Your SlideShare is downloading. ×
Tugasan kumpulan
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×

Saving this for later?

Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime - even offline.

Text the download link to your phone

Standard text messaging rates apply

Tugasan kumpulan

5,073
views

Published on


1 Comment
8 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total Views
5,073
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
2
Actions
Shares
0
Downloads
228
Comments
1
Likes
8
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. Pengenalan Secara umumnya, manusia akan lebih senang apabila berkomunikasimenggunakan pertuturan. Bagi golongan tertentu pula, mereka mempunyai cara lainapabila hendak berkomunikasi. Misalnya, orang pekak menggunakan beberapa carauntuk menyampaikan maklumat. Komunikasi bagi orang pekak adalah dengan caramenggunakan bahasa isyarat. Golongan pekak merupakan individu yang pekak danindividu yang mempunyai kesukaran mendengar. Kanak-kanak pekak akanmenghadapi masalah dalam mempelajari bahasa terutamanya apabila mereka diajartentang tatabahasa. Luckner, Sebald, Cooney, Young, & Muir (2005) menyatakansecara keseluruhannya, standard literasi kanak-kanak pekak adalah lemah dan iaberada di aras bawah di mana mereka seringkali gagal mencapai tahapkecemerlangan. Maka, peranan guru dan ibubapa sangat penting dan pada masayang sama mencabar dalam mengajar bahasa kepada kanak-kanak pekak. Boleh dikatakan golongan pelajar yang pekak boleh mempelajari bahasamelalui teknik pengajaran yang kreatif dan menarik. Scarborough (2001) dalamkajian beliau mencadangkan bahawa terdapat lapan ciri-ciri penting yang perlu adadalam diri seorang pembaca yang berkemahiran: pengetahuan sedia ada, kosa kata,struktur bahasa, verbal reasoning, pengetahuan literasi, kesedaran fonik,pentaksifan kod dan kesedaran penglihatan. Berdasarkan cadangan ini, denganmenyelitkan kesemua lapan unsur ini dalam aktiviti pengajaran dan pembelajarankita dapat memastikan pengajaran bahasa yang efektif kepada murid pekak.
  • 2. 1.0 KomunikasiKomunikasi bermaksud perhubungan dengan atau yang sampai kepada orang ramaiamnya (kamus dewan dan pustaka, edisis ke 4). Terjemahan daripada Thesaurus:synonyms for language.yahoo.com pula menyatakan bahawa komunikasi ialahproses pemindahan maklumat melalui sistem simbol yang sama. Komunikasi jugaoleh dikatakan sebagai satu proses pemindahan maklumat, perasaan, idea danfikiran seseorang individu atau sekumpulan individu yang lain. Sistem pemindahanmaklumat juga melibatkan komunikasi melalui undang-undang mengenai kombinasiperkataan. Namun begitu manusia akan lebih senang apabila berkomunikasimenggunakan pertuturan iaitu dengan menggunakan bahasa. Bagi golongantertentu pula, mereka mempunyai cara lain apabila hendak berkomunikasi lebih-lebihlagi bagi orang pekak, ada beberapa cara bagi mereka untuk menyampaikanmaklumat. Komunikasi bagi orang pekak adalah dengan cara menggunakan bahasaisyarat. Bahasa Isyarat adalah kaedah menggunakan tangan untuk menyampaikanmaklumat. Bahasa Isyarat adalah kaedah komunikasi yang sesuai untuk komunikasidan pendidikan bagi kanak-kanak yang mempunyai tahap pendengaran lebihdaripada 70 desibel. Bahasa syarat yang direka sendiri atas desakan untukberkomunikasi, biasanya berbentuk kasar dari segi pergerakan tangan dan jari.Isyarat yang direka berlainan dari satu keluarga ke satu keluarga yang lain danisyarat seperti ini tidak mengikut struktur mana-mana bahasa dan lebih berbentukisyarat untuk sesuatu perkataan yang perlu sahaja. Sejarah bahasa isyarat telah pun bermula sejak kurun ke-16 lagi di barat.Pada tahun 1755, Abbe‟ de L‟Epee telah menubuhkan sekolah untuk kanak – kanakpekak yang pertama di Paris, dan menubuhkan ‟American School for the deaf ‟ yangseterusnya berkembang menjadi ‟Gallaudet University Laurent Clerc. 1.1 Masalah pendengaranSebelum penggunaan istilah bermasalah pendengaran, istilah pekak, cacatpendengaran, tuli dan pekak bisu sering digunakan kepada kumpulan kanak-kanak ini. Istilah-istilah ini membawa satu stigma yang negatif dan kurang disenangi
  • 3. oleh masyarakat. Oleh itu, istilah bermasalah pendengaran diperkenalkan walaubagaimanapun golongan orang dewasa bermasalah pendengaran masih merujukdiri mereka sebagai pekak, pekak bisu dan cacat pendengaran kerana iamelambangkan satu identiti kumpulan dan budaya kepada mereka (Gregory, Silo &Callow 1995).Masalah pendengaran merupakan sesuatu kecacatan saraf yang paling kerapberlaku di dalam suatu populasi manusia. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)menganggarkan hampir 250 juta penduduk dunia mengalami masalah pendengaran(World Health Organisation, 1999). Setiap 1000 kelahiran dianggarkan 1 hingga 3orang mempunyai masalah pendengaran kongential. Kira-kira 50 peratus daripadakes berkenaan disebabkan oleh faktor genetik atau pendedahan kepada faktorpersekitaran yang lain (Morton, 1991). Di Amerika Syarikat, masalah pendengarankongenital terjadi 3 kali ganda lebih kerap daripada Sindrom Down, enam kali gandalebih tinggi daripada penyakit spina bifida dan lebih 50 kali lebih tinggi daripadamasalah phenylketonuria (Richard et al., 2005).Kanak-kanak bermasalah pendengaran adalah sinonim dengan masalah-masalahkomunikasi, sosial serta akademik. Menurut Zaini Hashim (1992) dalam MojuntinEbin (1997), kanak-kanak bermasalah pendengaran mengalami kelambatan dalamperkembangan pertuturan dan bahasa. Akibat daripada tidak dapat mendengar danbertutur, mereka tidak boleh berfikir seperti kanak-kanak lain dan akhirnyamenyebabkan perkembangan akal mereka terbantut. Kanak-kanak bermasalahpendengaran juga menghadapi masalah untuk berinteraksi dengan orang lain.Ramai orang beranggapan bahawa kanak-kanak bermasalah pendengaran tidakmendengar langsung dan mereka hanya berinteraksi menggunakan bahasa isyaratsahaja. Ini adalah anggapan yang salah kerana kanak-kanak bermasalahpendengaran atau pekak masih mempunyai sisa pendengaran. Mischook dan Cole(1986) menegaskan bahawa kebanyakan kanak-kanak bermasalah pendengarantidak pekak sepenuhnya, sebaliknya mereka masih mempunyai sisa pendengaran.Walau bagaimanapun sisa pendengaran tersebut tidak mampu untuk membolehkan
