PILIHAN RAYA KECIL
PARLIMEN BUKIT GANTANG
2009
PILIHAN RAYA KECIL
PARLIMEN BUKIT GANTANG
2009
EDITOR
MOHAMMAD REDZUAN OTHMAN
AMER SAIFUDE GHAZALI
PUSAT KAJIAN DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA
UNIVERSITI MALAYA (UMCEDEL)
Fakulti Sastera dan Sains Sosial
Universiti Malaya
506...
Kandungan
1	 Pendahuluan	 1
2	 Sosio-Politik dan Elemen Ruang	 7
3	 Persepsi Sebelum Pengundian	 21
4	 Pemilihan dan Profi...
Senarai Singkatan
ADUN	 -	 Ahli Dewan Undangan Negeri
BN		 -	 Barisan Nasional
CD		 -	 Compact Disc
DAP		 -	 Democratic Ac...
Pendahuluan
Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gantang yang diadakan pada 7
April 2009 adalah PRK yang ketiga setelah...
Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang 2009
2
begitu, upacara tersebut dapat diteruskan dan telah memulakan episod
baru...
3
Pendahuluan
Badaruddin melalui artikelnya yang berjudul, “Pemilihan Dan Profil Calon”,
memperlihatkan bagaimana kedua-du...
Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang 2009
4
maksimum oleh kedua-dua calon parti yang bertanding bagi mendapatkan
soko...
5
Pendahuluan
umum merangkumi isu politik, ekonomi dan sosial yang dizahirkan melalui
tulisan seperti isu peranan Sultan P...
Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang 2009
6
Sosio-Politik dan Elemen Ruang
Zulkanain Abdul Rahman
Rosmadi Fauzi
Pengenalan
Satu kelainan nyata dalam Pilihan Raya Keci...
Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang 2009
8
Kawasan Parlimen Bukit Gantang (P59) mempunyai seramai 55,562
pengundi be...
9
Sosio-Politik dan Elemen Ruang
negeri daripada PR ke BN berlaku apabila tiga ADUN PR, iaitu Mohd
Osman Jailu (Changkat J...
Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang 2009
10
dahulu kerana tindakan secara terburu-buru bakal mengundang padah dan
me...
11
Sosio-Politik dan Elemen Ruang
timur laut, Parlimen Padang Rengas di timur, Parlimen Kuala Kangsar di
tenggara dan Parl...
Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang 2009
12
Dari segi perhubungan dan ketersampaian, Bukit Gantang boleh
dihubungi m...
13
Sosio-Politik dan Elemen Ruang
pecahan peratusan kaum yang hampir sama di negeri Perak. Parlimen Bukit
Gantang mempunya...
Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang 2009
14
penyebaran maklumat antara sempadan parlimen atau DUN dengan
pusat-pusat...
15
Sosio-Politik dan Elemen Ruang
Dalam konteks Parlimen Bukit Gantang juga kita melihat kepada
lokasinya yang mempunyai c...
Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang 2009
16
kepada penerima maklumat. Kesan kejiranan merupakan salah satu
proses ge...
17
Sosio-Politik dan Elemen Ruang
dipautkan secara langsung dengan lawan sesawang parti. Calon-calon yang
bertanding dapat...
Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang 2009
18
penyebaran maklumat pilihan raya lebih cepat berlaku kerana bentuk DUN
y...
19
Sosio-Politik dan Elemen Ruang
Kesimpulan
Sebagai kesimpulan, sosio politik dan kepentingan elemen ruangan
merupakan pe...
Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang 2009
20
Persepsi Sebelum Pengundian
Mohd. Azlan Zainal
Pengenalan
Pilihan Raya Kecil bagi kawasan Parlimen Bukit Gantang, Perak da...
Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang 2009
22
observasi dijalankan dari 21 Mac hingga 22 Mac 2009. Ralat bagi kaji sel...
23
Persepsi Sebelum Pengundian
Rajah 3: Jangkaan Parti yang akan menang pada pilihan raya kecil Parlimen
Bukit Gantang.
Ra...
Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang 2009
24
Rajah 5: Calon BN yang menjadi pilihan
Bagi isu kekuatan calon dan parti...
25
Persepsi Sebelum Pengundian
responden, iaitu 49 peratus bersepakat mengatakan cara terbaik untuk
mengatasi kemelut poli...
Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang 2009
26
Rajah 9: Kepentingan pilihan raya ini.
Responden bagaimanapun menunjukka...
27
Persepsi Sebelum Pengundian
Rajah 11: Tindakan keluar parti oleh 3 ADUN PR
Berkenaan dengan isu tindakan ADUN PR yang k...
Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang 2009
28
Berdasarkan laporan yang dikemukakan oleh 25 penyelidik yang
bertugas, p...
Pemilihan dan Profil Calon
Shaharuddin Badaruddin
Pengenalan
Pemilihan calon memainkan peranan yang penting dalam memenang...
Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang 2009
30
Selain itu, PR juga berpendapat cara pembentukan kerajaan baru
di Perak ...
31
Pemilihan dan Profil Calon
Pemilihan Calon PAS
Beberapa nama telah dicadangkan oleh kepimpinan PAS untuk bertanding
dal...
Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang 2009
32
Datuk Ismail Safian mendirikan rumah
tangga dengan Poziah Noh yang juga ...
33
Pemilihan dan Profil Calon
masih tergantung. Menurut beliau, berdasarkan maklumat yang diterima,
tanah atau tapak itu d...
Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang 2009
34
Dato’ Seri Mohamad Nizar Jamaludin dilahirkan
pada 17 Mac 1957 di Kampun...
35
Pemilihan dan Profil Calon
tindakan menyaman kerajaan Malaysia berhubung isu PPSMI di Mahkamah
Tinggi Kuala Lumpur pada...
Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang 2009
36
ini dikatakan bermula apabila Nizar yang hadir tanpa undangan ke majlis
...
37
Pemilihan dan Profil Calon
kepada rakyat. Beliau juga menjelaskan bahawa politik lama yang masih
dibawa oleh UMNO ialah...
Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang 2009
38
Nota Hujung
1
	 Zulkifli Sulong. (2009). Politik Abad ke-21, Perubahan A...
Strategi Kempen Sebagai
Pemasaran Politik
Mazlan bin Che Soh
Shaharuddin bin Badaruddin
Pengenalan
Penyertaan parti politi...
Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang 2009
40
kehendak pelanggan (pengundi) dan pasaran semasa (pilihan raya yang
kian...
41
Strategi Kempen Sebagai Pemasaran Politik
Bagi parti yang berorientasikan pasaran, sebarang produk yang
direkabentuk ol...
Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang 2009
42
komunikasi dan berkempen yang menjadi asas perbincangan dalam kajian
ini...
43
Strategi Kempen Sebagai Pemasaran Politik
pendengar dapat menggambarkan kekuatan PAS. Ini amat bertepatan
berdasarkan k...
Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang 2009
44
ceramah dalam skala besar, terutamanya melibatkan pemimpin dan bekas
pem...
45
Strategi Kempen Sebagai Pemasaran Politik
dengan laman sesawang akhbar online PAS, Harakahdaily dan laman
web PAS. Lama...
Piliharaya Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang 2009
Piliharaya Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang 2009
Piliharaya Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang 2009
Piliharaya Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang 2009
Piliharaya Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang 2009
Piliharaya Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang 2009
Piliharaya Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang 2009
Piliharaya Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang 2009
Piliharaya Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang 2009
Piliharaya Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang 2009
Piliharaya Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang 2009
Piliharaya Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang 2009
Piliharaya Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang 2009
Piliharaya Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang 2009
Piliharaya Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang 2009
Piliharaya Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang 2009
Piliharaya Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang 2009
Piliharaya Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang 2009
Piliharaya Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang 2009
Piliharaya Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang 2009
Piliharaya Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang 2009
Piliharaya Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang 2009
Piliharaya Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang 2009
Piliharaya Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang 2009
Piliharaya Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang 2009
Piliharaya Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang 2009
Piliharaya Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang 2009
Piliharaya Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang 2009
Piliharaya Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang 2009
Piliharaya Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang 2009
Piliharaya Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang 2009
Piliharaya Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang 2009
Piliharaya Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang 2009
Piliharaya Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang 2009
Piliharaya Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang 2009
Piliharaya Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang 2009
Piliharaya Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang 2009
Piliharaya Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang 2009
Piliharaya Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang 2009
Piliharaya Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang 2009
Piliharaya Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang 2009
Piliharaya Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang 2009
Piliharaya Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang 2009
Piliharaya Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang 2009
Piliharaya Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang 2009
Piliharaya Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang 2009
Piliharaya Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang 2009
Piliharaya Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang 2009
Piliharaya Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang 2009
Piliharaya Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang 2009
Piliharaya Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang 2009
Piliharaya Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang 2009
Piliharaya Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang 2009
Piliharaya Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang 2009
Piliharaya Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang 2009
Piliharaya Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang 2009
Piliharaya Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang 2009
Piliharaya Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang 2009
Piliharaya Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang 2009
Piliharaya Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang 2009
Piliharaya Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang 2009
Piliharaya Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang 2009
Piliharaya Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang 2009
Piliharaya Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang 2009
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Piliharaya Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang 2009

1,747 views
1,575 views

Published on

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
1,747
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
361
Actions
Shares
0
Downloads
17
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Piliharaya Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang 2009

  1. 1. PILIHAN RAYA KECIL PARLIMEN BUKIT GANTANG 2009
  2. 2. PILIHAN RAYA KECIL PARLIMEN BUKIT GANTANG 2009 EDITOR MOHAMMAD REDZUAN OTHMAN AMER SAIFUDE GHAZALI
  3. 3. PUSAT KAJIAN DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA UNIVERSITI MALAYA (UMCEDEL) Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya 50603 Kuala Lumpur Tel: 603-7967 5710/5500 Faks: 603-79675707 Emel: umcedel@gmail.com © PUSAT KAJIAN DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA (UMCEDEL) Pertama kali diterbitkan 2013 Semua hak terpelihara, sebarang bahagian dalam buku ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi ataupun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang cara, sama ada dengan cara elektronik, mekanik, penggambaran semula, perakaman dan sebagainya, tanpa izin terlebih dahulu daripada Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL). ISBN: 978-967-11396-1-5 Dicetak di Malaysia oleh PENERBIT UNIVERSITI MALAYA 50603 Lembah Pantai Kuala Lumpur
  4. 4. Kandungan 1 Pendahuluan 1 2 Sosio-Politik dan Elemen Ruang 7 3 Persepsi Sebelum Pengundian 21 4 Pemilihan dan Profil Calon 29 5 Strategi Kempen Sebagai Pemasaran Politik 39 6 Isu dan Dimensi Keagamaan dalam Kempen Pilihan Raya 51 7 Mesej Kempen Melalui Kain Rentang 65 8 Analisis dan Pola Pengundian 81 9 Penutup 93 10 Bibliografi 97 11 Indeks 103
  5. 5. Senarai Singkatan ADUN - Ahli Dewan Undangan Negeri BN - Barisan Nasional CD - Compact Disc DAP - Democratic Action Party DR - Doktor DUN - Dewan Undangan Negeri DVD - Digital Versatile Disc DYMM - Duli Yang Maha Mulia GIS - Geographic Information System ISA - Internal Security Act IPF - Indian Progressive Front KEMAS - Jabatan Kemajuan Masyarakat KM - Kilometer MB - Menteri Besar MCA - Malaysian Chinese Association MDK - Majlis Daerah Kerian MIC - Malaysian Indian Congress MPT - Majlis Perbandaran Taiping PAS - Parti Islam Se-Malaysia PEKIDA - Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia PKR - Parti Keadilan Rakyat PLUS - Projek Lebuhraya Utara Selatan PPSMI - Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris PR - Pakatan Rakyat PRK - Pilihan Raya Kecil PRU - Pilihan Raya Umum RTM - Radio Televisyen Malaysia SDR - Saudara SJKC - Sekolah Jenis Kebangsaan Cina SMK - Sekolah Menengah Kebangsaan SMS - Short Messages System SPR - Suruhanjaya Pilihan Raya SU - Setiausaha UMNO - United Malays National Organisation YAB - Yang Amat Behormat YB - Yang Behormat
  6. 6. Pendahuluan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gantang yang diadakan pada 7 April 2009 adalah PRK yang ketiga setelah Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 yang diadakan pada bulan Mac 2008. PRK ini diadakan serentak dengan PRK Bukit Selambau (Kedah) dan Batang Ai (Sarawak). Dua PRK yang diadakan terdahulu, iaitu PRK Parlimen Permatang Pauh dan PRK Kuala Terengganu yang masing-masing diadakan pada 26 Ogos 2008 dan 17 Januari 2009 telah dimenangi oleh parti pembangkang yang diwakil oleh PKR dan PAS. Keputusan PRK-PRK ini yang menyebelahi parti pembangkang, terutamanya keputusan PRK Parlimen Kuala Terengganu yang sebelumnya merupakan kerusi yang dimenangi oleh BN telah meneruskan kesinambungan momentum pengundi dalam PRU Ke-12 lalu yang masih memberikan sokongan signifikan kepada parti-parti pembangkang. PRK Bukit Gantang diadakan selepas berlakunya peralihan pemerintahan kerajaan negeri di Perak daripada kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Perak kepada kerajaan Barisan Nasional (BN). Ini berlaku apabila kerajaan PR hilang kelebihan kerusi di DUN berikutan tiga orang ahli DUN PR memilih menjadi ahli Bebas yang menyokong BN sehingga membolehkan BN membentuk kerajaan negeri Perak. Kehilangan kuasa kerajaan PR ini membangkitkan rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat apabila tindakan BN disifatkan sebagai merampas kuasa rakyat yang telah memilih kerajaan PR dalam PRU Ke-12 yang lepas. Keputusan PRK Parlimen Bukit Gantang dianggap sebagai menggambarkan manifestasi luahan perasaan rakyat ke atas peristiwa pengambilalihan kerajaan PR di Perak tersebut. Latar belakang sosio politik yang sedemikian telah menjadi motivasi utama untuk melahirkan buku ini yang akan merakamkan perjalanan, suasana, penganalisaan dan impak PRK ini kepada suasana politik negara yang dinamik dan rencam. Artikel pertama dalam buku ini ditulis oleh Zulkanain Abdul Rahman dan Rosmadi Fauzi yang membincangkan kaitan antara persoalan Sosio- Politik dan Elemen Ruang. Pada bahagian awal, pengarang memberikan gambaran latar belakang berkaitan dengan suasana sosio-politik di Perak menjelang PRK Parlimen Bukit Gantang. Keputusan DYMM Sultan Perak melantik Menteri Besar daripada BN setelah PR kehilangan kelebihan kerusi di DUN merupakan hak mutlak baginda, walaupun tindakan tersebut kurang disenangi oleh rakyat dan PR. Manifestasinya berlaku tunjuk perasaan oleh penyokong PR yang cuba menghalang upacara angkat sumpah Dato’ Seri Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang baru. Namun
