SlideShare a Scribd company logo
1 of 7
Download to read offline
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
        “SERUAN AL- BARZAKH”
               (16 MAC 2012 / 23RABIULAKHIR 1433H)

Muslimin yang di Rahmati Allah,
Di kesempatan berada pada hari Jumaat dan di atas masjid yang mulia ini, saya
berpesan kepada diri saya dan kepada sidang Jumaat sekalian marilah sama-sama
kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh
melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-
mudahan kita memperolehi keberkatan dan keredhaan serta perlindungan Allah SWT
di dunia dan di akhirat. Mimbar pada hari ini akan menyampaikan khutbah bertajuk:
“SERUAN AL-BARZAKH”.
Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Sebagai seorang Islam yang berpegang kepada al-Quran dan hadith, kita
mempercayai bahawa kehidupan, kematian dan kehidupan selepas mati adalah
peringkat kewujudan yang wajib dilalui oleh semua manusia. Dalam peringkat
kehidupan kita di dunia, jarang umur manusia melebihi 100 tahun tetapi puratanya
mencapai umur antara 60 hingga 80 tahun . Umur pendek atau panjang tidak menjadi
persoalan kerana akhirnya manusia pasti mati. Bagaimana sihat seseorang,
bagaimana megah kuasa dan kayanya, namun manusia pasti mati dan meninggalkan
dunia fana ini. Malah para Nabi, Rasul iaitu manusia yang paling dekat dengan

                                        1
tuhan, bahkan manusia yang menjadi kekasih Allah SWT pun tidak dapat lari dari
kematian, menghadapi alam barzakh dan hari penghakiman di padang Mahsyar.
Firman Allah SWT dalam surah an-Nisaa’ ayat 78:

Yang bermaksud: “ Di mana sahaja kamu berada, pasti mati mendatangi kamu,
sekalipun kamu bersembunyi di atas mahligai atau benteng yang paling kuat”.
       Setiap manusia pasti mati kerana mati bermakna manusia kembali kepada asal
kejadiannya. Ia berasal dari tanah, maka pastilah ia akan kembali menjadi tanah agar
menjadi peringatan kepada manusia. Persoalan mati adalah suatu kejadian yang
paling hebat, suatu kejadian yang tidak dapat dielakkan. Bila seseorang manusia itu
mati, ia dikatakan kiamat kecil berlaku pada diri manusia kerana jasadnya menjadi
hancur lebur kembali menjadi tanah dan roh telah keluar dari badan manusia. Rohlah
yang menyebabkan kita hidup, boleh mendengar, melihat, berakal, merasai dan
berfikir.
Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Menurut kamus Mukhtar al-Shahhah (‫ )مختار الصحاح‬oleh Abu Bakr al-Razi, Barzakh
bermaksud dinding pembatas antara dua benda. Berdasarkan iktikad al-Sunnah wa
al-Jama'ah, setiap manusia akan berada di dalam satu alam yang dinamakan alam
Barzakh. Ia terletak di antara alam dunia dan alam akhirat sebelum dihimpunkan di
padang Mahsyar daripada waktu mati sehingga dibangkitkan. Alam Barzakh juga
tempat permulaan manusia di hukum segala amalannya di dunia. Sebagaimana
kesukaran manusia menghadapi keperitan saat nazak kematian, maka jenazah juga
sekali lagi menghadapi kesukaran siksaan kubur di alam barzakh. Sebaik sahaja ahli
keluarga dan sahabat handai selesai mengkebumikan dan dalam perjalanan pulang ke
rumah maka dalam suasana yang gelap gelita dua malaikat iaitu Munkar dan Nakir
datang menghampiri dan mendudukkan jenazah. Bagi jenazah yang beriman dan
berbekalkan amal soleh serta ketakwaan yang unggul maka alam barzakh adalah
suatu kerehatan yang damai. Tetapi bagi jenazah yang ingkar, sarat dengan beban
dosa kerana melanggar perintah Allah SWT, maka alam barzakh adalah episod ngeri

