Uploaded on

 

  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
  • TERBAIK
    Are you sure you want to
    Your message goes here
  • terima kasih banyak2..sharing is carring.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
  • terima kasih atas maklumat ini, semoga bahagia selamanya
    Are you sure you want to
    Your message goes here
No Downloads

Views

Total Views
14,842
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0

Actions

Shares
Downloads
762
Comments
3
Likes
5

Embeds 0

No embeds

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
    No notes for slide

Transcript

  • 1. 1.0 KEPENTINGAN PENDIDIKAN SENI VISUAL Kanak-kanak secara semula jadi menyukai seni. Malangnya, apabila sekolahmengurangkan belanjawan, seni biasanya adalah mata pelajaran yang pertama untukdirombak. Ia seolah-olah bahawa sekolah-sekolah tidak menghargai kepentingan seni dalammembina otak kanak-kanak. Secara fizikalnya, otak manusia terdiri daripada 2 bahagian, hemisfera kiri dan kanan.Otak kiri digunakan dalam proses pemikiran logik dan analisis iaitu apa yang dilatih dalamkerja-kerja sekolah yang terdiri daripada matematik, membaca dan sains. Otak kanandigunakan dalam persepsi, intuisi emosi, dan kreativiti. Ia adalah otak kanan yang digunakanterutamanya apabila seseorang itu terlibat dalam usaha kreatif seperti menghasilkan karyaatau bahan seni. Namun, telah menjadi pemikiran tipikal sesetengah sekolah untukmengabaikan pendidikan seni visual. Ia menunjukkan bahawa apabila anak-anak berbakat menyelesaikan masalah, terdapatpeningkatan aktiviti elektrik di kedua-dua hemisfera. Dengan merangsang dan menjalankanhemisfera kanan otak, seni mengukuhkan hubungan di antara hemisfera. Kanak-kanak perludidedahkan kepada seni kemahiran kognitif supaya mereka matang serta otak kanan merekaakan dibangunkan dan kedua-dua hemisfera bekerja seiring, sekali gus mencapai sepenuhnyapotensi minda. Pendidikan seni visual merupakan suatu program pendidikan yang bersistem danmempunyai matlamat serta hala tuju yang jelas. Terdapat banyak pendapat dan pandanganyang diutarakan mengenainya oleh para pemikir seni. Setiap tokoh-tokoh tersebutmengutarakan pandangan mengikut pendekatan masing-masing. Pendidikan Seni Visual bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk minat,memperkembang keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilaikesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain. Murid di sekolahrendah pada keseluruhannya adalah kreatif, ekspresif dan aktif. Pendidikan Seni Visualmemainkan peranan memperkembang sifat ini melalui persepsi visual, imaginasi dan dayapemikiran. Kegiatan pemikiran, penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual 1
  • 2. akan membolehkan mereka menyatakan idea dan ekspresi diri. Pengalaman ini pentingkerana ia membantu murid membina keyakinan diri, membuat penilaian dan mengenali citarasanya sendiri. Pendidikan Seni Visual sekolah rendah menyarankan strategi pembelajaran yangbersepadu dalam mata pelajaran ini dan antara mata pelajaran lain. Pengajaran danpembelajaran akan lebih berkesan dengan aktiviti kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif(KBKK). Murid digalakkan menyimpan rekod pengalaman pembelajaran dan hasil kerjasendiri. Amalan ini akan melatih murid membuat analisis, sintesis dan refleksi terhadappembelajarannya untuk faedah sendiri. Pendidikan seni visual sekolah rendah Setiap muridmempunyai pelbagai kecerdasan seperti ruang visual, kinestetik, interpersonel danintrapersonel. Sifat ini amat penting untuk membantu murid berkarya, berkomunikasi danmengukuh koordinasi pancaindera secara seimbang. Proses ini