Your SlideShare is downloading. ×
0
Spe Bab6
Spe Bab6
Spe Bab6
Spe Bab6
Spe Bab6
Spe Bab6
Spe Bab6
Spe Bab6
Spe Bab6
Spe Bab6
Spe Bab6
Spe Bab6
Spe Bab6
Spe Bab6
Spe Bab6
Spe Bab6
Spe Bab6
Spe Bab6
Spe Bab6
Spe Bab6
Spe Bab6
Spe Bab6
Spe Bab6
Spe Bab6
Spe Bab6
Spe Bab6
Spe Bab6
Spe Bab6
Spe Bab6
Spe Bab6
Spe Bab6
Spe Bab6
Spe Bab6
Spe Bab6
Spe Bab6
Spe Bab6
Spe Bab6
Spe Bab6
Spe Bab6
Spe Bab6
Spe Bab6
Spe Bab6
Spe Bab6
Spe Bab6
Spe Bab6
Spe Bab6
Spe Bab6
Spe Bab6
Spe Bab6
Spe Bab6
Spe Bab6
Spe Bab6
Spe Bab6
Spe Bab6
Spe Bab6
Spe Bab6
Spe Bab6
Spe Bab6
Spe Bab6
Spe Bab6
Spe Bab6
Spe Bab6
Spe Bab6
Spe Bab6
Spe Bab6
Spe Bab6
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×
Saving this for later? Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime – even offline.
Text the download link to your phone
Standard text messaging rates apply

Spe Bab6

14,478

Published on

Published in: Sports, Technology
3 Comments
1 Like
Statistics
Notes
  • Assalamualaikum,...saya nak cari tentang peranan sunnah dalam menyelesaikan masalah kecelaruan gender....sangat penting
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here
  • ne nk cr ttg falsafah tamadun india??
    ade tak..
    pting 2k asaiment ...
    pliz...
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here
  • hmmmmm....sa mau cari point cabaran dalam kehidupan beragama secara detail....tapi mana ada....nie sangat penting untuk presentation saya nie.,.,.,.,.
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here
No Downloads
Views
Total Views
14,478
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
652
Comments
3
Likes
1
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. BAB 6 Agama sebagai Sistem Pemikiran dan Etika dalam Kehidupan
  • 2. Bahagian Pertama KONSEP AGAMA DALAM KEHIDUPAN
    • Agama, secara dasar dan umum, dapat didefinisikan sebagai satu peringkat peraturan yang mengatur hubungan manusia dengan dunia ghaib, khususnya dengan Tuhannya, mengatur hubungan manusia dengan manusia yang lain, dan mengatur hubungan manusia dengan persekitarannya. Dalam definisi tersebut, sebenarnya, agama dilihat sebagai teks atau doktrin, sehingga penglibatan manusia sebagai pendukung atau penganut agama tersebut tidak kelihatan tercakup di dalamnya. Oleh sebab itu, masalah yang berkenaan dengan kehidupan keagamaan baik individu mahupun kelompok atau masyarakat, pengetahuan dan kepercayaan agama yang berbeza daripada pengetahuan dan kepercayaan manusia yang lain, peranan kepercayaan agama dalam kehidupan duniawi dan sebaliknya, serta keabadian dan perubahan kepercayaan agama manusia tidak tercakup dalam definisi yang tersebut di atas.
  • 3.
    • Secara lebih khusus, berdasarkan masalah yang tersebut di atas, agama boleh didefinisikan sebagai suatu sistem kepercayaan yang dianuti dan tindakan sesuatu kelompok atau masyarakat dalam menginterpretasi dan memberi respons kepada apa yang dirasai dan dipercayai sebagai ghaib dan suci. Sebagai suatu sistem kepercayaan, agama berbeza daripada sistem kepercayaan atau fahaman lain kerana sistem kepercayaan berasaskan konsep suci ( sacred ) yang berbeza atau bertentangan dengan duniawi ( profane ), dan berasaskan yang ghaib ( supernatural ) yang bertentangan dengan hukum alam.
    • Agama juga dibezakan daripada fahaman lain kerana selalunya sumber ajaran agama adalah wahyu Tuhan yang diturunkan kepada nabi atau pesuruh-Nya. Melalui nabi agama tersebut diajarkan kepada para sahabatnya, yang merupakan kelompok pertama penganut agama tersebut dan yang utama, dan kepada orang lain. Dalam agama-agama besar, ajaran agama yang diturunkan melalui wahyu dibukukan sebagai kitab suci; begitu juga dengan segala ajaran nabi. Ajaran agama lokal atau primitif pula tidak dibukukan dalam bentuk bertulis tetapi disampaikan secara lisan sebagaimana yang berlaku dalam tradisi dan upacara.
  • 4.
    • Bagi para penganut, agama mengajar kebenaran yang tertinggi dan mutlak berkenaan dengan kewujudan manusia dan memberi petunjuk supaya mereka hidup selamat di dunia dan di akhirat (setelah meninggal dunia), iaitu sebagai manusia yang bertakwa kepada Tuhannya, beradab, dan berperikemanusiaan. Cara hidup ini berbeza daripada cara hidup binatang atau makhluk ghaib yang jahat dan berdosa (jin, syaitan, dan sebagainya). Agama sebagai sistem kepercayaan dapat menjadi inti pati sistem nilai dalam kebudayaan masyarakat yang berkenaan, serta menjadi pendorong atau penggerak dan pengawal tindakan anggota masyarakat itu supaya ia tetap berkembang sesuai dengan nilai kebudayaan dan ajaran agamanya. Dalam keadaan sistem nilai kebudayaan masyarakat yang berkenaan amat kuat dipengaruhi ajaran agama, sistem nilai kebudayaan itu wujud sebagai simbol suci yang maknanya bersumber daripada ajaran agama yang menjadi dasarnya. Dalam keadaan yang demikian, sama ada secara langsung atau tidak langsung, etos yang menjadi pedoman kewujudan dan kegiatan pelbagai institusi masyarakat (keluarga, ekonomi, politik, pendidikan, dan sebagainya) dipengaruhi, digerakkan, dan diarahkan oleh berbagai-bagai sistem nilai yang bersumberkan agama yang dianuti. Dengan itu, etos wujud dalam kegiatan anggota masyarakat sebagai tindakan dan karya yang dibendung oleh simbol suci.
    • Agama, sebagai suatu sistem kepercayaan, menyebarkan ajaran dan petunjuk kepada para penganutnya supaya terselamat (daripada api neraka) dalam kehidupan setelah meninggal dunia. Oleh sebab itu, kepercayaan agama dapat dilihat sebagai berorientasi masa yang akan datang. Dengan melaksanakan kewajipan agama dalam kehidupan sehari-hari, sesuai dengan agama yang dianuti dan dipercayai, sebenamya para penganut agama tersebut mengumpulkan pahala untuk masa yang akan datang (dalam kehidupan selepas meninggal dunia). Salah satu ciri agama yang menjolok, yang berbeza daripada fahaman lain ialah menyerah diri dengan sepenuhnya kepada Tuhan. Penyerahan diri ini tidak wujud dalam bentuk ucapan, tetapi dalam amalan agama, bahkan dalam tindakan sehari-hari di dunia.
  • 5.
    • Daripada ciri agama seperti yang tersebut di atas, dapat dikatakan bahawa sebenarnya agama merupakan sistem kepercayaan individu yang melibatkan emosi dan pemikiran yang bersifat peribadi. la wujud dalam tindakan keagamaan (upacara, ibadat, dan amal ibadat) secara individu ataupun kelompok dan tindakan sosial yang melibatkan sebahagian atau seluruh masyarakat. Mengapakah kepercayaan yang bersifat peribadi dan keindividuan itu wujud sebagai tindakan kelompok atau masyarakat? Sebab utama ialah hakikat agama itu sendiri, Salah satu penekanan ajarannya ialah hidup bersama-sama orang lain atau hidup bermasyarakat. Ini dapat dilihat dari segi pahala, misalnya pahala lebih banyak diperoleh dalam amalan beribadat secara berjemaah berbanding dengan amalan beribadat secara individu. Kegiatan keagamaan yang dilaksanakan secara berjemaah, berkumpulan, atau upacara agama dalam kelompok amat penting dalam setiap agama sehingga seperti yang dinyatakan oleh Durkheim dalam buku adaptasi ini, asas kehidupan beragama dan agama berasal daripada kehidupan sosial itu sendiri. Dengan perkataan lain, kepercayaan kepada yang suci dan yang ghaib, yang hanya dimiliki oleh seorang individu melalui tindakannya, bukanlah kepercayaan agama. Sistem kepercayaan tersebut tergolong sebagai kepercayaan peribadi. Sekiranya kepercayaan dan tindakan tersebut berorientasi masalah duniawi dan masa ini serta bersifat manipulatif, ia dapat juga dinamakan magik.
  • 6.
    • Dalam kelompok atau kebersamaan yang berlandaskan satu ajaran agama, kepercayaan agama anggota kelompok menjadi kuat dan mantap. Di kalangan "pegawai" rasmi agama (para sahabat nabi dan imam besar), tidak akan berlaku penyelewengan pemahaman tentang pedoman dan dasar yang menentukan arah kepercayaan agama yang telah ditetapkan dalam kitab suci agama itu, seria tentang interpretasi dan penjelasan ucapan dan tindakan nabi sebagaimana yang tertulis dalam agama yang dianuti oleh kelompok tersebut. Begitu juga dengan pemahaman dan kepercayaan mereka kepada tradisi keagamaan. Dalam kelompok atau kebersamaan itulah peraturan dimantapkan berdasarkan norma kehidupan mana-mana kelompok agama dan yang bukan kelompok agama di mana-mana pun. Yang dimaksudkan "berdasarkan norma" ialah cara anggota kelompok diharapkan bertindak dan berkepercayaan, cara mereka diharapkan membuat interpretasi dan menghasilkan sesuatu dan mewujudkan kegiatan yang sesuai dengan kepercayaan agama kelompok tersebut.
    • Dalam kehidupan berkelompok atau bermasyarakat, tradisi keagamaan individu menjadi bersifat kumulatif dan komprehesif, yang menyatukan pelbagai interpretasi dan sistem kepercayaan agama. Penyatuan kepelbagaian itu berlaku kerana, pada hakikatnya, dalam setiap kehidupan berkelompok terdapat pola interaksi tertentu yang melibatkan dua orang atau lebih daripada dua orang. Daripada pola tersebut anggota kelompok bersama-sama mempunyai satu tujuan atau tujuan-tujuan utama yang diwujudkan sebagai tindakan yang berpola. Ini mungkin disebabkan kegiatan kelompok tersebut terarah atau terpimpin berdasarkan norma yang telah dipersetujui bersama-sama, yang wujud dalam kehidupan berkelompok. Dengan adanya norma tersebut suatu kelompok sebenamya mempakan Juga suatu sistem status yang menggolongkan anggotanya ke dalam status yang berhierarki. Masing-masing mempunyai kekuasaan dan kewibawaan serta prestij yang berbeza-beza sesuai dengan tujuan-tujuan utama yang ingin dicapai oleh kelompok tersebut. Kelompok-kelompok tersebut wujud kerana terdapat persamaan tujuan yang ingin dicapai oleh anggotanya, dan mereka berasa bahawa dalam kelompok itulah tujuan yang ingin dicapai itu akan terlaksana dengan lebih baik. Dalam kelompok agama, tujuan yang ingin dicapai oleh anggotanya didasarkan pada kepercayaan agama mereka; kepercayaan yang mengandungi penjelasan dan pelunjuk bagi meinahami masalah dan pengalaman. Penjelasan dan petunjuk ini menghasilkan pelbagai bentuk rasional yang munasabah dan menghasilkan penemuan tentang realiti kehidupan yang dihadapi manusia.
  • 7.