  • 4. mereka mendengar dan mengesan bunyi-bunyi pertuturan melainkan bunyi-bunyiyang kuat sahaja.Masalah pendengaran bukanlah suatu masalah yang jarang-jarang berlaku di dalammasyarakat kita, malah masalah pendengaran dihadapi oleh setiap peringkat umur,sama ada peringkat bayi, remaja, dewasa mahupun warga tua. Untuk mengetahuidengan lebih mendalam mengenai masalah pendengaran adalah penting untukmengenali telinga terlebih dahulu. 1.1.1 Struktur telingaSecara fizikal, telinga boleh dibahagikan kepada tiga iaitu telinga luar, telinga tengahdan telinga dalam (Gambarajah 1). Telinga luar terdiri daripada cuping telinga dansalur telinga. Manakala telinga tengah merangkumi gegendang telinga, tulang osikel(incus, stapes dan maleus), Ruang telinga tengah serta tiub Eustachian (yangmenyambungkan bahagian telinga tengah ke tekak) .Telinga dalam pula terdiri daripada koklea, salur separuh bulat dan saraf auditoriiaitu saraf pendengaran yang menghantar maklumat pendengaran dari koklea keotak untuk ditafsirkan. Di otak pula, terdapat pusat pendengaran yang akanmemproses maklumat yang sampai dan maklumat-maklumat ini akan ditafsirkansebagai pendengaran. Beginilah jalan proses seseorang individu dapat menikmatipendengaran.Untuk mendengar, kesemua bahagian telinga yang telah dinyatakan tadi haruslahboleh berfungsi secara normal tanpa sebarang jangkitan atau abnormaliti. Sebaranggangguan di mana-mana bahagian akan menyebabkan individu berkenaanmenghadapi masalah pendengaran dan kesan masalah ini bergantung kepadatahap keupayaan setiap organ kandungan dalam telinga masing-masing.
  • 5. Gambarajah 1 1.1.2 Jenis Masalah Pendengaran.Adalah penting untuk mengetahui jenis masalah pendengaran yang dihadapi wargapekak kerana ia akan membantu kita sebagai warga pendidik dalam menyelesaikanmasalah kanak-kanak pekak. Terdapat masalah pendengaran yang boleh dirawatdan tidak boleh dirawat. Jika kanak-kanak menghadapi masalah pendengaran yangtidak boleh dirawat, pemakaian alat bantu dengar boleh membantu mereka.Terdapat tiga (3) jenis masalah pendengaran iaitu masalah konduktif, sensorineuraldan campuran. Masalah pendengaran konduktif berlaku apabila terdapat masalahatau jangkitan pada telinga luar dan telinga tengah. Contoh masalah dan jangkitanyang boleh menyebabkan masalah pendengaran konduktif ialah ketiadaan lubangtelinga (atresia), cuping telinga kecil atau tiada cuping telinga (mikrotia / anotia),sumbatan tahi telinga di salur telinga, jangkitan kuman pada salur telinga atautelinga tengah dan gegendang telinga bocor/pecah.Masalah pendengaran sensorineural pula berlaku apabila terdapat masalah ataujangkitan pada telinga dalam, tempat di mana koklea dan saraf pendengaran.Masalah ini tidak dapat dilihat secara fizikal (tiada rembesan nanah atau kecacatanfizikal) tetapi hanya dapat dikenalpasti melalui pemeriksaan atau pendengaransecara menyeluruh. Masalah ini tidak dapat dirawat, tidak seperti masalah
  • 6. pendengaran konduktif yang boleh dirawat secara pengambilan ubat ataupembedahan.Masalah pendengaran campuran pula berlaku apabila terdapat kehadiran kedua-duamasalah pendengaran serentak iaitu masalah pendengaran konduktif dansensorineural hadir bersama. Contohnya, seseorang yang mempunyai masalahpendengaran sensorineural juga mempunyai mampatan tahi telinga dikategorikansebagai mempunyai masalah pendengaran campuran. Apa juga masalah yangberlaku di telinga luar/tengah beserta masalah di telinga dalam disebut sebagaimasalah pendengaran campuran.Dalam bidang perubatan dan pendidikan kanak-kanak bermasalah pendengarandikategorikan mengikut tahap kehilangan pendengaran mereka. Ukuran kehilanganpendengaran ditentukan mengikut keupayaan individu mendengar kekuatan bunyiyang diukur mengikut ukuran unit desibel (Williams, 1991 dalam Safani Bari 1993)).Walau bagaimanapun, tahap ukuran bunyi yang digunakan di beberapa negaramempunyai sedikit perbezaan kerana kategori kehilangan pendengaran diukurmengikut kekuatan bunyi pertuturan purata sesuatu bangsa. Oyer et al. (1994)mendefinasikan darjah atau tahap kehilangan pendengaran bergantung kepadatahap kerosakan: 1. PROFOUND (91 dBHL ke atas) Kehilangan pendengaran secara menyeluruh. Tak dapat dibantu dengan alat bantu dengar. 2. SEVERE (80 – 90 dBHL). Kehilangan pendengaran yang bermakna alat bantu dengar adalah satu kemestian. 3. MODERATE (45 – 79 dBHL) Bermasalah untuk mendengar bunyi yang kuat. 4. MILD (30 – 44 dBHL) Bermasalah untuk mendengar pertuturan biasa. 5. SLIGHT (15 – 29 dBHL) Kesukaran mendengar bunyi bisikan dan perbualan di khalayak ramai.Kehilangan pendengaran bukan sahaja diukur mengikut tahap kekuatan bunyi dalamdesibel tetapi juga kekuatan bunyi diambil kira dari tahap frekuesinya. Frekuensimerupakan kadar getaran gelombang bunyi yang dihasilkan dan kadar getarangelombang bunyi ini diukur dalam ukuran Hertz (Williams 1991 dalam Safani Bari,1993). Hallahan dan Kaufman (1991) mendefinisikan kanak-kanak bermasalah
