalaman yang lama mestilah lengkap dan telahdiatasi. Pandangan ini selaras dengan perhubungan 33
  34. 34. kaunseling, iaitu ianya perlu ditamatkan sebelumperhubungan kaunseling yang baru bermula. Penamatan di dalam kaunseling termasuklah penamatansesi itu sendiri dan manakala penamatan perhubungankaunseling pula adalah penamatan rasmi yang dilakukansetelah mencapai matlamat kaunseling.APAKAH MAKSUD PENAMATAN?1. Penamatan adalah menamatkan sesuatu pengalamanpembelajaran dengan sempurna.2. Penamatan merupakan motivator, maksudnya apabilakita tahu perhubungan kaunseling akan tamat, maka kita akanbekerja keras untuk mendapatkan hasil dalam masa yanglebih singkat.3. Penamatan merupakan titik tolak bagi klien menjadibebas iaitu klien belajar menjadi bebas dan seterusnyamengamalkan apa yang diperolehi semasa sesi kaunseling.PENAMATAN SETIAP SESI1. Selalunya di dalam sesi kaunseling, kaunselor akanmemberitahu jangkamasa sesi. Peringatan akan dilakukanuntuk mengingatkan klien tentang masa yang akan tamat.2. Apabila sesi kaunseling hampir tamat, kaunseor atau klienboleh membuat rumusan besar dan ianya hendaklah padattanpa pentafsiran tau rumusan yang berbelit-belit.3. Kaunselor bersama-sama dengan klien menetapkan“appointment” akan datang dan kaunselor akan memberihomework jika perlu.PENAMATAN PERHUBUNGAN KAUNSELING1. Perlu diberitahu dengan lebih awal tentangpenamatan perhubungan kaunseling supaya kaunselor danklien akan menggunakan masa dengan optima.2. Kedua-dua kaunselor dan klien mestilah sepakattentang masa penamatan yang perlu dibuat.3. Petanda-petanda bahawa perhubungan kaunselinghampir tamat ialah:- berkurangnya “intensiti” kerja antarakaunselor dan klien.- Lebih banyak humor- Berkurangnya “denial”- Kurangnya klien menarik diri (withdraw) 34
  35. 35. - Kurangnya perasaan marah.- Kurang bergantung.- Kurang perasaan sedih dan pilu. Maholick & Turner (1979) mencadangkan agar persoalan-persoalan berikut dipertimbangkan sebelum membuatpenamatan:1. Adakah masalah atau persoalan klien yang asal telahkurang atau dapat dibuang?2. Adakah perasaan tertekannya sudah berkuranganatau dapat dibuang?3. Sejauhmana klien ada kebolehan untuk menangganimasalah dan kefahamannya terhadap orang lain.4. Bolehkah klien berhubung dengan orang lain,menyayanginya dan seterusnya disayangi.5. Adakah klien mendapat kebolehan untuk merancangdan bekerja dengan produktif.PENENTANGAN TERHADAP PENAMATAN Biasanya penentangan akan timbul apabila:a) Hubungan terlalu intim.b) Hubungan terlalu lama.c) Merupakan satu pengalaman pahit.d) Rasa sunyi.e) Takut diketepikan.f) Takut menjadi bebas.g) Perlukan kepuasan apabila bersama dengan orang lain.CARA-CARA KLIEN MENUNJUKKAN PENENTANGAN1. Klien meminta lebih masa, minta perhatian lagi walaupunmatlamat sudah tercapai.2. Klien akan menunjukkan rasa cemas supaya kaunselorterpaksa memanjangkan sesi.MEMBUAT RUJUKAN. Kadang-kala terdapat keadaan di mana kaunselorterpaksa melakukan rujukan. Ini biasanya berlaku apabila:a. Apabila klien mempunyai masalah yang tidak dapatditanggani oleh kaunselor.b. Kaunselor kurang pengalaman dalam sesuatu bidang ataukurang kecekapan.c. Kaunselor sedar ada pakar lain yang lebih mengetahui. 35
  36. 36. d. Kaunselor dan klien bercanggah dari segi personaliti danada kecenderungan berlaku konflik.e. Hubungan antara kaunselor dan klien terbantut dalamFasa I lagi.BAGAIMANA DAN BILA MERUJUK?i. Jika kaunselor bimbang klien akan merasa tersingkir, makaperlulah diadakan sekurang- kurangnya satu sesi sebelumdibuat rujukan. Klien juga perlu diyakinkan tentang tempatianya dirujuk.ii. Jika timbul keadaan di atas iaitu tidak produktif lagi makaperlulah dirujuk segera kerana kelewatan akan menyukarkanpenamatan sesi kaunseling.DIMENSI PENGGUNAAN TEORI-TEORI KAUNSELINGDAN PSIKOTERAPI Matlamat penting dalam proses kaunseling ialah untukmemastikan supaya klien dapat menikmati hasil kaunselingdan boleh berfungsi dengan sihat. Pada biasanya klien akanmemerlukan pertolongan supaya ianya dapat mengubahperlakuan yang melibatkan emosi serta tingkahlakunya.Manusia telah dianugerahkan dengan daya pemikiran, emosiserta kebolehan membuat pemilihan tentang sesuatutindakan. Hubungan antara pemikiran, emosi dan tingkahlakuadalah rapat dan wujud kesaling pengaruh antara satu samalain. Oleh itu, interaksi antara lapangan pemikiran, emosi dantingkahlaku adalah amat mustahak dalam perlaksanaanproses kaunseling. Seseorang kaunselor mesti memahamigerak balas yang berunsurkan persepsi terhadap interaksiyang berkait rapat antara pemikiran, emosi dan tingkahlaku. Dalam proses kaunseling, elemen pemikiran, emosi dantingkahlaku ini boleh difahami dengan lebih mendalam melaluikonsep afektif, kognitif, wawasan dan tingkahlaku.Kefahaman tentang empat konsep ini mesti dihayati olehkaunselor sebelum proses kaunseling itu dapat diteruskandengan berkesan. Konsep wawasan diri melibatkan proses kefahamandalaman tentang diri. Proses ini memerlukan penghayatanmenyeluruh melibatkan akal. Seseorang insan itu sudahtentunya dikehendaki mengetahui tentang kekuatan dan 36