    • Kehidupan manusia, walau di mana pun, tidak selamanya putih bersih, ia selalu dibayangi kegagalan, kekecewaan, dan perasaan ketidakadilan. Agama menjadi fungsional dalam struktur kehidupan manusia yang berusaha untuk menghapuskan bayangan buruk tersebut. Usaha secara berkelompok untuk melenyapkan keadaan hidup yang buruk dirasai lebih berkesan dan meyakinkan jika dibandingkan dengan usaha secara peribadi. Hal ini sedemikian kerana dalam kelompok, usaha tersebut dapat diletakkan dalam konteks sistem yang lebih besar daripada kegiatan kelompok yang bersama-sama menanggung beban. Dalam sistem yang lebih besar itu, penjelasan tentang keadaan buruk yang sering dialami manusia dalam kehidupannya dilihat sebagai sebahagian daripada sistem mekanisme dunia ghaib. Sistem ini turut mencampuri kehidupan duniawi dan harapan yang dapat ditimbulkan melalui kebersamaan, serta usaha penyelamatan dan perlindungan Tuhan daripada segala malapetaka dunia dan akhirat. Dari segi struktural-fungsional, agama melayani keperluan manusia untuk mencari kebenaran serta mengelakkan dan mengatasi pelbagai keadaan buruk dalam kehidupan. Semua agama menyajikan formula tersebut. Pada hakikatnya formula itu bersifat dasar dan umum tentang kewujudan dan perjalanan hidup manusia, yang munasabah dan rasional sesuai dengan kepercayaan agamanya, mendalam serta penuh dengan emosi dan perasaan kemanusiaan. Oleh sebab keadaan buruk yang dihadapi manusia sering membayangi kehidupannya dan agama dapat memberikan penjelasan yang munasabah serta cara yang dasar dan umum untuk menjadikannya berkecuali atau untuk mengatasi bayangan buruk itu, agama juga tetap abadi dalam kehidupan manusia sepanjang zaman selama manusia wujud.
  • 8.
    • Keabadian agama dalam struktur kehidupan manusia juga disebabkan, antara lain, realiti kehidupan dan kegiatan kelompok agama. Setiap kelompok agama, kelompok apa pun walau di mana dan bila sekalipun, sering memberikan perhatian kepada remaja atau generasi baharu sebagai kelangsungan kehidupan kelompok agama itu. Sama ada secaralangsung atau tidak langsung, mereka tertarik kepada dan menjalankan kegiatan demi keabadian sistem kepercayaan agama yang dianuti oleh kelompok tersebut. Ini dilakukan dengan cara menarik anggota yang terdiri daripada kaum kerabat anggota kelompok yang sedia ada, khususnya anggota yang muda dan kanak-kanak. Kelompok agama memberikan pendidikan agama kepada anggota baharu melalui pendidikan formal dan juga melalui sosialisasi dengan orang-orang tua (yang menjadi anggota kelompok), dalam lingkungan keluarga, kepada anak-anak dan kaum kerabat yang lebih muda. Dengan adanya anggota yang muda, kelompok agama tetap kekal. Begitu juga dengan agama yang dianuti, walaupun proses melahirkan generasi berlangsung secara semula jadi, iaitu generasi sebelumnya menjadi tua, lalu meninggal dunia.
    • Kelompok agama bukan hanya menjalankan ibadat dan kegiatan pendidikan, tetapi juga melaksanakan pelbagai kegiatan sosial dan memberikan sumbangan kepada masyarakat umumnya, dan menghasilkan sesuatu yang berguna kepada kehidupan manusia (khususnya bahan bacaan agama), serta menaburkan jasa dan memenuhi keperluan agama dan sosial yang setidak-tidaknya berguna bagi keperluan anggota kelompok. Melalui kegiatan kelompok ini, disemaikan juga semacam keterikatan atau solidariti sosial dan kemasyarakatan yang terpusat pada simbol utama dan suci agama yang dianuti, masjid, gereja, totem, atau yang selainnya. Melalui kegiatan kelompok agama tersebut, agama dari zaman ke zaman tetap wujud dalam struktur kehidupan masyarakat.
  • 9.
    • Agama memang mengalami perubahan tetapi yang berubah ialah tradisi keagamaan atau sistem kepercayaan agama sedangkan teks suci atau doktrin agama itu sendiri, sebagaimana yang terdapat di dalam kitab suci, tidak berubah. Jadi agama tidak akan hilang dan tidak akan digantikan oleh sistem kehidupan sekular. Perubahan agama, antara lain, disebabkan perbezaan interpretasi para penganut agama dan situasi yang berubah yang dilihat dan di interpretasi oleh para penganut agama tersebut dengan cara yang berlainan. Ini mewujudkan tahap-tahap kepercayaan agama di kalangan para penganut. Terdapat empat tahap dalam agama, iaitu:
    • 1) Tahap rahsia
    • Pada tahap ini seseorang memegang ajaran agama yang dianutinya dan yang dipercayainya untuk dirinya sendiri, bukan untuk dibincangkan dengan atau dinyatakan kepada orang lain.
    • 2) Tahap peribadi
    • Pada tahap ini seseorang itu membincangkan atau menambahkan dan menyebarkan pengetahuan dan kepercayaan agamanya daripada dan kepada sejumlah orang yang tertentu yang secara peribadi digolongkan sebagai orang yang mempunyai hubungan yang sangat erat dengannya.
    • 3) Tahap kumpulan
    • Pada tahap ini individu mempunyai kepercayaan agama yang sama dengan kepercayaan agama individu yang lain dalam suatu kelompok yang besar. Dengan itu ia bukan rahsia atau peribadi.
    • 4) Tahap masyarakat
    • Pada tahap ini individu mempunyai kepercayaan agama yang sama dengan kepercayaan agama anggota masyarakat tersebut.
  • 10.
    • Kesimpulan yang paling penting daripada pendapat yang di atas adalah bahawa agama merupakan masalah individu yang bersifat peribadi dan penuh dengan emosi, perasaan dan pemikiran tentang manusia dan dunianya (yang ghaib dan yang nyata). Secara keseluruhan, agama bukan sahaja kepercayaan peribadi, tetapi juga pemikiran, emosi, dan perasaan kelompok alau masyarakat yang wujud dalam pelbagai tindakan agama kelompok atau masyarakat. Agama juga menimbulkan pelbagai interpretasi dan kepercayaan agama bukan sahaja wujud pada tahap individu ataupun lahap sosial dan kelompok, bahkan juga pada tahap masyarakat.
    • Islam adalah agama yang menyentuh cara hidup yang menyeluruh meliputi semua aspek kehidupan seperti politik, ekonomi, sosial dan sebagainya. Dalam Islam menitikberatkan elemen rohani, jasmani, emosi dan intelektual. Kesyumulan dalam Islam membuktikan bahawa agama ini sesuai dengan tuntutan fitrah manusia. Hinduisme yang sebelumnya dilahirkan oleh sistem kasta yang telah dibudayakan secara turun-temurun, yang terpencil daripada setiap kedudukan, berfungsi sebagai penasihat ritual dan spiritual kepada individu dan komuniti. la membentuk pusat yang stabil bagi orientasi stratifikasi status, dan memberikan label kepada keteraturan sosial.
  • 11.
    • Buddhisme disebarkan oleh para pendeta yang dengan kerana menolak dunia, mereka tidak mempunyai tempat tinggal yang tetap dan suka berpindah-pindah. Hanya mereka yang menjadi anggota komuniti agama sepenuhnya, manakala yang lain adalah orang awam yang mempunyai nilai yang lebih rendah. Orang awam ini merupakan objek agama, bukan subjek agama. Ajaran Kristian pula mula disebarkan oleh para mubaligh sebagai suatu doktrin. Sepanjang zaman perkembangannya, agama Kristian secara khusus bersifat urban, dan di samping semua itu ia berkembang di kalangan rakyat. Keadaan ini berlaku sepanjang Zaman Kuno, Zaman Pertengahan, dan Zaman Purilanisme. Kota negara Barat yang unik antara semua kota di dunia dan kewarganegaraan berdasarkan agama hanya wujud di negara-negara Barat adalah pentas utama agama Kristian.
  • 12.
    • Bahagian Kedua
    • ISLAM
    • Islam adalah anugerah Allah kepada manusia yang disampaikan melalui pesuruh-Nya Nabi Muhammad S.A.W yang merupakan nabi dan rasul yang terakhir. Baginda merupakan pemimpin agung Islam yang menjadi teladan dalam segala aspek kehidupan dan baginda merupakan lambang agama Islam itu sendiri.Menurut sejarah, Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan di Mekah pada 12 Rabiul Awwal tahun Gajah bersamaan 20 April 570M. Nama baginda ialah Muhammad yang bererti terpuji. Bapanya Abdullah bin Abdul Mutalib dan ibunya Aminah binti Ibnu Zuwaib. Berketurunan Hasyim daripada kaum Quraisy yang merupakan cabang daripada salasilah Nabi Ismail dan Nabi Ibrahim. Nabi Muhammad adalah manusia yang terkenal dengan sikap amanah, jujur dan bertanggungjawab. Baginda tidak pernah mempercayai upacara penyembahan dan pemujaan berhala yang dijalankan oleh kaumnya. Justeru Allah telah memilih baginda sebagai Rasul dan Nabi bagi memerangi kemungkaran yang berleluasa di kalangan masyarakatnya. Kehidupan mereka yang dikategorikan jahiliyyah adalah berpunca daripada tabiat hidup mereka yang sukakan kepada keseronokkan yang menjatuhkan sifat keperimanusiaan seperti suka membunuh bayi perempuan yang dikatakan membawa keburukan, minum arak, berjudi, berfoya dan berzina.
  • 13.
    • Ketika berusia 40 tahun, baginda mula menyendiri di Gua Hira di Bukit Nur. Pada 17 Ramadan 610 M Nabi Muhammad s.a.w. telah didatangi Malaikat Jibrail sebagai utusan untuk melantik baginda sebagai seorang Rasul. Selepas menerima wahyu, baginda mula menyebarkan dakwah kepada ahli keluarga dan sahabat-sahabat yang akrab sahaja. Dakwah dijalankan secara rahsia kerana untuk menyampaikan sesuatu ajaran yang bertentangan dengan kepercayaan kaumnya sudah pasti mendapat tentangan yang hidup. Bilangan umat Islam yang minoriti pada waktu itu telah mendapat tentangan dan cabaran yang hebat yang akhirnya baginda mengambil keputusan untuk berhijrah daripada Mekah ke Madinah. Pembinaan Islam di Madinah telah membuka ruang dan peluang kepada kepesatan Islam ke seluruh dunia. Nabi Muhammad s.a.w. telah wafat pada pagi Isnin 12 Rabiulawwal tahun 11 Hijrah bersamaan 9 Jun 632M dan dimakamkan di Masjid Nabawi. Baginda hanya meninggalkan hartanya kepada seluruh umat Islam iaitu al-Quran dan al-Sunnah.
  • 14.
    • Pengertian Islam Daripada Perspektif Bahasa Dan Syarak
    • Islam dari segi bahasa adalah nama terbitan daripada perkataan “ Salam ” yang mengandungi makna sebagai tulen, suci, damai, aman atau sejahtera, taat dan menyerah. Pengertian Islam dalam segi syarak pula ialah mentauhidkan Allah, patuh, tunduk dan jujur hati kepada-Nya serta beriman dengan ajaran Allah yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w sebagai petunjuk dan cara hidup kepada semua manusia. Firman Allah Taala yang bermaksud:
    • “ Sesungguhnya agama di sisi Allah adalah Islam” (Ali Imran:19)
  • 15.
