Your SlideShare is downloading. ×
Ge2033 report kump d   pend pemulihan
Ge2033 report kump d   pend pemulihan
Ge2033 report kump d   pend pemulihan
Ge2033 report kump d   pend pemulihan
Ge2033 report kump d   pend pemulihan
Ge2033 report kump d   pend pemulihan
Ge2033 report kump d   pend pemulihan
Ge2033 report kump d   pend pemulihan
Ge2033 report kump d   pend pemulihan
Ge2033 report kump d   pend pemulihan
Ge2033 report kump d   pend pemulihan
Ge2033 report kump d   pend pemulihan
Ge2033 report kump d   pend pemulihan
Ge2033 report kump d   pend pemulihan
Ge2033 report kump d   pend pemulihan
Ge2033 report kump d   pend pemulihan
Ge2033 report kump d   pend pemulihan
Ge2033 report kump d   pend pemulihan
Ge2033 report kump d   pend pemulihan
Ge2033 report kump d   pend pemulihan
Ge2033 report kump d   pend pemulihan
Ge2033 report kump d   pend pemulihan
Ge2033 report kump d   pend pemulihan
Ge2033 report kump d   pend pemulihan
Ge2033 report kump d   pend pemulihan
Ge2033 report kump d   pend pemulihan
Ge2033 report kump d   pend pemulihan
Ge2033 report kump d   pend pemulihan
Ge2033 report kump d   pend pemulihan
Ge2033 report kump d   pend pemulihan
Ge2033 report kump d   pend pemulihan
Ge2033 report kump d   pend pemulihan
Ge2033 report kump d   pend pemulihan
Ge2033 report kump d   pend pemulihan
Ge2033 report kump d   pend pemulihan
Ge2033 report kump d   pend pemulihan
Ge2033 report kump d   pend pemulihan
Ge2033 report kump d   pend pemulihan
Ge2033 report kump d   pend pemulihan
Ge2033 report kump d   pend pemulihan
Ge2033 report kump d   pend pemulihan
Ge2033 report kump d   pend pemulihan
Ge2033 report kump d   pend pemulihan
Ge2033 report kump d   pend pemulihan
Ge2033 report kump d   pend pemulihan
Ge2033 report kump d   pend pemulihan
Ge2033 report kump d   pend pemulihan
Ge2033 report kump d   pend pemulihan
Ge2033 report kump d   pend pemulihan
Ge2033 report kump d   pend pemulihan
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×
Saving this for later? Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime – even offline.
Text the download link to your phone
Standard text messaging rates apply

Ge2033 report kump d pend pemulihan

1,025

Published on

Laporan tentang Pendidikan Pemulihan Di Malaysia

Laporan tentang Pendidikan Pemulihan Di Malaysia

Published in: Education
0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total Views
1,025
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
41
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. P endidikan Pe mu lihan |1 SEMESTER 1 SESI PENGAJIAN 2013/2014 TUTORIAL GGGE2033 PENAKSIRAN, KURIKULUM DAN STRATEGI PENGAJARAN PENDIDIKAN PEMULIHAN DI MALAYSIA [ KUMPULAN D ] AHLI KUMPULAN : BIL 1 2 3 4 5 NAMA MUHAMAD SULHELMI BIN SEMAN WAN NURMUNIRAH BINTI WAN ZAINAL RAHIL MAIZURA BINTI MOHD YASIN NOR WAHIDAH BINTI MUHAMAD NOOR SITI NAZIHA BINTI MOHD RADZI GGGE2033: KUMPULAN D  NO. MATRIK A140372 A140659 A140663 A140744 A141997
  • 2. P endidikan Pe mu lihan |2 PENGHARGAAN Pertama sekali kami ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah dan kurniaNya kami dapat menyiapkan tugasan kumpulan ini dengan jayanya pada masa yang ditetapkan. Setinggi-tinggi ucapan penghargaan kepada pensyarah penyelaras kursus GGGE2033: Penaksiran, Kurikulum dan Strategi Pengajaran iaitu Dr. Safani Bin Bari kerana telah banyak memberi tunjuk ajar, dorongan dan keprihatinan membantu kumpulan kami menyiapkan tugasan ini dengan sebaiknya. Paling diingati dan disayangi iaitu kedua ibu bapa kami di atas sokongan moral dan dorongan semangat kepada kami untuk menyiapkan tugasan yang berkaitan dengan jayanya. Tanpa mereka siapalah kami. Akhir sekali, kami juga ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada rakanrakan seperjuangan dan kumpulan yang lain di atas bantuan dan perkongsian maklumat serta idea yang diberikan sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam usaha menyiapkan tugasan ini. Sekian, terima kasih. GGGE2033: KUMPULAN D 
  • 3. P endidikan Pe mu lihan |3 ISI KANDUNGAN halaman PENGHARGAAN .................................................................................................... 2 ISI KANDUNGAN ................................................................................................... 3 PENGENALAN PENDIDIKAN PEMULIHAN ................................................... 4 DEFINISI PENDIDIKAN PEMULIHAN ............................................................. 5-6 SEJARAH PERKEMBANGAN ............................................................................. 7-6 STRUKTUR PENTADBIRAN .............................................................................. 10 CIRI-CIRI PENDIDIKAN PEMULIHAN ........................................................... 11 - 12 PUNCA DAN BIDANG KUASA ........................................................................... 13 - 14 PROSEDUR PENUBUHAN .................................................................................. 15 - 17 CARTA ALIRAN PROSES PROGRAM PEMULIHAN ................................... 18 - 19 PENAKSIRAN - PENILAIAN PENDIDIKAN PEMULIHAN .......................... 20 - 24 KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ......................................... 25 PROGRAM PENDIDIKAN PEMULIHAN .......................................................... 26 - 29 PERANAN PIHAK-PIHAK TERLIBAT .............................................................. 30 - 33 KHIDMAT SOKONGAN PAKAR ........................................................................ 34 - 37 PENGURUSAN KELAS PEMULIHAN KHAS ................................................... 38 - 40 KELEMAHAN DAN KELEBIHAN ...................................................................... 41 PELAN LAKAR SESEBUAH KELAS PEMULIHAN ...................................... 42 INTERVENSI AWAL PENDIDIKAN PEMULIHAN ........................................ 43 – 45 CONTOH SUASANA KELAS PEMULIHAN KONDUSIF ............................... 46 RUMUSAN ............................................................................................................... 47 RUJUKAN ............................................................................................................... 48 - 49 LAMPIRAN ............................................................................................................. 50 GGGE2033: KUMPULAN D 
  • 4. P endidikan Pe mu lihan |4 PENGENALAN PENDIDIKAN PEMULIHAN Program Pemulihan Khas ialah satu usaha mengatasi masalah murid yang menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira. Pendidikan pemulihan adalah sebagai satu cabang daripada sebahagian pendidikan imbuhan. Ianya juga disebut sebagai ‘remedial education’ di dalam bahasa Inggeris iaitu suatu bentuk pendidikan khas kepada kanak-kanak atau pelajar yang menghadapi masalah atau kesulitan pembelajaran dalam mata-mata pelajaran tertentu sahaja. Pendidikan Pemulihan berbeza daripada pendidikan atau pengajaran biasa. Guru yang mengajar kelas pemulihan adalah guru yang terlatih khas untuk kelas pemulihan. Kelas pemulihan selalunya lebih kecil daripada kelas biasa. Aktiviti yang dijalankan juga khas iaitu menepati kehendak 'menjadikan pulih'. Pendidikan Pemulihan adalah satu bentuk pendidikan untuk membetulkan sesuatu yang kekurangan atau membetulkan sesuatu yang tidak betul atau sesuatu tidak tipikal. Program pemulihan merupakan langkah-langkah khusus yang dijalankan untuk membantu murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam kemahiran asas 3M (membaca, menulis dan mengira). Mereka patut dipulihkan sebaik sahaja masalah yang dihadapi itu dapat dikesan dan ditentukan oleh guru bilik darjah atau guru mata pelajaran dengan langkah-langkah yang berbeza bergantung kepada jenis masalah. GGGE2033: KUMPULAN D 
  • 5. P endidikan Pe mu lihan |5 DEFINISI PENDIDIKAN PEMULIHAN Terdapat berbagai-bagai pendapat telah diberikan oleh ahli-ahli pendidik barat dan tempatan mengenai takrifan pendidikan pemulihan. Secara lebih khusus, takrif pendidikan pemulihan itu telah diberi dengan pelbagai definisi, antaranya ialah : Menurut laporan yang bertajuk Asia and Pacific Programme of Educational Innovation for Development (1987) yang disediakan oleh Kementenian Pendidikan Malaysia, pengajaran pemulihan ialah 'a process in which children with learning problems are given practical alternatives and effective approaches (programme) in education'. Bahagian Sekolah-sekolah, Kementerian Pendidikan dalam pekeliling KP (BS) 8502I5IPKIJ1d. V (26) bertarikh 8 Januani 1986 telah mendefinisikan pengajaran pemulihan sebagai satu usaha dalam pendidikan untuk mengatasi masalah pembelajaran murid-murid lemah disekolah-sekolah rendah, khususnya ditumpukan kepada kemahiran asas membaca, menulis dan mengira, di bawah kelolaan guru-guru pemulihan yang telah menerima latihan khas dalam bidang ini. Sharifah Alwiah Alsagoff (1983), mentakrifkan pendidikan pemulihan adalah satu tindakan khusus yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesukaran dari segi pembelajaran dalam darjah khas di sekolah biasa, di pusat khusus yang dihadiri oleh murid secara sambilan, dalam kumpulan yang diasingkan daripada sekolah biasa, dan dalam darjah untuk pengajaran khusus oleh guru pemulihan. Bagi Ishak Haron dan Koh Boh Boon (1983), menegaskan bahawa pendidikan pemulihan ialah satu perkhidmatan khas untuk memenuhi keperluan-keperluan kanak-kanak yang menghadapi masalah-masalah pembelajaran di sekolah-sekolah biasa atau aliran perdana yang gagal menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira. Koh (1979) dalam kertas kerjanya bersempena dengan Tahun Kanak-kanak 1979 mendefinisikan pengajanan pemulihan sebagai pengajaran yang bertujuan memulihkan kelemahan-kelemahan yang dikesan pada murid lambat dengan tujuan meningkatkan taraf pencapaian mereka agar setaraf dengan pencapaian murid-murid tipikal. GGGE2033: KUMPULAN D 