  37. 37. kelemahan diri seiringan dengan emosinya. Konsep ini bolehdigambarkan seperti berikut:A BWawasan DiriTindakan Pendekatan kaunseling yang lebih mirip ke arahmementingkan wawasan diri akan terletak di bahagian A.Manakala pendekatan yang lain lebih mirip ke arah tindakanakan terletak di bahagian B. Pentingnya pemikiran dan emosi dalam diri seorang insantidak dapat dinafikan. Dalam proses kaunseling, pendekatanyang melibatkan elemen pemikiran dan juga afektifmemainkan peranan dalam penentuan matlamat kaunseling.Elemen afektif dalam proses kaunseling lebih mendekatiperhubungan antara insan manakala proses pemikiransecara kognitif memberi kepentingan tentang daya akal fikiranyang sedia wujud dalam diri manusia. Konsep ini bolehdigambarkan secara haluan yang memisah ke arah duapenghujung dalam satu kontinum seperti berikut: X Y Afektif Kognitif Dua kontinum ini boleh digabungkan untuk membentukstruktur dua dimensi tentang penempatan pendekatankaunseling mengikut mirip serta pengaruh matlamatkaunseling yang dipelopori oleh tokoh tertentu. X Afektif A Wawasan BTindakan Y Kongnitif 37
  38. 38. PEMBAWAAN NALURI MANUSIA Pada asasnya pendekatan afektif mempunyai kefahamanbahawa setiap manusia itu sedar dan berupaya membuatpemilihan-pemilihan sendiri. Manusia itu difahamkan sebagaisatu insan yang penuh dengan kebaikan diri serta mempunyaikeupayaan perkembangan diri yang tidak terhad. Ini memberimakna bahawa tersemat di dalam diri seorang manusia ituadanya satu potensi yang boleh dikupas secara mendalamsekiranya ia dapat sedar akan potensi perkembangan diriyang terpendam itu.Kefahaman pendekatan afektif mempunyai pegangan bahawaseseorang manusia itu adalah unik, tersendiri dalamkebolehannya membentuk potensi yang terpendam dalamdirinya. Setiap manusia itu juga kemungkinan bergerak kearah hala yang boleh memperkukuhkan dirinya. Keunikan diriseorang manusia itu memberi erti bahawa ianya mempunyaipandangan hidup yang berbeza. Perbezaan ini adalah amatketara dari aspek perlakuan yang diresapi oleh manusia sertapandangan yang berbeza terhadap liku-liku hidup.Kesejahteraan juga dapat difahamkan dari segala aspekjangkaan seorang manusia terhadap dirinya yang sebenardengan harapan yang dikehendakinya. Perbezaan antara penerimaan terhadap konsep kendiriyang ideal menyatakan suatu pola hidup dalam memahamikonsep kesejahteraan mengikut pendekatan kaunselingPemusatan Perorangan. Pendekatan kaunseling PemusatanPerorangan antara satu pendekatan kaunseling yangberhaluan afektif menumpukan proses kaunseling ke arahmerapatkan jurang di antara konsep kendiri yang sebenardengan harapan konsep kendiri yang ideal bagi seorang klien.Perkembangan dan pertumbuhan kesejahteraan seorangmanusia itu sentiasa beralih di antara dua pola ini .Kaunseling Pemusatan Perorangan mempunyai kefahamanbahawa tidak adanya keseimbangan antara ketiga-tiga polapengalaman, konsep kendiri yang sebenar dan konsep kendiriyang ideal inilah yang menghasilkan masalah dalam diri klien. Penyatuan pola-pola hidup juga mendapat tumpuananalisis mengikut Kaunseling Gestalt. Namun begitupendekatan afektif Kaunseling Gestalt tidak membahagi- 38
  39. 39. bahagikan pembawaan hidup seseorang itu kepada ciri-ciriyang spesifik. Ianya lebih mementingkan konsep penyatuandalam diri seorang manusia. Analisis dari segi penyatuankeseluruhan adalah lebih penting dan dapat memberipentafsiran yang lebih jitu bagi memahami pembawaan hidupseorang manusia itu. Pendekatan kaunseling iniberanggapan bahawa seorang manusia yang bertingkahlakusecara mengasing-asingkan pembawaan hidupnyamenghadapi segala macam kerumitan. Pendekatan Gestaltmenumpukan penyatuan seorang manusia itu dari segalaaspek mental, emosi dan tingkahlakunya. Ketiga-tiga ciri initidak boleh dipisahkan. Kesejahteraan itu wujud hasildaripada tanggungjawab seseorang individu yang