5.0 Penjelasan Pengurusan Emosi Dalam Situasi Mencabar         Sedasarwasa ini sering meniti dari bibir umat manusia di se...
saya.Saya juga akan mengakui kesalahan saya sendiri dengan pegawai Reserve Unittersebut dan meminta maaf terhadap mereka a...
Sekiranya saya berada dalam situasi Mamat di atas, saya tidak akan memberikesempatan untuk emosi pilu mengambil tempat dal...
mengkibas-kibaskan parang untuk menggertak pegawai-pegawai yang merobohkanrumahnya.      MAMAT: Ha, Reserve Unit !Saya lih...
[Menundukkan muka dengan sedih, mengesat-ngesat mata yang tak              berair]       Jikalau saya di tempat Mamat, say...
Emosi Cemas       Emosi cemas membuatkan dia tergopoh-gapah sehingga terambil sarung golokdan ia menyebabkan parangnya tid...
Selain itu, pada masa ini juga emosi-emosi positif dapat dilihat pada watakPegawai dan isterinya, Cik Puan.Beramanah      ...
Emosi Empati      Emosi empati juga dapat dilihat pada diri Pegawai semasa beliau mengizinkanMamat dan seisi keluarganya t...
Rasa Ingin Tahu       Walaupun Cik Puan pada mulanya agak terkejut dengan kedatangan Mamatdengan parang, tetapi dia sedia ...
Memahami orang lain      Cik Puan juga seorang yang berhati mulia kerana dia memahami orang lain.Lanjutan daripada huraian...
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Penjelasan emosi

1,173

Published on

hope it was helpful

0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total Views
1,173
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
21
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Penjelasan emosi

  1. 1. 5.0 Penjelasan Pengurusan Emosi Dalam Situasi Mencabar Sedasarwasa ini sering meniti dari bibir umat manusia di segenap empat penjurudunia ini tentang isu perumahan haram.Hal ini digambarkan melalui skrip drama yangbertajuk Tamu Bukit Kenny.Emosi merujuk kepada sesuatu perasaan dan pemikirantersendiri di bawah keadaan psikologikal dan biologikal, serta ada kecenderungan yangberbeza-beza untuk bertindak.Sebagaimana yang kita ketahui, emosi seseorang harusdiurus secara berpatutan dan bijaksana serta digunakan sesuai mengikutkeadaansupaya dapat mengelakkan masalah-masalah yang bakal menempuhi. Dalam situasi skrip drama tersebut, emosi-emosi negatif dapat dilihat denganjelasnya melalui watak utama, Mamat seperti yang berikut:Emosi Marah Kehadiran emosi marah menyebabkan Mamat bertindak cepat tanpa berfikirdengan waras dan tanpa menghirau akan kesan sikap terburu-burunya pada masahadapan. Keadaan ini dapat dilihat apabila Mamat menunjukkan parang kepadapegawai-pegawai Reserve Unit tanpa berfikir bahawa mereka ialah pegawai-pegawaiyang berkuasa. PEGAWAI: Jadi, engkau hendak menetak orang? MAMAT: Saya hendak menggertak sahaja, tetapi apabila saya lihat mata-mata datang, mata-mata bertopi merah itu encik, mata-mata apa namanya- mata – mata filem unit! Pada hemat saya, sekiranya saya berada dalam situasi Mamat, saya akanmengawal emosi marah supaya ia tidak meletup secara meluap-luap. Walaupun masaitu saya tertekan dengan emosi marah, saya akan mengawal tingkah laku di hadapanpegawai-pegawai yang berkuasa kerana sekiranya saya bertindak tanpa berfikir denganwaras pastinya keadaan sedemikian akan membawa kesan yang buruk kepada diri 14