menjadikan pembelajaranlebih berkesan dan bermakna. Pendidikan seni visual mampu melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif danproduktif menerusi pemupukan asas seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membantumurid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alampersekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arahpembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat FalsafahPendidikan Kebangsaan. Pengalaman seni ini adalah untuk memperkembang dan menyelaraskan persepsidan konsepsi visual murid sebagai asas bagi menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif.Pengalaman ini juga selaras dengan perkembangan peringkat kesediaan dan penerimaanmurid dari segi sosioemosi, psikomotor dan mental yang merangkumi perasaan, koordinasi,manipulasi dan persepsi visual. Dengan mempelajari Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah, murid akan dapatmenguasai beberapa pengetahuan dan kemahiran. Antara pengetahuan yang dapat dimilikimurid ialah pengetahuan mengenai bahan, alat dan teknik yang digunakan dalam sebarangkegiatan seni. Murid juga akan mendapat pengetahuan mengenai sumber motif dalampersekitaran, kraf tradisional, unsur seni dan prinsip rekaan dalam pendidikan seni visual, 2
  • 3. proses pembuatan hasil seni, menyimpan maklumat atau dokumentasi, mengintegrasikanmaklumat dan aplikasi komputer dalam kerja seni visual. Sementara kemahiran yang akandiperolehi murid pula ialah kemahiran memanipulasi bahan, alat dan teknik, mengaplikasidisiplin seni visual, berfikir secara kritis dan kreatif, berkomunikasi secara berkesan,membuat pilihan, membuat interpretasi, menggunakan teknologi bahan dan perkakasan.Organisasi kurikulum merangkumi empat aspek utama yang dipentingkan iaitu: a. pemerhatian secara aktif b. interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan c. apresiasi seni visual secara mudah d. menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan Pemerhatian secara aktif yang merangkumi kesedaran pemerhatian keseluruhan,berfokus dan terperinci dapat menajamkan persepsi murid. Selain memperkembangkanderia penglihatan ia juga melibatkan pancaindera lain melalui kajian perbandingan. Kajianseperti ini membantu perkembangan emosi dan imaginasi. Pemahaman tentang asas senivisual juga turut diperkembangkan melalui kegiatan pemerhatian ini. Murid akan dilatihmembuat pemerhatian terhadap objek alam dan objek buatan manusia. Ini adalah untukmembolehkan murid merasai secara konkrit bagi mendapatkan imej mental. Kegiatan-kegiatan ini akan membantu terus menyelaraskan idea, imaginasi dan alam fantasinya kearah perkembangan kreatif dan pemikiran abstrak. Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan. Peringkat ini menggalakkanmurid membuat penerokaan dan percubaan dalam mempelbagaikan kegiatan kreatif denganmenggunakan alat dan bahan. Proses ini akan memperkembangkan aspek psikomotor dankemahiran asas seni visual berhubung dengan manipulasi alat dan bahan serta teknik-teknikmudah. Semasa berinteraksi dengan alat dan bahan, murid membuat interpretasi danmenyelaras konsepsi visualnya dengan objek yang dilihat. Proses pembelajaran ini amatpenting kerana ia memberi peluang kepada murid belajar secara tidak langsung. Murid jugadapat mengenali perubahan yang mereka boleh lakukan dalam penghasilan seni di masaakan datang. 3
