Bab 4
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Bab 4

on

  • 28,283 views

 

Statistics

Views

Total Views
28,283
Views on SlideShare
28,248
Embed Views
35

Actions

Likes
6
Downloads
576
Comments
0

6 Embeds 35

http://www.slideshare.net 24
http://wanbk.page.tl 7
http://translate.googleusercontent.com 1
http://webcache.googleusercontent.com 1
http://wildfire.gigya.com 1
http://www.wanbk.page.tl 1

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft PowerPoint

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    Bab 4 Bab 4 Presentation Transcript

    • BAB 4 MENILAI PERSEKITARAN PERNIAGAAN
      • HASIL PEMBELAJARAN
      • Di akhir bab ini, pelajar akan dapat:
      •  
      • Mengenal pasti komponen-komponen persekitaran yang mempengaruhi keusahawanan.
      •  
      • Membincangkan pengaruh persekitaran luaran (makro dan mikro) serta kepentingannya kepada bidang keusahawanan.
      •  
      • Membincangkan pengaruh persekitaran dalaman serta kepentingannya kepada bidang keusahawanan.
      •  
      • Menjelaskan konsep dan jenis jaringan kerja.
      •  
      • Menghuraikan kepentingan jaringan kerja serta strategi dalam membangunkannya.
    • Persekitaran ialah keadaan, situasi atau suasana yang boleh mempengaruhi unit keluarga, organisasi, masyarakat dan sebagainya. Usahawan bukan sahaja perlu mengkaji suasana persekitaran semasa memulakan perniagaan mereka tetapi mereka perlu juga mengkajinya semasa pelaburan/perniagaan mereka sedang berkembang. Persekitaran pelaburan boleh dibahagikan kepada dua bahagian: 1)   Pandangan Makro –persekitaran luaran umum 2) Pandangan Mikro – persekitaran luaran khusus dan dalaman
    •    
      • a)       Persekitaran Luaran (External Environment)
      • Persekitaran luaran boleh mempengaruhi
      • keputusan perniagaan yang akan dibuat untuk
      • jangka masa panjang dan merupakan unsur yang
      • tidak boleh dikawal.
      • Komponen peluang & ancaman di luar kawalan usahawan
      •  
      • Persekitaran Makro terdiri daripada unsur berikut:
      •         Politik dan Undang-undang yang dibuat (Legislation )
      •          Ekonomi
      •          Kebudayaan Sosial
      • Teknologi
    •     Kuratko dan Hodgetts (2004) membincangkan Persekitaran Mikro terhadap pelaburan perniagaan adalah sebahagian daripada Persekitaran Luaran Pelaburan, tetapi ia secara langsung boleh mempengaruhi keputusan dan aktiviti usahawan. Ini juga dikenali sebagai Persekitaran Industri atau Persekitaran Tugas. Persekitaran Mikro mengandungi unsur-unsur berikut:          Pengguna          Pesaing (Competitors)          Pembekal          Institusi Kewangan          Organisasi bukan Kerajaan          Agensi Kerajaan
    •   Persekitaran dalaman atau persekitaran industri juga dikenali sebagai Persekitaran Bersifat Persaingan di dalam Model Porter 5 Forces yang mana termasuk ancaman terhadap kemasukkan pesaing baru, produk tiruan (pengganti) dan kuasa tawar menawar pembekal dan pembeli. Institusi kewangan boleh dianggap sebagai Persekitaran Umum manakala Organisasi bukan Kerajaan dan Agensi Kerajaan boleh dikategorikan di bawah politik dan undang-undang yang dibuat.
    • b)       Persekitaran Dalaman (Internal Environment) Persekitran Dalaman juga turut mempengaruhi keputusan yang akan dibuat oleh usahawan. Walau bagaimanapun, usahawan boleh mengawal unsur ini. Persekitaran Dalaman organisasi terdiri daripada unsur berikut:          Struktur Organisasi          Budaya          Sumber