  2. 2. saya.Saya juga akan mengakui kesalahan saya sendiri dengan pegawai Reserve Unittersebut dan meminta maaf terhadap mereka atas kesilapan saya selain marahmereka.Saya akan mengetepikan Emosi marah dan tidak akan bercakap denganmeninggikan suara terhadap pegawai-pegawai tersebut kerana ia boleh membawakepada pergaduhan yang besar.Emosi Geram Emosi geram ditonjolkan oleh Mamat apabila dia mengamuk di hadapanpegawai-pegawai Reserve Unit apabila rumahnya dirobohkan, sedangkan diri diasendiri yang bersalah membina rumah haram. PEGAWAI: Kenapa kau begini? [CIK PUAN manjenguk keluar]Kau nak mengamuk?Kenapa mengamuk di sini? MAMAT: Di sana tadi saya nak mengamuk, encik. Tapi tak jadi. Sekiranya saya berada dalam keadaan di atas, saya akan pendamkan emosigeram tersebut untuk mengatasi situasi tersebut. Pada masa yang sama juga sayatidak akan menyalahkan orang lain atas kesilapan saya sendiri yang membina rumahharam. Dalam konteks ini, pertuturan saya akan lebih lemah lembut untuk menjelaskankeadaan saya pada pegawai-pegawai tersebut dan meminta masa yang lebih untuksaya berpindah rumah kerana keadaan saya masih dikawal lagi.Emosi Pilu Emosi pilu juga dapat dilihat pada watak Mamat.Situasi ini dapat dilihat padanyaapabila dia menceritakan bahawa dia melaburkan jumlah wang yang banyak untukmembina rumah yang dirobohkan itu. MAMAT: Tidak encik, tetapi mula-mulanya marah juga … siapa yang tidak marah kalau rumahnya kena roboh. Encik tahu, $400 duit saya lebur buat rumah itu. PEGAWAI: Salah kau juga, kenapa membina rumah haram? 15
  3. 3. Sekiranya saya berada dalam situasi Mamat di atas, saya tidak akan memberikesempatan untuk emosi pilu mengambil tempat dalam diri saya kerana sayamemahami bahawa itu adalah balasan daripada Tuhan atas perbuatan salah saya.Walaupun masa itu saya sakit hati membina rumah dengan melabur jumlah wang yangbanyak, tetapi saya akan menyesal melabur wang yang banyak membina rumah haram.Emosi Takut Emosi takut pada watak Cik Puan dapat dilihat dengan jelas pada awal cerita.CikPuan takut dengan kehadiran Mamat dengan parang sehingga dia terus masuk kedalam. MAMAT: Encik… Encik…! [PEGAWAI dan CIK PUAN terkejut.CIK PUAN terus masuk ke dalam, PEGAWAI lari ke pintu bilik. Mukanya pucat dan takut] Pada hemat saya, saya akan mengawal emosi saya untuk tidak terkejut akanMamat yang berlari dengan parang panjang di tanggannya memekik-mekik danmemberanikan diri saya ke hadapan untuk mendengar masalah Mamat. Di samping Cik Puan, Emosi takut juga jelas terpapar pada watakPegawai.Beliau takut menghadapi Mamat yang mempunyai parang panjang ditangannya. MAMAT: [Mendekati PEGAWAI.PEGAWAI undur] Tolong saya encik… tolong saya… Sekiranya saya berada di tempat Pegawai, saya akan mencuba sedaya-upayauntuk mengawal emosi saya supaya keadaan tersebut tidak menjadi serius.Memandangkan peribahasa berani kerana betul, takut kerana salah saya akanmemberanikan diri menghadapi Mamat. Di samping itu, Mamat juga seorang yang mementingkan diri sendiri.Hal inidigambarkan apabila Mamat mementingkan nyawa sendiri, takut ditembak lalu diaberlari ke rumah Pegawainya. Tetapi dia tidak kisah akan nyawa orang lain apabila dia 16