  • 4. Apresiasi seni visual secara mudah. Apresiasi seni visual memberi pengalamankepada murid mengenali aspek pengetahuan seni visual dan kegunaannya dalam pelbagaikegiatan kehidupan dari segi keindahan dan fungsi. Murid terlibat dalam kajianperbandingan dan menyatakan apa yang dilihat dari aspek seni melalui hasil kerja.Pernyataan tentang hasil kerja pula boleh dibuat dalam pendidikan seni visual sekolahrendah. Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan. Selain diberi pengalamanmembuat apresiasi seni visual secara mudah, murid juga dipupuk nilai menyayangi danmenghargai segala aspek yang wujud dalam persekitaran dan kehidupan mereka. Initermasuklah memelihara dan memulihara alam sekitar, nilai patriotisme, nilai kebersihan dankepekaan. Dengan ini murid akan dapat membuat pertimbangan yang sewajarnya bilaberdepan dengan semua keadaan. Selain itu, kepentingan Pendidikan Seni Visual juga boleh boleh dibahagikan kepada limaaspek, iaitu, aspek kognitif, fizikal, kreativiti, persepsi, serta sosial dan emosi. Dari segiaspek kognitif, penganjuran aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang dapatmelahirkan kanak-kanak yang mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta mampumembuat penilaian dan bijak membuat keputusan. Dari segi aspek fizikal, penggunaan alat dan bahan memberikan satu bentuk latihanberkesan kepada otot tangan (psychomotor) dan koordinasi tangan serta mata. Jika dilihat daripada aspek kreativiti, latihan dan projek yang bersifat terbuka dapatmembantu murid untuk mengembangkan aspek kreativiti mereka. Aktiviti dan projekdi dalam pendidikan seni visual mengutamakan proses, berbanding dengan hasilan akhir. Manakala, dari segi aspek persepsi, murid boleh mempertingkatkan dan menajamkanpenggunaan pancaindera dan deria melalui proses penghasilan dan hasilan seni, produkdan objek yang terdapat di sekeliling mereka. 4
  • 5. Dari segi aspek sosial dan emosi, murid boleh berinteraksi dan meningkatkan keupayaanbersosial selain meningkatkan keyakinan diri. Mata pelajaran pendidikan seni jugamenganjurkan semangat bekerjasama di dalam aktiviti berkumpulan yang dibentuk. Tambahan pula, seni lukis merupakan bentuk komunikasi awal kanak-kanak sebelummereka berupaya untuk bertutur. Ianya dijadikan alat perhubungan yang berkesan untukberinteraksi. Melukis juga merupakan aktiviti yang mampu memberikan kepuasan kepadakanak-kanak. Melalui lukisan, kanak-kanak dapat meluahkan perasaan dan emosi selaindapat membina kekuatan otot. Aktiviti sebegini juga dapat membantu menajamkan dayaintuisi kanak-kanak. Pendidikan seni visual dapat memberikan kepuasan kepada kanak-kanak dalam meluahkanapa yang dilihat lalu dipindahkan semula dalam bentuk dan rupa imej yang unik mengikuttahap pemahaman mereka. Melalui aktiviti melukis, kanak-kanak dapat meningkatkan dayasensitiviti pancaindera. Pancaindera yang ada pada manusia seperti rasa, sentuhan, bau, penglihatan,pendengaran adalah fitrah yang Tuhan berikan kepada manusia. Pancainderan ini perludisuburkan melalui sentuhan yang murni. Pengalaman seni memerlukan kepekaanterhadap pengamatan semasa penciptaan sesebuah karya seni, sebagai contoh semasamelukis, pelajar perlu memberi perhatian dan pengamatan kepada objek yang difokuskan,maka berlakulah pengamatan secara teliti. Moholy Nagey menyatakan, satu cara untuk ilistrasi emosi adalah dengan menggunakanseni untuk merangsang dan menyatakan emosi itu. Sebenarnya melalui aktiviti-aktiviti senikesan emosi terhadap diri pelajar ialah mereka akan merasakan kepuasan, lega, lapangperasaan, stabil emosi, dan ketengaan dari tekanan perasaan. Ini terbukti dengan membuataktiviti melukis, kraf atau apa-apa kegiatan seni akan menimbulkan kesan kelegaan denganmeluahkan perasaan dalam hasil karya yang dibuat itu. Pengajaran yang dilaksanakan dengan menggabungjalinkan pelbagai unsur seni danberbeza dari kaedah pengajaran tradisional yang hanya menggunakan kapur dan papan tulissebagai media dalam penyampaian maklumat dapat menjadikan murid berasa lebih seronok. 5