  • 7. pendengaran ialah kanak-kanak yang tidak dapat mendengar pada satu-satu tahapintensiti (kekuatan bunyi). Sensitiviti pendengaran adalah diukur di dalam unitdesibel. Nilai 10 dB ialah kekuatan bunyi yang amat perlahan dapat dikesan olehpendengaran orang yang mempunyai pendengaran normal. 1.2 BahasaPandangan de Saussure (1916) yang menyebutkan bahwa bahasa adalah salahsatu lembaga kemasyarakatan, yang sama dengan lembaga kemasyarakatan lain,seperti perkawinan, pewarisan harta peninggalan, dan sebagainya telah memberiisyarat akan pentingnya perhatian terhadap dimensi sosial bahasa. Namun,kesedaran tentang hubungan yang erat antara bahasa dan masyarakat baru munculpada pertengahan abad ini (Hudson 1996). Selain itu, bahasa mempunyai fungsisosial, baik sebagai alat komunikasi maupun sebagai suatu cara mengidentifikasikankelompok sosial. Para ahli bahasa mulai sedar bahwa pengkajian bahasa tanpamengaitkannya dengan masyarakat mungkin menyempitkan pandangan terhadapdisiplin bahasa itu sendiri. Sosiolinguistik merupakan ilmu yang mempelajari bahasadengan dimensi kemasyarakatan. Apabila kita mempelajari bahasa tanpa mengacuke masyarakat yang menggunakannya sama dengan menyingkirkan kemungkinanditemukannya penjelasan sosial bagi struktur yang digunakan. Bahasa merupakan satu alat perhubungan atau komunikasi yang dapat membentuk perkembangan individu dengan lebih berkesan. Mengikut definisi yang diberi oleh Atan Long (1988):Penguasaan bahasa amat penting untuk individu berinteraksi dalam kehidupanseharian. Kajian ini menekankan kepentingan bahasa kepada kanak-kanakbekeperluan khas sebagai alat komunikasi. Bahasa dianggap sebagai: “ Alat yang digunakan oleh anggota sesuatu masyarakat untuk berhubung. Keupayaan berbahasa adalah satu kebolehan asasi manusia.....” ( Kamarudin Husin, 1993)
  • 8. “...Lambang-lambang pertuturan yang dikeluarkan secara sewenang-wenangnya dan dipersetujui dan digunakan untuk berkomunikasi....”Dari definisi di atas, jelas bahawa bahasa terdiri daripada lambang-lambang pertuturan yang dikeluarkan secara simbolik yang boleh difahami oleh semua...” (Bloom, 1988). 1.2.1 Komponen bahasa Kanak-kanak yang mempunyai masalah bahasa dikatakan gagal menguasai salah satu komponen bahasa atau lebih yang terdiri daripada masalah: 1) Fonologi merupakan penggunaan bunyi-bunyi untuk menghasilkan suku kata dan perkataan. 2) Morfologi merupakan proses pembentukan perkataan daripada unsur makna yang paling asas. 3) Sintaksis adalah susunan perkataan yang membentuk ayat yang boleh dibina untuk menentukan susunan perkataan dalam ayat. 4) Semantik ialah peraturan-peraturan yang menentukan makna perkataan dalam komunikasi 5) Pragmatik adalah penggunaan kemahiran komunikasi dalam konteks sosial atau cara bahasa digunakan. 1.3 Bahasa dan komuniti pekakPendengaran memainkan peranan penting untuk menguasai pertuturan. Seorangkanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran boleh menyebabkannya sukaruntuk menguasai pertuturan dan seterusnya menguasai bahasa. Kegagalanmenguasai bahasa pula mengakibatkan kesukaran untuk berinteraksi, belajar danjuga menyesuaikan diri dalam persekitaran sosial. Ling (1989) menekankan bahawapendengaran memainkan peranan yang sangat penting kepada kanak-kanak untukmempelajari bahasa dan inilah halangan yang paling besar dihadapi oleh kanak-
  • 9. kanak bermasalah pendengaran. Menurut Gatty (1992) kanak-kanak belajarpertuturan secara spontan melalui interaksi harian dengan orang dewasa. Laluankepada kejayaan menguasai pertuturan oleh kanak-kanak ialah keupayaan merekamendengar. Tanpa pendengaran perkembangan pertuturan mereka akan tersekat.Dalam perkembangan teknologi sekarang, alat bantuan pendengaran bolehmembantu sisa pendengaran yang dimiliki oleh kanak-kanak bermasalahpendengaran mendengar bunyi-bunyi pertuturan yang tidak dapat didengarsebelumnya.Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, terdapatlebih 30,000 orang pekak berdaftar berbanding 24 juta populasi penduduk diMalaysia. Masalah utama orang pekak (masalah pendengaran) adalahberkomunikasi dengan orang sekeliling. Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) atauMalaysian Sign Language adalah bahasa yang meluas digunakan dikalangan orangpekak juga sebagai medium untuk berkomunikasi dengan orang sekeliling.Komuniti pekak sangat bergantung kepada jurubahasa isyarat untukberkomunikasi dan mendapatkan maklumat (Siew et al. 2007).Namun begitu, tidak semua orang pekak (terutama kanak-kanak) tahumenggunakan bahasa isyarat. Ini kerana tidak ada satu versi standard untukbahasa isyarat dan pergerakan yang rumit mungkin amat sukar untukmenggambarkan sesuatu bahasa yang saintifik atau tinggi (Burgstahler, 2008).Kemampuan mereka menguasai bahasa isyarat dan sejauh mana bahasa isyaratmembantu mereka menjalani kehidupan seperti manusia normal masihmenjadi persoalan. Ini kerana mereka sering menghadapi masalah ketikaberurusan di kaunter- kaunter jabatan kerajaan atau bank, mendapatkan rawatandi hospital, memberi keterangan di balai polis dan sebagainya kerana tidak ramaipetugas dan orang awam yang boleh berbahasa isyarat.Pada ketika ini bahasa isyarat yang digunakan oleh kanak-kanak diperoleh samaada berbentuk semulajadi (menangis apabila lapar), peniruan (ikut isyarat yangdigunakan oleh orang lain) atau penerokaan (ciptaan sendiri berdasarkan situasidan keperluan), isyarat-isyarat ini tidak boleh dianggap sebagai „bahasa‟ keranatidak memenuhi ciri-ciri sesuatu bahasa seperti „arbitrary‟, „sistematik,
