Demokrasi dan Pilihan Raya Volume 1
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Demokrasi dan Pilihan Raya Volume 1

on

  • 2,405 views

 

Statistics

Views

Total Views
2,405
Views on SlideShare
2,083
Embed Views
322

Actions

Likes
0
Downloads
40
Comments
0

3 Embeds 322

http://umcedel.com 320
https://m.facebook.com&_=1391478955804 HTTP 1
https://www.facebook.com 1

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Adobe PDF

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

Demokrasi dan Pilihan Raya Volume 1 Demokrasi dan Pilihan Raya Volume 1 Document Transcript

  • DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) Jilid Volume Bil. No. Januari-Jun January-June ISSN: 2232-1756 1 1 2012 Kandungan Pendahuluan 1-4 Pendekatan Baharu ke Arah Pendemokrasian Negara 5-14 Dengan Menggunakan Model Ruangan Pengundian serta Aplikasi Sistem Maklumat Geografi dan Pilihan Raya Prestasi Parti yang Bertanding dalam Pilihan Raya Negeri 15-26 dan Parlimen di Sarawak, 1963-1974 Perkembangan Politik Kuala Lumpur, 1969 - 1999 27-42 PAS Di Kelantan Sehingga Pengisytiharaan Darurat 1977 43-60 Keputusan Pilihan Raya Umum 2008 dari Perspektif 61-86 Federalisme Gambaran Konflik Politik di Malaysia Berdasarkan 87-108 Maksud dan Penggunaan Kata-Kata serta Ungkapan dalam Akhbar Pilihan Raya dan Mobilisasi Politik di Kawasan 109-120 Pinggiran di Sarawak Sentimen Pengundi Kaum Cina Menjelang Pilihan Raya 121-138 Umum Ke-13 Guna dan Ganggu Ruang Maya oleh Barisan Nasional 139-150 Menjelang Pilihan Raya Umum Ke- 13 Rosmadi Fauzi, Amer Saifude Ghazali dan Mohammad Redzuan Othman Suffian Mansor dan Zulkanain Abdul Rahman Mazlan Ali, Zulkanain Abdul Rahman dan Amer Saifude Ghazali Md Rozimi Mohd Nasir dan Ahmad Kamal Ariffin Md Rus Nawi Abdullah dan Mazlan Ali Ahmad Ramizu Abdullah dan Salinah Jaafar Neilson Ilan Mersat ThockKerPongdanTanYenYee Badrul Azmier Mohamed @ Bakar, Mujibu Abd Muis, Azni Syafena Andin Selamat dan Syazliyati Ibrahim Prelim.indd 1 5/24/2012 9:29:55 AM
  • SIDANG PENGARANG (EDITOR BOARD) Ketua Editor (Chief Editor): Profesor Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman Editor: Sdr. Amer Saifude Ghazali Dr. Rosmadi Fauzi Dr. Nor Sulastry Yurni Ahmad Dr. Zulkanain Abdul Rahman LANGGANAN/SUBSCRIPTIONS Kadar langganan adalah seperti berikut: Dalam Malaysia: RM30.00 senaskah (termasuk bayaran pos) Luar Malaysia: US$30.00 senaskah (termasuk bayaran pos) Segala urusan mengenai langganan hendaklah ditujukan kepada: Ketua Editor Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMCEDEL) Pejabat Dekan, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur MALAYSIA Subscription rates are as follows: Within Malaysia: RM30.00 per copy (inclusive of postage) Outside Malaysia: US$30.00 per copy (inclusive of postage) Subscription and all business correspondence should be addressed to: The Chief Editor University of Malaya Centre for Democracy and Election (UMCEDEL) Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 50603, Kuala Lumpur MALAYSIA Prelim.indd 2 5/24/2012 9:29:55 AM
  • Pendahuluan Jurnal sulung Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMCEDEL), Jurnal Demokrasi dan Pilihan Raya diterbitkan sebagai salah satu wadah akademik bagi mengetengahkan hasil tulisan, penyelidikan, pandangan dan wacana akademik dalamkalanganparaakademik,paramahasiswa,parapengkajidanparapenulisyang ingin berkongsi ilmu tentang demokrasi dan pilihan raya yang mencakupi pelbagai perspektif. Jurnal yang diterbitkan buat julung-julung kalinya ini memaparkan sembilan buah artikel yang ditulis oleh penulis yang berlatarbelakangkan pelbagai bidang, tetapi mempunyai minat yang sama iaitu mengkaji tentang demokrasi dan pilihan raya. Jurnal akademik ini membuka tirai dengan menampilkan artikel yang berjudul “Pendekatan Baharu ke Arah Pendemokrasian Negara dengan Menggunakan Model Ruangan Pengundian serta Aplikasi Sistem Maklumat Geografi dan Pilihan Raya” yang ditulis oleh Rosmadi Fauzi, Amer Saifude Ghazali dan Mohammad Redzuan Othman. Artikel ini menarik dibaca kerana memberikan perspektif baru kepada politik kontemporari yang semakin mendapat perhatian umum dengan menggunakan instrumen baru yang masih belum banyak diterokai. Pendekatan kajiantentangpilihanrayayangmenggunakanmodelruangpengundiansepertimana yang dijelaskan oleh penulis sangat relevan dan sedang berkembang pesat apabila GIS diaplikasi dalam mengkaji tentang pilihan raya. Hasil kajian yang dilakukan berjaya menyakinkan bahawa GIS adalah penting sebagai satu cabang ilmu yang mampu meramalkan kecenderungan pengundian sehingga dapat mempengaruhi keputusan pilihan raya. Melalui pendekatan baharu yang semakin berkembang ini keputusan pilihan raya di Malaysia akan menjadi semakin boleh diramalkan pada masa akan datang. Tulisan Sufian Mansor dan Zulkanain Abdul Rahman yang berjudul “Kajian Tentang Prestasi Parti-Parti Bertanding dalam Pilihan Raya Negeri dan Parlimen di Sarawak, 1963-1974”, memaparkan persaingan politik yang berlaku di Bumi Kenyalang selepas negeri tersebut menyertai Malaysia. Pada peringkat awal persaingan di negeri tersebut melibatkan Parti PESAKA, BUMIPUTERA, SNAP dan SUPP. Walau bagaimanapun, melalui percaturan politik yang berlaku, Parti PESAKA dan BUMIPUTERA telah bersatu bagi membentuk Parti Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB) dan bergabung dengan SUPP di bawah lambang Barisan Nasional bagi membolehkan sebuah kerajaan yang lebih mantap diwujudkan di Sarawak. Pilihan raya tahun 1974 merupakan titik peralihan yang penting dalam perkembangan politik Sarawak menuju ke arah kestabilan apabila Parti PBB dan SUPP berjaya mendapat mandat yang lebih besar untuk memerintah negeri. Kemantapan politik ini terus menjadi kukuh apabila SNAP yang sebelum ini berada di pihak pembangkang turut menyertai kerajaan Barisan Nasional. Tulisan Mazlan Ali, Zulkanain Abdul Rahman dan Amer Saifude Ghazali merungkai situasi politik dengan menggunakan perspektif sejarah dalam perbincangan artikel yang berjudul, “Perkembangan Politik Kuala Lumpur 1969- 1999”. Artikel ini membincangkan perkembangan politik Kuala Lumpur dari tahun 1969 hingga 1999 yang mempunyai keunikannya yang tersendiri. Dalam Book 1.indb 1 5/24/2012 9:24:31 AM
  • 2 Demokrasi Dan Pilihan Raya perkembangan sejarah tanah air, tahun 1969 merupakan tahun tercetusnya peristiwa berdarah yang membawa kepada perubahan lanskap politik yang amat mencabar kepada semua kaum di Malaysia. Tempoh 1969-1999 merupakan masa yang memperlihatkan betapa kedudukan parti dalam kerajaan Barisan Nasional dan parti pembangkang saling bersaing bagi mendapatkan sokongan pengundi. Kedudukan politik Kuala Lumpur yang mampu mempengaruhi politik negara mendorong parti pemerintah dan parti pembangkang menggunakan seluruh kekuatan yang dimiliki untuk memenangi hati pengundi. Artikel “PAS di Kelantan Sehingga Pengisytiharan Darurat 1977” hasil tulisan Md Rozimi Mohd Nasir dan Ahmad Kamal Ariffin Md Rus pula mengetengahkan perkembangan politik dari perspektif sejarah di negeri Kelantan bermula dari tahun 1955 sehingga 1972 dan seterusnya diikuti dengan perkembangan kepada pengenalan darurat pada tahun 1977. Krisis politik di Kelantan yang bermula dengan krisis dalam partibertukarmenjadikrisisdalamkerajaanBarisanNasionalapabilaPASdisingkirkan daripada gabungan yang diwujudkan pada tahun 1974. Krisis politik yang berlaku di Kelantan ini kemudiannya bertukar menjadi ketidakstabilan keselamatan apabila tercetusnya demonstrasi rakyat bagi menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan PAS. Pilihan raya negeri yang diadakan secara mengejut pada tahun 1977 berakhir dengan kerajaan PAS yang berkuasa sejak tahun 1959 ditumbangkan dan digantikan dengan kerajaan Barisan Nasional di bawah teraju UMNO. Selepas berlangsungnya Pilihan Raya Umum Ke-12 pada tahun 2008, pelbagai pandangan telah dikemukakan oleh para sarjana, sama ada tempatan mahupun antarabangsa terhadap perubahan yang berlaku yang disifatkan sebagai “Tsunami Politik”. Artikel “Keputusan Pilihan Raya Umum 2008 dari Perspektif Federalisme” yang ditulis oleh Nawi Abdullah dan Mazlan Ali menghuraikan bagaimana pendekatan federalisme dalam konteks demokrasi di Malaysia berikutan kejayaan yang dicapai oleh parti pembangkang dalam Pilihan Raya Umum 2008. Dengan merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan, penulis menghuraikan pembahagian tugas dan tanggungjawab di antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri dalam senario baru yang wujud. Perbincangan yang dilakukan amat relevan apabila empat buah negeri (Kelantan, Pulau Pinang, Kedah dan Selangor) kini diterajui oleh kerajaan parti pembangkang, sedangkan di peringkat persekutuan kerajaan masih dikuasai oleh kerajaan Barisan Nasional. Perkembangan pesat dalam teknologi maklumat dan masyarakat yang semakin berpendidikan juga turut memberi impak kepada persepsi masyarakat terhadap politik. Perkara inilah yang cuba dibincangkan oleh tulisan Ahmad Ramizu dan Salinah Jaafar dalam artikel yang bertajuk “Gambaran Konflik Politik di Malaysia Berdasarkan Maksud dan Penggunaan Kata-kata serta Ungkapan Dalam Akhbar”. Dengan memilih kata-kata dan ungkapan yang menjurus kepada konflik yang boleh ditemui dalam tulisan yang diterbitkan oleh beberapa media cetak yang dipilih, penulis cuba memberikan interpretasi yang membawa kepada implikasi politik. Artikel yang dikemukakan ini menarik untuk diteliti apabila tafsiran dibuat terhadap perkataan yang digunakan yang secara langsung atau tidak langsung memberikan impak yang positif atau negatif kepada pembaca dan seterusnya memberikan kesan kepada kecenderungan mengundi. Neilson Ilan Mersat yang mempunyai kepakaran dalam meneliti perkembangan politik di negeri Sarawak pula tampil dengan artikel yang berjudul “Pilihan Raya Book 1.indb 2 5/24/2012 9:24:31 AM
  • 3Pendahuluan dan Mobilisasi di Kawasan Pinggiran di Sarawak”. Perbincangan yang dilakukan cuba memberikan perspektif politik Sarawak dari kaca mata seorang pengkaji yang sememangnya mahir tentang perkembangan politik tempatan. Kajian yang dilakukan melibatkan kawasan pinggiran, membincangkan pendekatan tradisional atau konvensional yang diguna pakai oleh pelbagai parti politik dan individu dalam usaha meraih sokongan dan undi dari masyarakat tempatan dalam pilihan raya. Pelbagai kaedah yang digunakan dalam kempen pilihan raya yang diutarakan oleh penulis berjaya memaparkan bagaimana pelbagai budaya yang terdapat di Sarawak diterjemahkan menjadi budaya politik. Pendekatan ini ternyata masih releven dalam konteks negeri Sarawak sehingga berupaya menyaingi ledakan teknologi maklumat yang berlaku pada masa kini. Artikel Thock Ker Pong dan Tan Yen Yee berjudul “Sentimen Pengundi Kaum Cina Menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13” sangat menarik dikaji oleh mereka yang berminat memahami sentimen politik orang Cina. Ini adalah kerana artikel ini cuba mengupas bagaimana persepsi masyarakat Cina terhadap pembaharuan yang dilaksanakan oleh UMNO dalam usaha mendapat sokongan mereka dalam pilihan raya akan datang. Perbezaan cara berfikir masyarakat Cina dan kepimpinan orang Cina yang diketuai MCA sebagaimana yang dihuraikan oleh artikel ini ternyata tidak sepenuhnya difahami oleh UMNO. Lantaran itu, pelbagai usaha yang dilakukan oleh UMNO bagi memenangi hati masyarakat Cina terbukti tidak membuahkan hasil sebagaimana yang diharapkan. Selain itu, dalam artikelnya Thock turut menekankan tentang isu konflik kepimpinan dalam parti, isu pendidikan, isu pilihan raya kecil dan sebagainya. Ternyata, isu-isu tertunggak yang masih belum diselesaikan akan mempengaruhi sentimen orang Cina dan akan membabitkan masyarakat tersebut mencorakkan pola pengundian mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti. Jurnal Demokrasi dan Pilihan Raya jilid sulung ini diakhiri dengan artikel yang berjudul “Guna dan Ganggu Ruang Maya oleh Barisan Nasional Menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13” hasil nukilan Badrul Azmier Mohamed, Mujibu Abd Muis, Azni Syafena Andin Selamat dan Syazliyati Ibrahim. Artikel ini cuba menonjolkan bagaimana Barisan Nasional cuba sedaya upaya untuk mengawal ruang maya bagi mempengaruhi pengundi. Penggunaan pelbagai akta yang bertujuan bagi mengawal dan mengekang media ini telah membuka ruang kepada perbincangan tentang konsep yang dikenali sebagai ‘ganggu’ dan ‘kuat kuasa’ dalam penggunaan media oleh rakyat Malaysia, menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13. Artikel ini memaparkan bagaimana guna dan ganggu ruang akan digunakan oleh Barisan Nasional dalam usaha mengekalkan hegemoni politik bagi mengekalkan kuasa politik yang diwarisi sejak lebih separuh abad yang lalu. Penampilan sembilan artikal dalam jurnal sulung Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) diharapkan mampu mencetuskan wacana tentang politik dan amalan demokrasi di Malaysia. Menjadi harapan kepada sidang pengarang jurnal supaya jurnal ini terus melangkah kehadapan dengan partisipasi dan sumbangan daripada ramai lagi sarjana politik bagi membolehkan penampilannya terus mantap pada masa-masa akan datang. Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman Ketua Pengarang Book 1.indb 3 5/24/2012 9:24:31 AM
  • Book 1.indb 4 5/24/2012 9:24:31 AM
  • Pendekatan Baharu Ke Arah Pendemokrasian Negara Dengan Menggunakan Model Ruangan Pengundian Serta Aplikasi Sistem Maklumat Geografi Dan Pilihan Raya Rosmadi Fauzi Amer Saifude Ghazali Mohammad Redzuan Othman Abstract The Spatial Voting Model is a common device used by geographical experts to analyse elections. The model which is based on the Spatial Voting Theory has dominated the field of political science for more than three decades, especially in Western countries. Nevertheless, in Malaysia, this theory is still a novelty and is not widely used in examining the elections. Today, in our assessment towards the domestic political phenomena that is more and more open to the globalisation process, the voting pattern must be viewed from a new angle, which is the spatial angle. The latest development in the information technology especially the Geographical Information System (GIS) has offered several capabilities for the spatial analysis to be conducted more conveniently, efficiently and effectively. The capacity of the adoption of GIS has been used to analyse and measure the spatial information for the variables used in forming a model. The Spatial Voting Model takes into consideration the importance of the spatial factors towards the decisions and voting actions such as the distance, location and the type of the constituency area, as well as the neighbouring influence that prevails in the border of the election that takes place. Keywords: Spatial Voting Model, GIS and The Election Pengenalan Beberapa dekad kebelakangan ini, corak pengundian dan keputusan dalam pilihan raya negara telah berubah kerana banyak dipengaruhi oleh perubahan yang berlaku dalam atmosfera politik domestik. Jika meneliti kepada keputusan pilihan raya kebelakangan ini, kita dapat melihat satu permulaan kepada perubahan medan politik negara Malaysia. Keputusan pilihan raya sejak kebelakangan ini membawa makna yang mendalam kepada semua parti politik di Malaysia di samping mempunyai makna tersendiri terhadap budaya politik. Ramai penganalisis cuba memberikan tumpuan kepada fenomena “politik baharu” yang muncul berikutan Book 1.indb 5 5/24/2012 9:24:31 AM
  • 6 Demokrasi Dan Pilihan Raya berlakunya perubahan drastik dalam keputusan pilihan raya bermula dari tahun 1999 sehingga Pilihan Raya Umum 2008 yang lalu. Walau bagaimanapun, sudut kajian pilihan raya lebih tertumpu kepada faktor deskriptif dan kualitatif dengan elemen ruangan biasanya kurang diambil kira dalam melihat corak pengundian. Ahli geografi percaya semua yang berlaku itu ada fenomena ruangannya yang tersendiri sedangkan analisis politik dari segi ruangan masih belum banyak dilakukan, terutamanya dalam kajian di Malaysia. Lantaran itu, corak pengundian harus dilihat dari sudut baru, iaitu ruangan di samping sudut bukan ruangan, terutamanya dalam menilai corak pengundian yang semakin menerima pengaruh besar daripada proses globalisasi. Peranan faktor ruangan ke atas keputusan dan tindakan dalam pengundian di sempadan sesuatu kawasan pilihan raya merupakan elemen penting dalam pengkajian geografi politik yang melihat kepada elemen ruangan. Perkara ini turut disokong oleh Rachagan (1982) yang menyatakan bahawa kesan politik geografi sesuatu kawasan itu sangat mempengaruhi keadaan politik kawasan tersebut dan kawasan-kawasan lainnya yang menjelaskan tentang kepentingan elemen geografi dan ruang dalam mengkaji politik sesuatu kawasan. Kepentingan proses-proses ruangan dikaji untuk melihat peranan faktor ruangan ke atas keputusan dan tindakan individu dalam pengundian seperti pengaruh kejiranan yang berlaku dalam sesuatu wilayah atau sempadan sesuatu kawasan. Teori dan Model Ruangan Pengundian Kini, Sistem Maklumat Geografi (GIS) yang merupakan salah satu teknologi maklumat yang berkembang begitu pesat telah diaplikasikan dalam bidang pilihan raya bagi pembentukan model ruangan. Model ruangan pengundian membolehkan kita melihat dan meramalkan corak pilihan raya dengan lebih berkesan lagi dari sudut ruangan. Model ruangan pengundian yang akan dibentuk dapat memenuhi kedua-dua bidang iaitu ruang dan bukan ruangan dengan integrasi GIS untuk menjalankan analisis ruangan bersama dengan analisis regresi dalam pembentukan model. Modelruanganpengundianmerupakansatukaedahyangpalingluasdigunakan untuk mengkaji pilihan raya di negara Barat. Model ini adalah berasaskan kepada Teori Ruangan Pengundian yang telah diperkenalkan oleh Downs (1957) dan Black (1958) yang telah melahirkan satu kajian literatur yang meluas dalam arena pilihan raya umum. Selepas itu sumbangan oleh Davis dan Hinich (1966), Kadaene (1972), Shepsle (1972), Hinich dan Pollard (1981), Shepsle dan Weingstag (1981), Enelow dan Hinich (1982), Hinich dan Munger (1994) telah menggantikan Teori Ruangan Pengundian kepada satu landasan teoritikal yang lebih kemas. Teori Ruangan Pengundian ini telah diuji secara empirikal dalam konteks yang berbeza-beza dengan menggunakan metodologi yang pelbagai dalam pengkajian pilihan raya. Hinich merupakan pengkaji yang telah banyak mempraktikkan teori ini dalam pelbagai kajiannya, iaitu bidang pilihan raya yang berdasarkan ruangan. Di antaranya, Enelow dan Hinich (1984), telah menggunakan Metodologi Cahoon- Hinich untuk mengkaji ideologi dan isu pilihan raya dengan melihat kepada perspektif ruang. Selain dari itu, Hinich dan Odershook (1978) turut menggunakan teori ini untuk mengkaji Pilihan Raya Presiden di Amerika Syarikat. Manakala Lin, Chu dan Hinich (1996) telah menggunakan metodologi yang sama untuk mengkaji Pilihan Raya Presiden di Taiwan, begitu juga Hinich, Khmelo dan Odershook (1999) Book 1.indb 6 5/24/2012 9:24:31 AM
  • 7Pendekatan Baharu Ke Arah Pendemokrasian Negara telah menggunakan kaedah yang sama iaitu mengambil kira faktor ruangan untuk mengkaji pilihan raya di Ukraine. Kesinambungan daripada teori ini juga, Rusk dan Weisberg (1972), Aldrich dan Mckelvey (1973) dan Poole dan Rosenthal (1982) telah menggunakan kaedah statistik alternatif dengan menggunakan teknik skala non metrik yang berbeza dalam mengkaji pilihan raya berdasarkan kepada ruangan. Walaupun teori ruangan bagi pilihan raya ini telah mendominasi sains politik lebih daripada tiga dekad, khususnya di negara Barat, tetapi di Malaysia, teori ini masih baru dan tidak banyak digunakan dalam mengkaji pilihan raya. Pembentukan model untuk meramal corak pengundian di Malaysia sebelum ini dilakukan tanpa melibatkan analisis ruangan dan komputer sebagai elemen sokongan yang perlu. Dalam melihat senario politik Malaysia masa kini, ramai sarjana politik yang mengkaji pengundian kebanyakannya tertumpu kepada bidang sains politik, seperti isu perlembagaan, ideologi parti, proses demokrasi, amalan good governace, isu calon, penyertaan politik dan budaya kepimpinan politik, sokongan politik dan peratusan keluar mengundi (Ratnam 1967; Goldman 1971; Gomez 1998; Rizal 2002; Nidzam 2002; Mohammad Agus 2005). Model-model pengundian yang telah diperkenalkan banyak yang menjurus kepada model dalam bidang sains politik yang menekankan kepada faktor-faktor bukan ruangan, seperti atribut-atribut pengundi, parti politik, isu pilihan raya, etnik, calon parti, gender dan sebagainya (Roslina 2002, Rizal 2002, Nidzam 2002). Walau bagaimanapun, terdapat satu pengkajian yang mengambil kira faktor wilayah sebagai faktor ruangan dalam mengkaji pilihan raya umum tetapi hanya melihat proses pilihan raya dari sudut profil wilayah dan isu politik kewilayahan (Mohd Fuad dan Sabihah 2002). Pembentukan Model Ruangan Pengundian Dalam pemodelan ruangan pengundian di Malaysia, GIS digunakan bagi memperlihatkan corak ruangan di kawasan pilihan raya, iaitu ditambah dengan analisis statistik. Model ruangan yang dibentuk adalah menggabungkan faktor ruangan yang terdiri daripada indeks kepadatan sempadan pilihan raya, jarak ibu negeri ke DUN, jarak pusat bandar ke DUN dan jarak universiti ke DUN. Model ruangan pengundian ini bertujuan melihat peranan faktor-faktor ruangan dalam meramal keputusan pilihan raya. Pembentukan model ruangan pilihan raya ini adalah berdasarkan faktor-faktor ruangan yang telah dikenal pasti mempengaruhi majoriti undi sebagai keputusan dalam pilihan raya. Model ini secara amnya boleh dinyatakan sebagai : Majoriti Undi = f (K,I,U,B) KP = Keputusan Pilihan Raya K = Indeks Kepadatan I = Jarak ibu negeri U = Jarak universiti B = Jarak pusat bandar Book 1.indb 7 5/24/2012 9:24:31 AM
  • 8 Demokrasi Dan Pilihan Raya Pemboleh ubah bersandar merupakan keputusan pilihan raya, termasuklah data metrik, manakala pemboleh ubah tidak bersandar terdiri daripada data metrik dan bukan metrik. Pembentukan model ruangan pengundian ini adalah berdasarkan statistik menggunakan kaedah regresi. Tujuan penggunaan kaedah regresi adalah untuk meramal perubahan dalam pemboleh ubah bersandar yang merupakan keputusan pilihan raya sebagai reaksi ke atas perubahan beberapa pemboleh ubah tidak bersandar yang terdiri daripada faktor-faktor ruangan yang mempengaruhi pengundian. Ringkasan konsepsual pembentukan model ruangan pilihan raya boleh dirujuk dalam Rajah 1. Secara konsepsual kajian adalah bermula daripada keputusan pilihan raya dan pembahagian faktor ruangan yang mempengaruhi pengundian, analisis ruangan yang dijalankan ke atas setiap faktor menggunakan teknik GIS sehinggalah kepada pemodelan ruangan yang menggunakan analisis statistik. Bagi pembentukan model ruangan, terdapat dua pemboleh ubah iaitu pemboleh ubah bersandar dan pemboleh ubah tidak bersandar. Penyediaan Pangkalan Data Model Ruangan Menggunakan GIS Pada peringkat ini pengenalpastian keperluan data yang akan dijadikan input dalam pembentukan model pengundian dilakukan. Data-data ruangan yang dibentuk adalah berhubung rapat dengan model ruangan yang akan dibentuk. Data ruangan KEPUTUSAN PILIHAN RAYA FAKTOR Ruangan Jarak Pusat Jarak Universiti Jarak Ibu Negeri Perletakan DUN Atribut Lokasi Atribut Lokasi Perletakan DUN Perletakan DUN Atribut Lokasi Perletakan DUN Indeks Kepadatan Atribut Struktur Analisis Rangkaian Analisis Rangkaian Data Ruangan dari analisis GIS Pengolahan Data Ruangan MODEL RUANGAN PENGUNDIAN Analisis Rangkaian Analisis Kepadatan Rajah 1: Rangka Konsepsual Pembentukan Model Ruangan Pengundian Book 1.indb 8 5/24/2012 9:24:31 AM
  • 9Pendekatan Baharu Ke Arah Pendemokrasian Negara yang dikumpulkan akan ditransformasikan kepada data digital. Peta sempadan pilihan raya kawasan kajian dilakukan pengimbasan, pendaftaran peta dan proses pendigitan. Kesemua data ditransformasikan kepada format perisian GIS dengan menggunakan kemudahan konversi data. Semua data tersebut diproses menjadi satu bentuk yang seragam untuk memudahkan analisis. Kaedah pengolahan GIS digunakan bagi membangunkan pangkalan data dalam kajian pemodelan ruangan pengundian ini. Kemampuan mengolah data ruangan serta menjalankan proses seperti pengumpulan data, penyimpanan, pengurusan data, menganalisis dan memaparkan data menjadikan perisian GIS digunakan dalam pelbagai bidang serta mampu menyelesaikan masalah ruangan. Pada peringkat pengolahan GIS, data untuk faktor yang diperoleh daripada pengolahan pangkalan data GIS akan digunakan dalam pembentukan model ruangan. Keupayaan analisis yang terdapat dalam GIS seperti penindanan peta, analisis jarak, pengkelasan semula dan analisis kejiranan dapat digunakan untuk menyediakan maklumat ruangan dan pertalian ruangan yang boleh digunakan dalam proses pembuatan keputusan. Maklumat-maklumat ini akan dianalisis serta hasilnya akan dipaparkan secara pemetaan. Paparan ini dapat digunakan untuk melihat arah dan corak pengundian, mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi pengundian dengan kemampuan model yang dibentuk. Analisis ruangan digunakan untuk menghasilkan maklumat tambahan untuk meningkatkan struktur ruang atau hubungan di antara maklumat geografi yang berkaitan. Antara analisis yang digunakan dalam kajian ini adalah analisis rangkaian yang digunakan dalam pembangunan peta-peta seperti jarak ke pusat bandar, jarak ke ibu negeri dan jarak terdekat ke universiti serta analisis pengkelasan semula dan analisis kepadatan. Selain itu, analisis jarak terdekat turut digunakan bagi mendapatkan jarak terdekat iaitu jarak terdekat pusat bandar-DUN, jarak terdekat ibu negeri-DUN dan jarak terdekat universiti-DUN. Analisis jarak terdekat dibangunkan dengan menggunakan peta asas kawasan kajian poligon, peta titik bagi mewakili lokasi pusat bandar, universiti dan ibu negeri, peta jalan raya bagi menghubungkan DUN dengan lokasi-lokasi yang dinyatakan di atas serta titik tengah DUN (Sila lihat Rajah 2). Konsep jarak terdekat yang digunakan adalah dalam aplikasi analisis rangkaian yang menggunakan ekstensi: Shortest Network Path yang terdapat dalam dalam perisian Arc View. Rajah 2: Analisis Ruangan Menggunakan GIS Book 1.indb 9 5/24/2012 9:24:31 AM
  • 10 Demokrasi Dan Pilihan Raya Aplikasi Ruangan Model Pengundian Secarakeseluruhannyamodelyangdibangunkanmengambilkirafaktor-faktorlokasi dan jarak sebagai pemboleh ubah ruangan dalam pemodelan. Ini bertujuan untuk melihat peranan faktor-faktor yang dicadangkan mewakili faktor ruangan dalam meramal keputusan pilihan raya. Dalam model ruangan yang dibangunkan, faktor lokasi yang mewakili elemen ruangan dalam kajian mempertimbangkan pengaruh kejiranan dan interaksi dalam penyebaran maklumat antara sempadan pilihan raya iaitu DUN dengan pusat-pusat yang dilihat sebagai penyebaran maklumat pilihan raya. Faktor lokasi mengkaji pengaruh ruangan terhadap organisasi yang terdapat dalam ruang informasi, penyebaran sesuatu idea baru atau penyebaran maklumat tentang pilihan raya seperti calon, parti, isu dan ideologi. Menurut Hägerstrand (1967), maklumat boleh disampaikan dengan dua cara iaitu pertama secara awam, seperti bahan bercetak dan media massa dan yang kedua secara persendirian iaitu melalui surat atau lisan. Dari segi penerimaan pula menurut beliau, cara kedua selalunya adalah lebih penting walaupun maklumat yang dihebahkan melalui media massa telah diterima. Beliau berpendapat bahawa sifat geografi komunikasi antara penerima maklumat (pengundi) merupakan satu faktor penting dalam resapan penerimaan maklumat. Dengan melihat kepada faktor jarak terdekat, Hägerstrand telah menggambarkan secara tidak langsung struktur medan maklumat. Secaraumumnyadarisegipengaruhkepentinganpembolehubahterhadapmodel yang dibentuk, faktor kepadatan merupakan faktor yang sangat mempengaruhi terhadap keputusan pengundian di kawasan kajian, diikuti faktor lokasi iaitu jarak terdekat DUN ke pusat bandar dan jarak terdekat DUN ke ibu negeri serta jarak terdekat DUN ke universiti. Pembolehubah indeks kepadatan telah menunjukkan tahap kepentingan yang tertinggi. Indeks kepadatan sering digunakan sebagai salah satu ciri untuk menggambarkan bentuk. Dalam hasil kajian ini, DUN yang padat dari segi indeksnya menunjukkan bahawa penyebaran maklumat pilihan raya lebih cepat berlaku kerana bentuk DUN yang padat dilihat boleh menyebabkan interaksi di antara pengundi lebih mudah dalam penyampaian informasi parti dan ideologi atau isu pilihan raya terutamanya kepada parti pembangkang yang menjalankan modus operandinya melalui ceramah dan penyebaran risalah di kawasan tumpuan orang ramai. Manakala jarak terdekat di antara DUN ke pusat bandar merupakan faktor kedua terpenting dalam menyumbangkan kepada keputusan undi pilihan raya. Menurut teori ruangan pengundian, proses perbandaran turut dilihat memainkan peranan penting dalam pengundian bagi sesuatu pilihan raya. Kajian yang dijalankan oleh Morrill (1965) menunjukkan bahawa salah satu faktor yang menyebabkan satu idea atau maklumat merebak adalah berdasarkan kepada perkembangan daerah perniagaan pusat yang berjiran dan kemajuan pengangkutan dalam pusat bandar. Proses penerimaan sesuatu maklumat itu adalah dipengaruhi oleh jauhnya jarak dari bandar. Maklumat dan idea diterima lebih cepat di pusat bandar dan maklumat itu kemudian tersebar dengan amat mudah dalam kalangan penduduk yang tinggal dengan pusat-pusat penerimaan tersebut (kesan kejiranan). Proses perbandaran turut dilihat memainkan peranan penting dalam pengundian bagi sesuatu pilihan raya itu dan kesan politik geografi sesuatu kawasan sangat mempengaruhi keadaan politik kawasan tersebut serta kawasan-kawasan lain (Rachagan, 1982). Kajian yang dijalankan oleh Morrill (1965) mendapati bahawa salah satu faktor Book 1.indb 10 5/24/2012 9:24:31 AM
  • 11Pendekatan Baharu Ke Arah Pendemokrasian Negara yang menyebabkan satu idea atau maklumat merebak adalah berdasarkan kepada perkembangan daerah perniagaan pusat yang berjiran dan kemajuan pengangkutan dalam pusat bandar raya. Selain itu, kajian yang dilakukan oleh Berry (1972) di Great Britain mendapati bahawa proses-proses resapan maklumat bermula di bandar-bandar besar dalam sesuatu daerah dan kemudian penerimaan tersebut tersebar ke tempat-tempat lain yang lebih kecil. Proses penerimaan sesuatu maklumat itu dipengaruhi oleh jauhnya jarak dari bandar raya. Maklumat dan idea diterima lebih cepat di pusat bandar dan kemudian tersebar dengan amat mudah dalam kalangan penduduk yang tinggal di pusat-pusat penerimaan tersebut (kesan perjiranan). Dalam hasil kajian ini analisis jarak sesuatu kawasan dengan pusat bandar, kawasan separa bandar dan luar bandar telah diambil kira dan didapati wujudnya pertalian ruangan antara keputusan pilihan raya dengan jarak di sesuatu kawasan pilihan raya dengan pusat bandar. Pada hari ini cara hidup masyarakat di pusat bandar besar seperti di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru telah memperlihatkan kemunculan pengaruh gaya hidup dengan gayanya tersendiri. Secara tidak langsung hasil kajian ini dapat melihat sama ada terdapat trend dalam keputusan pilihan raya di kawasan luar bandar, separa bandar dan bandar. Seterusnya, jarak terdekat DUN ke ibu negeri merupakan faktor yang ketiga penting dalam mempengaruhi undi dalam pilihan raya di kawasan kajian. Ibu negeri dianggap sebagai sebuah pusat maklumat, perniagaan, ekonomi, pentadbiran dan sosial. Menurut Hägerstrand, resapan tentang sesuatu maklumat selalunya bermula di bandar raya ibu negara, kemudian ia merebak ke bandar-bandar besar dan akhirnya ke bandar-bandar kecil. Maklumat merebak menurut hieraki dari bandar besar ke bandar kecil. Ini turut disokong dalam model graviti iaitu interaksi adalah lebih tinggi di antara bandar raya–bandar raya besar. Resapan berhieraki ini telah menjadi satu konsep geografi yang penting dan ia sama dengan kesan kejiranan yang melihat kepada faktor jarak terdekat. Hasil daripada kajian didapati bahawa perhubungan dan penyebaran maklumat dalam sempadan dipengaruhi oleh faktor jarak terdekat antara ibu negeri dan DUN untuk sampai kepada penerima maklumat. Dalam pemodelan terdapat empat buah ibu negeri iaitu Kangar, Georgetown, Alor Setar dan Ipoh dilihat sebagai pusat penyebaran maklumat terutamanya mengenai pilihan raya kepada para pengundi dalam setiap DUN. Faktor jarak terdekat antara DUN dan universiti turut merupakan faktor yang mempengaruhi kepada keputusan undi dalam pembentukan model pengundian. Universiti merupakan salah satu pusat sumber maklumat dan gedung ilmu. Walaupun dalam kes Malaysia para pelajar tidak digalakkan supaya aktif dalam politik, tetapi secara tidak langsung wujud budaya politik di universiti dan ini dibawa keluar dari universiti kepada orang ramai. Hasil kajian ini, universiti turut dilihat sebagai satu entiti yang menjadi sumber maklumat politik dan pilihan raya. Secara teori hubungannya adalah positif, iaitu semakin dekat jarak universiti dengan kawasan DUN semakin tinggi maklumat tentang pilihan raya dapat disebarkan kepada para pengundi. Kita sedia maklum, walaupun pihak kerajaan telah melarang institusi pengajian tinggi daripada terlibat dengan aktiviti pilihan raya tetapi secara tidak langsung universiti sebenarnya turut menyumbang kepada informasi politik. (Melalui kursus yang ditawarkan oleh universiti yang mengkhusus kepada politik sebenarnya Book 1.indb 11 5/24/2012 9:24:31 AM
  • 12 Demokrasi Dan Pilihan Raya mewujudkan masyarakat ‘celik politik’ di dalam kampus.) Maklumat dari dalam universiti disebarkan secara resapan dari dalam kampus keluar ke sempadan DUN yang bersempadan dan berdekatan. Selain itu aktiviti-aktiviti ilmiah yang dijalankan di universiti juga secara tidak langsung membawa informasi keluar kepada pengundi-pengundi yang berdekatan yang berhubung kait dengan pilihan raya. Dalam kajian ini hanya universiti awam diambil kira dalam pembentukan model. Oleh itu untuk meningkatkan penglibatan universiti dalam perspektif lokasi ini tingkat kehampiran yang baik di antara universiti dengan DUN-DUN pilihan raya perlu diperoleh. Kesimpulan Menerusi kajian ini, kefahaman tentang proses dan senario pengundian negara dapat ditingkatkan. Menerusi model ruangan yang dibentuk dengan menggunakan GIS, akan membolehkan ramalan pengundian pada masa hadapan di kawasan yang terpilih dilakukan. Selain itu, kajian ini merupakan suatu sumbangan yang baru, terutamanya dalam pilihan raya negara. Model ruangan yang dibentuk boleh membantu pembentukan dasar negara atau Rancangan Malaysia. Menerusi maklumat-maklumat ruangan dan data-data yang dianalisis dapat memberikan gambaran dan maklumat kepada pihak kerajaan dalam merencanakan polisi kerajaan. Selain itu, kelebihan pemodelan ruangan ini terletak pada penggunaan beberapa pemboleh ubah baru terutama pemboleh ubah ruangan. Sumbangan faktor ruangan seperti jarak terdekat DUN dengan pusat bandar, jarak terdekat DUN dengan ibu negeri dan indeks kepadatan DUN merupakan satu penemuan baru dalam kajian ini. Di sini dapat dibuktikan bahawa faktor ruangan turut mempengaruhi kepada undi pemerintah dan model ruangan adalah salah satu model yang penting dalam melihat corak pengundian. Jika dibandingkan dengan model pengundian yang lain di Malaysia, maka boleh dirumuskan bahawa model ruangan dengan mengambil kira faktor ruangan dan analisis ruangan belum pernah digunakan oleh pengkaji di Malaysia dalam meramal keputusan pilihan raya. Tahap kepentingan pemboleh ubah kebanyakannya ditentukan oleh ahli sains politik yang mengkaji tingkah laku mengundi sedangkan faktor-faktor geografi atau ruangan adalah berbeza-beza dari segi lokasinya. Oleh yang demikian, model ini lebih berbentuk statistik dan objektif berbanding pengadilan oleh pakar politik kerana ia berdasarkan pemboleh ubah yang dikenal pasti dan diterima pakai oleh ramai pengkaji dan telah disesuaikan di Malaysia. Dalam pada itu, kajian ini juga akan membuka satu ruang baru dalam pengkajian bidang politik itu sendiri terutamanya di Malaysia. Kajian ini akan memantapkan penggunaan GIS dalam bidang politik dan analisis ruangan khususnya dalam melihat perubahan aktiviti-aktiviti penduduk dan politik negara. Paradigma pergantungan kepada peta dan data-data analog dalam menilai corak dan pola serta kesan pengundian yang melibatkan data ruangan dapat diperbaiki. Dalam kajian ini elemen analisis statistik ruangan digunakan. Dengan memasukkan elemen statistik dalam GIS secara tidak langsung telah berjaya meningkatkan lagi keupayaan yang ada pada GIS, terutamanya yang melibatkan analisis ruangan. Book 1.indb 12 5/24/2012 9:24:31 AM
  • 13Pendekatan Baharu Ke Arah Pendemokrasian Negara Keupayaan GIS dalam mengurus dan mengolah data ruangan dan bukan ruangan dapat memastikan analisis yang dijalankan lebih cepat dan cekap. Rujukan Aldridge, J. and R. Mckelvey. (1977) A Method of Scaling with Applications to the 1968 and 1972 Presidential Elections. American Journal of Political Science Review 71: hlm. 111-30. Berry, B. J. L. (1972) Hierarchical diffusion: the basis of filtering and spread in a system of grwoth centers. Dalam: N. Hansen, (ed). Growth Center in Regional Economic Development. New York: Free Press, hlm. 108-138. Black, D. (1958) The Theory of Committees and Elections, Cambridge University Press, Cambridge. Cahoon, Lawrence, Melvin J. Hinich dan Peter Odershook. (1978) A Statistical Multidimensional Scaling Method Based on The Spatial theory of Voting. In Graphical Analysis Representation of Multivariate Data. (Editors) P.C. Wang. Academic Press, New York. Davis, O. & Hinich, M. (1966) A mathematical model of policy formation in a democratic society. Dalam: J. Bernd (ed). Mathematical Applications in Political Science II. Dalls: Southern Methodist University Press Downs, A. (1957) An Economic Theory Of Democracy. New York, New York: Harper & Row. Enelow, James dan Melvin J. Hinich. (1982) Ideology, Issues and the Spatial Theory of Elections. American Political Science Review, 76: hlm. 493-501. Goldman, J. (1971) Party support in west Malaysia: result of the first stage of an ecological enquiry. Asian Survey, 11(6), hlm. 582-609. Gomez, E. T. dan Jomo, K. S. (1998) Authoritarianism, elections and political change in Malaysia. Public Policy, 2(3), hlm. 113-144. Hägerstrand, T. (1967) Innovation diffusion as a spatial process. Chicago: University of Chicago Press. Hinich M.J, Pollard W. (1981) A New Approach to the Spatial Theory of Electoral Competiton, American Journal of Political Science, Volume 25, Issue 2, hlm. 323- 341. Hinich, Melvin J. dan Michael C. Munger. (1997) Analytical Politics. Cambridge: Cambridge University Press. Hinich, Melvin J., Valeri Khmelko dan Peter Odershook. (1999) “A Spatial Analysis of Ukraine’s 1998 Parliamentary election.” Post-Soviet Affairs 15: hlm. 149-85. Kadane, J.B .(1972) On The Division Of The Question, Public Choice 13 : hlm. 47-54. Lin, Tse-Min, Yun-Han Chu dan Melvin J. Hinich. (1996) “Conflict Displacement and Regime Transition in Taiwan: A Spatial Analysis.” World Politics 48: hlm. 453-81. Maizatul Haizan Mahbob dan Mohd Zain Musa. (2005) Tinjauan baru politik Malaysia. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Mohammad Agus Yusoff. (2005) Putrajaya sebagai Wilayah Persekutuan:Isu-isu perlembagaan danpolitik. Dalam:MaizatulHaizanMahbob&MohdZainMusa. (2005) Tinjauan baru politik Malaysia. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Book 1.indb 13 5/24/2012 9:24:31 AM
  • 14 Demokrasi Dan Pilihan Raya Mohd Fuad Mat Jali dan Sabihah Osman.(2002) Politik Wilayah dan Politik Nasional dalam Pilihan Raya Umum 1999, dalam: Mohd Yusof Kasim & Azlan Ahmad, (eds). Politik Baru dalam Pilihan Raya Umum. Bangi: Penerbit UKM. Morrill, R. L. (1965) The negro ghetto: problems and alternatives. Geographical Review, 55, hlm. 339-361. Nidzam Sulaiman & Bilcher Bala. (2002) Persaingan Parti dan Demokrasi Malaya. Dalam: Mohd Yusof Kasim & Azlan Ahmad, (eds). Politik Baru dalam Pilihan Raya Umum. Bangi: Penerbit UKM Poole, Keith T. dan Rosenthal, Howard. (1984) “U.S. Presidential Elections 1968- 1980: A Spatial Analysis.” American Journal of Political Science, 28 (May 1984): hlm. 283-312. Rachagan, S. S. (1982) Geografi politik. Dalam: Y. Mansoor, (ed). Dasar Ilmu Politik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ratnam, K. J. (1967) Comunalism and the political process in Malaya. Kuala Lumpur: University of Malaya Press. Rizal Yaakop dan Jumaat Abd. Moen. (2002) Politik Etnik dan Perkembangan Politik Baru. Dalam: Mohd Yusof Kasim & Azlan Ahmad, (eds). Politik Baru dalam Pilihan Raya Umum. Bangi: Penerbit UKM. Roslina Ismail dan Roslina Rosli. (2002) Wanita dan politik baru dalam Pilihan Raya Umum 1999 Dalam: Mohd Yusof Kasim & Azlan Ahmad, (eds). Politik Baru dalam Pilihan Raya Umum. Bangi: Penerbit UKM. Rosmadi Fauzi. (2008). “Corak Pengundian Di Kelantan: Satu Analisis Ruangan Berasaskan Sistem Maklumat Geografi”, dalam Hamirdin Ithnin, Amer Saifude Ghazali, Abdul Rahman Roslan dan Rosmadi Fauzi (Eds.), Isu-Isu Geografi Malaysia. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Rosmadi Fauzi. (2006). “Geografi Politik, Pilihan Raya Dan Aplikasi GIS di Malaysia” [Political Geography, Election and the Application of GIS in Malaysia]. Jurnal Jabatan Pengajian Asia Tenggara (JATI), 11, pp. 157-177. Rusk, J. dan H. Weisberg. (1972) Perception of Presidential Candidates. Midwest Journal of Political Science 16: hlm. 388-410. Shepsle, K. (1972) The Strategy of Ambiguity: Uncertainty and Electoral Competition, American Political science Review 66: hlm. 555-556. Book 1.indb 14 5/24/2012 9:24:31 AM
  • Prestasi Parti Yang Bertanding Dalam Pilihan Raya Negeri Dan Parlimen Di Sarawak , 1963 - 1974 Suffian Mansor Zulkanain Abdul Rahman Abstrak From1963until1974therewerethreeelectionsinSarawak.These elections showed how the political parties compete to dominate the state. At the beginning SNAP and PESAKA controlled the state government, while other parties in the Sarawak Alliance played a minor role. After the 1966 political crisis, PESAKA became more dominant, but its administration was challenged by BUMIPUTERA. In the 1971 election, PESAKA had to face not only BUMIPUTERA but also SNAP and SUPP. The result of the election was that PESAKA only managed to win with a small number of seats in State Council and the coalition of BUMIPUTERA, SUPP and SNAP had a chance to form a new state goverment. In order to continue its relevancy in the state’s politics PESAKA who failed to maintain its strong performance, took an alternative move by merging with BUMIPUTERA. The merger between PESAKA and BUMIPUTERA brought the formation of Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB). In the 1974 election, PBB and SUPP had to face SNAP which managed to gain a substantial support not only from the Dayak, but also from the Chinese. The result of 1974 election showed that SNAP emerged as a strong opposition in Sarawak, but later decided to join the state government. For nearly ten years, political parties in Sarawak struggled against each other to control the state government, but Barisan Nasional formula or pact became an answer to reduce this competition. Keywords: SNAP, PESAKA, PBB, SUPP, BUMIPUTERA Pengenalan Sesebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi seperti Malaysia memberi ruang kepada sesiapapun untuk bertanding dalam pilihan raya. Oleh kerana itu, muncullah pelbagai parti yang cuba memperjuangkan ideologi dan fahaman mereka masing-masing. Kebiasaannya parti-parti ini akan dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu parti kerajaan yang memenangi pilihan raya dan parti pembangkang yang kalah dalam pilihan raya. Sarawak yang merupakan salah sebuah negeri di Malaysia juga mengamalkan sistem politik yang sama. Di negeri ini, pembentukan parti-parti politik agak berbeza berbanding dengan Semenanjung Malaysia. Parti yang terawal hanya muncul pada tahun 1959. Kemunculan parti-parti politik ini kebiasaannya dicerminkan dengan garis-garis perkauman. Penglibatan parti-parti politik Sarawak Book 1.indb 15 5/24/2012 9:24:31 AM
  • 16 Demokrasi Dan Pilihan Raya dalam usaha meraih sokongan rakyat Sarawak dalam tiga pilihan raya negeri dan parlimen bagi Sarawak, iaitu pada tahun 1963, 1970 dan 1974 merupakan satu kajian yang menarik untuk di kaji. Sejarah Politik Sarawak Seperti dijelaskan tadi bahawa penubuhan parti-parti politik di Sarawak hanya bermula pada tahun 1959. Parti yang pertama ditubuhkan adalah Sarawak United People Party (SUPP).1 Penubuhan parti ini sebenarnya telah diura-urakan sejak Pilihan Raya Perbandaran Kuching pada tahun 1956.2 Parti ini didominasi oleh orang Cina dengan presidennya ialah Ong Kee Hui iaitu seorang saudagar Cina yang kaya di Kuching, manakala Stephen Yong yang merupakan seorang peguam telah dilantik sebagai setiausaha agung parti tersebut. Tindakan orang Cina menubuhkan parti membawa kepada reaksi orang Melayu dibawah pimpinan Datu Bandar Abang Haji Mustapha untuk menubuhkan sebuah parti politik bagi memperjuangkan nasib kaum bumiputera. Parti yang beliau tubuhkan ini dikenali sebagai Parti Negara Sarawak (PANAS).3 Selepas itu muncul pula Sarawak National Party (SNAP) yang pada dasarnya bersifat pelbagai kaum, tetapi lebih didominasi oleh kaum Dayak.4 Tidak cukup dengan itu tumbuh pula tiga parti lain yang berteraskan garis-garis perkauman, iaitu Barisan Rakyat Jati Sarawak (BARJASA) yang mewakili kaum Melayu/Melanau. Manakala Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA) pula lebih kepada kaum Dayak.5 Sarawak Chinese Association (SCA) pula mewakili kaum Cina. Perkembangan politik Sarawak pada era sebelum 1963 ini lebih condong kepada soal masa depan Sarawak. Apabila Tunku Abdul Rahman mengumumkan pembentukan Malaysia, lima buah parti di Sarawak iaitu PANAS, BARJASA, SNAP, PESAKA dan SCA telah memberi sokongan kepada rancangan ini. Hanya SUPP sahaja yang tidak setuju dengan rancangan tersebut. SUPP bersama-sama dengan Parti Rakyat Brunei dan United National Kadazan Organization (UNKO) menganggap usaha ini sebagai penjajahan gaya baru.6 SUPP mahu supaya Sarawak dimerdekakan dahulu sebelum memikirkan gabungan bersama-sama Brunei, Sabah dan Tanah Melayu.7 Pada peringkat inilah parti-parti yang pro Malaysia telah bersatu dibawah sebuah perikatan yang dikenali sebagai Perikatan Sarawak (PS). Namun demikian, perselisihan antara PANAS dan BARJASA membawa kepada keluarnya PANAS daripada PS.8 Kesan daripada krisis PS ini membawa kepada tiga kelompok parti yang mencuba nasib mereka dalam pilihan raya 1963 iaitu: PS – pro Malaysia PANAS – pro Malaysia, tetapi tidak bersatu dengan PS SUPP – menentang penubuhan Malaysia. Selain tiga parti ini, terdapat beberapa calon bebas yang turut serta dalam pilihan raya 1963. Pilihan Raya Negeri 1963 Pilihan raya negeri Sarawak pada tahun 1963 yang diadakan selama dua bulan dari April sehingga Jun bukan merupakan pilihan raya secara langsung. Pilihan raya ini dijalankan menerusi tiga peringkat. Pengundi hanya memainkan peranan Book 1.indb 16 5/24/2012 9:24:31 AM
  • 17Prestasi Parti Yang Bertanding Dalam Pilihan Raya Negeri Dan Parlimen Di Sarawak , 1963- 1974 dalam pemilihan pada peringkat awal iaitu dalam memilih wakil-wakil bagi Majlis Perbandaran dan Majlis Luar Bandar. Pada peringkat kedua, wakil-wakil yang dipilih dalam Majlis Perbandaran dan Majlis Luar Bandar pula mempunyai peranan penting memilih ahli-ahli Majlis Penasihat Bahagian. Ahli-ahli Majlis Penasihat Bahagian ini pula berperanan memilih ahli-ahli Council Negeri atau Dewan Undangan Negeri Sarawak (DUN). Seterusnya ahli-ahli DUN ini akan berpeluang memilih ahli parlimen di Kuala Lumpur.9 Pilihan raya 1963 ini juga adalah satu pilihan raya yang memisahkan parti-parti bertanding sebagai parti kerajaan atau parti pembangkang. Oleh itu PS, PANAS dan SUPP berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan kerusi atau dikenali sebagai ward sebanyak mungkin di peringkat Majlis Bandaran dan Majlis Luar Bandar. Namun demikian kerusi yang banyak dimenangi di peringkat Majlis Bandaran dan Majlis Luar Bandar tidak menjamin kejayaan sesebuah parti itu memenangi pilihan raya. Ini kerana parti-parti ini akan menempuhi saringan kedua dan ketiga untuk memilih ahli-ahli DUN dan ahli-ahli Parlimen. Pada peringkat awal parti-parti politik ini cuba meletak calon mereka dengan harapan besar untuk mendapat sebanyak mungkin kerusi Majlis Bandaran dan Majlis Luar Bandar. Selepas hari penamaan calon, ada juga calon-calon yang memenangi kerusi tanpa bertanding. Jumlah kerusi Majlis Bandaran dan Majlis Luar Bandar yang ditandingi dan dimenangi oleh parti- parti dan calon bebas yang bertanding ditunjukkan dalam Jadual 1: No. Parti Jumlah bertanding Menang tanpa bertanding Jumlah Kerusi dimenangi 1. Perikatan Sarawak 272 5 138 2. SUPP 205 34 59 3. PANAS 109 6 116 4. Bebas 412 28 116 Jadual 1: Jumlah Kerusi Majlis Bandaran dan Luar Bandaran ditandingi dan di menangi Sumber: CO1030/1621 Report on the General Election, 1963 dan Telegram 24th June 1963 Jadual 1 menunjukkan tidak ada satu parti yang boleh mendakwa mereka berjaya menguasai kerajaan negeri. Walaupun PS memenangi kerusi terbanyak, ia terpaksa mendapat sokongan daripada parti-parti lain dan calon bebas untuk membolehkan mereka membentuk kerajaan. SUPP dan PANAS pula cuba sedaya upaya mencabar PS dari menguasai kerajaan negeri. Kedua-dua parti ini berhasrat membentuk kerajaan pertama Sarawak.10 Oleh kerana itu, pakatan SUPP-PANAS dan PS berlumba-lumba untuk mendapat sokongan calon bebas. Pada peringkat kedua parti-parti ini memperolehi kerusi Majlis Penasihat Bahagian seperti dalam Jadual 2 yang menunjukkan bilangan calon bebas adalah ramai dan kedua teramai selepas PS. Jumlah yang ramai ini cuba direbut oleh PS dan pakatan SUPP-PANAS. No. Parti Jumlah Kerusi 1. Perikatan Sarawak 45 2. SUPP 23 3. PANAS 16 4. Bebas 24 Jadual 2: Jumlah Kerusi Majlis Penasihat Bahagian yang dimenangi oleh parti-parti politik Sumber: CO1030/1621 Report on the General Election, 1963 Appendix E. Book 1.indb 17 5/24/2012 9:24:31 AM
  • 18 Demokrasi Dan Pilihan Raya Pada peringkat terakhir SUPP dan PANAS hanya mampu memperoleh sokongan di Bahagian Pertama dengan 10 kerusi. Manakala selebihnya dimenangi oleh PS dan calon bebas sebanyak 19 dan 7 kerusi. Kejayaan PS menguasai kerajaan negeri membawa kepada pelantikan tiga lagi ahli Council negeri menjadikan PS mempunyai kerusi sebanyak 22 buah. Sementara itu kegagalan pakatan SUPP dan PANAS menguasai kerajaan negeri meletakkan kedudukan mereka sebagai parti pembangkang. Pada Oktober 1963 pula dilantik tiga orang ahli ex-officio yang terdiri daripada ketua setiausaha, pegawai kewangan dan peguam negeri. Sepanjang sejarah politik dari 1963 sehingga 1970, Sarawak telah dilanda krisis politik pada tahun 1965 dan 1966. Krisis yang bermula dengan isu tanah yang cuba diperkenalkan oleh Ketua Menteri, Datuk Stephen Kalong Ningkan mula membesar dengan isu pegawai dagang, bahasa Melayu dan kepimpinan Ningkan sendiri.11 Krisis ini membawa kepada tersingkirnya Ningkan sebagai Ketua Menteri.12 Beliau diganti oleh Penghulu Tawi Sli.13 Krisis ini membawa kesan besar kepada kedudukan parti-parti politik di Sarawak. Antara kesannya adalah kemasukkan semula PANAS sebagai ahli PS dan sekali gus membantu parti ini berubah status menjadi parti kerajaan. PANAS dan BARJASA kemudiannya bergabung membentuk parti BUMIPUTERA. Manakala SNAP pula telah keluar dari PS menjadikan parti ini sebagai parti pembangkang. Terdapat dua parti baru muncul ketika itu iaitu MACHINDA14 dan Tugau United People’s Party (TUPP). Namun demikian parti ini gagal menunjukkan pengaruhnya sehingga terkubur sebelum pilihan raya 1970.15 Ahli-ahli MACHINDA seterusnya menyertai SNAP.16 Manakala SUPP tetap menjadi parti pembangkang. Sepanjang tahun 1963 sehingga 1970 juga berlaku perubahan jumlah kerusi kepada parti-parti yang bertanding (Jadual 3). Pilihan Raya 1970 Pilihan raya 1970 berlainan dengan pilihan raya 1963. Ini kerana pilihan raya 1970 merupakan pilihan raya secara langsung dilakukan di Sarawak. Dengan kata lain penduduk Sarawak boleh memilih calon mereka secara undi langsung tanpa melalui peringkat-peringkat seperti pilihan raya 1963. Selain itu juga pilihan raya ini merupakan pilihan raya tertunda. Ini kerana pada asalnya pilihan raya ini berlangsung pada tahun 1969 tetapi akibat rusuhan 13 Mei 1969 maka pilihan raya yang berlangsung di Sarawak telah di gantung.17 Walaupun terdapat parti-parti yang bertanding di Sarawak membantah pergantungan ini tetapi pihak kerajaan persekutuan tidak berganjak dengan tindakan mereka.18 Setelah keadaan semakin reda, pihak kerajaan persekutuan mengambil keputusan untuk mengadakan semula pilihan raya di Sarawak pada 1970. Dalam pilihan raya 1970 ini sebanyak 48 kerusi dipertandingkan bagi DUN dan 24 kerusi Parlimen. Pada pilihan raya 1970 parti-parti yang bertanding adalah PS, SNAP dan SUPP serta calon bebas. Pilihan raya ini juga menunjukkan bagaimana PESAKA dan BUMIPUTERA tidak bersetuju dengan pembahagian kerusi masing-masing.19 Hanya SCA sahaja yang tidak mempunyai masalah. Akibat masalah dalaman ini menyebabkan PESAKA menggunakan lambang mereka sendiri melawan PS, SUPP dan SNAP. Sementara itu BUMIPUTERA dan SCA menggunakan lambang PS. PerebutankerusiantaraBUMIPUTERAdanPESAKAmembawakepadakegentingan kerana pengaruh SNAP dan SUPP semakin meningkat. Kekuatan PS semakin rapuh Book 1.indb 18 5/24/2012 9:24:31 AM
  • 19Prestasi Parti Yang Bertanding Dalam Pilihan Raya Negeri Dan Parlimen Di Sarawak , 1963- 1974 dan berpecah. Persaingan antara BUMIPUTERA dan PESAKA dianggap merugikan kedua-dua parti ini. Namun demikian SUPP dan SNAP pula tidak mempunyai kata sepakat untuk melawan PS secara dua penjuru. Kedua-dua parti tidak mempunyai hasrat sedemikian dan mungkin percaya kekuatan masing-masing untuk menguasai kerajaan negeri. SNAP percaya slogan “Sarawak for Sarawakians” mampu untuk meraih sokongan ke atas penduduk Sarawak terutama hak orang Iban.21 Oleh kerana itu pertandingan dalam pilihan raya ini menunjukkan pertembungan banyak penjuru. Tiada satu kerusi dimenangi tanpa bertanding dan tiada satu kerusi juga membawa kepada pertembungan dua penjuru kecuali Parlimen. Jadual 3: Keahlian Council Negeri Dari Tahun 1963-6920 Parti Politik 1963 (dipilih) 1963 (Okt) 1964 1965 (Julai) 1966 (Mei) 1966 (Okt) 1968 PS 23 27 27 30 32 25 26 SNAP 6 7 7 6 6 7 6 PESAKA 11 11 11 13 15 15 16 SCA 1 3 3 3 3 3 3 BARJASA 5 6 6 5 5 5 7* PANAS 5 4 3 3 3 2 SUPP 5 5 6 6 5 5 5 MACHINDA - - 1 1 1 - - Bebas 3 3 2 2 1 2 2 Ex-officio - 3 3 3 3 3 3 Jumlah 36 42 42 42 42 42 42 Sumber: Michael B. Leigh, The Rising Moon: Political Change in Sarawak, Sydney: Sydney University Press, 1974, hlm. 95 No. Pertembungan DUN Parlimen 1. Dua Penjuru - 1 2. Tiga Penjuru 10 9 3. Empat Penjuru 16 7 4. Lima Penjuru 10 6 5. Enam Penjuru 6 - 6. Tujuh Penjuru 4 1 7. Lapan Penjuru 1 - Jadual 4 menunjukkan bagaimana sengitnya persaingan parti-parti yang bertanding. Dengan kata lain kesemua parti di Sarawak tidak lagi menunjukkan kesepakatan (kecuali BUMIPUTERA dan SCA) untuk memenangi pilihan raya ini. Semua parti tanpa mengira datang daripada kerajaan mahupun pembangkang berjuang secara individu. Keadaan ini ditambahkan lagi dengan penyertaan calon bebas yang begitu ramai bertanding pada pilihan raya ini. Jadual 4: Jumlah Pertembungan kerusi antara Parti-parti yang bertanding, 1970 Book 1.indb 19 5/24/2012 9:24:31 AM
