Your SlideShare is downloading. ×
Cek
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×
Saving this for later? Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime – even offline.
Text the download link to your phone
Standard text messaging rates apply

Cek

16,861
views

Published on

Published in: Economy & Finance, Business

10 Comments
8 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total Views
16,861
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
3
Actions
Shares
0
Downloads
286
Comments
10
Likes
8
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. CEK
    • Definisi
    • S.73(1) “bil pertukaran yang dikeluarkan oleh jurubank kena dibayar atas permintaan”
    • Undang2 berkaitan bil pertukaran yang kena dibayar atas permintaan terpakai untuk cek sahaja.
  • 2. CEK ADALAH:-
    • Suatu perintah bertulis
    • Perintah bertulis yang tidak bersyarat
    • Ditandatangani
    • Perintah ditujukan kepada jurubank
    • Arahan membayar amaun/nilai yang dinyatakan dalam cek
    • Wang itu dibayar kepada
    • -Orang yang dinyatakan dalam perintah
    • - Pembawa
  • 3. CIRI-CIRI CEK
    • Pengenalan nama dan cawangan bank yang mengeluarkannya
    • Nombor siri, nombor bank dan cawangannya serta nombor akaun pelanggan
    • Tandatangan pelanggan/penyuruh bayar (drawer)
    • Tarikh atau tarikh hadapan
    • Nama penerima (kecuali cek tunai) atau pembawa
    • Nilai
    • Pemalangan.
  • 4. JENIS-JENIS CEK
    • Cek tak bertarikh (undated)
    • - tidak perlu dilayan oleh jurubank.
    • - w/b pun pemegang cek masih boleh mebgisi tarikh yang betul pada cek tersebut – s.20
    • 2. Cek terlewat (overdue)
    • - Cek yang telah diedarkan untuk suatu masa panjang yang tidak munasabah – s.36(3)
    • -Cth: selepas 6 bulan diedarkan.
  • 5.
    • Cek lewat tarikh (post dated)
    • - Cek yang diletakkan tarikh yang akan datang
    • - Sebenarnya ia bukanlan suatu cek yang sah kerana ia tidak boleh dibayar apabila dituntut
    • -W/b pun, s.130 membenarkan cek ini. “Suatu bil bukan tak sah atas sebab semata-mata bahawa ia awal tarikh atau tarikh tertunda, atau ia membawa tarikh pada hari Ahad.
    • - Jurubank hanya boleh membuat bayaran apabila sampai tarikh yang dinyatakan dalam cek tersebut.
  • 6. NAMA BANK
    • Definisi bank – s. 2 akta Bank Islam dan Institusi-Institusi Kewangan (BAFIA) 1989: seseorang yang menjalankan perniagaan perbankan
    • Definisi perniagaan perbankan:
    • - perniagaan yang menerima deposit bagi akaun semasa, akaun simpanan atau akaun serupanya;
    • - membayar atau mengutip cek yang dikeluarkan atau dibayar oleh pelanggan.
  • 7. NOMBOR CEK
    • Angka yang terdapat di bahagian bawah cek
    • Nombor individu cek terletak di bahagian bawah sebelah kiri cek
    • Diikuti dengan nombor cawangan bank dan nombor akaun pelanggan
    • Nombor individu cek berbeza antara satu sama lain untuk elakkan penipuan/pemalsuan.
  • 8. TANDATANGAN
    • Penyuruh bayar/Pengeluar cek (drawer)
    • Terdiri dari individu, syarikat perkongsian, institusi, koperasi dll.
    • S.3 Akta Penafsiran 1967: tandatangan termasuk membuat sesuatu tanda atau menurunkan suatu cap jari.
    • S.23 ABP: seseorang tidak boleh dikenakan liabiliti atas sesuatu cek yang dikeluarkannya kecuali setelah ditandatangani oleh orang atau badan itu.