bertindaksecara bersatu dalam segala perlakuan, pemikiran dankenyataan emosinya. Pendekatan kaunseling yang menumpukan tingkahlakupula kurang mementingkan aspek-aspek emosi yang bergolakdalam diri seseorang individu. Malahan, mengikut kefahamanpendekatan ini, individu itu bergerak ke arah suatutingkahlaku hasil dari pembelajaran. Aspek-aspekpembelajaran yang menumpukan konsep-konsep rangsangandan gerak balas merupakan gejala yang penting untukmenghasilkan tingkahlaku bagi seseorang individu. Selain itu,persekitaran juga membantu mengubah pembelajaran itu. Kefahaman konsep pembawaan manusia adalah berbezadi antara pendekatan-pendekatan kaunseling dari lapanganafektif, tingkahlaku ataupun pemikiran. Mengikut kefahamanpendekatan pemikiran segala kerumitan yang dialami olehseorang individu adalah hasil daripada kesilapan pemikiran.Kesilapan pemikiran ini berpunca daripada pemikiran yangtidak rasional. Pendekatan yang menggunakan proseskaunseling bermirip pemikiran berpendapat bahawa seorangindividu itu mempunyai segala potensi untuk berfikir secararasional dan tidak rasional. Pemikiran yang tidak rasionaladalah hasil daripada pengalaman pembelajaran. Segala pemikiran seorang individu tertakluk kepadapengalaman-pengalaman serta persepsinya tentang baikburuk terhadap sesuatu perkara yang sedang dihadapi.Keputusan untuk bertindak yang dibuat oleh seseorangindividu adalah berpunca daripada hasil pemikiran. Olehyang demikian segala pemikiran rasional dan tidak rasionalyang wujud dalam system kepercayaan seorang individusudah melalui ciri-ciri pengukuhan dari aspek pembelajaran.Sudah tentunya bagi seorang yang sentiasa menggunakan 39
  40. 40. pemikiran yang tidak rasional, sistem membuat keputusannyajuga pada hakikatnya berpunca daripada sistem pemukiranyang tidak berkesan. Proses kaunseling mengikutpendekatan Pemikiran berhasrat untuk memberi kesedarankepada klien supaya meneliti system kepercayaan tentangmembuat keputusan berdasarkan kepada system pemikiranyang baru.TEORI PSIKOANALISIS Psikoanalisis merupakan satu sistem psikologi yangdipelopori oleh Sigmund Freud. Beliau berasal dari Moravia,Slovakia. Beliau bermula sebagai doktor perubatan danbertindak sebagai penyelidik yang menumpukan pemerhatiankepada kecelaruan saraf. Bidang ini tidak begitu maju dalamabad yang ke 18 di mana ramai orang semasa zaman tersebut menggunakanhypnosis sebagai satu kaedah bagi menyelesaikan penyakitmental. Freud bagaimanapun dipengaruhi oleh kerja-kerjakaedah yang dijalankan oleh seorang doktor di Vienna,Austria yang bernama Joseph Breur. Breur telahmenggunakan satu teknik bagi mengubati pesakit-pesakitnyaiaitu menumpukan perbualan tentang sintom-sintom dandidapati berkesan. Pengaruh ini melibatkan Frued mendalamikajiannya secara persendirian hingga diterbitkan buku “TheInterpretation of Dream (1900) dan seterusnya kajian tentanganalisis kendiri. Psikoanalisis bolehlah dianggap sebagai satu kaedah bagimerawati seorang indvidu yang meminta bantuan berkaitandengan masalah emosinya. Sekiranya kita mengikutifahaman tradisi, psikoanlisis lebih dianggap sesuai merawatiindividu yang mana masalah personalitinya sungguh tertekandan mendalam.CIRI-CIRI UTAMA DALAM PSIKOANALISISPandangan terhadap pembawaan manusia (Nature ofMan): Dalam pandangannya tentang manusia, Freudmempercayai manusia dilahirkan dengan desakan naluri yangsemulajadi (inborn drives). Berdasarkan kepada pandanganini lahirlah konsep antirasionalisme dalam segala gerak-geri 40
  41. 41. manusia. Fahaman ini berpendapat manusia tidak rasional,tidak sosial dan penuh dengan desakan yang merosakkandirinya dan manusia sebagai individu tidak dapat membawake arah nasib haluannya. Tingkahlaku manusia lebih digalakkan oleh nalurikehaiwanan (Animalistic Instincts) dan desakan biologikal.Desakan yang paling utama adalah desakan mendapatkankepuasan nafsu kendiri (self gratification). Desakan iniberlaku dalam diri seorang sama ada lelaki atau perempuandan mereka telah terperangkap kepada asas naluri dandesakan yang jahat ini. Desakan-desakan kejahatan perludibendung dengan pengalaman-pengalaman dalammasyarakat. Dengan demikian ciri-ciri sosiolisasi akanberlaku dan sekiranya ini tiada, maka individu akanberhadapan dengan ciri-ciri yang boleh merosakkanperaturan-peraturan dalam masyarakat sendiri. Apabilakesedaran ini berlaku, maka individu dianggap sebagaibilazim.PERKEMBANGAN PERSONALITITenaga Psikik. Kefahaman tentang psikonalisi memerlukanpenelitian