Your SlideShare is downloading. ×
Beberapa permasalahan mengenai aurat
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×
Saving this for later? Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime – even offline.
Text the download link to your phone
Standard text messaging rates apply

Beberapa permasalahan mengenai aurat

1,496
views

Published on

Published in: Education

1 Comment
0 Likes
Statistics
Notes
  • terima kasih ..materinya .semg bermanfaat..
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here
  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total Views
1,496
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
27
Comments
1
Likes
0
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. BEBERAPA PERMASALAHAN MENGENAI AURATUntuk memahami tajuk ini, perlu difahami terlebih dahulu pengertian aurat di dalam Islam.Aurat berasal dari perkataan ‘aar yang bermaksud perkara yang memalukan atau mengaibkan.Fuqahak mentakrifkan aurat ialah setiap perkara yang menimbulkan rasa malu apabiladidedahkan. Dan batas aurat menurut istilah fuqahak ialah penentuan bahagian tubuh badan yangboleh atau tidak boleh dipandang atau disentuh oleh orang lain yang sama atau berlainan jantina.Aurat terbahagi kepada dua jenis : Aurat Solat dan Aurat Ru’yah.Aurat Ru’yah tidak sama dengan Aurat Solat yang wajib ditutup sebagai satu daripada syarat sahsolat. Aurat Ru’yah biasanya lebih luas daripada Aurat Solat. Aurat Solat bagi wanita ialahseluruh tubuh selain muka dan dua tapak tangan serta dua tapak kaki menurut pandangansetengah mazhab. Manakala Aurat Ru’yah wanita bagi mahramnya ialah bahagian-bahagianselain muka, kepala, leher, dua tangan dan dua kaki. Dan Aurat Ru’yah wanita bagi suami adalahtidak ada. Suami harus melihat dan menyentuh seluruh tubuh isteri tanpa kecuali. Begitu jugasebaliknya.Hukum melihat bahagian badan yang bukan aurat.Bahagian yang bukan aurat walaupun pada asalnya harus dilihat namun ada pengecualiannya.Pada keadaan tertentu bahagian yang bukan aurat juga haram dipandang. Harus atau harammelihat anggota seseorang adalah bergantung sama ada boleh mendatangkan fitnah,membangkitkan syahwat atau tidak. Justeru lelaki yang tidak dapat mengawal syahwahnya tidakharus memandang muka wanita yang bukan mahramnya sekalipun muka itu bukan aurat. Diajuga haram melihat wajah lelaki tampan atau lelaki lembut sekiranya pandangan itu meransangsyahwahnya.Bahagian yang harus dilihat dan disentuh oleh mahram.Jumhur ulamak berpendapat bahagian yang harus dilihat ialah anggota yang biasa terdedahketika bekerja atau pakaian yang biasa dipakai ketika berada di dalam rumah. Mereka menyebutbeberapa anggota seperti muka, kepala, leher, dua tangan hingga ke siku dan dua kaki hingga kelutut. Selain daripada anggota tersebut tidak harus dilihat kerana tidak ada keperluan untukmembukanya.Hukum sentuh, Ulamak Mazhab Hanafiy dan Malikiy berpendapat anggota yang harus dilihatharus disentuh berdasarkan Hadis yang diriwayatkan oleh al-Baihaqiy dari Aisyah RA bahawaNabi SAW mencium tangan dan pipi puterinya Fatimah RA. Di dalam riwayat lain adamenyebut bahawa Rasulullah SAW mencium kepala puterinya Fatimah RA dan Abu Bakar as-Siddiq RA mencium kepala puterinya Aisyah RA. Ulamak Mazhab Hanbaliy berpendapatmakruh berjabat tangan dengan wanita walaupun mahram selain daripada ayah. Mereka berkataorang yang pulang dari musafir harus mencium mahramnya jika dia tidak bimbang nafsunyateransang.Pandangan Antara Lelaki dan Wanita Bukan Mahrami. Lelaki Memandang Wanita Bukan MahramMengambil pandangan ulamak semua mazhab serta hujah-hujah mereka, penulis merumuskan:a. Tidak harus memandang bahagian yang termasuk di dalam lingkungan aurat, iaitu selaindaripada muka dan dua tapak tangan sama ada dengan syahwah atau tanpa syahwah, ketikabimbang terjadi fitnah atau tidak kecuali dalam keadaan darurat.