    • Panduan dan Bimbingan Umat Islam
    • Manusia memerlukan panduan dan bimbingan dalam meneruskan kehidupan. Tanpa panduan dan bimbingan, manusia menjadi sesat dan hilang arah tujuan kehidupan. Malah manusia yang sesat akan melakukan kerosakan dan kemungkaran di ats muka bumi. Justeru Allah menurunkan wahyu-Nya kepada manusia dan rasul sebagai pembimbing manusia dalam menjalani kehidupan yang sempurna dan mencapai kebahagian di dunia dan akhirat. Oleh itu, Islam memandu dan membimbing manusia dengan:
    • Al-Quran yang merupakan kalam Allah yang diturunkan melalui wahyu untuk Nabi Muhammad S.A.W melalui perantaraan malaikat Jibrail. Ia mengandungi semua hal mengenai agama Islam yang lengkap khususnya tentang kehidupan seorang muslim seperti perkara yang disuruh, dilarang, kisah teladan, perkara ghaib dan sebagainya. Ia diturunkan dalam bahasa Arab kerana Nabi Muhammad berbangsa Arab tetapi mesejnya bukan untuk orang Arab sahaja tetapi seluruh umat manusia
    • Al-Sunnah adalah perjalanan hidup Nabi Muhammad s.a.w iaitu peraturan yang diikuti oleh umat Islam berdasarkan perbuatan dan perkataan baginda. Ia disampaikan secara lisan kepada para sahabat sebcara terperinci.
    • Kedua-dua sumber ini dicatat dan ditulis oleh para sahabat para kayu, kulit binatang, pelepah tamar dan belulang. Apabila baginda wafat, para sahabat mengumpul dan membukukannya. Kandungan Al-Quran ada pada kitab Al-Quran hari ini dan kandungan Sunnah Nabi tertulis dalam Hadis.
  • 16.
    • Islam Sebagai Sistem Hidup
    • Islam adalah al-Din yang bermatlamatkan keamanan, kesejateraan dan kebahagian kehidupan di dunia dan akhirat. Justeru bagi merealisasikan matlamat tersebut, Islam telah menyediakan kaedah dan pelaksanaan sistem yang menyeluruh dan sempurna dalam memelihara kesejagatan kehidupan yang harmonis. Oleh itu, Islam mendidik umatnya dengan sistem pemikiran dan etika yang bersifat intrinsik dan ekstrinsik. Sistem pemikiran Islam meliputi kaedah iman, ijtihad dan rohaniah. Manakala etika Islam dikenali sebagai akhlak yang berasaskan kepada al-amr bi ma’ruf wa al-nahy an al-munkar.
  • 17. ISLAM DALAM MEMBENTUK PEMIKIRAN DAN ETIKA MANUSIA
    • Manusia dijadikan Allah dengan memiliki dua tenaga iaitu tenaga yang membina di bawah pengendalian akal yang boleh membezakan antara baik dan buruk, betul dan salah. Tenaga ini boleh mengarahkan kepada kebijaksanaan dan keadilan, persamaan, kasih sayang, tolong-menolong dan sebagainya. Seterusnya, tenaga yang merosak yang tunduk di bawah runtunan nafsu, naluri yang liar, sesat, tamak, angkuh, hasad dengki, bangga, suka menumpahkan darah, melakukan kekacauan, huru-hara, melakukan fitnah dan sebagainya yang boleh membawa keburukan dan kehancuran masyarakat dan negara. Firman Allah yang bermaksud:
    • Sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah dia dari hasutan nafsu itu). (Yusof: 53)
    • Oleh itu, Islam anugerah kepada manusia sebagai sistem yang membantu manusia merealisasikan matlamat utama manusia sebagai khalifah Allah di dunia. Melalui Islam, manusia dididik dengan kaedah keimanan, ijtihad dan rohaniah dalam memenuhi keperluan pemikiran manusia yang dibekalkan akal untuk berfikir, menaakul dan memahami pengetahuan dan kebijaksanaan dalam mengurus kehidupan. Rentetan itu, penghayatan pemikiran umat Islam memerlukan kepada implementasi tingkah laku berasaskan keimanan dengan merealisasikan amar makruf nahy mungkar sebagai petunjuk amalan yang mesti dipatuhi dan dihindari.
  • 18.
    • Justeru, Islam telah meletakkan elemen-elemen asas dalam membentuk pemikiran dan etika manusia dengan keimanan kepada Allah melalui:
    • Aqidah
    • Aqidah ialah pegangan dan keyakinan kepada Tuhan yang satu iaitu Allah. Ia merupakan kepercayaan yang terikat dan tersimpul di dalam hati dengan yakin kepada Allah bahawa Allah adalah satu, tidak beranak dan tidak diperanakkan. Dia tidak ada permulaan dan kesudahan. Dia maha mendengar, melihat dan bercakap tetapi bukan dengan pancaindera seperti makhluk yang diciptakannya. Al-Quran adalah kalam Allah yang diturunkan oleh-Nya kepada Nabi Muhammad S.A.W untuk disampaikan kepada seluruh manusia. Dengan erti kata lain, Allah itu sempurna tanpa ada sebarang kekurangan. Perkara asas yang lain ialah tentang kerasulan, perkara-perkara ghaib dan penetapan Allah terhadap sesuatu perkara. Perkara asas dalam aqidah adalah seperti yang terkandung dalam Rukun Iman.
    • Rukun Iman
    • Percaya kepada Allah.
    • Bererti mengakui dengan lidah, percaya dengan hati dan mengamalkan dengan perbuatan bahawa Allah itu wujud. Tanda kepercayaan ini ialah dengan penerimaan dan kepatuhan sepenuhnya kepada perintah dan larangan-Nya.
  • 19.
    • Percaya kepada Rasul
    • Mengakui kewujudan para rasul dan nabi dan beriman dengan apa yang disampaikan oleh mereka. Mereka adalah manusia yang terpilih untuk menyampaikan perintah Allah kepada kaum masing-masing. Nabi yang diutuskan adalah dari kalangan manusia biasa yang normal. Mereka juga makan, minum, berkeluarga dan kehidupan yang sama dengan manusia. Nabi dan rasul mempunyai empat sifat yang penting iaitu siddiq (benar), amanah, tabligh (menyampaikan) dan fathonah (bijak) . Bilangan nabi dan rasul adalah banyak tetapi terdapat 25 orang Rasul yang dinyatakan dalam al-Quran ialah Adam, Idris, Nuh, Hud, Soleh, Ibrahim, Lut, Ismail, Ishak, Yaakub, Yusuf, Ayyub, Syuib, Musa, Harun, Zulkifli, Daud, Sulaiman, Ilyas, Ilyasa’, Yunus, Zakaria, Yahya, Isa dan Muhammad s.a.w. Manakala lima orang Rasul terpilih dengan gelaran ulul-azmi adalah para rasul yang dianugerahkan cabaran dan dugaan yang hebat ketika berdakwah ialah:
      • Nabi Nuh
      • Nabi Ibrahim
      • Nabi Musa
      • Nabi Isa
      • Nabi Muhammad S.A.W.
  • 20.
    • Percaya kepada Malaikat
    • Mengakui bahawa wujudnya makhlus halus dan ghaib yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia. Malaikat dijadikan Allah sebagai pesuruh-Nya. Bilangan malaikat banayk tetapi ada 10 yang utama iaitu:
        • Jibrail-Ketua Malaikat-berperanan sebagai penyampai perintah Allah kepada utusan-utusannya.
        • Mikaill-berperanan untuk menurunkan rezeki..
        • Israfil-berperanan untuk meniup sangkakala.
        • Izrail-berperanan untuk mengambil nyawa..
        • Munkar dan Nakir-berperanan untuk menyoal orang mati dalam kubur.
        • Ridhwan-berperanan menjaga syurga.
        • Malik-berperanan menjaga neraka.
        • Raqib dan Atib- berperanan mencatatamalan manusia .
    • Percaya kepada kitab-kitab suci
    • Mengakui kebenaran kandungan kitab-kaitab suci yang menjadi panduan kepada manusia. Ada 4 kitab yang utama iaitu
    • a) Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad
    • b) Injil diturunkan kepada Nabi Isa
    • c) Zabur diturunkan kepada Nabi Daud
    • d) Taurat kepada Nabi Musa.
  • 21.
    • Percaya kepada Hari Akhirat
    • Yakin bahawa adanya alam lain selepas mati. Kepercayaan tentang hari akhirat termasuklah Hari Qiamat, Kebangkitan Semula, Hari Pembalasan, Padang Masyar, Syurga dan Neraka.
    • Percaya kepada Qada’ dan Qadar
    • Yakin bahawa sesuatu yang terjadi itu sudah ditentukan oleh Allah sejak azali lagi. Takdir baik dan buruk semuanya ditetapkan oleh Allah dan manusia tidak boleh mengubah ketetapan itu seperti umur, rezeki, ajal daan jodoh.
  • 22.
    • Klasifikasi Aqidah
    • Rukun Islam
    • Mengucap dua kalimah syahadah -“tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad S.A.W itu adalah pesuruh Allah”.
    • Mendirikan solat lima- solat subuh, zohor, asar, mahgrib dan isyak.
    • Menunaikan puasa di bulan Ramadhan selama sebualan- menahan diri dari lapar dan dahaga serta perkara-perkara yang membatalkan puasa sepanjang hari dalam bulan Ramadhan.
    • Mengeluarkan zakat- mengambil sebahagian harta dan disedekahkan kepada yang berhak.
    • Menunaikan fardu Haji di Baitullahilharam- menyempurnakan Haji dengan pergi ke Makkah dan dan menunaikan segala rukunnya.
    • b) Syariah
    • Syariah ialah perjalanan hidup manusia dan kehidupan sosial manusia yang berasaskan kepada al-Quran dan al-Sunnah. Dalam erti kata lain, syariah ialah peraturan-peraturan yang telah digariskan dalam agama Islam meliputi segala aspek hal-ehwal kehidupan manusia sejagat. Syariah meliputi empat bidang besar iaitu: ibadat, muamalat (kemasyarakatan, perniagaan, pertanian, pembinaan), munakahat (hal ehwal perkahwinan, kekeluargaan), dan janayat (jenayah-perbuatan jahat).
  • 23.
    • Akhlak
    • Sistem perlakuan secara menyeluruh yang meliputi budi pekerti, kelakuan dan tabiat yang menjadi sebahagian daripada peribadi manusia. Ia meliputi cara seseorang individu itu bertindak dalam hubungannya sesama manusia, dengan alam sekitar dan dengan penciptanya. Akhlak berdasarkan Al-Quran dan Hadis. Oleh sebab itu, akhlak adalah asas pembentukan tingkah laku manusia yang dinilai melalui amar makruf nahi mungkar.
    • Amar Maaruf
    • Amar makruf adalah suruhan Allah kepada manusia untuk berbuat kebaikan yang mendatangkan faedah kepada manusia. Ia juga melibatkan tindakan yang komited, cara perhubungan yang tertib dan melibatkan perasaan yang murni. Dengan kata lain, amar makruf merangkumi semua hal yang positif dan memberi manfaat kepada manusia dan makhluk yang lain. Dalam hal ini, ia merupakan kewajipan melaksanakan tugas kepada Allah dengan kepercayaan kepada tuhan diikuti dengan ibadah yang mencukupi selalunya dalam bentuk fardhu ain yang memerlukan individu itu sendiri melakukannya. Selain itu, dari aspek kewajipan terhadap manusia, ia melibatkan hubungan sesama individu seperti mengukuhkan sillaturrahim, membantu fakir miskin dan hubungan kekeluargaan dan menjaga maruah diri. Begitu juga kewajipan terhadap alam sekitar memelihara dan mengurus alam dengan bertanggungjawab terhadap pembangunan dan perubahan yang melibatkanya.
  • 24.
    • Nahi Mungkar
    • Nahi mungkar ialah larangan melakukan perkara-perkara yang merosakkan, memudaratkan dan menyebabkan penderitaan kepada manusia. Ia meliputi semua perkara buruk yang melibatkan perbuatan, percakapan dan perasaan. Dalam konteks ini, nahi mungkar terdiri daripada perbuatan-perbuatan ingkar kepada perintah Allah seperti biadab dalam perhubungan dan tidak peduli dengan nilai-nilai murni. Contohnya, syirik kepada Allah, menipu, berzina, minum arak, membunuh, riba, judi, berbuat zalim, tidak hormat ibu bapa, sombong, berbohong dan sebagainya.
