Kepimpinan

18,530 views
18,221 views

Published on

Published in: Education
5 Comments
4 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total views
18,530
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
8
Actions
Shares
0
Downloads
1,139
Comments
5
Likes
4
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Kepimpinan

  1. 1. Kepimpinan Berkesan ILYANA KAMAL BASHAHPengenalan Secara amnya pemimpin lebih dikenali apabila mempunyai pengikut mahupunpenyokong kepada usaha ataupun apa-apa sahaja rancangan dan gerakannya.Terdapat beberapa definisi kepimpinan menurut beberapa pakar yang mengkaji bidangini. Abdul Halim Othman (1993) mengemukakan definisi kepimpinan sebagai “suatupercubaan untuk pengaruh mempengaruhi antara peribadi, yang diarahkan melaluiproses komunikasi, menuju pencapaian satu matlamat atau beberapa matlamat”.Proses ini akan memperlihatkan adakah seseorang mempunyai keupayaan untukmempengaruhi orang lain yang disalurkan melalui perkataan (komunikasi) untukmencapai matlamat sebenar yang ingin dicapai. Aminuddin Mohd Yusof (1990) pula dalam hal yang sama mengemukakankepimpinan sebagai “pengaruh antara perseorangan yang dilaksanakan dalam sesuatusituasi dan diarahkan melalui proses komunikasi ke arah pencapaian matlamat ataumatlamat khusus”. Aminuddin dalam hal ini lebih memperincikan kepada wujudnyasituasi tertentu yang memungkinkan pengaruh seseorang untuk mencapai matlamatyang digariskan. Ini berbeza dengan Abdul Halim yang mengutamakan ‘kuasa’ individuuntuk mempengaruhi pengikut dalam pencapaian matlamat. 1
  2. 2. Sarjana Barat pula seperti Dubrin Andrew J (2001) menyebutkan kepimpinanseperti berikut “leadership is the ability to inspire confidence and support among thepeople who are needed to achieve organizational goals”. Robiah Sidin (1998),mendefinisikan kepimpinan sebagai “usaha untuk menggerakkan tenaga di dalamsesuatu kumpulan untuk mencapai matlamat”. Robiah Sidin dalam hal ini lebihmenumpukan perhatian kepada usaha-usaha yang dilaksanakan bagi menggerakkantenaga yang dilakukan dalam satu kumpulan dan bukan secara perseorangan dalampencapaian matlamat. Ia berfungsi sebagai asas tindakan di kalangan anggota,membimbing kegiatan mereka dan mengarahkannya bagi memenuhi matlamat tertentu.Ia merupakan proses yang menekankan dinamika kumpulan dan perhubunganinterpersonal antara anggota. Kepimpinan adalah pengisian ruang di antara keperluan dan kebolehan pihak-pihak di peringkat bawah (subordinates) serta matlamat dan kehendak organisasi(James G. Hunt and Richard N. Osborn, 1980). Cribbin (1981) pula menyatakan bahawakepimpinan yang berjaya ialah kepimpinan yang boleh memobilisasikan ataumenggerakkan tingkahlaku pihak lain seperti yang dikehendaki oleh pengurus.Kepimpinan yang berkesan ialah kepimpinan yang merealisasikan hasrat (intentions)pengurus dan memenuhi keperluan pekerja. Ralf Stogdill (1974) memetik intipati konsep kepimpinan dari beberapa definisiseperti yang terkandung dalam kategori-kategori berikut : i. kepimpinan sebagai satu focus kepada proses-proses kumpulan 2
