SlideShare a Scribd company logo
1 of 4
Download to read offline
KPT 6043 PENGAJARAN BERASASKAN WEB
DAN ELEKTRONIK

KAJIAN BACAAN ARTIKEL:
Oleh
Wong Siew Sin
M20092001103


 Tajuk Ulasan Artikel:
 Pembangunan       Dan    Penilaian    Perisian    Pengajaran    Dan     Pembelajaran
 Berbantukan Komputer (PPBK) Multimedia Interaktif Pendidikan Jasmani
 Tingkatan Satu Bagi Tajuk “Kecergasan Fizikal”
 Kajian Oleh:
 Dr. Mohd. Arif Ismail ; Mohd Haizam Bin Ahmad (UKM) dan Dr. Rosnaini
 Mahmud (UPM)




       Artikel ini adalah kajian yang membincangkan tentang pembangunan dan
penilaian perisian Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer             (PPBK)
multimedia interaktif Pendidikan Jasmani Tingkatan Satu bagi tajuk kecergasan fizikal.
Kajian ini dijalankan oleh Dr. Mohd. Arif Ismail, Mohd Haizam bin Ahmad dari
Universiti Kebangsaan Malaysia dan Dr. Rosnaini Mahmud dari Universiti Pertanian
Malaysia. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah kaedah tinjauan yang melibatkan 7
orang guru PJK yang terdiri daripada 2 orang guru opsyen dan 5 orang guru yang bukan
opsyen dari SMK Sultan Abu Bakar, Kuantan, Pahang. Kajian yang dijalankan bertujuan
untuk mengkaji keberkesanan penggunaan perisian PPBK ini dalam mengatasi
permasalahan kajian dan soalan-soalan kajian yang telah dikenal pasti.
       Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer            (PPBK) ialah situasi
apabila komputer digunakan untuk mengajar atau mengasah sesuatu kemahiran. Alensi
& Trollip (1985) mendefinisikan PPBK sebagai penggunaan komputer untuk
menyampaikan maklumat, membimbing, melatih dan menilai prestasi pelajar samada
kesemuanya sekali atau sebahagiannya sahaja.       PPBK asalnya di US dan dipanggil
sebagai CAI (Computer Aided Instruction) atau CBI (Computer Based Instruction). Di
UK pula, ianya dipanggil CAL (Computer Aided Instruction) atau CBL (Computer Based
Learning).    Di Malaysia ianya dikenali dengan istilah PPBK (Pengajaran dan
Pembelajaran Berbantukan Komputer). Ringkasnya, PPBK ialah penggunaan komputer
KPT 6043 PENGAJARAN BERASASKAN WEB
DAN ELEKTRONIK