                                         2
yang dipenuhi gelombang azab sengsara hingga datangnya hari kiamat. Mereka
berkeadaan seperti orang yang lemas dalam air yang meraung meminta pertolongan.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya kubur itu ialah
penginapan pertama antara penginapan akhirat, maka sekiranya seseorang itu
terlepas dari seksaannya, maka apa yang akan datang kemudiannya akan lebih
mudah lagi dan seandainya seseorang itu tidak terlepas (kandas) daripada
(seksaannya), maka yang akan datang sesudahnya akan lebih sukar (keras).”
(Riwayat al-Tirmizi). Sahabat Nabi bernama Ubaid bin Umair al-Laitsi pernah
berkata, “ setiap mayat yang hendak meninggal, pasti liang lahad di mana mayat itu
di kubur memanggilnya, “Akulah rumah yang gelap gelita, sunyi dan sendiri. Jika
waktu hidupmu kau taat kepada Allah SWT maka aku hari ini akan menjadi rahmat
bagimu. Jika kau derhaka, maka hari ini aku akan menjadi seksa bagimu. Siapa
memasukinya dengan taat, akan keluar dengan bahagia. Dan sesiapa masuk dengan
derhaka, dia akan keluar dengan penuh penyesalan.”
Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Renungkanlah bagaimana perjalanan seseorang akan berakhir di alam kubur. Seorang
ulama al-Rifa’i pernah berkata: “ Setiap orang yang takut pada sesuatu pasti akan
menghindarinya, kecuali alam kubur. Tidak ada orang yang ingin lari daripadanya
melainkan dia akan datang kepadanya. Dia selalu menunggumu tanpa jemu, dan
apabila engkau masuk ke dalamnya, engkau tidak akan kembali buat selama-
lamanya. Renungilah nasib saudaramu yang kini telah dikuburkan, dahulu dia
menikmati pemandangan yang indah, kini matanya telah tertanggal, dahulu lidahnya
fasih bertutur, kini cacing tanah telah memakan mulutnya. Dahulu dia sering
tertawa, kini giginya hancur terbenam.” Khalifah Umar bin Abdul Aziz pula pernah
berkata kepada beberapa orang rakannya di dalam satu majlis, “Wahai fulan, engkau
telah melepasi satu malam, adakah pernah kau terfikir tentang alam kubur dan
penghuninya? Sekiranya kau tahu keadaan sebenarnya dalam kubur, pasti kau tak
akan berani mendekatinya .”
      Ketika   khalifah   Umar   mengiringi    jenazah   sahabatnya   lalu   kubur
memanggilnya dan bertanya, “ Wahai Umar bin Abdul Aziz, mahukah aku ceritakan

                                        3
kepadamu apakah yang akan aku lakukan terhadap jenazah yang kau cintai ini? Ya
jawab Umar. Kubur itu menjawab: Aku akan bakar kain kapannya, aku robek
badannya, aku sedut darahnya serta aku kunyah dagingnya. Mahukah engkau tahu
apa yang akan aku lakukan pada anggota badannya? Tentu jawab Umar. Aku cabut
satu persatu dari telapak hingga ke tangan, dari tangan ke lengan, dan dari lengan
menuju ke bahu. Lalu aku cabut pula lutut dari pehanya, Peha dari lututnya.aku
cabut lutut itu dari betis. Dari betis menuju ke telapak kakinya. Khalifah Umar
menangis dan berkata.” Ketahuilah sahabatku, umur dunia hanya sedikit. Kemuliaan
di dalamnya adalah kehinaan. Yang muda akan menjadi tua dan yang hidup akan
mati. Celakalah mereka yang tertipu olehnya. Celakalah aku dan bagaimana
keadaanku ketika bertemu malaikat maut, saat rohku meninggalkan dunia?
Keputusan apakah yang diturunkan oleh tuhanku.
      Mimbar mengingatkan jemaah dan umat Islam sekalian bahawa pada akhir
zaman ini, semakin kurang atau amat sedikit dari kalangan manusia yang bercakap
tentang kematian, alam berzakh dan Mahsyar, kerana manusia sedang sibuk dengan
pembangunan kerjaya, kemewahan dan kelazatan kehidupan dunia serta hiburan.
Akhirnya mereka terkejut besar apabila malaikat Izrael datang dengan mencabut
nyawanya. Saididna Ali RA pernah berkata, “ bahawa manusia tidur lena, apabila
kematian tiba baru dia terjaga dari tidurnya. Demikianlah orang yang tidak
mengingati mati itu sentiasa dalam keadaan lalai atau bagaikan orang yang tertidur
dia akan terkejut bila kematian datang secara mendadak”.
      Kesibukan mencari keseronokan dan kelazatan dunia merupakan penyumbang
terbesar kelalaian manusia mengingati mati dan membuat persediaan menghadapi
kematian. Sebagai contoh mereka yang terjebak dengan gejala sosial seperti
penagihan dadah, arak, pengamal seks bebas sanggup melakukan apa saja termasuk
mengambil ubat-ubat jalanan yang mengandungi dadah dan bahan-bahan terlarang
bagi menambah lagi nikmat keseronokan. Perbuatan ini seolah-olah mengali lubang
kubur sendiri. Mereka ini akan menanggung siksaan hidup dengan penyakit-penyakit
kronik yang akhirnya membawa kepada kehancuran dan kematian. Justeru mimbar
menyeru kepada jemaah sekalian insaflah dan sedarlah tentang kehidupan yang

                                        4
sebenarnya dan jangan kita lalai dari mengingati kematian kerana ianya akan
menambah lagi ketakwaan kita kepada Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda:

Bermaksud: “Ziarahilah kubur kerana ia akan mengingatkanmu kepada kematian”
(Riwayat Muslim)

Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Mengakhiri khutbah pada minggu ini, mimbar menyeru insaflah dan sedarlah bahawa
kematian merupakan perjalanan hidup yang tidak akan kembali lagi ke dunia yang
fana ini. Kita sering bercakap tentang kematian rakan dan sahabat kita yang telah
kembali menyahut seruan Ilahi. Bagaimanapun sayang sekali apakah kematian rakan-
rakan kita itu telah menimbulkan keinsafan dan kesedaran untuk kita membuat
persiapan serta menyediakan bekalan yang mencukupi menghadapi kematian yang
pasti itu. Ingatlah dan sedarlah bahawa alam barzakh sentiasa menanti-nanti
kehadiran kita dan sentiasa membuka pintunya untuk kita. Tidak kira di mana kita
berada atau bila masanya kematian pasti mendatangi dan menjemput diri kita, cuma
persoalannya adakah kita sudah bersedia menghadapi kematian ini. Sebagai renungan
marilah sama-sama kita menghayati firman Allah SWT dalam surah al-Jumu’ah ayat
8:

Maksudnya : “Katakanlah: Sebenarnya maut yang    kamu larikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui
kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah) yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Ia
memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya).   ”

                                                      5

More Related Content

What's hot

Nasehat tentang kematian
Nasehat  tentang kematianNasehat  tentang kematian
Nasehat tentang kematianwisnunata
 
Di depan gerbang kematian
Di depan gerbang kematianDi depan gerbang kematian
Di depan gerbang kematianErman Hidayat
 
Selamat dari siksa kubur
Selamat dari siksa kuburSelamat dari siksa kubur
Selamat dari siksa kuburHelmon Chan
 
Kesan mendalam apabila kita sering mengingati mati
Kesan mendalam apabila kita sering mengingati matiKesan mendalam apabila kita sering mengingati mati
Kesan mendalam apabila kita sering mengingati matiAimanSensei Gta
 
Makalah khutbah agama
Makalah khutbah agamaMakalah khutbah agama
Makalah khutbah agamaSalsa Fariza
 
Menemukan Arah Kehidupan
Menemukan Arah KehidupanMenemukan Arah Kehidupan
Menemukan Arah KehidupanErwin Wahyu
 
FINANCIA REVOLUTION THROUGH SHOLAH WAZ-ZAKAH (PART-6)
FINANCIA REVOLUTION THROUGH SHOLAH WAZ-ZAKAH (PART-6)FINANCIA REVOLUTION THROUGH SHOLAH WAZ-ZAKAH (PART-6)
FINANCIA REVOLUTION THROUGH SHOLAH WAZ-ZAKAH (PART-6)andrew gromiko
 
Al qur`an di hati seorang muslim
Al qur`an di hati seorang muslimAl qur`an di hati seorang muslim
Al qur`an di hati seorang muslimFeri Chandra
 
Mencermati pesan pesan surat al-haqqah
Mencermati pesan pesan surat al-haqqahMencermati pesan pesan surat al-haqqah
Mencermati pesan pesan surat al-haqqahabdul syakur
 
Iman kepada hari akhir
Iman kepada hari akhirIman kepada hari akhir
Iman kepada hari akhirMahda Leni
 
Rejam itu tidak bertamadun
Rejam itu tidak bertamadunRejam itu tidak bertamadun
Rejam itu tidak bertamadunFARHAHAQIL
 
Mencari titik temu antarperbedaan, mungkinkah
Mencari titik temu antarperbedaan, mungkinkahMencari titik temu antarperbedaan, mungkinkah
Mencari titik temu antarperbedaan, mungkinkahMuhsin Hariyanto
 
Id forty hadith_of_nawawi
Id forty hadith_of_nawawiId forty hadith_of_nawawi
Id forty hadith_of_nawawiMohd Nur Addin
 
Betapa dahsyatnya dan betapa mengerikannya siksaan di dalam neraka
Betapa dahsyatnya dan betapa mengerikannya siksaan di dalam nerakaBetapa dahsyatnya dan betapa mengerikannya siksaan di dalam neraka
Betapa dahsyatnya dan betapa mengerikannya siksaan di dalam nerakaHelmon Chan
 
What's hot (20)

Nasehat tentang kematian
Nasehat  tentang kematianNasehat  tentang kematian
Nasehat tentang kematian
 
Ya rabb
Ya rabbYa rabb
Ya rabb
 
Di depan gerbang kematian
Di depan gerbang kematianDi depan gerbang kematian
Di depan gerbang kematian
 
Selamat dari siksa kubur
Selamat dari siksa kuburSelamat dari siksa kubur
Selamat dari siksa kubur
 
Kesan mendalam apabila kita sering mengingati mati
Kesan mendalam apabila kita sering mengingati matiKesan mendalam apabila kita sering mengingati mati
Kesan mendalam apabila kita sering mengingati mati
 
Makalah khutbah agama
Makalah khutbah agamaMakalah khutbah agama
Makalah khutbah agama
 
Menemukan Arah Kehidupan
Menemukan Arah KehidupanMenemukan Arah Kehidupan
Menemukan Arah Kehidupan
 
FINANCIA REVOLUTION THROUGH SHOLAH WAZ-ZAKAH (PART-6)
FINANCIA REVOLUTION THROUGH SHOLAH WAZ-ZAKAH (PART-6)FINANCIA REVOLUTION THROUGH SHOLAH WAZ-ZAKAH (PART-6)
FINANCIA REVOLUTION THROUGH SHOLAH WAZ-ZAKAH (PART-6)
 
Al qur`an di hati seorang muslim
Al qur`an di hati seorang muslimAl qur`an di hati seorang muslim
Al qur`an di hati seorang muslim
 
