Your SlideShare is downloading. ×
0
Kssr
Kssr
Kssr
Kssr
Kssr
Kssr
Kssr
Kssr
Kssr
Kssr
Kssr
Kssr
Kssr
Kssr
Kssr
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×
Saving this for later? Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime – even offline.
Text the download link to your phone
Standard text messaging rates apply

Kssr

1,613

Published on

Published in: Education
0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total Views
1,613
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
131
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. Kurikulum StandardSekolah Rendah(KSSR)
  • 2. Transformasi Kurikulum• Transformasi Kurikulum Kebangsaan bertitik tolakdaripada keputusan Mesyuarat Susulan JemaahMenteri Bil.6/2008 yang dipengerusikan oleh Y.B.Menteri Pelajaran pada 23 Mei 2008. Satu usahapenambahbaikan dalam sistem pendidikan negaraterutamanya di peringkat sekolah rendah perludilaksanakan supaya kurikulum persekolahanmemenuhi keperluan dan cabaran semasa serta akandatang. Sehubungan itu, Kementerian PelajaranMalaysia (KPM) telah melaksanakan satu kajian danmendapati wujudnya keperluan untuk melakukantransformasi kurikulum sekolah rendah.
  • 3. • Transformasi kurikulum sekolah rendah merupakanpenyusunan semula dan penambahbaikan kurikulumpersekolahan rendah sedia ada. Tujuan transformasiadalah untuk memastikan murid dibekalkan denganpengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengankeperluan semasa bagi menghadapi cabaran abad ke-21. Fokus transformasi kurikulum persekolahan rendahadalah kepada kemahiran membaca, menulis danmengira (3M), sebaliknya mengambil kira kemahiranpenaakulan, kreativiti dan inovasi, Teknologi Maklumatdan Komunikasi (TMK) serta elemen keusahawanan.
  • 4. • Dalam proses transformasi kurikulumpersekolahan rendah, KPM telah melakukanpenandaarasan dengan kurikulum persekolahannegara maju bagi memastikan kurikulumpersekolahan kebangsaan yang dibangunkansetanding dengan pendidikan global. Di sampingitu, KPM turut mendapatkan input daripadapelbagai pihak berkepentingan sepertiPertubuhan Bukan Kerajaan, industri, akademikdan ibu bapa. Berdasarkan kepada input-inputtersebut maka konsep kurikulum persekolahanrendah berasaskan standard dibangunkan.
  • 5. Hasrat KSSR• Melahirkan insan yang seimbang, berfikiran kreatif, kritisdan inovatif melalui tunjang-tunjang komunikasi, sains danteknologi, perkembangan fizikal dan estetika, keterampilandiri, kemanusiaan dan kerohanian, sikap dan nilai• Kurikulum Standard Sekolah Rendah berteraskan FalsafahPendidikan Kebangsaan dan Dasar PendidikanKebangsaan.• KSSR mengambil kira cabaran abad ke-21, Model BaruEkonomi (MBE) dan teori pembelajaran terkini.• KSSR juga mengguna pakai empat tonggak pendidikanUNESCO, iaitu belajar untuk mengetahui (learning toknow), belajar untuk bertindak (learning to do), belajaruntuk hidup bersama (learning to live together) dan belajaruntuk membentuk peribadi (learning to be).
  • 6. Murid yang mengikuti KSSR akan mempunyai asas-asas berikut:
  • 7. Prinsip KSSR
  • 8. • Pendekatan BersepaduTumpuan utama diberikan kepada pendekatan bersepadu. Unsur-unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai digabungkan supaya wujudkesepaduan dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial.• Perkembangan Individu Secara MenyeluruhKSSR digubal untuk memastikan semua mata pelajaran berperananuntuk memenuhi keperluan intelek, rohani, emosi, jasmani dansosial. Setiap potensi murid dikembangkan secara bersepadu.• Pendidikan Saksama Untuk Semua MuridKSSR memberi peluang yang luas dan saksama kepada semua muriduntuk mendapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran yangmenyeluruh dan seimbang.• Pendidikan Seumur HidupKSSR menyediakan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukanoleh semua murid sebagai asas untuk menghadapi cabarankehidupan seharian dan pendidikan sepanjang hayat.
