Falsafah Pendidikan Modal insan
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Falsafah Pendidikan Modal insan

on

  • 1,195 views

 

Statistics

Views

Total Views
1,195
Views on SlideShare
1,195
Embed Views
0

Actions

Likes
0
Downloads
42
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Adobe PDF

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    Falsafah Pendidikan Modal insan Falsafah Pendidikan Modal insan Document Transcript

    • 1 MODAL INSAN NEGARA YANG BERKUALITI MERUPAKAN ELEMEN PALING KRITIKAL DALAM MISI NASIONAL. TERANGKAN CABARAN-CABARAN DALAM MELAHIRKAN MODAL INSAN YANG BERKUALITI DAN CADANGKAN PROGRAM-PROGRAM YANG BOLEH DILAKSANAKAN DI PERINGKAT INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI BAGI MELAHIRKAN GRADUAN YANG MEMPUNYAI MINDA KELAS PERTAMA 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Wawasan 2020 menjadi matlamat ke arah pembentukan Malaysia sebagai sebuah negara maju yang mempunyai pendekatan yang tersendiri untuk memacu pembangunan ekonomi melalui perancangan pembangunan 5 tahun yang telah diperkenalkan sejak merdeka. Proses pencapaian taraf negara maju memerlukan lebih pembangunan infrastruktur dan pendapatan perkapita yang tinggi di kalangan penduduk. Selain daripada itu, asperk-aspek lain perlu diambikira seperti pendidikan, kesihatan dan modal insan atau kualiti sumber manusia. 1.2 Istilah modal insan sering dikaitkan dengan kebolehan dan kemahiran manusia. Modal insan juga pernah dirujuk sebagai buruh atau sumber manusia iaitu salah stau daripada faktor-faktor pengeluaran yang terdiri daripada manusia, mesin dan modal. Konsep modal adalah luas dan ia adalah aset ketara milik individu seperti akaun bank, saham syarikat dan syarikat. Modal juga boleh berbentuk aset tidak ketara iaitu pendidikan formal, kursus-kursus kemahiran, perbelanjaan penjagaan kesihatan atau ceramah kepentingan masa dianggap sebagai modal kerana ia berkemampuan menjana pendapatan, peningkatan kesihatan dan memperbaiki kelakuan/tabiat seseorang. 1.3 Modal insan merupakan aset berharga kepada sesebuah negara dimana ia boleh disuntik nilai tambahnya, ditingkatkan nilai inteleknya serta diperkaya modal budayanya. Pembangunan modal insan adalah penentu bagi meningkatkan daya saing dan produktiviti negara. Bersesuaian dengan kehendak industri serta pasaran semasa dan masa hadapan, pembangunan modal insan perlu dirancang dengan rapi agar dapat meningkatkan bina upaya generasi muda Malaysia ke arah
    • 2 melahirkan guna tenaga yang terlatih dan berdaya saing, sepadan dan mencukupi dengan keperluan negara pada tahun 2020. 1.4 Pendidikan memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara maju 2020. Modal insan yang ingin dihasilkan perlu mampu untuk berfikir secara kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang-peluang baru, mempunyai ketahanan serta berkebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran dunia global yang sering berubah-ubah. Ciri-ciri modal insan berkualiti yang perlu dihasilkan seperti berikut : (a) Berfikir secara kritis dan bertindak secara rasional. (b) Bersedia untuk bersaing dan membudayakan semangat untuk meneroka bidang baru. (c) Menghormati kelainan orang lain dan perbezaan individu. (d) Berhemah dan berkeperibadian. (e) Menjadi pemimpin kepada diri, keluarga dan masyarakat. (f) Mengaplikasi dan meningkatkan pengetahuan serta mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat. (g) Mengakses dan menggunakan ICT. (h) Belajar, bekerja dan berkomunikasi dengan berkesan. 2.0 MODAL INSAN NEGARA YANG BERKUALITI MERUPAKAN ELEMEN PALING KRITIKAL DALAM MISI NASIONAL BAGI MELAHIRKAN GRADUAN YANG MEMPUNYAI MINDA KELAS PERTAMA 2.1 Lima teras utama yang disenaraikan dalam Misi Nasional dalam aspek pembangunan modal insan untuk membangunkan dan memakmurkan negara iaitu: (a) Meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi. (b) Meningkatkan kapasiti pengeluaran dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama. (c) Menangani ketidakseimbangan sosioekonomi yang berterusan secara membina dan produktif. (d) Meningkatkan tahap dan kemampanan kualiti hidup. (e) Mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan.