  • 6. P endidikan Pe mu lihan |6 Chua (1977), mendefinisikan pengajaran pemulihan sebagai satu pengajaran yang bertujuan untuk membantu murid yang lemah, melalui pendekatan perseorangan dalam kelas yang kecil bilangan muridnya. Pengajaran ini menggunakan kurikulum yang diubahsuaikan dengan menitikberatkan perkara yang praktis dan latih tubi, tunjuk cara yang melibatkan kegiatan dan gerak kerja yang dimudahkan serta disampaikan dengan teratur serta dikendalikan oleh kakitangan ikhtisas (profesional) yang terdiri daripada Guru Pemulihan dengan kerjasama doktor, pekerja sosial, pakarjiwa dan pihak-pihak lain yang berkaitan. Kesimpulan pengajaran pemulihan adalah sejenis pengajaran yang dijalankan untuk membantu murid-murid lambat dalam pemelajaran disekolah agar mereka tidak terus ketinggalan dalam proses pendidikan disekolah dan dapat seiring dan setarafdengan rakan mereka yang lain. Albertwhite (1977), pula menyatakan bahawa pengajaran pemulihan ialah suatu bentuk pengajaran yang diperlukan oleh kanak-kanak yang bersifat ketidakupayaan yang disertai oleh gangguan-gangguan emosi. Beliau menegaskan bahawa; ‘by remedial teaching is meant teaching which is based in a different diagnosis which forms the basis for scientific remedial procedures’. Persatuan Pendidikan Pemulihan Kebangsaan bagi United Kingdom (1975), mendefinisikan pengajaran pemulihan sebagai satu program pengajaran khas yang dirangka bagi memenuhi keperluan pendidikan bagi kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran dalam kalangan murid-murid di sekolah-sekolah biasa. Persatuan ini juga mengatakan pengajaran pemulihan sebagai tindakan khusus yang diambil untuk mengatasi kesusahan dan segi pembelajaran dalam kelas khas di sekolah biasa atau di pusat khusus yang dihadiri oleh murid secara sambilan dalam kumpulan yang diasingkan untuk pengajaran khusus oleh guru pemulihan. Secara kesimpulannya, pengajaran pemulihan adalah sejenis pengajaran yang dijalankan untuk membantu murid-murid lambat dalam pembelajaran di sekolah agar mereka tidak terus ketinggalan dalam proses pendidikan di sekolah dan dapat seiring dan setaraf dengan rakan mereka yang lain. GGGE2033: KUMPULAN D 
  • 7. P endidikan Pe mu lihan |7 SEJARAH PERKEMBANGAN Pendidikan Pemulihan di negara kita bermula sejak tahun 60-an. Titik tolaknya ialah tinjauan keperluan pengajaran pemulihan yang diadakan pada tahun 1967. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mengadakan tinjauan itu di sembilan buah sekolah. Tinjauan itu berterusan hingga tahun 1970. Pada bulan Ogos 1975, KPM menganjurkan seminar pengajaran pemulihan untuk pengurus dan guru sekolah rendah. Pada tahun 1975 juga, KPM menghantar empat orang pegawai pendidikan mengikuti kursus dalam bidang pengajaran pemulihan di luar negara. Pada tahun 1976, Maktab Perguruan Ilmu Khas (MPIK) melatih 55 orang guru sekolah rendah untuk menjadi guru khas pemulihan. Pada tahun yang sama, MPIK mengadakan seminar pengajaran pemulihan untuk 50 orang pensyarah maktab perguruan. Selain itu, pada tahun 1972 hingga 1981, KPM melaksanakan Projek Pendidikan Imbuhan untuk 12 buah sekolah rendah. Projek itu bertujuan mengenal pasti masalah pengajaran dan pembelajaran pemulihan murid-murid tahun satu hingga tahun tiga. Pada tahun 1979, Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran memperakukan supaya sekolah mengadakan ujian rujukan kriteria. Dengan berdasarkan dapatan ujian itu, pihak sekolah perlu melakukan tindakan penambahbaikan. Tindakan itu termasuklah penggunaan kaedah dan sumber pengajaran yang sesuai dalam kelas yang lebih kecil. KPM pula perlu menyediakan guru yang mampu mengendalikan pengajaran pemulihan. Mulai tahun 1980, Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) melaksanakan perakuan yang berkenaan. KBSR mengetengahkan konsep 5P, iaitu penggabungjalinan, penyerapan, penilaian berterusan, pemulihan dan pengayaan. Hal ini jelas memperlihatkan pemulihan merupakan satu daripada unsur istimewa KBSR. Bermula pada tahun 1986, KPM mengarahkan semua sekolah rendah di negeri yang mempunyai guru khas pemulihan agar melaksanakan program pemulihan di sekolah masingmasing. Arahan itu membayangkan bahawa pelaksanaan program sebelumnya adalah pada GGGE2033: KUMPULAN D 
  • 8. P endidikan Pe mu lihan |8 tahap yang tidak memuaskan. Antara sebabnya ialah kerajaan tidak berupaya menyediakan guru khas pemulihan yang mencukupi untuk semua sekolah rendah. Pada tahun 1987, hanya terdapat 4,331 orang guru khas pemulihan berbanding dengan 6,700 buah sekolah rendah yang memerlukannya. Daripada jumlah itu, kerajaan hanya mampu mewujudkan 2,233 jawatan guru khas pemulihan. Pada tahun 1997, KPM mengeluarkan dapatan tinjauan kadar celik huruf selepas enam bulan murid berada dalam tahun satu. Tinjauan itu menunjukkan hampir 75,000 orang murid belum celik huruf. Jumlah ini bersamaan dengan 22 peratus daripada keseluruhan murid. Satu sumber lain (KPM, 1999) menyatakan, antara sepuluh hingga lima belas peratus murid sekolah masih menghadapi masalah atau kesulitan pembelajaran. Mereka gagal menguasai kemahiran asas 3M (membaca, menulis, mengira). Mulai tahun 1998, program pemulihan menjadi agenda penting KPM. Antara tindakan KPM ialah melatih guru Bahasa Melayu untuk melaksanakan pemulihan ringan dalam bilik darjah. Tindakan lain ialah menambah Guru Pemulihan Khas (GPK) yang mampu mengendalikan pemulihan berat. Selain itu, pada bulan November 1998, KPM memulakan usaha untuk menghasilkan buku panduan bagi melaksanakan program pemulihan khas. Buku itu terbit pada tahun 1999. Buku itu menjadi sumber penting GPK dan guru Bahasa Melayu. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan ada mencatatkan bahawa pada tahun 2005 sebanyak 4.4 peratus murid sekolah rendah dan 0.8 peratus pelajar sekolah menengah masih belum menguasai 3M. Peratusan ini termasuk juga pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran. Jadi, mulai tahun 2006 KPM menambah baik program yang sedia ada dan melaksanakan program baharu bagi mengurangkan peratusan murid yang tidak menguasai 3M. Program terpenting ialah Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M). Program ini bertujuan untuk membantu murid tahun satu menguasai kemahiran membaca dan menulis. Program ini dilaksanakan oleh guru Bahasa Melayu. Usaha lain ialah menambah guru pemulihan khas melalui program Kursus Perguruan Lepas Ijazah, Kursus Dalam Perkhidmatan untuk guru sekolah kurang murid dan beberapa kursus jangka pendek yang lain. GGGE2033: KUMPULAN D 
  • 9. P endidikan Pe mu lihan |9 Pada tahun 2010 Program Literacy and Numeracy Screening (LINUS) menggantikan Program Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M). LINUS berkaitan pula dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Minister Key Performance Indicators (MPKI) Kementerian Pelajaran Malaysia menyasarkan bahawa semua murid normal berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah menjelang 2012. GGGE2033: KUMPULAN D 
  • 10. P e n d i d i k a n P e m u l i h a n | 10 STRUKTUR PENTADBIRAN JAWATAN KUASA PROGRAM PEMULIHAN KHAS PERINGKAT SEKOLAH PENGERUSI : GURU BESAR NAIB PENGERUSI : GURU PENOLONG KANAN 1, GURU PENOLONG KANAN HEM, GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM SETIAUSAHA : GURU PEMULIHAN KHAS AJK INDUK : GURU BM TAHAP 1 GURU MATEMATIK TAHAP 1 KETUA PANITIA BAHASA MELAYU KETUA PANITIA MATEMATIK GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING JAWATAN KUASA PROGRAM PEMULIHAN KHAS PERINGKAT DAERAH PENGERUSI : PEGAWAI PELAJARAN DAERAH NAIB PENGERUSI : PENOLONG PPD RENDAH SETIAUSAHA : PENYELIA PENDIDIKAN KHAS DAERAH AJK INDUK : PENGERUSI PROGRAM PEMULIHAN KHAS MENGIKUT ZON JURULATIH UTAMA PROGRAM PEMULIHAN KHAS PEGAWAI KAUNSELOR DAERAH ** Boleh Disesuaikan Mengikut Keperluan Daerah GGGE2033: KUMPULAN D 
