Your SlideShare is downloading. ×
Modul pim 3112
Modul pim 3112
Modul pim 3112
Modul pim 3112
Modul pim 3112
Modul pim 3112
Modul pim 3112
Modul pim 3112
Modul pim 3112
Modul pim 3112
Modul pim 3112
Modul pim 3112
Modul pim 3112
Modul pim 3112
Modul pim 3112
Modul pim 3112
Modul pim 3112
Modul pim 3112
Modul pim 3112
Modul pim 3112
Modul pim 3112
Modul pim 3112
Modul pim 3112
Modul pim 3112
Modul pim 3112
Modul pim 3112
Modul pim 3112
Modul pim 3112
Modul pim 3112
Modul pim 3112
Modul pim 3112
Modul pim 3112
Modul pim 3112
Modul pim 3112
Modul pim 3112
Modul pim 3112
Modul pim 3112
Modul pim 3112
Modul pim 3112
Modul pim 3112
Modul pim 3112
Modul pim 3112
Modul pim 3112
Modul pim 3112
Modul pim 3112
Modul pim 3112
Modul pim 3112
Modul pim 3112
Modul pim 3112
Modul pim 3112
Modul pim 3112
Modul pim 3112
Modul pim 3112
Modul pim 3112
Modul pim 3112
Modul pim 3112
Modul pim 3112
Modul pim 3112
Modul pim 3112
Modul pim 3112
Modul pim 3112
Modul pim 3112
Modul pim 3112
Modul pim 3112
Modul pim 3112
Modul pim 3112
Modul pim 3112
Modul pim 3112
Modul pim 3112
Modul pim 3112
Modul pim 3112
Modul pim 3112
Modul pim 3112
Modul pim 3112
Modul pim 3112
Modul pim 3112
Modul pim 3112
Modul pim 3112
Modul pim 3112
Modul pim 3112
Modul pim 3112
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×
Saving this for later? Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime – even offline.
Text the download link to your phone
Standard text messaging rates apply

Modul pim 3112

718

Published on

Published in: Education
0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total Views
718
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
2
Actions
Shares
0
Downloads
38
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. (PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH) 1 Tajuk 1 PENGAJIAN AKIDAH 1. Pengenalan Konsep Pengajian Akidah 1.1 Sinopsis AKIDAH yang benar merupakan asas penting bagi setiap orang dalam kehidupan beragama, kerana ia adalah garis penentu antara iman dan kufur. Pengajian akidah ini turut membincangkan perbezaan pendapat dan aliran antara mazhab-mazhab yang telah lama wujud dan berkembang sepanjang sejarah Islam bersama dengan mazhab utama iaitu mazhab Ahlussunnah Wal Jamaah. Pengajian akidah ini menjuruskan perbincangan berkaitan isu-isu akidah yang sepatutnya direnungi dan diambil perhatian oleh setiap Muslim terhadap segala persoalan yang berlangsung dalam kehidupan seharian mereka. Akidah Islam merupakan suatu pegangan atau kepercayaan yang mesti terpahat kukuh dalam jiwa sanubari setiap Muslim. Akidah Islam jugalah penentu nasib kesudahan setiap manusia sama ada berbahagia atau hidup sengsara di akhirat kelak. Akhir-akhir ini begitu banyak isu akidah tercetus dalam pentas kehidupan umat Islam yang memerlukan jawapan pasti agar mereka tidak tersasar daripada jalan yang lurus. Akidah Islam adalah tonggak utama yang mendasari kelangsungan ummah. Maju dan membangunnya sesuatu umat bergantung rapat kepada ketulenan akidah dan kesejahteraan pemikirannya. Dari sini, dibangkitkan perutusan para nabi dan rasul untuk menyeru ke arah pemulihan akidah. Pengajian akidah ini akan menyentuh perbincangannya mengenai mazhab ilmu Kalam, amalan-amalan yang membawa kepada kufur, syirik, riddah, nifaq dan zalim, kesan iman dalam kehidupan dan isu-isu penyelewengan dalam akidah.
  • 2. (PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH) 2 1.2 Hasil Pembelajaran 1. Menilai perbezaan antara mazhab-mazhab ilmu kalam. 2. Menganalisiskan perkara-perkara yang boleh membatalkan keimanan. 3. Membincangkan kesan iman dan isu-isu aqidah dalam kehidupan. 4. Menjelaskan isu sejarah perpecahan dan pemikiran moden yang bercanggah dengan al-Qur’an dan al-Hadith. 5. Menanamkan keyakinan agar pegangan umat Islam kini mantap seperti yang diajar oleh Nabi Muhammad. 1.3 Kerangka Konsep Tajuk 1.4 Konsep dan Definisi Akidah Pendahuluan Akidah merupakan intisari utama dan tunjang terpenting yang terkandung dalam ajaran Islam. Akidah ini jugalah yang mendasari dan menunjangi dalam setiap gerak geri dan aspek kehidupan kita. Tanpanya, maka sia-sialah saja amalan yang dilakukan oleh seseorang manusia di sisi Allah Taala dan dia pastinya termasuk ke dalam golongan yang rugi di akhirat kelak. Pengenalan Konsep Pengajian Akidah Definisi dan dalil Pengenalan mazhab- mazhab ilmu kalam Amalan-amalan yang menjejaskan keimanan Kesan keimanan dan isu-isu penyelewengan akidah
  • 3. (PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH) 3 Pengertian Akidah Perkataan akidah berasal daripada perkataan bahasa Arab ‘Aqada yang bermaksud “simpulan ikatan tali”. Akidah itu maknanya satu ikatan atau simpulan yang diikat dengan kuat dan rapi. Apabila akidah dipadankan dengan Islam, maka ia membawa maksud satu bentuk kepercayaan dan keimanan yang perlu dipegang kuat-kuat dan sungguh-sungguh agar ia tersemat mantap di jiwa dan tidak mudah digugah walaupun apa jua cabaran yang mendatang. Manakala ilmu akidah ialah ilmu yang menyelidiki dan memeriksa kepercayaan seseorang berkaitan dengan ketuhanan, kerasulan dan perkara sam’iyyat iaitu perkara-perkara ghaib seperti syurga, neraka dan lain-lain berserta dalil-dalilnya. Ilmu akidah ini mempunyai pelbagai nama, antaranya ialah: (a) Ilmu Kalam. (b) Ilmu Makrifah (c) Ilmu Tauhid dan (d) Ilmu Usuluddin. Kepentingan dan Peranan Ilmu Akidah Akidah ini mempunyai kepentingan yang tersendiri dalam ajaran Islam di mana ia mampu bertindak sebagai pemangkin bagi seseorang individu Muslim untuk menghadapi apa jua cabaran yang membadai biarpun ia menuntut pengorbanan dengan harta dan nyawa sekalipun. Generasi Rasulullah s.a.w. dan sahabat telah membuktikan segala-galanya dengan ketebalan iman yang tersemat kukuh di jiwa mereka. Dengan berkat asuhan dan didikan Rasulullah s.a.w. serta sentuhan ajaib baginda s.a.w. kepada generasi sahabat, mereka telah mampu melonjakkan generasi mereka sebagai umat yang terbaik dan terunggul sehingga setakat ini.
  • 4. (PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH) 4 Seorang mukmin yang berakidah, ia sangat dikasihi oleh Allah dan RasulNya serta dikasihi pula oleh masyarakat yang berada di sekelilingnya. Segala perkataan yang diucapkannya, perbuatannya, masyarakat akan merasa senang. Ia akan bertawakal sepenuhnya kepada Allah dan menumpukan sepenuh harapan kepadaNya. Akidah juga berperanan memantapkan keimanan di dalam hati seseorang serta meyakinkan kewujudan Allah s.w.t. serta mengesakanNya. Orang yang beriman meyakini keesaan dan kewujudan Allah. Mereka beriktikad bahawa Allah memiliki semua sifat kesempurnaan (yang sesuai denganNya) dan terpelihara dari semua sifat kekurangan (yang sesuai denganNya). Dengan adanya akidah Islam, mereka sanggup untuk mempertahankan keimanan mereka kepada Allah tanpa boleh diganggu-gugat oleh mana-mana kuasa manusia. Sejarah membuktikan kejayaan Bilal bin Rabah, ‘Ammar bin Yasir, Sumayyah yang berani mempertahankan iman mereka di hadapan pembesar Quraisy. Di samping itu, Allah mencipta sekalian makhluk supaya mereka menyembahNya semata-mata dan tidak mempersekutukanNya dengan sesuatu yang lain daripadaNya sebagaimana firman Allah maksudnya: “Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.” (Surah al-Dzariyyat, ayat 56) Menyembah Allah adalah hak Allah terhadap hamba-hambaNya berdasarkan kepada sabda Rasulullah s.a.w. dalam satu hadith kepada Muaz bin Jabal yang bermaksud: Adakah kamu mengetahui apakah hak Allah terhadap hambaNya dan apakah hak hamba terhadap Allah ? Saya berkata: Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Sabda Rasulullah s.a.w.: Hak Allah terhadap hambaNya ialah mereka menyembah Allah dan jangan mempersekutukanNya dengan sesuatu
  • 5. (PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH) 5 yang lain daripadaNya. Manakala hak hamba terhadap Allah ialah Allah tidak akan menyeksa mana-mana hamba yang tidak mempersekutukanNya dengan yang lain. Melalui akidah, kita berupaya membuktikan kebenaran ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. melalui dalil syarak dan juga secara logik akal. Dengan itu, ia berupaya menjadi alat untuk berdakwah kepada golongan bukan Islam. Ilmu akidah menjadikan agama Islam boleh diterima secara logik akal dan bukan ikutan secara melulu. Tambahan pula, akidah ini berperanan untuk membuktikan penyelewengan ajaran sesat serta kebatilan agama selain akidah Islam. Ia berperanan mengenal pasti ajaran yang salah sekaligus mempertahankan agama Islam dari penyelewengan, keraguan dan ancaman gejala murtad. Akidah yang betul merupakan syarat asas kepada penerimaan Allah terhadap amalan manusia. Allah tidak menerima amalan orang yang rosak akidahnya atau golongan kafir. Seorang pemimpin yang mempunyai akidah yang manpan sentiasa tunduk kepada perintah Allah s.w.t. yang lebih agung daripada kekuasaan yang ada padanya. Mereka menyedari bahawa kuasa yang mereka pegang adalah amanah, bukan satu jawatan yang mulia. Mereka akan menjalankan tugas dengan penuh amanah, menguruskan harta rakyat sebaik-baiknya. Perlu disedari bahawa akidah itu adalah satu keyakinan yang penuh tulus dan kudus lahir dari sudut hati dengan dihiasi perasaan cinta dan kasih yang mutlak hanya kepada Allah semata-mata melebihi daripada segala apa yang dicintai di dunia yang fana ini. Dengan lain perkataan, keimanan kepada Allah adalah merangkumi sama Tauhid Rububiyyah dan tauhid Uluhiyyah yang menyaksikan Allah sebagai Pencipta dan Pentadbir Agung alam semesta ini.
  • 6. (PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH) 6 Sifat yang diasaskan kepada akidah akan melahirkan satu bentuk persaudaraan yang sukar dirungkai oleh mana-mana anasir yang tidak sihat. Persaudaraan yang dibina ini melampaui batasan sejarah, geografi, darah, keturunan dan sebagainya. Sejarah telah membuktikan bagaimana Salman al-Farisi (Parsi), Shahib ar-Rumi (Rom) telah menjadi saudara kepada orang Islam yang berada di Makkah walaupun mereka adalah golongan pendatang. Begitu juga apa yang berlaku pada orang Anshar dan Muhajirin sehinggakan Allah s.w.t. merakamkan dalam al-Qur’an mengenai sikap mereka yang sanggup mengorbankan apa sahaja semata-mata kerana ukhuwwah yang dibina di atas dasar Islam. Persaudaraan dan persamaan tidak dapat dijelmakan jika manusia tidak bersikap tunduk dan patuh kepada Allah Subhanahu wa Taala. Ikatan hubungan antara manusia tidak dapat diwujudkan tanpa ikatan akidah. Ikatan bangsa dan negara akan hancur kerana umur hayatnya tidak boleh kekal lama. Perpaduan yang sebenar hanya dapat dimeterikan apabila di kalangan anggotanya diikat dengan pertautan akidah yang mantap dan kukuh. Begitu juga dalam aspek persamaan di kalangan manusia tidak wujud jika ada manusia yang berlagak menjadi tuan kepada manusia yang lain. Kerana pengisytiharan persamaan sesama manusia dapat dijadikan apabila semua manusia yang telah berakidah meletakkan Allah s.w.t. sebagai Uluhiyyah yang sebenarnya, maka di sana tidak ada lagi tuan di atas dunia ini. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “.................sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu ........................” (Surah al-Hujurat :13) Akidah yang sebenarnya berperanan membebaskan manusia dari kepercayaan khurafat yang menyesatkan. Ia dapat membebaskan jiwa manusia dari tunduk
  • 7. (PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH) 7 dan merendahkan diri kepada yang lain dari Allah s.w.t. Manusia yang berakidah akan menjadikan Allah sebagai tempat tumpuan pengabdian dan meminta pertolongan. Bagi mereka kuasa manusia cukup kecil, kerana mereka mempunyai pergantungan yang terus dengan Allah s.w.t. sedangkan kuasa batil terputus terus dari Allah s.w.t. Serentak dengan ini, hanyalah Allah sahaja yang berhak dipuja dan dipuji pada setiap masa dan ketika. Hanya Allah jualah yang berhak disembah dan dipinta pertolongan serta dipohonkan doa. begitu juga Allah memiliki segala sifat kesempurnaan dan tiada cacat celanya yang mampu mendatangkan manfaat dan mudarat kepada sekalian makhlukNya. Kemantapan akidah ummah menyebabkan seseorang itu akan dapat dipenuhi dengan keamanan dan ketenangan, ianya tidak akan dikuasai oleh unsur-unsur luar. Akidah telah menutup pintu ketakutan yang selalu berada di kepala golongan jahiliyyah, seperti takut tentang rezeki, takut tentang ajal, takut pada diri, takut pada keluarga dan anak-anak, takut kepada pangkat, takut kepada mati dan pelbagai masalah lain yang menyelubungi ketakutan yang tidak berasas. Ketenangan jiwa akan menjelma jika akidahnya mantap dan berpaksi kepada Allah s.w.t. semata-mata. Dengan sebab itulah, ketika orang lain berada di dalam ketakutan, maka orang mukmin akan berada di dalam ketenangan. Inilah yang membezakan keadaan yang sebenarnya di antara Islam dengan jahiliyyah. Melalui akidah yang mantap inilah akan melahirkan seorang yang berjiwa besar. Akidah itu dapat memberi kekuatan jiwa yang besar kepada seseorang. Bila jiwa mereka dipenuhi dengan sifat raja’ (mengharap) kepada Allah, meletakkan thiqah (kepercayaan), bertawakal kepadaNya, redha dengan qadarNya, sabar terhadap dugaan dan ujian dariNya, tidak meminta pertolongan kepada makhluk maka ia akan menjadi kuat dan kukuh, laksana gunung yang tidak dapat
  • 8. (PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH) 8 digoyang dan digoncang oleh bencana dan tragedi. Apabila ia ditimpa bencana, musibah dan sebagainya ia terus memohon pertolongan kepada Allah s.w.t. Sabda Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam yang bermaksud: “Apabila engkau memohon, pohonlah kepada Allah dan apabila engkau meminta pertolongan, maka pintalah pertolongan dengan Allah.” Perbincangan: 1) Jelaskan peranan iman dalam kehidupan manusia. 2) Bincangkan amalan dan kesan halawatul iman dalam kehidupan seseorang muslim. Perbezaan Antara Akidah dan Ideologi Akidah dan ideologi adalah kepercayaan ataupun fahaman yang amat berbeza. Ideologi merupakan kepercayaan dan dasar hidup yang bersumberkan selain al- Qur’an dan al-Hadith dan meninggalkan kesan kepada manusia sama ada dari segi fikiran atau tindakan. Akidah Islam dari Allah, sudah pasti kesempurnaan yang nyata sebagai pencipta makhluk berbanding dengan ideologi ciptaan manusia yang mempunyai banyak kekurangan dan kelemahannya. Akidah Islam sesuai bagi setiap masa dan tempat kerana ia bersandarkan kepada asas yang tepat iaitu al-Qur’an dan al-Hadith. Ia tidak berubah walau apapun yang melanda sebaliknya ideologi mudah berubah dan bertukar mengikut kehendak hawa nafsu manusia itu sendiri. Akidah Islam merangkumi semua aspek kehidupan, sementara ideologi tidak merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia (politik, ekonomi, pendidikan,
  • 9. (PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH) 9 akhlak dan lain-lain lagi). Contohnya komunisme dan kapitalisme yang hanya menjurus kepada bidang ekonomi semata-mata. Akidah Islam merupakan penyelamat ummah jika dibandingkan dengan ideologi yang tidak tetap pendirian. Ideologi hanyalah menjaga kepentingan pemerintah dan taasub perkauman sehingga berlakunya penindasan, pemerasan terhadap sesama manusia bahkan terbukti bergaduh sesama manusia. Contohnya, kita boleh lihat dengan runtuhnya ideologi komunis yang dimusnahkan oleh penganutnya sendiri kerana gagal dalam memberikan kebahagiaan dalam kehidupan manusia. Begitu juga dengan ideologi-ideologi lain nampak jelas kegagalannya sehingga menjadi penyumbang meruntuhkan akhlak generasi muda hari ini. Ahli Sunnah Wal Jama’ah Jika kita merenungkan makna-makna dalam kalimat as-Sunnah dan makna- makna dalam kalimat al-Jama’ah, seperti yang dibincang dalam beberapa nash syari’at, dan seperti yang diungkapkan serta difahami oleh para salafus soleh, kita akan tahu dengan jelas bahawa hal itu hanya cocok dan sesuai dengan golongan ahli Sunnah wal Jama’ah. Siapa sebenarnya mereka? Apa sifat-sifat mereka? Dan apa manhaj mereka? Berdasarkan hal itu kita perlu mengidentifikasi siapa sebenarnya ahli sunnah wal jama’ah dari beberapa segi sekitar yang menyangkut sifat-sifat mereka, ciri-ciri mereka, manhaj mereka, dan definisi mereka menurut kaca mata orang-orang salafus soleh bahawa yang dimaksud ialah mereka. Sebab, pemilik rumah itu jelas yang paling tahu isi rumahnya, dan mereka itu yang paling tahu rakyatnya. Di antara segi tinjauan yang memungkinkan kita biasa mengetahui siapa ahli sunnah wal jama’ah itu ialah: Pertama, sesungguhnya mereka adalah para sahabat Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam. Merekalah ahli sunnah, yakni orang-orang yang
  • 10. (PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH) 10 mengajarkannya, menjaganya, mengamalkannya, mengutipnya, dan membawanya baik dalam bentuk riwayat atau dirayat atau manhaj. Jadi merekalah yang paling dahulu mengenal sekaligus mengamalkan as-sunnah. Kedua, selanjutnya ialah para pengikut sahabat Rasaulullah shallallahu alaihi wa sallam. Merekalah yang menerima tongkat dan pengikhtarafan mengenai agama dari para sahabat, yang mengutip, yang mengetahui, dan yang mengamalkannya. Mereka adalah para tabi’in dan generasi yang hidup sesudah mereka, kemudian orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik sampai hari kiamat kelak. Mereka itulah sejatinya ahli sunnah Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam. Mereka berpegang teguh padanya, tidak mereka cipta bid’ah macam- macam, dan tidak mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang yang beriman. Ketiga, ahli sunnah wal jama’ah, mereka adalah para salafus soleh, yakni orang- orang yang setia pada Al-Qur’an dan as-sunnah, yang konsisten mengamalkan petunjuk Allah dan Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam, yang mengikuti jejak langkah peninggalan para sahabat, para tabi’in, dan pemimpin-pemimpin pembawa petunjuk umat, yang jadi tokoh contoh dalam urusan agama, yang tidak membina bid’ah macam-macam, yang tidak menggantinya, dan yang tidak mengada-adakan sesuatu yang tidak ada dalam agama Allah. Keempat, ahli sunnah wal jama’ah ialah satu-satunya golongan yang berjaya dan mendapat pertolongan Allah sampai hari kiamat nanti, kerana merekalah yang memang cocok dengan sabda Nabi shallallahu alaihi wa sallam: “Ada segolongan dari umatku yang selalu membela kebenaran. Mereka tidak merasa terkena mudharat orang-orang yang tidak mendukung mereka sampai datang urusan Allah dan mereka tetap dalam keadaan seperti itu..” Dalam satu lafaz lain disebutkan:
  • 11. (PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH) 11 “Ada segolongan umatku yang senantiasa menegakkan perintah Allah….” Kelima, mereka adalah orang-orang yang menjadi asing atau aneh ketika dimana-mana banyak orang yang suka mengikut hawa nafsu, berbagai kesesatan maharajalela, bermacam-macam perbuatan bid’ah sangat marak, dan zaman sudah rusak. Hal itu berdasarkan sabda Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam: “Semula Islam itu asing dan akan kembali asing. Sungguh beruntung orang-orang yang asing.” Rasulullah shalallahu alaihi wa sallam juga bersabda: “Sungguh beruntung orang-orang yang asing, yakni beberapa orang soleh yang hidup di tengah-tengah banyak manusia yang jahat. Lebih banyak orang yang memusuhi mereka daripada yang taat kepada mereka.” Sifat tersebut secocok dengan ahli sunnah wal jama’ah. Keenam, mereka adalah para ahli hadis, baik riwayat mahupun dirayat. Kerana itulah kita melihat para tokoh kaum salaf menafsirkan al tha’ifat al manshurat dan al firqat al najiyat, yakni orang-orang ahli sunnah wal jama’ah, bahawa mereka adalah para ahli hadis. Hal itu berdasarkan riwayat dari Ibnu Al-Mubarak, Ahmad bin Hambal, Al Bukhari, Ibnu Al-Madini, dan Ahmad bin Sinan. Ini benar, kerana para ahli hadislah yang layak menyandang sifat tersebut, mereka adalah para pemimpin ahli sunnah. Kalimat al tha’ifat al manshurat Imam Ahmad bin Hanbal mengatakan: “Kalau yang dimaksud dengan mereka bukan ahli hadis, saya tidak tahu lalu siapa lagi?!”