  • 20 Demokrasi Dan Pilihan Raya Jadual 5 menunjukkan bagaimana persaingan sengit berlaku antara parti-parti yang bertanding. Seramai 193 calon bertanding untuk DUN dan 90 pula calon untuk pemilihan parlimen. No. Parti DUN Parlimen 1. BUMIPUTERA 22 11 2. PESAKA 35 15 3. SCA 12 3 4. SNAP 47 23 5. SUPP 40 15 6. Bebas 37 23 Jumlah 193 90 Jadual 5: Jumlah Kerusi yang ditandingkan oleh parti-parti dan calon bebas, 1970 No. Pertembungan DUN Parlimen 1. BUMIPUTERA – PESAKA 18 6 2. PESAKA – SCA 1 1 3. SNAP-SUPP 37 17 Jadual 6: Pertembungan Kerusi antara parti-parti Jadual 6 menunjukkan persaingan parti secara individu nampak jelas dan sengit. Namun demikian persaingan antara parti-parti PS agak kurang jikalau dibandingkan pertembungan antara parti-parti pembangkang. Pilihan raya ini membuka peluang kepada semua parti bertanding untuk mencari kekuatan parti masing-masing dalam penentuan kerajaan negeri yang akan dibentuk. Oleh kerana tidak ada satu kesatuan yang kuat menyebabkan keputusan pilihan raya ini mencerminkan seperti keputusan pilihan raya 1963. Bagi keputusan DUN tiga buah parti utama yang memenangi kerusi terbanyak adalah SNAP, SUPP dan BUMIPUTERA (Jadual 7). Ketiga-tiga parti ini memenangi 12 kerusi masing-masing. Manakala PESAKA pula hanya memperolehi lapan buah kerusi. Manakala SCA hanya mampu memenangi tiga kerusi. No. Parti DUN Peratusan Undi (%) Parlimen Peratusan Undi (%) 1. BUMIPUTERA 12 15 5 16 2. PESAKA 8 14 2 12 3. SCA 3 10 2 4 4. SNAP 12 23 9 24 5. SUPP 12 27 5 27 6. Bebas 1 7 1 8 Jumlah 48 96 24 91 Jadual 7: Keputusan Pilihan Raya 1970 dan Peratusan Undi diperolehi (Sarawak) • Selebihnya undi rosak Book 1.indb 20 5/24/2012 9:24:31 AM
  • 21Prestasi Parti Yang Bertanding Dalam Pilihan Raya Negeri Dan Parlimen Di Sarawak , 1963- 1974 Parti-parti BUMIPUTERA, SNAP dan SUPP dianggap parti yang dominan dalam persaingan kuasa politik di Sarawak. Ketiga-tiga parti ini menang dengan banyak di DUN dan Parlimen. Hanya prestasi PESAKA agak menurun. Manakala SCA pula menghadapi kemerosotan ketara dalam pilihan raya yang memperlihatkan kegagalan pihak parti kerajaan dan parti pembangkang menang dengan majoriti. Dengan kata lain, politik Sarawak masih lagi memerlukan pelbagai parti dalam satu pakatan.Perjuanganparti-partiinisecaraindividutidakdapatmeraihsokonganyang maksima kerana kekuatan parti-parti ini hanya terletak di sesuatu kawasan mengikut garis kaum masing-masing. Kesemua parti yang bertanding menampakkan mereka mempunyai kekuatan sendiri. Oleh kerana kekuatan ini maka prestasi kesemua parti-parti ini tidak begitu menyerlah dan masih lagi pada garis-garis perkauman. Pilihan Raya 1974 Sebelum membicarakan tentang pilihan raya 1974 perlu dilihat tentang perubahan suasana politik yang berlaku di Sarawak. Antara perubahan ketara adalah pembentukan kerajaan campuran antara BUMIPUTERA dan SUPP.22 Dengan kemasukkan ini maka SUPP juga telah menyertai pakatan dengan kerajaan baru iaitu Barisan Nasional (BN). Pembentukan BN merupakan salah satu usaha Perdana Menteri kedua iaitu Tun Abdul Razak bagi menyatukan semula rakyat Malaysia selepas peristiwa 13 Mei.23 BN dibentuk bagi mengantikan Perikatan. Dengan imej baru ini, pihak parti kerajaan berharap akan mengembalikan semula sokongan rakyat kepada BN. Pembentukan BN ini juga merangkumi parti-parti kerajaan di Sabah dan Sarawak. Sementara itu Datuk Abdul Rahman Ya’akub (kini Tun) telah mengantikan Datuk Tawi Sli sebagai Ketua Menteri baru. Kerajaan campuran Abdul Rahman ini terdiri daripada BUMIPUTERA, SUPP, PESAKA dan SCA. Namun SCA tidak diberi jawatan menteri. Pada tahun pembentukan BN ini juga berlaku penyatuan antara parti BUMIPUTERA dan PESAKA. Penyatuan kedua-dua parti ini membentuk Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB). Sementara itu, SCA yang mempunyai kerusi paling sedikit dalam kerajaan telah dibubarkan. Ramai ahli-ahli parti ini menyertai SUPP dan PBB.24 Sepanjang 1970 sehingga 1974 terdapat beberapa perubahan bilangan keanggotaan parti-parti di Sarawak. Ini kerana beberapa ahli SNAP dan seorang ahli bebas telah menyertai kerajaan. (Jadual 8). No. Parti 1970 1971 1. BUMIPUTERA 12 13 2. PESAKA 8 9 3. SUPP 12 12 4. SNAP 12 10 5. SCA 3 3 6. Bebas 1 0 Jumlah 48 48 Jadual 8: Jumlah Kerusi DUN yang dimiliki oleh parti-parti di Sarawak sepanjang 1970-1974 Perubahan bilangan anggota ini berlaku kerana ahli-ahli SNAP dan Bebas memberi sokongan kepada pihak kerajaan khususnya parti BUMIPUTERA dan Book 1.indb 21 5/24/2012 9:24:31 AM
  • 22 Demokrasi Dan Pilihan Raya PESAKA. Dua ADUN SNAP iaitu Nelson Kundai Ngareng (Serian) menyertai BUMIPUTERAdanNgelembonganakBangaumenyertaiPESAKA(Song).25 Manakala seorang calon bebas pada tahun 1970 telah memilih PESAKA. Di peringkat Parlimen tidak banyak perubahan berlaku. Hanya seorang sahaja calon SNAP telah memberi sokongan kepada pihak kerajaan. Perubahan ini membawa kepda pengurangan ahli SNAP kepada lapan orang.26 Ini merupakan perubahan yang berlaku dalam politik Sarawak dari 1970 sehingga 1974. Pilihan raya 1974 merupakan pilihan raya ketiga dilakukan di Sarawak. Pada kali ini pilihan raya menampakkan aturan yang berbeza antara parti-parti yang bertanding. Di pihak parti kerajaan terdapatnya penyatuan seperti dinyatakan dalam keterangan diawal tadi. Kali ini juga pihak parti kerajaan lebih bersedia dan lebih kukuh dari segi kedudukan mereka untuk menandingi parti pembangkang. PBB dan SUPP tidak bertelagah dalam soal perebutan kerusi DUN mahupun Parlimen. Kedua-dua parti ini juga menggunakan lambang BN untuk melawan pihak pembangkang. Sementara itu, dipihak pembangkang pula terdapat dua parti yang cuba melawan BN iaitu SNAP dan sebuah parti yang baru ditubuhkan iaitu BISAMAH. Dalam pilihan raya ini, BN tidak menghadapi masalah di kawasan majoriti Melayu/Melanau. Mereka menang besar di kawasan ini. Masalah yang mereka hadapi adalah di kawasan majoriti Dayak terutama kawasan majoriti Iban. Sementara itu kawasan majoriti Cina pula terdapat juga persaingan antara mereka. Pilihan raya ini juga merupakan gelangang penting kepada PBB untuk berdepan dengan pengundi. Banyak persoalan yang timbul daripada pergabungan parti ini. Antaranya adakah PBB boleh diterima oleh penduduk Sarawak khususnya pengundi? Adakah PBB boleh bertahan untuk menjadi tulang belakang BN Sarawak? Bagaimana keadaan sayap PESAKA yang menghadapi kelemahan pada pilihan raya 1970 boleh memenangi hati pengundi Sarawak khususnya masyarakat Dayak. Bagi SNAP kedudukannya semakin kukuh dengan sokongan yang tinggi di kawasan luar bandar terutama penduduk Iban. Kempen mereka pula terus menyerang sayap PESAKA dalam PBB yang dianggap lemah dalam membela nasib orang Dayak khususnya terdapat dominasi kuat dikalangan penduduk Melayu/ Melanau.27 SNAP masih menggunakan slogan “Sarawak for Sarawakian.” Slogan ini cukup kuat dalam mempengaruhi penduduk Sarawak khususnya penduduk luar bandar. Terdapat juga isu mengislamkan penduduk bukan Melayu cuba digunakan dalam pilihan raya ini.28 Dalam menangani SNAP, pihak kerajaan pusat juga turut membantu PBB dan SUPP dalam melawan kempen SNAP. Untuk melawan SNAP pelbagai isu dimainkan dalam pilihan raya ini. Antaranya isu pemecatan Dukau semasa Ningkan sebagai ketua menteri.29 Isu Limbang juga digunakan oleh pihak BN untuk menunjukkan SNAP tidak setia kepada negara.30 Ketua Menteri Abdul Rahman juga menafikan tuduhan bahawa kerajaannya kurang memberi bantuan biasiswa kepada penduduk Iban.31 Pilihan raya 1974 berlangsung dari 24 Ogos 1974 sehingga 14 September 1974 selama tiga minggu. Jumlah kerusi yang dipertandingkan masih tidak bertambah dan hanya 48 kerusi sahaja diperuntukkan. Manakala jumlah kerusi yang dipertandingkan oleh parti adalah seperti dalam Jadual 9. Book 1.indb 22 5/24/2012 9:24:31 AM
  • 23Prestasi Parti Yang Bertanding Dalam Pilihan Raya Negeri Dan Parlimen Di Sarawak , 1963- 1974 Terdapat beberapa perbezaan antara pilihan raya 1970 dan 1974. Pada pilihan raya 1974 terdapat kekuatan parti pemerintah dan parti pembangkang. Kedua-dua pihak mempunyai kekuatan yang seimbang kerana tidak berlaku pertembungan banyak penjuru (Jadual 10). Kali ini persaingan lebih kepada dua penjuru. Calon bebas juga agak kurang jikalau dibandingkan dengan pilihan raya 1974. Sementara itu sebuah lagi parti baru dibentuk iaitu BISAMAH yang dipimpin oleh bekas ahli PBB iaitu Nelson Kundai Ngareng.32 Parti ini juga tidak menunjukkan cabaran kepada BN mahupun SNAP. No. Parti DUN Parlimen 1. PBB 32 16 2. SUPP 16 8 3. SNAP 47 24 4. BISAMAH 4 - 5. Bebas 12 4 Jumlah 111 52 Jadual 9: Jumlah Kerusi yang ditandingkan oleh parti-parti dan calon bebas, 1974 No. Pertembungan DUN Parlimen 1. Dua Penjuru 39 21 2. Tiga Penjuru 8 3 3. Empat Penjuru 1 - Jumlah 48 24 Jadual 10: Jumlah Pertembungan kerusi antara Parti-parti yang bertanding, 1974 Keputusan pilihan raya ini ditunjukkan dalam Jadual 11. Keputusan ini menunjukkan bagaimana wujudnya persaingan sengit antara BN dan SNAP. Namun demikian BN berjaya kembali memerintah negeri Sarawak. No. Parti DUN Peratusan Undi (%) Parlimen Peratusan Undi (%) 1. PBB 18 32 9 32 2. SUPP 12 20 6 23 3. SNAP 18 43 9 41 4. BISAMAH - 0.3 - - 5. Bebas - 1.6 - 0.8 Jumlah 48 97 24 97 Jadual 11: Keputusan Pilihan Raya 1974 dan Peratusan Undi diperolehi (Sarawak) • Selebihnya undi rosak. Prestasi komponen BN tidak menunjukkan perubahan yang ketara. Hanya sayap PESAKA daripada PBB sahaja menghadapi masalah dengan kehilangan dua kerusi. Manakala sayap BUMIPUTERA mengekalkan status quonya dengan 12 kerusi. Walaupun SUPP menunjukkan pengekalan status quo tetapi undi popularnya Book 1.indb 23 5/24/2012 9:24:31 AM
  • 24 Demokrasi Dan Pilihan Raya menurun sedikit. SNAP pula menunjukkan peningkatan dalam pertambahan kerusi. Mereka mendapat enam kerusi tambahan daripada tahun 1970. Bagi kerusi Parlimen pula tidak banyak perubahan berlaku. BN mengekalkan status quonya dengan mengekalkan penguasaan 14 kerusi. Manakala SNAP juga tidak menunjukkan perubahan dengan hanya mengekalkan sembilan kerusi. BISAMAH menghadapi kekalahan yang teruk dengan gagal memenangi kerusi sama ada di DUN mahupun Parlimen. Malahan calon-calon BISAMAH mendapat kurang dari 1000 undi sahaja. Sementara itu Presiden BISAMAH iaitu Nelson juga gagal mengemukakan kertas pencalonan beliau selepas tempoh masa penamaan calon tamat.33 Kesimpulan Pilihan raya 1963 dan 1970 menunjukkan tahap awal perjuangan politik berparti di Sarawak. Huraian menunjukkan perjuangan politik secara demokrasi di Sarawak masih belum matang. Ini kerana parti-parti yang ditubuhkan di Sarawak pada akhir tahun 1959 dan awal 1960-an menunjukkan ketidak sepakatan. Ketiadaan satu parti yang dominan menyukarkan penyatuan ini. Parti-parti politik lebih condong kepada perjuangan persendirian dan percaya bahawa parti mereka mampu meraih sokongan secara individu. Kepercayaan ini berdasarkan kepada pengalaman pemimpin mereka dalam kerajaan. Ini kerana ada pemimpin-pemimpin tertentu seperti Abang Mustapha, Temenggung Jugah dan Ong Kee Hui merupakan pemimpin yang pernah menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan British. Mereka ini juga pernah menjadi ahli Majlis Tertinggi yang merupakan badan eksekutif kerajaan negeri Sarawak semasa pemerintahan British. Ketiga-tiga pemimpin ini mempunyai karisme kepimpinan dan dihormati oleh penduduk tempatan. Bagi Tunku Haji Bujang pula kedudukannya sebagai pemimpin tradisional Melayu/Melanau di bahagian tengah Sarawak dan pernah menjadi kakitangan kerajaan British juga mempunyai karisme kepimpinan tersendiri. Namun demikian, parti-parti baru muncul dalam suasana keperluan membela kaum masing-masing menyebabkan kemunculan parti-parti yang berasaskan perkauman. Oleh kerana kebanyakan kaum bumiputera ketinggalan menyebabkan parti-parti berasaskan perkauman ini tampil untuk memperjuangkan nasib mereka dan masih belum percaya akan kepentingan prinsip pelbagai kaum dapat membantu dan membaiki taraf hidup mereka. Oleh kerana itu, parti-parti di Sarawak ini lebih condong kepada usaha perebutan kuasa bagi menunjukkan mereka lebih dominan. Dalam hal ini tiada satu parti atau pemimpin yang boleh dilihat cukup berkarisme memimpin penduduk Sarawak. Ini kerana Sarawak yang sekian lama diperintah oleh Keluarga Brooke tidak memungkinkan kemunculan pemimpin tempatan yang unggul yang dapat menyatukan semua penduduk Sarawak. Malahan penduduk Sarawak melihat hanya pemerintah Brooke dapat menyatukan mereka. Apabila pemerintah Brooke meninggalkan Sarawak, penduduk Sarawak belum lagi mempunyai kepimpinan yang mantap. Pemimpin yang sedia ada lebih kepada bersifat kaum dan diangkat oleh kerajaan British. Peninggalan pemerintah Brooke yang memecahkan perpaduan orang Sarawak menambahkan kesukaran penyatuan dibuat di Sarawak. Elemen agama juga gagal memainkan peranan penting dalam pengukuhan perpaduan dalam kalangan penduduk Sarawak. Atas masalah ini politik Sarawak masih tercari- cari arah untuk proses pengukuhan dan kestabilan. Book 1.indb 24 5/24/2012 9:24:32 AM
  • 25Prestasi Parti Yang Bertanding Dalam Pilihan Raya Negeri Dan Parlimen Di Sarawak , 1963- 1974 Sepanjang 1963 sehingga 1974 memperlihatkan perlumbaan antara parti- parti di Sarawak untuk berkuasa. Kesukaran mencari penyatuan ini menyebabkan kerajaan persekutuan turut campur tangan. Peranan yang dimainkan oleh pihak kerajaan persekutuan kadang-kala dilihat sebagai mencabar hak-hak demokrasi penduduk Sarawak. Namun demikian, campur tangan ini bukannya semata-mata negatif tetapi kesannya amat baik bagi negeri Sarawak. Oleh kerana itulah selepas pilihan raya 1970, politik Sarawak mulai stabil dengan peranan yang dimainkan oleh pihak kerajaan persekutuan. Akhirnya, beberapa perkembangan positif muncul seperti membawa SUPP ke landasan kerajaan negeri. Akhirnya pembentukan BN membawa penyatuan yang lebih kukuh dalam politik Sarawak. Manakala keretakan kaum juga mulai diubati dengan peringkat awal penyatuan orang Melayu/Melanau dalam BUMIPUTERA. Seterusnya adalah penyatuan orang Melayu/Melanau dengan kaum Dayak dalam PBB. Kesemua ini merupakan satu usaha yang amat baik dalam meruntuhkan dinding keegoan parti-parti ini untuk mengejar kuasa. Lebih manis lagi adalah usaha membawa SNAP kepangkuan kerajaan negeri. Hal ini berlaku selepas selesainya pilihan raya 1974. Nota 1 The Sarawak Tribune, 19 June 1959, hlm. 1. 2 Chin Ung-Ho, Chinese Politics in Sarawak: A Study of the Sarawak United People’s Party, Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1997, hlm. 46. 3 James P. Ongkili, Modernization in East Malaysia, 1960-1970, Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1974, hlm. 45. 4 Peter Searle, Politics in Sarawak 1970-1976: The Iban Perspective, Singapore: Oxford University Press, 1983, hlm. 20. 5 Ibid., hlm. 29. 6 James P. Ongkili, The Borneo Response to Malaysia 1961-1963, Singapore: Donald Moore Press Ltd., 1967, hlm. 23, Mohd. Noor Bin Abdullah, Kemasukan Sabah dan Sarawak ke Dalam Persekutuan Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1979, hlm. 41 dan Mohamed Noordin Sopiee, From Malayan Union to Singapore Separation: Political Unification in the Malaysian Region 1945-1965, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 2005, hlm. 141. 7 James P. Ongkili, Modernization in East Malaysia, 1960-1970, hlm. 45. 8 Sanib Said, Malay Politics in Sarawak, 1946-1966: The Search for Unity and Political Ascendancy, Singapore: Oxford University Press, 1985, hlm. 86-104. 9 CO1030/1621 From Foreign Office to certain of Her Majesty’s Representatives, April 26, 1963. 10 Bob Reece, Datu Bandar Abang Hj. Mustapha of Sarawak, Kuching: Sarawak Literary Society, hlm. 164. 11 DO 187/49 Inward Telegram, 13 June 1966. 12 Bruce Ross-Larson, The Politics of Federalism: Syed Kechik in East Malaysia, Singapore: Bruce Ross- Larson, 1976, hlm. 52. 13 Ongkili, Modernization in East Malaysia, 1960-1970, hlm. 40 dan Gordon P. Means, Malaysian Politics, London: University of London Press Ltd., 1970, hlm. 384. 14 Parti ini ditubuhkan pada tahun 1964 dan nama parti ini merupakan singkatan bagi nama awalan tiga kaum utama Sarawak, iaitu Melayu, Cina dan Dayak. 15 The Vanguad, 23 January 1967, hlm. 1. 16 The Vanguard, 9 April 1967, hlm. 1. 17 Goh Cheng Teik, The May Thirteenth Incident and Democracy in Malaysia, Kuala Lmpur: Oxford University Press, 1971, hlm.34, Abdul Rahman Ibrahim, 13 Mei 1969: Di Kuala Lumpur, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2011, hlm. 77 dan R. K. Vasil, The Malaysian General Election of 1969, Singapore: Oxford University Press, 1972, hlm. 49. 18 Goh Cheng Teik, The May Thirteenth Incident and Democracy in Malaysia, hlm. 34 dan Chin Ung- Ho, Chinese Politics in Sarawak, hlm. 117 dan Peter Searle, Politics in Sarawak 1970-1976: The Iban Book 1.indb 25 5/24/2012 9:24:32 AM
  • 26 Demokrasi Dan Pilihan Raya Perspective, Singapore: Oxford University Press, 1983, hlm. 130 dan Searle, Politics in Sarawak 1970-1976: The Iban Perspective, hlm. 42. 19 1963: Tiga kaunselor telah dilantik, iaitu dua SCA dan seorang BARJASA. Leong Ho Yuen keluar dari PANAS dan menjadi bebas, bersedia untuk menubuh MACHINDA. James Wong (Bebas) menyertai SNAP dan dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri. 1964: Datuk Bandar Abg. Mustapha (PANAS) meninggal dunia dan Majlis Penasihat Bahagian Pertama melantik ahli SUPP, Sim Kheng Hong sebagai ganti. 1965: Pengarah Storey (SNAP) dan Tutong ak. Ningkan (BARJASA) menyertai PESAKA. Kedua- duanya dari Bahagian Kedua. 1966: Sebelum Ningkan dijatuhkan. Tawi Sli (SNAP) telah menyertai PESAKA dan begitu juga dengan Racha Umong (SNAP). SNAP mendapat Charles Linang (SUPP) dan Abg. Othman (PANAS), selepas krisis September SAP. 1968: Kadam Kiai (SNAP) meninggal dunia dan Majlis Penasihat Bahagian Kedua melantik ahli PESAKA, iaitu Langgi ak. Jilap sebagai ganti. * Pada akhir 1966 BARJASA dan PANAS telah bergabung dan membentuk BUMIPUTERA. 20 R. S. Milne and Diane K. Mauzy, Politics and Government in Malaysia, Singapore: Federal Publications, 1978, hlm. 170. 21 Sarawak Tribune, 21 July 1970, hlm. 1 dan Diane K. Mauzy, Barisan Nasional: Coalition Government in Malaysia, Kuala Lumpur: Marican & Sons (Malaysia) Sdn. Bhd., hlm. 52-53 dan Milne and Mauzy, Politics and Government in Malaysia, hlm. 179. 22 Ibid., hlm. 75-76. 23 The Vanguard, 12 July 1974, hlm. 1 dan The Vanguard, 18 July 1974 hlm. 4. 24 The Sarawak Gazette, 24 May 1971, Vol: XCVII No.1360, hlm. 97 dan Searle, Politics in Sarawak 1970-1976: The Iban Perspective, hlm. 130. 25 Michael B. Leigh, The Rising Moon: Political Change in Sarawak, Kuala Lumpur: Antara Book Company, 1974, hlm. 148. 26 Jayum A. Jawan, Political Change And Economic Development Among the Iban of Sarawak, Thesis Phd., University of Hull, hlm. 258. 27 The Vanguard, 18 August 1974, hlm. 2. 28 The Vanguard, 12 August 1974, hlm. 4. 29 The Vanguard, 13 August 1974, hlm. 1 dan James Wong Kim Min, The Price of Loyalty, Singapore: Summer Times Publishing, 1983, hlm. 29. 30 The Vanguard, 18 August 1974, hlm. 1. 31 The Vanguard, 24 May 1974, hlm. 1 dan The Vanguard, 21 June 1974, hlm. 1. 32 The Vanguard, 12 August 1974, hlm. 1. Book 1.indb 26 5/24/2012 9:24:32 AM
  • Perkembangan Politik Kuala Lumpur, 1969-1999 Mazlan Ali Zulkanain Abdul Rahman Amer Saifude Ghazali Abstract Kuala Lumpur has had a long and exclusive political history. It started as a small Malay settlement, and later Kuala Lumpur has moved on in the surge of development, up until now. During the era of the British administration, Kuala Lumpur played the role as the centre of life of the various ethnic groups, as well as being the hub for trade and commerce. From the political view, Kuala Lumpur is not cast aside in the context of the national political development. The racial riot ignited on the 13 May 1969 for instance, had motivated the Federal government to perform a transformation, with the rearrangement of the economy and the society through the New Economic Policy (DEB) in 1971. Consequently, DEB also brought about a significant change to the political landscape of Kuala Lumpur. This article will present the chronology of the political development in Kuala Lumpur for the period of 30 years (from 1969 to 1999). The discussion will be divided into three major parts. The first will elaborate on the history of politics of Kuala Lumpur before 1969. The second part of the discussion will revolve around the development of politics in Kuala Lumpur from 1969-1999. The final part will put forth a few conclusions that can be drawn in relation to the political development in Kuala Lumpur. Keywords: New Economic Policy, Politics, Kuala Lumpur Pengenalan Dari sudut sejarah politik, Kuala Lumpur mempunyai kedudukan yang amat istimewa kerana menjadi pusat perkembangan dan tapak perjuangan politik orang Melayu yang terawal. Kampung Baru di Kuala Lumpur telah dijadikan medan awal pergerakan nasionalisme Melayu yang digerakkan oleh golongan nasionalis Melayu. Mereka ini sama ada yang berpendidikan Islam, Inggeris atau Melayu telah mendapat kesedaran daripada pemikiran Islah dan kumpulan yang inginkan sosio-ekonomi orang Melayu diperkukuhkan. Isu-isu ini sering diketengahkan oleh akhbar-akhbar, persatuan sosio-ekonomi dan persatuan bahasa dan kesusasteraan yang muncul dari tahun 1900 hingga tahun 1930-an. Pilihanraya1969menjadititikpenentukepadaperubahanlandskappolitikKuala Lumpur. Pada masa tersebut, Kuala Lumpur masih berada dalam pentadbiran negeri Selangor dan pilihan raya tersebut menyaksikan parti politik pembangkang seperti Book 1.indb 27 5/24/2012 9:24:32 AM
  • 28 Demokrasi Dan Pilihan Raya DAP dan GERAKAN menang besar di Kuala Lumpur. Peristiwa ini memberikan kesan kepada penguasaan politik Melayu dan negeri Selangor berkemungkinan akan dikuasai oleh parti pembangkang tersebut pada masa hadapan. Rentetan keputusan pilihan raya 1969 yang mencetuskan Peristiwa 13 Mei telah menyaksikan kerajaan Perikatan memperkenalkan beberapa program sosio-ekonomi dan sosio- politik untuk mengawal suasana ketidaktentuan tadi. Kemuncak kepada reformasi sosio-ekonomi dan sosio-politik tadi adalah pembentukan Barisan Nasional pada tahun 1974 bagi menggantikan Perikatan yang telah menggabungkan beberapa parti politik pembangkang seperti GERAKAN, PAS dan PPP bersama-sama UMNO, MCA dan MIC dalam satu pakatan. Selain daripada itu, pembentukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 1 Februari 1974 telah memisahkannya daripada pentadbiran negeri Selangor. Kuala Lumpur telah muncul sebagai entiti berasingan dan bukan bersifat sebagai sebuah negeri dan ditadbir secara terus oleh Dewan Bandaraya yang masih terikat dengan kerajaan Persekutuan. Penguasaan parti pembangkang di Kuala Lumpur pada pilihan raya - pilihan raya selepas 1974 tidak memberikan kesan besar kerana Kuala Lumpur masih tertakluk kepada pentadbiran kerajaan Persekutuan. Pilihan Raya 1969 Dan Peristiwa 13 Mei Pada tahun 1950-an dan awal tahun 1960-an, Kuala Lumpur menjadi kubu kuat penyokong sosialis. Dua buah parti sosialis berhaluan kiri iaitu Parti Rakyat Malaya dan Parti Buruh yang membentuk Front Socialist berjaya menguasai empat1 dari lima kerusi Parlimen Kuala Lumpur dalam pilihan raya tahun 1959.2 Bagaimanapun, pengaruh Front Socialist mulai tergugat apabila Parti Tindakan Rakyat (PETIR) pimpinan Lee Kuan Yew menyertai pilihan raya tahun 1964. Front Socialist hanya berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Batu melalui calonnya Dr. Tan Chee Khoon. Dalam pilihan raya 1964 juga, semua calon Front Sosialist lain tewas termasuklah V. David yang tewas di kubu kuatnya di Parlimen Bangsar di tangan pemimpin PETIR, Devan Nair.3 Taktik PETIR yang membangkitkan isu-isu perkauman seperti menentang hak istimewa orang Melayu dan berjuang untuk menegakkan konsep ‘Malaysia untuk rakyat Malaysia’ (Malaysian Malaysia) telah menarik sokongan bukan Melayu, terutamanya kaum Cina Kuala Lumpur. Perpecahan Front Socialist dan penahanan ramai pemimpinnya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atas tuduhan kegiatan subversif telah membuka jalan kepada penguasaan politik Kuala Lumpur oleh Democratic Action Party (DAP). DAP merupakan sebuah parti yang telah didaftarkan pada 19 Mac 1966, mewarisi perjuangan yang ditinggalkan oleh PETIR setelah Singapura disingkirkan dari Malaysia pada tahun 1965. Pada bulan Januari 1969, Pengerusi Kebangsaan DAP, Dr. Chen Man Hin telah mencadangkan satu ‘electoral understanding’ diadakan di antara DAP, PPP dan GERAKAN untuk menghadapi Pilihan Raya Umum 1969. Pada 23 Februari 1969, satu persefahaman dalam pilihan raya telah ditandatangani di Kuala Lumpur di antara parti GERAKAN dengan DAP.4 Selain itu, persefahaman turut dicapai dengan PPP, Parti Rakyat dan PAS untuk meminimumkan persaingan sesama sendiri. Salah satu ciri penting pilihan raya 1969 ialah kempen pilihan raya yang menekankan isu-isu perkauman. Sebagaimana yang berlaku pada 1959 dan 1964, isu-isu kontroversi seperti kedudukan istimewa orang Melayu dalam perkhidmatan awam menjadi modal kempen dalam ceramah parti-parti pembangkang.5 Bagi empat buah parti bukan Melayu yang terbesar, iaitu DAP, GERAKAN, PPP dan Parti Buruh, kempen-kempen mereka dipenuhi dengan isu-isu yang menegakkan Book 1.indb 28 5/24/2012 9:24:32 AM
  • 29Perkembangan Politik Kuala Lumpur, 1969-1999 kepentingan prinsip sama rata dalam perlembagaan. Mereka turut mempersoalkan kedudukan istimewa orang Melayu, tanah rezab Melayu, dasar bahasa kebangsaan, agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan dan sekolah kebangsaan.6 Keputusan pilihan raya 1969 memberi pukulan maut kepada Perikatan di Kuala Lumpur.7 Calon-calon Perikatan yang diwakili oleh MCA tewas semua lima kerusi Parlimen iaitu Parlimen Batu, Setapak, Bangsar, Bukit Bintang dan Damansara kepada DAP dan GERAKAN. Di peringkat negeri pula, daripada sepuluh kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor yang terletak di Kuala Lumpur, Perikatan hanya menang di DUN Kampung Baru yang diwakili UMNO dengan majoriti tipis. Sembilan DUN lain iaitu Kepong, Penchala, Ampang, Sentul, Pantai, Salak, Bukit Nenas, Serdang dan Bukit Raja dimenangi oleh DAP dan GERAKAN. PARLIMEN PERIKATAN % PEMBANGKANG % BEZA BATU 8,772 27.9 22,721 (GRM) 72.1 13,948 SETAPAK 13,871 44.7 17,137 (DAP) 55.3 3,266 BANGSAR 9,648 20.7 37,050 (DAP) 79.3 27,402 BUKIT BINTANG 9,137 33.0 18,488 (GRM) 67.0 9,351 DAMANSARA 12,089 43.7 15,567 (DAP) 56.3 3,478 JUMLAH 53,517 32.5 110,963 67.5 57,445 Jadual 1: Perbandingan Perolehan Undi Popular Antara Kerajaan Perikatan Dengan Pembangkang Dalam Pilihan Raya Umum 1969 (Parlimen) di Kuala Lumpur Sumber: Keputusan Pilihan Raya Umum Negeri Selangor, Tahun 1969. Almanak Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen & Dewan Undangan Negeri 1959-1999, Anzagain Sdn. Bhd, 2004, hlm. 609-610. Selepas keputusan pilihan raya diumumkan, beberapa perarakan jalanan telah diadakan di sekitar Kuala Lumpur pada 11 dan 12 Mei 1969 untuk meraikan kemenangan DAP dan GERAKAN. Antara laluan yang digunakan untuk perarakan jalanan ini termasuklah Bukit Bintang, Lembah Pantai, Bangsar, Jalan Tunku Abdul Rahman, Kepong, Jinjang, Batu dan Petaling Jaya. Calon GERAKAN yang menang besar di Parlimen Batu, iaitu Dr. Tan Chee Khoon turut sama dalam perarakan jalanan ini. Perarakan jalanan ini mendapat sambutan hangat dengan disertai oleh ribuan penyokong GERAKAN. Pihak polis terpaksa hadir bagi mengawal lalu lintas di Jalan Pasar Borong, Jalan Maxwell dan Jalan Ipoh. Perarakan kemenangan tersebut telah melalui Jalan Pudu, Jalan Bukit Bintang, Jalan Loke Yew, Jalan Birch, Lebuhraya Persekutuan dan Jalan Pantai sebelum kembali ke Jalan Brickfields. Semasa melakukan perarakan tersebut, penyokong-penyokong parti yang menang telah melakukan provokasi ke atas orang Melayu.8 Tindakan ini telah mendorong tindak balas orang Melayu yang berhimpun di rumah Datuk Harun Idris di Kampung Baru. Kumpulan orang Melayu ini kemudiannya bergerak ke Jalan Chow Kit dan kawasan sekitarnya dengan melakukan serangan terhadap orang Cina seperti membunuh, membakar dan merosakkan apa sahaja yang berkaitan dengan orang Cina.9 Dua hari selepas rusuhan ini, Yang Di Pertuan Agong telah mengisytiharkan keadaan darurat di bawah Perkara 150. Pada masa yang sama, baginda bertindak di bawah fasal (2) perkara itu dan mengisytiharkan Ordinan Darurat (Kuasa- Kuasa Perlu), 1969 dan dengan menggunakan seksyen 7, Yang Di Pertuan Agong menggantungkan semua pilihan raya bagi Dewan Rakyat dan bagi semua Dewan Undangan Negeri yang belum selesai. Dua hari selepas perisytiharan ordinan yang Book 1.indb 29 5/24/2012 9:24:32 AM
  • 30 Demokrasi Dan Pilihan Raya pertama, baginda mengisytiharkan pula ordinan yang kedua bagi mewakilkan kuasa pemerintah Persekutuan kepada seorang Pengarah Gerakan yang diberi kuasa yang sangat luas.10 Perkembangan dan Perubahan Politik Kuala Lumpur Selepas 13 Mei 1969 Peristiwa 13 Mei 1969 yang berlaku tiga hari selepas keputusan Pilihan Raya Umum 1969 secara tidak langsung telah mengubah senario politik Malaysia dan tidak terkecuali juga Kuala Lumpur apabila pemerintahan Mageran melaksanakan usaha-usaha pemulihan seperti pembentukan Rukun Negara, perubahan dalam perlembagaan11 dan pembentukan Dasar Ekonomi Baru (DEB)12 yang menitikberatkan soal memperbaiki ketidakseimbangan ekonomi dan sosial yang dihadapi oleh orang Melayu. Di bawah Rancangan Malaysia Kedua (RMK)13 , iaitu satu rangka pembangunan ekonomi yang tegas telah diperkenalkan oleh kerajaan selaras dengan DEB untuk menyusun semula masyarakat serta mengurangkan dominasi orang Cina dan orang asing dalam bidang ekonomi, khususnya di Kuala Lumpur sekaligus memperbaiki kedudukan ekonomi orang Melayu.14 Penubuhan Barisan Nasional yang didaftarkan sebagai gabungan parti politik yangmengandungisembilanbuahpartikomponenpada1Jun1974telahmelengkapkan formula baru Tun Razak.15 Beliau menggunakan strategi kerajaan campuran untuk mengesahkan cara pendekatan UMNO dan mengurangkan persaingan politik supaya kerajaan dapat mengembleng tenaga dan punca pengeluaran untuk melaksanakan Dasar Ekonomi Baru. Selepas tragedi 13 Mei, kerajaan yang dikuasai UMNO memikul tanggungjawab khusus untuk membaiki kedudukan ekonomi orang Melayu. Ini merupakan suatu tugas yang berat dan penuh dengan cabaran menampilkan peranan UMNOsebagaikuasapolitikpenentudiMalaysiamelaluipendekatankompromidalam kalangan pelbagai kaum.16 Hakikat menunjukkan bahawa peristiwa dari tahun 1971 hingga 1974 telah membawa kepada suasana baru politik Malaysia yang jauh berbeza daripada zaman sebelum Mei 1969. Selepas Peristiwa 13 Mei 1969, isu-isu sensitif telah banyak dikurangkan dan sekatan ini amat dirasai oleh parti-parti pembangkang bukan Melayu, terutamanya DAP. Peluang untuk bermain politik juga berkurangan kerana tidak banyak perkara yang boleh dipolitikkan oleh parti pembangkang dan keadaan ini secara tidak langsung semakin melemahkan kedudukan mereka. Perkembangan seterusnya membawa kepada beberapa perubahan penting kepada lanskap politik Kuala Lumpur melalui pembaharuan sosio-ekonomi, pentadbiran, pindaan-pindaan akta tertentu dan penyusunan semula masyarakat. Pembentukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 1 Februari 1974 telah memberi kesan politik yang besar kerana pemisahan Kuala Lumpur dari Selangor secara tidak langsung telah mengurangkan kelebihan politik yang dimiliki oleh parti-parti pembangkang bukan Melayu seperti DAP.17 Perubahan ini menyebabkan parti itu tidak lagi dapat menggunakan sokongan majoriti di Kuala Lumpur untuk mengukuhkan kedudukannya di dalam badan perundangan negeri Selangor. Pemisahan tersebut menyebabkan sebanyak 173,946 orang pemilih yang majoritinya bukan Melayu hilang hak memilih perwakilan di peringkat negeri.18 Penguasaan DAP ke atas kerusi-kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan pula hampir-hampir tidak bererti.19 Ini disebabkan Kuala Lumpur kekal ditadbirkan Book 1.indb 30 5/24/2012 9:24:32 AM
  • 31Perkembangan Politik Kuala Lumpur, 1969-1999 oleh Dewan Bandaraya yang dikuasai oleh parti yang memerintah Kerajaan Persekutuan.20 Pemisahan ini juga memberi kesan terhadap politik Selangor apabila persempadanan semula kawasan pilihan raya pada tahun 1974 telah mengubah lanskap politik, apabila jumlah kawasan majoriti Melayu bertambah hampir sekali ganda berbanding sewaktu pilihan raya 1969 disebabkan ramai pemilih bukan Melayu telah dikeluarkan dari negeri Selangor.21 Perubahan landskap politik Kuala Lumpur juga dapat dikaitkan dengan penghijrahan dari dua landskap.22 Proses pergerakan penduduk amat sensitif terhadap pembangunan sosio-ekonomi apabila struktur ekonomi negara mengalami perubahan pesat berikutan perkembangan sektor pembuatan, khususnya yang berintensif buruh, terutamanya selepas berakhir tempoh pelaksanaan DEB. Pertambahan penduduk Melayu23 di Kuala Lumpur secara tidak langsung telah menyumbangkepadapengukuhankuasapolitikBarisanNasionalmelaluimanipulasi persempadanan pilihan raya24 dan pengaplikasian konsep Gerrymandering.25 Persempadanan tahun 197426 membahagikan Kuala Lumpur kepada lima kawasan pilihan raya parlimen, iaitu Kepong, Damansara, Kuala Lumpur Bandar, Sungai Besi (keempat-empat kawasan ini adalah majoriti pengundi Cina) dan Setapak27 (kawasan majoriti pengundi Melayu) (Jadual 2). Jadual 3 menunjukkan kadar purata pengundi bagi setiap bahagian pilihan raya berdasarkan Daftar Pemilih tahun 1982 yang berjumlah 81,356 orang, iaitu jumlah kepadatan pengundi yang tertinggi di Malaysia.28 Dalam persempadanan tahun 1984, kawasan pilihan raya Kuala Lumpur bertambah menjadi tujuh kawasan dengan mengekalkan empat kawasan majoriti pengundi Cina (Kepong, Sungai Besi, Bukit Bintang, Seputeh) dan mewujudkan dua kawasan majoriti Melayu iaitu Titiwangsa dan Lembah Pantai serta sebuah kawasan pengundi campuran (Batu).29 Berdasarkan Daftar Pemilih tahun 1990, kadar purata pengundi adalah 75,404 orang, dengan kepadatan yang tertinggi di Malaysia. Persempadanan yang dibuat dalam tahun 1992 pula telah menambah kawasan pilihan raya Kuala Lumpur menjadi 10 kerusi yang terus mengekalkan bilangan empat kawasan majoriti pengundi Cina, berbanding bilangan kawasan majoriti Melayu yang bertambah menjadi tiga kerusi. Kawasan campuran juga bertambah daripada satu kerusi sebelumnya kepada tiga kerusi. Komposisi pengundi bagi setiap bahagian adalah agak seimbang, iaitu di antara 50 hingga 60 ribu orang pengundi. Meskipun kadar purata kepadatan pengundi Kuala Lumpur bukan lagi yang tertinggi di Malaysia, namun pertambahan kawasan majoriti pengundi Melayu dan pengundi campuran banyak memberi kelebihan kepada Barisan Nasional. Bagaimanapun, pertambahan kawasan ini adalah sejajar dengan pertambahan penduduk Melayu kesan dari proses urbanisasi yang pantas berkembang sejak tahun 1980-an. Persempadanan terakhir yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah pada tahun 2002 yang memberikan satu lagi kerusi tambahan kepada Kuala Lumpur iaitu Parlimen Setiawangsa yang menjadikan jumlah keseluruhan bahagian pilihan raya negeri ini menjadi 11 kawasan. Persempadanan ini juga secara tidak langsung menambahkan satu lagi kerusi majoriti pengundi Melayu di wilayah ibu kota yang menjadikan jumlah kerusi majoriti Melayu adalah sama bilangannya dengan kerusi majoriti pengundi Cina. Book 1.indb 31 5/24/2012 9:24:32 AM
  • 32 Demokrasi Dan Pilihan Raya Sewaktu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, perlembagaan menetapkan perbezaan pengundi di antara sesuatu kawasan dengan yang lain tidak melebihi 15 peratus. Kouta pengundi ini ditafsirkan sebagai jumlah pengundi yang terdapat di seluruh negara dengan jumlah kawasan. Namun begitu, dalam pindaan kepada perlembagaan yang dilakukan dalam tahun 1962, perbezaan 15 peratus itu ditukar menjadi separuh atau 50 peratus dan dalam tahun 1974, peruntukan tersebut dimansuhkan sama sekali.39 Pindaan terakhir itu menyebabkan sifat berkecuali Suruhanjaya Pilihan Raya terhakis kerana selepas tahun 1962, tekanan parti politik pemerintah ke atasnya dapat mempengaruhi keputusan yang dahulunya.40 Bantahan parti pembangkang mengenai gerrymandering berlaku apabila jumlah penduduk di suatu daerah tidak melambangkan banyak kawasan mengundi dan penekanan konsep ‘seorang individu satu undi’. Salah satu prinsip utama dalam sesebuah demokrasi ialah seseorang hendaklah layak kepada satu undi, tetapi di negara ini, seseorang adalah berhak kepada satu undi yang juga bersamaan dengan empat atau lima undi orang lain. Contohnya, dalam Pilihan Raya Umum 1982, Parlimen Sungai Besi, Wilayah Persekutuan mempunyai 103,469 pengundi berbanding dengan kawasan Parlimen Julau, Sarawak yang mempunyai 10,724 pengundi. Tahun Kajian Sempadan Kawasan Majoriti Pengundi Cina Purata Pengundi Bagi 1 Kawasan Kawasan Majoriti Pengundi Melayu Purata Pengundi Bagi 1 Kawasan Kawasan Pengundi Campuran Purata pengundi Bagi 1 Kawasan Jum. Kerusi 1974 4 81,62930 1 - - - 5 1984 4 76,32831 2 66,13232 1 - 5 1992 4 66,40533 3 60,46234 3 60,12335 10 2002 4 66,59436 4 54,55337 3 67,63938 11 Jadual 2 : Kedudukan Persempadanan Kawasan Pilihan Raya Kuala Lumpur 1974, 1984, 1992 dan 2002 Sumber: Disesuaikan dari Keputusan Pilihan Raya Umum, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Tahun 1974- 1995. Almanak Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen & Dewan Undangan Negeri 1959-1999, Anzagain Sdn. Bhd, 2004. Kuala Lumpur Selangor Sarawak Bilangan Pengundi Berdaftar(1982) 406,782 647,782 513,392 Bilangan Bahagian Pilihan Raya Parlimen 5 11 24 Purata Pengundi Bagi Tiap Bahagian Parlimen 81,356 58,887 21,391 Jadual 3: Perbandingan Kadar Purata Kepadatan Pengundi Dalam Tiga Negeri Mengikut Persempadanan Tahun 1974 (Daftar Pemilih Tahun 1982) Sumber: Disesuaikan dari Keputusan Pilihan Raya Umum, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Tahun 1982. Almanak Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen & Dewan Undangan Negeri 1959-1999, Anzagain Sdn. Bhd, 2004. Book 1.indb 32 5/24/2012 9:24:32 AM
  • 33Perkembangan Politik Kuala Lumpur, 1969-1999 Ini bermakna pengundi-pengundi di Sungai Besi adalah sangat ‘under- represented’ kerana dari segi jumlah pengundi, Sungai Besi seharusnya mempunyai sembilan ahli Parlimen, ia juga bermakna satu undi di Julau adalah sama dengan sembilan undi di Sungai Besi. Walaupun ‘weightage’ harus diberi kepada pengundi-pengundi yang tinggal di luar bandar di sebabkan masalah komunikasi, pengangkutan dan sebagainya, tetapi ‘weightage’ ini tidaklah seharusnya menjadi begitu ketara sehingga terdapat jurang yang meluas antara pengundi bandar dan luar bandar.41 Barisan Nasional dan Hegemoni Politik Dalam tempoh sepuluh tahun (1974-1984), landskap politik Kuala Lumpur yang selama ini terkenal sebagai kubu kuat parti pembangkang berjaya dineutralkan oleh kerajaan pemerintah melalui pendekatan berorientasikan pembangunan. Dengan mempromosi idealisme patronaged democracy mesej politik yang cuba disampaikan kepada masyarakat Melayu ialah kesejahteraan, perlindungan hak Melayu di Malaysia serta pembangunan sosio-ekonomi bergantung kepada kesetiaan sokongan politik terhadap UMNO. Penglibatan kerajaan yang begitu dominan dalam pembangunan ekonomi- politik Malaysia memberi peluang kepada Barisan Nasional membentuk ideologi populisdanmenanamsatubentukorientasibudayapolitikbahawahanyapemerintah yang sedia ada sahaja mampu untuk mewujudkan kestabilan ekonomi-politik di negara ini. Rancangan pembangunan ini telah berupaya mengawal sebarang bentuk penentangan politik (political resistence) dan pemulauan sokongan politik (political boycott) daripada majoriti masyarakat. Persaingan Politik Barisan Nasional dan Pembangkang Sehingga akhir abad ke-20, politik Kuala Lumpur terus kekal dicorakkan oleh amalan ‘racial line’ yang menjadi nilai dan budaya politik masyarakat berbilang kaum di negara ini sejak sekian lama. Barisan Nasional yang diterajui oleh terasnya iaitu UMNO telah menguasai kawasan-kawasan Parlimen yang mempunyai undi majoriti Melayu42 dan kawasan campuran,43 manakala DAP terus kekal menguasai kawasan-kawasan tradisional mereka yang mempunyai majoriti besar penduduk berketurunan Cina.44 Semenjak pembentukan Kuala Lumpur sebagai sebuah wilayah yang tersendiri pada tahun 1974, persaingan politik di wilayah yang ditadbir terus oleh kerajaan Persekutuan ini bolehlah dianggap sebagai pertarungan antara dua buah entiti politik perkauman yang amat berpengaruh, iaitu parti-parti komponen yang bersatu di bawah Barisan Nasional dan Parti Tindakan Demokratik (DAP). Selain dua entiti politik ini, kehadiran parti-parti lain seperti PAS dianggap tidak begitu berkesan. Sejak dari tahun 1959 sehingga Pilihan Raya Umum 1995 ternyata PAS belum berjaya menyaingi pengaruh UMNO. Kehadiran parti Semangat 46 dalam pilihan raya 1990 dan 1995 juga gagal menggugat UMNO yang bertapak kuat di peringkat akar umbi dalam kalangan orang Melayu di Kuala Lumpur. Penyertaan Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM) pula dianggap tidak membawa sebarang makna kerana selain tidak berupaya membawa cabaran, parti ini sendiri menghadapi krisis kelangsungan (survival) disebabkan ideologinya yang semakin tidak relevan dengan perkembangan arus politik semasa. Book 1.indb 33 5/24/2012 9:24:32 AM
  • 34 Demokrasi Dan Pilihan Raya Pilihan raya umum yang berlangsung antara tahun 1974 hingga tahun 1995 menyaksikan pertarungan sebenar di antara Barisan Nasional dan DAP.45 Selepas mengalami kekalahan yang teruk dalam pilihan raya tahun 1969, Barisan Nasional yang menggantikan Perikatan mula menyusun semula kekuatan dan berjaya memenangi dua daripada lima kerusi Parlimen yang dipertandingkan iaitu Parlimen Setapak dan Damansara.46 Parti pembangkang DAP pula, selain mendapat tentangan Barisan Nasional, DAP juga mendapat saingan dari PEKEMAS,47 iaitu sebuah parti politik pembangkang baru yang ditubuhkan oleh bekas pemimpin GERAKAN, Dr. Tan Chee Khoon. DAP berjaya menguasai Parlimen Bukit Bintang dan Parlimen Sungai Besi. Pilihan raya tahun 1978 dan 1982 memperlihatkan pola pengundian yang sama sifatnya, iaitu perkauman dan kewilayahan menjadi faktor utama dalam penentuan sokongan terhadap parti-parti yang bertanding. DAP secara jelasnya terus mendapat sokongan yang tidak berbelah bahagi di kawasan-kawasan yang mempunyai bilangan pengundi Cina pada paras 80 hingga 90 peratus seperti di Parlimen Kepong, Kuala Lumpur Bandar (dulu dikenali sebagai Bukit Bintang) dan Sungai Besi. Manakala Barisan Nasional pula mendapat sokongan padu pengundi- pengundi di kawasan majoriti Melayu seperti di Setapak dan kawasan pengundi campuran, iaitu di Damansara. Pola pengundian seperti ini berterusan sebagaimana yang diperlihatkan dalam pilihan raya 1986 dan 1990. Persempadanan kawasan pilihan raya tahun 1984 telah menambahkan bilangan kawasan majoriti Melayu kepada dua kawasan, iaitu Titiwangsa (dulu dikenali sebagai Setapak) dan Lembah Pantai (dulu sebahagian besarnya meliputi kawasan Damansara). Sebuah kawasan campuran diwujudkan dalam persempadanan PARTI 1974 1978 1982 1986 1990 1995 JUMLAH 1974-1995 BN 2 2 2 3 3 6 18 DAP 2 3 3 4 4 4 20 PEKEMAS 1 0 * * * * 1 BEBAS 0 0 0 * 0 0 0 PPM * 0 * * * * 0 PAS * 0 0 0 * 0 0 NASMA * * * 0 * * 0 SDP * * * 0 * * 0 PRM * * * * * 0 0 S46 * * * * 0 0 0 JUMLAH KERUSI 5 5 5 7 7 10 39 Jadual 4: Pilihan Raya Parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1974-1995: Kerusi Yang Dimenangi Parti Yang Bertanding Nota: * Tidak bertanding/Belum ditubuhkan Sumber: Disesuaikan dari Keputusan Pilihan Raya Umum, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Tahun 1974- 1995. Almanak Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen & Dewan Undangan Negeri 1959-1999, Anzagain Sdn. Bhd, 2004. Book 1.indb 34 5/24/2012 9:24:32 AM
  • 35Perkembangan Politik Kuala Lumpur, 1969-1999 ini, iaitu Parlimen Batu. Oleh kerana perkauman dan garis kewilayahan masih menjadi faktor utama penentuan tingkah laku pengundi, kemenangan parti-parti yang bertanding bagai dapat diduga lebih awal apabila DAP terus mengekalkan penguasaan di kawasan majoriti pengundi Cina iaitu di Kepong, Bukit Bintang, Seputeh dan Sungai Besi manakala Barisan Nasional terus mengekalkan penguasaan di kawasan majoriti Melayu dan kawasan pengundi campuran. Walau bagaimanapun, pilihan raya tahun 1995 memaparkan keputusan yang paling menarik dan bersejarah. Persempadanan semula kawasan oleh SPR pada tahun 1992 telah menambah kawasan majoriti pengundi Melayu dan pengundi campuran masing-masing kepada tiga kawasan. Bagaimanapun kawasan majoriti Cina terus kekal pada angka empat kerusi. Pilihan raya 1995 mencatat sejarah apabila buat pertama kalinya Barisan Nasional mendominasi politik Kuala Lumpur dengan berjaya memenangi bilangan kerusi yang terbanyak, iaitu enam daripada sepuluh kerusi yang dipertandingkan. Barisan Nasional juga buat pertama kalinya berjaya menguasai undi popular, iaitu sebanyak 59.0 peratus, iaitu yang tertinggi dalam sejarah penyertaan gabungan politik ini dalam pilihan raya di Kuala Lumpur berbanding 44.0 peratus yang dicapainya pada tahun 1974, 25 peratus tahun 1978, 49.8 peratus bagi tahun 1982, 41 peratus tahun 1986 dan sebanyak 43 peratus bagi tahun 1990.48 Penganalisis politik menganggap tahun 1995 sebagai kemuncak kegemilangan Barisan Nasional di Kuala Lumpur dan kekuatan parti ini dianggap telah mencapai tahap hegemoni sepenuhnya.49 Jadual 5 Pilihan raya Parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1974-1995: Perbandingan Undi Popular BN dan Pembangkang 0 10 20 30 40 50 60 70 80 1974 1978 1982 1986 1990 1995 BN Pembangkang Column1 Jadual 5: Pilihan Raya Parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1974-1995: Perbandingan Undi Popular BN dan Pembangkang Kesimpulan Perbincangan yang diberikan jelas menunjukkan bahawa politik perkauman terus kukuh dan menebal di Kuala lumpur dari tahun 1969-1999. Struktur politik bandar yang kuat dipengaruhi kerangka perkauman menjadi penyumbang utama ketidakstabilan politik Kuala Lumpur sehingga mencetuskan peristiwa berdarah pada1969.DalamtempohtigapuluhtahundariPeristiwa13Mei1969,perkembangan politik Kuala Lumpur banyak dipengaruhi oleh Barisan Nasional yang berjaya mengkonstruksi suatu bentuk ideologi populis terhadap masyarakat Malaysia. Ia secara tidak langsung juga turut membantu memobilasi masyarakat untuk lebih berinteraksi di dalam kerangka sistem pembangunan ekonomi politik Malaysia. Book 1.indb 35 5/24/2012 9:24:32 AM
  • 36 Demokrasi Dan Pilihan Raya Walaupun politik gabungan yang direalisasikan melalui perkongsian kuasa antara kumpulan etnik, namun dominasi UMNO semakin ketara sehingga mewujudkan hegemoni. Kekuasaan UMNO semakin berkembang dengan pemantapan kuasa parti itu menerusi sokongan orang Melayu dan orang bukan Melayu melalui MCA, Gerakan dan MIC yang dilihat melalui peningkatan prestasi dalam pilihan raya umum yang diadakan selepas tahun 1969. Strategi perkauman dalam perpaduan diteruskan oleh Barisan Nasional kerana menganggapnya sebagai satu formula kemenangan yang boleh menjamin kelangsungan parti yang diwakili mereka. Langkah ini ternyata memberi kesan bukan sahaja dalam keberkesanannya memberi kemenangan kepada gabungan parti pemerintah, tetapi juga berjaya membuatkan parti pembangkang terpaksa mengikut rentak yang sama dalam dasar perjuangan berasaskan kaum. Selain dari migrasi penduduk Melayu ke Kuala Lumpur, pengukuhan kuasa politik Barisan Nasional juga dibantu oleh persempadanan politik dan amalan Gerrymendering selain kawalan hegemoni intektual pemerintah terhadap masyarakat melalui dasar ekonomi, kawalan politik dan mengkonstruksikan pemikiran masyarakat. Nota 1 Front Sosialist menang di kerusi Parlimen Batu (Ng Ann Teck-Parti Buruh), Parlimen Setapak (Ahmad Boestamam-Parti Rakyat), Parlimen Bangsar (V. David-Parti Buruh) dan Parlimen Damansara (K. Karam Singh-Parti Buruh). Seorang lagi calon Front Sosialist dari Parti Rakyat di Parlimen Bukit Bintang, Nazar Nong, tewas kepada calon Perikatan, Cheah Theam Swee dan dua calon bebas juga daripada bangsa Cina hanya dengan 700 undi sahaja. 2 Temuramah dengan Haji Ishak Surin, bekas Setiausaha Agung Parti Rakyat Malaya yang dipimpin oleh Ahmad Boestamam di Markas Tarbiyyah Kampung Bandar Dalam, Sentul Kuala Lumpur pada 16 April 2010. Beliau menjelaskan bahawa Front Sosialist mendapat sokongan kuat pengundi Kuala Lumpur pada tahun 1950-an dan awal 1960-an kerana melihat Front Socialist sebagai wadah politik yang dapat membebaskan mereka daripada penindasan kapitalisme kerana majoriti penduduk Kuala Lumpur terdiri daripada golongan pekerja seperti terlibat dalam industri pengangkutan, kilang, peniaga kecil, peruncit, pengusaha bengkel, penjaja jalanan dan telibat dalam buruh biasa. Mereka mempunyai tahap kesedaran politik yang tinggi kerana menyertai banyak kesatuan sekerja yang kuat diresapi idea sosialis. 3 Dalam Pilihan Raya 1964 ini, kemunculan PETIR telah memecahbelahkan parti pembangkang dan membawa kelebihan kepada Perikatan apabila tiga calonnya menang di kerusi Parlimen Setapak iaitu S.Y Chan yang menewaskan Tajudin Kahar (FS-Parti Rakyat) dan K.V Thever (PETIR) dengan majoriti besar 4,404 undi. Di Parlimen Bukit Bintang calon Perikatan-MCA, Tan Toh Hong berjaya menewaskan Ishak Haji Muhammad (FS-Parti Rakyat), Wong Lin Ken (PETIR) dan calon PAS, Abdul Aziz Ismail. 4 Lihat Straits Times, 24 Februari 1969. GRM diwakili oleh Setiausaha Agungnya, Dr. Tan Chee Khoon, manakala DAP diwakili oleg Setiausaha Agungnya, Goh Hock Guan. Perjanjian itu diadakan bertujuan untuk mengelakkan persaingan antara kedua parti itu dalam satu-satu kawasan pilihan Raya yang sama. 5 Leon Comber, 13 May 1969. A Historical Survey of Sino-Malay Relations. Singapura: Heinemann Asia, 1983, hlm. 63. 6 Keterangan lebih lanjut, lihat Von Vorys, Karl, Democracy Without Consensus. Princeton University Press, 1975. 7 Lihat Keputusan Pilihan Raya Umum Negeri Selangor, Tahun 1969. Almanak Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen & Dewan Undangan Negeri 1959-1999, Anzagain Sdn. Bhd, 2004, hlm. 609- 610. Calon-calon Perikatan yang diwakili oleh MCA kalah di semua kerusi Parlimen Kuala Lumpur iaitu Yap Chin Kwee tewas di tangan Dr. Tan Chee Khoon dari GERAKAN di Parlimen Batu dengan majoriti 13,948 undi, Dr. Teh Hock Heng tewas kepada calon DAP, Walter Loh Poh Book 1.indb 36 5/24/2012 9:24:32 AM
  • 37Perkembangan Politik Kuala Lumpur, 1969-1999 Khan di Parlimen Setapak dengan majoriti 3,266 undi, Lew Sip Hon tewas kepada calon DAP, Goh Hock Guan di Parlimen Bungsar dengan majoriti besar sebanyak 27,402 undi, Tan Toh Hong tewas kepada calon GERAKAN, Yeoh Teck Chye dengan majoriti 9,352 di Parlimen Bukit Bintang manakala calon Perikatan di Damansara, Michael Chen tewas kepada calon DAP, Hor Cheok Foon dengan majoriti 3,478 undi. 8 Menurut Leon Comber, beberapa penyokong DAP dan GERAKAN pergi ke rumah Datuk Harun Idris, Menteri Besar Selangor yang juga merupakan Pengerusi UMNO Cawangan Selangor memintanya meletakkan jawatan kerana dia bukan lagi Menteri Besar Selangor. Penyokong- penyokong parti pembangkang memprovokasi orang Melayu di Kampung Baru dengan kata- kata ‘Melayu Sudah Jatuh’, ‘Kuala Lumpur Sekarang Cina Punya’, ‘Ini Negeri Bukan Melayu Punya’, ‘Kita Mahu Halau Semua Melayu’. Lihat Leon Comber, 13 May 1969, hlm. 69-70. 9 Lihat Leon Comber, 13 May 1969, hlm. 69-70. Semasa melakukan perarakan tersebut, penyokong- penyokong parti tertentu yang bersifat perkauman telah melakukan provokasi ke atas orang Melayu. Tindakan ini telah mendorong tindak balas orang Melayu yang berhimpun di rumah Datuk Harun Idris di Kampung Baru, kemudian bergerak ke Jalan Chow Kit dan sekitarnya melakukan serangan ke atas orang Cina seperti membunuh, membakar dan merosakkan apa sahaja yang berkaitan dengan orang Cina. Lihat The May 13 Tragedy: A Report. The National Operation Council, Kuala Lumpur, 9 Oktober 1969, hlm. 89. Laporan kerajaan yang dikeluarkan pada 9 Oktober 1969 menyebut seramai 180 orang terbunuh iaitu 125 etnik Cina, 37 Melayu dan 17 India. Seramai 9,143 orang telah ditangkap dan 5,561 daripadanya telah dibicarakan di mahkamah. Sebanyak 211 buah kenderaan dan 753 bangunan telah dirosakkan atau terbakar. Lihat John Slimming, Malaysia The Death of Democracy. London: John Murray, 1969, hlm. 29-48. Ada yang menganggarkan jumlah kematian lebih tinggi, misalnya John Slimmings mengatakan 800 orang telah terbunuh, kebanyakannya orang Cina yang ditembak oleh tentera kerana tidak mengendahkan amaran perintah berkurung. 10 Lihat Tun Sufian Hashim, An Intoduction of the Constitution of Malaysia, Second Edition, Government Printer, Peninsular Malaysia, Kuala Lumpur, 1976, hlm 228-229. 11 LihatTunSufianHashim,AnIntroductionoftheConstitutionofMalaysia,SecondEdition.Government Printer, Peninsular Malaysia, Kuala Lumpur, 1976, hlm. 230-231. Pindaan Perlembagaan yang dikuatkuasakan oleh Akta (Pindaan) Perlembagaan, 1971 yang dipersetujui dan dikuatkuasakan mulai 10 Mac 1971. 12 Lihat Saravanamutthu, Johan, “Negara, Autoritarianisme dan Perindustrian: Satu Tinjuan ke atas kes Malaysia” dalam Ahmad Shabery Cheek (ed), Cabaran Malaysia Tahun Lapan Puluhan, Kuala Lumpur, Persatuan Sains Sosial Malaysia, hlm. 102. DEB merupakan dasar yang terpenting dalam sejarah pembangunan Malaysia kerana kesannya begitu menyeluruh dan mendalam terhadap rakyat negara ini. DEB yang bermatlamatkan perpaduan nasional mempunyai objektif serampang dua mata iaitu membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat supaya pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi dapat dihapuskan. Walaubagaimana pun, sesetengah sarjana berpendapat DEB didapati tumpuannya lebih menekankan objektif kedua yang bertujuan melahirkan satu kelas kapitalis Melayu untuk menggantikan kekuasaan golongan bukan Melayu ke atas ekonomi. Lihat Shaharuddin Maaruf, Malay Ideas On Development: From Feudal Lord to Capitalist. Singapore: Times Book International, 1988. Meskipun DEB bukan bersifat keetnikan, tetapi pelaksanaannya ternyata menjurus kepada pengumpulan modal Melayu untuk memenuhi cita-cita ekonomi para elit Melayu. 13 Lihat Malaysia, Kajian Separuh Penggal RMK (1971-1975). RMK menggantikan Rancangan Malaysia Pertama (RMP) yang dilihat gagal menangani masalah ketidakseimbangan ekonomi ini. Dasar-dasar RMP juga menimbulkan ketidakpuasan hati bukan Melayu yang rata-rata teleh menyokong parti pembangkang yang lebih menyenangi pengurangan atau pemansuhan tindakan afirmatif bagi golongan bumiputera semasa pilihan raya tahun 1969. 14 Lihat J.W Henderson, N. Vreeland, Glenn B. Dana, Geoffrey B. Hurwitz, Peter Just, Phillip W. Moeller, R.S Shinn, Area Handbook for Malaysia, Washington DC, AS: American University, 1977, hlm. 323. Walaupun orang Melayu merupakan kaum majoriti negara ini, tetapi penguasaan ekonomi tidak setara dengan kedudukan tersebut. Pada tahun 1970, bumiputera hanya memiliki 1.9 peratus daripada ekonomi Malaysia manakala bukan Melayu terutamanya orang Cina menguasai 37.4 peratus dan bakinya oleh orang-orang asing. Dalam gabungan perikatan Book 1.indb 37 5/24/2012 9:24:32 AM