  • 10. „berkomunikasi‟, „berkembang‟ dan „dipunyai‟ (Paul & Quigley, 1994). Isyarat-isyarattersebut adalah kod-kod yang tidak bersistem dan digunakan untuk situasi tertentusahaja, dan difahami oleh mereka yang berdekatan sahaja. Isyarat ini juga dikenalisebagai „isyarat keluarga‟ (home sign) (Marschark, 1997). 1.3.1 Bentuk Bahasa Yang Digunakan Kanak-kanak PekakDari perspektif linguistik, saluran komunikasi dapat dilakukan melalui tiga saluran(mode of communication) iaitu lisan, isyarat dan tulisan (Harris& Hodges, 1995).Ketiga-tiga saluran tersebut digunakan oleh murid-murid pekak (di Malaysia) dalamkomunikasi (Abdullah, 1995; Goh & Teh, 1993). Mereka menggunakan: (i) lisan bagi pertuturan BM, (ii) isyarat bagi „Bahasa Isyarat Malaysia‟ (BIM) dan „Kod Tangan Bahasa Melayu (KTBM) (iii) tulisan bagi BM dan BIMManakala dalam konteks pendidikan, terdapat tiga pendekatan digunakan dalampengajaran bahasa kepada mereka iaitu pertuturan, Kod Tangan Bahasa Melayu(KTBM) dan BIM (Abdullah, 1995, 2002b). BIM digunakan sebagai sampingan(supplement) atau secara informal iaitu selari dengan bahasa yang digunakan olehorang pekak. 1.3.2 Pendekatan PertuturanPendekatan pertuturan memerlukan murid-murid pekak bertutur sepertimana murid-murid biasa (Adam, 1997) . Lazimnya, latihan melalui pendekatan bertutur diberikankepada murid-murid yang mempunyai sisa-sisa pendengaran. Rasional penggunaanpendekatan pertuturan berasaskan kepada anggapan bahawa murid-murid pekakyang ada sisa pendengaran seharusnya digembeleng kebolehan pendengaranmereka semaksimum mungkin untuk menguasai bahasa pertuturan. Anggapankedua ialah murid-murid pekak merupakan kumpulan minoriti dalam masyarakat
  • 11. yang berkomunikasi melalui pertuturan, oleh itu penguasaan bahasa lisan amatlahperlu untuk membolehkan mereka „selesa‟ dalam masyarakat (Paul, 1998).Dalam mempelajari mana-mana bahasa pertuturan, faktor kebolehan mendengaradalah penting (Paul & Quigley, 1994). Ketidakmampuan mendengar tidak dapatmengajuk atau meniru bunyi-bunyi sesuatu bahasa yang dipelajari. Boleh dikatakanpertuturan dalam bahasa adalah lemah disebabkan kekurangan atau tidak langsungmendengar bunyi-bunyi bahasa berkenaan. Inilah keadaan yang berlaku kepadamurid-murid pekak dalam mempelajari bahasa lisan. Dapat dibayangkan betapasusah dan sukarnya murid-murid pekak diajar dan mempelajari bahasa lisan.Lagipun, mengajar bertutur bukan tugas utama persekolahan kanak-kanak pekak.Tugas mengajar bertutur terletak di atas bahu professional lain (contoh, audiologistdan jurupulih pertuturan), bertutur hanya sampingan yang diajar dalam matapelajaran BM. Yang hendak diajar di sekolah adalah kandungan kurikulum yangdipecahkan kepada beberapa matapelajaran. Pendekatan pertuturan dikatakankurang berkesan dari aspek mempertingkatkan murid-murid pekak menguasaikurikulum persekolahan. (Lihat Chua Tee Tee, 1970, 1976, 1977, 1991). Berbagai-bagai sebab yang membawa kepada ketidakberkesanan pendekatan ini.Umpamanya, Shukdev Sing (1982) dan Selena (1989) menyatakan bahawakebanyakan murid-murid pekak tidak dapat bertutur atau pertuturan mereka sukardifahami setelah tiga belas tahun bersekolah yang mengamalkan pendekatanpertuturan dalam pengajaran bahasa. Laporan Conrad (1979) yang meneliti prestasipelajar-pelajar pekak di Britain setelah tamat persekolahan memperlihatkan gejalayang sama, di mana pelajar-pelajar pekak tidak mampu menguasai kurikulum dankemahiran bertutur yang digunakan di sekolah pada ketika itu. Mereka juga lemahdalam berbahasa isyarat ASL kerana tidak digalakkan menggunakannya dalamkawasan sekolah. Denda juga dikenakan kepada kanak-kanak pekak menggunakanbahasa isyarat ASL pada ketika itu. Laporan ini dijadikan asas kepada perubahanpendekatan pengajaran secara bertutur kepada pendekatan komunikasi seluruh danbahasa isyarat. Hal yang sama berlaku dalam sistem pendidikan kepada kanak-kanak pekak di Malaysia sebelum pendekatan BMKT diamalkan kerana sistemnyaadalah adaptasi daripada sistem pendidikan Britain (Chua Tee Tee, 1977; Goh &Teh, 1993).
  • 12. Ketidakbolehan bertutur oleh murid-murid pekak tidak ada kaitan dengan kecacatanmana-mana alat artikulasi dan artikulator pertuturan sebagaimana anggapansesetengah anggota masyarakat. Alat-alat anatomi dan fisiologi pertuturan merekaadalah normal (Watson, 1996) . Dalam pengajaran pertuturan, alat bantuanpendengaran sangat penting bagi murid-murid ini kerana alat ini berfungsimenguatkan bunyi dan membolehkan murid-murid pekak mendengar bunyi bahasadengan lebih jelas. Seperti dijelaskan sebelum ini, ketidakmampuan murid-murid inibertutur bukannya ada kaitan dengan kecacatan anotomi pertuturan tetapibermasalah dengan anatomi pendengaran, iaitu mereka tidak menerima input bunyi-bunyi bahasa untuk diajuk atau ditiru. Alat bantauan pendengaran yang merekamiliki kebanyakannya tidak mampu menjalankan tugas ini. Oleh itu mereka hanyamampu untuk menghasilkan beberapa perkataan sahaja semasa berkomunikasilisan, malah pertuturan mereka tidak sama seperti bunyi bahasa yang sepatutnya.Adalah sukar untuk memahami pertuturan mereka jika guru tidak biasa denganmereka. Hal ini ada kaitanya dengan kelewatan memberi latihan dan pendedahanbunyi bahasa kepada mereka.Walau bagaimanapun, latihan-latihan pendengaran bunyi bahasa dan pertuturanyang diajarkan kepada mereka membolehkan mereka sedikit-sebanyak membantumemahami pertuturan jika berkomunikasi dengan orang berpendengaran biasa. Halini mereka lakukan dengan mengagak bunyi bahasa, memerhati dan mengecamgerak bibir orang yang bertutur. Mengecam gerak bibir penutur adalah satu carauntuk memahami pertuturan orang lain bagi orang pekak. (Huraian tentang gerakbibir lihat Abdullah, 1995). Murid-murid ini juga terpaksa menggunakan bahasa lisanjika bertutur dengan orang yang tidak dapat memahami isyarat mereka walaupundalam keadaan bahasa lisan yang tidak jelas. Kebolehan murid-murid pekak menguasai bahasa lisan adalah sesuatu yangistimewa. Jika latihan-latihan pertuturan dilakukan seawal mungkin, iaitu semasaperingkat bayi lagi secara sistematik dan oleh professional dalam bidang pemulihanpertuturan, peluang untuk kanak-kanak pekak bertutur adalah lebih positif (Watsonet al, 1999).