  • 12. (PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH) 12 Al Qadhi Iyadh mengatakan: “Sesungguhnya yang dimaksud dengan mereka oleh Imam Ahmad ialah ahli sunnah wal jama’ah, dan orang yang percaya pada madzhab ahli hadis.” Menurutnya, seluruh kaum muslimin yang tetap berpegang pada fitrah aslinya dan tidak suka menuruti keinginan-keinginan nafsu serta tidak suka melakukan berbagai macam bid’ah, mereka adalah ahli sunnah. Mereka mengikuti jejak langkah ulama-ulama mereka berdasarkan petunjuk yang benar. Kenapa Dinamakan Ahli Sunnah Wal Jama’ah? Dinamakan ahli sunnah, karena mereka adalah orang-orang yang berpegang pada sunnah Rasulullah shalallahu alaihi wa sallam, “Kalian harus berpegang teguh pada sunnahku.” “Ahl” bermaksud keluarga, golongan atau pengikut. “Sunnah” bermaksud apa yang datang daripada Nabi s.a.w. sama ada perbuatan, ucapan atau pengakuan. Adapun as-sunnah juga bererti, syara’ atau agama, dan petunjuk lahir batin yang diterima oleh sahabat dari Rasulullah shalallahu alaihi wa sallam, lalu diterima oleh para tabi’in dari mereka, kemudian diikuti oleh para pemimpin umat dan ulama-ulama yang adil yang menjadi tokoh panutan, dan oleh orang-orang yang menempuh jalan mereka sampai hari kiamat nanti. Berdasarkan hal inilah maka orang yang benar-benar mengikuti as-sunnah disebut sebagai ahli sunnah. Merekalah yang sosok dengan kenyataan tersebut. Sementara nama al-jama’ah, karena mereka berpegang pada pesan Rasulullah shalallahu alaihi wa sallam untuk setia pada jama’ah atau kebersamaan. Mereka bersama-sama sepakat atas kebenaran, dan berpegang teguh padanya. Mereka mengikuti jejak langkah jama’ah kaum muslimin yang berpegang teguh pada as sunnah dari generasi sahabat, tabi’in, dan para pengikut mereka. Mengingat mereka bersama-sama bersatu dalam kebenaran, bersama-sama bersatu ikut pada jama’ah, bersama-sama bersatu taat pada pemimpin mereka, bersama-
  • 13. (PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH) 13 sama bersatu melakukan jihad, bersama-sama bersatu tunduk kepada para penguasa kaum muslimin, bersama-sama bersatu mengerjakan yang makruf dan mencegah dari yang mungkar, bersama-sama bersatu mengikuti as-sunnah, dan bersama-sama bersatu meninggalkan berbagai perbuatan bid’ah, perbuatan yang terdorong oleh keinginan-keinginan nafsu, serta perbuatan yang mengundang perpecahan, maka merekalah jama’ah sejati yang mendapat perhatian Rasulullah shalallahu alaihi wa sallam. Terakhir kita sampai pada sebuah kesimpulan yang konkrit bahwa nama dan sifat ahli sunnah wal jama’ah adalah istilah yang bersumber: Pertama, dari sunnah Rasulullah shalallahu alaihi wa sallam ketika beliau menyuruh dan berpesan kepada kaum muslimin untuk berpegang teguh padanya, sebagaiman sabda beliau, “Berpegang teguhlah kalian pada sunnahku”, ketika beliau menyuruh dan berpesan kepada mereka untuk setia pada jama’ah, dan melarang menentang serta memisahkan diri darinya. Jadi nama ahli sunnah wal jama’ah adalah nama pemberian Rasulullah shalallahu alaihi wa sallam. Beliaulah yang menyebut mereka seperti itu. Kedua, dari peninggalan sahabat dan para salafus saleh yang hidup pada kurun berikutnya. Peninggalan tersebut menyangkut ucapan, sifat, dan tingkah laku mereka. Nama itu sudah mereka sepakati bersama dan menjadi sifat para pengikutnya. Peninggalan-peninggalan mereka itu ada pada karya-karya mereka yang tertulis dalam kitab-kitab hadist dan atsar. Ketiga, istilah ahli sunnah wal jama’ah adalah keterangan syari’at yang didukung dengan kenyataan yang benar-benar ada. Istilah itu membezakan antara orang- orang yang setia pada kebenaran dari orang-orang yang suka membikin bid’ah dan menuruti keinginan-keinginan hawa nafsu. Ini berbeda dengan anggapan sementara orang yang mengatakan, bahwa ahli sunnah wal jama’ah adalah sebuah nama yang muncul di tengah perjalanan zaman. Nama ini baru ada di tengah-tengah perpecahan kaum muslimin. Padahal sebenarnya tidak begitu. Itu anggapan yang keliru. Ahli sunnah wal jama’ah adalah istilah atau nama ala
  • 14. (PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH) 14 syari’at yang berasal dari kaum salaf umat Islam. Artinya, ia sudah ada semenjak zaman sahabat dan para tabi’in yang hidup pada periode-periode awal Islam. Mengenai anggapan sementara orang yang sudah menjadi budak nafsu bahwa ahli sunnah itu hanya terbatas pada orang-orang salaf mereka saja, dan bahwa yang dimaksud dengan salafus soleh adalah orang-orang yang mengikuti madzhab mereka, itu memang benar. Anggapan tersebut tidak keliru, karena salafus soleh memang ahli sunnah. Begitu pula sebaliknya, baik ditinjau dari pengertian syari’at maupun kenyataannya, sebagaimana yang sudah saya kemukakan di atas. Jadi siapa yang tidak mengikuti madzhab salaf dan tidak menempuh manhaj serta jalan mereka, berarti ia telah memisahkan dari as sunnah dan jama’ah. Perlu kita katakan kepada orang-orang sesat yang meng-ingkari as sunnah dan para pengikutnya, bahwa itulah yang dimaksud as sunnah, dan mereka itulah para pengikutnya yang bernama ahli sunnah wal jama’ah. Jika kita berpaling dan menolak ucapan yang benar ini, maka kita hanya bisa mengingatkan mereka apa yang pernah dikatakan oleh Nabi Nuh alaihi salam kepada orang-orang yang berpaling dari seruan dakwahnya, seperti yang tertuang dalam firman Allah Ta’ala ini: “Berkata Nuh, ‘Hai kaumku, bagaiman pikiranmu, jika aku ada mempunyai bukti yang nyata dari Tuhanku, dan diberi-Nya aku rahmat dari sisi-Nya, tetapi rahmat itu disamarkan bagimu. Apakah akan kamu paksakan kamu menerimanya, padahal kamu tiada menyukainya?” Latihan: 1)Apakah masalah yang menjadi punca utama perpecahan antara mazhab Muktazilah dan mazhab Ahli Sunnah? 2)Iktikad yang dipegang oleh mazhab Muktazilah sangat berbeza dengan iktikad yang dipegang oleh mazhab Ahli Sunnah Wal
  • 15. (PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH) 15 Jamaah. Jelaskan pendapat anda berpandukan hujjah-hujjah yang sesuai bagaimana perbezaan ini boleh berlaku? Apakah Ahli Sunnah Dibatasi Oleh Ruang dan Waktu? Ahli sunnah wal jama’ah itu tidak dibatasi oleh ruang dan waktu. Mereka banyak terdapat di sebuah negara, namun sedikit di negara lainnya. Mereka terdapat banyak pada suatu kurun zaman, tetapi hanya sedikit pada kurun zaman yang lain. Di tengah-tengah mereka terdapat tokoh-tokoh terkemuka yang menjadi pelita kegelapan dan hujjah Allah terhadap makhluk-Nya hingga hari kiamat nanti. Dan karena jasa merekalah terwujud janji Allah yang akan menjaga agama ini. Dengan demikian jelaslah siapa sebenarnya ahli sunnah wal jama’ah? Siapa itu salafus saleh? Pernyataan golongan-golongan tertentu yang mengaku sebagai ahli sunnah wal jama’ah tetapi nyatanya mereka justeru memisahkan diri dari as sunnah dan jama’ah, serta menyerang para salafus saleh atau sebahagian dari mereka, adalah pernyataan yang ditolak berdasarkan ketentuan-ketentuan syari’at, dasar-dasar ilmiah, dan fakta-fakta sejarah. Demikian pula harus ditolak pengakuan-pengakuan bahawa seluruh kaum muslimin itu setia pada sunnah. Pengakuan seperti itu selain mendustakan berita dari Allah dan Rasul utusan-Nya shalallahu alaihi wa sallam yang menyatakan bahawa ada perpecahan, juga berlawanan dengan kenyataan yang ada. Demikian pula dengan pernyataan dan pengakuan-pengakuan lainnya. Berdasarkan hal itu, maka sesungguhnya as-sunnah bukanlah partai atau semboyan atau aliran yang dianut secara fanatik. Tetapi ia merupakan warisan peninggalan Nabi, metode yang benar, jalan yang lurus tali yang kuat, dan jalan orang-orang beriman yang terang seterang siang. Siapa yang berpaling darinya pasti ia akan celaka.
  • 16. (PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH) 16 Berbagai kesalahan, kekeliruan, dan bid’ah yang dilakukan oleh orang-orang ahli bid’ah atau oleh orang-orang yang mengaku sebagai ahli sunnah, itu sama sekali bukan dari ajaran as-sunnah dan bukan mengikuti manhaj yang benar. 1) Latihan : Apakah yang dikatakan mazhab Ahli Sunnah dan siapakah pengasasnya? 2) Bagaimana mazhab ini mula muncul dan bilakah masanya? 3) Apakah asas pokok pegangan mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah? 4) Kenapakah mazhab Ahli Sunnah dikatakan sebagai mazhab yang paling rasional dan dapat diterima oleh majoriti umat Islam? KELEBIHAN DAN KEKUATAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH Manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah mempunyai kelebihan-kelebihan dan kekuatan yang menyebabkan ia mampu menghadapi pelbagai cabaran pada setiap zaman sehinggalah ke hari ini. Antara kelebihan-kelebihan itu ialah: 1. Al-Wasatiyyah : Manhaj al-Imam Abu Hasan al-Asy’ari merupakan mazhab yang wasaf dan adil antara faham Muktazilah yang keterlaluan menggunakan akal. Faham Muktazilah menjadikan akal sebagai neraca dalam menentukan kebenaran nas dan menganggap naql (dalil naqli) sebagai pengikut semata-mata kepada aqla (akal). 2. Assawad Al-A’zam : Ahli Sunnah Wal Jamaah merupakan golongan yang disebut dalam hadis sebagai Assawad al-A’zam (kumpulan terbesar). Dalam beberapa hadis, Rasulullah SAW memerintahkan umatnya berada bersama golongan ini ketika wujud perbezaan dan khilaf dalam kalangan umat Islam:
  • 17. (PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH) 17 “Sesungguhnya umatku tidak akan sekata (ijmak) dalam perkara yang sesat. Apabila kamu melihat perbezaan pendapat maka hendaklah kamu berada bersama kumpulan terbesar (Assawad al-A’zam).” Daripada hadis ini dapat diambil kesimpulan bahawa Assawad al-A’zam merupakan tali penyelamat ketika berhadapan dengan gelombang pemikiran, aliran fahaman dan mazhab yang berkecamuk di tengah-tengah masyarakat pada setiap zaman. 3. Pendekatan Bermazhab : Ahli Sunnah Wal Jamaah menggunakan pendekatan bermazhab dalam memahami dan mengamalkan ajaran Quran dan Sunnah dan dalam melaksanakan prinsip ijtihad. Al-Imam Abu Hasan al-Asy’ari mahupun al-Imam Abu Mansur al-Maturidi – yang manhaj kedua-duanya dalam menghuraikan akidah membentuk mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah – bukanlah mencipta mazhab baharu dan tersendiri. Sebaliknya, mereka menurut mazhab salaf daripada para Sahabat dan tabiin dalam menegakkan akidah bersandarkan hujah-hujah naqli dan aqli. Oleh itu, Ahli Sunnah Wal Jamaah ialah mereka yang mengikuti sunnah Rasulullah s.a.w. dan sunnah para sahabatnya dalam masalah akidah keagamaan (aqa’id badaniyyah), amalan lahiriah (a’mal badaniyyah) serta akhlak hati (akhlaq qalbiyyah). Sambil-Sambil Rehat:Dimanakah letaknya kelebihan dan kekuatan Ahli Sunnah Wal Jamaah? Apakah prinsip-prinsip utama Ahli Sunnah Wal Jamaah? Cuba anda fikirkan... Perbincangan: 1)Apakah jenis-jenis syirik? 2)Nyatakan kesan dan kerosakan syirik? 3)Islam menutup jalan-jalan syirik, bincangkan?
  • 18. (PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH) 18 SYIRIK Syirik diambil daripada perkataan Arab yang bererti berkongsi atau bersepakat. Mensyirikkan Allah s.w.t. bermakna menyekutukan Allah SWT dengan sesuatu benda atau makhluk. Dalam kata lain, syirik dilihat daripada sudut taraf dan kedudukan antara Allah SWT dengan makhluk. Jika berlaku persamaan dan percampuran, maka berlaku syirik. Syirik mempunyai dua bahagian: 1. Syirik Jali (syirik terang-terangan) atau disebut juga syirik akbar (syirik yang terbesar). 2. Syirik Khafi (syirik tersembunyi/samar) atau disebut juga syirik ashghar (syirik yang paling kecil). Syirik akbar yang menyembah Tuhan selain Allah. Syirik ashghar (syirik yang paling kecil) iaitu riya’. Orang-orang yang menginginkan kemanfaatan dunia dengan melalui amalan akhirat. Syirik ini adalah kebalikan dari ikhlas. Allah menjelaskan dalam surah Yusuf, ayat 106 yang bermaksud: “Meskipun kebanyakan mereka sudah beriman kepada Allah dalam pada itu mereka tidak sunyi daripada berbuat syirik.” Perkataan syirik mempunyai makna yang sama dengan kufur. Walaupun dalam kalangan ulama yang membezakan antara kufur dengan syirik. Apabila dilihat kepada maknanya, ia tidak mempunyai perbezaan. Perbezaan yang dapat di anggap dua perkataan itu mempunyai makna yang berbeza. Begitu juga kafir dianggap syirik kerana mencabar wujudnya Allah, keesaannya dan kesempurnaannya apabila dia menerima sesuatu yang lain. Boleh juga
  • 19. (PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH) 19 dianggap syirik apabila mendustakan risalah Nabi Muhammad ataupun sebahagian daripadanya. Mendustakan perkara yang diwajibkan oleh Allah supaya beriman kepadanya. Adalah dianggap syirik kepada orang-orang yang tidak redha dengan hukum Allah ataupun sebahagian daripada hukumnya. Menganggap hukum yang lain lebih baik ataupun lebih adil daripadanya seperti yang berlaku dalam hadith Nabi Muhammad kepada Adi bin Hatim bagi menjelaskan ayat 31, surah al-Taubah: Maksudnya: “Mereka jadikan paderi-paderi dan pendeta-pendeta mereka sebagai tuhan yang lain daripada Allah.” Pemujaan kubur yang dianggap keramat, mempercayai kesaktian yang ada pada para wali serta bomoh merupakan perkara khurafat yang sering diamalkan dalam aliran kepercayaan akan mengheret pengikutnya menyekutukan Allah swt. Al- Quran telah menggariskan bahawa syirik besar ini terbahagi kepada empat bahagian, iaitu syirik dalam memberikan kasih sayang, syirik dalam memberikan ketaatan, syirik dalam niat dan kehendak serta syirik dalam permintaan, pertolongan dan doa. Keempat-empat bahagian syirik jelas wujud dalam kesemua ajaran sesat yang ada dari dulu dari sekarang. Allah swt mengingatkan manusia agar tidak menyekutukan-Nya sama ada dari sudut zat, sifat, nama mahupun perbuatan-Nya kerana Allah swt tidak akan mengampunkan dosa golongan ini sebagaimana yang dinyatakan dalam firman- Nya :   
  • 20. (PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH) 20   Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukan-Nya dengan sesuatu (apa jua), dan akan mengampunkan yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut peraturan hukum-hukumNya); dan sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu (apa jua), maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh”. (Surah al-Nisa’ : 116) Peringatan Allah swt dalam al-Quran perihal menyekutukannya adalah jelas. Barangsiapa yang mensyirikkan-Nya nescaya akan terhapus segala amalannya. Tidak ada satu kuasa yang mampu mengatasi kuasa Allah swt dan segala amalan yang dilakukan hendaklah untuk Allah swt semata-mata sebagaimana firman-Nya :      Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Tiada sekutu bagi-Nya, dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan, dan aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang awal pertama - (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintah-Nya)". (Surah al-An’am, 6 : 162-163) Besar kemungkinan seseorang itu boleh tergelincir akidahnya menjadi murtad disebabnya mensyirikkan Allah swt mahupun menyalahi prinsip utama ajaran Islam.
