Kaedah pengumpulan data pemerhatian

  • 27,532 views
Uploaded on

 

More in: Education
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Be the first to comment
No Downloads

Views

Total Views
27,532
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0

Actions

Shares
Downloads
509
Comments
0
Likes
2

Embeds 0

No embeds

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
    No notes for slide

Transcript

  • 1. TUJUAN, KEKUATAN DAN KELEBIHAN KAEDAH PENGUMPULAN DATA • PEMERHATIAN Pemerhatian Bukan Peserta (Pemerhatian Penuh) Pemerhatian Peserta (Peserta sebagai Pemerhati)
  • 2. • Kaedah pemerhatian terdapat di dalam pendekatan kualitatif.• Kaedah pemerhatian ini terbahagi kepada 2 iaitu :  Pemerhatian Bukan Peserta (Pemerhatian penuh) Pemerhatian Peserta (Peserta sebagai pemerhati)
  • 3. DEFINISI KAEDAH PEMERHATIAN• Kaedah pemerhatian merupakan satu kaedah penyelidikan yang digunakan untuk mengukur pemboleh ubah penyelidikan.• Pemerhatian juga merupakan alternatif yang ada dalam mengumpul maklumat atau pengumpulan data selain soal selidik dan temuduga.• Melalui pemerhatian, penyelidik dapat mengamati sesuatu tingkah laku subjek berpandukan pemboleh ubah-pemboleh ubah yang telah dikenal pasti.
  • 4. • Peranan penyelidik ialah sebagai pemerhati terhadap perubahan-perubahan tingkah laku, mendengar, serta melihat tingkah laku subjek sama ada dari jauh atau dari dekat.• Menggunakan kaedah ini, penyelidik atau pemerhati perlu memerhati sampel-sampelnya dalam tempoh masa yang tententu.• Kaedah pemerhatian ini banyak digunakan dalam bidang sains tulen yang menjalankan kajian dalam makmal sains dan bidang sains sosial.• Biasanya ciri-ciri yang ingin diperhati adalah sangat halus dan terperinci dan ini menjadikan keputusan yang dibuat lebih tepat.
  • 5. • Kaedah pemerhatian sesuai digunakan khususnya apabila penyelidik mengkaji perkembangan tingkah laku sesuatu unit sosial, misalnya : a.)mengkaji perkembangan tingkah laku kanak- kanak b.)kesan kesesakan terhadap kecenderungan pemberontakan c.)kesan kebisingan terhadap tingkah laku agresif• Kaedah pemerhatian juga sering digunakan dalam penyeliaan praktikum kaunseling dan latihan mengajar di kalangan kaunselor dan guru pelatih.
  • 6. • Sebelum membuat pemerhatian, penyelidik perlu membuat perancangan yang baik dan teliti.• Setiap pemerhatian mestilah mempunyai tujuan tertentu, dilakukan secara sistematik, mempunyai fokus, dan mestilah dicatatkan secara rapi dan betul.• Catatan yang dibuat mestilah tepat, sah, dan boleh dipercayai.
  • 7. • Menurut Kerlinger (1973), terdapat beberapa kategori pemerhatian iaitu ; a) kategori tingkah laku b) unit tingkah laku c) paras tafsiran pemerhati d) generalisasi dan penggunaan e) pensampelan tingkah laku.• Kategori-kategori tersebut memperincikan ciri- ciri tingkah laku yang perlu diperhati dan direkodkan.
  • 8. • Tingkah laku saling berkaitan antara satu sama lain. Tingkah laku yang berkait dan berlaku berterusan ini perlu dikategorikan ke dalam golongan yang eksklusif.• Dengan kata lain, semua kemungkinan tingkah laku yang berlaku seharusnya upaya dikenal pasti dan tidak bertindan antara satu sama lain.• Sistem pengkodan kategori tingkah laku oleh Flanders (1974) adalah satu contoh kaedah merekod maklumat yang melalui kaedah ini proses merekod maklumat dapat dilakukan dengan mudah dan tepat.• Semakin kecil unit tingkah laku digunakan untuk merekod pemerhatian, semakin senang tingkah laku tersebut diperhati dan direkodkan.• Penggunaan unit tingkah laku yang kecil akan meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan pemerhatian.
  • 9. • Selain itu, paras tafsiran pemerhati juga akan mempengaruhi ketepatan maklumat mengenai tingkah laku yang diperhatikan.• Kesukaran mengadakan piawaian dalam paras tafsiran pemerhati sering menjejaskan ketepatan dan kesempurnaan data yang diperoleh.• Perhatian khusus perlu diberikan dalam membuat generalisasi sesuatu tingkah laku kerana sesetengah tingkah laku bersifat khusus untuk penyelidikan tertentu sahaja, sementara sesetengah yang lain boleh digunakan dalam pelbagai penyelidikan.
  • 10. • Pensampelan tingkah laku. Umumnya tingkah laku yang kompleks terjadi secara berterusan dan agak mustahil penyelidik dapat memerhati tingkah laku tersebut secara berterusan.• Bagi mengatasi masalah ini, penyelidik mestilah membuat pensampelan sama ada pensampelan tingkah laku atau pun pensampelan masa.• Persampelan tingkah laku merujuk kepada jenis kejadian yang hendak dijadikan sampel, sementara pensampelan masa pula merujuk kepada perwakilan masa yang dapat mewakili masa berlakunya tingkah laku yang diperhati.
  • 11. TUJUAN PEMERHATIAN• Kaedah pemerhatian berasal dari kajian ethnografik yang bertujuan mempelajari perspektif populasi yang dikaji dalam konteks peserta sendiri.