  • 9. Samb…
    • S.96(1) ABP: jika apa-apa suratcara atau secara bertulis adalah dikehendaki untuk ditandatangani oleh mana-mana orang, ia tidak perlu bahawa ia hendaklah menandatanganinya dengan tangannya sendiri, tetapi ia memadai jika tandatangannya bertulis oleh mana-mana orang lain dengan atau dibawah kuasanya.
    • S. 96(2) : Dalam hal perbadanan, ia memadai jika suratcara itu dimeterai dengan meterai perbadanan.
  • 10. Tandatangan Dalam Kapasiti Perwakilan
    • S.26(1)ABP : Jika orang yang menandatangani bil dan menambah perkataan tandatangannya menunjukkan bahawa dia menandatangani untuk atau bagi pihak prinsipal atau dalam sifat perwakilan, tiada liabiliti atas dirinya; tetapi semata-mata tambahan perkataan dalam tandatangannya memperihalkannya sebagai ejen, atau sebagai memenuhi sifat perwakilan, tidak mengecualikannya daripada liabiliti diri.
  • 11. Tandatangan Palsu
    • S.24 ABP : Tandatangan palsu atau dibuat tanpa autoriti adalah kesemuanya tidak berkuatkuasa dan tidak ada hak untuk mengekalkan bil atau untuk menguatkuasakan pembayaran baginya terhadap mana-mana pihak…
  • 12.
    • Kes: Tai Hing Cotton Mill lwn. Liu Chong Hin Bank Ltd.
    • Seorang pekerja plaintif telah memalsukan tandatangan pengarah syarikat plaintif pada beberapa keping cek syarikat. Cek-cek itu dikemukakan kepada bank dan bank membayar mengikut nilai cel itu. Plaintiff mendakwa bank atas alasan kecuaian dan membayar tanpa autoriti.
    • Bank berhujah plaintif ada kewajipan berjaga-jaga bagi menghalang pemalsuan ceknya
    • Majlis Privy memutuskan bahawa kontrak antara pelanggan (plaintif) dan jurubank tidak mewujudkan kewajipan berhati-hati yang sedemikian di pihak pelanggan.
  • 13.
    • Lord Scarman menyebut…bank menawarkan perkhidmatan iaitu menunaikan cek pelanggan mereka apabila dikeluarkan atas sesuatu akaun yang kredit…Jika membayar cek yang bukan kepunyaan, mereka bertindak di luar mandat dan tidak boleh membela diri bahawa ia dilakukan dengan kuasa yang mewajarkan debit mereka daripada akaun…
  • 14. PEMALANGAN
    • Amalan memalang sesuatu cek bertujuan memastikan keselamatan cek-cek itu.
    • Tujuan pemalangan di buat adalah untuk memberi arahan bahawa pembayaran hanya boleh dibuat melalui bank tertentu atau dengan cara tertentu sahaja.
    • Penyuruh bayar akan memalang cek tersebut untuk memastikan sekiranya cek tersebut jatuh ke tangan orang lain, adalah sukar untuk orang berkenaan menunaikan cek tersebut.
  • 15.
    • Terdapat dua jenis pemalangan iaitu:-
    • a) pemalangan am/umum
    • b) pemalangan khusus/khas
    • PEMALANGAN AM/UMUM
    • S.76(1) – Cek itu dipalang secara am jika mengandungi palang yang pada dasarnya terdapat:-
    • i) perkataan “dan syarikat” atau apa-apa singkatan antara dua garis selari melintang sama ada dengan atau tanpa perkataan “tidak boleh niaga” atau
    • ii) dua garis selari melintang ringkas, sama ada dengan atau tanpa perkataan “tidak boleh niaga”
  • 16.
    • 2) PEMALANGAN KHUSUS/KHAS
    • S. 76(2) – Cek itu dipalang khas jika cek mengandungi palang yang pada dasarnya suatu tambahan nama jurubank, sama ada dengan atau tanpa perkataan “tidak boleh niaga”
