teori kitaran tamadun _ tamadun melayu

21,965 views

Published on

teori kitaran tamadu - tamadun melayu

2 Comments
6 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total views
21,965
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
22
Actions
Shares
0
Downloads
713
Comments
2
Likes
6
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

teori kitaran tamadun _ tamadun melayu

1. 1. ULP 1023
KENEGARAAN
JELASKAN MAKSUD TEORI KITARAN TAMADUN DENGAN MERUJUK SESEBUAH TAMADUN, ANDA BINCANGKAN TEORI KITARAN DAN KAITANNYA DENGAN TAMADUN BERKENAAN
Kumpulan : D
Semester: Dua
Pensyarah : Dr. Hairi
Nama ahli
Bil Nama No.matrik 1 Siti Zubaidah binti Ibrahim D20091035632 2 Ruzaini binti Abdul Kadir D20091035658 3 Muhammad Hafizuddin Bin Pauzi D20091036217 4 Mohd Mustaza Bin Lamli D200910362315 Rohani Abdul Wahab D20091035594

Isi Kandungan

BilIsi KandunganMuka Surat1.0Pendahuluan1-22.0Pelopor utama teori kitaran2-43.0TamadunMaksud tamadunPrinsip-prinsip kelahiran tamadunFaktor-faktor mempengaruhi sesebuah tamadunCiri-ciri asas pembinaan tamadun4-154.0Proses teori kitaran dan adaptasi dalam tamadun MelayuTahap awal dan kelahiranTahap pemantapan dan kehidupan menetapTahap kemuncak dan kemegahanTahap kehancuran dan kemusnahan tamadun15-415.0KesimpulanBibliografi

