Your SlideShare is downloading. ×
Bab 5
Bab 5
Bab 5
Bab 5
Bab 5
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×
Saving this for later? Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime – even offline.
Text the download link to your phone
Standard text messaging rates apply

Bab 5

239

Published on

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total Views
239
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
3
Actions
Shares
0
Downloads
7
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  1. BAB 5 JENIS PENILAIAN BAHASA JENIS PENILAIAN BAHASA Ujian Formatif UJian Sumatif Ujian Kefasihan Ujian Kemajuan Ujian Bakat Ujian Pencapaian Rajah 1 : Jenis Penilaian Bahasaa) Ujian Formatif Dibina untuk menguji sesuatu unit kemahiran atau subkemahiran bahasa yang telah diajar. Skop pengajaran dan pembelajaran ujian dibina agak terhad. Dilaksanakan dalam jangka masa pendek. Dijalankan untuk menguji kemajuan murid.
  2.  Dalam penilaian Bahasa Melayu, perkara yang perlu dinilai ialah; o Terhadap penguasaan pelajar dalam kemahiran berbahasa (mendengar, bertutur, membaca dan menulis) o Terhadap penggunaan tatabahasa yang betul, tepat dan gramatis o Kematangan pemikiran pelajar o Kepekaan pelajar terhadap nilai murni masyarakat Penilaian terhadap aspek-aspek tersebut boleh dijalankan dengan dua cara, iaitu secara berterusan atau formatif dan secara akhiran atau sumatif. Antara jenis ujian yang boleh dibina ialah; o Ujian membina ayat o Ujian menyambung ayat o Ujian membina, menyusun perenggan o Ujian menulis secara terkawal o Ujian menulis secara terpimpinb) Ujian Sumatif Diberi pada penghujung sesuatu kursus. Tujuan: Untuk mentaksir sejauh mana objektif kursus telah tercapai. Dilakukan secara berkala. Pencapaian murid dinyatakan dalam markah dan gred dan hasilnya direkod. Keputusan ujian boleh digunakan untuk merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran, aktiviti pengayaan dan pemulihan serta menempatkan semula pelajar dalam kumpulan yang sesuai.c) Ujian Kefasihan Merupakan sejenis ujian yang diberi setelah kursus tamat. Berbeza dengan ujian pencapaian kerana ujian kefasihan menilai kebolehan global(umum) pada bahasa yang dipelajari murid tersebut. Tujuan : o Menilai hasil pembelajaran. o Menentukan setakat mana seseorang menguasai sesuatu bahas
  3. o Menilai umum seseorang dalam bahasa yang dipelajari. o Digunakan untuk menempatkan seseorang dalam kumpulan pembelajaran yang sesuai. Ia diberikan untuk menilai kemajuan murid dalam pelajarannya dan mengukur pencapaian murid secara menyeluruh. Aspek penilaian : o Penyebutan dan pengucapan yang betul dan jelas. o Kadar kelajuan bacaan sesuai dengan bahan yang dibaca. o Intonasi dan nada yang betul. o Pemilihan ungkapan yang jelas. o Mimik muka yang jelas. o Posisi tubuh yang betul. o Kedudukan buku yang betul. o Pergerakan mata. o Pembacaan yang fasih.d) Ujian Kemajuan Digunakan di dalam bilik darjah. Hanya dinilai oleh guru kelas. Tujuan : o Mengukur dan menilai setakat mana murid-murid yang telah menguasai bahan atau perkara-perkara yang telah diajar tentang satu-satu tajuk tertentu. Membolehkan guru mengetahui dengan lebih jelas tentang kemajuan setiap orang pelajarnya dan kemajuan darjahnya secara keseluruhan. Setiap ujian kemajuan yang digunakan dalam bilik darjah adalah khusus bagi sesuatu darjah. Ia juga hendaklah berasaskan kepada objektif pengajaran, program pembelajaran yang telah diikuti oleh murid dan pengetahuan yang ingin diuji.
  4.  Satu ujian kemajuan yang tinggi mutunya dapat menggerakkan motivasi pelajar ke arah pencapaian yang lebih tinggi dengan cara yang lebih positif. Merupakan satu teknik pengajaran dan pembelajaran dengan tujuan mengukuhkan pembelajaran dan aspek-aspek tertentu yang telah dipelajari. Harus menghasilkan markah pencapaian yang tinggi dan mendorong pelajar untuk berusaha lagi.e) Ujian Bakat Ujian yang dibentuk untuk mengukur prestasi yang mungkin dicapai oleh pelajar dalam pelajaran atau bahasa asing yang akan dipelajari. Melibatkan data-data bahasa yang mengandungi unsur-unsur bahasa seperti fonetik, tatabahasa dan kosa kata. Kepentingan : o Pelbagai aktiviti bahasa dapat dilakukan. o Hasil ujian dapat mengenalpasti murid-murid yang berbakat dan berpotensi mempelajari sesuatu bahasa dengan cepat. o Ujian bakat digunakan untuk meramal pencapaian pelajar pada masa akan datang. o Sesuai digunakan untuk penempatan pelajar serta pemilihan pengkhususan. o Untuk membuat telahan bakat. o Dapat meneliti keistimewaan seseorang. o Sesuai diadakan melalui kaedah temuduga di mana calon disoal dengan pelbagai soalan untuk melihat potensi calon. Jenis-jenis : o Ujian bakat yang berasaskan ujian besar-besaran. o Ujian bakat yang berasaskan kepada tujuan sesuatu ujian dijalankan bagi keperluan tertentu Contoh Ujian Bakat : o Ujian kemasukan ke maktab o Ujian pemilihan calon melakukan pekerjaan tertentu
  5. o Ujian kemasukan ke program latihan tertentu o Ujian permohonan biasiswa o Ujian kemasukan ke universiti o Ujian diagnostik Kemahiran berbahasa yang diuji : o Kemahiran mendengar o Kemahiran bertutur o Kemahiran membaca o Kemahiran menulisf) Ujian Pencapaian Disebut juga sebagai ujian sumatif. Diberikan untuk menilai kemajuan murid dalam pelajarannya dan mengukur pencapaian murid secara menyeluruh. Untuk menentukan setakat mana pelajar telah menguasai kemahiran, bahan atau isi pelajaran yang telah diajar. Soalan-soalan yang dikemukakan mestilah berkaitan dengan isi pelajaran yang telah diajar sahaja. Boleh dilaksanakan pada akhir kursus ataupun telah tamatnya sesuatu unit pembelajaran atau mengikut penggal atau semester persekolahan. Bersifat menyeluruh dan pencapaian lebih rasmi. Misalnya UPSR, PMR, SPM, STPM dan sebagainya.

×