• Share
  • Email
  • Embed
  • Like
  • Save
  • Private Content
3. kesusasteraan, kebudayaan dan kesenian melayu
 

3. kesusasteraan, kebudayaan dan kesenian melayu

on

  • 4,410 views

 

Statistics

Views

Total Views
4,410
Views on SlideShare
4,410
Embed Views
0

Actions

Likes
2
Downloads
254
Comments
4

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel

14 of 4 previous next Post a comment

  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    3. kesusasteraan, kebudayaan dan kesenian melayu 3. kesusasteraan, kebudayaan dan kesenian melayu Document Transcript

    • 5.0 PENGANTAR KESUSASTERAAN, KEBUDAYAAN DAN KESENIAN MELAYUSinopsisModul ini disusun untuk membolehkan para pelajar mengetahui dan memahami konsep-konsep yang berkaitan dengan Kesusasteraan,Kebudayaan dan Kesenian Melayu. Parapelajar juga didedahkan dengan elemen sastera dan hubungan antara kehidupanmasyarakat Melayu dengan Kebudayaan dan Ksenenian Melayu.Hasil PembelajaranPada akhir unit ini anda seharusnya dapat: 1. menjelaskan konsep Kesusasteraan,Kebudayaan dan Kesenian Melayu, 2. mengenal pasti jenis/ genre Kesusasteraan Melayu, 3. menghuraikan unsur-unsur seni budaya, nilai dan falsafah masyarakat Melayu, 4. menghargai, menghayati serta memanfaakan elemen dan nilai dalam karya sastera,budaya dan kesenian Melayu bagi meningkatkan penguasaan bahasa serta memupuk semangat cinta akan budaya, bangsa dan negara.Catatan Anda dikehendaki membuat rujukan tambahan untuk memahami modul ini secara lebih mendalam. Anda juga perlu menyiapkan latihan-latihan yang diberikan secara bersungguh-sungguh. 1
    • 5.1 KESUSASTERAAN MELAYU 5.1. 1. Pengertian dan Konsep Kesusasteraan MelayuPengenalanKesusasteraan ialah suatu bentuk ciptaan seni yang berkait rapat dengan bahasa. Melaluibahasa, mesej dalam karya kesusasteraan dapat disampaikan dan disebarkan. Selain itu,melalui bahasa pembaca dapat menikmati keindahan yang ada dalam karyakesusasteraan. Tidak hairanlah karya kesusasteraan merupakan salah satu cabangkesenian yang dianggap bernilai berbanding cabang kesenian yang lain.Kesusasteraan Melayu Tradisional - Zalilah Sharif dan Jalilah Ahmad (1993) – Kesusasteraan daripada bahasa sanskrit – ‘sas’ – kata kerja mengarah, mengajar, memberi petunjuk) – ‘sastera’ – alat mengarah, mengajar, memberi petunjuk – ‘su’ – indah dan baik – ‘ke…an’ – segala yang tertulis, bernilai seni dab estetika – Berperanan memberi panduan, petunjuk dan pengajaranIstilah ‘kesusasteraan’ berakar dari kata ‘susastera / sushastra’ dalam bahasa Sanskrit.Suku kata ‘su’ bermaksud indah, baik, lebih berfaedah (Hashim Awang, 1984: 2),kebenaran, keindahan dan kemuliaan (Lalita Sinha dan Md. Salleh Yaapar, 1984).Manakala ‘sastera / shastra’ menurut Hashim Awang bermaksud huruf atau buku.Lalita Sinha dan Md. Salleh Yaapar pula menegaskan ‘sastera / shastra’ merupakan ilmuyang bersifat benar, tetap dan tidak berubah kerana berasal / ilham daripada sumbertertinggi (Pencipta).Daripada kata ‘susastera’ telah diberikan imbuhan apitan ‘ke- ... –an’ menghasilkan‘kesusasteraan’ yang bertujuan memberi keindahan bunyi. Ia bermaksud kumpulan buku- 2
    • buku yang indah bahasanya dan baik isinya. Indah dari segi pendengaran, emosi,imaginasi dan baik kerana hasil karya itu dapat diteladani.Sebenarnya, terdapat pelbagai tafsiran yang diberikan oleh tokoh-tokoh kesusasteraantanah air apabila mendefinisikan kesusasteraan.Baharuddin Zainal (1975) berpendapat karya sastera adalah sesuatu yangmembincangkan apa yang berlaku dalam sesebuah masyarakat di sampingmengemukakan sikap dan pandangan pengarangnya.Hashim Awang (1985) menyatakan sastera merupakan hasil seni yang disampaikanmelalui bahasa dan berkeupayaan membentuk tamadun sesuatu bangsa. Hal yangdemikian kerana sastera biasanya membincangkan tentang pergolakan-pergolakan yangberlaku dalam sesebuah masyarakat.Richard Dorson (1973) – Folk Literature juga dikenali sebagai kesusasteraan lisan, seni tuturan atau kesusasteraan ekspresif yang merangkumi bahasa rakyat, nyanyian rakyat, cerita rakyat, puisi rakyat, ungkapan rakyat dan prosa atau puisi tradisional.Taib Osman (1976) – Kesusasteraan Melayu meliputi kesusasteraan lisan, seni tuturan kesusasteraan ekspresif – Merujuk kepada segala bentuk bahasa yang mengandungi seni sastera iaitu; • Nilai estetika • Berperanan sebagai panduan,petunjuk dan pengajaran yang dihasilkan oleh masyarakat Melayu desa • Menjadi milik masyarakat yang sudah memiliki sistem tulisan tetapi lisan masih digunakan secara meluas • Abd. Halim b. A. Ahmad 1986 – gabungan sastera dan Melayu. Sastera berasal daripada bahasa sanskrit ‘castra’ yang bererti kitab atau buku. Bahan yang terhasil daripada penciptaan sastera ini disebut bahan sasteraKamus Dewan Edisi Keempat (2005) pula mencatatkan sebagai hasil seni (karya tulisan)dalam bentuk prosa atau puisi yang mempunyai ciri-ciri keistimewaan yang tertentu. 3
    • Istilah Konsep/Terminologi Kesusasteraan Tradisional Kesusasteraan ModenSastera rakyat Sastera istana Sastera moden 5.1.2. Fungsi Kesusasteraan Melayu • Sebagai sistem projeksi masyarakatnya • Sebagai alat pengesahan sesuatu institusi dalam masyarakat • Sebagai alat pendidikan – Nasihat – Pengajaran – nilai • Sebagai alat pemaksa dan pengawal norma-norma masyarakatnya • Sebagai kepuasan estetik – Pembaca – pengarang 5.1.3. Ciri- Ciri Kesusasteraan Melayu • Diwarisi secara lisan • Hidup lebih daripada dua atau lebih generasi • Wujud dalam pelbagai versi • Pencipta tidak diketahui • Wujud tokok tambah • Menjadi milik bersama • Tiada tapisan • Wujud dalam bentuk yang tetap • Bersifat pralogis • Bersifat tempatan • Mempunyai kegunaan dalam kehidupan 4
    • Ciri Cerpen • Jumlah perkataan antara 500-2000 patah perkataan • Latar terbatas • Mempunyai satu tema • Mempunyai watak yang terbatas • Mempunyai satu konflikCiri Novel • Ceritanya panjang dan lebih kompleks • Melebihi 10,000 patah perkataan • Latar tempat luas dan latar masa panjang • Mempunyai satu tema dan banyak persoalan • Watak yang ramai /perwatakan yang pelbagaiCiri Drama • Cerminan kehidupan masyarakat yang dilakonkan. • Berbentuk skrip dan dipersembahkan dalam bentuk dialog dan aksi • Tidak terdapat sebarang sudut pandangan kerana dituturkan oleh watakCiri Prosa Tradisional • Bersifat kolektif (milik bersama masyarakat) • Bersifat feudal (tema, watak, dan latar) • Perkembangannya tidak terbatas oleh zaman, tarikh, dan waktu • Banyak versi kerana ada tokok tambah semasa penyampaian cerita • Menggunakan gaya bahasa yang berbeza dengan bahasa kini • Mempunyai ciri-ciri budaya tradisional kelompok masyarakat • Mengandungi unsur mitos dan lagenda • Mengandungi unsur kecindanCiri Puisi Tradisional • Suatu karangan berangkap • Setiap baris mempunyai jumlah kata yang tetap • Mempunyai rima tertentu dan tetapCiri Puisi Moden (sajak) • Jumlah baris dan suku kata tiada terbatas • Mempunyai rima bebas 5
    • • Mengandungi bahasa yang indah • Mengemukakan suatu gambaran • Merupakan catatan jiwa Anda telah mengenali konsep Kesusasteraan Melayu. Untuk menguji kefahaman anda itu, lengkapkan rajah perbandingan ciri-ciri sastera tradisional dengan sastera moden Ciri-Ciri Sastera Tradisional Ciri-Ciri Sastera Modeni. ………………………………………. i. ……………………………………….ii. ……………………………………… ii. ……………………………………….iii……………………………………… iii. ……………………………………… 6