1.0Pendahuluan
Teori kitaran merupakan hasil daripada kajian dan falsafah Islam terkenal iaitu Ibnu Khaldum. Beliau merupakan pelapor kepada konsep teori kitaran yang menentukan jatuh bangunnya sesebuah negara mengikut rentak atau uratannya yang tersendiri. Teori kitaran ini mempunyai kaitannya dengan teori peradaban dan terdapat hubung-kait yang sangat erat antara kedua-dua teori ini. Menurut Ibnu Khaldum, manusia telah mencapai daya kretiviti yang tinggi dalam kehidupan mereka menyebabkan tamadun mempunyai tahap-tahap tertentu selari dengan kebangkitan dan kejatuhan sesebuah tamadun.
Menurut teori kitaran tahap pertama merupakan tahap permulaan untuk kewujudan negara yang dibina dengan prinsip assabiyah iaitu masyarakat akan bersatu untuk mencapai satu matlamat dan cita-cita bersama bagi mewujudkan sesebuah negara. Tahap kedua pula merupakan era pemusatan kekuasaan yang ditandai dengan kemapanan kekuasaan sehingga timbul keinginan pemerintah untuk memonopoli kekuasaan. Manakala tahap ketiga merupakan kemuncak pencapaian tamadun dalam semua aspek termasuk ekonomi, sosial dan politik. Tahap keempat pula merupakan tahap kejatuhan ataupun tahap kehancuran sesebuah tamadun kerana pemerintah telah menjadi alpa dan sekadar berpuas hati dengan pencapaian terdahulu dan pada tahap yang terakhir ini sesebuah tamadun mencapai zaman kejatuhan apabila watak pemerintah bertukar jahat, rasuah, menyeleweng dengan sewenag-wenagnya dan menghadapi pelbagai jenis penyakit sosial. Keadaan yang kronik ini hanya menanti waktu kehancuran. Akhirnya tamadun dan peradaban menjadi hancur dan digantikan oleh bentuk pemerintahan baru bagi melengkapi pusingan kitaran dalam teori peradaban Ibnu Khaldun.
Selain daripada Ibnu Khaldum, terdapat beberapa orang lagi tokoh yang menyuarakan mengenai kitaran tamadun ini. Antaranya ialah Arnold J. Toynbee dalam bukunya yang bertajuk A Study Of History telah menyatakan bahawa punca utama kejatuhan tamadun adalah disebabkan oleh keruntuhan moral dan agama yang lebih berpengaruh jika dibandingkan dengan kejatuhan sektor ekonomi. Kewujudan dan kejatuhan tamadun adalah selari dengan peredaran masa dan corak pemerintahan sesebuah negara. Beliau telah menyenaraikan sebayak 21 buah tamadun yang mengalami perkembangan dan kemerosotan tamadun.
Bagi alam Melayu pula, permulaan dan kejatuhan tamadun dapat dilihat dengan jelas jika kita meneliti sejarah mengenai kerajaan Melayu Melaka. Hal ini adalah kerana, proses pembinaan tamadun bermula dengan penemuaan negeri Melaka oleh Parameswara iaitu anak raja dari Palembang yang melarikan diri daripada kerajaan Majapahit yang telah menawan negerinya dan menjatuhkan institusi beraja di negerinya. Ekoran daripada itu, beliau cuba untuk membina negerinya sendiri dan Melaka merupakan tapak pertempatan negerinya dan segala proses permulaan, perkembangan, kemuncak dan kejatuhan tamadun Melayu bermula di sini.
Sebelum wujudnya negeri Melaka, alam Melayu telah mempunyai beberapa petempatan awal tamadun Melayu seperti Kedah Tua, Srivijaya, Angkor, Lembah Bujang, Majapahit dan Funan. Pertempatan-pertempatan awal ini telah mewujudkan kerajaan sementara dan dalam masa yang singkat telah mengalami zaman keruntuhannya serta akan digantikan oleh kerajaan baru yang akan mengambil alih semua peranan yang pernah dijalankan di negeri tersebut. Oleh sebab itu, tamadun alam Melayu mempunyai susur-galur seperti yang terdapat dalam teori kitaran tamadun yang bermula dengan petempatan sesebuah tamadun dan diakhri dengan kemerosotan dan kehancuran tamadun berkenaan.
2.0Pelopor utama Teori Kitaran
Ibnu Khaldun merupakan salah seorang daripada sarjana Islam selain daripada Ibnu Sina, Al Farabi, Al Kindi, Al Ghazali dan sebagainya. Nama sebenarnya ialah Abdul Rahman Abu Zaid Waliyuddin b. Khaldun Al Maliki Al Khadrani. Beliau di lahirkan pada 733 hijrah bersamaan dengan 1332 masihi di Tunis. Beliau merupakan seorang pakar sejarah dan juga pakar dalam bidang sosiologi disamping merupakan seorang ahli Falsafah terulung. Beliau mendapat pendidikan awal daripada bapanya mengenai asas-asas agama seperti Al-Quran, fiqah, hadith, dan tauhid. Beliau telah menghafal Al-Quran sejak kecil. Beliau juga mempelajari ilmu mantik, sains, falsafah, matematik dan sejarah daripada beberapa orang ulama terkemuka pada masa itu. Guru beliau yang utama ialah Muhammad b. Abdul Muhaimin. Beliau juga turut berguru dengan Abu Abdullah b. Ibrahim Al Abla yang mengajarnya tentang siosologi, politik dan pendidikan.
Perkataan falsafah berasal daripada bahasa Yunani atau Greek dan pertama kali digunakan oleh Phthagoras iaitu seorang ahli fikir Yunani dalam abad ke-6 sebelum masihi. Perkataan falsafah mengandungi dua perkataan iaitu “philo” yang membawa maksud cinta dan “Sophia”yang membawa maksud kebijaksanaan. Ibnu Khaldun merupakan salah seorang daripada sarjana Islam yang telah mengklafikasikan ilmu menurut sudut pandangan hidupnya sendiri mengikut Islam dari zaman awal hingga akhir zaman secara tekal. Beliau dan beberapa ahli falsafah yang lain telah memperlihatkan dua ciri yang penting dalam klafikasi ilmu dalam Islam iaitu kesatuan dan tata-tingkat ilmu. Antara ilmuan-ilmuan yang turut menggariskan klafisikasi ilmu dalam Islam termasuklah Al Kindi, Al Farabi, Abu Hassan Al Amiri, Ibnu Sina, Ibnu Rushd, Ikhwan Al safa, Al Ghazali, Nasir Al Din Tusi, Syamsudin Al Amuli dan Qutb Al Din Shirazi. Ahli ilmuan pada masa kini iaitu Prof. Syed Muhammad Naquib Al Attas merupakan seorang pakar ilmuan Islam yang membuat klafisikasi ilmu berdasarkan model Aristotle dengan Al Kindi sebagai pelapornya. Klafikasi beliau berasaskan konsep diri manusia yang terdiri daripada roh dan jasad. Roh yang mewakili diri yang batin ialah unsur yang mengenal penciptanya. Berdasarkan hakikat kesatuan diri manusia itulah beliau mengelaskan ilmu kepada dua kategori yang utama, iaitu ilmu pemberian tuhan dan ilmu yang di cari. Kategori ilmu yang pertama secara mutlak di perlukan manusia untuk di jadikan panduan dan asas penyerahan kepada penciptanya dan oleh itu menjadi fardu ain kepada setiap orang Islam. Ilmu-ilmu yang berada dalam kategori ini terangkum dalam ilmu-ilmu rasional, intelektual, dan falsafah hanya diperlukan atau dituntut ke atas sebilangan orang Islam sahaja dan oleh itu ilmu ini merupakan fardu kifayah
Selain daripada mengklafikasikan ilmu, Ibnu khaldun turut membuat teori tentang kitaran peradaban. Menurut tokoh sarjana Islam ini konsep assabiyah atau perasaan kelompok mempunyai kaitan dalm pembentukan sesebuah negara sekali gus menentukan kejayaan dan keruntuhannya. Menurut beliau semangat assabiyah merupakan satu sifat yang melahirkan semangat saling mendukung, bekerjasama dan bantu-membantu antara satu sama lain. Mereka akan berasa malu dan tidak rela jika terdapat diantara mereka yang memiliki ikatan darah mendapat perlakuan tidak adil atau hendak dijatuhkan sehingga muncul hasrat untuk melindungi bangsa sendiri dan membalas dendam. Negara dan bangsa perlu dipertahankan dan berpandukan kepada pegangan jati diri dan idealisme semangat cintakan negara. Perkembangan dan evolusi sesebuah Negara adalah berdasarkan kepada empat tahap yang mesti di lalui dalam proses naik turun tamadun dalam teori kitaran tamadun.
Ibnu Khaldun meninggal dunia pada tahun 808 hijrah bersamaan 1406 masihi semasa berumur 74 tahun.Beliau banyak memberi sumbangan melalui karya-karya yang dihasilkannya. Kebanyakkan karya-karya beliau banyak mengaitkan sesuatu perkara dengan perkembangan rohani, akal dan akhlak. Dalam bidang ekonomi misalnya, beliau menganggap bahawa rezeki dikurniakan oleh allah mestilah dibahagikan sama rata dan dibelanjakan untuk perkara-perkara yang berfaedah bagi kesejahteraan umat sejagat. Karya Al Muqaddimah merupakan karya beliau yang teragung dan menjadi rujukan semua pihak termasuklah ahli falsafah barat. Antara kitab beliau yang lain ialah Al-Ibbar yang menyentuh tentang ekonomi dan sejarah serta Al-Tariff yang memperkatakan mengenai persoalan ekonomi.
3.0Tamadun
3.1Maksud tamadun
Maksud tamadun boleh diertikan dalam pelbagai konteks. Dari aspek bahasa Arab, tamadun berasal daripada perkataan madain, mudun dan maddana. Hal ini membawa maksud bahawa tamadun merupakan suatu kehidupan manusia yang semakin maju dari segi rohaniah dan lahiriah atau pembukaan bandar. Rohaniah dapat dilihat dari segi agama, nilai hidup dan sebagainya, manakala lahiriah merujuk kepada bandar, struktur tamadun dan lain-lain.
Namun begitu, tamadun dikenali sebagai civilization dalam Kamus Dwibahasa Oxford Fajar Edisi Ketiga. Civilizatian berasal dari perkataan civitas dalam bahasa Greek. Hal ini merujuk kepada pembukaan bandar. Dalam aspek bahasa Melayu, tamadun dianggap sebagai kehidupan manusia yang dicirikan melalui kemajuan berunsurkan kebendaan dan aspek pemikiran yang tinggi.
Bagi Ibn Khaldun, tamadun diertikan sebagai suatu kehidupan masyarakat yang menetap di kawasan tertentu. Hal ini bermakna bahawa kehidupan masyarakat sesuatu kawasan berbeza dengan kawasan yang lain. Misalnya, kehidupan masyarakat yang menetap di bandar berbeza dengan kehidupan masyarakat yang tinggal di kampung ataupun kawasan pedalaman.
3.2Prinsip-prinsip kelahiran tamadun
3.2.1Sosioekonomi
Tamadun bermaksud kehidupan sesuatu masyarakat yang hidup menetap atau pembukaan bandar. Hal ini menunjukkan bahawa kehidupan manusia telah berubah dan lebih sistematik berbanding sebelumnya melalui kehidupan menetap atau bandar tersebut. Dalam hal ini, dapat dibuktikan bahawa kehidupan yang menetap merupakan elemen yang utama untuk kelahiran sesuatu tamadun. Misalnya, kehidupan manusia pada zaman kelahiran tamadun besar seperti Tamadun Mesopotamia, Tamadun India, Tamadun Cina lebih sistematik berbanding kehidupan manusia pada zaman prasejarah.
3.2.2Interaksi manusia dengan alam
Manusia amat memerlukan antara satu sama lain. Manusia tidak dapat melaksanakan interaksi dengan alam sekitar secara bersendirian tanpa bantuan manusia lain seperti kawan dan keluarga. Hal ini penting untuk membolehkan nilai-nilai kerohanian dan pengalaman hidup yang baru dapat diwujudkan melalui interaksi dengan alam tersebut. Secara tidak langsung, hal ini akan melahirkan satu tamadun melalui kehidupan bermasyarakat yang melibatkan perkongsian tenaga, idea dan pengalaman yang ada.
3.2.3Daya kreativiti manusia
Interaksi manusia dengan alam telah menyebabkan manusia menjadi lebih dekat dengan alam dan membolehkan mereka lebih berfikiran terbuka mengenai alam sekitar. Manusia juga akan menjadi lebih kreatif dan menyebabkan mereka mula mempunyai sikap ingin meneroka sumber-sumber alam yang ada. Oleh sebab itu, mereka akan cuba merangka pembangunan dan hal-hal yang berkaitan seperti cara mempertahankan diri mereka melalui pengalaman hidup yang telah dimiliki oleh mereka. Hal ini mampu membawa kepada pembangunan sesebuah tamadun.
3.2.4Persaingan manusia
Setiap manusia tidak mempunyai kehendak yang terbatas. Mereka akan cuba mencapai kehendak yang diingini oleh mereka dengan pengalaman dan kepakaran yang dimiliki. Namun begitu, mereka terpaksa bersaing antara satu sama lain untuk membolehkan kehendak mereka tercapai. Hal ini demikian kerana sumber-sumber yang ada terhad dan manusia pula memiliki keupayaan yang terbatas. Secara tidak langsung, pelbagai kepakaran akan ditonjolkan oleh setiap manusia sehinggakan perkembangan tamadun yang lebih sistematik dapat diwujudkan.
3.2.5Peminjaman kepakaran