  • 25.
    • PERINGKAT KEDUDUKAN MANUSIA DALAM ISLAM
    • Iman
    • Iman dalam bahasa Arab bermaksud 'membenarkan' atau suatu kepercayaan yang kukuh. Daripada segi istilah bahasa, iman ialah membenarkan sesuatu secara pasti dan tidak menerima perubahan ataupun pembatalan dengan disertai kepatuhan yang sempurna padanya. Iman juga ialah mem­benarkan secara meyakinkan dan disertai oleh perbuatan. Dengan kata lain, iman atau akidah ialah kepercayaan dalam diri yang menenteramkan jiwa dan memenuhi kalbu, ia juga merupakan kepercayaan keagamaan yang bersumberkan wahyu, atau berupa keyakinan politik ataupun social. Kesimpulannya, iman daripada sudut penggunaan bahasa Arab ialah suatu kepercayaan, keyakinan, merasa aman pada sesuatu perkara sama ada ketuhanan, kemanusiaan, ideologi ataupun falsafah. Dalam bahasa Malaysia, pengertian iman digunakan lebih khusus, hanya beriman kepada Allah SWT semata-mata. Menurut Kamus Dewan, iman dinyatakan sebagai kepercayaan adanya Allah dan mematuhi segala perintah-Nya.s Pengertian ini lebih hampir pada definisi iman menurut istilah syarak ialah apa yang dinyatakan oleh Nabi Muhammad SAW ketika menjawab pertanyaan Jibrail as berkenaan Iman, Islam dan Ihsan. Baginda SAW menyatakan iman ialah, "Kamu beriman dengan Allah, para malaikat­Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, hari kiamat, dan kamu beriman qadak serta qadar-Nya, yang baik dan yang buruknya".
  • 26.
    • Kufur
    • Perkara yang berlawanan dengan iman adalah kufur. Seseorang yang melakukan amalan kekufuran disebut sebagai kafir. Implikasi perbuatan kufur ini sangat besar kepada kehidupan seseorang. Manusia yang kufur tidak berhak memperolehi hak-­hak sebagai seorang Islam di dunia ini seperti hak persaudaraan dalam Islam, harta pusaka, penyembelihan, perkahwinan, walak iaitu kepercayaan, kepimpinan, pertolongan dan kasih sayang dan pengurusan jenazah. Balasan Allah ke atas mereka adalah sejak mereka di dunia lagi. Mereka mendapat kemurkaan Allah dan dijauhkan daripada hidayah Allah SWT. Manakala di akhirat pula, mereka akan dihumbankan ke dalam neraka yang dipenuhi seksa yang amat dahsyat dan mereka kekal di dalamnya selama-lamanya.
    • Perkataan kufur dan kafir berasal daripada bahasa Arab yang bererti tutupan, penutup, dinding dan terlindung. Oleh itu, perkataan kufur digunakan bagi sifat perbuatan yang membawa kepada tertutup atau terdindingnya seseorang daripada cahaya iman. Perkataan kafir disebut bagi orang yang melakukan perbuatan kufur kerana dia menutup dan mendinding dirinya daripada cahaya hidayah serta iman kepada Allah SWT. Kesimpulannya, kufur ialah segala perbuatan yang menunjukkan penafian pada rukun-rukun iman, penyembahan serta ketaatan kepada selain daripada Allah, penolakan dan penentangan keimanan kepada Allah SWT, menafikan kekuasaan­Nya, menolak hukum-hukum-Nya, menghinakan hukum-Nya, utusan-Nya dan segala ajaran-Nya yang disampaikan oleh Rasul­. Orang yang melakukan perbuatan ini disebut sebagai kafir apabila telah sabit dan jelas kekufurannya itu. Kufur berlaku sama ada melalui iktikad, perkataan ataupun perbuatan seseorang.
  • 27.
    • Kufur Dengan Iktikad
    • Iktikad yang berlawanan dengan rukun iman dan rukun Islam adalah iktikad kufur. Iktikad ini jelas menunjukkan seseorang itu kafir atau menyebabkan terkeluarnya seseorang daripada akidah Islam. Perkara ini boleh dibahagikan kepada empat kategori utama:
    • Ketuhanan atau al-Ilahiyyat
    • Di antara perkara yang termasuk dalam perbuatan kufur dalam soal ketuhanan adalah:
    • Mempercayai alam ini sedia ada, tiada peneipta dan kekal selamanya.
    • Menafikan Allah sebagai pencipta alam yang menentukan segala perjalanan kehidupan ini.
    • Menafikan sifat-sifat kesempurnaan Allah yang tidak menyerupai makhluk lain.
    • Mempercayai Allah lebih daripada satu.
    • Mempercayai Allah mempunyai bentuk tertentu seperti makhluk.
    • Mempercayai Allah mempunyai anak dan isteri.
    • Beriktikad bahawa Allah tidak adil dalam hukuman dan ketentuan qadar-Nya.
    • Mempercayai wujud tuhan selain Allah.
    • Mempercayai wujud kuasa-kuasa lain selain Allah seperti dewa-dewa, penunggu, roh-roh dan sebagainya.
  • 28.
    • Kenabian atau al-Nubuwwah
    • Akidah berkaitan al-nubuwwah adalah antara asas akidah yang kuat dalam Islam. Iktikad yang salah berkenaan kenabian ini dapat menjerumuskan seseorang ke dalam perbuatan kufur. Antara perbuatan tersebut adalah:
    • Mengingkari kenabian dan kerasulan mereka yang diutuskan sebagai nabi ataupun rasul yang dinyatakan seeara jelas dalam al-Quran dan hadis mutawatir.
    • Menafikan seseorang rasul, sebahagian rasul ataupun keseluruhannya.
    • Mengingkari kerasulan Nabi Muhammad SAW.
    • Berpegang kepada prinsip bahawa Nabi Muhammad SAW hanya diutus untuk bangsa Arab sahaja.
    • Iktikad bahawa Nabi Muhammad yang sebenar adalah Muhammad yang batin, bukan yang zahir.
    • Menghina Nabi Muhammad SAW dan rasul-rasul yang diutus oleh Allah SWT.
  • 29.
    • Perkara-perkara Sam'iyyat
    • Perkara-perkara sam'iyyat ialah segala perkara ghaib yang dinyatakan dalam al-Quran dan hadis-hadis yang mutawatir. Mengingkari perkara-perkara ini adalah kufur yang nyata kerana perbuatan tersebut bermaksud menafikan kekuasaan dan kesempurnaan Allah SWT. Perbuatan ini juga menafikan kebenaran Rasulullah SAW yang menyampaikan ajaran Islam tentang perkara sami'yyat seperti:
    • Kewujudan makhluk yang bernama jin.
    • kewujudan syurga dan neraka.
    • Kewujudan Arasy Allah.
    • Kewujudan Mahsyar
    • Kewujudan alam barzakh.
    • Kewujudan roh yang dijadikan oleh Allah untuk makhluk-­makhluk-Nya.
  • 30.
    • Hukum syarak yang muktamad
    • Beriktikad mengingkari hukum-hukum syarak yang muktamad yang sabit dalam al-Quran, hadis-hadis yang sahih dan mutawatir serta ijmak ulama adalah perbuatan kufur yang menjadi sifat orang-orang kafir. Perbuatan ini mengeluarkan seseorang daripada akidah Islam. Ingkar kepada hukum-hukum Allah menyebabkan seseorang individu itu tidak mempercayai Allah yang memutuskan hukum tersebut ataupun menganggap bahawa Allah tidak adil dan tidak pandai memutuskan hukum untuk makhluk-Nya.Pengingkaran ini juga membawa maksud tidak mempercayai malaikat Jibrail as dan Rasulullah SAW yang menyampaikan hukum tersebut, kitab al-Quran yang mengandungi hukum tersebut, balasan di akhirat terhadap pelanggaran dan perlaksanaan hukum tersebut, dan qadak-qadar Allah yang menentukan hukum sedemikian untuk manusia sebagai makhluk supaya dapat melaksanakannya dalam kehidupan mereka. Antara perbuatan yang termasuk dalam kategori ini ialah:
    • Mengingkari kewajipan rukun Islam yang lima.
    • Menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah seeara qat'ie.
    • Mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah SWT. Meragui mana-mana syariat Islam.
    • Tiada ketetapan hati antara hendak menjadi kafir ataupun tidak.
    • Bercita-cita menjadi kafir pada masa depan.
    • Menolak mana-mana hukum Allah yang sabit seeara qat'ie.
  • 31.
    • Kufur Dengan Sebab Perkataan
    • Kufur juga boleh berlaku dengan sebab perkataan yang membawa kepada maksud kufur pada agama Allah SWT. Antara jenis perkataan tersebut adalah:
    • Mencela Allah SWT sama ada sifat-sifat-Nya, perbuatan-Nya, kalam-Nya ataupun ketentuan qadak-qadar-Nya dan yang seumpama dengannya yang membawa maksud menafikan kesempurnaan dan keagungan Allah SWT.
    • Mengeluarkan kata-kata yang menghina Rasul-rasul utusan Allah, sebahagian daripada mereka ataupun salah seorang daripada mereka. Menghina atau meneela kitab-kitab yang diturunkan oleh Al­lah SWT, walaupun satu ayat daripadanya.
    • Memperlekehkan Islam sama ada salah satu hukumnya ataupun keseluruhan hukum-hukum Islam.
    • Menolak, menafi, mengingkari segala perkara yang ijmak atau disepakati oleh seluruh ulama Islam yang mana sudah termaklum di kalangan umat Islam.
  • 32.
    • Kufur Dengan Sebab Perbuatan
    • Kufur juga boleh terjadi dengan sebab perbuatan seseorang yang menunjukkan ia adalah perbuatan orang yang tidak beriman dengan Allah SWT dan ingkar dengan suruhan dan larangan Allah SWT. Antara perbuatan yang menyebabkan berlakunya kekufuran ialah:
    • Perbuatan yang menunjukkan pengagungan kepada makhluk seperti rukuk dan sujud yang hanya khusus kepada Allah SWT sahaja.
    • Melakukan upacara ibadat orang kafir ke atas makhluk yang mereka sembah ataupun apa sahaja sembahan lain selain daripada Allah SWT.
    • Menghina al-Quran, hadis-hadis nabi, nama-nama Allah, nama-nama rasul, malaikat, buku-buku Islam, dan perkara-­perkara yang menjadi syiar dalam Islam.
    • Memakai salib ataupun apa-apa alatan, tangkal dan pakaian yang khusus bagi upacara ibadat orang kafir ataupun yang khusus melambangkan agama tersebut.
    • Meninggalkan solat ataupun hukum-hukum yang termaktub dalam Islam secara darurat dengan tujuan mengingkari kewajipan hukum tersebut.
  • 33.
    • Munafik
    • Definisi munafik menurut istilah syarak ialah orang yang menzahirkan apa yang berlainan daripada apa disembunyikan di dalam hatinya, sekiranya apa yang disembunyikan adalah pendustaan terhadap asas-asas iman dia adalah munafik yang tulen, dan hukumannya di akhirat adalah hukuman orang kafir, malah lebih dahsyat kerana penipuan yang dilakukan kepada orang-orang beriman dengan menzahirkan Islam di hadapan mereka. Firman Allah, "Sesungguhnya orang-orang munafik berada di jurang paling bawah di dalam neraka." Sekiranya apa yang disembunyikan bukan daripada perkara kufur kepada Allah, Kitab-Nya, dan Rasul-Nya, tetapi hanyalah sesuatu maksiat terhadap Allah, maka dia adalah orang yang terdapat padanya salah satu cabang daripada sifat munafik. Sifat-sifat orang munafik sebagaimana yang terdapat dalam al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah SAW antaranya:
    • Hati yang sakit, iaitu hati yang tidak dapat menerima kebenaran atau melihat kebenaran dengan pandangan yang serong.