    • 5.1.4. Jenis/Genre Kesusasteraan MelayuPengenalanSetelah memahami konsep, fungsi dan ciri-ciri kesusasteraan mari kita lihat pula genresastera yang terdapat dalam Kesusasteraan Melayu. Genre ialah jenis sastera yangterdapat dalam Kesusasteraan Melayu. Genre Kesusasteraan Melayu boleh dibahagikankepada dua bahagian iaitu: a. Kesusasteraan TradisionalKesusasteraan tradisional terbahagi kepada Sastera Rakyat dan Sastera Istana.Manakala bentuk sastera tradisional pula terdiri daripada bentuk prosa dan bentuk puisi.Sastera tradisional bentuk prosa; 1. Sastera Rakyat  Cerita asal usul -- contohnya, asal usul Gunung Jerai  Cerita binatang -- contohnya, Hikayat Sang Kancil  Cerita jenaka -- contohnya, Lebai Malang, Pak Kaduk  Penglipur lara -- contohnya, Hikayat Malim Deman2. Sastera Istana  Sastera Sejarah -- contohnya, Sejarah Melayu  Sastera undang-Undang -- contohnya, Hukum Kanun Melaka  Sastera Epik -- contohnya, Hikayat Hang Tuah  Sastera Islam -- contohnya, Cerita BerbingkaiSastera tradisional bentuk puisi;  Pantun -- contohnya, pantun dua kerat, empat kerat  Syair -- contohnya, Syair Burung Pungguk  Mantera -- contohnya, jampi serapah 7
    •  Seloka -- contohnya, Seloka Pak Kaduk  Gurindam -- contohnya, Gurindam Dua Belas b. Kesusasteraan ModenKesusasteraan moden bentuk prosa  Novel -- contohnya, Putera Gunung Tahan, Saga  Cerpen -- contohnya, kumpulan cerpen berjudul Beberapa Pembetulan  Drama -- contohnya, Baju Emas Sang MaharajaKesusasteraan moden bentuk puisi  Sajak -- contohnya, kumpulan sajak berjudul Menimba Laut, Elipsis. Sila baca nota ringkas yang disediakan. Anda perlu membuat rujukan tambahan tentang tajuk ini untuk mendapatkan penjelasan yang lebih lanjut. Berdasarkan bahan yang disediakan dan pembacaan anda, sila catat perbezaan antara genre prosa dengan genre puisi. 5.1.4. Sejarah Kesusasteraan Melayu • Perkembangan kesusasteraan sesuatu bangsa merupakan gambaran yang jelas mengenai sejarah silam bangsa itu sendiri. • Kewujudan dan perkembangan bangsa Melayu mementingkan bahasa, adat resam dan kebudayaan. • Kewujudan kerajaan Melayu Srivijaya yang menggunakan bahasa Melayu kuno menghasilkan pelbagai bentuk sastera rakyat, sastera sejarah, kebangsaan, lagenda dan kesan keagungan kerajaan Melayu. Cth. Hkayat Raja-Raja pasai dan Sejarah Melayu. • Tradisi sastera Melayu bermula dengan wujudnya suku bangsa Melayu namun ia hanya dibukukan pada abad ke 17 / selepas tahun 1600 – pengarang tidak meletakkan nama –sastera milik masyarakat bukannya milik individu • Pada awal kelahirannya mementingkan kesejahteraan – berkonsep hiburan. Disampaikan secara lisan berkaitan persekitaran hidup masyarakat Melayu. • Sastera Melayu – pandangan / lambang peribadi masyarakat Melayu • Sastera Melayu lama mempunyai pengaruh bangsa lain. • Sastera Melayu bertukar konsep mengikut peralihan zaman : 8
    • • Sastera lama (zaman feudal)-Peringkat awal perkembangan kesusasteraan Melayu • Hiburan dan pengajaran – diungkap secara lisan • Persaingan bahasa-sastera • Sistem tulisan berkembangan mengagungkan mertabat kesultanan Melayu • Berkembang di kalangan istana dan bangsawan • Tinggi nilai kebenarannya (melalui pengalaman) • Hasil-hasil kesusasteraan berkait dengan kepercayaan • Zaman Peralihan - Peringkat kegemilangan kesusasteraan Melayu • Peralihan pengaruh Hindu kepada pengaruh Islam • Bermula pada kurun ke 15 (kedatangan Islam) • Hasil-hasil sastera dapat mengukuhkan ajaran Islam • Usaha mengekalkan kepercayaan terdahulu (Hindu dan Jawa) • Tersebarnya pengetahuan baru • Peringkat pertembungan dua mod kesusasteraan Melayu • Masyarakat Melayu menjadi celik huruf • Pertautan antara lisan dengan tulisan • Usaha penulis-penulis • Lahir banyak karya agung • • Zaman kesusasteraan baru - Perkembangan kesusasteraan masa kini • Kewujudan sastera moden (dipelopori Abdullah Munsyi dan Hamzah Fansuri) • Pendidikan formal semakin meluas • Wadah menuntut keadilan dan kebebasan –’seni untuk masyarakat’ • Aliran Angkatan Sasterawan tahun 50-an (ASAS 50) • Cabaran kesusasteraan di zaman moden • nilai-nilai hidup tidak lagi seragam • Perkembangan ITPendidikan kesusasteraan berkembang di sekolah dan institusi-institusi pengajian tinggi.Melahirkan para sarjana dalam bidang kesusasteraan Melayu 9
    • KEBUDAYAAN MELAYU 5.2 5.2.1. Konsep Budaya dan Masyarakat MelayuMatlamat Pengaruh Luar Konsep Ciri-ciri Kandungan5.2.1.0.PengenalanPerkataan “Melayu” merupakan rujukan untuk sejumlah kelompok sosial di beberapanegara Asia Tenggara, yang dalam beberapa aspek kebudayaannya, menunjukkan ciri-ciripersamaan. Antara kelompok sosial itu sampai sekarang ada yang dengan jelasmenyebut dirinya sebagai orang Melayu, misalnya orang Patani di Thailand Selatan;orang Kedah, orang Perak, orang Kelantan, orang Pahang, orang Selangor, dan orangJohor, yang semuanya berada di Malaysia dan sejumlah kelompok sosial di Indonesia.Budaya dapat diitakrifkan sebagai tamadun atau peradaban.Pada umumnya kebudayaan dalam bahasa Inggeris disebut “Culture”, iaitu berasaldaripada bahasa Latin, “cultura”. Dalam bahasa Mandarin disebut “wen hua” dan dalambahasa Arab disebut “thaqafah”. Sebahagian besar ahli kebudayaan kita menyatakanbahawa perkataan budaya berasal daripada budi dan daya. Dua perkataan dirangkumkanmenjadi budaya. “Bu” membawa erti asli, pertama, sejati dan yang dipandang sempurna, 10
    • menyenangkan, bahkan dimuliakan. “Daya” mengandungi erti akal fikiran ciptaan ataubiikinan dan yang sempurna.Kebudayaan Melayu ialah cara hidup kumpulan manusia atau masyarakat yang terdiridaripada orang-orang Melayu. Budaya Melayu dapat membezakan antara masyarakatMelayu dengan masyarakat lain. Dalam konteks Malaysia, budaya Melayu dilihat dariaspek persamaan dan perbezaan cara hidup antara masyarakat. Manakala dalamkonteks sosiologi, budaya Melayu merupakan cara hidup yang menjadi kepunyaanbersama dalam kalangan orang Melayu.Pemahaman terhadap kebudayaan Melayu akan memberi gambaran yang jelas tentangkandungan dan ciri kebudayaan Melayu yang merupakan terjemahan kepada cara hidupmasyarakat Melayu. Selain itu, sama ada anda sebagai orang Melayu atau bukanMelayu, dapat membuat penilaian yang adil terhadap prinsip kebudayaan kebangsaankerana teras kebudayaan ini adalah kebudayaan Melayu. Sesungguhnya, pemahamanterhadap kebudayaan Melayu ini dapat mewujudkan persefahaman dalam pemikiran dantindak-tanduk kita dalam kehidupan seharian.5.2.1.1. Konsep Kebudayaan MelayuKebudayaan Melayu ditakrifkan sebagai cara hidup sesuatu masyarakat (orang Melayu).Cara hidup ini dikaitkan dengan tamadun atau peradaban yang menggambarkankemajuan akal budi masyarakat yang mendukung budaya itu. Dalam konteks masyarakatMelayu, budaya yang ditonjolkan menentukan corak keperibadian dan memperlihatkanidentiti pendukungnya.Kandungan Kebudayaan MelayuKebudayaan Melayu merangkumi perkara-perkara yang berkaitan dengan institusi sosialorang Melayu iaitu: • bahasa • adat resam dan kepercayaan, • nilai dan falsafah, • politik, 11