aspek tenaga psikik yang meliputi konsep (1)Penentuan Psikik (2) Tahap Bawah Sedar. Penentuan Psikik. Konsep ini bermaksud bahawa semuatingkahlaku dan reaksi emosi manusia itu mempunyai sebabyang tertentu. Pada lazimnya berkait rapat antara hubungansesama insan. Dalam ertikata lain, ada perkaitan antaratahap sedar dengan tidak sedar, antara pemikiran yangrasional dengan tindakan atau gerakan emosi yang sertamerta. Fahaman tenaga psikik di dalam individu bermaksuddesakan yang berasaskan kepada konsep LIBIDO. Konseplibido ini lebih menyerupakan satu desakan seksual sebagaitenaga hidup atau EROS (tenaga kehidupan). Dalampengertian yang lebih luas, libido merupakan desakan tenagaseksual kejantinaan yang luas dan tidak bertumpu hanyakepada maksud seks yang sempit, tetapi merangkumi segalakepuasan kendiri. Desakan yang kedua dalam tenaga psikikadalah desakan agressif atau THANATOS (Kehendak mati). 41
  42. 42. Desakan-desakan ini merupakan desakan naluri yangsemulajadi semenjak seseorang itu dilahirkan. Penentuanpsikik ini berkait dengan kenyataan yang dikatakan awal tadibahawa manusia sebagai individu tidak dapat membawa arahkepada nasib haluannya. Naluri desakan biologikal ini lebihkuat mempengaruhi tingkahlaku manusia. Dalam kaunselingmengikut fahaman psikoanalisis, proses yang mustahakadalah bagi memberi fokus kepada konflik yang belum selesaiyang berasal dari pengalaman semasa kecil. Dalam fahamanpsikoanalisa, bagi mengubah haluan proses kaunseling,kaunselor perlu mengkaji latarbelakang dan sejarahpengalaman kliennya.Tahap Kesedaran. Konsep ini adalah penting dalam teori psikoanalisis selaindari Penentuan Psikik. Dalam pemikiran manusia keadaansedar merupakan satu tahap yang paling rendah dari segikeutamaan tahap kesedaran. Psikianalisis menyatakanbahawa ada tiga tahap kesedaran :1. SEDAR (Concious)2. PRASEDAR (Preconcious)3. BAWAH SEDAR (Unconcious) Tahap atau peringkat kesedaran ini penting dalam kerja-kerja kaunseling psikoanlisis. Tahap sedar tergolong segalaaspek tingkahlaku, tindakan, perasaan yang mana disedarioleh individu. Rasa sepi, suka, berlari dan sebagainya. Tahap Prasedar tergolong dari keadaan pemikiran yangboleh dipanggil secara kendiri supaya dapat dirasaikenyataannya dalam keadaan sedar. Sungguhpun padaasalnya perasaan, pemikiran itu tidak merupakan sebahagiandari tahap sebenar tadi. Tahap Bawah Sedar merupakan peringkat yang palingpenting dalam proses psikoanalisis. Peringkat Bawah Sedarinilah yang memainkan peranan dalam pembentukkantingkahlaku seseorang itu selain dari desakan nalurisemulajadi seperti tenaga psikik. Tahap bawah sedar ini merupakan pemikiran perasaanyang mana seorang tidak dapat mengeluarkannya secarakendiri. Oleh yang demikian, peralihan dari tahap bawah 42
  43. 43. sedar kepada tahap sedar akan memerlukan bantuandaripada kaunselor. Pada kebiasaannya perasaan pemikiran bawah sedar inimelalui proses repressi yang di sekat dari kenyataan.Keadaan ini berlaku kerana individu biasanya beranggapanataupun beliau tidak dapat menerimanya sendiri, ataumempunyai satu persepsi bahawa masyaarakat juga tidakdapat menerimanya. Dalam psikoanalisis, bahan-bahan yang dimaksudkandalam bawah sedar ini meliputi kata-kata tersasul, mimpi,fantasi atau khayalan seorang individu. Kesemua inimerupakan satu manifestasi kepada galakan yang tersirat didalam tahap bawah sedar individu. Penekanan terhadaptahap bawah sedar inilah yang membezakan antara lainnya diantara kaunseling psikoanalisis dengan teori lain yang baruyang lebih menumpukan kepada tingkahlaku semasa yangdapat dicerap. Antara fungsi kaunselor dalam proses kaunseling secarapsikoanalisis adalah untuk bertindak kepada tahap kesedarankliennya. Di sini kaunselor dikehendaki menarik perhatianklien dan memberi kesedaran kepada pemikiran bawahsedarnya yang telah disekat dari kenyataan secaramekanisme bela diri REPPRESSI. Secara repressi, individuitu telah dapat menunjukkan kenyataannya dalam bentuktingkahlaku yang “tidak sesuai” tetapi kaunselor jugadikehendaki membantu kliennya bekerja keras bersama bagicuba menyelesaikan konflik yang belum dapat diselesaikan.Caranya :1). Pendedahan.2). Meneroka3). Pentafsiran Selain daripada penekanan kepada tahap bawah sedar,kaunseling secara psikoanalisis juga tertumpu kepada kaedahpenerokaan dan pendedahan. Apa yang dimaksudkan ialahkaunselor akan membantu kliennya dengan mendedahkansebab sebenar masalah yang dihadapinya. Padakebiasaannya, percubaan untuk mendedahkan sebab asasmasalah ini akan melalui dengan penuh rintangan keranawujudnya mekanisme bela diri klien. Klien akan sedayaupaya menghalang sebab masalah itu didedahkan. Melalui pentafsiran seseorang kaunselor dapat bersemukadengan makna yang sebenarnya disebalik huraiankomunikasi yang dibuat oleh klien. Pentafsiran merupakan 43