  7. 7. Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang 2009 2 begitu, upacara tersebut dapat diteruskan dan telah memulakan episod baru kerajaan BN di Perak. Seterusnya pengarang memberikan tumpuan kepada latar belakang kawasan Parlimen Bukit Gantang yang disifatkan sebagai kawasan luar bandar yang majoriti penduduknya adalah etnik Melayu dengan sebahagian besar mereka bekerja sendiri di kampung- kampung sebagai petani, penternak, peniaga kecil-kecilan ataupun menjadi surirumah sepenuh masa. Walaupun disifatkan sebagai kawasan luar bandar, Parlimen Bukit Gantang dapat dihubungi dengan kemudahan pengangkutan kerana dihubungi oleh rangkaian Lebuh Raya Utara Selatan dan berhampiran dengan bandar-bandar utama seperti Taiping dan Kuala Kangsar. Faktor ini menyebabkan pengaruh dan penyebaran maklumat yang berkaitan dengan pilihan raya agak mudah dan cepat untuk sampai ke kawasan ini. Fenomena ini yang diistilahkan sebagai resapan berhierarki oleh pengarang menyebabkan keputusan PRK Parlimen Bukit Gantang amat relevan dan signifikan bagi menggambarkan suasana semasa sosio politik negeri Perak pada masa tersebut. Kepentingan dan kehangatan PRK Parlimen Bukit Gantang ini turut terserlah apabila sebuah firma penyelidikan bebas, iaitu Ilham Centre telah melaksanakan penyelidikan berkaitan dengan kecenderungan pengundian di kawasan ini menjelang hari penamaan calon. Mohd. Azlan Zainal dalam artikelnya yang berjudul, “Persepsi Sebelum Pengundian” telah meninjau persepsi 622 pengundi berdaftar di kawasan tersebut berkaitan dengan persoalan calon, parti, isu dan suasana semasa sosio politik. Kajian awal sebelum pilihan raya yang dilaksanakan oleh Ilham Centre ini menunjukkan bahawa sebahagian besar responden (40 peratus) berpendapat bahawa pilihan raya kecil ini akan dimenangi oleh PAS, berbanding 25 peratus yang mengatakan BN akan menang. Pandangan awal responden ini tepat apabila keputusan sebenar PRK Bukit Gantang menyaksikan calon PAS telah berjaya menewaskan calon BN. Keputusan sebenar pilihan raya tersebut menggambarkan mood pengundi yang tetap dan tidak berubah semenjak daripada PRU Ke-12 lepas. Kajian tersebut juga meninjau pendapat pengundi berkaitan dengan situasi sosio politik Perak pada masa tersebut. Hasilnya agak menarik apabila sebahagian besar responden (49 peratus) tidak dapat memberikan jawapan yang pasti berkaitan dengan cara terbaik penyelesaian krisis pengambilalihan kerajaan PR Perak oleh pihak BN. Sebahagian responden bersetuju dengan tindakan tersebut dan sebahagian yang lain menganggap tindakan tersebut sebagai tidak wajar. Gambaran ini juga mencerminkan responden di kawasan tersebut agak terbuka dan mempunyai pendirian tersendiri terhadap krisis pengambilahan kerajaan negeri Perak. Pemilihan calon yang tepat oleh parti-parti politik yang bertanding dalam pilihan raya juga mampu menentukan kemenangan parti politik dalam pilihan raya. Kesilapan memilih calon akan menyebabkan sesebuah parti politik berputih mata dalam pilihan raya. Shaharuddin
  8. 8. 3 Pendahuluan Badaruddin melalui artikelnya yang berjudul, “Pemilihan Dan Profil Calon”, memperlihatkan bagaimana kedua-dua parti BN dan PAS agak berhati- hati dalam menentukan calon pilihan masing-masing dalam PRK ini. BN telah mengambil pengajaran apabila tidak mencalonkan anak tempatan di kawasan ini yang menyebabkan kekalahan mereka dalam PRU Ke-12 lalu. Lantaran itu, dalam PRK ini BN telah meletakkan calon anak tempatan sebagai taruhan mereka. Begitu juga PAS yang agak berhati-hati dalam soal pemilihan calon dan akhirnya meletakkan bekas Menteri Besar kerajaan PR Perak sebagai calon mereka. Calon PAS ini dipilih berdasarkan percaturan politik dan sentimen rakyat kepada bekas MB tersebut, walaupun beliau bukan merupakan anak tempatan kawasan Parlimen Bukit Gantang. Kedua-dua calon agak seimbang daripada segi kelulusan dan ketokohan serta pernah menjadi pentadbir kerajaan. Namun begitu, akhirnya pengundi Bukit Gantang telah memilih calon PAS sebagai wakil rakyat baru mereka. Kemenangan calon PAS ini disumbangkan oleh sifat simpati pengundi yang melihat beliau sebagai mangsa kerakusan politik BN yang merampas kuasa negeri Perak secara tidak berhemah. Calon BN pula dilihat menjadi mangsa isu peralihan kuasa politik yang tidak bersih dan menutup peluang beliau untuk menunjukkan kebolehan sebagai wakil rakyat. Seterusnya artikel oleh Mazlan Che Soh dan Shaharuddin Badaruddin yang menulis berkaitan dengan Startegi Kempen Sebagai Pemasaran Politik menumpukan perhatian kepada perspektif pemasaran politik yang diaplikasikan kepada proses PRK parlimen Bukit Gantang. Pengarang melihat aspek pemasaran politik sebagai pendekatan baru yang harus diketengahkan oleh parti-parti politik, terutamanya semasa menghadapi pilihan raya. Beberapa model pemasaran politik seperti ‘Parti Berorientasikan Produk’, ‘Parti Berorientasikan Jualan’ dan ‘Parti Berorientasikan Pasaran’ dibincangkan oleh pengarang dengan begitu menarik sekali. Kesemua model ini menggariskan sifat dan karektor parti-parti politik yang bertanding dalam memasarkan produk mereka yang memberikan faedah kepada pelanggan mereka, iaitu rakyat dan pengundi. Untuk tujuan ini produk tersebut juga harus bersifat unik, eksklusif dan mantap yang mampu memikat hati pelanggan. Pada bahagian akhir artikel ini, pengarang juga menghuraikan startegi-startegi yang digunakan oleh parti-parti yang bertanding dalam PRK ini, merangkumi kempen secara konvensional seperti ceramah umum, kempen rumah ke rumah dan juga kempen secara pengiklanan seperti dalam media cetak dan media elektronik. Parti-parti politik yang bertanding juga menjalankan kempen secara interaksi langsung dengan pengundi seperti berkunjung rumah ke rumah, ke kawasan tumpuan di pasar, rumah ibadat dan juga melalui penganjuran program-program riadah dan sosial. Perbincangan pengarang juga menghuraikan dua bentuk kempen yang terbaru, iaitu kempen melalui media teknologi maklumat dan secara pemasaran barangan cenderamata. Media-media teknologi maklumat dalam talian seperti Facebook, Myspace, Twitter, laman-laman web yang diwujudkan oleh penyokong masing-maisng telah digunakan secara
  9. 9. Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang 2009 4 maksimum oleh kedua-dua calon parti yang bertanding bagi mendapatkan sokongan pengundi. Bahan-bahan cenderamata seperti baju, topi, payung, pelekat kenderaan dan lencana yang menggunakan logo parti-parti yang bertanding turut dijadikan medium kempen yang telah merancakkan perjalanan PRK ini. Manakala Norazlan Hadi Yaacob pula membincangkan berkaitan dengan hal-hal keagamaan dalam PRK Bukit Gantang melalui artikel “Isu dan Dimensi Keagamaan dalam Kempen Pilihan Raya”. Penumpuan beliau kepada isu-isu agama yang menjadi perkara utama dalam persaingan politik antara UMNO dan PAS yang telah bermula semenjak daripada penubuhan kedua-dua parti politik tersebut. Pertentangan tadi menjadi semakin sengit pada awal tahun 1980-an apabila Dato’ Seri Anwar Ibrahim menyertai UMNO walaupun pada mulanya beliau agak rapat dengan PAS. Persaingan tersebut berterusan dalam era pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohammad sebagai Perdana Menteri sehingga beliau terpaksa mengisytiharkan Malaysia sebagai negara Islam. Begitu juga semasa pemerintahan Tun Abdullah yang mempopularkan slogan Islam Hadhari untuk menangani perjuangan Islam yang menjadi keutamaan dalam PAS. Perkara ini juga terserlah dalam kempen PRK Bukit Gantang. UMNO dan PAS telah menggunakan tokoh agama masing-masing untuk meraih undi daripada masyarakat Melayu-Islam dalam kawasan pilihan raya ini. Antara isu-isu berkaitan agama yang digunakan dalam kempen pilihan raya ini adalah ketaatan kepada ulil-amri yang difokuskan kepada Sultan Perak setelah PAS dikatakan tidak mematuhi perintah Sultan Perak dalam menyelesaikan konflik politik pertukaran kerajaan negeri daripada PR kepada BN yang berlaku sebelum tempoh PRK Bukit Gantang ini. Selain itu isu penggunaan masjid untuk kempen dan ceramah politik dan penggunaan ayat-ayat Al Quran oleh bukan Islam dalam kempen pilihan raya turut juga disentuh. Namun begitu, pengundi di kawasan ini telah membuat perbandingan daripada aspek personaliti, kewibawaan, keikhlasan dan cara penyampaian di antara penceramah UMNO/BN dengan PR (PAS dan PKR). Ternyata pihak PR beberapa langkah ke hadapan berbanding UMNO/BN dalam isu dan dimensi keagamaan dan faktor ini menyumbangkan sebahagian daripada kemenangan calon PAS dalam PRK Bukit Gantang ini. Artikel ditulis oleh Mohammad Redzuan Othman berkaitan dengan “Mesej Kempen Melalui Kain Rentang”. Penggunaan kain rentang sebagai bahan kempen yang menggunakan loghat tempatan yang ringkas dan santai telah menceria dan memeriahkan suasana kempen dalam PRK Parlimen Bukit Gantang ini. Kedua-dua parti BN dan PR telah menggunakan cara ini dan masing-masing cuba memanfaatkannya pada tahap yang maksimum mesej yang ingin disampaikan. Berlaku juga tuduhan dan tohmahan tertentu, sindir menyindir antara satu sama lain dan saling menjawab isu- isu yang spesifik melalui penggunaan ayat-ayat yang dipaparkan oleh kain rentang. Isu-isu lain yang turut mendapat tempat dan dipaparkan kepada
  10. 10. 5 Pendahuluan umum merangkumi isu politik, ekonomi dan sosial yang dizahirkan melalui tulisan seperti isu peranan Sultan Perak dalam pertukaran kerajaan negeri, imej dan peribadi pemimpin BN dan PR, isu wanita Mongolia, isu rasuah, isu pengundi hantu, isu bahasa, isu pembangunan, isu Palestine dan sebagainya. Selain itu, terdapat juga kain rentang yang digunakan untuk menghebahkan program yang dijalankan oleh kedua-dua parti tersebut semasa dalam tempoh kempen pilihan raya. Penggunaan kain rentang termasuk poster menjadi pemangkin yang memeriahkan lagi suasana pilihan raya dan tidak dianggap sebagai suatu yang serius dan sensitif yang boleh mencetuskan suasana ketidaktentuan dalam pilihan raya. Penggunaannya juga dilihat sebagai satu cara selain ceramah yang bersifat konvensional untuk menarik perhatian pengundi dalam menyampaikan maklumat kepada pengundi. Penganalisaan inferensi keputusan PRK Parlimen Bukit Gantang ini telah dilaksanakan oleh Amer Saifude Ghazali melalui artikelnya yang berjudul, “Analisis dan Pola Pengundian”. Penganalisaan pengarang meliputi huraian kadar keluar mengundi dalam PRK tersebut yang paling tinggi pada kadar 75.1 peratus berbanding empat pilihan raya lepas iaitu PRU 1999, PRU 2004 dan PRU 2008. Pada kebiasaannya kadar keluar mengundi semasa PRK lebih rendah berbanding PRU tetapi perkara sebaliknya berlaku dalam PRK ini. Kadar keluar mengundi yang tinggi menggambarkan penglibatan lebih menyeluruh pengundi-pengundinya yang digerakkan oleh sifat keprihatinan dan kesedaran tentang tanggungjawab mereka. Beliau juga mendapati sebahagian besar pengundi etnik Cina telah menzahirkan secara terang-terangan sokongan mereka kepada parti PAS apabila menjadi tenaga kempen dan pengerak utama parti tersebut di samping etnik Melayu dan India. Pandangan tersebut disokong dengan analisis statistik korelasi yang memperlihatkan sokongan signifikan positif kepada PAS pada setiap Saluran Pengundian Satu hingga Saluran Enam. Malah pengundi-pengundi Cina paling muda yang berada di Saluran Enam telah membentuk hubungan yang paling sempurna dengan kadar sokongan kepada PAS. Sementara calon BN lebih bergantung kepada sokongan pengundi-pengundi Melayu namun tidak cukup kuat untuk menyumbangkan kemenangan kepada BN walaupun etnik Melayu merupakan majoriti di kawasan Bukit Gantang. Setengah pihak menafikan kemenangan PAS dalam PRK ini merupakan referendum rakyat kepada BN tetapi pengundi- pengundi telah menghukum BN dalam empat siri PRK selepas PRU ke- 12. Seharusnya perkara ini membawa pengertian tersendiri kepada pihak kerajaan BN mahupun pembangkang PR.
  11. 11. Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang 2009 6
  12. 12. Sosio-Politik dan Elemen Ruang Zulkanain Abdul Rahman Rosmadi Fauzi Pengenalan Satu kelainan nyata dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gantang berbanding dengan PRK yang telah diadakan di Permatang Pauh, Pulau Pinang dan juga di Kuala Terengganu ialah pilihan raya ini diadakan serentak dengan dua lagi pilihan raya kecil yang lain. Pilihan raya kecil kali ini melibatkan tiga kawasan, iaitu Bukit Gantang di Perak, Batang Ai di Sarawak dan Bukit Selambau di Kedah. Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang diadakan berikutan kematian mengejut Roslan Sharum pada 9 Februari 2009, calon PAS yang memenangi kawasan Bukit Gantang dengan meraih sebanyak 20,015 undi semasa Pilihan Raya Umum Mac 2008.1 Dalam Pilihan Raya Umum Ke-12,Allahyarham Roslan menang dan mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi yang mendapat 18,499 undi dan calon Bebas, M. Morgan mendapat 872 undi.2 Penamaan calon telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 29 Mac 2009 dan pengundian pula diadakan pada 7April 2009.3 Bagi Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN), pilihan raya kecil ini membawa makna yang tersendiri kepada kedua-dua belah pihak. PR yang telah memenangi kedua-dua pilihan raya kecil di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu mahu meneruskan kemaraan. Sebaliknya, BN tidak mempunyai pilihan melainkan memenangi PRK Parlimen Bukit Gantang bagi menghentikan kekalahan demi kekalahan yang dialami dalam pilihan raya kecil sebelum ini. Latar Belakang Sosio-Politik Perak Menjelang PRK Bukit Gantang Bukit Gantang merupakan kawasan luar bandar yang majoriti penduduknya adalah bekerja sendiri, sama ada berniaga, bertani, penternak atau suri rumah. Kawasan parlimen ini meliputi Trong yang merupakan kawasan komuniti perkampungan orang Melayu yang secara relatifnya memiliki taraf hidup yang rendah. Trong merupakan komuniti orang Melayu yang miskin melebihi kemiskinan negeri Terengganu dan Kelantan dan merupakan kubu kuat kepada UMNO dan BN. Liputan internet di Bukit Gantang pula agak ketinggalan dan sumber maklumat utama adalah melalui media arus perdana dan elektronik kerajaan.