    • 3 2.2 Pembangunan modal insan minda kelas pertama perlu diteruskan bagi mengelakkan negara tidak ketandusan para cendikiawan yang berkeupayaan untuk menghadapi cabaran sedunia terutama dalam penghasilan teori baru dan penyelesaian baru. Justeru itu, pihak Kementerian Pengajian Tinggi perlu mengambil tindakan bagi meningkatkan keupayaan institusi pengajian tinggi dan mengukuhkan sistem pengajian tinggi bagi melahirkan modal insan dengan minda kelas pertama. Sehubungan dengan itu, penglibatan dan penyertaan yang aktif daripada semua pihak yang berkepentingan diperlukan dalam meningkatkan sistem pengajian tinggi negara. 2.3 Pendidikan dijalankan adalah bertujuan untuk pembangunan sahsiah dan membentuk keupayaan pelajar secara holistik melalui pembelajaran kemahiran khusus, merealisasikan keupayaan intelektual, fizikal dan kerohanian serta melahirkan modal insan yang cemerlang. Kementerian Pengajian Tinggi mengkategorikan modal insan minda kelas pertama kepada klasifikasi mengikut ciri utama seperti yang terdapat dalam Jadual 1. Jadual 1 : Kategori modal insan kepada klasifikasi mengikut ciri utama meliputi pengetahuan, keperibadian dan kemahiran berinteraksi Ciri Modal Insan Minda Kelas Pertama Pengetahuan : Keperibadian : Kemahiran Berinteraksi :  Penguasaan dalam subjek teras dan keupayaanmemanfaatk an ilmu pengetahuan.  Penguasaan bahasa Malaysia dan Inggeris serta sekurang- kurangnya satu bahasa global.  Minat berterusan untuk menimba ilmu menerusi PSH.  Memiliki pengetahuan am yang meluas dan mengikuti perkembangan hal ehwal semasa.  Menghargai seni, budaya dan sukan.  Berorientasikan matlamat: proaktif, daya tahan diri, disiplin, yakin, bermotivasi, dan berdaya saing di peringkat global.  Intelektual: kreatif, inovatif, dan mempunyai kemahiran berfikir secara kritikal.  Cepat belajar, mudah menyesuaikan diri, dan fleksibel.  Memiliki sifat-sifat keusahawanan.  Beretika dan bermoral tinggi.  Keterampilan berkomunikasi dan penyampaian berkesan.  Keupayaan menyesuaikan diri dan mudah bergaul dengan orang ramai pada pelbagai peringkat.  Keupayaan untuk maju dan mempunyai kekuatan diri serta rangkaian Profesional.  Kepemimpinan.  Kerja berpasukan
    • 4  Berkemahiran menganalisis dan menyelesaikan masalah.  Pendedahan kepada tentang prinsip perniagaan dan pengurusan serta teknologi.  Kerohanian yang teguh.  Bersifat penyayang dan prihatin (melalui khidmat masyarakat dan kerja sukarela. 2.4 Modal insan dengan minda kelas pertama terbentuk melalui sistem pengajian tinggi yang holistik. Trasformasi pendidikan memerlukan perubahan yang radikal seperti kualiti pengajian tinggi negara dapat ditingkatkan supaya setanding dengan institusi pengajian tinggi terbaik di dunia dimana dapat menghasilkan graduan yang terbilang dan memenuhi kehendak masyarakat, majikan serta memberi sumbangan kepada kemajuan negara. 