  3. 3. ii. kepimpinan sebagai satu seni mendorong kesetiaan (compliance) iii. kepimpinan sebagai penggunaan kuasa untuk pengaruh iv. kepimpinan sebagai satu tindakan(act) atau kelakuan (behavior) Definisi-definisi di atas hanya sebahagian daripada beribu definisi yang pernahdiberikan kepada konsep kepimpinan. Ini dibuktikan oleh Dubrin Andrew J (2001) yangmenyatakan dengan jelas bahawa “about 35,000 research articles, magazine articlesand books have been written about leadership”. Ini menggambarkan bahawa definisi-definisi kepimpinan adalah pelbagai, tertakluk kepada pendapat pengkaji terhadapbagaimana sesuatu kepimpinan itu dilaksanakan. Namun kebanyakan definisi kepimpinan oleh beribu pengkaji menggambarkanbahawa kepimpinan melibatkan proses mempengaruhi antara pemimpin denganpengikut. Ini bermakna pemimpin berusaha mempengaruhi pengikutnya untukmencapai matlamat yang dikehendaki. Maka kepimpinan bukanlah kerja seorangindividu tetapi memerlukan juga kerjasama individu-individu yang lain. Secarakeseluruhannya, kepimpinan akan melibatkan penggunaan pengaruh, komunikasi danmatlamat. Salah satu teori kepimpinan yang amat terkenal ialah teori kepimpinansituasi. Untuk melihat dengan lebih mendalam, adalah lebih baik melihat apakah yangterkandung dalam teori kepimpinan situasi.Apakah Teori Situasi ? 3
  4. 4. Pemimpin yang berjaya adalah pemimpin yang dapat menyesuaikan sesuatugaya dalam kepimpinan dengan situasi yang berlaku. Teori ini memberi keutamaankepada kewujudan situasi tertentu, manakala gaya kepimpinan pula akan lebih kepadamengikuti situasi yang berlaku. Menurut Abdul Halim Othman (1993) setakat ini hanyaada empat golongan teori kepimpinan jenis situasi yang diakui oleh ramai pengkaji danditerima dalam bidang pengurusan. Antaranya adalah seperti yang disenaraikan dibawah : Teori kepimpinan edaran hayat Model kepimpinan situasi Fiedler Model kepimpinan laluan matlamat Model kepimpinan keputusan oleh Vroom dan Yenon Abdul Halim Othman (1993) menyatakan juga bahawa Fiedler mengemukakanteori sebagai responnya kepada keputusan kajian yang saling berkonflik tentanghubungan terus antara kepimpinan dengan kriteria. Model ini menetapkan jenis situasitempat seseorang pemimpin dianggap lebih berkesan sementara yang lain tidak.Menurutnya juga asas teori Fiedler ialah bahawa keberkesanan seseorang pemimpinuntuk mendapatkan prestasi yang tinggi daripada kumpulannya tertakluk kepadastruktur keperluan pemimpin itu dan sejauh manakah ia memperolehi kuasa mengawaldan mempengaruhi satu-satu situasi tertentu. Dapatan beliau dalam buku yang samajuga telah mendapati kepimpinan dapat ditinjau dari segi perhubungan yang 4
  5. 5. berasaskan kuasa dan pengaruh. Kesimpulannya, terdapat dua fokus utama dalam teorisituasi : i. sejauh mana situasi membenarkan atau menyediakan pemimpin dengan kuasa dan pengaruh yang diperlukan untuk menjadi berkesan dan bagaimana ‘selesa’ faktor-faktor situasi itu. ii. Sejauh mana pemimpin dapat meramal kesan stailnya ke atas kelakuan dan prestasi pengikutnya. Dua pemboleh ubah penting menjadi inti kerangka model Fiedler iaitu penilaian stailkepimpinan dan situasi. Ibrahim Mamat (1993) dalam bukunya Kepemimpinan sekolahTeori Untuk Praktis berpendapat bahawa tidak ada stail yang terbaik bagi menghadapisesuatu situasi. Pemimpin boleh memikirkan tindakan paling sesuai untuk sesuatukeadaan Misalnya : i. Situasi krisis : Dalam keadaan krisis, stail autokratik biasanya sesuai. Keputusan yang tepat dan tegas diperlukan. Situasi ini memerlukan kepakaran kepemimpinan autokratik. ii. Situasi kerja harian : Dalam situasi ini stail demokratik adalah sesuai. Dalam apa pun keadaan, paling penting ialah kebijaksanaan pemimpin untuk menilaikeadaan dan membuat keputusan. Kebijaksanaan ini adalah berdasarkan ilmu yangdiperolehi secara formal atau tidak formal. Kalau ini diamalkan, kesilapan dapatdikurangkan. 5