  • 21. (PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH) 21 Kufur pula lawan kepada iman, iaitu berpaling daripada kebenaran dan melakukan maksiat setelah melakukan ketaatan dan beriman. Kufur juga boleh disimpulkan sebagai penafian dan keingkaran terhadap apa-apa sahaja yang datang daripada Allah swt melalui rasulnya-Nya tanpa sebarang keraguan. Seseorang itu akan menjadi kafir jika dia ingkar kepada perintah Allah swt dan taat kepada perintah taghut dalam keadaan dirinya sedar (tidak lupa atau gila). Walau bagaimanapun, sekiranya ia seorang yang jahil;tidak mengetahui bahawa perbuatannya mengingkari perintah Allah swt dan menyalahi rukun Islam serta rukun iman, maka ia tidak digolongkan sebagai kafir. Begitu juga seseorang akan menjadi murtad jika dia kembali kepada kekufuran setelah dia menerima Islam sebagai pegangannya. Terdapat pengikut ajaran sesat yang menganut kepercayaan lain sebelum Isalam kemudian memeluk Islam seterusnya berpaling tadah kepada agama asal mereka (tanpa sebarang paksaan) akibat terpengaruh dengan ajaran sesat ini. Firman Allah swt :       Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah ia beriman (maka baginya kemurkaan dan azab dari Allah), kecuali orang yang dipaksa (melakukan kufur) sedang hatinya tenang tenteram dengan iman; akan tetapi sesiapa yang terbuka hatinya menerima kufur maka atas mereka tertimpa kemurkaan dari Allah, dan mereka pula beroleh azab yang besar. (Surah al-Nahl, 16: 106 )
  • 22. (PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH) 22 Kesesatan yang mendasari akidah atau keimanan terutamanya menyentuh kepercayaan kepada Allah swt dengan mempercampuradukkan dengan pemikiran falsafah Neoplatonisme, Batiniah, Hinduisme mahupun Kristian bahkan ada antaranya mengaku dirinya Tuhan dan rasul yang diutuskan bukan sekadar sesat tetapi kufur kepada Allah swt. Kedudukan golongan ini lebih bahaya daripada gerakan Kristianisasi kerana mereka bergerak atas nama Islam, berpakaian dan melaksanakan cara hidup sebagaimana umat Islam yang lain, hanya akidah mereka sahaja yang mempengaruhi terpesong. Oleh itu, mereka lebih mudah untuk mempengaruhi masyarakat agar sama-sama menyertai kumpulan mereka. Sesat Dalam Beragama Sesat dalam beragama termasuklah cenderung melaksanakan sesuatu amalan atau doktrin ajaran yang nyata bertentangan dengan Islam. Antara perkara yang membawa umat Islam sesat dalam beragama termasuklah meyakini dan mengamalkan sesuatu ajaran yang difatwakan sesat. Perkara seumpama ini berlaku disebabkan pemujaan yang keterlaluan kepada pemimpin dengan memberikan segala ketaatan kepada ketua dengan membuta tuli tanpa sebarang pertanyaan, komentar mahupun kritikan. Secara tidak langsung, keadaan ini membuka peluang kepada golongan tertentu untuk mendapatkan kepentingan tertentu dalam dunia ini. Selain itu, perkara ini boleh berlaku disebabkan oleh keghairahan para pengikut meramalkan perkara ghaib yang berkaitan dengan Kiamat. Dari aspek akidah, walaupun penyelewengan akidah yang dilakukan hanya sedikit tetapi penyelewengan itu tetap dianggap sesat. Dalam kata lain, iman seseorang akan runtuh walaupun seseorang itu mengingkari hanya satu huruf daripada keseluruhan al-Quran.
  • 23. (PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH) 23 Sering kali golongan yang terlibat dengan ajaran sesat ini bukan hanya sesat dari segi syariat tetapi sesat juga dari segi akidah. Walau bagaimanapun, kesesatan dari segi pengamalan syariat seperti melakukan nikah batin (berzina), minum arak dan lain-lain akan membawa kepada sesat dari sudut akidah sekiranya pengikut aliran ini beriktikad bahawa perbuatan ini adalah sebahagian daripada syariat Islam. Firman Allah swt :      Sesungguhnya orang-orang yang kafir sesudah mereka beriman, kemudian mereka bertambah kufur lagi, tidak sekali-kali akan diterima taubat mereka, dan mereka itulah orang-orang yang sesat. (Surah al-‘Imran, 3 : 90) Fenomena ini seolah-olah menggalakkan kehidupan yang berteraskan hawa nafsu sehingga melahirkan gejala anak luar nikah dan seks bebas dalam masyarakat. Firman Allah swt dalam Surah al-Kahf, ayat ke-103 dan 104 :       Katakanlah (Wahai Muhammad): "Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya? (Iaitu) orang-orang yang
  • 24. (PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH) 24 telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan". MURTAD DAN BAHAYANYA Murtad berasal daripada perkataan riddah dalam bahasa Arab. Riddah bermaksud ‘kembali daripada sesuatu kepada selainnya’. Adapun daripada sudut syarak, murtad ialah keluarnya Muslim yang mukalaf daripada agama Islam dengan kerelaan hatinya. Menurut Abdul Kadir Audah, murtad boleh terjadi kerana keengganan melaksanakan hukum-hukum yang telah ditetapkan oleh syariat dan digantikan dengan undang-undang ciptaan manusia kerana asal kedudukan hukum dalam Islam mestilah berdasarkan kepada ketetapan Allah. Hukum lain adalah diharamkan. Gaya hidup anti agama yang berteraskan materialisma dan cengkaman sekularisma telah mendedahkan umat Islam kepada kerapuhan sistem keimanan mereka. Kesungguhan musuh-musuh Islam menyebar luaskan dakyah mereka melalui pendekatan 3G. Gospel, Goal, dan Glory telah berjaya mengisi kekosongan iman orang Islam sehingga mereka tergamak untuk murtad. .Kehalusan gerakan mereka dikesan seperti “garam dan ragi”. Garam sebagai perasa, ragi untuk penapaian. Contohnya ubi kayu. Waktu siang asalnya ubi kayu diletak ragi, esoknya masih lagi bentuk ubi kayu tapi sebenarnya tapai. Maksudnya, kita kekal sebagai orang Melayu dengan identiti Islam tetapi hakikatnya kehidupan kita bukan cara Islam lagi. Peristiwa seperti ini boleh dilihat dalam kehidupan sosial masyarakat Islam pada hari ini. Kemuncak krisis keyakinan kepada Allah diterjemahkan dengan tragedi murtad. Dulu kita menyangka bahawa kes Natrah adalah kes pertama dan terakhir akidah seorang Islam dileburkan dengan keputusan mahkamah. Apabila orang Islam bangkit
  • 25. (PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH) 25 beramai-ramai membantah paksaan murtad kepada Natrah. Orang Melayu Islam menjangkakan pihak berkuasa mengambil iktibar. Tetapi selepas itu segala- galanya menjadi sepi sehingga kita dikejutkan dengan: Kes 1: Aisyah Hj. Bukhari Aisyah Hj. Bukhari adalah gadis Melayu biasa yang didedahkan dengan ilmu yang sepatutnya. Dikhabarkan dia dihantar ke sekolah agama dan belajar sehingga tingkatan 6 atas. Kelulusannya melayakkan dirinya menjadi ustazah atau melanjutkan ke peringkat university Al-Azhar. Dia dibesarkan dalam suasana yang bapanya imam. Datuknya juga imam. Dia juga hafal surah Yasin dan Surah Sajadah. Semasa belajar di ITM dia terlibat dalam gerakan Islam. Dia didedahkan dengan gerakan Islam, dia tahu kelemahan-kelemahan Bible. Dari segi keterampilan, dia budak perempuan Melayu seperti biasa, pakai tudung dengan baju kurung bunga-bunga. Tinggal di lembah keramat AU5C. Begitulah juga keterampilan kakaknya. Selepas 2 tahun tinggal di Kuala Lumpur, pada 19 Nov 1997 dia menghubungi ayahnya dan berkata, “Assalamualaikum ayah! Ni Intan (nama manja) cakap. Intan nak bagitahu, Intan dah Kristian.” Bayangkan betapa hancurnya hati seorang bapa. Kita sendiri merasa hairan bagaimana dia boleh murtad. Aisyah adalah simbol anak Melayu yang telah dididik dengan sempurna tetapi masih boleh murtad. Apa lagi mereka yang tidak terdidik. Apa yang Haji Bukhari boleh buat? Hanya linangnan airmata sahaja. Masuk TV menangis, keluar radio menangis, pergi forum menangis. Tiada apa yang boleh dibuat Hj Bukhari. Kes 2 : Hartina Hj Kamaruddin Diceritakan Haji Kamarudian seorang penjual satay di Perak. Beliau izinkan anaknya, Hartina, untuk bekerja di Kuala Lumpur selepas dia berumur 18 tahun. Selepas 9 bulan, Hartina balik ke restoran bapanya dalam keadaan Hindu. Anak yang dimanjakan begitu rupa balik mencabar bapanya, dengan membawa teman lelaki dan kawan-kawan teman lelakinya sambil berpeluk-peluk. Oleh kerana
  • 26. (PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH) 26 terlalu marah Haji Kamarudin menetak teman lelakinya di tengkuk. Akibatnya Haji Kamarudin juga dipukul oleh kawan-kawan Hartina sehingga hampir pengsan. Adik lelaki Hartina berumur 16 tahun turut dibelasah kerana hendak menyelamatkan akidah kakaknya di depan kedai tempat bapanya berniaga. Berhubung dengan golongan murtad, dalam surah al-Baqarah ayat 217, Allah mengatakan, “Dan sesiapa di antara kamu murtad daripada agamanya (Islam), lalu dia mati sedang dia tetap kafir, rosak binasa amal usahanya di dunia dan di akhirat, dan mereka itu adalah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya.” Ijmak ulama menyatakan Muslim yang ingkar kepada apa-apa yang ditetapkan oleh Allah menjadi murtad, kecuali dia benar-benar jahil. Apabila diberitahu dan ditegakkan hujah, namun dia masih tetap dengan keingkarannya, maka dihukumkan kufur dan murtad. Ingkar itu berlaku dengan perkataan dan perbuatan yang tidak mungkin ditakwil melainkan kufur menurut nas yang jelas. Sebarang perkataan yang menepati maksudnya seperti tulisan, sama ada yang berbentuk buku ataupun makalah dalam akhbar, majalah, juga resolusi-resolusi yang diambil oleh satu-satu persidangan atau seumpamanya. Kes 3 : Suzie Teoh Kes Suzie Teoh, seorang budak perempuan dari Kelantan berumur 16 tahun telah memeluk Islam atas kerelaan sendiri. Bapanya amat marah dan menyaman anaknya sendiri dan Majlis Agama Islam Negeri Kelantan, sehingga ke mahkamah persekutuan. Dia memohon pada mahkamah, agar diistiharkan pengIslaman anaknya tidak sah. Tun Salleh Abbas sebagai hakim yang bijaksana telah menangguhkan kes Suzie Teoh selama 2 tahun. Selepas Suzie Teoh berumur 18 tahun, Tun Salleh Abbas membuka semula kes ini dan Suzie diberi peluang untuk mengisytiharkan
  • 27. (PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH) 27 agamanya sendiri. Terketar-ketar sambil menangis, Suzie berkata ” Saya yang arif, kekal dalam agama saya, saya masih nak nama Nur Aini.” Maka Tun Salleh Abas pun dengan bangga mengisytiharkan Islamnya sah dengan namanya Nur Aini. Selamat akidah seorang wanita. Malangnya Tun Salleh Abas dipecat atas 5 tuduhan. Itulah harga yang Tun Salleh Abas terpaksa bayar. Kes 4 : Pembunuhan Keluarga Ibrahim Saudara Ibrahim, isterinya Siti Solehah dan anak perempuannya usia 5 bulan mati dipancung kerana tidak mahu kembali kepada agama asalnya, Hindu. Pada malam 14 Februari, mereka mati dipancung dalam sebuah kontena demi mempertahankan agama. Bukan sahaja Ibrahim dipancung kepalanya sehingga putus, tangannya juga turut dipotong. Ibrahim adalah seorang saintis Pakar Geologi manakala isterinya Siti Solehah, seorang Pakar Botani. Tanda-tanda syahid jelas pada ketiga mayat tersebut. Walaupun 5 hari dalam peti sejuk darah masih memancut keluar pada ketiga-tiga mayat. Bayi yang berusia 5 bulan masih mengalirkan darah hangat seperti baru meningal dunia. Peluh terpercik pada dahi mereka. Mereka dikebumikan di kubur Bukit Kiara. Penulis difahamkan kes ini ditutup dengan alasan menjaga sensitiviti kaum. Sekali lagi orang Islam tidak mendapat pembelaan sewajarnya. Kisah di atas menggambarkan bagaimana akidah umat Islam di Malaysia terdedah dengan murtad walaupun perlembagaan persekutuan melindungi akidah mereka. Begitu juga Hakim yang cuba melindungi akidah muslim dengan kebijaksanaannya, akhirnya dipecat dan diperhinakan sebegitu rupa. Disamping itu mereka yang gagal dipujuk untuk murtad akhirnya dibunuh. Justeru itu Salleh Ismail merumuskan dalam tesis Ph.D nya bahawa Jenayah Murtad di Malaysia telah sampai ke tahap yang membimbangkan. Keperluan kepada undang- undang yang berwibawa untuk menangani kes murtad amat mendesak. Senario ini juga menimbulkan persoalan adakah perundangan sedia ada tidak menjamin akidah umat Islam atau sikap umat Islam sendiri dan pemimpin mereka yang
  • 28. (PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH) 28 membiarkan akidah mereka terancam. Kekalutan yang timbul reda seketika apabila Utusan Malaysia melaporkan pada 20 April 1998 bahawa Datuk Dr Abdul Hamid Osman Menteri Di Jabatan Perdana Menteri dipetik berkata bahawa Draf Rang Undang-Undang Pemulihan Akidah berada diperingkat akhir pengubalan dan menanti persetujuan kerajan pusat dan kerjaaan - kerajaan negeri. Namun selepas menunggu lebih dari 10 tahun rang undang-undang tersebut masih belum muncul. Kita digemparkan lagi dengan kes Lina Joy. Keputusan Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim bersama seorang lagi hakim Dato' Alauddin Dato' Mohd Sheriff mengetepikan permohonan Azlina Jailani, 42, yang lebih popular dengan nama Lina Joy, untuk membuang status agamanya daripada kad pengenalan beliau amat melegakan umat Islam di Malaysia. Walaubagaimanapun Hakim Besar Sabah dan Sarawak Dato' Richard Malanjun membenarkan permohonan tersebut. Oleh itu keputusan ini dicapai melalui majoriti 2:1 menolak permohonan Lina Joy. Menurut keputusan mahkamah, Lina Joy, yang telah pun menukarkan agamanya kepada Kristian, perlu mendapatkan sijil pengisytiharan daripada Mahkamah Syariah untuk mengesahkan dia tidak lagi menganut agama Islam sebelum Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) boleh menggugurkan perkataan "Islam" dalam kad pengenalannya. Ahmad Fairuz berkata JPN berhak untuk mengenakan syarat kepada Lina Joy memintanya mengemukakan sijil atau deklarasi atau satu perintah daripada Mahkamah Syariah untuk mengesahkan dia keluar daripada Islam sebelum bertindak menggugurkan perkataan Islam dalam kad pengenalannya. Menurut laporan Bernama, Lina mengemukakan rayuan itu kepada Mahkamah Persekutuan setelah Mahkamah Rayuan membuat keputusan pada 19 Sept 2005 menghalangnya daripada menggugurkan perkataan "Islam" daripada kad pengenalannya dengan alasan bahawa tindakannya keluar daripada Islam tidak mendapat pengesahan daripada Mahkamah Syariah atau pihak berkuasa Islam yang lain.