  4. 4. mengkibas-kibaskan parang untuk menggertak pegawai-pegawai yang merobohkanrumahnya. MAMAT: Ha, Reserve Unit !Saya lihat tangan mata-mata itu sudah ke pistolnya, encik.Oleh itu, tidak jadilah saya mengamuk, encik. Manalah tahu, entah-entah ditembaknya saya, encik, tumpas pula saya. PEGAWAI: Tahu pun engkau. MAMAT: Nyawa encik. PEGAWAI: Habis nyawa orang lain? MAMAT : Saya hanya hendak menggertak sahaja, bukan betul-betul. Apabila saya melihat mata-mata itu lain macam nampaknya … saya pun cabut larilah, encik. [Ketawa] Sekiranya saya berada dalam situasi di atas, saya tidak akan takut dengankedatangan pegawai-pegawai berkuada tersebut. Malah, saya akan memberanikan diriuntuk menghadap pegawai-pegawai tersebut. Berani kerana betul, takut keranasalah.Dalam keadaan sedemikian saya akan menghargai nyawa orang lain sepertimana menghargai nyawa diri saya sendiri.Emosi Sedih Mamat berasa amat sedih mengenang keadaanya sekarang yang tidakmempunyai tempat tinggal.Keadaan ini tentunya merisaukan Mamat untuk mencaritempat tinggal untuk ahli keluarga supaya mereka dapat bermalam. MAMAT: Habis kena roboh. [Semakin sedih] Ke manalah saya hendak pergi?Di manalah anak isteri saya hendak tinggal?Di manakah kami hendak tidur malam ini?Kalau saya seorang, tidak mengapalah, di masjid pun saya boleh tidur.Anak saya yang kecil itu dedar pula badannya. 17
  5. 5. [Menundukkan muka dengan sedih, mengesat-ngesat mata yang tak berair] Jikalau saya di tempat Mamat, saya tidak akan memberi kesempatan untukemosi sedih kerana emosi sedih akan mengganggu pemikiran yang jelas. Tambahanpula, saya akan menanggung akibat yang menjelang atas sebab membina rumahharam. Saya akan sedar bahawa membina rumah haram tidak akan menjaminkehidupan masa depan yang berkualiti. Lagipun, setelah nasi sudah menjadi buburtidak ada apa lagi untuk dibuat untuk memperbaikinya.Emosi Tamak Emosi tamak dapat dilihat pada watak Mamat yang mencuba menyalahgunakankuasanya yang dia ialah seorang ahli politik dan dia berasa berhak untuk membinarumah haram.Walaupun demikian, emosi tamak menguasai Mamat di mana dia tidakberasa bahawa dirinya bersalah dan menyuruh Pegawai untuk menelefon pegawaiReserve unit dan menyuruh berbincang dengannya mengenai masalahnya supaya diadapat membina sebuah rumah haram lagi. MAMAT: Tolonglah, encik. Kalau dapat encik telefonlah pegawai yang berkenaan, biarlah dapat bina rumah sebuah lagi.Tak lama, encik, membuat rumah kilat itu, satu malam saja sudah siap.Sementara itu biarlah saya menumpang di mana-mana. [Sedih dan mengesat lagi mata yang tak berair itu] Sekiranya saya di tempat Mamat, saya tidak membenarkan emosi tamakmenguasai saya. Saya percaya bahawa kehadiran emosi tamak akan memusnahkandiri seseorang. Selain itu, saya juga tidak akan mencuba menyalahgunakan kuasa yangdiberi sewenang-wenangnya untuk kegunaan sendiri untuk membina rumah atas tanahorang lain. 18
  6. 6. Emosi Cemas Emosi cemas membuatkan dia tergopoh-gapah sehingga terambil sarung golokdan ia menyebabkan parangnya tidak dapat disarungkan. MAMAT: Bukan menghunus, mak encik. Saya tadi tergopoh-gapah.Jadi, sudah terambil sarung golok pula.Jadi, parang initidak boleh disarungkan. Jika saya di tempat Mamat, saya tidak akan cemas pada masa itu kerana emosicemas akan membuatkan seseorang bertindak seperti kehilangan akal. Walaupunemosi saya tertekan pada masa itu, saya akan bertindak secara berhati-hati tanpaterburu-buru.BerterimaKasih dan Bersyukur Pada masa yang sama juga Mamat berasa penuh terima kasih dan bersyukurdengan bantuan Pegawai dan isterinya, Cik Puan. Emosi ini dapat dibuktikan apabiladia mengucapkan ribuan terima kasih atas pertolongan Pegawai dan Cik Puan apabilamasalah dia dapat diselesaikan untuk sementara dengan bantuan mereka berdua. PEGAWAI: Tak payalah, Mamat. Dengar apa kata mak encik engkau. Bawalah keluarga engkau ke mari. Bawa kereta tu. MAMAT: [Penuh terima kasih] Terima kasih banyak, encik. Biar saya pergi sekarang [Bergerak ke pintu] Sekiranya saya berada dalam situasi di atas, saya akan berkelakuan sepertimana Mamat bertindak. Saya juga akan mengucapakan ribuan terima kasih ataspertolongan Pegawai dan isterinya, Cik Puan yang mengatasi masalah saya walaupunbuat sementara sahaja. Menghargai bantuan orang lain ialah sikap yang paling mulia didunia ini. 19