  13. 13. Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang 2009 8 Kawasan Parlimen Bukit Gantang (P59) mempunyai seramai 55,562 pengundi berdaftar dan seramai 136 pengundi pos.4 Kawasan parlimen ini mempunyai tiga kawasan DUN yang terdiri dari Kuala Sepetang (N13), Changkat Jering (N14) dan Trong (N15).5 Pada Pilihan Raya Umum Ke-12 Mac 2008, DUN Kuala Sepetang dan Changkat Jering telah dimenangi oleh PKR, sementara DUN Trong dikuasai oleh UMNO. Pengundi Melayu di kawasan parlimen ini merangkumi 63.5 peratus, berbanding pengundi Cina sekitar 27.1 peratus, India 9.1 peratus dan lain-lain bangsa 0.03 peratus.6 Terdapat sebanyak 38 peti undi di kawasan Parlimen Bukit Gantang. Pengundi Cina bertumpu di lima kawasan, iaitu di Kuala Sepetang, Jalan Menggala, Simpang Baru, Pasir Hitam Trong dan juga Sungai Rotan.7 Menurut pengerusi MCA Bukit Gantang, Datuk Ho Cheng Wang, majoriti pengundi Cina tertumpu di Kuala Sepetang. Kira-kira 4,000 pengundi Cina terdapat di sini, diikuti dengan kira-kira 1,000 pengundi di Pasir Hitam dan di Sungai Rotan dengan kira-kira 500 pengundi. Walaupun Parlimen Bukit Gantang adalah kawasan majoriti Melayu, tetapi undi bukan Melayu masih diperlukan oleh parti-parti yang bertanding bagi mencipta kemenangan. Dalam PRU Ke-11 pada 2004, 70 peratus pengundi Cina menyokong BN. Bagaimanapun, dalam PRU Ke-12 pada 2008, sokongan pengundi Cina terhadap BN turun kepada 30 peratus sahaja.8 Menurut sumber Suruhanjaya Pilihan Raya, jumlah keluar mengundi bagi PRK Parlimen Bukit Gantang ialah 41,626 atau 74.9 peratus berbanding 72.6 peratus pada Pilihan Raya Umum Ke-12 Mac 2008.9 Dalam PRU Ke-12, BN masih mempunyai pengaruh dan penyokong dalam kalangan pengundi di Perak. Namun begitu, BN hanya berjaya memenangi 28 daripada 59 kerusi DUN yang dipertandingkan. Kesannya, BN gagal membentuk kerajaan negeri. PAS telah memenangi enam kerusi, PKR tujuh kerusi dan DAP 18 kerusi bagi membolehkan parti- parti ini membentuk kerajaan negeri yang baru dengan menguasai 31 kerusi daripada 59 kerusi DUN di Perak. Ini bermakna kerajaan PR mempunyai kelebihan majoriti tiga kerusi berbanding BN dalam PRU Ke-12. Dilihat dalam konteks yang lebih luas, kemenangan PAS-PKR- DAP boleh dikatakan sebagai satu kejayaan besar dalam sejarah politik pembangkang di Perak.10 Ini kerana dalam sejarah pilihan raya umum yang diadakan selepas Malaysia mencapai kemerdekaan, BN secara berterusan menguasai kerajaan negeri Perak. Malah kejayaan PR menguasai kerajaan negeri di Perak dilihat sebagai sebahagian daripada kemaraan politik PKR- PAS-DAP di peringkat nasional apabila pakatan politik ini turut menguasai negeri Kedah, Kelantan, Selangor, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Peralihan Kuasa Di Perak Selepas PRU Ke-12 Kerajaan PR di Perak yang diterajui oleh Dato’ Seri Mohamad Nizar Jamaludin hanya mampu bertahan selama 11 bulan. Perubahan kerajaan
  14. 14. 9 Sosio-Politik dan Elemen Ruang negeri daripada PR ke BN berlaku apabila tiga ADUN PR, iaitu Mohd Osman Jailu (Changkat Jering), Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Hee Yit Foong (Jelapang) bertindak keluar dari kerajaan campuran PR Perak pada 1 Februari 2009. Ketiga-tigaADUN ini telah mengisytiharkan diri mereka menjadi wakil rakyat Bebas yang menyokong BN.ADUN Changkat Jering dan ADUN Behrang adalah wakil rakyat parti PKR, manakala Hee Yit Foong merupakan wakil rakyat DAP. BN telah membentuk kerajaan di Perak dengan Dato’ Seri ZambryAbdul Kadir dilantik sebagai Menteri Besar Perak pada 6 Februari 2009. Isu peralihan kuasa inilah yang menjadikan PRK Parlimen Bukit Gantang begitu menarik untuk dikaji dan mendapat perhatian sama ada di peringkat tempatan, mahupun nasional. Timbul pelbagai persoalan tentang peralihan kuasa di Perak. Tidak dinafikan, isu pembentukan kerajaan BN yang baru di Perak begitu dominan sepanjang tempoh ceramah dan kempen pilihan raya parlimen Bukit Gantang. Kemelut politik di Perak dikeruhkan lagi apabila kedua-dua belah pihak, iaitu PR dan BN turut mengheret institusi kehakiman dan institusi beraja bagi mencari jalan penyelesaian terhadap isu peralihan kuasa dan perlantikan Menteri Besar Perak yang baru. Dalam membuat keputusan melantik seorang Menteri Besar negeri Perak yang baru, DYMM Sultan Perak telah menggunakan budi bicara sebagai Sultan dan ketua negeri. Dengan itu, Dato’ Seri Mohamad Nizar Jamaludin telah terlucut jawatannya selaku Menteri Besar Perak dengan sendirinya apabila DYMM Sultan Perak berpuashati bahawa kerajaan campuran PR tidak lagi mendapat sokongan majoriti dan tiga ADUN PR bersetuju memberi sokongan kepada BN. Ini bermakna undi tidak percaya dalam DUN atau pembubaran DUN atau perletakan jawatan sebagai Menteri Besar tidak berlaku dalam proses peralihan kuasa di negeri Perak.11 Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Razak pula menegaskan BN tidak merampas kuasa di Perak kerana peralihan kerajaan dilakukan mengikut peraturan dan undang-undang. Oleh itu, semua pihak perlu menerima hakikat bahawa kerajaan BN menguasai kerajaan negeri Perak kerana mendapat majoriti yang cukup untuk membentuk kerajaan. Tindakan UMNO dan BN telah menimbulkan perasaan marah rakyat Perak yang merasakan diri mereka dipermainkan apabila BN disifatkan menafikan amalan demokrasi dengan mengambil alih kerajaan Perak tanpa mendapat sokongan dan mandat rakyat. Sebaliknya, BN mengambil jalan mudah dengan pengisytiharan wakil rakyat PR yang menjadi calon Bebas sebagai penyokongnya. Dalam mengulas perkembangan di Perak, Tun Dr. Mahathir Mohamad berpendapat bahawa ‘tindakan melompat parti’ wakil rakyat di Perak seharusnya membawa kepada pembubaran DUN.12 Lantaran itu, beliau menasihati Perdana Menteri untuk berfikir dahulu sebelum menerima dua ADUN PKR yang bakal dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menerima rasuah. Beliau menyarankan UMNO supaya menunggu sehingga mahkamah membuat keputusan terlebih
  15. 15. Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang 2009 10 dahulu kerana tindakan secara terburu-buru bakal mengundang padah dan menjejaskan imej UMNO. Tengku Razaleigh turut sependapat dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad dan beranggapan tindakan mengambil alih kerajaan secara paksaan akan memburukkan lagi imej BN yang tercalar teruk dalam pilihan raya yang lepas. Malah beliau beranggapan Dato’ Seri Mohamad Nizar masih Menteri Besar Perak yang sah kerana dipilih oleh rakyat.13 Dalam menangkis segala kritikan terhadap UMNO dan BN, Dato’ Seri Najib berpendapat tindakan mengambil alih kerajaan merupakan tindakan yang sah dan tidak bercanggah dengan perlembagaan. BN dikatakan mencontohi strategi PR yang cuba mengambil kuasa dengan menggunakan cara yang sama. Justeru itu, ini hanyalah bertindak ‘melawan’ kembali demi kelangsungan politik diri. Namun begitu, tindakan mengambil alih kuasa di Perak secara memancing ADUN pembangkang ternyata satu tindakan yang disifatkan ‘pengecut’ kerana ramai beranggapan sekiranya pilihan raya semula diadakan BN bakal mengalami kekalahan yang lebih teruk berbanding pilihan raya Mac 2008. Lantaran itu, BN tidak bersedia untuk terus menanggung kekalahan yang pasti akan menambahkan lagi kekalutan dalam parti tersebut. Ketidakpuasan hati para pengundi dan penyokong pembangkang menyaksikan kira-kira 3,000 orang penunjuk perasaan berkumpul di hadapan Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar bagi menghalang upacara mengangkat sumpah Dato’ Seri ZambryAbdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang baru. Ini telah mencetuskan suasana tegang kira-kira sejam apabila kenderaan tetamu dan orang kenamaan yang menuju ke istana telah ditahan dan dilontar dengan pelbagai objek sehingga memaksa gas pemedih mata dilepaskan dan seramai sembilan penunjuk perasaan ditahan oleh pihak polis. Bantahan rakyat berterusan apabila Menteri Besar Perak yang baru, Dato’ Seri Zambry diejek oleh kira-kira 300 orang penunjuk perasaan semasa menghadiri Majlis Tahun Baru Cina di SJKC Yuk Choy. Dalam perhimpunan yang singkat, tetapi penuh bermakna, lilin dinyalakan sebagai tanda protes dan berkuburnya demokrasi di Malaysia selain jeritan ‘Hidup Rakyat’ dan ‘Bubarkan DUN’ turut dilaungkan. BN dan UMNO memanipulasi isu keengganan Dato’ Seri Mohamad Nizar untuk meletak jawatan, cadangan Karpal Singh untuk menyaman Sultan Perak serta beberapa siri demontrasi jalanan diadakan di seluruh negara bagi mengutuk PR yang dianggap derhaka dan menghina Sultan Perak. Ini seterusnya menonjolkan imej UMNO sebagai pelindung kedaulatan sultan, manakala pembangkang pula jelas dilihat sebagai penderhaka dan sewajarnya ditolak oleh rakyat. Profil Kawasan Parlimen Bukit Gantang Dari sudut geografi, Parlimen Bukit Gantang kedudukannya bersempadan dengan 5 parlimen iaitu Parlimen Bagan Serai di utara, Parlimen Taiping di
  16. 16. 11 Sosio-Politik dan Elemen Ruang timur laut, Parlimen Padang Rengas di timur, Parlimen Kuala Kangsar di tenggara dan Parlimen Beruas di selatan. Di sebelah barat Bukit Gantang pula bersempadan dengan Selat Melaka dengan panjang pesisir pantai sepanjang 25 kilometer (Rajah 1). Mengikut sumber tempatan, Bukit Gantang mendapat nama kerana kedudukan kampung yang dikelilingi oleh bukit bukau, seolah-olah kawasan kampung ini berada di dalam sebuah gantang raksasa. Selain itu dipercayai di bukit itu juga telah ditemui alat yang dinamakan gantang. Alat ini digunakan untuk mengukur beras atau padi. Bukit Gantang adalah sebuah pekan kecil dan juga amat terkenal dengan dusun durian. Jarak Bukit Gantang dengan ibu negeri iaitu Ipoh adalah lebih kurang 60 kilometer. Rajah 1: Peta Lokasi Parlimen Bukit Gantang Dari segi sejarah, pada zaman dahulu Bukit Gantang juga terkenal sebagai tempat melombong bijih timah. Prospek bijih timah telah dikembangkan oleh Long Jaafar dengan membawa masuk pelombong Cina dari Pulau Pinang. Walaupun Bukit Gantang telah dibangunkan 150 tahun dulu, praktis tradisional dalam cara hidup seharian, bentuk rumah, kebudayaan dan keramahan penduduk masih dikekalkan hingga kini.Antara sumber pendapatan utama penduduk Bukit Gantang ialah penternakan, pertanian dan industri kecil sederhana. Bukit Gantang juga dikenali sebagai salah sebuah kampung pengeluar buah–buahan bermusim terutamanya durian yang terbaik di Perak. P59 Bukit Gantang 0 100km P59 Bukit Gantang
  17. 17. Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang 2009 12 Dari segi perhubungan dan ketersampaian, Bukit Gantang boleh dihubungi melalui jalan raya utama dari Ipoh dan Lebuh Raya Utara–Selatan dengan susur keluar Changkat Jering. Selain itu, ia juga boleh dihubungi melalui jalan keretapi di antara Taiping–Kuala Lumpur. Salah satu terowong jalan keretapi terpanjang turut boleh didapati di kawasan yang berbukit ini. Perjalanan dari Bukit Gantang ke Bandar Taiping adalah sejauh 13km iaitu lebih kurang 20 minit perjalanan dan dari Bukit Gantang ke Bandar Kuala Kangsar pula adalah sejauh 25km iaitu lebih kurang 30 minit perjalanan. Penduduk dan Profil Pengundi Majoriti penduduk di Parlimen Bukit Gantang adalah orang Melayu (63.5%), selebihnya adalah orang Cina (26.5%), India (9.8%) dan kaum lain (0.2%). Parlimen Bukit Gantang mempunyai 55,462 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 55,141 pemilih biasa dan 321 pemilih pos. Pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang melibatkan 34 pusat mengundi dengan 111 saluran mengundi (Jadual 1). Bukit Gantang merupakan kawasan parlimen di negeri Perak yang mempunyai tiga DUN iaitu terdiri daripada Kuala Sepetang, Changkat Jering dan Trong (Rajah 2). Rajah 2: DUN di Parlimen Bukit Gantang Latar belakang kaum pengundi berdaftar di Bukit Gantang dilihat turut mencerminkan keseluruhan pecahan kaum di Perak. Jumlah pengundi mengikut kaum Parlimen Bukit Gantang dan tiga kerusi DUN mempunyai 0 10km N13 N15 N14
  18. 18. 13 Sosio-Politik dan Elemen Ruang pecahan peratusan kaum yang hampir sama di negeri Perak. Parlimen Bukit Gantang mempunyai 63.48 peratus pengundi Melayu, 26.7 peratus (Cina) dan 9.71 (India) dan 0.04 peratus kaum lain. Pecahan kaum di tiga kerusi DUN Parlimen berkenaan adalah Kuala Sepetang (Melayu 59.9 peratus, Cina 32.1 peratus, India 7.9 peratus dan lain-lain 0.1 peratus); Changkat Jering (Melayu 63.9 peratus, Cina 26.1 peratus, India 9.8 peratus dan lain-lain 0.2 peratus) serta Trong (Melayu 69.5 peratus, Cina 20.4 peratus, India 9.9 peratus dan lain-lain 0.2 peratus). Bukit Gantang secara tradisinya merupakan kubu kuat UMNO. Pilihan raya kecil ini amat penting untuk mengukur sokongan orang Melayu, terutamanya selepas BN mengambil alih Kerajaan Negeri Perak. Jadual 1: Parlimen, DUN dan Daerah Mengundi Bukit Gantang Parlimen DUN Daerah Mengundi P 59 Bukit Gantang N 13 Kuala Sepetang Kamunting Station, Ayer Puteh, Jebong, Simpang Halt, Kuala Sepetang, Jalan Mangala, Kampong Jaha, Sungai Limau, Matang Gelugor, Sungai Mati, Bendang Siam, Changkat Ibol N 14 Changkat Jering Pengkalan Aor, Simpang Lama, Simpang Baru, Kawasan J.K.R, Larut Tin, Jalan Simpang, Ayer Kuning, Changkat Jering, Jelutong, Bukit Gantang, Kampong Cheh N 15 Trong Kuala Trong, Pasir Hitam Trong, Kampong Tebok Trong, Trong, Trong Barat, Bukit Gantang Selatan, Ayer Terjun, Temerloh, Padang Gajah, Sungai Tinggi, Permatang Raja, Batu Hampar, Sungai Rotan, Sungai Che Rahmat Elemen Ruangan dalam PRK Bukit Gantang Pilihan raya pada hari ini harus dilihat dari sudut baru iaitu ruangan terutamanya dalam menilai corak pengundian yang semakin menerima pengaruh besar daripada proses globalisasi. Elemen ruangan merupakan satu aspek penting kerana pertalian antara ruangan sebenarnya boleh mempengaruhi keputusan pilihan raya. Kepentingan proses-proses ruangan dikaji untuk melihat peranan elemen ruangan ke atas keputusan dan tindakan individu dalam pengundian seperti pengaruh kejiranan yang berlaku dalam sesuatu wilayah atau sempadan politik. Elemen ruangan seperti kawasan, lokasi dan bentuk fizikal merupakan faktor yang penting dalam melihat satu corak tingkah laku mengundi di sesuatu DUN atau parlimen dalam kajian geografi pilihan raya (Rosmadi Fauzi, 2006). Elemen ruangan seperti lokasi mempertimbangkan perletakan sesuatu kawasan mengundi terhadap pengaruh kejiranan dan interaksi dalam