  • 29. (PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH) 29 Permohonan kepada Mahkamah Rayuan itu dilakukan setelah Mahkamah Tinggi, pada April 2001, menetapkan bahawa sebagai seorang Muslim, dia tidak boleh keluar daripada Islam, dan soal keluar daripada Islam, perlu diputuskan oleh Mahkamah Syariah. Lina menamakan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, kerajaan Malaysia dan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, Datuk Wan Ibrahim Wan Ahmad, sebagai responden.10 Kes ini telah menarik ramai pihak untuk memberi ulasan dan pandangan. Walaupun permohonan Lina Joy seolah-olah tiada kaitan dengan isu menukar agama tetapi implikasi sebenarnya adalah berkaitan hal murtad, yang begitu sensitif kepada umat Islam di Malaysia. Keputusan kes ini amat bertepatan dengan peruntukan 121(1A) Perlembagaan Persekutuan. Ia juga telah mempertegaskan semula keputusan Mahkamah sebelumnya bahawa Mahkamah Syariah memiliki kuasa yang diiktiraf oleh Perlembagaan dan Mahkamah Sivil tidak boleh campur tangan ke atas bidangkuasa dan keputusan Mahkamah Syariah. Walaubagaimanapun para pemerhati merumuskan bahawa kes ini tidak menyelesaikan kes murtad Lina Joy. Media melaporkan bahawa beliau telah mengaku memeluk agama Kristian. Ia keluar dari agama Islam iaitu Murtad. Timbul persoalan apakah pengakuan Lina Joy memeluk agama Kristian sudah boleh diterima dari sudut perundangan Islam bahawa beliau telah murtad. Jika beliau Murtad apakah tindakan yang sewajarnya dikeluarkan oleh Mahkamah Syarian. Bila berkaitan dengan mahkamah Syariah adakah ia memiliki bidang kuasa untuk membicara jenayah murtad. Apakah hukuman pesalah murtad boleh disabitkan oleh Mahkamah Syariah. Malah perkara yang lebih asas apakah undang-undang Islam di negeri – negeri khususnya di Selangor memperuntukan seksyen berkaitan dengan kesalahan murtad. Bagaimana pula dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan beragama iaitu semua orang bebas untuk memilih agama mereka. Konflik undang-undang bagi kesalahan murtad semakin penting untuk dikaji apabila ada beberapa kes lain yang memiliki latarbelakang kes yang hampir sama iaitu permohonan untuk menukar nama di dalam kad pengenalan dan
  • 30. (PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH) 30 pengistiharan keluar Islam. Pengalaman penyelidik sendiri semasa bertugas di Jabatan Agama Islam Selangor ada menerima permohonan dari Jabatan Pendaftaran Negara bagi mendapatkan ulasan berkenaan isu ini. Begitu juga dengan rayuan habeas corpus oleh sepasang suami isteri Mohmad Ya, 57, Kamariah Ali, 51, dan dua orang lelaki yang lain iaitu Daud Mamat, 62, dan Mat Yaakob Ismail, 56, yang menuntut supaya mereka dibebaskan dari tahanan di penjara Pengkalan Chepa, di Kelantan. Hakim Datuk Abdul Kadir Sulaiman dan Datuk Allaudin Mohd Sheriff juga telah menolak rayuan mereka berempat yang telah mengaku keluar dari Islam, untuk mendapat pengisytiharan hak kebebasan beragama. Di samping itu kes - kes ajaran sesat yang menyentuh secara langsung dengan kesahihan akidah Islamiyah. Umpamanya kes Puan Kamariah yang mendakwa bahawa dia tidak lagi beragama Islam selepas terlibat dengan ajaran Ayah Pin dan kes Hj Kahar yang mendakwa bahawa dirinya nabi melayu dan sebagainya. Isu seumpama ini amat serius apabila aktiviti hiburan juga dikaitkan dengan keruntuhan aqidah. Umpamanya hiburan Black Metal yang mengajak para pendengar menghina al-Quran malah keluar slogan anti Allah. Hiburan seperti ini secara langsung akan menjejaskan aqidah mereka. Sama ada serangan aqidah ini dirancang atau tidak, nyatanya aqidah umat Islam di Malaysia pada hari ini telah terancam. Malah kalau dahulu murtad hanyalah dilihat sebagai jenayah terkutuk tetapi hari ini ia boleh dipohon di mahkamah syariah sebagai kes sivil seperti di dalam kes Fatimah Tan. Justeru adalah diharapkan agar semua pihak sama ada para ulamak, pengamal undang-undang, pendakwah dan pemimpin politik yang memerintah untuk mengambil tindakan segera bagi memastikan kesucian akidah Islam terus terpelihara. Murtad Dengan Sebab Perbuatan
  • 31. (PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH) 31 Seseorang Islam boleh terkeluar dari agama Islam sekiranya dia melakukan perbuatan-perbuatan yang diharamkan dengan sengaja bertujuan menghina dan mempersendakan Islam seperti mencampakkan al-Quran, menyembah berhala, melakukan zina dengan mempercayai bahawa ia tidak haram. Begitu juga jika seseorang itu enggan mendirikan suruhan yang diwajibkan dengan sengaja atau mengingkari atau menghinanya seperti kewajipan mendirikan solat, berpuasa, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji, dengan disertai anggapan bahawa ia tidak wajib ke atasnya. Tindakan sedemikian bererti mengingkari kewajipan yang sabit dengan nas yang qat’i. Hukum murtad itu tidak diambil pada perkara-perkara yang kurang jelas ataupun sangkaan semata-mata. Ia mestilah berlaku secara putus dan tidak mungkin ditakwilkan, antaranya perkara-perkara yang perlu diketahui oleh setiap orang awam. Juga dalam perkara yang ada nas yang terang daripada al-Quran, hadith, ijmak dan Qias yang nyata. Murtad Dengan Sebab Perkataan Percakapan juga boleh membawa seseorang itu keluar dari agama Islam. Ini dapat digambarkan jika seseorang Islam itu mengeluarkan perkataan yang membawa kepada keengkaran wujudnya Allah atau tidak mengesakannya, mengisytiharkan dirinya seorang Rasul atau Nabi selepas wafatnya Nabi Muhammad s.a.w. atau mengingkari al-Quran atau sebahagiannya atau mengisytiharkan diri keluar dari Islam. Bincang dan Fikir:Apa kesudahannya dengan undang-undang murtad dalam negara kita? Ulama telah sepakat mengatakan hukum murtad ialah hukum bunuh, apakah anda menyokong atau menentang pandangan ini? Murtad Dengan Sebab I’tikad
  • 32. (PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH) 32 Seseorang Islam juga boleh terkeluar dari Islam sekiranya dia mempunyai kepercayaan yang bertentangan dengan agama Islam seperti tidak mempercayai kewujudan Allah, tiada hari akhirat dan Qiamat, alam ini terjadi dengan sendirinya, atau berkeyakinan bahawa perundangan Islam sudah lapuk serta ketinggalan zaman dan undang-undang ciptaan manusia adalah terbaik berbanding syariah Allah. Meskipun begitu, sekiranya seseorang Islam dipaksa untuk mengistiharkan dirinya keluar dari agama Islam sama ada melalui perbuatan atau perkataan, para cendikiawan fiqh menganggap perbuatan atau perkataan tersebut tidak membawa kepada murtad kerana wujudnya unsur paksaan. Ini bersesuaian dengan firman Allah ayat 106 surah al-Nahl: “Kecuali mereka yang dipaksa dan hatinya masih tenang dengan iman. Akan tetapi mereka yang yang lapang dadanya dengan kekufuran, maka di atas mereka kemurkaan dari Allah”. Punca Berlakunya Murtad Beberapa faktor penting yang menyebabkan berlakunya murtad adalah sepertimana berikut: 1. Tidak ada didikan agama yang mencukupi dan berkesan kepada mereka, sama ada oleh orang perseorangan atau pihak kerajaan. 2. Penjaga atau kedua ibu bapa tidak memberi sebarang didikan Islam, kerana mereka sendiri tidak mempunyai pengetahuan agama, anak-anak dibiarkan bergaul bebas dengan kawan-kawan yang beragama lain, sama ada Kristian, Hindu atau lain-lainnya.
  • 33. (PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH) 33 3. Menurut kajian yang dilakukan, murtad sering berlaku dalam kalangan anak- anak hasil daripada kahwin campur, sama ada perkahwinan sesama saudara baru, dengan orang Melayu atau seumpamanya. Di samping itu juga kes ini berlaku dalam kalangan orang Islam yang datang dari luar, iaitu dari negeri jiran yang datang ke Malaysia, yang tidak dapat dikesan alamat tinggalnya. 4. Tidak ada perhatian daripada orang-orang Islam sendiri. 5. Tidak ada perhatian yang berkesan dari pihak tertentu seperti bantuan material atau moral kepada mereka. 6. Kebanyakan daripada mereka tidak memahami konsep murtad. Ini berdasarkan kes-kes yang telah diterangkan. Menurut Islam, murtad tidak memerlukan pengesahan jabatan-jabatan agama, melalui mahkamah atau pihak- pihak tertentu. Murtad boleh terjadi dengan salah satu daripada tiga perkara, niat, perbuatan dan percakapan. 7. Akibat tidak ada didikan yang berkesan, ada di antara saudara baru yang murtad menganggap masuk Islam itu tidak ubahnya seperti masuk parti-parti politik. Kemasukannya memberi sumbangan kepada parti. Memikir: Cuba anda fikirkan apakah jalan penyelesaian yang terbaik bagi mengatasi masalah-masalah murtad dari berterusan dalam kalangan umat Islam hari ini. Kesan Iman dan Akidah Islam Akidah Islam akan melahirkan seseorang atau masyarakat yang mempunyai keperibadian yang unggul yang akhirnya akan dijelmakan melalui tingkahlaku, percakapan dan gerak-geri hati seseorang atau sesebuah masyarakat. Akidah Islam yang telah meresap ke dalam jiwa dan lubuk hati sesseorang akan
  • 34. (PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH) 34 menimbulkan kesan-kesan positif. Di antaranya dapat kita gariskan seperti berikut: 1. Akidah Islam melahirkan seorang yang yakin kepada Allah swt Yang Maha Esa. Lantaran itu, ia menggerakkan seluruh tingkah-lakunya, percakapannya dan gerak-gerinya untuk mencari keredhaan Allah swt. 2. Akidah Islam melahirkan insan soleh iaitu insan yang melakukan apa yang diperintahkan oleh Allah dan meninggalkan segala jenayah dan kemungkaran. 3. Akidah Islam melahirkan insan yang mempunyai akhlak cemerlang dan terpuji. Mengikis sifat-sifat yang buruk dan melahirkan manusia yang bertaqwa, tawadhu', ikhlas, redha, amanah dengan segala sifat terpuji yang lain di samping menyingkirkan sifat-sifat yang buruk seperti dengki, sombong, ria', takabur dan seumpamanya yang boleh membawa masalah sosial dalam masyarakat. 4. Akidah akan melahirkan seseorang atau sesebuah masyarakat yang optimis dan yakin kepada diri sendiri untuk bekerja bagi mencapai kejayaan di dunia di samping tidak lupa mencari keredhaan Allah swt supaya mendapat kebahagian di akhirat. 5. Akidah Islam melahirkan insan dan masyarakat yang teguh pendiriannya, mempunyai prinsip dan tidak mudah terpengaruh dengan persekitaran yang mengancam nilai dan akhlak manusia terutama dengan pelbagai pengaruh hasil kemajuan teknologi maklumat di zaman ini. Ia mampu membeza dan memilih nilai-nilai yang positif dan menolak nilai-nilai yang negatif yang boleh merosakkan keperibadian insan dan masyarakat. 6. Akidah Islam yang teguh mampu membawa manusia dan masyarakat maju ke hadapan dalam segala bidang. Sejarah membuktikan masyarakat Arab telah berubah daripada satu masyarakat yang tidak dikenali kepada sebuah masyarakat yang digeruni. Akidah Islam telah mengangkat darjah mereka. Mereka menguasai hampir separuh dari bumi ini. Mereka
  • 35. (PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH) 35 menguasai pentadbiran dan maju dalam pelbagai disiplin ilmu pengetahuan. 7. Akidah Islam membentuk manusia berlumba-lumba untuk melakukan kebajikan dan mencegah daripada kemungkaran. Ini akan melahirkan masyarakat yang harmoni dan aman tenteram. Tiada jenayah atau pencerobohan ke atas sesiapa disebabkan mereka yakin kepada hari pembalasan. 8. Akidah Islam akan melahirkan manusia yang tidak mudah putus asa atau hilang harapan. Iman di dalam hati akan memberi ketenangan yang luar biasa. 9. Akidah Islam akhirnya melahirkan manusia yang sanggup berjihad ke jalan Allah swt walaupun harta dan nyawa menjadi taruhan. Bilal bin Rabah sanggup mati kerana mempertahankan akidahnya. Kelaurga Amar bin Yasir demikian juga. Demikianlah para sahabat sanggup mengorbankan harta dan nyawa untuk mempertahan dan menyebarkan Islam ke seluruh dunia. Ini adalah kesan dari Akidah Islam yang meresap di dalam jiwa dan lubuk hati mereka. Akidah Islam yang ada dalam hati umat Islam kini mungkin tidak begitu mantap menyebabkan mereka tidak dapat mencapai kegemilangan sebagaimana umat Islam di zaman Nabi saw dan para Sahabat. Umat Islam pada hari ini begitu rapuh akidahnya. Lantaran itu mereka amat mudah terpengaruh dengan berbagai-bagai unsur negatif. Kemunduran umat Islam kini kerana mereka semakin jauh daripada menghayati Akidah Islam yang sebenar. AJARAN SESAT DAN PERKEMBANGANNYA Pengenalan
  • 36. (PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH) 36 Dewasa ini pengaruh ajaran sesat tidak boleh dipandang ringan oleh masyarakat Islam di Malaysia. Selain daripada penyelewengannya dalam bentuk akidah dan syariat Islam, ajarannya juga menggugat keselamatan dan keharmoniannya masyarakat. Kesan anutan dan kepercayaan masyarakat Melayu-Islam kepada dinamisme dan animisme mahupun pengaruh Hinduisme dan Buddhaisme terhadap diri mereka telah melahirkan elemen ajaran sesat yang telah diterima pakai oleh masyarakat. Dipercayai sejak abad ke-15 M lagi ajaran sesat telah wujud di Tanah Melayu. Berdasarkan dokumentasi yang ada, ajaran sesat yang tertua yang dikenal pasti di Tanah Melayu ialah ajaran Taslim yang dibawa oleh Haji Muhammad Matahari pada pertengahan abad ke-19 M di Kampung Seronok, Bayan Lepas, Pulau Pinang yang wujud dalam gerakan yang tersusun. Selain Taslim, ajaran Subud yang lahir di Kelantan sekitar tahun 1950 hingga awal tahun 1960-an dianggap antara ajaran sesat terawal yang berjaya dikesan. Kerajaan negeri Kelantan telahpun mengambil tindakan terhadap ajaran ini. Di Semenanjung Malaysia, sejarah membuktikan bahawa penyebaran aliran kepercayaan ini dalam kalangan masyarakat berlaku pada pertengahan abad ke- 19 M lagi. Menurut Abdulfatah Haron Ibrahim, terdapat satu halaman dalam kitab Akidah karya Tuan Teh Mohamed bin Syihabuddin yang membicarakan tentang ajaran sesat. Beliau dianggap sebagai ulama yang pertama yang membicarakan tentang ajaran sesat serta menentang dengan sekeras-kerasnya ajaran Wujudiah/Batiniah ini dan menganggapnya kufur. Karya beliau ini ditulis pada tahun 1206 H. Catatan ini menunjukkan bahawa ajaran sesat telah lama bertapak dan berkembang di negara ini. Selain daripada Tun Teh, Sheikh Ahmad Khatib bin Abdul Latif al-Mankabawi al- Jawi (1277H/1860 M -1355H/1916 M), imam dan khatib di Makam al-Syafi’i di Masjid al-Haram, Mekah juga telah menulis sebuah kitab untuk menolak ajaran sesat Martabat Tujuh. Orang ketiga yang menulis tentang ajaran salah ialah Haji
  • 37. (PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH) 37 Zakaria bin Abu Bakar pada tahun 1947 (1396 H). Beliau membahaskan tentang ajaran sesat khususnya ajaran Taslim sebanyak 10 halaman dan mengaitkan hubungan ajaran ini dengan ajaran Batiniah. Selain daripada tiga tokoh ini, tokoh lain ialah Haji Abdullah bin Haji Abdul Wahab. Sejak akhir tahun 1970-an hingga ke hari ini, tokoh yang banyak menyimpan, mengkaji, menulis dan menerbitkan bahan bacaan berkaitan ajaran sesat ialah Profesor Dr. Abdulfatah Haron Ibrahim. Sebelum penubuhan Majlis atau Jabatan Agama Islam di setiap negeri antara awal tahun 1900 hingga selepas merdeka (1957), tidak ada pihak yang mengambil inisatif untuk mengkaji perkembangan ajaran sesat kecuali guru pondok atau agama. Oleh itu, kemunculan ajaran sesat (jika ada) tidak dipantau dan dikawal oleh pihak kuasa. Walau bagaimanapun, ajaran Taslim adalah ajaran sesat terawal dikesan dan bergerak aktif sejak awal tahun 1930-an yang berpusat di Pulau Pinang. Justeru, sejak 1975 sehingga 2004 terdapat 66 ajaran sesat yang telah difatwa dan diwartakan sesat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Fatwa Negeri-negeri. Abdulfatah Haron menyenaraikan kesalahan yang sering dilakukan oleh penganjur ajaran sesat dalam empat bidang ilmu yang paling pokok, iaitu mentafsirkan al-Quran dengan menyalahi tafsiran muktabar, menggunakan hadis yang bukan hadis Rasulullah SAW, ilmu akliah Islam (tauhid, falsafah, tasawuf), dan firaq Islamiah yang bercampur aduk dalam fahaman akidah Islam dan Batiniah yang berselindung atau bersenyawa dengan tasawuf Wahdat al-Wujud. Ternyata perkembangan ajaran sesat ini dipengaruhi oleh beberapa faktor yang dibincangkan dalam bahagian yang berikut. Faktor Perkembangan Dalam era kepesatan sains dan teknologi hari ini, ketidakseimbangan kemajuan material dan kerohanian membuatkan manusia berada dalam krisis identiti yang
  • 38. (PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH) 38 hebat sehingga menimbulkan kecenderungan untuk jiwa mereka mencari penawar kepada ketenteraman jiwa. Bagi mereka, melibatkan diri dengan aliran kepercayaan yang berteraskan kerohanian adalah jalan singkat untuk keluar daripada kemelut kehidupan ini. Umum mengetahui bahawa pihak kerajaan mengadakan pelbagai usaha bagi meninggikan syiar Islam dan membendung ajaran sesat sama ada dari segi penyusunan program keagamaan (secara rasmi atau tidak), penyebaran risalah, kaunseling, dakwah fardhiah mahupun penguatkuasaan undang-undang. Usaha yang menelan belanja jutaan ringgit ini walau bagaimanapun kurang berkesan dalam membendung perkembangan ajaran sesat di negara ini. Terdapat beberapa faktor yang mendorong perkembangan ajaran sesat di Malaysia. Hasil daripada kajian yang dilakukan oleh JAKIM, faktor utama penyelewengan akidah dan kemunculan ajaran sesat ialah disebabkan oleh tasawuf teosofi, fahaman Batiniah, Syiah, amalan kurafat dan penggunaan akal tanpa batasan. Walau bagaimanapun, faktor ini dapat dibahagikan kepada dua, iaitu faktor dalaman dan faktor luaran. Antara yang termasuk dalam faktor dalaman ialah kepercayaan, kecetakan ilmu dan iman, seks, ilmu dan psikologi. Manakala faktor luaran ialah ekonomi, sosial, politik serta sekularisme dan orientalis Barat. Kepercayaan Naluri beragama dan percaya kepada perkara ghaib wujud semenjak manusia dicipta oleh Allah swt. Percaya kepada perkara ghaib merupakan perkara teras dalam Islam dan hanya diketahui melalui perkhabaran al-Quran dan hadis Rasulullah saw. Antara ayat yang sering digunakan ialah firman Allah SWT yang bermaksud :