dalam pengajaran dan pembelajaran untuk mengajar. Ianya mungkin sebahagian kecil
daripada   pengajaran     dan        pembelajaran   ataupun   keseluruhan   pengajaran   dan
pembelajaran. Komputer dijadikan sebagai alat atau tool dalam pelaksanaan pengajaran
dan pembelajaran.
       Pendidikan Jasmani adalah mata pelajaran wajib dalam sistem pendidikan di
Malaysia, namun kepentingannya masih tidak dapat dirasai dalam pelaksanaan mata
pelajaran tersebut (Wee 2004). Desma (2001) juga mendapati mata pelajaran Pendidikan
Jasmani dan Kesihatan khususnya di peringkat sekolah menengah sedang mengalami
ketidakstabilan iaitu kurang diminati di kalangan pelajar. Antara masalah yang dikenal
pasti ialah pengabaian subjek PJK kerana ianya tidak diuji dalam peperiksaan,
kekurangan guru terlatih dalam bidang ini, kemudahan dan peralatan yang tidak
mencukupi, tiada sokongan dari sekolah dan ibu-bapa, cuaca yang tidak mengizinkan dan
guru tidak jelas dengan matlamat Pendidikan Jasmani (Hamdan 2002; De Vries 1995;
Abu Bakar 1987; Daud        1985; Cheah 1985). Selain itu, mata pelajaran Pendidikan
Jasmani juga dilihat sebagai satu subjek yang mengganggu kelancaran kurikulum di
sekolah (Hamdan 2002).
     Berdasarkan masalah-masalah tersebut, maka kajian ini dijalankan untuk menjawab
persoalan kajian iaitu:   1. Adakah PPBK Kecergasan Fizikal yang digunakan dapat
menyelesaikan masalah P&P dalam pengajaran PJK menurut persepsi guru-guru yang
mengajar subjek PJK?            2.     Adakah PPBK Kecergasan Fizikal yang digunakan
mempunyai perbezaan signifikan dari aspek persepsi guru berdasarkan penyelesaian
masalah P&P PJK selepas menggunakan PPBK Kecergasan mengikut perbezaan opsyen
pengajaran mereka?
       Dalam kajian ini, hipotesis nol yang diuji ialah tidak terdapat perbezaan signifikan
dari aspek persepsi guru mengenai penyelesaian masalah P&P dalam pengajaran PJK
menggunakan PPBK Kecergasan Fizikal mengikut perbezaan opsyen pengajaran. Kajian
ini dijalankan dengan kaedah tinjauan bertujuan untuk mengkaji keberkesanan
penggunaan perisian PPBK ini dalam mengatasi permasalahan kajian dan soalan-soalan
kajian yang telah dikenal pasti. Data-data yang diperolehi melalui instrumen soal selidik
adalah dalam bentuk kuantitatif yang diperlukan untuk menganalisis data dalam bentuk
diskriptif dan inferensi iaitu dalam bentuk frekuensi, peratus, min dan sisihan piawai.
Bagi menilai perisian kursus yang siap dibangunkan pula, responden diberikan soalan
KPT 6043 PENGAJARAN BERASASKAN WEB
DAN ELEKTRONIK

penilaian sumatif dalam bentuk soal selidik yang direka bentuk oleh pengkaji sendiri
berdasarkan tujuan dan objektif kajian ini. Instrumen yang digunakan oleh pengkaji bagi
menganalisis keperluan pengguna dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran
PJK adalah dengan menggunakan soal selidik. Instrumen soal selidik tersebut diberikan
kepada guru dan pelajar untuk mendapatkan data daripada mereka.
       Hasil dapatan kajian telah menunjukkan bahawa PPBK kecergasan fizikal
membantu guru dalam mempelbagaikan strategi P&P PJK mereka.           Dapatan ini juga
menunjukkan bahawa kepelbagaian strategi pengajaran dapat menarik minat pelajar
untuk belajar dan menganggap mata pelajaran PJK sebagai satu mata pelajaran yang
menyeronokkan ketika belajar. Selain itu, dapatan juga membuktikan bahawa PPBK
kecergasan fizikal dapat membantu guru meningkatkan kemahiran P&P PJK mereka di
mana guru akan berasa yakin untuk menunjukkan cara latihan senaman kecergasan
fizikal kepada pelajar serta yakin untuk mengajar tajuk tersebut setelah mengakses
perisian ini. Dapatan yang diperolehi juga menunjukkan perisian PPBK kecergasan
fizikal dapat membantu P&P PJK untuk terus berjalan walaupun pada masa hujan atau
pada bulan puasa dengan menggunakan bilik tayangan di sekolah di samping membantu
para guru untuk pelaksanaan silibus yang lebih teratur.
       Kesimpulannya, perisian PPBK kecergasan fizikal yang dibangunkan dapat
menyelesaikan masalah-masalah P&P dalam pengajaran PJK menurut persepsi guru-guru
yang mengajar subjek PJK dan juga dapat membawa suatu perubahan persepsi guru
berdasarkan penyelesaian masalah P&P PJK selepas menggunakan PPBK kecergasan
fizikal mengikut perbezaan opsyen pengajaran mereka. Ringkasnya, PPBK merupakan
satu alternatif dalam P&P dan komputer bukannya menggantikan guru dalam kelas tetapi
membantu guru dalam pelaksanaan P&P. Telah banyak kajian dibuat tentang PPBK ini,
namun kajian akan tinggal kajian dan cadangan akan tinggal cadangan di atas kertas
andainya pihak yang bertanggungjawab tidak mengambil apa-apa tindakan susulan.
Begitu juga jika tindakan susulan telah diambil, pelbagai kursus telah dianjurkan,
kemudahan infrastruktur fizikal di sekolah telah dilengkapkan, namun semua itu sia-sia
andainya para guru atau pendidik tidak mengubah sikap ingin memajukan diri dan
berusaha mempraktikkan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi tentang
penggunaan komputer ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Maka, apalah gunanya teknologi andai kita tidak menggunakannya.
KPT 6043 PENGAJARAN BERASASKAN WEB
DAN ELEKTRONIK