  7. 7. Selain itu, pada masa ini juga emosi-emosi positif dapat dilihat pada watakPegawai dan isterinya, Cik Puan.Beramanah Pegawai dalam cerita tersebut merupakan seorang yang beramanah dalamkehidupannya.Beliau tidak ingin melakukan sebarang kesalahan yang salah disisiundang-undang. Pernyataan ini dapat dibuktikan apabila Pegawai tersebut tidakbersetuju dengan pendapat Mamat dan enggan menelefon Pegawai Reserve Unit yangmerobohkan rumah Mamat untuk berbincang kerana beliau memahami bahawa apayang Mamat telah lakukan adalah salah sebenarnya. PEGAWAI: Tak boleh, tak boleh. [Mengeleng-gelengkan kepala] Ini kerja salah! Kau baliklah dahulu, tengok anak isteri engkau. Sekiranya saya berada dalam situasi Pegawai saya juga akan bertindak sepertibeliau di mana saya tidak mengikut-ikut kata Mamat kerana ia adalah salah di sisiundang-undang. Di samping itu, saya perlu beramanah dalam kehidupan saya selakusabagai seorang pegawai.Walaupun saya belas kasihan akan keadaan Mamat, sayatidak akan membuat sebarang kelakuan yang salah disisi undang-undang.Emosi Sabar Selain daripada itu, Pegawai juga merupakan seorang yang sabar.Walaupunpada mulanya beliau terkejut melihat Mamat, beliau tetap sabar mendengar masalahMamat dan memberi nasihat kepadanya dengan penuh bertanggungjawab. PEGAWAI: Kau gila nak mengamuk? Sekiranya saya di tempat Pegawai, saya akan sama seperti beliau. Saya akansabar mendengar masalah Mamat tanpa mengatakan itu bukan masalah saya.Tambahan pula, sebagai seorang manusia kita harus sedia mendengar masalah oranglain walaupun tidak dapat dibantu. Memberi nasihat mahupun tunjuk ajar yang baikadalah tanggungjawab seseorang manusia yang berguna. 20
  8. 8. Emosi Empati Emosi empati juga dapat dilihat pada diri Pegawai semasa beliau mengizinkanMamat dan seisi keluarganya tinggal bersama tanpa melihatkan status yang Mamatmerupakan pemandu untuknya.Keputusan yang dibuat oleh Pegawai menunjukkanbahawa beliau ialah seorang yang berhati mulia dan sedia menghulurkan bantuankepada sesiapa yang berada dalam kesusahan. PEGAWAI: Tak payalah, Mamat. Dengar apa kata mak encik engkau. Bawalah keluarga engkau ke mari. Bawa kereta tu. Jikalau saya dalam situasi di atas, saya juga akan menhulurkan bantuan yangsemampunya untuk mengatasi masalah Mamat dengan menyuruhnya menumpangtempat kediaman saya. Walaupun Mamat merupakan seorang pemandu saya jugatidak akan membandingkan status untuk membantunya. Sebagai seorang manusia,saya akan berhati mulia untuk membantunya tanpa ada perasaan apa jua sekalipun.Lazimnya, dalam keadaan sedemikian saya akan membantu Mamat sama adamenyuruhnya menumpang tempat tinggal saya untuk sementara menyelesaikanmasalahnya atau menyediakan tempat tinggal yang lain untuknya. Selain itu, Cik Puan juga tidak terkecuali dalam menonjolkan emosiempati.Emosi tersebut dapat dilihat apabila Cik Puan meminta Mamat dan seisikeluarganya tinggal bersama. CIK PUAN: Bawalah keluarga engkau tinggal sementara di sini. Kalau kau cuti lama, susah pula encik kau. Tadi dia sendiri yang memandu kereta, badannya penat, kena marah pula. Saya juga akan berkelakuan seperti mana Cik Puan mengatasi masalah Mamatdengan meminta Mamat menumpang tempat tinggal saya sehingga dia menyelesaikanmasalahnya. Walaupun memerlukan kebenaran suaminya, saya akan memberi ideabahawa menyuruh Mamat menumpang tempat tinggal saya pada masa itu, supayasuami saya dapat membuat tindakan yang baik untuk kesejahteraan bersama. 21
