Falsafah Etika Bahagian Pertama KONSEP FALSAFAH ETIKA
KONSEP FALSAFAH ETIKA

Etika bermaksud satu ukuran dan piawaian yang digunakan untuk membezakan kelakuan seseorang ...

Terdapat dua jenis etika:

a) Etika Deskriptif

Ia merupakan satu disiplin yang ...

b) Etika Normatif

Ia berfunsi menilai, mengkritik dan membuat keputusan terhadap sistem moral ya...
ETIKA DALAM ISLAM

Moral dan etika dalam tradisi Islam meskipun berbeza tetapi dikenali sebagai akhlak.  Akhlaq  ad...

PRINSIP-PRINSIP ETIKA ISLAM.

a) Keimanan kepada Allah.

Keimanan memainkan pera...

b)   Kebebasan Memilih

Sumbangan Islam yang penting dalam lapangan falsafah sosial (sosial philo...

Yusuf al-Qardawi telah membahagikan etika Islam kepada :

Etika terhadap diri sendiri.

Etika Terhadap Alam.

Menyedari bahawa alam semulajadi ini diamanahkan oleh Allah kepada manusia ...

RUANG LINGKUP ETIKA

Hubungan Dengan Tuhan

Ruang lingkup etika merangkumi hubun...

PEMBAHAGIAN ETIKA.

Etika terbahagi kepada beberapa bahagian mengikut asas fungsi kehidupan iaitu...

KEPENTINGAN BERETIKA

Empat kepentingan beretika iaitu etika sebagai fitrah manusia, etika keaman...

c) Status Manusia

Etika merupakan sebahagian daripada cara manusia berurusan dalam kehidupan seh...

d) Survival Tamadun Dunia

Manusia sepatutnya bantu-membantu sesama sendiri dalam mengejar kemaju...

KAEDAH PEMBENTUKAN ETIKA

Terdapat dua kaedah atau pendekatan teori untuk mengukur gerak laku man...

Contoh Pendekatan Teleologikal dan Deontologikal

Persoalan baik dan buruk mengikut dua pendekata...

Bahagian Kedua

ALIRAN-ALIRAN ETIKA

Aliran Etika Nihilisme

Pe...

Definisi dan Sejarah Nihilisme

Nihilisme berasal daripada Bahasa Latin,  nihill  yang membawa er...

Aliran- aliran Nihilisme

Friedrich Nietzsche ialah orang yang paling berkaitan dengan nihilisme...

ALIRAN ETIKA HEDONISME

Perkataan hedonisme datangnya daripada perkataan Greek, iaitu “hedon” yan...

Asal-Usul Hedonisme

Oleh kerana terdapat banyak idea mahupun pandangan, seseorang boleh mangesan...

ALIRAN ETIKA EKSISTENSIALISME

Jean Paul Sartre merupakan seorang tokoh eksistensialis yang pal...

Selain daripada itu, Sartre turut mengatakan pendapatnya mengenai kebebasan manusia. Menurutnya, walaupun manusia ...

Dalam konteks yang sama, Sartre menyatakan yang sejarah masa lalu manusia adalah tidak dapat menetukan keperibadia...

Di dalam konteks yang berlainan, Sartre turut mengemukakan beberapa langkah penyelesaian kepada manusia untuk mele...

Bab Ketiga

TOKOH-TOKOH FALSAFAH ETIKA ISLAM

AL-FARABI

Nama s...

Al-Farabi banyak mengkaji mengenai falsafah dan teori Socrates, Plato, dan Aristotle dalam usahanya untuk menghasi...

Pandangan falsafahnya yang kritikal telah meletakkannya sebaris dengan ahli falsafah Yunani yang lain. Dalam kalan...

AL-GHAZALI

Abu Hamid Ibnu Muhammad al-Tusi al-Ghazali. Itulah tokoh yang dilahirkan di Tus, Pars...

Antara kitab yang musnah termasuk: 40 Jilid Tafsir, Sirrul Alamain (Rahsia Dua Dunia), dan al Madhnuuna bihi ala Q...

Menurut Al-Ghazali, falsafah boleh dibahagikan kepada enam ilmu pengetahuan iaitu matematik, logik, fizik, metafiz...

Sebab itulah beliau menentang golongan ahli falsafah Islam yang cuba mengungkap kejadian alam dan persoalan ketuha...

IBN KHALDUN

Nama sebenar beliau ialah Wali al-Din ‘Abd al-Rahman ibn Muhammad ibn Abi Bakr Muham...

Masa yang tidak aman ini termasuk tiga tahun dimana beliau berlindung di kampung kecil Qalat ibn Salamah di Algeri...

Kitabnya yang terkenal sekali ialah  al-Muqaddimah  (“Pendahuluan”) yang merupakan kitab terbesarnya dalam persura...

TOKOH-TOKOH DEONTOLOGIKAL

Immanuel Kant (1724-1804)

Nama :  Immanuel Kant </li...

Immanuel Kant ialah seorang ahli falsafah Jerman dan merupakan seorang pemikir agung Barat sepanjang zaman. Kant b...

Melalui bukunya “ Principles of the Metaphysics of Ethics ” yang diterbitkan pada tahun 1785, Kant telah mengutara...

Abraham Maslow (1908-1970)

Nama : Abraham Harold Maslow

Tarikh Lahir : 1 April...

Abraham Maslow adalah seorang ahli psikologi Amerika yang membawa teori hierarki keperluan ( hierarchy of needs ) ...

Tahap I: Keperluan fisiologi ( Physiological needs )

Pada tahap ini manusia memerlukan perkara-p...

Dalam tahap kelima iaitu keperluan penonjolan diri, manusia telah mencapai matlamat yang paling tinggi dalam hidup...

Bagi Maslow, moral adalah berkaitan rapat dengan keperluan manusia yang dinyatakan di atas. Semakin tinggi pencapa...

Lawrence Kohlberg (1927-1987

Nama :  Lawrence Kohlberg

Tarikh Lahir :  25 Okt...

Lawrence Kohlberg adalah seorang ahli psikologi dari Amerika Syarikat. Dia menjadi pelopor dalam bidang etika yang...

Tahap II: Konvensional

Jangka masa bagi tahap ini ialah dari umur sepuluh tahun hingga dua puluh...

Menurut Lawrence Kohlberg, morak manusia berkembang mengikut enam peringkat ini secara berturutan. Moral yang dike...

Carol Gilligon  Nama    :  Carol Gilligon

Tarikh  :  28 November 1936

Tempat L...

Carol Gilligan ialah seorang psikologi dari Amerika Syarikat. Dia menjadi pelopor teori etika kasih sayang ( ethic...

Tahap I: Prakonvensional

Pada tahap ini, seseorang itu hanya tertumpu kepada diri sendiri sahaja...

TOKOH-TOKOH TELEOLOGIKAL

Jeremy Bentham (1748-1832)

Jeremy Bentham ialah ahli ...

Teori ini membincangkan tentang kegunaan atau manfaat dan kemudaratan sesuatu perbuatan. Fokus teori ini ialah kep...

Setiap tahap yang dinyatakan akan diberi markah. Keputusan diperolehi dengan mencampurkan semua markah bagi ketuju...

John Stuart Mill (1806-1873)

Nama     :  John Stuart Mill

Tarikh Lahir   :  18...

John Stuart Mill juga merupakan ahli falsafah Inggeris.  Dia terpengaruh dengan pandangan Bentham dan mengembangan...

Dilihat dari sudut itu, Mill ialah penulis  utilitarian  yang terbaik dan juga paling sukar difahami. Beliau ialah...

Thomas Hobbes

Nama : Thomas Hobbes

Tarikh Lahir : 5 April 1588

<ul...

John Locke

Nama: John Locke

Tarikh Lahir:  tahun 1632

Tarik...

Menurutnya, manusia lahir bebas daripada segala pegangan, pandangan atau prasangka yang disebut tabula rasa. Pemik...

Adam Smith (1723-1790)

Nama: Adam Smith

Tempat lahir : KirkcaldFife, Scotland...

Menurut beliau, falsafah moral mempunyai tiga bahagian. Iaitu:

Etika ( Ethics )

http://wanbk.page.tl
Upcoming SlideShare
Loading in …5

Spe Bab4

13,832 views
13,587 views

Published on

Published in: Business, Technology
1 Comment
5 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total views
13,832
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
42
Actions
Shares
0
Downloads
536
Comments
1
Likes
5
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Spe Bab4

1. 1. Falsafah Etika Bahagian Pertama KONSEP FALSAFAH ETIKA
2. 2. KONSEP FALSAFAH ETIKA

Etika bermaksud satu ukuran dan piawaian yang digunakan untuk membezakan kelakuan seseorang sama ada baik atau buruk, menyenangkan atau tidak menyenangkan.

Perkataan etika berasal daripada perkataan Greek iaitu ethos yang membawa maksud perangai . Dalam perkataan Latin pula, etika dikenali sebagai mores yang bermaksud moral atau perangai. Ia juga didefinisikan sebagai adat atau kebiasaan. Moral lebih sesuai dengan idea-idea yang umum untuk diterima pakai dalam tindakan manusia.

3. 3.

Terdapat dua jenis etika:

a) Etika Deskriptif

Ia merupakan satu disiplin yang membicarakan tentang sejarah sistem moral. Etika ini menerangkan lebih kepada sejarah sistem moral yang dianuti oleh setiap individu atau golongan tertentu.

4. 4.

b) Etika Normatif

Ia berfunsi menilai, mengkritik dan membuat keputusan terhadap sistem moral yang ada. Etika ini akan mencadangkan satu undang-undang yang dianggap terbaik atau patut diamalkan, secara khususnya etika ini akan mengemukakan moral yang standard dengan berpandukan sistem yang ada seperti membentuk etika perubatan yang berfungsi untuk menentukan suatu bentuk perlakuan yang sesuai untuk sesiapa sahaja yang terlibat dengan profesion perubatan. Manusia sering dikaitkan dengan tingkah laku dan kelakuan.

