SlideShare a Scribd company logo
1 of 15
Bahagian C : Latihan 1                                                               Disediakan oleh
                                                                              Encik Zoraimi Shariff
Bahasa Melayu (Penulisan)

Nama murid : ______________________________________ Tahun : ___________ Tarikh : ____________

Tuliskan ulasan atau pengajaran berdasarkan petikan di bawah dalam satu perenggan.


             Cuti sekolah sudah bermula. Azlan mengisi masa cutinya dengan aktiviti yang
      berfaedah. Dia sering ke perpustakaan untuk meminjam buku dan mengulang kaji
      pelajaran.

             Azlan juga selalu membantu ibunya membuat kerja rumah. Selain itu, Azlan juga
      turut membantu adiknya membuat kerja sekolah. Azlan juga menonton televisyen tetapi
      dia hanya menonton rancangan yang berfaedah.

            Pada setiap petang, Azlan beriadah bersama-sama keluarganya di padang
      berhampiran rumah mereka. Ini dapat menjamin kesihatan badan. Azlan amat berminat
      mengumpul setem. Azlan memperoleh banyak maklumat daripada koleksi setemnya.
Bahagian C : Latihan 2                                                                Disediakan oleh
                                                                               Encik Zoraimi Shariff
Bahasa Melayu (Penulisan)

Nama murid : ______________________________________ Tahun : ___________ Tarikh : ____________

Tuliskan ulasan atau pengajaran berdasarkan petikan di bawah dalam satu perenggan.



             Normah sedang membaca buku sambil menunggu bas sekolahnya. Tiba-tiba, dia
          dihampiri oleh seorang perempuan. Perempuan itu bertanyakan sesuatu kepadanya.
          Dia telah membantu perempuan itu dengan memberikan maklumat yang jelas dan tepat.
          Atas pertolongannya perempuan itu dapat mencari tempat yang hendak dikunjunginya.
             Apabila bas sekolahnya tiba, Normah beratur sebelum menaiki bas. Dia
          memberikan peluang kepada murid-murid yang lebih kecil untuk menaiki bas dahulu.
          Ketika berada di dalam bas, dia ternampak seorang murid membuang sampah melalui
          tingkap bas. Normah telah menegur budak itu dan memberitahunya bahawa perbuatan
          itu tidak wajar dilakukan kerana boleh menimbulkan pelbagai kesan.
Bahagian C : Latihan 3                                                                  Disediakan oleh
                                                                                 Encik Zoraimi Shariff
Bahasa Melayu (Penulisan)

Nama murid : ______________________________________ Tahun : ___________ Tarikh : ____________

Tuliskan ulasan atau pengajaran berdasarkan petikan di bawah dalam satu perenggan.


       Nordin ialah seorang pegawai kesihatan. Beliau sudah berkeluarga, mempunyai
       seorang isteri dan tiga orang anak. Beliau juga turut memelihara ibunya yang sudah tua.
       Sejak ibunya diserang sakit, kehidupan sehariannya menjadi lebih sibuk. Setiap hari,
       awal-awal pagi lagi Nordin sudah pun menghidupkan enjin keretanya untuk menghantar
       dua orang anaknya ke sekolah.
              Pulang daripada menghantar anaknya, Nordin akan memandikan ibunya yang
       sakit. Isterinya pula membantu Nordin menyediakan makanan dan minuman untuk ibu
       mentuanya itu. Selepas itu, Nordin segera ke tempat kerja. Beliau sentiasa awal sampai
       di tempat kerja dan terus memulakan kerja dengan mengumpulkan tabung uji yang
       berisi darah para pesakit. Beliau akan menguji darah-darah tersebut mengikut label
       yang telah ditentukan oleh doktor. Di pejabatnya pula, Nordin sangat menghormati
       ketua dan rakan sekerjanya. Bulan lepas genaplah sepuluh tahun beliau berkhidmat.
       Beliau juga telah dicalonkan untuk menerima anugerah perkhidmatan cemerlang.
Bahagian C : Latihan 4                                                                      Disediakan oleh
                                                                                     Encik Zoraimi Shariff
Bahasa Melayu (Penulisan)

Nama murid : ______________________________________ Tahun : ___________ Tarikh : ____________

Tuliskan ulasan atau pengajaran berdasarkan petikan di bawah dalam satu perenggan.


             Zulkifli bangun lewat pada pagi itu kerana dia menonton televisyen hingga larut
       malam. Dia sukar untuk bangun pagi walaupun telah berkali-kali dikejutkan oleh
       emaknya. Dia tidak sempat bersarapan. Dia juga tidak sempat bersalam dengan kedua-
       dua orang tuanya.