  • 39. (PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH) 39 “Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka”. (Surah al-Baqarah, 2: 3) Segelintir umat Islam mudah terpengaruh dengan sesuatu ajaran sesat melalui cara penyampaian guru-guru mereka berkenaan perkara ghaib. Penggunaan al- Quran dan hadis yang diselewengkan bertujuan menutup kesesatan daripada dikesan oleh pengikutnya. Begitu juga dengan kepercayaan kepada perkara mistik (kebatinan) yang disadur dengan ayat al-Quran dan doa telah mendorong timbulnya sesuatu ajaran sesat. Perkara ini boleh terjadi kerana sesetengah masyarakat mempercayai bahawa dengan melakukan sedemikian, maka mereka akan memperoleh kekebalan dan kekuatan luar biasa dengan membuat beberapa formula, contohnya : Ayat al-Quran + angka-angka Arab tulis di baju + doa dan bacaan-bacaan oleh wali-walinya + bayaran RM300.00 = jadi kebal Warak + zahid + khalwat + zikir satu juta sehari semalam + tak tidur = jadi kasyaf (melihat perkara ghaib), dapat mengubat orang sakit Perkara ini disamakan dengan formula sains, iaitu : Biru + merah = coklat Merah + kuning = hijau Masyarakat Islam juga seringkali terpengaruh dan mempercayai dengan janji yang memberi jaminan kemanfaatan dunia dan akhirat. Kemanfaatan dunia seringkali dikaitkan dengan kesenangan harta, pangkat dan keseronokan seks. Manakala kemanfaatan akhirat dikaitkan dengan balasan syurga. Kebanyakan ajaran sesat merahsiakan sebahagian daripada isi kandungan ajarannya. Rahsia dalam erti kata tidak diberitahu kepada golongan luar
  • 40. (PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH) 40 daripada kelompok mereka. Keadaan ini menyebabkan seseorang yang telah tersesat akan terus sesat kerana di samping dia yakin dengan ajaran itu, mereka juga tidak menceritakannya kepada orang lain. Mereka bersumpah di hadapan guru bahawa mereka tidak akan memecahkan rahsia tersebut. Disebabkan rasa ingin tahu terhadap ilmu rahsia yang dimiliki oleh sesuatu ajaran kepercayaan, maka ramai yang menceburkan diri dalam aliran seumpama ini yang akhirnya mengheret mereka ke dalam kesesatan. Unsur yang paling penting sekali dalam aliran kepercayaan ialah dimasukkan unsur mitos dan juga magik. Aspek kerahsiaan ini menyebabkan ahli kumpulan merasakan perkumpulan adalah istimewa berbanding orang lain. Malahan ketua kumpulan akan menunjukkan atau berhujah betapa mereka ini terpilih. Ada antaranya menggunakan sihir mahupun kuasa psikik untuk menunjukkan kelebihan mereka. Pengikut pula menjadi terpaku melihat kelebihan ketua mereka. Selain itu modal yang sering digunakan ialah Kiamat semakin hampir dan mereka perlu bersedia untuk menghadapinya. Kepercayaan kepada perkara khurafat menjadi daya tarikan utama dalam perkembangan sesuatu ajaran sesat. Kebanyakan amalan khurafat ini adalah peninggalan adat resam orang jahiliah sebelum Islam. Antaranya ialah mempercayai adanya kuasa yang boleh memberi kesan kepada makhluk selain daripada Allah swt. Begitu juga dengan mempercayai bahawa roh para wali yang telah meninggal dunia boleh mengabulkan hajat serta memberi kesan kepada orang yang masih hidup. Selain itu, amalan mandi Safar bagi menolak bala juga diadakan pada hari Rabu yang terakhir dalam bulan Safar. Akar umbi kepercayaan ini kebiasaannya diikuti oleh segelintir masyarakat Islam di Mekah. Hal yang sama juga dilakukan oleh masyarakat Islam di India. Mereka mempercayai kononnya bulan Safar merupakan bulan nahas. Perkara ini dikaitkan secara hipotetik dengan tarikh
  • 41. (PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH) 41 datangnya kecelakaan kepada dunia Islam, iaitu pada hari Rabu, 1 Safar tahun 37 H dan pada hari Rabu, 27 Safar tahun 589 H. Tarikh yang pertama berlakunya peperangan Siffin di mana umat Islam berpecah kepada dua pihak,iaitu satu pihak menyebelahi kepada Saidina Ali ra dan satu pihak lagi menyebelahi kepada Saidina Mu’awiyah bin Abi Sufian. Manakala tarikh yang kedua merupakan tarikh syahidnya panglima perang Islam yang terkenal dalam peperangan Salib, iaitu Salah al-Din al-Ayubi. Perkara ini berlaku seabad sebelum lahirnya negara Islam di Tanah Melayu. Bagi masyarakat Islam, kematian beliau merupakan satu kecelakaan yang mereka alami selepas Khulafa’ al-Rashidin. Masyarakat Islam di dunia Melayu khususnya tidak terkecuali daripada pengaruh kepercayaan kepada Imam Mahdi. Malangnya konsep Imam Mahdi yang mereka percaya kebanyakannya dipengaruhi oleh unsur Batiniah yang sangat dominan dengan ajaran sesat dan tidak berlandaskan kepada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang sebenar. Konsep Imam Mahdi yang menjadi pegangan majoriti umat Islam tidak menentukan personaliti dan waktu kedatangan Imam Mahdi tersebut. Begitu juga kepercayaan kepada konsep Nur Muhammad atau hakikat Muhammad. Konsep ini tersebar melalui kumpulan Batiniah atau Syiah Isma’iliyyah. Mereka mempercayai bahawa benda pertama yang dicipta oleh
  • 42. (PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH) 42 Allah swt sebelum kejadian sesuatu itu ialah Nur Muhammad. Oleh itu, Nur Muhammad dicipta dahulu sebelum Nabi Adam as. Dalam falsafah Yunani dan Neoplatonisme, fenomena ini dikenali sebagai Logos. Secara tidak langsung, teori Nur Muhammad mengaitkan kesatuan manusia dengan Allah swt kerana kejadian manusia daripada Nur Muhammad dan Nur Muhammad terbit daripada Allah. Teori ini bukan ajaran Islam tetapi mempunyai persamaan dengan ajaran emanasi falsafah Neoplatonisme. Dewasa ini, amalan bertenung dan menilik nasib bagi menentukan masa depan seseorang masih diamalkan oleh kebanyakan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama. Manakala dalam beberapa kes sebelum ini didapati ramai orang Islam yang percaya kepada orang saleh dan para wali sehingga menganggap golongan ini berperanan dalam menentukan kehidupan manusia seperti panjang atau pendeknya usia, sihat atau sakitnya seseorang sedangkan perkara ini adalah ketentuan Allah. Bagi mereka ini adalah jalan pintas ke syurga. Tidak kira apa jua kaedah yang diguna pakai oleh golongan ajaran sesat ini asalkan manusia beroleh kebahagiaan. Ternyata perkara ini bertentangan dengan syariat Islam dan menjurus kepada mensyirikkan Allah swt. Kecetekan Ilmu dan Iman Dalam ajaran sesat, kongkongan fikiran seolah-olah menjadi satu intipati yang paling penting dalam gerakan mereka. Pemimpin ajaran sesat akan memastikan
  • 43. (PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH) 43 bahawa segala apa yang diajar kepada pengikutnya diikuti secara total. Ini bermakna mereka juga menyekat segala cetusan intelektual dan segala pandangan alim ulama dan pakar keagamaan. Pemimpin mula mengumumkan bahawa mereka adalah pakar rujuk setaraf dengan ulama dan akhirnya mereka menjadi lebih tinggi daripada nabi atau rasul bahkan ada yang mengaku dirinya adalah Imam Mahdi atau Nabi Isa yang akan kembali ke dunia seperti yang berlaku dalam al-Arqam dan Ahmadiah Qadiani. Terdapat ramai daripada masyarakat awam mengaku memiliki kepakaran dalam bidang ilmu agama sehingga ke taraf ulama dan mula menghimpunkan sejumlah pengikut. Ada juga yang mendakwa sebagai guru tarekat sedangkan dia masih jahil dari segi akidah mahupun ibadah. Golongan seumpama ini hanya berjaya menarik sebilangan pengikut yang nyata jahil dari segi agama mahupun cetek pengetahuannya. Kekurangan ilmu di pihak guru merupakan salah satu unsur terpenting menyebabkan lahirnya ajaran sesat. Kekurangan guru dalam ilmu al-Quran memungkinkan timbulnya ajaran yang menolak al-Quran. Kekurangan ilmu dalam fiqh misalnya akan menyebabkan timbulnya ajaran yang meringankan syariat Islam. Manakala kurangnya ilmu agama boleh menyebabkan timbulnya ajaran yang keseluruhannya bergantung kepada akal dan nafsu.
  • 44. (PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH) 44 Umat Islam di Malaysia mempunyai ruang yang cukup banyak untuk menimba ilmu agama. Walau bagaimanapun, peluang ini tidak dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya oleh golongan muda dan cerdik pandai. Penekanan sistem pendidikan pada hari ini lebih menjurus kepada kesepaduan ilmu sains dan teknologi dengan meletakkan ilmu agama dalam kelas kedua. Justeru tidak hairanlah sekiranya berlaku sinkretisme dalam ajaran Islam bahkan ramai daripada golongan cerdik pandai menganggap bahawa semua agama itu sama. Perbezaannya hanya dari sudut bagaimana Tuhan itu disembah. Fenomena ini lahir disebabkan kurangnya pemahaman mereka terhadap Islam dan keangkuhan mereka dalam menjaga status-quo serta kedudukan mereka dalam masyarakat. Sikap menyamaratakan persoalan Uluhiyyah Allah swt dengan kepercayaan lain adalah batil dan perlu dihindari oleh umat Islam. Kebanyakan ajaran sesat menonjolkan ciri mudah dan amalan yang ringan sebagai daya tarikan kepada masyarakat. Antaranya dengan menyatakan sesuatu ibadah itu memadai dilaksanakan dengan niat. Selain itu, bagi mereka yang mendakwa sudah mencapai makam tertinggi dan bersatu dengan Allah swt, maka dihalalkan baginya segala yang diharamkan oleh Allah swt seperti berzina (nikah batin), minum arak dan sebagainya. Keghairahan seseorang untuk memperoleh kelebihan yang terdapat dalam ilmu Islam jika tidak disandarkan kepada al-Quran dan hadis boleh membawa kepada kesesatan. Mereka mudah diperdayakan dengan alasan bahawa ajaran yang
  • 45. (PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH) 45 disampaikan adalah ilmu yang dimiliki oleh para nabi dan rasul serta para awliya’ Allah swt yang dirahsiakan daripada pengetahuan orang awam. Dengan demikian, para pengikut ajaran sesat ini akan merasakan ajaran yang mereka ikuti amat bernilai berbanding dengan ajaran Islam yang sedia ada. Terdapat juga masyarakat yang terpengaruh dengan sesuatu ajaran sesat melalui ceramah umum yang disampaikan oleh penceramah. Mereka merasakan penceramah itu sebagai pemimpin mereka yang bertaraf mujtahid yang terus berpegang dengan ajaran al-Quran. Seterusnya merasakan pemimpin mereka tidak perlu merukuk kepada pendapat ulama muktabar sedangkan pada masa yang sama mereka sedari pemimpin mereka telah mengeluarkan fatwa yang bercanggah dengan kaedah hukum syarak. Disebabkan oleh kecetekan ilmu dan iman, maka seseorang itu digolongkan dalam kategori jahil dari segi akidah. Ini akan menyebabkan umat Islam meragui dan tidak meyakini akan kuasa Allah swt. Keadaan ini juga akan mendorong seseorang itu taksub dan sukar menerima pandangan dan teguran daripada orang lain. Keadaan ini sukar diubah dalam masa yang singkat sebaliknya ia memerlukan proses pemulihan dan pemantauan yang berterusan. Seks
  • 46. (PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH) 46 Kebanyakan ajaran sesat berasaskan logik akal semata-mata. Ajaran ini disusun dan ditokok tambah sesuai dengan selera serta ikutan hawa nafsu manusia berdasarkan hujah yang menarik lagi mempesonakan pengikut ajaran ini. Acap kali faktor seksual ini dibicarakan menggunakah hujah ’istimewa dan ilmu rahsia’ oleh sesuatu kumpulan ajaran. Misalnya huruf ‫ا‬pada kalimah ‫,هللا‬ digambarkan sebagai lambang zakar yang tegang. Ilmu ini hanya diketahui oleh segelintir individu kerana ilmu ini adalah ilmu rahsia. Di sinilah letaknya keistimewaan ilmu yang diajarkan itu. Selain daripada itu, terdapat beberapa ajaran sesat yang menggalakkan cara hidup berpoligami bagi pengikut lelakinya (kononnya mengikut sunnah Rasulullah saw) sedangkan pada masa yang sama berlaku pengeksplotasian terhadap wanita. Mereka dikehendaki taat secara taklid dan dijanjikan syurga Allah swt. Di samping itu, untuk memenuhi nafsu guru dan murid, dicipta satu ajaran yang dikenali sebagai ‘konsep nikah batin’. Dalam konsep ini, guru akan ‘menggauli’ setiap pasangan (isteri) terlebih dahulu sebelum isteri ‘digauli’ oleh suami sendiri. Sekiranya nikah batin ini tidak dilakukan, maka nikah syariat dianggap tidak sah. Bagi anggota yang telah berkahwin, kemudian menjadi pengikut ajaran sesat ini, dianggap zina sekiranya tidak menjalani proses nikah batin oleh gurunya. Ada anggota ajaran sesat yang berpendapat nikah batin yang sebenarnya ialah ‘nikah yang dilaksanakan oleh Allah swt dan Malaikat Kiraman Katibin menjadi saksi’. Mereka menguatkan pendapat dengan mempertikaikan “siapa yang menikahkan Adam dan Hawa sekiranya tidak dilakukan oleh Allah”. Pengamalan nikah batin, kononnya bertujuan untuk mendapatkan anak yang saleh sering kali terjadi dalam sesebuah ajaran sesat. Penganiayaan ini berlaku dalam kalangan wanita yang cetek ilmu pengetahuan agamanya dan ingin memperoleh ilmu agama dengan jalan pintas tanpa menyelidiki terlebih dahulu.
  • 47. (PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH) 47 Psikologi Antara keperluan psikologi manusia ialah keinginan kepada kehidupan beragama yang lebih mendalam. Setiap peringkat kehidupan manusia bermula dari peringkat kanak-kanak sehingga dewasa mempunyai peringkat keperluan psikologi yang berbeza antara satu sama lain. Bagi golongan remaja, keterlibatan mereka dalam ajaran sesat disebabkan kurangnya perhatian dan kasih sayang yang diberikan oleh ibu bapa di rumah. Akibatnya mereka mereka mencari sesuatu yang boleh mengisi kekosongan hidup dan bersesuaian dengan minat mereka. Justeru, ajaran sesat berjaya mempengaruhi mereka melalui penonjolan sifat kebal dan kekuatan luar biasa dalam ilmu seni mempertahankan diri. Melalui penglibatan dalam ilmu seni mempertahankan diri, ahli kumpulan melantik seorang pemimpin sebagai khalifah atau mahaguru. Seterusnya khalifah atau mahaguru akan mendakwa dirinya sebagai seorang yang benar- benar beriman kepada Allah sedangkan pada hakikatnya mereka tidak mempunyai asas Islam yang luas lagi mendalam. Bagi golongan dewasa pula, kehidupan lalu yang disaluti dosa membuatkan seseorang individu itu berasa kesal dan insaf serta cuba menebusnya. Mereka sering diingatkan bahawa konsep taubat dalam Islam adalah sesuatu yang sangat susah dan sukar untuk dilakukan. Kepada golongan ini, sebahagian daripada ajaran sesat menawarkan cara menebus dosa menggunakan kaedah mudah dan cepat, iaitu dengan berniat dan mengorbankan wang dan harta kepada kumpulan berkenaan di samping mengabdikan diri kepada ketuanya. Ajaran sesat juga sering kali melemahkan psikologi ahlinya dengan menanamkan sifat kebergantungan ahli kepada pertubuhan mereka.
  • 48. (PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH) 48 Kebergantungan ini bukan sekadar kebergantungan dalam mendapatkan nafkah seharian sahaja, tetapi juga dalam menbuat keputusan untuk masa depan. Kedudukan mereka semakin terhimpit apabila kesalahan mereka pada masa lampau dimanipulasikan demi meraih ketaatan bagi mengukuhkan status-quo pemimpin mereka. Bagi kedua-dua golongan ini, mereka diberikan layanan istimewa dan disediakan ganjaran yang tinggi kononnya mereka sudah mencapai makam yang tinggi dan lebih mulia daripada orang lain. Tanpa disedari mereka seolah-olah merasakan bahawa mereka telah suci dan bersatu dengan Tuhan yang membolehkan mereka melakukan segala perkara termasuklah perkara yang diharamkan oleh Allah swt seperti berzina, minum arak dan lain-lain. Sesuatu ajaran sesat sering menggunakan pendekatan psikologi yang amat halus untuk mengumpan orang ramai. Cara yang mereka gunakan ialah mengikut kaedah one-to-one dengan mangsa. Pengikut ajaran sesat akan muncul kononnya sebagai penyelamat kepada mangsa yang kebetulannya menghadapi masalah. Mereka juga muncul sebagai seseorang yang memahami bagi mengumpan bakal ahli yang mempunyai pelbagai idea yang bernas. Mereka juga muncul sebagai pengikut yang sedia mendengar kepada orang yang ada sifat kepimpinan. Mereka juga akan muncul sebagai pemimpin jika seseorang mahu dipimpin. Apabila fahaman ini sudah bertapak, maka mereka mula berani mengadakan perhimpunan tetapi eksklusif kepada ahli yang terpilih sahaja. Suasana ini menimbulkan pelbagai reaksi kepada ahli lain untuk mendapat hak menghadiri majlis seumpama ini. Ahli baru akan cuba berusaha mencari jalan agar dirinya terpilih untuk menghadirinya. Pada waktu inilah proses indoktrinasi segera dijalankan dengan penuh berhati-hati. Selain itu, bakal ahli dipantau secara langsung atau sebaliknya. Pemantauan ini menjadikan bakal ahli lebih jauh daripada waris atau ahli keluarga atau hakikat bermasyarakat. Kedaan ini
  • 49. (PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH) 49 diungkapkan sebagai religio-sociological-emptiness. Kekosongan ini segera diisi oleh pengikut ajaran sesat yang lain. Lanjutan dari sinilah, jika ahli baru ini dipanggil menghadiri perhimpunan tersebut atau dipanggil oleh ketua mereka, dia menganggap diri mereka dihargai, meskipun lokasinya amat daif dan perwatakan pemimpin tidak menyenangkan. Faktor ilmu berkait rapat dengan faktor psikologi. Kedangkalan ilmu agama menjadikan masyarakat berpendapat apa yang dibuat oleh pengikut ajaran sesat adalah ajaran agama yang sebenar. Malahan, apabila masyarakat berhadapan dengan pengikut ajaran sesat ini, maka mereka merasakan diri mereka kurang agama. Lantas, ini mewujudkan satu religio-psychological-emptiness supaya mereka sendiri terpengaruh. Keadaan ini jugalah yang menjadikan orang awam melenting dan melatah apabila sesuatu ajaran sesat itu diharamkan. Lebih malang lagi apabila masyarakat menjadi sympathizer kepada pengikut dan ketua sesebuah ajaran sesat;bukan kerana kesesatan mereka tetapi kerana entity yang dibawa oleh ajaran sesat sebagai satu establishment. Secara amnya, inilah cabaran yang paling besar yang dihadapi oleh pihak berkuasa untuk menangani ajaran sesat, bukannya kepda ajaran sesat itu tetapi kepada orang awam yang kurang berpengetahuan terhadap kedudukan yang sebenar. Ekonomi Makanan, pakaian dan tempat tinggal merupakan keperluan asas yang diperlukan oleh setiap manusia. Jalan singkat untuk memperoleh wang dan harta, guru-guru ajaran sesat yang rata-ratanya tidak mempunyai pekerjaan telah mengeksploitasi kebanyakan pengikut mereka supaya menyerahkan harta serta pendapatan bulanan kononnya sebagai syarat untuk mereka ke syurga. Tindakan ini bertujuan bagi menampung perbelanjaan harian guru itu sendiri.