  • 13. 1.3.3 Pendekatan Bahasa Isyarat Orang Pekak (BIOP)Manakala pendekatan „bahasa isyarat orang pekak‟ adalah pendekatan yangmenggunakan isyarat sebenar orang pekak dalam pengajaran dan pembelajaranbahasa kepada murid-murid pekak (Paul & Quigley, 1994). Hal ini belum diperkenaldan dilaksanakan secara rasmi di Malaysia. Terdapat guru yang menggunakannyasamada secara sedar atau tidak semasa berkomunikasi dengan murid-muridmereka. Bahasa isyarat orang pekak di Malaysia dikenali sebagai „Bahasa isyaratMalaysia (BIM) (Persatuan Orang Pekak Malaysia, 2000)Pendekatan ini menyampaikan bahasa melalui isyarat sebenar orang pekak yangmembabitkan pergerakan badan seperti tangan, mimik muka dan kepala (Kyle &Woll, 1985). Perlu diingat bahawa tidak semua isyarat badan atau ‟body language‟dikelasifikasikan sebagai bahasa isyarat orang pekak. (Contoh, isyarat digunakanpolis trafik, kod-kod dalam KTBM).Rasional penggunaan pendekatan ini adalah sebagai mengiktiraf bahawa BIOPadalah satu bahasa yang pemiliknya adalah komuniti orang pekak (Kyle & Woll,1985). Oleh itu, penggunaanya sebagai media pendidikan merupakan alatpenyampaian ilmu yang memudahkan mereka memahami apa-apa yangdisampaikan. Umpamanya amalan ini ada dilaksanakan di United Kingdom, Swedendan Amerika (Paul, 1998).Kajian-kajian oleh sarjana linguistik bahasa isyarat orang pekak (BIOP)memperlihatkan bahawa BIOP mempunyai status yang sama dengan bahasa lisanyang dituturkan oleh satu-satu masyarakat. Umpamanya kajian oleh Stoke (dlmMaher, 1996) ke atas bahasa isyarat America dan Kyle dan Woll (1985) ke atasbahasa isyarat British. Bahasa isyarat Indo-Pakistan oleh Zehsan (2000). Manakalakajian ke atas bahasa isyarat Malaysia baru mula diusahakan oleh PersatuanOrang-orang Pekak Malaysia dengan usaha pertamanya menerbitkan buku „BahasaIsyarat Malaysia‟ (Persekutuan Orang Pekak Malaysia, 2000).Pengajaran dan pembelajaran BIM secara formal tidak diajar kepada murid-muridpekak di sekolah kerana ia akan bercangah dengan sistem pendidikan (amalanpengajaran BM adalah melalui Komunikasi Seluruh KTBM) kepada murid-murid
  • 14. pekak. Kebanyakan murid-murid pekak menggunakan BIM apabila berkomunikasisesama mereka dan begitu juga dengan guru-guru mereka. Situasai ini jugadilaporkan oleh Goh dan Teh (1993) dalam kajian. Antara alasan murid-murid pekaktentang hal ini ialah mereka mudah memahami bahasa mereka, manakala gurukepada murid pekak pula menyatakan BIM lebih pantas dari segi penggunaannyadan juga mudah difahami oleh murid-murid pekak. Bagi BIM, setiap perkataan adaisyaratnya tersendiri dan begitu juga ayat, ada aturannya. Antara contohnya sepertiberikut:BM BIM1. Dia tidak datang ke pejabat 1. Dia pejabat kosong2. Dia hendak ke pasar 2. Dia pasar3. Bapa dan ibu datang berjumpa, 3. Datang bapa dan ibu jumpa cakapbercakap-cakap dengan saya dan balik cuti rumahmembawa saya balik bercuti di rumahApa yang diajar di sekolah ialah Kod Tangan Bahasa Melayu (KTBM). Kebanyakanguru tidak dapat membezakan antara kod KTBM dengan BIM dan juga merupakanpenyumbang kepada kesukaran murid-murid pekak mempelajari BM keranakesalahan penggunaan KTBM. Hal ini berpunca kerana KTBM dan BIM disampaikanmelalui isyarat (Goh & Teh, 1993). Yang berbeza ialah BIM mempunyaitatabahasanya sendiri manakala KTBM adalah kod ciptaan yang mewakili bahasaMelayu dan patuh kepada tatabahasa bahasa Melayu. Secara anologinya, kita dapatmenerima bahawa bahasa Melayu dan bahasa Inggeris adalah berbeza danmempunyai tatabahasa yang berbeza walaupun disampaikan melalui lisan. Begitujuga KTBM dan BIM, kedua-duanya disampaikan melalui medium isyarat. Yangpertama adalah kod yang mewakili bahasa Melayu dan yang kedua adalah berstatus„satu bahasa‟ dan ada tatabahasa tersendiri. Tanpa memahami konsep ini, BM tidakdapat diajarkan kepada murid-murid pekak dengan baik kerana guru tidak dapatmembezakan antara KTBM dengan BIM yang mempunyai tatabahasa yang berbeza.Pengumpulan korpus bahasa (perkataan) dimulai oleh Persekutuan Orang PekakMalaysia. Kini tidak kurang daripada lima buah buku tentang BIM telah diterbitkan.