  6. 6. Bagaimanakah Teori Situasi Mewujudkan Kepimpinan Yang Efektif DiSekolah ?Pemimpin memberikan motivasi dan galakan Situasi boleh mewujudkan kepimpinan yang efektif di sekolah. Cara pertamaialah melalui kuasa pemimpin memberikan motivasi. Wujudnya kuasa pemimpin(pengetua) memberikan semangat ataupun dorongan kepada guru dapat mewujudkansokongan guru-guru kepada pengetua dalam pentadbirannya. Contohnya dua pembolehubah penting menjadi inti kerangka model Fiedler iaitu penilaian stail kepimpinan dansituasi. Maka faktor penilaian tentang stail kepimpinan mengenal pasti aspek motivasiatau dorongan pemimpin dan ketiga-tiga faktor yang berikutnya, struktur tugas,suasana kumpulan dan kuasa kedudukan pemimpin, menghuraikan keselesaan situasipemimpin. Faktor ini cuba memberi penekanan kepada stail kepimpinan yangseharusnya digunakan atau dipilih oleh pemimpin untuk menjadi pemimpinyangberkesan dan berkarisma. Jelaslah dari segi keupayaan pengetua dalam memberikansemangat ataupun dorongan kepada pengikutnya akan memberikan keselesaan untukterus berkhidmat di sekolah. Ini wujud apabila guru-guru mempunyai keyakinan dirisetelah mendapat bantuan daripada pengetua. Keadaan ini meningkatkan keyakinanyang tinggi. Maka guru-guru di sekolah akan bekerja dengan lebih bersungguh-sungguh 6
  7. 7. yang akan meningkatkan prestasi kerja. Alwater and Bass (1994) menyatakan bahawamotivasi perangsang (Inspirational motivation) sebenarnya datang dari kelakuanpemimpin yang memberi cabaran dan mampu menukar persepsi staf bawahan bahawamasalah-masalah organisasi boleh diselesaikan. Ditambah pula dengan dorongansupaya staf lebih kreatif dan inovatif, menilai semula pendekatan yang dibuat danmendekati situasi lama dengan cara-cara baru.Arahan yang difahami dengan jelas Kepimpinan di sekolah dapat meyakinkan guru-guru tentang peranan merekasebagai pendidik. Pengetua dalam hal ini akan memberikan arahan yang difahamidengan jelas oleh guru-guru. Mereka akan melakukan kerja tanpa ragu-ragu dalammelaksanakan arahan yang diberikan oleh pengetua. Abdul Halim Othman (1993)menyebutkan Fiedler terhadap pengukuran stail kepimpinan individu. Bagi mengukurstail kepimpinan beliau telah memajukan satu jenis ukuran yang dikenali sebagai “skalarakan sekerja yang amat tak digemari” [Least preferred co-worker scale (LPC)]. Duastail kepimpinan yang ekstrem telah dipilih oleh Fiedler iaitu stail orientasi tugas danstail orientasi pekerja.Orientasi tugas yang khusus Kesan dari orientasi tugas guru ini akan membuahkan hasil apabila pekerja akancuba mendapatkan yang terbaik dalam pekerjaan mereka dan sementara keadaan 7