              Dia mengayuh basikalnya dengan pantas supaya dapat sampai ke sekolah
       sebelum loceng berbunyi. Nasibnya agak malang, sesampainya dia di persimpangan
       jalan, basikalnya tidak dapat dikawal dan terhumban ke tepi jalan. Lutut dan tapak
       tangannya berdarah. Dia tetap meneruskan perjalanannya ke sekolah. Dia sampai lewat
       lima minit. Dia menjelaskan keadaan sebenar kelewatannya sampai di sekolah. Dia
       memohon maaf atas kelewatannya itu. Dia juga meminta bantuan daripada guru
       bertugas untuk merawat dan mencuci luka di kaki dan di tapak tangannya.

              Setelah lukanya dicuci oleh Cikgu Ismail, Zukifli diajak oleh Cikgu Ismail ke kantin
       sekolah untuk bersarapan pagi. Zulkifli menerima pelawaan itu. Sebelum masuk ke
       kelas, Zulkifli mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Ismail kerana merawat lukanya
       dan sudi pula belanja dia sarapan pagi pada hari itu.
Bahagian C : Latihan 5                                                                  Disediakan oleh
                                                                                 Encik Zoraimi Shariff
Bahasa Melayu (Penulisan)

Nama murid : ______________________________________ Tahun : ___________ Tarikh : ____________

Tuliskan ulasan atau pengajaran berdasarkan petikan di bawah dalam satu perenggan.



         Seluruh anggota masyarakat telah mengiktiraf dan menghargai jasa serta
     pengorbanan seorang ibu dalam sesebuah keluarga. Tanpa ibu, kita tidak akan wujud di
     dunia ini. Ibu juga sanggup mempertaruhkan nyawanya semasa melahirkan kita. Setelah
     itu, ibu akan membelai kita dengan penuh kasih sayang. Ibu sentiasa memastikan
     bahawa kita dalam keadaan sihat, riang,dan gembira serta selamat sepanjang
     masa.Sejak kecil, ibu memberi sepenuh kasih sayang dan belaian supaya kita mendapat
     pendidikan yang sempurna. Tidak ada ibu yang sanggup melihat anaknya hidup
     menderita.Barangkali, tanpa kasih sayang dan didikan daripada ibu, kita tidak akan dapat
     mengecap nikmat kehidupan seperti pada hari ini. Segala pengorbanan ibu tidak ternilai
     dan tidak mungkin dapat kita balas dengan harta mahupun wang ringgit. Oleh sebab itu,
     kita mestilah menghormati ibu dan tidak melakukan sesuatu yang boleh menggores
     perasaannya.
Bahagian C : Latihan 6                                                               Disediakan oleh
                                                                              Encik Zoraimi Shariff
Bahasa Melayu (Penulisan)

Nama murid : ______________________________________ Tahun : ___________ Tarikh : ____________

Tuliskan ulasan atau pengajaran berdasarkan petikan di bawah dalam satu perenggan.



                          Negeri melaka tempat Cik Nyonya
                                 Cik Nyonya berasal keluarga berada;
                          Kecemerlangan akademik banyak gunanya,
                                 Meletak bangsaku tinggi Negeri Mdi pesada.

                          Manis tersenyum tiada terkata,
                                 Tarikan Si Dara dahulu kala;
                          Motivasi diri mula diwarta,
                                 Kecemerlangan minda turut terbela.

                          Nasib murid tidak dilupakan,
                                 Majlis disambut penuh gemilang;
                          Hari anugerah perlu diadakan,
                                 Penghargaan buat murid cemerlang.
Bahagian C : Latihan 7                                                             Disediakan oleh
                                                                            Encik Zoraimi Shariff
Bahasa Melayu (Penulisan)

Nama murid : ______________________________________ Tahun : ___________ Tarikh : ____________

Tuliskan ulasan atau pengajaran berdasarkan petikan di bawah dalam satu perenggan.


                    Anak-anakku
                    Ayunlah langkahmu segera
                    Mendaki gunung cita-cita
                    Biar lelah, biar merana
                    Biar luka, biar cedera
                    Biar seribu ranjau menimpa
                    Namun jangan sekali-kali mengaku kalah
                    Jika engkau terjatuh
                    Ayuh, segera bangkit semula!
                    Ayunkan langkah perkasamu semula
                    Kerana perjalananmu masih jauh
                    Anak-anaku
                    Perjalanan ini memang pahit
                    Telanlah agar menjadi penawar
                    Kelak nanti ...
                    Pasti kau akan merasa manisnya.
Bahagian C : Latihan 8                                                                   Disediakan oleh
                                                                                  Encik Zoraimi Shariff
Bahasa Melayu (Penulisan)

Nama murid : ______________________________________ Tahun : ___________ Tarikh : ____________

Tuliskan ulasan atau pengajaran berdasarkan petikan di bawah dalam satu perenggan.