  • 15. Manakala hal berkaitan dengan fonologi, morforlogi dan sintaksis hanya disentuholeh Abdullah (1993, 1996) dan, Teh dan Goh (1990, 1993). Berdasarkan kajian,Goh dan Teh (1993) menemui dan mencadangkan tujuh rumus struktur BahasaIsyarat Malaysia. Abdullah (dlm persiapan) pula menemui tujuh ciri dan polatersendiri yang memperlihatkan struktur BIM berbeza dengan struktur BM.1.3.4 Pendekatan Komunikasi Seluruh Kod Tangan Bahasa MalaysiaAmalan di negara kita, pengajaran dan pembelajaran BM kepada murid-murid pekakadalah melalui gabungan daripada dua pendekatan di atas. Pendekatan ini dikenalisebagai „Komunikasi Seluruh Kod Tangan Bahasa Melayu‟. Dalam „Komunikasiseluruh‟ guru akan menggunakan apa-apa sahaja untuk membolehkan murid-muridmemahami bahasa seperti mimik muka, lakonan, pertuturan dan sebagainya.(Abdullah, 2002b). Manakala „Kod Tangan Bahasa Melayu‟ merujuk kepadapenggunaan kod yang disampaikan melalui isyarat bagi mewakili setiap kosa kataBM (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1985). Hal ini bermakna guru menggunakanpelbagai media (isyarat, lisan, lakon) semasa pengajaran untuk disesuaikan dengankebolehan murid-murid yang berbagai-bagai darjah pendengaran. Bagi murid yangpekak sederhana mereka berpeluang mendengar bunyi bahasa dan yang pekakteruk dapat memahami melalui isyarat. Mereka juga mungkin lebih faham apabilaguru-guru menggunakan berbagai-bagai media semasa pengajaran.Guru-guru perlu menguasai setiap kod bagi mewakili kosa kata BM semasapengajaran mengikut topik dan subjek yang diajar. Di samping itu guru juga perlumemahami prinsip-prinsip penggunaan kod bagi mengambarkan proses morforlogiyang berlaku dalam BM. Umpamanya kod bagi kata dasar, kata majmuk, kata gandadan kata berimbuhan ada tatacaranya tersendiri (Kementerian Pendidikan Malaysia,1985). Selain, itu, kod-kod bagi setiap jenis imbuhan iaitu depan, apitan danbelakang mesti dikuasai guru dan murid supaya tidak menimbulkan kekeliruan.Rasionalnya penggunaan pendekatan ini ialah untuk memberi keadilan kepadamurid-murid pekak yang terdiri daripada pelbagai kategori kepekakan. Ada yangpekak sederhana, teruk dan yang tidak dapat mendengar langsung (sangat teruk).
  • 16. Melalui pendekatan ini murid-murid dapat memahami pengajaran berdasarkankeupayaan mereka. Agaknya yang pekak sedikit melalui lisan, yang pekaksederhana melalui campuran lisan dan isyarat, dan yang pekak teruk dan sangatteruk melalui isyarat. Istimewanya pendekatan ini murid-murid berpeluangmendengar pertuturan serta isyarat yang disampaikan oleh guru dengan serentak.Di samping itu, terdapat beberapa halangan dalam menggunakan pendekatan ini.Yang pertama berkaitan dengan penyelarasan kod dan kedua, berkaitan denganketidakcukupan kod bagi merujuk kata dalam bahasa Melayu (Abdullah, 2002b).Penyelarasan kod merujuk kepada penggunaan kod yang tidak selaras bagi merujuksetiap kata dalam bahasa Melayu. Terdapat lebih daripada satu kod digunakanmurid dan guru bagi merujuk kata yang sama dalam bahasa Melayu. Umpamanyabagi kata „ibu‟, terdapat beberapa isyarat yang digunakan oleh murid-murid pekak(Abdullah, 1994: 560). Impaknya adalah sangat besar apabila murid-murid inibertukar sekolah atau melanjutkan pelajaran ke sekolah di kawasan lain keranamereka akan berdepan dengan masalah tidak memahami isyarat yang digunakan disekolah baru (Goh & Teh, 1993). Hal ini berlaku kerana guru dan murid tidakberpegang kepada buku panduan KTBM yang dibekalkan kepada sekolah yang didalamnya dimuatkan bukan sahaja kod-kod tetapi prinsip-prinsip penggunaannya(Abdullah, 1993b).ketidakcukupan kod merujuk kepada situasi di mana kod tidak ada bagi merujuk katadalam bahasa Melayu terutamanya berkaitan dengan kata nama khas dan ilmu atauistilah-istilah tertentu (Abdullah, 2004). Jika dilihat kepada jumlah entri kata dalambahasa Melayu yang sekitar 32 ribu kata dasar (Kamus Dewan, 1983) kod yangdibukukan adalah dianggarkan sekitar 15% daripadanya. Walaupun murid-muridtidak perlu tahu semua kosa kata dalam kamus tetapi secara perbandingankekurangan kod ini amat menyukarkan guru dan murid pekak dalam memahamikurikulum persekolahan. Walau bagaimanpun, Kementerian Pendidikan melaluiJabatan Pendidikan Khas sentiasa berusaha untuk menangani masalah ini denganmembukukan kod-kod baru.Daripada perbincangan berkaitan dengan pendekatan pengajaran bahasa kepadamurid-murid pekak tersebut memperlihatkan bahawa terdapat beberapa pendekatanuntuk mengajar bahasa kepada murid-murid pekak. Boleh dikatakan kelemahan
  • 17. murid-murid pekak dalam akademik adalah berpunca daripada ketidakcekapanmurid-murid pekak menguasai bahasa Melayu (Goh & Teh, 1993). Peranan guruamat penting untuk menangani masalah ini dan penglibatan semua pihak juga perlubagi membantu murid-murid ini memaksimumkan kebolehan mereka. Walaubagaimanapun jika murid-murid pekak dapat bertutur dan menulis dengan baik, iniadalah hasil daripada persekolahan yang mereka lalui.1.4 Penguasaan BM di Kalangan Murid-murid PekakMurid-murid pekak di Malaysia melalui sistem yang sama seperti yang dikenakan keatas kanak-kanak pendengaran biasa. Hal ini bermakna mereka mengikuti kurikulumdan ko-kurikulum yang sama. Mereka juga menduduki peperiksaan awam yangsama. Begitu juga dengan kelayakan masuk ke mana-mana universiti tempatan,mereka terpaksa akur kepada syarat-syarat yang sedia ada seperti yang dikenakanke atas pelajar biasa.Pencapaian murid-murid pekak dalam pendidkan terutamanya dalam peperiksaanawam seperti yang di laporkan dari semasa ke semasa memperlihatkan bilanganmereka yang lulus adalah sedikit. ‟Penghalang‟ utama yang menyekat kejayaanmurid-murid pekak dalam peperiksaan awam ialah syarat mesti lulus dalam kertasBM. Terdapat juga murid-murid pekak lulus dengan baik dalam mata pelajaran laintetapi kegagalan dalam BM tidak membolehkan mereka ‟diiktiraf‟ sebagai berjayaatau mendapat sijil dalam peperiksaan SPM (Mohd Hashim Omar, 1985; Teng,1986; Abdullah, 1993b).Berdasarkan situasi di atas, adalah difikirkan bahawa perlu satu kajian dilakukan keatas murid-murid pekak tentang penguasaan BM mereka oleh pihak berwajib. Hal inipenting supaya dapat dikenal pasti apakah faktor yang menyukarkan merekamenguasai BM dan apakah pula faktor yang menyebabkan beberapa orang muridpekak berjaya dengan cemerlang dalam BM. Adakah faktor KTBM kurang berjayamenyampaikan BM atau kelemahan guru dalam menguasai KTBM atau faktorpengajaran dan pembelajaran (pedagogi) atau pekak yang menghalang murid-muridini berjaya dalam akademik?