  • 50. (PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH) 50 Dalam erti kata lain, guru-guru itu hidup atas hasil wang ihsan murid atau anggota kumpulannya. ’Guru-guru’ ini akan meminta kepada pengikutnya menyumbang kepada kumpulannya sebagai tanda kesetiaan dan kezuhudan. Bahkan terdapat beberapa ajaran sesat yang mewajibkan anggotanya menyerahkan sepuluh peratus daripada hasil pendapatan bulanan mereka sebagai zakat kepada guru. Bagi murid dan pengikut ajaran sesat ini mereka bekerja keras mengumpul harta dan wang ringgit untuk diserahkan kepada guru mereka. Mereka berpendapat tindakan itu merupakan tunjang kebaktian murid kepada gurunya dan merupakan satu ibadah kepada mereka dengan harapan mendapat syafaat daripada gurunya. Selain daripada memperoleh balasan syurga oleh Allah swt, para pengikut juga percaya bahawa segala hajat mereka akan dikabulkan oleh Allah swt kerana hajat itu dilakukan melalui perantaraan guru. Fenomena ini berlaku hampir dalam kesemua ajaran sesat, misalnya al-Arqam, Ayah Pin dan Tarekat Samaniah Ibrahim Bonjol. Sosial Setiap ajaran sesat akan bersaing untuk mendapatkan pengikut dan meluaskan pengaruh dalam kalangan masyarakat. Para guru akan cuba menonjolkan diri dan kekuasaan mereka seperti memperoleh kekuatan batin dan kebal dengan menggunakan ayat al-Quran dan hadis bagi memenangi hati masyarakat sehingga ada yang mendakwa mempunyai mertabat yang lebih tinggi daripada Rasulullah saw. Dalam kalangan pengikut pula, mereka terdiri daripada pelbagai latar belakang dan status. Ada yang mempunyai kedudukan yang tinggi dalam masyarakat dan tidak kurang pula yang pernah menjadi sampah masyarakat. Bagi sesebuah ajaran sesat , pemimpin yang diikuti adalah seseorang pemimpin yang berkarisma. Pemimpin dilihat pandai berhujah tetapi berdasarkan logik akalnya semata-mata. Pemimpin lebih suka dikaitkan dengan seseorang mulia
  • 51. (PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH) 51 contohnya Imam Mahdi. Meskipun ucapan pemimpin penuh dengan retorik namun kepada pengikut ucapan itu tidak membosankan atau mereka sendiri seolah-olah terkatup mulut mereka untuk bertanya. Keadaan ini terjadi kerana pemimpin akanmenunjukkan kemarahannya jika ada soalan yang agak intelektual. Pemimpin sendiri yang akan menyingkir ahli kumpulan dengan memberi amaran yang sangat keras seperti mendapat bala daripada Allah swt. Kebanyakan pengikut ajaran sesat ini mempunyai jiwa yang kosong. Ibu bapa tidak memberi perhatian, kasih sayang, belaian dan didikan agama yang secukupnya kepada anak-anak. Bahkan keretakan rumah tangga dan penceraian yang berlaku dalam kalangan ibu bapa menyebabkan anak-anak semakin liar seterusnya mencari ketenangan dan hiburan di luar rumah tanpa pemantauan. Dengan kata lain ibu bapa tidak boleh menjadi suri teladan yang baik kepada anak-anak. Para pengikut juga tidak lokek untuk berkongsi pengalaman sama ada pengalaman yang baik ataupun tidak. Keadaan ini juga mengukuhkan pertalian hubungan yang sememangnya diminta untuk bersatu. Mereka mewujudkan satu lingkungan mempercayai sesama lain. Seterusnya, ini akan menutup mereka daripada mendengar nasihat daripada pihak luar termasuk ibu bapa. Mereka menjadi cukup degil dengan apa yang mereka percaya kerana dalam fikiran individu terbabit mereka mempunyai lingkungan kesetiaan yang lebih kuat berbanding waris terdekat. Oleh yang demikian, tidak hairanlah jika terdapat pelbagai lapisan masyarakat yang menganggotai ajaran sesat. Kebanyakan daripada mereka terpengaruh melalui pertalian persaudaraan, rakan sebaya serta ibu bapa dan keluarga yang pernah terjebak dalam aliran seumpama ini. Begitu juga dengan pengaruh oarang luar (orang asing) yang berjaya mempengaruhi masyarakat Islam di negara ini supaya cenderung kepada ajaran
  • 52. (PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH) 52 yang mereka bawa. Mereka berusaha meraih keyakinan masyarakat Islam untuk menjadi pemimpin tertinggi dalam sesebuah pertubuhan seterusnya mengaut keuntungan daripada pengikutnya. Contohnya ajaran Taslim yang disebarkan oleh Haji Muhammad Matahari (berasal dari Indonesia) setelah dia bertemu dengan seorang berbangsa India di Pulau Pinang. Timbulnya ajaran sesat juga berkisar kepada perbezaan pendapat atau percanggahan fikiran dalam bidang agama sehingga menimbulkan keinginan untuk mengadakan suatu bentuk kerohanian yang sesuai dengan naluri beragama sesetengah golongan. Kemunculan ajaran sesat juga dilihat sebagai tindak balas daripada situasi kehidupan umat Islam semasa yang banyak melanggar norma kehidupan akibat terpengaruh dengan dunia asing. Akhirnya golongan ini akan berusaha mencari ’kebahagiaan zahir dan batin’ dengan mengambil jalan mudah lagi cepat. Anggapan ini didasarkan kepada suatu ajaran bahawa ’manusia batin itu dapat berhubung langsung dengan Allah swt’. Oleh yang demikian, mereka akan berusaha menyertai ajaran sesat yang sesuai dengan tuntutan jiwanya walaupun ajaran tersebut bertentangan dengan kehendak Islam. Fenomena ini secara perlahan-lahan mengikis nilai keagamaan dan budaya ketimuran yang menjadi tunjang masyarakat Islam pada hari ini. Terdapat juga ajaran sesat yang mengamalkan hidup ’communal’ atau menubuhkan cara hidup dalam satu perkampungan. Istilah perkampungan di sini bukanlah kampung tradisional tetapi mereka akan membina perkampungan sendiri dengan konsep dan tatacara yang disusun mengikut falsafah atau prinsip perkumpulan itu. Contohnya al-Arqam telah menubuhkan perkampungan sendiri bertujuan kaderisasi dan mengamalkan prinsip hidup yang mereka anuti. Dalam hal ini boleh dikatakan bahawa mereka ingin jauh daripada pandangan orang ramai. Lazimnya di peringkat awal, kawasan yang dipilih ialah kawasan pedalaman dengan bentuk yang bersifat sementara. Mereka juga akan mengurangkan perhubungan dengan pihak luar.
  • 53. (PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH) 53 Kod tingkah laku dalam ajaran sesat juga sangat ketat sehingga segala gerak- geri pengikut seolah-olah telah dilatih sebegitu rupa. Pada pandangan orang luar ciri yang mudah dilihat ialah cara pakaian mereka yang tersendiri. Walau bagaimanapun, bagi pengikut ajaran sesat mereka bangga kerana ini lambang sebenar perkumpulan mereka. Lebih membimbangkan apabila mereka mengatakan bahawa tatacara mereka itu adalah cara hidup Islam yang sebenar. Selain faktor tersebut, sikap para pendakwah yang banyak menekankan aspek halal dan haram dalam seruan mereka dan kurang mendedahkan unsur kebatinan serta akidah kepercayaan sebenar yang perlu diimani oleh setiap umat Islam juga amat dikesali. Bahkan sikap serta amalan sesetengah orang yang mengaku dirinya ulama dan ahli sufi nyata bertentangan dengan ibadah Islam. Situasi ini menyebabkan masyarakat merasakan seolah-olah Islam tidak banyak berbeza dengan agama dan fahaman lain dari segi pembentukan rohani, jasmani dan pembinaan mental. Golongan ini mengaku diri mereka Islam dan apabila mereka merasakan diri mereka sudah mencapai makam yang tinggi di sisi Allah swt , mereka boleh melakukan perkara fasik dan dosa yang selama ini dilarang oleh Allah swt. Dengan ini, segelintir umat Islam akan mencari atau menubuhkan ajaran sesat yang membolehkan mereka melakukan perkara sedemikian rupa. Anggapan masyarakat yang melihat kedudukan ajaran sesat ini sebagai suatu perkara yang umum yang sudah tidak perlu dicari jalan penyelesaian perlu dilihat sebagai faktor yang menyumbang kepada perkembangan ajaran sesat. Masyarakat tidak lagi menganggap ajaran sesat sebagai suatu perkara yang sensitif lagi memudaratkan akidah kerana kepercayaan adalah hak individu dan tidak boleh dipaksa oleh orang lain. Sifat ’keakuan’ masyarakat ini terus menjadi ’barah’ dalam kehidupan bermasyarakat sehingga merasakan semua ajaran sesat itu benar dan tidak perlu diberi perhatian.
  • 54. (PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH) 54 Politik Kedudukan Malaysia yang pernah dijajah oleh Inggeris suatu masa dahulu telah menzahirkan peninggalannya. Polisi penjajah yang lebih berorientasikan agama Kristian dan sekular telah mendoktrinasi pemikiran pemimpin yang kebanyakannya mendapat pendidikan dari negara Barat. Kedudukan ini secara langsung menghalang masyarakat mempraktikkan Islam sebagai satu cara hidup. Selain itu, kesilapan yang dilakukan oleh para pemerintah Islam juga dikenal pasti sebagai salah satu faktor penyumbang kepada timbulnya sesuatu ajaran sesat. Kebanyakan pemimpin gagal menjadi contoh ikutan kepada rakyat dan mereka lebih suka bertelagah sesama barisan kepimpinan, mengamalkan rasuah bahkan berlaku kronisme dan nepotisme dalam pemerintahan. Implikasinya akan timbul perasaan hasad, tindas menindas antara satu sama lain bagi memperoleh pangkat dan kedudukan hingga membawa kepada permusuhan, seperti yang berlaku dalam kes pembunuhan Dato’ Mazlan (Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang, kawasan Ulu Dong) yang membabitkan bomoh Mona Fendey. Daripada beberapa tinjauan yang dilakukan didapati pihak pemerintah akan mengambil tindakan tegas sekiranya ajaran sesat tersebut mengancam keselamatan negara dan menggugat kedudukan parti politik mereka. Namun jika sebaliknya, aliran tersebut hanya disenaraihitamkan tanpa sebarang tindakan diambil sebagaimana yang dilakukan terhadap golongan Anti Hadis atau Jamaah al-Quran Malaysia yang dipimpin oleh Kassim Ahmad. Sekularisme dan Orientalis Barat Fahaman Sekularisme bukan suatu yang asing bagi umat Islam. Dalam bidang ekonomi, fahaman ini dipratikkan untuk menguatkan kapitalisme. Dalam bidang
  • 55. (PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH) 55 politik, fahaman sekularisme digunakan bagi menguatkan demokrasi dan dalam bidang kemasyarakatan fahaman ini bagi membebaskan individu. Kesemua ini disuburkan melalui bidang pendidikan, media massa dan atas nama pembebasan wanita. Kebangkitan dan kemajuan Eropah selepas era kegelapannya sering kali dikaitkan dengan sekularisme. Kononnya sekularisme adalah pintu kepada kebebasan, kebangkitan dan kemajuan. Sekularisme juga dianggap sebagai penyelamat umat manusia daripada kemunduran, fanatik dan jauh daripada tamadun dan kemajuan. Antara fahaman yang lahir daripada sekularisme ialah fahaman modernisme. Modernisme di sisi pemikiran sekularisme dinisbahkan kepada pemikiran yang berpendapat bahawa segala yang baru (moden) dianggap lebih baik secara umumnya daripada yang lama. Sebahagian daripada umat Islam terpengaruh dengan fahaman modernisme yang menanamkan sikap terbuka kepada semua agama dan ajaran sesat dengan mendakwa semua agama dan aliran kepercayaan itu baik dan benar sedangkan Allah swt telah berfirman :         Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai ugama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. dan
  • 56. (PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH) 56 (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah amat segera hitungan hisab-Nya. (Surah Ali ’Imran 3: 19) Sekularisme pada dasarnya menjauhkan individu serta masyarakat Islam daripada kehidupan beragamanya. Fahaman ini membuatkan seseorang merasakan agama suatu yang tidak penting dan bukan perkara yang wajib ada bagi setiap individu. Sekularisme menjanjikan ’ketenangan ’ jiwa dalam bentuk kebendaan, hiburan yang melalaikan serta kepuasan yang tunduk kepada nafsu syahwat semata-mata bertopengkan agama. Akibatnya wujud istilah ’nikah batin’ (yang sebenarnya adalah zina), menghina guru-guru agama yang bertauliah, para ulama dan memandang rendah kepada institusi pengajian agama. Fahaman ini juga berjaya memisahkan kehidupan agama dalam diri umat Islam dengan bertopengkan aliran kepercayaan seta kemajuan sains dan teknologi. Kejayaan sekularisme menyingkirkan kehidupan beragama dalam diri umat Islam terbukti dengan berleluasanya gejala tidak sihat dan kebejatan moral yang berlaku pada hari ini. Sejak zaman Nabi Adam as hingga Nabi Muhammad saw, manusia mengakui kepentingan kerohanian dan kewujudan naluri bertuhan. Naluri bertuhan ini hilang sekiranya tidak dipelihara, misalnya apabila manusia mula memfokus diri mereka kepada nilai kebendaan yang menjadi salah satu teras sekularisme. Apabila keadaan ini berlaku, akibatnya manusia akan berusaha mengikut naluri dan nafsu mereka lalu membentuk suatu ideologi atau ajaran yang sesat dengan menghalalkan segala macam cara untuk sampai kepada matlamatnya. Begitu juga dengan Orientalis Barat yang sentiasa memburukkan Islam serta berusaha menjauhkan umat Islam daripada al-Quran dan hadis Rasulullah saw dan seterusnya menimbulkan keraguan dalam diri umat Islam tentang sumber ini.
  • 57. (PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH) 57 Orientalis Barat beranggapan bahawa cara yang paling baik bagi menghancurkan umat Islam ialah melalui ajaran Islam itu sendiri. Oleh yang demikian, Orientalis Barat telah memainkan peranan yang aktif dalam memesatkan lagi penyebaran ajaran sesat. Maka lahirlah golongan Anti Hadis dan Atheis. Orientalis juga memesongkan pengertian jihad pada diri umat Islam supaya umat Islam bersikap malas, jumud dan lebih menumpukan perhatian pada ibadat khusus sahaja. Walaupun kerajaan Malaysia mewartakan bahawa hanya iktikad Ahli Sunnah Wal Jamaah sahaja yang menjadi pegangan umat Islam di Malaysia, namun penguatkuasaan undang-undang yang menjurus kepada pelaksanaannya masih kabur. Justeru tidak hairanlah mengapa masih terdapat ajaran sesat yang bergerak aktif di Malaysia mengaku mereka di pihak yang benar selari dengan tuntutan Islam sebagaimana yang didakwa oleh Syiah, Ahmadiah Qadiani mahupun al-Arqam sedangkan ajaran mereka telah diwartakan sesat lagi menyesatkan. Tektik dan taktik penyebaran Terdapat kecenderungan pihak tertentu yang tidak suka melihat Islam berkembang dan ingin melemahkannya. Dengan berkembangnya ajaran sesat, maka dengan mudah umat Islam dapat dipengaruhi dan diperalatkan oleh golongan yang anti-Islam. Perkembangan ajaran sesat yang begitu ketara pada hari ini berkait rapat dengan taktik dan teknik yang digunakan. Teknik penyebaran ini boleh dibahagikan dengan dua cara, iaitu cara lama dan cara baru. Antara yang termasuk dengan taktik dan teknik lama ialah usaha mentafsirkan semula al-Quran dan Islam dengan berlebihan menurut kemahuan hawa nafsu sehingga menghilangkan kewujudan ajaran serta nilainya yang sebenar. Contoh paling jelas berkenan ini ialah apa yang dilakukan oleh
  • 58. (PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH) 58 golongan Anti Hadis yang menerbitkan buku Bacaan dalam usaha mentafsir semula al-Quran tanpa merujuk kepada ulama yang muktabar. Terdapat beberapa ajaran sesat yang menggunakan tarekat yang masyur, seperti Naqsyabandiah, Ahmadiah dan Qadiriah bagi mendapatkan pengikut. Walau bagaimanapun, isi kandungan ajarannya tidak memberi tumpuan kepada penyucian jiwa dan pembentukan akhlak yang mulia. Sebaliknya, isi kandungan ajarannya lebih kepada perubatan secara tradisional dan mengindoktrinasi pengikut melalui konsep rabitah, tawassul, tahdir al-arwah dan kashf dan lain-lain lagi. Antara kumpulan ajaran sesat yang menggunakan cara ini ialah Tarekat Naqsyabandiah Kadirun Yahya dan Tarekat Zikrullah Hasan Anak Rimau. Begitu juga dengan penggunaan nama ulama dan wali dalam aliran kepercayaan mereka, contohnya Sheikh ’Abd al-Qadir al-Jilani, Sheikh Suhaimi dan sebagainya. Penggunaan nama-nama ini bertujuan untuk meyakinkan pengikut bahawa aliran yang dibawa adalah benar menurut pandangan Islam. Walau bagaimanapun, lama-kelamaan perhatian masyarakat atau pengikut bukan lagi tertumpu pada ajaran yang dibawa oleh ulama atau wali terbabit tetapi tumpuan beralih kepada karamah dan ma’unah yang ada para para wali tersebut. Setelah para wali ini meninggal, maka makamnya dijadikan tempat pemujaan oleh pengikut ajaran sesat ini untuk memperoleh hajat yang lazimnya hajat keduniaan. Sering kali teknik pujian dan pujukan digunakan bagi mempengaruhi masyarakat agar menyertai ajaran sesat seumpama ini. Teknik bukan sahaja digunakan oleh ajaran sesat dalam masyarakat Islam bahkan juga ajaran sesat yang wujud dalam masyarakat bukan Islam. Hal ini dikaji dan diakui oleh pakar psikologi Barat. Selain itu, segelintir masyarakat terpengaruh dengan sesuatu ajaran sesat dengan penonjolan imej akhlak dan peribadi tuan guru yang terpuji. Berdasarkan tutur bicara hingga kepada cara makannya seolah-olah menggambarkan bahawa
  • 59. (PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH) 59 gurunya seorang yang alim dan warak. Akhirnya beberapa gelaran diberikan kepada guru tersebut bermula dengan gelaran Ustaz, Tuan Guru, Sheikh, Imam, Abuya sehingga kepada Ayatullah sebagaimana yang berlaku dalam ajaran Syiah dan al-Arqam. Begitu juga dengan penggunaan gaya bahasa retorik. Seseorang penyebar ajaran sesat mampu menimbulkan minat dan rasa ingin tahu kepada golongan sasarannya untuk mengetahui sesuatu dengan lebih mendalam terutamanya perkara yang berkaitan dengan zat Allah swt dan perkara ghaib dengan menggunakan teknik ini. Taktik dan teknik baru pula ialah penggunaan alat telekomunikasi dan maklumat terkini termasuklah internet, telefon mudah alih dan media massa lain. Dengan hanya melayari beberapa laman web, maka masyarakat dapat mengetahui dan mudah dipengaruhi oleh ajaran sesat sama ada di dalam dan di luar negara. Melalui teknik ini, masyarakat lebih mudah dipengaruhi kerana mereka mampu berinteraksi secara langsung di samping mengetahui sesuatu perkara itu dengan cepat dan pantas. Sebagaimana yang diterangkan oleh Imam al-Ghazali (m. 505 H) menggariskan lapan teknik yang sering digunakan oleh penyebar ajaran sesat dalam memikat mangsanya, iaitu al-Dhawq wa al-Tafarrus (tilik dan perhati), al-Ta’nis (beramah mesra), al-Tashkik (keraguan), al-Ta’liq (gantung tidak bertali), al-Ribt (ikat), al- Tadlis (tipuan),al-Talbis (kesamaran) dan al-Salkh wa al-Kha’u (membuang segala taklif dan menyelewengkan iktikad). Kemungkinan teknik yang sama digunakan di Malaysia bagi menarik orang ramai kepada ajaran Batiniah ini. Oleh yang demikian, umat Islam di negara ini perlu peka dalam mengawasi perkembangan ajaran sesat ini. Jika ternyata sesuatu ajaran itu menyimpang daripada kemurniaan ajaran Islam, maka setiap umat Islam berkewajipan untuk
  • 60. (PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH) 60 membuat laporan kepada pihak berkuasa agama agar akidah golongan ini dapat dipulihkan merebak. Sumber Pemikiran Sumber ajaran sesat di Malaysia banyak dipengaruhi oleh tasawuf falsafah, batiniah, khurafat dalam amalan perbomohan dan kebebasan akal tanpa batasan. Walau bagaimanapun, kebanyakan bukti menunjukkan bahawa ajaran batiniah dan tasawuf falsafah yang terdapat di negara ini banyak dipengaruhi oleh doktrin Syiah. Oleh yang demikian, aliran Batiniah yang terdapat di Malaysia boleh dibahagikan kepada lima, iaitu Batiniah Bahai, Batiniah Qadiani, Batiniah Kod 19, Batiniah Arqam dan Batiniah Malaysia yang didasari oleh beberapa buah buku seperti Hakikat Insan dan kashf al-Asrar. Batiniah Malaysia didapati cuba menyerapkan ajaran Wahdat al-Wujud dengan ajaran Batiniah. Ajaran Wahdat al-Wujud bertapak di Nusantara sejak lebih 400 tahun lalu. Hal ini terbukti dengan penemuan kitab al-Tuhfat al-Mursalah karangan Muhammad Burhanpuri yang meninggal dunia pada 1025 H disusuli oleh kitab tasawuf dalam Bahasa Melayu seperti karya Hamzah Fansuri dan buku karangan Sayyid Husayn Nasr dan Khan Sahib Khaja Khan. Ajaran Wahdat al-Wujud Batiniah di Malaysia mula diperkatakan sejak sebelum kemerdekaan lagi. Walaupun kewujudan ajaran Wahdat al-Wujud ini telah lama, tetapi kajian dan perbicaraannya amat sedikit. Bahkan ajaran Wahdat al-Wujud tidak dapat berkembang dengan pesat kerana ilmu agama dipegang dengan kuat oleh ulama lepasan Mekah dan al-Azhar mengikut metodologi ilmu Islam yang sebenarnya. Namun mulai tahun 1970-an hinggalah sekarang, teraju pengajian ilmu Islam bukan hanya dipegang oleh ulama lepasan Mekah dan al- Azhar tetapi dari segenap penjuru alam termasuk Barat. Justeru, ajaran Wahdat al-Wujud yang selama ini tidak mendapat tempat dalam masyarakat Islam Malaysia akhirnya secara perlahan-lahan dapat diterima.