      Seluruh anggota masyarakat telah mengiktiraf dan menghargai jasa serta pengorbanan
      seorang ibu dalam sesebuah keluarga. Tanpa ibu, kita tidak akan wujud di dunia ini. Ibu
      juga sanggup mempertaruhkan nyawanya semasa melahirkan kita. Setelah itu, ibu akan
      membelai kita dengan penuh kasih sayang. Ibu sentiasa memastikan bahawa kita dalam
      keadaan sihat, riang,dan gembira serta selamat sepanjang masa.Sejak kecil, ibu
      memberi sepenuh kasih sayang dan belaian supaya kita mendapat pendidikan yang
      sempurna. Tidak ada ibu yang sanggup melihat anaknya hidup menderita.Barangkali,
      tanpa kasih sayang dan didikan daripada ibu, kita tidak akan dapat mengecap nikmat
      kehidupan seperti pada hari ini. Segala pengorbanan ibu tidak ternilai dan tidak mungkin
      dapat kita balas dengan harta mahupun wang ringgit. Oleh sebab itu, kita mestilah
      menghormati ibu dan tidak melakukan sesuatu yang boleh menggores perasaannya.
Bahagian C : Latihan 9                                                               Disediakan oleh
                                                                              Encik Zoraimi Shariff
Bahasa Melayu (Penulisan)

Nama murid : ______________________________________ Tahun : ___________ Tarikh : ____________

Tuliskan ulasan atau pengajaran berdasarkan petikan di bawah dalam satu perenggan.


             Nurul dan rakan-rakannya pergi ke kantin untuk membeli makanan dan
      minuman. Suasana pada ketika itu agak sibuk kerana semua murid berpusu-pusu untuk
      membeli makanan. Ketika Nurul dan rakan-rakannya sedang makan, Nurul ternampak
      seorang murid lelaki menangis teresak-esak. Nurul terus berhenti makan. Nurul
      menghampiri murid tersebut untuk mendapatkan kepastian. Nurul menyatakan
      hasratnya untuk membantu budak itu. Budak tersebut memberitahu Nurul bahawa nasi
      lemak yang dibelinya telah terjatuh ke lantai. Malangnya, budak itu tidak mempunyai
      wang lagi untuk membeli makanan pada hari itu. Perasaan sedih itulah yang
      menyebabkan budak itu mengalirkan air mata. Kebetulan pada ketika itu, Nurul masih
      mempunyai wang belanja, Nurul meminta seorang rakannya untuk membelikan
      sebungkus nasi lemak sebagai ganti. Nurul memujuk budak itu supaya bersabar dan
      tidak menangis lagi. Budak itu mengucapkan terima kasih kepada Nurul kerana sudi
      membelikannya sebungkus nasi lemak.
Bahagian C : Latihan 10                                                                 Disediakan oleh
                                                                                 Encik Zoraimi Shariff
Bahasa Melayu (Penulisan)

Nama murid : ______________________________________ Tahun : ___________ Tarikh : ____________

Tuliskan ulasan atau pengajaran berdasarkan petikan di bawah dalam satu perenggan.


              Tanggungjawab menuntut ilmu pengetahuan perlu ketekunan, kesungguhan,
      kesabaran, ketabahan, dan pengorbanan. Setiap orang murid perlu memberi perhatian
      semasa guru-guru mengajar. Dengan itu, kita akan mudah memahami dan mengingati
      pelajaran yang diajar. Semua latihan yang diberi oleh guru perlulah diselesaikan dengan
      segera. Jangan suka melewat-lewatkan kerja atau menangguhkan kerja sekolah yang
      diberi oleh para guru. Selesaikan amanah tersebut dengan segera. Proses
      menyelesaikan latihan ini merupakan satu ulang kaji yang berkesan.Kita juga perlu
      membuat latihan tambahan bagi mengukuhkan kefahaman kita terhadap sesuatu
      pelajaran. Sekiranya menghadapi sebarang masalah, rujuklah guru atau rakan-rakan
      yang lebih mahir daripada kita. Di samping itu, kita perlu mendisiplinkan diri dengan
      belajar mengikut jadual waktu yang telah ditetapkan. Kita mesti bijak merancang masa
      dan mengurus masa dengan melakukan aktiviti yang bermanfaat dan berfaedah.
      Kejayaan banyak bergantung kepada usaha dan kecekalan seseorang. Usaha tangga
      kejayaan.
Bahagian C : Latihan 11                                                                Disediakan oleh
                                                                                Encik Zoraimi Shariff
Bahasa Melayu (Penulisan)

Nama murid : ______________________________________ Tahun : ___________ Tarikh : ____________

Tuliskan ulasan atau pengajaran berdasarkan petikan di bawah dalam satu perenggan.