Rujukan artikel-artikel lain yang berkaitan:

   1. Reka Bentuk dan Pembangunan Perisian Kursus Multimedia Pendidikan
      Seksualiti Malaysia (MSE)
      Oleh Azizah Jaafar dan Chan Siew Lee
      Design and Development of Malaysia Sexuality Education Multimedia
      Courseware
      Jurnal Pendidikan Malaysia 34(2)(2009): 125 - 142
      http://pkukmweb.ukm.my/~jurfpend/journal/vol%2034_2%202009/pdf/Bab
      %209.pdf
   2. Keberkesanan Kaedah Pengajaran Berbantukan Komputer Di Kalangan
      Pelajar Pencapaian Akademik Rendah Bagi Mata Pelajaran Geografi
      Tingkatan 4 Di Negeri Sembilan
      Oleh Mohd Aris bin Othman
      Universiti Sains Malaysia
      2007
      http://eprints.usm.my/9087/
   3. Pembangunan Perisian Pengajaran Dan Pembelajaran Berbantu Komputer
      (PPBK) Bagi Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan Dua
      (Elektif Pilihan Teknikal) Lukisan Teknik Bertajuk Hamparan
      Oleh Rosman bin Mohammad
      Universiti Teknologi Malaysia
      2008
      http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP/ROSMANBP050156D200
      8TTP.pdf
   4. Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran Bahasa
      Oleh Nazri Bin Abu Bakar , Muhammad Salaebing, Shamsinah Bt. Salleh,
      Norizillah Bt. Mohd. Rodzes dan Fatahiyah Bt. Mohd. Ishak
      http://compapplicationinlangandlit.wikispaces.com/file/view/Penggunaan
      %2520Komputer%2520dlm%2520pengajaran%2520bahasa.pdf
   5. http://www.unesco.org/bangkok/education/ict/teaching

More Related Content

What's hot

Cover ulasan jurna lpenuh
Cover ulasan jurna lpenuhCover ulasan jurna lpenuh
Cover ulasan jurna lpenuhvincentraj74
 
Ulasan jurnal
Ulasan jurnalUlasan jurnal
Ulasan jurnalyati65
 
Ulasan Jurnal Pendidikan
Ulasan Jurnal PendidikanUlasan Jurnal Pendidikan
Ulasan Jurnal Pendidikanamirsmkt
 
Jss 2011-3-010
Jss 2011-3-010Jss 2011-3-010
Jss 2011-3-010byin85
 
Kajian Penyelidikan Internet
Kajian Penyelidikan InternetKajian Penyelidikan Internet
Kajian Penyelidikan InternetTee Teh
 
Kaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor HusniyahKaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor HusniyahHusniyah Rashid
 
Power point ulasan jurnal "Using Mobile Phone As Pedagogical Tools, Are Teach...
Power point ulasan jurnal "Using Mobile Phone As Pedagogical Tools, Are Teach...Power point ulasan jurnal "Using Mobile Phone As Pedagogical Tools, Are Teach...
Power point ulasan jurnal "Using Mobile Phone As Pedagogical Tools, Are Teach...Government
 
Kajian Tindakan-kebolehan menggunakan ICT dalam kalangan pelajar bahasa Melay...
Kajian Tindakan-kebolehan menggunakan ICT dalam kalangan pelajar bahasa Melay...Kajian Tindakan-kebolehan menggunakan ICT dalam kalangan pelajar bahasa Melay...
Kajian Tindakan-kebolehan menggunakan ICT dalam kalangan pelajar bahasa Melay...shah_idah86
 