Setiap manusia mempunyai kepakaran yang berbeza. Sesebuah masyarakat kadangkala juga tidak memiliki kepakaran yang sama antara mereka. Kemampuan manusia yang terbatas menyebabkan mereka perlu bergantungan dengan manusia lain untuk mendapatkan sesuatu kepakaran yang baru dan kepakaran yang tidak dikuasai oleh mereka sepenuhnya. Hal ini penting dalam membangunkan sesebuah tamadun. Dalam hal ini, dapat dijelaskan bahawa setiap masyarakat memerlukan antara satu sama lain, misalnya antara masyarakat bandar dan pedalaman.
3.3Faktor mempengaruhi tamadun
3.3.1Ekonomi
Aktiviti ekonomi seperti pertanian banyak dijalankan pada zaman prasejarah dan zaman kelahiran tamadun. Pada zaman prasejarah, manusia menyara hidup dengan bercucuk tanam kerana adanya alatan tradisional dan haiwan seperti lembu yang boleh membantu dalam menjalankan aktiviti pertanian seperti penanaman padi. Namun, hal ini berbeza dengan tamadun dunia yang awal seperti Tamadun Mesopotamia yang menjalankan aktiviti pertanian melalui tebus guna tanah untuk tujuan pengairan untuk tanaman. Bagi tamadun China pula, tenggala digunakan secara meluas untuk membuat batasan dan sistem tanaman bergilir telah diperkenalkan di samping adanya sistem pengairan untuk tanaman terkawal.
Peningkatan ekonomi mula berlaku apabila adanya lebihan hasil melalui teknik pertanian yang telah meningkatkan produktiviti pertanian. Lebihan hasil pertanian ini telah digunakan dengan cara berbeza oleh manusia dalam sesuatu tamadun. Misalnya, dalam tamadun Mesopotamia, lebihan hasil pertanian digunakan untuk menampung penduduk yang semakin bertambah. Penduduk telah diagihkan untuk terlibat dalam pertanian dan perkhidmatan bagi membolehkan pertukaran barangan berlaku antara mereka walaupun kadangkala pertukaran tersebut tidak adil. Hal ini berbeza dengan penduduk pada zaman tamadun China yang menggunakan lebihan hasil untuk aktiviti perdagangan.
3.3.2Pegangan kepada agama
Setiap tamadun yang lahir dalam dunia ini mempunyai kepercayaan dan pegangan agama yang tinggi. Namun begitu, hanya jenis agama sahaja yang berbeza antara tamadun tersebut. Oleh sebab itu, rumah-rumah ibadat telah dibina pada setiap tamadun untuk penduduknya menjalankan upacara keagamaan. Bagi manusia pada setiap tamadun, nilai kepercayaan dan keagamaan merupakan elemen paling penting dalam pembangunan tamadun. Misalnya, dalam tamadun India, terdapat beberapa jenis pengaruh agama yang ada pada zaman tamadun tersebut iaitu agama Hindu, Buddha, Islam dan sebagainya.
3.3.3Keselesaan hidup dan kemewahan
Masyarakat dalam sesebuah tamadun biasanya akan mencari kemewahan bagi menjamin keselesaan hidup mereka. Bukan itu sahaja, harta yang banyak juga penting untuk membezakan antara mereka dengan masyarakat yang tidak bertamadun. Mereka mahu dipandang tinggi dan dihormati oleh golongan yang tidak mempunyai harta. Susun lapis masyarakat dalam sesebuah tamadun juga disusun mengikut pangkat serta kekayaan. Lazimnya, golongan kaya akan berada di bawah golongan pemerintah dan dikenali sebagai golongan kelas kedua atau menengah.
Selain itu, mereka juga berpeluang menjadi golongan pemerintah sekiranya mereka mempunyai kemewahan. Hal ini demikian kerana golongan pemerintah perlu memiliki kekayaan supaya semua rakyat tunduk kepadanya. Rakyat tidak akan tunduk kepada pemerintahnya sekiranya mereka tidak memiliki kekayaan kerana bagi mereka kekayaan itu melambangkan satu kemegahan dan kebanggaan untuk seseorang pemerintah. Kekayaan juga menjadi sebab untuk mereka menyanjung dan menghormati golongan pemerintah mereka.
3.3.4Kepimpinan dan politik
Lazimnya, golongan pemerintah dipilih daripada kalangan penduduk yang kaya. Hal ini bermakna mereka terdiri daripada golongan atasan dalam sesebuah tamadun. Mereka terdiri daripada bangsawan, pendeta atau pedagang yang sememangnya mempunyai banyak harta dan kemewahan. Namun begitu, amatlah sukar untuk menjadi seorang pemerintah yang terpaksa mengendalikan penduduk yang ramai dan memiliki pelbagai karenah.
Golongan pemerintah berperanan dalam mengendalikan ketenteraan negara, merangka pembangunan negara dan menetapkan undang-undang negara. Ketenteraan penting untuk mempertahankan negara daripada sebarang pencerobohan oleh musuh, manakala undang-undang pula penting dalam mengawal tingkah-laku rakyat dalam negara tersebut, misalnya hukuman bagi kesalahan tertentu.
3.4Ciri-ciri asas pembinaan tamadun
3.4.1Penempatan
Ciri petempatan penduduk merupakan elemen yang penting dalam sesebuah tamadun. Hal ini demikian kerana penempatan ini menunjukkan bahawa kehidupan manusia mula menjadi sistematik dalam sesebuah tamadun. Kehidupan menetap ini juga telah melahirkan bandar yang akan digunakan sebagai pusat pentadbiran pemerintah.
Bukan itu sahaja, kehidupan menetap yang lebih bersistematik membolehkan pembangunan dijalankan dalam sesebuah tamadun.Selain itu, manusia juga boleh menjalankan aktiviti seperti pertanian dengan terkawal apabila adanya kehidupan menetap. Kehidupan menetap membolehkan manusia atau masyarakat dalam sesebuah tamadun berinteraksi antara satu sama lain. Hal ini penting dalam pembangunan sesebuah tamadun.
3.4.2Institusi dan organisasi
Elemen ini merujuk kepada ciri-ciri kehidupan dalam sesebuah tamadun. Ciri-ciri tersebut merangkumi aspek pentadbiran, ekonomi, politik dan sosial seperti pendidikan. Aspek ini amat penting dalam membentuk kehidupan berorganisasi dalam sesebuah tamadun. Dari aspek pentadbiran, pemerintah memainkan peranan dalam membangunkan sesebuah tamadun. Misalnya, tamadun India mempunyai dua kerajaan semasa tahap awal pembentukannya iaitu kerajaan kecil dan kerajaan besar. Kerajaan kecil tidak mempunyai raja, manakala kerajaan besar mempunyai raja yang berkuasa mutlak dan dipilih dari golongan ksyatria. Namun, kesemua kerajaan kecil telah disatukan ketika pemerintahan Chandragupta Maurya.
Kehidupan berorganisasi telah mewujudkan susun lapis masyarakat. Hal ini demikian kerana manusia telah dibezakan berdasarkan status mereka. Lapisan atas diterajui oleh golongan pemerintah seperti raja, diikuti oleh golongan kelas kedua seperti bangsawan, golongan agama, ilmuan dan sebagainya. Golongan rakyat biasa terletak di lapisan ketiga, dan diikuti oleh golongan hamba yang terletak pada lapisan paling bawah.
3.4.3Perundangan atau Sistem Pemerintahan
Aspek perundangan dan pemerintahan merupakan aspek penting dalam sesebuah tamadun. Hal ini demikian kerana aspek perundangan dapat memudahkan pemerintah mengawal tindak-tanduk rakyat yang ada dalam sesebuah tamadun. Perundangan juga penting dalam menjamin keamanan dan kemakmuran dalam sesebuah negara. Setiap pemerintah dalam sesebuah tamadun berperanan dalam menyediakan undang-undang untuk negaranya. Misalnya, perundangan ketika tamadun Mesopotamia dijelaskan dengan Kod Undang-undang Hammurabi yang mengandungi 282 undang-undang dan dipahat pada tembok. Bukan itu sahaja, perundangan tersebut juga memberikan rakyat hak untuk keadilan dan setiap kesalahan setimpal dengan hukuman serta berbeza mengikut susus lapis masyarakat.
Namun, hal ini berbeza dengan tamadun India yang menganggap Kitab Dharma Sastra sebagai kitab undang-undang tamadun ini. Setiap hukuman yang dikenakan setimpal dengan kesalahan dan golongan Brahmin yang berperanan dalam bidang tersebut. Namun begitu, Tiang Asoka telah didirikan di tepi-tepi jalan ketika zaman pemerintahan Raja Asoka. Segala perintahnya diukir pada tiang tersebut untuk tontonan rakyat. Dalam tamadun China pula, aspek perundangannya adalah seperti undang-undang berasaskan falsafah legalisme dan ajaran Confucius. Bagi undang-undang legalisme, undang-undang ini berteraskan hukuman berat dan bercorak kolektif. Undang-undang ini menekankan aspek tiada belas kasihan ketika menjalankan undang-undang dan undang-undang tegas dapat mengawal tingkah laku manusia. Hal ini berbeza dengan ajaran Confucius yang memerlukan raja mempunyai pekerti yang baik dan menjaga keharmonian rakyat.
Sistem pemerintahan juga amat penting dalam mengawal tidak-tanduk manusia. Sistem ini dapat memberikan keharmonian dan keamanan kepada rakyat dalam sesebuah tamadun. Hal ini demikian kerana raja akan diiktiraf sebagai ketua pemerintah melalui sistem pemerintahan yang dibentuk. Raja biasanya akan menggunakan unsur-unsur magis yang membolehkan rakyat taat dan patuh kepada raja. Oleh sebab itu, raja akan dianggap sebagai wakil tuhan dan sesiapa yang tidak patuh kepada raja akan ditimpa bala atau tulah.
3.4.4Kualiti kehidupan
Kehidupan manusia dalam sesebuah tamadun sentiasa berubah dan adanya peningkatan corak hidup. Peningkatan ini merangkumi aspek-aspek seperti ekonomi, pamerintahan dan sebagainya. Aspek ekonomi jelas menunjukkan corak hidup manusia semakin berubah dan semakin maju berbanding sebelumnya. Misalnya, manusia pada zaman prasejarah menjalankan aktiviti bercucuk tanam hanya untuk menyara hidup mereka. Namun, berlaku peningkatan apabila manusia mula menyediakan sumber pengairan untuk tanaman mereka bagi membolehkan tanaman dihasilkan dengan banyak.
Secara tidak langsung, makanan yang telah dihasilkan dapat menampung penduduk yang semakin meningkat dalam sesebuah tamadun. Bukan itu sahaja, lebihan hasil juga akan berlaku dan hal ini seterusnya akan mewujudkan sistem pertukaran antara manusia yang terlibat dalam aktiviti yang berbeza. Peningkatan terhadap sistem pertukaran telah membawa kepada wujudnya aktiviti perdagangan. Aktiviti ini telah membantu dalam membangunkan sesebuah tamadun.
3.4.5Teknologi dan reka cipta
Teknologi dan reka cipta merupakan antara elemen yang penting dalam membangunkan sesebuah tamadun. Lazimnya, teknologi dan reka cipta diwujudkan adalah untuk meningkatkan keselesaan hidup manusia. Misalnya, pelbagai teknologi dan reka cipta telah dihasilkan pada zaman tamadun Mesopotamia. Antaranya adalah seperti perkembangan ilmu astronomi telah membolehkan perdagangan dijalankan melalui jalan laut, penciptaan kalendar 12 bulan, perkembangan ilmu perubatan, penciptaan kincir air untuk mengairi kawasan tandus, penciptaan roda untuk kapal layar dan kereta kuda serta pembuatan batu bata dari tanah liat.
Hal ini berbeza dengan tamadun India yang memperkenalkan sistem angka sifar dalam matematik, perkembangan ilmu geometri dalam senibina, perubatan, perkembangan ilmu astronomi, penciptaan calendar, pengenalan ilmu algebra, sistem perpuluhan dan trigonometri. Bagi tamadun China pula, tamadun ini telah menghasilkan teknologi membuat kertas dan tembikar, penciptaan mercun, serta kompas untuk keagamaan.
3.4.6Bahasa
Bahasa juga merupakan salah satu ciri asas yang utama dalam pembinaan sesebuah tamadun. Sistem bahasa juga merangkumi sistem tulisan yang digunakan untuk tujuan-tujuan tertentu untuk komunikasi, aktiviti perdagangan dan sebagainya. Sistem ini telah mewujudkan perkembangan dalam ilmu pengetahuan. Oleh sebab itu, bahasa penting untuk menjalinkan hubungan dengan masyarakat lain atau pedagang luar.
Bagi tamadun India, terdapat lebih 325 bahasa dan 720 loghat tetapi hanya 14 sahaja yang digunakan sebagai bahasa utama seperti Hindi, Tamil, Punjabi, Bahasa Inggeris, Urdu, Telegu dan sebagainya. Kesusateraannya pula adalah seperti Vedik, Indo-Arya, Epik dan sebagainya. Hal ini berbeza dengan tamadun China yang menggunakan bahasa Cina dan tulisan cina iaitu Hanzi yang ditunjukkan melalui lambang bergambar, lambang petunjuk dan sebagainya. Namun, bagi tamadun Mesopotamia, tulisan yang digunakan adalah berasaskan gambar yang berkembang menjadi simbol dan ditulis pada tanah liat menggunakan pen rumput buluh iaitu cuneifom. Kesusasteraannya pula merangkumi Epik Gilgamesh yang menceritakan tentang kepahlawanan Gilgamesh, falsafah dan cara hidup masyarakat Mesopotamia serta kehidupan yang kekal dan kesaktian.