  • 38 Demokrasi Dan Pilihan Raya politik baru ini, beberapa buah parti politik pembangkang dalam pilihan raya 1969 seperti PAS, GERAKAN, PPP dan SUPP telah menyertai kerajaan campuran ini. 15 Dalam gabungan perikatan politik baru ini, beberapa buah parti politik pembangkang dalam pilihan Raya 1969 seperti PAS, GERAKAN, PPP dan SUPP telah menyertai kerajaan campuran ini. 16 Kekalahan teruk Perikatan di Kuala Lumpur dan kegagalan menubuhkan kerajaan di Selangor telah memberi kesedaran kepada Perikatan hakikat politik Kuala Lumpur dikuasai kaum Cina yang secara tidak langsung memberi kesan pula kepada politik Selangor kerana Kuala Lumpur menyumbangkan banyak kerusi Dewan Undangan Negeri kepada parti pembangkang dalam pilihan Raya 1969.Bilangan pemilih di Wilayah Persekutuan pada tahun 1974 berjumlah 173,946 orang, jauh berkurang daripada asal sebanyak 281,200 pemilih sewaktu Kuala Lumpur masih sebahagian dari Selangor. Keadaan ini disebabkan oleh pembubaran Dewan Rakyat dengan mengejut, iaitu baru seminggu selepas ia meluluskan persempadanan bahagian pilihan Raya parlimen dan negeri termasuk bahagian pilihan raya dalam Wilayah Persekutuan. Ia tidak memberi masa yang cukup kepada Suruhanjaya Pilihan Raya menyediakan satu daftar pemilih yang memuaskan untuk pemilih-pemilih memahami bahagian-bahagian pilihan raya yang baru. Oleh yang demikian, Suruhanjaya Pilihan Raya tidak dapat menjalankan usaha pendaftaran yang khas bagi pemilih-pemilih sebagaimana lazim dibuatnya sebelum sesuatu pilihan Raya umum dan dengan itu Suruhanjaya Pilihan Raya tidak ada pilihan tetapi menyusunkan semula daftar- daftar yang sedia ada mengikut bahagian pilihan raya yang baru itu. Lihat Yaacob Hussain Marican, Developments in the Law Concerning Elections in Malaysia, dalam The Constitution of Malaysia Its Development: 1957-1977, Kuala Lumpur, Oxford University Press, Oxford New York Malbourne, 1978, hlm. 219-220. Lihat juga ucapan YB Dr. Tan Seng Giaw (Kepong), Perbahasan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) Bacaan Kali Kedua dan Ketiga, Penyata Rasmi Parlimen, Dewan Rakyat, Parlimen Keenam, Penggal Pertama, 2 Ogos 1983, hlm. 8706-8709. 17 Bilangan pemilih di Wilayah Persekutuan pada tahun 1974 berjumlah 173,946 orang, jauh berkurang daripada asal sebanyak 281,200 pemilih sewaktu Kuala Lumpur masih sebahagian dari Selangor. Keadaan ini disebabkan pembubaran Dewan Rakyat dengan mengejut, iaitu baru seminggu selepas meluluskan persempadanan bahagian pilihan Raya parlimen dan negeri termasuk bahagian pilihan raya dalam Wilayah Persekutuan. Ia tidak memberi masa yang cukup kepada Suruhanjaya Pilihan Raya menyediakan satu daftar pemilih yang memuaskan untuk pemilih memahami bahagian-bahagian pilihan raya yang baru. Oleh yang demikian, Suruhanjaya Pilihan Raya tidak dapat menjalankan usaha pendaftaran yang khusus bagi pemilih sebagaimana lazim dibuatnya sebelum sesuatu pilihan raya umum. Dengan itu Suruhanjaya Pilihan Raya tidak ada pilihan tetapi menyusunkan semula daftar pemilih sedia ada mengikut bahagian pilihan raya yang baru. Lihat Yaacob Hussain Marican, Developments in the Law Concerning Elections in Malaysia, dalam The Constitution of Malaysia Its Development: 1957-1977, Kuala Lumpur, Oxford University Press, Oxford New York Malbourne, 1978, hlm 219-220. Lihat juga ucapan YB Dr. Tan Seng Giaw (Kepong), Perbahasan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) Bacaan Kali Kedua dan Ketiga, Penyata Rasmi Parlimen, Dewan Rakyat, Parlimen Keenam, Penggal Pertama, 2 Ogos 1983, hlm. 8706-8709. 18 Dengan mengambil contoh keputusan pilihan Raya umum tahun 2008, pakatan pembangkang telah menguasai sepuluh daripada sebelas kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan, tetapi kemenangan tersebut tidak memberi kuasa kepada pakatan pembangkang untuk mentadbir kerana Wilayah Persekutuan adalah wilayah yang ditadbir terus oleh kuasa Kerajaan Persekutuan. 19 Mulai 1 Februari 1974, Kuala Lumpur akan ditadbir secara langsung oleh Kerajaan Persekutuan melalui sebuah badan berkuasa tempatan yang dikenali sebagai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), sebuah agensi di bawah Menteri Wilayah Persekutuan. Kuasa eksekutif bagi pihak berkuasa ini datangnya dari Datuk Bandar yang dilantik bagi tiap tiga tahun sekali oleh menteri berkenaan semenjak pilihan Raya perbandaran digantung pada tahun 1970. 20 Lihat Keputusan Pilihan Raya Umum Negeri Selangor, Tahun 1969 dan 1974. Almanak Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen & Dewan Undangan Negeri 1959-1999, Anzagain Sdn. Bhd, 2004, hlm. 604-620. Pada tahun 1969, bilangan kerusi Dewan Undangan Negeri majoriti Melayu adalah 11, Book 1.indb 38 5/24/2012 9:24:32 AM
  • 39Perkembangan Politik Kuala Lumpur, 1969-1999 Cina 9 dan kawasan campuran ialah 8 kerusi. Selepas persempadanan semula kawasan pilihan raya negeri Selangor. 21 Pada ahun 1970, jumlah penduduk bandar di Malaysia adalah sebanyak 28.4 peratus dan selepas pelaksanaan DEB dan DPN, jumlahnya meningkat kepada 61.8 peratus. Jumlah penduduk bandar bertambah daripada 2.96 juta orang kepada 13.72 juta orang dalam tempoh tersebut. Lihat Jabatan Perangkaan Malaysia, 2001. Tahun 1974, bilangan kerusi Melayu bertambah menjadi 18 kerusi, Cina 11 kerusi dan campuran empat kerusi. 22 Temubual dengan Haji Ishak Surin pada 16 April 2010 di Madrasah Tarbiyyah Kampung Bandar Dalam Sentul. Beliau adalah seorang bekas ahli Parti Rakyat Malaya pimpinan Ahmad Boestamam dan yang telah bergiat dalam politik Malaysia sejak tahun 1955. Beliau menyatakan, selepas Peristiwa 13 Mei, Datuk Harun telah menggalakkan penghijrahan orang-orang Melayu dari seluruh Semenanjung Malaysia ke Kuala Lumpur untuk mengimbangi jumlah orang Melayu dengan membuka penempatan setinggan di tanah-tanah bekas lombong seperti Kampung Hormat Rafaei, Kampung Chubadak Tambahan, Kampung Berembang, Wira Jaya, Wira Permai, Kampung Chendana dan lain-lain. Kenyataan beliau ini disokong dalam satu lagi temubual bersama Bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Sulaiman Mohamad pada 20 Oktober 2010 di rumahnya No 103, Jalan Ampang Hilir, Kuala Lumpur. Selain penempatan setinggan, beliau juga menjelaskan strategi kerajaan adalah mewujudkan lebih banyak perumahan-perumahan awam yang akan menempatkan ramai migran dari luar bandar. Lihat Ucapan YB Mohd Ali Bin M. Sharif, Setiausaha Parlimen Kementerian Perumahan dan Kampung-Kampung Baru, Penyata Rasmi Parlimen, Dewan Rakyat Yang Keempat, Penggal Yang Pertama, Jumaat, 29 November 1974. Perumahan awam tersebut adalah 1,024 unit Rumah Pangsa 4 Blok 17 Tingkat di Jalan Sentul, 400 unit Rumah Pangsa 1 Blok 20 Tingkat di Jalan Loke Yew Peringkat IV, 160 unit Rumah Pangsa 4 Blok 5 Tingkat di Jalan Bangsar Peringkat II, 320 unit Rumah Pangsa 4 Tingkat 4 Blok di Jalan Cheras Peringkat II A, 320 unit Rumah Pangsa 4 Blok 4 Tingkat di Jalan Cheras Peringkat IIB, 960 unit Rumah Pangsa 12 Blok 4 Tingkat di Jalan Cheras Peringkat III, 808 unit Rumah Pangsa 3 Blok 17 Tingkat di Jalan San Peng Peringkat I dan 1,088 unit Rumah Pangsa 4 Blok 17 Tingkat di Jalan San Peng Peringkat II. Ucapan YB Datuk Muhamed Rahmat, Timbalan Menteri Penyelarasan Perbadanan Awam, Perbahasan Usul Anggaran Pembangunan 1975, Bacaan Kali Kedua, Rang Undang-Undang Perbekalan, Penyata Rasmi Parlimen, Dewan Rakyat Keempat, Penggal Yang Pertama, Khamis, 28 November 1974. Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) telah membina bangunan-bangunan dan kompleks perniagaan yang besar di Kuala Lumpur untuk membolehkan bumiputera mengambil bahagian yang cergas dalam lapangan perniagaan. Sejak ditubuhkan, UDA talah mengadakan sebanyak 367 premis perniagaan di Kuala Lumpur dengan nilai sebanyak RM7.6 juta. UDA juga memberi peluang kepada orang Melayu memiliki unit- unit rumah dan bangunan komersial dengan pembukaan Bandar-bandar baru menerusi projek- projek hartanah di Kuala Lumpur seperti Bandar Tun Husin Onn di Cheras. 23 Lihat Yeoh, Micheal, “The Politics of Under Representation,” dalam The Malaysian Chinese Towards Unity: 61-71. Petaling Jaya: Eastern University Press, hlm. 66. Formula baru untuk melakukan proses pembinaan negara bangsa dan perlindungan kepentingan Melayu dalam keadaan gangguan politik yang minimum telah mendorong penggubalan Akta Parlimen 206 pada tahun 1973 yang memansuhkan sekatan terhadap ketaksamaan dalam bilangan pengundi. 24 Gerrymandering adalah satu kaedah untuk memanipulasi sempadan yang akan memberi kesan positif kepada pihak-pihak berkepentingan seperti parti politik. Gerrymandering ini dimulakan oleh Massachusetts Gov. Ellbridge Gerry dalam tahun 1812 di Amerika Syarikat. Keterangan lebih lanjut lihat Glassner M.I, Political Geography (2nd Edition), USA: John Wiley & Sons Inc, 1995. 25 Persempadanan ini digunakan dalam tiga pilihan raya umum iaitu tahun 1974, 1978 dan 1982. 26 Kerusi Damansara, walaupun majoritnya terdiri daripada pengundi Cina, tetapi pengundi Melayu memiliki peratusan yang agak tinggi. 27 Sebagai perbandingan, kadar purata pengundi dalam tiap bahagian pilihan raya negeri Selangor ialah 58,887 bagi negeri Selangor dan 21,391 bagi Sarawak. 28 Persempadanan tahun 1984 ini digunakan dalam dua pilihan raya umum, iaitu 1986 dan 1990. 29 Berdasarkan Daftar Pemilih PRU 1982. Book 1.indb 39 5/24/2012 9:24:32 AM
  • 40 Demokrasi Dan Pilihan Raya 30 Berdasarkan Daftar Pemilih PRU 1990. 31 Berdasarkan Daftar Pemilih PRU 1990. 32 Berdasarkan Daftar Pemilih PRU 1999. 33 Berdasarkan Daftar Pemilih PRU 1999. 34 Berdasarkan Daftar Pemilih PRU 1999. 35 Berdasarkan Daftar Pemilih PRU 2008 36 Berdasarkan Daftar Pemilih PRU 2008 37 Berdasarkan Daftar Pemilih PRU 2008 38 Lihat ucapan YB Chan Kok Kit (Sungai Besi), Perbahasan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan), Bacaan Kali Kedua dan Ketiga, Penyata Rasmi Parlimen, Dewan Rakyat, Parlimen Keenam, Penggal Pertama, 2 Ogos 1983, hlm. 8718. 39 Lihat Ucapan YB Dr. Tan Seng Giaw (Kepong), Ibid, hlm. 8708. 40 Berdasarkan daftar pengundi 2008, kawasan Parlimen majoriti pengundi Melayu di Wilayah Persekutuan ialah Titiwangsa, Lembah Pantai, Setiawangsa dan Wangsa Maju. 41 Kawasan pengundi campuran ialah Bandar Tun Razak, Segambut dan Batu. 42 Kawasan pengundi majoriti Cina ialah Kepong, Cheras, Seputeh dan Bukit Bintang. 43 Almanak Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen & Dewan Undangan Negeri 1959-1999, Anzagain Sdn. Bhd, 2004, Keputusan Pilihan Raya 1974 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, hlm. 918-920. Jumlah pemilih berdaftar ialah 173,946 orang dan jumlah undi yang dikeluarkan ialah 115,769. Jumlah undi rosak ialah 1,919 manakala peratus keluar mengundi ialah 66.60. Bagi kerusi P. 84 Kepong yang mempunyai 33,282 pengundi, calon PEKEMAS, Dr. Tan Chee Khoon telah memenangi kerusi tersebut dengan memperolehi undi sebanyak 9,858 undi menewaskan calon BN, Dr. Tan Tiong Hong yang mendapat 9,192 undi, Chan Kok Kit dari DAP mendapat 4,206 undi dan calon Bebas, George Lim yang hanya mendapat 681 undi. Jumlah majoriti yang dimenangi PEKEMAS ialah 666 undi. Di kerusi P.85 Setapak (34,792 pengundi), calon BN, Idris Haji Ibrahim yang mendapat 14,743 undi berjaya menewaskan calon PEKEMAS, Ishak Surin (3,213 undi) dan calon DAP, Ganga Nayar (2,944) dengan majoriti 11,530 undi. Di P.86 Damansara, BN berjaya memenangi kerusi tersebut apabila calonnya S. Subramaniam yang mendapat 9,763 undi menewaskan Hor Cheok Foon dari DAP (5,362 undi) dan K.C Cheah dari PEKEMAS (3,935 undi). Majoriti ialah 4,401 undi. Bagi P. 87 Kuala Lumpur Bandar yang mempunyai 32,321 pengundi, calon DAP memenangi kerusi tersebut apabila calonnya, Lee Lam Thye (15,112 undi) berjaya menewaskan Alex Lee Yu Lung dari BN (6,490 undi) dan Yeoh Teck Chye (1,540) dari PEKEMAS dengan majoriti 8,622 undi. Manakala bagi P.88 Sungai Besi (40,489 pengundi), calon DAP, Farn Seong Than berjaya menewaskan calon BN, Shee Koon Ruay (9,886 undi) dan calon PEKEMAS, Ang Chee Meng (1,958 undi) dengan majoriti 5,081 undi. 44 Barisan Nasional Kuala Lumpur diperkuatkan dengan penyertaan PAS dan GERAKAN. Penyertaan PAS dalam Barisan Nasional menyebabkan sokongan undi orang Melayu bertumpu kepada Barisan Nasional sehingga berjaya merampas Parlimen Setapak yang mempunyai majoriti pengundi Melayu dan Damansara yang mempunyai jumlah pengundi Melayu yang agak ramai. 45 Temubual dengan bekas Setiausaha Agung Parti Rakyat Malaya, Haji Ishak Surin di Madrasah Tarbiyyah, Kampung Bandar Dalam, Sentul Kuala Lumpur pada 16 April 2010. PEKEMAS yang ditubuhkan oleh Dr. Tan Chee Khoon telah disertai oleh ramai bekas pemimpin Gerakan yang menentang tindakan Dr. Lim Chong Eu membawa Gerakan menyertai Barisan Nasional. Parti ini juga banyak disertai oleh bekas-bekas pemimpin dan ahli Parti Rakyat Malaya daripada bangsa Melayu. 46 Barisan Nasional terus berjaya mengekalkan penguasaan undi popular di Kuala Lumpur pada Pilihan Raya tahun 1999, iaitu 50.4 peratus dan Pilihan Raya 2004 pada kadar 58.7 peratus. Bagaimanapun dalam Pilihan Raya 2008, kadarnya kembali merosot kepada 38.0 peratus. 47 Temubual dengan Datuk Dr. Sulaiman Mohamed, bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan di kediamannya di No.103, Jalan Ampang Hilir, Kuala Lumpur pada 20 Oktober 2010. 48 Lihat Weiner, Myron, “Political Change: Asia, Africa and the Middle East” in Myron Weiner & Samuel Huntington (eds). Understanding Political Development: 33-64. Boston: Little Brown, 1987, hlm. 35-36. Book 1.indb 40 5/24/2012 9:24:32 AM
  • 41Perkembangan Politik Kuala Lumpur, 1969-1999 49 K.J Ratnam pernah memerihalkan bagaimana parti berasaskan pelbagai kaum seperti DAP telah menukar corak perjuangan kepada yang berasaskan kaum Cina. Keadaan yang sama juga berlaku kepada parti PAS, GERAKAN dan PPP. Rujukan Abdul Rahman Embong, State-led Moddernization and the New Middle Class in Malaysia. New York: Palgrave, 2002. Almanak Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen & Dewan Undangan Negeri 1959-1999, Anzagain Sdn. Bhd, 2004 Almond, G.A and Coleman, J.S. The Politics of the Developing Areas. Princeton: Princeton University Press, 1960. Cheah Boon Kheng. Komrad Bertopeng. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1982. Dahl, Robert, Polyarchy: Participation and Opposition. New Heaven: Yale University Press, 1973. Glassner M.I, Political Geography (2nd Edition), USA: John Wiley & Sons Inc, 1995. Goh Cheng Teik, Racial Politics in Malaysia. Petaling Jaya: FEP, 1989. Hussain Mohamed, Wang dan Pilihan Raya di dalam Membangun Demokrasi: Pilihan Raya di Malaysia, Kuala Lumpur: Karya Bestari, 1987. John Slimming, Malaysia The Death of Democracy. London: John Murray, 1969. J.W Henderson, N. Vreeland, Glenn B. Dana, Geoffrey B. Hurwitz, Peter Just, Phillip W.Moeller, R.S Shinn, Area Handbook for Malaysia, Washington DC, AS: American University, 1977. Leon Comber, 13 May 1969 A Historical Survey of Sino-Malay Relations. Singapura: Heinemann Asia, 1983. Roff, W.R, The Origins of Malay Nationalism, Singapore: University of Malaya Press, 1967. Saravanamuthu, Johan, “Negara, Autoritarianisme dan Perindustrian: Satu Tinjuan ke atas kes Malaysia,” dalam Ahmad Shabery Cheek (ed), Cabaran Malaysia Tahun Lapan Puluhan, Kuala Lumpur, Persatuan Sains Sosial Malaysia. Shaharuddin Maaruf, Malay Ideas On Development: From Feudal Lord to Capitalist. Singapore: Times Book International, 1988. Sufian Hashim, An Intoduction of the Constitution of Malaysia, Second Edition, Government Printer, Peninsular Malaysia, Kuala Lumpur, 1976. Von Vorys, Karl, Democracy Without Consensus. Princeton University Press, 1975. Weiner, Myron, Political Change: Asia, Africa and the Middle East’ in Myron Weiner & Samuel Huntington (eds). Understanding Political Development: 33-64. Boston: Little Brown, 1987 Yaacob Hussain Marican, Developments in the Law Concerning Elections in Malaysia, dalam The Constitution of Malaysia Its Development: 1957-1977, Kuala Lumpur, Oxford University Press, Oxford New York Malbourne, 1978 Yeoh, Micheal, “The Politics of Under Representation,” dalam The Malaysian Chinese Towards Unity. Petaling Jaya: Estern University Press. Akhbar News Straits Times, 24 Februari 1969 Book 1.indb 41 5/24/2012 9:24:32 AM
  • 42 Demokrasi Dan Pilihan Raya Laporan Kerajaan Malaysia, Kajian Separuh Penggal RMK (1971-1975) The May 13 Tragedy: A Report. The National Operation Council, Kuala Lumpur, 9 Oktober 1969, hlm. 89. Laporan kerajaan yang dikeluarkan pada 9 Oktober 1969 Penyata Rasmi Parlimen Ucapan YB Chan Kok Kit (Sungai Besi), Perbahasan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan), Bacaan Kali Kedua dan Ketiga, Penyata Rasmi Parlimen, Dewan Rakyat, Parlimen Keenam, Penggal Pertama, 2 Ogos 1983, hlm. 8718. Ucapan YB Dr. Tan Seng Giaw (Kepong), Perbahasan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) Bacaan Kali Kedua dan Ketiga, Penyata Rasmi Parlimen, Dewan Rakyat, Parlimen Keenam, Penggal Pertama, 2 Ogos 1983, hlm. 8706- 8709. Ucapan YB Datuk Muhamed Rahmat, Timbalan Menteri Penyelarasan Perbadanan Awam, Perbahasan Usul Anggaran Pembangunan 1975, Bacaan Kali Kedua, Rang Undang-Undang Perbekalan, Penyata Rasmi Parlimen, Dewan Rakyat Keempat, Penggal Yang Pertama, Khamis, 28 November 1974. Temubual Temubual dengan Haji Ishak Surin pada 16 April 2010 di Madrasah Tarbiyyah Kampung Bandar Dalam Sentul. Beliau adalah bekas ahli Parti Rakyat Malaya pimpinan Ahmad Boestamam dan telah bergiat dalam politik Malaysia sejak tahun 1995. Book 1.indb 42 5/24/2012 9:24:32 AM
  • PAS Di Kelantan Sehingga Pengisytiharan Darurat 1977 Md Rozimi Mohd Nasir Ahmad Kamal Ariffin Md Rus Abstract Themultifariousguessinggamesandpoliticalinterpretationswere made, following the measure taken by the Federal Government led by Datuk Hussien Onn, the third Prime Minister in declaring the state of emergency in the Kelantan State on 8th November 1977. The ground for the declaration was the internal crisis that had swept over PAS under the leadership of Datuk Mohd Asri Muda, who had turned down Datuk Mohamad Nasir as the Menteri Besar of Kelantan. This political turmoil had brought about such an awakening among the Kelantanese that led to street demonstrations which inevitably involved some property damages. The Federal Government had no other alternative but to declare emergency in the state. The action of the Federal Government in declaring it was a practical step in order to secure a peaceful situation in the state, which at the time had not exhibited any signs of total recovery. This political crisis only came to an end when a snap state election was called on 11th March 1978 and PAS lost the election and was denied from continuing the political administration of the state after it had been in power for nearly 19 years. Keywords: Emergency, Political Crisis, Kelantan, Election Pengenalan Darurat 1977 yang diisytiharkan oleh Yang Dipertuan Agong di negeri Kelantan merupakan darurat terakhir dalam lima siri darurat yang diisytiharkan di negara ini. Hakikatnya, Perkara 150 dalam Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa sepenuhnya kepada Yang Dipertuan Agong untuk mengambil tindakan ini setelah menimbang justifikasinya. Krisis dalam Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang berlaku berikutan undi tidak percaya oleh Kumpulan 20 terhadap kepimpinan Datuk Mohamad Nasir, Menteri Besar Kelantan semasa persidangan Dewan Undangan Negeri pada 15 Oktober 1977 menjadi pencetus kepada kebangkitan rakyat untuk berdemonstrasi dan merusuh. Sebelum perisytiharan darurat di Kelantan pada 8 November 1977, Kerajaan Persekutuan yang dipimpin oleh Datuk Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia telah melakukan beberapa siri rundingan dengan Datuk Mohd. Asri Muda, Presiden PAS. Namun begitu, rundingan ini tidak berjaya Book 1.indb 43 5/24/2012 9:24:32 AM
  • 44 Demokrasi Dan Pilihan Raya mencapai kata sepakat dan menemui jalan buntu. Dengan demikian, darurat diisytiharkan bagi mengawal keselamatan yang kian runcing. Pentadbiran Kelantan seterusnya diletakkan di bawah Pengarah Kerajaan Negeri selama 96 hari. Krisis politik ini hanya berakhir apabila rakyat Kelantan menolak kerajaan PAS yang telah memerintah selama 19 tahun menerusi pilihan raya negeri yang diadakan secara mengejut pada 11 Mac 1978. Perkembangan Politik Kelantan, 1955 – 1972 Sokongan politik yang membolehkan PAS terus dapat memerintah Kelantan, walaupunpartiinitidakkeseluruhannyasealirandenganparti-partikomponenketika BN berada dalam kerajaan suatu yang menarik untuk dikaji. Semangat kedaerahan orang Melayu Kelantan memang cukup kental dan ampuh. Seorang pelajar asing dalam satu wawancara yang tersiar dalam majalah ‘The Economist’ bulan Mei 1991 menyimpulkan tebalnya fahaman kedaerahan orang Melayu Kelantan adalah setanding dengan tebalnya semangat kedaerahan orang British ‘Yorkshiremen’ di England. Kedua-dua kelompok ini sama-sama tebal dengan semangat kedaerahan apabila loghat bahasa mereka cukup mudah dikenali dan menjadi landasan penting untuk menyemarakkan ‘rasa kekitaan’ dalam kalangan kelompoknya.1 Masyarakat Kelantan yang berlatarbelakang kepada dialek pertuturannya yang berbeza dengan lain-lain negeri di Malaysia menyebabkan penutur bahasa Melayu yang kali pertama mendengar dialek Kelantan sukar untuk memahaminya. Tingkah laku, adat resam dan pemakanan yang ditonjolkan, khususnya sos ikan bilis atau budu juga menzahirkan perbezaan dengan corak pemakanan masyarakat Melayu di lain-lain negeri di Malaysia. Clive S. Kessler menyifatkan mesyarakata Melayu Kelantan sebagai … ‘not only is Kelantan overwhelming Malay demograpically: protected by its colonial administrations from alien populations and commercial development, it remains anchored in its past, a distinctive Malay state socially, culturally, and also politically.’2 Imej Islam pula menjadi sebahagian daripada identiti masyarakat Kelantan yang dikenali dengan jolokan ‘Serambi Mekah’. Sehingga negeri ini dikatakan kekal sebagai pusat parti pembangkang dalam kancah politik Malaysia semenjak kemerdekaan.3 Namun begitu, masyarakat Melayu Kelantan pernah menolak kepimpinan PAS dan memilih UMNO untuk menerajui kepimpinan negeri semasa pilihan raya 1978.4 Faktor ini membuktikan masyarakat Kelantan tidak terlalu fanatik sokongannya kepada pembangkang, sebaliknya memilih parti yang difikirkan baik untuk mentadbir negeri. Hak dan kuasa mengundi digunakan sepenuhnya bagi memilih wakil untuk bersuara di Dewan Undangan Negeri (DUN), mahupun Dewan Rakyat. Kesediaan masyarakat dan pengundi Kelantan menerima PAS sebagai sebuah parti yang berkuasa memerintah negeri ini, walaupun mereka sedar bahawa PAS merupakanpartipembangkangyangtidaksehaluandenganBN,iaitugabunganparti yang memerintah Kerajaan Pusat. Sudah pasti perjalanan pentadbiran, khususnya bila melibatkan hal-hal kewangan menjadi rumit atau tidak akan berjalan selicin negeri yang ditadbir oleh parti yang seiring dengan parti yang mentadbir Kerajaan Pusat kerana Perkara 110 Perlembagaan Persekutuan membataskan sumber hasil Kerajaan Negeri, berbanding dengan Kerajaan Pusat. Hal ini menyebabkan Kerajaan Negeri sangat bergantung kepada Kerajaan Pusat dalam hal ehwal kewangan.5 Book 1.indb 44 5/24/2012 9:24:32 AM
  • 45Pas Di Kelantan Sehingga Pengisytiharan Darurat 1977 Semasa pilihan raya umum Persekutuan yang pertama pada 19 September 1955, UMNO menguasai hampir kesemua kerusi yang dipertandingkan dan perjuangan untuk menuntut kemerdekaan yang menjadi teras kempen telah berjaya menarik sokongan rakyat, khususnya masyarakat Melayu supaya bersatu membentuk pakatan padu untuk mendesak Kerajaan British memberi hak kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Walaupun dalam pilihan raya ini PAS telah memberi saingan kepada UMNO, namun mereka gagal menumpaskan UMNO yang telah bergabung dengan MCA dan MIC membentuk Perikatan. Hasil usaha gigih Amaluddin Darus, seorang anggota bomba yang berasal dari Kulim, Kedah telah berjaya mencari ahli-ahli baru, sehinggakan PAS berjaya ditubuhkan di Kelantan pada 23 Julai 1953 di Masjid Bandar Pasir Mas.6 Omar Yusof seorang peniaga getah di bandar Pasir Mas dilantik menjadi Yang Dipertua cawangan, manakala Amaluddin Darus sendiri menjadi setiausaha cawangan. Cawangan ini merupakan cawangan yang pertama ditubuhkan di Kelantan dan di negeri-negeri Pantai Timur. Beberapa cawangan kemudiannya ditubuhkan di Machang, Pasir Putih, Kota Bharu dan Tanah Merah.7 Bagaimanapun dari segi strategi dan pentadbiran parti, PAS masih tidak boleh menyaingi UMNO yang lebih tersusun organisasinya sepertimana yang dinyatakan oleh Roff ‘The PMIP in Kelantan in 1955 lacks a developed organizational apparatus reaching out into country side where most of the voters lived.’8 Faktor ini merupakan antara penyebab kekalahan PAS pada Pilihan Raya Umum 1955 di Kelantan. Landskap politik Kelantan mula berubah selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Dalam Pilihan Raya Umum 1959, PAS telah memenangi 28 kerusi DUN daripada 30 kerusi yang dipertandingkan. Hanya dua kerusi yang dimenangi oleh calon Perikatan, iaitu Mohammad Ali Abdullah di DUN Ulu Kelantan dan Dr. Wee Khoon Hock di DUN Bandar Hilir. Bagi kerusi parlimen, hanya satu kerusi dimenangi oleh Perikatan, iaitu di Ulu Kelantan apabila calon UMNO iaitu Tengku Indera Petra menewaskan calon PAS Amaluddin Darus. Kejayaan besar yang diperoleh oleh PAS dikatakan kerana parti tersebut menjadikan Al-Quran dan Hadis sebagai asas perjuangan mereka dan berjaya menarik perhatian pengundi. Dalam pilihan raya ini Perikatan ternyata gagal menangani isu agama yang dimainkan oleh pemimpin PAS yang terdiri daripada tokoh-tokoh agama yang petah berpidato.9 Mereka juga mampu menyelitkan ayat-ayat Al-Quran dalam ceramah sehingga menyebabkan pengundi tidak memberi undi kepada Perikatan yang membentuk kerjasama dengan parti yang mewakili kaum Cina dan India. Isu kafir mengkafir mula dimainkan yang mengatakan menyokong Perikatan yang bersekongkol dengan orang Cina dan India akan menerima siksaan kubur dan terjun ke neraka apabila mereka mati kelak.10 Faktor ini membuktikan keintiman kehidupan seharian masyarakat Kelantan dengan agama dan mereka akan menerima sebarang hujah yang diselitkan dengan ayat-ayat suci Al-Quran. Janji-janji untuk membentuk sebuah negara Islam berlandaskan Al-Quran dan Hadis berjaya menarik sokongan serta mempengaruhi pengundi yang majoritinya terdiri daripada etnik Melayu untuk menegakkan sebuah negara yang mengamalkan perundangan Islam. Manakala Krisis Pelajaran 1958 yang berlaku selepas Kerajaan Pusat memutuskan tidak akan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah menengah bermula daripada tingkatan satu telah menyebabkan guru-guru Melayu Kelantan keluar secara beramai-ramai Book 1.indb 45 5/24/2012 9:24:33 AM
  • 46 Demokrasi Dan Pilihan Raya daripada UMNO dan memberi sokongan kepada PAS. Faktor ini merupakan antara faktor yang kemudiannya telah menyumbang kepada kemenangan besar PAS dalam pilihan raya umum 1959.11 Strategi PAS meletakkan calon yang terdiri daripada tokoh-tokoh yang mempunyai latar belakang pengajian agama serta berkebolehan mengendalikan sebarang urusan berkaitan dengan hal-hal keagamaan seperti menjadi imam, mengetuai majlis tahlil, menguruskan jenazah dan sebagainya menjadi pemangkin kepada sokongan masyarakat terhadap PAS.12 Kelahiran ramai tokoh agama di Kelantan berkait rapat dengan wujudnya sistem pengajian pondok yang terdapat di setiap daerah sejak pertengahan abad ke-19 lagi. Kedudukan pondok begitu berpengaruh sekali dalam perkembangan politik Kelantan dan bagi PAS institusi itu telah menjadi ‘janakuasa yang membekal dan mengalirkan kuasa politik’ kepada parti tersebut.13 Pada Pilihan Raya Umum 25 April 1964, Perikatan menempa peningkatan jumlah kerusi yang dimenangi apabila berjaya mengekalkan dua kerusi DUN yang dimenangisebelumnyadanmenambahtujuhlagikerusiDUNmenjadikanjumlahnya kepada sembilan kerusi. Kerusi DUN yang di menangi adalah Tumpat Tengah, Tumpat Timur, Bandar Hulu, Pasir Puteh Tengah, Machang Utara, Machang Selatan dan Ulu Kelantan Barat. Kerusi parlimen juga turut berlaku pertambahan daripada satu kerusi parlimen di Ulu Kelantan bertambah satu lagi kerusi di Parlimen Kota Bahru Hilir apabila calon UMNO, Nik Ahmad Kamil berjaya menewaskan calon PAS, Wan Mustapha Ali. Isu kafir mengkafir masih dimainkan dalam kempen PAS sebelum pilihan raya ini, Tuan Guru Hj. Umar Daud, AJK PAS Kawasan Pasir Mas mula mengeluarkan fatwa mana-mana parti yang bekerjasama atau bersubahat dengan orang-orang bukan Islam adalah terkeluar daripada agama Islam dan menjadi kafir. Suasana menjadi lebih parah bila beliau melancarkan perang jihad terhadap mereka yang bukan ahli PAS.14 Sebenarnya PAS sendiri tidak pernah mengambil sebarang ketetapan atau keputusan berkaitan dengandakwaankafir mengkafirdalammana-manamesyuarat, di peringkat pusat, mahupun di peringkat negeri. Badan yang berhak memutuskan perkara ini adalah Dewan Ulama, yang tidak pernah membuat sebarang keputusan sama ada bertulis atau lisan.15 Seterusnya, UMNO menggunakan isu kerjasama antara pemimpin PAS dengan pemimpin Indonesia untuk menjatuhkan negara semasa berlakunya konfrontasi antara Malaysia dengan Indonesia sehingga membawa kepada penangkapan beberapa orang pemimpin kanan PAS di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Semasa Pilihan Raya Umum pada 10 Mei 1969, PAS masih lagi berjaya mengekalkan kuasa pemerintahan di Kelantan, tetapi prestasinya dilihat semakin menurun apabila dua lagi kerusi DUN berjaya dirampas oleh Perikatan dan PAS hanya berjaya mempertahankan 19 kerusi DUN. Sebaliknya, Perikatan berjaya memenangi 11 kerusi DUN dengan penambahan di kerusi DUN Rantau Panjang apabila calon UMNO, Hussein Ahmad16 mengalahkan calon PAS, Mohd Nawawi Ahmad. Di DUN Pasir Puteh Tenggara pula calon UMNO, Mohamed Idris menumpaskan Abdul Rahman Mohd Salleh calon PAS. Bagi kerusi parlimen, Perikatan berjaya menambah dua lagi kerusi, iaitu di Parlimen Tumpat yang dimenangi oleh Dr Abdul Azizi Omar dan Parlimen Tanah Merah yang dimenangi Book 1.indb 46 5/24/2012 9:24:33 AM
  • 47Pas Di Kelantan Sehingga Pengisytiharan Darurat 1977 oleh Mohamed Yaacob. Peningkatan sokongan rakyat kepada UMNO adalah hasil kejayaan strategi kempen yang telah dijalankan, antaranya janji yang dibuat oleh Perdana Menteri Tun Abdul Razak Hussein menawarkan peruntukan sejumlah RM548 juta kepada rakyat Kelantan untuk pembangunan sekiranya Perikatan diberi peluang untuk memerintah.17 Selain itu, strategi memujuk dengan menawarkan sejumlah ganjaran kepada pemimpin-pemimpin PAS supaya melompat parti berjaya melemahkan PAS apabila duapemimpinnyaiaituAbdullahYusofdanSaufiIdristerpengaruhdenganjanji-janji yang telah ditaburkan oleh pemimpin UMNO.18 Walaupun tindakan ini dinafikan merosakkan imej dan moral parti oleh barisan pemimpin tertinggi PAS, tetapi rakyat Kelantan khususnya pengundi melihat PAS seolah-olah mula dijangkiti wabak yang akan memberi kesan yang serius pada masa akan datang. Sebagai alternatifnya Perikatan yang ketika ini mula bangkit dengan janji-janji pembangunan menarik sokongan rakyat untuk berubah dan keluar dari kepompong pemerintahan PAS yang masih lagi retorik dengan perjuangan menegakkan Islam tetapi hasilnya tidak terserlah sebagaimana yang dijanjikan Tragedi 13 Mei 1969 ternyata telah mengubah lanskap politik negara. Peristiwa ini bukan sahaja merubah teraju kepimpinan negara daripada Tunku Abdul Rahman Putra kepada Tun Abdul Razak Hussein, malah kuasa pemerintahan Kelantan yang dikuasai pembangkang. Perubahan ini berlaku apabila Datuk Mohd Asri Muda, Yang Dipertua (YDP) PAS Pusat membuat pengisytiharan bahawa parti itu akan menyertai Perikatan pada 28 November 1972. Tarikh 1 Januari 1973 dipilih sebagai tarikhpenyertaanPASdalamgabunganPerikatanyangkemudiannyaditukarkepada Barisan Nasional dan Lambang Kapal Layar ditukar kepada Lambang Timbangan atau Dacing. Peristiwa pertukaran nama Barisan Nasional bagi menggantikan Perikatan agak menarik. Dalam satu Persidangan Majlis Tertinggi Perikatan, wakil PAS dijemput hadir sama bagi membincangkan perkara khusus untuk menghadapi pilihan raya 1974. Semasa pertemuan itu, Datuk Mohd Asri telah mencadangkan agar nama Perikatan ditukar kepada Barisan Nasional bagi memberi wajah baru kepada Perikatan. Tun Abdul Ghafar Baba ketika itu mempengerusikan mesyuarat mengemukakan cadangan supaya lambangnya diganti dengan Lambang Dacing dan beliau sendiri telah melukis lambang tersebut kepada ahli mesyuarat.19 Begitu juga dengan lambang PAS dari Lambang Bulan Bintang diubah kepada Lambang Bulan Purnama. Kedua-dua lambang ini kekal digunakan sehingga sekarang.20 Konflik Dalaman PAS HasilpakatanyangdibinaantaraPASdengankomponenBN,kemenanganyangamat membanggakan dicapai dalam pilihan raya umum 24 Ogos 1974 apabila kerajaan campuran telah memenangi kesemua 36 kerusi DUN dan 12 kerusi parlimen yang dipertandingkan.21 Barisan Nasional hanya menghadapi calon dari Barisan Bebas Bersatu yang diketuai oleh Muhammad Fakhrudin Abdullah yang dipecat daripada PAS kerana menentang penggabungan PAS dalam BN. Pada 14 Mac 1974 kumpulan ini menubuhkan Bebas Revolusi Malaysia atau lebih dikenali sebagai Barisan Bebas Bersatu untuk menentang PAS. Penentangan ini bukanlah didorong oleh cita-cita untuk menghancurkan PAS, tetapi sebaliknya untuk menumbangkan beberapa tokoh PAS yang mengelilingi Datuk Mohd Asri sehingga beliau menjadi khayal Book 1.indb 47 5/24/2012 9:24:33 AM
  • 48 Demokrasi Dan Pilihan Raya dengan ‘grand design’ mereka sekelilingnya, seperti Wan Ismail Wan Ibrahim, Nik Mustapha Shafie, Zahari Awang dan Hussin Abdullah.22 Isu yang dieksploitasi oleh Barisan Bebas Bersatu ialah isu penyelewengan balak yang didakwa melibatkan Datuk Mohd Asri dan mereka yang rapat dengan beliau. Walaupun gagal untuk menawan sebarang kerusi, namun kumpulan ini berjaya memberi satu saingan kepada PAS apabila lebih daripada 20 peratus undi yang diperoleh oleh Barisan Bebas Bersatu adalah terdiri daripada undi protes yang tidak senang dengan kepimpinan Datuk Mohd Asri.23 Kemenangan besar kerajaan campuran pada 1974 rupanya tidak menjamin ikatan ini bertahan lebih panjang. Bibit-bibit konflik mula timbul apabila PAS mencadangkan Wan Ismail Wan Ibrahim, seorang tokoh muda berkelulusan undang-undang untuk menjawat jawatan Menteri Besar Kelantan. Calon ini turut dipersetujui oleh DYMM Sultan Yahya Perta Ibni Sultan Ibrahim, Sultan Kelantan bila Datuk Mohd Asri menyembahkan cadangan.24 Namun begitu, UMNO lebih selesa dengan Muhd Nasir dan Datuk Abdullah Ahmad, setiausaha politik Tun Abdul Razak telah meyakinkan Tun Abdul Razak supaya menolak cadangan yang akan dikemukakan oleh Datuk Mohd Asri.25 Akhirnya Tun Abdul Razak memilih Datuk Muhamad Nasir sebagai Menteri Besar Kelantan kerana beliau merupakan seorang ahli politik yang jujur dan bersih daripada sebarang skandal. Tun Abdul Razak berpendapat pemilihan yang dibuat olehnya adalah tepat memandangkan beliau sedang berusaha untuk membersihkan kerajaan daripada gejala rasuah disemua peringkat. Bagi mencapai hasrat murni ini sudah pasti beliau memerlukan seorang Menteri Besar yang amanah dan jujur untuk memimpin negeri. Untuk menjaga keharmonian dalam ikatan kerajaan campuran dan menggelakkan krisis ini berlarutan, Datuk Mohd Asri akur dengan kehendak Perdana Menteri, walaupun sedikit terkilan kerana urusan perlantikan ini seharusnya diserahkan kepada PAS yang mempunyai kerusi majoriti di Kelantan. Pada masa yang sama Datuk Mohd Asri menyifatkan perkara ini sebagai ‘kocak air dalam cawan kopi’ dan tidak akan mengeruhkan ikatan kerjasama yang dibina antara PAS dengan BN. Bagaimanapun berikutan kemelut ini wujud dua kumpulan di dalam kepimpinan PAS Kelantan yang tidak diketahui umum, iaitu kumpulan Datuk Mohd Asri dan kumpulan Datuk Muhamad Nasir. Menyedari hakikat bahawa Kelantan merupakan sebuah negeri yang miskin dan tertinggal berbanding dengan lain-lain negeri di pantai barat, Datuk Muhamad Nasir telah menjalinkan hubungan yang baik dengan pemimpin-pemimpin UMNO, khususnya pemimpin di peringkat pusat seperti Tengku Razaleigh Hamzah bagi memudahkan beliau mendapat sebarang peruntukan kewangan untuk membangun dan memajukan Kelantan.26 Malangnya, tindakan berbaik-baik ini telah disalah tafsirkan oleh pemimpin-pemimpin PAS yang pro kepada Datuk Mohd Asri. Kecurigaan terhadap kepimpinan Datuk Muhamad Nasir mula timbul dan tuduhan menyatakan Datuk Muhamad Nasir tidak memberi layanan yang adil kepada pemimpin PAS, sebaliknya telah dipergunakan oleh UMNO. Berikutan krisis pimpinan yang berlaku Datuk Muhamad Nasir telah didesak supaya meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar sebelum 20 September 1977 atau menerima usul undi tidak percaya dalam sidang Dewan Undangan Negeri yang akan diadakan pada 15 Oktober 1977. Tindakan ini diambil kerana beliau didakwa sebagai seorang Menteri Besar yang lemah daya kepimpinan dan merugikan PAS dalam jangka masa panjang. Datuk Muhamad Nasir mengambil tindakan berani Book 1.indb 48 5/24/2012 9:24:33 AM
  • 49Pas Di Kelantan Sehingga Pengisytiharan Darurat 1977 dengan mendedahkan perkara ini kepada media massa dan menegaskan beliau tidak akan tunduk dengan desakan yang dibuat oleh kumpulan 16 yang didalangi oleh pemimpin tertinggi PAS pusat. Selain itu, Datuk Mohd Nasir menegaskan bahawa beliau adalah Menteri Besar lantikan BN dan bukan Menteri Besar PAS.27 Pendedahan kepada pihak media itu telah mendedahkan kemelut dalaman yang berlaku dalam PAS kepada umum. Jika sebelum ini rakyat Kelantan tidak mengetahui wujudnya krisis dalaman kepimpinan PAS, kini rakyat terpanggil bertindak sebagai pengadil untuk menegakkan yang hak dan menghapuskan yang batil. Datuk Muhamad Nasir sekali lagi mencabar ‘kumpulan 20’ (asalnya 16) untuk mendedahkan sebab beliau didesak meletak jawatan, jika tidak beliau akan membongkar semua penyelewengan yang dilakukan oleh kerajaan PAS sebelum ini. Datuk Muhamad Nasir mendakwa desakan ini dibuat berikutan tindakan kerajaan negeri mengambil semula tanah balak seluas 350,000 ekar yang telah diluluskan kepada Syarikat Timbermine, membekukan 240,000 ekar kawasan balak di sempadan Kelantan dengan Perak dan akan membawa Syarikat Tembakau ke mahkamah kerana menjadikan anak syarikat kerajaan sebagai penjamin. Tindakan ini sebenarnya akan mengheret beberapa orang pemimpin kanan PAS yang mentadbir Kelantan sebelumnya28 ke dalam kemelut yang sedang berlaku. Ketika menghadiri majlis perjumpaan hari raya di Kuala Krai Datuk Mohamad Asri melahirkan rasa kesal apabila beliau dikaitkan sebagai dalang dalam hal ini. Sekiranya beliau dalang sudah pasti wakil rakyat PAS menjadi wayang kulitnya. Datuk Mohamad Nasir juga disifatkan sebagai anak yang sudah lupakan ibu kandung sendiri.29 Dalam pada itu kumpulan 20 membuat tuduhan Tengku Razaleigh Hamzah akan membelanjakan setengah juta ringgit untuk menyelamatkan kedudukan Datuk Muhamad Nasir.30 Perkara ini kemudiannya dinafikan oleh Tengku Razaleigh Hamzah dan menyatakan UMNO tidak akan campur tangan terhadap krisis dalaman yang dihadapi oleh PAS. Lebih merumitkan lagi keadaan apabila Ustaz Mahmud Zuhdi Abdul Majid, setiausaha Dewan Ulama PAS Kelantan menyatakan sokongan berdiri teguh di belakang Datuk Muhamad Nasir kerana badan itu berpendapat jawatankuasa PAS Negeri tidak mempunyai alasan yang jelas dan kukuh untuk menggulingkan Menteri Besar. Tindakan ini turut disokong oleh beberapa pemimpin PAS dari Pasir Mas, Machang, Tanah Merah dan Pasir Puteh.31 Kenyataan yang lebih mengejutkan berlaku apabila Hassan Adli, Timbalan Yang Dipertua Agung PAS tidak bersetuju dengan sebarang tindakan oleh PAS untuk menyingkirkan Datuk Muhamad Nasir, tanpa sebab-sebab yang benar- benar sihat, bersih dan wajar.32 Perkara ini membuktikan wujudnya percanggahan dan tidak ada kata sepakat dalam kalangan pimpinan tertinggi PAS. Pendedahan- pendedahan melalui media massa antara pihak yang terlibat sudah pasti akan menambahkan lagi kekusutan kemelut yang dihadapi serta mengheret perkara ini kepada pertelingkahan yang lebih panjang dan rumit. Melihat kepada kemelut yang semakin meruncing, Setiausaha Agung Barisan Nasional, Ghafar Baba telah mengemukakan cadangan supaya Datuk Mohd Asri mengadakan rundingan hati ke hati dengan Datuk Hussein Onn selaku Perdana Menteri merangkap Pengerusi Barisan Nasional bagi mencapai kata sepakat supaya masalah ini dapat diselesaikan dengan segera. Sebaliknya, PAS mengambil tindakan lebih awal dengan menghantar usul undi tidak percaya kepada kepimpinan Datuk Muhamad Nasir selaku Menteri Besar kepada Setiausaha Dewan Undangan Negeri, Book 1.indb 49 5/24/2012 9:24:33 AM
  • 50 Demokrasi Dan Pilihan Raya Ariff Osman untuk dibentangkan dalam sidang DUN pada 15 November 1977. Usul yang dihantar pada 11 September 1977 itu berbunyi ‘Bahawa Dewan Undangan Negeri Kelantan yang bersidang hari ini mengambil ketetapan undi tidak percaya kepada Datuk Muhamad Nasir sebagai Ketua Kerajaan Negeri Kelantan’.33 Bagi membuktikan Datuk Mohd Asri benar-benar terlibat atau tidak dengan kumpulan 20, Datuk Muhamad Nasir telah membuat cabaran secara terbuka di dalam ucapannya semasa perhimpunan rakyat pada 23 September 1977 Dewan Majlis Bandaran, Pasir Mas. Beliau mendesak supaya Datuk Mohd Asri bersumpah dengan menggunakan Al-Quran dan pada masa yang sama turut mencabar sesiapa saja supaya membuktikan sepanjang beliau memegang jawatan Menteri Besar sekiranya terdapat mana-mana kawasan balak kepunyaannya atau beliau sendiri mempunyai apa-apa kepentingan terhadap tanah balak tersebut.34 Cabaran yang dikemukakan oleh Datuk Mohammad Nasir mencetuskan perhimpunan rakyat Kelantan daripada seluruh daerah untuk menyatakan sokongan kepada Menteri Besar pada 24 September 1977 di Padang Merdeka, Kota Bharu.35 Perhimpunan ini merupakan perhimpunan terbesar rakyat Kelantan dalam sejarah pemerintahan moden. Sejumlah 80,000 orang telah hadir daripada seluruh pelusuk negeri. Mereka telah tidur di rumah saudara mara, masjid, surau dan di kaki lima kedai semata- mata untuk menzahirkan sokongan padu kepada Menteri Besar yang mereka anggap telah menjalankan tugas dengan jujur dan amanah. Datuk Muhamad Nasir yang tiba di majlis ini lebih kurang jam 10 pagi telah dijulang dan disambut dengan laungan ‘Allahuakhbar.’ Dalam ucapannya beliau menyeru rakyat supaya bertenang dan menegaskan tidak akan sesekali tunduk kepada desakan kumpulan 20.36 Bagi meleraikan kemelut ini, Jawatankuasa Kerja Agung PAS telah mengadakan mesyuarat pada 29 September 1977 di Pejabat PAS Jalan Pahang Barat, Kuala Lumpur.37 Mesyuarat yang mengambil masa selama lima jam akhirnya memutuskan Datuk Muhamad Nasir dipecat daripada PAS setelah lapan ahli menyokong pemecatan,38 lapan ahli minta ditangguhkan pemecatan,39 dua ahli membantah,40 dan lima tidak hadir.41 Datuk Mohd Asri yang menjadi pengerusi mesyuarat telah memberi undi kepada pihak yang menyokong pemecatan menjadikan jumlah undi menyokong bertambah kepada sembilan.42 Ekoran itu, Ali Taib mengambil tindakan keluar PAS serta merta kerana berpendapat keputusan memecat Datuk Mohamad Nasir tidak mengikut peraturan. Beliau juga berpendapat bahawa keputusan dibuat secara terburu-buru, terdapat amalan pilih kasih dalam PAS, tidak ada bukti kukuh kesalahan yang dilakukan oleh Datuk Mohamad Nasir dan perjuangan PAS telah menyeleweng daripada perjuangan Islam.43 Berikutan pemecatan Datuk Mohamad Nasir daripada PAS, Datuk Seri Dr MahathirMohamed,TimbalanPerdanaMenterimenyatakanperkarainiakandibawa ke dalam perbincangan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional.44 Sementara itu, Datuk Mohamad Nasir berhasrat untuk membawa kes pemecatan beliau ke mahkamah kerana merasakan pemecatan beliau tidak berdasarkan perlembagaan parti dan berlandaskan Al-Quran dan Hadis. Beliau juga turut mencabar Datuk Mohd Asri supaya melepaskan jawatannya sebagai menteri pusat dan bertanding menentang dengannya di mana-mana kawasan dalam pilihan raya kecil. Beliau juga berharap lebih ramai pemimpin dan ahli PAS akan mengikut jejak Ali Taib keluar dari PAS.45 Book 1.indb 50 5/24/2012 9:24:33 AM
  • 51Pas Di Kelantan Sehingga Pengisytiharan Darurat 1977 Bagi meredakan keadaan, Datuk Mohd Asri telah menyatakan tujuh sebab mengapa Datuk Mohamad Nasir dipecat, iaitu tidak mengikut dasar parti, pecah amanah, engkar arahan parti, kecam pucuk pimpinan, jatuhkan imej parti, memihak kepada golongan lain daripada parti sendiri dan lemah dalam urusan pentadbiran. Beliau juga meminta supaya BN tidak campur tangan kerana Datuk Mohamad Nasir bukan lagi ahli PAS jadi secara jelasnya beliau bukan lagi menjadi anggota BN.46 Dilaporkan juga bahawa Datuk Mohd Asri akan pergi ke New York untuk menemui Datuk Hussein Onn bagi menjelaskan kedudukan terkini kemelut politik Kelantan.47 Langkah ini menunjukkan kesungguhan Datuk Mohd Asri untuk berbincang dengan Perdana Menteri supaya keputusan yang baik kepada semua pihak yang terlibat dapat dicapai dengan sempurna. Pengalaman semasa timbulnya isu perlantikan Menteri Besar pada tiga tahun lalu sudah menjadi pengajaran kepada beliau supaya lebih berhati-hati dan mengambil tindakan segera agar tidak ada pihak yang untung kesemuanya, manakala satu pihak lagi akan rugi semuanya. Sebaliknya, pada 29 September 1977 Jawatankuasa Kerja Agung PAS telah mengisytiharkan pemecatan keahlian Datuk Mohd Nasir adalah tidak sah kerana jumlah undi yang menyokong pemecatan adalah sembilan bukannya lapan. Oleh yang demikian, Jawatankuasa Kerja Agung menghantar lima orang wakil untuk memohon maaf. Rombongan ini diketuai oleh Daeng Sanusi Daeng Mariok, Mustapha Ali, Harun Din, Abbas Alias dan Ishak Rejab.48 Sepatutnya perkara ini tidak berlaku dalam mesyuarat tertinggi sebuah parti politik yang memerintah negeri. Secara tidak langsung, kesilapan ini menzahirkan sikap pengerusi mesyuarat yang berat sebelah dan tidak berhati-hati dalam memutuskan sesuatu tindakan. Isu pemecatan timbul kembali apabila Jawatankuasa Kerja Agung PAS mengambil keputusan yang sama pada 10 Oktober 1977.49 Seramai 13 undi menyokong pemecatan50 tujuh undi menentang51 dan dua undi berkecuali.52 Datuk Mohd Asri yang mempengerusikan mesyuarat tidak membuat sebarang undi dan mengambil sikap berkecuali. Datuk Mohamad Nasir tidak dapat hadir dalam mesyuarat tersebut kerana kapal terbang yang disewa khas untuk membawa beliau tidak boleh berlepas dari Kota Bharu berikutan cuaca buruk di Subang. Beliau kemudian menghubungi Hassan Sukri, Setiausaha Agung PAS melalui telefon dan disusuli dengan menghantar telegram memaklumkan hal ini dan memohon supaya mesyuarat tersebut ditunda kepada keesokkan paginya. Sekiranya mesyuarat tidak dapat ditangguhkan, Datuk Mohamad Nasir meminta supaya sebuah jawatankuasa penyiasat bebas dibentuk bagi menyiasat perkara ini dengan lebih adil.53 Bagaimanapun permintaan Datuk Mohamad Nasir tidak ditunaikan dan PAS terus dengan tindakan memecat keahliannya. Berikutan tindakan pemecatan ini beberapa ranting PAS di seluruh Kelantan dibubarkan dan pemimpin serta ahli- ahlinya bertindak keluar parti. Peristiwa yang berlaku ini turut mendorong Dewan Ulama PAS Kelantan mendesak Nik Aziz Nik Mat, Pengerusi Dewan Ulama PAS Pusat supaya meletak jawatan kerana tidak mematuhi keputusan sebulat suara mesyuarat jawatankuasa dewan itu yang menentang keputusan pemecatan ini.54 Bagi menyatakan bantahan, beberapa barisan pimpinan tertinggi Dewan Ulama PAS Pusat telah meletak jawatan, antaranya ialah Othman Khalid, Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat dan Mahmud Zuhdi Abdul Majid, AJK Dewan Ulama PAS Pusat/Setiausaha Dewan Ulama PAS Kelantan.55 Dalam masa yang sama, Datuk Mohamad Zahir Ismail, hakim Mahkamah Book 1.indb 51 5/24/2012 9:24:33 AM
  • 52 Demokrasi Dan Pilihan Raya Tinggi Kota Bharu mengeluarkan perintah sementara melarang Jawatankuasa Kerja Agung PAS memecat Datuk Mohamad Nasir. Mahkamah membenarkan pihak yang didakwa membuat permohonan untuk membatalkan perintah itu dalam masa 30 hari.56 Pada 13 Oktober 1977, Datuk Mohd Asri telah mengadakan perbincangan dengan Datuk Hussein Onn dalam satu pertemuan yang amat penting bagi menyelesaikan krisis politik yang semakin bergolak. Turut hadir dalam pertemuan ini ialah Datuk Seri Dr Mahathir Mohamed dan Abu Bakar Omar. Tidak ada sebarang kenyataan media dilaporkan berkaitan dengan perkara yang telah dibincangkan dalam pertemuan ini.57 Bagaimana pun Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamed dalam kenyataannya menyatakan formula telah dibuat semasa pertemuan hati ke hati antara Datuk Hussein Onn dengan Datuk Mohd Asri tetapi formula itu gagal.58 Pada 14 Oktober 1977, Datuk Hussein Onn telah mengadakan pertemuan dengan Datuk Mohamad Nasir dengan turut dihadiri oleh Datuk Seri Dr Mahathir Mohamed, Tengku Razaleigh Hamzah dan Datuk Senu Abdul Rahman.59 Datuk Mohamad Nasir telah mendapat suntikan semangat baru dalam pertemuan ini memandangkan beliau tetap dengan keputusannya tidak akan tunduk kepada desakan kumpulan 20 yang akan membuat usul undi tidak percaya terhadap kepimpinannya. Kemuncak kepada pergolakan ini apabila Datuk Mohamad Nasir dilucutkan jawatan Menteri Besar pada 15 Oktober 1977 apabila DUN yang bersidang telah meluluskan undi tidak percaya terhadapnya. Kesemua 20 orang ADUN PAS telah menyokong usul yang dibentangkan oleh YB. Hussein Abdullah, ADUN Simpangan, manakala 13 ADUN UMNO dan seorang ADUN MCA membantah dengan meninggalkan persidangan ini sebelum undi dijalankan. Turut sama meninggalkan dewan persidangan ialah Datuk Mohamad Nasir.60 Usul undi tersebut berbunyi “Bahawa untuk memelihara kepentingan negeri dan rakyat jelata dan kestabilan politik serta keutuhan BN Kelantan, maka DUN Negeri Kelantan yang bersidang hari ini membuat ketetapan mengundi tidak percaya kepada Yang Amat Berhormat Datuk Haji Mohamad Nasir sebagai Menteri Besar dan Ketua Kerajaan Negeri Kelantan.” 61 Datuk Hussein Ahmad (sekarang Tan Sri)62 ADUN Gual Periok menyatakan usul yang dibawa oleh ADUN Simpangan adalah tidak sah kerana dikemukakan tanpa sebarang persetujuan daripada BN. Sepatutnya PAS membawa perkara ini ke dalam perbincangan Jawatankuasa BN sama ada di peringkat negeri ataupun pusat kerana Kelantan ditadbir di bawah Kerajaan Campuran. Ketika sidang dewan diadakan puluhan ribu rakyat Kelantan telah berkumpul di luar dewan untuk menzahirkan sokongan mereka kepada Datuk Mohamad Nasir di samping untuk mengetahui perkembangan terkini pergolakan tersebut. Dalam ucapannya, Datuk Mohamad Nasir menyatakan ‘saya sudah jatuh tetapi saya menang di hadapan rakyat, dari rakyat saya datang dan kepada rakyat saya pulang’.63 Ucapan ini sudah pasti akan menaikan lagi semangat penyokong- penyokong beliau yang berkumpul sejak awal pagi. Walaupun hujan turun dengan lebatnya ketika perhimpunan diadakan, namun mereka tidak berganjak daripada tempat itu. Sokongan yang diperoleh oleh Datuk Mohamad Nasir mengangkat beliau sebagai ‘modern folk hero’.64 Book 1.indb 52 5/24/2012 9:24:33 AM
  • 53Pas Di Kelantan Sehingga Pengisytiharan Darurat 1977 Pengisytiharan Darurat Tindakankumpulan20mengemukakanunditidakpercayaterhadapDatukMohamad Nasir, mendorong rakyat Kelantan bangkit mengadakan siri-siri demonstrasi di seluruh negeri. Kemuncaknya pada 19 Oktober 1977 apabila berlaku tunjuk perasaan besar-besaran di Kota Bharu dan mula bertukar menjadi rusuhan ganas apabila tayar kenderaan dan pondok polis dibakar, kedai perniagaan dirosakkan, khususnya kedai etnik Cina. Ini menyebabkan pihak polis terpaksa bertindak dengan lebih tegas dan menggunakan gas pemedih mata untuk menyuraikan para perusuh. Selain itu, rumah-rumah ADUN daripada kalangan kumpulan 20 dibaling dengan batu, dimasuki para perusuh dan merampas binatang ternakan serta mengambil barang-barang berharga dengan alasan ia adalah harta rampasan perang. Bagi mengendurkan ketegangan yang berlaku dan mengawal keadaan daripada menjadi bertambah buruk polis mengeluarkan perintah berkurung 24 jam di Bandar Kota Bharu dan kawasan Kubang Kerian. Jumlah anggota polis untuk mengawal keadaan mula dibawa masuk dari luar dan jumlah anggota di Kelantan seramai 1,279 orang ditambah seramai 4,210 menjadikan keanggotaannya seramai 5,489 orang. Menurut laporan polis, rusuhan yang berlaku sehingga 5 November 1977 telah menyebabkan 19 orang tercedera, 288 orang ditangkap, sebuah kedai, sebuah rumah sebuah kereta, sebuah motorsikal dan sebuah pondok polis rosak. Mereka yang ditangkap kerana melanggar perintah berkurung berjumlah 127 orang, 26 orang merusuh, 75 orang berkumpul secara haram, sembilan orang memiliki senjata merbahaya, seorang memiliki bom buatan sendiri , tiga orang telah membuat kacau dengan api dan 29 orang tidak mempunyai kad pengenalan. Bilangan mereka yang telah dibebaskan tanpa syarat ialah 76 orang, 194 orang dibebaskan dengan jaminan dan 18 orang ditahan untuk siasatan lanjut. Antara mereka yang telah ditangkap ialah tiga orang penuntut universiti dan 45 penuntut sekolah menengah.65 Tindakan pihak polis mengenakan peraturan perintah berkurung bukan sahaja menghalang rakyat untuk terus berhimpun dan berdemonstrasi, malahan turut menyekat kegiatan harian penduduk. Ini adalah kerana sebahagian masyarakat Melayu mencari makan melalui berniaga secara kecil-kecilan di kaki lima, pasar, pengayuh beca, dan pelajar sekolah yang ketika itu menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).66 Bagi mencari penyelesaian kepada kemelut yang berlaku rundingan telah diadakan pada 13 Oktober 2007 di Sri Taman diantara Datuk Mohd Asri dengan Datuk Hussein Onn, tetapi gagal menemui kata sepakat. Berikutan kegagalan itu, pada 25 Oktober 1977 Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamed telah mengemukakan satu formula untuk diterima oleh semua pihak:67 a. Kerajaan yang dipimpin oleh Datuk Nasir hendaklah meletakkan jawatan masing-masing; b. Sebuah kerajaan baru ditubuh terdiri daripada muka-muka baru baik dari PAS mahupun UMNO. Enam orang ADUN PAS akan dilantik sebagai ahli exco, tidak termasuk Datuk Nik Abdul Rahman Nik Mohamad (speaker) dan Datuk Ishak Lotfi. Tiga dari UMNO juga bukan dari ahli exco sekarang; c. Melihat kepada keadaan keselamatan yang serius maka seorang pegawai tadbir kanan (MCS) akan dilantik di bawah kuasa darurat yang akan diluluskan oleh parlimen. Pegawai kanan ini akan bertanggungjawab kepada Perdana Menteri; dan d. Pembubaran Dewan atau penggantungan Kerajaan tidak akan dilakukan.68 Book 1.indb 53 5/24/2012 9:24:33 AM
  • 54 Demokrasi Dan Pilihan Raya Formula ini tidak diterima sepenuhnya oleh PAS, sebaliknya hanya bersetuju dengan syarat (a) dan (d) sahaja, syarat (b) dan (c) ditolak kerana didakwa telah mencabul kedaulatan sebuah kerajaan yang dipilih secara sah oleh rakyat. Sebagai alternatif, PAS telah mencadangkan supaya Jawatankuasa Keselamatan Negeri diperkemaskan dengan menukarkan beberapa pegawainya yang didakwa gagal berperanan untuk memulihkan keadaan supaya menjadi lebih tenteram dan aman.69 Satu perjumpaan diantara Datuk Hussein Onn dengan Datuk Mohd Asri Muda diadakan pada 1 November 1977, dalam pertemuan ini PAS diberi tempoh lima hari untuk memberi jawapan kepada formula yang telah dicadangkan. Pada 6 November 1977, Datuk Hussein Onn telah mengumumkan bahawa beliau akan membentang rang undang-undang darurat Kelantan di parlimen. Pengumuman ini menzahirkan konflik yang melanda negeri ini tidak dapat diselesaikan melalui rundingan dan tiada kata sepakat dicapai antara pemimpin yang terlibat.70 Rundingan ini menemui jalan buntu apabila kedua-dua pihak tidak berjaya mencapai kata sepakat. Pemimpin PAS menyedari hakikat yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia yang menyatakan kuasa sesebuah negeri dalam banyak hal adalah terbatas jika dibandingkan dengan kuasa yang diberikan kepada Kerajaan Pusat. Berikutan kegagalan yang berlaku pada 8 November 1977, Datuk Hussein Onn membentang Rang Undang-Undang Kuasa-Kuasa Darurat (Kelantan) di parlimen. Selepas bersidang selama lapan jam rang undang-undang ini diluluskan dengan majoriti yang besar iaitu 118 ahli bersetuju manakala hanya 18 ahli menentang. Dalam ucapannya Datuk Hussein Onn telah bersumpah dengan nama Tuhan bahawa rang ini dibentang semata-mata untuk mengembalikan keamanan di Kelantan demi untuk kesejahteraan rakyat, bukannya untuk tujuan politik.71 Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamed dalam perbahasannya menyatakan Kerajaan Pusat telah cuba dengan seberapa daya untuk mengelak daripada mengambil langkah ini. Namun begitu, semua usaha yang dilakukannya tidak berjaya dan keadaan di Kelantan tidak dapat dipulih seperti sediakala, setelah berlakunya undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Kelantan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 15 Oktober 1977. Pada 19 Oktober 1977, satu rapat umum raksaksa diadakan di Kota Bharu bagi membantah penyingkiran Datuk Mohamad Nasir dan mendesak supaya DUN dibubarkan. Walaupun pada mulanya perhimpunan ini terkawal, tetapi perbuatan liar telah dilakukan oleh beberapa orang yang memasuki Pejabat Setiausaha Negeri. Pihak polis terpaksa menggunakan gas pemedih mata untuk mengusir penunjuk perasaan dari Pejabat Setiausaha Negeri dan juga untuk menyuraikan mereka yang berkumpul. Keadaan huru-hara telah tercetus, kereta-kereta telah diterbalikkan dan kedai-kedai dipecahkan. Polis juga telah diserang dengan bata dan botol serta beberapa orang telah cedera dalam rusuhan yang berlaku. Akhirnya perintah berkurung 24 jam diisytiharkan seluruh bandar Kota Bharu. Rusuhan juga menimbulkan unsur-unsur perkauman apabila maklumat yang diterima menunjukkan terdapat senjata dikumpul oleh orang Melayu dan orang Cina dan samseng-samseng.72 Di samping itu, rumah wakil-wakil rakyat telah dijadikan sasaran apabila beberapa rumah ADUN telah dilingkungi oleh penunjuk perasaan yang membaling batu dan merosakkan harta benda. Memandangkan rusuhan yang berlaku, cadangan Menteri Besar kepada pemangku Sultan Kelantan supaya DUN dibubar tidak mudah diterima atau ditolak, Book 1.indb 54 5/24/2012 9:24:33 AM