    • Pengaruh persekitaran luar umum/makro Ekonomi   Persekitaran ekonomi memainkan peranan penting di atas kejayaan atau kegagalan sesuatu pelaburan. Persekitaran ekonomi makro melingkari kesemua produk dan penghasilan perkhidmatan, pengedaran, penjualan dan pengunaan. Usahawan perlu menganalisa persekitaran ini pada paras global, nasional dan tempatan dimana operasi perniagaan mereka dijalankan. Setiap perniagaan saling berhubung kait antara satu sama lain di dalam tiga tahap tadi pada persekitaran ekonomi makro.
    • Walau bagaimanapun, usahawan harus mengenal pasti paras mana yang memberikan lebih banyak kesan kepadanya. Usahawan haruslah meninjau, memantau, meramalkan dan mentaksirkan keadaan makro ekonomi yang akan memberi kesan kepada pelaburan baru. Mereka haruslah berupaya untuk melihat perubahan terhadap ekonomi dan berupaya untuk menetukan pembolehubah yang berkaitan untuk dianalisa.
    •  
      • Disenaraikan soalan-soalan yang harus ditimbulkan oleh usahawan mengenai persekitaran ekonomi untuk pelaburan baru demi melihat secara keseluruhan iklim perniagaan.
      •          Apakah keadaan ekonomi semasa?
      •          Apakah suasana pasaran buruh?
      •          Adakah kadar faedah berbahaya atau stabil?
      •          Apakah nilai pertukaran mata wang?
      •       Berapa banyak firma yang ada di dalam industri yang sama?
      •      Adakah firma tersebut dalam berbagai saiz dan ciri, atau semua firma tadi serupa?
      •       Apakah pemusatan geographical firma di dalam industri tersebut?
      •       Adakah firma hanya memenuhi kehendak pasaran domestik?
      •    Adakah terdapat peluang untuk pergi ke pasaran antarabangsa?
      • Apakah pertandingan semula jadi untuk perniagaan?
    • Sosio budaya   Persekitaran sosio budaya terdiri daripada dua aspek:       Demografi       Aliran budaya dalam masyarakat a)       D emografi Berlaku atas sebab perubahan bilangan penduduk, kumpulan etnik dan struktur bilangan penduduk menurut umur, jantina, lokasi geografi dan bilangan penduduk agihan pendapatan. Kesemua unsur ini menjadi faktor sumbangan kepada kehendak pengguna, kuasa membeli dan kapasiti industri. Walau bagaimanapun perubahan aliran demografi adalah diluar kawalan usahawan. Usahawan perlu menilaikan perubahan demografi demi untuk kenal pasti peluang perniagaan yang ada. Contoh: Penambahan jumlah kanak-kanak di dalam masyarakat akan menghasilkan peluang perniagaan seperti pelajaran, makanan dan pakaian kanak-kanak.
    • b)       Sosio budaya Berhubungkan dengan sopan dan tingkah laku dimana manusia itu tinggal. Cara hidup mengambarkan cita rasa dan kecenderungan manusia. Usahawan perlu menilai dan memantau pertukaran cara hidup demi untuk mengenal pasti peluang perniagaan. Pembolehubah yang memerlukan perhatian adalah: i)         pembentukan rumah tangga ii)       ragam pekerjaan dan kadar tenaga buruh iii)      tahap pendidikan iv)     Corak pembelanjaan v)       Corak waktu lapang (leisure)
    • Usahawan boleh menggunakan informasi data yang ada daripada sumber umum dan sendiri untuk menilai dan memantau perubahan ini. Usahawan juga mesti meramalkan dan menilai segala perubahan yang berlaku untuk memperolehi keuntungan. Cth 1: Peningkatan bilangan wanita bekerja, meningkatkan pusat asuhan kanak2 & pengeluaran barangan elektrik dll. Cth 2: Perubahan nilai sosial – menjaga kecantikan & kesihatan, penjagaan alam sekitar dll.