KPT6044 - Kajian Tinjauan
KPT6044 - Kajian TinjauanKPT6044 - Kajian Tinjauan
KPT6044 - Kajian Tinjauanidahazira
 
Ulasan jurnal e pembelajaran
Ulasan jurnal e pembelajaranUlasan jurnal e pembelajaran
Ulasan jurnal e pembelajaranzulie76
 
Keberkesanan Penggunaan Komputer
Keberkesanan Penggunaan Komputer Keberkesanan Penggunaan Komputer
Keberkesanan Penggunaan Komputer Zakaria Mohamed
 
Penggunaan e learning
Penggunaan e learning Penggunaan e learning
Penggunaan e learning Azizul84
 
Tugasan 3 final
Tugasan 3 finalTugasan 3 final
Tugasan 3 finalAman Shah
 
Tugasan 3 (kajian tinjauan)
Tugasan 3 (kajian tinjauan)Tugasan 3 (kajian tinjauan)
Tugasan 3 (kajian tinjauan)juelieyza
 
ANALISIS JURNAL: KESEDARAN, PENILAIAN & PENERIMAAN E-PEMBELAJARAN DALAM KALAN...
ANALISIS JURNAL: KESEDARAN, PENILAIAN & PENERIMAAN E-PEMBELAJARAN DALAM KALAN...ANALISIS JURNAL: KESEDARAN, PENILAIAN & PENERIMAAN E-PEMBELAJARAN DALAM KALAN...
ANALISIS JURNAL: KESEDARAN, PENILAIAN & PENERIMAAN E-PEMBELAJARAN DALAM KALAN...NURUL HUDA
 
Sikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timur
Sikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timurSikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timur
Sikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timurshamsuhaila85
 
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044Nurul Juzailah Nurul
 
Ulasan jurnal (kpt 6044)
Ulasan jurnal (kpt 6044)Ulasan jurnal (kpt 6044)
Ulasan jurnal (kpt 6044)Jeya Kumar
 

What's hot (20)

Cover ulasan jurna lpenuh
Cover ulasan jurna lpenuhCover ulasan jurna lpenuh
Cover ulasan jurna lpenuh
 
Ulasan jurnal
Ulasan jurnalUlasan jurnal
Ulasan jurnal
 
Ulasan Jurnal Pendidikan
Ulasan Jurnal PendidikanUlasan Jurnal Pendidikan
Ulasan Jurnal Pendidikan
 
Jss 2011-3-010
Jss 2011-3-010Jss 2011-3-010
Jss 2011-3-010
 
Kajian Penyelidikan Internet
Kajian Penyelidikan InternetKajian Penyelidikan Internet
Kajian Penyelidikan Internet
 
Kaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor HusniyahKaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
 
Power point ulasan jurnal "Using Mobile Phone As Pedagogical Tools, Are Teach...
Power point ulasan jurnal "Using Mobile Phone As Pedagogical Tools, Are Teach...Power point ulasan jurnal "Using Mobile Phone As Pedagogical Tools, Are Teach...
Power point ulasan jurnal "Using Mobile Phone As Pedagogical Tools, Are Teach...
 
Kajian Tindakan-kebolehan menggunakan ICT dalam kalangan pelajar bahasa Melay...
Kajian Tindakan-kebolehan menggunakan ICT dalam kalangan pelajar bahasa Melay...Kajian Tindakan-kebolehan menggunakan ICT dalam kalangan pelajar bahasa Melay...
Kajian Tindakan-kebolehan menggunakan ICT dalam kalangan pelajar bahasa Melay...
 