  • 55Pas Di Kelantan Sehingga Pengisytiharan Darurat 1977 kerana kedua-dua akan membawa akibat yang buruk. Sekiranya dibubar, pilihan raya bagi DUN yang baru tidak mungkin diadakan kerana ketegangan yang ada sekarang tidak mengizinkan pilihan raya diadakan. Oleh itu, jika pembubaran dibuat maka Kelantan tidak akan mempunyai DUN dan Kerajaan. Sebaliknya, jika tidak dibubar, Menteri Besar yang ada sekarang tidak dapat menjalankan pentadbiran yang sempurna kerana tidak mempunyai majoriti dalam barisan Exco atau DUN. Sebuah kerajaan baru yang terdiri daripada ahli-ahli dari parti pemerintah juga tidak dapat dibentuk tanpa kesanggupan Menteri Besar meletak jawatan. Jika sekiranya Menteri Besar meletakkan jawatan kerajaan yang akan dibentuk mestilah sebuah kerajaan yang boleh mentadbir Kelantan tanpa menimbulkan masalah dan rusuhan yang memerlukan pasukan keselamatan yang luar biasa untuk mengawal keselamatan di Kelantan. Pada ketika itu, tidak ada petunjuk sebuah kerajaan yang berkesan dapat dibentuk di Kelantan yang boleh menyakinkan semua pihak dan menjalankan pentadbiran dengan sempurna. Sementara itu, pembangunan Kelantan perlu diteruskan yang memerlukan satu pentadbiran yang licin dan berkesan. Peruntukan yang besar telah diberi untuk pembangunan Kelantan memandangkan Kelantan tertinggal dari segi pembangunan. Keadaan sekarang menjejaskan pembangunan ini dan rakyat akhirnya akan mengalami nasib yang buruk. Bagi menyelamatkan keadaan dan memulihkan keselamatan rakyat, kerajaan pusat terpaksa mencari jalan keluar seberapa cepat yang mungkin bagi menyelesaikan masalah yang tidak mungkin di atasi dengan cara rundingan.73 Kesimpulan Krisis politik Kelantan 1977 yang pada awalnya diibaratkan sama seperti ‘kocak air di dalam cawan kopi’ rupanya bertukar menjadi ‘badai dan gelombang’ yang meruntuhkan sebuah kerajaan negeri. Kesan yang lebih besar terhadap politik dan Darurat 1977 adalah terkeluarnya PAS dalam pakatan BN. PAS kembali kepada kedudukan asal sebagai parti pembangkang yang mewakili etnik Melayu di negara ini. Sebagai pembangkang sudah pasti mereka akan mengeksploitasi pelbagai perkara bukan sahaja melibatkan dasar-dasar yang telah dilaksanakan oleh kerajaan yang memerintah malah hal-hal yang berkaitan dengan agama mula dicanang semula. Tindakan Kerajaan Pusat mengisytiharkan darurat merupakan suatu langkah segera bagi menyelamatkan keadaan di Kelantan yang pada waktu itu tidak mempunyai tanda-tanda akan pulih sepenuhnya malah akan menjadi lebih buruk. Keputusan Sultan untuk tidak membubarkan DUN, walaupun dipohon oleh Datuk Mohamad Nasir adalah suatu keputusan yang dibuat setelah mengambil kira keadaan keselamatan secara keseluruhannya. Sudah pasti pilihan raya tidak dapat dijalankan dengan sempurna sekiranya tahap keselamatan tidak terpelihara dan negeri berada dalam keadaan huru hara. Asas kepada perisytiharan darurat ini adalah berpunca daripada konflik yang melanda PAS. Krisis semasa perlantikan jawatan Menteri Besar berkembang menjadi suatu konflik apabila pihak yang bertelingkah tidak bersedia untuk menerima jalan tengah sebagai langkah untuk membina perdamaian. Usul undi tidak percaya kepada Menteri Besar yang dilakukan oleh kumpulan 20 tanpa merujuk perkara ini kepada Jawatankuasa Tertinggi (BN) sama ada di peringkat negeri atau pusat menzahirkan Book 1.indb 55 5/24/2012 9:24:33 AM
  • 56 Demokrasi Dan Pilihan Raya tindakan ini tidak direstui oleh pucuk pimpinan BN. Walaupun mempunyai suara majoriti, PAS tidak seharusnya bertindak sendiri dengan membelakangi Kerajaan Campuran yang memerintah Kelantan. Siri-siri demonstrasi dan rusuhan yang berlaku di Kota Bharu dan daerah-daerah lain turut menjadi pemangkin kepada tindakan Kerajaan Pusat mengisytiharkan darurat di negeri ini. Sekiranya formula yang dicadangkan oleh Datuk Hussein Onn diterima oleh pimpinan PAS, tidak ada sebab BN menyingkirkan PAS. Tindakan penyingkiran PAS di era Datuk Hussien Onn dilihat lebih mudah jika dibandingkan dengan usaha serta rundingan yang telah dijalankan oleh Tun Abdul Razak Hussein untuk menyatukan PAS dalam BN. Sehingga kini titik pertemuan atau kata sepakat antara kedua-dua parti yang bertunjangkan etnik Melayu sukar dicapai, parut yang ditinggalkan oleh luka lama semasa berganding di bawah kerajaan campuran mengajar kedua-dua pihak supaya lebih berhati-hati untuk mengadakan sebarang rundingan, musyawarah atau muqabalah pada masa hadapan. Nota 1 Zainuddin Maidin. Awang Selamat: Koleksi Pilihan 1987-1992, Kuala Lumpur: Utusan Publication, 1994, hlm. 375-376. 2 Clive S. Kessles, Islam And Politics In A Malay State: Kelantan 1838-1969, Ithaca: Cornell Universiti Press, 1978, hlm. 29. 3 Obert L. Winzeler, Minorities In A Malay State: Ethnic Relations In Kelantan, A Study Of The Chinese And Thai Ethic, Singapore: Oxford University Press, 1985, hlm. 6-7. 4 Russli Kamarudin, ‘Perkembangan Politik PAS Di Kelantan: Satu Tinjauan’, dalam Perkembangan Dan Perubahan Politik Kelantan, 1955-1995, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia, 1995, hlm. 137-144. 5 Mohd Salleh Abas, Prinsip Perlembagaan Dan Pemerintahan Di Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997, hlm. 229. 6 Amaluddin Darus, Kenapa Saya Tinggalkan PAS, Kuala Lumpur: Harimau Press Sdn. Bhd., 1977, hlm. 27. 7 Mohd. Asri Muda, Memoir Politik Asri Meniti Arus, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia, 1993, hlm. 47-49. 8 W.R Roff (pynt), Kelantan: Religion, Society And Politics In A Malay State, Kuala Lumpur: Oxford University Press, hlm. 275. 9 N.J. Funston, Malay Politics In Malaysia: A Study Of UMNO And PAS, Kuala Lumpur: Heinemann Educational Books (Asia) Ltd, 1980, hlm. 93. 10 Temubual dengan Hajjah Wan Esah Wan Harun yang merupakan isteri kepada salah seorang calon Perikatan yang bertanding pada PRU 1959 di salah satu Dewan Undangan Negeri di Pasir Mas pada 3 Oktober 2008. Sumber mengesahkan perkara yang paling ditakuti ialah sekiranya undi kapal layar bila mati terus akan dikenakan seksa kubur sebelum dihumbankan ke neraka. Suaminya kalah di dalam PRU 1969 walaupun mempunyai saudara mara yang ramai kerana adik beradik dan saudara mara tidak mengundi kapal layar akibat takut akan menjadi kafir. 11 Abd Wahab Che Mat, Perkembangan Parti-Parti Politik Di Kelantan: Kajian Kes UMNO, Latihan Ilmiah, Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, 1966, hlm. 10. 12 Ab. Rashid Hj. Ahmad, Kedudukan Pondok Dalam Masyarakat Melayu Kelantan, Latihan Ilmiah, Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya, 1966, hlm. 29. 13 Mohamad Abu Bakar, Pondok, “Pilihanraya Dan Pemerintahan Di Kelantan”, dalam Kelantan Dalam Perspektif Sosio-Budaya: Satu Kumpulan Esei, Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya, 1985, hlm. 317. 14 Temubual dengan beberapa sumber di Pasir Mas, Kelantan pada 1-5 Oktober 2008 mendedahkan Hj. Umar Daud ditangkap polis pada waktu larut malam pada 9 November 1963 di rumah isteri mudanya di Pondok Hj Ali, Kpg Meranti, Pasir Mas. Beliau kemudiannya dibawa oleh polis ke Kuala Lumpur, semasa ditahan di Balai Polis Brickfield, pada 24 November Book 1.indb 56 5/24/2012 9:24:33 AM
  • 57Pas Di Kelantan Sehingga Pengisytiharan Darurat 1977 1963 jam 4.15 pagi beliau telah membunuh PC Ismail Daud [berasal dari Kedah] akibat dari tekanan mental yang beliau hadapi [rujuk Utusan Melayu 25 November 1963 dan Berita Harian 20 April 1964]. Ekoran kes ini beliau dihantar ke Hospital Tanjung Rambutan, Ipoh. Bagaimana pun beliau tidak disabitkan dengan hukuman bunuh, selepas dibebaskan dari tahanan, beliau telah keluar dari PAS dan menjadi ahli UMNO sehingga akhir hayatnya. Apabila bersara dari politik, beliau telah mencebur diri dalam bidang perniagaan dan menjadi salah seorang ahli perniagaan yang berjaya di Pasir Mas. 15 Mohd. Asri Muda, Memoir Politik Asri, hlm. 112-116. Bagaimana pun isu kafir mengkafir timbul kembali dalam kempen-kempen pilihan raya PAS bila Hj Abd Hadi Awang, Pesuruhjaya PAS Terengganu dalam ceramahnya pada 7 Apr 1981 di Kpg. Banggol Peradong, Manir, Kuala Terengganu menyatakan ...’seseorang itu akan menjadi kafir bila menyatakan politik suku, agama suku’. Ucapan ini dijadikan edaran dalam kalangan penyokong PAS dan diangkat menjadi ‘fatwa Hj Hadi’. 16 Tan Sri Hussein Ahmad dalam temubual yang diadakan pada 28 September 2008 di pejabatnya di Manis FM, Lundang, Kota Bharu. Beliau kini berumur 74 tahun dan menguruskan stesen radio swasta ‘Manis FM’, sebuah stesen yang popular bagi masyarakat Kelantan kerana stesen ini menekankan pembangunan minda masyarakat khususnya golongan petani dan nelayan. Beliau cukup berbangga bila menceritakan pengalaman lampau beliau dan bagaimana mula terlibat dengan politik. Antara individu yang banyak membantu beliau diperingkat awal penglibatan dalam Politik ialah ‘Pak Soh Tok Kerani’ dari Kampung Meranti dan ‘Tok Gawa Nik Soh’ dari Gual Periok. Semasa krisis undi tidak percaya kumpulan 20 terhadap Datuk Mohamad Nasir, Menteri Besar Kelantan di sidang DUN Kelantan pada 15 Okt 1977, beliau membangkang usul tersebut dan bertindak keluar dewan persidangan bersama-sama lain-lain ADUN UMNO dan ADUN MCA. Turut terlibat secara langsung di dalam demontrasi rakyat Kelantan untuk menyatakan sokongan kepada Datuk Mohamed Nasir setelah disingkirkan dari PAS. 17 N.J. Funston, Malay Politics In Malaysia, hlm. 59. 18 Mohd. Asri Muda, Memoir Politik Asri Meniti Arus, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia, 1993, hlm. 71-75. 19 Ibid., hlm. 97-107. 20 Diane K. Mauzy, Barisan Nasional: Coalition Government in Malaysia, Kuala Lumpur: Marican & Sons (Malaysia) Sdn. Bhd., 1983, hlm. 66-74. Lihat juga R.S Milne dan Diane K. Mauzy, Politik dan Kerajaan Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992, hlm. 212-216. 21 Kerusi DUN bertambah enam kerusi berbanding dengan jumlah 30 dalam kerusi pada Pilihan Raya Umum 1969 dan kerusi parlimen bertambah 2 kerusi berbanding dengan 10 kerusi pada Pilihan Raya Umum 1969. 22 Yahaya Ismail, Bulan Purnama Gerhana Di Kelantan, Kuala Lumpur: Dinamika Kreatif, 1978, hlm. 17. 23 Abd. Halim Mahmood, Gelora Politik Kelantan, Kuala Lumpur: Tinta Enterprise, 1993, hlm. 30. 24 Kamarul Zaman Yusof, PAS Dalam Era Mohd Asri Muda 1965-1982, Tesis Sarjana, Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, 2004, hlm. 309, mendedahkan bahawa Sultan Yahya meminta 14,000 ekar tanah balak untuk dihadiahkan kepada kerabat diraja Negeri Sembilan sebagai syarat untuk menerima cadangan ini. Syarat ini dipersetujui oleh Datuk Asri Muda. 25 Tun Abd Razak ketika itu berada di Bogor, Indonesia telah ditaklimatkan perkara ini oleh Datuk Abdullah Ahmad. Datuk Mohd Asri telah dihalang supaya tidak berjumpa dengan Tun Abd Razak sekembalinya Tun Abd Razak ke Kuala Lumpur. 26 Tengku Razaliegh Hamzah ketika itu merupakan Menteri Kewangan Malaysia. 27 Utusan Melayu, 14 September 1977. 28 Utusan Melayu, 17 September 1977. 29 Berita Harian, 18 September 1977. 30 Watan, 18 September 1977. 31 Bintang Timur, 19 September 1977. 32 Utusan Melayu, 20 September 1977. 33 Berita Harian, 21 September 1977. 34 Utusan Malaysia, 24 September 1977. Book 1.indb 57 5/24/2012 9:24:33 AM
  • 58 Demokrasi Dan Pilihan Raya 35 Nama asal tempat ini ialah Padang Kelupang tetapi lebih dikenali sebagai Padang Bank oleh masyarakat Kelantan, kerana pada waktu pemerintahan Inggeris di sini terdapat kilang untuk mencetak duit dan terdapat satu ‘bank pitih’ yang masih dijaga dengan baik sehingga sekarang untuk tatapan generasi baru. Di padang ini juga mayat Tok Janggut digantung setelah ditembak mati selepas berlakunya pertempuran di Pasir Putih. Setiap tahun upacara perbarisan menyambut ulang tahun keputeraan Sultan Kelantan diadakan di sini. 36 Utusan Malaysia, 25 September 1977. 37 Pada asalnya mesyuarat ini akan diadakan di rumah Datuk Mohd Asri tetapi telah diubah ke Pejabat PAS. 38 Abd. Halim Mahmood, Gelora Politik Kelantan, hlm. 45-46. Mereka ialah Nik Aziz Nik Mat, Wan Ismail Wan Ibrahim, Zahari Awang, Khaidir Khatib, Sakinah Junid, Jamal Idris, Daud Samad dan Hakim Abdullah. 39 Ibid., hlm. 46. Mereka ialah Mustapha Ali, Salmah Hussein, Ishak Rejab, Harun Din, Hassan Shukri, Daeng Sanusi Mariok, Wahab Yunus dan Sufian Mohamad. 40 Ibid., hlm. 46. Ali Taib dan Baharuddin Latiff. 41 Ibid., hlm. 44. Mereka ialah Hassan Adli, Abu Bakar Omar (berada di New York), Mohamad Nasir, Abbas Alias dan Tengku Kamaruzaman Abdul Hamid. 42 Watan, 2 Oktober 1977. 43 Watan, 30 September 1977. 44 Berita Harian, 30 September 1977. 45 Watan, 1 Oktober 1977. 46 Berita Harian, 1 Oktober 1977. 47 Watan, 4 Oktober 1977. 48 Watan, 5 Oktober 1977. 49 Pemecatan dilakukan dibawah fasal 13[3] dan fasal 75[7] Perlembagaan PAS. 50 Mereka terdiri dari Abu Bakar Omar, Nik Aziz Nik Mat, Sakinah Junid, Abdul Wahab Yunus, Zahari Awang, Salmah Hussein, Daud Abdul Samad, Wan Ismail Ibrahim, Tengku Kamaruzaman Tengku Hamid, Khaidir Khatib, Zabidi Ali, Jamahir Idris dan Abdul Hakim Mohamad. 51 Mereka terdiri daripada Hassan Adli, Hassan Shukri, Harun Din, Ishak Rejab, Abbas Alias, Baharuddin Latif dan Suffian Muhammad. 52 Mereka ialah Daeng Sanusi Daeng Mariok dan Mustapha Ali. 53 Utusan Malaysia, 11 Oktober 1977. 54 Utusan Melayu, 12 Oktober 1977. 55 Utusan Malaysia, 14 Oktober 1977. 56 Ibid. 57 Ibid. 58 Utusan Malaysia, 16 Oktober 1977. 59 Utusan Malaysia, 15 Oktober 1977. 60 G.P. Means, Malaysian Politics: The Second Generation, Singapore: Oxford University Press, 1991, hlm. 62-63. 61 Abd. Halim Mahmood, Gelora Politik Kelantan, hlm. 51. 62 Temubual dengan Tan Sri Hussein Ahmad yang diadakan di pejabatnya di Manis FM, Lundang, Kota Bharu pada 28 September 2008. 63 Mingguan Malaysia, 16 Oktober 1977. Utusan Melayu pada tarikh sama melaporkan jumlah orang yang berkumpul untuk menyatakan sokongan kepada Datuk Mohamed Nasir sejumlah lebih kurang 40,000 orang. 64 Yahaya Ismail, Bulan Purnama Gerhana Di Kelantan, Kuala Lumpur: Dinamika Kreatif, 1978, hlm. 59. 65 Abd. Halim Mahmood, Gelora Politik Kelantan, hlm. 59-60. 66 Lebih dikenali sebagai ‘teksi’ bagi masyarakat Kota Bharu. 67 Temubual dengan Tun Dr Mahathir Mohamad pada 24 April 2009 jam 5.00 petang di Tingkat 5, Yayasan Al Bukhori, Kuala Lumpur. 68 Lotfi Ismail, Berakhirnya Zaman Keagungan PAS, Kuala Lumpur: Penerbitan Pena Sdn. Bhd., 1978, hlm. 119. Book 1.indb 58 5/24/2012 9:24:33 AM
  • 59Pas Di Kelantan Sehingga Pengisytiharan Darurat 1977 69 Setiausaha Keselamatan Negeri, Hassan Abdullah dan Pengarah Penerangan Negeri, Abdul Hamid Omar didakwa lebih memihak kepada pemimpin UMNO serta turut terlibat dalam mengatur strategi untuk menghasut rakyat supaya mengadakan demontrasi. Hassan Abdullah selepas bersara dari pegawai kerajaan telah menyertai PAS dan menjadi ADUN Pengkalan Pasir selama dua penggal. Sebelum meninggal dunia, beliau sempat ditemubual dan menceritakan kenapa beliau meninggalkan UMNO dan menyertai PAS ekoran krisis dalam UMNO Bahagian Rantau Panjang di mana beliau tewas kepada Husin Ahmad dalam perebutan peringkat bahagian. 70 Temubual dengan Zaid Fadzil, seorang calon PAS yang tewas pada pilihan raya umum 1978 pada 15 Disember 2008 di Pasir Mas menyatakan kekesalannya dengan sesetengah pemimpin PAS ketika itu yang berkeras tidak mahu menerima formula yang dicadangkan oleh Datuk Seri Dr Mahathir Mohamed kerana mereka tidak menjangka kerajaan BN akan bertindak lebih jauh iaitu dengan membentang rang undang-undang darurat untuk dilaksanakan di Kelantan. Tindakan pihak berkuasa mengadakan perintah berkurung dikirakan sebagai tindakan akhir untuk meredakan keadaan. Sekiranya mereka bersetuju dengan formula tersebut sudah pasti PAS akan terus kekal di dalam BN sehingga sekarang. Beliau akhirnya menang bertanding di DUN Meranti pada PRU 1986 bila bertanding atas tiket HAMIM selepas bergabung dalam Barisan Nasional. 71 Alias Muhammad, Sejarah Perjuangan Parti PAS: Satu Dilemma, Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd., 1978, hlm. 139. 72 Samseng dikaitkan dengan pemuda dari Selatan Thai yang diupah untuk menjaga keselamatan mana-mana tokoh. Pemuda ini sanggup memukul mana-mana individu dengan sedikit bayaran atau upah khidmatnya. Selalunya upah ini sangat murah. 73 Penyata Rasmi Parlimen, Jilid III Bil. 17, Hari Rabu, 9 November 1977. Book 1.indb 59 5/24/2012 9:24:33 AM
  • Book 1.indb 60 5/24/2012 9:24:33 AM
  • Keputusan Pilihan Raya Umum 2008 Dari Perspektif Federalisme Nawi bin Abdullah Mazlan Ali Abstract The 12th General Election result had witnessed Kelantan to stay under the Malaysia Islamic Party, or Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Kedah, Penang, Selangor and Perak become the new states dominated by the opposition party. There had also been obvious changes for the seats domination in the parliament where the opposition had successfully denied the two third of the majority of the Barisan Nasional (BN) seats. Questions had been raised on the impact brought about by the fall of the five states and the denial which accompanied the domination of the majority of the BN seats in the parliament. Questions on the relationships among the state governments ruled by the opposition with the Federal Government were also heard. Indeed, it is undeniable that the 12th General Election result had also given a blow to the amendment of the law and constitutional endorsement processes. The result would also influence the relations between the state and the Federal Government in particular, administration, finance and development. Equally important,in the state under the opposition will manage their respective administration given the circumstances that the federal government still has administrative influence, the status under in the grented federalism arrangement. Keywords:GeneralElection,FederalGovernment,administration, domination, opposition Pengenalan Keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 telah memberi kesan secara langsung ke atas sistem perundangan dan perlembagaan negara. Selain itu, keadaan ini turut membawa kesan terhadap hubungannya dengan proses parlimen Malaysia. PRU Ke-12, 2008 mencatatkan kejayaan BN apabila berjaya menguasai sebanyak 140 buah kerusi atau sebanyak 63.06 peratus buah kerusi di parlimen, sementara pakatan pembangkang pula telah berjaya menguasai sebanyak 82 buah kerusi atau sebanyak 36.94 peratus buah kerusi. Dengan penguasaan lima buah negeri dan menafikan penguasaan dua pertiga kerusi mejoriti (66.6 peratus) BN di parlimen, ini bermakna isu-isu yang berkaitan dengan kelulusan rang undang-undang dan pindaan perlembagaan menjadi Book 1.indb 61 5/24/2012 9:24:33 AM
  • 62 Demokrasi Dan Pilihan Raya lebih sukar dan menjadi perkara yang diperkatakan oleh masyarakat. Umumnya berpendapat bahawa keputusan pilihan raya umum itu akan menyukarkan kerajaan BN untuk membuat dan meluluskan pindaan rang undang-undang ke atas peruntukan-peruntukan di dalam Perlembagaan Malaysia. Setelah lebih setengah abad berkuasa hampir mutlak, senario ini sudah tentu merupakan pengalaman baru bagi BN dan memerlukan parti tersebut membuat beberapa penyesuaian bagi membolehkanya terus releven. Kelulusan Rang Undang- Undang dan Pindaan Perlembagaan Peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia berkaitan dengan keperluan untuk membuat pindaan ke atas perlembagaan dan peruntukan undang-undang menunjukkan bukan semua perkara memerlukan dua pertiga undi majoriti (66.6 peratus) dari ahli dewan untuk dilulus atau dipinda. Sebahagian besar peruntukan undang-undang dan Perlembagaan Malaysia hanya memerlukan undi majoriti mudah (lebih 50 peratus) mereka yang hadir di persidangan parlimen untuk dipinda atau diluluskan. Hanya dalam perkara-perkara yang tertentu untuk meminda dan meluluskan rang undang-undang dan perlembagaan, Perlembagaan Malaysia menetapkan hanya memerlukan persetujuan sekurang-kurangnya undi dua pertiga daripada ahli parlimen. Dalam perkara-perkara yang lain pula untuk dilulus atau dipinda sesuatu peruntukan undang-undang, peraturan menetapkan pindaan atau kelulusan bukan sahaja memerlukan majoriti dua pertiga, tetapi juga perlu terlebih dahulu mendapat persetujuan dari Dewan Undangan Negeri dan persetujuan dari Majlis Raja-Raja Melayu. Kelulusan Yang Memerlukan Undi Majoriti Mudah Sebahagian besar peruntukan undang-undang dan perkara-perkara dalam Perlembagaan Malaysia jika ingin dilulus atau dipinda atau dirangka semula hanya memerlukan persetujuan daripada majoriti mudah ahli Dewan Rakyat. Malah kebanyakan cabang dan peruntukan perundangan yang ada adalah dirangka oleh eksekutif dan sebahagian besarnya tidak memerlukan kelulusan parlimen terlebih dahulu untuk kuatkuasa atau dilaksanakan. Dalam perkara ini BN mempunyai lebih daripada separuh ahli di Dewan Rakyat dan sepatutnya mereka tidak menghadapi masalah untuk melulus, meminda dan menguatkuasakan mana-mana peruntukan undang-undang dan perlembagaan. Contohnya, melalui peruntukan mengikut Seksyen 10 Jadual Ke13, sesuatu undang-undang yang berkaitan dengan pindaan persempadanan kawasan pilihan raya tidak memerlukan majoriti dua pertiga ahli dewan untuk diluluskan. Hanya memadai dengan mendapat majoriti mudah lebih daripada separuh ahli yang hadir dan mengundi terhadap rang undang-undang berkenaan. Keperluan kepada majoriti mudah diperkuatkan dengan peruntukan dalam Perkara 62(3) yang menetapkan bahawa semua rang undang-undang biasa hanya memerlukan majoriti mudah mereka yang hadir di Parlimen dan mengundinya untuk diluluskan. Contohnya, untuk meluluskan Rang Undang-undang belanjawan atau pembekalan pada setiap tahun. Rang undang-undang ini boleh diluluskan oleh majoriti mudah mereka yang hadir dan mengundi. Ini dinyatakan sebagaimana peruntukan berikut: Book 1.indb 62 5/24/2012 9:24:33 AM
  • 63Keputusan Pilihan Raya Umum 2008 Dari Perspektif Federalisme “Tertakluk kepada Fasal (4) dan kepada Perkara 89(1) dan 159(3) dan kepada Seksyen 10 dan 11 Jadual Ketiga Belas, tiap-tiap majlis Parlimen hendaklah, jika tidak sebulat suara, mengambil keputusanya mengikut lebih suara ahli-ahli yang mengundi; dan orang yang mengetuai, melainkan jika ia hanya menjadi ahli Majlis Parlimen itu semata-mata oleh sebab peranggan (b) Fasal (1A) Perkara 75, hendaklah membuang undinya apabila perlu bagi mengelakkan supaya bilangan undi tidak sama banyaknya, tetapi tidak boleh mengundi dalam apa-apa hal lain.” Perkara 62(3), Perlembagaan Persekutuan Bagi sesetengah perkara pula peruntukan perlembagaan menetapkan tiada keperluan mendapatkan kelulusan Parlimen untuk dilaksanakan. Contohnya, bagi Perkara 149 dan Perkara 150 iaitu peruntukan undang-undang untuk pengisytiharan darurat yang tidak memerlukan kelulusandaripadaParlimenuntukdikuatkuasakanataudiisytiharkan. MengikutOrdinanDarurat,pengisytiharandarurathanyamemerlukan Yang Dipertuan Agong (YDPA) mengisytiharkannya bersandarkan kepada kuasa biasa dalam keadaan luar biasa. Dalam perkara ini YDPA boleh mengisytiharkan darurat tanpa perlu merujuk kepada Parlimen atau tanpa perlu mendapat persetujuan dari Dewan Rakyat atau Dewan Negara sekiranya baginda berpendapat bahawa keadaan negara memerlukan perintah darurat. Perkara ini terkandung dalam Perkara 149(1)(f) dan Perkara 150(1). “yang mendatangkan mudarat kepada kententeraman awam dalam atau keselamatan, Persekutuan atau mana-mana bahagiannya,” Perkara149(1)(f) Perlembagaan Persekutuan “Jika Yang Dipertuan Agong berpuashati bahawa suatu darurat besar yang sedang berlaku dan keselamatan, atau kehidupan ekonomi, atau ketenteraman awam dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya adalah terancam oleh kerananya, maka Yang Dipertuan Agong boleh mengeluarkan suatu Perisytiharan Darurat dengan membuat dalamnya pengumuman yang bermaksud sedemikian.” Perkara 150(1), Perlembagaan Persekutuan Kelulusan perkara-perkara yang dibincangkan di atas hanya akan dipersoalkan di Parlimen sekiranya terdapat isu-isu atau persoalan yang ingin atau menyentuh ahli-ahli Parlimen. Dalam konteks ini, semakin ramai ahli Parlimen pembangkang di Parlimen bermakna semakin banyak persoalan dan isu yang akan dibangkitkan berkaitan dengan bidang tugas dan perlaksanaan dasar-dasar kerajaan oleh sesebuah kementerian. Perkara yang menjadi isu dan persoalan kepada kelulusan rang undang-undang seperti ini ialah kehadiran ahli dewan daripada BN. Jika mereka hadir dan mengundi untuk meluluskan rang undang-undang berkenaan, ini bermakna kelulusannya bukanlah sesuatu yang sukar. Dalam keadaan ini amatlah penting bagi Ketua Whip BN memastikan kehadiran ahli-ahlinya ke parlimen sekiranya ada pengundian untuk meluluskan pindaan sesuatu rang undang-undang. Book 1.indb 63 5/24/2012 9:24:33 AM
  • 64 Demokrasi Dan Pilihan Raya Kelulusan Yang Memerlukan Majoriti Dua Pertiga Ahli Dewan Dalam beberapa perkara lain, sememangnya wujud kesukaran dan halangan kepada BN jika ingin merubah atau meminda perlembagaan. Kesukaran itu wujud melalui peruntukan untuk pindaan Perlembagaan berdasarkan kepada peruntukan Perkara 159(3). “Suatu Rang Undang-Undang bagi membuat apa-apa pindaan kepada Perlembagaan (lain daripada pindaan yang dikecualikan daripada peruntukan-peruntukan Fasal ini) dan suatu Rang Undang-Undang bagi membuat apa-apa pindaan kepada sesuatu undang-undang yang diluluskan di bawah Perkara 10(4) tidak boleh diluluskan dalam mana-mana Majlis Parlimen melainkan jika Rang Undang-Undang itu telah disokong pada Bacaan Kali Kedua dan Kali Ketiga dengan undi sebanyak tidak kurang daripada dua pertiga daripada jumlah ahli Majlis Parlimen itu.” Perkara 159(3) Perlembagaan Persekutuan Berdasarkan kepada peruntukan mengikut Perkara 159(3) bermakna perkara- perkara yang dinyatakan berkenaan untuk merubah atau meminda peruntukannya, memerlukan sekurang-kurangnya majoriti dua pertiga ahli Dewan Rakyat. Dalam pindaan terhadap perkara-perkara ini, BN tidak memiliki majoriti dua pertiga untuk melakukanya. Untuk itu, bagi meluluskan rang undang-undang yang berkaitan dengan perkara-perkara berkenaan, BN tidak mempunyai pilihan kecuali dengan sokongan dan persetujuan ahli dewan daripada pembangkang. Kelulusan Yang Memerlukan Persetujuan Dari Negeri Jika sesuatu perkara yang hendak diubah atau dipinda itu berkait rapat dengan perkara-perkara yang terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri atau menyentuh kepentingan negeri secara langsung, persetujuan terlebih dahulu perlu diperoleh dari negeri yang terlibat. Contohnya dalam perkara yang berkaitan dengan persempadanan semula negeri. Perkara 2(b) yang berkaitan dengan persempadanan semula negeri jika hendak diubah atau dipinda, perubahan atau pindaan sempadan itu terlebih dahulu memerlukan pertimbangan dan persetujuan dari Dewan Undangan Negeri, negeri-negeri yang terlibat. “Parlimen boleh dengan undang-undang: (a) memasukkan negeri-negeri lain dalam Persekutuan; (b) mengubah sempadan mana-mana negeri; tetapi undang-undang yang mengubah sempadan sesuatu negeri tidak boleh diluluskan dengan tiada persetujuan negeri itu (yang dinyatakan dengan undang-undang yang dibuat oleh Badan Perundangan Negeri itu) dan Majlis Raja-Raja.” Perkara 2(b) Perlembagaan Persekutuan Ini berkait erat dengan usaha untuk menyeragamkan undang-undang, mengikut Perkara 76 dan Perkara 76A yang berkaitan dengan kuasa Book 1.indb 64 5/24/2012 9:24:33 AM
  • 65Keputusan Pilihan Raya Umum 2008 Dari Perspektif Federalisme Parlimen membuat undang-undang bagi negeri-negeri dalam hal-hal yangtertentu.Contohnya,hasratkerajaanPersekutuanuntukmeminda undang-undang yang berada di bawah bidang kuasa kerajaan Negeri yang kemudiannya tertakluk kepada pengecualian tertentu. Undang- undang seperti ini mesti diterimapakai oleh Dewan Undangan Negeri sebelum boleh dipinda dan diseragamkan. “Parlimen boleh membuat undang-undang mengenai apa-apa perkara yang disebutkan dalam Senarai Negeri, tetapi hanya seperti berikut sahaja; (a) bagi maksud melakukan apa-apa triti, perjanjian atau konvesyen antara Persekutuan dengan mana-mana negeri lain, atau apa- apa keputusan pertubuhan antarabangsa yang dianggotai oleh Persekutuan; atau (b) bagi maksud mengadakan persamaan undang-undang dari atau dua buah negeri atau lebih; atau (c) jika diminta sedemikian oleh mana-mana Dewan Negeri. Perkara 76(1) Perlembagaan Persekutuan “Tiada sesuatu undang-undang boleh dibuat menurut peranggan (a) Fasal (1) mengenai apa-apa perkara berhubung dengan hukum syarak atau adat istiadat orang Melayu atau mengenai apa-apa perkara berhubung dengan undang-undang atau adat istiadat bumiputera di negeri-negeri Borneo dan tiada suatu Rang Undang-Undang bagi maksud dijadikan suatu undang-undang di bawah perenggan itu boleh dikemukakan dalam mana-mana Majlis Parlimen sehingga kerajaan Negeri yang berkenaan itu diminta fikirannya.” Perkara 76(2) Perlembagaan Persekutuan “Tertakluk kepada Fasal (4), sesuatu undang-undang yang dibuat menurut perenggan (b) atau perenggan (c) atau perenggan (e) Fasal (1) tidak boleh dikuatkuasakan di mana-mana negeri sehingga undang- undang itu diterima dengan suatu undang-undang yang dibuat oleh Badan Perundangan Negeri itu dan selepas itu undang-undang itu hendaklah disifatkan sebagai suatu undang-undang negeri dan bukan suatu undang-undang Persekutuan, dan oleh yang demikian undang- undang itu boleh dipinda atau dimansuhkan oleh undang-undang yang dibuat oleh Badan Perundangan Negeri.” Perkara 76(3) Perlembagaan Persekutuan Bagi Perkara 161E yang berkaitan pemeliharaan kedudukan Sabah dan Sarawak sewaktu kemasukan negeri-negeri ini ke dalam Malaysia 1963, jika ingin membuat pindaan terhadap perkara-perkara yang dinyatakan, perlu terlebih dahulu mendapat persetujuan daripada Yang Dipertua Negeri bagi negeri berkenaan. Ini bermakna dalam perkara-perkara yang dinyatakan oleh perlembagaan mengikut peruntukan Book 1.indb 65 5/24/2012 9:24:33 AM
  • 66 Demokrasi Dan Pilihan Raya 161E, mana-mana pindaan yang hendak di buat ke atas perkara-perkara berkenaan, terlebih dahulu perlu dirunding dengan negeri-negeri ini. Berdasarkan kepada peruntukan dalam Perlembagaan yang menetapkan persetujuan dari negeri adalah diperlukan untuk merubah atau meminda perlembagaan ke atas perkara-perkara yang tertentu, pada dasarnya terdapat kesukaran yang mungkin di hadapi oleh Kerajaan Persekutuan yang dikuasai oleh BN untuk meminda peruntukan-peruntukan berkenaan bagi perlaksanaan dan kuatkuasanya di negeri-negeri Kelantan, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah. Jika negeri-negeri berkenaan bersetuju, ini tidak menjadi isu atau persoalan untuk meminda peruntukan dalam perlembagaan yang berkaitan. Kelulusan Yang Memerlukan Persetujuan Dua Pertiga Ahli Dewan Dan Majlis Raja-Raja Melayu Perkara-perkara yang tertentu dalam Perlembagaan Persekutuan yang ingin dipinda, dimansuh dan diluluskannya, bukan sahaja memerlukan persetujuan daripada majoriti dua pertiga ahli dewan rakyat, tetapi juga memerlukan persetujuan dari Majlis Raja-Raja Melayu. Perkara–perkara berkenaan dinyatakan dengan jelas oleh peruntukan Perkara 159(5) Perlembagaan Persekutuan. “Sesuatu undang-undang yang membuat sesuatu pindaan kepada Perkara 10(4), undang-undang yang diluluskan di bawahnya, peruntukan Bahagian 3, Perkara 38, 63(4), 70, 71(1), 72(4), 152, atau 153 atau fasal ini tidak boleh diluluskan dengan tiada persetujuan Majlis Raja-Raja Melayu. Perkara 159(5) Perlembagaan Persekutuan Dalam perkara-perkara yang dinyatakan, mengikut peruntukan Perkara 159(5), kelulusan bukan sahaja memerlukan sekurang-kurangnya majoriti dua pertiga ahli Dewan Rakyat, tetapi juga terlebih dahulu memerlukan persetujuan dari Majlis Raja- Raja Melayu. Bagi negeri Kelantan, Kedah, dan Selangor yang mempunyai Raja dan Sultan layak mengundi dalam Majlis Raja-Raja Melayu dan akan bertindak menjaga kepentingan negeri masing-masing dengan nasihat diberikan Menteri Besar tanpa mengabaikan kepentingan Persekutuan. Untuk mendapat persetujuan Majlis Raja- Raja Melayu, jika perkara tersebut bertentangan dengan kepentingan Raja-Raja dan negeri, sudah pasti akan menghadapi kesukaran untuk mendapat persetujuan dari Majlis Raja-Raja Melayu. Dalam hal ini, hanya sembilan orang Raja-Raja Melayu sahaja yang berhak untuk mengundi, iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Selangor, Kedah dan Perlis. Berkaitan dengan kedudukan hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera, mengikut Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan terdapat peruntukan yang kukuh sebagai asas kepada perkara ini. Di samping memerlukan majoriti dua pertiga ahli Dewan Rakyat, pindaan atau pemansuhannya memerlukan persetujuan dari Majlis Raja-Raja Melayu. Begitu juga dengan peruntukan bagi Perkara 152 yang berkaitan dengan Bahasa Melayu. Dalam peruntukan perlembagaan kerajaan Persekutuan, Yang Dipertuan Agong merupakan pelindung kepada hak-hak keistimewaan Melayu. Ini bermakna, hak keistimewaan Melayu tidak akan terjejas daripada aspek Book 1.indb 66 5/24/2012 9:24:33 AM
  • 67Keputusan Pilihan Raya Umum 2008 Dari Perspektif Federalisme perundangan dan perlembagaan. Kerana sebarang pindaan yang hendak dilakukan ke atas peruntukan Perkara 152 dan Perkara 153, memerlukan bukan sahaja undi dua pertiga majoriti, tetapi juga perlu mendapat persetujuan dari Majlis Raja-raja Melayu terlebih dahulu. Dalam hal ini bukan sahaja isu dua pertiga yang perlu dipenuhi, tetapi juga terlebih duhulu perlu mendapat persetujuan daripada Majlis Raja-Raja Melayu. Dengan perubahan lanskap politik selepas PRU Ke-12. Kita menjangkakan akan berlakunya pendebatan hebat di Dewan Rakyat selepas bacaan kali kedua terhadap sesuatu rang undang-undang kerana apa yang dibentangkan akan mendapat penelitian terlebih dahulu oleh ahli-ahli dewan, terutamanya ahli dewan daripada parti pembangkang. Pembangkang pasti mahukan suara mereka dan juga suara negeri didengari. Tidak dinafikan kerajaan akan mendapat sebahagian besar apa yang mereka inginkan. Hanya di dalam perkara-perkara tertentu sahaja suara negeri perlu dipenuhi dalam memastikan pindaan terhadap rang undang-undang dan perlembagaan untuk dilaksanakan. Begitu juga besar kemungkinan masalah akan timbul dalam pindaan ke atas peruntukan-peruntukan yang tertentu di dalam perlembagaan kerana ia melibatkan lebih dari satu institusi untuk dipinda. Hubungan Pentadbiran Antara Persekutuan Dengan Negeri Berikutan lima buah negeri berjaya dikuasai dan diperintah oleh pakatan pembangkang, maka timbul persoalan yang berhubungan dengan melaksanakan kuasa-kuasa pentadbiran dan pengurusan negara di antara peringkat kerajaan. Adalah dijangkakan akan berlaku ketegangan di antara kerajaan pusat dengan kelima-lima kerajaan negeri yang dikuasai oleh pembangkang di dalam perkara- perkara yang berkaitan dengan isu-isu pentadbiran dan pembangunan. Konflik dan persaingan ini bukanlah sesuatu yang luar biasa bagi sesebuah negara yang mengamalkan sistem federalisme. Apa yang jelas federalisme mempunyai sistem dan makanisme penyelesaian terhadap konflik-konflik yang berlaku antara peringkat-peringkat kerajaan terutamanya melalui peruntukan-peruntukan di dalam perlembagaan. Dalam suasana realiti politik baru, hubungan kerajaan negeri dengan kerajaan persekutuan terutamanya negeri yang dikuasai oleh pakatan pembangkang (Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang) bukan hanya dilihat dalam konteks pembahagian kuasa semata-mata, malah mengambil kira kerjasama dan kesepakatan antara peringkat-peringkat kerajaan demi kepentingan rakyat, negeri dan negara secara keseluruhannya. Permuafakatan dan kerjasama antara peringkat-peringkat kerajaan yang ada akan menghasilkan strategi pengurusan pembangunan yang terbaik dan kecekapan dalam pengurusan sumber akan meningkatkan kecekapan ekonomi dan kebajikan masyarakat secara keseluruhannya. Kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri tidak boleh melaksanakan tugas mereka secara bersendirian kerana peranan mereka saling berkaitan, berhubungan antara satu sama lain dan lengkap melengkapi di dalam melaksanakan fungsi dan peranan negara. Disebabkan saling berkaitan dan berhubungan antara satu sama lain, maka amat penting bagi setiap peringkat kerajaan mengetahui apa yang boleh dan tidak boleh buat atau apa yang ia boleh buat setelah berunding dan mendapat persetujuan daripada pihak yang satu lagi. Begitu juga dengan kakitangan awam yang menasihati menteri dan kerajaan negeri, mereka hendaklah sedar atau patut menyedari tentang kuasa dan kewajipan peringkat kerajaan masing-masing, kerana suatukesilapanyangdilakukanakibatdaripadakejahilanmerekaakanmenyebabkan Book 1.indb 67 5/24/2012 9:24:33 AM
  • 68 Demokrasi Dan Pilihan Raya kesalahan yang tidak seharusnya berlaku terhadap sesuatu kerajaan atau terhadap pihak lain (Mohamed Suffian 1987:223-224). Pembahagian Kuasa Pentadbiran Dan Perundangan Malaysia diwujudkan dengan sebuah kerajaan persekutuan yang kuat dan mempunyai kuasa yang luas. Dengan keperluan itu, Perkara 74 Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan Parlimen mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang bagi seluruh persekutukan atau mana-mana bahagiannya dan Dewan Undangan Negeri boleh membuat undang-undang bagi seluruh atau mana-mana bahagian negeri itu (Negara Kita 1980:97; Mohamed Suffian 1987: 224,226; Mohd Agus Yusof 2006:69). Dengan keperluan kepada kuasa pusat yang kuat berkenaan, Malaysia mengamalkan federalisme katagori ketiga yang memperlihatkan kecenderungan kuasa yang lebih memihak kepada kerajaan pusat berbanding dengan kerajaan negeri. Kesan daripada pembahagian kuasa yang lebih memihak kepada kerajaan pusat ini menyebabkan sebahagian besar kuasa pentadbiran dan pemerintahan negara juga berada di bawah bidang pentadbiran kerajaan persekutuan berbanding dengan kerajaan negeri. Untuk melicinkan pentadbiran persekutuan, Perlembagaan Malaysia telah mengadakan tiga senarai iaitu Senarai Persekutuan, Senarai Negeri dan Senarai Bersama.1 Mana-mana kuasa yang terlebih diserahkan kepada kerajaan negeri,2 tetapi ketiga-tiga senarai itu begitu komprensif sehinggakan peruntukan ini tidak penting daripada segi amalannya (Milne dan Mauzy 1992:118). Senarai persekutuan meliputi hal ehwal luar negeri, pertahanan, keselamatan dalam negeri, undang- undang sivil dan jenayah, kewarganegaraan, perkapalan, perikanan, perhubungan dan pengangkutan, kerjaraya, pelajaran, kesihatan, hal ehwal buruh, kebajikan orang Asli dan lain-lain. Senarai negeri termasuklah adat istiadat, hal ehwal agama Islam, tanah, pertanian, kerajaan tempatan, kerja air, jentera pentadbiran kerajaan negeri, hari-hari kelepasan am negeri dan sebagainya. Parlimen dan dewan undangan negeri mempunyai kuasa bersama di dalam membuat undang-undang yang termasuk di dalam Senarai Bersama. Ini termasuk perkara-perkara yang berkaitan dengan hal ehwal kebajikan masyarakat, biasiswa, haiwan, peminta sedekah, penjaja barang- barang, tali air, kesihatan awam dan sebagainya. Mengikut Perkara 77 Perlembagaan Persekutuan, segala kuasa yang tidak disebutkan di dalam Senarai I dan II Jadual Kesembilan yang dipanggil sebagai kuasa baki perundangan, adalah terpulang kepada Dewan Undangan Negeri dan bukannya Parlimen (Negara Kita 1980:97). Jika ditinjau pembahagian kuasa, kuasa kerajaan persekutuan adalah lebih banyak (Senarai Pertama) daripada kuasa Kerajaan Negeri termasuklah Sabah dan Sarawak (Senarai Kedua). Kerajaan persekutuan juga menikmati keistimewaan di dalam Senarai Bersama dengan kerajaan persekutuan menguasai perkara-perkara penting dan strategik (Mohd Agus 2006:69). Sekiranya berlaku konflik undang- undang di antara persekutuan dengan undang-undang negeri di dalam Senarai Bersama, maka undang-undang persekutuan akan mengatasi undang-undang negeri walaupun undang-undang negeri telah diluluskan terlebih dahulu daripadanya (Milne dan Mauzy 1992:118-119). Kerajaan negeri boleh melaksanakan dasar dan kuasanya mengikut senarai di dalam Jadual 9 (Senarai Perundangan mengikut Perkara 74, 77, iaitu Senarai Negeri) dan selagi tidak menghalang atau menyentuh perjalanan kuasa pemerintahan Book 1.indb 68 5/24/2012 9:24:33 AM
  • 69Keputusan Pilihan Raya Umum 2008 Dari Perspektif Federalisme persekutuan. Dalam perkara ini, kerajaan-kerajaan negeri atau persekutuan boleh melaksanakan kuasa untuk meluluskan mana-mana perkara di dalam senarai berkenaan sekiranya ia tidak bertentangan dengan peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan. Ia akan terbatal setakat mana ia bertentangan sahaja. Untuk mengelak daripada undang-undang negeri berlawanan dengan undang- undang Persekutuan, Perkara 75 Perlembagaan Persekutuan menyatakan jika terdapat mana-mana undang-undang Negeri yang berlawanan dengan sesuatu undang-undang Persekutuan, maka undang-undang Persekutuan itu hendaklah dipakai dan undang-undang Negeri itu hendaklah terbatal setakat mana yang berlawanan sahaja (Negara Kita 1980:97; Mohamed Suffian 1987:226). Ini bermakna di dalam Senarai Bersama, Kerajaan Persekutuan boleh membuat undang-undang yang terkandung di dalam perkara-perkara berkenaan walaupun telah di buat atau diluluskan oleh badan perundangan negeri. Perlembagaan persekutuan juga mengadakan peruntukan-peruntukan tertentu yang memberi jaminan kepada kerajaan-kerajaan negeri. Melalui Perkara 76(2) perlembagaan memberi jaminan bahawa rang undang-undang mengenai hal ehwal agama Islam, adat istiadat orang Melayu dan kaum Bumiputera Sabah dan Sarawak tidak boleh dikemukakan dalam mana-mana majlis parlimen sehingga kerajaan negeri yang berkenaan itu diminta fikirannya. Perkara 78 memberi jaminan undang- undang yang dibuat oleh parlimen atau sesuatu peraturan yang dibuat menurut undang-undang ini bagi menyekat hak sesuatu negeri atau hak penduduk- penduduknya daripada menggunakan sungai untuk pelayaran atau pengairan, tidak boleh berkuatkuasa dalam negeri itu melainkan ia telah diluluskan oleh dewan negeri itu, dengan sesuatu ketetapan yang disokong oleh sebilangan besar daripada ahli-ahlinya (Negara Kita 1980:97-98). Maka dalam perkara-perkara yang disebut berkenaan, akan timbul masalah kepada kerajaan persekutuan untuk menjalankan dan melaksanakan kuasanya sekiranya terdapat perbezaan kehendak antara kerajaan persekutuaun dengan kerajaan negeri. Terdapat beberapa fasal di dalam Perlembagaan Persekutuan yang membenarkan Parlimen Persekutuan meluluskan undang-undang mengenai hal-hal yang berkaitan dalam senarai negeri, misalnya apabila membuat persetiaan dengan negeri-negeri lain dan untuk meningkatkan keseragaman undang-undang negeri. Antara peruntukan penting terkandung di dalam Perkara 150 adalah apabila selepas perisytiharan darurat, Parlimen Persekutuan boleh merangka apa jua undang- undang kecuali hal yang berhubung dengan hukum syarak atau adat istiadat Melayu atau berhubung dengan hal berkaitan undang-undang atau adat Bumiputera di Sabah dan Sarawak (Milne dan Mauzy 1992:119). Dalam perkara-perkara ini tidak menjadi persoalan kepada kerajaan persekutuan untuk melulus dan melaksanakan mana-mana peruntukan undang-undang, walaupun ditentang oleh kerajaan negeri di atas kepentingan negara dalam menghadapi ancaman darurat. Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan telah membahagikan-bahagikan kuasa di antara Kerajaan Pusat dengan Kerajaan Negeri. Walaupun kuasa Dewan Undangan Negeri tidak diberi kepada Parlimen, Perkara 76(4) Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa kepada Parlimen membuat undang-undang mengenai perkara-perkara dalam bidang kuasa negeri, tetapi mengikut sekatan dan syarat- syarat tertentu (Mohd Agus 2006:70). Peruntukan ini adalah seperti berikut; Book 1.indb 69 5/24/2012 9:24:33 AM
  • 70 Demokrasi Dan Pilihan Raya 76. (1)Parlimen boleh membuat undang-undang mengenai apa-apa perkara yang disebut dalam Senarai Negeri, (a) bagi maksud melaksanakan apa-apa triti, perjanjian atau konvensyen antara Persekutuan dengan mana-mana negeri lain atau apa-apa keputusan pertubuhan antarabangsa yang dianggotai oleh Persekutuan; atau (b) bagi maksud mengadakan persamaan undang-undang antara dua buah negeri atau lebih; atau (c) jika diminta sedemikian oleh mana-mana Dewan Negeri 76. (4) Perlimen boleh, bagi maksud hanya menentukan persamaan undang-undang dan dasar, membuat undang-undang mengenai pemegangan tanah, berhubung antara tuan tanah dengan penyewa, pendaftaran hak milik dan surat ikatan berhubung dengan tanah, pindah milik tanah, gandai janji, pajakan dan gadaian mengenai tanah, dan lain-lain hak dan kepentingan mengenai tanah, mengambil tanah dengan paksa, mengenai kadar dan penilaian tanah, dan kerajaan tempatan; dan Fasal (1)(b) dan (3) tidak boleh dipakai bagi apa-apa undang-undang mengenai mana-mana perkara itu. Manakala peruntukan di dalam Perkara 74 Perlembagaan Persekutuan menjelaskan; (1) Dengan tidak menyentuh apa-apa kuasa yang diberi kepada Parlimen untuk membuat undang-undang oleh mana-mana Perkara lain, Parlimen boleh membuat undang-undang mengenai mana-mana perkara yang disebutkan dalam Senarai Persekutuan atau Senarai Bersama (iaitu, Senarai Pertama atau Ketiga yang di nyatakan dalam Jadual Kesembilan). (2) Dengantidakmenyentuhapa-apakuasayangdiberikepadaBadanPerundangan Negeri untuk membuat undang-undang oleh mana-mana Perkara lain, Badan Perundangan Negeri boleh membuat undang-undang mengenai mana-mana perkara yang disebutkan dalam Senarai Negeri (iaitu senarai kedua yang dinyatakan dalam Jadual Kesembilan) atau Senarai Bersama. (3) Kuasa untuk membuat undang-undang yang diberi oleh Perkara ini hendaklah dijalankan tertakluk kepada apa-apa syarat atau sekatan yang dikenakan oleh Perlembagaan ini ke atas sesuatu perkara tertentu. (4) Jika perbahasan am serta perbahasan tertentu digunakan pada memberihalkan mana-mana jua perkara yang disebut dalam senarai-senarai yang dinyatakan dalam Jadual Kesembilan maka keluasan makna perbahasan am itu tidak boleh ditafsirkan sebagai terhad oleh perbahasan tertentu itu. Perlembagaan Persekutuan ialah undang-undang induk dan tertinggi dalam negara, bermakna tidak ada undang-undang lain yang diperbuat di dalam negara ini yang boleh diiktirafkan sah melainkan undang-undang itu tidak bercanggah dengan mana-manaperuntukanyangterkandungdalamPerlembagaanPersekutuan.Bahkan Perlembagaan Negeri pun tidak dibenarkan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, walaupun Perlembagaan Negeri ialah undang-undang induk kepada semua ordinan atau enakmen yang diluluskan dalam negeri itu. Perkara 71(3) dan 71(4) Perlembagaan Persekutuan menyebut dengan jelas bahawa; Book 1.indb 70 5/24/2012 9:24:33 AM
  • 71Keputusan Pilihan Raya Umum 2008 Dari Perspektif Federalisme (3) Jika pada pendapat Parlimen mana-mana peruntukan Perlembagaan ini atau peruntukan Perlembagaan sesuatu negeri tidak dipatuhi pada lazimnya dalam negeri itu maka, walau apa pun yang terkandung dalam Perlembagaan ini, Parlimen melalui undang-undang boleh membuat peruntukan supaya peruntukan itu dipenuhi. (4) Jika pada bila-bila masa Perlembagaan sesuatu negeri tidak mengandungi peruntukan-peruntukan yang dinyatakan dalam Bahagian 1 Jadual Kelapan, samada berserta atau tidak berserta pengubahsuaian-pengubahsuaian yang dibenarkan di bawah Fasal (5) (kemudian daripada ini disebut sebagai “peruntukan-peruntukan perlu”) atau peruntukan-peruntukan yang pada isinya mempunyai maksud yang sama, ataupun mengandungi peruntukan-peruntukan yang berlawanan dengan peruntukan-peruntukan perlu itu maka, walau apa pun yang terkandung dalam Perlembagaan ini, Parlimen melalui undang-undang boleh membuat peruntukan-peruntukan bagi menguatkuasakan dalam negeri itu peruntukan- peruntukan perlu itu bagi membuangkan peruntukan-peruntukan yang berlawanan itu. Dalam melaksanakan kuasa pentadbiran dan pentabiran perundangan di antara peringkat-peringkat kerajaan yang ada, terdapat perkara-perkara yang boleh dilaksanakan secara bersendirian oleh kerajaan persekutuan tanpa memerlukan persetujuan terlebih dahulu daripada kerajaan negeri. Di dalam beberapa perkara lainnya, untuk melulus dan melaksanakanya, ia perlu terlebih dahulu mendapat persetujuan daripada pentadbiran peringkat kerajaan yang lainya barulah ia boleh dikuatkuasakan. Sementara di dalam perkara-perkara yang lainya ia adalah milik mutlak peringkat kerajaan yang lebih rendah. Dengan keputusan Pilihan Raya Umum 2008, kemungkinan untuk tidak mendapat kerjasama daripada pihak berkuasa negeri semakin melebar apabila kini lima buah negeri berjaya di kuasai oleh pakatan pembangkang, terutamanya di dalam perkara-perkara yang berada di bawah bidang kuasa pentadbiran kerajaan negeri. Di dalam perkara-perkara yang berada di dalam Senarai Bersama, ia tidak menjadi masalah kepada kerajaan persekutuan (parlimen) melulus dan melaksanakan peruntukan-peruntukan berkenaan. Pentadbiran Dan Pemerintahan Kuasa pemerintahan yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan kepada kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri di asaskan kepada pembahagian kuasa meliputi segala perkara perundangan seperti di dalam Senarai I dan Senarai II Jadual Kesembilan. Perkara 80 memperuntukan bahawa kuasa pemerintah bagi persekutuan meliputi segala perkara yang mengenainya undang-undang boleh dibuat oleh parlimen, dan kuasa pemerintahan bagi sesebuah negeri pula meliputi segala perkara yang mengenai undang-undang boleh dibuat oleh badan perundangan negeri. Kuasa pemerintahan bagi persekutuan tidak meliputi apa-apa perkara yang disebut dalam senarai negeri, kecuali setakat mana yang diperuntukan dalam Perkara 93 hingga 95, dan juga tidak meliputi apa-apa perkara yang disebut di dalam senarai bersama, kecuali setakat mana yang diperuntukan oleh undang- undang persekutuan atau undang-undang negeri. Setakat mana undang-undang persekutuan atau undang-undang negeri memberi kuasa pemerintahan kepada Book 1.indb 71 5/24/2012 9:24:33 AM
  • 72 Demokrasi Dan Pilihan Raya persekutuan mengenai apa-apa perkara yang disebut di dalam senarai bersama, undang-undang itu boleh memberi kuasa pemerintahan kepada persekutuan dengan tidak memberi kuasa kepada negeri. Setakat mana sesuatu undang-undang yang dibuat di bawah perkara 76(4) mengadakan peruntukan memberikan kuasa pemerintah kepada persekutuan, undang-undang ini tidak boleh berkuatkuasa di mana-mana negeri melainkan jika diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri itu dengan satu ketetapan (Mohamed Sufian 1987:232). Bagi melicinkan pentadbiran, persetujuan bolehlah dibuat di antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan-kerajaan negeri setakat yang dibenarkan oleh undang- undang masing-masing supaya kuasa eksekutif Kerajaan Persekutuan boleh dijalankan oleh kerajaan-kerajaan negeri dan kuasa eksekutif kerajaan negeri boleh dijalankan oleh kerajaan persekutuan. Perkara ini dinyatakan di dalam Perkara 80 (5) Perlembagaan Persekutuan (Negara Kita 1980:98). Perkara 81 menyatakan bahawa untuk menetapkan tanggungjawab kerajaan-kerajaan negeri kepada kerajaan persekutuan, kuasa eksekutif negeri-negeri hendaklah mematuhi sebarang undang-undang Persekutuan yang berkuatkuasa di negeri-negeri itu dan juga tidak menghalang atau menyentuh perjalanan kuasa eksekutif persekutuan (Negara Kita 1980:98; Mohamed Sufian 1987:233). Sekiranya kerajaan persekutuan hendak menjalankan penyiasatan, tinjauan dan mengambil perangkaan di dalam sesebuah negeri, kerajaan persekutuan boleh berbuat demikian mengikut Perkara 93 Perlembagaan Persekutuan walaupun ia berada di bawah bidang kuasa Dewan Negeri (Negara Kita 1980:98). Perkara 94 Perlembagaan Persekutuan juga membenarkan kuasa eksekutif persekutuan untuk menjalankan penyelidikan, mengadakan serta menyegerakan pusat-pusat percubaan dan pertunjukan, memberi nasihat dan bantuan teknikal kepada mana- mana kerajaan negeri, mengadakan kemudahan pelajaran, membuat penyiaran dan pertunjukan kepada mana-mana negeri walaupun hal-hal ini berada di bawah bidang kuasa negeri (Senarai Negeri). Untuk tujuan pemeriksaan ke atas kegiatan-kegiatan negeri, Perkara 95 Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa kepada pegawai- pegawai kerajaan persekutuan yang bertauliah untuk menjalankan pemeriksaan kecuali perkara-perkara tertentu di bawah kuasa perundangan sesebuah negeri. Kerajaan persekutuan dan parlimen persekutuan mempunyai beberapa kuasa ke atas negeri. Antaranya pegawai pertanian dan perhutananan negeri, kecuali di Sabah dan Sarawak dikehendaki menerima nasihat kepakaran daripada kerajaan persekutuan mengenai tugas-tugas mereka. Faktor penting yang menyebabkan kawalan secara tidak langsung dan penyelarasan diperlukan adalah terdapatnya beberapa orang pegawai yang bekerja untuk pihak negeri manakala mereka sebenarnya adalah pegawai kerajaan persekutuan (Milne dan Mauzy 1992:119). Sebahagian daripada jabatan dan agensi Persekutuan melaksanakan tugas mereka diperingkat negeri. Kadangkala peranan dan tugas mereka sampai ke peringkat yang mikro iaitu daerah dan kampung. Tambahan pula bilangan badan berkanun yang bertambah pesat dan menyebabkan kesukaran untuk menyelaraskannya di peringkatpersekutuankeranabadan-badaninimempunyaifungsidiperingkatnegeri (Milne dan Mauzy 1992:139). Dalam perkara ini tidak menjadi persoalan kepada kerajaan persekutuan untuk menguatkuasakan pentadbiran dan pemerintahanya di peringkat negeri. Book 1.indb 72 5/24/2012 9:24:33 AM
  • 73Keputusan Pilihan Raya Umum 2008 Dari Perspektif Federalisme Isu Dan Konflik Pentadbiran Tindakan untuk memberi tekanan kepada negeri-negeri yang dikuasai oleh pembangkang bukanlah satu pendekatan yang terbaik dan berkesan. Kerajaan pusat tidak seharusnya memberi layanan berbeza atau tekanan kepada negeri-negeri yang dikuasai oleh pembangkang. Kerana ini adalah bertentangan dengan kewujudan dan prinsip federalisme itu sendiri, bahkan ia tidak memberi implikasi positif terhadap reputasi kerajaan persekutuan. Ketegangan boleh berlaku antara persekutuan dengan negeri kerana matlamat dan agenda persekutuan mungkin berbeza. Agenda persekutuan adalah untuk membina dan membangunkan kepentingan nasional secara keseluruhan dan matlamat negeri adalah untuk menjaga kepentingan dan kehendak negeri. Bagi sebuah negara federal, keadaan ini boleh membawa kepada ketegangan di antara elit politik federal dengan elit politik negeri sekiranya idea dan agenda itu adalah berbeza atau bertentangan. Begitu juga konflik antara pusat dengan negeri boleh berlaku sekiranya wujud kecenderungan pemusatan kuasa ke peringkat federal berlaku dan akan mendapat tentangan daripada elit negeri. Elit politik peringkat negeri sering berasa tidak berpuashati kerana melihat kepentingan politik negeri pimpinan mereka terancam (Balasubramaniam 1998:125). Kemungkinan untuk berlaku konflik ini bertambah kerana kini lima buah negeri adalah dikuasai oleh pakatan pembangkang berbanding hanya satu sebelum Pilihan Raya Umum 2008. Cabaran tentang pembahagian kuasa pentadbiran dan pengurusan negeri (Selangor, Kedah dan Pulau Pinang) yang dikuasai oleh pembangkang mula timbul terutamanya berkaitan dengan ahli majlis kerajaan tempatan. Di Selangor timbul persoalan perletakan jawatan Ahli-Ahli Majlis Kerajaan Tempatan yang dilantik oleh kerajaan BN. Sementara itu isu tentang pentadbiran dan pengurusan antara persekutuan dan negeri juga berlaku apabila Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor memanggil dan mengadakan pertemuan dengan lebih daripada 300 orang penghulu dari Selangor. Penghulu-penghulu itu adalah dibawah bidang kuasa Kerajaan Negeri yang baru walaupun ia dilantik oleh kerajaan terdahulu (BN) dan jawatan mereka masih sah dan tertakluk kepada bidang kuasa kerajaan negeri. Selain daripada itu konflik pentabiran juga berlaku apabila kerajaan persekutuan melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar menubuhkan Jawatan Kuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung untuk menyaingi penghulu- penghulu yang dilantik oleh kerajaan negeri. Perlantikan ini boleh menjejaskan keharmonian kampung kerana wujudnya konflik dan pertindihan tugas di antara penghulu kerajaan negeri dengan JKKK kerajaan persekutuan. Perlantikan JKKK oleh Kerajaan Persekutuan, walaupun tidak bertentangan dengan peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan, tetapi ia tidak memenuhi semangat federalisme. Persoalan tentang hubungan persekutuan dengan negeri juga timbul bukan sahaja di antara negeri dengan persekutuan, tetapi juga berlaku antara negeri yang diperintah oleh parti yang sama. Hal ini terjadi di Terengganu dan Perlis di dalam isu dan soal perlantikan Menteri Besar. Isu ini ketara di Terengganu di mana kuasa perlantikan Menteri Besar adalah berada di bawah bidang kuasa Sultan (Senarai Negeri) yang mana Pemangku Sultan memperkenan perlantikan Dato’ Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu. Kuasa atau watikah perlantikan Menteri Besar Book 1.indb 73 5/24/2012 9:24:34 AM