  • 18. 1.4.1 Kesukaran Mempelajari BM bagi Kanak-kanak PekakBagi kanak-kanak pekak, mempelajari BM merupakan satu kerja atau tugasan yangamat sukar kerana BM adalah bahasa kedua bagi mereka (Goh & Teh, 1993).Kesukaran ini diketahui oleh ibubapa dan ahli keluarga yang mempunyai anak pekakdan guru-guru yang mengajar murid-murid pekak. Kebanyakan guru dan ibubapatidak memahami mengapa kesukaran itu berlaku. Oleh itu, mereka tidak dapatmengatur strategi berkesan bagi membantu murid-murid pekak secara maksimumuntuk mempelajari BM. BM adalah bahasa ilmu persekolahan dan tanpamenguasainya, teks yang dibaca sukar difahami dan tulisan tidak dapat dihasilkandengan betul. Harapan untuk mereka berjaya dalam akademik adalah tipis.Kesukaran ini ada kaitan dengan konsep „pemerolehan bahasa‟ dan „pembelajaranbahasa‟, ciri-ciri BM yang kompleks, kecelaruan tentang penggunaan KTBM,pendekatan pengajaran bahasa dan BIM seperti yang dibincang di atas. Terdapatpelbagai faktor lain yang menyumbang kepada kelemahan menguasai kurikulumtetapi faktor tidak menguasai BM seperti yang dibincangkan merupakan faktorpenyumbang yang besar (Mohd Hashim Omar, 1985; Teng, 1986; Goh & Teh,1993).1.4.2 Bukti BM Sukar Dipelajari Oleh Murid-murid Pekak(i) Bukti Ciri-ciri BMDari aspek linguistik, bahasa Melayu merupakan satu bentuk bahasa yangdikelaskan sebagai aglutinatif yang membawa maksud bahawa pembentukankatanya mengalami proses yang boleh mengubah makna (Nik Safiah, 1978). DalamBM terdapat beberapa cara kata terbentuk iaitu sama ada secara „kata akar‟,„berimbuhan‟, „bermajmuk‟, dan „berganda‟. Bagi murid-murid pekak, kata akar yanglazim digunakan tidak begitu sukar dikuasai. Hal ini mengelirukan kefahaman danpenggunaanya kerana sifat BM yang boleh mengubah makna dan kelas sesuatukata apabila mengalami proses tersebut.
  • 19. Contoh pertama dapat dilihat pada kata „ajar‟, terdapat beberapa makna lain apabilamengalami proses pengimbuhan seperti Rajah di bawah. PerubahanKata „ajar‟ dan Kata Kelas Kata Makna dalam BIImbuhan Berimbuhanmeng + ajar Mengajar Kata kerja to teach (intransitive)be(l) + ajar Belajar Kata kerja to studypeng + ajar Pengajar Kata nama a teacherpe(l) + ajar Pelajar Kata nama a studentmeng + ajar + kan Mengajarkan Kata kerja to teach (transitive)meng + ajar + i Mengajari Kata kerja to trainajar + an Ajaran Kata nama a teaching or philosophypeng + ajar + an Pengajaran Kata nama the teachingpe(l) + ajar + an Pelajaran Kata nama a lessonmempe(l) + ajar + i Mempelajari Kata kerja to learnterpe(l) + ajar Terpelajar Kata nama Educatedberpe(l) + ajar + an Berpelajaran Kata nama KnowledgeableRajah 1: Proses Pengimbuhan Kata „ajar‟ (Sumber: Disesuaikan daripada NikSafiah; 1978: 49)Setelah mengalami pengimbuhan, kata „ajar‟ (Kata kerja), makna asal kata „ajar‟berubah dan sesetengahnya mengalami perubahan kelas kata (Kata Kerja kepadaKata Nama) yang mana sangat sukar difahami oleh murid-murid pekak. Kebanyakankata dalam BM boleh mengalami proses pengimbuhan.Contoh kedua, kebanyakan kata akar BM dapat mengalami pengimbuhan,pemajmukan dan penggandaan yang mana semakin rumit untuk difahami olehmurid-murid pekak seperti Rajah di bawah.
  • 20. Kata Dasar Kata Berimbuhan Kata Majmuk Kata GandaBuku Berbuku Buku lali Buku-bukuBapa Kebapaan keibubapaan Bapa-bapaRumah Perumahan rumah pangsa Rumah-rumahKereta Berkereta Kereta kebal Kereta-kereta Rajah 2: Proses Pembentukan Kata dalam BMApabila kata dalam BM mengalami proses-proses di atas, makna kata berubah dankehadirannya dalam ayat juga berbeza. Hal ini bermakna murid-murid pekak bukansahaja bermasalah dalam memahami „konsep kata‟ tetapi juga sukar untukmemahami ayat dan juga penggunaanya dalam ayat seperti berikut: (i) Buku itu di atas meja. (ii) Buku-buku itu di atas meja. (iii) Buku tebu itu sangat keras. (iv) Hatinya terbuku apabila tidak dapat melepaskan kemarahannya. (v) Buku lalinya cederaContoh ketiga, ayat dalam BM mempunyai pelbagai bentuk. Ayat selapis adalah ayatyang mempunyai satu subjek dan satu prediket. Subjek adalah bahan yang diceritadan predikat menceritakan prihal subjek (Hukum D-M). Ayat ini tidak begitu sukaruntuk difahami oleh murid-murid pekak. Ayat majmuk pula adalah ayat yangmempunyai sama ada lebih satu subjek atau prediket. Pembentukan ayat-ayatmajmuk lebih sukar kerana membawa makna yang lebih kompleks yang managabungan daripada dua atau lebih ayat selapis. Ayat majmuk pula ada yangberbentuk gabungan (setara), pancangan (ayat anak dipancang masuk dalam ayat
  • 21. induk) dan campuran (campuran pelbagai ayat). Rajah 3 memperlihatkan jenis-jenisayat tersebut. Ayat selapis Ayat majmuk Ayat majmuk Ayat Majmuk gabungan pancangan Campuran1. Orang itu 1. Dia membaca 1. Dia membeli 1. Dia sedangsangat rajin. buku cerita. seluar. menonton television. 2. Kawan-2. Pegawai itu 2. Bapanya 2. Seluar itu kawannya yangmasih belum membaca buku berwarna biru sudah letih lesusampai. cerita. telah lama tidur.3. Sangat rajin 3. Dia dan 3. Dia membeli 3. Dia sedangorang itu. bapanya seluar berwarna menonton membaca buku biru. television tetapi cerita kawan-kawanya yang sudah letih4. Masih belum lesu telah lamasampai pegawai tiduritu (Nik Safiah etal, 1993:458) Rajah 3: Bentuk Ayat Dalam Bahasa MelayuContoh keempat, ayat-ayat BM juga ada pelbagai ragam. Ragam ayat BM ialah„penyata‟, „tanya‟, „perintah‟ dan „seruan‟. Yang membezakan antara satu-satu ragamayat adalah intonasinya. Ketidakmampuan murid-murid pekak mendengarmenyebabkan mereka sukar memahami ragam-ragam ayat BM. Setiap ragam ayatBM seperti di Rajah 4.