5. 5. ETIKA DALAM ISLAM

Moral dan etika dalam tradisi Islam meskipun berbeza tetapi dikenali sebagai akhlak. Akhlaq adalah perkatan Arab iaitu kata jamaq kepada perkataan khuluq. Daripada sudut pemakaian bahasa, akhlak boleh diertilkan sebagai tabiat, adab, marwah dan lain-lain. Manakala daripada segi istilahnya pula, akhlak boleh diringkaskan sebagai keadaan kejiwaan yang membentuk tingkahlaku manusia.

Sebagai ilmu yang tersendiri akhlak adalah sains yang mengkaji tentang perkara-perkara kebaikan dan menolak keburukan. Disebabkan akhlak berhubung dengan kejiwaan ini, maka akhlak bolehlah didefinisikan sebagai ilmu yang menyarankan cara-cara untuk membersih jiwa atau nafsu seseorang.

6. 6.

PRINSIP-PRINSIP ETIKA ISLAM.

a) Keimanan kepada Allah.

Keimanan memainkan peranan penting dalam membina konsep, pandangan, sikap,gaya berfikir dan sistem tindakan seseorang individu dalam hidupnya. Keimanan seseorang kepada Allah, Tuhan yang Maha Esa, Maha Kuasa, Maha Sempurna akan menyedarkan seseorang bahawa hanya Allah tempat untuk manusia memohon perlindungan, pertolongan dan keampunan.

7. 7.

b) Kebebasan Memilih

Sumbangan Islam yang penting dalam lapangan falsafah sosial (sosial philosophy) adalah berhubung dengan konsep manusia mempunyai kebebasan. Walaupun hanya tuhan sahaja yang mempunyai kebebasan mutlak (absulate); manusia juga mempunyai kebebasan yang nisbi (relative). Ini bukan beerti bahawa manusia menurut perspektif Islam, tidak perlu berusaha kerana segala-galanya telah ditentukan oleh Allah, jesteru itu manusia telah diberikan kuasa atau kebebasan untuk memilih (free will) sama ada kebaikan atau keburukan.

c) Tanggungjawab

Setelah seseorang diberi kebebasan untuk memilih antara dua alterrnatif, antara buruk atau baik, betul atau salah dalam melaksanakan setiap aspek hidupnya baik secara tersembunyi atau terang, maka secara automatic pula seseorang itu akan dipertanggunjawabkan atas tingkah laku atau alternatif yang dipilihnya

8. 8.

Yusuf al-Qardawi telah membahagikan etika Islam kepada :

Etika terhadap diri sendiri.

Seperti menjaga kesihatan diri, membersih jiwa daripada sebarang bentuk kekotoran, melatih jiwa supaya berfikir dan menganalisa, tidak melampaui batas dan lain-lain.

Etika terhadap keluarga.

Seperti suami perlu bergaul dengan isterinya dengan cara yang baik, berbuat baik kepada dua ibu bapa, kepada orang yang lebih tua atau muda daripada kita, jangan membunuh anak kerana bimbangkan kemiskinan, berlaku adil kepada semua orang, anak-anak dan isteri, berbuat baik dan memberi bantuan kepada kaum keluarga yang dekat dan yang jauh.

Etika terhadap masyarakat.

Antaranya jangan memasuki sesebuah rumah kecuali setelah meminta izin dan memberi salam kepada penghuninya, jangan mengurangkan timbangan, kembalikan amanah kepada pemiliknya dan hakimlah antara manusia dengan adil dan lain-lain.

9. 9.

Etika Terhadap Alam.

Menyedari bahawa alam semulajadi ini diamanahkan oleh Allah kepada manusia untuk mentadbirnya. Kepelbagaian alam ini memanifestasikan kekuasaan Allah dalam meneroka dan mengguna setiap kurniaan yang wujud di dalamnya. Manusia harus sederhana, bermatlamatkan kepentingan bersama, tidak menipu dan mengekploitasi, melakukan monopoli, sorok dan perlu dijiwai dengan rasa syukur.

Etika Terhadap Allah.

Akhlak yang paling tinggi dan mengatasi segala-galanya adalah akhlak manusia terhadap Allah, dariNya sumber segala hukum dan nilai hidup. Tuhan yang berhak mendapat semua pujian, segala ketaatan; Dialah sahaja yang layak dan perlu disembah, tempat meminta pertolongan, pengampunan dan hidayah.

10. 10.

RUANG LINGKUP ETIKA

Hubungan Dengan Tuhan

Ruang lingkup etika merangkumi hubungan antara Maha Pencipta, manusia dan seluruh alam. Tiada satu kejadianpun yang hidupnya terlepas daripada hukuman etika. Sebagai hamba Tuhan, kita perlu patuh dan taat terhadap kepada suruhan Tuhan. Selain itu manusia sebagai makhluk Tuhan perlu hidup secara aman dengan flora dan fauna dan anasir-anasir alam yang lain. Makhluk Tuhan adalah dilarang melakukan kerosakan terhadap alam atau mencemarkannya.

Hubungan Dengan Masyarakat.

Ruang lingkup etika yang kedua hanya terhad kepada masyarakatnya sahaja dan tiada kena mengena dengan masyarakat yang lain. Individu dilarang berbuat jahat terhadap masyarakatnya tetapi boleh bagi masyarakat lain. Hukuman hanya akan dijatuhkan jika individu tersebut tidak beretika terhadap masyarakatnya.

Diri Sendiri.

Diri sendiri merupakan pusat kepada ruang lingkup etika. Ini kerana individu berhak membuat sebarang tindakan tanpa mengira akan kehidupan pihak lain. Baginya hidup hanya untuk kepentingan dirinya sendiri. Malah untuk mencapai matlamat, bagi dirinya semuanya halal dan tidak satu pun yang tidak beretika. Apa sahaja tindakan yang dilakukan semuanya dianggap beretika. Individu tersebut boleh berbohong, mencuri, merogol dan sebagainya.

11. 11.

PEMBAHAGIAN ETIKA.

Etika terbahagi kepada beberapa bahagian mengikut asas fungsi kehidupan iaitu keagamaan, rasional, professional dan perniagaan.

Etika Keagamaan.

Etika ini menyediakan ajaran agama sebagai asas etika. Bagi manusia agama yang menentukan baik buruknya sesuatu tindakan.

Etika Kerasionalan

Akal fikiran manusia merupakan asas kepada etika kerasionalan. Akal yang akan mempertimbangkan baik buruk setiap perlakuan dan tindakan.

Etika Profesional

Etika kerja merupakan etika yang berkaitan dengan bidang pekerjaan sama ada seseorang pekerja itu bekerja di sektor awam, swasta atau juga yang menceburi profesion tertentu.

12. 12.

KEPENTINGAN BERETIKA

Empat kepentingan beretika iaitu etika sebagai fitrah manusia, etika keamanan, etika sebagai lambang status manusia dan etika untuk survival tamadun manusia.

a) Fitrah

Asal kejadian manusia adalah bersih dan murni yang digarapkan dengan akal dan hati sebagai penyuluh kepada jiwa manusia dalam menentukan tingkah laku yang baik atau buruk berdasarkan kepada suruhan dan larangan yang diasaskan dalam agama. Sebagaimana Nabi Muhammad s.a.w bersabda;

Setiap bayi dilahirkan dalam fitrah. Ini bermaksud bahawa manusia dilahirkan dalam watak yang murni dan tidak berdosa. Ibu bapalah yang membesarkannya sebagi orang kristian atau yahudi keyakinan ibu bapa serta cara mereka berfikir akan mempengaruhi fikiran si anak yang mudah dipengaruhi

b) Keamanan

Keamanaan boleh diwujudkan dengan adanya nilai-nilai murni yang terdapat dalam diri seseorang dan kerana adanya nilai murni ini masyarakat yang berpegang pada agama akan menjadikan hukum agama itu sebagai panduan serta dasar ikutannya, manakala masyarakat yang tidak beragama menjadikan akal rasional sebagai panduannya. Jika nilai agama tidak diikuti maka seseorang itu akan melakukan sesuatu perbuatan yang dilarang dari segi agama dan inilah yang menyebabkan berlakunya masalah sosial yang semakin berleluasa di zaman ini.

13. 13.

c) Status Manusia

Etika merupakan sebahagian daripada cara manusia berurusan dalam kehidupan seharian, maka ia amat penting kepada individu, keluarga, organisasi dan masyarakat serta ia boleh dilihat dalam konteks sejagat yang memberi kepentingan kepada manusia seluruhnya. Etika bagi individu, ia mestilah mendapat kebaikan fizikal dan ketenangan jiwa dan perasaan serta sihat sejahtera yang membolehkan dia menjaga dirinya dengan sempurna. Individu yang beretika dapat membina sahsiah diri atau keperibadian yang baik kerana ia dapat memelihara dirinya dengan sifat-sifat terpuji dan akan dipandang dalam masyarakat sebagai orang yang berbudi tinggi. Manakala pula bagi etika dalam sesebuah keluarga, setiap ahli keluarga perlulah berbuat baik dan menghormati ahli yang lain serta perhubungan dan pergaulan perlu dijaga. Setiap ahli perlu tahu tanggungjawab masing-masing dan menghormati antara satu sama lain serta sekaligus dapat mewujudkan keharmonian dan dapat menjamin keutuhan keluarga. Etika dalam organisasi ia sama seperti etika di dalam keluarga kerana dengan adanya hormat menghormati, tahu tanggungjawab dan prihatin terhadap kebajikan masing-masing, maka sesebuah organisasi akan menjadi lebih kuat serta kukuh. Dengan adanya semua ini, ia dapat meningkatkan lagi produktiviti, kredibiliti dan reputasi bagi sesebuah organisasi. Selain itu, dalam etika masyarakat, dengan adanya kehidupan yang aman tenteram, keluarga yang utuh dan organisasi yang stabil maka wujudnya masyarakat yang harmoni.

14. 14.

d) Survival Tamadun Dunia

Manusia sepatutnya bantu-membantu sesama sendiri dalam mengejar kemajuan dan sebarang perselisihan faham dibawa meja perundingan. Penyelesaian dengan menggunakan senjata canggih akan mengakibatkan kemusnahan yang teruk, baik yang menyerang atau diserang. Seperti yang berlaku dinegara Iraq, ramai kaum Islam terkorban akibat daripada perbuatan manusia yang hanya mementingkan diri sendiri serta hanya untuk menunjukkan dialah yang berkuasa didunia ini. Mereka hanya menyerang Iraq atas sebab minyak mentah, kerana apa yang kita tahu, negara Iraq merupakan negara yang mempunyai minyak yang banyak serta pengeluar minyak yang terbesar. Inilah sifat manusia yang ada zaman sekarang ini yang hanya mementingkan keperluan sendiri dengan sanggup membunuh orang lain dan tidak berperikemanusiaan terhadap manusia yang lain.