Mencermati pesan pesan surat al-haqqah
Mencermati pesan pesan surat al-haqqahMencermati pesan pesan surat al-haqqah
Mencermati pesan pesan surat al-haqqah
 
Neraka
NerakaNeraka
Neraka
 
Iman kepada hari akhir
Iman kepada hari akhirIman kepada hari akhir
Iman kepada hari akhir
 
Persaudaraan dlm islam
Persaudaraan dlm islamPersaudaraan dlm islam
Persaudaraan dlm islam
 
Rejam itu tidak bertamadun
Rejam itu tidak bertamadunRejam itu tidak bertamadun
Rejam itu tidak bertamadun
 
Mencari titik temu antarperbedaan, mungkinkah
Mencari titik temu antarperbedaan, mungkinkahMencari titik temu antarperbedaan, mungkinkah
Mencari titik temu antarperbedaan, mungkinkah
 
Kata kata mutiara
Kata kata mutiaraKata kata mutiara
Kata kata mutiara
 
Perjalanan panjang manusia
Perjalanan panjang manusiaPerjalanan panjang manusia
Perjalanan panjang manusia
 
Id forty hadith_of_nawawi
Id forty hadith_of_nawawiId forty hadith_of_nawawi
Id forty hadith_of_nawawi
 
Betapa dahsyatnya dan betapa mengerikannya siksaan di dalam neraka
Betapa dahsyatnya dan betapa mengerikannya siksaan di dalam nerakaBetapa dahsyatnya dan betapa mengerikannya siksaan di dalam neraka
Betapa dahsyatnya dan betapa mengerikannya siksaan di dalam neraka
 
Tafsir al hujurot
Tafsir al hujurotTafsir al hujurot
Tafsir al hujurot
 
Viewers also liked

Pel. 9 unit 1 kematian dan alam barzah satu kepastian
Pel. 9 unit 1 kematian dan alam barzah satu kepastianPel. 9 unit 1 kematian dan alam barzah satu kepastian
Pel. 9 unit 1 kematian dan alam barzah satu kepastianrozitamarsidi
 
Akidah: Kematian dan alam barzah satu kepastian
Akidah: Kematian dan alam barzah satu kepastianAkidah: Kematian dan alam barzah satu kepastian
Akidah: Kematian dan alam barzah satu kepastianNORANEEZ ISMAIL
 
Kehidupan alam barzakh ( Alam Keamatian )
Kehidupan alam barzakh ( Alam Keamatian )Kehidupan alam barzakh ( Alam Keamatian )
Kehidupan alam barzakh ( Alam Keamatian )Visnu Candra
 
Viewers also liked (6)

Mizahh
MizahhMizahh
Mizahh
 
Pel. 9 unit 1 kematian dan alam barzah satu kepastian
Pel. 9 unit 1 kematian dan alam barzah satu kepastianPel. 9 unit 1 kematian dan alam barzah satu kepastian
Pel. 9 unit 1 kematian dan alam barzah satu kepastian
 
Alam barzakh
Alam barzakhAlam barzakh
Alam barzakh
 
Akidah: Kematian dan alam barzah satu kepastian
Akidah: Kematian dan alam barzah satu kepastianAkidah: Kematian dan alam barzah satu kepastian
Akidah: Kematian dan alam barzah satu kepastian
 
Kehidupan alam barzakh ( Alam Keamatian )
Kehidupan alam barzakh ( Alam Keamatian )Kehidupan alam barzakh ( Alam Keamatian )
Kehidupan alam barzakh ( Alam Keamatian )
 
KEMATIAN
KEMATIANKEMATIAN
KEMATIAN
 
Similar to Seruan al barzakh-rumi

SKRIP – HIKMAH MENGINGATI KEMATIAN.docx
SKRIP – HIKMAH MENGINGATI KEMATIAN.docxSKRIP – HIKMAH MENGINGATI KEMATIAN.docx
SKRIP – HIKMAH MENGINGATI KEMATIAN.docxSitiAzziraIdris
 
Bagi yang masih hidup perbanyaklah mengingat mati
Bagi yang masih hidup perbanyaklah mengingat matiBagi yang masih hidup perbanyaklah mengingat mati
Bagi yang masih hidup perbanyaklah mengingat matiHelmon Chan
 
Ahlul bayt penyelamat umat akhir zaman
Ahlul bayt penyelamat umat akhir zamanAhlul bayt penyelamat umat akhir zaman
Ahlul bayt penyelamat umat akhir zamanunderitan
 
Cahaya kematian
Cahaya kematianCahaya kematian
Cahaya kematianforsilam
 
Khutbah Ust Khoirul Anshori MA SYAHAMAH
Khutbah Ust Khoirul Anshori MA SYAHAMAHKhutbah Ust Khoirul Anshori MA SYAHAMAH
Khutbah Ust Khoirul Anshori MA SYAHAMAHMuchammad Dimyati
 
Inilah proses kematian dan hancurnya tubuh kita
Inilah proses kematian dan hancurnya tubuh kitaInilah proses kematian dan hancurnya tubuh kita
Inilah proses kematian dan hancurnya tubuh kitamr_haryono
 