2.5 Institusi pengajian tinggi yang cemerlang boleh dikenalpasti melalui kepimpinan yang berwibawa, penjanaan budaya kreatif dan ahli akademik yang disanjung tinggi. Selain daripada itu, ahli akademik yang tinggi akan membantu dan menjadi rujukan kepada pemimpin negara, pihak industri dan para intelek dunia. 2.6 Hasrat Malaysia adalah untuk melahirkan institusi pengajian tinggi yang bertaraf dunia. Pengeluaran modal insan dengan minda kelas pertama adalah sebab utama kewujudan sesebuah institusi. Kemajuan sesebuah negara amat bergantung kepada modal insan dan institusi pengajian tinggi yang berkualiti. 3.0 CABARAN-CABARAN DALAM MELAHIRKAN MODAL INSAN YANG BERKUALITI BAGI MELAHIRKAN GRADUAN YANG MEMPUNYAI MINDA KELAS PERTAMA 3.1 Pendidik memainkan peranan penting di dalam merealisasikan aspirasi negara bagi melahirkan graduan modal insan yang mempunyai minda kelas pertama. Martabat profesion perguruan dapat ditingkatkan dengan memainkan peranan dan melaksanakan tanggungjawab terhadap pelajar, ibu bapa, masyarakat, negara, rakan sejawat dan tanggungjawab terhadap profesion perguruan itu sendiri.
    • 5 Mempertingkatkan Profesionalisme 3.2 Pendidik harus sedar tentang tugas dan amanah yang dipikul untuk mendidik generasi yang akan mencapai wawasan negara. Kemahiran dan pengetahuan dalam aspek pendidikan perlu dikemaskini dari semasa ke semasa mengikut peredaran masa. Berusaha untuk mengaplikasikan kaedah-kaedah pengajaran dan pendidikan yang terkini. Perlu mengikuti kursus-kursus pendidikan yang dianjurkan oleh pihak-pihak yang dipertanggungjawabkan agar dapat mempertingkatkan keupayaan, ketahanan dan prestasi bagi mendepani cabaran yang semakin kompleks. Kemahiran Dalam Penggunaan ICT 3.3 Perkembangan global dengan teknologi telekomunikasi dan internet menuntut banyak cabaran kepada pendidik untuk mencapai Misi Nasional. Pendidik mesti bersikap proaktif dan terangsang dengan perkembangan teknologi yang semakin canggih. Ilmu ICT mesti didahului dan dikuasai oleh pendidik sebagai golongan yang akan menyebarluaskan kepada pelajar. Pendidik juga harus memperlengkapkan diri secara global kerana dalam era teknologi maklumat masa kini, masyarakat terpaksa berdepan dengan pelbagai peralatan elektronik dalam kehidupan harian sebagai cara hidup moden. Berpengetahuan, Berdaya Fikir Dan Berakhlak 3.4 Pendidik yang berpengetahuan perlu mengetahui dengan menambahkan pembacaan untuk peningkatan ilmu serta dapat membawa isu-isu semasa untuk dibincang dan mencari penyelesaian. Isu-isu semasa yang perlu diketahui adalah perkara yang berkaitan kekeluargaan dan komuniti, ekonomi dan pengetahuan am. Modal insan dapat mencapai kematangannya dengan pengisian kaedah menakluk persekitaran dan cernaan pengalaman. Dalam perubahan sistem pendidikan yang semakin mencabar ini, profesion perguruan perlu menyediakan diri dengan amalan nilai murni dan akhlak yang terpuji. Dalam kurikulum pendidikan telah ditegaskan nilai-nilai murni yang perlu diserapkan kepada pelajar dalam proses pengajaran. Penerapan nilai murni ini penting untuk menyediakan modal insan yang berkualiti, menjadi warga yang berguna kepada bangsa dan negara.