  8. 8. tertentu akan dapat diatasi oleh kaedah yang tertentu apabila wujud beberapaketidakstabilan dalam pengurusan. Oleh kerana konsep kepimpinan di sekolah jugaadalah sama dengan asas kajian ini, tentulah ia dapat mewujudkan kestabilan dalampengurusan di peringkat sekolah. Menurut Mohd Salleh Lebar (2000) Pengetua dianggap orang yang mengetuaikepimpinan pengajaran. Kegagalan pelajar dalam akademik ada hubungan dengankualiti pengajaran guru. Jadi pengetua yang mengambil berat aspek pengajaran gurubiasanya selalu membuat penyeliaan serta penilaian ke atas guru-guru atau memintaguru-guru menyatakan masalah yang dihadapi semasa mengajar di dalam bilik darjah.Cabaran tugas ditingkatkan Meningkatkan cabaran dalam tugas setiap guru boleh meningkatkan kepimpinanefektif di sekolah. Ini dibuat apabila melihat situasi di mana guru-guru mula susut minatberkhidmat kerana kurang cabaran dalam profesionalisme keguruan. Pengetua dalamhal ini akan memberikan petunjuk bagi mencapai apa yang disasarkan sepertipencapaian pelajar-pelajar dalam peperiksaan. Justeru semua guru akan memastikansasaran atau visi sekolah akan dapat dicapai. Kepimpinan ini mampu mewujudkan stailkepimpinan yang relevan yang dapat diamalkan oleh guru. Yukl (1989) berpendapat bahawa ekspektasi yang tinggi untuk berjaya bagipentadbir sekolah akan meningkatkan keyakinan mereka dalam mendapatkan hasilyang bernilai (valued outcomes). 8
  9. 9. Kepimpinan yang wajar diamalkan Kamarudin Kachar (1989) menyatakan ada empat kepimpinan yang wajardiamalkan oleh guru iaitu kepimpinan yang berfungsi, kepimpinan yang berpengaruh,kepimpinan positif dan juga kepimpinan berkuasa. Oleh kerana pengetua mempunyaikuasa dalam memberikan arahan maka setiap guru akan mendengar arahan tersebutterutama dalam meningkatkan profesionalisme keguruan untuk berbakti mendidikpelajar. Di sekolah setiap individu mempunyai tugas masing-masing. Setiap tugas yangdiberikan oleh pengurusan sekolah mahupun Jabatan Pendidikan akan disempurnakantanpa adanya campur aduk antara tugas-tugas guru-guru berkenaan. Orientasi ini akanmemudahkan setiap ahli dalam sekolah untuk meneruskan setiap perancangan yangdibuat. Hussein Mahmood (1997) yang memetik Kajian Sweeney menggariskan ciri-ciriutama kepemimpinan pengetua : i. memberikan penekanan terhadap pencapaian para pelajar dalam bidang akademik ii. menyusun dan menetapkan strategi pengajaran iii. menyedia mengekalkan suasana yang kondusif di sekolah iv. kerap menilai pencapaian pelajaran para pelajar v. menyelaras program pengajaran vi. membantu dan memberi semangat kepada para guru. 9
  10. 10. Ini menunjukkan bahawa kepemimpinan pengetua tertumpu kepada bidangutama dalam tugasnya iaitu pengajaran yang dikaitkan dengan pencapaian para pelajardalam bidang akademik.Kecemerlangan pendidikan Setiap perancangan kerja yang dibuat di sekolah boleh mewujudkankecemerlangan. Aminah Ayob (2001) dalam dapatannya daripada Van Doren (1964)menggariskan perkara yang harus dilakukan untuk menjadi pendidik cemerlang : “ The medioere teacher tells. The good teacher explains. The superior teacher demonstrates. And the great teacher inspires “. (Aminah Ayob, 2001, m.s. 4) Apa yang ingin dijelaskan di sini ialah bagaimana sesuatu situasi guru itu dapatmengubah perlakuan dan menghasilkan sesuatu yang bermakna terhadap pelajar-pelajarnya. Keadaan ini boleh diwujudkan apabila guru dihormati dan diberikankebebasan dalam menentukan kaedah, teknik, strategi, pendekatan dan segala yangberkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran. 10