  • 22. Ayat Penyata Ayat Tanya Ayat Perintah Ayat Seruan Ambil buku itu Amboi, cantik dan letakkan di sungguh anak itu!Ini bapa saya. Itu bapa awak atas meja. kah? Rajah 4: Ragam Ayat Dalam Bahasa MelayuProses morforlogi dan pembinaan sintaksis BM sangat sukar dikuasai oleh murid-murid pekak. Sebagai contoh, hal ini dilaporkan dalam kajian dilkukan Goh dan Teh(1990, 1993), Abdullah (1993a, 1996) yang memperlihatkan pendekatan KTBMyang diamalkan sekarang ini tidak begitu berkesan untuk menyampaikan BM kepadamurid-murid pekak.(ii) Bukti LisanMurid-murid pekak bermasalah dari segi pendengaran yang membawa kepadakesukaran untuk memahami bahasa pertuturan. Mereka juga bermasalah dari segibertutur kerana tidak mampu menyebut perkataan dan ayat-ayat BM dengan jelas.Hal ini semuanya ada kaitan dengan ketidakmampuannya mendengar. Deriapendengaran adalah telinga dan kerosakan di bahagian-bahagian berlainan padatelinga membawa kesan berbeza terhadap pemerolehan, pembelajaran danpenguasaan bahasa.Kebanyakan murid-murid pekak apabila tamat persekolahan tidak mempunyaikemahiran dalam pertuturan atau lisan seperti yang dilaporkan Shukdev Sing (1982)dan Selena (1989). Mereka juga sukar untuk memahami bahasa lisan yangmembawa kesukaran untuk berinteraksi dalam bahasa lisan. Oleh itu setelah sekianlama berada di sekolah, mereka tidak mampu berinterkasi melalui bahasa lisan BMdengan orang yang boleh dengar.
  • 23. (iii) Bukti TulisanBahasa Melayu mempunyai tatabahasanya tersendiri yang membezakannyadaripada kebanyakan bahasa-bahasa dunia yang lain. Aspek-aspek seperti„fonologi‟, „morforlogi‟, „sintaksis‟ dan „semantik‟ terbina di atas asas yangdipersetujui oleh komuniti penggunanya, yang membentuk hukum (tatabahasa) BM.Pengguna yang menggunakan BM dan didapati menyeleweng daripada hukumnyadi anggap sebagai pengguna bahasa BM yang salah. Pada masa kini, penulisan BMmenggunakan aksara „Roman‟ yang mempunyai 26 simbol (a hingga z) dan strukturutama dalam BM ialah SVO (Subjek-Verb-Objek) ( Nik Safiah et al, 1993) sepertiayat-ayat berikut: a. Ali makan nasi (S) (V) (O) b. Dia menendang bola berwarna kuning. (S) (V) ( O )Terdapat empat pola dalam pembinaan ayat-ayat BM. Pola-pola itu seperti berikut: a. Frasa Nama + Frasa Nama (Abdullah + guru ) b. Frasa Nama + Frasa Adjektif (Anak Cikgu Abdullah + pandai bermain catur) c. Frasa Nama + Frasa Kerja)
  • 24. Maimunah anak Encik Ramli + memandu kereta KIA) d. Frasa Nama + Frasa Sendi) (Murid-murid pekak + di dalam dewan besar sekolah)Dari aspek penulisan, pada umumnya tatabahasa dan ejaan perkataan dalam BMadalah berasaskan kepada bahasa lisan iaitu ‟eja sepertimana disebut dan sebutsepertiman dieja‟. Hal ini dapat membantu murid-murid berpendengaran dari segimengeja dan membina ayat kerana mereka dapat mengeja berdasarkan bunyisesuatu kata dan menulis ayat berdasarkan bahasa lisan. Sebalikya murid-muridpekak tidak memiliki „keistemewaan‟ ini kerana ketidakmampuannya mendengar.Oleh itu, kebanyakan murid-murid pekak tidak berkemampuan untuk mengeja danmenulis berdasarkan ejaan dan tatabahasa BM dengan baik.Kajian yang dilakukan oleh beberapa pengkaji tempatan seperti (Abdullah, 1993,1996; Goh & Teh 1990, 1993; Izani 1995) memperlihatkan bahawa murid-muridpekak tidak memiliki kemahiran dalam penulisan walaupun berada di peringkatsekolah menengah. Berdasarkan kajian-kajian oleh pengkaji di atas, kelemahanmurid-murid pekak yang ketara dalam aspek tatabahasa dan semantik yang terdapatdalam tulisan mereka dapat dirumuskan seperti berikut: 1) Lemah dalam penggunaan kata tugas (function word) (seperti, tetapi, sambil dan, untuk) dengan betul. 2) Kelemahan dalam menggunakan kata berimbuhan. 3) Tidak dapat menyatakan idea dalam bentuk ayat yang gramatis. 4) Lemah dalam pembinaan ayat. 5) Kurang berupaya untuk menghasilkan karangan yang menyatakan sesuatu rentetan peristiwa dengan jelas.(Goh & Teh 1990, 1993; Abdullah, 1993, 1996; Izani 1995)