Penggunaan internet
Penggunaan internetPenggunaan internet
Penggunaan internet
 
KPT6044 - Kajian Tinjauan
KPT6044 - Kajian TinjauanKPT6044 - Kajian Tinjauan
KPT6044 - Kajian Tinjauan
 
Ulasan jurnal e pembelajaran
Ulasan jurnal e pembelajaranUlasan jurnal e pembelajaran
Ulasan jurnal e pembelajaran
 
Keberkesanan Penggunaan Komputer
Keberkesanan Penggunaan Komputer Keberkesanan Penggunaan Komputer
Keberkesanan Penggunaan Komputer
 
Penggunaan e learning
Penggunaan e learning Penggunaan e learning
Penggunaan e learning
 
Tugasan 3 final
Tugasan 3 finalTugasan 3 final
Tugasan 3 final
 
Tugasan 3 (kajian tinjauan)
Tugasan 3 (kajian tinjauan)Tugasan 3 (kajian tinjauan)
Tugasan 3 (kajian tinjauan)
 
ANALISIS JURNAL: KESEDARAN, PENILAIAN & PENERIMAAN E-PEMBELAJARAN DALAM KALAN...
ANALISIS JURNAL: KESEDARAN, PENILAIAN & PENERIMAAN E-PEMBELAJARAN DALAM KALAN...ANALISIS JURNAL: KESEDARAN, PENILAIAN & PENERIMAAN E-PEMBELAJARAN DALAM KALAN...
ANALISIS JURNAL: KESEDARAN, PENILAIAN & PENERIMAAN E-PEMBELAJARAN DALAM KALAN...
 
Sikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timur
Sikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timurSikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timur
Sikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timur
 
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044
 
Ulasan jurnal (kpt 6044)
Ulasan jurnal (kpt 6044)Ulasan jurnal (kpt 6044)
Ulasan jurnal (kpt 6044)
 
Jurnal ict 1
Jurnal ict 1Jurnal ict 1
Jurnal ict 1
 

Similar to Ulasan bacaan artikel

Kaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor HusniyahKaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor HusniyahHusniyah Rashid
 
Dapatan kajian e learning
Dapatan kajian e learningDapatan kajian e learning
Dapatan kajian e learningsalwa76
 
Pembentangan seminar refleksi dan kajian tindakan
Pembentangan seminar refleksi dan kajian tindakanPembentangan seminar refleksi dan kajian tindakan
Pembentangan seminar refleksi dan kajian tindakanShahid Hosey
 
Critical journal web
Critical journal webCritical journal web
Critical journal webMaslizaOthman
 
Kesediaan pelajar pelajar politeknik mukah terhadap penggunaan e-learning
Kesediaan  pelajar pelajar politeknik mukah terhadap penggunaan e-learningKesediaan  pelajar pelajar politeknik mukah terhadap penggunaan e-learning
Kesediaan pelajar pelajar politeknik mukah terhadap penggunaan e-learningcombi07
 
Penggunaan internet
Penggunaan internetPenggunaan internet
Penggunaan internetTee Teh
 
1. PANDUAN PENSYARAH PSP 2022.pdf
1. PANDUAN PENSYARAH PSP 2022.pdf1. PANDUAN PENSYARAH PSP 2022.pdf
1. PANDUAN PENSYARAH PSP 2022.pdfKPM
 
Perisian multimedia.tesis mte pdf
Perisian multimedia.tesis  mte pdfPerisian multimedia.tesis  mte pdf
Perisian multimedia.tesis mte pdfNorhaizah Mohideen
 
Kpt6044 ulasan jurnal maheswary rasalingam m20131001105
Kpt6044 ulasan jurnal maheswary rasalingam m20131001105Kpt6044 ulasan jurnal maheswary rasalingam m20131001105
Kpt6044 ulasan jurnal maheswary rasalingam m20131001105maheswary2402
 

Similar to Ulasan bacaan artikel (20)

Ppt kpt6043
Ppt kpt6043Ppt kpt6043
Ppt kpt6043
 
Konsep sains
Konsep sainsKonsep sains
Konsep sains
 
Kaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor HusniyahKaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
 
Tugasan 3 asse tbase kertas 3
Tugasan 3 asse tbase kertas 3Tugasan 3 asse tbase kertas 3
Tugasan 3 asse tbase kertas 3
 
Dapatan kajian e learning
Dapatan kajian e learningDapatan kajian e learning
Dapatan kajian e learning
 