4.5 hari kiamat
4.5 hari kiamat4.5 hari kiamat
4.5 hari kiamatwk_aiman
 
BUKU IC I _ BADAN KOORDINASI LEMBAGA DAKWAH KAMPUS ( BKLDK )
BUKU IC I _ BADAN KOORDINASI LEMBAGA DAKWAH KAMPUS ( BKLDK )BUKU IC I _ BADAN KOORDINASI LEMBAGA DAKWAH KAMPUS ( BKLDK )
BUKU IC I _ BADAN KOORDINASI LEMBAGA DAKWAH KAMPUS ( BKLDK )downloadbukuicibkldk
 
Buku ic i badan koordinasi lembaga dakwah kampus ( bkldk )
Buku ic i   badan koordinasi lembaga dakwah kampus ( bkldk )Buku ic i   badan koordinasi lembaga dakwah kampus ( bkldk )
Buku ic i badan koordinasi lembaga dakwah kampus ( bkldk )FlamencoRizky
 
IMAN_KEPADA_HARI_AKHIR [Autosaved].pptx
IMAN_KEPADA_HARI_AKHIR [Autosaved].pptxIMAN_KEPADA_HARI_AKHIR [Autosaved].pptx
IMAN_KEPADA_HARI_AKHIR [Autosaved].pptxTaufikNurKholis2
 
Buletin Rumbai Edisi 12 Mengingat Kematian Melancarkan Kemaslahatan
Buletin Rumbai Edisi 12 Mengingat Kematian Melancarkan KemaslahatanBuletin Rumbai Edisi 12 Mengingat Kematian Melancarkan Kemaslahatan
Buletin Rumbai Edisi 12 Mengingat Kematian Melancarkan KemaslahatanLAZNas Chevron
 
IMAN_KEPADA_HARI_AKHIR.pptx
IMAN_KEPADA_HARI_AKHIR.pptxIMAN_KEPADA_HARI_AKHIR.pptx
IMAN_KEPADA_HARI_AKHIR.pptxTaufikNurKholis2
 
Generasi terakhir umat manusia
Generasi terakhir umat manusiaGenerasi terakhir umat manusia
Generasi terakhir umat manusiaAsylum Prisoner
 
ISLAM PERJALANAN HIDUP MANUSIA.pptx
ISLAM PERJALANAN HIDUP MANUSIA.pptxISLAM PERJALANAN HIDUP MANUSIA.pptx
ISLAM PERJALANAN HIDUP MANUSIA.pptxAnswlSaka
 
Keutamaan menuntut ilmu
Keutamaan menuntut ilmuKeutamaan menuntut ilmu
Keutamaan menuntut ilmuAzisMuslim12
 
Similar to Seruan al barzakh-rumi (20)

SKRIP – HIKMAH MENGINGATI KEMATIAN.docx
SKRIP – HIKMAH MENGINGATI KEMATIAN.docxSKRIP – HIKMAH MENGINGATI KEMATIAN.docx
SKRIP – HIKMAH MENGINGATI KEMATIAN.docx
 
Bagi yang masih hidup perbanyaklah mengingat mati
Bagi yang masih hidup perbanyaklah mengingat matiBagi yang masih hidup perbanyaklah mengingat mati
Bagi yang masih hidup perbanyaklah mengingat mati
 
Ahlul bayt penyelamat umat akhir zaman
Ahlul bayt penyelamat umat akhir zamanAhlul bayt penyelamat umat akhir zaman
Ahlul bayt penyelamat umat akhir zaman
 
Cahaya kematian
Cahaya kematianCahaya kematian
Cahaya kematian
 
Khutbah Ust Khoirul Anshori MA SYAHAMAH
Khutbah Ust Khoirul Anshori MA SYAHAMAHKhutbah Ust Khoirul Anshori MA SYAHAMAH
Khutbah Ust Khoirul Anshori MA SYAHAMAH
 
Inilah proses kematian dan hancurnya tubuh kita
Inilah proses kematian dan hancurnya tubuh kitaInilah proses kematian dan hancurnya tubuh kita
Inilah proses kematian dan hancurnya tubuh kita
 
4.5 hari kiamat
4.5 hari kiamat4.5 hari kiamat
4.5 hari kiamat
 
BUKU IC I _ BADAN KOORDINASI LEMBAGA DAKWAH KAMPUS ( BKLDK )
BUKU IC I _ BADAN KOORDINASI LEMBAGA DAKWAH KAMPUS ( BKLDK )BUKU IC I _ BADAN KOORDINASI LEMBAGA DAKWAH KAMPUS ( BKLDK )
BUKU IC I _ BADAN KOORDINASI LEMBAGA DAKWAH KAMPUS ( BKLDK )
 
Buku ic i badan koordinasi lembaga dakwah kampus ( bkldk )
Buku ic i   badan koordinasi lembaga dakwah kampus ( bkldk )Buku ic i   badan koordinasi lembaga dakwah kampus ( bkldk )
Buku ic i badan koordinasi lembaga dakwah kampus ( bkldk )
 