  44. 44. elemen terapi yang kuat dalam pendekatan psikoanalisis.Oleh kerana pentafsiran dapat membantu klien memahamiapakah yang beliau sedang alami di sebalik tahap bawahsedarnya dan juga bagaimana beliau telah memesongkanpersepsinya terhadap masalah semasa. Apa yang telahdiperkatakan tadi merupakan konsep disebalik kaedahpendekatan psikoanalisis di mana konsep kaitannya dengantahap kesedaran itu sangat rapat.PERSONALITI MANUSIA MENGIKUT PSIKOANALISIS Selain dari penghuraian tentang konsep kesedaran ini dankesannya terhadap perkerkembangan personaliti,psikoanalisis juga telah membahagikan personaliti manusiaitu kepada tiga struktur:1. ID2. EGO3. SUPER EGO ID: Id diandaikan segala gejala yang neutral dalampemikiran individu. Dalam pandangan psikoanalisis, ciri idseseorang telah wujud sejak ianya dilahirkan. Id dianggapsebagai satu elemen struktur yang semulajadi, satu elemenyang diwarisi dan sedia ada dalam diri manusia. Idmerupakan gejala yang dibawah sedar dan merupakan satutenaga yang primitif. Id tidak teratur, tidak rasional dan penuhdengan orientasi berkehendakkan kepuasan. Id merupakansatu sumber LIBIDO. Tujuaan utama id ialah bagimendapatkan kepuasan kendiri secara mendadak (immediategratification). Sebab itulah id tidak mempunyai penyatuandari segi maksud tidak teratur dan tidak bermoral. Sebagaisatu daya tenaga yang beitu primitif, id merupakan penggerakpsikologikal yang tidak perlu dipelajari.EGO: Ego berbeza dengan id. Ego tidak wujud secarakelahiran sebaliknya berkembang secara berperingkat danbergerak sebagai elemen pada tahap sedar dan penuhdengan persepsi, inginkan kemajuan dan bolehmenyesuaikan fungsinya mengikut keadaan. Perkembanganego adalah melalui hubungan secara sosial danidentifikasinya dengan orang lain, objek di dalam alamsekelilingnya. Sebagai alat memperkukuhkan kendiri padatahap sedar, ego memainkan satu fungsi yang penting dalamstruktur tingkahlaku dan personaliti individu. 44
  45. 45. IDENTIFIKASI: Sebagai satu konsep terapan yang disedari,identifikasi memainkan peranan yang penting semasamengubah haluan tenaga psikik daripada id kepada ego.Antara fungsi ego adalah ego dapat bertindak kepada situasiyang mendatangkan kecemasan, biasanya konflik ataupertentangan antara id dan super ego. Ego mempunyai duacara untuk bertindak dalam keadaan kecemasan.1. Ego boleh menggunakan asas pengalaman sertakebolehan tenaga pemikiran yang nyata atau sebenar. Seterusnya ego boleh bertindakterhadap tingkahlaku penyelesaian masalah berasaskan pengalaman dansosiolisasi.2. Ego boleh menggunakan kaedah menentang,menolak, tipu helah denganmemesongkan keadaan sebenar atau kebenaran. Apabilakaedah ini bergerak dan mengambilalih tingkahlaku, keadaanini ternyata sebagai mekanisme beladiri ego. Antaramekanisme beladiri adalah pendaman, rosotan dan sublimasi.SUPER EGO: Super ego merupakan struktur ketiga dalampemikiran tingkahlaku psikoanalisis. Super ego lebihmenyerupai hati nurani atau “conscience” seseorang individu.Super ego merupakan akar tunjang dari aspek peneguhanmoral yang baik. Moral yang dipelajari, dikenalpasti daripadaibubapa mahupun masyarakat. Moral yang demikiandipelajari hasil daripada asuhan semasa seorang individu itumasih kecil peringkat umurnya dan berkembang denganpenerapan moral sebagai sebati dengan hati nuraninya.Super ego mengawal id dan ego. Super ego bertindakseakan-akan ibu bapa seorang individu saling mengingatkankeadaan, suasana, peristiwa, persepsi, pemikiran, emosi,perasaan dan tingkahlaku. Disebalik super ego sentiasawujud imej pengawalan.PERKEMBANGAN PERSONALITI MENGIKUTPSIKOANALISIS Terdapat lima peringkat perkembangan personalitimengikut teori psikoanalisis. Peringkat tersebut adalah sepertiberikut:1. Peringkat Oral. Kepuasan yang mula dirasai olehseseorang bayi adalah keseronokan yang dikecapidimulutnya. Peringkat ini bermula semenjak dilahirkan.Hampir semua objek akan di bawa kemulut oleh seseorangbayi. Mengikut fahaman psikoanalisis, keadaan ini 45