  • 11. P e n d i d i k a n P e m u l i h a n | 11 CIRI-CIRI PENDIDIKAN PEMULIHAN Pendidikan pemulihan merupakan lanjutan daripada sebahagian pendidikan imbuhan. Ia dikenali juga sebagai ‘remedial education’ di dalam bahasa Inggeris iaitu suatu bentuk pendidikan khas kepada kanak-kanak atau pelajar yang menghadapi masalah atau kesulitan pembelajaran dalam mata-mata pelajaran tertentu sahaja. Pendidikan pemulihan adalah satu bentuk pendidikan untuk membetulkan sesuatu yang kekurangan atau membetulkan sesuatu yang tidak betul atau sesuatu yang cacat. Pendidikan Pemulihan dalam KBSR ialah proses pengajaran dan pembelajaran yang khusus untuk murid-murid yang menghadapi masalah atau kesukaran belajar dalam menguasai satu-satu kemahiran membaca, menulis dan mengira. Konsep Pemulihan KBSR ialah ia dilaksanakan dalam kelas biasa mengikut mata pelajaran yang tertentu. Kumpulankumpulan akan dibentuk dan murid yang menghadapi masalah dalam kemahiran 3M akan dibimbing dan dipulihkan bagi menguasai kemahiran tersebut. Murid-murid ini dibimbing dan dipulihkan oleh guru mata pelajaran tersebut dengan mendapat khidmat nasihat daripada Guru Pendidikan Pemulihan Khas. Pendidikan Pemulihan Khas berbeza daripada pendidikan atau pengajaran biasa. Guru yang mengajar kelas pemulihan khas merupakan guru yang terlatih di institusi yang menyediakan kursus-kursus pendidikan pemulihan seperti di universiti, maktab perguruan mahu pun institut pendidikan guru sama ada dalam negara atau luar negara. Hasilnya guru pemulihan khas mempunyai kepakaran yang khusus bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid-murid yang lemah. Kelas pemulihan selalunya lebih kecil daripada kelas biasa. Aktiviti yang dijalankan juga menjurus kepada kelemahan murid. Keluasan kelas pemulihan khas adalah bergantung kepada kekosongan bilik darjah. Peringkat awal pelaksanaan ada kelas pemulihan khas hanya terdiri daripada satu ‘bay’ atau berada di lorong laluan. Tetapi kini kelas pemulihan khas telah mengalami transformasi dan mempunyai kelengkapan yang terbaik bagi menghasilkan kelas yang kondusif yang mampu menjana perubahan kepada murid-murid pemulihan bagi mengatasi kelemahan mereka. GGGE2033: KUMPULAN D 
  • 12. P e n d i d i k a n P e m u l i h a n | 12 Konsep pendidikan pemulihan khas seterusnya ialah pengajaran pemulihan adalah berdasarkan kepada diagnosis kelemahan dan kesulitan yang dihadapi oleh muridmurid tersebut. Sebelum mereka ditempatkan di kelas pendidikan pemulihan khas mereka akan mengikuti prosedur-prosedur seperti yang terdapat dalam carta alir pelaksanaan program pendidikan pemulihan khas seperti mengenal pasti murid yang menghadapi masalah pembelajaran dan membuat penilaian awal atas mereka. Pendekatan secara individu, misalnya mengadakan kelas khas yang kecil dan kurikulum yang anjal yang boleh diubahsuai bagi membolehkan murid-murid ini menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira. Dalam mengajar sesuatu kemahiran, guru pendidikan pemulihan khas hendaklah mempermudahkan gerak kerja dalam proses pengajaran dan pembelajarannya supaya murid boleh melaksanakannya, mendapat kepuasan dan menguasai kemahiran yang diajar. GGGE2033: KUMPULAN D 
  • 13. P e n d i d i k a n P e m u l i h a n | 13 PUNCA DAN BIDANG KUASA Laporan Jawatankuasa Pelaksanaan Dasar Pelajaran 1979 (Perakuan 5): 'Adalah diperakukan supaya perkara-perkara yang berkaitan dengan langkahlangkah pengajaran pemulihan selepas daripada ujian rujukan kriteria dijalankan, diteliti dan diperbaiki. Antara lain perkara-perkara tersebut termasuklah kaedah-kaedah mengajar, bahan-bahan bantu mengajar yang sesuai, saiz kelas yang lebih kecil, peruntukan guru bagi mengendalikan pengajaran pemulihan serta penggunaan bahan-bahan tertentu'. Antara surat pekeliling berkaitan pelaksanaan program pendidikan pemulihan di malaysia adalah seperti berikut : 1) Surat pekeliling Bahagian Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia, Bil.KP (BS)8691/Jld.II/32 bertarikh 22 Januari 1985. “Guru Khas Pendidikan Pemulihan”. 2) Surat pekeliling Bahagian Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia, Bil. KP(BS)8502/5/PK/Jld.V/26 bertarikh 18 Januari 1986. “Kelas Khas Pemulihan Di Sekolah-Sekolah Rendah 1986”. 3) Surat pekeliling Bahagian Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia, Bil. KP(BS)85021/5/PK/Jld.V/(34) bertarikh 30 Jun 1989. “Guru Khas Pemulihan dan Penubuhan Kelas Khas Pemulihan di Sekolah-Sekolah Rendah”. 4) Surat Siaran Bahagian Perkembangan Kurikulum , KP(BPK)400-32/6Jld.3 (61) [Pelaksanaan Program Literasi dan Numerasi (LINUS) Tahap 1 Di Sekolah Rendah] 5) Surat Siaran Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KP(BPSH-SPDK)201/005/02 Jld. 4(1) bth. 23 Mac 2012 [Tatacara Pelaksanaan Saringan dan Tahap Penguasaan Literasi dan Numerasi (LINUS) Murid Tahap 1, Sekolah Rendah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)] GGGE2033: KUMPULAN D 
  • 14. P e n d i d i k a n P e m u l i h a n | 14 6) Surat Siaran Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KP(BPSH-SPDK)201/005/02 Jld. 4(18) bth. 03 Julai 2012 (Guru Pemulihan DiBawah NKRA Pendidikan – LINUS) 7) Surat Siaran Bahagian Pendidikan Khas, KPM.BPKHAS.300-2/2/3 (24) bth. 29 Oktober 2012 (Garis Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Tahun 2012) GGGE2033: KUMPULAN D 
  • 15. P e n d i d i k a n P e m u l i h a n | 15 PROSEDUR PENUBUHAN KELAS PEMULIHAN KHAS Dalam penubuhan kelas pendidikan pemulihan di sesebuah sekolah, terdapat tiga kriteria yang utama iaitu: 1) Sekolah-sekolah yang mempunyai dua kelas atau lebih bagi sesuatu darjah , muridmurid untuk kelas pemulihan bolehlah diambil dari kelas-kelas tersebut sekiranya bilangan murid pemulihan dalam sesuatu kelas itu hanya tiga atau empat orang sahaja. Walau bagaimanapun jumlah murid dalam satu sesi pemulihan hendaklah tidak melebihi 15 orang. 2) Sekolah-sekolah yang mempunyai satu kelas bagi satu darjah, murid-murid untuk kelas pemulihan bolehlah diambil dari darjah-darjah lain tetapi jumlahnya hendaklah tidak melebihi 15 orang. 3) Sekiranya murid-murid yang diambil untuk mengikuti kelas pemulihan datangnya dari satu kelas sahaja, maka bilangannya hendaklah tidak melebihi enam orang. Pemilihan mana-mana satu alternatif hendaklah tertakluk kepada perundingan di antara Guru Kelas Khas Pemulihan dengan guru besar dan guru-guru asas. Penubuhan kelas pemulihan juga merangkumi tiga bentuk atau sistem yang utama iaitu : 1) Bilik atau Kelas Lokasi bilik / kelas untuk dijadikan Kelas Khas Pemulihan adalah sangat bergantung kepada keadaan kemudahan yang sedia ada serta kemampuan di sesebuah sekolah. Tetapi dengan menyedari ciri-ciri kanak-kanak pemulihan, kelas-kelas lain kantin, atau padang-padang permainan boleh digunakan supaya aktiviti yang berlaku di tempat – tempat tersebut tidak akan mengganggu sesi pengajaranpemulihan. Kesesuaian seperti juga kelas-kelas biasa yang lain perlu diambil kira dari segi keselesaan ruang dengan bilangan murid, cahaya serta edaran udara yangmencukupi, kerusi dan meja serta saiz dan susunan fizikalnya yang selaras denganukuran dan bilangan murid-murid yang terlibat. GGGE2033: KUMPULAN D 
  • 16. P e n d i d i k a n P e m u l i h a n | 16 Penyusunan perabot, papan tulis, papan pameran dan tempat – tempat penyimpanan perlu diubah suai sebagai dorongan kearah pengajaran yang menyeronokkan dan yang berkesan, sesuai dengan matlamat menuju ke pengkhususan 2M di sekolah rendah. Prinsip-prinsip yang terjalin dan dipraktikkan dalam penyusunan kelas seperti ini ialah suasana fizikalnya, sosial, emosi dan rasa hati yang selesa dan gembira untuk murid-murid : bidang dinamik kumpulan yang menyokong pembelajaran atau tugasan yang diberikan : dan penyusunan perabot yang membantu rutin pengurusan. 2) Pentadbiran Kelas Bagi mentadbirkan sesebuah kelas Pendidikan Pemulihan Khas, Guru Pemulihan Khas hendaklah menyediakan beberapa keperluan lain yang semestinya ada dalam kelas pemulihan. a) Jadual waktu kelas / persendirian b) Carta alir Program Pendidikan Pemulihan Khas. c) Disediakan ruang-ruang pembelajaran mengikut kesesuaian dan keluasan bilik. Di antara ruang pembelajaran yang dicadangkan ialah ruang disiplin. 3) Pengelolaan Sistem Fail Kelas Pemulihan JENIS FAIL Fail Induk  KANDUNGAN Surat-surat Perhubungan Luar / Dalaman  Carta Organisasi Kurikulum & Panitia  Jawatankuasa Panitia  Pekeliling-pekeliling Ikhtisas (contoh: PP Ikh . Bil 4 /96) Sukatan Pelajaran Kelas Pemulihan Khas Huraian Sukatan Pelajaran Pemulihan Khas  Rancangan Pelajaran Tahunan  Senarai Bahan Bantu Mengajar & Kedudukannya  Surat-surat panggilan mesyuarat peringkat sekolah  Fail Mesyuarat   Fail Sukatan Pembelajaran Buku Minit mesyuarat panitia (sekurangkurangnya 3 kali setahun) Fail Peribadi Murid  Borang pencalonan  Borang pengumpulan maklumat GGGE2033: KUMPULAN D 