15. 15.

KAEDAH PEMBENTUKAN ETIKA

Terdapat dua kaedah atau pendekatan teori untuk mengukur gerak laku manusia dalam etika sekular Barat iaitu kaedah Deontologikal dan kaedah Teleologikal. Istilah Deontologikal diambil daripada bahasa Greek ‘ deontos ’ yang bermaksud tugas atau tanggungjawab, manakala istilah Teleologikal diambil daripada bahasa Greek juga iaitu ‘ telos ’ yang berti sesudah, selepas atau kemudiannya. Teori etika Teleoligikal dan Deontologikal adalah berkaitan dengan prinsip dan peraturan yang memperkatakan tentang apa yang sepatutnya dilakukan dan bukannya apakah jenis manusia yang hendak dibentuk. Dengan ini, didapati bahawa para sarjana etika sekular Barat menjelaskan gerak laku manusia pada dua keadaan, iaitu semasa gerak laku (Deontologikal) dan selepas gerak laku (Teleologikal).

Kaedah Teleologikal mengukur etika manusia daripada kesan yang membawa mudarat atau manfaat, manakala kaedah Deontologikal mengukur perbuatan manfaat atau mudarat semasa perbuatan itu berlaku. Teori Teleologikal juga dikenali dengan ‘ consequentialim ’ adalah sejenis teori yang mendakwa bahawa sama ada sesuatu tindakan secara moral itu betul atau salah adalah bergantung sepenuhnya kepada akibat ( consequences ) atau hasil daripada sesuatu tidakan. Sementara teori Deontologikal sejenis etika kepercayaan yang menyatakan bahawa kewajipan atau tugas adalah asas kepada betul atau salah.

16. 16.

Contoh Pendekatan Teleologikal dan Deontologikal

Persoalan baik dan buruk mengikut dua pendekatan yang berbaza ini dapat dilihat dalam contoh-contoh tertentu. Contohnya, Ali mencuri wang daripada orang kaya untuk membantu orang-orang yang miskin. Mengikut etika Teleologikal, perbuatan mencuri yang dibuat oleh Ali adalah betul atau tidak salah kerana niat atau matlamatnya adalah untuk membantu orang-orang miskin. Dia mencuri wang daripada orang kaya dan membantu orang-orang miskin menyebabkan mereka tidak mengalami kelaparan dan kebuluran. Walaubagaimanapun, bagi etika Deontologikal perbuatan itu adalah salah kerana sifatnya adalah tidak baik. Mengambil harta orang lain tanpa pengetahuannya adalah tindakan yang tidak dibenarkan oleh masyarakat atau undang-undang. Ini bermakna mengikut teori Teleologikal betul atau salah sesuatu tindakan adalah bergantung kepada kesan yang terjadi. Manakala, mengikut teori Deontologikal betul atau salah sesuatu tindakan adalah ditentukan oleh sifat tindakan itu sendiri tetapi bukan kesannya. Selepas kita dapat memahami tentang kedua-dua kaedah etika itu dan setelah kita dapat membezakan antara satu sama lain, maka kita akan menjelaskan tokoh-tokoh kedua-dua teori tersebut dengan memberi istilah-istilah berhubung dengan kaedah-kaedah tersebut.

17. 17.

Bahagian Kedua

ALIRAN-ALIRAN ETIKA

Aliran Etika Nihilisme

Penganut aliran ini beranggapan bahawa semua barang atau makhluk adalah tidak mempunyai tuhan dan tiada apa-apa yang boleh berkomunikasi. Ia sering kali dikaitkan dengan sikap pesismistik dan percaya bahawa keburukan akan berlaku. Ahli nihilisme yang sejati tidak percaya kepada apa-apa, tiada kesetiaan dan tiada tujuan hidup yang lain selain daripada membinasa. Misalnya, ahli nihilisme terkenal iaitu Friedrich Nietzsche mengatakan bahawa kesan kemusnahan yang dibawa akan menghapuskan semua agama, kepercayaan dan kepercayaan kepada metafizik dan menguasai krisis terhebat di kalangan manusia.

18. 18.

Definisi dan Sejarah Nihilisme

Nihilisme berasal daripada Bahasa Latin, nihill yang membawa erti bukan semua barang di dunia ini tidak wujud. Wujud daripada “ annihilate ” bererti memusnahkan segala-galanya di mana pada akhirnya, tiada sebarang benda yang wujud di dunia. Di Rusia, nihilisme menjadi suatu gerakan revolusi (1860-1917) yang menentang kuasa pemerintahan negara tersebut, gereja dan keluarga.

Ahli nihilisme berpendapat bahawa nihilisme merupakan satu-satunya cara menuju ke arah kebebasan. Pada akhir tahun 1870, ahli-ahli nihilisme sering dikaitkan dengan rusuhan. Ahli-ahli rusuhan juga dikenali sebagai Skepties, dikategorikan sebagai tokoh-tokoh nihilisme kerana peranan mereka menafikan kewujudan kepercayaan tradisional sebagai pendapat yang tidak dapat dijelaskan. Nihilisme boleh difahami menerusi beberapa kaedah:

nihilisme berunsur politik (Political Nihilsm) dikaitkan dengan kepercayaan bahawa kemusnahan sistem politik, sosial dan kepercayaan yang sedia ada menjamin masa depan yang lebih baik.

nihilisme etnik atau nihilisme moral (ethical nihilisme or moral nihilisme) menentang kebarangkalian wujudnya nilai moral atau etnik. Akan tetapi, kebaikan dan kejahatan adalah tidak dapat dikenalpasti dengan jelas.

Eksistental nihilisme (existential nihilisme) pula menyatakan bahawa kehidupan di dunia ini tidak mempunyai makna yang tertentu.

19. 19.

Aliran- aliran Nihilisme

Friedrich Nietzsche ialah orang yang paling berkaitan dengan nihilisme. Bagi Nietzsche, dunia ini tidak mempunyai arahan yang objektif atau struktur kecuali apa yang disumbangkan oleh kita. Menurut beliau, nihilisme bukan sahaja satu kepercayaan bahawa kesemua benda perlu dihargai tetapi juga harus bekerjasama untuk membinasakannya [ Will To Power ]. Nihilisme mendedahkan semua bentuk kepercayaan yang bernilai dan kepentingan sesuatu kebenaran sebagai suatu simpton mitos pemusnahan barat. Keruntuhan-keruntuhan ini akan bakal menjadi krisis terhebat di kalangan umat manusia. Kritikan Nietzsche’s yang bertemakan kegagalan dan pitemologi, erti kemusnahan telah mempengaruhi pemikiran kebanyakan ahli pengkritik sosial dan ahli falsafah.

Pada abad ke-20, pergerakan eksistensial dipopularkan di France pada tahun 1940-an dan 1950-an. Jean-Paul Sartre (1905-1980) mendefinisikan pergerakan eksistensial sebagai kewujudan mendahului zat sebagai asas pembentukan alam semula jadi. Menurut beliau, apabila illusi atau imaginasi diabaikan, kehidupan digambarkan kosong dan bagi ahli eksistensial, kekosongan hidup bukan sahaja menjamin kebebasan malah juga ganguan emosi dan kengerian eksistensial. Kekosongan mencerminkan setiap individu bagaikan disisih di dunia yang asing dan dihalang untuk mengetahui kenapa individu tersebut diletakkan di dunia ini.

20. 20.

ALIRAN ETIKA HEDONISME

Perkataan hedonisme datangnya daripada perkataan Greek, iaitu “hedon” yang membawa maksud keseronokan. Sejak zaman silam lagi, sekumpulan ahli falsafah yang dipanggil hedonis kerana mereka percaya bahawa tahap prinsip kemoralan yang paling tinggi adalah keseronokan dan maksud dalam kehidupan adalah untuk mencapai satu tahap keseronokan. Sesetengah orang percaya bahawa matlamat yang utama dalam kehidupan adalah untuk mengikuti peraturan dan sesetengah pula percaya bahawa ia adalah untuk menunjukkan kelebihan yang terdapat pada seseorang itu (seperti Elitisme dan Fahaman Fasis). Sesetengah ahli falsafah purba di mana mereka adalah orang yang tabah mempercayai bahawa prinsip bimbingan dalam kehidupan haruslah berkaitan untuk mengawal keghairahan seseorang dalam apa-apa jua keadaan.

Menurut hedonis Greek dalam pertengahan abad yang ke-19, terdapat dua definisi hedonisme. Pertama, hedonisme adalah pergerakan yang mencari keseronokan. Ia merupakan satu kesetiaan, terutamanya melayankan kehendak diri seseorang, dan menjadikan keseronokan dan kebahagiaan sebagai satu cara kehidupan. Dan yang kedua pula adalah falsafah keseronokan, satu doktrin falsafah yang memegang bahawa keseronokan adalah tahap kebaikan yang paling tinggi ataupun sumber nilai moral.

21. 21.

Asal-Usul Hedonisme

Oleh kerana terdapat banyak idea mahupun pandangan, seseorang boleh mangesan asal usul hedonisme dengan permikiran Greek purba. Ahli falsafah Greek merupakan yang pertama cuba untuk menganalisis konsep keseronokan dan kesengsaraan. Hampir kesemua ahli falsafah purba yang utama mempunyai teorinya yang tersendiri mengenai keseronokan dan peranan yang dimainkan oleh keseronokan dan kesengsaraan dalamnya.