  46. 46. menyebabkan keadaan lekatan seperti mekanisme bela dirisemasa dewasa yang boleh membawa kepada trait pasif,optimis dan ingin mengetahui.2. Peringkat Anal. Pada tahun kedua, kanak-kanak mulaberkembang dan berupaya mengasingkan fungsipembuangan najis dari kehendak nalurinya yang semulajadi.Pada peringkat ini, kanak-kanak dilatih cara yang sesuai bagimelaksanakan kehendak pembuangan najisnya. Teoripsikoanalisis berpendapat bahawa latihan yang dilalui akanmempengaruhi sahsiahnya apabila meningkat dewasa.3. Peringkat Falik. Mengikut teori ini, peringkat ini kanak-kanak mula berseronok dengan organ jantinanya. Peringkatini juga merupakan permulaan perkembangan kompleksodepus dan kompleks elektra. Kompleks odepus berlakupada kanak-kanak lelaki apabila tanpa disedari ianya tertarikkepada ibunya. Kartasis kepada penarikan ini juga berlakuterhadap kanak-kanak perempuan kepada bapanya, sealirandengan kompleks elektra. Rasa tidak puas hati terhadapsama ada ibu oleh kanak-kanak perempuan dan terhadapbapa oleh kanak-kanak lelaki menyebabkan kanak-kanakmengikut serta mendapatkan perhatian kepada ibu ataubapanya. Peringkat paling kritikal ini akan menentukankepesatan seksual yang berkembang dalam diri seseorangindividu.4. Peringkat Pendaman. Pada umur lima tahun hingga limabelas tahun, kehendak seksual terpendam di kalanganindividu. Maka pada peringkat ini bermulalah gejalapenyekatan seksual dalam diri individu. Walaubagaimanapun peringkat ini juga penuh dengan suasanamenguatkan sifat serta ciri kelelakian atau kewanitaan.Peringkat ini juga penuh dengan keupayaan berkawansesama rakan sama ada dari jantina lelaki ataupun wanita.5. Peringkat Genital. Sebaik sahaja kanak-kanakmenghampiri baligh, kehendak seksual telah diganti denganstruktur ego yang mengambilalih semula perkembangan diri.Pada peringkat ini, objek yang jitu dari segi perkembangan dirimenjadi lumrah dengan kematangan yang berfungsi. Egoyang terbentuk dijaga dan dikembangkan secara pengalamanyang baru serta bermakna bagi diri individu. Individu muladengan peranan sosiolisasi, perlaksanaaan aktivitiberkelompok, mula dengan penarikan interaksi seksual danpersediaan perkahwinanan, berkeluarga dan penetapan 46
  47. 47. vokasional. Zaman kanak-kanak ditinggalakan dan bermuladengan peringkat kedewasaan.MEKANISME BELA DIRI Mekanisme bela diri berlaku bagi menjaga pembentukanego yang sedia ada dalam pengalaman seorang individu.Mekanisme bela diri berpandukan kepada pengalaman yangtersirat pada peringkat bawah sedar dalam struktur ego.Sesoerang individu belajar hasil dari pengalamannya tentangsegala contoh dan kegiatan berkaitan naluri diri bagimemuaskan kehendaknya. Apabila fungsi ego yang sediaada tidak dapat menyesuaikan dengan keadaan sekeliling,seseorang individu akan tanpa disedari menggunakanmekanisme beladiri bagi menanggani keadaan yang dihadapi.Antara mekanisme bela diri yang digunakan adalah sepertiberikut:1. Pendaman. Pendaman merupakan mekanisme bela diri yang asas dalamstruktur personaliti seseorang individu. Pendamanmerupakan pengenepian desakan sebagai satu perwakilanidea daripada tahap sedar. Perkara ini berlaku apabila adadesakan yang menyebabkan kepincangan yang tidaksanggup ditanggani. Kesannya mengakibatkan berlakunyakeresahan sekiranya timbul pada tahap sedar. Ciri pendamanyang berterusan akan memakan diri di samping mengalirantenaga ego bagi tujuan membela diri.2. Keresahan.Keresahan merupakan perasaan takut dalaman. Keresahanberasas dari ingatan serta pengalaman lampau yang pahitdan menyakitkan hati. Biasanya keresahan dikaitkan denganpenderaan. Desakan ini sering diingati dan akanmenimbulkan desakan dalaman yang menakutkan.3. Rosotan.Satu proses di mana seseorang individu di dalam keadaanyang tertekan dan akan mengguna gerak balas yang biasadilakukan pada peringkat awal perkembangan personalitinya.Rosotan berlaku bagi mendapatkan kepuasan yang sedia adadalam tahap bawah sedarnya. Contohnya, seorang kanak-kanak yang baru sahaja mendapat seorang adik akanmerosot tingkahlakunya seperti tidak membuang ari secara 47