3.4.7Kreativiti
Kreativiti juga merupakan ciri penting dalam pembinaan sesebuah tamadun. Kreativiti ini menunjukkan corak kehidupan manusia untuk meningkatkan keselesaan hidup mereka melalui idea kreatif mereka untuk menghasilkan sesuatu. Kreativiti ini boleh dilihat melalui senibina, kesenian, perhiasan dan sebagainya. Misalnya, senibina ketika tamadun China adalah seperti Tembok Besar China. Pada zaman tamadun tersebut juga terdapat pelbagai kesenian telah diperkenalkan seperti seni ukir menggunakan batu jed, gangsa, batu, tanah liat dan kayu, seni halus untuk pembuatan seramik, seni pahat dalam menghasilkan patung dan seni lukis dalam pembuatan sutera.
Bagi tamadun India, senibina yang dihasilkan adalah seperti pembinaan bandar terancang iaitu Mohenjo Daro. Bukan itu sahaja, barang-barang kemas yang halus buatannya, tembikar dan barangan keperluan rumah yang bermutu tinggi juga telah dihasilkan pada zaman tamadun tersebut. Seni ukir dan seni lukis turut wujud pada zaman tamadun tersebut. Seni ukir digunakan untuk mengukir pada patung-patung dan gerbang gua, manakala seni lukis digunakan untuk melukis di dinding seperti di Ajanta. Dalam tamadun Mesopotamia, senibinanya dapat dilihat melalui penghasilan tiang batu dan arca. Keseniannya pula merangkumi seni ukir yang digunakan untuk menghasilkan patung seperti Patung Raja Gudea.
4.0Proses teori kitaran dan adaptasinya dalam tamadun Melayu
Teori kitaran mempunyai empat prasa utamanya iaitu pada tahap pertama dikenali sebagai tahap awal ataupun tahap kelahiran. Pada tahap ini, kejatuhan pemerintahan terdahulu akan digantikan oleh pemerintah yang baru. Kemudian pada tahap kedua dikenali sebagai tahap pemantapan dan kehidupan yang menetap. Pada tahap ini sistem pemerintahan akan melahirkan sistem berkerajaan dan raja kuasa berkuasa mutlak. Kehidupan pemerintah akan terasing daripada rakyat jelata. Tahap ketiga pula dikenali sebagai tahap kemuncak ataupun sebagai tahap kegemilangan. Masyarakat hidup dalam serba kemewahan dan pelbagai kemudahan tersedia untuk kemajuaan hidup masyarakatnya. Manakala tahap keempat merupakan tahap kehancuran sesebuah tamadun. Pada masa ini segala kemudahan negara disia-siakan dan golongan pemerintahan tidak menjalankan tugas mereka dengan sewajarnya. Terdapat sesetengah golongan yang mengambil kesempatan atas kacau-bilau ini dan menjatuhkan tamadun berkenaan kemudian akan digantikan dengan tamadun yang baru.
Tamadu melayu telah lama bertapak di kawasan Asia Tenggara ini sejak zaman paleolitik lagi sehingga munculnya tamadun Melayu yang baru. Tamadun Melayu telah mengalami banyak prasa sejarahnya yang tersendiri. Semasa zaman kebangkitann tamadun Melayu banyak menerima pengaruh daripada luar terutamanya mengenai agama utama di rantau ini. Selepas menyusuri zaman kegemilangan tamadun Melayu telah mengalami zaman keruntuhannya selepas kemasukan penjajah barat di rantau ini.
4.1Tahap awal dan kelahiran
Tamadun Melayu bermula sejak zaman Paleolitik lagi. Tahap kelahiran dalam teori kitaran tamadun telah memperlihatkan beberapa kota kecil yang terbina pada abab awal tamadun Melayu. Menurut Zuraina Majib (1993), tamadu Melayu bermula sejak zaman paleolitik dan tamadun ini telah bertapak di Kota Tampan, Perak. Pada zaman ini. masyarakat tidak mempunyai nilai estetika yang tinggi kerana nilai yang ditonjolkan pada jumpaan artifak masih lagi menggunakan alat batu kelikir yang besar dan mempunyai beberapa rempihan yang dibuat pada hujung batu berkenaan mengikut alat tetak-menetak Movius. Tarikh bagi menunjukkan wujudnya mengenai kebudayaan ini tidak pernah wujud dan masyarakat Kota Tampan mempunyai beberapa ciri kesamaan dengan kebudayaan paleolitik di sekitarnya berdasarkan jumpaan debu gunung berapi.
Masyarakat Melayu pada zaman mesolitik pula telah dijumpai petempatannya di Gua Niah (Sarawak), Tingkayu (Sabah), Leang Burung 2 (Sulawesi), Gua Tabon (Palawan) dan Gua Spriti (Thailand). Pada masa ini, masyarakat telah pandai untuk bercucuk tanam kerana telah dijumpai bukti teknik pengumpulan dan penuaian dalam tamadun berkenaan. Manakala masyarakat Melayu pada zaman Neolitik pula telah dijumpai di Bukit Tenku Lembu (Perlis), Gua Cha (Kelantan) dan Ban Kao (Thailand). Kebudayaan Neolitik sering diistilahkan sebagai kebudayaan inovatif dengan munculnya aktiviti bercucuk tanam. Alat batu dikerjakan dengan baik dan kadang-kala alat tersebut digosok sehingga licin. Kemunculan alat tembikar pada permulaan zaman lebih kurang 10,000 hingga 5,000 tahun dahulu telah menyebabkan masyarakatnya hidup menetap dan zaman ini juga disebut Zaman Revolusi Pertanian (G. de G. Sieveking, 1993)
Selepas berlakunya zaman Revolusi pertanian masyarakat mula hidup secara menetap dan mula menjalankan perdagangan dengan kawasan sekitarnya. Masyarakat Melayu pada masa ini telah pandai menjalankan aktiviti perdagangan dengan kawasan sekitarnya untuk mendapat barang-barang keperluan. Contohnya, masyarakat pendalaman akan menjual barangan hasil kutipan mereka dari hutan kepada masyarakat pinggir sungai bagi mendapatkan bekalan barangan yang diperlukan oleh mereka melalui sistem bater (sistem tukaran barang).
Permulaan bagi proses petempatan masyarakat Melayu mula berkembang pada masa ini dan dikenali sebagai zaman kelahiran. Pada zaman kelahiran tamadun Melayu banyak menyaksikan jatuh bangunnya sebuah kerajaan Melayu. Contohnya kerajaan Kedah Tua yang diasaskan pada abab ke-5. Kerajaan ini banyak menerima pengaruh daripada luar dan antaranya ialah pengaruh Hindu-Budha yang dibuktikan dengan jumpaan candi di Lembah Bujang. Akhirnya kerajaan ini merosot dan digantikan dengan kerajaan baru seperti kerajaan Srivijaya, kerajaan Majapahit dan kerajaan Melaka. Permulaan bagi jatuh bangunnya kerajaan ini merupakan satu tahap kelahiran bagi tamadun Melayu dalam membentuk sebuah tamadun yang maju.
4.2Tahap pemantapan dan kehidupan menetap
Pada tahap ini, manusia mula mengamalkan kehidupan menetap melalui kewujudan bandar. Bandar yang telah terbentuk ini merupakan perintis kepada pembangunan dalam aspek lain seperti kelahiran sistem kerajaan dalam sesebuah tamadun. Ketika ini juga pemerintah seperti raja telah diasingkan dengan rakyat biasa melalui satu susun lapis masyarakat. Bukan itu sahaja, aktiviti ekonomi juga boleh dijalankan dengan terancang apabila adanya kehidupan menetap. Dalam hal ini, kehidupan menetap seperti bandar membolehkan sesebuah tamadun membangun dalam aspek pentadbiran, ekonomi dan sebagainya.
Misalnya, penempatan bagi tamadun awal dunia terletak di lembah-lembah sungai. Bagi tamadun Mesopotamia, penempatan awalnya berada di lembah Sungai Tigris-Eupharates, lembah Sungai Nil bagi tamadun Mesir, lembah Sungai Indus bagi tamadun Indus dan Lembah Sungai Kuning bagi tamadun Hwang-Ho. Namun begitu, penempatan awal ini telah berkembang menjadi negara kota atau bandar. Perubahan ini membolehkan sistem pemerintahan dalam setiap tamadun tersebut dibentuk dengan adanya pemerintah dan rakyat. Sistem pemerintahan ini telah mewujudkan susun lapis masyarakat dalam tamadun bagi membezakan kedudukan pemerintah iaitu raja dengan golongan lain seperti golongan kelas menengah seperti bangsawan, rakyat biasa dan hamba.
Tamadun awal Melayu pula merangkumi kerajaan seperti Kedah Tua, Srivijaya dan sebagainya. Bagi kerajaan Kedah Tua dan Srivijaya, kedua-keduanya merupakan kerajaan maritim. Kerajaan maritim merupakan kerajaan yang terlibat dalam aktiviti perdagangan, kelautan dan pelabuhan. Kerajaan ini terletak di pinggir pantai, lembah sungai dan kepulauan. Bagi kerajaan Kedah Tua, kerajaan ini terletak di Sungai Merbok dan Sungai Muda. Kerajaan Srivijaya pula terletak di Sungai Musi. Kerajaan-kerajaan ini bermula dengan menjadi sebuah kawasan perkampungan nelayan. Ketika ini, aktiviti ekonominya adalah terhad kerana hanya berfokuskan kepada aktiviti menangkap ikan dan hasil laut. Bukan itu sahaja, terdapat juga kawasan kerajaan lain yang telah menjadi kawasan bijih timah dan emas. Namun begitu, kerajaan seperti Kedah Tua dan Srivijaya telah berkembang menjadi sebuah pusat perdagangan dan pelabuhan apabila adanya lebihan hasil. Kerajaan ini bermula dengan berdagang dengan kawasan yang berjampiran dengan mereka. Kemudian, kerajaan ini berkembang lebih maju apabila kerajaan meluaskan kawasan perdagangan mereka. Akhirnya, kerajaan ini telah menjadi kawasan perdagangan entrepot kerana terletak di Selat Melaka yang menjadi laluan utama pedagang dari timur dan barat. Bahasa Melayu pula dijadikan bahasa lingua franca untuk berkomunikasi.
Selain itu, kerajaan awal dalam tamadun Melayu mula bertambah mantap apabila adanya pengaruh agama Hindu dan Buddha. Misalnya, pengaruh agama Hindu dan Buddha dapat dilihat dengan jelas dalam kerajaan Srivijaya. Hal ini dapat dibuktikan dengan jelas melalui catatan I Tsing pada 671 Masihi yang menyatakan bahawa terdapat 1000 Bhiksu belajar agama Buddha dan nahu sanksrit. Kerajaan Kedah Tua pula dipengaruhi oleh agama Buddha. Hal ini dibuktikan dengan wujudnya Candi Lembah Bujang. Pengaruh agama ini disebarkan melalui pedagang, pendeta, golongan ksyatria dan budaya.
4.3 Tahap kemuncak dan kemegahan
Pada tahap ini, tamadun yang dicirikan oleh kehidupan yang dengan pembinaan bangunan-bangunan melambangkan keagungan sesebuah tamadun. Hal ini dapat dilihat melalui perkembangan ekonomi yang menyebabkab perlonggokan harta, pangkat, kuasa dan pembinaan monumen atau tugu. Menurut Ibnu Khaldun, seni bina merupakan asas kepada sesebuah tamadun. Sejarawan-sejarawan moden seperti Toynbee, Kluckhohn, Renfrew dan lain-lain turut berpendapat dengan pandangan Ibnu Khaldun ini. Perkara ini dapat dilihat apabila terdapat pemimpin-pemimpin Islam datang kebandar dan menjadi perangsang perkembangan Bandar. Terdapat para khalifah, sultan dan raja yang membina tugu-tugu besar yang menunjukkan kekayaan dan kemakmuran negara mereka. Selain itu ia juga menunjukkan kecemerlangan sesuatu tamadun itu.
4.3.1Pandangan semester
Kedatangan agama Hindu dan Buddha ke alam melayu telah menjadikan upacara agama menjadi lebih formal dan tersusun. Amalan dan falsafah yang di ajar oleh ajaran Hindu-Buddha kepada masyarakat Melayu adalah tidak menyeluruh. Ini dapat dilihat di mana masyarakat Melayu hanya mengambil tahu tentang perkara yang berkaitan dengan selok belok upacara agama sahaja. Menurut pendapat daripada Syed Naquib, kedatangan agama Hindu-Buddha tidak mengubah pandangan semesta masyarakat Melayu secara mutlak kerana yang jelas terlihat ialah kesan pengaruh Hindu-Buddha hanya berlaku pada lapisan atasan sahaja (golongan yang terdiri daripada raja, pemerintah, orang kaya dan golongan bangsawan) tetapi tidak menyerap ke segenap lapisan masyarakat Melayu yang terdapat di Alam Melayu.
Selewat-lewatnya pada awal abad ke-15, masyarakat Melayu boleh disifatkan sebagai menempuh era baharu dengan kedatangan Islam. Islam telah mengubah bentuk kepercayaan, hidup dan juga pandangan semesta. Kepercayaan kepada dewa dan animisme bertukar kepada kepercayaan kepada Allah SWT dan Rasul-Nya. Antara elemen asas pandangan semesta Tamadun Melayu-islam ialah:

Kepercayaan kepada yang Maha Esa, Pencipta, Pentadbir dan Pemelihara Alam semesta.
2. 2. Konsep perhitungan dan pembalasan yang muktamad di akhirat.
3. 3. Menghormati maruah dan martabat manusia.
4. 4. Keadilan, kebebasan dan keseksamaan
5. 5. Percaya dan yakin kepada pembalasan yang baik bagi amalan yang baik dan sebaliknya.
6. 6. Kehidupan yang bersederhana dan seimbang antara jasmani, rohani, dan akal.

Lantaran itu, masyarakat melayu menyedari bahawa seluruh hidupan mereka terfokus kepada tuhan. Masyarakat Melayu menyedari dan yakin bahawa Allah SWT Maha Berkuasa. Kesannya, pandangan semesta melayu telah dibentuk berasakan hablumminallah (berbuat baik kepada Allah) dan hablumminannas ( berbuat baik kepada manusia).
Walaupun Islam telah bertapak kuat di Alam Melayu tertapi tidak bermakna agama Hindu- Buddha dan kepercayaan kepada aninisme berjaya dihakis sepenuhnya daripada kehidupan masyarakat orang Melayu. Masih dapat pertunjuk yang menggambarkan masyarakat Melayu masih terpengaruh dengan unsur–unsur sebelum kedatangan Islam sekalipun tidak seperti sebelumnya. Namun bergitu, realiti yang berlaku dalam masyarakat Melayu semakin berkurangan dewasa ini dengan pendekatan pendidikan agama Islam yang bergitu meluas. Oleh itu, pandangan semesta Melayu-Islam ialah gabungan ajaran agama, tradisi pembelajaran dan pengalaman yang berterusan dari alam sekeliling.
4.3.2Sistem pemerintahan dan pentadbiran
Bagi sistem pemerintahan, sistem beraja yang dialamkan di tamadun Melayu berkembang mengikut perkembangan sejarah dan budaya masyarakat Melayu yang pada peringkat awalnya dipengaruhi oleh unsur agama Hindu-Buddha. Menurut tradisi agama Hindu-Buddha, konsep dewa-raja ialah kepercayaan dan salasilah raja-raja yang diwujudkan secara ‘ciptaan’ yang dikaitkan dengan dewa-dewa kayangan; penjelmaan dewa Shiva, Vishnu atau Brahma. Konsep ini berubah dan kemudiannya menerima unsur-unsur Islam. Ini bermakna sistem beraja telah mengalami proses asimilasi dengan unsur-unsur Islam. Mana-mana perkara dalam sistem beraja yang tidak bertentangan dengan agama Islam terus dipraktikkan dan diamalkan oleh masyarakat Melayu. Malah kedatangan Islam telah menguatkan dan mengukuhkan lagi kedudukan raja-raja Melayu. Contohnya gelaran raja bertukar kepada sultan dan disamakan dengan khalifah seperti yang diperkenalkan dalam sistem politik islam. Konsep dewa-raja bertukar kepada konsep sultan yang merupakan gelaran kepada orang yang diamanahkan mentadbir sesebuah negeri dan pada masa yang sama berperanan sebagai khalifah.
Sultan hanya berkuasa di dalam kerajaan yang diperintah olehnya sahaja. Setiap sultan mempunyai sistem tersendiri bagi menjaga keamanan kerajaannya. Sistem ini berbeza mengikut budaya tradisi asal kerajaan atau negeri masing-masing seperti upacara pertabalan dan kemangkatan. Dalam hierarki masyarakat Melayu yang berbentuk piramid, sultan merupakan golongan yang menduduki hierarki yang teratas. Ketinggian darjat sultan dalam masyarakat telah memberikan mereka kuasa pemerintahan yang tertinggi. Kekukuhan kuasa sultan tidak boleh dipersoalkan oleh pembesar mahupun rakyat jelata.
Di tahap kemuncak tamadun Melayu sultan mempunyai pelbagai peranan yang harus di jalankan untuk menjamin kegemilangan kerajaan mereka. Antara peranan yang dijalankan oleh sultan adalah sebagai;
Mempunyai kuasa mutlak untuk membuat undang-undang. Dimana sultan berhak untuk menentukan hukuman yang harus di kenakan bagi sesiapa yang melakukan kesalahan. Serta berkuasa mengarahkan rakyat membina tugu atau bangunan untuk ketentingan bersama.
Sultan dianggap sebagai lambang perpaduan bagi sesebuah negeri. Sultan dianggap mempunyai kuasa sakti yang bertujuan untuk mengagung-agungkan seseorang sultan. Sesuai dengan kedudukannya itu, sultan dianggap suci dan kudus. Selain itu sultan mendapat taat setia yang tidak berbelah bahagi daripada pengikut-pengikutnya. Nilai inilah yang telah meneguhkan kedudukan sultan.
Sultan berhak untuk mengerahkan tenaga rakyat di negaranya bagi tujuan ketenteraan mahupun bagi membina tugu bagi mengembangkan kerajaan mereka. Rakyat yang di kerah ini tidak diberi upah dan mereka berkerja atas dasar taat kepada raja.
Sultan juga menjadi ketua agama islam dan hal ehwal yang berkaitan dengan adat istiadat Melayu. Sultan dianggap sebagai wakil dari Allah kepada pengikutnya(rakyatnya). Maka sultan berperanan penting untuk menyebarkan agama Islam kepada rakyatnya.
Raja berkuasa menentukan hukuman bunuh dan berkuasa menarik balik hukuman tersebut sekiranya baginda merasakan persalah tersebut tidak bersalah.
Pemerintahan sultan di bantu oleh para pembesar yang menjadi tulang belakang bagi memberitahu tentang keadaan rakyat serta keadaan negeri atau kerajaan yang di perintah olehnya. Pembesar terdiri kepada dua iaitu pembesar yang mentakbir di dalam istana seperti bendahara, bendahari dan sebagainya yang membantu sultan dalam mentadbir kerajaan pusatnya. Yang kedua ialah pembesar yang bertugas diluar istana, dimana mereka mentadbir sesuatu daerah namun bergitu mereka masih tertakluk dibawah kedaulatan sultan.
Antara tugas-tugas utama pembesar ialah:
Menjaga dan mengekalkan keamanan jajahannya.
Mempertahankan daerah daripada serangan musuh di dalam dan di luar negeri.
Memungut cukai bagi pihak raja
Menyediakan kerahan tenaja untuk sultan.
Menyelesaikan masalah dan mengadili kes-kes berkaitan perkhawinan, perceraian, pembahagian harta pusaka dan lain-lain.
4.3.3Undang-undang
Undang-undang ialah pengawalan masyarakat dan ia seringkali mencerminkan aspirasi masyarakat lebih baik daripada keadaan yang sebenarnya. Ianya adalah peraturan yang digubal oleh pemerintah mengawal golongan yang diperintah. Undang-undang termaktub dalam bentuk tulisan. Undang-undang merupakan sebahagian daripada keseluruhan sistem masyarakat yang bergerak , mengawal tindak-tanduk manusia dan yang sering membentuk unsur-unsur dinamik selaras dengan kebudayaan masyarakat melayu.
Undang-undang mempunyai sejarah permulaannya, kemudian berkembang sesuai dengan perkembangan dan perubahan masyarakat. Undang-undang ini kemudiannya diwarisi daripada satu generasi ke satu generasi. Undang-undang yang diamalkan di Alam melayu berasaskan adat temenggung namun menggunakan nama undang-undang yang berbeza bagi setiap negeri. Sebagai contoh di Melaka ada Undang-undang Laut Melaka dan Hukum Kanun Melaka, di Pahang dikenali Undang-undang Pahang, Pasai dikenali sebagai Undang-undang Pasai dan banyak lagi. Bagi mengenali undang-undang semasa kegemilangan Alam Melayu saya memilih Melaka sebagai contohnya. Undang-undang Melaka telah disusun oleh pembesar-pembesar semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Syah. Hal ini terbukti oelh sejarah melayu versi tahun 1612 yang menyatakan bahawa;”…ialah menyusuh membuat undang-undang supaya jangan lagi bersalahan dengan adat segala hukum menterinya…” kenyataan ini disokong pula oleh Hukum Kanun Melaka, dalam fasal 44.4, yang menerangkan secara bersahaja bahawa Sultan Muzaffar Syah telah mengumpulkan undangf-undang yang sedia ada diwarisi daripada zaman bapanya, sultan Muhammad syah, lalu membentuk Hukum Kanun Melaka.
Undang-undang Melaka boleh dibahagikan kepada dua;