IMAN_KEPADA_HARI_AKHIR [Autosaved].pptx
IMAN_KEPADA_HARI_AKHIR [Autosaved].pptxIMAN_KEPADA_HARI_AKHIR [Autosaved].pptx
IMAN_KEPADA_HARI_AKHIR [Autosaved].pptx
 
peer teaching.pptx
peer teaching.pptxpeer teaching.pptx
peer teaching.pptx
 
Buletin Rumbai Edisi 12 Mengingat Kematian Melancarkan Kemaslahatan
Buletin Rumbai Edisi 12 Mengingat Kematian Melancarkan KemaslahatanBuletin Rumbai Edisi 12 Mengingat Kematian Melancarkan Kemaslahatan
Buletin Rumbai Edisi 12 Mengingat Kematian Melancarkan Kemaslahatan
 
agama nad.docx
agama nad.docxagama nad.docx
agama nad.docx
 
IMAN_KEPADA_HARI_AKHIR.pptx
IMAN_KEPADA_HARI_AKHIR.pptxIMAN_KEPADA_HARI_AKHIR.pptx
IMAN_KEPADA_HARI_AKHIR.pptx
 
Generasi terakhir umat manusia
Generasi terakhir umat manusiaGenerasi terakhir umat manusia
Generasi terakhir umat manusia
 
Sistem Dajjal
Sistem DajjalSistem Dajjal
Sistem Dajjal
 
ISLAM PERJALANAN HIDUP MANUSIA.pptx
ISLAM PERJALANAN HIDUP MANUSIA.pptxISLAM PERJALANAN HIDUP MANUSIA.pptx
ISLAM PERJALANAN HIDUP MANUSIA.pptx
 
Dunia jambatan akhirat
Dunia jambatan akhiratDunia jambatan akhirat
Dunia jambatan akhirat
 
Ayat wa hadis ahkam
Ayat wa hadis ahkamAyat wa hadis ahkam
Ayat wa hadis ahkam
 
Keutamaan menuntut ilmu
Keutamaan menuntut ilmuKeutamaan menuntut ilmu
Keutamaan menuntut ilmu
 