  • 6. Selain itu, murid akan berasa lebih selesa dan lebih mudah untuk memahami sesuatu tajukyang diajar. Secara semula jadi, kebanyakan aktiviti seni tidak dapat mengelakkan murid-murid daripadaterlibat dalam kegiatan yang melibatkan kerjasama. Aktiviti berkelompok menuntut setiapindividu bergerak dan berinteraksi secara bekerjasama untuk mencapai kejayaan bersama. Pendidikan seni visual juga mampu memenuhi keperluan sosial yang asas. Murid-muridmahukan dirinya diterima sebagai anggota sebuah kelompok dan pada masa yang samamemerlukan kasih sayang. Dalam kegiatan seni, keperluan untuk belaian sekurang-kurangnyadipenuhi melalui pujian dan galakan yang diberi sebaik sahaja menghasilkan karya seni.Maka, terbentuklah satu situasi ideal yang dapat memenuhi kedua-dua matlamat sosial iaitukemilikan dan keinginan diterima sebagai anggota kumpulan. Kanak-kanak juga akanmerasakan bahawa guru dan rakan-rakan prihatin terhadap dirinya dan menghargai bakatyang dimiliki. Mata pelajaran ini juga amat penting untuk luahan perasaan dan aras keyakinan yang tinggi.Kanak-kanak yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi dapat melakukan aktiviti tanpa rasasegan atau bimbang mengenai pandangan orang lain terhadap dirinya. Guru juga bolehmendapat tahu perasaan sebenar murid melalui tingkah laku yang dipamerkan. Hal ini kerana,perasaan merupakan reaksi badan terhadap rangsangan yang diterima sama ada ia bersediaatau tidak. Di samping itu, perasaan juga mungkin dapat memberikan sumber manfaat dankerugian kepada seseorang. Menurut Laura Chapman, 1978, sifat semula jadi bagi seseorang kanak-kanak ialahmemerlukan perhatian, belaian, sentuhan dan sebagainya. Tanpa kita sedari perkembanganseni tampak minda kanak-kanak berlaku dengan begitu pesat sekali. Sebelum meningkatremaja, kanak-kanak mengalami tiga tahap perkembangan seni tampak. Peringkat manipulatifsekitar umur 2 hingga 5 tahun. Peringkat melakar simbol-simbol berumur 5 hingga 9 tahun danperingkat pra-remaja iaitu sekitar umur 10 tahun hingga 13 tahun. Berdasarkan kajian olehahli-ahli psikologi barat, perkembangan seni ini berlaku pada setiap kanak-kanak. Perbezaanmungkin timbul ialah berdasarkan factor persekitaran, bimbingan berterusan daripada 6
  • 7. keluarga atau latar belakang pendidikan. Melalui proses membentuk kreativiti dari diri kanak-kanak itu akan terbina dengan baik. Apabila mencapai umur remaja sekitar 10 hingga 15 tahun, tahap penguasaan ilmu yangberkaitan dengan seni mungkin telah bertambah. Seseorang pelajar itu sudah mulaimenunjukkan kecenderungan untuk mencipta sesuatu bentuk dengan lebih baik. Padaperingkat ini, sekiranya pelajar diberi kesempatan dan bimbingan yang betul mengenai seni,maka tahap kematangan kreativitinya akan berkembang. Menurut Lowenfeld dan Lambert(1965) pada peringkat ini merupakan peringkat yang paling konflik dan genting. Pelajar akanmengalami tekanan untuk memilih bidang seni sebagai satu bidang utama dalam prosesmembesar mereka. Persaingan dalam kalangan pelajar berlaku peringkat ini. Pelajar yang lemah akan mengalami masalah yang dinyatakan tadi. Sekiranya dibimbingdan diberi penerangan yang betul, kemungkinan minatnya terhadap seni akan terkabur.Berbanding dengan pelajar yang diberi bimbingan atau nasihat yang positif. Mereka akanmenjadi lebih berdisiplin, cekal dan berminat dengan subjek seni itu. Seterusnya, subjek ini dapat melahirkan tenaga professional dalam pelbagai bidang.Sebagai sebuah negara yang sedang membangun, kita amat memerlukan ramai tenagaprofessional. Jurutera, arkitek, doktor, saintis dan penguam