  • 17. P e n d i d i k a n P e m u l i h a n | 17   IPP2M /saringan  Ujian diagnostik  Rekod pengamatan  Rekod pencapaian murid  Borang skor individu  Direkod bagi murid-murid yang telah menguasai  Lawatan  Inventori  Fail kerja Susulan Rekod kesihatan murid  Fail BM (individu) Borang kaji selidik/ borang latarbelakang murid. Bbm/amb (buku-buku, carta, kad dan lain-lain) Program  Fail Program peningkatan atau rutin Kecemerlangan  Lapran-lapran program Fail Analisis IPP2M  analisis IPP2M Fail Penyeliaan/Pencerapan  Penyeliaan /Pemantauan Guru Besar  Guru Penolong kanan Fail Penilaian Hasil Kerja  Jadual peperiksaan/Ujian dan Instrumen Murid  Penilaian/soalan Fail Aktiviti Ko-Kurikulum  Surat Mesyuarat  Senarai Aktiviti Tahunan yang dirancang  Laporan Aktiviti yang telah dijalankan  Mengandungi semua set ujian yang digunakan. Fail Bank Soalan Fail Maklumat Pemulihan Guru  Mengandungi Jadual guru Pemulihan dan maklumat guru Pemulihan GGGE2033: KUMPULAN D 
  • 18. P e n d i d i k a n P e m u l i h a n | 18 CARTA ALIRAN PROSES PROGRAM PEMULIHAN GGGE2033: KUMPULAN D 
  • 19. P e n d i d i k a n P e m u l i h a n | 19 Pencalonan Murid Pencalonan murid pemulihan adalah proses utama kepada pemilihan calon untuk ditempatkan di dalam program pemulihan. Pencalonan murid pemulihan boleh dilakukan oleh : 1) Guru Kelas Guru Kelas boleh mencalonkan murid-murid untuk mengikuti kelas berdasarkan pencapaian murid dalam kemahiran menulis, membaca dan mengira, hasil kerja murid dalam kelas, keputusan ujian bulanan, semester dan ujian setiap kemahiran. 2) Guru Mata Pelajaran Guru mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Matematik juga boleh mencalonkan murid yang diajar oleh mereka untuk mengikuti kelas pemulihan berdasarkan kepada pencapaian mereka. Apabila murid-murid ini lemah dan tidak menguasai kemahiran yang disasarkan maka mereka layak untuk dicalonkan ke kelas pemulihan. 3) Guru Besar Guru Besar boleh mencadangkan murid-murid berdasarkan penelitian kad-kad laporan murid dan pemerhatian secara am sama ada di sekolah atau di luar sekolah. 4) Ibu bapa / penjaga Ibu bapa atau penjaga boleh mencalonkan anak-anak mereka untuk mengikuti program pendidikan pemulihan khas berdasarkan masalah pembelajaran anak mereka. . GGGE2033: KUMPULAN D 
  • 20. P e n d i d i k a n P e m u l i h a n | 20 PENAKSIRAN - PENILAIAN PENDIDIKAN PEMULIHAN Ujian Pelepasan KIA 2 M Murid-murid boleh dicalonkan berdasarkan kepada Ujian pelepasan KIA 2M bagi murid Tahun 1. Bagi murid yang tidak melepasi Ujian Pelepasan KIA 2M maka mereka layak dicalonkan untuk mengikuti saringan program pemulihan. Masa yang paling baik sekali ialah di awal tahun persekolahan. Proses Pengumpulan Maklumat 1) Butir-butir individu dan prestasi murid akan menolong guru pemulihan memahami murid yang dicalonkan. Ini akan membolehkan seorang guru pemulihan membuat keputusan sama ada murid itu akan mengikuti program pemulihan atau tidak. 2) Daripada rekod individu, guru pemulihan dapat tahu tentang beberapa aspek penting seperti kesihatan, taraf ekonomi keluarga dan kebudayaan di rumah yang mungkin ada hubungan dengan kegagalan murid. 3) Kemajuan akademik dapat menunjukkan prestasi murid dalam mata pelajaran-mata pelajaran asas. 4) Lain-lain sumber maklumat ialah :- a) Guru Besar boleh campurtangan berdasarkan peninjauan rekod murid, pemerhatian dan perhubungan. b) Guru kelas boleh menambahkan maklumat dengan mengambil tahu berkenaan dengan kehadiran, ketepatan masa ke sekolah, kadar dan taraf kerja, kebiasaan kebiasaan serta perhubungan dengan murid-murid lain. c) Ibu bapa boleh memberitahu tentang tingkah laku umum, kegemaran dan perkara-perkara yang ia tidak gemar serta sikapnya terhadap pelajaran. d) Borang rujukan yang boleh menunjukkan secara umum kelemahan-kelemahan murid. e) Borang Rujukan mengandungi: kemahiran asas membaca dan menulis GGGE2033: KUMPULAN D 
  • 21. P e n d i d i k a n P e m u l i h a n | 21  kemahiran asas mengira  tingkah laku di bilik darjah Proses Saringan 1) Fungsi: Ujian saringan ialah satu instrumen pengukuran yang menyeluruh terhadap kekuatan dan kelemahan dalam penguasaan kemahiran-kemahiran asas oleh murid secara individu untuk dicalonkan bagi mengikuti Program Pemulihan Khas. Ujian ini dapat mengesan murid-murid yang lemah dan memerlukan bantuan pemulihan khas. Dengan lain perkataan Ujian Saringan bertujuan untuk menentukan calon yang layak untuk dimasukkan ke program pemulihan khas Bahan atau topik dalam Ujian Saringan merangkumi hanya kerja-kerja yang telah diajar oleh guru kelas sehingga masa saringan diberikan. Oleh itu senarai kemahiran yang diuji hendaklah ditentukan dan direkodkan dalam Jadual Penentu Ujian. Ujian boleh dijalankan apabila pencalonan diterima. Selain itu ujian akan dilaksanakan secara individu atau kumpulan kecil. Hasil daripada ujian akan direkodkan dalam Borang Rekod Ujian untuk difailkan. Bilangan murid yang diterima masuk ke kelas Pemulihan Khas berdasarkan beberapa faktor seperti skor yang lemah, jenis masalah yang dihadapi oleh murid dan ruang yang ada untuk Kelas Pemulihan Khas. 2) Instrumen Ujian Saringan: a) Instrumen Penentu Penguasaan 2M (IPP2M) - mata pelajaran Bahasa Malaysia b) (Arithmatics Screening Test)- Mathematics GGGE2033: KUMPULAN D 
  • 22. P e n d i d i k a n P e m u l i h a n | 22 Proses Diagnosis Ujian diagnostik adalah ujian yang terpenting dalam Program Pendidikan Pemulihan Khas. Ujian ini digunakan untuk membantu guru pemulihan khas mengesan daerah-daerah kelemahan dan kekuatan yang dihadapi oleh setiap murid. 1) Fungsi: Ujian Diagnostik wajib dijalankan dengan tujuan untuk membantu guru pemulihan khas mengesan kawasan-kawasan kelemahan dan kekuatan yang dihadapi oleh seseorang murid secara khusus dan seterusnya membentuk objektif pengajaran (baseline). Ujian ini dibentuk bukan untuk menilai peringkat pencapaian tetapi untuk mengesan masalah-masalah yang dialami ketika belajar dan mengnal pasti punca kegagalan murid dalam menguasai sesuatu kemahiran. 2) Instrumen Ujian Diagnostik Sebagai panduan untuk membina dan mentadbir Ujian Diagnostik, Guru Pemulihan Khas boleh merujuk Buku Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas (Masalah Penguasaan 3M) terbitan Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia (2000). Di dalam buku panduan tersebut terdapat pelbagai kemahiran yang sedia digunakan untuk menguji tahap kelemahan murid yang terpilih untuk mengikuti kelas pemulihan. Guru hanya perlu memilih dan merancang serta membina ujian diagnostik yang benar-benar tepat serta mencapai kriteria yang dikehendaki. Analisa Ujian Diagnostik dan Pengamatan 1) Penganalisaan keputusan hendaklah dikumpul dan direkodkan dan diberi interpretasi dengan cermat untuk mempastikan masalah-masalah murid. Keputusan analisa ujian diagnostik akan menunjukkan daerah-daerah kelemahan dan kekuatan seseorang murid dalam menguasai sesuatu kemahiran. Cara ini dapat membantu guru mengenal pasti kumpulan tertentu mengikut kebolehan dan daerah-daerah kesukaran yang dihadapi. GGGE2033: KUMPULAN D 
  • 23. P e n d i d i k a n P e m u l i h a n | 23 2) Analisa kesalahan ujian tersebut juga dapat membantu guru merancang satu program pengajaran yang khusus kepada seseorang individu atau kepada satu kumpulan dengan lebih tepat dan sistematik. Berdasarkan kepada analisa kesalahan ujian diagnostik tersebut, guru pemulihan akan dapat mengenal pasti daerah-daerah kelemahan murid yang telah dipilih. Daerah-daerah kelemahan itu akan membantu guru untuk memilih kemahiran yang tepat untuk memulakan proses pengajaran dan pembelajaran. Penyediaan Rancangan Pengajaran Harian Guru boleh merancang pembelajaran dan pengajaran murid berdasarkan analisa ujian diagnostik. Pelepasan  Instrumen yang disediakan dari semasa ke semasa oleh Bahagian Pendidikan Khas, KPM untuk penyelarasan dan penyeragaman ujian pelepasan yang seragam bagi kebolehpercayaan pengumpulan data.  Instrumen Tahap Dua dikeluarkan oleh Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia. Penyimpanan Rekod Bagi memastikan proses pemulihan dilaksanakan dengan berkesan, penyimpanan rekod kemajuan setiap murid adalah sangat penting. Merekod hendaklah sejajar dengan pembelajaran dan pengajaran serta Penilaian. Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) PBS perlu dijalankan oleh Guru Pemulihan / Guru Pemulihan Khas dengan menyimpan semua dokumen untuk rujukan guru. Tindakan Susulan Murid yang telah dapat menguasai kemahiran yang telah dipulihkan akan menjalankan kerja susulan yang dijalankan oleh guru kelas biasa dengan bantuan dan kerjasama dari Guru Pemulihan Khas apabila perlu. Guru kelas, guru mata pelajaran dan guru pemulihan perlu saling bekerjasama di antara satu sama lain bagi mengukuhkan kemahiran yang telah dikuasai oleh murid pemulihan. GGGE2033: KUMPULAN D 