  • 61. (PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH) 61 Menurut Adulfatah Haron, doktrin ajaran Wahdat al-Wujud yang telah bertapak di Malaysia selama 40 tahun ini bukan sahaja dipengaruhi oleh doktrin Syiah Batiniah tetapi sedikit sebanyak turut mengandungi unsur Kebatinan Jawa terutama Kebatinan Ranggawarsita. Contohnya ajaran Agama Taslim, Aurad Muhammadiah pegangan al-Arqam, ajaran Tok Ayah Pin dan lain-lain lagi. Ajaran Wahdat al-Wujud dan Batiniah ini menyerapkan empat sifat utama. Pertama, mencaci alim ulama dan fuqaha’ Islam dengan tujuan menolak kerasulan Nabi Muhammad saw. Kedua, Islam mempunyai zahir dan batin. Ketiga, talam dua muka dan keempat, gerakan sulit dan rahsia. Ajaran Wahdat al-Wujud dalam Islam lahir daripada penggunaan pemikiran ahli fikir yang terpengaruh dengan teori eminasi falsafah Hinduisme dan Neoplatonisme dalam membicarakan soal metafizik. Dalam mitos Hindu, Tuhan digambarkan sebagai lelaki dan perempuan yang sedang berpelukan dan terbelah dua. Hasil persetubuhan kedua-duanya, maka lahirlah keturunan manusia. Dengan tiba-tiba si isteri menjelma menjadi lembu betina dan si suami menjelma menjadi lembu jantan, maka lahirlah keturunan binatang. Keadaan ini berterusan sehinggalah lahir sekalian makhluk yang ada dalam alam ini. Fahaman ini menggambarkan seolah-olah Tuhan (Khaliq) dan makhluk adalah satu. Manakala falsafah Neoplatonisme diasaskan oleh seorang Yahudi bernama Philo (20 S.M). Beliau ialah orang pertama yang membuat takwilan kerana hendak menyesuaikan wahyu dengan akal atau Taurat dengan falsafah. Falsafah Plato mengatakan hakikat wujud ini terdiri daripada alam mithal dan itulah yang sebenarnya dan alam benda hanyalah bayangan dari alam mithal. Alam mithal menepati akal dan alam benda menepati pancaindera. Lalu datang Philo dengan Kitab Tauratnya. Dalam Taurat diceritakan Adam, Hawa dan ular. Ini ditakwilkan oleh Philo dengan katanya Adam itu akal, Hawa itu pancaindera
  • 62. (PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH) 62 dan ular itu keseronokan. Secara tidak langsung, meresaplah pengaruh Hinduisme dan Neoplatonisme ke dalam tasawuf. Sebanyak mana sekalipun cabang Batiniah di Malaysia, ternyata ciri utama Batiniah ialah cuba membalut kebatilan dengan takwilan ayat-ayat al-Quran yang bukan-bukan, di samping penggunaan ungkapan yang didakwanya hadis Rasulullah saw tetapi sebenarnya tidak. Dengan demikian, didapati semua aliran kepercayaan yang menyeleweng ini berpusat kepada doktrin Batiniah dan tasawuf falsafah. Sumbernya kembali kepada pelbagai doktrin falsafah dan tradisi keagamaan, bukan kepada al-Quran dan Sunnah. Contohnya, konsep Imam merupakan konsep yang lahir daripada Syiah Isma’iliyyah Batiniah yang kemudiannya menghasilkan konsep guru mursyid, pemuda Bani Tamim dan Imam Mahdi. Begitu juga dengan konsep batin dan takwil yang jelas daripada Syiah Batiniah dengan mentakwilkan sesuatu perkara dengan menggunakan akal fikiran dan menghuraikannya dengan huraian batin. Konsep gnosis pula yang berselindung dengan kalimah kashshaf, laduni, ilham mahupun ma’rifat amat luas penggunaannya di kalangan Syaih Batiniah. Begitu juga dengan konsep emanasi dan wujudiah. Keempat-empat unsur ini tidak terlepas daripada didomonasi oleh Batiniah. Kesan daripada ajaran sesat Daripada perbincangan yang dibuat, didapati bahawa ajaran sesat mempunyai pengaruh yang besar dalam masyarakat Melayu-Islam di Malaysia. Ajaran sesat ini merosakkan akidah dan ibadat umat Islam hingga mendorong mereka kepada syirik, kufur dan murtad, sesat dalam beragama, perpecahan dalam masyarakat dan ancaman kepada keselamatan negara.
  • 63. (PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH) 63 Pemujaan kubur yang dianggap keramat, mempercayai kesaktian yang ada pada para wali serta bomoh merupakan perkara khurafat yang sering diamalkan dalam aliran kepercayaan akan mengheret pengikutnya menyekutukan Allah swt. Al- Quran telah menggariskan bahawa syirik besar ini terbahagi kepada empat bahagian, iaitu syirik dalam memberikan kasih sayang, syirik dalam memberikan ketaatan, syirik dalam niat dan kehendak serta syirik dalam permintaan, pertolongan dan doa. Keempat-empat bahagian syirik jelas wujud dalam kesemua ajaran sesat yang ada dari dulu dari sekarang. Allah swt mengingatkan manusia agar tidak menyekutukan-Nya sama ada dari sudut zat, sifat, nama mahupun perbuatan-Nya kerana Allah swt tidak akan mengampunkan dosa golongan ini sebagaimana yang dinyatakan dalam firman- Nya :      Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukan-Nya dengan sesuatu (apa jua), dan akan mengampunkan yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut peraturan hukum-hukumNya); dan sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu (apa jua), maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh. (surah al-Nisa’ : 116) Peringatan Allah swt dalam al-Quran perihal menyekutukannya adalah jelas. Barangsiapa yang mensyirikkan-Nya nescaya akan terhapus segala amalannya. Tidak ada satu kuasa yang mampu mengatasi kuasa Allah swt dan segala
  • 64. (PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH) 64 amalan yang dilakukan hendaklah untuk Allah swt semata-mata sebagaimana firman-Nya :      Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Tiada sekutu bagi-Nya, dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan, dan aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang awal pertama - (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintah-Nya)". (Surah al-An’am, 6 : 162-163) Besar kemungkinan seseorang itu boleh tergelincir akidahnya menjadi murtad disebabnya mensyirikkan Allah swt mahupun menyalahi prinsip utama ajaran Islam. Kufur pula lawan kepada iman, iaitu berpaling daripada kebenaran dan melakukan maksiat setelah melakukan ketaatan dan beriman. Kufur juga boleh disimpulkan sebagai penafian dan keingkaran terhadap apa-apa sahaja yang datang daripada Allah swt melalui rasulnya-Nya tanpa sebarang keraguan. Seseorang itu akan menjadi kafir jika dia ingkar kepada perintah Allah swt dan taat kepada perintah taghut dalam keadaan dirinya sedar (tidak lupa atau gila). Walau bagaimanapun, sekiranya ia seorang yang jahil;tidak mengetahui bahawa perbuatannya mengingkari perintah Allah swt dan menyalahi rukun Islam serta rukun iman, maka ia tidak digolongkan sebagai kafir. Begitu juga seseorang akan menjadi murtad jika dia kembali kepada kekufuran setelah dia menerima Islam sebagai pegangannya. Terdapat pengikut ajaran
  • 65. (PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH) 65 sesat yang menganut kepercayaan lain sebelum Isalam kemudian memeluk Islam seterusnya berpaling tadah kepada agama asal mereka (tanpa sebarang paksaan) akibat terpengaruh dengan ajaran sesat ini. Firman Allah swt :       Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah ia beriman (maka baginya kemurkaan dan azab dari Allah), kecuali orang yang dipaksa (melakukan kufur) sedang hatinya tenang tenteram dengan iman; akan tetapi sesiapa yang terbuka hatinya menerima kufur maka atas mereka tertimpa kemurkaan dari Allah, dan mereka pula beroleh azab yang besar. (Surah al-Nahl, 16: 106 ) Kesesatan yang mendasari akidah atau keimanan terutamanya menyentuh kepercayaan kepada Allah swt dengan mempercampuradukkan dengan pemikiran falsafah Neoplatonisme, Batiniah, Hinduisme mahupun Kristian bahkan ada antaranya mengaku dirinya Tuhan dan rasul yang diutuskan bukan sekadar sesat tetapi kufur kepada Allah swt. Kedudukan golongan ini lebih bahaya daripada gerakan Kristianisasi kerana mereka bergerak atas nama Islam, berpakaian dan melaksanakan cara hidup sebagaimana umat Islam yang lain, hanya akidah mereka sahaja yang mempengaruhi terpesong. Oleh itu, mereka lebih mudah untuk mempengaruhi masyarakat agar sama-sama menyertai kumpulan mereka. Sesat dalam beragama
  • 66. (PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH) 66 Sesat dalam beragama termasuklah cenderung melaksanakan sesuatu amalan atau doktrin ajaran yang nyata bertentangan dengan Islam. Antara perkara yang membawa umat Islam sesat dalam beragama termasuklah meyakini dan mengamalkan sesuatu ajaran yang difatwakan sesat. Perkara seumpama ini berlaku disebabkan pemujaan yang keterlaluan kepada pemimpin dengan memberikan segala ketaatan kepada ketua dengan membuta tuli tanpa sebarang pertanyaan, komentar mahupun kritikan. Secara tidak langsung, keadaan ini membuka peluang kepada golongan tertentu untuk mendapatkan kepentingan tertentu dalam dunia ini. Selain itu, perkara ini boleh berlaku disebabkan oleh keghairahan para pengikut meramalkan perkara ghaib yang berkaitan dengan Kiamat. Dari aspek akidah, walaupun penyelewengan akidah yang dilakukan hanya sedikit tetapi penyelewengan itu tetap dianggap sesat. Dalam kata lain, iman seseorang akan runtuh walaupun seseorang itu mengingkari hanya satu huruf daripada keseluruhan al-Quran. Sering kali golongan yang terlibat dengan ajaran sesat ini bukan hanya sesat dari segi syariat tetapi sesat juga dari segi akidah. Walau bagaimanapun, kesesatan dari segi pengamalan syariat seperti melakukan nikah batin (berzina), minum arak dan lain-lain akan membawa kepada sesat dari sudut akidah sekiranya pengikut aliran ini beriktikad bahawa perbuatan ini adalah sebahagian daripada syariat Islam. Firman Allah swt :      Sesungguhnya orang-orang yang kafir sesudah mereka beriman, kemudian mereka bertambah kufur lagi, tidak sekali-kali akan diterima taubat mereka, dan mereka itulah orang-orang yang sesat. (Surah al-‘Imran, 3 : 90)
  • 67. (PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH) 67 Fenomena ini seolah-olah menggalakkan kehidupan yang berteraskan hawa nafsu sehingga melahirkan gejala anak luar nikah dan seks bebas dalam masyarakat. Firman Allah swt dalam Surah al-Kahf, ayat ke-103 dan 104 :       Katakanlah (Wahai Muhammad): "Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya? (Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan". Perpecahan dalam masyarakat Ajaran sesat memberi banyak impak negatif terhadap masyarakat. Kehadiran ajaran sesat mewujudkan perbalahan, kehidupan berpuak-puak sehingga membawa kepada perpecahan bangsa dan agama. Setiap kumpulan atau puak merasakan mereka berada di jalan yang benar hingga sanggup mengkafirkan orang lain. Akibatnya terbit perasaan benci-membenci antara satu golongan dengan golongan yang lain. Contoh paling dekat dengan masyarakat Islam di Malaysia ialah al-Arqam. Sama ada disedari atau tidak, kelahiran al-Arqam pada masa dahulu dan kini lebih dikenali dengan Rufaqa’ atau Tarekat Aurad Muhammadiah pernah mendirikan perkampungannya sendiri. Hidup dalam komuniti tersendiri dan jauh dengan pengaruh arus perdana. Secara tidak langsung, al-Arqam telah mewujudkan ‘masyarakat dalam masyarakat’. Peristiwa penculikan Azura (salah seorang
  • 68. (PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH) 68 wanita Arqam) di Singapura suatu ketika dahulu yang pada masa itu masih lagi menjadi isteri Mashaal, warganegara Sweeden berbangsa Arab adalah di dalam perancangan Abdul Halim Abbas, orang nombr dua dalam Arqam. Selain itu, seorang kakitangan kerajaan yang dikenali sebagai Noh telah membuat laporan bahawa isterinya mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu kepada anak-anaknya kerana taksub dengan satu aliran kepercayaan. Fenomena ini telah meruntuhkan institusi kekeluargaan sekali gus menyebabkan wujudnya gejala yang tidak sihat dalam masyarakat. Propaganda yang sering dimainkan oleh golongan ini ialah mengecam, mencaci seterusnya memfitnah tokoh pemimpin dan para ulama. Secara tidak langsung mereka mempertikaikan kewibawaan ulama sehingga menimbulkan kesangsian masyarakat terhadap institusi agama. Manakala golongan yang lebih fanatik sanggup menindas anak-anak dan ahli keluarga semata-mata untuk taat kepada perintah guru. Mereka sanggup membenarkan guru memuaskan hawa nafsu dengan isteri dan anak gadis mereka bagi memperoleh generasi yang saleh. Sering kali kelompok ajaran sesat ini mengasingkan diri mereka bersama-sama ahli kumpulan yang lain. Mereka tidak menyertai program-program yang dirancang oleh masyarakat setempat dan jauh tersisisih daripada arus pembangunan jasmani dan rohani yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan. Mereka turut melakukan pemulauan, memulakan bibit perbalahan sehingga membangkitkan perasaan benci-membenci antara satu golongan dengan golongan yang lain. Sekali gus memberikan gelaran tertentu tertentu seperti ‘ahli neraka’ atau ‘kumpulan Enam Jahanam’ kepada mana-mana ahli kumpulan yang telah keluar daripada ajaran mereka dan bertindak mendedahkan penyelewengan yang berlaku.
  • 69. (PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH) 69 Ancaman kepada keselamatan Negara Hubungan langsung antara kelompok ajaran sesat dengan gerakan subversif dan antinasional yang cuba menimbulkan huru-hara dalam negara dapat dikesan oleh pihak berkuasa sejak akhir tahun 1970-an lagi. Di samping meluasnya kesesatan akidah dan penyelewengan syariah Islamiah di kalangan orang Islam, ajaran sesat juga membawa perpecahan serta pertumpahan darah dalam masyarakat . Antara insiden yang pernah berlaku berkaitan dengan aliran kepercayaan (ajaran sesat ) adalah pada 19 Oktober 1974, apabila seorang daripada ajaran sesat Empat Sahabat pimpinan Syed Mutalib di Kampung Kedap, Rantau Panjang, Kelantan mati ditembak dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan. Begitu juga pada 7 Julai 1979, Tajul Ariffin yang mengaku dirinya sebagai Imam Mahdi telah mencederakan Tuan Hj. Damanhuri b. Hj. Abdul Wahab, Imam Masjid Rapat Setia, Ipoh, Perak. Pada tanggal 19 Ogos 1979, seramai empat orang pengikut Ajaran Ilmu Kasyaf pimpinan Hj. Kamaruddin @ Abdullah Sani Kajang mati terbunuh dalam satu peristiwa di Kerling, Selangor. Seterusnya kumpulan tarekat Noor Zaman Imam Mahdi yang diketuai Muhammad Ariffin bin Muhammad Jailani atau lebih dikenali sebagai Muhammad Nasir Ismail (yang berasal dari Kampuchea) telah mengetuai kumpulan menyerang balai polis Batu Bahat pada hari Khamis 16 Oktober 1980. Akibatnya, seramai 15 orang pengikut ajaran sesat ini ditembak mati oleh polis dalam tragedi berdarah itu. Begitu juga dengan kumpulan al-Arqam yang sebelum diharamkan, giat menyediakan tentera Imam Mahdi untuk menggulingkan kerajaan. Sementara kumpulan al-Maunah selain melakukan pencerobohan di Kem Batalion 304 Askar Wataniah Grik, Perak pada 6 Julai 2000, kumpulan ini juga
  • 70. (PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH) 70 melakukan keganasan dan kekejaman dengan membunuh dua orang anggota keselamatan. Sewajarnya semua peristiwa ini membuka mata pihak berkuasa dan masyarakat bahawa sekiranya ajaran sesat ini dibiarkan beroperasi tanpa sebarang tindakan, mereka mampu menggugat keselamatan dan ketenteraman awam. ISU IDEOLOGI Mengetahui ideologi-ideologi yang lahir dari Barat dan menular ke negara-negara Islam adalah sesuatu yang amat penting. Ajaran-ajaran baru itu tidak lagi dinamakan agama tetapi mereka menamakan dengan ideologi atau teori. Ia bermaksud fahaman-fahaman, cita-cita, haluan dan aliran pemikiran. Aliran ini berasal dari Eropah yang memisahkan kehidupan mereka daripada agama. Ajaran-ajaran ini dibawa masuk ke negara-negara Islam dan menjadi senjata serangan pemikiran yang berkesan pada masa kini. Ia dapat menjauhkan mereka daripada Islam dengan cara dan hujah tidak menolak Islam dan masih mengaku sebagai penganut Islam. Ia berjaya menyesatkan akidah atau sekurang-kurangnya memecahkan umat Islam kepada pelbagai ideologi dan kumpulan yang memperjuangkan ideologi itu sehingga berlaku pertarungan sesama sendiri dan hanyut jauh daripada Islam. Aliran ideologi, falsafah dan teori-teori itu mengenai urusan negara, ekonomi atau kemasyarakatan dengan memakai pelbagai nama seperti sekularisme, kapitalisme, sosialisme, nasionalisme, pragmatisme dan sebagainya. Mereka mengambil ideologi-ideologi itu dalam perkara-perkara pemerintahan dan ekonomi atau dengan lain perkataan dalam perkara dunia. Ada antara mereka yang berani menuduh Islam dengan tuduhan-tuduhan jahat dan fitnah- fitnah seperti mendakwa Islam tidak sesuai lagi pada zaman ini atau Islam mesti
  • 71. (PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH) 71 disesuaikan dengan ideologi itu dengan membuat perubahan-perubahan yang berani sehingga menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal. Mereka sebenarnya orang-orang yang sesat pada zaman ini dan memecah- belahkan masyarakat Islam daripada tali agama Allah. Islam ialah cara hidup yang meliputi segala-galanya, maka haram kita membahagi-bahagikan Islam seperti menerima sebahagian dan menolak sebahagian yang lain. Contohnya, beribadah secara Islam, berkahwin secara Islam, melakukan urusan kematian secara Islam tetapi dari sudut pemerintahan, ekonomi dan urusan-urusan duniawi yang lain menolak hukum Islam. Mengingkari salah satu daripada ajaran Islam boleh menyebabkan terkeluar agama walaupun masih sembahyang, puasa, haji dan mengerjakan ibadah- ibadah yang lain. Ini adalah bahaya yang menimpa Islam masa kini. Oleh itu, kita perlu mengetahui dan memahami ideologi-ideologi baru ini di samping mengenali musuh-musuh baru ini supaya kita dapat menyelamatkan akidah dan iman. Umat Islam kini berada dalam keadaan kritikal kerana penganutnya terpengaruh dengan fahaman-fahaman yang tidak ada kena mengena dengan Islam. Walaupun mereka mengaku beragama Islam dan melakukan atas dasar sayang pada Islam namun usaha mereka tetap sia-sia. Masyarakat muslim di negara ini sudah lama dilanda serapan ideologi asing menular secara halus sehingga tidak disedari. Ideologi ini mengancam akidah masyarakat muslim dan melemahkan ummah. Perbincangan tentang ideologi dalam tajuk ini akan berkisar pada takrif ideologi, konsep ideologi, sejarah kemunculan penyebaran ideologi dan kesan terhadap masyarakat Islam. Jika diteliti dalam beberapa kamus popular masa kini, takrif ideologi dapat diberikan kepada beberapa pengertian. Antaranya, ideologi ditakrifkan sebagai visi yang bersifat komprehensif. Ideologi juga bermaksud menawarkan
  • 72. (PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH) 72 perubahan melalui proses pemikiran normatif. Jika dilihat takrif ideologi dalam bentuk yang lebih luas, ianya bermaksud suatu sistem pemikiran abstrak (tidak hanya sekadar pembentukan idea) yang diterapkan pada masalah umum sehingga mampu membuat konsep. Contoh, ideologi dalam politik. Pemikiran yang tidak bersumberkan Islam dalam konteks ini dipanggil pemikiran asing yang merujuk kepada apa-apa fahaman, falsafah, prinsip, kepercayaan dan adicita yang bersumberkan pemikiran barat. Konsep ideologi dalam pemikiran barat ialah (Kerana terms ideologi berasal usul dari barat) - Fahaman humanisme adalah suatu ideologi yang membawa manusia kepada penolakan agama atau berpaling daripada konsep theologi (ketuhanan). Ideologi ini lebih kepada budaya penganutnya mementingkan diri sendiri. Kefahaman ini telah menjadi pegangan masyarakat Barat yang akhirnya melahirkan berbagai-bagai isme seperti sekularisme, liberalisme, pluralisme dan sebagainya.