  19. 19. Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang 2009 14 penyebaran maklumat antara sempadan parlimen atau DUN dengan pusat-pusat yang dilihat sebagai penyebaran maklumat pilihan raya. Faktor lokasi mengkaji pengaruh ruangan terhadap organisasi yang terdapat dalam ruang informasi, penyebaran sesuatu idea baru atau penyebaran maklumat tentang pilihan raya seperti calon, parti, isu dan ideologi (Horn, M. E. T.,1999). Perhubungan dan penyebaran maklumat dalam sempadan dipengaruhi oleh lokasi diukur dengan jarak untuk sampai kepada penerima maklumat. Maklumat tersebar menurut hierarki dari bandaraya besar ke bandar kecil. Resapan tentang sesuatu maklumat selalunya bermula di bandaraya besar seperti ibu negara, kemudian ia tersebar ke bandar-bandar utama dan akhirnya ke bandar-bandar kecil (Hägerstrand,1967). Ini turut disokong dalam model graviti dalam kajian geografi berkenaan dengan jarak iaitu interaksi adalah lebih tinggi di antara bandaraya-bandaraya besar (Ashish K. Sen dan Tony E. Smith 1995). Seterusnya lokasi juga berkaitrapat dengan jarak terdekat di antara DUN ke kawasan ‘teras politik’ seperti bandar dan kawasan pekan yang menjadi tumpuan orang ramai. Sesuatu kawasan pilihan raya yang mempunyai jarak terdekat dengan kawasan teras politik seperti yang dinyatakan boleh mempengaruhi terhadap penyebaran maklumat dan secara tidak langsung dapat mempengaruhi undi dalam pilihan raya. Dalam konsep kawasan teras politik, bandar dan pekan dianggap sebagai sebuah pusat maklumat, perniagaan, ekonomi, pentadbiran dan perhubungan sosial. Berdasarkan teori ruangan yang telah diterangkan mana-mana DUN yang dari segi jarak agak jauh dari kawasan teras politik, perhubungan dan penyebaran maklumat pilihan raya adalah agak perlahan dari segi resapan jika diambil kira jarak DUN dengan kawasan bandar. Resapan berhierarki ini telah menjadi satu konsep geografi yang penting dan ia sama dengan kesan kejiranan yang melihat kepada faktor jarak terdekat. Dalam elemen ruangan, proses perbandaran turut dilihat sebagai memainkan peranan penting dalam pengundian bagi sesuatu pilihan raya itu kerana kesan geografi sesuatu kawasan sangat mempengaruhi keadaan politik kawasan tersebut dan kawasan-kawasan lainnya (Rachagan, 1982). Selain itu, kajian yang dijalankan oleh Morrill (1965) mendapati bahawa salah satu faktor yang menyebabkan satu idea atau maklumat merebak adalah berdasarkan kepada perkembangan daerah perniagaan pusat yang berjiran dan kemajuan pengangkutan dalam pusat bandaraya. Manakala, kajian yang dilakukan oleh Berry (1972) di Great Britain mendapati bahawa proses-proses resapan maklumat bermula di bandar-bandar besar dalam sesuatu daerah dan kemudian penerimaan tersebut tersebar ke tempat- tempat lain yang lebih kecil. Proses penerimaan sesuatu maklumat itu dipengaruhi oleh jauhnya jarak dari bandaraya. Maklumat dan idea diterima lebih cepat di pusat bandar dan kemudian tersebar dengan amat mudah di kalangan penduduk yang tinggal di pusat-pusat penerimaan tersebut (kesan kejiranan).
  20. 20. 15 Sosio-Politik dan Elemen Ruang Dalam konteks Parlimen Bukit Gantang juga kita melihat kepada lokasinya yang mempunyai ciri yang pelbagai walaupun secara keseluruhannya banyak kawasan yang terpencil. Oleh itu pergerakan maklumat agak perlahan di kawasan pedalaman seperti di DUN Trong. Berbanding dengan lokasi DUN Changkat Jering dan Kuala Sepetang yang lebih menghampiri kawasan bandar seperti Taiping. Oleh itu resapan maklumat khususnya maklumat politik lebih cepat di sekitar Bandar Taiping. Jika kita lihat kepada keputusan PRK Parlimen Bukit Gantang 2009, kawasan peti undi yang dimenangi oleh pihak Pakatan Rakyat adalah hampir kepada kawasan bandar. Teknik kempen dan pengiklanan yang menggunakan teknik baru seperti yang dilakukan oleh DAP dengan menggunakan skrin gergasi yang diletakkan di atas lori yang memaparkan audio grafik amat berkesan dalam menyampaikan mesej parti kepada pengundi. Teknik ini dari segi ruang secara perlahan-lahan membawa maklumat meresap masuk ke kawasan DUN dengan menggunakan lokasi strategi di bandar untuk membawa menyebarkan maklumat calon dan parti kepada para pengundi bermula di kawasan bandar sehingga ke kampung- kampung. Di sini kita dapat lihat faktor lokasi dalam menjalankan kempen untuk sampai kepada penerima maklumat sangat memainkan peranan penting dalam konteks ruang. Menurut Hägerstrand (1967), dengan melihat kepada faktor jarak terdekat kita dapat menggambarkan secara tidak langsung struktur medan maklumat. Beliau mengatakan bahawa maklumat boleh disampaikan dengan dua cara iaitu pertama secara awam, seperti bahan bercetak dan media massa dan yang kedua secara persendirian iaitu melalui lisan dan bersemuka. Berdasarkan dari kajian yang telah beliau jalankan, dari segi penerimaan maklumat, cara bersemuka dan melalui lisan selalunya adalah lebih penting walaupun maklumat yang dihebahkan melalui media massa telah diterima. Oleh itu dalam konteks pilihan raya, maklumat yang disampaikan secara bersemuka adalah merupakan satu faktor penting dalam resapan penerimaan maklumat terutama dari segi kempen semasa pilihan raya. Faktor bersemuka sangat penting bagi menyampaikan maklumat pilihan raya seperti calon yang bertanding dan manifesto yang dibawa oleh parti. Faktor ini sangat berkesan dalam strategi kempen dengan berinteraksi secara langsung dengan pengundi dan aktiviti kemasyarakatan seperti yang telah dianjurkan oleh pihak PAS dan BN dalam mendekati pengundi. Walau bagaimanapun, dengan cara ini pada kebiasaannya parti yang dapat menggunakan jentera semaksimum mungkin akan meraih undi yang lebih berkesan dalam menjalankan strategi kempen. Selain itu, maklumat juga boleh disebarkan melalui media elektronik seperti internet yang sangat banyak digunakan pada masa kini. Sumber maklumat daripada internet dan penggunaan komputer adalah tinggi di kawasan berdekatan dengan bandar. Perhubungan dan penyebaran maklumat dalam sempadan dipengaruhi oleh faktor jarak untuk sampai
  21. 21. Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang 2009 16 kepada penerima maklumat. Kesan kejiranan merupakan salah satu proses geografi yang utama dalam resapan maklumat yang terdapat di sekitar penerima sedia ada. Berdasarkan daripada Rajah 3 kita dapat lihat penggunaan internet tertumpu di bahagian yang berdekatan dengan kawasan bandar Taiping iaitu di DUN Kuala Sepetang dan Changkat Jering. Dalam kajian ini bandar Taiping dilihat sebagai pusat penyebaran maklumat terutamanya mengenai pilihan raya kepada para pengundi dalam setiap DUN di Parlimen Bukit Gantang. Berdasarkan keputusan PRK Parlimen Bukit Gantang 2009, kita dapati daerah mengundi yang berhampiran bandar Taiping mempunyai kecenderungan pengundi untuk menyokong parti PAS dan faktor penyebaran maklumat parti dan calon melalui internet memainkan peranan penting. Rajah 3: Penggunaan Internet di Parlimen Bukit Gantang Di Parlimen Bukit Gantang, DUN Changkat Jering merupakan DUN yang paling hampir dengan bandar Taiping. Bandar Taiping merupakan proksi kepada perkembangan maklumat internet, khususnya maklumat berkenaan kempen pilihan raya. Pengundi muda juga dilihat sebagai agen penyebaran maklumat alternatif dan terkini pada pilihan raya pada hari ini. Pada hari ini pengguna internet tertinggi adalah dari golongan muda dan semasa PRK Parlimen Bukit Gantang 2009 kita dapat lihat bahawa kempen berasaskan internet sangat giat dijalankan terutamanya di pihak PAS berbanding pihak BN. Web blog secara meluas digunakan dan
  22. 22. 17 Sosio-Politik dan Elemen Ruang dipautkan secara langsung dengan lawan sesawang parti. Calon-calon yang bertanding dapat berinteraksi secara langsung dengan pengguna internet, khususnya golongan muda untuk berkempen. Berdasarkan kepada Rajah 4, taburan pengundi muda berdasarkan ruang mempunyai tumpuan yang tinggi di kawasan yang berdekatan dengan bandar. Ini turut menyokong kepada sebaran maklumat alternatif berasaskan faktor bandar-pengundi muda-penggunaan internet. Rajah 4: Taburan Pengundi Muda Selain itu, dalam melihat kepentingan elemen ruang dalam pengkajian pilihan raya antara lain adalah bentuk. Faktor bentuk ini dikatakan sesuatu yang asas dalam pengkajian geografi politik kerana ianya merujuk kepada kepadatan dan kepadatan ini mempengaruhi aktiviti dalam ruang sesuatu kawasan. Bentuk satu konstituensi pilihan raya ini dapat menentukan perilaku politik dengan hubungan saiz dan kepadatan persempadanan khususnya dalam pendekatan unit politik yang terkandung di dalamnya. Kepadatan merupakan salah satu faktor penyumbang di dalam mengkaji landskap politik dan indeks kepadatan sering digunakan sebagai salah satu ciri untuk menggambarkan bentuk (Flaherty, M. S. & Crumplin, W. W.,1992). Julat bacaan indeks kepadatan ini adalah di antara 0 sehingga 1. Jika bacaan indeks menghampiri 1 bermakna kawasan DUN adalah padat dan jika bacaan indeks semakin menghampiri 0 maka kepadatan DUN adalah kurang. Jika sesuatu DUN yang padat dari segi indeksnya, ini bermakna 0 10km Pengundi Muda Rendah Sederhana Tinggi
  23. 23. Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang 2009 18 penyebaran maklumat pilihan raya lebih cepat berlaku kerana bentuk DUN yang padat dilihat membolehkan interaksi antara pengundi lebih mudah dalam penyampaian informasi parti, ideologi atau isu pilihan raya. Jika kita lihat daripada Rajah 5 yang menunjukkan bentuk dan indeks kepadatan di Bukit Gantang mengikut pecahan 3 DUN, masing-masing mempunyai bacaan iaitu Kuala Sepetang 0.301, Changkat Jering 0.418 dan Trong 0.271. Berdasarkan dari bacaan ini, boleh dikatakan ketiga-tiga DUN mempunyai bacaan indeks kepadatan yang agak rendah di mana jika kita lihat kepada teorinya, bacaan indeks yang menghampiri adalah tidak padat. Ini bermakna penyebaran maklumat adalah perlahan dan dari segi resapan dan interaksi adalah kurang antara pengundi. Indeks kepadatan yang rendah juga biasanya mempunyai lanskap fizikal yang berliku dari segi permukaan di atas ruang dan ini akan menyukarkan perhubungan dan interaksi dan ketersampaian maklumat kepada pengundi. Selain itu, dari segi perhubungan fizikal adalah sukar untuk menjalankan kempen melainkan sesuatu parti itu mempunyai jentera yang efisien dan sofistikated. Oleh yang demikian, penggunaan media massa elektronik seperti TV dilihat sangat memainkan peranan sebagai agen penyampaian maklumat parti dan isu untuk menyebarkan ideologi parti bagi meraih undi dan mendapatkan sokongan pengundi dalam konteks kepadatan ini. Jika kita lihat di Bukit Gantang, ini amat berkesan bagi DUN Trong yang mempunyai tahap ketersampaian yang lemah dan adalah mudah dan menjadi kelebihan kepada parti seperti BN yang menguasai media massa untuk menyampaikan manifesto kerajaan pemerintah semasa kempen pilihan raya kerana BN mempunyai jentera yang hebat untuk berhubung kepada setiap demografi pengundi di setiap kawasan dengan lebih cepat dan berkesan. Rajah 5: Bentuk dan Indeks kepadatan DUN N.13 Kuala Sepetang Indeks Kepadatan=0.301 N.15 Trong Indeks Kepadatan=0.271 N.14 Changkat Jering Indeks Kepadatan=0.418
  24. 24. 19 Sosio-Politik dan Elemen Ruang Kesimpulan Sebagai kesimpulan, sosio politik dan kepentingan elemen ruangan merupakan perkara penting untuk dikaji untuk melihat peranannya ke atas keputusan dan tindakan dalam pengundian di PRK Parlimen Bukit Gantang. Kepentingan proses-proses ruangan dikaji untuk melihat peranan faktor ruangan ke atas keputusan dan tindakan individu dalam pengundian seperti pengaruh kejiranan yang berlaku dalam sesuatu wilayah atau sempadan. Sebelum ini, kebanyakan kajian yang dijalankan mengenai pilihan raya lebih tertumpu kepada aspek-aspek struktural dan tidak banyak kajian lampau yang menitikberatkan pertalian ruangan antara sesebuah kawasan dengan kawasan yang lain. Oleh itu elemen ruangan seperti lokasi, jarak dan bentuk seperti yang diterangkan sangat penting dalam kajian pilihan raya kerana ia juga merupakan faktor yang dapat mempengaruhi sosio-politik sesuatu kawasan dan faktor ini boleh mempengaruhi kepada penentuan kemenangan sesuatu parti yang bertanding dalam pilihan raya. Nota Hujung 1 Buletin Bukit Gantang 6. 2 Utusan Malaysia, ‘PAS pertahan Bukit Gantang’, 8 April 2009, hlm. 6. 3 Harian Metro, ‘Ismail calon BN’,15 Mac 2009, hlm. 12. 4 Siasah, ‘Keputusan PRK Bukit Gantang, Bukit Selambau dan BatangAi kekalkan status quo?’, 5-11 April 2009, hlm. 45. 5 Buletin Bukit Gantang 4. 6 Sinar Harian, ‘Jangan melampaui batas: MustafaAli’, 31 Mac 2009; Harian Metro, ‘Pilihan Raya Bukit Gantang pujian buat SPR’, 8 April 2009, hlm. 12; Mingguan Malaysia, ‘BN perlu diberi peluang’, 5 April 2009, hlm. 7. 7 Sinar Harian, ‘Kempen habis-habisan tarik pengundi Cina’, 31 Mac 2009, hlm. 6. 8 Sinar Harian, ‘Kempen habis-habisan tarik pengundi Cina’, 31 Mac 2009, hlm. 6. 9 Kosmo, ‘Nizar menang kerusi Parlimen Bukit Gantang’, 8 April 2009, hlm. 4; Berita Harian, ‘Pusat buang undi Bukit Gantang kecoh’, 8 April 2009, hlm. 7. 10 http://www.utusan.com.my/utusan/special diakses pada 22 Julai 2009, jam 11.35 a.m. 11 http://malaysiakini.com/news/ diakses pada 21 Julai 2009, jam 11.30 a.m. 12 Malaysiakini. 8 Februari 2009. 13 Malaysiakini. Februari 2009.
