Tangani stres anda dengan bijak!

12,884 views

Published on

0 Comments
26 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
12,884
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
93
Actions
Shares
0
Downloads
1,044
Comments
0
Likes
26
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Tangani stres anda dengan bijak!

  1. 1. Tangani stres Anda dengan Bijak! “Tenang Dan Sabar, 1
  2. 2. KEPENTINGAN MENANGANI STRES DENGAN BIJAK• Stres yang berpanjangan akan menyebabkan: – emosi yang keterlaluan (marah. Sedih dsb), – jiwa memberontak, – bersifat agresif dan kasar, – sentiasa murung dan terdorong untuk membunuh diri.• Kemarahan yang tidak dikawal akan memudaratkan diri dan masyarakat.• Islam mempunyai cara tersendiri untuk membantu manusia menghadapi tekanan perasaan dan kemarahan. 2
  3. 3. APA ITU STRES???• Tindak balas fizikal (badan), emosi (perasaan) dan mental terhadap semua masalah yang dihadapi dalam hidup.Contoh:-Tindak balas fizikal  rasa lapar, badan menggigilTindak balas emosi  diejek oleh kawan, rasa marah, bergaduhTindak balas mental  gagal dalam peperiksaan, rasa diri bodoh, membunuh diri 3
  4. 4. APA ITU EMOSI???• Perasaan yang ada pada manusia hasil tindak balas seseorang terhadap sesuatu perkara, pengalaman dan peristiwa yang berlaku:Contoh: Emosi positif Gembira, sayang, cinta, tenang. Emosi negatif Cemburu, sedih, marah, benci, dengki, takut, keluh kesah,keliru. 4
  5. 5. 5
  6. 6. Lukiskan wajah anda mengikut emosi atauperasaan yang dinyatakan.Bilakah kali terakhir anda mempunyai perasaan tersebut? Kenapa? 6
  7. 7. BAGAIMANA STRES BERLAKU?• Tekanan emosi atau tekanan perasaan yang berlaku akibat peristiwa, pengalaman atau bebanan tugas yang di luar kemampuan seseorang.• Seseorang tidak mampu menanggung bebanan perasaan yang melanda akibat sesuatu peristiwa yang berlaku, bebanan kerja yang banyak, dan dia tidak dapat menyesuaikan dirinya dengan situasi tersebut. 7
  8. 8. APA TINDAKAN TERBAIK MENANGANI STRES? Jadilah seorang yang POSITIF “Berfikir Secara Positif, Bertindak Secara Positif… Dan kembali kepada Allah” 8
  9. 9. 9
  10. 10. 10
  11. 11. STRES MENGIKUT PANDANGAN ISLAM• Stres adalah lumrah dalam kehidupan.• Stres adalah kecelaruan hati yang berpunca daripada hati yang lemah.• Hati yang lemah akan menjadikan kita jauh daripada Allah dan mudah dipengaruhi oleh syaitan.• Dan syaitan akan terus meniupkan api stres kepada kita yang lalai daripada mengingati Allah setiap masa. 11
  12. 12. Orang yang stres danjiwa tertekan, dirinya bagai diseliputi api yang menyala. 12
  13. 13. Orang yang stres dan jiwa tertekan,syaitanlah yang akan menungganginya. 13
  14. 14. STRES MENGIKUT PANDANGAN ISLAM• Stres dan sebarang bentuk tekanan adalah suatu ujian daripada Allah. Allah menguji manusia untuk menentukan tahap keimanan, kesabaran dan kemampuan yang dimiliki oleh manusia. “Alif laam miim. Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami Telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? Dan Sesungguhnya kami Telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, Maka Sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan Sesungguhnya dia mengetahui orang-orang yang dusta.” (Surah Al-Ankabut: 1 – 3) 14