    • • agama, • kesenian, • undang-undang, perubatan dan sebagainya. 5.2.2. Fungsi Kebudayaan Melayu • Merapatkan hubungan masyarakat • Menerapkan unsur pendidikan dan pengajaran • Membataskan sesuatu yang negatif • Panduan menjalani kehidupan seharian • Elemen perubatan / menghindar bala bencana • Elemen mempertahankan diri daripada anasir jahat, ghaib atau mistik • membuktikan ketaatan / kesetiaan kepada pemimpin atau orang yang lebih tua Kebudayaan Melayu sebagai Kebudayaan KebangsaanKebudayaan Melayu diangkat peranannya sebagai Kebudayaan Kebangsaan keranakedudukannya mengatasi kebudayaan kaum-kaum lain. Sehubungan dengan itu,kandungan dan ciri-ciri yang dipunyainya mampu menjadi identiti dan dapat menimbulkanemosi serta rasa kepunyaan bersama kepada warganegaranya.Kebudayaan merupakan keseluruhan cara hidup manusia. Ia berperanan penting dalamproses pembangunan negara di Malaysia di mana keperibadian Malaysia harus dipupukdalam usaha-usaha yang dijalankan ke arah meningkatkan pembangunan sosioekonomidan politik. Ini sudah tentunya memerlukan penggemblengan dan penglibatan semualapisan masyarakat dalam satu proses yang berterusan.Bagi sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia,proses pembentukan kebudayaan nasional memerlukan perancangan yang teliti dan rapisupaya dapat melahirkan cara hidup yang bersifat kemalaysiaan. Perancangankebudayaan ini harus menentukan sifat-sifat yang baik, mulia dan utama bagi pembinaanbangsa dan ketahanan negara.RasionalPenggubalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah penting bagi sesebuah negaramembangun dan yang mempunyai penduduk berbilang kaum seperti Malaysia. Dasar ininanti akan dapat menjadi Garis panduan dalam membentuk, mewujud dan mengekalkanidentiti negara di kalangan dunia antarabangsa.Penggubalan dasar ini perlu dibuat dengan mempertimbangkan fakta-fakta perkembangansejarah serantau dan kedudukan negara ini sebagai pusat pertemuan serta pusat 12
    • tamadun dan perdagangan sejak dua ribu tahun yang lampau. Peranannya sebagaisebuah pusat pertemuan, telah melahirkan proses interaksi, pengenalan, penyerapan danpenerimaan pelbagai unsur-unsur yang sesuai kepada kebudayaan asas rantau ini daripelbagai unsur-unsur kebudayaan dunia.Dengan yang demikian, sebagai satu proses yang berterusan, pewujudan KebudayaanKebangsaan Malaysia akan terus berlandaskan unsur-unsur dan tiga prinsip yangditetapkan oleh Kerajaan sebagai Dasar Kebudayaan Kebangsaan iaitu:(i) Berteraskan kepada Kebudayaan Rakyat Asal Rantau iniRantau ini yang merangkumi kawasan Malaysia, Indonesia,Filipina, Singapura, Brunei,Thailand dan Kampuchea serta Kepulauan Selatan Pasifik (Polynesia, Melanesia danOceania) sehingga Malagasi adalah merupakan bahagian utama dari kawasan tamadunatau budaya Melayu. Rantau ini merupakan pusat pemancaran, pengembangan danwarisan Kebudayaan Melayu sejak zaman berzaman dan ditandai pula oleh kegemilangandan keagungan tamadun Melayu yang berpusat di Melaka yang menggunakan BahasaMelayu sebagai bahasa perhubungan antarabangsa (linguafranca). Kebudayaan serantauini digambarkan oleh persamaan-persamaan di bidang bahasa yang berasaskan keluargabahasa Melayu - Austronesia, kedudukan geografi, pengalaman sejarah, kekayaan alam,kesenian dan nilai-nilai keperibadiannya. Budaya Melayu pada hari ini merupakan carahidup, lambang identiti dan asas ukuran keperibadian kepada lebih 200 juta umat manusiayang menuturkan satu rumpun bahasa yang sama. Dengan yang demikian, kebudayaanrakyat asal rantau ini dalam pengertian sempit atau luasnya kebudayaan Melayu telahdijadikan teras kepada Kebudayaan Kebangsaan.(ii) Unsur-unsur Kebudayaan Lain Yang Sesuai dan Wajar DiterimaKebudayaan sebagai sesuatu yang dinamik, sentiasa berubah-ubah melalui prosespenyerapan dan penyesuaian secara berterusan. Prinsip ini bertepatan dengan situasipenduduk berbilang kaum yang mewarisi pelbagai budaya. Dengan itu unsur-unsurbudaya Cina, India Arab, Barat dan lain-lain yang sesuai dan wajar diberi penimbangandan penerimaan dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan. Kesesuaian penerimaandalam penyerapan ini adalah bergantung kepada tidak wujudnya percanggahan denganPerlembagaan dan prinsip-prinsip Rukun Negara dan kepentlngan nasional serta asas-asas moral dan kerohanian sejagat pada amnya dan pada Islam sebagai agama rasminegara khasnya.(iii) Islam Menjadi Unsur Yang Penting Dalam Pembentukan KebudayaanKebangsaanAgama atau kepercayaan kepada Tuhan merupakan unsur penting dalam prosespembangunan negara serta pembentukan rakyat yang berakhlak dan berperibadi mulia.Agama Islam memberi panduan kepada manusia dalam mengimbang dan memadukanusaha bagi mengisi kehendak-kehendak emosi dan fizikal dan kerana itu patut menjadiunsur yang penting dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan memandangkankedudukannya sebagai agama rasmi negara, di samping telah wujudnya fakta sejarah dannilai-nilai Islam yang telah sedia didukung oleh sebahagian besar rakyat rantau ini.Ketiga-tiga prinsip asas di atas adalah melambangkan penerimaan gagasan KongresKebudayaan Kebangsaan 1971. 13
    • ObjektifPembangunan Kebudayaan Kebangsaan bagi negara-negara yang baru merdeka amatlahpenting untuk mewujudkan sebuah negara yang stabil dan bersatu padu. Dengan yangdemikian usaha-usaha pembentukan Kebudayaan Kebangsaan Malaysia adalahbertujuan untuk mencapai tiga objektif penting iaitu:(i) Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui Kebudayaan;(ii) Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripadaKebudayaan Kebangsaan; dan(iii) Memperkayakan dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dankerohanian yangseimbang dengan pembangunan sosioekonomi.Strategi dan Pelaksanaan Objektif dasar ini boleh dicapai melalui strategi-strategi berikut:(i) Pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan ke arah menguatkan asas-asas Kebudayaan Kebangsaan melalui usaha sama penyelidikan, pembangunan,pendidikan, pengembangan dan perhubungan budaya;(ii) Meningkat dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha-usaha membimbingdan melatih peminat, mendukung dan mengerak kebudayaan seluas-luasnya sebagaijentera pembangunan yang berkesan;(iii) Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran kebangsaan, kenegaraandan nasionalisme Malaysia;(iv) Memenuhi keperluan sosiobudaya; dan(v) Meninggikan taraf dan mutu kesenian.Rumusannya penggubalan dan pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalahperlu bagi negara Malaysia yang sedang membangun dan yang mempunyai pendudukberbilang kaum yang mengamalkan budaya yang berbeza. Dasar ini dapat menjadi garispanduan dalam membentuk serta mewujudkan satu bangsa yang bersatu-padu sertamengekalkan identiti negara di kalangan dunia antarabangsa. Namun demikianpelaksanaannya adalah rumit dan tidak dapat dicapai dalam masa yang singkat.Kesedaran dan kefahaman yang luas akan dapat membantu tercapainya hasrat dan cita-cita pelaksanaan dasar ini kerana dengan keinsafan itu sahaja Kebudayaan Kebangsaanakan dapat dibezakan dengan kebudayaan kesukuan atau kebudayaan kaum.Kebudayaan yang dipupuk itu akan mencirikan sifat-sifat persamaan yang melampauibatas-batas suku kaum dan memperlihatkan keperibadian kebangsaan Malaysia itusendiri sebagai sebuah negara yang merdeka dan bermaruah. a. Berdasarkan pemerhatian anda, adakah ciri-ciri Kebudayaan Kebangsaan wujud dalam masyarakat kita? 14
    • b. Jelaskan tiga prinsip Kebudayaan Kebangsaan. Anda digalakkan melayari laman www.keKKwa.gov.my5.2.3 Ciri-Ciri Kebudayaan MelayuCiri-ciri kebudayaan Melayu muncul daripada pengalaman sejarah kebudayaan Melayuyang selama berabad-abad telah mengalami pertalian dengan berbagai-bagaikebudayaan asing, baik yang hanya datang kerana hubungan dagang mahupun yangmenetap di Tanah Melayu. Justeru itu kebudayaan Melayu juga memiliki keupayaan yangbesar dalam mengambil alih unsur-unsur kebudayaan lain daripada kebudayaan bukanMelayu.Kebudayaan Melayu merupakan; • satu persambungan/kesinambungan, • berubah mengikut kesesuaian masa dan keadaan, • dinamis kerana terbuka kepada perubahan apabila berlaku pertembungan dengan budaya lain.5.2.4. PERKEMBANGAN dan JENIS KEBUDAYAAN MELAYUKebudayaan Melayu merangkumi perkara-perkara yang berkaitan tentang kepercayaan,kepercayaan, bahasa, adat-istiadat, nilai dan falsafah, ,kesenian, perubatan dankepercayaan.Kebudayaan Melayu mengalami evolusi dan perkembangan berasaskan cirisebagaimana yang telah dijelaskan iaitu satu persambungan/kesinambungan,berubahmengikut kesesuaian masa dan keadaan,dinamis kerana terbuka kepada perubahanapabila berlaku pertembungan dengan budaya lain a. Kebudayaan Melayu dari aspek kekeluargaan. Keunikan kebudayaan Melayu mula terpancar daripada asas pembentukan kekeluargaan lagi. Pembentukan Kekeluargaan boleh terjemahkan berasaskan cara atau sistem yang ada dalam amalan perkahwinan orang Melayu dan amalan bersalin orang Melayu . Perkembangan mutakhir jelas menunjukkan bahawa kebudayaan ini berteraskan agama Islam. ADAT PERKAHWINAN ORANG MELAYU 15