  • 2. b. Melihat bahagian yang bukan aurat, iaitu muka dan dua tapak tangan tidak harus dengansyahwah atau ketika takut terjadi fitnah. Rasulullah SAW bersabda maksudnya: ”Dua mataberzina”. Yang dimaksudkan dengan berzina adalah melihat dengan syahwah dan ia menjadipunca terjadinya perbuatan yang haram.c. Harus melihat muka dan dua tapak tangan kerana keperluan atau dalam keadaan darurat.d. Pandangan tanpa syahwah dan tidak bimbang berlaku fitnah, jika tiada keperluan dan tidakdalam keadaan darurat maka yang awla dan afdal tidak melakukannya. Firmah Allah SWTmaksudnya: ”Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang lelaki yang beriman supaya merekamenyekat pandangan mereka, dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih sucibagi mereka; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui tentang apa yang mereka kerjakan”. [An-Nur : 30]Imam al-Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda maksudnya:”Sesungguhnya setiap anak Adam itu ada habuannya daripada zina, dia tidak akan dapatmengelak darinya. Zina mata ialah melihat, zina lidah ialah bercakap. Nafsu berkeinginan danberkhayal, lantas kemaluan merealisasikannya atau mengelak darinya”Sebagai langkah ihtiatiy (berhati-hati dan berwaspada) adalah lebih baik mengelak daripadamelihat walaupun tanpa syahwah. Ini juga bertepatan dengan saranan Nabi SAW ketika bagindaberkata kepada Ali RA maksudnya: ”Wahai Ali! Jangan engkau ikuti pandangan pertama itudengan pandangan seterusnya kerana engkau tidak berdosa dengan pandangan pertama, tetapitidak harus bagimu pandangan berikutnya”. Riwayat at-Tirmizi.ii. Wanita Memandang Lelaki Bukan MahramMenurut ulamak Mazhab Hanafiy, satu daripada dua pandangan dalam Mazhab Hanbaliy dansatu daripada beberapa pandangan dalam Mazhab Syafi’iy, harus wanita melihat lelaki yangbukan mahram pada bahagian yang bukan auratnya. Aurat lelaki ialah antara pusat denganlututnya. Keharusan ini dengan syarat tanpa syahwah dan aman dari fitnah. Pandangan iniberdasarkan beberapa dalil:a. Nabi SAW menyuruh Fatimah binti Qais supaya beriddah di rumah Ibn Ummi Maktum.Baginda berkata kepada Fatimah maksudnya: ”Pergilah beriddah di rumah Ibn Ummi Maktumkerana dia seorang lelaki yang buta. Engkau tidak perlu menjaga aurat kerana dia tidak dapatmelihatmu”. Riwayat Abu Daudb. Aisyah RA menceritakan peristiwa dia melihat orang Habasyah bermain di halaman masjid:”Rasulullah SAW melindungiku dengan kainnya ketika aku menyaksikan permainan orang-orang Habasyah sehingga aku puas menontonnya”. Riwayat al-Bukhari.c. Ibn Hajar al-Asqalaniy berkata sejak dahulu wanita-wanita keluar ke masjid dan ke pasar-pasar dengan memakai niqab supaya tidak dilihat oleh lelaki sedangkan lelaki tidak disuruhmemakainya agar tidak dilihat oleh wanita. Ini menunjukkan muka lelaki harus dilihat olehwanita. Walau bagaimanapun wanita mestilah memelihara pandangannya kerana melihat dengansyahwah atau bimbang tidak dapat mengawal nafsu dari tergoda adalah haram.Bersentuhan dan Bersalamani. Bersentuhan dan Bersalaman Antara Sesama JantinaDaripada Abu Sa’eid al-Khudriy RA sesungguhnya Nabi SAW bersabda maksudnya: ”Janganlahseorang lelaki melihat aurat lelaki lain, dan janganlah seorang wanita melihat aurat wanita lain.Janganlah seorang lelaki tidur bersama dalam satu selimut dengan lelaki lain dan janganlah