Hukum Kanun Melaka

Dikenali juga sebagai Undang-undang darat Melaka dan Risalat hukum Kanun.
Undang-undang ini digubal untuk menjadi panduan untuk mentadbir kerajaan Melaka.
Hukum Kanun Melaka dipengaruhi oleh unsur-unsur agama islam dan Hindu. Selepas kedatangan islam, Undang-undang Islam telah diterapkan dalam Hukum Kanun Melaka. Contohnya fasal 5.1 dan fasal 5.3 dalam hukum kanun Melaka telah diterapkan secara esplisit berdasarkan hukum Islam iaitu pada hukum Allah, yang membunuh itu dibunuh juga hukumnya.
Hukum Kanun Melaka lengkap merangkumi pelbagai aspek seperti adat lembaga digubal untuk mewujudkan keamanan dan kesejahteraan. Bidang kuasa undang-undang ini merangkumi tanggungjawap raja dan pembesar-pembesar, pantang larang dikalagan anggota masyarakat, undang-undang keluarga, kesalahan jenayah awam dan sebagainya.
Kesalahan jenayah pula meliputi perbuatan membunuh dan menikam orang, menetak dan memukul, derhaka kepada sultan serta tuduh menuduh.

Undang-undang Laut Melaka

Dikenali juga sebagai adat pelayaran,kitad peraturan layaran dan Hukum Undang-undang Laut.
Undang-undang ini di gubal untuk mengekalkan ketenteraman social khususnay berkaitan dengan hal ehwal pelayaran dan lautan.
Undang-undang merangkumi bidang kuasa nakhoda, jaual beli atas kapal, tanggungjawap pelbagai pegawai kapal dan sebagainya.
Undang-undang ini ditubuhkan kerana Melaka adalah sebuah kerajaan maritime (kelautan) dari segi struktur kuasa dan kawasan.
Undang–undang yang di buat adalah bertujuan untuk memakmurkan pemerintahkan dan kesetabilan sesebuah kerajaan itu terutamanya dari Tamadun melayu.
4.3.4Sistem sosial
Corak pemerintahan dan pentadbiran telah mencorak susun lapis masyarakat Melayu. Setiap lapisan masyarakat mempunyai kedudukan dan memahami tugas masing-masing. Secara umumnya, masyarakat Melayu merupakan sebuah masyarakat feudal dan bercorak hierarki, dapat dibahagikan kepada dua golongan, iaitu golongan yang memerintah dan golongaan yang diperintah. Golongan yang diperintah pula terdiri daripada rakyat biasa dan hamba. Mereka merupakan kelas bawahan tertapi bilangannya adalah banyak. Fungsi utama mereka dari segi moral, fizikal dan tradisi masyarakatan ialah menyokong istitusi beraja dan pembesar dalam keseluruhan rangka sistem organisasi kerajaan. Namun, rakyat mempunyai kuasa mobaliti yang tersendiri yang tidak dapat disekat oleh golongan pemerintah. Golongan pemerintah menyediakan kepimpinan dan keselamatan kepada rakyat dan sebagai ganjaran, rakyat akan menyerahkan taat setia dan menyumbang tenaga kepada golongan pemerintah. Wujud hubungan timbal balik antara pemerintah dengan golongan yang diperintah.
Golongan memerintah adalah golongan yang mengerakkan Negara ke arah kemakmuran. Golongan ini terdiri daripada sultan, kerabat diraja dan pembesar. Sultan mempunyai kuasa mutlak dan terdapat hak istimewa. Antara hak istemewa ialah warna kuning sebagai warna diraja dan rakyat tidak boleh memakainya. Selain itu, masyarakat Melayu percaya sesiapa yang melawan cakap raja akan terkena tulah. Sultan dilantik adalah melalui upacara pertabalan. Bagi raja yang mangkat akan digantikan dengan putera yang sulung ataupun adik lelaki sulung sekiranya tiada anak lelaki. Pembesar pula ditugaskan sebagai perutusan dari sultan. Tugas utama pembesar adalah menjaga keamanan dan memungut hasil cukai dikawasan yang di jaga oleh mereka. Mereka juga membekalkan tenaga buruh kepada raja. Mereka selalunya memberi nasihat kepada sultan dalam hal pentadbiran. Ulama juga bertugas sebagai penasihat sultan dalam segi agama. Biasanya golongan ulama terdiri daripada keturunan Arab-Melayu. Golongan ini menggunakan gelaran seperti kadi, maulana, dan pendeta tasauf. Mereka lazimnya memakai gelaran kebesaran seperti maharaja Kadi, Dato, Mufti seri Utama dan Imam Maharaja.
Golongan yang diperintah, terdiri daripada golongan merdeka(rakyat biasa), orang asing dan hamba. Rakyat biasa adalah pendudukbumi putra yang bermaustautin tetap di sesebuah kerajaan itu. Rakyat biasa bebas menjalan kan kegiatan ekonomi yang mereka ingini seperti berdagang, bercucuk tanam dan sebagainya. Manakala orang asing pula adalah orang bukan Melayu yang ke Alam Melayu hanya untuk tujuan tertentu. Orang asing selalunya hanya tinggal sementara di Alam Melayu dan pulang ke Negara asal setelah mereka selesai urusan mereka. Orang asing selalunya menceburkan diri dalam bidang perdagangan, runcit, pemborong dan pelombong. Bagi golongan yang terbawah ialah hamba. Dimana mereka melakukan kerja tanpa dibayar upah malahan terpaksa menambahkan kekayaan tuannya, menjadi pengawal kepada tuannya dan sebagainya. Hamba di Alam Melayu terdiri daripada 3 jenis iaitu hamba raja, hamba berhutang dan hamba abdi.
4.3.5Ketahanan dan pertahanan
Muhammmad Yusoff Hashim membahagikan peperangan yang melibatkan negeri-negeri melayu kepada empat iaitu peperangan antarabangsa, peperangan antara negeri, peperangan di dalam negeri dan pemberontakan dalam negeri. Peperangan antarabangsa merujuk kepada peperangan antara negeri-negeri melayu dengan kuasa-kuasa asing seperti Melaka dengan siam pada abad ke-15. Peperangan dalam negeri selalunya berlaku dalam bentuk perang saudara seperti perebutan takhta perak dan kedah pada abad ke-18. Peperangan antara negeri seperti perang antara Aru dan Pasai. Pemberontakan terhadappenjajah jenis yang ke empat. Peperangan didalam tamadun melayu bertujuan untuk meluaskan wilayah dan menambahkan hamba perang. Justeru itu, amalan pembunuhan beramai-ramai tidak digalakan. Selalunya golongan yang lemah dan kalah cuba melarikan diri daripada di jadikan hamba oleh pihak yang menang. Selain itu pihak yang kalah akan memindahkan ibu kota mereka.
Di Malaka, sultan tidak pergi berperang. Tugas tersebut dipertanggungjawabkan kepada Bendahara. Walaupun pembesar berempat Melaka mempunyai tugas-tugas tertentu, namun dalam hal peperangan semuanya memainkan peranan yang sama. Sungguhpun Bendahara mengetuai angkatan perang, adakalanya salah seorang daripada pembesar berempat itu mengetuai ekspedisi tentera ke sesuatu kawasan. Temenggung Tun Mutahir pernah dihantar sultan untuk menyerang Pahang dan Kelantan. Anggota tentera terdiri dari rakyat biasa yang dikerah oleh raja atau pembesar untuk menjaga keselamatan dalam negeri atau pergi berperang. Hal ini berlaku kerana raja dan pembesar mempunyai kuasa mengarah rakyat menjadi tentera tanpa perlu diberi upah. Mereka berkhidmat kepada raja adalah untuk menunjukkan ketaatan mereka. Penggunaan orang laut bagi menjadi askar upahan adalah kerana mereka tahu akan selok belok laut dan mempunyai pengetahuan tentang keadaan cuaca laut. Parameswara juga menggunakan orang laut untuk mengasaskan kerajaan Melaka.
Alatan yang digunakan dalam peperangan adalah seperti keris, parang, lawi ayam(pisau yang melengkung), sumpit, panah, lembing dan badik. Alat-alat bunyi yang digunakan seperti gong, gendang perang dan sebagainya bertujuan untuk memanggil tentera berperang atau memberi amaran. Keris yang merupakan salah satu daripada peralatan perang mempunyai kedudukan yang istemewa kerana dianggap lambang kepahlawanan dan lambang kebesaran raja-raja Melayu. Keris juga mempunyai nama masing-masing dan sering dibawa ke mana-mana. Keris Taming Sari diperolehi Hang Tuah daripada seorang pahlawan Majapahit.
4.3.6Ekonomi
Sebahagian besar masyarakat Melayu menjalankan sistem ekonomi berbentuk sara diri. Sara diri bermaksud hasil digunakan untuk keperluan sendiri sahaja. Sekiranay terdapat lebihan hasil pengeluaran, hasil ttersebut akan ditukarkan dengan barang-barang keperluan lain.
Masyarakat melayu mengamalkan ekonomi sara diri disebabkan oleh beberapa faktor ;
Alatan tradisional digunakan untuk bertani seperti cangkul , parang, dan tenggala serta disebabkan ketiadaan ternakan seperti lembu dan kerbau yang mencukupi bagi tujuan memajak tanah.
Saiz tanah pertanian adalah kecil.
Tenaga buruh tidak mahir dan kebanyakannya terdiri daripada ahli keluarga sahaja.
Masyarakat melayu tertakluk padakerja keras yang dituntut oleh golongan pemerintah. Oleh itu, masa untuk menambahkan sumber ekonomi adalah terhad.
Faktor ini menyebabkan hasil pengeluaran pertanian adalah rendah dan cukup untuk menampung keperluan keluarga sahaja.
Namun bergitu terdapat masyarakat melayu yang melakukan pertanian besar-besaran bagi kepeluan mereka dan dipasarkan. Kegiatan pertanian yang paling utama semasa tahap kegemilangan ialah penanaman padi. Terdapatr dua jenis padi yang ditanam di Alam Melayu iaitu padi huma danpadi sawah. Bagi padi sawah sistem pengairan perlu ada untuk mengairi sawah padi. Pada tahap kemuncak sistem pengairan adalah mudah kerana air sungai akan diempang dan kemudiannya disalurkan ke sawah melalui tali tali air dan terusan. Bagi padi huma tidak memerlukan banyak air maka penanamannya dilakukan dikawasan lereng-lereng bukit.hasil padi huma adalah sedikit kerana penanamanya tidak bergitu penting oleh masyarakat Melayu.
Kedatangan Islam telah meningkatkan aktiviti perdagangan dalam kalangan masyarakat melayu. Ini kerana ramai perdagang dari Arab, Parsi dan negara-negara Islam lain yang singgah di Alam Melayu kerana beranggapan Alam Melayu adalah tempat untuk orang Islam berdagang dan berehat. Selain itu, Alam Melayu terutamanya tanah melayu adalah tempat yang sesuai untuk berdagang dan berehat kerana tempat ini terletak di tengah-tengah jalan perdagangan. Selain itu, sesuai sebagai tempat bagi menunggu pertukaran angin monsun untuk meneruskan perdagangan.
Perdagang luar yang berdagang di Alam Melayu menginginkan rempah ratus yang tidak terdapat di negara mereka. Rempah ratus ini berguna bagi tujuan memeram daging atau makanan menjadi lebih sedap dan tahan lama. Seiring dengan itu lahirlah pasar untuk memasarkan barangan mereka. Antara barangan yang dijual oleh Negara asing ialah kain sutera(china), teh(china), rempah ratus(india dan Alam Melayu), manik(Eropah), dan sebagainya. Di Alam Melayu telah wujud kota bersifat antarabangsa apabila terdapat aktiviti perdagangan oleh pedagang asing dari Arab, China, Eropah, India, Parsi dan sebagainya. Selain itu, sesebuah kerajaan itu akan membina pintu keluar masuk perdagangan (pintu gerbang) dikawasan pelabuhan. Selain itu, tentera laut sesebuah kerajaan itu akan menjaga keselamatan perdagang dari serangan lanun bagi memperkukuhkan kepercayaan perdagang untuk berlabuh.
Pada peringkat awal, masyarakat melayu menggunakan sistem barter untuk mendapatkan barangan yang mereka kehendaki. Sistem barter bermaksud menukarkan sesuatu barangan dengan barangan lain yang tidak dapat dikeluarkan sediri sama ada kalangan penduduk tempatan atau perdagang-perdagang asing. Pusat pertukaran perniagaan berlaku di pelabuhan-pelabuhan tertentu. Penggunaan mata wang primitif mula digunakan seiring dengan perubahan masa seperti siput cowrie, kepingan logam atau syiling dan duit awal dari china seperti duit spede, duit pisau, duit bar dan duit lidah harimau. Pada abad ke-17 dan ke-18 mata wang emas telah digunakan di Alam Melayu terutamanya di Kelantan. Mata wang emas itu dikenali sebagai kijang, dinar matahari dan kupang. Muka depan wang emas berbentuk bulat dan mempunyai gambar kijang pada muka di sebelahnya tertulis perkataan “Malik al Adil”.
Semasa menggunakan sistem barter kadar pertukaran barangan yang dilakukan antara pedagang adalah tidak seimbang. Keadaan ini menyebabkan pedagang-pedagang mula mencari kaedah yang lebih baik untuk menyukat barangan mereka. Sistem sukatan yang diadakan bertujuan menyeimbangkan sukatan barangan supaya setimpal dengan harga yang telah ditetapkan atau barang yang hendak ditukar. Sukatan ini juga digunakan untuk menentukan jumlah hasil yang dikeluarkan dalam setahun. Masyarakatmelayu mempunyai sistem sukatan mereka sendiri yang digunakan untuk menyukat barangan kering seperti beras, bijih timah, rempah dan kekacang. Sukatan yang digunakan adalah seperti kepul, leng, kal dan cupak.
4.3.7Pendidikan