    • 6 Berupaya Membuat Keputusan, Menyelesai Masalah Serta Berfikiran Kritis Dan Kreatif 3.5 Pendidik bukan sahaja terlibat dengan profesion mengajar sahaja tetapi ia perlu terlibat sebagai pentadbir, pengurus, perancang, pelaksana, penilai, penyelia dan pengawal. Oleh itu, pendidik harus melaksanakan anjakan dengan ’membetulkan yang biasa dan membiasakan yang betul’. Menyedari Tanggungjawab 3.6 Pendidik mempunyai tanggungjawab yang besar dalam membimbing pelajar untuk mencapai kemajuan dan wawasan, para pendidik perlu melaksanakan tanggungjawab seperti : (a) Tanggungjawab terhadap pelajar seperti mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar, bersikap adil serta memupuk nilai murni. (b) Tanggungjawab terhadap ibu bapa seperti mewujudkan hubungan mesra, menghormati mereka, tidak dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi mereka dan memberi maklumat kepada mereka untuk kepentingan anak- anak mereka. (c) Tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara seperti mengelak dari menyebar perkara negatif, menghormati masyarakat setempat serta menggalakkan kerjasama dan persefahaman. (d) Tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesional seperti mengelak dari membuat kenyataan negatif, tidak melibat diri dalam kegiatan yang menjejaskan kepercayaan masyarakat serta membantu rakan sejawat. Menjadi Pendidik Berkualiti 3.7 Pendidik perlu mempunyai ciri-ciri yang berkualiti seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara jika mahu dipandang tinggi oleh masyarakat. Kualiti pendidik dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa dengan mengikuti latihan, menghadiri seminar dan lain-lain kursus dalam perkhidmatan. Penguasaan ilmu yang seimbang antara duniawi dan ukhrawi, akan dapat melahirkan generasi yang berilmu, bertakwa, berkualiti, mampu bersaing dan bersesuaian dengan kehendak pasaran dunia pada alaf baru ini.
    • 7 Menjadi Pendidik Yang Berkesan 3.8 Menjadi seorang pendidik yang berkesan sangat penting bagi melahirkan modal insan yang mempunyai minda kelas pertaman. Ciri-ciri menjadi seorang pendidik yang berkesan adalah seperti berikut : (a) Bersikap profesional. (b) Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori. (c) Kaya ilmu pengetahuan. (d) Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja. (e) Berakhlak terpuji dan mempunyai moral yang teguh. (f) Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran. (g) Prihatin dengan kehendak pelajar dan ibu bapa. (h) Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan pelajar. (i) Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa. (j) Menampilkan dengan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai pendidik unggul pada setiap masa. 4.0 PROGRAM-PROGRAM YANG DILAKSANAKAN DI PERINGKAT INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI BAGI MELAHIRKAN GRADUAN YANG MEMPUNYAI MINDA KELAS PERTAMA 4.1 Institusi pengajian tinggi memainkan peranan penting dalam melahirkan graduan yang mempunyai minda kelas pertama. Pelan Tindakan Pengajian Tinggi negara merupakan satu anjakan ke arah mempertingkatkan pembangunan modal insan dengan memperkasa pengajian tinggi untuk kepentingan pembangunan negara dan memartabatkannya di persada nasional dan antarabangsa. Bagi memenuhi kehendak pasaran dan menghadapi cabaran global, pelan tindakan ini harus sejajar dengan arus perdana pengajian tinggi yang mementingkan kualiti, daya saing, kreativiti dan inovasi. Aspek tersebut menuntut perubahan dan transformasi pengajian tinggi yang menekankan modal insan sebagai aset terpenting untuk kemakmuran dan kelestarian ekonomi negara. 4.2 Program-program yang dilaksanakan bagi melahirkan graduan yang mempunyai minda kelas pertama mesti mempunyai ciri-ciri seperti pembangunan sahsiah dan kerohanian, pembangunan kepimpinan, pembangunan akademik dan