  • 3. seorang wanita tidur bersama wanita lain dalam satu selimut”. Riwayat at-Tirmizi. Imam an-Nawawiy berkata, Hadis ini menunjukkan haram bersentuhan antara sesama lelaki kecuali dalamkeadaan darurat dan haram menyentuh mana-mana bahagian daripada auratnya. Namunbersalaman (berjabat tangan) adalah dikecualikan, iaitu harus.Antara Hadis berkaitan dengan bersalaman (musafahah):- Daripada al-Barra’ bin ’Azib RA, Rasulullah SAW bersabda maksudnya: ”Apabila bertemudua orang muslim, lalu keduanya bermusafahah, memuji Allah dan beristighfar, Allah akanmengampunkan kedua-duanya”. Riwayat Abu Daud.- Daripada Qatadah RA katanya: ”Saya bertanya Anas, adakah sahabat-sahabat Nabi SAWbermusafahah?” Beliau menjawab: ”Ya!”. Riwayat al-Bukhariy.Menurut Imam an-Nawawiy, ulamak secara umumnya berpendapat bermusafahah adalah satusunnah ketika berjumpa. Tetapi mengkhususkan waktu-waktu tertentu dan beriltizam dengannyaseperti selepas solat subuh dan selepas solat asar adalah terkeluar daripada asal sunnah, makalebih awla tidak melakukannya.Begitu juga, harus berpelukan antara sesama lelaki dan sesama wanita berdasarkan dalil-dalilberikut:- Abu Daud meriwayatkan di dalam ’Sunan’nya bahawa seorang lelaki bertanya Abu Dzar RA:”Adakah Rasulullah SAW bermusafahah dengan kalian apabila bertemu?” Abu Dzar menjawab:”Setiap kali bertemu denganku baginda akan bermusafahah. Pada suatu hari baginda mengutusseseorang datang menjemputku ketika aku tiada di rumah. Setelah aku pulang, keluargakumemberitahu tentang hal itu. Aku segera ke rumah baginda. Ketika itu baginda berada di ataskatil, lalu baginda memelukku. Maka itu adalah lebih bagus dan lebih bagus untukku”.- Al-Baihaqiy meriwayatkan dari Imam asy-Sya’biy katanya: Sahabat-sahabat Nabi SAWapabila bertemu mereka bermusafahah dan pabila pulang dari musafir mereka berpelukan antarasatu sama lain.ii. Bersentuhan dan Bersalaman Antara Berlainan JantinaBermusafahah antara lelaki dan wanita bukan mahram adalah haram sama ada lelaki yangmemulakan atau sebaliknya, sama ada kedua-duanya masih muda atau telah tua, atau salahseorang daripada keduanya masih muda dan seorang lagi telah tua. Hadis-hadis yang berkaitandengan larangan bermusafahah antara lelaki dan wanita bukan mahram adalah umum meliputisemua peringkat dan golongan. Di dalam Mazhab Syafi’iy ada menyebut harus bermusafahahantara lelaki dan wanita bukan mahram dengan dua syarat: aman daripada fitnah dan berlapik.Kafirah Melihat MuslimahKebanyakan ulamak dalam Mazhab Hanafiy, Malikiy dan Syafi’iy berpendapat wanita Islamtidak harus membuka auratnya di hadapan wanita bukan Islam sama seperti di hadapan lelakibukan mahram. Ini berbeza dengan pandangan Imam Ahmad bin Hanbal. Di dalam satu riwayat,beliau berkata: ”Sesetengah orang berkata bahawa Muslimah tidak boleh membuka tudungnya dihadapan Nasraniyyah dan Yahudiyyah. Adapun saya berpendapat mereka tidak boleh melihatkemaluannya sahaja dan tidak boleh membidaninya ketika dia (muslimah) bersalin.Ulamak yang berpendapat wanita Islam tidak harus membuka auratnya di hadapan wanita bukanIslam berpegang kepada firman Allah SWT dalam surah an-Nur ayat 31 bermaksud: ”Dankatakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman itu supaya menyekat pandangan mereka(daripada yang diharamkan) dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka
  • 4. menzahirkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah merekamenutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah merekamemperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka,atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara mereka yangperempuan, atau perempuan-perempuan mereka, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dariorang lelaki yang telah tua dan tidak keinginan kepada perempuan, atau kanak-kanakTerjemahan " yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah merekamenghentakkan kaki untuk diketahui orang yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan;dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyidari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang yang beriman,supaya kamu berjaya”.Di dalam ayat ini Allah menyebut perkataan ’aw nisa’ihinna’. Kebanyakan mufassirinmentafsirkan maksud ’nisa’ihinna’ di dalam ayat itu ialah wanita Islam. Berdasarkan tafsiran ini,wanita bukan Islam tidak termasuk dalam golongan mereka yang boleh melihat perhiasan atauaurat wanita Islam.Namun terdapat di kalangan mufassirin yang mengatakan maksud ’nisa’ihinna’ ialah semuagolongan wanita tidak kira muslimah atau bukan.Di dalam kitab ’Al-Mufassol fi Ahkam al-Mar’ah’ Dr. Abdul Karim Zaidan mentarjihkanpendapat yang mengatakan batas aurat antara wanita Islam dengan wanita bukan Islam samaseperti batas aurat antara sesama wanita Islam. Hujah yng beliau kemukakan ialah:a. Wanita-wanita Yahudi pada zaman Nabi SAW datang ke rumah baginda bertemu denganisteri-isteri baginda RA. Mereka (isteri-isteri baginda) tidak memakai hijab dan tidak disuruhmemakainya. Asma’ binti Abu Bakr RA menceritakan bahawa ibunya sering datangmengunjunginya walaupun enggan memeluk Islam. Beliau telah bertanya Rasulullah SAWadakah dia patut berbuat baik kepada ibunya dengan pemberian sesuatu? Baginda menjawab:”Ya!”. Di sini baginda SAW tidak menyuruh Asma’ menutup aurat ketika ibunya datang.b. Perintah supaya Muslimah menutup aurat di hadapan lelaki adalah kerana sebab yangdiketahui, iaitu mengelak fitnah, memelihara syahwah dan mengawal perbuatan mungkar. Sebabini tidak ada jika wanita memandang wanita. Maka tidak wajib wanita Islam menutup seluruhtubuhnya di hadapan wanita bukan Islam sebagaimana tidak wajib lelaki Islam menutup seluruhtubuhnya di hadapan lelaki bukan Islam.c. Mewajibkan Muslimah menutup semua tubuhnya sebagaimana di hadapan lelaki bukanmahram memerlukan dalil dari nas yang soreh atau qias yang sahih. Di sini tiada nas yang sorehkerana ungkapan ’nisa’ihinna’ di dalam ayat di atas tafsirannya tidak qat’iy. Boleh ditafsirkanwanita secara umum dan boleh ditafsirkan wanita Islam sahaja. Qias yang sahih pula tidak adalangsung kerana wanita bukan Islam tidak boleh diqias kepada lelaki anjabiy kerana kedua-duanya tiada persamaan.d. Beberapa riwayat mengatakan sahabat seperti Ibn ’Abbas dan lain-lain melarang Muslimahmembuka tudung di hadapan kafirah merupakan riwayat yang sahih. Tetapi larangan itu bolehdiandaikan sebagai sunat dan digalakkan, bukan wajib. Ertinya sunat dan afdal bagi Muslimahkekal bertudung di hadapan kafirah.Melihat dan Menyentuh sesama WanitaWanita melihat kepada wanita lain sama seperti lelaki melihat kepada lalaki lain, iaitu seluruh
  • 5. tubuh kecuali antara pusat dengan lutut. Pusat dan lutut tidak termasuk aurat pada pandanganjumhur, berbeza dengan pandangan Mazhab Hanafiy yang menganggap lutut adalah termasukaurat.Jadi haram bagi wanita melihat wanita lain di bahagian antara pusat dengan lutut sama adadengan syahwah atau tanpa syahwat, sama ada ketika aman fitnah atau sebaliknya. Adapunbahagian yang lain daripada itu harus dilihat dengan syarat tidak ada syahwah dan tidak bimbangterjadi fitnah. Ini merupakan syarat mutlak yang meliputi semua pihak dan golongan, lelakidengan lelaki, wanita dengan wanita, dan wanita dengan mahramnya.Bahagian yang harus disentuh adalah sama dengan bahagian yang harus dilihat. Begitu jugahukum bermusafahah antara sesama wanita adalah harus dan digalakkan seperti lelaki sesamalelaki. Wanita Islam juga haus bermusafahah dengan wanita bukan Islam.Dipetik dari kitab ’al-Mufassol fi Ahkam al-Mar’ah’, Abdul Karim Zaidan, jilid 3, m.s. 141-268.v