Secara khususnya, Democritus, Plato, Aristotle dan lain-lain menulis mengenai keseronokan dan kesengsaraan. Di antara ahli falsafah sebelum Socratic, terutamanya Democritus yang meletakkan penekanan yang tertentu ke atas idea yang terdiri daripada pengaruh salingan di antara keseronokan dan kesengsaraan. Walau bagaimanapun, terdapat dua buah sekolah pemikiran falsafah yang meletakkan keseronokan dan kesengsaraan sebagai konsep utama dalam sistem mereka. Hanya dua buah sekolah ini sajalah yang mempunyai satu titik permulaan teori mereka dalam prinsip “Keseronokan adalah yang paling baik dan paling ingin dicapai dalam kehidupan manusia.” Dua buah sekolah falsafah ini adalah Cyrenaics dan Epicureans. Pengetua-pengetua adalah Aristippus dan Epicurus masing-masing. Banyak ahli falsafah purba telah menulis tentang keseronokan dan kesengsaraan tetapi sifat lazim kedua-duanya yang tersendiri menunjukkan bahawa konsep keseronokan yang maksimum telah diambil kira sebagai idea utama ajaran mereka. (Pendapat ini merupakan intipati hedonisme). Idea untuk memaksimumkan keseronokan adalah satu ciri sejagat daripada semua ahli teori hedonisme yang kemudiannya. Lagipun, Aristippus dan terutamanya epicurus yang memperkenalkan pendekatan dalam pemikiran ekonomi merupakan sumber pengaruh yang utama kepada Bentham.

22. 22.

ALIRAN ETIKA EKSISTENSIALISME

Jean Paul Sartre merupakan seorang tokoh eksistensialis yang paling terkenal. Menurut karyanya yang terpenting iaitu “Being and Nothingness”, beliau menyatakan bahawa kewujudan (existence) mendahului zat (essence) dan ia adalah sesuai digunakan bagi kes manusia sahaja. Bukan itu sahaja, menurut Sartre manusia diibaratkan seolah-olah tidak mempunyai penciptanya dan manusia dibenarnya telah wujud sejak dahulu lagi. Oleh yang demikian, manusia adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap segala keputusan yang bakal dan telah diambil mengenai segala apa yang hendak dilakukan oleh dirinya sendiri. Manusia turut dikatakan mempunyai kebebasan sepenuhnya untuk melakukan apa sahaja yang ingin dilakukan demi mengurus dirinya sendiri.

Menurut pandangan Sartre, manusia sebenarnya tidak mempunyai apa-apa fungsi di dunia ini. Ini bermakna tiada benda yang sepunya bagi manusia boleh menghalang manusia daripada menggunakan kebebasan diri mereka dengan sebebasnya untuk melakukan pemilihan dan menentukan hal-hal yang berkaitan dengan diri mereka sendiri. Sartre turut berpendapat bahawa segala-galanya telah memperolehi keizinan kerana tiadanya Tuhan di dunia ini. Secara tidak langsungnya, ini bermakna tiada hukum Tuhan dan nilai kudus yang jelas untuk dipatuhi dan diikuti oleh manusia tetapi sebaliknya menurut Sartre, nilai adalah bersifat subjektif, individualistik dan tertakhluk kepada situasi.

23. 23.

Selain daripada itu, Sartre turut mengatakan pendapatnya mengenai kebebasan manusia. Menurutnya, walaupun manusia mempunyai kebebasan menentukan arah tuju hidup mereka, manusia adalah dilarang untuk menghapuskan kebebasan mereka. Sartre mendapat kesimpulan ini menerusi analisisnya terhadap gagasan kesedaran (consciousness). Berdasarkan panganalisaan Sartre, beliau berpendapat bahawa kesedaran tersebut adalah sengaja diwujudkan supaya jurang atau kekosongan di dalam diri manusia dapat diisikan melalui kesedaran mereka sendiri serta pemikiran dan tindakan mereka di sepanjang hayat mereka. Manusia dikatakan hanya dapat membesarkan diri mereka dengan objek lain melalui kaedah ini.

Manusia yang mempunyai kesedaran merupakan golongan wujudan-untuk-swadiri (being-for-itself) manakala manusia yang tidak mempunyai kesedaran digolongkan sebagai wujudan-pada-swadiri (being-in-itself). Wujudan-pada-swadiri boleh digambarkan sebagai objek-objek yang tidak berubah dan kesedaran dianggap membawa ketiadaan ke dalam dunia yang dimiliki oleh objek bukan manusia.

24. 24.

Dalam konteks yang sama, Sartre menyatakan yang sejarah masa lalu manusia adalah tidak dapat menetukan keperibadian manusia pada masa kini. Ini bererti, manusia dipisahkan dengan masa lampaunya dengan wujudnya jurang yang tidak berkesudahan di dalam kesedaran manusia-manusia sekalian. Tanggapan manusia untuk melakukan tingkah laku yang tertentu agar dapat menentukan kehidupannya pada masa depan akan menjamin kebahagiaan adalah salah sama sekali. Sebaliknya, manusia terpaksa membuat pemilihan yang baru sekiranya tanggapan manusia dicapai kerana pada masa tersebut, menyebabkan kekosongan di dalam diri manusia muncul semula.

Menurut Sartre, manusia turut memikirkan hubungan diri mereka dengan objek-objek lain yang berada di sekelilingnya. Oleh kerana objek-objek lain dikatakan kewujudannya adalah teratur, kemas dan mempunyai pola tertentu menjadikan manusia tidak mampu mengatur kehidupan mereka mengikut contoh objek-objek tersebut. Sartre menganggap konsep ini ialah konsep “kelekitan dan kelekatan”. Ketidakmapuan manusia mengikut rentak objek-objek di sekelilingnya menyebabkan manusia berasa “mual” dengan kehidupan mereka. Secara kesimpulannya, Sartre mengatakan bahawa manusia mempunyai kebebasan untuk memilih tetapi tidak bebas memusnahkan kebebasan tersebut serta manusia tidak mungkin menukar diri mareka dari wujudan-untuk-swadiri kepada wujudan-pada-swadiri.

25. 25.

Di dalam konteks yang berlainan, Sartre turut mengemukakan beberapa langkah penyelesaian kepada manusia untuk meleraikan kebuntuan mereka. Persoalannya, bagaimanakah manusia dapat mengatasi keseksaan batin mereka? Sartre berpendapat “keyakinan palsu” dapat membantu manusia daripada berasa terseksa. Dalam erti kata lain, kaedah ini merupakan penafian manusia terhadap hak-hak memilihnya. Manusia dikatakan menipu diri sendiri dengan menyatakan ketiadaan pilihan di dalam suatu perkara. Manusia akan mencipta banyak alasan untuk menafikan hak-haknya dan memberhentikan segala tindakan mereka sendiri. Tanpa sedar, manusia berpura-pura menjadi objek ataupun golongan wujudan-pada-swadiri. Secara tidak langsung, manusia tidak perlu melakukan pemilihan dan menjadi sesuatu yang dikatakan mempunyai sifat yang tetap malah keyakinan palsu dianggap sebagai suatu pelindung kepada segala penderitaan dan keseksaan. Natijahnya, eksistensialisme dikatakan melemahkan peraturan tradisional yang merupakan panduan moral dan menurut Sartre, sekiranya manusia mengikut segala peraturan yang telah ditetapkan kebebasannya akan dijejaskan oleh “mitologi” terhadap kemoralan dan mitos ini haruslah dimusnahkan di mana manusia harus bertanggungjawab ke atas segala pemilihan yang dipilih dan tingkah laku moralnya sendiri.

26. 26.

Bab Ketiga

TOKOH-TOKOH FALSAFAH ETIKA ISLAM

AL-FARABI

Nama sebenarnya ialah Abu Nasr Muhammad Ibnu Muhammad Ibnu Tarkhan Ibnu Uzlaq Al Farabi. Beliau lahir pada tahun 874M (260H) di Transoxia yang terletak dalam Wilayah Wasij di Turki. Bapanya merupakan seorang anggota tentera yang miskin tetapi semua itu tidak menghalangnya daripada mendapat pendidikan di Baghdad. Beliau telah mempelajari bahasa Arab di bawah pimpinan Ali Abu Bakr Muhammad ibn al-Sariy. Kemudian, beliau berpindah ke Damsyik sebelum meneruskan perjalanannya ke Halab. Semasa di sana, beliau telah berkhidmat di istana Saif al-Daulah dengan gaji empat dirham sehari. Hal ini menyebabkan dia hidup dalam keadaan yang serba kekurangan.

Al-Farabi yang terdidik dengan sifat qanaah telah menjadikan beliau seorang yang amat sederhana, tidak gilakan harta dan cintakan dunia. Beliau lebih menumpukan perhatian untuk mencari ilmu daripada mendapatkan kekayaan duniawi. Sebab itulah Al-Farabi hidup dalam keadaan yang miskin sehingga beliau menghembuskan nafas yang terakhir pada tahun 950M (339H). Walaupun Al-Farabi merupakan seorang yang zuhud tetapi beliau bukan seorang ahli sufi. Beliau merupakan seorang ilmuwan yang cukup terkenal pada zamannya. Dia berkemampuan menguasai pelbagai bahasa. Kemampuan Al-Farabi bukan sekadar itu, malah beliau juga memiliki ilmu pengetahuan yang mendalam dalam bidang perubatan, sains, matematik, dan sejarah. Namun, keterampilannya sebagai seorang ilmuwan yang terulung lebih dalam bidang falsafah. Bahkan kehebatannya dalam . Bahkan kehebatannya dalam bidang ini mengatasi ahli falsafah Islam yang lain seperti Al-Kindi dan Ibnu Rusyd.

27. 27.

Al-Farabi banyak mengkaji mengenai falsafah dan teori Socrates, Plato, dan Aristotle dalam usahanya untuk menghasilkan teori serta konsep mengenai kebahagiaan. Maka tidak hairanlah, Al-Farabi dikenali sebagai orang yang paling memahami falsafah Aristotle. Dia juga merupakan seorang yang terawal menulis mengenai ilmu logik Yunani secara teratur dalam bahasa Arab. Walaupun pemikiran falsafahnya banyak dipengaruhi oleh falsafah Yunani tetapi beliau menentang pendapat Plato yang menganjurkan konsep pemisahan dalam kehidupan manusia.