Pembentangan seminar refleksi dan kajian tindakan
Pembentangan seminar refleksi dan kajian tindakanPembentangan seminar refleksi dan kajian tindakan
Pembentangan seminar refleksi dan kajian tindakan
 
Ulasan jurnal
Ulasan jurnalUlasan jurnal
Ulasan jurnal
 
Analisis jurnal kpt 6044
Analisis jurnal   kpt 6044Analisis jurnal   kpt 6044
Analisis jurnal kpt 6044
 
Kajian Tindakan Pend.Sivik
Kajian Tindakan Pend.SivikKajian Tindakan Pend.Sivik
Kajian Tindakan Pend.Sivik
 
Critical journal web
Critical journal webCritical journal web
Critical journal web
 
Artikel 39 kpt 6043
Artikel 39 kpt 6043Artikel 39 kpt 6043
Artikel 39 kpt 6043
 
Kesediaan pelajar pelajar politeknik mukah terhadap penggunaan e-learning
Kesediaan  pelajar pelajar politeknik mukah terhadap penggunaan e-learningKesediaan  pelajar pelajar politeknik mukah terhadap penggunaan e-learning
Kesediaan pelajar pelajar politeknik mukah terhadap penggunaan e-learning
 
Penggunaan internet
Penggunaan internetPenggunaan internet
Penggunaan internet
 
Contoh proposal kajian
Contoh proposal kajianContoh proposal kajian
Contoh proposal kajian
 
TUGASAN 3
TUGASAN 3TUGASAN 3
TUGASAN 3
 
tugasan refleksi
tugasan refleksitugasan refleksi
tugasan refleksi
 
1. PANDUAN PENSYARAH PSP 2022.pdf
1. PANDUAN PENSYARAH PSP 2022.pdf1. PANDUAN PENSYARAH PSP 2022.pdf
1. PANDUAN PENSYARAH PSP 2022.pdf
 
Perisian multimedia.tesis mte pdf
Perisian multimedia.tesis  mte pdfPerisian multimedia.tesis  mte pdf
Perisian multimedia.tesis mte pdf
 
Kpt6044 ulasan jurnal maheswary rasalingam m20131001105
Kpt6044 ulasan jurnal maheswary rasalingam m20131001105Kpt6044 ulasan jurnal maheswary rasalingam m20131001105
Kpt6044 ulasan jurnal maheswary rasalingam m20131001105
 