    • Politik dan undang-undang   Politik dan undang-undang yang dibuat adalah sebahagian dari persekitaran makro yang yang mana setiap kumpulan yang berlainan akan bersaing untuk memperolehi perhatian dan sumber. Ini adalah keadaan mana usahawan menggunakan kekuatan politik yang mereka ada. Selalunya usahawan terpaksa menerima unsur politik dan undang-undang yang dibuat untuk pelaburan (tugas) baru yang akan dibuat. Mereka perlu patuh dan menerima polisi, undang-undang yang dibuat dan peraturan dimana perniagaan tersebut dijalankan.
    •   Politik & Undang-undang yang dibuat  Isu global  a) Halangan Perdagangan & tarif b) Risiko politik c) Perjanjian Perdagangan  Isu nasional  a) Cukai b) Peraturan
    • Teknologi   Cabang pengetahuan yang berkenaan dengan industri seni, sains gunaan, kejuruteraan, proses, hasil penemuan atau kaedah boleh ditakrifkan sebagai teknologi. Analisis teknologi memerlukan penilaian dan pemantauan dari mula produk tersebut dibangunkan dan dikomersilkan. Perubahan teknologi berada dalam dua keadaan iaitu Penemuan Tulin (pure invention) dan Proses Inovatif. Cth; Perubahan teknologi kpd penggunaan komputer & internet menghasilkan e-bisnes.
    • Persekitaran Mikro/luaran khusus   Persekitaran mikro untuk pelaburan baru adalah juga merujuk kepada persekitaran industri. Persekitaran ini mempengaruhi aktiviti keusahawanan dan sukar untuk usahawan mempengaruhi elemen ini di dalam industri. Usahawan memerlukan perancangan dan melaksanakan strategi tertentu untuk mendapat kelebihan bersaing di dalam industri. Pengaruh terbesar industri adalah penguna, pesaing, pembekal, institusi kewangan, agensi kerajaan dan organisasi bukan kerajaan.
    • a)       Pengguna Pengguna merupakan kumpulan sasaran utama di dalam perniagaan. Mereka mengunakan barangan dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh industri. Pengguna boleh menjadi individu di dalam masyarakat seperti: surirumah, pekerja, pelajar atau sekumpulan manusia. Pengguna adalah ‘raja’ di dalam sistem pasaran. Sesetengah produk digunakan oleh pengguna industri seperti pengedar, agen, pemborong dan peruncit. Kumpulan manusia seperti ini mempengaruhi keputusan usahawan.
    • b)       Pembekal Pembekal adalah kumpulan kedua yang mempengaruhi aktiviti keusahawanan. Mereka boleh menaikkan harga barangan atau perkhidmatan yang mereka jual. Mereka juga boleh mengurangkan kualiti produk dan perkhidmatan yang ada di pasaran. c)       Agensi Kerajaan Kerajaan mempengaruhi aktiviti keusahawanan melalui pelaksanaan polisi. Contoh: Dasar Ekonomi Baru, Polisi Penswastaan dan Dasar Pertanian. Sesetengah polisi memberi kesan secara langsung kepada aktiviti keusahawanan. Polisi dan peraturan yang kerajaan laksanakan mempunyai objektif dan tujuan tertentu. Kerajaan juga menyediakan sokongan kepada usahawan.
    • d)       Insitusi Kewangan Insitusi kewangan merupakan punca luaran untuk membaiyai perniagaan baru atau mengembangkan perniagaan yang sedia ada. Pinjaman dari institusi kewangan bukan sahaja sukar diperolehi untuk perniagaan baru kerana tidak mempunyai rekod semula ini tetapi terpaksa membayar kadar faedah yang mana akan membebankan perniagaan baru. Oleh demikian, institusi kewangan mempunyai pengaruh secara langsung terhadap usahawan.
    •     e)       Pesaing Usahawan yang ingin melakukan perniagaan baru mestilah menganalisis pesaing mereka di dalam industri. Pesaing adalah mereka yang berniaga untuk memenuhi kehendak pengguna yang sama atau mempunyai peluang untuk berkhidmat kepada pengguna tersebut. Mereka boleh mengenal pasti pengguna (untuk perniagaan sedia ada) atau bakal pengguna (untuk perniagaan baru) dengan bertanya di mana mereka membeli produk atau perkhidmatan. Usahawan boleh mengenali mereka dengan melalui direktori perniagaan.   Analisis grid boleh digunakan sebagai alat untuk menganalisis dan menentukan tahap persaing di dalam industri. Usahawan juga boleh mengenal pastik kekuatan dan kelemahan pesaing mereka dengan alat ini dan membantu mereka memulakan pelaburan baru.