merupakan bidang kerjaya yangamat diperlukan oleh negara. Akibat kekurangan itu, kita terpaksa mengimport dari luarnegara. Dalam bidang kerjaya, seni boleh memainkan peranan besar untuk membentukgenerasi hari ini bagi memilih kerjaya yang sesuai dengan minat mereka. Selain untukkeperluan negara, pelajar yang memilih bidang ini boleh merancang untuk membentuk satuprofesion baru. Menjadi seniman sepenuh masa contohnya. Walaupun negara kita masih barudalam bidang ini, namun telah terdapat ramai artis yang mampu hidup mewah denganmenjadikan seni sebagai satu profesion sepenuh masa. Seni visual memupuk dan mendidik sifat kecintaan pada seni dan estetika. negara perlumemikirkan satu kaedah yang berkesan bagaimana seni ini perlu dijadikan teras kepadapembentukan masyarakat. Seni boleh dijadikan satu formula membentuk masyarakat yangcinta kepada nilai-nilai keindahan. Pada hari ini melalui sebuah agensi kerajaan, kita melihatbeberapa agenda penting disambut setiap tahun. Pelbagai aktiviti dan perayaan dianjurkan 7
  • 8. oleh kerajaan dengan pelbagai bentuk kebudayaan. Antaranya program Tahun MelawatMalaysia anjuran Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan. Selain daripada itu,ada pelbagai program lain yang dianjurkan bertujuan untuk menarik para pelancong. Programseperti ini wajar diadakan dan dipergiat lagi. Namun apa yang penting di sini ialah penglibatanmasyarakat masih lagi tidak menyeluruh. Terutama sekali ialah kesan penghayatanmasyarakat terhadap aktiviti yang dijalankan itu. Pendidikan seni visual juga memupuk perasaan sayang pada seni dan warisan dalammasyarakat. Masyarakat kita memang kaya dengan khazanah warisan budaya. Sebut sahajakeperluan harian yang digunakan di rumah kita. Pinggan mangkuk, peralatan memasak, ukirankayu, seni batik dan tenunan atau tekstil, hamparan tikar mengkuang atau pandan, anyamankelarai, seni binaan rumah kayu atau kampung dan seterus seni budaya sopan santun danadat istiadat. Seni warisan ini sebenarnya semakin terpinggir dan hampir dilupakan. Tidak banyak lagigenerasi hari ini yang mengamalkan menghulurkan tepak sirih apabila menyambutkedatangan tetamu. Kehidupan moden yang dialami hari ini telah melupuskan semua warisanitu. Seni itu wajar dipertahankan daripada hilang terus atau mengalami kepupusan. Terdapatbanyak contoh yang boleh dijadikan rujukan. Seni kraftangan umpamanya seperti senianyaman mengkuang dan seni anyaman kelerai. Seni tekat, tembikar dan banyak lagi contohyang bileh diketengahkan. Boleh dikatakan kepentingan barangan kraf ini tidak lagi menjadipilihan masyarakat kini. Seni visual mampu melahirkan masyarakat yang memiliki jati diri. Budaya menunjukkanbangsa. Kata-kata ini jelas kepada kita bahawa sesebuah masyarakat itu mesti meletakkankepentingan budaya pada satu kedudukan yang tinggi dalam masyarakatnya. Mengekalkankebudayaan mereka supaya ia dikenali dan dihormati bukanlah satu tugas yang mudah. Kitaboleh mengesan sesuatu bangsa melalui perkembangan budayanya. Ada yang berpendapat,mengenali sesuatu bangsa itu lebih mudah dari mengenali budayanya. Masyarakat yang memiliki jati diri yang kuat akan berusaha untuk mengekalkan seni,budaya dan warisannya. Kita mestilah meletakkan tanggungjawab di bahu masyarakat akankepentingan nilai seni dan estetika. Kefahaman dan tanggungjawab ini perlu dipupuk di 8