Model pembelajaran
Model pembelajaranModel pembelajaran
Model pembelajaran
 

Ulasan bacaan artikel

  • 1. KPT 6043 PENGAJARAN BERASASKAN WEB DAN ELEKTRONIK KAJIAN BACAAN ARTIKEL: Oleh Wong Siew Sin M20092001103 Tajuk Ulasan Artikel: Pembangunan Dan Penilaian Perisian Pengajaran Dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) Multimedia Interaktif Pendidikan Jasmani Tingkatan Satu Bagi Tajuk “Kecergasan Fizikal” Kajian Oleh: Dr. Mohd. Arif Ismail ; Mohd Haizam Bin Ahmad (UKM) dan Dr. Rosnaini Mahmud (UPM) Artikel ini adalah kajian yang membincangkan tentang pembangunan dan penilaian perisian Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) multimedia interaktif Pendidikan Jasmani Tingkatan Satu bagi tajuk kecergasan fizikal. Kajian ini dijalankan oleh Dr. Mohd. Arif Ismail, Mohd Haizam bin Ahmad dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Dr. Rosnaini Mahmud dari Universiti Pertanian Malaysia. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah kaedah tinjauan yang melibatkan 7 orang guru PJK yang terdiri daripada 2 orang guru opsyen dan 5 orang guru yang bukan opsyen dari SMK Sultan Abu Bakar, Kuantan, Pahang. Kajian yang dijalankan bertujuan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan perisian PPBK ini dalam mengatasi permasalahan kajian dan soalan-soalan kajian yang telah dikenal pasti. Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) ialah situasi apabila komputer digunakan untuk mengajar atau mengasah sesuatu kemahiran. Alensi & Trollip (1985) mendefinisikan PPBK sebagai penggunaan komputer untuk menyampaikan maklumat, membimbing, melatih dan menilai prestasi pelajar samada kesemuanya sekali atau sebahagiannya sahaja. PPBK asalnya di US dan dipanggil sebagai CAI (Computer Aided Instruction) atau CBI (Computer Based Instruction). Di UK pula, ianya dipanggil CAL (Computer Aided Instruction) atau CBL (Computer Based Learning). Di Malaysia ianya dikenali dengan istilah PPBK (Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer). Ringkasnya, PPBK ialah penggunaan komputer
  • 2. KPT 6043 PENGAJARAN BERASASKAN WEB DAN ELEKTRONIK dalam pengajaran dan pembelajaran untuk mengajar. Ianya mungkin sebahagian kecil daripada pengajaran dan pembelajaran ataupun keseluruhan pengajaran dan pembelajaran. Komputer dijadikan sebagai alat atau tool dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Pendidikan Jasmani adalah mata pelajaran wajib dalam sistem pendidikan di Malaysia, namun kepentingannya masih tidak dapat dirasai dalam pelaksanaan mata pelajaran tersebut (Wee 2004). Desma (2001) juga mendapati mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan khususnya di peringkat sekolah menengah sedang mengalami ketidakstabilan iaitu kurang diminati di kalangan pelajar. Antara masalah yang dikenal pasti ialah pengabaian subjek PJK kerana ianya tidak diuji dalam peperiksaan, kekurangan guru terlatih dalam bidang ini, kemudahan dan peralatan yang tidak mencukupi, tiada sokongan dari sekolah dan ibu-bapa, cuaca yang tidak mengizinkan dan guru tidak jelas dengan matlamat Pendidikan Jasmani (Hamdan 2002; De Vries 1995; Abu Bakar 1987; Daud 1985; Cheah 1985). Selain itu, mata pelajaran Pendidikan Jasmani juga dilihat sebagai satu subjek yang mengganggu kelancaran kurikulum di sekolah (Hamdan 2002). Berdasarkan masalah-masalah tersebut, maka kajian ini dijalankan untuk menjawab persoalan kajian iaitu: 1. Adakah PPBK Kecergasan Fizikal yang digunakan dapat menyelesaikan masalah P&P dalam pengajaran PJK menurut persepsi guru-guru yang mengajar subjek PJK? 2. Adakah PPBK Kecergasan Fizikal yang digunakan mempunyai perbezaan signifikan dari aspek persepsi guru berdasarkan penyelesaian masalah P&P PJK selepas menggunakan PPBK Kecergasan mengikut perbezaan opsyen pengajaran mereka? Dalam kajian ini, hipotesis nol yang diuji ialah tidak terdapat perbezaan signifikan dari aspek persepsi guru mengenai penyelesaian masalah P&P dalam pengajaran PJK menggunakan PPBK Kecergasan Fizikal mengikut perbezaan opsyen pengajaran. Kajian ini dijalankan dengan kaedah tinjauan bertujuan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan perisian PPBK ini dalam mengatasi permasalahan kajian dan soalan-soalan kajian yang telah dikenal pasti. Data-data yang diperolehi melalui instrumen soal selidik adalah dalam bentuk kuantitatif yang diperlukan untuk menganalisis data dalam bentuk diskriptif dan inferensi iaitu dalam bentuk frekuensi, peratus, min dan sisihan piawai. Bagi menilai perisian kursus yang siap dibangunkan pula, responden diberikan soalan