    • Adat perkahwinan tradisional masyarakat Melayu boleh dibahagikan kepada beberapaproses iaitu merisik atau meninjau; upacara peminangan; upacara menghantar tanda;hantaran belanja; menjemput; upacara nikah; berinai besar; hari persandingan; jemputmenantu.MERISIK ATAU MENINJAUPermulaan proses perkahwinan ialah merisik atau meninjau. Biasanya dilaksanakan olehkeluarga pihak lelaki, khususnya ibubapa. Setelah teruna dan keluarganya berkenandengan gadis yang dipilih , usaha merisik dijalankan untuk mengetahui samada gadis itusudah berpunya atau tidak. Hasil daripada merisik ini akan dibuat rundingan dengankeluarga si teruna. Apabila diketahui sigadis belum berpunya upacara peminangandiaturkan.UPACARA PEMINANGANMeminang sigadis hanya dilakukan bila keluarga sigadis menyatakan persetujuannya.Tugas meminang biasanya dilakukan oleh wakil kedua-dua belah pihak, biasanya ketua-ketua adat dan syarak. Semasa meminang akan ditetapkan tarikh menghantar tanda.Perkara-perkara yang dibincangkan semasa upacara peminangan ialah hantaran belanja,persalinan dan tempoh bertunang. Disesetengah-sesetengah tempat berita pertunanganitu diberitahu kepada seisi kampong oleh Ketua Kampong di masjid ketika mengadakansembahyang JumaatUPACARA MENGHANTAR TANDASemasa upacara menghantar tanda, kebiasaannya sebentuk cincin akan dihantar olehpihak teruna untuk disarungkan ke jari tunangannya. Menyampai dan menerima cincin itudilakukan dalam majlis di rumah sigadis. Cincin ini disebut sebagai ‘cincin tanda’. Iabiasanya diiringi juga dengan sebahagian wang hantaran belanja. Tarikh perkahwinanjuga dibincangkan bersama.HANTARAN BELANJAPada tarikh yang dijanjikan upacara menghantar belanja dijalankan. Kedua-dua belahpihak diketuai oleh Ketua Kampong atau Ketua Syarak. Wang hantaran itu biasanyadiiringi dengan persalinan untuk sigadis. Ia digubah dalam berbagai bentuk ataudibungkus dalam kain sahaja mengikut adat daerah masing-masing. Iringan yang laintermasuk bunga rampai; sirih junjung atau tepak sireh sahaja; pahar telor merah dan nasisemangat; alat solek; buah-buah atau lain-lain.MENJEMPUT 16
    • Waris bakal pengantin ( ayah atau ibu, atau orang yang wajib dan diwakilkan) akanberkunjung ke rumah orang tua-tua di kampong itu untuk membritahu tentang hariperkahwinan itu. Mereka akan membawa tepak sireh dan terus menjemput dan memintasanak saudara serta sahabat handai datang ke rumahnya bagi mengelolakan majlis itu.Majlis kenduri kahwin dimulakan di rumah pengantin perempuan.UPACARA NIKAHUpacara akad nikah dijalankan sebelum upacara berinai besar dan bersanding. Imammewakili wali perempuan menjadi jurunikah. Dalam upacara ini juga disahkan hantarandan lain-lain. Mas kahwin disebut samada hutang atau tunai. Mas kahwin akan diserahkankepada pangantin perempuan dan menjadi haknya. Dari saat ini sahlah mereka menjadisuami isteri.BERINAI BESARKedua pengantin memakai pakaian pengantin. Pengantin lelaki datang ke rumahpengantin perempuan dengan iringan arakan rebana. Upacara berinai didahului olehpengantin lelaki yang duduk di pelamin. Ahli keluarga akan bergilir-gilir menjalankanupacara itu. Pengantin perempuan akan mengambil tempat selepas pengantin lelaki.HARI PERSANDINGAN Dihari persandingan, jamuan diadakan secara besar-besaran di rumah pengantinperempuan. Pengantin lelaki serta rombongannya akan diarak dan diiringi dengan selawat dan pukulan rebana dari rumahnya atau tempat persinggahannya ke rumah pengantinperempuan. Hantaran akan dibawa bersama sekiranya ia belum dihantar terlebih dahulu.JEMPUT MENANTUMajlis jemput menantu atau ‘menyambut menantu’ diadakan di rumah pengantin lelaki.Pengantin perempuan dijemput datang ke rumah pengantin lelaki biasanya dibuat padahari ketiga, kelima atau seminggu selepas diadakan majlis persandingan.ADAT KELAHIRAN /BERSALINDalam masyarakat Melayu bakal ibu akan melalui enam peringkat adat resam yangdianggap sebagai katu kemestian untuk kesempurnaan dan keselamatan ibu danbayi.Pemeringkatannya adalah sebagaimana berikut: a. Lenggang Perut b. Waktu Bersalin c. Azan dan qamat d. Bercukur dan memberi nama e. Ibu berpantang f. Mandi selepas berpantang. 17
    • a.Lenggang Perut.Upacara ini disempurnakan oleh bidan kepada ibu yang hamil tujuh bulan.Alat yangdisediakan dalam upacara ini ialah;Tujuh helai kain,segantang beras,sebiji kelapa,benang mentah,damar,minyakkelapa,lilin,tepak sireh dan kelengkapannya dan pengeras RM1.25( diletak dalam tepaksireh)b.Bersalin.Apabila tiba saat bersalin, bidan dijemput untuk menyambut kelahiran bayi.Setelah bayidipisahkan dari urinya, urinya dibersihkan dan diberikan kepada sibapa untuk ditanamdengan garam. Uri bayi lelaki akan ditanam di bawah rumah pada tiang seri denganharapan apabila dewasa kelak dia akan mengutamakan keluarga.Manakala uri bayiperempuan pula ditanam di hadapan rumah (jika ada gerbang ditanam pada pintugerbang) dengan harapan nanti mudah menerima pinangan.c.Azan dan Qamat.Setelah kelahiran bayi diuruskan oleh bidan,bayi diserahkan kepada sibapa yangmenunggu .Bayi tersebut akan diperdengar azan oleh bapa jika lelaki dan diqamat jikaperempuan.Tujuannya supaya bayi mendengar kalimah suci sebelum mendengar bunyi-bunyi lain.d.Bercukur dan memberi nama.Upacara bercukur rambut dilakukan pada hari ke tujuh. Kelengkapan yang disediakanialah; 1. Bayi diletakan atas tilam kecil. 2. Sebuah dulang yang berisi tiga biji mangkuk/piring yang diisi tepung tawar,beras kunyit dan bertih( pada sesetengah tempat piring diisi dengan gula batu,garam,air telaga zam-zam) 3. Satu bekas yang diisi dengan air 4. Cincin atau barang kemas.Setelah cukup kelengkapannya bayi akan di bawa kepada jemputan lelaki oleh bapa dansetelah doa dibacakan rambut bayi dicukur/digunting sekadar lima hinga tujuh .Rambut itudiisi kedalam bekas yang berisi air. Guntingan ini dilakukan oleh;tiga,lima atau tujuhorang. Setelah itu bayi itu dinamakan sebagaimana yang ditentukansebelumnya.Perkembangan sekarang di sesetengah tempat , bayi tersebut akandiperdengarkan selawat dan bapa akan menampu bayi mengelilingi bulatan jemputanyang berselawat, semasa itu hadidirin akan mengusap kepala bayi. Sebaik sahajaupacara ini selesai, rambut bayi akan dicukur oleh bidan. Rambut bayi yang terkumpulditanam bersama-sama rambut yang diisi dalam air tadi di halaman rumah.e.Berpantang 44 hariWanita yang bersalin mesti mengalami masa berpantang selama 44 hari. Sepanjangmasa ini mereka mesti menjaga makanan dan tidak dibenarkan bergerak bebas serta 18