    • Melakukan kerosakan di bumi dengan membuat maksiat dan kekufuran, tetapi tidak mengakuinya, malah mengatakan mereka berbuat kebaikan.
    • Menuduh orang yang beriman sebagai bodoh kerana beriman dengan Allah dan mematuhi segala perintah dan larangan Al­lah. Mereka adalah orang yang cerdik kerana dapat membuat apa sahaja yang mereka suka walaupun melanggar perintah Allah, merosakkan diri mereka dan manusia yang lain.
    • Mereka berkata-kata dengan baik, tetapi dalam hati mereka adalah musuh yang sangat keras. Mereka berbangga dengan dosa-dosa dan kerosakan di bumi yang mereka lakukan.
    • Memberi keutamaan kepada orang-orang kafir dan memberi peluang mengkhianati orang-orang Islam.
    • Menipu, riyak atau menunjuk-nunjuk dan malas dalamberibadah.
    • Berhukum dengan hukum-hukum taghut.
    • Merosakkan perpaduan orang-orang Islam. Berdusta, takut dan benci kepada orang-orang Islam.
    • Suka mengaibkan orang-orang Islam yang berada di jalan yang benar, reda dan marah demi keuntungan diri sendiri.Menyeru kepada mungkar dan melarang perkara makruf. Khianat dan tidak menepati janji.
    • Mengaibkan orang-orang beriman, menghina mereka dan tidak reda dengan mereka walaupun sedikit.
    • Berpesan-pesan agar meninggalkan jihad.
    • Merancang membuat mudarat kepada orang beriman dan berselindung di sebalik perbuatan yang zahirnya baik tetapi sebaliknya mengandungi perancangan jahat.
  • 34.
    • Syirik
    • Syirik berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud sekutu alau kongsi. Dalam Kamus Dewan mentakrifkan syirik sebagai perbuatan menyekutukan Al­lah dengan yang lain seperti beribadah kepada selain Allah dengan menyembah patung, tempat keramat dan sebagainya. Menurut istilah syarak, syirik adalah dosa yang paling besar yang tidak diampunkan oleh Allah SWT di hari akhirat dan orang yang melakukannya menjadi kafir, kekal di dalam neraka selama­nya. Sekiranya dia sempat bertaubat semasa di dunia dan kembali kepada Islam dengan bersungguh-sungguh, Allah akan mengampunkan dosa tersebut.
    • Pembahagian Syirik
    • Syirik terbahagi kepada tiga iaitu:
    • a) Syirik akbar
    • Syirik akbar ialah mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, sama ada dengan mempercayai dan menyembah sesuatu yang dianggap mempunyai kuasa luar biasa, sama ada sebagai pengantara dengan Allah seperti berhala, sebagai anak Allah, isteri, roh ataupun mempunyai kuasa tertentu yang hanya milik Allah SWT. Syirik akbar adalah syirik yang sebenar, yang tidak diampunkan oleh Allah SWT. Orang Islam yang melakukannya boleh dijatuhkan hukuman murtad, manakala manusia yang mengamalkannya adalah kafir dan disebut juga sebagai musyrik. Antara contoh perlakuan syirik yang sering dilakukan dalam masyarakat adalah memohon sesuatu daripada kubur orang yang meninggal dunia, memohon sesuatu daripada makhluk jin dengan cara memuja dan mempersembahkan sesuatu kepada mereka, memuja dan mempercayai 'kekuasaan' semua makhluk sama ada pokok, bukit, gua, busut, matahari, bintang, bulan dan sebagainya. Selain daripada syirik dalam bentuk pemujaan dan permohonan, terdapat juga syirik dalam bentuk penghambaan dan ketaatan kepada selain daripada Allah SWT. Perkara ini terjadi kerana seseorang ataupun sekumpulan orang mematuhi perintah atau hukum yang lain daripada hukum Allah SWT dengan menolak hukum Allah SWT.
  • 35.
    • b) Syirik akbar khafi
    • Syirik ini berlaku dalam bentuk percampuran antara amalan yang berunsurkan kekufuran dengan amalan yang berunsurkan Islam. Pencampuran ini menyebabkan kecelaruan dalam akidah seseorang kerana hak-hak Allah SWT diberikan atau dikongsikan kepada makhluk-makhluk ciptaan Allah seperti kekuasaan, pengabdian, mohon pertolongan dan perlindungan, keikhlasan, sifat-sifat kesempurnaan dan sebagainya. Perkara-perkara ini jika tidak diteliti menyebabkan seseorang terjerumus dalam perangkap syaitan dan dibimbangi pelakunya mati dalam keadaan kufur kepada Allah SWT jika tidak sempat bertaubat. Antara contoh amalan tersebut adalah:
    • Bersumpah dengan yang lain daripada Allah seperti bersumpah dengan nama nabi, Kaabah, wali dan orang soleh.
    • Memakai tangkal dengan tujuan menolak sesuatu kemudaratan ataupun bagi mendatangkan sesuatu keuntungan dengan pergantungan kepada tangkal tersebut sebagai sebab mendapatkan tujuan tertentu.
    • Jampi mantera yang mengandungi permohonan pertolongan atau perlindungan daripada yang lain daripada Allah SWT seperti jin, semangat, penunggu, dan seumpamanya.
    • Mengamalkan sihir. Sihir adalah perbuatan kufur dan para ulama salaf berpendapat ahli sihir adalah kafir. Ia termasuk dalam amalan syirik kerana melibatkan pemujaan ke atas jin dan syaitan serta kepercayaan karut yang bertentangan dengan akidah Islam dan juga amalan-amalan yang bercanggah dengan syariat Allah SWT.
    • Mempercayai ramalan ahli nujum dan mengamalkan ilmu nujum. Ahli nujum meramalkan sesuatu yang belum berlaku dengan kaedah pergerakan bintang dan sebagainya dan mendakwa mengetahui perkara ghaib yang hanya diketahui oleh Allah SWT. Perkara ini menyebabkan dia menyamakan dirinya dengan Allah SWT dengan mendakwa tahu sesuatu yang hanya diketahui oleh Allah SWT.
  • 36.
    • Mempercayai ramalan tukang tenung. Biasanya tukang tenung akan berhubung dengan jin atau syaitan ataupun mendakwa roh seseorang sudah masuk dalam dirinya lain memberitahu nasib seseorang, perkara yang akan berlaku dan sebagainya.
    • Nazar kepada selain Allah SWT, seperti bernazar menyembelih binatang atau bersedekah kepada kubur seseorang ataupun melakukan apa-apa amalan kebaikan yang ditujukan kepada selain Allah SWT.
    • Mempercayai sial, seperti keadaan khusus pergerakan burung, biawak, bulan, bintang dan sebagainya yang membawa keburukan atau bencana. Semua kepercayaan ini bertentangan dengan iman pada qadak dan qadar serta kekuasaan Allah SWT.
    • Mentakdiskan sesuatu iaitu terlalu mengagungkan seseorang atau sesuatu benda sehingga menyamai salah satu sifat Allah SWT, sama ada nabi, rasul, tempat-tempat tertentu, objek tertentu dan sebagainya.
    • Memuja kubur sehingga menjadikannya tempat suci bagi membuat nazar, memohon sesuatu, tawaf dan sebagainya. Perkara ini bertentangan dengan akidah Islam kerana segala puji-pujian, nazar dan memohon pertolongan hanyalah kepada Allah SWT. 'Kesucian' dan keberkatan sesuatu tempat seperti Kaabah, Makkah, Madinah dan Masjid al-­Aqsa hanya ditentukan oleh Allah SWT. Campur tangan manusia menentukan 'kesucian' sesuatu tempat adalah amalan syirik yang wajib dijauhkan sama sekali.
    • Mengambil berkat daripada sesuatu benda yang dianggap mempunyai 'keramat', luar biasa dan kuasa khusus seperti pokok, batu, bukit, kubur dan seumpamanya. Rasulullah SAW pernah memerintahkan Ali ra meratakan kubur bagi mengelakkan pemujaan dan sebagainya. Umar ra pernah memerintahkan supaya pokok tempat berlakunya Bai'atul Ridwan' ditebang kerana ditakuti ia dijadikan tempat rnembuat perkara-perkara syirik dan seumpamanya.
  • 37.
    • Syirik Asghar
    • Syirik ashgar ialah penyekutuan terhadap Allah dalam melakukan ibadat atau amalan kebaikan dengan niat kerana yang lain daripada pengabadian diri kepada Allah SWT. Syirik asghar adalah syirik yang tersembunyi kerana tidak disedari oleh orang yang melakukan perkara tersebut. Syirik ini berrsangkutan dengan amalan hati seseorang. Ia terjadi apabila sesuatu amalan ketaatan dikerjakan dengan niat yang tidak ikhlas kerana Allah SWT seperti riyak iaitu hanya menunjuk-nunjuk kepada orang ramai, mendapat pujian dan sanjungan, bagi sesuatu tujuan seperti perniagaan dan perkahwinan serta tujuan-tujuan yang seumpamanya. Terdapat beberapa tingkatan riyak iaitu:
    • Tingkatan pertama:
    • Riyak yang paling berat adalah ibadat yang dilakukan semata-mata dengan niat untuk manusia ataupun sesuatu tujuan, tanpa ada niat mendapatkan pahala atau mendapatkan keredaan Allah sama sekali. Contohnya, orang yang hanya solat ketika berada bersama orang ramai, tetapi apabila dia berseorangan dia tidak melakukannya langsung.
    • Tingkatan kedua:
    • Ibadat yang bertujuan mendapatkan sedikit pahala dengan maksud riyak, apabila ia berseorangan dia tidak melakukannya langsung. Kedua-dua jenis ini adalah tercela di sisi Allah SWT.
  • 38.
    • Tingkatan ketiga:
    • Tujuan ibadah adalah mendapatkan ganjaran pahala dan juga kerana riyak. Tujuan tersebut tidak membangkitkannya untuk beribadah, sama ada ketika berseorangan ataupun bersama orang ramai. Jenis ini juga tidak selamat daripada dosa dan bahaya syirik.
    • Tingkatan keempat:
    • Ibadah yang dilakukan adalah ikhlas kerana Allah, tetapi sekiranya terdapat pemerhatian manusia, ia memperelok amalannya, tetapi sekiranya tidak ada orang yang melihat perbuatannya, dia melakukan ibadah secara ala kadar sahaja. Ibadah seperti ini diberi pahala mengikut niat yang sahih, dan mendapat dosa atas niat yang fasid.
  • 39.
    • 'Asi daripada sudut bahasa Arab ialah orang yang melanggar perintah dan daripada sudut istilah, orang 'asi ialah, "Sesiapa yang mempunyai asas iman iaitu ikrar dengan syahadah `La Ilaha illallah Wa anna Muhammad Rasulullah', tetapi mereka tidak menunaikan hak-hak syahadah tersebut, mereka melanggar beberapa perintah-perintah syarak dan mendatangi larangan-larangan-Nya. Antara mereka ada yang banyak melakukan maksiat dan ada yang kurang dan ada yang sederhana dengan darjat-darjat kejahatan yang berlainan."