  48. 48. teratur tanpa mengingat latihan yang sudah dilalui. Dalamkeadaan ini, kanak-kanak tersebut akan terasa terancamdengan kedudukannya yang selamat dalam strukturkekeluargaan.4. Pembentukan Reaksi.Proses ini merupakan satu perkembangan sikap yangbertentangan dengan perkara yang telah dipendam. Keadaanini berasaskan kepada prinsip bertentangan polariti.Contohnya desakan melakukan kegiatan“mengotorkan” bertentangan dengan desakan kegiatan“bersih” yang ada dalam pendaman.5. Unjuran.Suatu keadaan di mana seorang individu melepaskan sikapdiri sendiri ke arah orang lain. Keadaan ini berlaku apabilaego tidak lagi dapat memendam bahan yang tidakdigemarinya. Contohnya perasaan marah terhadap sesuatukegiatan.6. Introjeksi.Satu keadan di mana seorang individu menghimpun dalamdirinya semua sikap afektif dan bukan afektif berkaitandengan objek atau orang luaran. Mekanisme ini pentingsebagai asas kepada proses pengenalpastian dalam peranansuperego.7. Pengenalpastian.Pengenalpastian merupakan satu proses di mana seorangindividu menggabungkan sikap orang lain ke dalam dirinya.Dalam keadaan demikian, segala tenaga id dialirkan ke arahproses pembentukan ego. Contohnya, seorang kanak-kanakakan merujuk tingkahlaku ibubapanya. Beliau akan menyerapsegala ego ideal ibu bapa tersebut juga sebagai idealnya.Maka di sini akan terbentuk superego bagi kanak-kanaktersebut.8. Pindahgantian.Keadaan ini merupakan satu proses mengalirkan tenagapsikik dari sumber atau objek yang tidak dapat diakseskepada satu objek lain. Keadaan ini akan mendatangkan satubentuk kartasis atau kelegaan dalam diri. Pada biasanya 48
  49. 49. sikap serta perasaan yang asal tetap akan terserap, hanyaemosi yang baru digantikan ke arah objek yang lain.9. Sublimasi.Satu bentuk pindah gantian yang berunsur seksual, apabiladesakan seksual dialihkan ke arah tindakan yang berbentuksosial dan berfaedah serta kreatif.KAUNSELING MENGIKUT PENDEKATAN PSIKOANALISIS Pandangan teori ini terhadap manusia yang bermasalahialah rasional bagi perubahan. Struktur personaliti yangdikemukakan oleh Freud sangat penting difahami bagiseorang kaunselor yang inginkan melaksanakan rawatansejajar dengan pendekatan psikoanalisis. Kefahaman tentangid, ego dan superego dalam diri seseorang insan akan dapatmenentukan tahap kecelaruan yang sedang dialami olehklien. Kaunseling pendekatan ini menumpukan kepadaanalisis perimbangan antara id, ego dan superego yangberlaku dalam diri insan. Mengikut fahaman psikoanalisis,seseorang individu itu berada dalam kecelaruan mentalkerana tidak berlakunya perimbangan id, ego dan superegodalam dirinya. Proses kaunseling secara pendekatan psikoanalisismelibatkan interaksi antara kaunselor dan kliennya. Interaksisecara bersemuka adalah perlu dan digalakkan bagi menjagakepentingan proses hormat menghormati antara kaunselordan kliennya. Proses ini juga melibatkan perbualan yangikhlas antara kedua mereka. Dalam pendekatan ini juga, kaunselor akan menerimakliennya secara ikhlas tanpa syarat. Penerimaan tanpa syaratini merupakan perkara penting dalam mewujudkan iklimkaunseling yang teraputik. Walaupun proses psikoanalisisdianggap sebagai tradisional, namun cara perlaksanaannyaboleh dikemaskinikan. Tidak lagi perlu melayan klien denganberbaring di kerusi “cauch” cukuplah sekadar mendengarmasalah mereka di kerusi biasa sahaja. Dalam proses kaunseling psikoanalis, rintangan perbualandan interaksi merupakan perkara pokok yang digunakan olehkaunselor bagi mendapatkan maklumat tentang tahap bawahsedar klien. Bagi kaunselor, kefahaman dan keupayaannyamembuat analisis tentang struktur tahap bawah sedar klienmerupakan punca permulaan bagi merawat klien tersebut. Desakan id merupakan punca kegelisahan dan penyebabkecelaruan dalam perimbangan struktur personaliti klien. 49
  50. 50. Rintangan dan mekanisme bela diri seseorang individu jugaakan meningkatkan kerumitan yang dialami oleh klien.Sehubungan itu desakan id dan rintangan yang berpunca darimekanisme bela diri ego seseorang klien mempengaruhipemikiran dan emosi klien. Dalam proses psikoanalisis, kaunselor bertanggungjawabbagi membantu klien menimbulkan ke tahap kesedaransegala hal yang terpendam dalam tahap bawah sedarkliennya. Proses pemangkin ini akan hanya dapat dijelmakanmelalui teknik yang spesifik dalam kaunseling psikoanalisis.MATLAMAT KAUNSELING Setiap proses kaunseling mempunyai matlamatnya yangtersendiri. Kaunseling pendekatan psikoanalisis ini juga tidakterkecuali dari kehendak ini. Berasaskan kepada tahapkesedaran adalah matlamat penting dalam proses kaunselingpendekatan ini ialah menjelmakan wawasan kepada akalpemikiran kliennya. Hasil ini akan hanya tercapai apabilatimbul perseimbangan antara struktur personaliti yangmerangkumi id, ego dan superego. Wawasan psikologi yang dimaksudkan merangkumisegala kepekaan kefahaman tentang daya pemikiran dankesedaran diri. Wawasan mencakupi keupayaan seorangindividu menyedari kederiaan pemikirannya secara afektifyang