    • tidak dibenarkan memijak tanah .Mereka juga diberikan ubatan tradisional dan “berdiang”atau “bertuku”. Rawatan urutan dan memakai bekung.f.Mandi selepas pantang.Setelah pantang,upacara mandi air limau sintuk dan daun teresat ( terdiri daripadahimpunan daun-daun seperti; daun limau purut, daun pandan, seraiwangi,halia,beluru,dll).Lazimnya pada hari ke 45 kenduri kesyukuran dan bacaan doadiadakan. B. KEPERCAYAAN Kepercayaan Animisme. Pada awalnya, sebelum kedatangan Islam bangsa Melayu turut percaya dan mengamalkan kepercayaan animisme.Kepercayaan ini berkaitan dengan pemujaan terhadap unsur unsur alam, penunggu dan hantu. Kepercayaan ini juga meliputi kepercayaan bahawa orang yang mati dibunuh akan menjelma menjadi hantu dan mengganggu. Ada sesetengahnya yang percaya pemujaan kepada penunggu atau roh-roh tertentu dengan memberi mereka makanan yang terdiri daripada pulut kuning dll. Makanan itu biasanya diletakkan di tempat- tempat tertentu untuk dimakan oleh penunggu. Setelah pengaruh kedatangan hindu dan kemudiannya Islam,suasana dan senario terhadap kepercayaan ini kian terhapus. Ajaran Islam yang sempurna telah mencorakkan kebudayaan Melayu dari aspek Islam. Kepercayaan Agama Islam. Masyarakat Melayu setelah kedatangan Islam telah menganut Islam dan mengamalkan kepercayaan agama Islam sebagai cara hidup mereka. Sinonimnya Islam dengan bangsa Melayu jelas tergambar ; apabila di sebut “Melayu” maka identiti kepercayaan ini sudah tersedia bahawa mereka adalah Islam.Amalan kepercayaan ini secara tidak langsung selari dengan sikap berhemah orang Melayu yang sentiasa sopan, tidak mungkir janji, sentiasa tolong menolong dan bertanggungjawab.Asimilasi kepercayaan ini jelas tergambar berdasarkan beberapa upacara yang dijalankan dalam masyarakat Melayu iaitu; Khatam al-Quran, Berkhatan,Mauludurrasul, Assyura dll. Istitusi SosialPembentukan organisasi kelompok masyarakat terdiri daripada sistem kekeluargaan,pentadbiran dan pemerintahan yang dinamakan institusi sosial. Pembentukan institusisosial adalah penting dalam menjamin keamanan dan keharmonian sesebuah negara. 19
    • Kelompok yang paling penting dalam institusi ini ialah institusi kekeluargaan. Daripadasistem kekeluargaan akan wujud kelompok masyarakat yang lebih luas dan kompleks.Kekeluargaan merupakan satu kumpulan individu yang terbentuk atas dasar hubungandarah, perkahwinan, pengambilan anak angkat yang tinggal dalam sebuah rumah tangga.Anggota keluarga dalam sesebuah rumah tangga tidak akan dapat menimkati keamanandan keharmonian sekiranyan pucuk pimpinan tidak diurus dengan baik dan sempurna.Dengan itu, wujud golongan pemimpin dari kalangan rakyat untuk membentuk sistempentadbiran di bawah pemerintahan beraja pada peringkat negeri dan negara. Denganadanya sistem pentadbiran dan pemerintahan ini, perjalanan aktiviti dalam negara akanmenjadi lebih lancar dan teratur.Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen. Semua anggota masyarakat yangberkelayakan berhak memilih pemimpin yang mereka fikir sesuai. Masyarakat Melayu tradisional mengamalkan sistem gotong-royongPERCAMBAHA dan sistem kerah bagi melaksanakan sesuatu aktiviti atau projek. N MINDA Sejauh manakah sistem gotong-royong dan sistem kerah masih diamalkan dalam masyarakat Melayu moden pada hari ini?Adat Resam dan KepercayaanAdat mengikut pandangan masyarakat meliputi segala aspek cara hidup anggotamasyarakat yang teratur dan memenuhi syarat keamanan dan keadilan setiapanggotanya. Adat merupakan pedoman hidup bagi anggota masyarakat. Pedoman hidupini dimasukkan dalam rangkaian peraturan, petunjuk, perumpamaan, pantun, gurindam,pepatah dan petitih dan dijadikan panduan hidup bagi anggota masyarakat.Kepercayaan pula bermaksud sesuatu yang diyakini, ataupun mempercayai benarnyasesuatu perkara itu. Dalam sesuatu masyarakat terdapat satu sisitem kepercayaansendiri. Begitu juga dengan masyarakat Melayu yang mempunyai sisitem kepercayaansendiri. Sistem kepercayaan masyarakat Melayu mempunyai peringkat tertentu, iaitudaripada animisme, pengaruh Hindu dan Islam. 20
    • Nilai dan FalsafahNilai ialah komponen penting bagi setiap budaya sesuatu masyarakat. Nilai adalah ideayang dikongsi bersama berkenaan apa yang penting dan berguna. Ia bukanlah suatuobjek yang mempunyai warna atau bentuk tetapi suatu pembentukan mental yangdihasilkan daripada tingkahlaku manusia.Dalam masyarakat Melayu tradisional wujud nilai yang pelbagai. Untuk mengkaji nilai-nilaimasyarakat Melayu tradisi amatlah sukar kerana masyarakat Melayu sejak zaman silammenghadapi berbagai-bagai proses perubahan iaitu daripada budaya Hindu, Islam danBarat. Namun begitu kebudayaan Islam banyak mempengaruhi cara hidup orangMelayu termasuklah nilainya sekali.Beberapa contoh nilai yang masih diamalkan dalam masyarakat Melayu:• Nilai berbudi bahasa -- bijak bertutur kata dan melayan tetamu.• Nilai budi -- bersikap sedia membantu seseorang dan berbuat baik kepada orang.• Nilai rendah diri -- bersikap tidak sombong dan bersopan-santun. Anda tentu tahu bahawa gadis Melayu dilarang menyanyi di dapur. Mengapa? Jelaskan adat resam dan kepercayaan ini yang telah menjadi pantang-larang dalam kehidupan masyarakat Melayu. Jawapan anda hendaklah disokong dengan grafik atau ilustrasi. 21
    • 5.3 KESENIAAN MELAYU5. 3. 1. Pengenalan dan Konsep KesenianSetiap bangsa yang sudah bertamadun di dunia ini mempunyai kesenian masing-masing.Kesenian itu bukanlah milik seseorang atau sesuatu kaum, tetapi milik bangsa dan negaraberkenaan. Seni merupakan satu lapangan penciptaan dan ekspresif yang terbuka dan iaboleh diungkapkan oleh sesiapa sahaja.Kesenian telah menjadi sebahagian daripada unsur dalam kehidupan manusia sejak awalkehidupan manusia. Menurut ahli-ahli arkeologi , manusia telah menghasilkan imej-imejvisual sejak zaman poleolitik.Seni secara umum diertikan sebagai bentuk-bentuk yang menyenangkan, indah dan adakesan serta kepuasan keindahan dalam proses penghayatan seni itu. Seni juga meliputiaspek gerak-geri, warna dalam catan dan karya seni lukis. Bunyi dan muzik, liuk lentukgerak dalam tarian, kombinasi cahaya dan sebagainya.Sidi Gazalba mengatakan seni adalah penciptaan bentuk-bentuk yang mengandungi nilaiestetika berpadu dengan nilai estetika Islam. Istilah untuk estetika Islam itu ialah akhlak.Kesenian sebagai suatu aspek kehidupan, tertakluk kepada syariat Allah s.w.t. Seni yangtidak membawa mudarat atau kerosakan aslah diharuskan. Sebaliknya, seni yangmungkin mudarat atau merosakkan dimakruhkan dan jika pasti membawa mudarat ataukerosakan diharamkan.Menurut Kamus Dewan Seni didefinisikan sebagai karya (sajak, lukisan, muzik, dll) yangdicipta dengan bakat (kecekapan), hasil daripada sesuatu ciptaan.Manakala kesenian bermaksud perihal seni, yang berkaitan dengan seni, keindahan(kehalusan). 22
    • Kesenian ini menjadi tunjang kepada kebudayaan masyarakat Melayu sejak turuntemurun lagi. Dengan adanya kesenian seperti ini identiti masyarakat Melayu lebihterserlah dan dikenali ramai.5.3.2 Fungsi Kesenian Melayu • Menonjolkan identiti bangsa • Memperkaya dan mengembangkan seni Melayu • Menerapkan nilai-nilai estetika • Menerapkan nilai keindahan dan kehalusan sesuatu karya • Merapatkan hubungan antara ahli masyarakat • Menjadi bahan hiburan yang menyenangkan5.3.3 Ciri-Ciri kesenian & kebudayaan Melayu • Menjadi amalan / kebiasaan masyarakat • Menjadi identiti sesuatu masyarakat • Proses kesinambungan dari zaman berzaman • Mengalami perubahan namun masih berasaskan amalan masyarakat • Berteraskan agama Islam • Berkait rapat dengan latar belakang sejarah (animisme, Hindu – Buddha, Islam) • Pengaruh kuat dengan alam sekitar, kuasa ghaib dan mistik • Menonjolkan ketaatan / kesetiaan kepada pemmpin dan orang yang lebih tua • Sistem integrasi masyarakat • Berkait rapat dengan nilai, kepercayaan, falsafah hidup pemikiran, perilaku dan artefak • Membezakan antara suatu masyarakat dengan masyarakat yang lain • Merangkumi unsur yang lebih universal5.3.4 Jenis/ Bentuk KesenianKesenian atau seni boleh dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu : • Seni Suara • Seni Gerak • Seni Rupa • Permainan Tradisional SENI SUARA 23