  • 24. P e n d i d i k a n P e m u l i h a n | 24 Murid pemulihan yang berjaya menguasai kemahiran akan ditempatkan semula ke kelas biasa untuk mengikuti proses pembelajaran seterusnya.. Mereka akan sentiasa dipantau oleh guru pemulihan ketika berada di kelas biasa. Tujuannya ialah untuk melihat perkembangan pelajar tersebut disamping membantu guru di kelas biasa dalam proses pngajaran mereka. Jika terdapat masalah terhadap murid tersebut, maka guru pemulihan akan bertindak segera untuk menyelesaikannya. Dalam meneguhkan kemahiran yang telah dikuasai murid, guru kelas, guru mata pelajaran dan guru pemulihan perlu bekerjasama di antara satu sama lain. Mereka mesti membuat perancangan yang bersesuaian untuk murid tersebut agar mereka dapat mengikuti proses pembelajaran di dalam kelas biasa. Guru kelas dan mata pelajaran hendaklah mengenal pasti strategi, kaedah dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan tahap kebolehan murid yang telah dipulihkan. GGGE2033: KUMPULAN D 
  • 25. P e n d i d i k a n P e m u l i h a n | 25 KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Dalam menjalankan pendidikan pemulihan khas, terdapat beberapa kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang bersesuaian dengannya, antaranya ialah : 1) Aktiviti pengajaran dan pembelajaran ditumpukan kepada kelemahan murid. 2) Langkah penyampaian hendaklah daripada yang kongkrit kepada abstrak. 3) Menggunakan alat bantu mengajar untuk membantu murid memahami konsep. 4) Simbol atau istilah hendaklah dikaitkan dengan pengalaman murid supaya murid dapat mengenal pasti kesilapan yang dilakukannya. 5) Latihan bertulis harus diadakan selepas sesi pengajaran. 6) Mengadakan penilaian selepas latihan bertulis untuk menentukan sama ada objektif pengajaran pemulihan tercapai atau tidak. GGGE2033: KUMPULAN D 
  • 26. P e n d i d i k a n P e m u l i h a n | 26 PROGRAM-PROGRAM DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN Program Literasi dan Numerasi (LINUS) Program Literasi dan Numerasi (LINUS) akan mula dilaksanakan mulai 2010 hingga 2012 di seluruh negara. Program LINUS yang bertujuan memastikan semua murid Tahun 1 pada 2010 dapat menguasai kemahiran asas membaca, menulis (literasi) dan mengira (numerasi) selepas tahun 2012, iaitu berada di Tahun 4. Pelaksanaan program LINUS ini merupakan sebahagian daripada NKRA Kementerian Pelajaran Malaysia yang disasarkan menjelang tahun 2012. Sehubungan itu, semua guru Tahun 1 yang mengajar Bahasa Melayu dan Matematik diwajibkan mengikuti kursus pengajaran dan pembelajaran modul LINUS mulai tahun 2010. Kursus tersebut yang dikendalikan oleh Bahagian Pendidikan Guru, KPM akan dilaksanakan di seluruh negara mengikut zon negeri masing-masing. Program Pendidikan Pemulihan Khas Murid Orang Asli (PKMOA) Pendidikan peringkat rendah bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang, serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan hasrat Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pada peringkat ini Bahasa Melayu diajarkan sebagai mata pelajaran wajib selaras dengan status Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi Negara. Bahasa Melayu perlu dikuasai pada peringkat awal bagi membolehkan murid-murid berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan, seperti kata pepatah Melayu ‘melentur aur biarlah dari rebungnya’.Selaras dengan tujuan di atas, Program Khas Murid Orang Asli telah dirancang oleh Kementerian Pendidikan untuk memenuhi keperluan pendidikan murid Orang Asli yang tidak dapat menguasai kemahiran asas lisan, membaca dan menulis. Mereka akan menjalani program Tahun Pemulihan selepas Tahun 2. Pusat Perkembangan Kurikulum telah menyediakan bahan kurikulum Bahasa Melayu Tahun Pemulihan seperti berikut : 1) Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun Pemulihan GGGE2033: KUMPULAN D 
  • 27. P e n d i d i k a n P e m u l i h a n | 27 2) Modul Buku Aktiviti 3) Bahan Bantu Mengajar (kad imbasan, papan magnetik dan magnet). Huraian Sukatan Pelajaran Tahun Pemulihan Bahasa Melayu memuatkan senarai kemahiran asas iaitu kemahiran mendengar dan bertutur (lisan), membaca, dan menulis yang perlu dikuasai oleh murid dalam Tahun Pemulihan. Huraian Sukatan Pelajaran ini berasaskan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSR yang sedia ada. Program Tiga M (PROTIM) PROTIM Bahasa Melayu sebenarnya dikhususkan kepada murid yang mengalami kesulitan dalam menguasai kemahiran asas membaca dan menulis di samping mengira, tiga kemahiran asas yang menjadi fokus dalam KBSR. Objektif pengajaran pemulihan pula adalah seperti berikut : 1) membantu murid mengatasi masalah pembelajaran dalam kemahirankemahiran tertentu 2) mengubah sikap murid yang negatif dan tingkah laku yang menjejaskan pembelajaran 3) memupuk serta mengembangkan sikap keyakinan diri dan sikap positif terhadap pembelajaran. Program pemulihan pula dilaksanakan setelah murid dicalonkan, melalui ujian saringan dan diagnostik. Biasanya murid yang terlibat adalah tahun 2 dan 3. Namun demikian, untuk murid tahun 4 dan 5, bergantung kepada budi bicara guru pemulihan dan rundingan dengan semua pihak dalam organisasi. PROTIM pula adalah sebahagian daripada sejarah hidup program pemulihan. PROTIM mempunyai maksud dan tujuan yang sama dengan pemulihan. PROTIM dilaksanakan di sekolah bagi murid yang juga menghadapi masalah 3M dalam kategori aras rendah. Sasaran program PROTIM ini adalah untuk murid tahun 4, 5 dan 6 pada mulanya akan terlibat dalam program PROTIM ini. PROTIM bagi Tahun 6 pula dijalankan selepas murid-murid selesai menduduki peperiksaan UPSR. GGGE2033: KUMPULAN D 
  • 28. P e n d i d i k a n P e m u l i h a n | 28 Sebelum PROTIM diperkenalkan, Guru Pemulihan bertanggungjawab sepenuhnya mengajar murid yang bermasalah 3M ini. Setelah kajian dijalankan, satu pekeliling dikeluarkan supaya diwujudkan PROTIM bagi mengurangkan beban yang ditanggung oleh Guru Pemulihan. Pelaksanaan PROTIM bermula pada awal tahun dan dilaksanakan oleh guru mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik. Murid yang mengikuti PROTIM akan dibekalkan dengan satu modul yang diedarkan oleh Kementerian Pelajaran kepada setiap sekolah. Untuk mengetahui sejauh mana pencapaian murid, satu ujian hendaklah dijalankan.Soalan disediakn bersama modul yang disertakan bersama surat pelakasanaan PROTIM. Murid yang gagal mendapat keputusan 90% dan ke atas hendaklah mengikuti PROTIM. IPP3M (Instrumen Penentu Penguasaan 3M) IPP3M diperkenalkan bertujuan untuk mengenalpasti tahap penguasaan murid dalam kemahiran asas 3M. Hasil analisa maklum balas dari murid yang menggunakan istrumen IPP3M ini dapat menentukan kumpulan murid yang perlu meneruskan program pemulihan. Instrumen ini juga dapat memberi maklumat tentang tindakan yang patut diambil untuk membantu murid yang berkenaan. Kelas Intervensi Awal 2M (KIA2M) Program Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M) merupakan satu program yang dirancang khusus untuk membantu murid tahun satu menguasai kemahiran asas iaitu membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu. Pada masa yang sama program ini adalah bertujuan untuk membantu murid yang belum menguasai kemahiran membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu pada tahun satu. Kumpulan murid ini adalah terdiri daripada mereka yang lambat atau belum menguasai kemahiran asas membaca dan menulis. Mereka ini bukan hanya terdiri daripada murid pemulihan khas tetapi juga dari kalangan murid yang hanya perlukan pemulihan dalam kelas. Fokus KIA2M adalah untuk membolehkan murid menguasai kemahiran asas Bahasa Melayu secara intensif. KIA2M ini akan dijalankan spenuh masa oleh guru Bahasa Melayu tahun satu. Oleh itu konsep pengajaran Bahasa Melayu merentas kurikulum mestilah dijalankan sepenuhnya dengan menggunakan strategi penggabungjalinan. Subjek-subjek Pendidikan GGGE2033: KUMPULAN D 
  • 29. P e n d i d i k a n P e m u l i h a n | 29 Jasmani Kesihatan, Pendidikan Muzik dan Pendidikan Seni digabungjalinkan dengan kemahiran-kemahiran dalam Bahasa Melayu. Secara keseluruhannya program ini dijalankan selama 3 atau 6 bulan. Masa yang dijalankan merupakan pilihan yang dibuat oleh sekolah. Selain itu juga semua murid tahun satu akan mengikuti ujian penapisan. Ujian ini merupakan ujian yang terpenting bagi mengetahui murid-murid yang tidak menguasai kemahiran asas iaitu kemahiran membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu. Murid yang lulus akan meneruskan kelas biasa manakala murid yang gagal, mereka akan ditempatkan dalam program ini. Oleh itu strategi pengajaran dan pembelajaran yang hendak digunakan perlulah sesuai dengan keperluan untuk membantu murid ini menguasai kemahiran asas ini dengan seberapa segera yang boleh. GGGE2033: KUMPULAN D 