    • Secara umumnya, kesalahan, kesilapan dan maksiat boleh berlaku kepada sesiapa sahaja kecuali para nabi dan rasul yang terpelihara daripada dosa. Bagi manusia biasa, walaupun mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat, tidak ada sesiapa yang terlepas daripada melakukan kesilapan dalam hidup mereka. Perkara ini disebut oleh Nabi SAW, "Setiap anak Adam melakukan kesalahan, dan sebaik-­baik orang yang bersalah adalah mereka yang bertaubat." Seeara umumnya terdapat dua faktor utama selain terdapat faktor-faktor lain yang menjerumuskan seseorang ke dalam maksiat :
    • Iman yang lemah:
    • Kadang kala iman menjadi lemah ataupun berterusan dalam keadaan lemah dan tertipu dengan bisikan hawa nafsu dan hasutan iblis dan syaitan serta suasana persekitaran yang mendorong ke arah tersebut. Iman menjadi lemah apabila seseorang melupakan Allah SWT dan tidak berzikir atau mengingati-Nya, lalai daripada mengerjakan ibadah kepada-Nya, dan tidak mempelajari ilmu­-ilmu yang meningkatkan keimanan dan kefahaman terhadap agama Allah SWT. Ia bertambah lemah apabila seseorang itu menganut fahaman yang mengelirukan, menyeleweng dan menyesatkan manusia daripada jalan Allah SWT. Hanya orang yang berilmu dan kuat iman dapat menyelamatkan diri apabila tergelincir dalam perangkap jurang maksiat dengan kembali kepada Allah dan bertaubat dengan bersungguh-sungguh.
  • 40.
    • Kejahilan hati
    • Antara faktor terbesar yang menyebabkan berlakunya maksiat adalah jahil. Orang yang melakukan maksiat adalah orang yang jahil. Kejahilan yang dimaksudkan bukan kejahilan akal berkaitan hukum perl,ikuan tersebut, tetapi yang dimaksudkan adalah kejahilan hati, perasaan, minda dan roh berkenaan keagunganAllah, uluhiyyah, rububiyyah, nikmat-nikmat kurniaan Allah dan kejahilan berkaitan kehinaan diri manusia yang sepatutnya membawa ketaatan yang sepenuhnya kepada Allah SWT. Orang yang melakukan maksiat adalah jahil daripada sudut ketiadaan perasaan sensitif serta takut pada ancaman-ancaman Allah ke atas dirinya dan mudarat-mudarat yang akan menimpa akibat perbuatan tersebut sejak di dunia ini lagi. Sekiranya dia mengetahui mudarat maksiat adalah lebih dari mudarat meminum racun, terjun ke dalam api, dan seumpamanya nescaya dia sekali­ kali tidak melakukan maksiat tersebut. Orang yang melakukan maksiat juga jahil daripada sudut perasaan hatinya berkenaan nisbah bandingan kenikmatan dunia dengan kenikmatan di akhirat, menyebabkan dia mengutamakan nikmat melakukan maksiat di dunia yang sementara ini. Dia juga adalah orang yang jahil daripada sudut emosi dan mindanya, bahawa mati pasti datang pada bila-bila masa tanpa diundang dan tanpa meminta izin terlebih dahulu. Semua kejahilan ini menyebabkan seseorang tidak takut melakukan maksiat sama ada dengan cara meninggalkan perintah Allah atau melanggar larangan-Nya.
  • 41.
    • Justeru setiap individu perlu menjaga diri daripada melakukan maksiat pada setiap masa dan ketika. Antara langkah-langkah yang perlu diambil bagi menjaga diri daripada maksiat adalah:
    • Pastikan diri sentiasa mengingati Allah SWT dan bertakwa kepada-Nya di mana sahaja berada sebagaimana sabda Rasulullah SAW, "Bertakwalah kamu kepada Allah di mana sahaja kamu berada."
    • Sentiasa membaca al-Quran dengan mentadabburkan maknanya dan mempelajari hadis-hadis Rasulullah SAW.
    • Sentiasa menambahkan ilmu-ilmu berkenaan Islam dan mengulang kajinya seeara berterusan.
    • Sentiasa menghubungkan segala ilmu keduniaan dengan konsep tauhid dan prinsip-prinsip syariat Islam.
    • Sentiasa berdampingan dengan orang yang baik yang taat kepada Allah dan menjauhi orang yang lalai daripada mengingati Allah.
    • Menjauhi perkara-perkara yang membangkitkan perasaan ke arah melakukan maksiat seperti filem, majalah, majlis-majlis berunsur maksiat dan lain-lain.
    • Segera bertaubat kepada Allah apabila tersalah melakukan sesuatu perkara maksiat walaupun dianggap kecil.
    • Sentiasa beristighfar dan memohon keampunan Allah pada setiap hari.
    • Mengenali tipu daya syaitan dan cara-cara mengatasinya.
  • 42.
    • Murtad
    • Murtad ialah orang yang melakukan riddah, iaitu memutuskan Is­lam dengan niat kufur atau perbuatan kufur. Syarat riddah ialah tidak melibatkan kanak-kanak, orang gila atau hilang akal dan orang yang dipaksa, tetapi ia sah bagi orang yang mabuk kerana minum arak. Hukum orang yang melakukan kesalahan riddah jika sabit kesalahannya di mahkamah syariah dan diadili secara Islam, dia diputuskan sebagai murtad secara sah, tetapi dia diberi peluang dan diberi penerangan selama tiga hari untuk bertaubat dan kembali kepada Islam serta dibebaskan. Jika dia berkeras dengan keputusan riddahnya, dia dihukum bunuh dan segala hartanya dirampas dan dibayarkan hutangnya, pampasan jenayahnya, nafkah keluarga serta saudara maranya dan selebihnya diberikan kepada Baitulmal sebagai fai iaitu seperti rampasan tanpa perang.
  • 43.
    • Bahagian Ketiga
    • KRISTIAN
    • Berdasarkan fakta sejarah, agama Kristian mengalami proses evolusi dan pengubahsuaian yang membawa perbezaan antara ajaran Kristian yang asal dengan pengamalan masa kini. Justeru pembawa ajaran ini dibahagiakan kepada dua aliran iaitu ajaran Jesus dan Paulus. Agama yang dibawa oleh Jesus Christ dilihat dari tiga aspek, iaitu sebagai satu kepercayaan, upacara hidup dan satu komuniti manusia. Penekanan yang diberi ke atas aspek-aspek ini berbeza daripada satu kumpulan dengan kumpulan yang lain. Namun, secara umumnya, ketiga-tiganya berdasarkan kepada kehidupan dan pengajaran Jesus Christ yang dipercayai oleh penganutnya sebagai anak Tuhan kerana dia dilahirkan ke dunia tanpa bapa. Kristianiti asalnya sebahagian daripada Agama Yahudi kerana Jesus Christ adalah orang Yahudi dan menyebarkan ajarannya di kalangan mereka. Tetapi kedua-duanya berpisah atas soal-soal kepercayaan. Orang-orang Kristian menganggap Jesus Christ sebagai jelmaan Tuhan di atas dunia dan dengan itu pengajarannya sekaligus memansuhkan segala peraturan yang wujud dalam ajaran Agama Yahudi. Hal ini tidak dapat diterima oleh orang-orang Yahudi. Jesus Christ dianggap penyeleweng agama dan sesat, lantas diburu. Mengikut kepercayaan orang-orang Kristian, dia akhirnya ditangkap dan disalib. Kini agama ini sudah berusia lebih kurang 2000 tahun mempunyai pengaruh yang semakin meluas.
  • 44.
    • Kepesatan perkembangan agama kristian juga dipengaruhi dengan perubahan yang dibuat oleh Paulus atau Saul yang juga berasal daripada keturunan Yahudi. Beliau adalah salah seorang penganut agama Yahudi dan terpengaruh dengan pendidikan, falsafah dan kepercayaan Rom dan Yunani. Pada peringkat awal, beliau adalah orang yang menentang dan menangkap pengikut Jesus. Tetapi beliau akhirnya mengaku beriman dengan Jesus dan mendakwa menjadi pesuruh Jesus. Bermula dari saat itu, beliau telah berusaha dengan gigih dalam menyebarkan ajaran Jesus dengan melakukan penambahbaikan dan pembaharuan.
  • 45.
    • Sumber Panduan
    • a) Kitab Bible
    • Sumber utama yang menjadi rujukan penganut agama Kristian ialah Kitab Injil (Bible).Kitab ini terdiri daripada himpunan kitab-kitab yang dianggap suci oleh orang Kristian yang bermaksud khabar kesukaan. Kitab Injil terjadi dari 66 kitab besar kecil. 66 kitab ini terbahagi kepada dua iaitu Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru”. Perjanjian Lama terdiri daripada 39 kitab dan surat-surat. Aslinya dalam bahasa Ibrani. Perjanjian tersebut merupakan Surat Perjanjian Lama yang tertua yang ditulis pada zaman Musa, kira-kira 1500 tahun sebelum Kristos. Perjanjian Baru pula terdiri daripada 27 kitab dan surat-surat. Aslinya dalam bahasa Yunani. Empat kitab yang pertama disebut Injil, memuat sejarah Jesus, hidup, wafat dan kebangkitannya.
    • b) Kitab-kitab Perjanjian Lama (The Old Testament)
    • Kitab-kitab Perjanjian Lama yang dibahagi dalam tiga bahagian utama iaitu Hukum-hukum Taurat, Kitab nabi-nabi dan Naskah-naskah. Ia mengandungi lima buku pertama iaitu Kitab Kejadian, Kitab Keluaran, Kitab Imamat, Kitab Bilangan dan Kitab Ulangan adalah intisari dan bakal seluruh kitab-kitab Perjanjian Lama.
  • 46.
    • Sepuluh Rukun (The Ten Commandments)
    • Antara perkara yang selalu ditekankan dalam ajaran Kristianiti yang terdapat dalam The Bible ialah Sepuluh Rukun (The Ten Commandments). Sepuluh rukun tersebut adalah suruhan dan larangan yang menjadi sebahagian penting ajaran agama Kristian yang terdapat dalam Kitab Perjanjian Lama. Empat rukun yang pertama berhubung rapat dengan etika manusia kepada Tuhan manakala enam rukun berikutnya menyentuh soal-soal kemasyarakatan dalam kehidupan manusia seharian.
    • 1) Aku Tuhan kamu
    • 2) Kamu tidak akan menyembah tuhan-tuhan lain selain Aku
    • 3) Jangan salahgunakan nama Tuhan kamu
    • 4) Ingat hari Sabbath dan jadikannya hari mulia
    • 5) Hormati bapa dan ibu kami
    • 6) Kamu tidak boleh membunuh
    • 7) Kamu tidak boleh berzina
    • 8) Kamu tidak boleh mencuri
    • 9) Kamu tidak boleh menjadi saksi palsu
    • 10) Kamu tidak boleh tamak hak orang lain
  • 47.
    • Perjanjian Baru
    • Perjanjian baru atau “New Testament” dihasilkan oleh para ulama berdasarkan catatan ajaran yang sebenar dari Perjanjian Lama. Perjanjian baru yang merangkumi panduan tentang kehidupan seharian yang harus dipatuhi untuk mendapatkan kehidupan yang bahagia dan berjaya. Perkara paling penting yang ingin disampaikan melalui kitab ini adalah penganut-penganut kristian harus patuh kepada Jesus Christ sebagai penyelamat kepada kehidupan mereka. Kitab ini juga menerangkan tentang kepentingan etika dan moral yang baik dalam kehidupan. Agama Kristian tidak membezakan taraf di kalangan penganutnya kerana mereka percaya semua makluk diwujudkan oleh Tuhan yang sama. Perjanjian baru mengingatkan orang Kristian supaya tidak melakukan sesuatu yang melanggari peraturan agama kerana perbuatan itu akan mendorong ke arah keburukan yang akan menjejaskan diri sendiri serta orang lain. Selain mengikuti ajaran-ajaran dalam Perjanjian Lama, orang-orang Kristian juga perlu mematuhi beberapa ajaran penting dalam Perjanjian Baru. Ajaran ini mengandungi beberapa suruhan dan larangan:
    • Jadikan Jesus Christ sebagai teladan iaitu mencontohi Jesus Christ seperti yang ditunjukkan dalam kehidupannya melalui percakapan dan perbuatan.
    • Cari keredaan Tuhan iaitu melakukan perkara-perkara yang direstui, direlai dan disukai Tuhan.
    • Bersikap rendah diri dan lemah lembut iaitu menghormati orang dengan berbudi bahasa dan bersopan santun.
    • Kasihi jiran iaitu berbuat baik kepada jiran atau orang-orang yang berada di sekeliling.