  15. 15. STRES MENGIKUT PANDANGAN ISLAM• Segala ujian atau tekanan yang berlaku itu adalah bertujuan untuk menghapuskan dosa. “Dan apa saja musibah yang menimpa kamu Maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu).” (As-Syura: 30)• Ujian yang berlaku juga adalah tanda Allah cinta kepada hamba- Nya. Sabda Nabi Muhammad SAW: “Barang siapa dikehendaki allah baginya kebaikan, maka akan diberikan cubaan padanya.” – Riwayat Al-Bukhari - 15
  16. 16. CONTOH STRES YANG DIHADAPI OLEH NABI & RASUL• Nabi Muhammad SAW: Nabi Muhammad s.a.w yang mengalami tekanan emosi disebabkan persekitaran masyarakat yang tidak baik terhadap dakwah yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. Baginda telah dilemparkan dengan pelbagai ejekan yang menyakitkan hati. “Dan sesungguhnya Kami mengetahui, bahawa dada engkau menjadi sesak disebabkan ucapan mereka. Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan jadilah kamu di antara orang-orang yang bersujud (solat). Dan sembahlah Tuhanmu sampai datang kepadamu yang diyakini (ajal).” (Al-Hijr: 97-99) 16
  17. 17. CONTOH STRES YANG DIHADAPI OLEH NABI & RASUL• Nabi Isa AS: Maryam, ibu Nabi Isa yang dicemuh oleh masyarakatnya kerana hamil tanpa melalui proses perkahwinan. “Maka Maryam mengandungnya, lalu ia menyisihkan diri dengan kandungannya itu ke tempat yang jauh. Maka rasa sakit akan melahirkan anak memaksa ia (bersandar) pada pangkal pohon kurma, dia berkata: "Aduhai, alangkah baiknya Aku mati sebelum ini, dan Aku menjadi barang yang tidak bererti, lagi dilupakan“. Maka Jibril menyerunya dari tempat yang rendah: "Janganlah kamu bersedih hati, Sesungguhnya Tuhanmu Telah menjadikan anak sungai di bawahmu.” (Surah Maryam: 23 – 25) 17
  18. 18. CONTOH STRES YANG DIHADAPI OLEH NABI & RASUL• Nabi Musa AS: Nabi Musa yang terpaksa menghanyutkan bayi lelakinya ke dalam sungai bagi mengelakkan dibunuh oleh Firaun: “Dan Kami ilhamkan kepada ibu Musa; "Susuilah Dia, dan apabila kamu khuatir terhadapnya Maka jatuhkanlah dia ke sungai (Nil). dan janganlah kamu khuatir dan janganlah (pula) bersedih hati, Kerana Sesungguhnya Kami akan mengembalikannya kepadamu, dan menjadikannya (salah seorang) dari para rasul.” – (Surah al-Qasas: 7) 18
  19. 19. CONTOH STRES YANG DIHADAPI OLEH NABI & RASUL• Nabi Yaakob & Nabi Yusuf AS: Nabi Yaakob, ketika beliau kehilangan Yusuf anak yang disayanginya. Nabi Yaakob ketika itu hidup dalam keadaan bersedih hati dan murung sehingga badannya menjadi lemah dan tidak bermaya. “Dan Yaakob berpaling dari mereka (anak-anaknya) seraya berkata: "Aduhai duka citaku terhadap Yusuf", dan kedua matanya menjadi putih Kerana kesedihan dan dia adalah seorang yang menahan amarahnya (terhadap anak-anaknya).” - (Surah Yusuf: 84) 19
  20. 20. PUNCA-PUNCA STRES Selalu ingin Terlalu teliti menang & tidak (perfectionist) suka kalah. FAKTOR SIFAT SEMULAJADI (PERIBADI) Suka mendesak dan Tidak senang hati menekan orang lain dengan kelebihan agar keinginan diri orang lain. sendiri dipenuhi. 20
  21. 21. PUNCA-PUNCA STRES Risau yang Tidak suka keterlaluan. ditegur. FAKTOR SIFAT SEMULAJADI (PERIBADI) Suka menimbulkan Suka berdendam, permusuhan. bersangka buruk dan hasad dengki. 21