    •   f)       Organisasi Bukan Kerajaan Persatuan Pengguna, Organisasi Politik, Kumpulan Agama, Persatuan Perniagaan, Kumpulan Pencinta Alam Sekitar dan sebagainya merupakan organisasi bukan kerajaan yang mempengaruhi usahawan. Kumpulan ini mempengaruhi usahawan melalui kempen terhadap produk atau perkhidmatan dan dengan penyebaran maklumat mengenai sesuatu produk. Dengan ini boleh mempengaruhi pengguna dan memberikan tekanan kepada kerajaan untuk mengambil tindakan terhadap sesuatu isu.
    • Pengaruh Persekitaran Dalaman   Organisasi Persekitaran Dalaman terdiri daripada sumber, struktur dan budaya. Kesemua unsur ini mempengaruhi usahawan di dalam membuat keputusan dan aktiviti yang dilakukan. Usahawan perlu menilai kekuatan dan kelemahan perniagaan mereka sebelum membuat sebarang keputusan atau formulasi sebarang strategi.   a)       Sumber Antara sumber dalaman di dalam organisasi adalah usahawan itu sendiri, kewangan, sumber manusia, harta yang nyata dan harta tidak nyata, teknologi dan reputasi. Ciri-ciri peribadi keusahawanan, kemahiran, tenaga, idea, pengetahuan dan pengalaman adalah sebahagian daripada sumber usahawan. Kesemua sumber ini akan proses bersama di dalam perniagaan untuk menghasilkan barangan dan perkhidmatan.
    • b)       Struktur Struktur organisasi mestilah sesuai dengan pelaburan baru untuk membolehkan ia menyesuaikan diri dengan perubahan persekitaran.   c)       Budaya Budaya dan nilai positif haruslah dimasukkan ke dalam organisasi perniagaan untuk kebaikan kesemua sumber manusia.
      • Cabaran usahawan dlm persekitaran keusahawanan
      • Ancaman drpd persekitaran luaran dan kelemahan drpd persekitaran dalaman
      • Menilai persekitaran luaran
      • Usahawan perlu menyedari pengaruh2 dlm persekitaran luaran yg mempengaruhi pembuatan keputusan.
      • Mengintergrasi pengaruh2 yg wujud dlm persekitaran luar kpd r/kerja komprehensif.
      • Mempunyai kemahiran berpolitik, kompromi & membuat perundingan.
      • Mempunyai kemahiran berkomunikasi yg baik.
      • Kemahiran intelektual untuk menganalisis isu2 semasa.
    •  
      • Pengurusan persekitaran
      • Memahami unsur2 persekitaran luaran khusus/mikro
      • Memantau & peka kpd perubahan persekitaran
      • Berpengetahuan di dalam bidang ekonomi
      • Meramal perubahan citarasa pengguna & perubahan teknologi
      • Membuat perancangan strategi, taktikal dan operasi
      • Mengubah struktur organisasi untuk disesuaikan dengan kehendak persekitaran.
      • Jaringan keusahawanan
      • Konsep jaringan
      • Usahawan yg mempunyai jaringan yg luas mempunyai kelebihan bersaing.
      • " knowing the right people at the right time at the right place with the right cost"
      • Proses mencipta pakatan dgn individu & organisasi melepasi sempadan perniagaan (Holt, 1992)
      • Jenis-jenis jaringan
        • Jaringan peribadi
        • Jaringan tidak formal antara usahawan dgn ahli keluarga, rakan2, pekerja2 (ikatan yg kukuh)
        • Melibatkan pergaulan sosial dgn masyarakat/ahli keluarga
        • Rujuk rajah 8.1
      • Jaringan perniagaan
        • Merujuk kpd jaringan formal usahawan dgn pihak lain atas urusan perniagaan.