  • 73. (PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH) 73 Fahaman ini kini menular ke dalam masyarakat Islam melalui pelbagai saluran. Kesannya umat Islam terpisah daripada agama dan intima Fahaman humanisme juga dikenali sebagai fahaman materialisme kini telah berjaya menguasai sebahagian besar kelompok sosial dengan pelbagai jenama. Secara ringkasnya, fahaman humanisme dapat digambarkan pada Jadual Rangkaian Ideologi Humanisme di atas. 1 Materialisme, pragmatisme, liberalisme dan globalisasi semuanya lahir daripara kefahaman humanisme. Jika dilihat dari aspek istilah nampak berbeza, tetapi sebenarnya fahaman dan ideologi itu mempunyai persamaan iaitu bertentangan dengan ajaran Islam. Semuanya lahir daripara revolusi tindakan 1 Jadual 1 : Rangkaian Ideologi Humanisme, (Taha & Anis Malik. 2005; Al- Rawi & Fuad Muhsin. 2009; Harun Yahya, 2009, ubahsuai). pobialisme demokrasi pluralisasi globalisasi liberalisme HUMANISME sosialisme sekularisme saintisme pragmatisme kapitalisme
  • 74. (PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH) 74 kejam gereja dan golongan bangsawan terhadap para ilmuwan dan rakyat jelata di zaman Feudal Eropah. Penolakan yang amat ekstrim terhadap agama membawa Eropah kepada kecintaan yang tidak terhingga terhadap diri sendiri. Kecintaan dan ketaksuban yang keterlaluan boleh membawa kepada bentuk penyembahan diri yang jelas bertentangan dengan konsep al-Qur`an dan Hadith Nabi. Demokrasi pada asasnya lahir daripada sistem yang diguna pakai oleh golongan sosialis dan golongan kapitalis. Dasar demokrasi adalah lebih kepada sistem pemerintahan sesebuah negara. Sistem ini mengasingkan penguasaan sultan / raja ke atas pentadbiran dan pengurusan negara. Demokrasi memperkenalkan Lembaga Perwakilan Rakyat (Parlimen) mencakupi legislatif (perundangan), fungsi pengawasan ke atas pentabdiran negeri di bawahnya dan fungsi pentadbiran yang bertanggung-jawab dalam melaksanakan sistem, struktur dan organisasi pentadbiran. Kapitalisme amat mementingkan keuntungan dan menafikan hak orang lain khususnya dalam aspek perniagaan. Contoh, amalan riba / interest berkonsepkan keuntungan dan penindasan terhadap golongan miskin secara tidak langsung. Di samping itu memberi keuntungan kepada orang kaya raya. Pada dasarnya persaingan dalam perniagaan adalah diharuskan. Namun, konsep kapitalisme membawa jurang yang amat jauh dalam struktur masyarakat. Amalan riba dan sistem monopoli menjadi asas kapitalisme yang dilihat berat sebelah. Komunisme mungkin dilihat lebih adil memberikan hak persamaan kepada semua manusia. Nampak jauh berbeza dengan kapitalisme tetapi sebenarnya sama dari sudut penyembahan kepada kehendak manusia; cuma dengan cara yang berbeza, iaitu dengan menyamakan kehendak agar semua kehendak dipenuhi. Contoh, penagih dadah dibenarkan memiliki sejumlah dadah untuk dirinya sendiri. Melebihi had itu baru dikira salah. Anda boleh menagih dadah
  • 75. (PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH) 75 di mana-mana sahaja kerana itu kehendak mereka yang perlu dipenuhi. Kerajaan hanyalah mampu menyediakan tong sampah khas untuk picagari dadah agar tidak mengganggu orang lain yang tidak terlibat dengan dadah. Sekularisme, sosialisme dan pluralisasi mengakui bahawa arak dan judi bukan suatu yang baik untuk manusia. Arak dan judi juga merupakan kepala segala kejahatan. Tetapi apa yang Barat lakukan untuk mengelakkan rakyatnya daripada dicemari oleh najis arak dan judi? Kehendak manusia mengatasi segala kebaikan dan maslahah. Seks bebas dianggap sebagai keinginan hawa nafsu manusia yang perlu dipenuhi. Bukan itu sahaja, globalisasi mengakibatkan masyarakat Islam hanyut tanpa batasan agama dan berakhlak mulia. Merupakan pencabulan terhadap nilai-nilai kemanusiaan yang dirancang oleh orentalis Barat. (al-Jamil, t.t.) Sementara itu, jika dilihat ancaman ideologi ini di Malaysia, didapati globalisasi berjaya melahirkan bangsa Melayu yang tiada identiti kemelayuan dan ketimurannya. Akibatnya mereka hilang jatidiri sebagai anak Melayu serta kurang berpegang teguh kepada agama. Globalisasi juga menjadikan sesuatu bangsa itu seringkali tunduk kepada agenda dan kehendak orang lain. Hegemoni, konsep yang terkandung dalam globalisasi iaitu hegemoni atau kekuasaan. Hegemoni bukan sahaja bermaksud kekuatan tentera tetapi juga merangkumi kekuatan ekonomi, idea, agama, etika, peradaban dan lain- lain. Hegemoni Barat bukan sahaja terletak kepada kekuatan tentera, malah menguasai aspek nilai, budaya, termasuk jugalah agama. (Ghazali, 1998). Sekularisme merupakan konsep untuk memisahkan manusia dengan agama. Ia telah menular dengan hebat dan telah menjadi ritual dalam masyarakat masa kini. Dalam konsep ajaran Islam, agama tidak dapat dipisahkan daripada keseluruhan hidup dan kenegaraan, (Harusani, 2009). Justeru itu, konsep sekularisme secara terang-terang memusuhi Islam. Istilah-istilah sekularisme, sekularisasi, sekular tidak boleh dihubung-kaitkan
  • 76. (PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH) 76 dengan Islam. ( al-Attas 1978; al-Qaradawi 1977). Dalam konteks di Malaysia, Islam diiktiraf sebagai agama rasmi negara. Dalam aspek yang lain, ia bertindak sebagai perlindungan terhadap undang-undang Islam itu sendiri. Walau bagaimanapun, proses globalisasi yang sedang rancak berjalan, lambat laun akan mencabar undang-undang setiap negara. Apabila kubu pertahanan ini lemah dan penduduk Islam bukan kelompok majoriti, sudah tentu kedudukan Islam dan bangsa Melayu akan tergugat. Kesan ideologi asing pada pemikiran masyarakat muslim. i) Ideologi yang terdapat unsur ajaran menyeleweng ini dibawa masuk ke dalam pemikiran masyarakat Islam sama ada secara sedar atau tidak sedar. Kesannya ia dapat menjauhkan mereka yang kurang mendalami ajaran Islam untuk menolak Islam dengan mudah. Contoh, seperti golongan muktazilah, golongan wahabi dan sebagainya berjaya memecah belahkan umat Islam. Mereka saling mempertahankan ideologi masing-masing dengan pelbagai alasan dan hujah. ii) Kesan buruk ini terkena pada 3 kumpulan utama iaitu Pertama, mereka yang mengkaji dan mengamalkan Islam. Kedua, mereka yang tidak faham langsung dan jahil tentang Islam, dan ketiga, mereka yang jahil murakkab (tidak sedar dirinya jahil) tetapi mahu bercakap mengenai Islam. Terhadap golongan kedua dan ketiga, kesan pemikiran dan ideologi amat merbahaya untuk masyarakat Islam. Mereka seringkali dilihat sebagai golongan perosak agama serta memecah belahkan umat Islam kerana jahil murakkab yang menebal. Selain itu, kesan daripada ideologi sesat ini meresap masuk ke dalam urusan kehidupan umat Islam seharian. Antara kesan yang nyata ialah mereka membahagikan
  • 77. (PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH) 77 urusan keduniaan dan urusan ibadah secara berasingan. Urusan pentadbiran dipisahkan dalam Islam. Sepatutnya, Islam itu satu cara hidup yang lengkap dalam seluruh aspek kehidupan manusia. iii. Kesan Ideologi Sekularisme - Memisahkan Islam dan politik. Mereka mendakwa bahawa Islam adalah agama yang bersih dan politik adalah kotor. Kerana itu, Islam dan politik tidak boleh dicampurkan kedua-duanya sekali dalam satu masa. Dari pandangan Islam, Islam membentuk politik menjadi bersih kerana Islam sukakan bersih, cekap, amanah,toleransi, telus dan bertanggungjawab terhadap kepimpinannya. Islam menentang kekotoran, penindasan dan sebarang bentuk penipuan. Sekularisme juga menghalang perlaksanaan hukum-hukum perundangan Islam atau Syariah. iv. Kesan ideologi yang lain dihuraikan seperti berikut: Kesan Ideologi Komunisme - Fahaman komunisme bercanggah dengan akidah Islam yang boleh membawa umat Islam ke arah kemunduran. Mereka mengingkari kewujudan Allah, perkara ghaib serta hari kiamat. Ideologi komunis ini bersifat tidak berperikemanusiaan. Pemimpin ideologi ini memeras keringat rakyat dan merampas harta milik mereka. Pemimpin masyarakat membuat peraturan dan rakyat dikehendaki mengikut tanpa pertikaian. Rakyat bekerja untuk kepentingan negara sahaja. Kesan Ideologi Sosialisme - Menjadikan kebendaan sebagai matlamat utama dalam hidup serta menjauhkan agama Islam daripada terlibat secara aktif. Tidak wujud persoalan halal dan haram, yang wujud hanyalah untung dan rugi. Merampas hak-hak orang perseorangan dan mempertikaikan kebebasan mereka, malah seringkali berlaku penipuan dan salahguna kuasa dalam urusan mengendalikan hak milik umum. Menghapuskan semangat tolong menolong dan bekerjasama dalam masyarakat. Dalam konteks akidah, mereka menerapkan bahawa Jabatan Agama Islam Selangor
  • 78. (PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH) 78 mempercayai semua alam semesta, manusia dan kehidupan merupakan material yang sifatnya berkembang melalui evolusi masing-masing. Contoh, adanya hubungan jenis antara lelaki dan wanita melahirkan anak. Golongan ini menafikan ciptaan dan kekuasaan Allah terhadap makluk. Keperluan agama hanyalah bersifat hiasan/tampalan hidup semata-mata, bukan sebagai suatu cara hidup. Kesan Ideologi dari aspek demokrasi - Rakyat berhak menentukan corak politik dan pemerintahan negara. Rakyat juga berhak menurunkan kembali kekuasaan itu dengan mengadakan pemilihan kepimpinan baru termasuk mengubah peraturan yang sesuai dengan kehendak rakyat. Rakyat bebas memilih agama masing-masing, bebas memiliki hak kepunyaan harta, bebas dalam tingkah laku dan bebas bersuara. Ideologi ini dilihat seringkali mencampur aduk antara ideologi kapitalis dan ideologi sosialisme sebagai usaha untuk menutup beberapa kelemahan yang ada pada sistem itu. Contoh, mewujudkan sistem keadilan sosial atau sistem kesejahteraan negara agar tidak menimbulkan masalah sosial dalam masyarakat. v. TERBAIK ADALAH IDEOLOGI ISLAM - Dalam konteks akidah Islam, penganutnya hendaklah mengesakan Allah, mengagungkan Allah sebagai pencipta alam ini, menyembah Allah yang menguasai langit dan bumi, memuji Allah yang menguasai serta mengetahui alam ghaib dan alam nyata, pentadbir semesta alam dan pengatur bagi sesuatu yang dicipta-Nya. Orang-orang yang diberikan pemikiran yang sihat diminta supaya memperhati dan memikirkan kejadian alam yang indah, lautan yang terbentang luas, gunung-ganang yang tersergam indah, langit biru tanpa tiang yang kukuh, edaran bulan dan matahari mengikut orbitnya 12 jam siang dan 12 jam malam, jarak matahari dengan bumi yang sesuai dengan suhu kepanasannya dan sebagainya. Semuanya ini menunjukkan kekuasaan Allah yang tidak boleh dipertikaikan oleh manusia.
  • 79. (PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH) 79 Bolehkah manusia berbuat sesuatu tanpa bantuan dari Allah? Bolehkah manusia membina bangunan pencakar langit tanpa adanya ilmu dan kemahiran yang tinggi bagi melaksanakan-nya tanpa adanya pertolongan dari Allah? Semuanya tidak akan berjaya tanpa sifat pemurah Allah ke atas hamba-Nya yang cukup lemah dalam segala hal. Dari sekecil-kecil urusan hinggalah kepada urusan yang sebesar-besar urusan, manusia tidak dapat mengurus tadbir tanpa kudrat dan iradah Allah. Jadi, adalah mustahil manusia yang hidup di atas muka bumi Allah ini tidak mengakui dan mengesakan Penciptanya. Ideologi yang mereka cipta itu adalah bersifat sementara sahaja. Kenapa tidak memilih ideologi Islam yang lengkap untuk seluruh hidup manusia. Manusia boleh menggubal atau meminda ndang-undang yang berkaitan peraturan semasa seperti menentukan peraturan trafik sama ada di jalan raya atau sebagainya. Namun, undang-undang yang berkaitan hukum syarak, hanya Allah sahajalah yang mengetahui baik buruknya terhadap keperluan manusia. Justeru itu, manusia tiada berhak untuk mempersoalkan sejauh mana keberkesanannya atau sesuaikah hukum Allah dilaksanakan dalam masyarakat masa kini yang sangat meruncing. vi. Oleh itu dapatlah difahami bahawa kini terdapat berbagai ideologi dan sistem yang wujud berasaskan fikiran dan nafsu manusia yang menebal dalam masyarakat masa kini. Semua ideologi tersebut dilihat tidak membawa kebaikan kepada semua pihak kerana terdapat pelbagai kelemahan. Sebaliknya jika dilihat dari ideologi Islam, ianya membawa kesejahteraan kepada semua orang. Kerana matlamat hidup manusia ialah untuk mendapat kebahagian dan kesejahteraan. Jadi, sebagai pilihan terbaik, ideologi Islam adalah amat sesuai dan releven untuk semua lapisan masyarakat. Kesimpulan
  • 80. (PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH) 80 Demikian huraian akidah yang perlu diketahui oleh setiap orang yang beriman. Bermula dari pendahuluan memahami akidah, pelajar-pelajar dapat mengkaji huraian mengenai mazhab-mazhab, fahaman-fahaman, ideologi dan sebagainya agar tidak terjerumus ke dalam lembah kesesatan. Iman yang sebenar mesti menolak semua ajaran, fahaman ataupun ideologi dan teori yang melampaui batas-batas Allah. Ia merangkumi semua fahaman yang dicipta pada zaman dahulu, kini dan akan datang. Oleh itu, semua fahaman ini diperkenalkan supaya pembaca khususnya pelajar-pelajar yang mengambil mata pelajaran PIM 3112 Pengajian Akidah ini dapat mengenali yang benar daripada al-Quran dan Sunnah di samping mengenali fahaman-fahaman yang tidak benar dan sesat daripada al-Quran dan al-Sunnah. Ada manusia yang menerima akidah secara membuta tuli bukan secara mengkaji. Adakala mereka berhujah berdasarkan pegangan nenek moyang semata-mata tanpa mengkaji sumber yang sebenar. Isu akidah tidak boleh dicuba-cuba atau diagak-agak. Ia tidak boleh dipilih sesuka hati kerana ia bergantung pada nasib yang memerlukan petunjuk Allah dan wahyunya. Ia juga menentukan nasib mereka di akhirat sama ada ke syurga atau neraka. Ia adalah keputusan yang tidak boleh dipertikai dan diminta supaya kembali ke dunia. Semoga Allah mengurniakan iman dan kekuatannya serta bersikap yang tegas pada perkara-perkara yang bercanggah dengan iman. Fahaman yang
  • 81. (PIM 3112 PENGAJIAN AKIDAH) 81 bercanggah meliputi fahaman yang pupus, yang masih berselerakan dalam masyarakat atau yang bakal tercetus. Mudah-mudahan, kita semua dimantapkan akidah dan harapan penulis agar kita berjuang menegakkan kebenaran dan mendokong Islam sehingga ke akhirat hayat. Jangan sekali- kali menentang Islam kerana akibatnya kita memilih jalan yang silap. Pilihlah jalan yang lurus dan syurga adalah impian kita. Tahniah, kerana anda telah berjaya menamatkan pembelajaran unit ini dengan jayanya! . 1.Bincangkan secara ringkas manusia sesat dalam beragama? 2.Nyatakan perbezaan di antara kufur dengan nifaq? 3.Senaraikan ajaran sesat yang anda tahu? TUGASAN

×