Selepas kedatangan agama Islam, pendidikan diadakan bertujuan membentuk akhlak dan budi pekerti mulia. Justeru itu, pengajaran agama lebih diberikan tumpuan. Oleh itu, dasar pendidikan juga bertujuan memperlengkapkan diri dengan pengetahuan agama supaya dapat mendekatkan diri kepada tuhan. Di dalam pendidikan Melayu soal pembentukan akhlak adalah benda yang diutamakan. Pada peringkat awal, kanak-kanak dikehendaki mempelajari pelajaran agama seperti membaca al-Quran dan kemudiannya ada dikalangan pelajar lelaki yang memasuki sekolah pondok yang dikenali dengan pelbagai nama. Antara nama sekolah pondok ialah pondok(Thai dan Tanah Melayu),dayah (Pasai dan Acheh), surau(Minangkabau) dan sebagainya. Hal ini menunjukkan bahawa ilmu agama yang diperolehi, para pelajar tadi diharap dapat memiliki tingkah laku yang mulia dengan pengetahuan agama yang mencukupi untuk menghadapi hari-hari depan. Jelas di sini bahawa dasar pendidikan melayu bukanlah bercorak sekular. Hal ini kerana kebanyakan para pelajar lulusan pondok akan kembali semula ke kampung dan membantu ibu bapa mereka bekerja. Pada waktu malam, mereka akan mengajar kanak-kanak di kampung pelajaran al-Quran dan pengetahuan agama.
Kurikulum pendidikan Melayu, dimana kanak-kanak menerima pendidikan tidak rasmi daripada keluarga mereka khususnya yang berkaitan rapat dengan kegiatan dan kerja-kerja seharian mereka. Anak perempuan diajar memasak, menenun, menjahit, dan melakukan kerja-kerja kraf tangan. Anak lelaki pula dididik supaya pandai betukang, menjalankan aktiviti seharian seperti petanian dan nelayan.
4.3.8Intelektual
Tamadun melayu turut mengalami kemajuan dalam bidang ilmu perubatan. Setiap masyarakat mempunyai cara–cara tersendiri untuk mengubati sebarang penyakit yang dihidapinya. Begitu juga dengan masyarakat di Alam Melayu. Masyarakat Melayu mempunyai konsep perubatan yang dikaitkan dengan sistem perubatan tradisional iaitu sistem pawang dan pembomohan. Seseorang itu pada asasnya dianggap sihat menurut sistem perubatan Melayu sekiranya beliau mempunyai keseimbangan dalam ketiga-tiga elemen yang terdapat dalam tubuh iaitu air atau lendir, darah, angin; bertenaga dan kuat fizikalnya;berkemampuan untuk berkerja dan sanggup menjalankan tugas yang ditanggungjawabkan kepadanya; berperilaku normal dan tiada gangguan emosi; serta dengan darjah kesihatan yang tinggi di usia yang masih di peringkat awal remaja atau belia.
Seseorang itu dianggap tidak sihat atau uzur sekiranya berada dalam kedudukan yang bertentangan dengan pekara-pekara yang berkaitan dengan ketiga-tiga elemen yang seharusnya terdapat dalam tubuh. Cara atau tekniknya penyembuhan yang diamalkan di kalangan masyarakat Tamadun Melayu ini adalah bergantung kepada jenis dan tahap keuzuran seseorang pesakit itu. Misalnya, jika penyakit dikaitkan dengan makhluk luar biasa atau ghaib, maka khidmat dan teknik perbomohan dan pawing biasanya digunakan pada ketika itu.
Bomoh atau pawang biasanya dijadikan orang orang pengantaraan antara pesakit dengan kuasa ghaib tadi bagi mengenal pasti punca penyakit dan cara mengubatinya. Rawatan oleh bowoh, pawing dan bidan adalah berdasarkan pengetahuan mereka tentang ubat-ubatan tradisional seperti menggunakan akar kayu. Selain itu mereka merawat pesakit dengan menggunakan kaedah refleksi atau urutan selain perlu melalui pantang larang tertentu seperti tidak boleh tidur pada waktu matahari sedang naik kerana dikuatiri akan mendapat penyakit kepala yang teruk dan penyakit sukar hilang atau sebagainya. Bidan pada kebiasaannya menjaga kesihatan dan mencegah sebarang keuzuran dari peringkat awal seorang perempuan mengandung sehingga selepas bersalin.
Selain itu dalam kaedah rawatan, alat utama yang digunakan oleh bomoh adalah dengan jampi serapah. Ini akan dibaca pada tangkal, ubat-ubatan seperti air akar kayu atau mangkuk minyak. Selain menggunakan tangkal ada kalanya bomoh atau pawang menggunakan azimat jin terutama bagi menjauhi persakit kanak-kanak dari sebarang gangguan makhluk halus. Peranan pawang dalam masyarakat melayu pula diukur melalui aktiviti yang diceburinya. Antara lain ialah aktiviti untuk sesebuah kampung secara keseluruhan, aktiviti khusus untuk orang perseorangan. Dengan penyerapan nilai-nilai islam dalam masyarakat melayu, kaedah perubatan melayu lebih menjurus kepada penggunaan ayat-ayat suci al-Quran.
4.3.9Kesenian dan kebudayaan
Setelah kedatangan Islam ke Asia Tenggara telah menaikkan taraf bahasa melayu sehingga menjadi bahasa pengantara (lingua franca) menggantikan bahasa Sanskrit. Bidang kesusasteraan melayu turut mengalami perubahan besar setelah kedatangan Islam kerana abjek Arab-Jawi turut diperkenalkan. Justeru, melalui abjad ini bahasa melayu telah mendapat kedudukan sebagai bahasa sastera yang terkenal. Pengaruh Islam ke atas kesusasteraan Melayu amat jelas apabila lahirnya dua bentuk karya iaitu karya prosa dan karya puisi. Karya prosa merupakan karya yang kebanyakannya hasil hikayat-hikayat yang diterjemahkan dari hikayat Arab. Antara kaprosa yang diterjemahkan ialah hikayat Nur Muhammad dan hikayat Israk dan Mikraj(kisah nabi Muhammad). Bagi karya puisi telah dihasilkan oleh tokoh-tokoh terkenal seperti Hamzah Fansuri, Shamsudin al-Sumaterani dan Abdul Rauf Singkel yang mereupakan sasterawan tasauf yang terkenal semasa Acheh berkuasa di Asia Tenggara pada abad ke-16 dan ke-17 yang lalu. Mereka Berjaya menghasilkan karya bersifat sastera dan ketatanegaraan. Terdapat juga seorang pemuisi syair yang terkenal dengan puisinya bertemakan hukum dan ibadat iaitu Tun Shihabuddin bin Zainal Abidin. Selain itu terdapat karya terjemah karya Arab yang mengandungi unsur pendidikan dan pengajaran seperti Hikayat Seribu Satu Malam. Karya terjemah Arab bukan sahaja meningkatkan martabat kesusteraan Melayu Islam bahkan merapatkan perhubungan negara-negara yang berada di sekeliling nusantara.
Di Tanah Malayu pula terdapatnya banyak candi untuk memuja Gautama Buddha serta dewa-dewi Hindu seperti yang terdapat di Lembah Bujang, Kedah Tua. Dikatakan bahawa struktur binaanya menyerupai kuil-kuil Hindu di India Selatan memandangkan jurubina yang mendirikan candi-candi di lembah bujang adalah datangnya dari India Selatan juga. Namun bergitu, adaptasi dengan reka bentuk tempatan tetap kelihatan pada binaan candi-candi dtersebut. Antara candi yang termasyhur ialah Candi Bukit Batu Pahat dan Candi Pendiat ( berbentuk empat segi bujur, mempunyai dewan dan tempat persembahan). Setelah kedatangan islam, seni bina di Alam Melayu telah banyak terpengaruh dengan unsur-unsur Islam terutamanya yang datangnya dari Tanah Arab seperti seni bina Parsi dan Turki. Pengauh seni bina islam di nusantara ini amat jelas pada reka bentuk masjid dan madrasah-madrasahnya. Terdapat kubah, jubin, menera dan bulan bintang pada seni bina tersebut yang melambangkan cirri-ciri Islam itu tadi.
4.4Tahap kehancuran dan kemusnahan tamadun
4.4.1Penjajahan Portugis di Melaka
Portugis merupakan penjajah barat yang pertama di Negara kita. Kejatuhan tanah melayu bermula apabila kedatangan Portugis di Melaka pada tahun 1511. Penaklukan ini bermula apabila Vasco da Gama Berjaya mengelilingi benua Afrika dan Tanjung Pengharapan pada tahun 1498 dan ini menandakan bahawa Portugis telah Berjaya sampai ke Timur. Pada tahun 1509, Lopes de Sequeira telah menghantar surat daripada Portugis kepada Sultan Melaka untuk berdagang. Permohonan Portugis untuk berdagang di terima oleh Sultan Melaka. Tetapi saudagar-saudagar dari Gujerat mencurigai tujuan Portugis dan orang Gujerat memujuk pihak berkuasa Melaka untuk menyerang kapal-kapal Portugis. Rancangan tersebut gagal kerana di ketahui oleh Portugis. Akhirnya Portugis telah Berjaya menakluk Melaka pada tahun 1511. Alfonso d’Albuquerque tiba di Melaka pada 10 Ogos dan membuat permintaan untuk membina markas Portugis di Melaka tetapi permintaannya telah ditolak oleh Sultan. Namun begitu, setelah mengepung Melaka selama 10 hari pihak Portugis berjaya menawan Kota Melaka pada 24 Ogos dan membina A Famosa dalam tempoh enam bulan. Penewasan Portugis terhadap Sultan Mahmud Shah menyebabkan Melaka di perintah oleh Portugis selama 130 tahun. Selain itu, Pihak Portugis telah mendirikan banteng dan kubu di sekeliling kota Melaka.mereka juga telah mendirikan Dewan Majlis Mesyuarat Negeri, rumah Gabenor, rumah biskop, gereja, Derek, hospital dan sekolah. Penaklukan Portugis ke atas Melaka adalah untuk meneruskan dan menguasai perdagangan rempah di Melaka. Selain itu juga, menurut Vasco da Gama kemaraan Portugis ke timur bukan semata-mata untuk menguasai perdagangan tetapi juga untuk menentang agama Islam dan mengembangkan agama Kristian.
Antara dasar-dasar Portugis di Melaka ialah dari segi ekonomi. Portugis bertapak di Melaka adalah untuk menguasai perdagangan rempah yang sebelum ini di kuasai oleh pedagang-pedagang Itali. Kemewahan dan kekayaan Itali telah mencetuskan perasaan iri hati dalam kalangan peniaga dari Negara Eropah yang lain terutamanya Portugis. rempah yang menjadi bahan dagangan yang utama. Perdagangan rempah mendatangkan keuntungan yang besar. Hal ini demikian kerana fungsi rempah ialah menjadikan makanan tahan lama dan sebagainya. Dari segi politik pula, Portugis memerlukan Melaka kerana untuk mengawal perniagaan rempah di Maluku. Portugis dengan segera menjalinkan hubungan persahabatan dengan orang Pegu, Jawa, Hindu, Cina, Siam dan Sumatera. Tujuan Portugis adalah untuk memulihkan perdagangan yang terganggu akibat perang Portugis dan Melaka. Portugis cuba mengawal dengan memastikan kapal-kapal yang menggunakan laluan selat Melaka singgah di Melaka. Selain itu. Portugis juga mengawal orang Melaka dari segi sosial. Portugis ingin mengembangkan agama Kristian Katolik. Mereka juga memaksa orang melayu memeluk agama Kristian selain menikahi perempuan-perempuan melayu secara paksa.
4.4.2Pemerintahan Belanda
Belanda telah berjaya menewaskan pihak Portugis pada 14 Januari 1641 dan menakluk Melaka dengan mendapat bantuan Sultan Johor. Gabenor Portugis iaitu Manuel de Souza Couthinho menyerah kalah kepada Kapten Minne Williemson Kaartokoe. Sebelum penaklukan Belanda terhadap Melaka, pihak Belanda telah membuat serangan ke atas Kota Portugis di Melaka pada tahun 1597. Pada tahun 1606, pihak Belanda di bawah Laksamana Matelieff de Jonge bekerjasama dengan Sultan Johor untuk menguasai Melaka. Percubaan selama tiga bulan itu gagal apabila Portugis mendapat bantuan dari Goa. Pada tahun 1636, kapal Belanda telah berjaya memusnahkan kapal Portugis di pelabuhan. Hal ini merupakan faktor bagaimana Melaka jatuh ke tangan Belanda. Belanda menakluki Melaka dari tahun 1641 hingga tahun 1795. Walaubagaimanapun, pihak Belanda tidak berminat menjadikan Melaka sebagai sebuah pusat perdagangan di antara Timur dan Barat tetapi mereka lebih mementingkan pembangunan Batavia sebagai pusat pentadbiran mereka. Semasa pemerintahan Belanda, Tokong Cheng Hoon Teng telah dibina oleh Kapten Lee Wei king pada tahun 1645 dan ia merupakan tokong cina yang tertua. Tujuan utama Belanda adalah untuk menguasai perdagangan rempah yang mereka tidak peroleh semasa Raja Philip dari Sepanyol menjajah mereka pada tahun 1594. Dasar Belanda di Melaka ialah untuk memastikan monopoli ke atas keseluruhan perdagangan intra-Asia di kepulauan Tanah Melayu dan Indonesia. Belanda ingin mengawal negeri-negeri Melayu yang kaya dengan bijih timah. Selain itu, semasa zaman penaklukan Belanda di Tanah Melayu telah wujud perjanjian antara Inggeris dan Belanda yang sela ini bermusuhan antara satu sama lain. Perjanjian ini telah membolehkan Inggeris menguasai negeri-negeri selat.
4.4.3Kedatangan Inggeris ke Tanah Melayu
Penjajahan Inggeris telah banyak meninggalkan kesan ke atas negara ini. Dari segi sejarah , pada tahun 1600 , pedagang-pedagang Inggeris telah menubuhkan Syrikat Hindia Timur Inggeris untuk melicinkan perdagangan dengan negeri China. Lama kelamaan Syarikat tersebut mula berminat dengan gugusan kepulauan Melayu setelah perdagangan dengan China tidak begitu menguntungkan , selain dari tujuan unutk mencari pangkalan yang bebas daripada serangan lanun. Pada 11 Ogos 1786 , Francis Light menduduki Pulau Pinang dengan memberikan janji kosong kepada Sultan Kedah. Pada 6 Februari 1819, Stamford Raffles pula telah menduduki Pulau Singapura setelah membuat perjanjiandengan Temenggung Abdul Rahman. Bermula dari sini dari masa ke semasa penjajah Inggeris cuba menguasai keseluruhan Tanah Melayu. Setelah bertapak di negeri-negeri Selat, Inggeris mula meluaskan kuasanya ke negeri-negeri lain di Semenanjung Tanah Melayu , Sabah dan Sarawak. Adalah jelas bahawa motif utama peluasan kuasa ini mempermudahkan dengan adanya masalah-masalah dalaman di negeri-negeri berkenaan. Antara kronologi peluasan kuasa Inggeris ialah James Brooke mengambil Sarawak pada tahun 1841, campur tangan Inggeris di Perak pada tahun 1874, Selangor meminta penasihat Inggeris pada tahun 1874,campur tangan Inggeris di Sungai Ujung pada tahun 1874, Raja Brunei menyerahkan haknya di Sabah kepada Inggeris pada tahun 1875, Sultan Brunei menyerahkan kawasannya di Sabah kepada Inggeris pada tahun 1878, campur tangan Inggeris di Pahang pada tahun 1888, mengikut perjanjian Bangkok , Siam menyerahkan Kedah , Perlis , Kelantan dan Terengganu kepada Inggeris (Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu) pada tahun 1909, dan Johor menerima penasihat Inggeris pada tahun 1914.