  25. 25. Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang 2009 20
  26. 26. Persepsi Sebelum Pengundian Mohd. Azlan Zainal Pengenalan Pilihan Raya Kecil bagi kawasan Parlimen Bukit Gantang, Perak dan Batang Ai, Sarawak serta DUN Bukit Selambau Kedah pada 7 April 2009 menyaksikan pertembungan sengit BN (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) dalam usaha menonjolkan pengaruh masing-masing. Parlimen Bukit Gantang ini terdiri daripada tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN), iaitu DUN Kuala Sepetang (N13), DUN Changkat Jering (N14) dan DUN Trong (N15).1 Agak menarik di kawasan ini kerana ADUN Changkat Jering, Mohd Osman Mohd Jailu menjadi ADUN Bebas mengisytiharkan dirinya keluar daripada Parti Keadilan Rakyat.2 Senario Sebelum Pengundian Menjelang Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang, satu kaji selidik lapangan telah dijalankan dalam kalangan pengundi di kawasan parlimen ini. Kajian ini dilaksanakan oleh Ilham Centre,3 sebuah firma penyelidikan lapangan bebas bagi melihat kecenderungan awal pengundi terhadap jangkaan kemenangan parti-parti yang bertanding, populariti calon, isu tempatan dan nasional yang menjadi kemungkinan serta kebarangkalian mendapat tumpuan yang akan mempengaruhi pengundi di kawasan ini. Seramai 622 pengundi berdaftar di Parlimen Bukit Gantang dipilih menerusi kaedah pemilihan berstruktur dan ditemubual di samping pemerhatian secara terus dan penglibatan di lapangan. Responden terdiri daripada 65.6 peratus (408 orang) pengundi Melayu, 30.9 peratus (192 orang) Cina dan 3.5 peratus (22 orang) India mengikut had umur yang pelbagai (Rajah 1). Persampelan dibentuk dengan mengambilkira jumlah pengundi berdaftar/penduduk di setiap DUN dalam Parlimen Bukit Gantang berasaskan parti, pecahan kaum, DUN, lokaliti kawasan, jantina, umur dan pekerjaan. Kawasan/lokaliti kajian adalah sekitar P059 Bukit Gantang yang melibatkan kawasan bandar dan luar bandar di 3 DUN (N13: Kuala Sepetang seramai 202 orang, N14: Changkat Jering seramai 322 orang dan N15: Trong seramai 98 orang). Seramai 343 orang adalah responden lelaki, manakala bakinya 279 orang adalah perempuan. Temubual dan
  27. 27. Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang 2009 22 observasi dijalankan dari 21 Mac hingga 22 Mac 2009. Ralat bagi kaji selidik ini adalah ±2.70 peratus (Rajah 2). Rajah 1: Responden mengikut komposisi kaum dan peringkat umur Rajah 2: Responden mengikut DUN dan jantina Berdasarkan kajian lapangan yang dijalankan, kajian mendapati bahawa 40 peratus menjangkakan PR yang diwakili oleh PAS akan menang; 25 peratus meletakkan harapan kepada BN; manakala 34 peratus lagi tidak dapat menjangkakan parti mana yang akan menang (Rajah 3). Bagi calon yang menjadi pilihan kepada PAS, sebilangan besar responden, 82 peratus tidak menamakan calon secara tepat, dan hanya sekitar 10 peratus yang menamakan Dato’ Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai calon PAS. Walaupun begitu, Dato’ Seri Mohamad Nizar bukan calon pilihan awal berbanding Ustaz Idris Ahmad yang mendapat enam peratus dan Tuan Haji Mohamad Sabu dua peratus (Rajah 4).
  28. 28. 23 Persepsi Sebelum Pengundian Rajah 3: Jangkaan Parti yang akan menang pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang. Rajah 4: Calon PAS yang menjadi pilihan Untuk calon BN, kajian dijalankan setelah Ismail Safian diumumkan sebagai calon. Oleh itu, Ismail Safian berada di kedudukan tertinggi, iaitu sebanyak 34 peratus. Selebihnya menamakan Kamarulail Haji Sulaiman dengan tujuh peratus. Dato’ Kamilia Ibrahim sebanyak 1.3 peratus dan Dato’ Jins Shamsuddin memperolehi 0.3 peratus. Selebihnya masih belum mengetahui dan mengenali calon yang dikemukakan sebanyak 58 peratus (Rajah 5).
  29. 29. Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang 2009 24 Rajah 5: Calon BN yang menjadi pilihan Bagi isu kekuatan calon dan parti, responden memilih kekuatan parti yang lebih dominan berbanding kekuatan calon. 363 responden (58 peratus) berpendapat kekuatan parti lebih penting berbanding kekuatan calon yang hanya mencatatkan sokongan 18 peratus (110 responden). Baki selebihnya 149 responden (24 peratus) memilih jawapan tidak pasti (Rajah 6). Rajah 6: Faktor utama untuk mengundi dalam pilihan raya. Untuk penyelesaian kepada isu krisis politik Perak yang melibatkan pertukaran kerajaan PR kepada kerajaan BN, hampir separuh daripada
  30. 30. 25 Persepsi Sebelum Pengundian responden, iaitu 49 peratus bersepakat mengatakan cara terbaik untuk mengatasi kemelut politik di Perak ialah dengan membubarkan Dewan Undangan Negeri. Sebanyak 18 peratus bersetuju dengan pengambilalihan oleh kerajaan BN melalui sokongan yang diperolehi menerusi ADUN PR yang mengisytiharkan mereka menjadi ADUN Bebas. Selebihnya, 33 peratus lagi tidak pasti dengan penyelesaian kemelut ini. Namun, apabila ditanya “sekiranya pilihan raya diadakan semula di seluruh Perak dan jangkaan parti yang akan menang” lebih ramai responden memihak kepada PR dengan 34 peratus berbanding BN sebanyak 19 peratus (Rajah 7 dan 8). Rajah 7: Cara terbaik untuk menyelesaikan krisis Perak Rajah 8: Parti yang akan menang jika pilihan raya semula diadakan
  31. 31. Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang 2009 26 Rajah 9: Kepentingan pilihan raya ini. Responden bagaimanapun menunjukkan sikap seimbang dalam menilai perkembangan peralihan kerajaan Perak daripada PR kepada BN dengan 24 peratus menyokong tindakan BN manakala 22 peratus menganggap tindakan BN tersebut tidak betul. Sementara itu, 26 peratus responden menganggap cara pembentukan kerajaan BN tersebut tidak bermoral, manakala 21 peratus berpendapat ia tindakan yang betul. Manakala 53 peratus responden tidak memberikan jawapan yang pasti (Rajah 9 dan 10). Rajah 10: Tindakan BN merampas kuasa di Perak.
  32. 32. 27 Persepsi Sebelum Pengundian Rajah 11: Tindakan keluar parti oleh 3 ADUN PR Berkenaan dengan isu tindakan ADUN PR yang keluar parti dan menyokong BN, 28 peratus responden menganggapnya sebagai perbuatan khianat, berbanding 19 peratus yang menerimanya sebagai tindakan yang betul. Manakala 52 peratus responden tidak memberikan jawapan yang tepat (Rajah 11). Rajah 12: Kesan kes Altantuya terhadap prestasi BN/UMNO
  33. 33. Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang 2009 28 Berdasarkan laporan yang dikemukakan oleh 25 penyelidik yang bertugas, para responden lebih responsif untuk memberikan pandangan berhubung dengan krisis dan kemelut yang berlaku di negeri Perak. Krisis yang juga mengaitkan isu ‘derhaka kepada Sultan’ dan ‘isu pemberian tanah’ menyebabkan responden melihat isuAltantuya tidak begitu terkesan kepada mereka. Mengikut catatan kepada soalan “adakah kes Altantuya akan mencemarkan imej BN/UMNO dalam pilihan raya ini”, hanya 16 peratus sahaja bersetuju kes ini akan memberikan kesan buruk kepada BN. Selebihnya, 14 peratus berpendapat kes ini tidak akan memberikan kesan kepada BN dan 69 peratus tidak memberikan jawapan yang pasti (Rajah 12). Kesimpulan Suasana dan semangat Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang berbeza dengan kondisi Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu pada Januari 2009. Kejayaan PAS merampas kerusi Kuala Terengganu tidak boleh dibawa ke Bukit Gantang. Perbezaan kedua-dua pilihan raya itu memerlukan pentafsiran yang berbeza yang memerlukan pendekatan, kempen dan taktik pertahanan yang juga berbeza dan lebih fokus. Bagi PAS, mempertahankan Bukit Gantang sama penting dengan mempertahankan kerajaan PR Perak yang beralih kepada BN. Kekalahan PAS di Bukit Gantang akan bermakna kekalahan kerajaan PR. Sebaliknya, kemenangan PAS akan memberikan sokongan dan pengiktirafan moral kepada PAS dan PR. Nota Hujung 1 “PERAK: P59 - Bukit Gantang”, undi.info. 17 Februari 2009 http://undi.info/ax state/pr/2008/parliament/P59.html 2 “PERAK: N14 - Changkat Jering”, undi.info. 17 Februari 2008. http://undi.info/ ax/state/pr/2008/states/N14/P59.html 3 Ilham Centre ditubuhkan pada 2006 sebagai sebuah firma penyelidikan bebas yang menumpukan pengkhususan dalam kajian lapangan. Fokus dan tumpuan penyelidikan berasaskan kajian lapangan mengambil kira pendekatan sepertimana kaedah penyelidikan akademik di peringkat pengajian tinggi. Penyelidikan pandangan awam yang dilakukan menerusi kaji selidik lapangan dalam bidang politik, ekonomi, sosial dan kemasyarakatan serta kajian dasar. Beroperasi di alamat Lot 5G-6, Tingkat Bawah Jalan Kasawari, Pusat Daerah Seksyen 6, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
  34. 34. Pemilihan dan Profil Calon Shaharuddin Badaruddin Pengenalan Pemilihan calon memainkan peranan yang penting dalam memenangi suatu pilihan raya sama ada pilihan raya umum, mahupun pilihan raya kecil. Kesalahan memilih calon bertanding akan membawa padah terhadap parti politik yang terbabit. Berikutan itu, Barisan Nasional (BN) telah belajar dari pilihan raya kecil yang lalu, terutamanya Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh dan Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu apabila faktor calon telah menyumbang kepada kekalahan BN. Oleh itu, dalam Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang, BN telah memilih anak tempatan dan juga tokoh yang pernah menggerakkan jentera pilihan raya di situ sebagai calon pilihannya. Manakala Parti Islam Se-Malaysia (PAS) pula berhadapan dengan isu mempertahankan kawasan tersebut yang merupakan kubu kuat kepada UMNO. PAS juga dikatakan mengambil kesempatan berikutan penyingkiran Dato’ Seri Mohamad Nizar Jamaludin sebagai Menteri Besar Perak oleh UMNO yang disifatkan sebagai unconstitutional bagi meraih undi simpati. Latar Belakang Sebelum Pemilihan Calon Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Perak kehilangan kuasa apabila beberapa wakil rakyat PR keluar parti. Namun begitu, Sultan Perak tidak membubarkan DUN, sebaliknya menyerahkan kuasa pentadbiran negeri Perak kepada BN bagi membentuk kerajaan baru. Beberapa peristiwa dan polemik politik yang berlaku di Perak memberikan faktor kepada pentingnya Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang ini dalam merungkai persoalan yang masih belum terjawab berikutan berlakunya peralihan kuasa dan perkembangan politik semasa di Perak. Percanggahan pendapat antara PR dan BN terus diperkatakan sama ada melalui media mahupun secara perbincangan. Melihat dari sudut pandangan PR, mereka menganggap bahawa bekas menteri besar Perak, Dato’ Seri Mohamad Nizar Jamaludin tidak derhaka apabila memilih untuk “sembah derhaka” atas titah Sultan Perak. Malah PR turut berpendapat, Dato’ Seri Mohamad Nizar Jamaludin telah mengikut undang-undang tubuh kerajaan negeri. PR juga menganggap beliau masih lagi menteri besar yang sah di Perak. Mereka berpendapat peralihan kuasa yang berlaku adalah peralihan kuasa secara haram.