      Tidur dan riadah yang secukupnya sangat penting untuk kesihatan kita. Semasa tidur,
      tubuh kita mendapat rehat bagi menghilangkan keletihan dan ketegangan persaaan.
      Sekiranya tidak cukup tidur, keletihan dan ketegangan akan bertambah. Keadaan ini
      akan menyebabkan sistem imunisasi badan kita menjadi lemah. Lantaran itu, kita
      berasa tidak bermaya, letih serta mudah dijangkiti penyakit. Kemampuan kita untuk
      melakukan sesuatu kerja juga terbatas. Melakukan kerja dalam keadaan mengantuk
      boleh mengakibatkan kemalangan. Mengantuk semasa memandu kenderaan boleh
      mengundang padah atau bahaya. Bukan itu sahaja, perbuatan tersebut juga boleh
      membahayakan orang lain. Walau bagaimanapun, keperluan tidur manusia tidak sama
      antara satu sama lain. Ada yang berasa segar dan selesa walaupun tidur selama enam
      jam sahaja. Ada pula yang perlukan tujuh jam tidur dalam sehari. Namun demikian, bagi
      murid-murid sekolah rendah, mereka perlu tidur lebih kurang lapan jam sehari.
Bahagian C : Latihan 12                                                                   Disediakan oleh
                                                                                   Encik Zoraimi Shariff
Bahasa Melayu (Penulisan)

Nama murid : ______________________________________ Tahun : ___________ Tarikh : ____________

Tuliskan ulasan atau pengajaran berdasarkan petikan di bawah dalam satu perenggan.



      Pada petang itu, Syahmi dalam perjalanan pulang dari aktiviti kokurikulum. Tiba-tiba dia
      ternampak seekor kucing. Badan kucing itu basah kuyup dan penuh dengan lumpur.
      Syahmi menghampiri kucing itu, dia berasa amat kasihan melihat keadaan kucing yang
      kesejukan itu. Dia membawa kucing itu balik ke rumahnya. Sampai di rumahnya,
      Syahmi mencuci dan memandikan kucing itu. Bulu kucing itu dlapnya sehingga kering.
      Syahmi memberi kucing itu minum air susu yang dibancuhnya sendiri. Selepas itu,
      Syahmi memberi kucing itu makan nasi yang dicampur dengan sedikit ikan goreng.
      Setelah selesai makan nasi, barulah kucing itu nampak cergas dan bermaya. Syahmi
      berhasrat untuk membela kucing itu. Ayah dan emak Syahmi juga bersetuju dengan
      keputusan anaknya itu. Mereka bercadang untuk membelikan sebuah sangkar sebagai
      tempat tidur kucing itu pada waktu malam. Syahmi sangat sayang akan kucing.
Bahagian C : Latihan 13                                                               Disediakan oleh
                                                                               Encik Zoraimi Shariff
Bahasa Melayu (Penulisan)

Nama murid : ______________________________________ Tahun : ___________ Tarikh : ____________

Tuliskan ulasan atau pengajaran berdasarkan petikan di bawah dalam satu perenggan.


      Semasa dalam perjalanan pulang ke rumah dari menghadiri kelas bimbingan, saya dan
      kawan-kawan saya terperangkap dalam hujan lebat. Kami singgah di sebuah rumah
      untuk tumpang berteduh. Tuan rumah itu sungguh baik hati. Dia mempelawa kami
      masuk ke rumahnya. Dia berbual-bual mesra dengan kami. Dia memuji sikap kami yang
      tidak meneruskan perjalanan pulang ke rumah kerana hujan yang amat lebat dan diikuti
      dengan guruh yang sabungmenyabung.Keadaan sebegini boleh menyebabkan
      kemalangan, katanya lagi. Pak Abu dengan murah hati menjamu kami minum petang
      dan hidangan pisang goreng.