  • 9. Tunjang KSSR
  • 10. 1. Tunjang Komunikasi• Tunjang Komunikasi memberi penekanan kepada prosesmenggabung jalin kemahiran berbahasa dalam bentuk lisandan bukan lisan semasa berinteraksi. Tunjang ini memberifokus kepada kemahiran bahasa seperti mendengar danbertutur, membaca dan menulis, serta nilai tambah menaakul.• Murid perlu menguasai kemahiran ini bagi membantu merekadalam proses pemerolehan ilmu pengetahuan, kemahiran dannilai dalam tunjang-tunjang yang lain. Penguasaan kemahiranberbahasa menyediakan murid untuk membuat pemilihanbahasa yang bertepatan dan sistematik dalam interaksi sosial.• Disiplin ilmu dalam Tunjang Komunikasi ialah BahasaMalaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, BahasaArab, Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan, Bahasa Tamil SekolahKebangsaan, Bahasa Iban, Bahasa Kadazandusun dan BahasaSemai.
  • 11. 2. Tunjang Perkembangan Fizikal danEstetikaTunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika memberipenekanan kepada perkembangan jasmani dan kesihatanuntuk kesejahteraan diri dan pemupukan daya imaginasi,kreativiti, bakat dan apresiasi. Disiplin ilmu yangmembangunkan aspek fizikal ialah Pendidikan Jasmani danPendidikan Kesihatan. Kreativiti, bakat dan apresiasi dipupukmelalui Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Muzik.3. Tunjang KemanusiaanTunjang Kemanusiaan memberi penekanan kepadapenguasaan ilmu dan amalan tentang kemasyarakatan danalam sekitar setempat, negara dan global, serta penghayatansemangat patriotisme dan perpaduan. Disiplin ilmu yangterdapat dalam Tunjang Kemanusiaan ialah Sejarah yangdiperkenalkan mulai Tahap II persekolahan.
  • 12. 4. Tunjang Keterampilan DiriTunjang Keterampilan diri memberi penekanankepada pemupukan kepimpinan dan sahsiah dirimelalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum. Muriddiberi peluang menyepadukan pengetahuan,kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjahdan mengamalkannya dalam kegiatankokurikulum. Penglibatan dalam kegiatankokurikulum seperti persatuan, badan beruniformdan sukan memberi peluang kepada muridmeningkatkan potensi diri sebagai pemimpinkepada diri, rakan sebaya, keluarga danmasyarakat.
  • 13. 5. Tunjang Sains dan TeknologiTunjang Sains dan Teknologi memberi penekanan kepadapenguasaan:i. Pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifikii. Pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam matematikiii. Pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologiiv. Disiplin ilmu yang terdapat dalam Tunjang Literasi Sainsdan Teknologi ialah Sains, Matematik, Reka Bentuk danTeknologi (RBT) serta Teknologi Maklumat danKomunikasi (TMK).6. Tunjang Kerohanian, Sikap Dan NilaiTunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai memberi penekanankepada bidang pembelajaran yang berfokus kepadapenghayatan amalan agama, kepercayaan, sikap dan nilai.Disiplin ilmu dalam tunjang ini merangkumi PendidikanIslam bagi murid Islam dan Pendidikan Moral bagi muridbukan Islam.
  • 14. Fokus KSSR
  • 15. Elemen Merentas Kurikulum (EMK)Guru hendaklah memastikan kesemua elemen merentas kurikulum diterapkan secara efektifdalam proses pengajaran dan pembelajaran demi melahirkan insan yang dihasratkan olehFalsafah Pendidikan Kebangsaan. Hubungan elemen merentas kurikulum yang sedia ada danbaharu dalam pembangunan insan yang seimbang digambarkan melalui rajah di bawah.

×