  • 9. peringkat awal lagi. Sekolah dan institusi pengajian tinggi merupakan tempat yang palingwajar. Peranan murid, guru atau pendidik, pensyarah, dan pihak kementerian pendidikan amatpenting untuk merealisasikan perkara ini. Justeru, selain apa yang disebutkan tadi, semuamasyarakat juga boleh memainkan peranan menjadi ahli atau individu yang ada kepentinganuntuk menjadi warga yang dapat memberikan sumbangan ke arah cita-cita yang murni ini. Selain daripada semua ini, kepentingan seni visual juga dapat dibahagikan kepada dua iaitudari segi psikologi dan sosiologi. Peranan psikologi dilihat dari segi perkembangan danpembentukan diri individu berdasarkan kepada perkembangan sensitiviti, emosi, kreativiti, danekspresi yang berlaku dalam diri individu melalui aktiviti seni visual. Emosi bermaksud keupayaan melahirkan idea, rasa hati,membuat pertimbangan danpernyataan diri. . Pembelajaran seni visual, aktiviti dan apresiasinya dapat membangkitkanperasaan dan memantapkan sensibiliti, mencorak perlakuan perasaan yang semulajadi sepertirasa cinta, prihatin atau rasa takut. Sensitiviti pula bermakna kepekaan dan kebolehanmembuat pertimbangan dan persepsi dari segi sosial serta estetik. Oleh itu, kita dapatmewujudkan kebolehan untuk merasa dan menghayati. Individu ini berupaya mengubah dan mentafsir semula sesuatu benda yang ada kepadapenghasilan yang lebih menarik dikatakan kreatif. Individu ini sensitif kepada masalah disekelilingnya, yang kemudiannya bertindak mencari jalan keluar dalam bentuk penghasilan.Penghasilannya yang dilakukannya adalah melalui daya kreatifnya berdasarkan keupayaandan kehendaknya untuk mengubah sesuatu keadaan supaya lebih sempurna. Individu ini jugaberupaya bertindak berdasarkan kebolehannya menyesuaikan sesuatu keadaan kepadasesuatu keadaan yang lebih baik. Pembelajaran seni visual, aktiviti dan apresiasinya dapatmemantapkan keupayaan membuat dan merekacipta, menjadikan individu lebih imaginatifdalam pengkaryaan dan perekaan. Ekspresi ialah tindakbalas emosi hasil daripada interaksi atau komunikasi denganpersekitaran, orang lain,masyarakat, peristiwa dan benda. Pendidikan seni visual dapatmemantapkan pengucapan, curahan idea, gambaran pemikiran dan perasaan, menggambar,memberi makna menerusi perkataan, pergerakan, arahan dan simbol. Selain itu ia dapatmemberikan kepada individu berkomunikasi idea, perasaan dan emosi. 9
  • 10. Dari segi sosiologi pula seni visual berperanan membentuk dan mengembang budayasetempat dan sejagat. Hal ini dapat dibahagikan kepada lapan iaitu nasionalisme,persekitaraan, propaganda, ritual, spiritual, pengeluaran, pemujukan serta perniagaan danperdagangan. Pendidikan seni visual dapat membangkitkan semangat kebangsaan dan sayangkannegara. Sebagai contoh kita boleh lihat banyak hasil karya yang memaparkan unsurnasionalisme seperti Tugu Negara (arca) dan juga potret-potret pemimpin negara. Selain itu, iajuga dapat mengukuhkan kepekaan dan sesitiviti terhadap kepentingan sekeliling yangmemberi kesan kepada kehidupan. Antara contohnya Rumah rakit – Kuala Lipis karya PeterHarris dan Waktu Pagi Di Kampung, karya Lai Foog Mooi, reka bentuk lanskap dan hiasandalaman. Tambahan pula, pendidikan seni visual juga merupakan saluran untuk menyampaikan danmenyebar idea, hasrat atau kepercayaan, pengaruh dan kuasa. Contohnya Poskad kepadaDunia, karya Awang Damit Ahmad. Poskad kepada dunia (199). Seni visual menyumbangdalam amalan ritual atau upacara sesuatu budaya dan adat resam dalam aktiviti kehidupanmasyarakat. Kebanyakan hasil karya adalah berbentuk 3D atau arca. Contohnya Patung JahHut dan Mah Meri, yang menjadi patung penyembahan orang-orang asli di Pahang danSelangor. Dari segi spiritual pula, hasil karya yang dihasilkan adalah untuk kepuasan pelukis daricetusan dalaman diri pelukis itu sendiri. Contohnya, Semangat Bumi, Air, dan Udara, karyaPatrick Ng Kah Onn. Hasil seni visual adalah berasaskan kepada faktor cita rasa, gaya, fungsidan kegunaan. Oleh hal yang demikian, kebanyakan hasil karya berunsur pengeluaran adalahbertujuan dikomersialkan. Contohnya penghasilan batik dan songket. Dari segi pemujukanpula, hasil seni visual berkeupayaan membentuk empati dan tarikan. Contoh-contohnya yangjelas ialah papan billboard dan poster. Pembelajaran seni visual dapat menghasilkan baranganyang sangat berpotensi untuk perniagaan dan perdagangan. Antara contoh yang jelas ialahbidang pembungkusan. 10