    • 8 kerjaya dan pembangunan kemasyarakatan atau sosial. Program-program yang mempunyai ciri-ciri seperti ini yang akan melahirkan graduan seperti berikut : (a) Graduan yang beriman, bertakwa dan mengamalkan nilai-nilai murni. (b) Graduan yang mempunyai daya kepimpinan yang tinggi. (c) Graduan yang mempunyai daya saing yang tinggi. (d) Graduan yang mempunyai ketahanan mental. (e) Graduan yang sihat dan cergas. (f) Graduan yang bertoleransi dab bekerjasama. (g) Graduan yang mempunyai sahsiah dan personaliti. (h) Graduan yang berketrampilan dan memiliki daya komunikasi berkesan. (i) Graduan yang kreatif. (j) Graduan yang mempunyai petriotisme dan kemasyarakatan. (k) Graduan yang mempunyai daya keusahawanan. (l) Graduan yang berilmu, berakhlak, amanah dan istiqamah. Pengstrukturan Semula Kurikulum 4.3 Pihak institusi pengajian tinggi perlu menstrukturan semula kurikulum yang sedia ada supaya sejajar dengan kehendak industri dan pasaran tenaga kerja. Secara tidak langsung ia akan memenuhi kehendak sertor pekerjaan dan lambakan pengangguran tidak akan berlaku. Institusi pendidikan harus mengkaji semula kurikulum setiap tiga hingga lima tahun. Program akademik disusun semula bagi membolehkan pelajar mengikuti pengajian dwi-pengkhususan, major-minor, dwi- ijazah dan ijazah anugerah bersama. 4.4 Kurikulum yang dibentuk mesti menerapkan nilai-nilai murni yang menjadi tunggak kepada melahirkan modal insan yang berfikiran kreatif dan kritis. Dengan ini graduan yang dihasilkan dapat mampu memenuhi kuota/peluang pekerjaan yang disediakan. Sistem pendidikan di negara ini perlu memberi tumpuan terhadap meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam pelbagai bidang kepada pelajar. Pengetahuan dan kemahiran merupakan sebahagian daripada modal insan dan tanpanya sukar bagi umat Islam untuk mencapai sebarang matlamat. Untuk menjadi umat yang dihormati di seluruh dunia, kita perlu menambah nilai terhadap apa jua yang kita laksanakan. Dalam era globalisasi pada hari ini, didapati subjek mengenai globalisasi itu sendiri perlu disentuh dalam setiap kurikulum.
    • 9 Hubungan Dengan Industri 4.5 Institut pengajian tinggi perlu mewujudkan kerjasama dengan syarikat- syarikat industri dari segi bidang teknologi yang ada di industri tersebut dikembangkan atau didedahkan kepada pelajar. Pendedahan ini adalah dengan mengadakan kursus dalaman daripada syarikat tersebut kepada pelajar dan pendidik, pihak syarikat mengajar topik yang berkaitan dengan industri yang mana ianya terdapat didalam sukatan kursus dan menghantar pelajar untuk menjalankan latihan industri di syarikat berkenaan. Pendedahan yang diberikan ini secara tidak langsung akan mengeratkan sistem pendidikan dengan industri dan mendedahkan kemahiran teknologi secara terus kepada pelajar selain daripada teori yang dipelajari di institusi. Perkembangan ini akan mencetuskan idea-idea di fikiran pelajar bagi menghasilkan ciptaan canggih dan berteknologi sejajar dengan Malaysia ke arah sebuah negara maju. Aktiviti Kokurikulum dan Sukan 4.6 Aktiviti kokurikulum dapat melahirkan insan yang sihat tubuh badannya, mental dan fizikalnya. Modal insan dapan diwujudkan melalui aktiviti kokurikulum ini. Pembentukan pasukan misalnya akan dapat menjana kerjasama berpasukan, “decision making”, disiplin serta kepimpinan di kalangan pelajar. Melalui aktiviti sukan dapat melahirkan semangat kekitaan kerana pelajar akan dipupuk dengan semangat kesukanan yang tinggi, mempunyai semangat sabar, bertolak ansur, bertoleransi dan bersatu padu. Penglibatan aktif pelajar dalm aktiviti kokurikulum dan sukan mambantu menyediakan pendidikan yang holistik dari segi : (a) Meningkatkan perkembangan kemahiran sosial pelajar dan seterusnya mengukuhkan interaksi dan integrasi di kalangan pelajar. (b) Melengkapkan pelajar denga sifat-sifat kecemerlangan diri seperti kepimpinan, daya saing, jati diri, kreatif, kritis, berkeyakinan tinggi dan daya tahan. (c) Meningkatkan tahap disiplin pelajar melalui penyemaian dan pemupukan nilai-nilai murni dan sikap positif selaras dengan hasrat Rukun Negara. (d) Mengukuh dan meningkatkan pengetahuan, kemahiran, minat dan bakat pelajar dalam berbagai bidang. (e) Mencungkil bakat dan potensi pelajar.