Menurut Al-Farabi, seorang ahli falsafah tidak seharusnya memisahkan dirinya daripada sains dan politlk. Sebaliknya perlu menguasai kedua-duanya supaya bersedia untuk menjadi seorang ahli falsafah yang sempurna. Tanpa sains, seorang ahli falsafah tidak mempunyai cukup peralatan untuk diekspolitasikan untuk kepentingan orang lain. Justeru, seorang ahli falsafah yang tulen tidak akan merasai sebarang perbezaan di antara dirinya dengan pemerintah yang tertinggi kerana keduanya merupakan komponen yang saling lengkap melengkapi. Dalam hal ini beliau mencadangkan agar diwujudkan sebuah negara kebajikan yang diketuai oleh ahli falsafah.

28. 28.

Pandangan falsafahnya yang kritikal telah meletakkannya sebaris dengan ahli falsafah Yunani yang lain. Dalam kalangan ahli falsafah Islam, beliau juga dikenali sebagai Aristotle kedua. Bagi Al-Farabi, ilmu adalah segala-galanya dan para ilmuwan harus diletakkan pada kedudukan yang tertinggi dalam pemerintahan sesebuah negara. Pandangan Al-Farabi ini sebenarnya mempunyai persamaan dengan falsafah dan ajaran Confucius yang meletakkan golongan ilmuwan pada tingkat hierarki yang tertinggi di dalam sistem sosial sesebuah negara. Di samping itu, Al-Farabi juga mengemukakan banyak pandangan yang mendahului zamannya. Antaranya beliau menyatakan bahawa keadilan itu merupakan sifat semula jadi manusia, manakala pertarungan yang berlaku antara manusia merupakan gejala sifat semula jadi tersebut.

Pemikiran, idea, dan pandangan Al-Farabi mengenai falsafah politik terkandung dalam karyanya yang berjudul "Madinah al-Fadhilah". Perbicaraan mengenai ilmu falsafah zaman Yunani dan falsafah Plato serta Aristotle telah disentuhnya dalam karya " Ihsa al-Ulum" dan "Kitab al-Jam".Terdapat dua buah buku tidak dapat disiapkan oleh Al-Farabi di zamannya. Buku-buku itu ialah "Kunci Ilmu" yang disiapkan oleh anak muridnya yang bernama Muhammad Al Khawarizmi pada tahun 976M dan "Fihrist Al-Ulum" yang diselesaikan oleh Ibnu Al-Nadim pada tahun 988M.

29. 29.

AL-GHAZALI

Abu Hamid Ibnu Muhammad al-Tusi al-Ghazali. Itulah tokoh yang dilahirkan di Tus, Parsi pada tahun 450 Hijrah. Sejak kecil lagi, beliau telah menunjukkan keupayaan yang luar biasa dengan menguasai berbagai-bagai cabang ilmu pengetahuan. Beliau bukan sahaja produktif dari segi menghasilkan buku dan karya tetapi merupakan seorang ahli fikir Islam yang terulung. Kecintaannya terhadap ilmu pengetahuan begitu mendalam sehingga mendorongnya menggembara dan merantau dari sebuah tempat ke tempat yang lain untuk berguru dengan ulama-ulama yang hidup pada zamannya. Sewaktu berada di Baghdad, Al-Ghazali telah dilantik sebagai Mahaguru Universiti Baghdad.

Walaupun telah bergelar mahaguru tetapi beliau masih merasakan kekurangan pada ilmu pengetahuan yang dimiliki. Lantaran itu, beliau meninggalkan jawatannya dan beralih ke bidang tasawuf dengan merantau ke Makkah sambil berguru dengan ahli-ahli sufi yang terkenal disana. Selain belajar dan mengkaji, Al-Ghazali juga banyak menulis. Dianggarkan beliau telah menulis 300 buah buku yang mencakupi pelbagai bidang ilmu pengetahuan seperti mantik, akhlak, tafsir, ulumul Quran, falsafah, dan sebagainya. Walau bagaimanapun, sebahagian besar hasil tulisannya telah hangus dibakar oleh tentera Moghul yang menyerang kota Baghdad.

30. 30.

Antara kitab yang musnah termasuk: 40 Jilid Tafsir, Sirrul Alamain (Rahsia Dua Dunia), dan al Madhnuuna bihi ala Qhairiha (Ilmu Yang Harus Disembunyikan Dari Orang orang Yang Bukan Ahlinya,). Cuma 84 buah buku tulisan beliau yang berjaya diselamatkan seperti Al Munqiz Mm al Dhalal (Penyelamat Kesesatan), Tahafut al Falsafah (Penghancuran Falsafah), Mizanul Amal (Timbangan Amal), Ihya Ulumuddin (Penghidupan Pengetahuan), Mahkun Nazar (Mengenai Ilmu Logik), Miyarul Ilmu, dan Maqsadil Falsafah (Tujuan Falsafah). Al-Ghazali juga banyak menulis mengenai falsafah tetapi beliau tidak dianggap sebagai seorang ahli falsafah. Malah kebanyakan penulis menggolongkan Al-Ghazali sebagai seorang yang memerangi dan bersikap antifalsafah. Pandangan ini berdasarkan tulisan Al-Ghazali dalam buku Tahafut Falsafah yang banyak mengkritik dan mengecam falsafah. Bahkan dalam buku tersebut, Al-Ghazali menyatakan tujuan beliau menyusun buku itu adalah untuk menghancurkan falsafah dan menggugat keyakinan orang terhadap falsafah. Namun begitu, pandangan bahawa Al-Ghazali seorang yang antifalsafah tidak dipersetujui oleh beberapa orang sarjana.

Biarpun tidak ada seorang pun yang boleh menafikan kecaman Al-Ghazali terhadap falsafah seperti yang ditulis dalam buku Tahafut Falsafah itu tetapi perlu diingatkan bahawa sikap ragu dan kritikannya terhadap falsafah merupakan sebahagian proses ilmu falsafah itu sendiri. Hal ini kerana tugas ahli falsafah bukan semata-mata untuk mencari kebenaran dan penyelesaian terhadap sesuatu masalah tetapi juga mencabar serta membantah penyelesaian yang dikemukakan terhadap permasalahan tersebut. Jika menyelusuri perjalanan hidup Al-Ghazali maka kita akan didapati bahawa beliau merupakan ilmuwan Islam pertama yang mendalami falsafah dan kemudian mengambil sikap mengkritiknya. Walaupun Al-Ghazali kurang senang dengan falsafah dan ahli falsafah tetapi dalam buku Maqasid al Falasifah., beliau telah mengemukakan kaedah falsafah untuk menghuraikan persoalan yang berkaitan dengan logik, ketuhanan, dan fizikal.

31. 31.

Menurut Al-Ghazali, falsafah boleh dibahagikan kepada enam ilmu pengetahuan iaitu matematik, logik, fizik, metafizik, politik, dan etika. Bidang-bidang ini kadangkala selari dengan agama dan kadangkala pula sangat berlawanan dengan agama. Namun begitu, agama Islam tidak menghalang umatnya daripada mempelajari ilmu pengetahuan tersebut sekiranya mendatangkan kebaikan serta tidak menimbulkan kemudaratannya. Contohnya agama tidak melarang ilmu matematik kerana ilmu itu merupakan hasil pembuktian fikiran yang tidak boleh dinafikan selepas ia difahami.

Cuma bagi Al-Ghazali, ilmu tersebut boleh menimbulkan beberapa persoalan yang berat. Antaranya ialah ilmu matematik terlalu mementingkan logik sehingga boleh menyebabkan timbul persoalan yang berkaitan dengan ketuhanan khususnya mengenai perkara yang tidak dapat dihuraikan oleh akal fikiran. Menurut Al-Ghazali tidak salah berpegang kepada logik tetapi yang menjadi masalahnya ialah golongan falsafah yang terlalu berpegang kepada logik, hendaklah membuktikan fakta termasuk perkara yang berhubung dengan ketuhanan atau metafizik.

32. 32.

Sebab itulah beliau menentang golongan ahli falsafah Islam yang cuba mengungkap kejadian alam dan persoalan ketuhanan menggunakan pemikiran daripada ahli falsafah Yunani. Beberapa orang ahli falsafah Islam seperti Ibnu Sina dan al-Farabi jelas terpengaruh dengan idea pemikiran falsafah Aristotle. Maka tidak hairanlah ada diantara pandangan ahli falsafah itu bertentangan dengan ajaran Islam yang boleh menyebabkan kesesatan dan syirik. Terdapat tiga pemikiran falsafah metafizik yang menurut Al-Ghazali amat bertentangan dengan Islam iaitu qadimnya alam ini, tidak mengetahui Tuhan terhadap perkara dan peristiwa yang kecil, dan pengingkaran terhadap kebangkitan jasad atau jasmani.

Al-Ghazali tidak menolak penggunaan akal dalam pembicaraan falsafah dan penghasilan ilmu pengetahuan yang lain. Sebaliknya beliau berpendapat bahawa ilmu kalam dan penyelidikan menggunakan fikiran boleh menambahkan keyakinan dan menyalakan api keimanan pada hati orang bukan Islam terhadap kebenaran ajaran Islam. Jadi, perkembangan sesuatu ilmu pengetahuan bukan sahaja bersandarkan kepuasan akal fikiran tetapi juga perlu mengambil kira aspek perasaan dan hati nurani. Al-Ghazali menganjurkan supaya umat Islam mencari kebenaran dengan menjadikan al-Quran sebagai sumber yang utama dan bukannya melalui proses pemikiran dan akal semata-mata. Jadi, apa yang cuba dilakukan oleh Al-Ghazali ialah memaparkan kesalahan dan kepalsuan bidang pengetahuan yang bercanggah dengan agama serta bertentangan dengan pendirian umat Islam. Sekaligus menunjukkan bahawa Al-Ghazali sebenarnya merupakan seorang ahli falsafah Islam yang mencari kebenaran dengan berpandukan al-Quran dan hadis tidak sebagaimana pemikiran serta permainan logik yang lazim digunakan ahli falsafah Yunani. Perkara yang ditentang oleh Al-Ghazali bukan ahli falsafah dan pemikiran yang dibawakan oleh mereka tetapi kesalahan, kesilapan, dan kesesatan yang dilakukan oleh golongan tersebut. Pada Al-Ghazali, tunjang kepada pemikiran falsafah ialah al-Quran itu sendiri.

33. 33.