  35. 35. Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang 2009 30 Selain itu, PR juga berpendapat cara pembentukan kerajaan baru di Perak oleh BN telah menimbulkan persoalan, terutamanya mengenai kesahihan kerajaan negeri yang baru yang diragui keabsahannya. Bagi PR, hanya pilihan raya yang bebas dan adil sahaja yang dapat menyelesaikan masalah politik di negeri Perak. Malah, PR menyifatkan arahan mengosongkan pejabat rasmi Menteri Besar sebagai rampasan kuasa yang biadap dan tidak beretika. Berikutan peristiwa tersebut, pelbagai reaksi ditunjukkan oleh penyokong PR sebagai tindak balas terhadap krisis di Perak di atas penyalahgunaan kuasa oleh BN.1 Bagi BN pula, Dato’Seri Mohamad Nizar Jamaludin adalah penderhaka kerana telah ingkar akan titah Sultan. Malah, tindakan mengemukakan saman terhadap SultanAzlan Syah adalah tindakan yang dianggap biadap. Selain itu, Dato’ Seri Mohamad Nizar Jamaludin turut menganjurkan perhimpunan haram di beberapa kawasan di Perak termasuk di perkarangan istana. Berikutan itu, BN mendesak agar Sultan Perak menarik balik gelaran “Datuk Seri” yang dianugerahkan kepada beliau.2 Ini kerana BN berpendapat tindakan tersebut boleh memecah belahkan perpaduan kaum di Perak yang terdiri daripada berbilang bangsa, agama dan kepercayaan. Dalam suasana politik sedemikian, ramai pemerhati politik berpendapat Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang sebagai satu referendum untuk menilai penerimaan rakyat negeri Perak terhadap kerajaan BN yang baru mengambil alih kerajaan negeri. Oleh yang demikian, UMNO cuba menunjukkan kesungguhan dalam mentadbir negeri Perak dengan lebih baik berbanding sebelumnya. Malah, UMNO turut menggunakan isu penderhakaan oleh Dato’ Seri Mohamad Nizar Jamaludin sebagai bahan kempen di kawasan majoriti etnik Melayu. Namun begitu, UMNO menghadapi masalah dalam meraih undi pengundi bukan Melayu yang dilihat lebih berpihak kepada pembangkang. Hal ini berikutan sentimen orang bukan Melayu yang menentang tindakan UMNO yang telah merampas kerajaan Perak daripada PR.3 Pemilihan Calon BN Bagi mengelak kemarahan pengundi berterusan akibat tidak mencalonkan calon tempatan, UMNO telah meletakkan anak tempatan Bukit Gantang sendiri sebagai calon. Ini berikutan kajian yang dibuat oleh BN sendiri dengan merumuskan punca tewasnya Datuk SeriAzim Mohd Zabidi kepada Roslan Shaharum daripada PAS dengan majoriti 1,566 undi berpunca daripada beliau bukan anak tempatan. Ahli UMNO sendiri dikatakan tidak turun mengundi semasa Pilihan Raya Umum 2008, walaupun Azim adalah tokoh UMNO peringkat nasional kerana memegang jawatan Bendahari UMNO Malaysia.
  36. 36. 31 Pemilihan dan Profil Calon Pemilihan Calon PAS Beberapa nama telah dicadangkan oleh kepimpinan PAS untuk bertanding dalam pilihan raya kecil ini. Mereka terdiri daripada mantan Menteri Besar PR Perak, Dato’ Seri Mohamad Nizar Jamaludin; Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu; dan ahli jawatankuasa PAS pusat, Idris Ahmad. Banyak pihak menjangkakan Idris akan terpilih bertanding dalam kerusi tersebut memandangkan beliau merupakan anak kelahiran Bukit Gantang. Dalam pilihan raya umum lalu, Idris bertanding di kawasan Parlimen Jerlun, tetapi tewas kepada calon BN, iaitu Datuk Mukhriz Mahathir. Idris juga merupakanAhli Jawatankuasa kerja PAS Pusat. Namun begitu, seperti di Kuala Terengganu, Presiden PAS telah membuat kejutan dengan tidak menamakan Idris, malah menamakan Dato’ Seri Mohamad Nizar Jamaludin sebagai calon PAS di Parlimen Bukit Gantang. Mursyidul Am PAS, iaitu Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam kenyataannya menyebut “Saya terharu disebabkan khianat pemimpin UMNO terhadap Mohamad Nizar Jamaludin, telah menyebabkan orang Cina dan orang India turut sama menangis. Saya sendiri tengok mereka menangis selepas peristiwa rampasan kuasa yang berlaku Februari lalu”.4 Dato’ Seri Mohamad Nizar Jamaludin berkata, pilihan raya kecil parlimen itu memberikan peluang terbaik untuk mewujudkan model demokrasi yang berpaksi kepada prinsip menghormati pengasingan kuasa di antara eksekutif, parlimen, institusi raja dan badan kehakiman. Melalui pilihan raya kecil ini, PR ingin menonjolkan model “rule of law” atau pemerintahan berlandaskan undang-undang yang telah dirosakkan oleh BN. Beliau juga menyifatkan Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang pada 7 April itu sebagai pertembungan di antara kebenaran yang diwakili oleh PR dengan kebatilan yang dibawa oleh BN. Pemilihan Dato’ Seri Mohamad Nizar Jamaludin sebagai calon adalah bersandarkan kepada populariti beliau di Perak. Malah, pemilihan tersebut juga merupakan lanjutan perebutan kuasa di Perak di antara PR dengan BN. Selain itu, Bukit Gantang juga dilihat sebagai ukuran tahap sokongan rakyat kepada pembangkang. Profil Calon BN BN telah mempertaruhkan orang kuat UMNO Bahagian Bukit Gantang, iaitu Datuk Ismail Safian sebagai calonnya. Datuk Ismail berumur 49 tahun dan dilahirkan pada 27 September 1960. Beliau berasal dari Kampung Kubu, Bukit Gantang. Pertaruhan UMNO dengan meletakkan anak tempatan adalah semata-mata bagi menarik simpati masyarakat tempatan dalam meraih undi. Selain itu, latar belakang Datuk Ismail Safian yang sememangnya aktif dengan politik akar umbi menjadikan pemilihan beliau sebagai calon dikatakan adalah tepat.
  37. 37. Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang 2009 32 Datuk Ismail Safian mendirikan rumah tangga dengan Poziah Noh yang juga anak jati Changkat Ibol, Bukit Gantang dan dikurniakan lima orang anak, iaitu dua lelaki dan tiga perempuan. Datuk Ismail Safian berkelulusan Sarjana Muda Perumahan, Bangunan dan Perancangan dari Universiti Sains Malaysia. Beliau mempunyai pengalaman luas dalam pengurusan kerajaan tempatan. Walaupun memulakan karier sebagai seorang guru, beliau telah memasuki perkhidmatan kerajaan tempatan sebagai Setiausaha Majlis Daerah Kerian (MDK) Parit Buntar pada tahun 1988. Sepuluh tahun kemudian, iaitu pada tahun 1998 beliau telah ditukarkan ke Majlis Perbandaran Manjung dan kemudian berkhidmat sebagai Setiausaha Majlis Perbandaran Kuala Kangsar pada tahun 2008. Jawatan terakhir beliau sebelum bertanding di Bukit Gantang ialah sebagai Pengarah Sumber Manusia dan Khidmat Pengurusan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Negara di Putrajaya. Datuk Ismail Safian mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang politik dan menyertai UMNO pada tahun 1982. Beliau mula bergerak aktif dalam Pemuda UMNO sehingga dilantik sebagai Setiausaha Pemuda Bahagian Bukit Gantang pada tahun 1984. Dalam tahun 1998, beliau telah diberi kepercayaan sebagai Setiausaha Bahagian dan menjadi Ketua Penerangan Bahagian dari tahun 2004 sehingga 2008. Namun begitu, beliau telah tewas dalam perebutan jawatan Ketua Bahagian dalam pemilihan 2008, tetapi masih mengekalkan kedudukannya di peringkat cawangan sebagai Timbalan Ketua UMNO Cawangan Kampung Kubu. Beliau juga adalah bekas Pengarah Pilihan Raya Bukit Gantang UMNO dalam Pilihan Raya Umum 2004 dan 2008. Dalam kempennya, Datuk Ismail Safian telah memanfaatkan pengalaman berkhidmat sebagai kakitangan kerajaan selama 20 tahun dalam mengatasi pelbagai masalah penduduk di Bukit Gantang. Beliau yang pernah menjadi Setiausaha Majlis Daerah Kerian, Majlis Perbandaran Manjung dan Majlis Perbandaran Kuala Kangsar juga yakin mampu memberi khidmat terbaik kepada rakyat. Justeru, katanya, jika kerusi Parlimen Bukit Gantang dapat dikuasai semula oleh BN, beliau tidak mempunyai masalah untuk membantu rakyat. “Tugas sebagai setiausaha pihak berkuasa tempatan menjadikan saya sudah biasa berdepan dengan apa sahaja masalah perbandaran yang dihadapi rakyat. Setiap masalah boleh diatasi dengan cara rundingan, berdasarkan pengalaman saya, apa saja masalah boleh selesai jika semua pihak sanggup memberi kerjasama.” Umpamanya dalam kes kuil di Taiping, penjaga kuil berkenaan merayu kepadanya supaya menyelesaikan isu status hak milik tapak kuil berkenaan yang sehingga kini Datuk Ismail Safian
  38. 38. 33 Pemilihan dan Profil Calon masih tergantung. Menurut beliau, berdasarkan maklumat yang diterima, tanah atau tapak itu dimiliki oleh Majlis Perbandaran Taiping (MPT) dan kuil itu dikatakan dibina secara haram. Jelas beliau, pihak MPT mempunyai perancangan membina sebuah dewan orang ramai di tapak yang sama untuk kemudahan masyarakat setempat. “Saya telah beri jaminan kepada penjaga kuil tersebut untuk menyelesaikan masalah itu. Rundingan perlu dilakukan sama ada kuil berkenaan dipindahkan dan diberi tapak baru atau terus dibenarkan berada di situ,” katanya. Ismail menambah, usaha membantu menyelesaikan masalah rakyat memang sudah menjadi tradisi BN bagi memastikan penduduk dapat hidup dengan selesa.5 Profil Calon PAS Dato’ Seri Mohamad Nizar Jamaludin dilihat sebagai calon PR paling layak bertanding di Parlimen Bukit Gantang bukan kerana populariti beliau akibat peristiwa peralihan kuasa di Perak Februari 2009, tetapi kerana kewibawaan, kewarakan, keintelektualan dan kepimpinan cemerlangnya sebagai Menteri Besar Perak selama 11 bulan berkhidmat. Dengan parti yang diwakilinya, PAS yang membawa wadah ‘Islam Untuk Semua’, pengundi Parlimen Bukit Gantang tidak mudah untuk menolak PAS dan juga kepimpinan Dato’ Seri Mohamad Nizar Jamaludin, bahkan merasa bertuah kerana mendapat calon yang dikatakan berwibawa. Pencalonan Dato’ Seri Mohamad Nizar Jamaludin sebagai calon PR telah memeranjatkan ramai pemerhati politik. Tambahan pula, PAS mempunyai ramai pemimpin berbakat terdiri daripada anak tempatan yang boleh dicalonkan. Malah, Dato’ Seri Mohamad Nizar Jamaludin ketika itu sedang berentap untuk mengambil alih semula kuasa kerajaan negeri Perak daripada BN. Menurut Dato’ Seri Mohamad Nizar, beliau sendiri terperanjat apabila dicalonkan kerana terdapat calon lain yang lebih berpotensi bertanding dalam pilihan raya kecil tersebut. Malah, beliau menyifatkan kepimpinan tertinggi PAS telah membuat keputusan pada saat-saat akhir, namun begitu perkara sedemikian bukanlah sesuatu yang luar biasa bagi PAS.6 “This is an election for Malaysia. This is a referendum not just for Bukit Gantang and Perak to say that we don’t want any administration that does not follow the laws. “We want a society where the rule of law dominates. Malaysians should reject any party that does not appreciate or respect the laws. “We want Malaysia to respect the separation of powers, constitutional monarchy and also parliamentary democracy. We hope the election here would show respect for all races and (that) there be no discrimination. This is what Malaysians want — good governance. We don’t want (illegal) seizing of power or kidnapping or violence. “What is happening in Perak is a conflict between truth and falsehood. PR represents the truth and falsehood is represented by those who seized power and are involved in abuse of powers.”7
  39. 39. Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang 2009 34 Dato’ Seri Mohamad Nizar Jamaludin dilahirkan pada 17 Mac 1957 di Kampung Air Hitam, Labu, Kampar dan berusia 52 tahun. Beliau mendirikan rumah tangga dengan Datin Seri Fatimah Taat, 45 tahun yang berasal dari Kampung Datuk, Tapah. Perkahwinan tersebut telah dikurniakan lapan orang anak, iaitu tiga perempuan dan lima lelaki. Sebelum berkecimpung sepenuh masa dalam politik, beliau merupakan seorang jurutera perunding (Mekanikal, Pengangkutan, Vertikal Elevator dan Eskalator). Dato’ Seri Mohamad Nizar Jamaludin mendapat pendidikan awal di Kampar, iaitu di Sekolah Menengah Anglo Chinese, Kampar dan kemudiannya melanjutkan pendidikannya di Sekolah Menengah Teknik, Ipoh. Seterusnya beliau meneruskan pengajian peringkat A Level dalam Teknologi dan Seni Kolej Bandar Norwich, England. Seterusnya, mendapat Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Mekanikal Universiti ofAston di Brimingham, United Kingdom. Dato’ Seri Mohamad Nizar Jamaludin juga mempunyai pengalaman kerja yang luas terutama dalam sektor perundingan. Beliau pernah menjadi Pengarah Urusan di beberapa firma swasta. Malah, turut berpengalaman dalam menjalankan projek besar negara seperti Projek Dayabumi Fasa 2 dan 3 (1983), Jabatan Perdana Menteri (1984), Projek Wisma Darul Iman Kuala Terengganu (1985) termasuk juga sebagai perunding Lebuhraya PLUS 1997 sehingga kini. Selain itu, beliau juga banyak terbabit dalam projek luar negara seperti di Switzerland, Bangkok, Sydney, Australia, United Kingdom, Tehran, Iran dan Doha. Pengalaman politik beliau menjadi Menteri Besar Perak ke-10 selama 11 bulan selepas kemenangan besar PR di Perak dalam Pilihan Raya Umum Ke-12, 2008 menjadikan beliau calon pilihan. Beliau adalah Setiausaha PAS negeri sebelum menjadi Menteri Besar Perak dan kini menjawat jawatan Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri. Jawatan lain dalam parti yang pernah disandangnya ialah Bendahari PAS negeri (2001-2006), Yang Dipertua PAS Kampar (2001-hingga kini), dan Ahli Jawatankuasa PAS Kampar (1999-2001). Dalam isu yang menyentuh perjuangan bahasa, Dato’ Seri Mohamad Nizar Jamaludin pernah terlibat dalam protes menentang perlaksanaan Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI). Beliau juga pernah mengambil inisiatif untuk bertemu dengan Dato’ Seri Hishamuddin, Menteri Pelajaran Malaysia dengan meminta agar pengajaran subjek Sains dan Matematik dikembalikan kepada bahasa Melayu. Malah anak beliau iaitu Mohammad Syawwal turut terlibat dalam Dato’ Seri Mohamad Nizar Jamaludin