    • 10 (f) Meningkatkan tahap kesihatan fizikal dan mental. Hubungan Dengan Masyarakat 4.7 Selain daripada apa yang telah dinyatakan di atas, hubungan pelajar dengan masyarakat amat penting bagi melahirkan graduan yang mempunyai minda kelas pertama. Dewasa ini, hubungan pelajar dengan masyarakat amat kurang yang menyebabkan gejala-gejala sosial begitu menular seperti merompak, mencuri, merempit dan membunuh. Institusi pengajian tinggi juga memainkan peranan yang penting untuk mewujudkan hubungan yang baik dengan masyarakat melalui program-program kemasyarakatan seperti gotong-royong, program anak angkat dan meningkat pembelajaran anak-anak kampung. Semua program ini akan meningkatkan kreativiti minda, komunikasi dan kemasyarakatan yang kuat dalam diri pelajar dan secara tidak langsung akan meningkatkan pencapaian anak-anak kampung dari segi pendidikan. Hubungan seperti ini amat penting bagi melahirkan sebuah negara yang aman dan damai, kasih sayang dan hormat menghormati. Keagamaan 4.8 Penerapan nilai-nilai agama didalam setiap proses pengajaran dan pembelajaran dan segala bentuk aktiviti yang dijalankan penting. Penerapan ini secara tidak langsung akan membentuk diri pelajar supaya menjadi insan yang baik, cemerlang dan gemilang. Ahli psikologi menyatakan bahawa ’generasi muda terdiri daripada mereka yang sedang dalam proses pembinaan diri termasuk sahsiah dan keperibadian’. Dalam peringkat ini, seseorang itu mengalami perubahan peribadi yang benar-benar mencabar sama ada dari aspek mental, fizikal mahu pun emosi. Pembinaan sahsiah diri banyak membabitkan soal mental dan emosi. Kerana itu, kejayaan sahsiah yang unggul sebagai benteng yang ampuh dari sebarang permasalahan sosial, banyak bergantung kepada pembinaan emosi dan mentaliti yang unggul. 4.9 Penghayatan terhadap agama adalah jawapan yang terbaik bagi menangani segala ancaman berkaitan permasalahan sosial generasi muda hari ini. Sama ada agama mempunyai peranan atau tidak untuk memartabatkan seseorang, ia bergantung kepada individu itu sebagai penganut agama dan peranan yang diberikan kepada agama serta perspektif individu tersebut terhadap agama. Agama
    • 11 merupakan pagangan hidup dan kepercayaan, himpunan sejumlah prinsip dan peraturan yang memerlukan penghayatan. Walaupun agama mempunyai prinsip dan peraturan yang baik dan elok, ia tidak akan bermakna dan mendatangkan manfaat sekiranya ia tidak dihayati dan diamalkan. 4.10 Agama islam telah menentukan hala tuju yang perlu dimainkan oleh individu dan masyarakat agar dapat membentuk insan yang seimbang dalam aspek jasmani, rohani dan intelek. Islam memandang bahawa kehadiran agama adalah bertujuan untuk mengubah diri individu dari kegelapan kepada cahaya. 5.0 KESIMPULAN 5.1 Pembangunan modal insan merupakan satu daripada teras utama pembangunan seperti yang termaktub dalam Misi Nasional. Tumpuan yang lebih besar akan diberikan kepada usaha membangunkan modal insan yang holistik yang dilengkapkan dengan pengetahuan dan kemahiran serta mempunyai nilai moral dan etika yang utuh. Memanfaatkan ilmu dan kemahiran yang ada, disamping menambah nilai dari semasa ke semasa dan ditambah pula denga sikap yang sentiasa positif dalam melaksanakan amanah. Inilah strategi yang terbaik dalam membina minda kelas pertama. Sifat keintegritian individu yang lebih akan memudahkan melaksanakan tugas dengan tangkas, tepat dan menjamin keberhasilan yang berkualiti. 