  • 11. REFLEKSI Pertama sekali syukur kepada Tuhan kerana akhirnya dapat juga saya menyiapkankerja kursus ini. Semasa menjalankan tugasan ini, banyak pengalaman yang telah sayahadapi untuk menyiapkan tugasan dengan baik. Sepanjang tempoh menyiapkan tugasan ini, saya telah bertungkus lumus mencarimaklumat berkenaan tajuk yang telah diberi. Saya telah mencari bahan berkaitan tajuk inimelalui internet dan juga buku. Tugasan ini mengkehendaki kami untuk mencari danmenghuraikan kepentingan pendidikan seni visual kepada kanak-kanak. Memandangkan tajuk yang diberi adalah senang untuk dicari maklumat, inimemudahkan kerja saya untuk menyelesaikannya dengan lebih cepat. Namun begitu, sayatetap bertanya tentang tugasan ini kepada rakan-rakan serta pensyarah saya iaitu,En.Mananbin Sarbani. Melalui tugasan ini, saya telah mengetahui dengan lanjut tentang kepentinganpendidikan seni visual kepada kanak-kanak. Seni visual dapat memberi peluang kepada muridmemupuk minat, memperkembang keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadapnilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain. Ia juga mampu melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusipemupukan asas seni visual. Selain itu, ia juga berperanan membentuk masyarakat yang cintakepada nilai-nilai keindahan kerana seni itu dianggap cantik, murni dan berestetika. Secara umum, seni berkaitan dengan hal-hal mengenai keindahan atau estetika yangmerangkumi aspek-aspek jasmani dan kerohanian individu mahupun masyarakat. Seniditakrifkan sebagai suatu ciptaan ataupun ekspresi akan sesuatu yang dianggap indah,terutamanya dalam bentuk visual. Seni dapat memenuhi keperluan-keperluan naluri estetikdan fizikal manusia yang dipengaruhi oleh faktor-faktor keagamaan, kebudayaan, ruang, masadan keadaan yang tertentu. Seni memenuhi keperluan-keperluan naluri estetik dan fizikalmanusia yang dipengaruhi oleh faktor-faktor keagamaan, kebudayaan, ruang, masa dankeadaan yang tertentu. 11
  • 12. Bibliographyaidalie. (2011, jun 27). purnama merindu. Retrieved februari 26, 2012, fromhttp://aidaliepurnamamerindu-aidalie.blogspot.com/2011/06/kepentingan-pendidikan-seni.html.ghazali, h. m. (2005). siri teks referens pendidikan seni visual . selangor: pearson longman .hassan.ghazali2. (2009, julai 24). scribd:kepentingan pendidikan seni visual. Retrieved februari26, 2012, from http://www.scribd.com/doc/17640899/Kepentingan-Pendidikan-Seni-Visual.miao. (2010, mei 25). slideshare:peranan seni dalam pendidikan. Retrieved februari 26, 2012,from http://www.slideshare.net/miao12345/peranan-seni-dalam-pendidikan.multiply. (2008, august 29). Retrieved februari 26, 2012, fromhttp://babasani.multiply.com/journal/item/95/KEPENTINGAN_SENI_VISUAL_DALAM_PENDIDIKAN_KANAK-KANAK?&show_interstitial=1&u=%2Fjournal%2Fitem.sulaiman, a. (2009, mac 24). kepentingan pendidikan seni. Retrieved februari 26, 2012, fromhttp://smktphpsv.wordpress.com/2009/03/24/pendidikan-seni-visual-di-sekolah/.ya, c. (n.d.). chikya87 blogspot. Retrieved februari 26, 2012, fromhttp://chikya87.blogspot.com/2010/04/kepentingan-kreativiti-dalam-pendidikan.html.zulkifli. (2007, june 9). nota seni visual. Retrieved februari 27, 2012, fromhttp://notasenivisual.blogspot.com/. 12