  40. 40. 35 Pemilihan dan Profil Calon tindakan menyaman kerajaan Malaysia berhubung isu PPSMI di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada tahun 2004.8 Profil Calon BEBAS Kamarul Ramizu Idris, 42 tahun adalah calon Bebas yang berasal dari Pokok Asam, Taiping, Perak. Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), King Edward VII, Taiping, Perak. Beliau banyak terbabit dalam sektor korporat, perunding kewangan di Kuala Lumpur dan pernah menjadi Penasihat dalam Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PEKIDA). Pada masa sekarang beliau adalah usahawan Kem Motivasi di Gua Tempurung, Cameron Highlands dan Parit. Beliau menjelaskan tujuan menjadi calon Bebas; “I want to implement the concept of masyarakat beriman (pious community). I will ask the mosques to hold various activities for the community. If I win, I will establish a special organisation to provide social services. I am contesting because I feel the call to correct problems (such as rude individuals and leaders, alcoholism and gambling) in society. “I am not nervous about BN and PR that have big machinery and media because with the help of God I can win. “I am not sponsored by anyone, I am using my own money. I have a small budget but I have about 1,000 volunteers who are helping me. I will campaign face to face with voters to explain to them my concept of politik beriman (pious politics)”.9 Isu Calon Dalam Kempen Isu calon merupakan antara isu yang penting dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang ini. “Character Assasination” yang dilakukan oleh parti lawan dapat dilihat, terutamanya hal berkaitan calon yang mewakili PAS. Beliau telah digambarkan sebagai seorang yang rakus, diperalatkan oleh DAP dan juga merupakan calon tunggangan DAP. Di samping itu, Dato’ Seri Mohamad Nizar Jamaludin turut digambarkan sebagai penderhaka kepada Sultan Perak, SultanAzlan Syah. “Character assisination” calon BN pula berlaku pada saat akhir kempen berkisar kepada soal personaliti dan hubungan yang tidak baik dengan pimpinan UMNO di peringkat Bahagian. Selain itu, isu lain yang diperkatakan di peringkat awal kempen ialah peristiwa pertembungan program di Masjid Simpang, Taiping. Pertemuan di antara calon PAS, Dato’Seri Mohamad Nizar Jamaludin dengan rombongan BN di Masjid Simpang berlaku pada 29 Mac 2009 dan telah mencetuskan sedikit kekecohan. Peristiwa pada hari pertama kempen pilihan raya kecil Kamarul Ramizu Idris
  41. 41. Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang 2009 36 ini dikatakan bermula apabila Nizar yang hadir tanpa undangan ke majlis bacaan Yassin dan solat hajat anjuran BN telah cuba untuk mengimamkan solat Maghrib. Menurut Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang, Datuk Rosli Hussin, Dato’ Seri Mohamad Nizar Jamaludin bersama beberapa penyokongnya telah memasuki masjid dan terus mengimamkan solat Maghrib.10 Isu tersebut dengan pantas telah disebarkan menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) dan menjadi bahan kempen dalam beberapa ceramah anjuran BN. Namun begitu, menurut perspektif PAS perkara sebenar adalah sebaliknya. Imam masjid berkenaan telah menyerahkan kepada Dato’ Seri Mohamad Nizar Jamaludin untuk mengimamkan solat hajat dan bacaan tahlil anjuran UMNO. Menurut Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali bekas Menteri Besar Perak itu cuma memberi tazkirah mengenai ayat al-Quran yang dibacakan beliau ketika mengimamkan solat Maghrib. Datuk Mustafa kemudiannya menyatakan, jika BN mendakwa Dato’Seri Mohamad Nizar Jamaludin dan PAS menggunakan isu masjid dalam kempen pilihan raya kecil tersebut, bermakna UMNO dan BN sebenarnya telah terlebih dahulu menggunakan masjid untuk tujuan berkempen.11 Selain itu, Dato’ Seri Mohamad Nizar Jamaludin juga digambarkan sebagai pengkhianat bangsa Melayu, penderhaka Sultan dan pengancam survival Melayu kerana sanggup diperalatkan oleh DAP. Dalam isu ini, Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali telah mengakui bahawa DAP sememangnya mencadangkan Dato’ Seri Mohamad Nizar Jamaludin dipilih sebagai calon bagi menggalas misi PAS mempertahankan kerusi tersebut. Namun begitu, segala keputusan adalah di tangan PAS. Beliau seterusnya menjelaskan bahawa pada asalnya PAS telah menyediakan senarai lima orang calon dan kemudiannya membuat tinjauan awam bagi menentukan siapakah yang menjadi pilihan majoriti pengundi. Hasil kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa Dato’ Seri Mohamad Nizar Jamaludin merupakan pilihan majoriti pengundi Bukit Gantang. Dalam menentukan kemenangan, Dato’ Seri Mohamad Nizar Jamaludin dilihat mempunyai kelebihan di kalangan pengundi Melayu, Cina dan India di Bukit Gantang. Dalam pilihan raya ini Dato’ Seri Mohamad Nizar Jamaludin telah membawa agenda politik baru yang telah diterapkan semasa 11 bulan pemerintahannya di Perak selepas Pilihan Raya Umum Ke-12, 2008 yang lalu. Berikutan pemilihan itu, beliau dan PAS telah menjadi cemuhan BN yang berpendapat parti tersebut dan Dato’ Seri Mohamad Nizar Jamaludin sendiri tidak dapat menerima peralihan kuasa yang berlaku di Perak. Malah, Dato’ Seri Mohamad Nizar Jamaludin didakwa tidak berpijak di alam nyata dengan tidak menerima realiti tidak lagi menjadi Menteri Besar Perak. Namun begitu, Dato’ Seri Mohamad Nizar Jamaludin dalam kempennya menyeru agar pengundi di Bukit Gantang menolak politik lama yang dibawa oleh UMNO dan BN. Beliau menyatakan bahawa politik lama sudah tidak lagi relevan pada masa kini kerana tidak mampu menjanjikan perubahan
  42. 42. 37 Pemilihan dan Profil Calon kepada rakyat. Beliau juga menjelaskan bahawa politik lama yang masih dibawa oleh UMNO ialah politik perkauman yang membawa kepada perpecahan rakyat. Namun begitu, UMNO sebaliknya telah menggunakan isu perkauman sebagai senjata untuk meraih undi orang Melayu. UMNO dalam kempennya menyatakan jika pengundi mengundi calon PAS, ketuanan Melayu akan tergadai kepada kaum Cina. Dato’ Seri Mohamad Nizar Jamaludin seterusnya menegaskan, sepanjang 11 bulan kerajaan PR memerintah negeri Perak terbukti nasib orang Melayu terbela, malah nasib kaum lain seperti India dan Cina tidak diabaikan.12 Oleh kerana Dato’ Seri Mohamad Nizar Jamaludin menjadi sasaran utama media perdana, ucapannya menjadi liabilti kepada PAS. Berikutan itu, PAS telah menggunakan strategi “menutup mulut” Dato’ Seri Mohamad Nizar Jamaludin. Beliau dilarang membuat sebarang sidang akhbar atau bercakap kepada pemberita sepanjang tempoh berkempen pada pilihan raya kecil ini. Namun begitu, menurut Mustafa Ali pihak media tidak akan dihalang mengikuti aktiviti kempen Dato’ Seri Mohamad Nizar Jamaludin. Hanya calon tersebut sahaja tidak dibenarkan bertemu media dengan tidak memberikan ulasan berkenaan kempen yang dibawakan PAS sepanjang tempoh berkempen. Malah, Dato’ Seri Nizar juga tidak dibenarkan hadir pada sidang media harian yang diadakan oleh jentera PAS sendiri. Keadaan tersebut telah menyebabkan beliau dilihat tidak mesra media berbanding calon UMNO (BN), Ismail Safian yang sedia ditemu bual dan memberikan ulasan pada setiap majlis kempen atau lawatan bertemu pengundi yang dihadirinya. Kesimpulan Keputusan Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang yang memberikan, kemenangan kepada PAS yang diwakili oleh Dato’ Seri Mohamad Nizar Jamaludin menunjukkan pertaruhan parti tersebut adalah tepat. Pemilihan tokoh yang dikatakan menjadi mangsa politik memberikan kelebihan kepada beliau. Malah, pengalaman selama 11 bulan menjadi menteri besar telah digunakan sepenuhnya oleh beliau untuk turun ke akar umbi. Undi etnik Cina yang tidak berganjak menunjukkan pengaruh Dato’ Seri Mohamad Nizar Jamaludin sebagai stabilizing forces masyarakat majmuk semakin dapat diterima oleh seluruh kelompok masyarakat, terutamanya di Bukit Gantang. Bagi Ismail Safian pula, isu peralihan kuasa dan politik semasa yang melanda Perak telah menutup peluang beliau untuk menunjukkan kebolehannya. Hal ini juga disebabkan peranan tersebut banyak dimainkan oleh Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Zambry Abdul Kadir. Seolah-olah pertandingan di Bukit Gantang adalah di antara Mohamad Nizar dan Zambry, dan bukannya antara Mohamad Nizar dan Ismail yang merupakan wakil yang di calonkan. Manakala Kamarul Ramizu sebagai calon Bebas seolah-olah menjadi pelengkap kepada amalan demokrasi tanpa mempunyai siginfikan jelas daripada pertandingan ini.
  43. 43. Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang 2009 38 Nota Hujung 1 Zulkifli Sulong. (2009). Politik Abad ke-21, Perubahan Atau Harapan Palsu, Petaling Jaya: The Malaysian Insider, hlm. 149-150 2 Ibid., hlm. 150. 3 Haris Zulkapli, (2009). Cabaran Politik Baharu Malaysia. Kuala Lumpur: Media Icon, hlm. 138 4 “Nizar mampu raih simpati masyarakat Cina, India - Mursyidul Am”, Harakah, 24 Mac 2009. 5 Utusan Malaysia, 30 Mac 2009. 6 Harakah, 30 Mac 2009. 7 Sharon Tan “Quotes from Bukit Gantang by-Election Candidates”, The Edge, 30 March 2009 8 Wan Ji Wan Husin dan Saifulamri M. Hussain (2009). Fenomena Nizar. Selangor: Anbakri Publika, hlm. 8. 9 Sharon Tan “Quotes from Bukit Gantang”. 10 The Star, 29 Mac 2009. 11 Sidang akhbar di Markas PAS Kampung Air Kuning oleh Mustafa Ali, 30 Mac 2009 menyanggah kenyataan Dato’ Seri Zambry Abdul Kadir di Laman Web Berita Harian. 12 Harakah Daily, 30 Mac 2009.
  44. 44. Strategi Kempen Sebagai Pemasaran Politik Mazlan bin Che Soh Shaharuddin bin Badaruddin Pengenalan Penyertaan parti politik dalam pilihan raya bermatlamatkan memenangi pilihan raya tersebut. Walau bagaimanapun, mencapai kemenangan bukan tugas yang mudah memandangkan terdapat banyak faktor yang berpengaruh ke atasnya. Antara faktor tersebut termasuklah calon dan isu-isu yang dimainkan oleh parti-parti yang bertanding. Selain dua faktor berkenaan, terdapat satu lagi faktor yang tidak kurang pentingnya dalam memainkan peranan utama bagi mempengaruhi keputusan pilihan raya. Faktor tersebut adalah strategi yang dilaksanakan oleh parti politik semasa tempoh berkempen dalam usaha memenangi hati pengundi. Perkembangan semasa mendorong parti yang bertanding menggunakan pendekatan kempen secara konvensional dan juga berasaskan teknologi. Selain itu, teknik pemasaran yang menggunakan kaedah pengiklanan juga digunakan bagi mendedahkan perjuangan parti dan kelemahan parti lawan bagi meyakinkan pengundi dalam membuat pilihan. Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang juga memperlihatkan parti-parti yang bertanding menggunakan secara maksimum kedua-dua pendekatan, konvensional dan berasaskan teknologi bagi mendekati pengundi dan seterusnya mengundi parti mereka ketika mengundi. Analisis Perspektif Pemasaran Politik Senario semasa politik negara pasca Pilihan Raya Umum Ke-12 semakin mencabar. Parti-parti politik berhadapan dengan kelompok pengundi yang semakin celik berpolitik, berpengetahuan, bermaklumat dan semakin kritikal dalam mengetengahkan sesuatu isu yang melibatkan kepentingan mereka. Cabaran ini memerlukan setiap parti politik mengambil pendekatan yang lebih dinamik dan pragmatik. Di negara maju sepertiAmerika Syarikat dan Britain, pendekatan serta aplikasi pemasaran yang kebiasaannya dikaitkan dengan sektor perniagaan mula mendapat tempat dalam kalangan parti-parti politik. Satu disiplin pemasaran politik (political marketing) telah membawa pendekatan baru kepada parti-parti politik bertindak dan berubah mengikut
  45. 45. Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang 2009 40 kehendak pelanggan (pengundi) dan pasaran semasa (pilihan raya yang kian mencabar). Pemasaran politik ini mula menjadi penting dan konsep pemasaran ini telah dicadangkan pengaplikasiannya dalam organisasi yang bukan bermotif kewangan oleh Kotler dan Levy (1969). Lees-Marshment (2001) telah membangunkan beberapa model berkaitan dengan konsep pemasaran politik. Sebuah parti politik harus jelas berkaitan dengan tiga perkara, iaitu produk, matlamat utama dan pasaran. Dalam konteks produk, ia meliputi tingkah laku parti yang berterusan dan tidak hanya semasa musim pilihan raya. Produk turut meliputi segenap peringkat kepimpinan dan parti, ahli Parlimen, kakitangan, ahli, aktiviti, program dan perlembagaan parti. Seterusnya, konteks matlamat utama, parti politik harus memenangi setiap pilihan raya bagi satu jangkamasa yang panjang dan menguasai kerajaaan untuk satu tempoh yang lama. Dari segi pasaran, sesebuah parti politik disifatkan sebagai pengundi sama ada ahli parti atau bukan ahli parti. Lees-Marshment (2001) juga telah memperkenalkan tiga model bagi menggambarkan tingkah laku sesebuah parti politik. Model pertama ialah Parti Berorientasikan Produk (Product Oriented Party). Mengikut model ini sesebuah parti politik percaya pembawaan dan perjuangan mereka betul dan akan menjadi pilihan pengundi. Berdasarkan model ini, parti tidak akan mengubah idea dan pendekatan, walaupun semakin kehilangan sokongan. Model seterusnya ialah Parti Berorientasikan Jualan (Sales Oriented Party). Setiap parti akan bertindak secara agresif untuk menjual hujahan dan fakta mereka. Perkara yang berbeza ialah model ini menggunakan kajian pasaran bagi memahami tindakbalas dan tingkahlaku pengundi. Model ini juga memberikan penekanan terhadap penggunaan teknologi terkini dalam pengiklanan, komunikasi dan kempen. Model terakhir yang dicadangkan ialah Parti Berorientasikan Pasaran (Market Oriented Party). Model ini berpaksikan kepada parti politik yang harus berperanan sebagai syarikat yang menawarkan produk untuk kepuasan pelanggannya. Model ini juga menggunakan kaedah risikan atau kajian pasaran untuk memahami dengan mendalam kehendak dan keperluan pelanggan mereka. Dalam konteks ini, pelanggan adalah pengundi dan setiap parti tidak mengambil pendekatan untuk mengubah apa yang pengundi fikir, tetapi sebaliknya memenuhi kemahuan dan kehendak pengundi. Parti politik yang berorientasikan pasaran perlu memastikan kepuasan pengundi demi mencapai matlamat yang ditetapkan. Setiap parti politik tidak akan sewenang-wenangnya mengemukakan sebarang tawaran atau janji kepada pengundi semata-mata mengikut pendapat daripada pungutan suara ramai. Parti harus memastikan keupayaan mereka menunaikan janji kerana sekiranya gagal, parti mungkin akan kehilangan sokongan dalam jangka masa panjang.