  • 3. KPT 6043 PENGAJARAN BERASASKAN WEB DAN ELEKTRONIK penilaian sumatif dalam bentuk soal selidik yang direka bentuk oleh pengkaji sendiri berdasarkan tujuan dan objektif kajian ini. Instrumen yang digunakan oleh pengkaji bagi menganalisis keperluan pengguna dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran PJK adalah dengan menggunakan soal selidik. Instrumen soal selidik tersebut diberikan kepada guru dan pelajar untuk mendapatkan data daripada mereka. Hasil dapatan kajian telah menunjukkan bahawa PPBK kecergasan fizikal membantu guru dalam mempelbagaikan strategi P&P PJK mereka. Dapatan ini juga menunjukkan bahawa kepelbagaian strategi pengajaran dapat menarik minat pelajar untuk belajar dan menganggap mata pelajaran PJK sebagai satu mata pelajaran yang menyeronokkan ketika belajar. Selain itu, dapatan juga membuktikan bahawa PPBK kecergasan fizikal dapat membantu guru meningkatkan kemahiran P&P PJK mereka di mana guru akan berasa yakin untuk menunjukkan cara latihan senaman kecergasan fizikal kepada pelajar serta yakin untuk mengajar tajuk tersebut setelah mengakses perisian ini. Dapatan yang diperolehi juga menunjukkan perisian PPBK kecergasan fizikal dapat membantu P&P PJK untuk terus berjalan walaupun pada masa hujan atau pada bulan puasa dengan menggunakan bilik tayangan di sekolah di samping membantu para guru untuk pelaksanaan silibus yang lebih teratur. Kesimpulannya, perisian PPBK kecergasan fizikal yang dibangunkan dapat menyelesaikan masalah-masalah P&P dalam pengajaran PJK menurut persepsi guru-guru yang mengajar subjek PJK dan juga dapat membawa suatu perubahan persepsi guru berdasarkan penyelesaian masalah P&P PJK selepas menggunakan PPBK kecergasan fizikal mengikut perbezaan opsyen pengajaran mereka. Ringkasnya, PPBK merupakan satu alternatif dalam P&P dan komputer bukannya menggantikan guru dalam kelas tetapi membantu guru dalam pelaksanaan P&P. Telah banyak kajian dibuat tentang PPBK ini, namun kajian akan tinggal kajian dan cadangan akan tinggal cadangan di atas kertas andainya pihak yang bertanggungjawab tidak mengambil apa-apa tindakan susulan. Begitu juga jika tindakan susulan telah diambil, pelbagai kursus telah dianjurkan, kemudahan infrastruktur fizikal di sekolah telah dilengkapkan, namun semua itu sia-sia andainya para guru atau pendidik tidak mengubah sikap ingin memajukan diri dan berusaha mempraktikkan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi tentang penggunaan komputer ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Maka, apalah gunanya teknologi andai kita tidak menggunakannya.
  • 4. KPT 6043 PENGAJARAN BERASASKAN WEB DAN ELEKTRONIK Rujukan artikel-artikel lain yang berkaitan: 1. Reka Bentuk dan Pembangunan Perisian Kursus Multimedia Pendidikan Seksualiti Malaysia (MSE) Oleh Azizah Jaafar dan Chan Siew Lee Design and Development of Malaysia Sexuality Education Multimedia Courseware Jurnal Pendidikan Malaysia 34(2)(2009): 125 - 142 http://pkukmweb.ukm.my/~jurfpend/journal/vol%2034_2%202009/pdf/Bab %209.pdf 2. Keberkesanan Kaedah Pengajaran Berbantukan Komputer Di Kalangan Pelajar Pencapaian Akademik Rendah Bagi Mata Pelajaran Geografi Tingkatan 4 Di Negeri Sembilan Oleh Mohd Aris bin Othman Universiti Sains Malaysia 2007 http://eprints.usm.my/9087/ 3. Pembangunan Perisian Pengajaran Dan Pembelajaran Berbantu Komputer (PPBK) Bagi Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan Dua (Elektif Pilihan Teknikal) Lukisan Teknik Bertajuk Hamparan Oleh Rosman bin Mohammad Universiti Teknologi Malaysia 2008 http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP/ROSMANBP050156D200 8TTP.pdf 4. Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran Bahasa Oleh Nazri Bin Abu Bakar , Muhammad Salaebing, Shamsinah Bt. Salleh, Norizillah Bt. Mohd. Rodzes dan Fatahiyah Bt. Mohd. Ishak http://compapplicationinlangandlit.wikispaces.com/file/view/Penggunaan %2520Komputer%2520dlm%2520pengajaran%2520bahasa.pdf 5. http://www.unesco.org/bangkok/education/ict/teaching