        • Kajian mendapati kebanyakan usahawan berjaya memperuntukkan 20% drpd masanya untuk membentuk jaringan formal.
        • Cth: pengedar, pembekal, pelanggan dll.
      • Jaringan awam
      • Melibatkan usahawan dgn sumber2 yg dapat memberi maklumat kpd usahawan spt majalah, s/khabar, tv dll.
    •  
      • Faedah jaringan keusahawanan
        • mendapatkan sumber-sumber dan mengintai peluang-peluang yang diperlukan oleh perniagaan mereka
        • membina reputasi dan kredibiliti diri dan perniagaan dan seterusnya dapat memberi kelebihan persaingan kepada usahawan
        • sokongan kewangan, sumber maklumat, peluang pasaran, idea perniagaan, promosi barangan, maklumat pasaran, maklumat pembekal, sokongan moral dan motivasi, sumber pengetahuan dan kemahiran, penasihatan perniagaan, dan orang perantaraan.
      • MENGURUS JARINGAN USAHAWAN
      • 1. Peringkat pertama: Merancang hubungan dengan ahli jaringan mereka
        • Menyenaraikan maklumat setiap ahli jaringan
        • Bertukar2 kad p’niagaan di majlis2 tertentu
        • Menonjolkan diri dlm kegiatan sosial, persatuan, kemasyarakatan dll.
      • 2. Peringkat kedua: Bagaimana mewujudkan hubungan dengan mereka ini?
        • Peringkat ini melibatkan proses hubungan yang masih dalam percubaan dan akan berkembang. Interaksi akan berlaku lebih kerap sekiranya terdapat kepentingan bersama dan saling bergantungan dalam pertukaran sumber, maklumat, peluang perniagaan dan sebagainya.
        • Merekodkan/menyimpan maklumat jaringan spt nama, alamat, no telefon dll.
        • Kepentingan jaringan tersebut kpd usahawan  
        • 3. Peringkat Ketiga: Mengekalkan hubungan agar tidak berlaku masalah
        • Menjaga imej syarikat
        • Menghantar kad pd majlis tertentu
        • Menelefon, sms, e-mail dll.
      • KESIMPULAN
      • Perniagaan akan beroperasi dan berinteraksi dengan persekitaran di mana ia berada yang melibatkan persekitaran luaran dan dalaman.
      • Persekitaran luaran pula dibahagikan kepada persekitaran makro dan persekitaran mikro.
      • Persekitaran makro terdiri daripada komponen ekonomi, teknologi, politik dan undang-undang , dan sosio budaya yang mempengaruhi perniagaan secara tidak langsung.
      • Persekitaran mikro ianya terdiri daripada pelanggan, pembekal, pihak kerajaan, pihak institusi kewangan, pesaing dan pertubuhan bukan kerajaan yang berkaitan yang mempengaruhi aktiviti keusahawanan dan perniagaan secara langsung.
      • Persekitaran dalaman pula ia terdiri daripada komponen struktur, budaya dan sumber dan secara langsung mempengaruhi operasi perniagaan.
      • Terdapat tiga jenis jaringan usahawan iaitu jaringan peribadi, jaringan awam dan jaringan perniagaan.
      • Setiap usahawan perlu membuat analisis persekitaran dan membina jaringan kerja yang baik bagi mengenal pasti peluang-peluang dan ancaman yang bakal mendatang di samping mengumpul maklumat-maklumat penting sebagai persediaan kepada perniagaan.
    • SOALAN-SOALAN   1.   Nyatakan dua (2) bentuk persekitaran utama yang boleh mempengaruhi bidang keusahawanan.   2.    Bincangkan komponen-komponen yang terdapat di dalam persekitaran makro dan mikro, yang boleh mempengaruhi aktiviti keusahawanan.   3.    Bincangkan komponen-komponen penting dalam persekitaran dalaman serta pengaruhnya kepada bidang keusahawanan.   4.      Jelaskan maksud konsep jaringan kerja dan kepentingannya kepada bidang keusahawanan.   5.    Huraikan strategi yang perlu diambil oleh usahawan bagi menguruskan jaringan kerja mereka.