  22. 22. PUNCA-PUNCA STRES Terlalu banyak keputusan perluTanggungjawab terlalu banyak dan dibuat. pekerjaan yang kurang sesuai Pelbagai persoalan datang secaradengan kemampuan dan kebolehan serentak dan keputusan perlu diri. dibuat segera. FAKTOR TUGAS & TANGGUNGJAWABPengharapan yang tinggi daripada Tidak dapat menguruskan tugas & ibu bapa, guru & masyarakat. tanggungjawab dengan sempurna kerana halangan dalaman dan luaran. 22
  23. 23. “Ingatlah ketika Tuhanmuberfirman kepada para malaikat: "Sesungguhnya Aku hendakmenjadikan seorang khalifah di muka bumi." Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahalkami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.“ (Al-Baqarah: 30) 23
  24. 24. PUNCA-PUNCA STRES • Ibu bapa sering bertengkar FAKTOR di rumah. SUASANA & • Kawasan kejiranan yang TEMPAT bising dan banyak berlaku kemungkaran. • Tidak mampu berfikirFAKTOR ILMU dengan baik kerana jahil& PENDIDIKAN dan malu bertanya. 24
  25. 25. PUNCA-PUNCA STRES MASALAH HUBUNGAN DENGAN ALLAH• Tidak menunaikan hak Allah – iaitu melaksanakan segala suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya.• Sering melakukan maksiat – hati tidak tenang.• Tidak berdoa memohon hidayah. 25
  26. 26. PUNCA-PUNCA STRES RAKAN SEBAYA DI SEKOLAH Berkawan dengan rakan-rakan yang Tiada komunikasi yang baik antara terlibat dengan penagihan dadah, murid dengan guru. gangsterism, membuli dan ponteng sekolah. Guru tidak profesional. MASALAH HUBUNGAN SESAMA MANUSIA DI RUMAH MASYARAKATIbu bapa sering bertengkar di hadapan Berlaku penindasan dan kezaliman anak-anak. kerana mengejar harta dan pangkat, Keadaan rumah yang tidak terurus. agar diri dipandang hebat dan berkuasa 26
  27. 27. PUNCA-PUNCA STRES Tidak tahu arah tujuan hidup 27
  28. 28. Adakah andapernah mengalamisituasi-situasi ini? 28
  29. 29. 29
  30. 30. KESAN-KESAN STRES KESAN NEGATIF• Emosi atau perasaan berubah secara tiba-tiba.• Sukar untuk menyelesaikan masalah.• Prestasi diri merosot.• Kurang idea akibat sukar berfikir secara fokus.• Mudah lupa kerana hilang tumpuan.• Mudah dijangkiti penyakit – seperti lemah jantung, darah tinggi, selsema, migrain.• Sukar tidur.• Selera bertambah atau berkurang.• Berubah kelakuan. 30
  31. 31. KESAN-KESAN STRES KESAN POSITIF• Meningkatkan motivasi diri.• Meningkatkan amalan dan usaha .• Merangsang individu mempertahankan diri daripada ancaman.• Meningkatkan potensi diri. 31
  32. 32. Apakah yanganda lakukanapabila anda stres? 32
  33. 33. 33
  34. 34. PETUA MENANGANI STRES 1. • Terima hakikat bahawa diri mengalami stres.Kenal pasti tahap • Jika mampu, hilangkan stres dengan optimis. tekanan dan Jika tidak mampu, kawal stres dengan sabar.punca-puncanya. • Kenal pasti kekuatan diri, percaya dan yakin bahawa 2. Allah berikan yang terbaik hanya untuk kita. Muhasabah diri • Kenal pasti kelemahan diri, percaya bahawa kita(menkoreksi diri dari hamba Allah yang lemah. Kita tidak dapat lari segi kekuatan, daripada dosa dan silap. kelemahan, • Kenal pasti ancaman terhadap diri, cuba elakkan.ancaman & peluang) • Kenal pasti peluang yang ada, manfaatkanlah ia sebaik yang mungkin. 34
  35. 35. JADUAL SWOT ”DIRI” Cuba koreksi diri anda dengan seikhlasnya.S Strengths / Kekuatan W Weaknesses / Kelemahan • • • • • • • • • • • • • •O Opportunities / Peluang T Threats / Ancaman • • • • • • • • • • • • • • 35