mendalam hingga berupaya mewujudkan suatupemilihan yang wajar untuk kebahagiaan dirinya. Proses perimbangan struktur personaliti ini wajar dilakukansecara sengaja serta teratur oleh kaunselor. Perlaksanaanperimbangan ini boleh diuruskan melalui teknik perkaitanbebas, pentafsiran dan analisis persepsi terutamanyamekanisme bela diri, pentafsiran dan analisis mimpi.TEKNIK KAUNSELING Perkaitan Bebas. Ini adalah merupakan satu teknik yangberkehendakkan agar klien meluahkan apa sahaja yangterlintas dalam pemikirannya tanpa menapis susunan logikperbualannya dengan kaunselor. Teknik ini muladistrukturkan oleh Freud bagi tujuan mengingati semulapengalaman serta emosi lampau yang pernah dialami klien.Kaunselor biasanya memberi satu sikap interaksi yangmenggalakkan supaya klein boleh bertindak secara bebastentang perkara yang hendak diluahkan. Di sebalik asasteknik ini adalah kefahaman bahawa dalam diri individu 50
  51. 51. memang tersemat pendaman sebagai satu faktor mekanismebela diri. Tujuan perkaitan bebas adalah bagi melepaskan ketahap sedar pendaman yang lama hingga dapat diluahkan.Pendaman yang banyak tersimpan menjadi punca tekanandesakan diri. Sehingga pendaman tersebut dikeluarkan ketahap sedar, kecondongan pendaman tersbut tidak bolehdisesuaikan dengan alam realiti. Tranferens. Digunakan oleh kaunselor bgi memberigalakan kepada klien bahawa kaunselor sememangnyabersedia untuk memberi bantuan. Konsep tranferensmeletakkan klien dalam satu keadaan minda bahawakaunselor sebenarnya adalah ibubapa atau signifikan dalampengalaman hidupnya yang lampu. Dalam proses tranferensseorang klien itu akan menghidupkan semula tanpa disedarisegala tingkahlaku patogeniknya kepada kaunselor. Keadaanini sangat perlu difahami oleh kaunselor bagi menangganiproses analisis dan pentafsiran mekanisme bela diri klien. Pentafsiran. Dalam proses kaunseling psikoanalisis,pentafsiran penting bagi menimbulkan wawasan psikologikalkepada diri klien. Tranferens sahaja tidak cukup bagimenggerakkan klien ke arah kelegaan dan tingkahlaku yangbaru. Analisis dan pentafsiran tentang mekanisme beladiriklien akan memudahkan klien memahami kerumitan yangsedang dialaminya. Tugas kaunselor adalah untukmenjelmakan satu kartasis atau kelegaan dalaman yangboleh dinikmati klien. Pentafsiran dapat menggerakkansegala kefahaman superego yang lama kepada satu tahapkesedaran baru. Pengalaman dan kefahaman baru iniselanjutnya akan diganti dengan kesedaran ego baru danbergerak ke arah penerimaan superego yang lebih sesuaidengan keadaan semasa sealiran dengan klien. Dalam proses kaunseling psikoanalisis ini berbagairintangan mungkin akan timbul dari interaksi klien dankaunselor. Pentafsiran yang dikemukakan oleh kaunselortidak semestinya diterima oleh klien. Hasil pentafsiranmungkin menimbulkan satu reaksi kepincangan dankaunselor wajar bersedia menerima hakikat bahawa tidaksemua analisisnya mudah diperakukan oleh klien. Apabilakeadaan ini berlaku maka kaunselor wajar sedar bahawa klienmungkin berada dalam keadaan transferens danmenganggapnya sebagai orang signifikan yang pernahdialami dalam hidup lampaunya. Ada kalanya rintangan tidaksemestinya berlaku hasil dari proses tranferens.Kemungkinan rintangan berlaku hasil dari satu syaratpenolakan sebenar pentafsiran yang diberi oleh kaunselor. 51
  52. 52. Tanda seperti ini memberi isyarat bahawa klien belumbersedia untuk menyesuaian dirinya dengan keadaan yangsebenar. Kaunselor perlu faham bahawa dirinya juga terpengaruhdengan keadaan pemindahan persepsi minda terhadapkliennya. Keadaan tanpa disedari ini menggerakkan satuproses “counter tranferens”. Fokus kaunselor terhadap klienseolah-olah telah terpisah ke arah klien sebagai seorang yangbiasa didekati dalam pengalaman kaunselor masa lampau.Kaunselor wajar dapat mengawal keadaan ini dalam dirinyasecara sedar dan cepat kembali kepada alam kaunseling.TEORI PEMUSATAN PERORANGANTeori ini lebih dikenali sebagai Rogerian dan telah dipeloporiolehCarl R. Rogers hasil daripada pengaruh “Field Theory”. Teoriini berbeza daripada Psikoanalisis kerana Rogers telahmengubah cara menolong di kalangan kaunselor danpsikiatrist di Amerika Syarikat pada tahun-tahun 1950-an.Rogers telah mengemukakan konsep kemesraan danpentingnya hubungan yang rapat antara kaunselor dankliennya. Kewujudan satu iklim interaksi yang penuh denganpenerimaan dari kedua pihak boleh menjamin perasaan yangterpendam diluahkan secara mudah tanpa sekatan. 52

×