Seruan al barzakh-rumi

  • 1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia “SERUAN AL- BARZAKH” (16 MAC 2012 / 23RABIULAKHIR 1433H) Muslimin yang di Rahmati Allah, Di kesempatan berada pada hari Jumaat dan di atas masjid yang mulia ini, saya berpesan kepada diri saya dan kepada sidang Jumaat sekalian marilah sama-sama kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah- mudahan kita memperolehi keberkatan dan keredhaan serta perlindungan Allah SWT di dunia dan di akhirat. Mimbar pada hari ini akan menyampaikan khutbah bertajuk: “SERUAN AL-BARZAKH”. Muslimin Yang di Rahmati Allah, Sebagai seorang Islam yang berpegang kepada al-Quran dan hadith, kita mempercayai bahawa kehidupan, kematian dan kehidupan selepas mati adalah peringkat kewujudan yang wajib dilalui oleh semua manusia. Dalam peringkat kehidupan kita di dunia, jarang umur manusia melebihi 100 tahun tetapi puratanya mencapai umur antara 60 hingga 80 tahun . Umur pendek atau panjang tidak menjadi persoalan kerana akhirnya manusia pasti mati. Bagaimana sihat seseorang, bagaimana megah kuasa dan kayanya, namun manusia pasti mati dan meninggalkan dunia fana ini. Malah para Nabi, Rasul iaitu manusia yang paling dekat dengan 1
  • 2. tuhan, bahkan manusia yang menjadi kekasih Allah SWT pun tidak dapat lari dari kematian, menghadapi alam barzakh dan hari penghakiman di padang Mahsyar. Firman Allah SWT dalam surah an-Nisaa’ ayat 78: Yang bermaksud: “ Di mana sahaja kamu berada, pasti mati mendatangi kamu, sekalipun kamu bersembunyi di atas mahligai atau benteng yang paling kuat”. Setiap manusia pasti mati kerana mati bermakna manusia kembali kepada asal kejadiannya. Ia berasal dari tanah, maka pastilah ia akan kembali menjadi tanah agar menjadi peringatan kepada manusia. Persoalan mati adalah suatu kejadian yang paling hebat, suatu kejadian yang tidak dapat dielakkan. Bila seseorang manusia itu mati, ia dikatakan kiamat kecil berlaku pada diri manusia kerana jasadnya menjadi hancur lebur kembali menjadi tanah dan roh telah keluar dari badan manusia. Rohlah yang menyebabkan kita hidup, boleh mendengar, melihat, berakal, merasai dan berfikir. Muslimin Yang di Rahmati Allah, Menurut kamus Mukhtar al-Shahhah (‫ )مختار الصحاح‬oleh Abu Bakr al-Razi, Barzakh bermaksud dinding pembatas antara dua benda. Berdasarkan iktikad al-Sunnah wa al-Jama'ah, setiap manusia akan berada di dalam satu alam yang dinamakan alam Barzakh. Ia terletak di antara alam dunia dan alam akhirat sebelum dihimpunkan di padang Mahsyar daripada waktu mati sehingga dibangkitkan. Alam Barzakh juga tempat permulaan manusia di hukum segala amalannya di dunia. Sebagaimana kesukaran manusia menghadapi keperitan saat nazak kematian, maka jenazah juga sekali lagi menghadapi kesukaran siksaan kubur di alam barzakh. Sebaik sahaja ahli keluarga dan sahabat handai selesai mengkebumikan dan dalam perjalanan pulang ke rumah maka dalam suasana yang gelap gelita dua malaikat iaitu Munkar dan Nakir datang menghampiri dan mendudukkan jenazah. Bagi jenazah yang beriman dan berbekalkan amal soleh serta ketakwaan yang unggul maka alam barzakh adalah suatu kerehatan yang damai. Tetapi bagi jenazah yang ingkar, sarat dengan beban dosa kerana melanggar perintah Allah SWT, maka alam barzakh adalah episod ngeri 2
  • 3. yang dipenuhi gelombang azab sengsara hingga datangnya hari kiamat. Mereka berkeadaan seperti orang yang lemas dalam air yang meraung meminta pertolongan. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya kubur itu ialah penginapan pertama antara penginapan akhirat, maka sekiranya seseorang itu terlepas dari seksaannya, maka apa yang akan datang kemudiannya akan lebih mudah lagi dan seandainya seseorang itu tidak terlepas (kandas) daripada (seksaannya), maka yang akan datang sesudahnya akan lebih sukar (keras).” (Riwayat al-Tirmizi). Sahabat Nabi bernama Ubaid bin Umair al-Laitsi pernah berkata, “ setiap mayat yang hendak meninggal, pasti liang lahad di mana mayat itu di kubur memanggilnya, “Akulah rumah yang gelap gelita, sunyi dan sendiri. Jika waktu hidupmu kau taat kepada Allah SWT maka aku hari ini akan menjadi rahmat bagimu. Jika kau derhaka, maka hari ini aku akan menjadi seksa bagimu. Siapa memasukinya dengan taat, akan keluar dengan bahagia. Dan sesiapa masuk dengan derhaka, dia akan keluar dengan penuh penyesalan.” Muslimin Yang di Rahmati Allah, Renungkanlah bagaimana perjalanan seseorang akan berakhir di alam kubur. Seorang ulama al-Rifa’i pernah berkata: “ Setiap orang yang takut pada sesuatu pasti akan menghindarinya, kecuali alam kubur. Tidak ada orang yang ingin lari daripadanya melainkan dia akan datang kepadanya. Dia selalu menunggumu tanpa jemu, dan apabila engkau masuk ke dalamnya, engkau tidak akan kembali buat selama- lamanya. Renungilah nasib saudaramu yang kini telah dikuburkan, dahulu dia menikmati pemandangan yang indah, kini matanya telah tertanggal, dahulu lidahnya fasih bertutur, kini cacing tanah telah memakan mulutnya. Dahulu dia sering tertawa, kini giginya hancur terbenam.” Khalifah Umar bin Abdul Aziz pula pernah berkata kepada beberapa orang rakannya di dalam satu majlis, “Wahai fulan, engkau telah melepasi satu malam, adakah pernah kau terfikir tentang alam kubur dan penghuninya? Sekiranya kau tahu keadaan sebenarnya dalam kubur, pasti kau tak akan berani mendekatinya .” Ketika khalifah Umar mengiringi jenazah sahabatnya lalu kubur memanggilnya dan bertanya, “ Wahai Umar bin Abdul Aziz, mahukah aku ceritakan 3