  46. 46. 41 Strategi Kempen Sebagai Pemasaran Politik Bagi parti yang berorientasikan pasaran, sebarang produk yang direkabentuk oleh parti akan mengambilkira permintaan pengundi dan sekaligus memuaskan hati kehendak dan keperluan mereka. Dalam konteks BN, ini perlu diterjemahkan oleh organisasi dalaman parti komponan itu sendiri dan disampaikan secara berkesan oleh kerajaan. Perkara ini perlu menjadi keutamaan dalam tindakan serta pelaksanaan strategi kempen BN di peringkat akar umbi, terutamanya dalam kalangan ahli peringkat cawangan serta pekerja parti. Ia dilihat belum terlaksana sepenuhnya berbanding dengan jentera mantap yang telah ditunjukkan PAS, terutamanya dalam kempen pilihan raya kecil ini. Berdasarkan model-model parti politik dari perspektif pemasaran politik yang telah dibincangkan, adalah perlu bagi sesebuah parti politik peka dan sensitif terhadap kehendak dan keperluan pengundinya, sama ada ahli parti, bukan ahli parti atau pengundi yang tidak menyokong mana- mana parti. BN harus menjalankan kajian ke pasaran pengundi berdaftar secara sistematik. Pertemuan yang lebih kerap di peringkat akar umbi bersama- sama pengundi dan kepimpinan BN boleh dilaksanakan dengan lebih sistematik. BN juga harus berusaha untuk menubuhkan kumpulan pakar berhubung polisi parti yang melibatkan keanggotaan, barisan kepimpinan, ahli profesional, ahli akademik dan juga ahli peringkat akar umbi. Pendekatan yang formal dan berbentuk kuantitatif bagi kajian pasaran perlu digalakkan bagi memastikan data-data yang diperoleh dapat digunakan secara objektif untuk proses membuat keputusan berhubung dengan dasar program dan aktiviti parti. Langkah seterusnya adalah mereka bentuk produk tersebut. Seterusnya, aspek komunikasi, kempen, tindakan semasa pilihan raya dan paling penting aspek penyampaian janji produk kepada pasaran amat perlu apabila menang, ataupun sebaliknya. Seperti yang telah dibuktikan dalam pilihan raya ini, gerak kerja dan pelaksanaan di lapangan semasa berkempen menampakkan kekuatan PAS yang membuatkan parti ini mencapai kemenangan. Pekerja PAS lebih komited, bersemangat dan sanggup berkorban wang ringgit demi mencapai objektif parti. Keadaan ini tidak berlaku dalam BN. Pendekatan kempen hendaklah tulen, ikhlas dan bersandarkan kepada objektif yang jitu, memandangkan pengundi sekarang lebih bermaklumat dan berpengetahuan berbanding pengundi dalam tahun 1950-an dan 1960-an. Pemasaran politik berhubungkait dengan strategi kempen kerana politik juga dilihat dalam konteks pemasaran, iaitu sebagai satu usaha untuk memasarkan produk kepada pelanggan. Produk dalam konteks politik adalah janji atau faedah yang diperoleh oleh pengundi yang merupakan pasaran. Harga yang menjadi medium transaksi kepada pertukaran ini adalah undi yang diberikan, pengorbanan dan kesanggupan mereka untuk keluar ke pusat mengundi untuk menjalankan tanggungjawab mereka. Tempat atau saluran pula adalah pusat pengundian sama ada sekolah, dewan serbaguna atau balai raya. Sementara promosi adalah cara
  47. 47. Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang 2009 42 komunikasi dan berkempen yang menjadi asas perbincangan dalam kajian ini. Ia juga merupakan strategi serta pendekatan yang diambil oleh setiap parti dan calon untuk menyampaikan mesej mereka dan berusaha untuk mempengaruhi pengundi. Kelompok yang harus menjadi tumpuan adalah pengundi berkecuali atau “atas pagar” yang tidak membuat keputusan pengundian mereka sehingga ke hari pembuangan undi. Kempen dan strategi yang diambil oleh parti serta calon yang bertanding dalam pilihan raya perlu diberi perhatian yang amat serius. Ia merupakan salah satu eleman penentu kepada keputusan pengundi. Sebarang mesej, cara komunikasi dan keupayaan untuk menilai kehendak dan selera pengundi perlu dilakukan secara komprehensif. Adalah penting bagi setiap parti untuk menawarkan sesuatu yang bersifat unik dan ekslusif, memposisikan jenama dan logo parti secara mantap, memaksimakan sumber-sumber parti yang ada, memberikan fokus, memantapkan strategi kempen dan meneroka strategi kempen yang baru. Kaedah tradisional seperti mengharapkan kepada jentera kerajaan terutama dalam konteks kempen BN sewajarnya dihentikan. Sebaliknya, perkara yang lebih signifikan adalah mengupayakan jentera parti di peringkat akar umbi untuk menggerakkan kempen yang lebih versatail, santai, tetapi berupaya memikat pengundi. Strategi Kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang Kempen bagi pilihan raya kecil ini telah bermula jauh lebih awal, walaupun berdasarkan undang-undang, kempen hanya boleh dilakukan secara rasmi selepas hari penamaan calon. Pendekatan kempen dalam pilihan raya kecil ini dapat dibahagikan kepada lima kategori, iaitu pendekatan kempen secara konvensional, kempen berasaskan teknologi, kempen berasaskan kaedah pengiklanan, kempen berteraskan aktiviti kemasyarakatan dan kempen yang menggunakan pendekatan perniagaan terutama menerusi produk “merchandising”. Strategi kempen yang dijalankan merangkumi:- a) Kempen secara konvensional Kempen secara konvensional meliputi ceramah atau juga dikenali sebagai perhimpunan politik (Helitzer, 1984), kempen rumah ke rumah (house canvassing), kempen meliputi tempat-tempat awam yang ramai dikunjungi pengundi dan kegiatan-kegiatan sosial yang boleh dijalankan bersama- sama pengundi. Ceramah merupakan kekuatan PAS semenjak dari dulu lagi. Kesulitan untuk menembusi media arus perdana telah memberikan satu kekuatan dan sumber kreativiti kepada PAS dalam menyediakan pasukan penceramah yang berkarisma dan berkaliber. Nama-nama seperti Mohamad Sabu, Mahfuz Omar, Husam Musa, Haji Hadi Awang, Nik Abdul Aziz dan Tuan Ibrahim Tuan Man sentiasa dinanti-nantikan oleh orang ramai dan kemampuan mereka menarik ribuan
  48. 48. 43 Strategi Kempen Sebagai Pemasaran Politik pendengar dapat menggambarkan kekuatan PAS. Ini amat bertepatan berdasarkan kenyataan Pengarah Pilihan Raya PAS, iaitu Datuk Mustafa Ali di dalam akhbar rasmi PAS, Harakah bahawa pendekatan ceramah secara besar-besaran akan terus menjadi tunjang penting kempen PAS, terutamanya dalam memberi penerangan dan menjawab isu-isu yang berbangkit. PAS masih melaksanakan pendekatan tradisional ini dengan mengadakan ceramah dalam skala besar dan dianjurkan pada sebelah malam meliputi pelbagai pilihan lokasi seperti padang awam, rumah ahli parti, surau dan masjid (dibuat dalam bentuk tazkirah). Berdasarkan laman web khas PAS bagi pilihan raya kecil ini, dicatatkan purata lima ceramah diadakan pada setiap hari atau pun lebih kurang 45 ceramah telah diadakan sepanjang tempoh kempen berlangsung (www.prk059.org. my). Kekuatan PAS dalam aspek ceramah telah diperkukuhkan dengan bantuan rakan- rakan mereka dalam Pakatan Rakyat, iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP yang turut tidak melepaskan peluang menghantar pasukan penceramah mereka yang terdiri dari beberapa nama besar seperti Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Saifuddin Nasution dan Lim Guan Eng. Kekuatan parti pembangkang dalam memainkan isu politik amat jelas ditunjukkan semasa ceramah sehinggakan dilihat memberikan kesan yang besar, terutamanya ke atas pengundi atas pagar. Lim Kit Siang umpamanya dalam ceramah beliau di pekan Simpang berkata “... kita ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Dato’ Seri Najib kerana bebaskan sebahagian tahanan ISA, tetapi itu tidak cukup, kita mahu semua tahanan ISA dibebaskan dan Akta ISA itu sendiri dimansuhkan...”(Lim Kit Sing, 3 April 2009). Selain itu, dalam ceramah yang sama juga beliau telah memainkan isu yang dilarang untuk dibangkitkan oleh pihak berkuasa dalam mana- mana ceramah iaitu kes Altantuya kerana masih dalam perbicaraan di mahkamah. Ini berlaku apabila Lim Kit Siang bertanya kepada penonton identiti perempuan Mongolia yang dikaitkan dengan Dato’ Seri Najib. Tentu orang ramai menjawab nama yang berkenaan. Ini jelas memperlihatkan Lim Kit Siang melanggari peraturan yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa. BN juga turut menggunakan strategi ceramah, tetapi berbeza dari segi pendekatan. Timbalan Ketua Pemuda UMNO, YB Datuk Razali Ibrahim menjelaskan UMNO dan BN akan mengambil pendekatan yang berbeza, terutamanya dalam aspek ceramah apabila tidak lagi mengadakannya dalam skala yang besar, tetapi dilakukan menggunakan pendekatan mendekati pengundi dalam kelompok kecil (Utusan Malaysia, 1April 2009). Beberapa kumpulan yang telah dipecah-pecahkan akan bergerak serentak mendekati kumpulan kecil pengundi bagi memberikan penerangan secara lebih personal. Walaupun demikian, BN masih mengadakan beberapa
  49. 49. Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang 2009 44 ceramah dalam skala besar, terutamanya melibatkan pemimpin dan bekas pemimpin seperti Tan Sri Muhyiddin Yasin dan Tun Dr. Mahathir Mohamad. Selain itu, parti komponen lain dalam BN seperti MCA, MIC dan Gerakan turut membantu, selain Kimma dan IPF yang turut sama turun padang. Selain ceramah yang menjadi pendekatan utama dalam strategi kempen secara konvensional, turut memberikan kesan dalam pilihan raya kecil ini ialah kempen yang dilakukan dari rumah ke rumah. Kedua-dua parti utama yang bertanding telah menggunakan semaksimum mungkin pendekatan ini. Kempen juga turut dilakukan secara bersemuka dengan bertemu pengundi di tempat-tempat awam. Tempat-tempat awam seperti pasar harian, pasar malam dan kedai kopi telah menjadi pilihan kepada calon yang bertanding untuk mendekati pengundi. Calon PAS umpamanya, telah bertemu dengan pengundi di kedai kopi dan kedai runcit, Pasar Minggu Simpang Empat dan juga melawat Tadika Teck Seah Chee Heong Koh pada 2 April 2009 (Hujjah, 3 April 2009). Calon BN juga turut melakukan perkara yang sama apabila bertemu dengan para pengundi di PasarAwam Simpang pada 30 Mac 2009 (Harian Metro, 31 Mac 2009). Kedua-dua calon PAS dan BN menumpukan strategi ini kerana lebih berbentuk peribadi dan bertemu secara fizikal dengan pengundi. Pendekatan ini menyebabkan diari serta aktiviti calon agak padat bermula seawal subuh dan berakhir sehingga jam 1.00 hingga 2.00 pagi. Satu lagi strategi kempen secara konvensional yang digunakan oleh parti bertanding dalam pilihan raya kecil ini adalah dengan menunjukkan kekuatan secara psikologi semasa hari penamaan calon. Berdasarkan pemerhatian di lapangan pada hari penamaan calon, PAS telah berjaya dari segi psikologi berdasarkan kepada kehadiran sekitar 40,000 orang penyokong berbanding BN yang hanya merekodkan sekitar 10,000 penyokong. PAS dengan bantuan daripada rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat telah menggunakan sepenuhnya kesempatan semasa hari penamaan calon dengan menonjolkan imej parti serta calon yang bertanding. PAS juga memaparkan pelbagai kain rentang, sepanduk, bendera, poster dan barangan cenderemata berimej parti untuk memeriahkan suasana penamaan calon. Di samping itu juga, terdapat gerai yang menjual pelbagai barangan makanan, minuman, cakera padat, kaset dan bahan-bahan kempen. Namun begitu, perkara ini tidak berlaku ini di pihak BN. b) Strategi kempen berasaskan teknologi Strategi kempen yang kedua adalah berasaskan penggunaan teknologi. Bentuk teknologi yang digunakan meliputi komunikasi menerusi telefon, blog, laman sesawang sosial seperti Facebook, Myspace dan Twitter. PAS telah membangunkan laman sesawang khas untuk pilihan raya kecil ini yang mengandungi maklumat tentang profil calon, profil kawasan, jadual ceramah dan aktiviti calon. Laman sesawang ini turut memuatkan pautan
  50. 50. 45 Strategi Kempen Sebagai Pemasaran Politik dengan laman sesawang akhbar online PAS, Harakahdaily dan laman web PAS. Laman sesawang ini (www.prk059.org.my) telah memberikan kelebihan kepada PAS untuk menyampaikan maklumat dan berinteraksi secara langsung dengan pengundi. Berbanding dengan BN yang turut menggunakan teknologi maklumat tetapi hanya menggunakan laman sesawang UMNO Perak yang sedia ada (www.umnoperak.com.my). Namun begitu, pendekatan ini didapati tidak komprehensif dan interaktif berbanding dengan laman sesawang khas yang dibangunkan oleh PAS. Selain itu, web blog turut digunakan secara meluas dan memberi kelebihan kepada PAS apabila beberapa pemimpin utama parti mempunyai laman blog peribadi masing-masing dan mudah dihubungi. Web blog mereka dipautkan secara langsung dengan laman sesawang parti. Namun begitu, perkara ini tidak berlaku dalam UMNO. Beberapa blogger terkenal seperti Harris Ibrahim, Zorro Unmasked, Del Capo dan Sha OBE menampakkan kecenderungan untuk membantu kempen Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil ini (Hujjah, 3 April 2009). Penggunaan sistem pesanan ringkas (SMS) menerusi telefon bimbit telah digunakan oleh PAS semenjak dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu pada Januari 2009. Dalam pilihan raya kecil ini, calon PAS telah menghantar mesej kepada pengundi apabila namanya dicalonkan, selepas hari penamaan calon, menjelang hari mengundi dan setelah diisytiharkan sebagai pemenang. Keupayaan PAS mendapatkan maklumat nombor telefon bimbit pengundi melambangkan mereka bersedia sepenuhnya. Namun ini tidak berlaku kepada BN. Penghantaran mesej ke telefon bimbit mampu dilihat amat berkesan kerana berbentuk peribadi, cepat, kos yang murah dan capaian yang luas serta bersifat eksklusif. Penggunaan laman web televisyen (web TV) sebagai alternatif kepada media televisyen arus perdana juga agak berkesan dalam pilihan raya kecil ini. PAS mempunyai laman web TV sendiri, iaitu www.parti-pas.org. my yang boleh diikuti secara on-line sepanjang masa. Selain itu, web TV www. tvantara.org.my juga dilihat sering menyiarkan berita yang memihak kepada pembangkang. Di samping itu, portal berita alternatif Malaysiakini yang boleh dicapai menerusi www.malaysiakini.com.my turut menjadi agen kempen yang begitu efisyen dalam pilihan raya kecil ini. Kecenderungan ini agak popular dan sewajarnya harus diberikan perhatian oleh parti politik yang bertanding bagi mendekati dan memahami kehendak pengundi, terutamanya pengundi muda yang mempunyai akses meluas terhadap internet. PAS yang amat terhad dari segi penembusan bahan berita mengenai aktiviti dan kempen mereka di media arus perdana telah menggunakan sepenuhnya kemajuan teknologi ini bagi menjadi saluran alternatif untuk menyampaikan mesej mereka kepada pengundi. Setiap ceramah dan

×