  • 74 Demokrasi Dan Pilihan Raya adalah menjadi hak negeri (Senarai Negeri) dengan Sultan diberi kuasa proregatif dan kuasa ini bukannya hak persekutuan (Senarai Persekutuan). Isu ini timbul apabila Perdana Menteri selaku Pengerusi BN mengeluarkan watikah perlantikan Menteri Besar Terengganu kepada Dato’ Seri Idris Jusoh, yang tidak direstui oleh Pemangku Sultan Terengganu. Di Perlis juga berlaku hal yang sama apabila Raja Perlis menolak Dato’ Seri Shahidan Kasim dan menerima Datuk Md Isa Sabu sebagai Menteri Besar Perlis. Akhirnya isu dapat diselesaikan dengan baik oleh BN dengan Sultan-Sultan di negeri-negeri berkenaan. Konflik antara persekutuan dan negeri juga terjadi di dalam perkara yang berkaitan dengan pembangunan infrastruktur di negeri-negeri terutamanya berkaitan dengan pembiayaan projek-projek pembangunan. Ada ura-ura untuk membatalkan beberapa projek mega yang sedang dan akan dibangunkan di negeri- negeri yang dikuasai oleh pembangkang. Contohnya ialah ada desakan untuk membatalkan Jambatan Pulau Pinang Kedua dan Projek Monorail di Pulau Pinang. Begitu juga pembatalan MOU Kementerian Pelancongan dengan lima buah negeri yang dikuasai oleh pembangkang. Ini semua adalah bertentangan dengan semangat federalisme. Untuk memastikan kepentingan persekutuan dan kepentingan negeri terjamin, amatlah penting kerjasama dan persefahaman antara peringkat-peringkat kerajaan ditingkatkan. Peringkat-peringkat kerajaan yang ada juga perlu menghormati antara satu sama lain dan tidak mencabar kuasa-kuasa yang dimiliki. Malah peringkat- peringkat kerajaan itu perlu kembali kepada semangat persekutuan dan bukannya berkonflik antara satu sama lain. Pilihan Raya Umum 2008 Dan Kesannya Ke Atas Hubungan Fiskal Antara Peringkat Kerajaan Kejatuhan lima buah negeri kepada pakatan pembangkang bukan sahaja memberi kesan ke atas isu-isu perundangan dan pentadbiran tetapi juga memberi kesan ke atas hubungan fiskal di antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri. Kedudukan kuasa fiskal dan isu-isu yang berkaitan denganya kini mendapat perhatian sama ada daripada kerajaan persekutuan mahupun kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Umum 2008. Sebagai sebuah negara yang mengamalkan hubungan fiskal kategori ketiga, memperlihatkan kecenderungan kuasa fiskal lebih memihak kepada kerajaan persekutuan berbanding dengan kerajaan negeri. Kesan daripada pembahagian kuasa fiskal yang lebih memihak kepada kerajaan persekutuan menyebabkan sebahagian besar daripada sumber-sumber utama negara akan masuk ke akaun persekutuan berbanding dengan sumber yang diperuntukan kepada negeri. Kesannya kerajaan negeri terpaksa bergantung kepada kerajaan persekutuan untuk mendapatkan sumber kewangan bagi membiayai projek-projek pembangunan yang memberi kesan langsung kepada rakyat. Memandangkan sumber hasil negeri adalah terhad dan tertumpu kepada hasil cukai di dalam perkara-perkara di bawah bidang kuasa negeri seperti yang termaktub di dalam Jadual 9, maka sumbangan dan pemberian kerajaan persekutuan kepada hasil negeri adalah penting antara 30 hingga 40 peratus kepada hasil keseluruhan kerajaan negeri. Kedudukan kuasa fiskal negeri yang sedemikian akhirnya menyebabkan kebergantungan kerajaan negeri Book 1.indb 74 5/24/2012 9:24:34 AM
  • 75Keputusan Pilihan Raya Umum 2008 Dari Perspektif Federalisme kepada kerajaan persekutuan adalah besar dalam mendapatkan pembiayaan dan dana. Keterbatasan sumber hasil sering menjadi rungutan kepada kerajaan negeri terutamanya negeri yang dikuasai oleh pembangkang. Di samping kuasa fiskal yang lebih memihak kepada kerajaan persekutuan, juga berlaku perbezaan keupayaan fiskal antara negeri-negeri di dalam persekutuan. Bagi negeri-negeri yang mempunyai keupayaan fiskal yang terhad, maka keupayaan negeri untuk mengenakan cukai dan berbelanja juga akan terhad. Keterbatasan mengenakan cukai dan perbelanjaan akan menjejaskan program pembangunan yang dirancang. Seterusnya akan menyebabkan negeri-negeri ini ketinggalan dalam penyediaan insfrastruktur kepada penduduk. Kesan daripada keupayaan untuk mengenakan cukai yang terhad ini akan memberi kesan yang berganda dan kemudahan-kemudahan asas serta insfrastruktur tidak mampu disediakan. Keadaan ini akan menyebabkan tekanan kepada penduduk dan seterusnya berlakunya penghijrahan keluar penduduk daripada negeri miskin ke negeri kaya. Keadaan ini akan memberi tekanan demografi kepada negeri kaya di dalam sistem federal (Ortuno-Ortin dan J.Sempere 2006:133-135; Fuest dan Huber 2006:500). Kesan daripada kuasa dan keupayaan fiskal yang berbeza ini, Malaysia menghadapiduabentukketidakseimbanganfiskaliaituketidakseimbanganmenegak dan ketidakseimbangan mendatar antara kerajaan. Ketidakseimbangan menegak wujud kerana kuasa fiskal tidak diagihkan secara seimbang di antara peringkat- peringkat kerajaan (kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan kerajaan tempatan) berdasarkan kepada keperluan dan kehendak peringkat-peringkat kerajaan berkenaan. Kerajaan persekutuan mempunyai kuasa dan sumber fiskal yang lebih baik berbanding dengan kerajaan negeri. Dengan kedudukan kuasa dan sumber fiskal yang lebih baik, kerajaan persekutuan lebih mudah untuk menyesuaikan perolehan sumber dan perbelanjaanya ke arah memenuhi objektif dan peranannya. Daripada sisi yang lain, kerajaan negeri mempunyai kedudukan fiskal yang terhad untuk membiayai fungsi dan peranannya sebagai pentadbir peringkat raja. Ketidakseimbangan mendatar merujuk kepada perbezaan antara negeri yang mempunyai kapasiti fiskal yang berbeza yang akan memberi kesan kepada keupayaan perbelanjaan negeri. Contoh negeri-negeri yang mempunyai keupayaan fiskal yang baik ialah Pulau Pinang, Johor, Selangor, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan dan Perak. Dengan keupayaan fiskal yang tinggi ini maka belanjawan negeri juga adalah besar dan seterusnya memberi ruang kepada mereka untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan menjana lebihan pendapatan. Sebaliknya bagi negeri-negeri yang mempunyai keupayaan fiskal yang rendah seperti Kelantan, Terengganu, Perlis, Kedah, Sabah dan Sarawak, keupayaan negeri berbelanja juga adalahterhad. Kesannyapertumbuhanekonomibaginegeri-negeriberkenaanadalah perlahan dan keupayaan negeri untuk menjana pendapatan juga menjadi terhad. Kesannya indeks-indeks ekonomi antara negeri akan melebar dan menyebabkan ketidakseimbangan mendatar antara negeri bertambah meruncing. Bukan mudah untuk negara merangka satu polisi ke arah keseimbangan kerana konflik dan isu sering timbul mengenai kecekapan agihan, keupayaan untuk menyediakan barangan dan perkhidmatan mengikut peringkat-peringkat kerajaan dan untuk mewujudkan keadilan ekonomi di antara negeri. Maka kerap timbul konflik di antara agenda pertumbuhan dan agenda keseimbangan pembangunan ekonomi. Kadangkala dasar dan strategi yang diambil untuk mencapai objektif Book 1.indb 75 5/24/2012 9:24:34 AM
  • 76 Demokrasi Dan Pilihan Raya keseimbangan pembangunan dan keadilan ekonomi menjadi tidak cekap. Kesannya pendapatan negara akan merosot kerana sumber disalurkan ke kawasan yang berproduktiviti modal yang rendah dan ini akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara walaupun mampu untuk membaiki ketidakseimbangan ekonomi antara negeri. Maka satu strategi keseimbangan antara pertumbuhan dan keadilan ekonomi perlu dirangka untuk memastikan agar keadilan ekonomi dapat diwujudkan tanpa menganggu pertumbuhan serta mengekalkan intergrasi politik. Untuk mencapai objektif-objektif berkenaan, Perlembagaan Persekutuan telah menetapkan peruntukan-peruntukan pemberian dan pinjaman kepada kerajaan negeri bagi membaiki hubungan fiskal dan mengurangkan ketidakseimbangan yang berlaku di antara peringkat kerajaan dan di antara kerajaan-kerajaan. Isunya ialah sejauhmana pindahan pusat ini berkesan dan cekap untuk memperbaiki ketidakseimbangan menengak dan ketidakseimbangan mendatar yang wujud di antara kerajaan-kerajaan yang ada. Malah sehingga hari ini jurang ekonomi antara negeri masih lagi ketara. Umpamanya Perlis, Kedah, Terengganu, Kelantan, Sabah dan Sarawak masih kekal dengan status negeri kurang maju dan mempunyai keupayaan fiskal yang terhad. Sementara negeri Perak, Selangor, Pulau Pinang, Johor, Wilayah Persektuan, Negeri Sembilan dan Melaka mempunyai keupayaan fiskal yang tinggi. Maka kepentingan rakyat, kemajuan negeri dan negara patut menjadi keutamaan kepada setiap peringkat kerajaan yang memerintah walaupun terdapat perbezaan pendekatan, dasar dan strategi. Ini bererti setiap peringkat kerajaan itu perlu mewujudkan permuafakatan antara mereka demi menjaga kepentingan rakyat, negeri dan negara. Peruntukan dan pemberian daripada kerajaan yang lebih tinggi membentuk bahagian utama bagi sesuatu sistem pelarasan fiskal di dalam persekutuan. Matlamat pelarasan fiskal bertujuan untuk membantu peringkat kerajaan yang lebih rendah untuk memenuhi tanggungjawab perbelanjaan dan menghapuskan ketaksamaan fiskal di kalangan negeri di dalam persekutuan. Saiz program perbelanjaan awam negeri dan kebolehan memenuhi perbelanjaan cenderung berbeza-beza dari sebuah negeri ke negeri yang lain disebabkan perbezaan di dalam keupayaan untuk menjana hasil. Di dalam konteks ini, geran boleh digunakan untuk meningkatkan negeri yang miskin untuk mencapai taraf hidup yang lebih baik. Bagi negeri yang miskin, geran-geran ini bertindak sebagai alat keseragaman (equalising tools) yang membantu menghapuskan perbezaan fiskal antara negeri di dalam persekutuan dan bagi mencapai ekuiti mendatar. Maka di dalam melaksanakan pelarasan dan hubungan fiskal di Malaysia, perlembagaan menetapkan pembahagian kuasa-kuasa yang tertentu kepada kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri di dalam menjamin pelarasan fiskal. Peruntukan Wajib Mengikut Perlembagaan Persekutuan, beberapa sumber hasil pendapatan dijamin masuk ke akaun negeri dan kerajaan persekutuan tidak berhak untuk menahan sumber kewangan itu. Mengikut Perkara 109, sumber tersebut adalah peruntukan jalan raya negeri mengikut Jadual 10 dan 14, dan sumber pendapatan mengikut Perkara 110 dan Jadual 9. Book 1.indb 76 5/24/2012 9:24:34 AM
  • 77Keputusan Pilihan Raya Umum 2008 Dari Perspektif Federalisme Perkara 109 berkaitan dengan pemberian kepada negeri, kerajaan persekutuan hendaklah memberi kepada tiap-tiap satu negeri bagi tiap-tiap satu tahun kewangan mengikut aspek-aspek yang tertentu. Perkara ini terdapat di dalam Perkara 109(1). “Persekutuan hendaklah memberi kepada tiap-tiap satu negeri bagi tiap-tiap satu tahun kewangan: (a) pemberian, yang dinamakan pemberian mengikut bilangan orang yang dikira mengikut peruntukan-peruntukan Bahagian 1 Jadual Kesepuluh; (b) pemberian untuk penyenggaraan jalan-jalan negeri, yang dinamakan pemberian jalan negeri dan yang dikira mengikut peruntukan-peruntukan Bahagian 2 Jadual Kesepuluh.” Perkara 109(1) Perlembagaan Persekutuan Merujuk kepada peruntukan di dalam Perkara 109(1)(a) Perlembagaan Persekutuan; “pemberian mengikut bilangan orang yang kena di bayar kepada tiap- tiap buah negeri bagi sesuatu tahun kewangan hendaklah mengikut kadar-kadar yang berikut: (a) bagi 50,000 orang yang pertama mengikut kadar RM60 bagi tiap- tiap orang; (b) bagi 500,000 orang yang berikutnya mengikut kadar RM8.5 bagi tiap-tiap seorang; (c) bagi 500,000 orang yang berikutnya mengiku kadar RM9 bagi tiap-tiap seorang; (d) bagi yang selebihnya mengikut kadar RM9.50 bagi tiap-tiap seorang, danhendaklahberdasarkankepadaunjuran-unjuranbilanganpenduduk bagi negeri itu sebagaimana ditentukan oleh kerajaan persekutuan dan dikira seperti pada bancian bilangan penduduk yang akhir.” Sementara bagi peruntukan di bawah Perkara 109(1)(b) Perlembagaan menetapkan bahawa setiap kerajaan negeri layak untuk menerima; “Pemberian jalan negeri yang akan dibayar kepada tiap-tiap satu negeri Tanah Melayu bagi sesuatu tahun kewangan hendaklah dikira dengan mendarabkan: (a) belanja hitung panjang bagi sesuatu negeri menyelenggarakan sebatu jalan negeri mengikut mutu minimum yang ditetapkan bagi jalan-jalan negeri dalam negeri-negeri yang berkenaan itu oleh kerajaan persekutuan selepas berunding dengan Majlis Kewangan Negara; dengan (b) sekian panjangnya jalan-jalan negeri, mengikut kira batu, dalam negeri itu layak mendapat pemberian.” Book 1.indb 77 5/24/2012 9:24:34 AM
  • 78 Demokrasi Dan Pilihan Raya Dalam peruntukan wajib ini, Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa kerajaan persekutuan wajib memberikan peruntukan kewangan kepada kerajaan negeri berdasarkan kepada perkara-perkara yang dinyatakan berkenaan. Dengan kata lainnya, kerajaan persekutuan harus memberikannya kepada kerajaan negeri. Setiap negeri akan menerima peruntukan ini tanpa mengira pihak kerajaan atau pembangkang yang membentuk kerajaan. Maka dalam pemberian bentuk ini kerajaan Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang akan menerimanya berdasarkan kepada bilangan penduduk dan panjang jalan raya yang diselenggara oleh pihak berkuasa negeri. Peruntukan ini menjadi hak mutlak kerajaan negeri daripada kerajaan persekutuan dan perlu dilangsaikan oleh kerajaan persekutuan. Apa yang sering menjadi isu dan konflik antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri di dalam peruntukan wajib ini ialah masa dan tarikh penerimaan peruntukan. Kerajaan persekutuan seringkali dikatakan melengah-lengahkan pemberian bentuk ini kepada kerajaan-kerajaan negeri yang tidak sehaluan dengan mereka terutamanya bagi negeri-negeri yang dikuasai oleh pembangkang. Maka dalam konteks pemberian ini besar kemungkinan Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang akan menerima pemberian ini lewat berbanding dengan negeri-negeri yang dikuasai BN. Peruntukan Tidak Wajib Sebagai tambahan kepada peruntukan wajib yang ditetapkan, perlembagaan juga membenarkan kerajaan persekutuan menyalurkan pemberian peruntukan, bantuan, geran dan pinjaman yang tertentu kepada kerajaan-kerajaan negeri. Antaranya ialah pemberian kepada Tabung Simpanan Negeri mengikut Perkara 109(6), peruntukan bersyarat kepada negeri mengikut Perkara 109(3) dan pinjaman. Bagi pemberian tidak wajib ini, Kerajaan persekutuan mempunyai budi bicara yang luas. Ini bermakna bukan menjadi hak mutlak negeri untuk memperolehi pemberian dan peruntukan ini dari kerajaan persekutuan. “Persekutuan hendaklah membayar masuk ke dalam sesuatu Kumpulan Wang Rezab Negeri bagi tiap-tiap tahun kewangan, apa-apa jumlah wang yang ditetapkan sebagai perlu oleh kerajaan persekutuan selepas berunding dengan Majlis Kewangan Negara; dan persekutuan boleh dari masa ke semasa, selepas berunding dengan Majlis Kewangan Negara, memberi pemberian-pemberian daripada Kumpulan Wang Rezab Negeri kepada mana-mana negeri bagi maksud pembangunan atau amnya untuk menambah hasil negeri itu.” Perkara 109(6) Perlembagaan Persekutuan Selain itu, dalam pemberian tambahan kepada negeri, kerajaan persekutuan boleh memperuntukan sumber-sumber kewangan yang tertentu kepada pihak berkuasa negeri untuk membiayai sesebuah projek pembangunan atau untuk tujuan menambah hasil negeri. Peruntukan ini adalah bergantung kepada budi bicara kerajaan persekutuan. “Parlimen boleh dengan undang-undang memberi pemberian bagi maksud-maksud tertentu kepada mana-mana negeri mengikut apa- Book 1.indb 78 5/24/2012 9:24:34 AM
  • 79Keputusan Pilihan Raya Umum 2008 Dari Perspektif Federalisme apa syarat sebagaimana yang diperuntukan oleh undang-undang itu.” Perkara 109(3) Perlembagaan Persekutuan Pemberian ini merupakan pemberian yang tidak wajib diberikan oleh kerajaan persekutuan kepada kerajaan negeri. Pemberian ini bergantung kepada budi bicara kerajaan persekutuan yang biasanya bergantung kepada hubungan baik antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri, untuk keadilan dan kebajikan ekonomi dan strategi pembangunan ekonomi. Bagi negeri-negeri yang mempunyai hubungan yang baik dengan kerajaan persekutuan,besarkemungkinanakanmendapatlayananyanglebihbaikberbanding dengan negeri-negeri yang tidak mempunyai hubungan yang baik. Begitu juga bagi negeri-negeri yang mempunyai kepentingan ekonomi dan strategik kepada kerajaan persekutuan, terutamanya negeri-negeri yang menjadi penyumbang utama kepada akaun persekutuan akan mendapat layanan yang lebih baik berbanding dengan negeri-negeri yang kurang menyumbang ke akaun persekutuan. Jika keazaman kerajaan persekutuan tinggi untuk menyeimbangkan pertumbuhan, keadilan dan kemakmuran ekonomi, maka negeri-negeri yang miskin juga akan mendapat bantuan dan geran dari kerajaan persekutuan ini. Berdasarkan kepada apa yang dibincangkan, terdapat dua bentuk pindahan kewangan yang menjadi amalan di dalam sistem federalism iaitu pembiayaan keseimbangan (equalization payments) dan pembiayaan program (program payments). Pembiayaan keseimbangan merujuk kepada pindahan kewangan yang disalurkan dari pusat ke negeri yang miskin dengan objektif untuk membantu negeri miskin untuk meningkatkan jumlah hasil dan pendapatan dan untuk meningkatkan taraf hidup penduduk. Pembiayaan keseimbangan ini, seharusnya negeri-negeri yang relatifnya miskin dan tertinggal dalam pembangunan perlu mendapat keutamaan dari kerajaan persekutuan. Sementara pembiayaan program merupakan bayaran pindahan yang dilakukan oleh kerajaan persekutuan kepada negeri untuk pembiayaan program dan projek- projek yang dianggap penting kepada negeri dan persekutuan. Maka pembiayaan bentuk ini bergantung kepada kepentingan sesebuah negeri kepada kerajaan persekutuan.Jikasesebuahnegeriitudianggappentingdanstrategikkepadakerajaan persekutuan, maka akan mendapat peruntukan yang lebih di dalam pembiayaan ini tanpa mengira negeri kaya atau miskin. Apa yang perlu diberi perhatian di sini ialah peruntukan ini bukanlah peruntukan yang wajib dipenuhi oleh kerajaan persekutuan kepada kerajaan negeri. Sebaliknya peruntukan ini bergantung kepada budi bicara kerajaan persekutuan. Jika kerajaan persekutuan menganggap bahawa negeri-negeri yang tertentu tidak memerlukan atau tidak membawa kepentingan kepada persekutuan, maka peruntukan tidak akan disalurkan kepada negeri- negeri berkenaan. Keadaan ini boleh terjadi kepada mana-mana negeri di dalam persekutuan. Baginegara,persaingankepentinganantaranegeri-negeriatauwilayahterhadap sumber-sumber yang terhad di dalam negara juga wujud. Persaingan wujud bagi mendapatkan dana keseimbangan di dalam agihan kekayaan dan juga persaingan untukmendapatkeutamaandaripadadasar-dasarkerajaanpusat.Negeri-negeriakan berusaha untuk menjadi pusat pertumbuhan bagi negara dan menjadi pasaran utama Book 1.indb 79 5/24/2012 9:24:34 AM
  • 80 Demokrasi Dan Pilihan Raya bagi menarik perbelanjaan besar (peruntukan) daripada kerajaan pusat. Bagi negeri atau wilayah yang mendapat dana dari pusat, maka pertumbuhan dan penyediaan prasarana adalah lebih baik berbanding dengan negeri miskin. Kesannya untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi negara secara keseluruhannya, kadangkala beberapa tindakan yang bersifat negatif terhadap keseimbangan pertumbuhan mengikut wilayah terpaksa diabaikan oleh kerajaan pusat. Akhirnya wujud pula persaingan antara kecekapan modal dengan keseimbangan pertumbuhan. Dalam perkara ini, satu keazaman politik yang kuat amat diperlukan untuk memastikan keseimbanganpertumbuhanekonomidapatdiwujudkanberbandingdenganobjektif pertumbuhan ekonomi negara. Dalam perkara ini, bagi negeri-negeri yang dikuasai oleh pembangkang, peruntukanya banyak bergantung kepada kepentingan kerajaan persekutuan kepada negeri berkenaan. Jika negeri berkenaan penting kepada kerajaan persekutuan,maka kerajaan persekutuan akan memperuntukan sumber kewangan atau melaksanakan projek-projek pembangunan di negeri berkenaan atas nama projek pembangunan kerajaan persekutuan. Perkara ini pernah terjadi di negeri-negeri yang dikuasai oleh pembangkang sebelum Pilihan Raya Umum 2008 seperti di Kelantan, Terengganu dan Sabah. Peruntukan kewangan disalurkan terus oleh kerajaan pusat kepada agensi-agensi kerajaan persekutuan di negeri-negeri berkenaan. Ini bermakna kerajaan persekutuan sememangnya memperuntukan sumber kewangan kepada negeri-negeri berkenaan, tetapi bukannya kepada kerajaan negeri. Persoalan ini sering menjadi isu dan perdebatan antara kerajaan negeri dengan kerajaan persekutuan dalam konteks sistem federalisme kerana ia bertentangan dengan semangat federalisme itu sendiri. Geran-geran persekutuan selalu dikritik sebagai tidak diingini kerana kos geran tersebut dibiayai oleh cukai-cukai yang dikutip daripada negeri-negeri yang secara relatifnya kaya, sedangkan faedahnya pada amnya lebih banyak memberi kesan kepada negeri miskin. Dalam jangka panjang, jika fungsi-fungsi yang perlu tidak dilaksanakan dengan berkesan oleh unit yang bertanggungjawab, ketidakcekapan akan mengheret sama keseluruhan ekonomi yang akan jatuh dan negeri-negeri lain akan turut terjejas disebabkan saling bergantungan ekonomi. Telah menjadi persepsi umum bahawa negeri-negeri yang miskin lebih memerlukan bantuan berbanding dengan negeri-negeri yang kaya (Deltas dan Beek 2003:596,600). Bagi negeri yang miskin, mereka berhujah bahawa mereka sepatutnya mendapat peruntukan yang lebih dengan tujuan untuk memajukan negeri mereka yang mundur itu (Abdullah 1978:113-114). Sementara bagi negeri yang banyak mengeluarkan hasil dan menyumbang ke akaun persekutuan, mereka sepatutnya mendapat peruntukan yang lebih kerana mereka menjana hasil yang lebih dan menjadi penyumbang utama ke akaun persekutuan. Negeri-negeri kaya berpandangan bahawa mereka telah dieksploitasi dan dipergunakan oleh negeri-negeri yang miskin (Ortuno-Ortin dan Sempere 2005:133). Realitinya negeri atau wilayah yang kaya itu tidak bersedia untuk berkongsi sumber yang mereka miliki terutamanya dengan wilayah atau negeri yang miskin sekiranya ia tidak membawa keuntungan dan kebaikan kepada mereka atau kepada kedua-dua pihak. Negeri-negeri kaya ini tidak akan membuat pindahan dana mereka kecuali kerana peruntukan di dalam perjanjian dan perlembagaan yang telah dipersetujui secara bersama (Deltas dan Beek 2003:597,600). Kebiasaanya bagi negeri-negeri miskin kadar pengangguran adalah tinggi. Langkah-langkah pengurangan pengangguran oleh negeri itu akan menyebabkan Book 1.indb 80 5/24/2012 9:24:34 AM
  • 81Keputusan Pilihan Raya Umum 2008 Dari Perspektif Federalisme persaingan antara negeri untuk menarik industri baru ke kawasan pentadbiran mereka. Langkah ini akan menyebabkan negeri-negeri yang miskin tidak mampu untuk menawarkan insentif yang menarik kepada industri. Sementara negeri-negeri yang kaya adalah sebaliknya. Bagi negeri yang berupaya menarik pelaburan baru, ini akan dapat meningkatkan guna tenaga tempatan, tetapi dalam masa yang sama ia turut menarik kemasukan buruh dari kawasan lain. Dari segi guna tenaga, kerajaan negeri boleh menarik masuk pekerja ke dalam kawasannya dengan meningkatkan perbelanjaan ke atas modal fizikal pada masa deflasi. Kerajaan negeri akan meningkatkan perbelanjaanya ke atas pembangunan insfrastruktur dan memberi insentif cukai kepada pelabur untuk menarik industri baru ke kawasannya untuk meningkatkan peluang pekerjaan. Sekiranya terdapat sekatan ke atas kemasukan buruh ke dalam negeri daripada negeri-negeri persekutuan yang lain, maka mungkin polisi kerajaan negeri akan berjaya. Dengan ketiadaan sekatan, polisi pengembangan negeri akan menarik kemasukan sejumlah besar buruh yang menganggur dari negeri-negeri lain. Buruh-buruh ini akan bersaing dengan penganggur di negeri asal dan ini menggagalkan usaha kerajaan negeri untuk mengurangkan pengangguran di negerinya. Ini bermakna sebahagian daripada peningkatan perbelanjaan negeri itu akan melimpah kepada negeri lain. Akhirnya, beban kewangan kerajaan negeri akan menyumbang kepada ketidakcekapan dan masalah pengangguran dalam kawasan berkenaan masih berterusan. Kerajaan persekutuan perlu menyediakan pembiayaan keseimbangan dan pembiayaan program untuk mewujudkan keadilan ekonomi dan memastikan pertumbuhan ekonomi negara secara keseluruhannya tidak menghadapi masalah. Jika pembiayaan ini tidak disediakan kepada negeri-negeri tertentu, maka penghijirahan keluar penduduk dari negeri-negeri berkenaan akan berlaku ke negeri-negeri yang mendapat bantuan. Begitu juga jika geran ini tidak diberikan, maka pertumbuhan dan pembangunan ekonomi negeri berkenaan akan merosot, dan seterusnya keupayaan untuk mencukai kerajaan persekutuan dari negeri-negeri berkenaan juga akan merosot. Kesannya, keupayaan fiskal kerajaan persekutuan juga akan menghadapi masalah jika tidak diurus dengan baik. Dalam usaha untuk menjaga kepentingan ekonomi dan akaun persekutuan, kerajaan persekutuan perlu membuat perbelanjaan (pemberian geran) kepada negeri-negeri yang berkecekapan modal tinggi (produktif) dan penyumbang besar ke akaun persekutuan. Dalam perkara ini, dua buah negeri yang diperintah oleh pembangkang, iaitu Pulau Pinang dan Selangor adalah antara negeri yang berkecekapan modal tinggi dan penyumbang besar kepada pendapatan negara dan ke akaun persekutuan. Bagi negeri Kelantan dan Kedah yang berkecekapan modal rendah dan menyumbang ke akaun persekutuan juga rendah. Maka bagi Kelantan dan Kedah jika kerajaan persekutuan tidak memperuntukan pemberian, ia tidak memberi kesan yang besar ke atas Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) atau tidak begitu menjejaskan akaun persekutuan. Sebaliknya negeri-negeri ini memerlukan dana keseimbangan untuk menjana pendapatan mereka dan mengurangkan penghijrahan keluar penduduk dari negeri ini ke negeri-negeri yang lebih kaya. Kuasa Pinjaman Memandangkan keupayaan sumber hasil adalah terhad untuk menampung semua perbelanjaan awam, pinjaman menjadi pilihan dan alternatif kepada penyelesaian Book 1.indb 81 5/24/2012 9:24:34 AM
  • 82 Demokrasi Dan Pilihan Raya masalah fiskal. Bagi kerajaan pusat dan negeri kuasa meminjam tertakluk kepada peruntukan di bawah Perkara 111 Perlembagaan Persekutuan. Kerajaan pusat boleh meminjam di bawah kuasa undang-undang persekutuan dan kerajaan negeri pula dibolehkan meminjam di bawah kuasa undang-undang negeri. Walau bagaimanapun, kerajaan negeri tidak mempunyai kuasa undang-undang untuk membuat pinjaman luar melainkan meminjam sama ada daripada kerajaan pusat, bank-bank atau sumber kewangan lain yang diluluskan oleh kerajaan pusat dengan tidak melebihi tempoh lima tahun (Balia 2003:297-300). Dari sudut lain menunjukkan bahawa kerajaan pusat mempunyai autoriti penuh di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk menentukan corak perjanjian pinjaman yang dibuat oleh mana- mana kerajaan negeri (Nawi dan Zurian 2005:205). Bagi Sabah dan Sarawak peruntukan Perkara 112B memberi kelonggaran kepada kedua-dua kerajaan ini untuk membuat pinjaman daripada mana-mana sumber dalam negeri selagi diluluskan oleh Bank Negara. Walaupun sekatan dalam Fasal (2) Perkara 111 masih dikenakan kepada Sabah dan Sarawak, namun ia tidak bersifat menyeluruh. Sebaliknya, kedua-dua negeri ini dibolehkan untuk meminjam dari sumber dalam negeri tanpa persetujuan kerajaan pusat (Nawi dan Zurian 2005:205). Terdapat tiga sumber pinjaman yang disediakan oleh kerajaan pusat kepada kerajaannegeriiaitudariAkaunHasilYangDisatukan,KumpulanWangPembangunan atau Kumpulan Wang Amanah lain. Menerusi tiga punca ini, sebahagian besar pinjaman negeri diperolehi daripada sumber Kumpulan Wang Pembangunan bagi melaksana projek-projek pembangunan seperti projek bekalan air serta memajukan kawasan perindustrian dan perumahan negeri (Nawi dan Zurian 2005:205). Apa yang jelas dalam perkara ini, di dapati bahawa ada negeri-negeri yang mendapat pinjaman dari kerajaan persekutuan dengan mudah dan ada negeri yang sukar untuk mendapat pinjaman dari kerajaan persekutuan. Perlu diingat bahawa pemberian pinjaman ini adalah atas budi bicara kerajaan persekutuan dan bukannya hak kerajaan negeri. Bagi negeri-negeri yang diperintah oleh pakatan pembangkang, jika kerajaan persekutuan ingin menghalang pinjaman yang ingin dibuat, maka kerajaan persekutuan berkeupayaan untuk melakukannya. Kesimpulan Keputusan Pilihan Raya Umum 2008 yang menunjukkan Kelantan terus kekal di bawah pemerintahan PAS dengan Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Selangor berjaya dikuasai oleh pakatan pembangkang. Sementara di parlimen, pakatan pembangkang berjaya menafikan penguasaan dua pertiga majoriti kerusi parlimen BN. Kesan daripada keputusan pilihan raya itu pastinya akan memberi kesan secara langsung kepada hubungan antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri. Di dalam perkara-perkara yang tertentu, ia akan mengeruhkan hubungan antara kerajaan negeri dengan kerajaan persekutuan terutamanya bagi negeri-negeri yang dikuasai oleh pembangkang. Sementara di parlimen dijangkakan pendebatan hangat akan berlaku sebelum sesuatu rang undang-undang itu diluluskan. Dalam konteks federalisme di Malaysia, dalam kebanyakan perkara kerajaan persekutuan akan memperolehi apa yang mereka inginkan kerana peruntukan Perlembagaan lebih memihak kepada kerajaan persekutuan. Hanya di dalam beberapa perkara tertentu sahaja akan menyukarkan kerajaan persekutuan untuk memenuhi kehendak mereka terhadap kerajaan negeri. Sebaliknya, bagi kerajaan negeri, keinginan dan Book 1.indb 82 5/24/2012 9:24:34 AM
  • 83Keputusan Pilihan Raya Umum 2008 Dari Perspektif Federalisme kehendak negeri ke atas kerajaan persekutuan banyak bergantung kepada hubungan baik dengan kerajaan persekutuan serta atas kepentingan kerajaan persekutuan kepada negeri. Namun begitu, di dalam sistem federalisme terdapat makanisme penyelesaian yang ditetapkan oleh perlembagaan dalam menyelesaikan isu dan konflik yang mungkin berlaku antara peringkat-peringkat kerajaan yang ada. Nota 1 Jadual Kesembilan 2 Perkara 77 Rujukan Abdullah Ayub, (1978), Cara Pemerintahan Tanah Melayu (1957-1963), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Vijai Balasubramaniam, (1998), Politik Nasionalisme dan Federalisme di Malaysia, Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti. BaliaYusofbinHajiWahi,(2003),Kewangan,didalamAhmadIbrahimet.al,Perkembangan Undang-Undang Perlembagaan Persekutuan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Deltas G. dan Beek G.V.D, (2003), Modeling Fiscal Federalisme: A Decomposition Analysis of Change in Intra-European Union Budgetrary Transfer, The Quaterly Review of Economic and Finance, 43, 592-613. Fuest C. dan Huber B., (2006), Can Regional in a Federation Improve Economic Efficiency? Jurnal of Public Economic, 90, 499-511. Milne R.S. dan Mauzy D.K, (1992), Politik dan Kerajaan di Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohamed Suffian, (1987), Mengenal Perlembagaan Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd Agus Yusof, (2006), Malaysian Federalisme: Conflict or Consensus, Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Nawi Abdullah dan Zuriana Zahrin, (2005), Pembahagian Kuasa Fiskal Antara Kerajaan Persekutuan Dengan Negeri, 1990-2001, Sejarah (Jurnal Jabatan Sejarah, Universiti Malaya), No 13, 175-221. Negara Kita, Sejarah Pentadbiran dan Dasar-Dasar Pembangunan, (1980), Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN). Ortuno-Ortin I., dan Sempere J., (2006), A Theoretical Model on Nation, Region and Fiscal Intergration, Regional Science & Urban Economics, 36, 142-157. Umikalsum, (1991), Fiscal Federalism in Malaysia 1971-1987, Phd Thesis, Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya. Zuriana Zahrin, (2004), Federalisme Fiskal: Peruntukan Kerajaan Persekutuan Kepada Negeri Johor dan Kedah, Kertas Penyelidikan Sarjana Pentadbiran Awam, Fakulti Ekonomi dan Pentabiran, Universiti Malaya. Book 1.indb 83 5/24/2012 9:24:34 AM
  • 84 Demokrasi Dan Pilihan Raya LAMPIRAN A Hasil-Hasil Kerajaan Persekutuan Hasil Cukai   Jenis Hasil Cukai Peruntukan Undang-Undang 1. Cukai Langsung (a) Cukai Pendapatan Korporat/Syarikat Akta Cukai Pendapatan 1967 Individu Akta Cukai Pendapatan 1967 Koperasi Akta Cukai Pendapatan 1967 Petroleum Akta Cukai Pendapatan Petroleum 1967 Cukai Keuntungan Berlebihan Akta Cukai Pendapatan 1967 Cukai Pendapatan Kemajuan Akta Cukai Pendapatan Tambahan 1967 Duti sewa filem Akta Duti Sewa Guna Filem Cinematografi 1965 (Dimansuhkan oleh Akta A557) (b) Cukai Keuntungan Harta dan Modal Cukai Keuntungan Harta Tanah Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976 Duti Estet Enakmen Duti Estet 1941 Cukai Pindahan Saham Akta Cukai Pindahan Saham (Syarikat Berasaskan Tanah) (Syarikat Berasaskan Tanah) 1984 (Dimansuhkan oleh Akta 364) 2. Cukai Tak Langsung (a) Cukai Perdagangan Antarabangsa Duti Eksport: Getah,Bijih Timah, Akta Kastam 1967 Minyak Kelapa Sawit, Petroleum Duti Import (termasuk Surtax): Akta Kastam 1967 Tembakau, Cerut dan Rokok; Petroleum, Tekstil, Gula, Kenderaan Bermotor, Surtax ke atas Import (b) Cukai Barangan dan Penggunaan Duti Eksais: Tembakau, Cerut dan Akta Eksais 1976 Rokok; Petroleum; Spirit; Kenderaan Bermotor Cukai Jualan Akta Cukai Jualan 1972 Cukai Perkhidmatan Akta Cukai Perkhidmatan 1975 (c) Lain-Lain Duti Setem Akta Setem 1949 Loteri Akta Loteri 1952 Duti Pertaruhan Pool Akta Pertaruhan Pool 1967 Cukai Perjudian Akta Cukai Perjudian 1972 Pertaruhan dan Ambiltangan Akta Pertaruhan dan Ambiltangan 1948 Kasino Akta Pertaruhan 1953 Hasil Bukan Cukai dan Penerimaan Bukan Hasil     1. Cukai Jalan 6. Agihan dari Kerajaan & Agensi Antarabangsa 2. Lesen 7. Bayaran Balik Perbelanjaan 3. Yuran Perkhidmatan 8. Terimaan dari lain-lain agensi kerajaan 4. Denda dan Rampasan 9. Hasil dari Wilayah Federal 5. Faedah 10. Royalti/Bayaran Tunai Gas Sumber: Ubahsuai daripada Commissioner of Law Revision, Umikalsum (1991:99) dan Zuriana Zahrin (2004:88) Book 1.indb 84 5/24/2012 9:24:34 AM
  • 85Keputusan Pilihan Raya Umum 2008 Dari Perspektif Federalisme LAMPIRAN B Sumber-Sumber Hasil Yang Diserahkan Kepada Negeri Hasil Negeri 1. Hasil dari kedai tuak. 2. Hasil dari tanah, lombong dan hutan. 3. Hasil dari lesen-lesen, lain daripada lesen-lesen berhubung dengan kereta-kereta jentera, yang didorongi jentera, pepasangan-pepasangan letrik dan pendaftaran perniagaan- perniagaan. 4. Duti hiburan. 5. Bayaran-bayaran dalam mahkamah, lain daripada mahkamah persekutuan. 6. Bayaran-bayaran dan terimaan-terimaan mengenai perkhidmatan-perkhidmatan tertentu yang dijalankan oleh jabatan-jabatan Kerajaan Negeri. 7. Hasil bagi lembaga-lembaga bandaran, majlis-majlis bandaran, lembaga-lembaga luar bandar, majlis-majlis tempatan yang seumpamanya lain daripada: (a) perbandaran yang ditubuhkan di bawah Ordinan Perbandaran; (b) lembaga-lembaga bandaran, majlis-majlis bandaran, lembaga-lembaga luar bandar, Majlis-majlis tempatan yang seumpamanya yang ada mempunyai kuasa di bawah Majlis-majlis tempatan yang seumpamanya yang ada mempunyai kuasa di bawah hasil-hasilnya itu. 8. Terimaan-terimaan mengenai bekalan air, termasuk kadar-kadar air. 9. Sewa-sewa mengenai harta Negeri. 10. Bunga atas baki-baki wang Negeri. 11. Terimaan-terimaan dari jualan-jualan tanah dan jualan-jualan harta negeri. 12. Denda-denda dan rampasan-rampasan dalam mahkamah, lain daripada mahkamah persekutuan. 13. Zakat, Fitrah dan Baitul-Mal dan hasil agama Islam yang seumpamanya. 14. Harta karun. Sumber: Diubahsuai daripada Jadual Kesepuluh Bahagian Tiga Perlembagaan Persekutuan Book 1.indb 85 5/24/2012 9:24:34 AM
  • 86 Demokrasi Dan Pilihan Raya LAMPIRAN B Sumber-Sumber Tambahan Hasil Yang Diserahkan Kepada Negeri Sabah dan Sarawak Hasil Negeri 1. Duti import dan duti eksais atas hasil petroleum. 2. Duti eksport atas kayu dan lain-lain keluaran hutan. 3. Selagi royalti dilevi oleh Negeri itu atas apa-apa galian yang boleh dikenakan duti eksport, lain daripada bijih (tetapi termasuk minyak-minyak galian) tidak berjumlah 10 peratus ad valorem yang dikira bagi maksud duti eksport, duti eksport atas galian itu atau seberapa banyak daripada duti yang menjadikan jumlah royalti dan duti atas galian yang dieksport hingga 10 peratus ad valorem yang dikira sedemikian. 4. Mengenai Sabah, selagi ubat dan kesihatan masih menjadi suatu butiran dalam Senarai Bersama dan perbelanjaan mengenai butiran itu ditanggung oleh Negeri itu, 30 peratus dari segala hasil kastam, lain daripada hasil kastam mengenai duti-duti yang tersebut dalam seksyen 1,2 dan 3. 5. Bagi mana-mana tahun sebelum tahun 1974 dan, jika pada permulaan tahun 1974, Badan Perundangan Negeri itu ada mempunyai kuasa membuat undang-undang berkenaan dengan membawa penumpang-penumpang dan barang-barang mengikut jalan darat atau berkenaan dengan kereta-kereta jalan yang didorongi jentera atau lesen-lesen berhubung dengan kereta-kereta itu, maka dalam masa kuasa itu terus berjalan, bayaran-bayaran dari lesen-lesen itu. 6. Bagi mana-mana tahun sebelum 1974, dan jika pada permulaan tahun 1974 Badan Perundangan Negeri ada mempunyai kuasa membuat undang-undang berkenaan dengan pendaftaran kereta-kereta yang didorongi jentera, maka dalam masa kuasa itu terus berjalan, bayaran- bayaran dari pendaftaran kereta-kereta itu. 7. Cukai-cukai jualan Negeri. 8. Bayaran-bayaran dan diu dari port dan pelabuhan, lain daripada port dan pelabuhan Persekutuan Sumber: Diubahsuai daripada Jadual Kesepuluh Bahagian Lima Perlembagaan Persekutuan Sumber: Ubahsuai dari Jadual Kesembilan Senarai Perundangan Perkara 74, 77 Perlembagaan Persekutuan Book 1.indb 86 5/24/2012 9:24:34 AM
  • Gambaran Konflik Politik Di Malaysia Berdasarkan Maksud Dan Penggunaan Kata-Kata Serta Ungkapan Dalam Akhbar Ahmad Ramizu Abdullah Salinah Jaafar Abstract News is first and foremost embedded in language. This notion appears to be self-evident to many but the extent to which language can be vital to the models of expression of news is not simply interpreted, especially in reporting conflicts. Conflict is a situation or scenario where two people or more have different line of thoughts which eventually causes disharmony in relations. Largely, the selective of lexical choice and phrases plays a remarkable role, particularly in relation to the representation of political conflicts. Therefore, this study examines the portrayal of political conflicts based on the selective use of lexical items and the utilization of certain phrases in Malaysian dailies. The corpus from four Malay dailies- Utusan Malaysia, Berita Harian, Harakah, and Suara Keadilan- were randomly selected based on the political statement of two parties of which political leaders and non-politicians covering from the ruling and the opposition. The data were collected from the period of 29 January 2009 until 17 March 2009. The finding of the study reveals certain lexical items and phrases are used in Malaysian dailies to depict the occurrence and existence of political conflicts. The study also unveils that the number and variety of lexical items as well as phrases indicates the strength of Malay language to function as vehicles for enunciating any domains, issues, or situations. Keywords: conflicts, lexical selectivity, Malaysian dailies, politics. Pengenalan Merriam-Webster Online Dictionary mendefinisikan perkataan politik sebagai “the art orscienceofgovernmentb:theartorscienceconcernedwithguidingorinfluencinggovernmental policy c: the art or science concerned with winning and holding control over a government”. Perkataan konflik berasal dari bahasa Latin, iaitu confligure (Manser dan Thomson (ed) (1995) yang bermaksud perselisihan atau pertentangan antara individu, idea, kepentingan dan lain-lain (Kamus Dewan 2007:814). Konflik terjadi kerana tidak ada dua manusia yang sama daripada semua segi, baik keinginan, kesukaan, pemikiran, pendapat dan sebagainya. Menurut Simmel (1968), konflik merupakan suatu keadaan atau suasana yang terdapat dua orang atau lebih pihak yang mempunyai perbezaan Book 1.indb 87 5/24/2012 9:24:34 AM
  • 88 Demokrasi Dan Pilihan Raya pendapat serta tidak sehaluan. Asmah (1996:2) menyifatkan kewujudan konflik sebagai keadaan tidak adanya persefahaman berhubung dengan sesuatu perkara atau isu. Dalam perkataan lain, kewujudan konflik akan melahirkan suasana atau keadaan yang tidak harmoni dan tenteram dalam perhubungan. Secara umumnya, konflik politik tanah air melibatkan pihak yang memerintah dan membentuk kerajaan dengan pihak yang gagal membentuk kerajaan. Maklumat berkaitan dengan konflik politik seringkali diperoleh melalui media akhbar tempatan yang sentiasa menyiarkan berita-berita terkini berkaitan dengan dunia politik tanah air. Penggunaan kata yang menggambarkan konflik politik dalam penulisan berita di akhbar amat menarik untuk dibicarakan. Data tentang konflik yang dibincangkan ini berupa tajuk berita atau kenyataan mengenai hal-hal politik semasa tanah air yang diperolehi dalam akhbar berbahasa Melayu. Akhbar yang dikaji ialah akhbar harian arus perdana, seperti Utusan Malaysia / Mingguan Malaysia (selepas ini, UM) dan Berita Harian / Minggu (selepas ini BH). Selain itu, media parti politik seperti Harakah dan Suara Keadilan juga digunakan. Pengumpulan data dilakukan secara rawak dengan tumpuan diberikan kepada kenyataan pemimpin politik. Namun begitu, pandangan bukan ahli politik, tetapi yang berkaitan dengan hal politik tidak dikesampingkan. Tempoh penelitian akhbar tersebut dilakukan adalah dari 29 Januari 2009 hingga 17 Mac 2009. Perbincangan Kata-kata dan Ungkapan Konflik Gambarankonflikdapatditafsirmelaluimaksudkata-katadanungkapanyangdigunakan, iaitu dalam bentuk tindakan atau sikap yang merenggangkan perhubungan (Alwood, 1992). Dari aspek verbal, Asmah (1998:9-11) mengklasifikasikan konflik berdasarkan ciri- ciri intelektual, canggih dan kelantangan. Penelitian ke atas penggunaan perkataan dan ungkapandalamakhbarterpilihmengenaiisupolitiksemasamenggambarkankewujudan konflik. Kajian mendapati bahawa kata-kata dan ungkapan konflik digunakan oleh ahli politik, orang awam, pertubuhan kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan. Perbincangan tentang terdapatnya elemen yang dibincangkan dalam perkara-perkara berikut. Amaran Amaran bermakna perintah, suruhan atau peringatan yang keras (Kamus Dewan 2007). Lazimnya amaran dikeluarkan oleh pihak yang berkuasa untuk menjaga kepentingan semua pihak yang dilindungi. Contohnya, amaran ribut petir atau laut bergelora dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi dan amaran wabak denggi oleh Kementerian Kesihatan. Dalam konteks politik semasa tanah air, penggunaan perkataan amaran adalah seperti yang dilihat dalam contoh berikut: Tuanku Mirzan beri amaran jangan gugat keharmonian (BH 17/2 Selasa muka 1) Berdasarkan contoh tersebut, didapati bahawa perkataan amaran dikeluarkan oleh pihak yang mempunyai kuasa untuk menjaga kepentingan negara. Tindakan tersebut dilakukan apabila terdapat perbuatan pihak tertentu yang dianggap boleh menimbulkan konflik. Ancam Ancam ialah perbuatan menakut-nakutkan atau mengugut untuk mendatangkan bahaya. Tindakan tersebut lahir daripada rasa tidak senang, marah atau bantahan Book 1.indb 88 5/24/2012 9:24:34 AM
  • 89Gambaran Konflik Politik Di Malaysia Berdasarkan Maksud Dan Penggunaan Kata-Kata terhadap tingkah laku yang telah dilakukan oleh sesuatu pihak. Hal ini berlaku dalam perhubungan yang tidak harmoni. Dalam konteks politik semasa tanah air, perkataan tersebut digunakan dalam media. Contohnya, berita yang merujuk kepada ancaman yang diterima oleh seorang ahli politik berikutan tindakannya yang dianggap menghina institusi kesultanan Melayu Perak. Ancam bunuh ? (UM Selasa 17/2 muka 4) Berdasarkan contoh tersebut, didapati bahawa perkataan ancam menggambarkan wujud perasaan marah dan tidak puas hati terhadap perbuatan oleh pihak tertentu. Bantah Bantah adalah perbuatan mempertikaikan sesuatu pihak kerana dianggap melakukan sesuatu tindakan yang merugikan atau memudaratkan kepada pihak yang lain. Perbuatan tersebut menggambarkan wujud suasana konflik, iaitu tidak sepakat berkaitan sesuatu hal. Hasil kajian ke atas beberapa media menunjukkan bahawa perkataan tersebut digunakan, seperti yang boleh dilihat dalam contoh berikut: Pelekat kereta bantah tindakan Karpal Singh (UM Isnin 16/2/09 muka 9) Pertubuhan politik, NGO terus bantah (BH Sabtu 14/2/09 muka 6) 100 berarak bantah Pengerusi DAP (BH Isnin 9/2/09 muka 6) Berdasarkancontoh-contohtersebut,didapatibahawaperkataanbantahyangdigunakan menggambarkan ketidaksepakatan dalam sesuatu tindakan yang dilakukan. Bercanggah Bercanggah bermaksud bertentangan atau berlawanan pendapat, perkara, keputusan dan lain-lain. Dalam konteks tersebut, terdapat sekurang-kurangnya dua pihak yang bertentangan pendapat mengenai sesuatu perkara, yakni berkonflik. Dalam situasi politik semasa di Malaysia, perkataan bercanggah digunakan dalam contoh seperti berikut: Speaker, ADUN bercanggah (UM Isnin 3/2/09 muka 2) Berdasarkan contoh tersebut, didapati bahawa penggunaan perkataan bercanggah menggambarkan berlaku perbezaan fikiran dalam sesuatu perkara. Berontak Berontak ialah perbuatan melawan pihak berkuasa atau kerajaan yang dilakukan dengan kekerasan dan tidak mengikut undang-undang. Dalam konteks politik Book 1.indb 89 5/24/2012 9:24:34 AM
  • 90 Demokrasi Dan Pilihan Raya semasa tanah air, perkataan memberontak digunakan dalam media yang dikaji, iaitu seperti yang boleh dilihat contoh berikut: Penasihat PKR diminta henti hasut rakyat memberontak (BH Sabtu 7/2/09 muka 8) Berdasarkan contoh tersebut, didapati bahawa penggunaan perkataan memberontak menggambarkan perbuatan pihak tertentu yang melawan pihak berkuasa. Biadab Biadab adalah perbuatan tidak beradab, tidak ada budi bahasa atau tidak mengikut kelaziman budaya masyarakat atau agama. Sebarang perbuatan atau perkataan yang biadab akan menimbulkan keadaan tidak selesa dalam perhubungan. Hasil kajian mendapati bahawa dalam situasi politik semasa, penggunaan ungkapan tersebut dalam media tanah air adalah seperti berikut: “Beberapa gelagat biadab terhadap DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, amat mengecewakan Beta” Sultan Selangor (UM Sabtu 14/2/09 muka 1) Hentikan Politik Biadab (UM Ahad 15/2/09 muka 8) Berdasarkan contoh-contoh tersebut, didapati bahawa perkataan biadab digunakan untuk menggambarkan kelakuan pihak tertentu yang melanggar kebiasaan. Bidas Perkataan bidas bermaksud kata-kata yang digunakan untuk melahirkan perasaan marah terhadap sesuatu tindakan. Dalam keadaan yang sedemikian, suasana yang tidak harmoni atau konflik berlaku. Kajian mendapati bahawa dalam situasi politik semasa tanah air, perkataan bidas digunakan dalam media, seperti contoh berikut: Pemimpin Pakatan Rakyat bidas Karpal (BH Isnin 9/2/09 muka 2) Berdasarkan contoh tersebut, didapati bahawa perkataan bidas menggambarkan perasaan marah terhadap perbuatan pihak tertentu. Cabar Cabar adalah tindakan untuk menyatakan keraguan akan kesahan atau kebenaran sesuatu, mempersoalkan atau mempertikaikan. Tindakan tersebut dilakukan kerana tidak senang atau sebagai tanda membantah kepada sesuatu pihak. Dalam hal ini, tingkah laku tersebut menggambarkan wujud suasana tidak sepakat berkaitan sesuatu hal. Berikut adalah beberapa contoh penggunaan ungkapan tersebut dalam media yang dikaji. Book 1.indb 90 5/24/2012 9:24:34 AM
  • 91Gambaran Konflik Politik Di Malaysia Berdasarkan Maksud Dan Penggunaan Kata-Kata Tindakan Pembangkang mencabar, menghina istitusi raja (UM Isnin 16/2/09 muka 9) Karpal dicabar perjelas saman (BH Isnin 16/2/09 muka 34) Krisis Perak dedah usaha cabar istana (BH Isnin 16/2/09 muka 27) Boleh cabar di mahkamah (BH Selasa 3/2/09 muka 1) Berdasarkan contoh-contoh tersebut, didapati bahawa penggunaan perkataan cabar, dicabar dan mencabar menggambarkan tiada persefahaman dalam sesuatu hal atau perbuatan yang dilakukan oleh sesuatu pihak. Celaru Perkataan celaru bermakna tidak tentu arah, tidak mengikut peraturan, tiada ketentuan atau kacau-bilau. Lazimnya ungkapan tersebut merujuk kepada suasana, fikiran atau perasaan yang akhirnya melarat kepada perlakuan. Dalam konteks politik semasa tanah air, ungkapan tersebut digunakan seperti dalam contoh berikut: Perak Celaru (BH Selasa 3/2/09 muka 1) Kecelaruan dunia politik ”dua kali lima, lima kali dua” (UM Isnin 23/2/09 muka 6) Perak kian celaru (BH Selasa 3/3/09 muka 1) Berdasarkan contoh-contoh tersebut, didapati bahawa perkataan celaru digunakan untuk menggambarkan suasana yang tidak teratur dalam sesuatu hal atau di sesuatu tempat. Cemuh Cemuh merupakan tutur kata yang bersifat celaan, kejian, ejekan atau hinaan kepada sesuatu pihak. Perlakuan tersebut berlaku dalam suasana perhubungan yang tidak harmoni atau situasi konflik. Dalam konteks politik semasa tanah air, penggunaan perkataan cemuh adalah seperti yang dapat dilihat dalam contoh berikut: Tindakan merendah, cemuh, pertikai, hina sultan ditentang (BH Jumaat 20/2/09 muka 18) Berdasarkancontohtersebut,didapatibahawaperkataancemuhyangdigunakanadalah untuk menggambarkan tutur kata buruk yang dikatakan terhadap sesuatu pihak. Dakwa Perkataan dakwa atau tuduh ialah tindakan dalam bentuk perkataan yang menyatakan bahawa sesuatu pihak telah melakukan kesalahan. Menurut Mohd. Radzali (2001) pula, dakwa bermakna pengambilan suatu tindakan undang-undang, Book 1.indb 91 5/24/2012 9:24:34 AM
  • 92 Demokrasi Dan Pilihan Raya guaman atau prosiding sivil lain ke atas seseorang lain. Penggunaan perkataan dakwa dalam media tempatan dapat dilihat dalam contoh berikut: Pembangkang dakwa SPR tidak adil (BH Khamis14/2/09 muka 5) Dakwa Anwar, Karpal (BH Isnin 16/2/09 muka 9) Dakwa segera MB Selangor (UM Ahad 22/2/09 muka 2) Berdasarkan contoh tersebut, didapati bahawa perkataan dakwa digunakan untuk merujuk kepada tindakan yang dilakukan oleh salah satu pihak yang tidak bersefahaman dalam sesuatu perkara. Darurat Daruratbermaknakeadaanyangserbasulit,huru-haraatautidakaman.Darurat berpunca daripada faktor manusia ataupun bencana alam. Dalam situasi darurat, suasananya tidak terkawal, tidak selesa dan tidak tenteram. Kajian ke atas suasana politik semasa tanah air mendapati bahawa perkataan tersebut digunakan dalam contoh berikut: Isytihar darurat di Perak:Ibrahim Ali (UM Khamis 5/3/09 muka 4) Berdasarkan contoh tersebut, perkataan darurat digunakan untuk merujuk kepada suasana yang tidak menentu di negeri Perak. Derhaka Perkataan derhaka bermaksud menentang kekuasaan yang sah, tidak taat atau khianat kepada negara, tuhan dan lain-lain. Penderhaka pula bermakna orang yang mengkhianati negara, suami dan lain-lain. Lazimnya, ungkapan derhaka merujuk kepada tingkah laku yang tidak patuh atau taat kepada pihak yang memberi perlindungan. Contohnya, anak yang derhaka kepada ibu bapa atau isteri yang menderhaka kepada suami. Kajian mendapati bahawa penggunaan ungkapan tersebut adalah seperti contoh berikut: Melayu penderhaka sokong Karpal Perak (UM Sabtu 14/2/09 muka 4) Bertindak tangani penderhaka Perak (UM Ahad15/2/09 muka 1) Kenakan tindakan tegas terhadap penderhaka Perak (UM Ahad 15/2/09 muka 2) Kawal emosi elak derhaka kepada istana (BH Ahad 15/2/09 muka 2) Berdasarkan contoh-contoh tersebut, perkataan derhaka bermaksud perbuatan menentang pihak yang berkuasa, manakala penderhaka pula merujuk kepada pihak yang menentang pihak berkuasa. Book 1.indb 92 5/24/2012 9:24:34 AM
  • 93Gambaran Konflik Politik Di Malaysia Berdasarkan Maksud Dan Penggunaan Kata-Kata Demonstrasi Demonstrasi atau tunjuk perasaan ialah tindakan berkumpul secara beramai- ramai, berarak untuk melahirkan bantahan atau rasa tidak puas hati terhadap sesuatu perkara. Demonstrasi lazim dilakukan untuk menggambarkan sokongan ataupun bantahan terhadap sesuatu hal. Contohnya, demonstrasi kenaikan harga tol, demonstrasi pekerja menuntut kenaikan gaji dan sebagainya. Berikut adalah beberapa contoh penggunaan ungkapan tersebut yang digunakan dalam media; 9 mengaku tak salah sertai demonstrasi (BH Khamis 12/2/09 muka 12) Demostrasi perbuatan biadab (BH Khamis12/2/09 muka 1) Berdasarkan contoh-contoh tersebut, didapati bahawa perkataan demonstrasi digunakan untuk merujuk kepada perbuatan suatu pihak berkumpul beramai-ramai secara tidak sah untuk menentang pihak yang berkuasa. Desak Desak adalah perbuatan meminta atau menuntut sesuatu dengan sungguh- sungguh. Lazimnya desakan dibuat setelah permintaan dilakukan berulang kali sehingga dipercayai boleh membawa kemudaratan. Penggunaan perkataan tersebut menunjukkan bahawa berlaku situasi yang tidak harmoni dalam perhubungan. Kajian mendapati bahawa perkataan desak digunakan dalam media tempatan, seperti dalam contoh berikut: Desakan Karpal kena ISA (BH Sabtu 14/2/09 muka 6) Karpal desak Anwar undur (BH Isnin 9/2/09 muka 1) Khir Toyo desak Elizabeth letak jawatan (BH Selasa17/2/09 muka 7) Berdasarkan contoh-contoh tersebut, perkataan desak dan desakan menggambarkan permintaan secara bersungguh-sungguh supaya tindakan diambil ke atas pihak yang berbeza pendapat. Gantung Gantung adalah tindakan untuk menjadikan sesuatu, seperti lesen atau keahlian dalam pertubuhan, jawatankuasa tidak berkuatkuasa, sah atau tidak dapat bertindak sehingga keputusan muktamad diputuskan. Tindakan tersebut berpunca dari suasana yang tidak baik dalam kalangan pihak yang terlibat. Dalam konteks politik semasa, perkataan tersebut digunakan seperti dalam contoh berikut: MB, Exco BN digantung (BH Khamis 19/2/09 muka 1) Gobind digantung 12 bulan (UM Selasa 17/3/09 muka 17) Ahli Parlimen pernah digantung (UM Selasa 17/3/09 muka 6) Book 1.indb 93 5/24/2012 9:24:34 AM
  • 94 Demokrasi Dan Pilihan Raya Berdasarkan contoh-contoh tersebut, penggunaan perkataan gantung menggambar- kan kewujudan konflik, iaitu tindakan yang dikenakan ke atas pihak-pihak yang tiada persefahaman dalam suatu dewan mesyuarat. Halang Halang bermaksud tahan, tegah atau sekat. Tindakan ini lazimnya berlaku apabila sesuatu pihak tidak bersefahaman mengenai sesuatu perkara. Dalam konteks politik semasa tanah air, penggunaan ungkapan tersebut adalah seperti yang dapat dilihat dalam contoh berikut: Lebih 1000 penyokong halang laluan ke istana (BH Sabtu 7/2/09 muka 5) Berdasarkan contoh tersebut, penggunaan perkataan halang menggambarkan tindakan yang diambil oleh pihak yang tidak bersetuju terhadap sesuatu pendapat dalam sesuatu perkara. Hasut Hasut ialah kata-kata untuk mempengaruhi sesuatu pihak supaya tidak bersetuju denganpihakyangsatulagi.Perbuatantersebutberlakudalamkonteksperhubungan yang tidak baik. Dalam konteks politik semasa tanah air, penggunaan perkataan hasut dalam media adalah seperti berikut: Penasihat PKR diminta henti hasut rakyat memberontak (BH Sabtu 7/2/09 muka 8) Polis sudah buka 17 kertas siasatan kenyataan berbaur hasutan (BH Sabtu 14/2 muka 7) Dakwa Karpal bawah Akta Hasutan (UM Khamis 26/2/09 muka 7) Berdasarkan contoh-contoh tersebut, penggunaan perkataan hasut bermaksud perbuatan untuk mempengaruhi salah satu pihak supaya berbeza pendapat. Hina Perkataan hina dikaitkan dengan perkataan atau perbuatan keji atau tidak hormat dan menjatuhkan maruah sesuatu pihak. Tinjauan ke atas media kajian mendapati bahawa ungkapan tersebut digunakan dalam contoh berikut: Tindakan Pembangkang mencabar, menghina istitusi raja (UM Isnin 16/2/09 muka 9) Hina raja: Ibrahim Ali bertelagah dengan pembangkang (UM Jumaat 20/2 muka 8) Berdasarkan contoh tersebut, penggunaan perkataan hina dan menghina menggambarkan tindakan yang menjatuhkan maruah dan membangkitkan rasa marah sesuatu pihak. Book 1.indb 94 5/24/2012 9:24:34 AM