  • 48.
    • Kasihi orang lain seperti mengasihi diri sendiri iaitu mencintai dan menyayangi semua manusia sebagaimana seseorang itu mencintai dan menyayangi diri sendiri.
    • Bercakap benar iaitu memberitahu sesuatu dengan tepat dan betul sebagaimana ia berlaku.
    • Jangan tamak iaitu tidak ingin memiliki sesuatu secara berlebih-lebihan tanpa batasan.
    • Jangan menipu iaitu tidak memperdaya, menyeleweng dan menyesatkan orang.
    • Jangan menghina iaitu tidak mengeji dan merendah-rendahkan orang.
    • Jauhi tujuh perkara haram (the seven deadly sins) iaitu tidak melakukan tujuh perkara yang mendatangkan kemurkaan Tuhan:
    • -membangga diri
    • -berbohong
    • -membunuh
    • -berniat jahat
    • -cepat untuk melakukan keburukan
    • -menjadi saksi palsu
    • -menabur fitnah dan menghasut
  • 49.
    • Pembaharuan Ajaran Paulus Dalam Agama Kristian
    • Triniti atau tri-Tunggal
    • Triniti adalah kepercayaan kepada kewujudan Tuhan dalam tiga bentuk iaitu Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Ruhul Kudus (The Father, The Son and The Holy Spirit).
    • Ketuhanan Isa
    • Agama Kristian telah diasaskan atas kepercayaan dalam Jesus Christ atau “Jesus Messiah”atau lebih dikenali sebagai Nabi Isa. Baginda merupakan anak kepada Tuhan yang satu dan mempunyai ciri-ciri ketuhanan yang patut disembah dan mempunyai kuasa untuk memerintah alam ini dengan mukjizat-mukjizat daripada Tuhan.
    • Universal
    • Paulus menggunakan pendekatan terbuka dan menyeleruh untuk menyampaikan ajarannya. Kaedah ini berbeza dengan Nabi Isa yang hanya menyampaikan ajaran Tuhan kepada kaumnya sahaja.
    • Keselamatan
    • Doktrin keselamatan Paulus berbeza dengan Nabi Isa apabila beliau hanya mefokuskan untuk mendapatkan kebahagiaan hanya dapat diperolehi melalui beriman kepada Jesus. Sedangkan Nabi Isa meletakkan jaminan keselamatan dan kebahagiaan di akhirat dengan menyembah Tuhan dan memamtuhi segala perintah dan meninggalkan larangan-Nya.
  • 50.
    • Dosa Warisan (Inherited Sin)
    • Dosa ini berasal dari moyang manusia iaitu Adam dan Eva di syurga sehingga dicampakkan ke bumi. Akibatnya keturunan selanjutnya mewarisi maut, pada hal sebenarnya diberikan syurga untuk tempat hidup yang hebat dan kekal
    • Inkarnasi ( Incarnation )
    • Anak sulung Tuhan Bapa (Jesus Kristus) telah menjelma di muka bumi melalui benih Daud.
    • Penyaliban ( Crucifixion)
    • Jesus sebagai anak sulung Tuhan Bapa yang datang ke dunia untuk menyerahkan dirinya sebagai penebus di tiang salib.
    • Penebusan ( Redemption)
    • Tujuan penyaliban anak sulung Tuhan adalah untuk menebus maut yang diwarisi manusia dari Adam. Setiap orang harus beriman dengan penyaliban dan penebusan itu agar dapat selamat dan hidup kekal kembali.
    • Kebangkitan ( Resurrection)
    • Jesus sesudah mengalami penyaliban. Dia dikuburkan dan kemudian bangkit kembali sesudah tiga hari di antara orang mati. Yesus sesudah bangkit dari kuburnya langsung naik ke langit kembali kepada bapanya (Ascension) yang memerintah alam ini. Semua doktrin ajaran Paulus ini dengan suatu keyakinan bahawa semua itu adalah rahsia Tuhan Bapa ( Divine Misteries ) yang tidak boleh diselidiki dengan akal. Iman dan kepercayaanlah yang menentukan segalanya.
  • 51.
    • Bahagian Keempat
    • BUDDHA
    • Agama Buddha adalah agama yang dipeluk oleh sebahagian besar penduduk Asia. Terdapat lebih dari lima ratus juta penganut agama Buddha di dunia ini yang jumlahnya mencakupi seperempat penduduk dunia.
    • Pengasas Agama Buddha
    • Pengasas agama ini ialah Gautama Buddha dilahirkan pada tahun 563 s.m Nama sebenarnya ialah Siddartha Gautama. Sejak kecil lagi, Siddartha meminati kehidupan bertafakur. Ayahnya telah berusaha menghalang Gautama daripada mengetahui hal-hal yang berlaku di sekeliling dan membesarkannya dalam keadaan hidup penuh mewah. Gautama telah keluar dari istana untuk melihat pelbagai jenis penderitaan dan kesengsaraan yang dihadapi oleh manusia seperti usia tua, penyakit dan kematian. Init telah menimbulkan keinginan untuk mencari punca berlakunya penderitaan hidup dan cara untuk mengatasinya. Dalam usaha untuk mencari jawapan mengenai punca penderitaan beliau telah memulakan pertapaan di bawah pohon papal di bandar Buddha-gaya. Ketika itu beliau telah berusia 35 tahun. Beliau telah menghadapi pelbagai rintangan dan halangan dalam usaha untuk mencari kebenaran. Namun begitu Gautama berjaya mengatasi halangan tersebut dan meneruskan meditasi melalui pelbagai peringkat hingga berjaya memperolehi kebenaran. Selepas Buddha menjumpai kebenaran hidup, dia dikatakan telah mencapai pencerahan diberi gelaran Buddha. Buddha sedia mengajar kebenaran itu untuk menolong semua makhluk yang lain mencari kebahagian. Penganut awal yang menerima ajaran Buddha ialah lima orang bertapa yang pernah bersama dengan Buddha. Mereka menjadi Sangkha Buddha yang pertama. Buddha mengajar mereka empat kebenaran mulia dan lapan jalan benar. Seterusnya beliau menggembara jauh untuk menyebarkan dokrin kesedarannya. Ramai rakyat memeluk agama Buddha dan terbentuk masyarakat penganut Buddha. Gautama meninggal dunia ketika berusia 80 tahun (483 s.m).
  • 52.
    • Teleologi
    • Konsep ketuhanan dalam ajaran Buddha tidak begitu jelas kerana mereka menolak kepercayaan Politeisme. Mereka juga menentang konsep Brahmin dan sistem kasta.
    • Kitab-Kitab Suci Agama Buddha
    • Ajaran-ajaran Buddha dikumpulkan oleh para pengikutnya dalam bentuk teks yang dikenali sebagai Pitaka. Ajaran-ajaran Buddha dikumpulkan dalam tiga buah Pitaka yang juga dikenali sebagai Tripitaka. Ia terdiri daripada:
    • Vinaya Pitaka
    • Mengandungi peraturan yang dijadikan sebagai panduan oleh sami-sami Buddha yang menjadi ahli Sangha . Sangha merupakan komuniti sami-sami Buddha yang diasaskan oleh Buddha
    • Sutta Pitaka
    • Mengandungi rekod-rekod terawal mengenai falsafah hidup Buddha. Ia berkaitan dengan disiplin, meditasi dan cara hidup Buddha.
    • Abhidhamma Pitaka
    • Mengandungi ajaran-ajaran mengenai metafizika berkenaan dengan tujuan hidup, kesedaran kerohanian dan pencapaian nirwana.
  • 53.
    • Ajaran dan Kepercayaan Agama Buddha
    • 1) Empat Kebenaran Mulia
    • Terdapat empat elemen dalam Empat Kebenaran Mulia yang terdiri daripada:
    • a) Kebenaran Mengenai Dukkha
    • Dukkha biasa diterjemahkan sebagai penderitaan atau kesengsaraan tetapi maknanya adalah lebih luas dan mendalam. Ia termasuk segala bentuk kesakitan, ketidaksempurnaan, ketidakharmonian dan ketidaksenangan. Secara ringkasnya ia membawa maksud ketidakpuasan. Kita semua terpaksa melalui kelahiran, proses penguraian iaitu menjadi tua (decay) , sakit dan akhirnya kematian. Keseronokan yang sebenarnya adalah dari dalaman kita, dan bukan ditakrifkan dari kekayaan, kuasa dan kedudukan. Jikalau semua ini diperolehi dengan cara yang tidak betul, maka ia akan menjadi satu kesengsaraan dan kepahitan kepada pemiliknya.
    • b) Kebenaran Mengenai Sebab-Musabab Dukkha
    • Buddha bukan sahaja berkhutbah mengenai dukkha (penderitaan), bahkan menunjukkan kepada kita punca timbulnya dukkha (penderitaan). Ini menyenangkan kita mengubati ‘penyakit’ ini. Dari sini, kita boleh lihat bahawa Buddha bukan sahaja pesimis dalam perkara. Dalam ajaran Buddha, tiada pencipta yang mengawal segala-gala matlamat hidup manusia dan maka dukkha bukan ditimbulkan oleh agen luar, ‘kuasa supernatural ’ sebaliknya penyelesaian didapati dari dalaman manusia sendiri.
  • 54.
    • c) Kebenaran Mengenai Penghapusan Dukkha
    • Penghapusan penderitaan telah disifatkan sebagai kebahagiaan yang mutlak dan unggul. Ataupun perkataan ini boleh diertikan sebagai bebas sepenuh daripada bernafsu. Nafsu adalah punca penderitaan dan penderitaan itu cuma boleh dihapuskan jika nafsu itu berhenti. Dengan menghapuskan nafsu, seseorang itu juga tiada lagi terikat dengan kewujudan semula dan maka segala dukkha (tua, sakit, kematian dan lain-lain) tidak akan berikutan.
    • d) Kebenaran Mengenai Cara Menghapuskan Dukkha
    • Sekiranya kita dapat memahaminya dengan penuh keyakinan dan gigih, maka penghapusan penderitaan akan menjadi satu kenyataan. Sistem agama Buddha terdiri daripada doktrin dan disiplin. Disiplin membawa maksud kesempurnaan moral (moral excellence) , menjinakkan lidah dan tindakan melalui badan. Ini lebih dikenali sebagai sila atau latihan moral. Doktrin pula berkaitan dengan latihan mental dan menjinakkan fikiran melalui meditasi atau perkembangan penumpuan mental dan kebijaksanaan. Apabila diamalkan sepenuhnya, ia dapat membawa manusia lari dari tahap mental yang rendah ke tahap yang tinggi, memimpin seseorang itu daripada gelap ke terang dan daripada ketidaktenteramanan ke ketenteraman. Ketiga-tiga ini bukanlah satu tindakan yang berasingan, tetapi sebagai satu keseluruhan kepada Jalan Lapan Lapis Mulia.
  • 55.
    • Jalan Lapan Lapis Mulia
    • Jalan Lapan Lapis Mulia adalah kaedah untuk keluar dan bebas daripada dukkha. Ia melibatkan aktiviti dan perasan untuk membentuk kebijaksanaan dalam berfikir dan berdisiplin dalam tingkahlaku dan amalan hidup yang seimbang.
    • Pandangan yang betul Fikiran yang betul (Samma-ditthi) (Samma-samkappa)Kebijaksanaan Pertuturan yang betulPerbuatan yang betulPekerjaan yang betul (Samma-vaca)(Samma-kammanta)(Samma-ajiva) Moraliti Usaha yang betulKesedaran yang betul Tumpuan yang betul (Samma-vayama)(Samma-sati)(Samma-samadhi) Disiplin Mental
  • 56.
    • Lapan prinsip yang terkandung dalam ‘Jalan Lapan Lapis Mulia’ dapat digolongkan dalam tiga prinsip utama, iaitu:
    • Sila (Kelakuan )
    • Ia merujuk kepada kelakuan yang baik termasuk nilai suci seperti tidak menggunakan kekerasan, tidak mencuri, bersikap jujur dan sebagainya. Pertuturan yang benar, perbuatan yang benar dan kehidupan yang benar .