    • Kesenian mengikut definisi Herberth Read adalah suatu usaha untuk mencipta bentuk-bentuk yang menyenangkan dan seni itu dijalankan pula daripada estetika.Dalam seni suara kesenian Melayu dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu : • Seni Vokal Seni Vokal lahir daripada pita suara yang boleh memberi kepuasan kepada pendengar. Setiap seni vokal itu berbeza mengikut masyarakat. Dalam masyarakat Melayu terdapat seni vokal tanpa muzik dan seni vokal yang bergabung dengan muzik. Seni Vokal tanpa muzik yang sering dinyanyikan dalam masyarakat Melayu ialah : a. Endoi atau dendang Siti Fatimah dan ulit anak Endoi atau dendang Siti Fatimah terkenal di negerii Perak, Selangor dan Negeri Sembilan manakala ulit anak dinegeri Terengganu. Biasanya dilagukan dalam upacara berbentuk keislaman seperti menyambut kelahiran anak atau upacara bercukur kepala. b. Nazam atau naban Berasal daripada Terengganu, Pahang dan Melaka. Dikarang dalam Bahasa Melayu yang mengisahkan riwayat Nabi Muhamad, para Nabi Allah dan para sahabat Rasul. Persembahan yang tidak disertai alat muzik ini memerlukan kemerduan suara. c. Marhaban, nasyid dan qasidah Merupakan nyanyian keagamaan. Marhaban ialah pujian kepada Nabi Muhamad dan dinyanyikan dalam Bahasa Arab. Nasyid ialah nyanyian dan berbentuk dakwah Islam iaitu terdapat dalam senikata Arab dan Melayu. Qasidah biasanya dinyanyikan dalam bahasa Arab yang mengandungi puisi memuji Nabi Muhamad dan para sahabat. • Lagu yang digabungkan dengan muzik a. Dikir Dikir dikenali dengan pelbagai nama seperti dikir maulud, dikir Pahang, dikir Rebana dan dikir berarak. Dikir-dikir ini dilagukan dengan iringan pukulan rebana atau kompang. b. Hadrah 24
    • Sejenis nyanyian yang berasal daripada dikir. Dinyanyikan dengan iringan sejenis alat bercorak rebana yang hampir sama dengan kompang.c. Beduan Sejenis naynyian rakyat negeri Perlis dan diringi dengan bunyi-bunyian gendang. Beduan mempunyai persamaan dengan bentuk zikir dan burdah yang diringi dengan pukulan rebana.d. Dikir barat Sejenis nyayian yang terkenal dinegeri Kelantan. Nyanyiannya diringan dengan pukulan rebana.e. Ghazal Sejenis puisi Arab yang berbentuk percintaan. Ghazal dinyanyiakan dengan iringan alat seperti syeringgi, sitar, harmonium dan tabla. Seni Muzik Menurut Kamus Dewan Muzik didefinisikan sebagai gubahan bunyi yang menghasilkan bentuk dan irama yang indah dan menyenangkan, bunyi-bunyian. Muzik adalah satu daya tarikan kepada manusia. Ahli-ahli falsafah berpendapat bahawa setiap manusia mempunyai minat terhadap muzik. Keadaan ini jelas dilihat kepada reaksi manusia terhadap bunyi-bunyian yang sudah menjadi kegemaran sejak manusia dilahirkan. Muzik sebenarnya tidak dapat dilihat dan dinikmati dengan pancaindera penglihatan, tetapi dirasai dengan hati atau perasaan. Muzik Tradisi Warisan Istana Dalam masyarakat terdapat dua kelompok masyarakat iaitu :• Tradisi tinggi (great tradition)• Tradisi rendah (little tardition) Kumpulan masyarakat tradisi tinggi terdiri daripada golongan bangsawan yang merupakan golongan kelas pemerintah yang menjadikan istana sebagai pusat kebudayaan. Raja-raja menubuhkan kumpulan-kumpulan muzik diistana dan latihan dianjurkan untuk meningkatkan mutu persembahannya. Muzik nobat menjadi satu pasukan muzik istana sejak abab ke 15 lagi. Muzik ini dimainkan dalam upacara pertabalan, kematian raja dan upacara mengadap oleh para pembesar di hadapan balairung. Selain nobat muzik yang berkembang melalui tradisi istana di Malaysia ialah 25
    • gamelan. Gamelan yang terkenal diTanah Melayu berasal dari kerajaa Riau- Lingga dan Johor. Alat-alat muzik yang digunakan dalam gamelan termasuklah saron, bonang, kerompong, gendang dan gong. Tradisi Muzik Rakyat Di samping tradisi tinggi yang berpusat diistana, terdapat pula tradisi rendah dikalangan rakyat biasa yang terdir daripada kaum petani dan nelayan. Perkembangan seni muzik diperingkat masyarakat tradisi rendah lahir daripada minat anggota masyarakat itu sendiri. Sebahagian daripada mereka mewarisi keahlian bermain alat-alat muzik itu daripada keluarganya. Alat-alat muzik ini diperbuat daripada bahan-bahan yang diperolehi disekeliling mereka seperti buluh, kayu, kulit binatang dan lain-lain. Muzik rebana merupakan sejenis alat muzik yang berkembang dalam masyarakat Melayu tradisional. Rebana dimainkan dalam persembahan yang berunsur keislaman seperti dikir, ratib, nazam, hadrah, rodat, maulut dan lain-lain. Tradisi Muzik Melayu yang lain Tradisi muzik melayu yang lain seperti muzik makyong dan gendang keling diwarisi dari zaman praislam.Gendang keling dan Mek Mulung di Kedah dan Perlis menggunakan alat muzik seperti Gong, rebab, gendang dan serunai. Di samping berbagai – bagai jenis muzik yang dinyatakan ,muzik wayang kulit, kuda kepang dan ghazal juga merupakan muzik melayu tradisional dari zaman silam. Muzik wayang kulit mengandungi alat muzik seperti gamelan dan mempunyai hubungan dengan tradisi dan kepercayaan masyarakat pribumi. Ghazal pula berasal dari pengaruh Arab Parsi , yang dibawa melalui India sebelum berkembang di alam melayu. Muzik melayu asli ialah muzik yang menyertai tarian ronggeng atau joget yang mempunyai hubungan dengan dongdang sayang yang berkembang di Melaka dan canggung di Perlis. Dalam Tarian kuda kepang pula terdapat alat – alat muzik paluan yang dibunyikan mengikut rentak kuda berlari. Tarian kuda kepang ini berkembang di Johor di kalangan masyarakat melayu keturunan Jawa. SENI GERAKSeni gerak mengandungi segala gerakan tubuh badan yang mempunyai unsur – unsurkeindahan . Seni ini dapat dilihat pada gerakan tangan , kaki , badan , mata dan anggotabadan yang lain. seni gerak orang melayu dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu senitari dan seni drama. SENI TARI 26
    • Seorang ahli sejarah tarian dan muzik Jerman bernama C. Sachs telah memberikandefinisi seni tari sebagai gerakan yang berirama. Seni tari adalah pengucapan jiwamanusia melalui gerak – geri berirama yang indah. Dalam kebudayaan melayu terdapatberbagai – bagai jenis tarian , sama ada tarian asli ataupun tarian yang telah dipengaruhioleh unsur – unsur moden. Menurut Jaafar Mampak, tarian melayu asli terbahagi kepadadua jenis. Pertama , tarian yang bercorak lemah lembut seperti tarian mak inang dan sitipayung. Kedua , tarian rancak yang merupakan hasil daripada pengaruh tarian Portugisseperti tarian Ronggeng , Serampang Laut dan Singapura Dua. Seni tari boleh dikategorikan dalam berbagai – bagai jenis. Antara pembahagian yangboleh dibuat terhadap seni tari melayu adalah seperti berikut : 1. Tarian – tarian yang bercorak seni tari istana yang dipersembahkan pada waktu perkahwinan , pertabalan , istiadat menyembah dan sebagainya. Tarian – tarian ini termasuklah tarian siti payung , mak inang , asyik , gamelan dan sebagainya. 2. Tarian – tarian yang memperlihatkan wujudnya pengaruh Arab dan Parsi seperti tarian rodat , hadrah dan sebagainya. 3. Tarian rakyat seperti dondang sayang , ronggeng , joget dan sebagainya. 4. Tarian yang khusus ditarikan oleh kaum lelaki sahaja seperti tarian kuda kepang , tarian labi – labi , tarian berdayung dan sebagainya. TARIAN ASLITarian ini dicipta berdasarkan lagu – lagu melayu asli dengan mengikuti irama lagu – lagumelayu asli yang tertentu. Seni tari jenis ini ialah tarian yang dicipta daripada lagu MakanSirih , Gunung Banang , Sapu Tangan , Asli Selendang , Bentan , Telani , Asli Abadi dansebagainya.TARIAN ASYIKTarian ini adalah sejenis tarian klasik dari daerah – daerah di Kelantan yang ditarikan diistana raja – raja Kelantan dan Patani. Asyik bererti kekasih , oleh itu tarian inibersesuaian dengan gerak – geri bersifat lemah lembut dan penuh dengan ketertiban.Tarian ini dimulai dengan sepuluh orang penari masuk ke dewan tarian terlebih dahulu ,lalu duduk bersimpuh dengan tertibnya. Kemudian tampillah Puteri Asyik dan mereka punmula menari.Tarian asyik ini ditarikan dalam upacara perkahwinan dan pada malamberinai. Tiga alat muzik penting yang digunakan ialah rebab , gambang dan gedombak. TARIAN AYAM DIDIKTarian ini dikatakan berasal daripada gerakan berlaga ayam, iaitu sejenis sukan yangdiminati oleh orang Melayu pada masa lampau. Tarian ini dicipta oleh ahli tarian dinegeriPerlis. Tarian ini diringi dengan nyanyian lagu ayam didik. TARIAN BALAITarian ini berasal dari daerah-daerah dinegeri Terengganu. Tarian ini ditarikan oleh gadis-gadis kampung dalam bentuk simbolik seperti melakukan pekerjaan sawah. Penari-penariakan menari mengelilingi balai, iaitu sejenis payung panjang berwarna-warni yangdiletakan dibawah gelanggang. 27