  • 95Gambaran Konflik Politik Di Malaysia Berdasarkan Maksud Dan Penggunaan Kata-Kata Hukum Hukum bermaksud balas, keputusan atau ketetapan mengenai sesuatu perkara. Dalam konteks politik semasa tanah air, penggunaan perkataan hukum dalam media kajian adalah seperti berikut: Hukum BN di Bukit Gantang (Harakah 16-19 /2/09 muka 2) Berdasarkan contoh tersebut, maksud dan penggunaan perkataan hukum menggambarkan balasan terhadap tindakan yang tidak disenangi dan telah berlaku sebelumnya. Injunksi Menurut Kamus Undang-Undang (2005), injunksi ialah arahan mahkamah kepada orang tertentu sama ada menghalangnya daripada melakukan atau meneruskan sesuatutindakan(injunksilarangan)ataumengarahkannyauntukmelakukansesuatu tindakan (injunksi mandatori). Mohd. Radzali (2001) pula menyatakan bahawa injunksi ialah perintah untuk sesuatu pihak (selalunya defendan) melaksanakan atau menahan diri daripada melakukan sesuatu perkara tertentu. Berdasarkan maksud dan penggunaannya, dapat difahami bahawa perkataan injunksi hanya digunakan dalam konteks perhubungan dua pihak yang bermasalah. Dalam konteks politik semasa tanah air, penggunaan perkataan injuksi boleh dilihat dalam contoh berikut: PKR cadang Speaker Perak fail injuksi (UM Isnin 23/2/09 muka 4) Injunksi halang adakan sidang DUN diserahkan kepada Sivakumar (UM Ahad 22/2/09 muka 4) Berdasarkan contoh-contoh tersebut, perkataan injuksi digunakan untuk merujuk kepada perbuatan yang berlaku dalam kalangan pihak yang berkonflik. Kacau Perkataan kacau bermakna tidak teratur, tidak aman, huru-hara atau tidak menentu. Kekacauan pula merujuk kepada suasana yang tidak aman, tidak tenteram, tidak teratur, huru-hara atau yang seumpamanya. Dalam konteks politik semasa tanah air, perkataan tersebut digunakan seperti dalam contoh berikut: Tindakan tegas terhadap pihak cetus kekacauan (BH Selasa 17/2/09 muka 8) Dalam contoh tersebut, perkataan kekacauan menggambarkan suasana tidak aman yang berpunca dari salah satu pihak yang berbeza pendapat. Kekalutan Perkataan kalut dan kekalutan digunakan untuk merujuk kepada suasana yang kusut, kacau, tidak menentu atau tidak mengikut peraturan. Suasana tersebut Book 1.indb 95 5/24/2012 9:24:34 AM
  • 96 Demokrasi Dan Pilihan Raya boleh berlaku dengan sebab perbuatan manusia, seperti tindakan tidak mengikut peraturan atau kebiasaan. Dalam konteks politik semasa tanah air, perkataan kalut atau kekalutan digunakan dalam contoh berikut: Apakah penyembuh kekalutan kita (UM Ahad 15/2/09 muka 9) Cari ubat kekalutan politik semasa (UM Jumaat 20/02/09 muka 11) Serahkan kekalutan politik Perak kepada undang-undang (UM Khamis 5/3/ muka 11, ruangan Pendapat) Berdasarkan contoh-contoh tersebut, perkataan kekalutan bermaksud suasana tidak menentu yang berlaku kerana sebab-sebab tertentu. Kecam Kecam merupakan perkataan yang bertujuan untuk menyatakan bantahan atau perasaan marah terhadap sesuatu tindakan yang telah dilakukan oleh sesuatu pihak. Perkataan kecam merupakan sinonim bagi perkataan lain, seperti kritik, bidas, cela, selar dan kutuk. Dalam konteks politik tanah air semasa, perkataan kecam di gunakan dalam contoh-contoh berikut: UMNO, NGO terus kecam Pengerusi DAP (BH Khamis 12/2/09 muka 10) Anwar kena faham punca kecaman NGO (BH Sabtu 14/2/09 muka 2) Pemuda PBS kecam kenyataan Anwar (BH Sabtu 7/2/09 muka 8) Berdasarkan contoh-contoh tersebut, penggunaan perkataan kecam dan kecaman menggambarkan perasaan marah di kalangan pihak yang tiada bersefahaman. Kecoh Kecoh bermakna suasana heboh, bising atau riuh disesuatu tempat yang lazimnya terkawal. Kekecohan berpunca daripada tindakan satu pihak yang menyebabkan pihak lain tidak menyetujuinya. Dalam konteks politik semasa tanah air, perkataan tersebut digunakan dalam contoh berikut: Kecoh di lobi Parlimen (BH Jumaat 27/2/09 muka 1) Ungkapan ’celaka’ Karpal cetuskan kekecohan (UM Khamis 26/2/09 muka 7) Berdasarkancontoh-contohtersebut,perkataankecohdankekecohanmenggambarkan wujud perbuatan tertentu yang menyebabkan satu pihak lain marah. Book 1.indb 96 5/24/2012 9:24:34 AM
  • 97Gambaran Konflik Politik Di Malaysia Berdasarkan Maksud Dan Penggunaan Kata-Kata Keterangan Perkataan keterangan bermaksud “huraian untuk menerangkan sesuatu, penjelasan“ (Kamus Dewan 2007). Menurut Kamus Undang-Undang (2005), keterangan bertujuan untuk membuktikan wujud atau tidak sesuatu fakta. Keterangan terdiri daripada testimoni, keterangan dokumentari, keterangan betul dan sekiranya boleh diterima keterangan dengan cakap. Dalam konteks politik semasa tanah air, perkataan keterangan digunakan dalam contoh berikut: Karpal beri keterangan 89 aduan menghina Raja (BH 12/2/09 Khamis muka) Polis ambil keterangan dua pemimpin PAS (BH 17/2/09 Selasa muka 8) Polis ambil keterangan Elizabeth, 4 wartawan (UM 18/2/09 Rabu muka 8) Berdasarkan contoh-contoh tersebut, perkataan keterangan menggambarkan situasi konflik dalam perhubungan apabila penggunaannya dikaitkan dengan dakwaan atau tuduhan. . Kemelut Perkataan kemelut bermaksud keadaan atau saat yang genting atau berbahaya. Perkatan kemelut digunakan dalam pelbagai konteks untuk menggambarkan suasana yang tidak menyenangkan, seperti kemelut sukan, kemelut ekonomi, kemelut kewangan kemelut kepimpinan dan sebagainya. Hasil kajian mendapati bahawa penggunaan perkataan tersebut digunakan dalam contoh berikut: Dewan Rakyat bakal hangat dengan isu kegawatan ekonomi, kemelut politik Perak (UM Isnin 16/2/09 muka 3) Kemelut politik mengaburi isu kenaikan harga barang keperluan (Surat & emel dlm BH 12/2/09 Khamis muka 30) Kemelut politik jejas pelaburan (UM Selasa 24/2/09 muka 3) Kemelut politik Perak perlukan penyelesaian (BH Selasa 3/2/09 muka 18) Sepatutnya bubar dewan atasi kemelut Perak- PRM (Harakah 9-12 /2/09 muka 1) Dalam contoh-contoh tersebut, perkataan kemelut menggambarkan wujud situasi konflik atau keadaan yang tidak menentu dalam hal politik. Khianat Khianat dikaitkan dengan kelakuan jahat untuk mendatangkan kecelakaan kepada sesuatu pihak. Lazimnya perbuatan khianat berlaku apabila hubungan dua pihak dalam keadaan berkonflik. Dalam konteks politik tanah air, penggunaan perkataan khianat dalam media adalah seperti contoh berikut: Book 1.indb 97 5/24/2012 9:24:35 AM
  • 98 Demokrasi Dan Pilihan Raya Khianati rakyat (UM Jumaat 20/02/09 muka 3) Pembangkang menjadi pengkhianat kepada genarasi masa depan kerana cuba mengkhianati payung negara (BH Jumaat 20/02/09 muka 9) Berdasarkan contoh-contoh tersebut, perkataan khianat dan mengkhianati menggambarkan tindakan yang dilakukan oleh pihak yang berkonflik. Pengkhianat pula merupakan panggilan kepada salah satu pihak yang terlibat dalam konflik. Krisis Krisis adalah keadaan tidak stabil atau tidak tenteram yang boleh menyebabkan sesuatu kejadian buruk berlaku secara tiba-tiba. Lazimnya, dalam suasana krisis, keamanan, ketenteraman dan keselamatan sukar dipertahankan. Dalam konteks politik tanah air, penggunaan perkataan krisis dapat dilihat dalam contoh berikut: Krisis Perak:Terimalah hakikat dlm Ruangan Surat Pembaca (UM Isnin 16/2/09 muka 12) Krisis politik di Perak bukti PR rapuh (BH Isnin 9/2/09 muka 2) Berdasarkan contoh-contoh tersebut, maksud dan penggunaan perkataan krisis menggambarkan wujud situasi konflik di negeri Perak. Kritik Perkataan kritik bermaksud teguran keras, kecaman atau bidasan. Lazimnya kritikan dilakukan oleh pihak yang tidak mempunyai persefahaman dalam sesuatu perkara. Dalam konteks politik semasa tanah air, penggunaan perkataan kritik yang digunakan dalam media adalah seperti berikut: Anwar terima kritikan Karpal (Sinar Rabu 11/2/09 muka 2) Berdasarkan contoh tersebut, perkataan kritikan menggambarkan wujud situasi konflik atau perbezaan pendapat dalam sesuatu perkara. Langgar Perkataan langgar bermakna rempuh, serang atau tidak patuh. Dalam situasi politik, penggunaan perkataan tersebut menggambarkan wujud konflik apabila dikaitkan dengan kegagalan pihak tertentu mematuhi peraturan. Oleh yang demikian, tindakan tersebut menimbulkan suasana tidak harmoni dalam perhubungan. Contoh penggunaan ungkapan tersebut dalam media yang dikaji adalah seperti berikut: Suara Keadilan langgar syarat permit (BH Khamis 12/2/09 muka 12) Berdasarkan contoh tersebut, perkataan langgar menggambarkan konflik apabila peraturan yang ditetapkan tidak dipatuhi. Book 1.indb 98 5/24/2012 9:24:35 AM
  • 99Gambaran Konflik Politik Di Malaysia Berdasarkan Maksud Dan Penggunaan Kata-Kata Lapor Perkataan lapor bermaksud memberitahu atau mengadu (Kamus Dewan 2007). Lapor atau laporan yang dikaitkan dengan konflik berlaku dalam konteks perhubungan yang tidak baik, iaitu digunakan untuk menyokong tuntutan ataupun pendakwaan. Dalam konteks politik semasa tanah air, perkataan lapor digunakan untuk merujuk kepada usaha yang dibuat bagi menyokong tindakan sesuatu pihak, seperti dalam contoh berikut: Pemuda Jerlun lapor polis isu Karpal (BH Ahad15/2/09 muka 5) 70 laporan polis diterima di Perak (UM Sabtu 14/2/09 muka 3) Pemuda Perak, Melaka buat laporan Polis, SPRM (BH Jumaat 20/2/09 muka 2) Berdasarkan contoh-contoh tersebut, perkataan lapor dan laporan menggambarkan wujud situasi konflik dalam perhubungan. Lompat Perkataan lompat bermakna keluar atau meninggalkan sesuatu pihak. Perkataan tersebut menggambarkan konflik dalam konteks politik apabila dikaitkan dengan tindakan individu yang meninggalkan parti asal mereka dan menyertai parti lain. Berikut adalah beberapa contoh yang menunjukkan penggunaan perkataan lompat dalam beberapa media tanah air. Lompat parti tak jejas demokrasi (BH Sabtu 7/2/09 muka 30) Lompat parti: Pinda Perkara 102(c) Perlembagaan (UM 31/1/09 muka 3) Berdasarkan contoh-contoh tersebut, perkataan lompat menggambarkan wujud situasi konflik apabila dikaitkan dengan sifat tidak setia atau tidak mempunyai pendirian yang teguh kepada sesuatu pihak. Maki Maki ialah kata-kata kasar dan keji yang dikeluarkan untuk menghina dan marah kepada seseorang. Perbuatan tersebut berlaku dalam keadaan pihak tertentu sedang dalam keadaan tersangat marah dan tidak bersefahaman mengenai sesuatu hal. Dalam konteks politik semasa, perkataan tersebut digunakan dalam contoh berikut Mufti Perak sedih dimaki penyokong pembangkang (UM Selasa 17/2/09 muka 4) Berdasarkan contoh tersebut, perkataan maki menggambarkan konflik apabila dikaitkan dengan tindakan yang dilakukan oleh pihak yang marah dan tidak bersefahaman dalam sesuatu perkara. Book 1.indb 99 5/24/2012 9:24:35 AM
  • 100 Demokrasi Dan Pilihan Raya Memorandum Memorandum adalah notis ringkas, dokumen mengenai sesuatu perkara yang dipertikaikan. Memorandum bertujuan untuk menyatakan bantahan atau sokongan terhadap sesuatu perkara. Dalam konteks politik semasa tanah air, perkataan memorandum digunakan dalam contoh berikut: Memorandum daripada UMNO bahagian Cheras (UM Selasa 17/2/09 muka 4) UMNO Cheras hantar memorandum (UM Ahad 15/2/09 muka 13) Memorandum sokong Sultan Selangor (BH Isnin 16/2/09 muka 16) Berdasarkan contoh-contoh tersebut, perkataan memorandum menggambarkan konflik apabila dikaitkan dengan tindakan menyokong ataupun menentang sesuatu pihak yang lain. Murka Murka adalah bahasa diraja dan bermaksud marah. Perkataan tersebut digunakan untuk merujuk kepada perasaan marah oleh sultan atau raja. Dalam konteks politik semasa tanah air, perkataan murka digunakan seperti dalam contoh berikut: Sultan Selangor wajar murka (UM Ahad 15/2/09 muka 4) Sultan murka (BH Sabtu 14/2/09 muka 1) Berdasarkan contoh tersebut, perkataan murka menggambarkan kewujudan konflik dalam perkara yang melibatkan raja atau sultan. Perhimpunan Haram Perhimpunan haram bermaksud perhimpunan secara beramai-ramai yang tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa dengan tujuan tertentu. Lazimnya perhimpunan tersebut dilakukan untuk menentang suatu tindakan atau keputusan yang telah diambil. Dalam hal yang sedemikian, ada pihak yang berbeza pendapat atau berkonflik. Kajian mendapati bahawa dalam konteks politik semasa tanah air, ungkapan tersebut digunakan dalam contoh berikut: Polis kesal Pas mungkir janji adakan perhimpunan haram (UM Selasa 17/2/09 muka 6) Berdasarkan contoh tersebut, ungkapan perhimpunan haram menggambarkan wujud konflik, iaitu tindakan mengadakan perhimpunan yang tidak mendapat izin pihak berkuasa. Book 1.indb 100 5/24/2012 9:24:35 AM
  • 101Gambaran Konflik Politik Di Malaysia Berdasarkan Maksud Dan Penggunaan Kata-Kata Perintah Mahkamah Perkataan perintah bermaksud arah atau suruh. Suatu perintah atau arahan digunakan dalam undang-undang dengan rujukan khusus kepada mahkamah keadilan (Mohd. Radzali 2001). Menurut Kamus Undang-Undang (2005), perintah atau arahan biasanya memberi erti yang sama dengan penghakiman. Perintah dikeluarkan oleh pihak yang berkuasa atau tinggi kedudukannya kepada pihak yang lebih rendah kedudukan atau kuasa. Perkataan perintah lazimnya digunakan oleh institusi, kerajaan atau individu yang memegang kuasa ke atas pihak yang berada di bawahnya dalam rangka tugas formal (Asmah 1998:113). Dalam konteks politik semasa, ungkapan perintah mahkamah digunakan dalam tajuk beberapa media, seperti berikut. Nizar mohon perintah mahkamah Perak (UM Sabtu 14/2/09 muka 4) Mohon 7 perintah mahkamah berhubung perlantikan Zambry (BH 14/2/09 muka 6) Berdasarkan contoh tersebut, ungkapan perintah mahkamah menggambarkan konflik dalam bentuk tindakan yang diambil bagi menghalang usaha pihak tertentu. Pergolakan Pergolakan bermakna kekacauan, kekalutan, kekeruhan, huru-hara atau suasana tidak tenteram berkaitan sesuatu perkara. Dalam konteks politik semasa tanah air, penggunaan perkataan tersebut menggambarkan kewujudan suasana politik yang tidak aman, seperti yang dapat dilihat dalam contoh berikut: Kenyataan khas Sultan Selangor mengenai pergolakan politik di Perak (UM Sabtu 14/2/09 muka 1) Berdasarkan contoh tersebut, perkataan pergolakan menggambarkan wujud situasi konflik dalam perkara yang berkaitan dengan politik. Perlekeh Perkataan perlekeh membawa makna mengambil mudah sesuatu perkara. Perkataan tersebut dapat dikaitkan dengan kewujudan konflik apabila terdapat satu pihak yang tidak menghormati pihak yang lain. Dalam konteks politik, perkataan perlekeh digunakan dalam contoh berikut: DUN tidak boleh perlekeh, pertikai kuasa Zambry (BH Jumaat 20/02/09 muka 9) Berdasarkan contoh tersebut, perkataan perlekeh merupakan perbuatan yang dilakukan oleh salah satu pihak yang berkonflik. Pertarungan Pertarungan mempunyai maksud yang pelbagai, seperti pertempuran, perkelahian, pertandingan, perlawanan, pertelingkahan dan perselisihan. Dalam konteks politik Book 1.indb 101 5/24/2012 9:24:35 AM
  • 102 Demokrasi Dan Pilihan Raya semasa tanah air, penggunaan perkataan tersebut dapat dilihat dalam contoh berikut: Pertarungan di dua bukit (UM Ahad 15/2/09 muka 6) Berdasarkan contoh tersebut, perkataan pertarungan menggambarkan wujud situasi konflik dalam perhubungan dua pihak yang berbeza ideologi . Pertikai Perkataan tikai bermakna berbeza, berselisih (Kamus Dewan 2007). Pelbagai kata terbitan, seperti pertikai, pertikaikan, dipertikaikan dan mempertikaikan membawa maksud tidak sependapat, bertentangan, berbantah, bersengketa, bertelingkah dan sebagainya. Analisis ke atas media cetak yang dikaji menunjukkan bahawa penggunaan perkataan tersebut menggambarkan konflik yang berlaku antara dua pihak, seperti yang dapat dilihat dalam contoh berikut: “Kenapa perlu dipertikaikan hak SPR ?...” Tan Sri Muhyuddin Yassin (Naib Presiden UMNO) (UM Isnin 16/2/09 muka 2) Jangan pertikai tarikh pilihanraya kecil (UM Isnin 16/2/09 muka 7) Nik Aziz turut pertikai (UM Isnin 16/2/09 muka 7) Ramai pertikai gantung MB, enam Exco (BH Jumaat 20/2 muka 2) Berdasarkan contoh-contoh tersebut, perkataan pertikai menggambarkan wujud situasi konflik dalam perhubungan yang melibatkan individu mahupun kumpulan tertentu. Pembangkang Pembangkang bermaksud orang yang melawan, menentang atau membantah. Panggilan pembangkang kepada pihak tertentu menggambarkan wujud ketidaksefahaman mengenai sesuatu pendapat atau perkara. Dalam media yang dikaji, panggilan tersebut digunakan dalam contoh seperti berikut: Tindakan dedah sikap sebenar pembangkang (BH Ahad 15/2/09 muka 5) “Kita harap pemimpin pembangkang menjadikan teguran Sultan Selangor sebagai iktibar kerana mereka yang seringkali mengaku sebagai menghormati demokrasi tetapi mendidik pengikut menjadi masyarakat yang tidak mengikutundang-undang” Dr. Zainal Kling:Penyandang Kursi Ghafar Baba UPSI Perak (UM Ahad 15/2/09 muka 1) Malaysia jadi republik jika pembangkang berkuasa (BH Sabtu 14/2/09 muka 8) Book 1.indb 102 5/24/2012 9:24:35 AM
  • 103Gambaran Konflik Politik Di Malaysia Berdasarkan Maksud Dan Penggunaan Kata-Kata Pembangkang cuba tegakkan benang basah (UM Rabu 18/2/09 muka 9) Berdasarkan contoh-contoh tersebut, panggilan pembangkang kepada pihak yang berbeza ideologi politik menggambarkan ketidaksepakatan dalam perhubungan dengan pihak yang membentuk kerajaan. Politik wang Politik wang adalah ungkapan yang bermaksud kegiatan politik yang melibatkan wang rasuah. Dalam konteks politik tanah air, ungkapan tersebut memberikan gambaran bahawa berlaku sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang. Ungkapan tersebut dapat dilihat dalam contoh berikut: SPRM patut campur tangan kes politik wang (UM 31/1/09 muka 10) Politik wang: Biar UMNO siasat sendiri (UM 31/1/09 muka 6) Berdasarkan contoh-contoh tersebut, ungkapan politik wang menggambarkan wujud konflik atau salah laku dalam urusan yang berkaitan dengan politik. Provokasi Provokasi adalah tindakan atau perkataan yang dilakukan untuk membangkitkan kemarahan atau minat sesuatu pihak. Dalam konteks politik semasa tanah air, perkataan provokasi digunakan dalam contoh berikut: Kesatuan Penghulu selar provokasi terhadap institusi raja (UM 17/2/09 muka 4) Berdasarkan contoh tersebut, perkataan provokasi dikaitkan dengan kewujudan konflik apabila merujuk kepada tindakan sesuatu pihak yang berbeza fahaman atau pendirian. Pulau Perkataan pulau bermaksud enggan menyertai atau berurusan dengan sesuatu pihak kerana tidak bersetuju dengan sesuatu perkara. Dalam konteks perhubungan yang baik dan mesra, tindakan memulau sesuatu pihak tidak akan berlaku. Sehubungan dengan itu, penggunaan perkataan pulau dalam konteks menyatakan suasana politik semasa tanah air adalah jelas menggambarkan kewujudan konflik, seperti yang dapat dilihat dalam contoh berikut: Pakatan hina sultan: Pulau majlis angkat sumpah MB baru Perak, ugut saman baginda (BH Sabtu 7/2/09 muka 1) Book 1.indb 103 5/24/2012 9:24:35 AM
  • 104 Demokrasi Dan Pilihan Raya Berdasarkan contoh tersebut, perkataan pulau dikaitkan dengan kewujudan konflik apabila merujuk kepada tindakan sesuatu pihak yang tidak bersefahaman. Rampas Perkataan rampas bermaksud rebut atau mengambil sesuatu dengan kekerasan atau tanpa kerelaan. Perlakuan tersebut berlaku dalam konteks perhubungan yang tidak mesra. Dalam konteks politik tanah air semasa, perkataan rampas dapat dilihat dalam contoh berikut: Rampas kuasa (Harakah 9-12 /2 muka 1) Umno rampas kuasa Raja-raja, huru-harakan negara (Harakah 23-26/2 muka 2) Berdasarkan contoh tersebut, perkataan rampas dikaitkan dengan konflik apabila merujuk kepada tindakan sesuatu pihak yang mengambil sesuatu dengan cara kekerasan atau tanpa mengikut peraturan. Saman Menurut Kamus Undang-Undang (2005), saman ialah perintah mahkamah kepada seseorang supaya hadir di mahkamah pada waktu dan tempat yang telah ditetapkan. Mohd. Radzali (2001) pula menyatakan bahawa saman ialah suatu dokumen yang dikeluarkan dari pejabat sesebuah mahkamah keadilan yang mengarahkan orang yang namanya disebut di dalamnya supaya menghadirkan diri di hadapan seseorang hakim atau pegawai mahkamah. Berdasarkan media cetak yang dikaji, didapati bahawa perkataan saman digunakan dalam contoh berikut: Saman difail Pakatan Rakyat tak bermakna (BH Khamis 12/2/09 muka 5) Nizar saman MB Perak (BH Sabtu 14/2/09 muka 6) Pakatan Rakyat tidak restu saman Sultan Perak (BH Khamis 12/2/09 muka 12) Khalid fail saman terhadap Dr. Khir (BH Khamis 19/2/09 muka 6) Notis saman MB tak sah (BH Isnin 16/2/09 muka 9) Tindakan Nizar tiada beza dengan saman Karpal Perak (UM Sabtu 14/2/09 muka 5) Berdasarkan contoh-contoh tersebut, gambaran konflik dapat diinterpretasi melalui tindakan saman yang dilakukan oleh pihak yang berbeza pendapat. Selar Selar bermaksud tindakan mengecap, membidas atau mengecam tindakan sesuatu pihak dengan menggunakan kata-kata. Perkataan tersebut tidak akan digunakan Book 1.indb 104 5/24/2012 9:24:35 AM
  • 105Gambaran Konflik Politik Di Malaysia Berdasarkan Maksud Dan Penggunaan Kata-Kata dalam konteks perhubungan yang mesra. Berikut adalah contoh penggunaan perkataan selar dalam media: Lagi selar tindakan biadab Karpal (UM Ahad 15/2/09 muka 13) Pengerusi DAP selar Kit Siang, Guan Eng (BH Isnin 9/2/09 muka 1) Perdana Menteri selar tindakan Sivakumar tidak hormati keputusan Sultan Perak (UM Jumaat 20/02/09 muka 2) Kesatuan Penghulu selar provokasi terhadap institusi raja (UM Selasa 17/2/09 muka 4) Berdasarkan contoh tersebut, gambaran konflik dapat diinterpretasi melalui ucapan pihak-pihak yang berbeza pendapat. Samseng Perkataan samseng dipinjam dari bahasa Cina dan bermaksud penjahat, suka merompak atau menyamun. Ungkapan samseng politik adalah panggilan kepada sesuatu pihak yang berbeza pendapat dalam hal politik, seperti yang digunkan dalam contoh berikut: “Orang Melayu perlu berdiri teguh di belakang Raja-raja Melayu dalam berhadapan dengan ancaman samseng politik ini. Kita tidak boleh bertolak ansur dengan samseng politik yang angkuh dan mahu kita semua tahu bahawa orang tidak berani mengambil tindakan ke atasnya” Bersatu hadapi samseng politik Perak (UM Ahad 15/2/09 muka 2) Berdasarkan contoh-contoh tersebut, gambaran konflik dapat diinterpretasi melalui kata panggilan kepada satu pihak yang berbeza pendapat. Siasat Perkataan siasat bermaksud pemeriksaan yang teliti (Kamus Dewan, 2007). Dalam konteks perundangan, “siasatan“ bermakna suatu dokumen formal yang merekodkan keputusan suatu siasatan yang telah dijalankan (Mohd. Radzali 2001). Siasatan dilakukan oleh agensi penguatkuasa undang-undang, seperti pihak polis untuk menentukan kebenarannya dan mendapatkan bukti supaya tidak berlaku penganiayaan ke atas sesuatu pihak. Dalam konteks politik semasa tanah air, perkataan siasat digunakan dalam beberapa media, seperti berikut: Polis sudah buka 17 kertas siasatan kenyataan berbaur hasutan (BH Sabtu 14/2/09 muka 7) Bukit Aman siasat (BH Sabtu 14/2/09 muka 5) Book 1.indb 105 5/24/2012 9:24:35 AM
  • 106 Demokrasi Dan Pilihan Raya Berdasarkancontohtersebut,gambarankonflikdapatdiinterpretasimelaluitindakan siasat yang dilakukan oleh pihak polis ke atas pihak yang dilaporkan melakukan kesalahan. Tahan Perkataan tahan, tegah, larang atau sekat ialah tindakan yang diambil supaya sesuatu yang dilakukan tidak berterusan. Tindakan tersebut lazim dilakukan oleh pihak yang berkuasa ataupun pihak yang tiada persefahaman. Berikut adalah contoh penggunaan konflik dalam politik tanah air yang melibatkan penggunaan perkataan tersebut; Ahli MT antara ditahan sertai perhimpunan (BH Sabtu 14/2/09 muka 8) Berdasarkan contoh tersebut, gambaran konflik dapat diinterpretasi melalui tindakan yang dilakukan oleh pihak berkuasa ke atas pihak yang didapati melanggar peraturan. Telagah Perkataan telagah bermaksud berbeza pendapat atau berselisih faham melalui kata- kata. Bertelagah pendapat lazimnya berlaku dalam konteks perhubungan yang wujud konflik. Dalam politik semasa tanah air, penggunaan perkataan tersebut dapat dilihat sebagaimana dalam contoh berikut: Hina raja: Ibrahim Ali bertelagah dengan pembangkang (UM Jumaat 20/2/09 muka 8) Berdasarkan contoh tersebut, perkataan bertelagah menggambarkan wujud konflik, iaitu yang melibatkan dua pihak yang berbeza pendapat dalam sesuatu isu. Tuduh Perkataan tuduh bermaksud mengatakan seseorang itu melanggar peraturan, undang-undang atau melakukan kesalahan. Tuduhan dibuat oleh pihak yang mempunyai kuasa, hak ataupun pihak yang sedang berkonflik untuk merujuk kepada sesuatu tindakan yang tidak baik. Dalam konteks politik semasa tanah air, perkataan tuduh dan tuduhan digunakan dalam media, seperti contoh berikut: Anwar gagal jawab tuduhan (UM Jumaat 20/2/09 muka 5) Pas tuduh media mahu runtuhkan negara (UM Rabu 18/2/09 muka 5) Berdasarkan contoh tersebut, gambaran konflik dapat diinterpretasi melalui tindakan suatu pihak menyatakan pihak lain melakukan perkara yang tidak baik. Book 1.indb 106 5/24/2012 9:24:35 AM
  • 107Gambaran Konflik Politik Di Malaysia Berdasarkan Maksud Dan Penggunaan Kata-Kata Undi Tidak Percaya Ungkapan undi tidak percaya adalah satu tindakan atau proses dalam prinsip demokrasi. Tindakan tersebut menggambarkan bantahan atau tidak bersetuju dengan sesuatu pihak. Dalam situasi politik semasa tanah air, ungkapan tersebut digunakan dalam media seperti yang digunakan dalam contoh berikut; Nizar usul undi tidak percaya terhadap Zambry (UM Isnin 23/2/09 muka 4) Berdasarkancontohtersebut,gambarankonflikdapatdiinterpretasimelaluitindakan yang dilakukan oleh anggota kumpulan ke atas satu pihak dalam kumpulan mereka yang berbeza pendapat. Waran Tangkap Waran ialah dokumen bertulis yang dikeluarkan oleh majistret untuk menangkap seseorang atau menggeledah hartanya (Kamus Undang-Undang, 2005). Waran tangkap dikeluarkan oleh mahkamah bagi membolehkan pihak yang terlibat dengan perbicaraan ditangkap dan dibawa ke mahkamah untuk membantu proses perbicaraan. Dalam konteks politik tanah air, didapati bahawa waran tangkap digunakan dalam media, seperti contoh berikut: Hakim batal waran tangkap Mohd Osman (Adun Chankat Jering) (BH Jumaat 20/02/09 muka 18) Berdasarkancontohtersebut,gambarankonflikdapatdiinterpretasimelaluitindakan hakim ke atas pihak tertentu untuk membantu penyelesaian konflik. Kesimpulan Maksud dan fungsi sebenar penggunaan perkataan atau ungkapan konflik hanya dapat ditafsir dalam konteks. Hasil kajian mendapati bahawa dalam konteks politik semasa tanah air, terdapat banyak perkataan dan ungkapan yang digunakan dalam media cetak tempatan untuk menggambarkan kewujudan konflik. Hal ini menggambarkan keseriusan isu politik tanah air. Selain itu, jumlah dan kepelbagaian perkataan dan ungkapan konflik juga menggambarkan kemampuan bahasa Melayu untuk memperkatakan apa-apa sahaja isu, bidang atau situasi. Kajian yang dilakukan telah mengenal pasti kata-kata dan ungkapan konflik yang berupa perbuatan, seperti demonstrasi, lompat parti, pulau, halang, rampas, gantung dan lain-lain. Selain itu, terdapat konflik dalam bentuk kata-kata, seperti dakwa, hasut, tuduh, selar, cabar, kritik, maki, telagah dan lain-lain. Rujukan Ahmad Ramizu bin Abdullah. 2007. Konflik dan Kuasa dalam Mahkamah Syariah: Analisis Pragmalinguistik Kata dan Ungkapan, Tesis Ijazah Kedoktoran. Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya Book 1.indb 107 5/24/2012 9:24:35 AM
  • 108 Demokrasi Dan Pilihan Raya Allwood, Jens, 1992. “Concepts of Conflict and Conflict Resolutions–Universal and Culture Specific (Swedish) Aspects“, Paper presented at the Workshop on Culturally Determined Models of Conflict and Conflict Resolution, Cameron Highlands, April 1992. Asmah Hj. Omar, 1996. Wacana Perbincangan, Perbahasan dan Perundingan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. , 1998. Concepts of Conflicts, War and Peace in the Malay Language, Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Kamus Dewan (edisi keempat), 2007. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kamus Undang-Undang (Bahasa Inggeris-Bahasa Melayu), (cetakan ke-7), 2005. Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. Manser Martin dan Megan Thomson (ed.), 1995. Times Chambers Combined Dictionary Thesaurus, Singapore: Chambes Harrap Publisher Ltd. Mohd. Radzali Masrum, 2001. Maksim dan Ungkapan Undang-Undang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Moraise, Elaine, 1994. “Malaysians Bussiness Talk: A Study of the Pattern of Conflict and Non Verbal Interactions,” Tesis Ph.D. yang dikemukakan untuk memenuhi keperluan Ijazah Doktor Falsafah, Pusat Bahasa, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Politics. (2009). In Merriam-Webster Online Dictionary. Retrieved May 12, 2009, from http://www.merriam-webster.com/dictionary/politics Robbins Stephen P., 1986. Organizational Behaviour, Englewood Cliff New Jersey: Prentice. Hall. Simmel George, 1968. Conflict and The Web of Group Affiliations, New York: The Free Press. Book 1.indb 108 5/24/2012 9:24:35 AM
  • Pilihan Raya Dan Mobilisasi Politik Di Kawasan Pinggiran Di Sarawak Neilson Ilan Mersat Abstract Political mobilization by political parties during elections provides the opportunity for the electorate to take part in politics. It allows them to “engage’ in political process. Mobilisation of support during elections incurs high costs for the candidates. Major expenses are for transportation, banners and posters, and organising gatherings in villages and residential areas. Other preparations are printing posters and electoral paraphernalia. One factor that contributes to high electioneering costs in Sarawak is the dispersed nature of the electorate. To reach the electorate requires slow and expensive travel. In view of the high electioneering costs the candidates need to identify less expensive but effective way of getting their message across to the voters.Today there are various new techniques of political mobilization resulting from the rapid development in the field of information technology. This paper argues that as modern techniques of campaigning and mobilizing of supporters take the centre stage the conventional way such as face-to-face type of intereaction through political gatherings is still popular in the rural constituencies. The two case studies in this paper suggest that the old and conventional way such as besun- sun gempuru is still widespread. Apparently such technique of mobilizing political supporters is likely to stay in Sarawak politics. Keywords: electoral politics, political mobilization, techniques, technology Pengenalan Pilihan raya adalah asas kepada demokrasi yang memberi peluang serta ruang kepada rakyat sesebuah negara untuk melibatkan diri secara langsung dalam proses demokrasi. Sememangnya pemerintah yang dipilih melalui pilihan raya akan menjadikan mandat yang mereka perolehi itu sebagai asas kepada keabsahan (legitimacy) pemerintahan. Parti-parti politik dan individu yang menawarkan diri untuk bertanding dalam sesuatu pilihan raya sudah tentunya akan menggunakan pelbagai taktik untuk menggerakkan sokongan atau mobilisasi politik, khasnya di peringkat akar umbi. Pelbagai aktiviti untuk penyokong-penyokong akan disusun untuk membolehkan mereka lebih bersedia dalam menghadapi sesuatu pilihan raya. Kos untuk proses tersebut adalah tinggi dan pelbagai cabaran serta kekangan yang perlu dihadapi dalam proses pilihan raya. Book 1.indb 109 5/24/2012 9:24:35 AM
  • 110 Demokrasi Dan Pilihan Raya Sarawak telah mengadakan pilihan raya DUN kali terakhir pada bulan Mei 2006. Dalam pilihan raya tersebut kawasan bandar yang dahulunya pernah dikuasai oleh SUPP jatuh ke tangan pembangkang. Di kawasan luar bandar pula sokongan kepada BN kekal kecuali di kawasan Engkelili dan Ngenah yang dimenangi oleh wakil-wakil parti bebas. Selepas pilihan raya tersebut pembangkang berjaya memperoleh lapan kerusi DUN dan semenjak itu perbahasan di DUN Sarawak kerap kali menarik perhatian umum. Pilihan Raya Umum Malaysia Ke-12 diadakan pada 8 Mac 2008. Parti-parti politik yang bertanding di Sarawak ialah Barisan Nasional (BN), Parti Keadilan Rakyat (PKR), Sarawak National Party (SNAP), Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan Democratic Action Party (DAP). Tempoh berkempen ialah selama sebelas hari. Tempoh yang ditetapkan adalah sesuai kerana keluasan pilihan raya di Sarawak kawasan yang begitu luas, tempoh berkempen yang lama memerlukan perbelanjaan yang besar. Pengkaji-pengkaji politik Sarawak, khasnya yang menulis tentang pilihan raya memberikan gambaran bahawa proses pilihan raya di Sarawak sememangnya meriah dan kos untuk mobilisasi penyokong-penyokong amat tinggi. Bagi penyokong-penyokong di luar bandar mobilisasi politik melibatkan gabungan cara moden dan tradisional. Cara moden pada era ledakan teknologi maklumat seperti penggunaan internet, SMS, blog dan sebagainya tidak semestinya cara yang terbaik untuk mobilisasi sokongan pengundi-pengundi di kawasan luar bandar. Untuk tujuan perbincangan ini dua kerja lapangan didua kawasan berhubung dengan proses pilihan raya yang telah diadakan di Sarawak pada bulan Mac 2008 dan juga pada bulan April 2009. Kerja lapangan yang pertama diadakan semasa Pilihan Raya Umum Ke-12 di kawasan parlimen Saratok yang terletak di kawasan Bahagian Betong, Sarawak. Kerja lapangan yang kedua diadakan semasa pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri di Bahagian Sri Aman, Sarawak pada April 2009. Besun-sun Gempuru Semasa Penamaan Calon Pada 24 Mei 2005, Tuai Rumah Bee dan seluruh penghuni rumah panjang tersebut begitu sibuk kerana terlibat secara langsung dengan aktiviti menyediakan makanan dan menghias rumah panjang mereka yang akan didatangi oleh beratus-ratus tetamu pada malam itu. Pelbagai jenis makanan yang diperolehi daripada hutan dan juga dibeli dari kedai-kedai runcit yang berdekatan mula disediakan. Saudara- mara datang dan membuat kerja membanting tulang untuk memberikan sokongan. Terdapatpengunjungyangdatangberjalankakimanakalasebahagianbesardaripada mereka menggunakan kenderaan dan motosikal. Saudara mara daripada beberapa buah rumah panjang yang berdekatan juga hadir. Mereka bukan sekadar datang dengan tangan kosong sebaliknya ada yang membawa hasil hutan seperti umbut, rebung dan juga buluh untuk memasak lemang. Persekitaran rumah panjang pula sudah dibersihkan dan generator yang rosak juga telah dibaiki sebagai persediaan untuk majlis yang bermakna itu. Rumah Panjang Tuai Rumah Bee terletak di tepi jalan raya dan saudara mara dari rumah panjang lain yang melalui Rumah Panjang Tuai Rumah Bee akan turut berhenti untuk memberikan pertolongan. Setelah penat berkerja mereka juga dihidangkan makanan dan minuman seperti tuak yang terdiri dari pelbagai jenama minuman keras yang lain. Suasana yang sunyi menjadi riuh rendah dan perkataan Book 1.indb 110 5/24/2012 9:24:35 AM
  • 111Pilihan Raya Dan Mobilisasi Politik Di Kawasan Pinggiran Di Sarawak yang kerap kali kedengaran ialah politik, kuasa, bertanding (bediri), calon (pengari), pilihan raya (bepilih), mengundi (ngundi), kerajaan (perintah) dan kempen (kimpin). Perkataan-perkataan yang diluahkan itu menggambarkan tujuan perjumpaan yang akan diadakan pada malam tersebut. Ini juga memberi gambaran bahawa penduduk- penduduk di rumah panjang itu sudah politically charged. Bendera Malaysia dan juga bendera parti politik turut dinaikkan pada setiap hujung rumah panjang tersebut.1 Pakar-pakar adat tradisional sudah mula sibuk dengan persediaan masing- masing. Mereka juga memainkan peranan yang penting dalam upacara politik di peringkat rumah panjang. Ini kerana penduduk rumah panjang masih lagi mengamalkan upacara-upacara tradisional yang diwarisi daripada nenek moyang mereka. Sesekali kedengaran suara pakar jampi ataupun lemambang membuat persediaan dengan menyebut mantera masing-masing. Mereka juga memastikan bahawa peralatan yang akan digunakan telah disediakan. Misalnya, upacara seperti begendang rayah dan miring memerlukan banyak peralatan. Gendang rayah memerlukan dua gong besar dan dua gong kecil. Ini bermakna empat orang diperlukan untuk memukul gong dan canai mereka ini bukan orang sebarangan, tetapi terdiri daripada mereka yang dilatih untuk memukul gong dan canai gendang rayah. Piring yang akan dipersembahkan kepada roh memerlukan 18 jenis makanan. Kawasan Rumah Panjang Tuai Rumah Bee mula dibanjiri pengunjung bermula dari jam enam petang. Dalam surat jemputan yang dihantar kepada berpuluh-puluh buah rumah panjang yang berdekatan telah dinyatakan bahawa majlis perjumpaan politik akan dimulakan pada jam tujuh malam. Penduduk-penduduk dari rumah panjang yang berdekatan datang berjalan kaki manakala bagi mereka yang lebih jauh pula menggunakan kenderaan dan juga motosikal. Mereka yang hadir adalah dari segenap lapisan umur. Turut kelihatan ialah orang-orang tua dan anak-anak kecil. Kedatangan mereka disambut oleh Tuai Rumah Bee dengan anak buahnya. Semua tetamu yang datang dipersilakan mengambil tempat duduk di ruai (ruang terbuka). Kemudiannya mereka dihidangkan dengan minuman ringan oleh penduduk rumah panjang tersebut. Minuman tradisional seperti tuak juga dihidangkan kepada tetamu-tetamu yang datang. Pada pukul tujuh malam, kumpulan yang memukul gendang memulakan tugas mereka. Gendang mengalu-alukan tetamu (ngelalu temuai) dipukul untuk menandakan kedatangan tetamu khas. Dua orang penting yang tiba pada masa itu ialah seorang bakal calon dan seorang lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasantersebut.ADUNkawasantersebutakanmengiringicalonkepusatpenamaan calon pada keesokan harinya.2 Kedua-dua tetamu khas itu datang bersama-sama isterimasing-masingdandisambutdenganupacaratradisional.Sebaiksahajamereka tiba di perkarangan rumah panjang Tuai Rumah Bee memulakan upacara miring. Upacara tersebut dikendalikan oleh beberapa orang yang pakar dalam perkara itu. Mereka semuanya duduk di atas tikar untuk mengadakan upacara miring. Tujuan mengadakan miring ialah untuk menghalau roh-roh jahat yang mungkin mengikuti rombongan tersebut dalam perjalanan mereka ke rumah panjang itu. Roh-roh jahat ini tidak dibenarkan masuk. Mereka akan diberikan semahan dan dihalang masuk ke rumah panjang tersebut kerana kehadiran mereka boleh membawa malapetaka. Jenis piring ialah piring enselua dan akan diletakkan di luar perkarangan rumah panjang tersebut.3 Seterusnya tetamu-tetamu khas diarak naik ke rumah panjang. Mereka berarak di sepanjang ruai dan berjabat tangan dengan ratusan penyokong yang sudah Book 1.indb 111 5/24/2012 9:24:35 AM
  • 112 Demokrasi Dan Pilihan Raya menunggu sejak dari jam enam petang. Perarakan tersebut didahului oleh seorang penari tarian ngajat dan beliau diikuti oleh beberapa orang gadis yang berpakaian tradisional iban (ngepan iban). Sambil berjalan dari ruai ke ruai, tetamu-tetamu khas itu diberi minum tuak sebagai air untuk membasuh kaki (masu kaki). Kemudian tetamu-tetamu khas dan rombongannya dijemput duduk di tempat khas di bahagian pantar.4 Makan malam mula dihidangkan kepada semua tetamu yang datang. Sememangnya sukar untuk Tuai Rumah Bee dan anak buah beliau menghidangkan makanan kepada tetamu yang begitu ramai tetapi dengan bantuan saudara mara dari rumah panjang yang lain, upacara tersebut berjalan dengan lancar. Majlis formal dimulakan setelah selesainya makan malam. Sebelum upacara formal dimulakan, maka upacara miring sekali lagi diadakan. Upacara miring dimulakan dengan gendang rayah. Gendang rayah bertujuan untuk memberitahu roh-roh yang baik bahawa orang di rumah panjang tersebut melakukan upacara penting (bisi pengawa) dan mereka dijemput datang untuk memberikan sokongan kepada mereka. Kumpulan yang melakukan miring diketuai oleh seseorang yang dinamakan tuai miring. Beliau menetapkan apakah jenis piring yang akan dihidangkan serta berapakah jumlah serpihan pinang dan sirih yang perlu digunakan. Selepas upacara miring selesai, maka piring itu hendaklah dijampi (dibiau) oleh seseorang lemambang ataupun tukang biau. Jampi tersebut mengambil masa di antara setengah jam hingga empat puluh lima minit. Ringkasnya, lemambang akan memanggil semua roh-roh untuk datang membantu calon mereka yang akan bertanding dalam pilihan raya tersebut. Upacara miring hanya boleh dianggap selesai dengan mengadakan satu lagi sesi gendang rayah. Kumpulan yang memukul gendang rayah akan memukul gendang sebanyak tujuh kali.5 Upacara tradisional ini semenangnya menarik perhatian tetamu yang datang pada malam itu. Bagi sesetengah tetamu, ini merupakan elemen tradisional yang penting dan berjaya diselitkan dalam proses mobilisasi politik pada zaman moden. Lebih penting ialah unsur-unsur tradisional ini akan terus hidup bila terdapat upacara politik seperti ini. Tuai Rumah Bee memulakan acara formal dengan membuat ucapan aluan kepada semua tetamu yang datang. Pada malam tersebut dianggarkan tidak kurang daripada 600 orang tetamu yang datang membanjiri rumah panjang beliau. Apa yang pasti ialah mereka semuanya datang dengan satu tujuan iaitu untuk memberikan sokongan kepada calon mereka. Ucapan beliau yang ringkas dan padat diikuti oleh ucapan-ucapan daripada beberapa orang pemimpin masyarakat di kawasan tersebut. Setiap Tuai Rumah yang hadir diberi penghormatan untuk menghadap tetamu khas di bahagian pantar. Secara keseluruhannya, ucapan-ucapan yang disampaikan penuh dengan semangat perjuangan dan diikuti dengan tepukan dan juga sorakan. Seramai 24 orang tuai rumah hadir pada majlis tersebut. Ucapan penting pada malam itu ialah daripada calon yang akan bertanding. Ini merupakan key note address bagi calon tersebut. Pada masa inilah beliau menjelaskan rancangan beliau untuk penduduk di kawasan tersebut seandainya beliau menang dalam pilihan raya kelak. Sudah tentunya isu utama yang dilaungkan ialah pembangunan. Beliau berjanji akan membangunkan kawasan tersebut sedaya upaya untuk tidak mengecewakan penduduk-penduduk di kawasan tersebut. Ucapan beliau yang mengambil masa hampir satu jam itu diberi tepukan yang gemuruh. Ucapan yang terakhir pada malam itu ialah daripada ADUN kawasan tersebut. Beliau menyeru ratusan penyokong yang hadir supaya jangan mengundi calon Book 1.indb 112 5/24/2012 9:24:35 AM
  • 113Pilihan Raya Dan Mobilisasi Politik Di Kawasan Pinggiran Di Sarawak lain (anang limpang). Beliau juga memberitahu bahawa kedua-dua mereka boleh bekerjasama untuk memajukan kawasan tersebut. Selepas selesainya upacara formal, maka upacara persembahan kebudayaan dimulakan. Persembahan-persembahan terdiri daripada tarian tradisional dan juga moden. Tarian tradisional dijadikan pembuka tirai dan sesiapa yang pandai ngajat akan turut dijemput untuk membuat persembahan. Pada masa tersebut, tetamu khas yang mahir dalam tarian pada awalnya duduk di atas sudah mula mengambil tempat duduk bersama-sama dengan rakyat biasa. Mereka kelihatan berhibur dan menari bersama-sama dengan penyokong-penyokong mereka. Pada masa inilah interaksi di antara orang politik dengan penyokong-penyokong mereka amat rapat. Tarian tardisional kemudian diikuti dengan tarian moden dan juga nyanyian karaoke. Suasana pada malam itu seumpama satu bentuk pesta serta melibatkan segenap lapisan masyarakat. Kumpulan yang tidak terlibat langsung dengan upacara kebudayaan turut menonton persembahan dengan memberikan tepukan. Mereka berpesta dan perkataan-perkataan politik sering kedengaran dalam setiap perbualan mereka. Persembahan kebudayaan pada malam tersebut berlarutan sehingga awal pagi walaupun sebahagian besar daripada tetamu telah balik ke rumah panjang masing-masing kerana pada keesokan harinya mereka akan menghadiri satu lagi majlis perjumpaan yang lebih besar dan meriah di pekan yang berdekatan. Pada pukul 7.30 pagi 25 Februari 2008 perkarangan dewan orang ramai yang terletak kira-kira dua kilometer daripada pusat penamaan calon telah penuh sesak. Penyokong-penyokong parti berkumpul di situ. Pada kali ini lebih ramai penyokong yang datang untuk memberikan sokongan. Malah mereka yang tidak berpeluang hadir pada malam sebelumnya turut hadir sama. Mereka membawa bendera dan sepanduk serta melaung-laungkan nama calon dan slogan politik untuk membakar semangat ahli-ahli yang lain. Pada masa ini, sekali lagi calon yang bertanding berpeluang untuk berinteraksi dengan penyokong-penyokong yang akan bersama- sama mengiringi beliau ke pusat penamaan calon. Jumlah penyokong-penyokong yang hadir untuk mengiringi calon tersebut dianggarkan tidak kurang daripada tiga ribu orang semuanya. Sememangnya calon-calon yang bertanding akan berusaha untuk mendapatkan ramai penyokong untuk mengiringi beliau pada hari penamaan calon. Ini kerana mereka ingin kelihatan mempunyai penyokong yang ramai. Taktik seperti ini sememangnya lazim dilakukan dalam mana-mana pilihan raya. Mengikut Sachsenroder (1998, 18) ini adalah satu bentuk rent a mob iaitu taktik untuk tujuan publisiti. Calon-calon yang bertanding memerlukan taktik ini untuk menunjukkan kepada lawan bahawa beliau mempunyai ramai penyokong. Setelah proses penamaan calon selesai maka penyokong-penyokong calon pun balik ke rumah panjang masing-masing. Besun-sun Gempuru dari Rumah Panjang ke Rumah Panjang Kawasan pilihan raya Saratok mempunyai 286 buah rumah panjang dan 40 kampung. Jumlah rumah panjang yang begitu banyak menyukarkan seseorang calon untuk menemui pengundi dalam jangka masa yang singkat. Bagi memastikan semua penyokong mempunyai peluang untuk berinteraksi dengan calon, maka sesi gempuru diadakan di lokasi-lokasi tertentu. Bahagian seterusnya membincangkan pemerhatian Book 1.indb 113 5/24/2012 9:24:35 AM
  • 114 Demokrasi Dan Pilihan Raya terhadap proses mobilisasi sokongan semasa berkempen di rumah panjang di sepanjang tempoh pilihan raya tersebut. Di sepanjang tempoh berkempen tersebut, calon yang bertanding telah mengadakan sekurang-kurangnya tiga perjumpaan sehari. Ini bermakna dalam tempoh tersebut beliau telah mengadakan sekurang-kurangnya 30 perjumpaan di rumah-rumah panjang di kawasan beliau. Jadual perjumpaan adalah seperti berikut; perjumpaan pertama akan diadakan pada jam sembilan pagi dan ini diikuti dengan perjumpaan yang kedua, iaitu pada pukul dua petang. Perjumpaan yang ketiga adalah pada sebelah malam iaitu kira-kira pukul tujuh malam. Tempat-tempat perjumpaan ditetapkan berdasarkan lokasi sesebuah rumah panjang. Ini kerana penyokong-penyokong dari rumah panjang yang lain turut dijemput hadir. Oleh itu lokasi rumah panjang yang dipilih mestilah berada tidak terlalu jauh jaraknya dari rumah panjang yang lain. Ini untuk membolehkan penyokong-penyokong dari rumah panjang lain datang berkumpul di lokasi tersebut. Pada setiap perjumpaan tidak kurang daripada sepuluh buah rumah panjang yang berdekatan penduduknya akan dijemput hadir. Persediaan untuk perjumpaan- perjumpaan ini tidak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan persediaan pada hari penamaan calon. Dengan itu hanya rumah panjang yang mampu dan bersetuju untuk mengadakan gempuru akan dipilih. Perjumpaan pada sebelah siang tidak dapat dijalankan kerana masa agak terhad. Oleh itu, upacara persembahan kebudayaan tidak dapat dilangsungkan. Perjumpaan pada sebelah malam pula biasanya berlarutan ke tengah malam serta diisi dengan pelbagai persembahan kebudayaan dan moden sebaik sahaja upacara formal selesai. Setiap perjumpaan akan dimulakan dengan ucapan oleh tuai rumah ataupun wakil beliau. Di samping mengalu-alukan tetamu yang hadir beliau juga menyatakan sokongan daripada rumah panjang beliau terhadap calon yang bertanding. Ucapan beliau disusuli oleh ucapan Tuai-Tuai rumah lain yang turut diberi peluang untuk memberi ucapan. Ringkasnya, ucapan-ucapan mereka mengandungi dua perkara. Pertama, menyatakan permohonan projek bagi rumah panjang mereka sekiranya calon itu berjaya kelak dan kedua, memberikan sokongan kepada calon yang bertanding dalam kata-kata seorang tuai rumah, “kami nyukung lalu kami arapka nuan anang enda selalu malik lalu bedulika kami”. (bermaksud : kami menyokong anda dan kami berharap nanti kamu juga akan mengambil berat tentang masalah kami).6 Seorang lagi ketua masyarakat berkata, “kami ngundi pengari ti diau di padang, selalu ngabas kami lalu selalu dipeda begulai enggau rayat” (bermaksud : kami hanya akan mengundi calon yang sentiasa berada di “padang” dan selalu bergaul dengan kami).7 Setiap ketua masyarakat diberi peluang untuk berucap di antara tujuh hingga sepuluh minit. Seandainya sepuluh orang tuai rumah yang akan berucap, maka masa yang diperlukan untuk ucapan mereka adalah lebih daripada satu jam. Selain daripada ketua-ketua masyarakat, orang-orang tempatan yang berpengaruh juga diberi peluang berucap. Misalnya, salah seorang daripada ahli rombongan calon merupakan seorang peguam. Beliau adalah di antara anak tempatan yang telah berjaya dalam bidang guaman. Dalam ucapannya, beliau menyeru penduduk tempatan supaya memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi. PilihanRayaUmumKe-12tidakmemperlihatkananginperubahanituditeruskan apabila BN memenangi 26 daripada 27 kerusi parlimen di Sarawak. Persoalannya ialah mengapa angin perubahan itu tidak dapat dirasakan di seluruh Sarawak? Book 1.indb 114 5/24/2012 9:24:35 AM
  • 115Pilihan Raya Dan Mobilisasi Politik Di Kawasan Pinggiran Di Sarawak Adakah majoriti pengundi di Sarawak berpuas hati dengan BN dibandingkan dengan rakyat di Semenanjung Malaysia yang menterjemahkan perasaan marah mereka dalam bentuk gelombang marah rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-12? Bahang Pilihan Raya Umum Ke-12 masih dapat dirasakan lagi dan kini pengundi-pemgundi di kawasan Batang Air sudah berhadapan dengan satu lagi pilihan raya kecil. Berikut adalah teknik mobilisasi penyokong-penyokong parti oleh salah seorang daripada calon yang bertanding. Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Batang Air Pada bulan Mei 2008, Datuk Dublin Unting, ADUN kawasan Batang Air jatuh sakit akibat serangan angin ahmar dan meninggal dunia pada 25 Februari 2009. Kawasan DUN Batang Air adalah di bawah pentadbiran Pejabat Daerah Lubok Antu. Kawasan tersebut mempunyai seramai 8006 orang pengundi berdaftar. Luas kawasan DUN Batang Air ialah 1,341 km persegi dan 95 peratus daripada pengundi kawasan tersebut ialah Iban manakala selebihnya ialah kaum Cina dan Melayu. Sebanyak 50.8 peratus pengundi adalah wanita manakala sejumlah 48.21 peratus pula adalah mereka yang lahir selepas merdeka iaitu selepas tahun 1963. Pengundi yang berusia kurang daripada 30 tahun adalah sebanyak 8.54 peratus (Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia). Kawasan Batang Air terletak berdekatan dengan sempadan Indonesia. Pekan Lubok Antu terletak di Batang Air iaitu kira-kira 200 KM dari Kuching dan mengambil masa empat jam untuk sampai dari Kuching ke Lubok Antu. DUN Batang Air adalah kawasan luar bandar serta serba kekurangan dari pelbagai aspek seperti jalan raya, elektrik, bank, sekolah dan juga kemudahan-kemudahan asas yang lain. Misalnya untuk pergi ke sebuah rumah panjang di Rantau Kembayau Manis di kawasan Batang Air memerlukan masa lima hingga enam jam. Kawasan Batang Air pernah mendapat perhatian umum kerana projek empangan hidro. Pada awal tahun 1980-an beribu-ribu penduduk telah dipindahkan dan ditempatkan di 25 buah rumah panjang di kawasan penempatan semula Batang Air. Mereka diberikan wang pampasan dan juga tanah untuk aktiviti pertanian. Namun impak penempatan semula terhadap budaya dan cara hidup mereka begitu basar. Pelbagai masalah timbul akibat daripada penempatan semula. Kerajaan Sarawak menjanjikan pemberian tanah berjumlah lapan ekar kepada setiap keluarga. Namun janji untuk memberikan tanah dua ekar hanya ditunaikan dalam bentuk pampasan duit lebih dua puluh tahun kemudian (iaitu menjelang pilihan raya Dewan Undangan Negeri 2006). Ini adalah salah satu daripada isu kerana mereka rasa tertipu. Sejarah pilihan raya melibatkan kawasan Batang Air tidak kurang menariknya. Sehingga pilihan raya pada tahun 1970, wakil kawasan Batang Air dipilih melalui pilihan raya Majlis Kerajaan Tempatan. Lebih menarik lagi, kawasan DUN Batang Air telah mengadakan tiga pilihan raya kecil. Ini bermakna pengundi di kawasan Batang Air telah melalui proses pilihan raya kecil yang lebih kerap jika dibandingkan dengan tempat-tempat lain di Sarawak. Pilihan raya kecil yang pertama ialah pada tahun 1986 selepas kematian ADUN kawasan tersebut iaitu Sylvester Langit akibat kemalangan jalan raya. Pilihan raya kecil yang kedua diadakan pada tahun 1987 selepas kematian ahli parlimen Lubok Antu, Andrew Janggi. Pada bulan April 2009, pengundi di Batang Air menghadapi pilihan raya kecil yang ketiga. Pada pagi 29 Mac 2009, pekan Lubok Antu betul-betul berubah wajah. Pekan yang sebelumnya sunyi dan lengang mula dibanjiri oleh orang ramai. Mobilisasi Book 1.indb 115 5/24/2012 9:24:35 AM
  • 116 Demokrasi Dan Pilihan Raya politik yang sangat intensif menjelang pilihan raya kecil tersebut membuatkan pekan Lubok Antu menjadi tumpuan rakyat Sarawak dan juga seluruh pelusuk Malaysia. Jalan raya yang dahulunya sentiasa lengang kini dibanjiri kereta menyebabkan kesesakan lalu lintas menghala ke pekan Lubok Antu. Perarakan mengiringi calon ke pusat penamaan calon dimulakan oleh PKR yang diketuai Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid. Ini diikuti oleh perarakan calon BN yang diketuai oleh Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Taib Mahmud. Sepertimana yang dijangkakan seramai tiga orang telah mengemukakan borang pencalonan mereka. Selain daripada Malcom Mussen (BN) dan Jawah Gerang (PKR), seorang lagi calon bebas ialah Johnny Chuat. Namun beliau membuat keputusan yang mengejutkan untuk tidak bertanding di saat-saat akhir sebaliknya memberikan sokongan kepada calon PKR. Sokongan beliau boleh dianggap sebagai kemenangan awal bagi PKR pada pilihan raya kecil tersebut. Sepertimana yang dituntut oleh demokrasi, calon dan parti politik dibenarkan membincangkan isu secara terbuka. Pelbagai isu telah dibahaskan semasa pilihan raya tersebut dan sebahagian besar daripada isu yang dibangkitkan pernah ditimbulkan berkali-kali dalam pilihan raya yang lepas. Empat isu utama yang dan dapat dikenal pasti ialah (a) isu pembangunan, (b) isu tanah adat, (c) isu etnik Iban, (d) isu kerelevanan parti lawan. Seperkara yang menarik dalam proses politik yang melibatkan masyarakat pribumi Iban ialah pentingnya upacara tradisi seperti miring. Ini kerana ramai penduduk rumah panjang yang masih lagi mengamalkan upacara-upacara tradisional yang diwarisi daripada nenek moyang mereka. Piring adalah terdiri daripada 18 jenis makanan yang akan dipersembahkan kepada roh. Jenis-jenis makanan adalah seperti pinang, sirih, kapur, engkelait (Uncaria gambir), rokok apung, tembakau, nasi, pulut putih, pulut merah, kuih manis (penganan), pisang, tepung (sagun) , letup (popped rice), minyak, garam, ketupat, telur, dan tuak. Pada pilihan raya kecil Batang Air, beberapa upacara ritual tradisi masyarakat telah dilangsungkan. Calon-calon yang bertanding akan mengadakan upacara miring sekurang-kurangnya tiga kali. Pertama ialah semasa “sandau ari” yang bertujuan untuk menguatkan semangat calon, kedua ialah pada malam menjelang penamaan calon dan ketiga adalah pada sebelah pagi pada hari penamaan calon. Salah seorang daripada calon telah menyediakan majlis yang dinamakan sebagai “sandau ari” di rumah panjang beliau sendiri di Danau, Engkelili pada 25 Mac 2009. Penulis telah membuat pemerhatian proses “sandau ari” di rumah calon berkenaan selama dua hari iaitu pada 25 hingga 26 Mac 2009. Pada masa tersebut upacara miring diadakan di kawasan luar rumah panjang. Mereka yang menyediakan upacara miring terdiri daripada pakar-pakar adat kaum Iban. Ini diikuti oleh pembacaan mantera oleh “lemambang” yang mahir. Tujuan mentera tersebut ialah untuk memanggil roh-roh supaya datang dan membantu calon tersebut dalam pilihan raya yang akan diadakan dalam beberapa hari sahaja lagi. Calon duduk di atas gong yang dilapik dengan kain tenunan tradisional iaitu pua kumbu. Berdasarkan pemerhatian yang dibuat ketika upacara tersebut berlangsung, dianggarkan tidak kurang daripada 300 orang yang hadir. Mereka terdiri daripada saudara-mara dan penyokong-penyokong. Menjelang hari penamaan calon, satu majlis perjumpaan secara besar-besaran telah diadakan di rumah Winston Manai di Ng San pada malam 28 Mac 2009. Jumlah yang hadir pada majlis ini adalah lebih besar serta turut dihadiri oleh Book 1.indb 116 5/24/2012 9:24:35 AM