  • 12. Jenis-jenisPemerhatian
  • 13. Pemerhatian Bukan Peserta (Pemerhatian Penuh)• Jenis pemerhatian ini memerlukan pemerhati memilih tempat yang sesuai untuk membuat pemerhatian.• Tempat pemerhatian mestilah memberi peluang semaksimum mungkin kepada pemerhati untuk membuat pemerhatian secara teliti terhadap segala gerak geri ahli kumpulan atau individu yang diperhati.• Pemerhatian boleh dibuat dengan bantuan peralatan seperti alat-alat rakaman termasuk teropong, kaset, dan kamera video.
  • 14. Pemerhatian Peserta (Peserta sebagai Pemerhati)• Jenis pemerhatian ini melibatkan pemerhati menjadi seorang daripada ahli dalam kumpulan yang hendak diperhati dan pada masa yang sama ia membuat pemerhatian.• Menggunakan kaedah pemerhatian ini, penyelidik memainkan dua peranan iaitu sebagai peserta dan pemerhati.
  • 15. PERBEZAANPEMERHATIAN BUKAN PEMERHATIAN PESERTAPESERTAResponden kajian mungkin Penyelidik dapat mengalamitidak menyedari akan sendiri aktiviti-aktiviti yangkehadiran pemerhati dan dirancangkan dan inidengan itu ia akan menjadikan dapatanmenunjukkan tingkah laku pemerhatian lebih sah danyang tulen dan tidak berpura- boleh dipercayai.pura.Data-data yang diperoleh lebih Menggunakan kaedah ini jugatulen dan ini akan memungkinkan maklumat-menyumbang kepada maklumat yang tersembunyiketepatan maklumat yang atau yang tidak dijangka dapatdikumpul. diperhati diperingkat awal.
  • 16. KELEBIHAN KAEDAH PEMERHATIAN• Pemerhatian terhadap sampel-sampel kajian adalah lebih terperinci, jelas,teliti dan tepat dan ini akan menyumbang kepada dapatan kajian yang lebih sah serta boleh dipercayai.• Maklumat yang diperoleh daripada pemerhatian sama ada dijangka atau tidak boleh menjadi bahan rujukan penting dalam kajian.• Penyelidik boleh memastikan bahawa maklumat yang diperoleh daripada pemerhatian benar- benar dari sampel yang ingin dikaji bukan wakil sampel yang telah dikenal pasti.
  • 17. KELEMAHAN KAEDAH PEMERHATIAN• Sampel yang diperhati mungkin berlakon apabila tingkah laku mereka diperhati dan diteliti.• Sampel mungkin merasa tidak selesa dan senang hati apabila tingkah laku mereka diperhati.• Pemerhati yang tidak bertanggungjawab mungkin akan membuat pemerhatian yang tidak konsisten dan sesuka hati mereka.• Pemerhati mungkin bias terhadap sampel yang diperhatikan disebabkan faktor lain seperti perbezaan ras, budaya, fahaman, dan nilai.
  • 18. MAKLUMATTAMBAHAN
  • 19. Berikut disarankan empat cara membuat pemerhatian:1. Pemerhatian secara langsung boleh dilakukan setiap masa dengan meneliti segala perlakuan dan kejadian dalam situasi yang dikaji.2. Teknik ini tidak memerlukan apa-apa perlatan khas melainkan pen dan kertas saja. Guru/ pensyarah penyelidik perlu membuat beberapa pertimbangan sebelum melakukan permerhatian
  • 20. Soalan-soalan berikut boleh dijadikan panduan:• Apakah yang hendak diperhatikan? - Berdasarkan fokus penyelidikan yang telah dipilih guru/pensyarah penyelidik hendaklah menentukan aspek-aspek yang boleh diperhatikan, sama ada jenis dan turutan peristiwa, perlakuan murid atau perlakuan penyelidik sendiri. - Perkara-perkara tersebut hendaklah spesifik dan dapat dinyatakan secara eksplisit.
  • 21. • Mengapakah pemerhatian tesebut dilakukan?• Setiap orang ada anggapan dan jangkaan sendiri (existing theories) tentang sesuatu isu.• Pemerhatian membantu seseorang penyelidik membina semula teori tersebut agat memperolehi satu fahaman baru (theoretical reconstruction)
  • 22. • Bilakah pemerhatian hendak dijalankan dan berapakah tempoh masa yang diperlukan?• Guru/ pensyarah penyelidik hendaklah jelas tentang masa waktu untuk membuat pemerhatian agar data yang relevan dapat diperolehi dan tidak mengganggu perjalanan tugas lain yang lebih utama.
  • 23. Penggunaan Alat Perakam• Pengunaan perakam audio dapat membantu merekodkan interaksi lisan yang berlaku antara kumpulan sasaran dengan pemerhatian ataupun antara kalangan kumpulan sasaran.• Perkataan, sebutan dan perbualan yang sebenar dapat dirakamkan dengan tepat.• Data-data penting boleh diperolehi daripada rakaman audio melalui proses tiga fasa berikut: - dengar kembali seluruh rakaman tersebut untuk mendapat gambaran umum, - dengar semula untuk mencari data-data penting - dengar sekali lagi untuk membuat transkripsi tentang data-data penting
  • 24. Gambar foto• Gambar foto merupakan suatu media yang amat berkesan untuk merekodkan perlakuan atau keadaan fizikal secara holistik.• Foto juga dapat menonjolkan “body language” terbayang oleh sasaran dikaji tetapi terabai oleh pemerhati kerana pada ketika itu dianggap sebagai tidak signifikan.
  • 25. Rakaman video• Rakaman video melanjutkan kelebihan foto dan rakaman audio dengan menunjukkan juga pergerakan sasaran dikaji serta turutan dan tempoh masa peristiwa.