    • CANGGUNGKata tanggung berasal dari bahasa Thai yang bererti menari. Tarian Canggung berasaldari negeri Perlis dan menjadi popular di negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang. Tarian inidicipta oleh seorang ahli tarian dari Kangar selepas perang dunia keduaTARIAN SITI WAU BULANTarian ini berasal dari negeri Kelantan, ditarikan pada musim menuai sempena dengantemasya dan permainan wau. TARIAN CINTA SAYANGTarian ini berasal dari yang menggambarkan keluarga nelayan. Tarian ini menunjukanbagaimana keluarga nelayan mengucapkan selamat jalan kepada para nelayan sebelumturun ke laut. TARIAN DABUSTarian ini berasal dari negeri Perak dan mengandungi unsur keagamaan yang berkaitdengan kepahlwanan Sayidina Ali. TARIAN GAMBUSTarian ini berasal dari daerah Kuala Kangsar Perak. Tarian ini dikatakan telah dikenalididaerah ini sejak 50 tahun yang lalu, dipercayai berasal dari negeri Arab. TARIAN INAITarian ini adalah tarian istana yang ditarikan semasa majlis berkhatan anak pembesar-pembesar istana. Ianya dipersembahkan kepada kanak-kanak ini semasa mereka hendakdikhatankan dan duduk diatas pelamin. TARIAN JOGETTarian ini diperngaruhi oleh kebudayaan Portugis dan dijadikan sebagai tarian sosial sertaditerima oleg berbagai-bagai kaum di Malaysia. TARIAN KUDA KEPANGTarian ini ialah tarian warisan budaya Jawa yang terpengaruh dengan islam. Ciri kejawaanitu jelas pada pakaian penari-penari dan unsur islam jelas semasa cerita itu ditarikan iaitumengisahkan pepernagan Rasullollha dan para sahabat. TARIAN MAK INANG 28
    • Pada zaman kesultanan Melayui Melaka, tarian mak inang sangat popular ditarikan padahari-hari kerja kahwin tetapi kini ditarikan majlis-majlis sosial.TARIAN ZAPINTarian ini dikatakan berasal dari negeri Parsi . Ianya diringi dengan alat-alat muzik sepertidabus dan marwas. Pakaian yang digunakan ialah baju melayu.DRAMA TRADISOANALDrama tradisional mengikut pendapat Amin Sweeney ialah karya drama yang dianggapoleh masyarakat yang mewarisinya sebagi hasil yang diwarisi secara turun temurun darigenerasi yang lampau. Antara seni drama tradisinal yang popular dalam masyarakatmelayu adalah seperti berikut :MAIN PUTERIDrama tradisinal ini berkembang dengan popular sekali didesa-desa dinegeri Kelantan.Drama ini digunakan untuk mengubati orang sakit. Tok Puteri memainkan peranansebagai pawang atau bomoh untuk mengawal penyakit yang dibawa oleh roh-roh atausemangat jahat.MAKYUNGMakyung ialah drama tradisional yang popular dinegeri Kelantan. Drama ini berasaldaripada ritual memuja roh datuk nenek. Permianan makyung ini dikatakan berasal darinegeri Patani.MENORAMenora ialah sejenis drama tradisioanal Melayu yang dikatakan dipengaruhi oleh senidarama Siam. Menora telah menjadi popular dinegeri Perlis, Kedah dan Kelantan.WAYANG KULITWayang kulit merupakan sejenis drama tradisoanl melayu yang terbahagi kepadabeberapa jenis seperti wayang golek, wayang wang, wayang topeng dan wayang beber.Kini hanya wayang kulit yang masih kekal.SENI RUPASeni rupa dalam masyarakat melayu meruapakan ciptaan yang megandungi unsur-unsurseni yang dihasilkan oleh orang melayu melalui ukiran, anyaman, tenunan, seni bina dansebagainya.SENI UKIR 29
    • Seni Ukir dalam masyarakat melayu mempunyai hubungan rapat dengan hasil-hasil kerjatangan yang dicipta melalui kepandaian mengukir. Ciri-ciri ukiran itu dihasilkan melaluiukiran timbul, ukiran terbenam, ukiran tebuk dan ukiran timbus.SENI KRAFTANGANSeni kraftangan adalah hasil seni yang dicipta untuk digunakan, tetapi digubah denganmemasukkan unsur-unsur seni untuk memberi bentuk yang indah dan menarik hati.Penciptaan kraftangan itu memerlukan keahlian dan kecekapan dalam penggunaanbahan-bahan asas yang teratur sejak dari proses awal hinggalah sesuatu hasil kraftanganitu tercipta. Proses penciptaan kraftangan tersebut memerlukan daya estetika demi untukmemberikan rekabentuk yang indah dan menarik.SENI TEMBIKARSeni tembikar merupakan sejenis hasil kraftangan orang melayu yang menggunakantanah liat yang dibakar dan digilap. Reka bentuknya dicipta berdasarkan fungsi sesuatubarang itu seperti periuk nasi, bekas air, bekas mennyimpan makanan seperti jeruk,pekasam dan lain-lain. Perusahaan membuat tembiran secara tradisoanl ini masihdilakukanoleh orang melayu khususnya di Sayung, Perak.SENI ANYAMANMenganyam meruapakn proses menjalin jaluran daun, lidi, rotan, akar, buluh danbeberapa jenis tumbuhan yang lain. Beberapa jenis reka bentuk kraftangan dihasilkanmelalui nyaman demi untuk mencipta sesuatu alat keperluan harian contohnyamengahsilkan topi, tudung saji, bakul dan mengayam tikar untuk mengalas tempat duduk.TEKATANTekatan dikenali juga dengan nama suji dan merupakan sejenis seni kraftangan yangpopular dalam masyarakat melayu. Tekatan menggunakan kain baldu sebagai kain dasardan bentuk hiasannya mengambarkan rekabentuk bunga dan pohon – pohon. Tekatandigunakan untuk membuat kasut , kipas . muka bantal dan balutan tepak sirih. Hasiltekatan ini dibuat bagi tujuan upacara tertentu seperti dijadikan hiasan pada upacaraperkahwinan , upacara berkhatan , pertabalan raja dan upacara – upacara kebesaranyang lain.SENI TENUNANSeni tenunan terbahagi kepada tiga jenis iaitu tenunan biasa , tenunan ikat celup dansongket. Tenunan songket merupakan tenunan yang paling lengkap dan cantik. Tenunanini merupakan satu perkembangan daripada proses tenunan biasa. Sementara tenunan 30
    • ikat pula dipercayai berkembang di istana raja – raja. Penciptaannya lebih rumit terutamadalam proses menyongket solek atau menyolek. Jenis kain tenunan ini dikenali jugadengan panggilan kain benang emas.SENI BATIKBatik merupakan seni tekstil yang dihasilkan melalui proses menerapkan lilin danmencelup kain. Pada permulaannya kain putih yang hendak diproses menjadi kain batikitu direbus dan dikeringkan. Kemudian kain batik itu diterapkan dengan blok tembagayang dicelupkan ke dalam lilin cair yang dipanaskan. Selepas diterapkan kain itu akandiwarnakan dengan cara celupan yang berperingkat – peringkat. Selanjutnya kain itudirebus dan divasuh sehingga bersih lalu dijemur hingga kering.SENI TEMBAGASeni tembaga merupakan satu lagi kraftangan orang melayu. Seni ini diperkenalkandenagn tujuan untuk mencipta alat-alat daripada tembaga yang canti dan indahbentuknya. Alat-alat yang dicipta dalam proses seni tembaga ini digunakan dalamupacara-upacara adat khususnya diistana raja-raja melayu seperti alat-alat pertabalanraja, upacara perlkahwinan atau upacara diraja yang lain. Alat-alat tembaga ini digunakansebagi hiasan atau perkakasan kegunaan dirumah seperti dulang, tempat letak sireh,sudu, tempat bara, bekas perenjis air mawar dan sebagainyaSENI BINAReka bentuk seni bina melayu lahir daripada bentuk rumah-rumah yang menjadi tempatpenginapan orang melayu. Walaupun terdapat berbagai jenis rumah melayu namunstruktur binaanya tdiak banyak berbeza . Reka bentuk rumah-rumah melayu jugameperlihatkan wujudnya unsur-unsur seni bina dari daerah-daerah lain dialam melayuatau dari luar alam melayu. Contohnya rumah-rumah orang melayu di negeri Sembilanadalah bercorak seni bina rumah minangkabauPERMAINAN RAKYATDalam tradisi lisan, permainan ini yang dikenali juga sebagai pemainan masa lapang atausukan rakyat termasuk dalam kategori "folk games". Permainan ini bukan sahaja berfungsisebagai alat hiburan tetapi juga berperanan dalam aktiviti sosial untuk menyerikan majlis-majlis keramaian, perkahwinan dan sebagainya.Permainan masa lapang dan sukan rakyat yang lahir di dalam kebudayaan Melayu, malahdalam kebudayaan semua dikatakan sebagai satu cara untuk pelepasan emosi manusiaitu sendiri.Di samping berfungsi diatas permainan tradisional dalam masyarakat Melayu memainkanbeberapa peranan yang lain seperti bertindak sebagai alat komunikasi di kalangananggota masyarakat.Permainan masa lapang bagi orang Melayu boleh dibahagikan kepada permainan untukorang dewasa dan permainan untuk kanak-kanak. 31