Terdapat beberapa faktor ekonomi yang dikenal pasti menyebabkan campur tangan dan seterusnya peluasan kuasa Inggeris di negeri-negeri Semenanjung Tanah Melayu , Sabah dan Sarawak. Antara faktornya ialah Inggeris memerlukan bahan-bahan mentah , terutama kerana ketika itu berlakunya revolusi Industri di England dan Eropah. Ramai pedagang Inggeris telah menanam modal di negeri-negeri Melayu ,khususnya di kawasan perlombongan. Selain itu, kebimbangan campur tangan kuasa-kuasa asing juga menjadi faktor penjajahan Inggeris. Pada tahun 1870-an , kuasa-kuasa asing seperti Itali , Perancis , Jerman dan Russia bersaing untuk mendapatkan tanah jajahan yang akan dijadikan sebagai pembekal bahan-bahan mentah. Keadaan Anarki juga menjadi pendorong utama penjajahan Inggeris ke Tanah Melayu. Contoh masalah yang berlaku di dalam negeri-negeri Melayu ialah tercetusnya perang saudara antara pembesar dalam merebutkan takhta dan kawasan, pergaduhan antara kongsi gelap Cina dan kegiatan perlanunan di Selat Melaka.
4.4.4Zaman Jepun di Tanah Melayu
Penjajahan Jepun di Tanah Melayu merupakan satu turutan pertempuran yang singkat tetapi sengit dan merupakan satu detik perubahan antara pemerintahan British kepada pemerintahan Jepun. Ini merupakan konsep baru yang tidak pernah terlintas dalam pemikiran orang-orang Melayu dan bangsa lain selain. Pertempuran ini membabitkan tentera negara-negara Komanwel, terdiri daripada British, India, Australia dan penduduk Melayu dari pasukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu, dengan Tentera Empayar Jepun bermula dari 8 Disember 1941 sehingga 31 Januari 1942 semasa Perang Dunia II. Penjajahan Jepun di Tanah Melayu bermula apabila Tentera ke-25 menyerang Tanah Melayu pada 8 Disember 1941. Tentera Jepun melancarkan serangan serangan amfibi (amfibious assault) di pantai utara Tanah Melayu di Kota Bharu dan mula menuju ke pantai timur Tanah Melayu. Ini dilakukan bersama dengan pendaratan di Pattani dan Singapura dan Thailand, di mana mereka bergerak ke selatan melalui jalan darat menyeberangi sempadan Malaysia-Thailand untuk menyerang sebelah barat Tanah Melayu.
Jepun mula menakluki Tanah Melayu pada 13 Februari 1942 sehingga 15 ogos 1945. Kezaliman sewaktu memerintah adalah pahit. Jepun berjaya menakluki Tanah Melayu telah mendapat sokongan daripada anak negeri yang terperangkap dengan janji-janji kemerdekaan yang telah dijanjikan. Jepun juga turut menghampakan harapan mereka yang terperangkap dengan janji-janji Jepun untuk memberikan kemerdekaan dengan semboyannya " Asia untuk Orang Asia" . Kekerasan berlaku. Mereka yang disyaki menentang Jepun akan dibunuh. Akibat kezaliman Jepun itu, semangat cinta akan tanah air telah dipupuk. Jepun mengalami pembangunan yang pesat pada zaman pemerintahan Meiji. Jepun berjaya menguasai Korea pada tahun 1910 dan menakluk seluruh Manchuria pada tahun 1931. Jepun telah menyertai Pakatan Axis bersama dengan Itali dan Jerman apabila Perang Dunia Kedua meletus. Pada 7 Disember 1941, Jepun menyerang Pelabuhan Pearl, Hawaii dan serangan ini telah mencetuskan Perang Pasifik. Jepun berjaya menakluki seluruh Tanah Melayu pada 31 Januari 1941 dan manakluki Singapura pada 15 Februari 1941. Pulau Pinang ditawan pada 17 Disember 1940 manakala Kuala Lumpur ditawan pada 11 Januari 1941. Jepun mendapatkan bantuan daripada negara Thai untuk menawan pantai barat Semenanjung Tanah Melayu. Di bawah Jeneral Tomoyuki Yamashita, Singapura diserang dan ditawan setelah Leftenan Jeneral Percival menyerah kalah.Pada Zaman Pendudukan Jepun, rakyat hidup dalam ke sengsaraan. Kezaliman dan kekejaman yang dilakukan oleh Kempetai amat ditakutkan. Kempetai merupakan unit polis yang menangkap sesiapa sahaja yang disyaki menentang Jepun. Banyak masalah sosial yang timbul seperti kemerosotan ekonomiyang menyebabkan ramai penduduk yang mati kebuluran, hasil pertanian dirampas, bilangan pengangguran semakin meningkat, ubat-ubatan tidak cukup menyebabkan ramai yang mati kerana penyakit. Orang Cina yang menghantar bantuan kepada negara China apabila Perang Jepun dengan China akan ditangkap dan dibunuh dengan kejam. Selain itu, pihak Jepun juga memaksa orang Melayu membina jalan Kereta api Maut di negara Thai. Dasar penjepunan diperkenalkan, sekolah-sekolah diganti dengan sekolah Jepun dan bahasa Nippon-go digunakan di sekolah atau sebagai bahasa penghantar, Kamigayo iaitu lagu kebangsaan Jepun dinyanyikan, menggunakan tulisan Jepun untuk surat-surat dan sebagainya. Perbuatan tersebut menyebabkan kelahiran MPAJA iaitu Tentera Anti Jepun Tanah Melayu, Force 136, Gerila Kinabalu dan lain-lain gerakan yang menentang Jepun. Akhirnya, Jepun menyerah kalah tanpa syarat setelah Hiromshima dan Nagasaki dibomkan. Walaupun Jepun telah menyerah kalah kepada tentera Berikat, tetapi banyak kesan-kesan positif dan negatif diwujudkan. Antaranya, Zaman Pendudukan Jepun telah wujud dan masyarakat menjadi kucar-kacir. Ramai yang mati akibat kelaparan dan dijangkiti penyakit semasa zaman pemerintahan Jepun.
4.4.5Kebangkitan semangat nasionalisme di Tanah Melayu
Merujuk kamus dewan edisi ke tiga, nasionalisme bermaksud kecintaan terhadap sesebuah Negara yang mendorong kepada keinginan berjuang bagi membebaskan tanah air daripada cengkaman kuasa asing atau penjajah. Semasa zaman pemerintahan Jepun, mereka menghadapi masalah kekurangan pegawai untuk mengendalikan urusan kerajaan. Hal ini telah menyebabkan pihak Jepun memberikan jawatanpenting kepada orang melayu. Peluang yang telah di berikan oleh telah memberikan keyakinan kepada masyarakat melayu untuk menentukan nasib mereka supaya tidak terlalu bergantung kepada pihak British. Dalam keadaan Tanah Melayu yang huru hara semasa zaman pemerintahan Jepun, unsur-unsur subversif telah menyusup masuk dalam jiwa rakyat. Semangat ‘Asia Untuk Asia’ yang dibawa telah berjaya membina sifat percaya kepada diri sendiri secara perlahan-lahan. Hal ini telah menyebabkan kepercayaan orang melayu terhadap British telah pudar dan semangat cintakan tanah air dan bangsa semakin tinggi.
Semasa zaman penjajahan Jepun, Jepun telah membenarkan Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang telah diharamkan oleh British bergerak kembali. Ibrahim Haji Yaacob dilantik sebaga Ketua Sukarela dan Dr. Burhanuddin Helmy dilantik sebagai Penasihat Kebudayaan dan Adat Istiadat Melayu. Pemberian jawatan kepada orang melayu merupakan latihan untuk mentadbir Negara kelak. Dengan mendapat kewangan daripada pihak Jepun, Ibrahim Yaacob telah membeli akhbarWarta Malaya pada tahun 1941. Beliau telah menggunakan akhbar untuk menerbitkan rencana –rencana yang membangkitkan kesedaran nasionalisme orang melayu dan mengencam penjajahan British. Beliau berharap akan mendapatkan kebebasan politik jikalau British ditewaskan. Satu pertubuhan yang diasaskan oleh Jepun telah ditubuhkan iaitu Pembela Tanah Air (PETA) atau dalam bahasa Jepun ialah Giyu Gun. PETA terdiri daripada orang-orang melayu dan tujuannya adalah untuk menghalang pengambilan semula Tanah Melayu oleh tentera berikat. Ibrahim Yaacob menjadi ketua PETA yang merangkul pangkat sebagai Leftenan Kolonel. Pada bulan Jun 1945 Ibrahim Yaacob Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS). Matlamat KRISS adalah untuk menyatukan Tanah Melayu dan Indonesia tetapi tidak berjaya dilaksanakan kerana tentera Jepun telah dikalahkan oleh British pada 15 Ogos 1945. Apabila British kembali ke Tanah Melayu, ahli gerakan PETA, KRISS dan KMM telah ditangkap oleh British.
Antara kumpulan anti-Jepun yang utama ialah Tentera Anti Jepun Rakyat Malaya (MPAJA), Tentera Wataniah dan Gerila Force 136. MPAJA ialah gerakan bersenjata yang terbesar dan terpenting dalam menentang Jepun. hal ini demikian kerana, ahli-ahli MPAJA telah menerima senjata dan latihan ketenteraan daripada pihak British. Ini menyebabkan pengaruh komunis semakin kuat di Tanah Melayu. Selain itu, semasa perang dunia terletus, Angkatan Gerila Force 136 telah ditubuhkan. Angota Force seperti John Davis dan Richard Broome dan Tengku Mahmud Mahyiddin. perjuangan pasukan ini dibantu oleh oleh tentera Wataniah yang dipimpin oleh Kolonel Pemerintah Kehormat Almarhum Sultan Abu Bakar. Force 136 beroperasi dalam kumpulan kecil di dalam hutan dan apabila Jepun menyerah kalah mereka pun keluar dari hutan. Apabila British berkuasa semula di Tanah Melayu, sebahagian besar anggota ini menentang pentadbiran British.
Kesimpulanya
Setiap tamadun akan mengalami proses kenaikan dan kejatuhan tamadun. Proses ini terjadi ekoran daripada pelbagai masalah dan faktor penyebabnya. Oleh sebab itu, masyarakat Malaysia seharusnya berganding bahu bagi menjaga kemerdekaan yang diperolehi ini agar tidak jatuh lagi ke tangan asing.
Bibliografi
Wikipedia bahasa Melayu (2008). Kedah Tua. Diperoleh pada Feb 21, 2010 daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Kedah_Tua
Wikipedia bahasa Indonesia (2010). Sriwijaya. Diperoleh pada Feb 21, 2010 daripada http://id.wikipedia.org/wiki/Sriwijaya
Arba’iyah Mohd Noor (2002). Ilmu sejarah dan pensejarahan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ismail Hussein, A. Aziz Deraman dan Abd. Rahman Al-Ahmadi (1993). Tamadun Melayu jilid Satu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Muhd. Yusof Ibrahim dan Mahayudin Haji Yahaya (1988). Sejarahwan dan pensejarahan ketokohan dan karya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Wikipedia bahasa Melayu (2010). Abdul Al-Rahman Ibn Muhammad Ibn Khaldun. Diperoleh pada Feb 19, 2010 daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Abdul_Al-Rahman_Ibn_Muhammad_Ibn_Khaldun
Zainal Abidin Borhan dan Ahmad Hakimi Khairuddin. Tamadun Melayu teras tamadun Malaysia. Diperoleh pada Feb 21, 2010 daripada http://www.scribd.com/doc/25338646/Bab-3-Tamadun-Melayu
Wikipedia (2009). Tamadun. Diperoleh daripada laman web dunia: http://ms.wikipedia.org/wiki/Tamadun, pada Februari 20, 2010.
Blog (2009). Tamadun Mesopotamia. Diperoleh daripada laman web dunia: http://p4ccptan-ppc.blogs.smjk.edu.my/files/2009/08/tamadun-mesopotamia.doc, pada Februari 19, 2010.
Forum (2009). Tamadun Mesopotamia. Diperoleh daripada laman web dunia: http://cikgumini.lefora.com/2009/04/26/tamadun-mesopotamia/, pada Februari19, 2010.
Slideshare (2008). Tamadun India. Diperoleh daripada laman web dunia: http://www.slideshare.net/azira74/tamadun-india-presentation-715819, pada Februari 19, 2010.
Slideshare (2009). Tamadun China. Diperoleh daripada laman web dunia: http://www.slideshare.net/filaifa/tamadun-china, pada Februari 19, 2010.
R. Rajakkrishnan dan M. Rajantheran (1994). Pengantara Tamadun India. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti.
Jacquetta Hawkes (1980). The first great civilizations. New York: Alfreda A. Knopf.
Mahdi Shuid dan Mohamad Fauzi Yunus (2001). JIT SPM sejarah Malaysia. Petaling Jaya: Pearson Education Malaysia Sdn. Bhd.
John K Fairbank, Edwin O Reischamer dan Albert M. Craig (1989) East Asia tradition and transformation. Boston: Houghton Mifflin company.
Jayaudin Jamaudin (2001). Tamadun dunia hingga tahun 1800. Seri Kembangan: eastview Publication Sdn. Bhd.
Muhammad Yusoff Hasim, Ismail Hussein et. al (1993). Peperangan Melayu dalam tradisi pensejarahan Malaysia satu telaah awal tamadun Melayu Jilid 1. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka dan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Muhammad Yusof Hasim (1998). Kesultanan Melayu Melaka kajian beberapa aspek tentang Melaka pada Abad ke-15 dan ke-16 dalam sejarah Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Noor Azlan Mohd Noor dan Azizan Baharuddin ed (1993). Sistem perubatan Melayu tradisional satu tinjauan umum dalam perubatan dan kesihatan di kalangan orang Melayu. Kuala Lumpur: Akedemik Pengajian Melayu Universiti Malaya.