  • 30. P e n d i d i k a n P e m u l i h a n | 30 PERANAN PIHAK-PIHAK TERLIBAT Peranan pihak-pihak yang terlibat secara langsung dalam pendidikan pemulihan di Malaysia terbahagi kepada tiga pihak yang utama iaitu : 1) Peranan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) a) Memastikan semua sekolah rendah diperuntukkan satu jawatan Guru Pemulihan Khas (GPKhas) dan mereka tidak termasuk dalam perkiraan peruntukan guru asas seperti dalam kelayakan peruntukan guru. b) Memastikan Jawatankuasa Program Pemulihan Khas Negeri ditubuhkan dan berfungsi sepenuhnya. c) Memastikan guru-guru pemulihan khas di negeri melaksanakan Program Pemulihan Khas dengan berkesan. d) Menjadikan Program Pemulihan Khas sebagai agenda utama dalam sasaran kerja tahunan (SKT) JPN. e) Memastikan semua guru besar / pentadbir memahami prosedur pelaksanaan Program Pemulihan Khas. f) Membuat unjuran untuk mengurangkan murid yang belum menguasai kemahiran 3M di peringkat negeri. g) Memberi penekanan agar guru besar memastikan pengajaran dan pembelajaran pemulihan di dalam kelas biasa dijalankan di sekolah masingmasing. h) Memastikan guru-guru Pemulihan Khas dilantik oleh Pengarah Pelajaran Negeri. i) Menjalankan pemantauan secara berkala di Program Pemulihan Khas. j) Merancang dan menyediakan kursus latihan untuk guru Pemulihan Khas. k) Merancang dan melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan Pogram Pemulihan Khas. l) Menyediakan laporan berkala pencapaian program pemulihan khas. GGGE2033: KUMPULAN D 
  • 31. P e n d i d i k a n P e m u l i h a n | 31 2) Peranan Pegawai Pelajaran Daerah (PPD)/Pegawai Pelajaran Gabungan (PPG) a) Memastikan Semua sekolah rendah diperuntukkan satu jawatan Guru Pemulihan Khas (GPKhas) dan mereka tidak termasuk dalam perkiraan peruntukan guru asas seperti dalam kelayakan peruntukan guru. b) Memastikan Jawatankuasa Program Pemulihan Khas berfungsi sepenuhnya. c) Memastikan guru-guru pemulihan khas melaksanakan Program Pemulihan Khas dengan berkesan. d) Menjadikan Program Pemulihan Khas sebagai agenda utama dalam sasaran kerja tahunan (SKT). e) Memastikan semua guru besar memahami prosedur pelaksanaan Program Pemulihan Khas. f) Membuat unjuran untuk mengurangkan murid yang belum menguasai kemahiran 3M di peringkat daerah. g) Memberi penekanan agar guru besar memastikan pengajaran dan pembelajaran pemulihan di dalam kelas biasa dijalankan di sekolah masingmasing. h) Menjalankan pemantauan secara berkala di Program Pemulihan Khas. i) Menyediakan laporan berkala pencapaian program pemulihan khas. 3) Peranan Guru Besar a) Memastikan Jawatankuasa Pemulihan Khas sekolah di tubuhkan dan mempengerusikan Jawatankuasa Program Pemulihan Khas b) Mengenalpasti dan mencalonkan guru pemulihan khas yang terdiri daripada guru terlatih yang mempunyai latihan khusus dalam bidang Pemulihan Khas. c) Memastikan Guru Pemulihan Khas dilantik oleh Jabatan Pelajaran Negeri. d) Sekiranya tiada guru seperti perkara 7.3(b) maka guru besar perlu melantik seorang guru yang menepati kriteria sebagai Guru Pemulihan Khas. e) Sekiranya berlaku kekosongan jawatan Guru Pemulihan Khas, (seperti melanjutkan pelajaran, cuti bersalin dan menunaikan haji) Guru Besar perlu melantik seorang guru terlatih dan mengikut prosedur para 7.3 (d) f) Sebarang urusan pertukaran Guru Pemulihan Khas (opsyen/sekolah) mestilah mendapat persetujuan Jabatan Pelajaran Negeri terlebih dahulu. GGGE2033: KUMPULAN D 
  • 32. P e n d i d i k a n P e m u l i h a n | 32 g) Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT), guru bermasalah kesihatan, guru bermasalah disiplin, guru kontrak, guru pool tidak boleh dilantik sebagai GPKhas. GPKhas berkhidmat sepenuh masa melaksanakan program pemulihan khas sebagaimana yang ditetapkan dalam surat Siaran KPM [KP (BS) 8502/5/PK/Jld.V(34)]. Oleh itu amalan melantik GPKhas sebagai guru ganti / mengajar sebahagian mata pelajaran di kelas biasa adalah tidak dibenarkan. h) Guru Besar hendaklah memberi pertimbangan sewajarnya agar Guru PemulihanKhas tidak dibebani dengan tugastugas yang boleh menjejaskan pengendalian kelas pemulihan khas (seperti Pengerusi Buku Teks, Pengerusi RMT, Setiausaha Sukan) i) Kelas pemulihan khas tidak boleh ditutup oleh pihak sekolah tanpa mendapat kebenaran bertulis daripada pihak jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia [Surat Siaran KP(BS)8502/5/PK/Jld.V(34)] j) Menjadikan Program Pemulihan Khas sebagai salah satu agenda dalam sasaran kerja tahunan (SKT) sekolah. k) Memastikan semua guru memahami prosedur pelaksanaan Program Pemulihan Khas. l) Membuat unjuran untuk mengurangkan murid yang belum menguasai kemahiran pada pertengahan dan akhir tahun serta dimaklumkan kepada semua guru. m) Bertanggungjawab mewujudkan Jawatankuasa Permuafakatan Ibu Bapa. n) Memastikan data dikemukakan ke PPD dan JPN pada waktu yang ditetapkan. o) Memastikan semua peralatan/bahan yang dibekalkan untuk kelas pemulihan ditempatkan di dalam kelas pemulihan khas. p) Memantau dan mencerap pelaksanaan Program Pemulihan Khas secara berkala q) Menyediakan kemudahan fizikal untuk Program Pemulihan Khas seperti: i) sebuah bilik darjah dengan keluasan 3 bay khusus untuk kelas pemulihan khas sebagaimana dalam pelan asal dan surat penyerahan bangunan perlu dikekalkan sebagai kelas pemulihan khas (sekolah baru) ii) Sebuah bilik yang kondusif berukuran 3 bay . Susunatur kelas ini tertakluk kepada pelan yang telah diluluskan dalam projek brif RMK 9 GGGE2033: KUMPULAN D 
  • 33. P e n d i d i k a n P e m u l i h a n | 33 iii) Sekolah-sekolah yang tiada kemudahan seperti dalam perkara (i) dan (ii) di atas hendaklah mengadakan ruang sekurang-kurangnya dengan keluasan 2 bay. r) Menyediakan laporan berkala pencapaian program pemulihan khas 4) Peranan Guru Pemulihan Khas a) Merancang dan melaksanakan program pemulihan khas mengikut prosidur yang telah ditetapkan. b) Membantu guru-guru mata pelajaran dalam hal mengenalpasti murid-murid yang memerlukan pengajaran pemulihan. c) Berjumpa dan berbincang dengan guru mata pelajaran, guru bimbingan, ibubapa, doktor, pegawai kebajikan dan pihak-pihak lain untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang tingkah laku, tabiat, kesihatan dan lain-lain keterangan mengenai latar belakang murid. d) Bertindak sebagai setiausaha Jawatankuasa Program Pemulihan Khas serta menjadi ahli Jawatankuasa Kurikulum Sekolah. e) Mengadakan latihan perkembangan staf di peringkat sekolah atau daerah. f) Tugas-tugas yang berkaitan dengan kebajikan murid-murid GGGE2033: KUMPULAN D 
  • 34. P e n d i d i k a n P e m u l i h a n | 34 KHIDMAT SOKONGAN PAKAR Mengikut Jabatan Kebajikan Masyarakat, JKM (1998) menyatakan kira-kira 10 kumpulan pakar yang terlibat dalam kumpulan pelbagai disiplin dan mereka ini teribat dalam membuat penaksiran seterusnya membantu dalam proses mengenalpasti masalah murid-murid berkeperluan khas ini, mereka yang terlibat terdiri daripada : 1) Guru Pemulihan Guru pemulihan berperanan memberikan panduan atau sebagai penasihat kepada guru-guru yang mengajar di kelas-kelas inklusif atau atau guru-guru di aliran perdana. Guru pemulihan juga berperanan membina ujian rujukan norma dan rujukan kriteria. Selain itu, guru pemulihan juga bertanggungjawab sebagai pembantu dalam membuat tafsiran dan merancang tujuan serta objektif Rancangan Pendidikan Individu (RPI). Mereka juga bertindak sebagai perancang untuk aktiviti pembelajaran murid serta menentukan corak pengajaran yang sesuai untuk diajar. Guru pemulihan bertindak sebagai penasihat kepada ibubapa murid kelas pemulihan. Disampping itu, mereka turut bekerjasama dengan pakar-pakar pendidikan dalam membentuk persekitaran yang sesuai untuk murid kelas pemulihan. 2) Kaunselor Sekolah Disetiap sekolah integrasi mempunyai kaunselor. Tugas kaunselor adalah untuk memberikan perkhidmatan sebagai penilai objektif dan meningkatkan pra rujukan serta menyediakan khidmat kaunseling kepada murid di sekolah. Kaunselor perlu membantu murid-murid kelas pemulihan dalam meningkatkan keyakinan diri untuk belajar disekolah serta memantau perkembangan emosi murid-murid pemulihan. Kadang kala murid-murid pemulihan menghadapi tekanan disekolah, ini mungkin disebabkan mereka dipinggir rakan atau mempunyai masalah pelajaran, oleh itu kaunselor bertanggungjawab memberikan bimbingan serta memotivasikan diri muridmurid kelas pemulihan yang memerlukan khidmat mereka. Disamping itu, kaunselor juga berfungsi sebagai sumber maklumat samada formal atau tidak formal, kaunselor perlu mengenalpasti bentuk kerjaya yang boleh diceburi berdasarkan keupayaan murid pemulihan. GGGE2033: KUMPULAN D 