  • 117Pilihan Raya Dan Mobilisasi Politik Di Kawasan Pinggiran Di Sarawak pemimpin-pemimpin politik yang sama-sama turut memberikan sokongan moral kepada calon yang akan bertanding. Dua peringkat miring diadakan. Miring pertama telah diadakan sebaik sahaja tetamu-tetamu kehormat tiba. Mereka akan disambut dengan tarian ngajat dan pukulan gong sebaik sahaja mereka tiba di perkarangan rumah panjang. Di situlah upacara miring dilakukan untuk membuang semua perkara yang tidak baik (muai burung jai) dan berharap majlis yang akan diadakan mendapat berkat serta berjalan dengan lancar. Selepas upacara miring di bahagian luar rumah panjang selesai, semua tetamu dan orang ramai akan diiring masuk kedalam rumah sambil diiringi oleh tarian ngajat. Ini adalah cara penduduk rumah panjang menyambut tetamu mereka. Kali kedua upacara miring diadakan ialah pada sebelah malam di ruai Tuai Rumah. Calon sekali lagi akan duduk di atas gong, memakai baju tradisional (baju burong) dan sebelah tangan beliau akan memegang tombak (sangkuh). Di hadapan beliau ialah beberapa orang pemimpin politik dan penyokong-penyokong yang sama-sama menyaksikan upacara tersebut. Sekali lagi upacara miring akan dikendalikan oleh pakar-pakar adat Iban. Selepas upacara miring seorang pembaca mantera (lemambang) akan memulakan upacara membaca mantera selama 15 hingga 20minit.Diantaramanterayangdisebutolehlemambangialahmenerangkanmengapa mereka berkumpul dan memohon bantuan daripada roh-roh nenek moyang supaya membantu calon tersebut pada hari penamaan calon pada keesokannya. Pada awal pagi hari penamaan calon iaitu pada 29 Mac 2009, satu lagi upacara miring dijalankan. Upacara ini dimulakan kira-kira jam 6.00 pagi dimana perarakan mengiringi calon ke pusat pencalonan dimulakan. Upacara miring diadakan di bilik gerakan parti. Piring diletakkan pada pinggan kecil dan dibalut dengan pua kumbu. Piring tersebut kemudiannya akan dibawa bersama-sama oleh seseorang yang akan menyertai perarakan ke pusat penamaan calon. Tujuan mengadakan miring ialah sekali lagi untuk memanggil dan meminta bantuan roh-roh nenek moyang agar merestui perarakan dan memohon kemenangan untuk calon. Ringkasnya, upacara tradisional seperti miring juga boleh dijadikan strategi berkempen serta mendapatkan sokongan dalam konteks politik moden. Ini kerana upacara tersebut boleh menambahkan keyakinan serta membakar semangat calon yang bertanding dan penyokong-penyokong beliau. Inilah unsur politik lama yang akan terus dikekalkan oleh calon-calon kaum Iban apabila mereka bertanding dalam sesuatu pilihan raya. Upacara ini yang dinamakan gempuru dilakukan dengan memanggil orang ramai secara berkumpulan di sesuatu tempat untuk membolehkan calon yang bertanding menyampaikan hujah mereka. Signifikan Besun-sun Gempuru Upacara gempuru sebagai taktik mobilisasi adalah signifikan dalam beberapa perkara. Pertama, upacara gempuru tersebut adalah merupakan proses interaksi bersemuka di antara bakal calon dengan penyokong-penyokong beliau. Ratusan penyokong yang hadir pada majlis gempuru tersebut untuk berinteraksi dengan calon mereka. Mereka yang turut hadir adalah orang-orang yang berpengaruh dan orang-orang kanan dalam pentadbiran rumah-rumah panjang seperti tuai-tuai rumah dan ahli-ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK). Kumpulan ini mempunyai pengaruh di peringkat akar umbi. Majlis gempuru seperti Book 1.indb 117 5/24/2012 9:24:35 AM
  • 118 Demokrasi Dan Pilihan Raya ini bukan sahaja digunakan untuk berjabat tangan dengan bakal calon, tetapi lebih daripada itu kerana mereka berpeluang berbual, menyatakan sokongan mereka serta bertanyakan pelbagai kemusykilan yang ada dalam hati sanubari mereka. Ringkasnya, gempuru mendekatkan mereka dengan bakal calon dan begitu juga sebaliknya. Kedua, unsur-unsur tradisional yang diselitkan semasa gempuru itu menunjukkan bahawa unsur-unsur tradisional boleh dipraktikkan bersama-sama dengan amalan politik moden. Bagi generasi-generasi baru yang meluangkan banyak masa berada di luar rumah panjang, perjumpaan seperti ini membolehkan mereka menyaksikan amalan-amalan tradisional dihidupkan melalui amalan politik moden. Bagi penduduk-penduduk rumah panjang pula, amalan ini amat secocok dengan amalan budaya yang diwarisi sejak turun temurun. Ketiga, gempuru itu penting kerana ia menguji semangat kerjasama dan perpaduan dalam kalangan penyokong-penyokong parti dan calon. Misalnya, penyokong-penyokong perlu menunjukkan semangat kerjasama yang tinggi dalam menjayakan upacara gempuru secara besar-besaran seperti ini. Tanpa perpaduan dan kerjasama yang erat di antara penghuni-penghuni dengan penyokong-penyokong politik, sudah tentu akan menyukarkan kerja-kerja mengendalikan majlis sebesar ini. Perpaduan yang dipupuk melalui aktiviti seperti ini akan diteruskan sepanjang tempoh berkempen tersebut. Keempat, dari segi kos pula upacara gempuru memerlukan kos yang tinggi khasnya untuk mobilisasi penyokong-penyokong yang berselerak di peringkat akar umbi. Perbelanjaan seperti bayaran makanan dan juga pengangkutan merupakan kos yang amat tinggi dan perlu ditanggung oleh calon yang bertanding. Begitu juga dengan tenaga kerja yang diperlukan untuk melakukan kerja-kerja tertentu. Pemerhatian ini juga mendapati bahawa apa yang diamati oleh Milne dan Ratnam (1974) mengenai kos pilihan raya yang tinggi di Sarawak masih lagi tepat sehingga ke hari ini. Kelima, proses politik moden juga telah membawa perubahan kepada peranan rumah panjang pada setiap pilihan raya yang diadakan. Pada zaman dahulu rumah panjang hanya dikunjungi oleh tetamu yang ramai apabila terdapatnya pesta seperti Gawai, majlis perkahwinan dan juga kematian. Pada hari ini, rumah panjang telah dijadikan tempat untuk melibatkan diri dalam proses politik. Rumah panjang akan terus dikunjungi semasa kempen diadakan. Pada zaman dahulu, tengkorak manusia digantung di ruai dan bedilang (hearth) dengan kayu apinya yang digunakan untuk memanaskan badan pada waktu subuh. Pada musim pilihan raya pula, kain rentang, poster dan bendera dengan lambang parti politik digantung di ruai. Kain rentang yang penuh dengan slogan politik menjadi pilihan. Perubahan ketara jelas dilihat pada musim pilihan raya dimana rumah panjang telah berubah wajah. Ruai (ruang tamu) dijadikan tempat untuk mengadakan ceramah politik dan berbahas tentang isu-isu politik. Keenam, lebih menarik lagi ialah upacara besun-sun gempuru yang diadakan menjelang hari penamaan calon mencerminkan satu bentuk penglibatan (engagement) dalam kalangan penduduk rumah panjang dalam proses demokrasi. Jelas bahawa penyokong-penyokong di peringkat akar umbi melibatkan diri secara langsung dengan aktiviti politik sehinggalah ke hari pengundian. Ada di antara mereka yang sanggup meninggalkan kerja harian mereka seperti pergi ke sawah atau ladang. Ini Book 1.indb 118 5/24/2012 9:24:35 AM
  • 119Pilihan Raya Dan Mobilisasi Politik Di Kawasan Pinggiran Di Sarawak merupakansatubentukkomitmenterhadapdemokrasi.Padamasainilahmasyarakat di rumah panjang begitu politically charged kerana mereka banyak didedahkan kepada isu politik. Ini juga merupakan proses sosialisasi politik di peringkat akar umbi khasnya bagi masyarakat di rumah panjang. Kesimpulan Kedua-dua kajian kes yang telah digunakan dalam penulisan ini menunjukkan bahawa proses mobilisasi politik khasnya semasa pilihan raya sememangnya menarik. Selain daripada kos yang tinggi, proses tersebut juga adakalanya sukar kerana faktor geografi dan juga tempat tinggal penyokong-penyokong parti yang terpencil. Jelas bahawa pelbagai cara telah digunakan untuk mobilisasi penyokong seperti mengadakan majlis-majlis perjumpaan di rumah-rumah panjang seperti ‘begempuru’ dan juga menyelitkan unsur-unsur tradisi dalam amalan politik moden. Sememangnya gempuru menjelang hari penamaan calon itu penting kerana pada masaitulahcalonberpeluang memperkenalkan diri,berinteraksi denganpenyokong- penyokong beliau, membuat key note address dan menyatakan pendirian beliau tentang sesuatu isu. Lebih daripada itu, gempuru juga menguji kesepaduan sokongan dan keberkesanan jentera pilihan raya di peringkat akar umbi. Gempuru seperti itu juga boleh digunakan untuk mengukur sokongan yang diberikan kepada calon. Gempuru pada hari penamaan calon adalah pada peringkat yang pertama. Peringkat yang kedua ialah besun-sun gempuru dari rumah panjang ke rumah panjang untuk berkempen. Kesemuanya dilakukan agar penyokong-penyokong dapat dimobilisasi secara maksimum. Apa yang jelas ialah kempen secara konvensional ternyata lebih popular dan berkesan untuk menawan hati pengundi-pengundi di kawasan pinggiran walaupun era pelbagai cara maklumat yang lebih moden dan canggih boleh digunakan pada era “ledakan teknologi” ini. Nota 1 Pada zaman dahulu apabila bendera (juga dikenali sebagai setunggul) dinaikkan di sesebuah rumah panjang bermakna rumah panjang tersebut sedang mengadakan sesuatu upacara tradisional. Bendera-bendera yang dinaikkan pada hari tersebut juga mempunyai maksud yang sama, iaitu memberitahu bahawa suatu majlis sedang berlangsung. Rumah panjang Tuai Rumah Bee akan mengadakan satu perjumpaan politik secara besar-besaran. 2 Pilihan Raya Parlimen dan Dewan Undang Negeri tidak diadakan serentak di Sarawak. Jarak di antara kedua-dua pilihan raya ialah lebih kurang dua tahun. 3 Temubual dengan ketua yang mengendalikan upacara miring pada 24 Februari 2008. 4 Pantar ialah bahagian ruai yang bersebelahan dengan ruang terbuka (tanju) dan menurut tradisi orang Iban hanya orang-orang penting sahaja yang dibenarkan duduk (duduk ari atas) di tempat tersebut pada majlis-majlis formal yang diadakan di rumah panjang. Pada zaman dahulu orang- orang penting seperti Tuai Burung, Tuai Kayau, dan Tuai Rumah akan duduk dibahagian tersebut. 5 Jumlah gendang rayah adalah mengikut peraturan berikut. Sekiranya gendang raya “pembuka” sebanyak tiga kali maka “penutupnya” adalah sebanyak lima kali. Sekiranya gendang raya “pembuka” sebanyak lima kali maka gendang “penutupnya” adalah sebanyak tujuh kali (Temubual dengan seorang Tuai Burung di Tuai Rumah Bee pada 24 Februari 2008). 6 Ucapan oleh Tuai Rumah Cha dalam perjumpaan pada malam 2 Mac 2008 yang diadakan di rumah panjang beliau. 7 Kenyataan dibuat seorang Ketua Masyarakat pada majlis gempuru di sebuah rumah panjang pada 4 Mac 2008. Book 1.indb 119 5/24/2012 9:24:35 AM
  • 120 Demokrasi Dan Pilihan Raya Rujukan Milne, R.S., and Ratnam, K.J, 1974, Malaysia – New States in a New Nation, London: Frank Cass. Sachsenroder, Wolfgang and Ulrike E. Frings, 1998, Political party systems and democratic development in East and Southeast Asia, Aldershot, Hants, England: Brookfield, Vt., USA : Ashgate. Book 1.indb 120 5/24/2012 9:24:36 AM
  • Sentimen Pengundi Kaum Cina Menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 Thock Ker Pong Tan Yen Yee Abstract Najib administration gains confidence to hold an earlier 13th general election when National Front (BN) achieved victory in the recent by-elections of Tenang, Merlimau and Kerdau. These victories manifested that the support of the Malay and Indian voters which was eroded in the March 8, 2008 general election has started to swing back towards BN. However, the voting pattern of the much contested Chinese voters does not portray the same tendency. The continuing erosion of Chinese support towards BN after the political tsunami of 2008 proved that the discontent of the Chinese community is not successsfully elevated. Various issues that plagued the Chinese still remain in impasse. The political awakenings that emerged in the last general election have caused Chinese voters becoming more critical to issues that impinge on their community and the nation. Consequently, the understanding of their predicament and issues encountered is of paramout important to BN as the governing coalition seek to win back the support of the Chinese community. Despite some efforts, it is clear that the Chinese is not contented with the fast-food type of aids and financial allocations rendered by the BN government during general election or by-elections. Chinese community appeals the governing coalition to provide institutional and systematical provision of aids and financial allocations that could effectively solve their predicament. Keywords: Malaysian 13th general election, communal politic, Chinese politic, Pakatan Rakyat Pengenalan Ramai pemimpin UMNO menganggap kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Bagan Pinang yang berlangsung pada 11 Oktober 2009 sebagai petanda perubahan nasib BN dalam percaturan politik Malaysia selepas dilanda tsunami politik 2008. Bermula dengan Bagan Pinang, BN kemudiannya telah mencatat kemenangan dalam PRK di Hulu Selangor, Galas, Batu Sapi, Merlimau dan Kerdau. Kemenangan BN di PRK Tenang yang berlangsung pada 30 Januari 2011 semakin memperkukuhkan lagi sokongan terhadap BN. Perkembangan ini sangat penting kepada pucuk pimpinan BN memandangkan terdapat ura-ura dan Book 1.indb 121 5/24/2012 9:24:36 AM
  • 122 Demokrasi Dan Pilihan Raya juga tindakan-tindakan politik Dato’ Seri Najib yang memperlihatkan bahawa satu Pilihan Raya Umum (PRU) mengejut akan diadakan dalam tahun 2011. Siri kemenangan yang dicatatkan oleh BN dalam PRK-PRK yang diadakan selepas 11 Oktober 2009 menunjukkan BN semakin berupaya menangani masalah kehilangan undi sokongan yang membawa padah kepadanya dalam PRU Ke-12. Keputusan PRK-PRK yang berlangsung sejak di Bagan Pinang membuktikan bahawa pengundi-pengundi telah mula kembali menyokong BN. Kecenderungan ini begitu ketara dalam kalangan pengundi Melayu dan India. Malah undi-undi Cina yang dikatakan lebih memihak kepada Pakatan Rakyat (PR) sejak 8 Mac 2008 dilaporkan turut kembali menyokong BN dalam PRK di Bagan Pinang, Galas, dan Tenang. Sentimen Politik Masyarakat Cina Fenomena peralihan undi Cina yang berlalu dalam PRK telah menjadi satu pertikaian antara beberapa pihak dan seterusnya menimbulkan kemusykilan kepada orang ramai. Dalam satu siding akhbar umpamanya Dr. Chua Soi Lek, Presiden MCA pernah menyatakan bahawa peralihan undi sokongan orang Cina berjaya membantu BN memperoleh kemenangan, khususnya di PRK Tenang. Namun begitu, liputan berita yang dibuat oleh (Utusan Malaysia, 2 Februari 2011) menunjukkan undi sokongan orang Cina kepada BN tidak berubah. Malah Lim Kit Siang dan Anthony Loke (Ketua Pemuda parti DAP) mendesak agar presiden MCA meletakkan jawatan dalam partinya kerana gagal dalam misinya untuk meningkatkan sokongan orang Cina. Dalam konteks PRK Tenang beberapa orang sarjana politik seperti Ong Kian Ming (2011) menyangkal pendapat Chua Soi Lek dan menyatakan bahawa BN hanya memperoleh 32 peratus dari undi sokongan orang Cina, bukannya 45 peratus seperti yang diumumkan oleh Soi Lek. Pertikaian ini mempamerkan satu hakikat bahawa undi kaum Cina itu adalah sangat penting dalam sesuatu PRK atau PRU. Perkembangan ini juga menunjukkan bahawa parti-parti komponen Cina dalam BN, terutamanya MCA semakin tertekan dalam hal meraih sokongan undi Cina. Ini kerana pengundi Melayu dan India sudah kelihatan kembali menyokong BN. Namun begitu, pengundi Cina dikatakan masih memihak kepada parti pembangkang. Pucuk pimpinan BN, terutamanya pemimpin tertinggi UMNO ingin mendapatkan kepastian bahawa gejala peralihan kembali sokongan kaum Cina benar-benar berlaku sebelum mengadakan PRU Ke-13. Ini adalah kerana BN bukan sahaja menginginkan kemenangan dalam PRU kali ini, malahan mereka berhasrat untuk merampas kembali majoriti dua pertiga di parlimen dari tangan PR. Dalam keadaan inilah pucuk pimpinan BN sangat memerlukan sokongan pengundi Cina. Meskipun masyarakat Cina sudah merupakan komuniti minoriti di Malaysia, tetapi dengan peratusan penduduknya berjumlah 24.5 peratus, mereka mampu memainkan penentu yang signifikan dalam PRU. Kepentingan ini semakin ketara dengan perpecahan kuasa politik Melayu kepada UMNO, PAS, dan PKR. 1 Pola pengundian kaum Cina dalam PRU yang terkenal dengan fenomena pendulum swing adalah tidak mudah diramal. Umpamanya, dengan imbuhan dan “gula-gula politik” yang disumbangkan oleh kerajaan BN dalam PRK Bukit Gantang, Hulu Selangor dan Sibu tetapi kehilangan undi sokongan pengundi Cina tetap Book 1.indb 122 5/24/2012 9:24:36 AM
  • 123Sentimen Pengundi Kaum Cina Menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 berlaku dengan ketara.2 Kecenderungan ini telah mendorong Zaini Hassan menulis rencana “Orang Cina Malaysia, apa lagi yang anda mahu!” dalam Utusan Malaysia, pada 28 April 2010. Secara khususnya pola pengundian mereka adalah dipengaruhi oleh isu-isu menimpa masyarakat Cina yang kemudiannya menjadi sentimen dalam komuniti. Dalam hal ini pendapat beberapa orang pemimpin kanan MCA yang merumuskan bahawa sokongan orang Cina mula kembali ke pangkuan BN selepas PRK di Bagan Pinang adalah terlalu simplistik dan mungkin mengelirukan. Kalau kita sempat turun padang dan meninjau sentimen politik yang bergolak dalam komuniti Cina, hasil penemuan kita berkemungkinan besar berbeza dengan yang diberikan oleh pucuk pimpinan MCA. Kecenderungan masih demikian lantaran pelbagai isu masih melanda masyarakat Cina dan menunggu penyelesaian yang berkesan dari kerajaan BN. Pimpinan baru MCA dan parti Gerakan yang masing- masing diterajui oleh Dr. Chua Soi Lek dan Koh Tsu Koon masih gagal menangani masalah ketidakpuasan hati masyarakat Cina. Setakat ini pendapat tokoh politik veteran, Daim Zainuddin didapati tepat menggambarkan sentimen politik yang membara dalam komuniti Cina. Dalam temubual khasnya dengan China Press, pada 9 Februari 2011 baru-baru ini, beliau mengatakan bahawa pengundi orang Cina secara keseluruhannya terus menyokong pihak pembangkang. Pendapat Daim ini perlu diberi perhatian kerana beliau pernah memberi amaran landaan tsunami politik sebelum PRU Ke-12.3 Dengan hal yang demikian, pucuk pimpinan BN terutamanya pemimpin-pemimpin UMNO perlu memahami permasalahan yang didepani komuniti Cina. Hal ini demikian kerana kebanyakan kemelut kaum Cina ini memerlukan penyelesaian secara terus dari pucuk pimpinan tertinggi UMNO atau membabitkan pembaharuan parti UMNO itu sendiri. Parti MCA dan Gerakan ternyata tidak berkeupayaan dalam menyelesaikan permasalahan orang Cina. Persepsi Masyarakat Cina Terhadap Pembaharuan dan Perubahan Dalam UMNO Umumnya mengetahui bahawa salah satu faktor penting yang menyumbang kepada penghakisan sokongan rakyat pelbagai kaum kepada BN adalah berpunca daripada kelemahan UMNO. Seperti kata pemimpin veterannya dan mantan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Shahrir Abdul Samad bahawa ahli-ahli UMNO tidak lagi berminat memperjuangkan kepentingan parti dan negara kerana perjuangan mereka kini bersandarkan kepada kepentingan peribadi.4 Kecenderungan ini menyebabkan parti itu semakin disisihkan oleh orang Melayu, lantaran UMNO tidak lagi dipersepsikan sebagai pelindung dan pembela kepentingan kaum Melayu. Sejak landaan tsunami politik 2008, pucuk pimpinan UMNO telah melakukan pelbagai renungan dan muhasabah dengan hasil yang disepakati UMNO dituntut untuk melaksanakan pembaharuan. Keiltizaman parti itu untuk berusaha ke arah itu dapat dilihat menerusi kata-kata Dato’ Seri Najib yang berbunyi “berubah atau kita diubah”. Dalam pada itu, persoalan kehilangan undi sokongan kaum Cina yang dialami BN dalam PRU tahun 2008 juga berkait rapat dengan UMNO. UMNO merupakan Book 1.indb 123 5/24/2012 9:24:36 AM
  • 124 Demokrasi Dan Pilihan Raya tunjang BN dan dominasinya terhadap gabungan pemerintah itu telah menjadi satu hakikat politik di Malaysia. Parti-parti komponen Cina di dalam BN, terutamanya parti MCA dan Gerakan hanya mampu berperanan sebagai parti pengikut sahaja. Meskipun mereka menyertai kerajaan BN, tetapi mereka tetap mengalami masalah peminggiran politik (Chin 2001 ; Heng 1998). Hal ini menyebabkan mereka tidak dapat berfungsi sebagai parti pembela dan pelindung kepentingan kaum Cina. Oleh itu, pucuk pimpinan kedua-dua buah parti ini sering menjadi sasaran kritikan orang Cina. Pemimpin-pemimpin parti pakatan Cina ini sebenarnya berada dalam satu situasi menyusahkan yang lebih tepat digambarkan dengan ungkapan agony of coalition.5 Dalam keadaan ini pelbagai masalah yang menimpa masyarakat Cina tidak dapat diselesaikan dengan berkesan oleh pucuk pimpinan MCA dan Gerakan. Apabila keadaan ini berlarutan, kecenderungan ini kemudiannya menjadi isu-isu yang mempengaruhi sentimen politik kaum Cina. Apa yang lebih buruk lagi ialah permasalahan ini pula sering berkait dengan dasar-dasar negara yang memerlukan penyelesaian terus dari pucuk pimpinan tertinggi UMNO. Oleh itu, selepas tsunami politik 2008, kita sering kedengaran suara-suara lantang dari para pemimpin MCA dan Gerakan yang menuntut bentuk perkongsian kuasa yang lebih adil dalam BN.6 Umpamanya bekas Presiden Gerakan, Lim Keng Yek dalam satu wawancara akhbar menyifatkan status parti-parti komponen BN yang lain lebih mirip sebagai pengemis berbanding dengan kedudukan UMNO.7 Seterusnya mantan Menteri Sumber Manusia dan bekas Naib Presiden MCA, Fong Chan Onn meminta agar MCA diberi kedudukan yang setaraf dengan UMNO.8 Demi memastikan UMNO terus kekal relevan dalam persada politik Malaysia, pucuk pimpinan parti itu telah membuat beberapa pembaharuan di bawah pimpinan Abdullah Ahmad Badawi. Namun begitu, tekanan dalam parti berjaya memaksa pengunduran Abdullah sebagai Presiden UMNO dan juga Perdana Menteri Malaysia. Dalam hal ini pengunduran itu dilihat sebagai sesuatu yang begitu mendesak memandangkan perubahan yang lebih drastik dan agresif diperlukan bagi mendepani cabaran yang semakin hebat daripada PR. Sebaik-baik sahaja meneraju pimpinan negara mulai 2 April 2009, Dato’ Seri Najib melaksanakan satu siri pembaharuan dan reformasi dalam pentadbiran dan penetapan polisi negara. Antaranya termasuklah gagasan 1 Malaysia, Prestasi Petunjuk Utama, Model Ekonomi Baru dan Rancangan Transformasi Kerajaan dan Ekonomi serta beberapa pembaharuan lagi.9 Usaha-usaha pentadbiran Najib mula mengubah imej BN, namun apakah pembaharuan dan reformasi ini benar-benar mendatangkan manfaat kepada rakyat jelata? Tampaknya rakyat biasa belum lagi menikmati faedah yang dimaksudkan itu. Dalam hal ini masyarakat Cina yang rata-ratanya bersifat pragmatik dan realistik tidak memperoleh manfaat secara langsung daripada pelbagai program transformasi kerajaan. Mereka hanya dapat merasai kemesraan dan keramahan Najib sebagai pemimpin tertinggi negara, lantaran beliau berjaya menonjolkan imej demikian dengan membuat beberapa lawatan ke Jalan Sultan yang lebih dikenali sebagai China Town di Kuala Lumpur dan mendampingi komuniti Cina di kampung-kampung baru Cina semenjak memegang tampuk pentadbiran negara. Pada tanggapan masyarakat Cina, pelbagai usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan hanya merupakan kegigihan Najib seorang sahaja. Apa yang lebih penting Book 1.indb 124 5/24/2012 9:24:36 AM
  • 125Sentimen Pengundi Kaum Cina Menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 ialahseluruhjenterapartiUMNOdanpemikiranparapemimpinnyamasihlagiberada pada takuk lama. Inisiatif yang agresif Presiden UMNO itu dilihat tidak mampu membawa perubahan radikal dalam hala tuju perkembangan parti itu. Masyarakat Cina ingin melihat perjuangan UMNO tidak lagi berlandaskan politik komunal atau perkauman sejajar dengan kemunculan politik multietnik selepas dilanda tsunami politik 2008.10 Namun begitu, hasrat komuniti Cina ini tidak kesampaian. Ramai pemimpin UMNO tampaknya masih tidak menghiraukan sensitiviti kaum Cina dan India semasa membuat ucapan. Contohnya, Ahmad Ismail yang merupakan ketua UMNO bahagian Bukit Bendera di Pulau Pinang telah mengatakan bahawa orang Cina hanya merupakan penumpang di negara ini semasa berkempen di PRK Permatang Pauh pada 23 Ogos 2008.11 Manakala pegawai khas Perdana Menteri, iaitu Nasir Safar pula mendakwa imigran wanita Cina sebagai pelacur dan imigran India pula bekerja sebagai pengemis dalam satu seminar untuk menghayati gagasan 1 Malaysia yang berlangsung di Melaka. Selanjutnya, Ahli Dewan Undangan Negeri Azhar Ibrahim dari Pulau Pinang memberi amaran bahawa Peristiwa 13 Mei bakal berlaku semasa beliau memberi ucapan di Dewan Undangan Negeri. Kejadian-kejadian ini ternyata bercanggah dengan semangat gagasan 1 Malaysia yang cuba disemai oleh Najib dan menimbulkan sentimen negatif dalam kalangan kaum Cina dan India. Dalam pada itu dari kaca mata masyarakat Cina, sentimen perkauman semakin meningkat dalam era pasca tsunami politik 2008. Kemunculan mendadak sejumlah NGO Melayu yang begitu lantang memperjuangkan hak dan kepentingan Melayu agak membimbangkan mereka. Kelantangan perjuangan PERKASA, GERTAK (Gerakan Kebangkitan Rakyat), GMP (Gagasan Melayu Perak) dan beberapa pertubuhan Melayu yang lain telah meninggalkan kesan yang negatif ke atas orang Cina. Misalnya GERTAK pernah cuba menganjurkan perhimpunan yang bertemakan “Melayu Bangkit” pada 13 Mei 2010 yang amat tidak disenangi oleh masyarakat Cina. Di samping itu, akhbar rasmi UMNO, Utusan Malaysia pula turut berperanan dalam menonjolkan isu-isu komunal demi membantu UMNO meraih sokongan orang Melayu. Paparan yang bertemakan “ketuanan Melayu tergugat” dan “hak Melayu terjejas” sering disiarkan selepas dilanda tsunami politik 2008. Umpamanya, ini dapat dilihat dalam liputan berita di muka depan akhbar itu dengan kepala berita yang berjudul “Bangkitlah Orang Melayu”12 dan artikel yang bertajuk “Orang Melayu Jangan Bacul”.13 Manakala pendapat Harussani Zakaria, mufti Perak yang menyatakan “Melayu hilang kuasa pada PRU Ke-13 jika UMNO dan PAS tidak bersatu” juga diketengahkan sebagai berita utama Utusan Malaysia.14 Selanjutnya Tun Dr. Mahathir pula memberi amaran bahawa “Jika pembangkang memerintah, Melayu hilang kuasa”.15 Meskipun paparan ini ternyata tidak senada dengan semangat gagasan 1 Malaysia, tetapi dalam hal ini, Najib kelihatan tidak tegas dalam mengawal penonjolan isu-isu perkauman ini. Malah beliau hanya mampu menasihati Utusan Malaysia agar mengurangkan laporan-laporan jenis ini.16 Masyarakat Cina menganggap komitmen Najib dalam menangani isu ini adalah tidak mencukupi. Pendirian Najib yang demikian sebenarnya bertitik tolak dari pertimbangan pucuk pimpinan UMNO untuk mendapatkan lebih banyak undi orang Melayu dalam PRU. Perkembangan ini berlaku kerana dalam satu sesi sumbang saran yang diadakan oleh pucuk pimpinan UMNO pada penghujung September 2009, parti itu mencapai ketetapan bahawa jentera parti perlu berusaha dengan lebih agresif untuk meraih Book 1.indb 125 5/24/2012 9:24:36 AM
  • 126 Demokrasi Dan Pilihan Raya sokongan orang Melayu.17 Malah sesi bengkel tersebut tidak membincangkan strategi bagi menawan undi orang Cina dan India. Ini adalah kerana mereka menganggap bahawa pengundi bukan Melayu, terutamanya kaum Cina tidak lagi menyokong BN dan adalah sukar untuk mengembalikan sokongan orang Cina.18 Dalam hal ini mobilisasi ke arah landasan komunal merupakan satu jalan keluar bagi UMNO untuk mengembalikan kerelevanan politiknya dalam kalangan orang Melayu. Dalam pada itu, pentadbiran Najib didapati akur kepada tuntutan NGO- NGO Melayu, terutamanya PERKASA. Hasrat Najib dalam menjana satu struktur ekonomi negara yang berdaya saing di peringkat global dan membentuk masyarakat Malaysia yang lebih adil ternyata terbantut natijah daripada bantahan pertubuhan- pertubuhan ini. Contohnya, Model Ekonomi Baru (MEB) yang membuat ketetapan menggugurkan peruntukan 30 peratus kuota ekuiti bumiputera demi mewujudkan persekitaran ekonomi negara yang mesra pasaran telah ditarik balik apabila kerajaan mengumumkan MEB fasa kedua. Selanjutnya, cadangan Majlis Tindakan Ekonomi Negara untuk menubuhkan Suruhanjaya Kesamaan Peluang atau Equal Opportunities Commission melalui MEB juga digugurkan pada akhirnya. Manakala penubuhan Majlis Tertinggi Agenda Bumiputera turut dilihat oleh rakyat bukan Melayu bahawa pentadbiran Najib tunduk kepada tuntutan PERKASA. Perkembangan ini jelas menunjukkan hasrat murni Najib untuk melakukan transformasi terhadap struktur ekonomi Malaysia tidak kesampaian. Hal yang demikian turut meninggalkan kesan yang mendalam terhadap imej UMNO dalam kalangan orang Cina. Umpamanya, dalam satu kajian yang dilakukan oleh Merdeka Centre sempena ulang tahun Najib memegang tampuk pentadbiran negara, didapati sokongan orang Cina kepada UMNO hanya sekadar enam peratus, tetapi sanjungan mereka terhadap Najib pula mencecah 46 peratus. Keputusan PRK dan Hala Tuju Undi Kaum Cina Satu perkembangan unik dalam percaturan politik Malaysia selepas berlakunya tsunami politik 2008 ialah berlakunya PRK yang begitu banyak dan kerap. Setakat bulan Mac 2011 sebanyak 16 PRK yang meliputi kawasan parlimen dan Dewan Undangan Negeri telah berlangsung di Malaysia. PRK ini menjadi medan pertarungan sengit diantara BN dan PR. Keputusan dari PRK ini mampu menjadi indikator kepada sokongan pengundi terhadap sesuatu parti politik. PR didapati mampu mengekalkan prestasinya dalam PRU Ke-12 pada tahap awal PRK diadakan. Misalnya sebanyak tujuh PRK telah berlangsung di Semenanjung Malaysia sebelum PRK di Bagan Pinang, PR berjaya memenangi kesemua tujuh PRK tersebut. Namun begitu, momentum kemenangan PR ini mula dipatahkan oleh BN dalam PRK di Bagan Pinang yang berlangsung pada 11 Oktober 2009. Sejak kemenangan itu, BN kelihatan berada di landasan memulihkan sokongan rakyat pelbagai kaum dengan mencatatkan satu siri kemenangan dalam PRK. Jadual di bawah memperincikan prestasi BN dan PR: Book 1.indb 126 5/24/2012 9:24:36 AM
  • 127Sentimen Pengundi Kaum Cina Menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 Dengan kemenangan BN di PRK Merlimau dan Kerdau yang berlangsung pada 6 Mac 2011, prestasi BN dalam PRK sudah dapat menandingi prestasi cemerlang PR dalam peringkat awal era pasca tsunami politik. Kemenangan BN ini menunjukkan fenomena peralihan semula undi sokongan kepada BN telah menjadi satu kecenderungan di kalangan pengundi, terutamanya pengundi Melayu dan India. Walau bagaimanapun, arah pengundian masyarakat Cina didapati masih memihak kepada pihak pembangkang. Meskipun pemimpin-pemimpin Cina dalam BN telah mengatakan kaum Cina mula memberi sokongan semula kepada BN, namun hakikatnya bukan semudah itu. Setelah keputusan PRK di Bagan Pinang, Galas dan Tenang diumumkan, beberapa kalangan pemimpin Cina mendakwa bahawa peralihan semula undi sokongan kaum Cina telah menyumbang kepada kemenangan BN. Gejala peralihan undi pengundi Cina di Bagan Pinang dan Galas sebenarnya banyak bergantung kepada faktor tempatan. Peralihan pola pengundian masyarakat Cina yang memihak kepada BN di seluruh negara masih belum menunjukkan petanda yang menyakinkan. Kemenangan BN di Bagan Pinang dan Galas berpunca daripada undi Melayu dan India yang jelas beralih semula kepada BN. Manakala kewujudan faktor-faktor tempatan pula menyumbangkan kepada sokongan orang Cina terhadap calon BN. Calon yang mewakili BN bertanding dalam PRK-PRK ini merupakan pemimpin No Tarikh PRK Bahagian Parti Pemenang Undi Majoriti 1 26 Ogos 2008 P44 Permatang Pauh PKR (PR) 15671 2 17 Januari 2009 P36 Kuala Terengganu PAS (PR) 2631 3 7 April 2009 P59 Bukit Gantang PAS (PR) 2789 4 7 April 2009 N25 Bukit Selambau PKR (PR) 2403 5 7 April 2009 N29 Batang Ai PRS (BN) 1854 6 31 Mei 2009 N12 Penanti PKR (PR) 5558 7 14 Julai 2009 N41 Manek Urai PAS (PR) 65 8 25 Ogos 2009 N11 Permatang Pasir PAS (PR) 4551 9 11 Oktober 2009 N31 Bagan Pinang UMNO (BN) 5435 10 25 April 2010 P94 Hulu Selangor MIC (BN) 1725 11 16 Mei 2010 P212 Sibu DAP (PR) 398 12 4 November 2010 N45 Galas UMNO (BN) 1190 13 4 November 2010 P185 Batu Sapi PBS (BN) 6359 14 30 Januari 2011 N5 Tenang UMNO (BN) 3707 15 6 Mac 2011 N27 Merlimau UMNO (BN) 3643 16 6 Mac 2011 N28 Kerdau UMNO (BN) 2724 Jadual 1: Prestasi BN dan PR dalam PRK yang Berlangsung dari Ogos Tahun 2008 Sehingga Mac Tahun 2011 Sumber: Disusun oleh penulis dari data-data akhbar Book 1.indb 127 5/24/2012 9:24:36 AM
  • 128 Demokrasi Dan Pilihan Raya yang mempunyai hubungan baik dan rapat dengan masyarakat tempatan yang terdiri daripada penduduk pelbagai kaum. Misalnya Mohd. Isa Abdul Samad yang mewakili BN di Bagan Pinang merupakan mantan Menteri Besar Negeri Sembilan dan pemimpin kelahiran Bagan Pinang yang banyak berjasa kepada komuniti Cina di situ. Manakala ketokohan dan populariti Tengku Razaleigh dalam kalangan penduduk Cina di Galas membantu calon BN dalam memperoleh undi sokongan mereka. Di samping itu, pertapakan MCA yang sudah lama di Gua Musang dan Galas membolehkan parti itu menggembleng jentera partinya untuk memastikan kemenangan BN. Sebaliknya, jika kita meneliti keputusan PRK di kawasan Hulu Selangor, Sibu dan Bukit Gantang, didapati undi sokongan pengundi Cina adalah tidak kembali kepada BN. Malah pola pengundian ini merupakan penolakan pengundi Cina yang jelas terhadap calon BN dalam PRK. Mereka lebih cenderung untuk menyokong parti pembangkang. Pemberian peruntukan wang ringgit yang banyak dan pembinaan kemudahan infrastruktur yang pelbagai tidak mampu menangani fenomena kehilangan undi orang Cina. Kebanyakan pengundi Cina menganggap pemberian peruntukan ini sebagai “gula-gula politik” yang bertujuan memancing undi mereka. Malah, kemungkinan besar pengundi-pengundi Cina di kawasan-kawasan tersebut akan terus menyisihkan BN dan terus menyokong parti pembangkang dengan sepenuhnya dalam PRU yang akan datang. Umpamanya, sokongan kaum Cina terhadap calon BN telah merosot dari 35 peratus semasa 8 Mac 2008 kepada 25 peratus semasa Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang yang berlangsung pada 7 April 2009. Jadual berikut memperincikan penghakisan sokongan undi Cina kepada BN di ketiga-tiga kawasan di atas: Kawasan Pilihan Raya Tarikh % Undi Sokong BN semasa PRU ke-12 % Undi Sokong BN semasa PRK Perbezaan (%) Bukit Gantang 7.4.2009 35 25 -10 Hulu Selangor 25.4.2010 37 28 -9 Sibu 16.5.2010 37 29.6 -7.4 Jadual 2: Kemerosotan Sokongan Undi Cina kepada BN dalam Tempoh PRU Ke-12 dan PRK untuk Kawasan Bukit Gantang, Hulu Selangor dan Sibu Sumber: Thock Ker Pong 2010, “Menangani Kehilangan Undi Cina Selepas Tsunami Politik 2008: MCA Hanya ‘Penumpang’ BN?”, Pemikir, Oktober-Disember, 2010, Bil. 62, hlm.17-39. Catatan: PRK = Pilihan Raya Kecil. Pelbagai Isu Menanti Penyelesaian Menjelang PRU Ke-13 Sudah menjadi tradisi bahawa parti-parti komponen Cina dalam BN memainkan peranan sebagai pembela dan pelindung kepentingan masyarakat Cina. Parti MCA dan Gerakan yang pernah meraih sokongan para pengundi Cina dalam sejarah PRU di Malaysia berhadapan masalah kehilangan legitimasi politiknya apabila prestasi kedua-dua parti ini jatuh merudum dalam PRU 2008. Prestasi buruk MCA dan Gerakan berpunca daripada kegagalan mereka menyelesaikan pelbagai isu yang melanda masyarakat Cina. Pengamalan politik kompromi dalam BN dan hegemoni UMNO telah menyumbang kepada kemelut politik kedua-dua parti ini. MCA dan Gerakan telah memilih pucuk pimpinan yang baru selepas dilanda tsunami politik. Teraju MCA telah dikemudikan oleh dua orang presiden yang Book 1.indb 128 5/24/2012 9:24:36 AM
  • 129Sentimen Pengundi Kaum Cina Menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 baru dan berkaliber, iaitu Ong Tee Keat dan Dr. Chua Soi Lek. Manakala Koh Tsu Koon pula mengambil alih pucuk pimpinan parti Gerakan dari Dr. Lim Keng Yek. Namun begitu, perkembangan politik semasa menunjukkan kedua-dua buah parti ini menghadapi kesukaran untuk menebus kekalahan dalam tsunami politik tahun 2008. Ini berlaku kerana pucuk pimpinan MCA dan Gerakan didapati gagal menangani satu siri isu yang menghimpit masyarakat Cina. Pengundi Cina telah menggunakan peti undi untuk menunjukkan penolakan mereka terhadap MCA dan Gerakan dalam beberapa PRK. Keadaan ini meletakkan MCA dan Gerakan dalam keadaan berhadapan masalah kerelevanan mereka sebagai suara politik masyarkat Cina. Kemunculan pelbagai isu yang menghimpit komuniti Cina telah mengubah hati pengundi Cina daripada menyokong MCA dan Gerakan kepada menyokong parti pembangkang. Pastinya sesetengah isu tersebut telah lama melanda masyarakat Cina dan menunggu penyelesaian yang tuntas dari kerajaan BN. Dalam pada itu komuniti Cina juga sangat mengambil berat dan prihatin terhadap isu-isu baru yang muncul setiap hari melalui pendedahan media massa. Pertama, isu pendidikan Cina merupakan isu yang telah sekian lama menghantui masyarakat Cina, terutamanya masalah pembinaan sekolah rendah Cina yang baharu yang masih berada ditakuk lama. Permintaan masyarakat Cina yang mengharapkan kerajaan membina sekolah rendah Cina yang baharu secara institusi, iaitu berdasarkan permintaan penduduk disesuatu kawasan petempatan masih tidak dapat dipenuhi. Pemimpin MCA pula sentiasa mengelak untuk memberi respons kepada tuntutan tersebut. Hal ini telah menyebabkan masyarakat Cina tidak senang hati terhadap tindak tanduk MCA ini. MCA hanya mampu mengusahakan pemindahan sekolah rendah Cina yang menghadapi masalah kekurangan pelajar di luar bandar ke kawasan bandar dan memperbesar sekolah rendah Cina yang sedia ada. Usaha tersebut memang tidak dapat memuaskan hati masyarakat Cina kerana isu pendidikan tersebut telah berlaku semenjak merdeka lagi. Perkembangan ini membuktikan peranan MCA sebagai parti yang membela kepentingan masyarakat Cina semakin menguncup, lantaran kegagalannya memenuhi permintaan yang utama dari masyarakat Cina. Pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-9 yang bermula pada tahun 2006 telah mendirikan beberapa ratus buah sekolah rendah yang baru, namun begitu, tiada sebuah pun sekolah rendah Cina. Berita ini menimbulkan bantahan hebat daripada komuniti Cina dan DAP. Bagi meredakan perasaan ketidakpuasan orang Cina, pada September 2006 kerajaan menerusi Menteri Pelajaran mengumumkan akan mendirikan sebuah sekolah rendah Cina, iaitu SJK(C) Tun Tan Siew Sin di negeri Selangor di bawah Rancangan Malaysia Ke-9. Walau bagaimanapun, sehingga kini sekolah tersebut masih belum siap dibina dan dianggap sebagai janji BN yang begitu sukar untuk dikotakan. ApabilaPRUKe-13bakaltiba,baru-baruiniterdapatberitabahawaKementerian PelajarantelahmemperuntukkanRM15jutasebagaiperbelanjaanpembinaansekolah tersebut. Malah, pucuk pimpinan MCA melalui Timbalan Menteri Pelajaran, iaitu Wee Ka Siong berjanji bahawa sekolah tersebut akan siap pembinaannya sebelum PRU Ke-13. Hal ini membuktikan MCA menghadapi kesukaran dalam mendapat kebenaran pembinaan SJK (C) yang baharu. Umpamanya, SJK (C) On Pong II, di Ampang yang terletak dalam kawasan parlimen Ong Tee Kiat semasa beliau Book 1.indb 129 5/24/2012 9:24:36 AM
  • 130 Demokrasi Dan Pilihan Raya menjadi Naib Presiden MCA telah mengambil masa yang lama untuk pembinaan, iaitu selama sembilan tahun. Jadual berikut menunjukkan bilangan SJK (C) yang telah dibina oleh kerajaan sejak PRU tahun 1999 dan tempoh pembinaannya: Bil Nama Sekolah Tahun Penggunaan Tempoh masa yang diambil 1 SJK (C) Puay Chai II, Petaling Jaya, Selangor. 2001 2 tahun 2 SJK (C) Johor Jaya, Johor Bahru, Johor. 2001 * Pertukaran tapak SK menjadi SJK (C) 3 SJK (C) Tun Tan Cheng Lock, Subang Jaya, Selangor. (Sekolah Wawasan) 2002 1 tahun 4 SJK (C) Connaught II, Cheras, Kuala Lumpur. 2005 6 tahun 5 SJK (C) Desa Jaya II, Kepong, Selangor. 2006 7 tahun 6 SJK (C) Kepong III, Kuala Lumpur. 2007 8 tahun 7 SJK (C) Chung Hua, Miri, Sarawak. 2007 6 tahun 8 SJK (C) On Pong II, Ampang. 2008 9 tahun Jadual 3: Bilangan SJK (C) Baru yang Dibina dalam Tempoh 1999-2010 Sumber: Jiaozong (Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia) 2009, Huaxiao: Jianxiao, qianxioa he weixing huaxio ziliaoji ( Sekolah Cina: Koleksi Data Pembinaan Sekolah, Pemindahan Sekolah dan Sekolah Kekurangan Murid), Kajang, Jiaozong. Tinjauan terhadap sejarah pembinaan SJK(C) yang baru menjelaskan satu hakikat bahawa pembinaan sekolah Cina yang baru merupakan satu taktik BN dan ‘gula-gula politik’ bagi meraih sokongan komuniti Cina. Ini sering digunakan menjelang PRU di bawah janji BN. Pada PRU 1999, terdapat enam buah SJK (C) baru yang dijanjikan oleh BN, tetapi terdapat sebuah sekolah yang masih belum dibina. Manakala menjelang PRU 2008, sebanyak enam buah SJK (C) baru dijanjikan, tetapi tiada satu sekolah pun yang telah siap dibina oleh BN. Jadual berikut menerangkan status pembinaan SJK (C) yang telah dijanjikan oleh BN. Selain itu, penutupan SJK(C) Damansara di Petaling Jaya sejak tahun 2001 telah menimbulkan ketidakpuasan dan kemarahan komuniti Cina, para pemimpin dan aktivis pendidikan Cina.19 Kebuntuan itu hanya dapat diselesaikan pada 5 Januari 2009 apabila Kementerian Pelajaran memindahkan sebuah SJK (C) dari negeri Perak yang kekurangan pelajar ke tapak asal sekolah SJK (C) Damansara. Meskipun masalah tersebut telah diselesaikan, namun nama sekolah asal tersebut terpaksa bertukar kepada SJK (C) Chung Hua Damansara. Hal ini memang menyusahkan penduduk Cina dan anak-anak mereka di Damansara selama sembilan tahun kerana sesetengah murid terpaksa belajar dalam kabin kargo. Pemimpin MCA dan Gerakan tidak dapat berbuat apa-apa dan hanya menunggu arahan dari Kementerian Pelajaran sahaja. Pucuk pimpinan kedua-dua buah parti itu juga hanya mendiamkan diri sahaja tanpa menghulurkan bantuan dalam isu tersebut. Ia telah mengecewakan Book 1.indb 130 5/24/2012 9:24:36 AM
  • 131Sentimen Pengundi Kaum Cina Menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 Jadual 4: Status Pembinaan SJK (C) di bawah Janji BN Menjelang PRU Tahun 1999 dan 2008 Bil Tahun kelulusan pembinaan Nama Sekolah Status Pembinaan 1 1999 SJK (C) Chung Ching II, Kuantan, Pahang. Tapak sekolah baru dikenal pasti 2 2008 SJK (C) Bukit Serdang, Seri Kembangan, Selangor. Tapak sekolah belum dikenal pasti 3 2008 SJK (C) Kajang Utama, Kajang, Selangor. Tapak sekolah belum dikenal pasti 4 2008 SJK (C) Sungai Long, Selangor. Tapak sekolah belum dikenal pasti 5 2008 SJK (C) Kota Emerald, Rawang, Selangor. Tapak dikenal pasti 6 2008 SJK (C) Pei Wah, Johor. Tapak dikenal pasti 7 2008 SJK (C) Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Tapak sekolah belum dikenal pasti Sumber: Disusun oleh penulis dari data-data akhbar Cina penduduk Cina tersebut kerana kegagalan pucuk pimpinan parti untuk memberi bantuan yang sesuai kepada mereka. Sebuah sekolah di Johor iaitu SJK (C) Kulai II juga berhadapan masalah pemindahan sekolah. Masalah tersebut jelas memanifestasikan kesukaran memindahkan sekolah Cina, meskipun mekanisme itu diuar-uarkan oleh MCA sebagai pendekatan yang berkesan bagi menangani masalah kekurangan tempat belajar. Sebenarnya sekolah tersebut telah mendapat persetujuan kerajaan untuk berpindah pada tahun 1999, iaitu sebelum PRU ke-10. Walau bagaimanapun, sekolah tersebut masih tidak dapat dipindah setelah berlangsungnya PRU tahun 2004 dan Rancangan Malaysia Ke-9 pada tahun 2006. Lebih lucu lagi ialah apabila menjelang PRU tahun 2008, Menteri Pelajaran telah merasmikan kerja pembinaan sekolah itu, tetapi keesokan harinya semua jentera pembinaan telah dipindah keluar dari tapak pembinaan sekolah tersebut. Hal ini menyebabkan tapak pembinaan sekolah baru itu telah terbiar dan diliputi dengan semak- samun.20 Isu tersebut dilabelkan sebagai ‘gula-gula politik’ yang dikitar semula oleh komuniti Cina tempatan. Kedua, hegemoni atau dominasi UMNO terus mewarnai politik gabungan BN dalam era pasca tsunami politik 2008. Sungguhpun ramai pemimpin kanan MCA dan Gerakan menganggap hegemoni UMNO dan keangkuhan sesetengah pemimpinnya sebagai punca kekalahan mereka dalam PRU Ke-12, tetapi mereka tetap tidak berupaya mengubah realiti politik ini. Usaha-usaha pucuk pimpinan kedua-dua buah parti ini untuk mengembalikan legitimasi politik mereka dalam masyarakat Cina terus mengalami kebuntuan. Pola pengundian orang Cina yang memihak kepada parti pembangkang dalam beberapa PRK telah mengecewakan pemimpin-pemimpin UMNO. Keadaan ini mendorong Naib Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi memberi peringatan agar para pemimpin MCA dan Gerakan tidak hanya berfungsi sebagai “penumpang” BN. 21 Pucuk pimpinan baru MCA di bawah teraju Dr. Chua Soi Lek mula menerapkan pendekatan penyertaan politik secara high profile dan proaktif setelah parti itu mengadakan retreat pada 18 Jun 2010. Umpamanya, dalam Kongres Ekonomi Book 1.indb 131 5/24/2012 9:24:36 AM
  • 132 Demokrasi Dan Pilihan Raya Cina yang dianjurkan MCA pada 14 Ogos 2010, Soi Lek menggesa kerajaan agar menarik balik dasar pemilikan 30 peratus ekuiti bumiputera secara beransur-ansur dan membenarkan pembinaan sekolah vernakular Cina. Presiden MCA itu juga mengemukakan satu memorandum parti yang antaranya memohon kepada kerajaan supaya memberi peruntukan sebanyak satu bilion kepada sekolah Cina dalam perbelanjaan Rancangan Malaysia Ke-10. Walau bagaimanapun, penyertaan politik secara high profile dan proaktif yang diamalkan itu tidak mendatangkan kesan yang dihasratkan dalam kalangan orang Cina. Hal ini demikian kerana kelantangan dan keproaktifan berpolitik MCA akan hilang momentum, ketegasannya dan seterusnya berlembut apabila terdapat pemimpin UMNO membidasnya. Contohnya, dalam isu pengurangan ekuiti bumiputera, Datuk Seri Hishamudin Hussein telah mengingatkan MCA supaya tidak menyimpang daripada perjuangan dan tidak boleh melarikan diri daripada perkara yang disepakati selama ini. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin juga turut memberi amaran kepada MCA agar jangan terlalu ghairah dalam menjuarai kepentingan dan tuntutan kaum sendiri.22 Tindakan berlembut yang diambil oleh pucuk pimpinan MCA apabila berdepan dengan teguran para pemimpin UMNO menunjukkan mereka tidak berupaya mengimbangi dominasi UMNO. Kecenderungan ini sangat mengecewakan komuniti Cina dan menjejaskan imej MCA. Barangkali keadaan ini menjelaskan sebab-sebab parti pimpinan Soi Lek itu hanya mampu memperoleh sokongan yang menyedihkan daripada rakyat terutamanya kaum Cina, iaitu pada kadar sembilan peratus sahaja.23 Ketiga, isu kematian misteri Teoh Beng Hock pada 16 Julai 2009 telah mendapat simpati yang berterusan dalam kalangan orang Cina.24 Rata-rata orang Cina menganggap Beng Hock merupakan mangsa penyalahgunaan kuasa dan ketidakadilan. Oleh itu, mereka bersama-sama parti pembangkang mendesak dan merayu kepada kerajaan agar menubuhkan sebuah jawatankuasa diraja bagi menyiasat punca kematian Beng Hock. Pentadbiran Najib hanya bersetuju melantik satu inkues mahkamah koroner untuk mengenal pasti punca kematian. Langkah yang diambil oleh kerajaan itu tidak dapat memenuhi kehendak keluarga mangsa dan orang ramai. Natijahnya, sebuah Jawatankuasa Menuntut Keadilan untuk Beng Hock telah ditubuhkan dalam masyarakat Cina dan ahli-ahlinya menjelajah ke seluruh negara untuk menjelaskan misteri kematian tersebut. Mereka turut berkunjung ke tempat-tempat yang berlangsungnya PRK untuk mendapatkan tandatangan sokongan orang ramai terhadap perjuangan mereka. Peristiwa kematian misteri ini telah menimbulkan isu politik yang mengejutkan masyarakatMalaysiadanmendapatperhatianparti-partipolitik.SelainJawatankuasa Menuntut Keadilan untuk Beng Hock, DAP merupakan parti politik yang lantang memperjuangkan isu tersebut. Dengan ini, isu Beng Hock itu telah menjadi bahan kempen untuk parti pembangkang semasa berlangsungnya sesuatu PRK. Isu Beng Hock dikatakan telah mempengaruhi pola pengundian komuniti Cina dalam PRK. Oleh itu, parti politik Cina dalam BN sangat bimbang akan kunjungan Jawatankuasa Menuntut Keadilan untuk Beng Hock ke kawasan PRK. Kebimbangan ini telah menyebabkan pemimpin-peminpin tempatan MCA mengasari ahli jawatankuasa itu semasa rombongannya berkunjung ke PRK di Galas. Mahkamah koroner kes Beng Hock telah membuat penghakiman terbuka berhubung dengan punca kematian, iaitu memutuskan punca kematian Beng Hock Book 1.indb 132 5/24/2012 9:24:36 AM
  • 133Sentimen Pengundi Kaum Cina Menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 bukan kerana bunuh diri ataupun dibunuh pada 5 Januari 2011. Kesudahan kes tersebut sangat mengecewakan masyarakat Cina, khususnya keluarga Teoh sendiri. Keluarga Beng Hock merayu dan mendesak Perdana Menteri menubuhkan sebuah suruhanjaya diraja. Pentadbiran Najib bersetuju menubuhkan sebuah suruhanjaya diraja pada 7 Januari 2011 yang bidang tugasnya hanya untuk mengkaji prosedur soal siasat yang diguna pakai oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Bidang tugas suruhanjaya yang tidak menyiasat punca kematian Beng Hock telah dibantah oleh keluarga Teoh. Walau bagaimanapun, dengan berlangsungnya PRK Tenang yang dijadualkan pada 30 Januari 2011, Najib akhirnya bersetuju meluaskan bidang tugas suruhanjaya diraja tersebut kepada menyiasat punca kematian pada 26 Januari 2011. Langkah baru yang diambil oleh kerajaan menunjukkan pucuk pimpinan BN mengetahui bahawa isu ini mampu mempengaruhi pola pengundian komuniti Cina. Keempat, politik komunal dan perkauman terus mewarnai percaturan politik Malaysia dalam era pasca tsunami politik. Di sebalik kemunculan politik multietnik, politik perkauman juga mendapat dukungan dari parti-parti politik. Dalam hal ini masyarakat Cina menganggap UMNO tidak mahu meninggalkan landasan perjuangan komunalnya. Meskipun Najib berjaya menonjolkan imejnya sebagai Perdana Menteri yang bersifat mudah bertolak ansur dan tidak komunal, tetapi seluruh jentera UMNO dipersepsi oleh orang Cina sebagai masih bersifat perkauman. Ramai pemimpinnya masih melafazkan kata-kata bersifat komunal dan perkauman yang boleh menyakiti perasaan masyarakat bukan Melayu. Misalnya, selain Ahmad Ismail dan Azhar Ibrahim dari Pulau Pinang, Noh Omar selaku Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Selangor pula menyatakan bahawa orang Cina perlu bersyukur dan membalas budi kerajaan BN dalam Konvensyen BN Selangor pada 6 April 2010. Di samping itu, masyarakat Cina berpendapat bahawa kerajaan tidak mengambil inisiatif untuk membendung kelantangan NGO-NGO Melayu yang memperjuangkan hak dan kepentingan orang Melayu. Malah sesetengah mereka menganggap mobilisasi perkauman yang digembleng oleh pertubuhan-pertubuhan seperti PERKASA dan GERTAK mendapat restu dan dukungan para pemimpin UMNO. Umpamanya dalam Perhimpunan Melayu PERKASA Kelantan yang berlangsung pada 25 September 2010, Ibrahim Ali dengan lantang berhujah bahawa “Islam dihina, Melayu dicabar, dan institusi diperlekeh”. Malah pemimpin itu turut mengisytihar bahawa “I am not afraid to play the race card to rally support for its causes”.25 Kecenderungan-kecenderungan ini didapati mampu memberi kesan negatif terhadap sentimen komuniti Cina. Kelima, toleransi keagamaan yang dipupuk dengan baik di Malaysia sejak Merdeka lagi didapati semakin terhakis dalam percaturan politik yang sengit sesudah PRU Ke-12. Kecenderungan ini yang telah beberapa kali berlaku membimbangkan masyarakat bukan Melayu. Mereka menganggap hak dan ruang untuk mempraktikkan amalan keagamaan mereka semakin dibatasi. Contohnya cadangan perpindahan sebuah kuil Hindu ke kawasan Shah Alam telah menimbulkan kemarahan penduduk Melayu tempatan. Mereka berdemontrasi dengan mengarakkan kepala lembu yang baru disembelih untuk membantah perpindahan tersebut. Book 1.indb 133 5/24/2012 9:24:36 AM
  • 134 Demokrasi Dan Pilihan Raya Manakala penggunaan perkataan “Allah” dalam kalangan penganut Kristian pula menjadi satu isu keagamaan yang kontroversial. Isu ini timbul apabila hakim Mahkamah Tinggi, Lau Bee Lan memutuskan akhbar mingguan Kristian, Herald boleh mengguna pakai perkataan  “Allah” dalam akhbar dan apa sahaja penerbitannya. Malah menurut hakim itu, semua rakyat Malaysia mempunyai hak perlembagaan untuk menggunakan perkataan ‘Allah’ dan kata itu bukan eksklusif untuk penganut Islam sahaja. Penghakiman tersebut telah menimbulkan satu isu yang hebat, khususnya orang yang beragama Islam. Didapati bahawa Persatuan Ulama Malaysia (PUM) menentang sebarang penerbitan bahan bacaan agama lain menggunakan perkataan Allah kerana boleh mengelirukan masyarakat majmuk di negara ini Setiausaha Agungnya, Mohd. Roslan Mohd. Noor berkata, menterjemahkan perkataan God kepada Allah bagi agama lain adalah tidak sesuai dalam konteks Malaysia yang merujuk Allah sebagai Tuhan Yang Maha Esa.26 Selanjutnya isu ini menjadi serius apabila beberapa buah gereja di sekitar Kuala Lumpur telah dibakar. Keenam, isu kenaikan harga barangan keperluan dalam tahun 2010 merupakan satu cabaran getir yang terpaksa didepani pentadbiran Najib. Kenaikan harga minyak mentah dan peningkatan dalam permintaan global terhadap bahan-bahan makanan telah menyumbang kepada permasalahan ini. Kenaikan harga barangan keperluan seperti gula, tepung dan minyak masak sangat membebankan kehidupan rakyat pelbagai kaum. Selain itu, harga rumah, makanan, kadar tol dan lain-lain lagi menyebabkan rakyat terjerumus dalam keperitan hidup. Kesemua ini telah mengecilkan margin lebihan pendapatan dan sekaligus mengurangkan kuasa beli pengguna di Malaysia. Keadaan ini menyebabkan kerajaan Najib mengalami kemelut yang pernah dihadapi pentadbiran Pak Lah sebelum dilanda tsunami politik. Semasa pentadbiran mantan Perdana Menteri kelima itu, keadaan ekonomi yang tidak stabil akibat serangan krisis kewangan global telah menyulitkan kehidupan rakyat. Malah keadaan ini berlaku lebih awal apabila kenaikan kos sara hidup masyarakat berlaku secara mendadak sejak tahun 2005. Hal ini melibatkan barangan keperluan yang berkaitan dengan kelangsungan kehidupan rakyat. Umpamanya kenaikan harga minyak petrol dan diesel secara mendadak telah mengakibatkan rakyat Malaysia hidup dalam suasana inflasi tinggi. Apabila berlakunya kenaikan harga minyak sebanyak tiga kali, iaitu pada bulan Mei dan Julai 2005 serta Febuari 2006, rakyat pelbagai kaum berasa tertekan dan perasaan ketidakpuasan terhadap pimpinan Abdullah Badawi semakin membesar. Demonstrasi raksasa antikenaikan harga barangan yang dihadiri rakyat pelbagai kaum pada tahun 2007 menjadi kemuncak kepada bantahan rakyat. Dalam hal ini pentadbiran Najib mendepani cabaran yang lebih besar dalam tahun 2011 apabila negara-negara Arab dilanda “Arab Spring” yang semakin merebak. Natijahnya, harga minyak mentah mula naik dengan mendadak. Sehingga sukar untuk kerajaan tidak menaikkan harga petrol. Justeru itu, rakyat berfikir bahawa kerajaan tidak mampu mengawal kos sara hidup yang semakin meningkat ini dengan berkesan. Isu selanjutnya yang mempengaruhi sentimen pengundi Cina ialah prestasi kerajaan negeri PR yang selama ini sangat menyakinkan kaum Cina. Pentadbiran PR di negeri Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan dipersepsi oleh masyarakat Cina sebagai berlaku adil kepada semua kaum. Berbagai-bagai masalah yang selama Book 1.indb 134 5/24/2012 9:24:36 AM