5.2 Pertumbuhan ekonomi negara amat bergantung kepada modal insan terutamanya dalam proses Malaysia mencapai status negara maju. Dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-9, kejayaan Misi Nasional dan seterusnya Wawasan 2020 amat bergantung kepada modal insan yang dihasilkan oleh sistem pendidikan kebangsaan. Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan tidak ada pihak yang tercicir dari sistem pendidikan dan setiap pelajar yang melalui sistem ini bukan sahaja dapat memenuhi kehendak pasaran dalam negara malah kehendak peringkat antarabangsa. Menyedari kepentingan ini, Kementerian Pengajian Tinggi akan terus berusaha menggembeleng tenaga dengan pelbagai pihak yang berkepentingan untuk membangunkan modal insan yang bukan sahaja mempunyai kecemerlangan akademik tetapi memiliki nilai-nilai insaniah yang tinggi.
    • 12 5.3 Sistem pendidikan memainkan peranan yang utama melahirkan graduan yang mempunyai modal insan dengan minda kelas pertama. Setiap bahagian terlibat dalam menghasilkan modal insan dengan minda kelas pertama iaitu ia bermula dari ibubapa, pendidikan pra-sekolah, pengajian rendah, pengajian menengah dan pengajian di institusi pengajian tinggi. Pihak kerajaan adalah tunggak bagi memastikan bahawa sistem pendidikan negara dapat memenuhi ciri- ciri dalam melahirkan modal insan dengan minda kelas pertama. Dalam menuju ke arah globalisasi ini, faktor menerapkan nilai-nilai keagamaan juga perlu dimasukkan dalam sistem pendidikan. 5.4 Secara kesimpulannya, pembentukkan modal insan adalah amat penting bagi mewujudkan individu, masyarakat dan negara yang baik, aman dan damai. Kearah ini , golongan pendidik memainkan peranan yang utama bagi melahirkan pelajar/garaduan yang mempunyai minda kelas pertama dan ia memerlukan sokongan dari semua lapisan masyarakat tidak mengira agama atau bangsa.
    • 13 SENARAI RUJUKAN 1. Koleksi ucapan Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi (2006). ”Pembangunan Modal Insan”. Kuala Lumpur : Institut Tadbir Awam Negara. 2. Bahan internet : (a) ”Membentuk Mahasiswa Kelas Pertama: Tanggungjawab dan Cabaran” oleh Dato’ Hj. Abdul Majid bin Omar. Timbalan Mufti Negeri Selangor. (b) ”Strategi Pelaksanaan bagi Membangunkan Modal insan” (c) ”Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan Pembangunan Modal Insan Dalam Gerakan Koperasi Di Malaysia oleh Mohd Safaai Said, Maktab Kerjasama Malaysia, Cawangan Sabah. (d) ”Strategi Membina Modal Insan Kelas Pertama Dalam Perkhidmatan Awam” oleh Zakaria Ahmad. (e) ”Tugas Guru dalam Merencana Modal Insan” oleh Ruzain Syukur Mansor. (f) ”Lonjakan Pengajian Tinggi Sepanjang Kepimpinan Pak Lah” oleh Prof. Datuk Ir. Dr. Zaini Ujang : Artikel Berita Harian. Siap 4/2/08. Siar 11/2/08. (g) ”Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 : Bab 5 membangunkan Modal Insan”. (h) ”Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2007-2010”.