  36. 36. 3. MENGURUS EMOSI DENGAN BIJAK DAN BERHEMAH a. • Jangan terlalu emosional. Kenal pasti • Cuba bertenang dan berfikir reaksi diri ketika stres. secara rasional. • Latih diri untuk ceria dan redha b. walaupun diuji.Berlatih kawal • Sebutlah Inna lillahi wa inna ilahi emosi. raji’un... • Belajar memaafkan kesalahan orang, c. kerana manusia tidak dapat lariBuang sifat- daripada membuat kesilapan.sifat negatif. • Jangan mudah buruk sangka kepada orang lain. 36
  37. 37. 3. MENGURUS EMOSI DENGAN BIJAK DAN BERHEMAH • Tarik nafas dengan betul. d. • Tarik nafas dengan kiraan tujuh,Lepaskan emosi kemudian tahan nafas dengan kiraan secara sihat. tujuh, akhirnya hembuskan nafas dengan kiraan tujuh. – teknik Dr. HM Tuah - e. • Pilihlah kawan yang boleh membawa kitaBerkawan dengan ke jalan Allah. rakan yang • Jauhilah kawan yang boleh mempengaruhiberakhlak terpuji. kita ke jalan mungkar dan kerosakan. f. • Benci kepada maksiat dan kemungkaran. Lahir perasaan • Marah apabila Islam dipermainkan. atau emosiberdasarkan iman, • Cemburu dengan ketinggian ilmu dan akhlak bukan nafsu. orang lain. 37
  38. 38. PETUA MENANGANI STRES • Orang yang tiada matlamat hidup yang jelas akan mudah kecewa apabila stres. Dia menganggap hidupnya hanya sia-sia dan terburu-buru dalam mengambil keputusan. • Orang yang matlamat hidupnya hanya 4. bersandarkan kepada material semata-Kaji matlamat dan mata akan sanggup menjatuhkan maruah diri demi mengejar harta dan kemewahan. pegangan hidup. • Apabila matlamat hidup kita semata- semata kerana Allah, stres dianggap sebagai ujian daripada Allah. Kesabaran kita menghadapinya akan diberi ganjaran oleh Allah. 38
  39. 39. MARI BINA MATLAMAT HIDUPMATLAMAT HIDUPKU YANG UNGGUL! Jangka Panjang • Mencari keredhaan Allah Matlamat saya: ........................................................................ • Berjaya dalam Jangka Pendek hidup. Matlamat saya: ........................................................................ 39
  40. 40. PETUA MENANGANI STRES5. Menguatkan hubungan dengan Allah.• Berzikir.• Bertaubat.• Membaca Al-Quran serta memahami maknanya.• Berdoa agar Allah dapat meringankan beban tekanan perasaan yang dialami. 40
  41. 41. PETUA MENANGANI STRES 6. Menguatkan hubungan sesama manusia.• Menjalinkan silaturrahim.• Sentiasa tolong-menolong dan bertolak ansur.• Berbaik sangka, jangan mudah menuduh orang.• Bersedia memaafkan orang lain dan mudah meminta maaf.• Mendamaikan pertelingkahan, bukannya menjadi batu api. 41
  42. 42. PETUA MENANGANI STRES • Aktiviti sukan yang sihat – jauhi dadah, rokok. 7. Bersukan • Meluangkan masa dengan hobi dandan beriadah aktiviti yang bermanfaat – membaca, memancing. • Pilihlah orang yang amanah untuk mendapatkan nasihat dan pandangan.8. Meluahkan • Meluahkan perasaan kepada orang perasaan yang sudi mendengar.kepada orang • Allah adalah pendengar terbaik yang kepada kita. dipercayai. • Bermunajatlah kepadaNya dan menangislah di hadapanNya, Allah pasti ada bersama… 42
  43. 43. PETUA MENANGANI STRES 9. Mengamalkan kaedah rawatan yang berkesan. 43
  44. 44. DOA MELINDUNGI DIRI DARIPADA STRES “Dan Katakanlah: "Ya Tuhanku Aku berlindung kepada Engkau dari bisikan-bisikan syaitan.Dan Aku berlindung (pula) kepada Engkau Ya Tuhanku, dari kedatangan mereka kepadaku.” (Al-Mukminunn: 97-98) 44

×