IBN KHALDUN

Nama sebenar beliau ialah Wali al-Din ‘Abd al-Rahman ibn Muhammad ibn Abi Bakr Muhammad ibn al-Hasan ibn Khaldun, dilahirkan di Tunis tahun 1332, dan meninggal dunia di Kaherah, tahun 1406.  Kawasan Khalduniyah di Tunis masih ada sekarang hampir-hampir tidak berubah, dengan rumah yang dipercayai tempat kelahirannya. Sebagaimana yang beliau sebutkan sendiri dalam riwayat hidupnya ( at-Ta’rif bi’bni Khaldun) keluarganya berasal dari keturunan Khaldun yang berketurunan Arab Selatan, yang datang ke Sepanyol pada tahun-tahun awal masa pembukaan Sepanyol oleh tentera Arab Muslimin kemudian mereka menetap di Carmona, kemudian berpindah ke Seville dan memainkan peranan penting dalam perang-perang saudara di abad ke 9, dan mereka dianggap termasuk ke dalam satu daripada tiga keluarga yang terpenting dalam kota itu.

Dalam abad-abad berikutnya keluarga Ibn Khaldun itu secara berturutan memegang jawatan-jawatan pentadbiran dan politik yang tinggi di bawah pemerintahan kerajaan Umayyah, al-Murabitun dan al-Muwahhidun. Ahli-ahli lain keluarga itu berkhidmat dalam tentera dan beberapa orang dari mereka terkorban dalam peperangan az-Zallaqah (1086) yang buat sementara waktu menghentikan pengambilan kembali Sepanyol oleh tentera Kristian. Bagaimanapun selepas kejatuhan Seville, keluarga Ibn Khaldun itu berpindah ke Tunis, di mana Ibn Khaldun dilahirkan, dan juga di mana beliau mendapat pendidikan awalnya. Di sana juga, semasa dalam umur belasan tahun beliau menyertai perkhidmatan Sultan Mesir iaitu Sultan Barquq, bagaimanapun minatnya kepada ilmu dan pendidikan menyebabkan beliau meninggalkan perkhidmatan itu dan berpindah ke Fez; di sini timbul suasana tidak tenang dari segi politiknya yang ditandai dengan persaingan dari segi politik yang memberi kesan atas kerjayanya.

34. 34.

Masa yang tidak aman ini termasuk tiga tahun dimana beliau berlindung di kampung kecil Qalat ibn Salamah di Algeria. Disitulah beliau berpeluang untuk mengarang kitab al-Muqaddimah nya yang terkenal itu, yang berupa jilid pertama dari kitab sejarah dunia yang membolehkan beliau mendapat nama yang kekal abadi antara para ahli sejarah, sosiologi dan falsafah. Keadaan tidak menentu dalam kerjayanya masih berterusan, dengan negeri Mesir menjadi tempat beliau menetap dalam 24 tahun terakhir umurnya. Di sini beliau hidup dalam kemasyhuran dan penghormatan sehingga beliau dilantik sebagai Ketua Hakim dalam mazhab Maliki dan juga guru yang memberi kuliah di Universiti al-Azhar yang masyhur itu, tetapi dikatakan kedengkian menyebabkan beliau dipecat dari jawatannya sebanyak lima kali.

Dalam hidupnya, Ibn Khaldun terpaksa berpindah dari suatu istana kepada sebuah istana yang lain, kadangkala dengan hasratnya sendiri, kadang-kadang terpaksa melakukan demikian kerana rancangan musuh-musuhnya atau raja-raja yang berkuasa penuh. Beliau mendapat banyak pengajaran daripada hubungannya dengan para pemerintah, duta-duta, ahli-ahli politik dan para ulama dan sarjana di Afrika Utara, Sepanyol di bawah kerajaan Islam, Mesir, dan lain-lain wilayah Islam.

35. 35.

Kitabnya yang terkenal sekali ialah al-Muqaddimah (“Pendahuluan”) yang merupakan kitab terbesarnya dalam persuratan tentang sejarah, falsafah dan sosiologi, termasuk pendidikan. Tema utama dari kitab ini ialah untuk mengecam fakta-fakta psikologi, ekonomi, alam sekitar, dan kemasyarakatan yang memainkan peranan dalam proses memajukan peradaban manusia serta perjalanan sejarahnya. Beliau membuat analisis tentang dinamika hubungan kumpulan-kumpulan dan menunjukkan bagaimana kesetiakawanan atau perpaduan sosial ( al’-asabiyyah) melahirkan satu tamadun baru dan juga kekuasaan siasah.

36. 36.

TOKOH-TOKOH DEONTOLOGIKAL

Immanuel Kant (1724-1804)

Nama : Immanuel Kant

Tarikh Lahir : 1724

Tempat Lahir : Konigsberg in Prussia

Tarikh Meninggal Dunia : 1804

37. 37.

Immanuel Kant ialah seorang ahli falsafah Jerman dan merupakan seorang pemikir agung Barat sepanjang zaman. Kant bermula dengan pernyataan atau penegasan bahawa manusia adalah manusia yang rational. Manusia perlu ada “ Theorical Reason” untuk membolehkan mereka melakukan tugas yang berunsurkan intelektual yang kompleks. Mereka juga ada “ Practical Reason ” untuk mencapai kehendak mereka, “ good will ” (Dave Robinson & Chris Garratt, 1996: 81). Dia adalah tokoh Deontologikal yang paling penting. Dia bercakap tentang dorongan dan motivasi dalam tindakan manusia, bukan daripada kesan dan akibat perbuatan tersebut. Kant dan Georg Wilhem Friedrich (1770-1831) mengatakan bahawa sejarah adalah arena di mana humanity mesti mencari penyelesaian untuk destininya (Ahmad Marfadha Mohamed et al. , 1999: 13).

38. 38.

Melalui bukunya “ Principles of the Metaphysics of Ethics ” yang diterbitkan pada tahun 1785, Kant telah mengutarakan prinsip moral yang dipanggil “ categorical imperative ”. Baginya, ia merupakan suatu arahan yang mesti dipatuhi tanpa kekecualian. Dalam buku tersebut, mempunyai pendapat Kant mengenai moral:

Sesuatu perbuatan itu salah atau betul bergantung sama ada ia mengikut hukum asas etika atau tidak. Hukum etika (moral) tercetus daripada maruah dan nilai-nilai penting manusia seperti kebolehan memilih, kebebasan dan kesaksamaan (maruah, kehormatan, keadilan, hak individu dan toleransi).

Hukum moral yang dimaksudkan ialah sesuatu tindakan yang dibuat mesti mengambilkira manusia sebagai matlamat tetapi bukan sebagai alat untuk mencapai matlamat. Contohnya, menolong orang yang susah adalah wajib dan bermoral. Sebaliknya, mencuri harta orang lain adalah tidak moral kerana dia dijadikan sebagai alat untuk mencapai kebahagiaan orang lain.

Moraliti adalah hasil pemikiran dan pemulihan manusia. Seseorang bertanggungjawab ke atas apa-apa yang dilakukannya kerana dia mempunyai akal untuk berfikir dan memilih sesuatu tindakan.

Sesuatu tindakan itu boleh dipertahankan secara moral jika ia menghormati kebebasan maruah dan hak seseorang manusia. Prinsip tindakan itu mesti boleh digunakan untuk semua orang dan tempat.

39. 39.

Abraham Maslow (1908-1970)

Nama : Abraham Harold Maslow

Tarikh Lahir : 1 April 1908

Tempat Lahir : Brooklyn, New York

Tarikh Meninggal Dunia : 8 Jun 1970

40. 40.

Abraham Maslow adalah seorang ahli psikologi Amerika yang membawa teori hierarki keperluan ( hierarchy of needs ) manusia. Dia mencirikan kesempurnaan diri sebagai matlamat kehidupan manusia. Walaupun demikan, mengikut mereka lagi, terdapat beberapa batasan dan halangan yang menghindari manusia mencapai tahap kewujudan yang diidamkan ini. Antaranya seperti penilaian terhadap pengalaman yang dilalui itu tidak sama dengan konsep diri manusia, terlalu banyak syarat yang yang dikenakan oleh orang lain yang disignifikan seperti dalam memberi kasih sayang atau perhatian dan lain-lain. Baginya, memenuhi keperluan adalah mustahak jika manusia inginkan kemakmuran atau kemajuan (Ahmad Marfadha Mohamed et al. , 1999: 52-53; Douglas Birsch, 2001: 176). Dalam teori ini, Maslow menyatakan manusia mempunyai lima tahap keperluan yang berasaskan dua kumpulan keperluan besar iaitu keperluan memenuhi kekurangan ( deficiency needs ) dan keperluan memenuhi pertumbuhan ( growth needs ). Empat tahap awal termasuk dalam kumpulan pertama dan tahap terakhir termasuk dalam kumpulan kedua:

41. 41.

Tahap I: Keperluan fisiologi ( Physiological needs )

Pada tahap ini manusia memerlukan perkara-perkara asas untuk meneruskan kehidupan. Contohnya, makanan, minuman, pakaian dan lain-lain.

Tahap II: Keperluan keselamatan ( security needs )

Pada tahap ini manusia memerlukan sesuatu yang boleh melindungi mereka daripada bahaya atau ancaman terutamanya tempat tinggal.

Tahap III: Keperluan rasa kekitaan dan kasih sayang ( belongingness

and love needs )

Pada tahap ini manusia memerlukan kehidupan bermasyarakat di mana mereka saling menerima dan mengasihi antara satu sama lain.

Tahap IV: Keperluan maruah dan harga diri ( self-esteem needs )

Pada tahap ini manusia mempunyai keperluan untuk menciptakan kejayaan, menonjolkan kecekapan mendapat pengiktirafan dan menerima sanjungan.

Tahap V: Keperluan penonjolan diri ( self-actualization needs )

Pada tahap ini manusia mempunyai keperluan untuk membuktikan dan mempamerkan potensi dan kehebatan diri. Paling tinggi tahap ini ialah keperluan seseorang menolong orang lain agar dapat menonjolkan dirinya

42. 42.

Dalam tahap kelima iaitu keperluan penonjolan diri, manusia telah mencapai matlamat yang paling tinggi dalam hidupnya.