  9. 9. Rasa Ingin Tahu Walaupun Cik Puan pada mulanya agak terkejut dengan kedatangan Mamatdengan parang, tetapi dia sedia mendengar masalah Mamat dengan penuh prihatin. CIK PUAN: Buat apa kau hunus parang kau ke mari? Sekiranya saya di tempat Cik Puan saya juga akan mempunyai rasa ingin tahuini untuk mengetahui masalah Mamat di mana dia berlari dengan parang. Pastinya sayaada ingin tahu untuk bertanya lanjut tujuan dia lari ke mari dengan parang. Hal inisedemikian kerana saya akan lebih faham dan boleh mendapat maklumat tambahandengan adanya rasa ingin tahu ini. Ada juga pepatah Melayu yang berkata, ‘malutanya,sesat jalan’.Kasih Sayang Cik Puan merupakan seorang isteri yang penuh prihatin terhadap kesihatansuaminya, Pegawai.Kenyataan ini dapat dibuktikan apabila Cik Puan memarahisuaminya yang penat memandu kereta seorang diri. Walaupun emosi marahmerupakan emosi negatif, tetapi memandangkan keadaan Cik Puan, dia memarahisuaminya atas dasar kasih sayang terhadap suaminya. CIK PUAN: Bawalah keluarga engkau tinggal sementara di sini. Kalau kau cuti lama,susah pula encik kau. Tadi dia sendiri yang memandu kereta, badannya penat, kena marah pula. Saya juga akan menunjukkan emosi kasih sayang ini terhadap suami sayasekiranya saya berada dalam situasi tersebut. Saya pasti akan lebih prihatin terhadapkesihatan suami saya di mana melarang kelakuannya yang menyebabkan kesihatannyaterjejas. 22
  10. 10. Memahami orang lain Cik Puan juga seorang yang berhati mulia kerana dia memahami orang lain.Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan, Cik Puan peka kepada masalahMamat.Apabila suaminya, menyuruh Mamat balik dahulu, Cik Puan yang membenarkanMamat menumpang tempat tinggalnya tanpa menanyakan pendapat suaminya.Hal inimenggambarkan bahawa Cik Puan memahami situasi Mamat yang tidak mempunyairumah untuk bermalam dan kemana hendak dia membawa ahli keluarganya. Padamasa yang sama juga dia menyelesaikan masalah Mamat buat sementara sehinggaMamat membina sebuah rumah lagi. CIK PUAN: Kalau tidak ada rumah bagaimana hendak bermalam? Mamat, bawalah anak isteri engkau ke mari. Tinggallah di sini sementara ada rumah lain. Sekiranya saya di situasi di atas, saya juga akan memahami keadaan Mamatsekarang yang tiada tempat tinggal untuk bermalam lagipun bersama seisi keluarganya.Pastinya saya akan membantu dia untuk menyelesaikan masalah yang dihadapiolehnya supaya dia dan seisi keluarganya dapat berada dalam keadaan yang selamat.Sikap memahami antara satu sama lain dapat menjamin kesejahteraan bersama. Secara tuntasnya, pola penggiatan automatik yang berbeza membawapengalaman emosi yang berlainan.Oleh itu, emosi-emosi yang telah dijelaskan di atasseperti emosi takut, marah cemas dan sebagainya adalah berdasarkan atas persepsiyang tertentu dan penggaitan automatik yang dialami.Ringkasnya, emosi memainkanperanan sebagai pengarah di bawah kesedaran (subconscious) kepada perhatian kitayang wujud sebelum perasaan kita ditunjukkan. 23

×