  • 35. P e n d i d i k a n P e m u l i h a n | 35 3) Pakar Klinikal Bahasa Dan Pertuturan Mereka berperanan untuk menkaji masalah pertuturan dan memantau perkembangan bahasa murid-murid berkeperluan khas terutamanya yang mempunyai masalah pendengaran. Dalam kelas pemulihan mungkin terdapat murid yang menghadapi masalah pembelajaran yang disebabkan komplikasi dalam sistem pendengaran. Selain itu, mereka menyediakan kemudaahan terapi yang diperlukan oleh murid-murid bermasalah dan seterusnya menjadi jururunding kepada guru pemulihan, guru aliran perdana, dan ibubapa murid secara berterusan apabila diperlukan. 4) Juruterapi Pemulihan Fizikal Juruterapi pemulihan fizikal adalah mereka yang bertanggungjawab kepada melaksanakan penaksiran dalam kemahiran urus diri dan motor kasar, kemahiran hidup, serta kemahiran berkaitan dengan kerja secara maksima. Murid-murid pemulihan yang mempunyai masalah fizikal atau kemahiran moto kasar yang lemah amat memerlukan khidmat juruterapi. Juruterapi akan memberikan bimbingan serta latihan yang berterusan kepada murid pemulihan jika kes mereka dilaporkan oleh guru, atau ibubapa mereka sendiri. Murid tersebut akan dibantu sehingga mereka dapat menguasai kemahiran yang sepatutnya. 5) Pakar Audiologi Pakar audiologi diperlukan apabila seorang murid atau indivudu yang mempunyai masalah pendengaran. Mereka berperanan dalam membantu sesiapa sahaja yang mempunyai masalah pendengaran untuk mendapatkan alat bantuan pendengaran mengikut kesesuaian yang mereka perlukan. Oleh itu, jika guru kelas pemulihan mengesan murid mereka menghadapi masalah pendengaran boleh membawa murid mereka berjumpa pakar audiologi dengan segera, tetapi perlu mendapatkan kebenaran ibubapa terlebih dahulu atau guru pemulihan boleh menasihatkan ibubapa supaya membawa anak mereka untuk berjumpa pakar. 6) Juruterapi Juruterapi berfungsi untuk membuat penaksiran dalam kemahiran urus diri dan motor halus. Juruterapi akan memberikan bimbingan secara berterusan dan memberikan cadangan tentang perkhidmatan pendidikan yang bersesuai dengan murid pemulihan. GGGE2033: KUMPULAN D 
  • 36. P e n d i d i k a n P e m u l i h a n | 36 7) Pembantu Perubatan Pembantu perubatan pula bertanggungjawab memberikan latihan-latihan fizikal kepada pelajar dan menyediakan ujian fizikal bergantung kepada masalah yang dialami oleh murid tersebut. Mereka juga berperanan membantu merujuk masalah kesihatan yang dialami oleh murid kepada pakar perubatan atau juruterapi yang mana difikirkan perlu untuk membantu murid tersebut. 8) Guru Kelas Tugas membantu murid berkeperluan khas terutamnya murid pemulihan tidak hanya terletak kepada guru kelas pendidikan khas atau guru pemulihan sahaja, malah guru kelas juga perlu memainkan peranan yang sama dalam menangani masalah murid pemulihan. Guru kelas perlu mengenalpasti murid mereka yang menpunyai masalah dalam pembelajaran, kemudian meminta pandangan guru pemulihan samada murid tersebut perlu dimasukkan ke kelas pemulihan atau sebaliknya. Sekiranya mereka pasti bahawa murid berkenaan perlu dimasukkan kelas pemulihan , mereka boleh mencadangkan nama murid tersebut kepada guru pemulihan. Oleh itu, guru kelas juga perlu prihatin dengan perkembangan murid yang mengikuti kelas pemulihan, guru kelas boleh bekerjasama dengan guru pemulihan untuk membantu murid pemulihan. 9) Ibubapa Dalam menentukan sesuatu proses pengajaran yang berkesan, peranan ibubapa amat diperlukan untuk menjayakan pendidikan untuk anak-anak mereka. Ibubapa perlu sentiasa memberikan kerjasama yang padu kepada guru serta memberikan kepercayaan kepada guru untuk menguruskan pembelajaran anak-anak mereka disekolah. Ibubapa juga bertanggungjawab dalam membentuk tingkah laku anak-anak mereka sewaktu dirumah dengan memberi latihan serta memantau aktiviti pembelajaran anak-anak dirumah supaya mereka menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru. 10) Agensi Swasta / Pertubuhan Bukan Kerajaan/ Individu Prihatin Mereka berperanan memberikan bantuan kepada murid-murid berkeperluan khas tidak hanya murid kategori pemulihan khas. Mereka ini terdiri daripada individu yang mempunyai kesedaran untuk membantu golongan kurang upaya. Mereka akan membantu dalam bentuk memberikan pendidikan percuma seperti menubuhkan taska, GGGE2033: KUMPULAN D 
  • 37. P e n d i d i k a n P e m u l i h a n | 37 pusat tuisyen, kelas pemulihan,dan sebagainya. Selain itu, mereka juga memberi bantuan dalam bentuk material seperti buku-buku sekolah, pakaian seragam , dan peralatan sekolah. GGGE2033: KUMPULAN D 
  • 38. P e n d i d i k a n P e m u l i h a n | 38 PENGURUSAN KELAS PEMULIHAN KHAS Jadual Waktu Kelas 1) Faktor penting dalam pengurusan jadual waktu a) Tentukan masa yang diperlukan mengikut keperluan kelas berpandukan jadual waktu induk sekolah. b) Selaraskan dengan mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Matematik. c) Jadual waktu mestilah dipamerkan di ruang pengurusan dalam bilik darjah. d) Jika perlu, dapatkan kerjasama daripada Jawatan kuasa Jadual Waktu Sekolah 2) Agihan Waktu Mengajar a) 900 minit ke 1020 minit termasuk waktu persediaan 120 minit. b) Agihan waktu mengajar bergantung kepada keperluan mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Matematik dan jumlah murid Pemulihan Khas. 3) Bagi sekolah yang mempunyai 2 sesi persekolahan: a) Jika sekolah mempunyai 2 orang Guru Pemulihan atau lebih guru boleh diagihkan mengikut sesi persekolahan yang ditentukan oleh pentadbir sekolah. b) Jika sekolah mempunyai seorang guru, Guru Pemulihan hendaklah memberi keutamaan kepada murid Tahap 1, c) Guru Pemulihan boleh berada di kedua-dua sesi mengikut kesesuaian. GGGE2033: KUMPULAN D 
  • 39. P e n d i d i k a n P e m u l i h a n | 39 Jumlah Murid Dalam Pembelajaran dan Pengajaran Jumlah murid dalam pembelajaran dan pengajaran hendaklah tidak melebihi 15 orang. Walau bagaimanapun jumlah yang paling sesuai adalah tidak melebihi daripada 10 orang murid pada setiap sesi pembelajaran. Pengurusan Fail 1) Tahap 1 Mengikut sistem fail dalam program LINUS 2) Tahap 2 Fail-fail seperti berikut perlu disediakan. a) Fail Individu Murid yang mengandungi dokumen seperti berikut: i) Borang Pencalonan ii) Profil Murid Pemulihan Khas iii) Ujian Saringan dan Diagnostik iv) Rekod Prestasi Ujian Diagnostik v) IPMBDP dan ISD vi) Hasil Penilaian yang telah dijalankan vii) Catatan-catatan lain yang berkaitan dengan murid. b) Fail Lembaran Kerja Bahasa Malaysia / Matematik (disediakan secara individu) c) Fail Data Prestasi Murid (Individu) dan Kelas d) Fail Perancangan Program Pemulihan Khas merangkumi : i) Pelan Tindakan Program ii) Takwim program iii) Carta Gantt aktiviti sepanjang tahun iv) Jadual Waktu v) Borang Tindakan Susulan e) Fail Pengurusan Contoh: surat keluar / masuk GGGE2033: KUMPULAN D 
  • 40. P e n d i d i k a n P e m u l i h a n | 40 Rekod Kedatangan Murid Rekod Kedatangan Murid di kelas Pemulihan Khas hendaklah disediakan bagi merekod kehadiran murid setiap hari. Rekod ini boleh dijadikan rujukan kekerapan kehadiran murid ke kelas Pemulihan Khas. Peruntukan Kewangan Guru Pemulihan boleh menggunakan peruntukan bagi pelaksanaan Program Pemulihan Khas daripada Bantuan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling berdasarkan pekeliling seperti di bawah: Di bawah “Bantuan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling “(Pekeliling Kewangan Bil:2/91 – KP1573/17/jld.8(78)bth.11 Feb.1991). Bertujuan untuk bimbingan pendidikan bagi membolehkan kanak-kanak menerima pendidikan yang sesuai dengan bakat, tahap kecerdasan dan kebolehannya. Pihak pentadbir sekolah perlu memastikan peruntukan PCG bagi Bahasa Malaysia dan Matematik digunasama oleh Guru Pemulihan untuk penyediaan bahan bantu mengajar untuk Kelas Pemulihan Khas. Naik taraf kelas dan Peralatan Program Pemulihan Khas telah menerima peruntukan naik taraf dan peralatan melalui [RMK9/High-Impact Project- (HIPs)]. Peralatan yang diterima oleh Program pemulihan Khas perlu direkodkan inventorinya dan peralatan tersebut hendaklah berada di dalam kelas pemulihan khas. Kelas Pemulihan Khas yang telah dinaiktaraf melalui RMK9/HIPs perlu dikekalkan walaupun sekolah mendapat bangunan baru yang mempunyai bilik pemulihan khas kecuali dengan mendapat kebenaran Pengarah Pelajaran Negeri. GGGE2033: KUMPULAN D 
  • 41. P e n d i d i k a n P e m u l i h a n | 41 KELEMAHAN DAN KELEBIHAN Pelaksanaan Pendidikan pemulihan di sekolah mempunyai pro dan kontranya yang tersendiri, iaitu : Kelemahan : 1) Wujud tanggapan negatif ibu bapa dan rakan pelajar terhadap individu dalam kelas pemulihan 2) Menjejaskan prestasi pencapaian akademik sekolah 3) Mengganggu kosentrasi dan pembahagian masa murid pemulihan antara komitmen kelas dengan kelas pemulihan mereka Kelebihan : 1) Supaya murid-murid dapat menguasai kemahiran tertentu 2) Mendapat layanan yang bersesuaian dengan kebolehan dan perkembangan kognitif mereka 3) Mengurangkan masalah pembelajaran yang dihadapi oleh mereka. 4) Mengembangkan potensi minat mereka terhadap pelajaran ke peringkat yang memuaskan. 5) Memberi peluang yang sama dengan melibatkan murid murid itu dalam aktiivitiaktiviti sosial baik dalam bilik darjah mahu pun diluar kelas. 6) Memperolehi serta mengamalkan sikap postitif seperti keyakinan diri dan berdikari apabila mereka berada dalam kumpulan atau masyarakat. 7) Dapat meneruskan pelajaran dalam sistem persekolahan biasa, mengurangkan masalah keciciran. GGGE2033: KUMPULAN D  seterusnya
  • 42. P e n d i d i k a n P e m u l i h a n | 42 PELAN LAKAR SESEBUAH KELAS PEMULIHAN GGGE2033: KUMPULAN D 