Apabila mencapai peringkat atas dalam keperluannya, manusia

dapat menunjukkan sifat-sifat moralnya, antaranya ialah:

melihat hidup ini paling unggul dan mantap

dapat menghayati apa yang betul dan apa yang salah

lebih memahami masalah kehidupan

lebih melibatkan dalam tugas yang lebih bermakna

lebih kreatif daripada orang lain

Manusia di peringkat paling atas mempunyai personaliti bersepadu dengan sifat-sifat berani, bebas, berwibawa, yakin, terbuka dan perikemanusiaan.

Manusia di peringkat teratas juga beretika tinggi kerana mereka tahu makna sebenar ‘betul’ dan ‘salah’ dan mereka juga boleh mengajar orang lain tentang etika.

Manusia di peringkat ini juga sihat jasmani dan rohaninya dan boleh membuat penilaian yang seimbang.

Manusia di peringkat paling atas mengakui kewujudan kehidupan spiritual.

43. 43.

Bagi Maslow, moral adalah berkaitan rapat dengan keperluan manusia yang dinyatakan di atas. Semakin tinggi pencapaian keperluan manusia, maka semakin tinggi moralnya. Orang yang dapat memenuhi keperluan kekurangan dan pertumbuhan, orang itulah yang dianggap paling bermoral.

5

Penonjolan diri

4

Maruah dan harga diri

3

Kekitaan dan kasih sayang

2

Keselamatan

1

Fisiologi

Rajah 3: Hierarki Keperluan dalam teori Abraham Maslow.

44. 44.

Lawrence Kohlberg (1927-1987

Nama : Lawrence Kohlberg

Tarikh Lahir : 25 Oktober 1927

Tempat Lahir : Bronxville, New York

45. 45.

Lawrence Kohlberg adalah seorang ahli psikologi dari Amerika Syarikat. Dia menjadi pelopor dalam bidang etika yang dipanggil teori pembangunan moral ( moral development theory ) yang cuba mengenal pasti ciri, tahap dan peringkat pencapaian etika seseorang. Teori ini berasaskan etika keadilan ( ethic of justice ) yang berpegang kepada idea setiap orang patut dilayan dengan sama rata. Kohlberg telah menyimpulkan penyelidikannya agar semua moral pembangunan manusia perlu diikuti dengan keperluan tindakan melalui tiga tahap (Douglas Birsch, 2001: 156). Tiga tahap perkembangan moral manusia ialah prakonvensional, konvensional dan pasca konvensional. Dalam setiap tahap mempunyai dua peringkat, iaitu;

Tahap I: Prakonvensional

Tempoh tahap ini ialah dari sejak lahir hingga umur sepuluh, manusia banyak memberi tumpuan kepada diri sendiri bagi mendapatkan kepuasan dan mengelakkan daripada menerima hukuman. Pada masa ini, manusia dapat membezakan perkara ‘baik’ dan ‘betul’ melalui hadiah, hukuman dan kuasa. Dengan erti kata lain, ‘baik’ membawa keuntungan dan dikuasai oleh orang yang berkuasa. Pada tahap ini, manusia bertindak secara moral dalam dua peringkat dengan sebab-sebab berikut:

Peringkat pertama, mereka mengikut kerana takut kepada hukuman.

Peringkat kedua, mereka mengikut untuk mencari hadiah dan balasan terhadap jasa.

46. 46.

Tahap II: Konvensional

Jangka masa bagi tahap ini ialah dari umur sepuluh tahun hingga dua puluh tahun. Pada tahap ini, manusia melihat etika dari sudut memenuhi harapan iaitu memuaskan hati orang lain dan memenuhi harapan masyarakat. Konsep ‘baik’ dilihat sebagai sesuatu yang membawa kepada kesenangan. Contohnya, melaksanakan tanggungjawab, menghormati orang lain, mematuhi peraturan dan lain-lain lagi. Pada tahap ini, manusia bertindak secara moral dalam dua peringkat dengan sebab-sebab berikut:

Peringkat ketiga, mereka mengikut untuk mengelak daripada dibenci oleh orang lain.

Peringkat keempat, mereka mengikut untuk mengelak daripada dihukum oleh pihak berkuasa.

Tahap III: Pasca Konvensional

Tahap ini bermula dari umur dua puluh tahun dan ke atas, manusia membuat keputusan etika melalui kesedaran kendiri tentang prinsip-prinsip kemasyarakatan dan peraturan sejagat seperti keadilan, kesaksamaan dan persamaan hak. Pada tahap ini, manusia bertindak secara moral dalam dua peringkat dengan sebab-sebab berikut:

Peringkat kelima, manusia mengikut untuk mengekalkan penghormatan orang lain.

Peringkat keenam, merka mengikut untuk mengelakkan daripada kutukan orang lain.

47. 47.

Menurut Lawrence Kohlberg, morak manusia berkembang mengikut enam peringkat ini secara berturutan. Moral yang dikembang dengan sepenuhnya bermakna sudah mencapai sekurang-kurang lima peringkat daripadanya. Dia juga percaya bahawa mematuhi peraturan-praturan keadilan sejagat adalah cara paling baik untuk beretika.

TahapPeringkatOrientasi social Prakonvensional12 berkelakuan baik kerana takut kepada hukuman.berkelakuan baik untuk kepentingan sendiri. Konvesional 34 berkelakuan baik supaya diterima orang.berkelakuan baik kerana mematuhi peraturan. Pasca konvensional56 berkelakuan baik untuk kebaikan bersama.berkelakuan baik kerana kesedaran kendiri.

Rajah 4: klasifikasi perkembangan moral dalam teori Kohlberg

48. 48.

Carol Gilligon Nama : Carol Gilligon

Tarikh : 28 November 1936

Tempat Lahir : New York City

49. 49.

Carol Gilligan ialah seorang psikologi dari Amerika Syarikat. Dia menjadi pelopor teori etika kasih sayang ( ethic of care ) yang berkisar kepada pegangan bahawa manusia tidak patut disakiti. Dia banyak menulis dan berbincang tentang perasaan, tanggungjawab dan hubungan manusia, terutamanya dari pandangan wanita. Fokus teori ini ialah tanggungjawab untuk membantu, tidak membebankan dan tidak menyakiti orang lain. Keadilan dan kesaksamaan adalah sebagai dasarnya. Beliau lebih mementingkan wanita berbanding dengan Kohlberg yang mementingkan lelaki. Gilligan melihat perkembangan moral adalah sama dengan Kohlberg iaitu dalam tiga peringkat. Iaitu prakonvensinal, konvensional dan pasca konvensional. Walau bagaimanapun, skema perkembangan moralnya adalah berbeza.

50. 50.

Tahap I: Prakonvensional

Pada tahap ini, seseorang itu hanya tertumpu kepada diri sendiri sahaja. Apa yang penting ialah memenuhi segala keperluan sendiri. ‘Tindakan betul’ dilihat sebagai yang menguntungkan diri sendiri.

Tahap II: Konvensional

Pada tahap ini, seseorang dilihat keperluan orang lain sebagai lebih penting daripada keperluan diri sendiri. Berbuat baik bermakna bertanggungjawab dan ‘tindakan betul’ ialah suatu pengorbanan diri untuk kepentingan orang lain.

Tahap III: Pasca konvensional

Pada tahap ini, seseorang memberi perhatian yang seimbang antara keperluan diri dengan tujuan mengekalkan perhubungan yang sedia ada. Dia akur kepada prinsip tanggungjawab yang melarang seseorang menyakiti hati orang lain.

TahapMatlamat PrakonvensionalKepentingan diri sendiri Peralihan: sedar antara kepentingan diri dan tanggungjawab kepada orang lain KonvensionalKepentingan orang lain Peralihan: menyelesaikan pertelingahan antara kepentingan diri dengan kepentingan orang lain Pasca konvensional Akur kepada prinsip ‘jangan menyakiti’

Rajah 5: Tahap perkembangan moral dalam teori Gilligan.

51. 51.

TOKOH-TOKOH TELEOLOGIKAL

Jeremy Bentham (1748-1832)

Jeremy Bentham ialah ahli falsafah Inggeris yang radikal yang mempelopori teori kegunaan ( utilitarianism ) pada awal abad ke-90. Dalam apa bidang perlakuan manusia untuk kebaikan manusia, Bentham suka melihat kepada akibat dan kesan perbuatan itu. Apabila perbuatan itu melibatkan kekuasaan, kerelaan hati, keadilan, kesejahteraan, maka Bentham membawa teori utilitarianism . Perkataan utilitarianism berasal daripada perkataan utility yakni kegunaan atau keuntungan hasil daripada sesuatu perbuatan. Kita perlu membuat penilaian apakah sesuatu perkara itu boleh membawa kepada kesejahteraan manusia atau sebaliknya (Geoffrey Scarre, 1996: 72).

Beliau terlatih dalam bidang perundangan kemudian membuat pembaharuan dalam undang-undang dan hukum berkanun. Bentham merupakan ahli falsafah Inggeris yang pertama membahaskan nilai-nilai dalam teori empiricism . Dalam teori Bentham, jika kita hendak membuat penilaian terhadap sesuatu tindakan beretika kita harus mengetahui berapa kepuasan atau kegembiraan dapat diperolehi dari tindakan yang meliputi objektif, proses am dan secara terbuka. Teori beliau mengamalkan sistem demokrasi iaitu setiap orang diberi hak yang sama rata dan boleh memperolehi seluruh kegembiraan. Kegembiraan itu bukan merupakan sesuatu khayalan atau misteri tetapi ia adalah sesuatu perkara yang senang difahami oleh orang ramai. (Thomas I. White, 1992: 42-43)

52. 52.

Teori ini membincangkan tentang kegunaan atau manfaat dan kemudaratan sesuatu perbuatan. Fokus teori ini ialah kepada kesejahteraan, kebahagiaan, manfaat dan kegembiraan. Dalam tulisannya yang bertajuk Introduction to the Principles of Morals and Legislation , dia menghuraikan prinsip kegunaan ( utility ) sebagai satu cara untuk menambah kegembiraan atau kebahagiaan sesuatu masyarakat. Dia percaya semua tindakan manusia dirangsang oleh keinginan untuk mendapatkan kelazatan atau keseronokan dan keinginan mengelakkan diri daripada mendapat mudarat. Baginya kebaikan paling tinggi ialah kegembiraan atau kebahagiaan.