  11. 11. Kuasa ketua Seperti yang dijelaskan, pemimpin mempunyai kuasa ke atas orang bawahannyasesuai dengan struktur tugas yang harus diselesaikan oleh kakitangannya. Salah satusyarat penting untuk paradigma tersebut ialah adanya serangkaian ketentuan yangharus ditaati oleh bawahan dalam menentukan bentuk dan tingkat peranan dalampengambilan keputusan. Maka hubungan yang wujud adalah hubungan yang baik.Justeru kepimpinan ini boleh menghasilkan kepimpinan yang efektif di sekolah. Kuasa kedudukan menggambarkan sejauh mana pemimpin mempunyaikeupayaan mempengaruhi kelakuan pengikutnya atau mempunyai wibawa melaluikuasa sah, kuasa ganjaran atau kuasa kepakaran. Selain daripada itu menurut MohdSalleh Lebar (2001) kuasa ketua di sekolah mesti digambarkan melalui kebijaksanaanpengetua pada aspek berikut : i. menyelaras dan mengelola disiplin kakitangan ii. mampu membuat keputusan. iii. Agen perubahan sosial sekolah iv. Pengurus pelbagai program v. Ketua penilai segala aspek termasuk akademik dan bukan akademik vi. Iklim sekolah yang sihat dan suasana persekitaran yang memberangsangkan proses pembelajaran murid vii. Merancang keperluan staf/kakitangan. 11
  12. 12. Ini menunjukkan bahawa tugas pengetua bukan setakat mengurus sekolah tetapisebagai pembentuk budaya sekolah, budaya murid, budaya kakitangan dan budayaprofesion keguruan.Penyelesaian masalah dalam situasi berbeza Situasi yang berbeza memerlukan jenis sikap yang berbeza di pihak pemimpin.Maka adalah tidak tepat untuk bercakap tentang pemimpin yang baik atau burukkerana keadaan yang biasa berlaku ialah pemimpin berprestasi baik dalam situasitertentu tidak baik dalam situasi lain. Begitu juga sebaliknya pemimpin tidak berprestasibaik tetapi baik dalam situasi lain. Kekuatan model ini terletak pada usahanyamenggabungkan stail pemimpin dengan faktor-faktor situasi sebagai penentu-penentukeberkesanan kepemimpinan. Contoh seterusnya untuk lebih jelas adalah teori laluan matlamat yangterkandung dalam teori situasi. Teori ini diasaskan oleh Robert J. House (1992).Menurut House (1992) pemimpin boleh mendapat prestasi kerja kumpulan yangmemuaskan jika pekerja diberitahu apa yang perlu dilakukan untuk mendapatkanganjaran selaras dengan prestasi cemerlang dan mengurangkan batasan ke arahpencapaian prestasi yang cekap. Pemimpin hendaklah membantu kakitanganmeningkatkan prestasi. 12
  13. 13. Kepimpinan partisipatif Stail yang seterusnya ialah kepimpinan partisipatif (Zaidatol Akmaliah Lope Pihie,2001). Ketua meminta cadangan daripada kakitangan dan menggunakan pandanganmereka untuk membuat keputusan akhir. Keadaan ini menunjukkan pengetuamempunyai komitmen yang tinggi terhadap guru-gurunya. Balasannya, guru-guru akanmemberikan sokongan yang menyeluruh terhadap pengetua dalam situasi-situasi yangtertantu. Dalam hal ini, situasi akan menjadikan pengetua dihormati dan disanjungi dikalangan guru-guru. Kerana menghargai peranan mereka. Penghormatan ini akanmeletakkan pengetua di kalangan pengetua yang berkesan kerana berjayamenunjukkan peranannya dalam mengurus staf supaya menunjukkan komitmen yangtinggi terhadap kerjaya dan juga kerjasama dengan pihak sekolah. Dalam hal ini Howell(1989) menegaskan bahawa pemimpin berkarisma mempunyai kesan yang mendalamkepada pengikut-pengikutnya.Kepimpinan kerjaya Stail yang seterusnya ialah kepimpinan berorientasikan kerjaya. Pengetua akanmembentuk matlamat yang mencabar untuk kakitangan dan menunjukkan rasa penuhyakin kepada kebolehan mereka untuk menyempurnakannya. Guru-guru akanmenunjukkan kebolehan mereka dengan lebih pro aktif kerana mempunyai motivasiyang juga lebih kepada orientasi kerjaya. Mereka akan menjalankan tugas dengan lebihtekun dalam perkhidmatan. Teori ini menekankan tingkahlaku ketua akan diterima oleh 13