    • Samadhi (Renungan)
    • Merupakan meditasi ataupun bertafakur. Ia meliputi usaha yang benar, fikiran yang benar dan renungan yang benar.
    • Prajna (Kebijaksanaan)
    • Mengandungi dua disiplin iaitu kepercayaan yang benar dan cita-cita yang benar.
    • 3) Sepuluh Perintah
    • Hindari membunuh mahkluk hidup
    • Hindari mencuri
    • Hindari berzina
    • Hindari berbohong
    • Hindari minum minuman keras atau alcohol
    • Tidak boleh makan selepas tengahari
    • Tidak boleh berhibur
    • Tidak boleh berhias
    • Tidak boleh bermewah dan bersenang
    • Tidak boleh tamak harta
  • 57.
    • Bahagian Kelima
    • HINDU
    • Hinduisme berusia lebih dari 3000 tahun yang muncul pada Zaman Veda (2000SM hingga 1000SM) di India, la muncul hasil dari percampuran orang di Lembah Indus dengan orang-orang Aryan. Orang-orang Aryan dari Asia Tengah telah membawa bersama-sama kebudayaan dan kepercayaan mereka apabila mereka pergi ke India. Asimilasi antara orang-orang Aryan dan orang-orang di Lembah Indus telah mencetuskan agama Hindu. Agama Hindu merupakan agama yang paling tertua di dunia, para pengkaji sejarah telah menkaji dan mendapati akar umbi permulaannya yang mungkin 5000 tahun atau lebih lama berdasarkan ketamadunan lembah Indus di benua kedl India, la dibuktikan dengan kewujudan bandar Harappa dan Mohenjo Daro. Mengikut ahli-ahli sejarah, agama Hindu termula dari 5000 tahun atau lebih lama. Perkataan 'Hindu' berasal dari nama Sungai Indus yang mengalir melalui India utara. Pada zaman purba, sungai Indus dikenali sebagai 'Sindhu'. Tetapi, orang yang berpindah ke India memanggil sungai itu 'Hindu', tanah di situ dipanggil 'Hindustan' dan orang di srtu dikenali sebagai 'Hindus'. Maka agama yang dipegang oleh Hindus dipanggil Hinduisme. Hinduisme berdasarkan pada pengalaman bukannya kepercayaan semata-mata.
  • 58.
    • Asas Kepercayaan Hinduisme (Panca Grada)
    • Asas kepercayaan Hinduisme dikenali sebagai Panca (lima) Grada (kepercayaan). Ia adalah pegangan kepercayaan bagi penganut Hindu dalam kehidupan mereka. Terdapat lima kepercayaan yang terdiri daripada:
    • a) Percaya kepada Sang Hyang Widdhi
    • Sang Hyang Widdhi ialah Tuhan yang Maha Kuasa yang mempunyai tiga sifat(Trimurthi) iaitu Brahma (Pencipta), Wishnu (Pelindung) dan Shiwa (Pemusnah).
    • b) Percaya kepada Atman
    • Merupakan kepercayaan halus dan Tuhan yang berada dalam diri manusia yang hidup dan nafas hidup yang mengatur segala aspek kehidupan manusia.
  • 59.
    • c) Percaya Kepada Hukum Karma Phala
    • Karma Phala terdiri daripada dua suku kata. Karma bermaksud perbuatan dan Phala bermaksud hasil. Dengan kata lain ia adalah hasil perbuatan manusia yang terdiri daripada:
    • i) Sancita
    • Hasil perbuatan manusia datam kehidupan terdahulu yang belum habis dinikmati sehingga ia menjadi benih kehidupan selanjutnya. Contohnya orang yang hidup menderita walaupun selalu berbuat kebaikan. Ini disebabkan hasil perbuatannya daripada kehidupan sebelumnya yang suka melakukan keburukan.
    • ii) Prarabda
    • Hasil perbuatan manusia dalam kehidupan ini tanpa ada sisanya. Oleh yang demikian, kebaikan yang dikerjakan sekarang akan dinikmati dalam kehidupan pada masa akan datang.
    • iii) Kriyamana
    • Hasil perbuatan yang tidak sempat dinikmati pada saat melakukan perbuatan sehingga ia mesti menerima hasil perbuatan dalam kehidupan yang akan datang. Oleh itu, orang jahat yang kelihatan senang adalah hasil daripada kebaikan kehidupan dahulu yang belum sempat dinikmatinya. Perbuatan jahat yang dilakukan sekarang akan dibalas setelah menerima hasil perbuatan dahulu.
  • 60.
    • d) Percaya Kepada Punarbawa (Samasara)
    • Merujuk kepada penjelmaan kembali atau kelahiran hidup yang berulang-ulang dan mempunyai hubungan yang erat dengan Karma Phala. Pembuktian Pumabawa adalah melalui kematian.kelahiran dan pengalaman.
    • e) Percaya Kepada Moksha (Syurga)
    • Bermaksud kebebasan dari ikatan Karma Phala dan Punarbawa. Menekankan seseorang mesti melakukan Catur Yoga (penyatuan dengan Tuhan) iaitu
    • i) Ynana Yoga (llmu Pengetahuan)
    • ii) Bhakti Yoga (Perbuatan Baik dan Buruk)
    • iii) Karma Yoga (Perbuatan Mulia dan Ikhlas)
    • iv) Raja Yoga (Meditasi dan Samadi)
  • 61.
    • Sumber Panduan Hinduisme
    • Kitab Suci adalah sumber panduan bagi hinduisme. Kitab suci dalam agama hindu disebut sebagai Veda. Perkataan Veda berasal dan bahasa Sanskrit dan akar kata "Wid" berkembang menjadi kata Veda atau Vidya yang bererti pengetahuan. Kitab suci kata Veda mengandungi pengertian himpunan ilmu pengetahuan suci yang bersumber dari Sang Hyang Widhi Wasa. Berikut jenis-jenis vida:
    • a) Rig Veda
    • kitab agama yang tertua dan juga yang paling utama yang berisi nyanyian-nyanyian pujaan.
    • b) Yajur Veda
    • berkaitan dengan pengetahuan upacara. la terdiri dari prosa dan puisi. Ia berkaitan dengan amalan ritual.
    • c) Sama Veda
    • mengandungi ajaran berkaitan dengan sembahyang.
    • d) Atharya Veda
    • berkaitan dengan ilmu.
  • 62.
    • Ajaran dalam Hinduisme
    • a) Purusyartha (matlamat hidup)
    • Purusyartha ialah matlamat hidup bagi mencapai tahap penyatuan yang membawa kepada kebahagian dan kesejahteraan, Maka seseorang periu mencari empat perkara yang penting, iaitu dharma (kebenaran), artha (kekayaan), karma (kepuasan) dan moksya (kebebasan).
    • b) Asyarama (putaran hidup)
    • Asyrama ialah putaran hidup manusia dan muda sampai tua. Kehidupan dilihat sebagai satu proses yang melalui empat tahap dan setiap satunya mempunyai kod etika yang tersendiri:
    • Alam pelajar yang memerlukan displin diri, keupayaan menahan hawa nafsu dan dedikasi kepada guru.
    • Alam rumah tangga yang menitikberatkan perkahwinan, kekeluargaan dan tanggungjawab yang berhubung dengannya.
    • Alam pengunduran diri secara beransur-ansur daripada pencarian harta dan keseronokan dunia.
    • Alam penolakan secara menyeluruh terhadap kehidupan dunia yang merupakan persediaan untuk membebaskan diri daripada semua kecenderungan jasmaniah.
  • 63.
    • c) Dharma (tanggungjawab)
    • Dharma mempunyai pelbagai erti seperti peraturan tetap, tanggungjawab, kebenaran, keadilan, moraliti dan kebaikan. Ia membawa maksud memelihara, menyusun dan menyatupadukan alam semesta, masyarakat dan individu. Secara mudah, dharma adalah satu kerangka peraturan untuk semua tindakan yang betul pada sesuatu masa yang tertentu supaya seseorang itu berjaya dan sempurna dalam hidupnya. Dharma juga boleh dikatakan sebagai tahap hidup manusia atau suatu perkembangan kerohanian yang meliputi empat tahap iaitu:
    • Brahmaccariya adalah tahap hidup kerohanian seseorang mencari ilmu pengetahuan dan ilmu ketuhanan. Zaman ini dikenali sebagai zaman Brahmacavin.
    • Grihasta adalah zaman berumahtangga bagi memikul tanggungjawab dalam kekeluargaan. Setiap orang mesti melakukan kewajiban dengan berkorban. mempelajari kitab-kitab dan banyak bersedekah. Tahap ini juga dikenali sebagai Zaman Nikmat.
    • Vanaprastha ialah zaman tua dengan mendekatkan diri dengan tuhan. Pada tahap ini seseorang pertu mengasingkan diri dan bertapa untuk mencari ketenangan jiwa.
    • Sannyasa iaitu zaman peringkat terakhir perkembangan kerohanian manusia. Tahap ini dikenali sebagai zaman penyerahan diri atau zaman berkhidmat kepada masyarakat dengan memberi nasihat dan ajaran yang berbentuk kerohanian.
  • 64.
    • d) Karma (tindakan dan kesan)
    • 'Karma' boleh diertikan sebagai tindakan manusia semasa hidup di dunia yang boleh memberi kesan kepada kehidupannya selepas mati. Ini adalah asas kepada kepercayaan tentang penjelmaan semula apabila setiap perbuatan boleh membawa kesan tertentu. Sesuatu tindakan baik yang dilakukan semasa hidup akan menghasilkan suatu kehidupan yang lebih baik dalam penjelmaan semula seseorang. Sebaliknya sesuatu tindakan yang buruk akan menyebabkan seseorang itu dilahirkan semula dalam bentuk yang lebih hina. Perkataan Karma bermakna kerja atau tindakan. Tindakan adalah sebarang yang kita buat dalam kehidupan mengikut satu skala yang besar serta satu skala yang kecil. Mengikut falsafah la adalah konsep bagi tindakan dan reaksi. Menurut fizik, setiap tindakan ada reaksi.. Undang-undang bagi Karma melingkungi mental dan kejiwaan tindakan dan reaksi. Karma yang baik akan mempengaruhi barang yang baik dalam kehidupan kita tetapi apabila wujud Karma yang buruk juga akan menjadi buruk. Undang-undangnya tetah lebih berkecekap dan kehidupan sekarang dan memainkan peranan yang penting dalam konsep bagi 'reincarnation'. Biasanya, karma adalah membuat sesuatu untuk mencapai harapan.
  • 65.
    • e) Sistem Kasta
    • Sistem kasta adalah unsur yang dipentingkan dalam agama ini. Ia dibawa oleh orang Aryan. Sistem kasta adalah sistem yang menentukan tingkat status sosial manusia dalam masyarakat hindu. Kasta terdiri daripada:
    • Brahmin adalah golongan yang tertinggi dan peranan sebagai penentusah suatu upacara korban. Upacara korban merupakan kegiatan terpenting yang menentukan kesejahteraan dan keselamatan hidup manusia.
    • ksytria terdiri daripada golongan bangsawan, raja dan keturunannya yang bertanggungjawab menjaga keselamatan dan keamanan dan terbabit secara langsung dalam pemerintahan.
    • Vaisya adalah golongan pedagang atau peniaga yang menguasai bidang perdangangan dan menjadi saudagar, ceti dan sebagainya.
    • Sudra terdiri daripada golongan petani.
    • f) Suruhan dan Larangan
    • Suruhan yang utama dalam agama Hindu ialah niyamas. Di samping menggalakkan penganutnya mencari kebaikan, Hinduisme juga melarang mereka daripada melakukan kejahatan yang dikenali sebagai Yamas.
  • 66. http://wanbk.page.tl

×