    • Permainan untuk orang dewasa termasuklah permainan wau, sepak raga, gasing,menyabung ayam, laga buah keras, congkak, berlaga kerbau dan lain-lain.Permainan untuk kanak-kanak pula termasuklah main telaga buruk, guli-guli, main galah,main kapal terbang, cina buta, ketup atau sembunyi dan lain-lain.PERMAINAN GASINGGasing ialah permainan rakyat yang popular dikalangan orang Melayu. Di negeri-negeriPantai Barat gasing diperbuat daripada kayu, sementara di negeri-negeri Pantai Timurkhususnya dinegeri Kelantan gasing diperbuat daripada timah.Permainan gasing dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu : 1. Permainan untuk bersuka ria 2. Pertandingan gasing 3. Permainan untuk pertunjukkan.PERMAINAN LAYANG-LAYANG ATAU WAUPermainan layang-layang atau wau mempunyai hubungan dengan kepercayaan kepadasemangat padi. Permainan wau dipercayai telah dilakukan sebagai satu cara untukmemohon maaf kepada semangat padi yang telag menjelma menjadi seorang anak gadis.Permainan wau diadakan sebagai hiburan untuk pelabagi peringkat umur. Permainan waujuga diadakan untuk pertandingan. Pertandingan yang melihat bentuk kecantikannyadiukur dari segi keindahannya kepada bentuk, corak ciptaan, warna, keaslian ciptaan danukranya.PERMAINAN CONGKAKPermainan congkak ialah sejenis permianan Melayu tradisional yang digemari oleh kaumwanita dan kanak-kanak. Permainan ini dipercayai mula berkembang di istana iaitudikalangan wanita-wanita istana dan para pembesar. Mereka memainkan permainan iniuntuk menghiburkan hati pada waktu lapang dan juga bagi mengisi masa yang banyakterluang.Permainan congkak menggunakan dua bahan, iaitu papan congkak dan buah congkak.Kadang-kadang sebagai ganti papan congkak, lubang-lubangnya dibuat diatas tanah.Sementara biji-biji congkak pula ialah guli-guli kaca, buah getah, biji saga, batu-batu kecildan sebagainya. Setiap papan congka hanya boleh dimainkan oleh dua orang sahaja.MENYABUNG AYAM 32
    • Salah satu permianan bercorak pertandingan yang digemari oleh masyarakat Melayutradisional ialah permainan menyabung binatang-binatang ternakan seperti lembu, kerbaudan ayam. Permaina sabung ayam misalnya diadakan sempenan sesuatu upacaratertentu yang disambut oelh masyarakat Melayu tradisional seperti ketika menyambutkelihiran bayi, perkahwinan dan pentabakan raja.Permainan manyabung ayam melibatkan pertaruhan wang atau sejenis perjudian. Tetapipemilik ayam boleh mendapat bayaran tanpa turut serta dalam pertaruhan menyabungdengan cara menyewakan ayamnay jika ayamnya itu telah terkenal sering berolehkemenangan.SEPAK RAGASepaka raga ialah sejenis permianan yang menggunakan bola yang diperbuat daripadarotan yang dinanyam dua hingga tiga lapis. Sepak raga dimainkan oleh beberpapa orangpemain yang berdiri membentuk bulatan. Permainan ini dimulaid engan salah sorangpemian melambugkan bola kepada salah seorang pemian yang lain. Pemain lain kanmenimbang bola terbut sebelum diambil oleh orang lain.5.3.5. Sejarah Pengaruh Luar Dalam Masyarakat MelayuMasyarakat awal Melayu ialah masyarakat yang mengamalkan fahaman animisme.Fahaman ini berkait rapat dengan kepercayaan kepada semangat dan roh. Setiapkehidupan mempunyai semangat yang perlu disembah dan dihormati. Namun berlakuperubahan besar dalam peradaban masyarakat Melayu setelah masuknya tiga pengaruhluar yang mempunyai sejarah peradaban yang begitu tinggi. Kemasukan pengaruh luar initelah memberi kesan yang amat mendalam terhadap perkembangan budaya Melayu.Masyarakat Melayu telah menerima beberapa sistem sosial kehidupan luar ini dalamkehiidupan mereka.Pengaruh luar tersebut ialah;• pengaruh HinduPengaruh Hindu mula bertapak dan berkembang di Tanah Melayu sejak awal abadpertama Masihi hingga kurun ke-14. Menurut A. Aziz Deraman (1994), pengaruh Hindutelah diterima dalam sistem sosial khususnya dalam sistem politik dan kemasyarakatantempatan, adat istiadat dan upacara, bahasa dan kesusasteraan, keesenian, kepercayaandan falsafah.• pengaruh Islam 33
    • Pengaruh Islam tersebar dan berkembang di alam Melayu sejak abad ketiga belas Masihi.Islam dibawa ke alam Melayu melalui perdagangan oleh pedagang India dan Arab.Pengaruh Islam ini telah mengubah tradisi anismisme dan Hinduisme yang telah lamasebati dalam jiwa masyarakat Melayu.• pengaruh BaratAlam Melayu telah mula menerima pengaruh Barat melalui penjajahan Portugis ke atasMelaka. Kemudian, dikuti kemasukan Belanda dan British yang telah meninggalkan kesanyang mendalam terhadap perkembangan peradaban Melayu. RujukanAhmad Kamal Abdullah. 1989. Gejala esei dan kritikan puisi Melayu moden 1955- 1986. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.A. Aziz Deraman. 1994. Masyarakat dan Kebudayaan Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.A. M. Thani (Peny.). 1981. Esei sastera ASAS 50. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.A. Teeuw. 1983. Membaca dan menilai sastera. Jakarta : Penerbit P.T Gramedia.Hamzah Hamdani (Peny.) 1988. Konsep dan pendekatan sastera. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.Hashim Awang. 1984. Kesusasteraan Melayu dalam kritikan dan sejarah. Petaling Jaya : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.Hashim Awang. 1988. Kritikan kesusasteraan teori dan penulisan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.Ismail Hussein (Peny.). 1974. Sastera dan masyarakat. Kuala Lumpur: Pustaka Zakry Abadi.Kamarudin Hj. Husin. 1999. Pengajian Melayu 5 dan 6. Kuala lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.Lodge, David (ed.). 1988. Modern critisam and theory. London : Longman.Shamsudin Othman dan Maniyamin bin Haji Ibrahim. 2003. Kamus Komsas KBSM. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.Othman Puteh (Peny.) 1994. Teks cerminan nilai budaya bangsa. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.Rahman Shaari. 1988. Kritikan sastera Melayu pendekatan dan pemikiran. Kuala 34
    • Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.Sahlan Mohd. Saman (Peny.) 1994. Pengarang teks dan khalayak. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.SENARAI PANELPENULIS MODUL PEMBELAJARANBil. Nama Kelayakan 1. KO-ORDINATOR / PENASIHAT BA( Hons)UM, Dip. Pendidikan MY HJ.RUSLI BIN MAHMOOD Guru Bahasa Melayu 4 tahun, KETUA JABATAN PENGAJIAN Pensyarah Pengajian Melayu 18 MELAYU MAKTAB PERGURUAN KOTA tahun BHARU KELANTAN 2. PENGERUSI Bac. Pendidikan PBMP (UPM), ABDULLAH BIN MOHD YASSIN MA (UM), Sijil Perguruan Asas JABATAN PENGAJIAN MELAYU, (PPAK), Sijil Perguruan Khas IPGM KAMPUS KOTA BHARU, KEL. (IBKL). Guru Bahasa Melayu 27 tahun Pensyarah Bahasa Melayu 2 tahun Munsyi Dewan 12 tahun. 3. AHLI 1 4. AHLI 2 35
    • 36