  14. 14. kakitangan lain jika mereka melihat tingkahlaku itu sebagai sumber terdekat untukmendapat kepuasan. Tingkahlaku ketua yang boleh mendorong kakitangan ialahpemimpin yang dapat memberikan kepuasan kerjaya kepada kakitangan denganmenyediakan sokongan, ganjaran, bimbingan dan penyeliaan untuk mencapai prestasiyang memuaskan.Persefahaman dengan staf Teori situasi mengutamakan orientasi pekerja. Penguasaan terhadap pekerjatidaklah hanya memberikan penjelasan bahawa pekerja hanya mendapat arahandaripada majikan tetapi juga bagaimana pekerja atau guru berkenaan mengemukakansesuatu untuk diselesaikan dengan bantuan pengetua jika perlu. Oleh itu dalamkeadaan atau situasi tertentu amat jelas bahawa teori ini boleh mewujudkankepimpinan yang efektif di sekolah. John Andair (1984) menyatakan pandangannya mengenai kepemimpinan :“ Kepimpinan terletak pada fungsi-fungsi bukan pada pemimpin-pemimpin. Kerana itu,kelompok dapat berpatisipasi dalam kepimpinan di antara mereka sendiri. Jika seoranganggota menyediakan suatu fungsi misalnya membuat ringkasan dan kelompokmenerimanya maka pada saat itu fungsi itu menjadi fungsi kepimpinan “ Keadaan yang kurang menentu menyebabkan individu-individu mencari seorang“figure head” atau ketua yang boleh membetulkan keadaan. Mengikut Shamir dan 14
  15. 15. Howell (1999) pemimpin berkarisma besar kemungkinan lebih berkesan dalam situasilemah daripada situasi kuat.Rumusan Dan Kesimpulan Pengetua sekolah mempunyai asas untuk bertindak melalui teori situasi dalamberhubung dengan guru-guru, pelajar dan lain-lain kakitangan di sekolah. Pengetuaboleh mengetahui keperluan guru untuk pengiktirafan tingkahlaku mahupunsumbangan ke arah menjadikannya sebagai pencapaian matlamat. Pengetua juga boleh menyediakan ganjaran peribadi seperti bilik yang dingin,masa rehat atau peluang untuk berkongsi membuat keputusan yang tertentu. Pengetuasepatutnya berperanan dalam membimbing guru dengan cara menyokong mereka danmenolong memilih tindakan apabila mereka merasa kurang yakin atau menghadapisituasi yang mengelirukan. Selain itu, pengetua boleh membantu guru dan orang lain menjelaskan harapandan visi supaya mudah dicapai. Peluang untuk pengetua menghapuskan halangan dankekangan adalah luas. Ini termasuklah mendapatkan kelulusan dari Jabatan Pendidikanuntuk cadangan guru, menyediakan pengangkutan untuk lawatan sambil belajar danmelayan permintaan dan aduan ibu bapa. Di samping itu pengetua boleh juga menambah peluang-peluang untuk kepuasankerja peribadi dengan menstrukturkan tugas-tugas guru supaya mereka menerimaganjaran intrinsik apabila bekerja. Walau bagaimanapun, pencapaian matlamat 15
  16. 16. selalunya membawa kepada kepuasan yang dapat menggalakkan individu mengikutimatlamat-matlamat tambahan. Adalah penting untuk pengetua sekolah memastikanbahawa matlamat dapat dicapai dengan jayanya. 16

×