  • 43. P e n d i d i k a n P e m u l i h a n | 43 INTERVENSI AWAL PENDIDIKAN PEMULIHAN Intervensi Awal Intervensi awal (early intervention) yang diatur untuk kanak-kanak berkeperluan khas sejak dilahir hingga 6 tahun adalah sangat penting. Intervensi awal terdiri daripada gabungan usaha pendidikan, maklumat tentang pemakanan, perkembangan kemahiran motor, penjagaan diri, interaksi sosial dan sokongan keluarga yang dilaksanakan sejurus selepas ketidakupayaan dikenal pasti (Hanson & Lynch, 1989). Intervensi awal bermaksud memberi perkhidmatan rawatan, pemulihan, bimbingan dan khidmat nasihat kepada kanak-kanak dan juga ibu bapa sebaik sahaja sesuatu kecacatan dikesan atau dikenalpasti dialami oleh kanak-kanak (Kail, 2001). Perkhidmatan ini diberikan seawal mungkin agar kanak-kanak tersebut boleh diberikan bantuan dari aspek bahasa, sosial, emosi dan psikomotor agar perkembangan dalam aspek tersebut dapat diberikan agar tidak ketinggalan terlalu jauh dari aspek perkembangan umur dan fizikal dibandingkan dengan kanak-kanak lain yang seusia. Intervensi awal boleh merupakan pengukuhan penguasaan bahasa, mempertingkatkan kemahiran matematik, memperkembangkan kemahiran motor dan interaksi sosial. Intervensi awal yang intensif bertujuan untuk mengurangkan kesan sesuatu kurang upaya kepada pemulihan dan mengelaknya menjadi lebih ketara apabila kanak-kanak memasuki sekolah rendah. Mengapa amalan intervensi awal tidak berleluasa? Salah satu sebab ialah kadar pertumbuhan kanak-kanak yang sukar dijangkakan terutama pada peringkat umur yang muda. Golongan pendidik enggan mencadangkan kanak-kanak prasekolah yang menghadapi kesukaran belajar mengikuti program pendidikan khas (Lerner, 2003). Mereka lebih cenderung untuk mengaitkan kanak-kanak yang menghadapi masalah pemulihan dengan perkembangan lewat dan perlu diberi lebih banyak masa. Ini telah menyebabkan kanak-kanak berkenaan tidak mendapat perkhidmatan pendidikan khas yang sewajarnya dan akhirnya gagal untuk menguasai kemahiran asas. Contohnya, kanak-kanak dyslexia [disebut ‘dis-leksia] (sejenis masalah penyakit yang menjejaskan kemahiran bacaan), tidak dapat membaca pada tahap kanak-kanak lain ditafsir oleh guru sebagai lewat berkembang dan perlu diberi lebih banyak masa. GGGE2033: KUMPULAN D 
  • 44. P e n d i d i k a n P e m u l i h a n | 44 Kepentingan Intervensi Awal dalam Pendidikan Pemulihan Kajian-kajian menunjukkan bahawa intervensi awal membawa kesan positif kepada kanakkanak pemulihan, kanak-kanak kurang upaya dan yang berisiko tinggi dalam jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Di Amerika Syarikat perkhidmatan intervensi awal (3 tahun ke bawah) diwajibkan untuk kanak-kanak yang mengalami perkembangan lewat dan kanak-kanak berisiko tinggi (IDEA, 1990). Intervensi awal memainkan peranan penting dalam melengkapkan kanak-kanak pemulihan dengan kemahiran asas sebelum mereka masuk ke sekolah rendah. Intervensi awal yang komprehensif dan intensif adalah berfaedah kepada keluarga dan masyarakat. Intervensi awal mempunyai impak yang positif kepada persekitaran terdekat kanak-kanak berkeperluan khas. Atas sebab ini juga, setiap individu dalam sesebuah komuniti perlu sedar akan tanggungjawab masing-masing ke atas kanakkanak berkeperluan khas (Lerner, 2003). Intervensi awal dapat membantu perkembangan pelbagai kebolehan kanak-kanak. Contohnya, seorang kanak-kanak bermasalah pendengaran yang diajar menggunakan bahasa isyarat secara tidak langsung dapat mempertingkatkan mindanya dan membuka peluang untuk dia berinteraksi dengan kanak-kanak lain. Kejadian masalah lain yang terikat dengan kesukaran awal boleh diatasi melalui perkhidmatan intervensi awal. Contohnya kanak-kanak yang mengalami masalah penglihatan tetapi tidak diberi intervensi awal, mungkin mengalami masalah emosi seperti perasaan kecewa. Intervensi awal juga menawarkan penjimatan wang bagi sesuatu masyarakat. Intervensi awal yang intensif dan berkesan mengurangkan beban penyediaan pendidikan khas pada peringkat sekolah rendah dan menengah. Bilangan kanak-kanak yang memerlukan perkhidmatan pendidikan khas mungkin berkurangan. Ringkasnya, intervensi awal boleh meningkatkan intelek, meningkatkan perkembangan fizikal dan meningkatkan penguasaan bahasa kanakkanak berkeperluan khas. Intervensi awal yang sistematik menghalang kewujudan masalah lain, mengurangkan tekanan kepada keluarga, dan mengurangkan pembinaan institusi khas. GGGE2033: KUMPULAN D 
  • 45. P e n d i d i k a n P e m u l i h a n | 45 Dengan adanya intervensi awal yang teratur, keperluan untuk pendidikan khas di peringkat persekolahan dapat dikurangkan dan ini menjimatkan perbelanjaan negara yang dikhaskan untuk kemudahan penjagaan, kesihatan dan pendidikan. GGGE2033: KUMPULAN D 
  • 46. P e n d i d i k a n P e m u l i h a n | 46 CONTOH SUASANA KELAS PEMULIHAN KONDUSIF GGGE2033: KUMPULAN D 
  • 47. P e n d i d i k a n P e m u l i h a n | 47 RUMUSAN Pendidikan Pemulihan adalah satu bentuk pendidikan untuk membetulkan sesuatu yang kekurangan atau membetulkan sesuatu yang tidak betul atau sesuatu tidak tipikal. Program pemulihan merupakan langkah-langkah khusus yang dijalankan untuk membantu muridmurid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam kemahiran asas 3M (membaca, menulis dan mengira). Mereka patut dipulihkan sebaik sahaja masalah yang dihadapi itu dapat dikesan dan ditentukan oleh guru bilik darjah atau guru mata pelajaran dengan langkah-langkah yang berbeza bergantung kepada jenis masalah. Dengan itu pelaksanaan pengajaran pemulihan hendaklah mengikut cara betul dan guru pula mesti mengetahui secara mendalam selok belok pendidikan ini. Pendekatan, kaedah dan teknik yang sesuai bagi setiap situasi pengajaran pemulihan perlu dititik beratkan untuk menjamin kejayaan dan tercapainya matlamat pendidikan pemulihan itu sendiri. Dari segi penambaikan pendidikan pemulihan di Malaysia, satu draf pelan strategik berkaitan pendidikan pemulihan mestilah dirangka bersesuaian dengan matlamat semasa pendidikan dan dasar pendidikan negara berpaksikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Di samping ini juga, pendidikan pemulihan juga perlu diperluaskan di peringkat sekolah menengah dan tidak hanya ditumpukan di sekolah rendah sahaja. Hal ini demikian kerana, masih terdapat segelintir pelajar yang berada di peringkat pendidikan sekolah menengah masih lagi tidak dapat menguasai kemahiran 3M (membaca, menulis dan mengira). Walaupun jumlahnya sedikit di sekolah menengah, namun pendidikan di sekolah menengah juga harus diwujudkan bagi menjamin golongan tersebut ini tidak ketinggalan begitu jauh dengan rakan-rakan yang lain. Untuk menjayakan program pemulihan ini, semua pihak haruslah berganding bahu, bukan sahaja guru pemulihan itu sendiri, tetapi ia memerlukan sokongan yang padu dan jitu dari pihak sekolah terutama guru besar dan guru-guru di aliran perdana, di samping peranan ibu bapa di rumah, murid lembam ini tidak harus dipinggirkan di sekolah mahu pun di rumah, ia boleh berjaya seperti murid tipikal yang lain. Mereka cuma memerlukan suntikan dan menuntut kesungguhan, kesabaran dan keikhlasan dari guru-guru pemulihan khas, bak kata pepatah; belakang parang kalau diasah lagikan tajam. GGGE2033: KUMPULAN D 
  • 48. P e n d i d i k a n P e m u l i h a n | 48 RUJUKAN Kementerian Pelajaran Malaysia, 1982. Buku Panduan Khas Program Pemulihan KBSR (Edisi Percubaan). Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia, 1999. Buku Panduan Pelaksanaan Program Pendidikan Pemulihan Khas (Masalah Penguasaan 3M). Kuala Lumpur: Jabatan Pendidikan Khas. Koh Boh Boon, 1981. Pendidikan Imbuhan, Suatu Pengenalan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Robiah Kulop Hamzah, 1992. Guru Khas Pemulihan: Fungsi dan Masalah, Satu Kajian. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Akta Pendidikan 1996 (Akta 550). 1998. Peraturan-Peraturan Terpilih. Kuala Lumpur: International Law Book Services. Chua Tee Tee & Koh Boh Bon. 1992. Pendidikan Khas dan Pemulihan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hallahan, D.P. & Kauffman, J.M. 2003. Exceptional Learners: Introduction to Special Education. (9th. Ed.). Boston : Allyn & Bacon. Garner, P. & Davies, J.D. 2001. Introducing Special Educational Needs: A Companion Guide for Student Teachers. London : David Fulton Publishers. Lerner, J.W. 2003. Learning Disabilities : Theories, Diagnosis and Teaching Strategies. Boston: Houghton Mifflin Co. Syed Abu Bakar Syed Akil. 1997. Bimbingan Khas Perkhidmatan Pendidikan Pemulihan. Kuala Lumpur : DBP Tilstone, C.et Al. (2000)., Pupils with learning difficulties in mainstream schools. London : David Fulton Pub. GGGE2033: KUMPULAN D 
  • 49. P e n d i d i k a n P e m u l i h a n | 49 Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan 2002. Laporan KajianPerlaksanaan Program Pemulihan Khas di sekolah rendah. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia. 2002. Kajian Perlaksanaan Program Pemulihan Khas di Sekolah Rendah. Kertas Kerja Seminar Pendidikan Khas Kebangsaan Ke 2 : Program Pemulihan Khas: Jabatan Pendidikan Khas. GGGE2033: KUMPULAN D 
  • 50. P e n d i d i k a n P e m u l i h a n | 50 LAMPIRAN GGGE2033: KUMPULAN D 

×