Teori ini mempunyai dua ciri penting. Pertama ialah Bentham mengesyorkan seseorang itu menimbangkan semua kesan yang timbul daripada sesuatu tindakan yang diambil dan menentukan sama ada tindakan itu bermoral atau tidak. Aspek ini dikenali sebagai act-utilitarianism . Yang kedua ialah Bentham mengesyorkan seseorang itu mengukur keseronokan dan kesakitan yang timbul daripada tindakan yang diambil. Aspek ini dikenali sebagai hedonistic utilitarianism . (Thomas I. White, 1992: 44) Dalam buku “Right and Wrong: A Brief Guide to Understanding Ethics” juga menyatakan Bentham telah mencipta Hedonistic Calculus yang mempunyai tujuh tahap. Iaitu:

kekuatan perasaan

jangka masa perasaan

ketepatan perasaan

kedekatan perasaan

kesuburan perasaan

kesucian perasaan

takat perasaan

53. 53.

Setiap tahap yang dinyatakan akan diberi markah. Keputusan diperolehi dengan mencampurkan semua markah bagi ketujuh-tujuh tahap ini. Jika jumlah markah positif (baik) melebihi jumlah markah negatif (buruk), maka tindakan itu adalah bermoral. Sebaliknya markah negatif melebihi markah positif, tindakan tersebut adalah tidak bermoral. Secara kesimpulan, bagi Bentham, sesuatu tindakan salah bukan kerana ia kejam atau berdosa, tetapi ia lebih membawa perasaan dukacita daripada perasaan sukacita.

54. 54.

John Stuart Mill (1806-1873)

Nama : John Stuart Mill

Tarikh Lahir : 1806

Tempat Lahir : London

Tarikh Meninggal Dunia : 1873

Tempat Meninggal Dunia : Aix-En-Provence

55. 55.

John Stuart Mill juga merupakan ahli falsafah Inggeris. Dia terpengaruh dengan pandangan Bentham dan mengembangan teori kegunaan ( utilitarianism ). Beliau percaya bahawa kemunculan teori ini ialah satu tunggak kayu bagi pemikiran seseorang pada masa dahulu. Walau bagaimanapun, dia telah menghalusi dan membuat pengubahsuaian terhadap teori ini. Dia memberi fokus yang lebih kepada kualiti kegunaan atau manfaat. James Mill iaitu bapa John Stuart Mill berkawan baik dengan Bentham dan beliau ialah seorang paderi dalam keilmuan. James Mill sangat terpengaruhi oleh idea Bentham dan menggunakan idea Bentham dalam teknik pengajaran anaknya. Teknik pengajaran adalah berbentuk khas dan berdisplin tegas untuk menggalakkan Mill menghasilkan idea yang bersependapat dengan Utilitarianism. John Stuart Mill lebih berminat membuat pembaharuan dalam aspek sosial berbanding dengan aspek teori yang abstrak. Mill membuat pembaharuan dalam teori Utiltitarianism iaitu beliau lebih mementingkan kualiti daripada kegembiraan seseorang. Mill berpendapat bahawa standard bagi membuat penilaian terhadap tindakan adalah sejumlah kuantiti kegembiraan atau kepuasan yang dihasilkan oleh tindakan tersebut. (Thomas I. White, 1992: 51-52)

Mill menolak pandangan Bentham yang mengatakan keseronokan atau kebahagiaan yang dirasa itu semua serupa. Dia menjelaskan kebahagiaan itu mempunyai kualiti tinggi atau rendah. Orang yang mempunyai kualiti kebahagiaan yang tinggi digambarkan dengan keadaan sejahtera, sihat fizikal dan mental, berpendidikan, berakhlak dan sensitif terhadap orang lain. Manakala orang yang mempunyai kualiti kebahagian yang rendah pula mempunyai ciri-ciri seperti bodoh, jahil, malas, mementingkan diri sendiri dan suka kepada kelazatan fizikal.

56. 56.

Dilihat dari sudut itu, Mill ialah penulis utilitarian yang terbaik dan juga paling sukar difahami. Beliau ialah seorang yang bijak, bersifat khayalan dan mempunyai fikiran kritikal yang tersendiri daripada ahli falsafah lain. Beliau mengukur kebahagiaan dengan lebih menyeluruh kerana dia mengambil kira kualiti berbanding dengan Bentham yang lebih mengambil kira kuantitinya. Mill juga berpendapat unutk membuat keputusan etika, seseorang itu perlu mempunyai penilaian sendiri yang bersifat subjektif (Geoffrey Scarre, 1996: 2 & 82).

57. 57.

Thomas Hobbes

Nama : Thomas Hobbes

Tarikh Lahir : 5 April 1588

Tempat Lahir: MalmesburyWiltshire, England

Tarikh Mengninggal Dunia : 4 Disember 1679

Tempat Meninggal Dunia : Hardwick Hall

Hobbes mula mempersoalkan peranan manusia dalam politik dan masyarakat. Katanya, manusia ini jahat dan memerlukan satu kuasa untuk mengawal mereka. Beliau berpendapat jika sesuatu perkara yang menyebabkan manusia bersenang hati maka ia merupakan satu perkara yang baik dan sebaliknya sesuatu yang menyebabkan seseorang itu berasa sakit hati adalah sesuatu yang buruk. Nilai baik dan buruk adalah relatif. Seseorang itu boleh mengubah sifat dirinya dari melakukan sesuatu yang buruk kepada yang baik atau sebaliknya.

58. 58.

John Locke

Nama: John Locke

Tarikh Lahir: tahun 1632

Tarikh Meninggal Dunia: tahun 1704

John Locke ialah seorang ahli falsafah yang mempelopori teori hak asasi ( rights theory ). Dalam teori ini menyatakan manusia mempunyai hak semulajadi yang asasi terutamanya ke atas nyawa, kebelasan dan kebahagiaan. Selain itu, manusia juga mempunyai kuasa untuk menurunkan pemerintah jika corak pemerintahannya tidak menyakitkan mereka. Kehendak rakyat hendaklah disalurkan menerusi undang-undang dan perlu membentuk satu perlembagaan yang diberi kuasa oleh rakyat bagi memastikan undang-undang dipelihara. “ An essay conserning human understanding ” yang ditulis oleh Locke pada tahun 1690M merupakan penyiasatan atas manusia secara psikologi dan bukan metafizik.

59. 59.

Menurutnya, manusia lahir bebas daripada segala pegangan, pandangan atau prasangka yang disebut tabula rasa. Pemikiran, kepercayaan dan pandangan individu di warnai oleh idea, pegangan dan institusi yang wujud dalam masyarakatnya. Selain itu, Locke menegaskan bahawa semua itu adalah hak semulajadi yang dikurniakan Tuhan. Lantaran itu, manusia mempunyai tanggungjawab untuk menghormatinya (Sivachandralingam Sundara Raja & Ayudarai Letchumanan, 2001: 470-471).

Locke juga membincangkan tentang kontrak sosial yang boleh mengurangkan kuasa mutlak pihak kuasa. Di samping itu, beliau juga dipengaruhi oleh pandangan Hobbes sehingga beliau mengubahsuaikan pandangan Hobbes dalam buku keduanya “ Second Treatise on Government ” yang menekankan kebebesan individu. Sistem politik merupakan sistem formula asal yang digunakan oleh manusia untuk mempertahankan hak asasi dan kebebasan daripada musuh dalaman dan luaran di dalam sesebuah negara. Manusia mempunyai dua kuasa semulajadi, iaitu mempertahankan hak asasi diri sendiri dan keduanya ialah menghormati hak asasi orang lain. Kedua-dua kuasa semulajadi ini telah digunakan oleh badan perundangan dan badan eksekutif. Beliau juga mengatakan bahawa individu bebas untuk menentukan sesuatu itu baik atau buruk. Jika seseorang itu inginkan manfaat tertinggi, maka dia perlu menjadi seorang yang berkelakuan baik.

60. 60.

Adam Smith (1723-1790)

Nama: Adam Smith

Tempat lahir : KirkcaldFife, Scotland

Tarikh Meninggal Dunia:17 Julai, 1790

Smith dikenali sebagai bapa pemodenan ekonomis. Beliau merupakan pelopor undang-undang antarabangsa yang disimpulkan dalam buku “ The Theory of the Moral Sentimens ” menyatakan tentang sumbangan Smith dalam etika pemikiran semula jadi. Beliau mengkritik teori kebaikan yang dikemukakan oleh Plato, Aristotle, the Stoics, Clarke, Wollastom dan Shaftesbury. “ Human Natural Viritues ’ yang dibincangkan oleh Smith menyatakan bahawa kebaikan yang berkaitan dengan keadilan sebagai satu tanda penghormatan dan simpul keagamaan untuk manusia semasa merujuk kepadanya. Dua tambahan idea yang dikemukakan oleh beliau ialah kepentingan bagi perbincangan dan pemeriksaan tentang kebaikan dan kepentingan seseorang bersifat mulia.

61. 61.

Menurut beliau, falsafah moral mempunyai tiga bahagian. Iaitu:

Etika ( Ethics )

Membincangkan sifat-sifat yang meliputi kebaikan dan keburukan, kegembiraan dan hak milik serta ketidaksempurnaan dan kesedihan orang lain.

Mengesah kita cinta akan etika yang bersifat baik dan mengabaikan etika yang bersifat buruk.

Ilmu Hukum atau Perundangan ( Jurisprudence )

Usaha untuk menuntut dan menepati hokum atau perundangan bagi setiap perkara dalam kelakuan yang diamalkan oleh setiap individu.

Safsatah atau Kasuistri ( Casuitry )

mengkaji dan menyelesaikan masalah akhlak.

Patut menolak semua masalah akhlak.

Bagi Smith, moraliti bermula daripada perasaan simpati manusia terhadap seseorang antara satu sama lain. Justeru, mereka dapat mengenal pasti kebaikan dengan sesuatu yang mendatangkan kepuasan diri, dan keburukan dengan sesuatu yang menyebabkan kesedihan

62. 62. http://wanbk.page.tl