    • S.78 – suatu pemalangan adalah bahagian material cek: tidak sah bagi mana-mana orang untuk memadamnya atau kecuali sebagaimana yang diberi kuasa oleh akta ini, untuk menambah atau mengubah pemalangan itu.
  • 17. Pemalangan Am/Umum
    • Rumusan:
    • Jika terdapat dua garis selari yang melintang di sebelah kiri cek
    • Terdapat perkataan “dan syarikat atau & sya. di antara dua garis selari, dengan atau tanpa perkataan “tidak boleh niaga” atau
    • Terdapat perkataan “tidak boleh niaga” di antara dua garis selari.
  • 18. Pemalangan Khusus/Khas
    • Rumusan:
    • Nama jurubank merentangi muka cek iaitu di bahagian atas kiri cek
    • Cek dipalang dengan dua garisan selari dengan nama jurubank
    • Dengan atau tanpa perkataan “tidak boleh niaga”
  • 19. Pemalangan Akaun Penerima
    • Tidak diperuntukkan dalam ABP 1949 tetapi ia adalah amalan perbankan dan diterima melalui keputusan mahkamah.
    • Kes Universal Guarantee Pte. Ltd lwn National Bank of Australasia …perkataan “akaun penerima” tidak ditujukan oleh penyuruh bayar kepada bank pembayar tetapi terhadap bank pemungut kepada cek berkenaan untuk menerimanya bagi pihak penerima yang dinamakan.
  • 20.
    • Bank Pemungut
    • - apabila pemegang cek mempersembahkan cek tersebut kepada banknya untuk mengkreditkan jumlah tersebut ke dalam akaunnya, tugas bank tersebut adalah memungut jumlah berkenaan dari bank pembayar. Bank pemegang cek ini dipanggil bank pemungut.
    • Bank Pembayar
    • - apabila pelanggan menulis sekeping cek dari banknya, bank tersebut dikenali sebagai bank pembayar. Tugas bank pembayar adalah membuat pembayaran kepada pihak yang betul berdasarkan mandat yang diberi oleh pelanggan.
  • 21. Tugas & Perlindungan Bank Pembayar
    • 1. S59(1) Akta Bill Pertukaran(ABP)
    • membayar menurut jumlah mandat penyuruh
    • pembayaran di buat pada atau selepas matang
    • gagal membayar menurut mandate pelanggan boleh dikenakan tindakan kecuaian
  • 22. Samb…
    • 2. Bank juga hendaklah mengetahui tandatangan pelanggangnya dan tidak akan diberi perlindungan jika membayar untuk tandatangan yang palsu.
    • Bank pembayar tidak perlu mengetahui tandatangan2 bukan pelanggannya.
    • S60 APB memberi perlindungan kepada Bank Pembayar sekiranya jurubank membayar cek dengan suci hati dan perjalanan biasa perniagaan .
    •  
  • 23. Samb….
    • 3. Bagi cek berpalang
    • S 80 Perlindungan akan diberikan kepada Bank Pembayar sekiranya cek itu dibuat:
    • Cek yang dipalang secara am atau khas kepada juru bank
    • Dengan suci hati
    • Tanpa kecuaian
    •  
  • 24. Samb…
    • 4. Bagi cek yang tidak diendorskan
    • -S 82 ABP – dengan syarat jurubank
    • (a) dengan suci hati
    • (b) dalam perjalanan biasa perniagaan.
  • 25. Tugas & Perlindungan Bank Pemungut
    • 1. bertanggungjawab memungut daripada bank penyuruh untuk dikreditkan kepada akaun pelanggannya. Jika tidak bank pemunggut akan bertanggungan.
    • S85 perlindungan akan diberikan dengan syarat:
    • (i) bagi pihak pelanggannya
    • (ii) dengan suci hati
    • (iii) tanpa kecuaian
    •  
  • 26. Kes-kes -
    • 1. Rubber Industry (Replanting Board) lwn Hong Kong and Shanghai Banking Corporation
    • 2. The National City Bank of NY lwn Ho Hong Bank Ltd
    •  
  • 27. http://wanbk.page.tl

×