  • 135Sentimen Pengundi Kaum Cina Menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 ini melanda komuniti Cina dapat ditangani apabila PR menerajui kerajaan negeri- negeri tersebut. Masalah kekurangan dana dan tapak untuk pembangunan sekolah- sekolah Cina dapat diselesaikan apabila kerajaan PR memberi peruntukan dana yang tetap dan kelulusan tapak pembinaan sekolah. Masalah kekurangan tapak untuk rumah ibadat bagi kaum Cina dan India juga diatasi di negeri-negeri PR. Malah perkara yang lebih menyakinkan ialah kerajaan PR memberikan pelbagai jenis bantuan dan kelulusan tanpa mengambil kira batasan kaum. Kerajaan-kerajaan negeri PR menunjukkan teladan yang baik dalam tempoh yang agak singkat dengan melaksanakan beberapa dasar yang mengutamakan kepentinganrakyat.MisalnyakerajaannegeriPeraksemasadibawahpentadbiranPR telah mengumumkan pemberian geran petempatan kekal kepada semua penghuni kampung baru Cina dalam tempoh sebulan mereka mentadbir negeri itu.27 Bekas Setiausaha MCA, Ting Chew Peh mengatakan bahawa para pemimpin MCA harus berasa insaf dan malu kerana tidak berupaya menyelesaikan masalah masyarakat Cina ini sepanjang tempoh 50 tahun parti itu menyertai BN.28 Kerajaan PR negeri itu turut melaksanakan polisi cukai pintu yang berjumlah RM 1 kepada semua premis keagamaan tanpa mengambil kira jenis agama. Hal ini memang menguntungkan PR kerana imej yang baik berjaya dipupuk. Di Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang menerajui kerajaan negeri tersebut turut menunjukkan prestasi yang baik dalam pentadbirannya. Pentadbirannya dikatakan sangat efisyen dan berlaku adil kepada rakyat pelbagai kaum di negeri itu. Pada 20 Mac 2010, Guan Eng telah melaksanakan rancangan pemberian RM100 setahun kepada warga emas melebihi 60 tahun yang bermastautin di Pulau Pinang. Selain itu, Pulau Pinang merupakan negeri pertama di Malaysia yang berjaya membasmi masalah kemiskinan tegar dalam masa setahun dan memastikan setiap keluarga memperoleh bantuan RM500 sebulan melalui program Rakan Anti Kemiskinan (RAK). Malah, Rebet bekalan air sebanyak 50 peratus diberi kepada semua rumah ibadat di Pulau Pinang. Kerajaan negeri Pulau Pinang mengamalkan dasar yang mesra rakyat dan memberi keadilan kepada semua rakyat. Hal ini dapat dilihat melalui pemberian tanah kepada para penganut agama yang berlainan untuk membina tempat beribadat mereka. Sekolah menengah persendirian Cina juga mula memperoleh peruntukan tetap dari kerajaan tersebut. Hal tersebut memang menggembirakan penduduk di Pulau Pinang kerana melihat PR memang memberi imej dan prestasi yang baik di bawah pimpinan mereka. Dengan ini masyarakat Cina beranggapan bahawa negeri-negeri di bawah pimpinan PR ditadbir dengan baik dan lebih prihatin akan masalah-masalah mereka. Sekiranya prestasi PR ini mampu dikekalkan dan menjalankan pentadbiran mesra rakyat, maka agak pasti bahawa sokongan para pengundi Cina akan terus menyebelahi PR dalam PRU Ke-13. Kesimpulan Pentadbiran Najib ternyata lebih yakin menghadapi PRU Ke-13 yang bakal diadakan apabila BN berjaya mencatat kemenangan di PRK Tenang, Merlimau dan Kerdau. Suntikan semangat daripada kemenangan ini telah memberikan keyakinan kepada Najib untuk membubarkan parlimen dalam waktu terdekat memandangkan undi kaum Melayu dan India diyakini kembali ke pangkuan BN. Namun begitu, undi Book 1.indb 135 5/24/2012 9:24:36 AM
  • 136 Demokrasi Dan Pilihan Raya kaum Cina yang menjadi rebutan pihak BN dan PR masih menampilkan tanda tanya, lantaran peralihan semula undi sokongan kepada BN adalah tidak jelas. Oleh itu, kerajaan BN perlu berusaha dengan lebih gigih untuk menawan hati pengundi- pengundi Cina. Kehilangan undi sokongan kaum Cina akan memberi satu gugatan kepada BN kerana perkembangan ini berkemungkinan besar akan merencatkan usaha BN untuk mencatatkan keputusan yang cemerlang dalam PRU Ke-13. Perkara yang lebih membimbangkan pucuk pimpinan BN ialah kecenderungan penghakisan undi sokongan kaum Cina terhadap BN ini akan berterusan dalam era pasca tsunami politik. Hal ini disebabkan pola pengundian kaum Cina adalah lebih memihak kepada pihak PR dalam PRK-PRK yang berlangsung selama ini. Walaupun BN memberikan peruntukan dan bantuan yang agak banyak kepada masyarakat Cina tempatan untuk meraih sokongan mereka, namun usaha tersebut tampaknya tidak mendatangkanhasilyangdijangkakan. HalinidisebabkankebanyakanpengundiCina menganggappemberianperuntukantersebutseperti‘gula-gulapolitik’yangbertujuan memancing undi mereka. Apa yang mereka mahu sebenarnya ialah kerajaan BN dapat mengagihkan bantuan dan peruntukan secara institusi dan bersifat sistematik. Dengan perkembangan ini, BN atau lebih tepat UMNO sebenarnya mengalami satu kebuntuan yang diistilahkan oleh Tun Dr. Mahathir sebagai “a Chinese dilemma”, yakni tidak kira betapa banyak faedah dan konsesi yang diberikan oleh UMNO, undi-undi orang Cina tetap memihak kepada PR. Dalam usaha menawan semula undi sokongan kaum Cina, suara hati masyarakat Cina dan isu-isu yang melanda mereka perlu diberi perhatian segera dan penyelesaian tuntas. Penyelesaian ala ‘mi segera’ dan ‘gula-gula politik’ yang selama ini digunakan oleh kerajaan BN ternyata tidak berkesan lagi. Jalan keluar kepada kebuntuan memenangi hati orang Cina sebenarnya terletak di bahu UMNO. Hal ini demikian kerana hanyalah UMNO sebagai tunjang BN mampu melonggarkan dasar-dasar negara yang dikatakan masih mengekangi masyarakat Cina dan India. Nota 1 Ramai pemimpin Melayu amat gelisah dengan fenomena perpecahan politik Melayu ini sesudah PRU tahun 2008 lantaran ketuanan politik dan hak istimewa orang Melayu dikatakan tergugat. Lihat umpamanya pendapat Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mengatakan bahawa orang Melayu kini berhadapan satu dilemma besar lantaran terpaksa bergantung kepada kaum minoriti dan menyerahkan apa yang sepatutnya menjadi hak orang Melayu. Pendapat ini mendasari ucaptamanya dalam Simposium Dilema Melayu: Perspektif dan Konklusi anjuran Persatuan Alumni Aspirasi Semalaysia yang berlangsung di Kuala Lumpur pada 12.2.2011. Lihat liputan berita yang dibuat oleh (Utusan Malaysia, 13 Februari 2011) untuk maklumat terperinci tentang pendapat mantan Perdana Menteri Malaysia itu dan juga simposium tersebut. Lihat juga huraian yang dibuat oleh Ahmad Atory Hussein, 2009, Politik Melayu di Persimpangan: Analisis Pilihan Raya Umum 2008. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd. 2 Kecenderungan ini dapat dilihat dalam kempen BN di PRK Sibu yang memperlihatkan Perdana Menteri Najib telah memberi peruntukan yang berjumlah RM15 juta kepada SJK (C) dan sekolah-sekolah menengah persendirian Cina di kawasan Sibu dan Kapit lihat Sin Chew Daily, 13 Mei 2010. 3 Dalam temubual dengan akhbar tempatan sebelum PRU Ke-12, Daim Zainuddin menyatakan bahawa BN bakal menghadapi “bahaya” di empat buah negeri, iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Ramalan beliau ternyata tepat apabila kesemua empat buah negeri itu jatuh ke tangan PR dalam tsunami politik 8 Mac 2008. 4 Lihat, Star, 27 Mei 2008. 5 Khoo Boo Teik, Paradoxes of Mahathirism, Kuala Lumpur, Oxford University Press, 1995, hlm. 283. 6 Thock Ker Pong, “UMNO dalam Dilema: Kegawatan yang Mengancam Survival”, Pemikir Julai- Book 1.indb 136 5/24/2012 9:24:36 AM
  • 137Sentimen Pengundi Kaum Cina Menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 September, 2008, Bil, 53, hlm. 19-47. 7 Sin Chew Daily, 12 Mei 2008. 8 New Straits Times, 6 Mei 2008. 9 Datuk Seri Najib Razak dianggap Perdana Menteri Malaysia yang berkaliber dan memiliki daya implementasi yang tinggi dalam pentadbiran kerajaan. Untuk maklumat pelbagai pembaharuan yang dilaksanaka oleh Najib dan pengaruhnya dalam negara, lihat antara lain kupasan yang dibuat oleh Chin 2010, “Malaysia: The Rise of Najib and 1Malaysia”, Southeast Asian Affairs 2010, hlm. 165-179. 10 Dalam hal ini ramai pemimpin MCA dan Gerakan mengakui kemunculan politik multietnik dalam PRU Ke-12. Umpamanya, Ong Ka Ting dan Ong Tee Keat menerima hakikat politik ini dan menganggap trend ini merupakan kecenderungan baru dalam perkembangan politik Malaysia. Lihat huraian dalam (Thock 2010b, hlm 32-33) untuk mengetahui pegangan pemimpin-pemimpin Cina ini. 11 Kata-kata Ahmad Ismail itu didapati menyinggung perasaan komuniti Cina dan natijahnya pelbagai pihak dalam masyarakat Cina telah mengecam pemimpin itu serta mendesak agar beliau memohon maaf. Namun begitu, Ahmad Ismail enggan berbuat demikian, akhir Timbalan Perdana Menteri waktu itu, Dato’ Seri Najib dilaporkan memohon maaf bagi pihak UMNO, lihat Utusan Malaysia, 3 September 2008. 12 Utusan Malaysia, 15 April 2009. 13 Utusan Malaysia, 4 Ogos 2009. 14 Utusan Malaysia, 18 Julai 2010. 15 Utusan Malaysia, 24 September 2010. 16 Oriental Daily News, 21 Mei 2010. 17 The Malaysian Insider, 3 Oktober 2009. 18 Dalam meraih undi sokongan orang Cina pada era pascatsunami politik 2008, UMNO dikatakan mendepani satu kebuntuan. Malah Dr. Mahathir menganggap UMNO sebenarnya mengalami “a Chinese dilemma” (Malaysiakini, 7 Mei 2010), yakni tidak kira betapa banyak faedah dan konsesi yang diberikan oleh UMNO, undi-undi orang Cina tetap memihak kepada PR. 19 Pengerusi Jawatankuasa Mempertahankan SJK (C) Damansara, Xiong Yu Sheng telah meninggal dunia beberapa hari selepas PRU Ke-12. Hal ini merupakan detik sedih bagi komuniti Cina Malaysia, khasnya penduduk kampung baru Damansara. Lihat perbincangan dan kupasan dalam Cheong, 2008, Gerakan Pendidikan Cina di Malaysia: Satu Kajian Tentang Perjuangan Dongjiaozong, 1970-2002, Tesis Ph.D, Universiti Malaya untuk maklumat lanjut tentang isu ini. 20 Lihat, Sin Chew Daily, 12 Julai 2008. 21 Naib Presiden UMNO itu telah mengemukakan pendapat yang bernada peringatan dan amaran semasa beliau merasmikan persidangan perwakilan UMNO bahagian Bukit Katil, Melaka pada 15 Julai 2010. Untuk huraian dan kupasan tentang ketidakupayaan MCA dan Gerakan dan pelabelan parti sebagai ‘Penumpang’ BN, rujuk makalah (Thock 2010b) yang berjudul “Menangani Kehilangan Undi Cina Selepas Tsunami Politik 2008: MCA Hanya ‘Penumpang’ BN?”, Pemikir, Oktober – Disember, 2010, Bil. 62, hlm. 17-39. 22 Utusan Malaysia, 17 Ogos 2010. 23 Kajian ini dilakukan oleh Merdeka Centre melibatkan 1003 responden Melayu dan Cina (Cina=590 : Melayu = 413) telah berlangsung dari 27.6.2010 hingga 25.7.2020). Dapatan kajian tersebut juga menunjukkan seorang lagi tokoh politik Cina dalam BN, iaitu Koh Tsu Koon Hanya dianggap oleh 1 peratus dari responden sebagai pemimpin yang berkeliber, lihat Oriental Daily News, 18 Ogos 2010. 24 Teoh Beng Hock merupakan setiausaha politik kepada Ean Yang Han Wah, ahli exco kerajaan negeri Selangor. Teoh telah dibawa balik ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cawangan Selangor sebagai saksi dalam siasatan penyelewengan. Namun Teoh telah dijumpai mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam di Shah Alam selepas disoal siasat oleh SPRM Selangor yang pejabatnya terletak di tingkat 14 bangunan yang sama. 25 Lihat, Star, 25 Januari 2010. 26 Utusan Malaysia Online, 3 Februari 2009. 27 Nanyang Siang Pau, 3 April 2008. 28 Oriental Daily News, 4 April 2008. Book 1.indb 137 5/24/2012 9:24:36 AM
  • 138 Demokrasi Dan Pilihan Raya Book 1.indb 138 5/24/2012 9:24:36 AM
  • Guna Dan Ganggu Ruang Maya Oleh Barisan Nasional Menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 Badrul Azmier Mohamed@Bakar Mujibu Abd Muis Azni Syafena Andin Salamat Syazliyati Ibrahim Abstract The significant role of the virtual world is undeniable in today’s society. Despite its virtual nature, the impact is being seen on most of the domains of humans life in the real world. Even in the political sphere, a myriad of ongoing events and phenomena could be the effects of what transpire in the virtual world. It is found that in spite of various actions taken by the authority, its influence, the anarchic element and ultimate freedom enjoyed, in the virtual world still prevails. This leads to an anxiety in the ruling party about its political survival, which largely depends on its success of controlling the practices in the goverment’s administration. Such control is deemed necessary to prevent and demolish any forms of subversion. Ironically, this concept of control is now regarded as an outdated framework. Recently, numerous political events which glamour for more democratic changes are talking place locally as well as internationally. Such uprisings indirectly raised some questions regarding Barisan Nasional as a ruling party which survival has been ascertained by the “controlling machine”. This study utilised content analysis and methods of observation towards any statements, actions or policies promoted by any political actor related to the ruling party in the uses and abuses of the virtual world in Malaysia in its endeavour to maintain its hegemony as a ruling party after the 13th General Election. Keywords: Malaysian politics, virtual world, Internet, Facebook Pengenalan Barisan Nasional (BN) masih kekal bergelar parti pemerintah walaupun sudah lebih 50 tahun sistem demokrasi pilihan raya telah dilaksanakan sejak merdeka. Walhal, di negara-negara lain, parti pemerintah sudah bertukar ganti berkali-kali. Kebanyakan parti pemerintah di kebanyakan negara yang ada pada masa kini pernah berada di kerusi pembangkang. Tetapi, nasib itu tidak terjadi kepada BN yang berterusan berkuasa lantas mengkonstruksi hegemoni dalam politik Malaysia. Sejak akhir- akhir ini, kemajuan dan perkembangan teknologi maklumat serta komunikasi telah Book 1.indb 139 5/24/2012 9:24:36 AM
  • 140 Demokrasi Dan Pilihan Raya mengubah lanskap politik banyak negara di dunia. Beberapa rejim dan penguasa tua telah dijatuhkan hasil gerakan massa yang dikenalpasti sebagai akibat mobilisasi politik di ruang maya. ‘The Third Wave of Democratisation’ sebagai mana digelar oleh Huntington lebih 20 tahun lalu. Justeru, apa yang melanda negara-negara rejim tua pada hari ini mungkin layak dinamakan sebagai ‘The Fourth Wave of Democratisation’. Gelombang keempat pendemokrasian yang melanda Tunisia, Mesir, Libya, Algeria, Jordan, Yemen dan Bahrain menyaksikan keberkesanan ruang maya dalam menggugat pemerintah di ruang nyata. Tidak disangka pemimpin yang hebat seperti Hosni Mubarak, kini berada dalam lipatan sejarah. Tidak terfikir bagaimana rakyat Libya menjadi berani mengangkat senjata dan sanggup mati daripada terus diperintah oleh pemimpin seperti Muammar Ghaddafi. Mengulas hal itu, Datuk Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri, berpendapat Malaysia terlalu berbeza dari segala segi berbanding dengan negara-negara Arab tersebut. Kenyataan ini adalah penafian bahawa gerakan massa seumpama itu mustahil bercambah di Malaysia. Sekali imbas pandangan tersebut nampak betul. Ini kerana Barisan Nasional telah membuktikan ia merupakan sebuah organisasi politik yang kuat dan tahan lasak. Gelombang pendemokrasian di Asia Timur berikutan Krisis Kewangan Asia 1997 telah menjatuhkan pemerintahan tentera di Korea Selatan, menyingkirkan sistem satu parti dominasi Kuomintang di Taiwan dan menggulingkan parti Golkar pimpinan Suharto di Indonesia. Bagaimanapun, nasib buruk itu berjaya dilempias oleh Barisan Nasional di Malaysia. Namun begitu, pada Pilihan Raya Umum Ke-12, 8 Mac 2008, Barisan Nasional telah dinafikan majoriti dua per tiga kerusi parlimen yang sejak lebih 50 tahun menjadi penanda aras prestasi yang dibanggakan. Ramai sarjana dan penganalisis politik mendakwa ia berlaku kerana peranan blog dan penulis politik yang mendominasi ruang maya sebelum dan semasa Pilihan Raya Umum Ke-12. Oleh yang demikian seperti juga Tunisia dengan Revolusi Jasmin dan Iran dengan Revolusi Hijau. Malaysia terlebih dahulu mengalami penangan politik di ruang maya pada tahun 2008. Perbezaannya ruang maya di Mesir mencetuskan revolusi menerusi mobilisasi massa, manakala ruang maya di Malaysia memupuk protes menerusi peti undi. Revolusi Jasmin di Tunisia adalah contoh hasil kegagalan pemerintah dalam menguruskan tuntutan perubahan Ruang Maya dan Politik di Ruang Nyata Penulisan dan kajian lepas mengenalpasti hubungan rapat, saling bergantung, serta berkesalingan antara ruang maya dengan politik di ruang nyata. Masing-masing menerangkan tindakan mengawal atau mengganggu dan mengguna ruang tersebut demi mempertahankan kelangsungan sesebuah parti sebagai pemerintah. Farid (2010) berkongsi pengalaman pemerintah Iran yang memberikan alasan biasa iaitu ‘keselamatan negara’ demi mengabsahkan tindakan pemerintah yang mengawal ketat ruang maya. Tindakan kawalan dilakukan sejurus kemunculan Revolusi Hijau yang dilakukan tanpa keganasan. Kemunculannya akibat daripada rakyat Iran yang yakin telah berlaku penipuan semasa Pilihan Raya Presiden pada Jun 2009. Berita berkenaan Mahmoud Ahmadinejad yang dipilih semula sebagai Presiden dengan 63 peratus dari jumlah keseluruhan undi mendorong rakyat terutamanya golongan muda turun ke jalan raya di Tehran sebagai tanda bantahan. Mobilisasi Book 1.indb 140 5/24/2012 9:24:36 AM
  • 141Perkembangan Politik Kuala Lumpur, 1969-1999 rakyat ke jalan raya telah dirancang menerusi komunikasi oleh golongan muda menerusi laman sosial. Kemudian, liputan revolusi tersebut telah dibuat apabila gambar- gambar dan klip- klip rakaman dimuatnaik ke laman jaringan sosial seperti Facebook, Twitter dan YouTube. Perkembangan yang berlaku ini lantas mendapat liputan media antarabangsa. Kebangkitan ini menarik perhatian ramai sehingga ke luar sempadan Iran. Sebagaimana kebanyakan negara-negara pengamal autokrasi, pemerintah Iran mengawal ketat bahkan mencegah media konvensional seperti akhbar bercetak, radio dan televisyen daripada membuat liputan ke atas peristiwa itu. Ironinya, ruang maya memberi peluang kepada rakyat untuk menggerakkan demonstrasi dan mendokumen serta menyebarkan berita mengenainya. Tan (2010) berkongsi pengalaman era gerakan reformasi dan peranan ruang maya dalam membentuk politik di Malaysia. Menurut beliau, hubungan berkesalingan ruang maya dengan politik Malaysia di ruang nyata bermula selepas pemecatan Dato’ Seri Anwar Ibrahim daripada semua jawatan parti dan politik. Bagaikan kebetulan, ia berlaku sewaktu perkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi di Malaysia. Berikutan itu, ruang maya menjadi pusat sehenti bagi komunikasi dan mobilisasi politik untuk gerakan reformasi kerana terhadnya peluang politik di ruang nyata yang di kawal pemerintah melalui undang-undang dan penguatkuasaan. Biarpun secara asasnya ruang maya merupakan ruang yang anarki, Ooi (2010) telah mengenalpasti kawalan, campurtangan atau gangguan oleh pemerintah mampu dilakukan memandangkan halangan yang lebih besar di ruang nyata, ruang maya terus menjadi pilihan kepada rakyat yang tidak menyokong parti pemerintah. Fischer (2009) yang menjalankan kajian etnografi pada tahun 2001 hingga 2002 di kawasan kediaman kelas menengah Melayu suburban telah mendapati informan yang memperolehi maklumat berkaitan politik di ruang maya memiliki kesedaran politik yang tinggi. Daripada sudut politik kepartian, mereka cenderung menyokong parti pembangkang dan berfikiran kritis. Bagaimanapun, ada juga yang menyokong parti pemerintah tetapi jumlahnya adalah kecil. Keberadaan mereka di ruang maya adalah untuk mendapatkan maklumat daripada perspektif yang berbeza berbanding di ruang nyata. Menurut Mohd Azizudin (2010) kebebasan bersuara dan berekspresi di ruang nyata adalah terhad. Beliau berpendapat rakyat Malaysia tidak pernah menikmati kebebasan bersuara seperti rakyat di United Kingdom dan Amerika Syarikat. Kebebasan bersuara sebagai suatu konsep politik di Malaysia diperkenalkan oleh bekas penjajah British dan mereka juga bertanggungjawab memperkenalkan peruntukan undang-undang yang membataskan kebebasan tersebut. Selepas merdeka, atas alasan dan justifikasi mencegah ketegangan kaum pemerintah Malaysia telah meningkatkan cengkaman menerusi undang-undang apabila memperkenalkan pelbagai akta seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (1960), Akta Rahsia Rasmi (1972), Akta Hasutan (1948), Akta Penerbitan dan Mesin Cetak (1984) dan Akta Universiti dan Kolej Universiti (1971). Menurut Mohd Azizudin (2010) lagi, walaupun memiliki justifikasi yang absah, namun amalan penguatkuasaan menerusi peruntukan perundangan dikenalpasti memberi faedah secara langsung kepada parti pemerintah. Penyelidikan oleh Krueger (2005) di Amerika Syarikat pula mengkaji hubungan antara kawalan pihak pemerintah terhadap ruang maya dengan partisipasi politik rakyat di ruang tersebut. Book 1.indb 141 5/24/2012 9:24:36 AM
  • 142 Demokrasi Dan Pilihan Raya Dapatan kajian menunjukkan sikap di ruang maya boleh dikawal oleh pemerintah melalui peruntukan undang-undang dan kemajuan teknologi maklumat. Wright (2009) pula mendapati parti politik boleh menggunakan ruang maya dan mengambil kesempatan ke atas ciri-ciri interaktif ruang maya tersebut. Kajian Wright (2009) juga menumpu kepada blog dan beliau mendapati tulisan ahli-ahli politik ini kurang mendapat sambutan kerana ketidakmampuan mereka untuk memanfaatkan ciri-ciri interaktif dalam blog. Terdapat juga ahli politik yang menghalang pembaca memberikan respons atau komen terhadap sebarang kenyataan yang dikeluarkan. Natijahnya komunikasi dua hala menjadi sehala. Komunikasi sebegini menimbulkan persepsi ahli politik telah gagal melaksanakan tugas sebagai wakil rakyat. Serfaty (2010) pula mendapati kemenangan seseorang calon dalam pilihan raya berkait rapat dengan populariti calon tersebut di ruang maya. Jumlah teman atau rakan di laman sosial seperti Facebook, MySpace, Friendster dan Ning boleh menentukan kemenangan seseorang calon. Peluang calon untuk bertemu pengundi secara fizikal dan mengenali mereka secara peribadi adalah sukar. Justeru kewujudan laman sosial di ruang maya mencetuskan peluang dan ruang untuk interaksi, komunikasi dan pembentukan persepsi dilengkapi dengan sentuhan peribadi. Penyelidikan dan penulisan oleh sarjana-sarjana tersebut jelas memperlihatkan peranan ruang maya dalam politik yang semakin hebat. Ia harus diambil berat oleh mana-mana parti-parti politik terutamanya parti pemerintah yang begitu lama serasi denganpraktisautokrasi.Suasanapenuhkawalandansekatan dimediaarusperdana atau ruang nyata mengakibatkan rakyat mengambil langkah untuk memperolehi, menyebar dan berkongsi maklumat di ruang maya. Dengan kemunculan laman sosial yang menjadikan ruang maya semakin interaktif menyebabkan media konvensional ketinggalan dari banyak segi. Ruang Nyata Politik Malaysia Peluang politik dalam suasana negara politik mempunyai batasan tersendiri. Terminologi yang digunakan oleh sarjana dalam menjelaskan status demokrasi di Malaysia menjelaskan tentang ciri-ciri peluang politik di ruang nyata. Zakaria mendefinisikan sistem demokrasi Malaysia sebagai quasi-democracy, Case melabel ia sebagai semi-democracy, Crouch pula menjelaskan ia sebagai neither authoritarian nor democracy; manakala Jesudason menggunakan istilah statist-democracy (Jamaie et. al 2005). Selanjutnya, Munro-Kuo mentafsir demokrasi Malaysia sebagai authoritarian populism; dan coercive consociationalism oleh Mauzy (Wan Abul Rahman 2002). Kesemua istilah tersebut memfokuskan kepada amalan demokrasi parti pemerintah khususnya semasa era Tun Mahathir Mohamad. Sebelum mengambil alih jawatan Perdana Menteri Malaysia pada 3 April 2009, ramai menjangkakan pemerintahan Datuk Seri Najib Razak akan mencontohi Tun Mahathir Mohamad dan meneruskan amalan-amalan pentadbiran perdana menteri terdahulu. Jangkaan yang telah disebutkan kelihatan benar apabila perspektif Freedom House Press Freedom Index untuk tahun 2010 telah mengenalpasti Malaysia sebagai negara berstatus “not free” bersama-sama dengan negara seperti Vietnam, Kemboja, Laos dan Myanmar bagi kategori kebebasan media (Freedom House 2010). Manakala skor untuk peluang Book 1.indb 142 5/24/2012 9:24:36 AM
  • 143Perkembangan Politik Kuala Lumpur, 1969-1999 politik dan kebebasan, Malaysia diberi skor empat untuk melayakkannya berstatus “partly free” (Freedom House Press Freedom 2010). Manakala Tan (2010) telah memperincikan bentuk peluang politik di ruang nyata politik negara. Di ruang nyata, peluang politik dihadkan seperti demonstrasi aman di jalan raya disuraikan dengan belantan gas, pemedih mata, meriam air, lokap dan mahkamah. Media konvensional seperti akhbar, televisyen dan radio tidak menjadi lidah masyarakat tetapi menjadi sebahagian daripada alat komunikasi satu hala parti yang memerintah. Akhbar dan majalah alternatif memang wujud tetapi edarannya dihadkan dengan pelbagai syarat seperti “hanya untuk ahli sahaja”, permit penerbitan tidak diperbaharui, keluaran juga tidak berkala walaupun permintaannya tinggi. Rasional pemerintah kepada semua tindakan ini adalah untuk keselamatan negara dan ketenteraman awam. Seperti yang berlaku di Iran sewaktu Revolusi Hijau yang mahu dilindungi sebenarnya adalah keselamatan rejim pemerintah (Farid 2010). Justeru, menurut Tan (2010) suasana tersebut telah mewujudkan rasa ketidakpuasan politik yang agak kritikal di kalangan rakyat. Keadaan di ruang nyata yang dikongkong menyebabkan aktor-aktor politik daripada kalangan rakyat biasa bermigrasi ke ruang maya, lantas memobilisasikan gerakan yang mampu menerobos ke ruang nyata. Kawalan Pemerintah ke atas Ruang Maya Penggunaan ruang maya dalam politik Malaysia mula aktif seiring dengan kemunculan gerakan reformasi. Kemunculannya adalah tindak balas kepada beberapa suasana politik negara yang mengejutkan seperti pemecatan Dato’ Seri Anwar Ibrahim daripada semua jawatan politik dan parti. Peristiwa ini mencetuskan kontroversi dan mengundang perhatian dari dalam dan luar negera. Disebabkan terhadnya peluang politik di ruang nyata, ia menyebabkan para reformis memilih untuk memanipulasi ruang nyata yang tidak dikongkong. Kebelakangan ini lanskap politik di Timur Tengah disamakan oleh parti pembangkang dengan keadaan politik negara dan ini tidak disenangi oleh BN sehingga menyebabkan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim mengugut untuk menggunakan peruntukan undang-undang yang sedia ada bagi mendakwa pihak pembangkang. Menurut Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim lagi, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, Polis DiRaja Malaysia dan agensi yang berkaitan akan memantau laman sosial Facebook, sistem pesanan ringkas dan media alternatif yang lain (Berita Harian, 6 Mac 2011). Menteri Dalam Negeri pula, Dato’ Seri Hishammuddin Hussein pula menjelaskan pemerintah boleh bertindak menurut peruntukan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) (Berita Harian, 6 Mac 2011). Sebelum itu, dalam persidangan Dewan Negara 3 Ogos 2010, Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim menegaskan kesemua jenis kandungan di ruang maya adalah tertakluk kepada empat akta iaitu Akta Hasutan (1948), Kanun Keseksaan, Akta Keselamatan Dalam Negeri (1960) dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Utusan Melayu, 8 Mac 2011). Pemerintahdanperuntukanundang-undangsediaadabolehmenguatkuasakan pelbagai akta bagi mengawal kebebasan ruang maya. Ooi (2011) telah mengenalpasti Book 1.indb 143 5/24/2012 9:24:36 AM
  • 144 Demokrasi Dan Pilihan Raya kawalan di ruang maya oleh pemerintah tidak begitu ketat. Kes rampasan komputer media internet Malaysiakini, kes screenshots Jeff Ooi, isu April Fool, isu penyebaran khabar angin kekecohan di ibu kota, isu blog Brandmalaysia, isu ‘web provokasi’, gangguan laman web pembangkang dan isu ECM Libra adalah antara kes yang diketengahkan oleh Ooi (2011). Selain daripada itu, diadakan juga dialog antara Kementerian Penerangan dengan para penulis blog pada Mei dan Jun 2008 (Muhamad Nadzri dan Suhaimee 2008). Manakala penguatkuasaan Akta Keselematan Dalam Negeri (ISA) ke atas Raja Petra Kamarudin pada 12 September 2008 dilihat sebagai kemuncak usaha pemerintah dalam mengawal ruang maya yang hampir anarki itu. Selepas daripada itu, penulis blog ‘Kickdefella’ Syed Azizi Aziz pula ditahan dengan menggunakan akta yang sama. Di ambang Pilihan Raya Umum Ke-13, Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak berusaha keras untuk memantau dan mengawal ruang maya. Dalamkespertama,MahkamahTinggiKualaLumpurpada2Februari2011telah membenarkan injunksi kepada Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim bagi menghalang penulis Amizudin Ahmad meneruskan paparan berkaitan dakwaan salah laku Menteri Penerangan tersebut. Walhal Amizudin Ahmad sekadar memaparkan semula pendedahan Wikileaks dengan mengutipnya dari blog ‘Rockybru’ yang dimiliki oleh Ahirudin Atan yang cenderung menyokong parti pemerintah, tetapi tidak dikenakan sebarang tindakan. Manakala pada 18 Mac 2011, penulis blog Muhammad Nur Hanief Abdul Jalil ditahan polis dan Suruhajaya Komunikasi dan Multimedia tanpa sebarang waran. Komputer riba, modem dan beberapa peralatan komputer milik bapanya dirampas (http:www.keadilandaily.com). Peristiwa-peristiwa tersebut menunjukkan undang-undang berkaitan tidak dijalankan sepenuhnya. Walaupun ISA ada digunakan tetapi penahanan lanjut tidak dilakukan. Tindakan kawalan ruang maya oleh pemerintah lebih berbentuk amaran dan ancaman seperti soal siasat oleh polis, penggeledahan premis dan rampasan perkakasan atau komputer. Usaha kawalan oleh pemerintah terhadap ruang maya lebih bersifat gangguan berbanding penguatkuasaan iaitu gangguan di ruang nyata dan di ruang maya (Ooi, 2011). Gangguan di ruang nyata menunjukkan kepada kes yang dibincangkan manakala gangguan fizikal seperti merampas hardware, atau set komputer boleh melumpuhkan sebarang gerakan di ruang maya. Gangguan di ruang maya dilakukan oleh sebilangan penggodam cyber “cybertroopers”. Kewujudan mereka di ruang maya menjadi misteri sama ada dibiayai atau secara sukarela. Ini menyebabkan ramai pihak beranggapan kehadiran mereka di ruang maya dibiayai oleh pihak tertentu. Mereka berkemahiran tinggi dalam teknologi siber, hebat apabila berhujah, kelihatan berpendidikan tinggi, mahir dalam menggunakan bahasa Melayu dan Inggeris, berupaya memberikan rasional dan justifikasi terhadap segala tindakan parti pemerintah. Krueger (2005) pula mengakui keupayaan pemerintah dalam mengawal ruang maya di sebalik tanggapan ia suatu bentuk anarki. Namun, tidak ada rekod rasmi berkenaan serangan siber oleh pemerintah ke atas laman web di ruang maya. Namun begitu, serangan teknikal ini pernah dialami dan telah melumpuhkan laman-laman web pro parti pembangkang seperti Anwar Online, Black 14 dan Malaysia Today. Book 1.indb 144 5/24/2012 9:24:36 AM
  • 145Perkembangan Politik Kuala Lumpur, 1969-1999 Kuatkuasa dan Ganggu Dilema antara menguatkuasa dan mengganggu boleh dijelaskan daripada sudut ekonomi. Sebagai kerajaan yang mengamalkan konsep negara pembangunan, setiap tindakan dilihat sangat mementingkan pembangunan. Praktis negara pembangunan (Sity, 2004) yang hebat di era Tun Mahathir Mohamad berlanjutan sehingga ke pemerintahan Datuk Seri Mohd Najib Razak. Walaupun pentadbiran Datuk Seri Mohd Najib Razak dilihat mengetengahkan polisi liberalisasi tetapi kerajaan masih lagi berperanan besar dalam ekonomi. Justeru itu, penyertaan lain dalam ekonomi negara masih berterusan dan rancak melalui berbagai cara, sama ada secara langsung atau tidak langsung. Multimedia Super Corridor yang dibangunkan di era Tun Mahathir Mohamad adalah contoh peranan pemerintah untuk membangunkan ekonomi berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi. Teknologi maklumat harus dimajukan untuk mempersiapkan negara menghadapi cabaran globalisasi yang tidak menentu. Kemajuan pesat teknologi maklumatdankomunikasimemberikesansampingankeatasnegaradanmasyarakat. Kemajuannya telah mewujudkan ruang awam dan peluang politik baru kepada rakyat. Semenjak tahun 1998 hingga kini, kemajuan teknologi maklumat lebih menguntungkan parti pembangkang berbanding parti pemerintah. Perkembangan sektor teknologi maklumat menuntut pelaburan langsung asing dalam industri ini sedaya mungkin terus kukuh dan kekal dalam negara. Namun begitu, syarikat- syarikat multi-nasional percaya sebarang tindakan campur tangan atau sebarang polisi kawalan oleh pemerintah terhadap ruang maya boleh menjejaskan kepesatan kemajuannya. Atas sebab itu semasa projek Multimedia Super Corridor mula-mula dilancarkan, pelabur asing diberi jaminan ruang maya di Malaysia akan bebas daripada sebarang bentuk kawalan atau kongkongan terhadap sebarang kandungan laman-lamannya. Menurut (Ooi, 2010), jaminan yang diberikan oleh pemerintah hampir menyerupai perlembagaan First Amendment milik Amerika Syarikat. Gagasan Model Ekonomi Baru dalam kerangka Government Transformation Plan oleh Datuk Seri Mohd Najib Razak yang mahu menyediakan Malaysia untuk persaingan global menyebabkan negara tidak berupaya mengelak daripada menyediakan ruang yang cukup selesa untuk pembangunan industri teknologi maklumat dan komunikasi. Malahan ia jelas bertepatan dengan matlamat mengtransformasi Malaysia daripada sebuah ekonomi berorientasikan pembuatan/ perkilangan/asas-ekspot kepada sebuah ekonomi berasaskan perkhidmatan/ pengetahuan/ modal insan yang sarat dengan budaya inovasi. Justeru ini menyebabkan faktor gangguan menjadi pilihan berbanding penguatkuasaan dalam menangani ruang maya. Persekitaran hampir anarki di ruang maya akan berterusan dalam negara walaupun parti pemerintah menghadapi berbagai cabaran. Lantaran itu, sebarang usaha-usaha kawalan yang cenderung kepada penguatkuasaan hanya merugikan ekonomi dan memberi kesan kepada ketidakstabilan politik seterusnya menjejaskan kedudukan Barisan Nasional sebagai parti pemerintah. Gunaan Ruang Maya oleh Barisan Nasional Menyedari akan kepentingan ruang maya, BN telah mempraktikkannya dengan lebih meluas. Kajian oleh Wright (2009) telah mengenalpasti parti politik sama Book 1.indb 145 5/24/2012 9:24:36 AM
  • 146 Demokrasi Dan Pilihan Raya ada pemerintah ataupun pembangkang harus mengambil kesempatan ke atas sifat interaktif ruang maya. Pertambahan mendadak kerusi pakatan pembangkang di Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri dalam Pilihan Raya Umum Ke- 12 berpunca daripada peranan ruang maya yang semakin kuat pengaruh dan peranannya dalam politik negara. Blog dan pemblog dikenalpasti adalah medium komunikasi dan aktor politik penting dalam membentuk persekitaran politik negara di era pasca tsunami politik Mac 2008. Kekalahan pihak kerajaan di saluran muda serta di kawasan bandar adalah bukti. Ini berikutan penguasaan ruang maya oleh populasi muda, kelas menengah, berpendidikan dan kritikal. Dalam siri pilihan raya kecil yang berlangsung selepas PRU Mac 2008, parti pemerintah berusaha mendekati rakyat dengan menggunakan laman sosial seperti Facebook. Umpamanya, calon Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri N.27 Merlimau, Melaka menggunakan Facebook untuk berhubung dengan rakyat (Berita Harian, 3 Mac 2011). Segala soalan dan masalah yang diutarakan penduduk di kawasan tersebut yang tidak berkesempatan mengikuti kempen dijawab dalam Facebook. Ia juga memudahkan interaksi beliau dengan golongan muda yang merupakan pengguna laman sosial yang aktif. Manakala di Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri N.28 Kerdau, Pahang, jentera Pilihan Raya Barisan Nasional memanfaatkan laman sosial Facebook dan Twitter bagi menghubungi sebahagian daripada 3,680 pengundi muda yang merantau (Berita Harian, 4 Mac 2011). Keadaan ini sama dengan kajian Serfaty (2010) yang mendapati kemenangan dalam pilihan raya boleh dipengaruhi oleh populariti calon di ruang maya. Ia seakan menjadi kenyataan semasa Pilihan Raya Kecil Merlimau dan Kerdau. Apabila Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Razak memaksimumkan peluang dan ruang yang wujud di ruang maya dengan memiliki kedua-dua akaun Facebook dan Twitter. Beliau menganjurkan majlis minum teh bersama-sama rakan Facebook dan berjaya memastikan rakan-rakan di ruang maya bertukar menjadi teman di ruang nyata. Sesi “Mari berjumpa, mari berhubung” bersama-sama rakan Facebook di Kuching, Sarawak pada 19 Mac 2011 adalah antara program yang dianjurkan beliau. Datuk Seri Mohd Najib Razak juga telah menghantar khidmat pesanan ringkas kepada empat juta rakyat Malaysia dan emel kepada 1,255,528 orang yang menjadi contoh kemajuan teknologi maklumat dimanfaatkan (Berita Harian, 9 Mac 2011). Parti pemerintah juga semakin yakin dalam menggunakan ruang maya apabila lebih 33,000 orang mendaftar secara online di www.bnyouthjobfair.com dan menerima kunjungan lebih 40,000 muda mudi sewaktu karnival kerjaya yang dianjurkan oleh Pemuda Barisan Nasional. TNS Global Market Research menerusi kajiannya pada tahun 2010 mengenalpasti rakyat Malaysia adalah antara pengguna Facebook paling ramai di dunia (http://www.redobit.com). Oleh yang demikian, ruang maya mewujudkan ruang dan peluang yang luas kepada parti pemerintah untuk mendekati, memberi khidmat dan mendampingi golongan muda dan berpendidikan tinggi. Kewujudan kelompok “cybertroopers” di ruang maya yang memberikan sokongan tidak berbelah bagi kepada parti pemerintah memberikan peluang kepada parti kerajaan untuk mempertahankan diri serta membalas serangan politik kepada parti pembangkang. Book 1.indb 146 5/24/2012 9:24:36 AM
  • 147Perkembangan Politik Kuala Lumpur, 1969-1999 Kehadiran kelompok cybertroopers juga mampu memecah dominasi parti pembangkang di ruang maya. Namun begitu, imej dan personaliti yang dibawakan cybertroopers tidak seiring dengan imej yang cuba diketengahkan oleh pemimpin kerajaan. Ia diburukkan lagi apabila mereka yang dikatakan diupah oleh pihak tertentu ini telah mencalarkan imej Barisan Nasional itu sendiri. Provokasi, intimidasi, serangan peribadi, pembunuhan watak dan manipulasi perkauman yang menggunakan istilah kasar digunakan secara meluas baik dalam blog dan laman- laman sosial Facebook dan Twitter oleh kelompok cybertroopers. Ini mendatangkan kebencian kepada pengguna blog yang tidak berpihak kepada parti-parti politik tertentu. Pendekatan yang menyerang dan menjelas dengan berhemah di dapati lebih berkesan daripada mendekatkan masyarakat membezakan budaya parti pemerintah berbanding pembangkang yang didakwa oleh parti pemerintah menggunakan strategi politik yang kasar dan negatif, maka pendekatan-pendekatan tersebut harus dinilai semula. Ia juga tidak senada dengan konsep “1Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan” yang berhasrat memupuk multiculturalism serta usaha transformasi oleh parti pemerintah dalam kerangka besar Government Transformation Plan. Kunjungan dan Keberadaan Dilema kerajaan dalam menangani ruang maya adalah keberadaannya di ruang maya yang kurang mendapat sambutan daripada kumpulan sasar iaitu rakyat yang tidak menyokong atau tidak mengundi Barisan Nasional. Penyokong BN juga penting namun penglibatan mereka dalama informasi alternatif adalah minimum kerana media konvensional di ruang nyata mampu memenuhi kehendak mereka. Golongan yang bebas kritikal dan penyokong pembangkang sentiasa berkunjung ke ruang maya untuk memperolehi maklumat alternatif yang tidak disediakan di ruang nyata media arus perdana. Kajian etnografi Fischer (2009) turut menyimpulkan kelompok yang mengambil keputusan untuk memperolehi maklumat politik di ruang maya memiliki kesedaran politik yang tinggi. Keberadaan mereka di ruang maya untuk mendapatkan informasi yang berbeza daripada apa yang dihidangkan oleh media arus perdana berikutan ciri arnaki dan keterbukaan ruang maya itu sendiri (Fischer 2009). Selain itu, kemunculan laman YouTube yang menyediakan capaian aplikasi audio-visual memberi saingan kepada media massa konvensional seperti televisyen. Natijahnya, sebarang liputan yang berkaitan kerajaan dicapai oleh kalangan rakyat. Ternyataruangmayadapatmelengkapkanpermintaanyangtidakberupayadipenuhi oleh ruang nyata. Sebagaimana digarapi oleh Muhamad Nadzri dan Suhaimee (2008) yang mengenalpasti kaedah purposive depoliticization yang telah lama dipraktis oleh parti pemerintah bagi mengurangkan politicking telah menjejaskan kebebasan media yang merupakan salah satu asas terpenting dalam demokrasi. Menurut Muhamad Nadzri dan Suhaimee (2008) lagi, amalan tersebut menyebabkan fungsi asas media sebagai penyebar maklumat kepada masyarakat menjadi terencat sebaliknya menjadi alat propaganda parti pemerintah. Sehubungan dengan itu, sambutan masyarakat terhadap laman dan media parti pemerintah di ruang maya adalah kesan kepada kekangan peluang politik di ruang nyata. Book 1.indb 147 5/24/2012 9:24:37 AM
  • 148 Demokrasi Dan Pilihan Raya Kesimpulan Pilihan Raya Umum Ke-13 begitu besar ertinya kepada parti pemerintah dan Datuk Seri Mohd Najib Razak sebagai Perdana Menteri ke enam. Ini kerana kemenangan Pilihan Raya Umum Ke-13 akan menjadi mandat sebenar kepada beliau. Oleh yang demikian bukan hanya kemenangan yang penting tetapi pertambahan majoriti dan undi popular yang besar juga menjadi keutamaan. Kesemua ini penting untuk menggambarkan sokongan dan tahap keyakinan rakyat bukan sahaja terhadap Datuk Seri Mohd Najib Razak atau BN tetapi sebagai isyarat sama ada agenda Government Transformation Plan yang menggunapakai konsep “1-Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan”, Model Ekonomi Baru serta Program Transformasi Pemerintahan diterima atau di tolak rakyat. Pengendalian dan pemilihan pendekatan politik yang sesuai di ruang maya oleh Barisan Nasional adalah penting bagi menjamin kelangsungan dan kekuatan cengkaman hegemoni sebagai parti pemerintah tunggal di peringkat persekutuan. Tersalah perkiraan dalam mengurus dan mengendali ruang maya boleh membawa kecelakaan sepertimana yang menimpa ke atas penguasa-penguasa autokratik di Mesir dan Tunisia. Justeru itu, sebarang langkah penguatkuasaan di bawah peruntukan undang-undang ke atas rakyat di ruang maya bukan pilihan yang sesuai. Disebabkan perkara tersebut, keyakinan pelabur asing akan terhakis dan boleh merencatkan lagi ekonomi negara yang sedang mengalami pertumbuhan perlahan. Seterusnya, suasana politik yang berteraskan demokrasi amat kondusif dengan model Ekonomi Baru yang berdasarkan kepada berpendapatan tinggi dan menunjukkan inovasi. Kawalan yang ketat ke atas ruang maya agak bercanggah dengan situasi tersebut. Justeru, keadaan pada masa kini seolah-olah memberi petanda tentang keperluan kepada pendemokrasian. Bagaimanapun, pemerintah dan sebilangan besar rakyat masih dikuasai oleh perspektif politik horizontal yang komunal, yang menyebabkan pendemokrasian ditakuti boleh membawa anarki. Kesimpulannya, dalam mengurus dan mengendali ruang maya, guna dan ganggu berbanding kawal kelihatan relevan untuk diamalkan. Setelah lebih 15 tahun pertapakan ruang maya di Malaysia, praktis ini nampak yang paling sesuai. Namun, “ganggu” didapati bukan lagi tren terkini dalam pengurusan ruang maya. Justeru, memfokus kepada “guna” menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13, fokus dijangkakan bakal membawa faedah besar kepada parti pemerintah. Oleh itu, ruang maya boleh dikenalpasti sebagai peluang dan bukan ancaman. Rujukan Badrul Azmier Mohamed @ Bakar (2008). Lima puluh satu tahun dominasi Barisan Nasional dalam politik Malaysia: Suatu analisis. Kertaskerja dibentangkan di Seminar Politik Malaysia: Lanskap Politik Malaysia Pasca Pilihanraya Ke-12, Universiti Teknologi MARA Sabah. Farid Shirazi (2010). “The emancipatory role of information and communication technology: A case study of internet content filtering within Iran”. Journal of Information, Communication & Ethics in Society, 8(1), hlm. 57-84. Book 1.indb 148 5/24/2012 9:24:37 AM
  • 149Perkembangan Politik Kuala Lumpur, 1969-1999 Fischer, J., (2009). ‘We shift the channel when Mahathir appears’: The political Internet and censorship in Malaysia. Akademika: Jurnal Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan, Januari-April, hlm. 43-64. Freedom House Press Freedom Index 2010 (n.d.). Atas talian Mac 13, 2010, dari http://www.freedomhouse.org Jamaie Hamil, Mohd. Mahadee Ismail, Nidzam Sulaiman, Suzanna Mohamed Isa dan Zaini Othman (2005). “Budaya politik Melayu: kesinambungan dan perubahan”. Dlm. Sity Daud & Zarina Othman (pnyt.). Politik dan Keselamatan, hlm. 71-98. Bangi: Penerbit UKM. Krueger, Brian S. G. (2005). Government surveillance and political participation on the Internet. Social Science Computer Review, 23(4), 439-452. Malaysians most popular, most frequent social network users. (2010). Atas talian November 11,2010 dari http://www.redorbit. com/news/technolog/1941050/malaysians_most_ popular_most_frequent_social_network_users/index.html. Muhamad Nadzri Mohamed Noor dan Suhaimee Saahar@Saabar (2008). “Blogosphere: Ruang kontra hegemoni? Analisis terhadap blog politik Malaysia terpilih dalam PRU 2008”. Kertaskerja dibentangkan di Seminar Politik Malaysia: Lanskap Politik Malaysia Pasca Pilihan Raya Ke-12, Universiti Teknologi MARA Sabah. Mohd Azizudin Mohd Sani (2010). Freedom of political speech and social responsibility in Malaysia. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Serfaty, V., (2010). “Web campaigns: Popular culture and politics in the U.S. and French presidential elections”. Culture, Language and Representation, 3, 115-129. Sity Daud (2004). Globalisasi dan negara pembangunan. Akademika: Jurnal Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan, Januari: 27-42. Tan Lee Ooi (2010). Dinamik ruang siber dalam gerakan reformasi di Malaysia. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Wan Abdul Rahman Wan Abdul Latif (2002). “Antara persaingan dan perwakilan”. Dlm. Ghazali Mayudin (pnyt.). Politik Malaysia: Perspektif Teori dan Praktik. Bangi: Penerbit UKM, hlm. 1-25. Wright, Scott. (2009). Political blogs, representation and the public sphere. Aslib Proceedings: New Information Perspectives. 61(2): 155-169. Akhbar Berita Harian, 2011, Mac 4, hlm. 6. “Facebook jejak pengundi muda”. Berita Harian, . 2011, Mac 6 hlm. 2. “Tindakan keras jika hasut rakyat guling kerajaan”. Berita Harian, 2011, Mac 3. hlm. 8. “Roslan guna Facebook tarik pengundi mud”. BeritaHarian,2011,Mac 9hlm.12.“Najibtaklanggarprivasisyarikattelekomunikasi”. Utusan Malaysia, 2011, Mac 8. “Empat akta kawal maklumat berangkai dalam laman web”. Internet http://www.keadilandaily.com. “Tahan blogger tanpa waran, tindakan umpama negara polis”. 19 Mac 2011 Book 1.indb 149 5/24/2012 9:24:37 AM
  • Book 1.indb 150 5/24/2012 9:24:37 AM
  • BIODATA PENULIS Ahmad Kamal Ariffin Md Rus Pensyarah di Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya. akamal@um.edu.my Ahmad Ramizu Abdullah Pensyarah di Jabatan Linguistik Melayu, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. ramizu@um.edu.my Amer Saifude Ghazali Pensyarah di Jabatan Geografi, Felo Penyelidik UMCEDEL, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya asaifude@um.edu.my Azni Syafena Andin Salamat Pensyarah di Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi MARA Kedah. azni_syafena@kedah.uitm.edu.my Badrul Azmier Mohamed@Bakar Pensyarah di Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi MARA Kedah. badmohammed@kedah.uitm.edu.my Mazlan Ali Pensyarah di The School Perdana of Science, Technology and Innovation Policy, UTM International Campus. lant@ic.utm.my Md Rozimi Mohd Nasir Calon Pelajar Siswazah, Jabatan Pentadbiran dan Keadilan Sosial, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya. mdrozimi@rmp.gov.my Mohammad Redzuan Othman Pensyarah di Jabatan Sejarah, Pengarah UMCEDEL, Dekan, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya. mredzuan@um.edu.my/redz8182@gmail.com Mujibu Abd Muis Pensyarah di Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi MARA Terengganu. mijibu@tganu.uitm.edu.my Book 1.indb 151 5/24/2012 9:24:37 AM
  • 152 Demokrasi Dan Pilihan Raya Nawi bin Abdullah Pensyarah di Jabatan Pengajian Pentadbiran dan Politik, Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya. a.nawi@um.edu.my Neilson Ilan Mersat Timbalan Dekan (Pascasiswazah & Penyelidikan), Universiti Malaysia Sarawak. mnilan@fss.unimas.my Rosmadi Fauzi Pensyarah di Jabatan Geografi/ Felo Penyelidik UMCEDEL, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya. rosmadifauzi@yahoo.com. Salinah Jaafar Pensyarah di Jabatan Linguistik Melayu, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. blsalina@um.edu.my Suffian Mansor Pensyarah di Jabatan Sejarah/ Felo Penyelidik UMCEDEL, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya. suffian@um.edu.my Syazliyati Ibrahim Pensyarah di Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi MARA Kedah. syazliyati@kedah.uitm.edu.my Tan Yen Yee Pelajar Siswazah Jabatan Pengajian Tionghoa, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya. yenyee5201314@hotmail.com Thock Ker Pong Pensyarah di Jabatan Pengajian Tionghoa/ Felo Penyelidik UMCEDEL, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya. kpthock@yahoo.com Zulkanain Abdul Rahman Pensyarah di Jabatan Sejarah / Felo Penyelidik UMCEDEL, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya. zulkana@um.edu.my Book 1.indb 152 5/24/2012 9:24:37 AM
  • NOTA UNTUK PENULIS Jurnal Demokrasi dan Pilihan Raya, jurnal terbitan Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya, Fakulti Sastera Dan Sains Sosial merupakan jurnal multi- disiplin yang diterbitkan dua kali setahun oleh Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL). Sumbangan Manuskrip yang berasaskan kajian asal dalam bidang Kemanusiaan dan Sains Sosial yang berkaitan dengan demokrasi dan pilihan raya amat dialu-alukan. Manuskrip Tiga salinan manuskrip harus dihantar kepada Ketua Pengarang, Jurnal Demokrasi dan Pilihan Raya, Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya, Pejabat Dekan, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya 50603, Kuala Lumpur, Malaysia. Manuskrip juga boleh dihantar dalam talian kepada umcedel@um.edu. my atau umcedel@gmail.com. Manuskrip yang diterima untuk penerbitan jurnal ini tidak boleh dihantar untuk tujuan penerbitan di tempat-tempat lain. Manuskrip yang dihantar kepada pihak jurnal akan dinilai oleh penilai sebelum diterima untuk penerbitan. Manuskrip yang diterima tidak akan dikembalikan kepada penulis kecuali menerima surat rasmi penulis untuk mendapatkannya kembali. Manuskrip yang tidak mematuhi format penulisan tidak akan dipertimbangkan untuk penerbitan. Setiappandangandanketepatanfaktadalammanuskripyangditerbitkan adalah tanggungjawab penulis. Manuskrip yang dicetak: Manuskrip perlu ditaip jarak dua ruang pada setiap sisi dalam kertas berukuran A4 dengan margin 2.5 cm pada semua sisi. Teks manuskrip harus dalam Times Roman, bersaiz 12. Manuskrip tersebut harus disertakan dengan halaman yang mengandungi judul nama penulis, institusi penulis, nombor telefon dan fax, alamat e-mel dan tajuk kertas. Bahasa: Manuskrip yang dihantar hendaklah ditulis dalam Bahasa Melayu. Panjang: Manuskrip tidak kurang daripada 5,000 patah perkataan dan tidak melebihi 8,000 patah perkataan, termasuk nota hujung dan rujukan. Abstrak: Setiap manuskrip perlu disertai dengan abstrak dalam Bahasa Inggeris tidak lebih daripada 200 patah perkataan berserta beberapa kata kunci. Perenggan dan tajuk: Jumlah perenggan yang terlalu banyak harus dielakkan. Kebiasaan yang diterima untuk tajuk adalah sebagai berikut: Book 1.indb 153 5/24/2012 9:24:37 AM
  • 154 Demokrasi Dan Pilihan Raya INI ADALAH PERINGKAT PERTAMA TAJUK Peringkat pertama tajuk harus ditaip dalam huruf besar dan ditebalkan. Peringkat pertama tajuk harus tegak dan di baris berasingan.  Baris teks pertama yang berikutnya juga harus selaras ke kiri. Ini adalah peringkat kedua tajuk. Peringkat keduatajukadalahmenjajarkansebelahkiridalamsatugarisanberasingan. Hanya huruf pertama dan kata benda harus dalam huruf besar. Baris teks pertama yang berikut juga harus selaras ke kiri. Ini adalah peringkat ketiga tajuk. Peringkatketigatajukharusdalamhurufcondongdanselaraskekiri. Teksberikutnya pada baris yang sama. NOTA DAN RUJUKAN Nota dan rujukan perlu menggunakan Sistem Rujukan Harvard. 1. Nota Akhir: Sistem nota akhir di mana nombor ‘superscript’ diselitkan dalam teks dan dirujuk dalam urutan numerik pada akhir manuskrip. Contoh: Buku: Fukuyama, F 2006, The end of history and the last man, New York, Free Press. Bab dalam buku: Mohd. Fuat Mat Jali dan Sabihah Osman, 2002, ‘Politik wilayah dan politik nasional dalam pilihan raya umum 1999’, dalam Mohd. Yusof Kasim dan Azlan Ahmad (pnyt.), Politik baru dalam pilihan raya umum, Bangi, Universiti Kebangsaan Malaysia, hlm. 117-146. Artikel Jurnal: Abbot, J 2001, ‘Vanquishing banquo’s ghost: The Anwar Ibrahim affair and its impact on Malaysian politics’, Asian Studies Review, vol. 25, no. 3, hlm. 285-308. Tesis: Ahmad Zaki Abd. Latif, 2002, Pengaruh gerakan Islam Timur Tengah Dalam Perkembangan Pemikiran Agama dan Politik Masyarakat Melayu, 1970-1998, Tesis Phd., Universiti Malaya. Kertas Persidangan: Muhammad Nadzri Mohamed Noor dan Suhaimee Saahar, 2008, ‘Blogosphere: Ruang kontra hagemoni? Analisis terhadap blog politik Malaysia terpilih dalam PRU 2008’, Seminar Politik Malaysia, 28-30 Oktober 2008, Universiti Teknologi Mara Sabah. Penerbitan Kerajaan: Jabatan Perangkaan Malaysia 2001, Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2000, Jabatan Perangkaan Malaysia, Kuala Lumpur. Akhbar: Utusan Malaysia, 8 Ogos 2009. Book 1.indb 154 5/24/2012 9:24:37 AM
  • 155Nota untuk Penulis Komunikasi Peribadi atau Wawancara: Wawancara Dengan Profesor Dr Mohammaed Redzuan Othman di Pejabat Dekan, Fakulti Sastera Dan Sains Sosial, Universiti Malaya, Kuala Lumpur pada 16 Januari 2009. Dokumen Rasmi (Rekod-rekod CO, Minit Meyuarat NNS, Fail Secretariat Negeri dan sebagainya): CO 537: Colonies General, Supplementary and Secret Original Correspondence. 2. Petikan dalam teks: Rujukan dalam teks hendaklah menggunakan Sistem Rujukan Harvard (nama penulis, tarikh dan halaman). Contoh: (Fukuyama 2006, hlm. 56) atau (Fukuyama 2006). 3. Rujukan: Satu senarai lengkap rujukan yang digunakan harus disenaraikan pada akhir Manuskrip mengikut urutan abjad.  Contoh: Buku: Fukuyama, F 2006, The end of history and the last man, New York, Free Press. Bab dalam buku: Mohd. Fuat Mat Jali dan Sabihah Osman, 2002, ‘Politik wilayah dan politik nasional dalam pilihan raya umum 1999’, dalam Mohd. Yusof Kasim dan Azlan Ahmad (pnyt.), Politik baru dalam pilihan raya umum, Bangi, Universiti Kebangsaan Malaysia, hlm. 117-146. Manuskrip Jurnal: Abbot, J 2001, ‘Vanquishing banquo’s ghost: The Anwar Ibrahim affair and its impact on Malaysian politics’, Asian Studies Review, vol. 25, no. 3, hlm. 285-308. Tesis: Ahmad Zaki Abd. Latif, 2002, Pengaruh Gerakan Islam Timur Tengah Dalam Perkembangan Pemikiran Agama dan Politik Masyarakat Melayu, 1970-1998, Tesis Phd., Universiti Malaya, hlm. 12. Kertas Persidangan: Muhammad Nadzri Mohamed Noor dan Suhaimee Saahar, 2008, ‘Blogosphere: Ruang kontra hagemoni? Analisis terhadap blog politik Malaysia terpilih dalam PRU 2008’, Seminar Politik Malaysia, 28-30 Oktober 2008, Universiti Teknologi Mara Sabah. Penerbitan Kerajaan: Jabatan Perangkaan Malaysia 2001, Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2000, Jabatan Perangkaan Malaysia, Kuala Lumpur. JADUAL DAN RAJAH Jadual dan rajah harus berasingan daripada teks dan perlu sesuai dengan saiz muka surat. Jadual dan rajah harus diberi nombor mengikut urutan dan mengandungi keterangan yang jelas. Setiap jadual dan harus diserahkan dalam helaian yang berasingan. Kedudukan anggaran jadual dan rajah harus ditunjukkan dalam teks. Sumber jadual dan rajah harus dinyatakan. Book 1.indb 155 5/24/2012 9:24:37 AM
  • 156 Demokrasi Dan Pilihan Raya OFFPRINTS Setiap penulis yang manuskrip mereka diterbitkan akan menerima dua naskah jurnal secara percuma. Permintaan kebenaran untuk mencetak semula manuskrip harus diajukan kepada Ketua Pengarang, Jurnal Demokrasi dan Pilihan Raya, Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL), Pejabat Dekan, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur, Malaysia. Book 1.indb 156 5/24/2012 9:24:37 AM