  • 4. kepadamu apakah yang akan aku lakukan terhadap jenazah yang kau cintai ini? Ya jawab Umar. Kubur itu menjawab: Aku akan bakar kain kapannya, aku robek badannya, aku sedut darahnya serta aku kunyah dagingnya. Mahukah engkau tahu apa yang akan aku lakukan pada anggota badannya? Tentu jawab Umar. Aku cabut satu persatu dari telapak hingga ke tangan, dari tangan ke lengan, dan dari lengan menuju ke bahu. Lalu aku cabut pula lutut dari pehanya, Peha dari lututnya.aku cabut lutut itu dari betis. Dari betis menuju ke telapak kakinya. Khalifah Umar menangis dan berkata.” Ketahuilah sahabatku, umur dunia hanya sedikit. Kemuliaan di dalamnya adalah kehinaan. Yang muda akan menjadi tua dan yang hidup akan mati. Celakalah mereka yang tertipu olehnya. Celakalah aku dan bagaimana keadaanku ketika bertemu malaikat maut, saat rohku meninggalkan dunia? Keputusan apakah yang diturunkan oleh tuhanku. Mimbar mengingatkan jemaah dan umat Islam sekalian bahawa pada akhir zaman ini, semakin kurang atau amat sedikit dari kalangan manusia yang bercakap tentang kematian, alam berzakh dan Mahsyar, kerana manusia sedang sibuk dengan pembangunan kerjaya, kemewahan dan kelazatan kehidupan dunia serta hiburan. Akhirnya mereka terkejut besar apabila malaikat Izrael datang dengan mencabut nyawanya. Saididna Ali RA pernah berkata, “ bahawa manusia tidur lena, apabila kematian tiba baru dia terjaga dari tidurnya. Demikianlah orang yang tidak mengingati mati itu sentiasa dalam keadaan lalai atau bagaikan orang yang tertidur dia akan terkejut bila kematian datang secara mendadak”. Kesibukan mencari keseronokan dan kelazatan dunia merupakan penyumbang terbesar kelalaian manusia mengingati mati dan membuat persediaan menghadapi kematian. Sebagai contoh mereka yang terjebak dengan gejala sosial seperti penagihan dadah, arak, pengamal seks bebas sanggup melakukan apa saja termasuk mengambil ubat-ubat jalanan yang mengandungi dadah dan bahan-bahan terlarang bagi menambah lagi nikmat keseronokan. Perbuatan ini seolah-olah mengali lubang kubur sendiri. Mereka ini akan menanggung siksaan hidup dengan penyakit-penyakit kronik yang akhirnya membawa kepada kehancuran dan kematian. Justeru mimbar menyeru kepada jemaah sekalian insaflah dan sedarlah tentang kehidupan yang 4
  • 5. sebenarnya dan jangan kita lalai dari mengingati kematian kerana ianya akan menambah lagi ketakwaan kita kepada Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda: Bermaksud: “Ziarahilah kubur kerana ia akan mengingatkanmu kepada kematian” (Riwayat Muslim) Muslimin Yang di Rahmati Allah, Mengakhiri khutbah pada minggu ini, mimbar menyeru insaflah dan sedarlah bahawa kematian merupakan perjalanan hidup yang tidak akan kembali lagi ke dunia yang fana ini. Kita sering bercakap tentang kematian rakan dan sahabat kita yang telah kembali menyahut seruan Ilahi. Bagaimanapun sayang sekali apakah kematian rakan- rakan kita itu telah menimbulkan keinsafan dan kesedaran untuk kita membuat persiapan serta menyediakan bekalan yang mencukupi menghadapi kematian yang pasti itu. Ingatlah dan sedarlah bahawa alam barzakh sentiasa menanti-nanti kehadiran kita dan sentiasa membuka pintunya untuk kita. Tidak kira di mana kita berada atau bila masanya kematian pasti mendatangi dan menjemput diri kita, cuma persoalannya adakah kita sudah bersedia menghadapi kematian ini. Sebagai renungan marilah sama-sama kita menghayati firman Allah SWT dalam surah al-Jumu’ah ayat 8: Maksudnya : “Katakanlah: Sebenarnya maut yang kamu larikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah) yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya). ” 5
  • 6. sebenarnya dan jangan kita lalai dari mengingati kematian kerana ianya akan menambah lagi ketakwaan kita kepada Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda: Bermaksud: “Ziarahilah kubur kerana ia akan mengingatkanmu kepada kematian” (Riwayat Muslim) Muslimin Yang di Rahmati Allah, Mengakhiri khutbah pada minggu ini, mimbar menyeru insaflah dan sedarlah bahawa kematian merupakan perjalanan hidup yang tidak akan kembali lagi ke dunia yang fana ini. Kita sering bercakap tentang kematian rakan dan sahabat kita yang telah kembali menyahut seruan Ilahi. Bagaimanapun sayang sekali apakah kematian rakan- rakan kita itu telah menimbulkan keinsafan dan kesedaran untuk kita membuat persiapan serta menyediakan bekalan yang mencukupi menghadapi kematian yang pasti itu. Ingatlah dan sedarlah bahawa alam barzakh sentiasa menanti-nanti kehadiran kita dan sentiasa membuka pintunya untuk kita. Tidak kira di mana kita berada atau bila masanya kematian pasti mendatangi dan menjemput diri kita, cuma persoalannya adakah kita sudah bersedia menghadapi kematian ini. Sebagai renungan marilah sama-sama kita menghayati firman Allah SWT dalam surah al-Jumu’ah ayat 8: Maksudnya : “Katakanlah: Sebenarnya maut yang kamu larikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah) yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya). ” 5
  • 7. sebenarnya dan jangan kita lalai dari mengingati kematian kerana ianya akan menambah lagi ketakwaan kita kepada Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda: Bermaksud: “Ziarahilah kubur kerana ia akan mengingatkanmu kepada kematian” (Riwayat Muslim) Muslimin Yang di Rahmati Allah, Mengakhiri khutbah pada minggu ini, mimbar menyeru insaflah dan sedarlah bahawa kematian merupakan perjalanan hidup yang tidak akan kembali lagi ke dunia yang fana ini. Kita sering bercakap tentang kematian rakan dan sahabat kita yang telah kembali menyahut seruan Ilahi. Bagaimanapun sayang sekali apakah kematian rakan- rakan kita itu telah menimbulkan keinsafan dan kesedaran untuk kita membuat persiapan serta menyediakan bekalan yang mencukupi menghadapi kematian yang pasti itu. Ingatlah dan sedarlah bahawa alam barzakh sentiasa menanti-nanti kehadiran kita dan sentiasa membuka pintunya untuk kita. Tidak kira di mana kita berada atau bila masanya kematian pasti mendatangi dan menjemput diri kita, cuma persoalannya adakah kita sudah bersedia menghadapi kematian ini. Sebagai renungan marilah sama-sama kita menghayati firman Allah SWT dalam surah al-Jumu’ah ayat 8: Maksudnya : “Katakanlah: Sebenarnya maut yang kamu larikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah) yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya). ” 5