             Setelah hujan reda, kami minta diri daripada Pak Abu. Kami juga mengucapkan
      terima kasih atas budi baik Pak Abu. Pak Abu melayan kami dengan begitu mesra
      walaupun kami bersua dengannya lebih kurang empat puluh lima minit sahaja. Kami
      dapat rasakan kemesraan yang ditujukkkan oleh Pak Abu seolah-olah beliau mengenali
      kami sudah begitu lama. Inilah agaknya yang dikatakan orang “hutang emas boleh
      dibayar, hutang budi dibawa mati”.
      .
Bahagian C : Latihan 14                                                             Disediakan oleh
                                                                             Encik Zoraimi Shariff
Bahasa Melayu (Penulisan)

Nama murid : ______________________________________ Tahun : ___________ Tarikh : ____________

Tuliskan ulasan atau pengajaran berdasarkan petikan di bawah dalam satu perenggan.


     Norhan banyak mempelajari tentang masyarakat di negeri Terengganu. Masyarakatnya
     peramah dan suka tolong-menolong. Mereka juga sangat mementingkan hubungan
     kekeluargaan dan kejiranan. Itulah yang membuatkan hati Norhan tertambat di daerah
     kecil Marang. Rakanrakannya pula banyak membantunya dalam pelajaran dan bidang
     keagamaan. Begitu juga dengan cikgu-cikgunya yang baik hati dan pemurah. Jasa cikgu
     dan rakan-rakan akan tetap terpahat di hati Norhan.Norhan dan keluarganya akan
     berpindah ke negeri Johor pada bulan hadapan. Dia berkemungkinan tidak akan
     berjumpa dengan teman-temannya di Marang ini lagi. Namun demikian, dia berharap
     hubungan mereka akan tetap terjalin. Dia juga mengharapkan semoga teman-teman
     yang sekelas dengannya tidak akan melupakannya walaupun dia berada jauh di mata.
     Norhan berjanji akan menulis surat setibanya di Pontian nanti. Norhan sungguh
     menghargai persahabatan yang telah mereka jalin selama hampir enam tahun. Dia
     menganggap kawankawanya adalah sebahagian daripada resepi istimewa
     kehidupannya.
Bahagian C : Latihan 15                                                                 Disediakan oleh
                                                                                 Encik Zoraimi Shariff
Bahasa Melayu (Penulisan)

Nama murid : ______________________________________ Tahun : ___________ Tarikh : ____________

Tuliskan ulasan atau pengajaran berdasarkan petikan di bawah dalam satu perenggan.


      Semasa pulang daripada menjalani latihan sukan, Hasnul terjumpa sebuah telefon
      bimbit di tepi jalan. Telefon bimbit itu masih baik dan masih boleh berfungsi. Dia
      membawa telefon bimbit itu pulang ke rumahnya. Setelah sampai di rumahnya, dia
      menceritakan tentang telefon bimbit yang dijumpainya kepada ayahnya. Setelah melihat
      telefon bimbit tersebut, ayah Hasnul mencadangkan agar telefon bimbit tersebut
      diserahkan kepada pihak polis. Mereka menghantar telefon bimbit tersebut ke balai polis
      yang berhampiran. Pihak polis yang menerima telefon bimbit itu mengucapkan terima
      kasih atas kejujuran Hasnul. Pegawai polis itu meminta maklumat Hasnul bagi
      memudahkan urusan komunikasi.Keesokan harinya, Hasnul dipanggil oleh Guru Besar.
      Seorang lelaki ingin berjumpa dengannya. Lelaki itu adalah pemilik telefon bimbit yang
      dijumpai Hasnul. Lelaki itu memberi hadiah dan mengucapkan terima kasih atas
      kejujuran Hasnul. Guru Besar juga sangat berbangga dengan sikap jujur Hasnul. Sikap
      jujur Hasnul itu telah mengharumkan nama sekolahnya.

More Related Content

Viewers also liked

Managed BI Solutions for Telecommunications
Managed BI Solutions for TelecommunicationsManaged BI Solutions for Telecommunications
Managed BI Solutions for TelecommunicationsMarkedBlue
 
Automic devops CloudExpo NYC Dennis McGuire
Automic devops CloudExpo NYC Dennis McGuireAutomic devops CloudExpo NYC Dennis McGuire
Automic devops CloudExpo NYC Dennis McGuiremcguiredennis
 
20150421 mk-세미나(장진나)
20150421 mk-세미나(장진나)20150421 mk-세미나(장진나)
20150421 mk-세미나(장진나)용현 이
 
Crisis Communications Strategy 2016 AHP Convene Canada Conference Presentation
Crisis Communications Strategy   2016 AHP Convene Canada Conference PresentationCrisis Communications Strategy   2016 AHP Convene Canada Conference Presentation
Crisis Communications Strategy 2016 AHP Convene Canada Conference PresentationVeronica Carroll, MBA CFRE
 
비즈& 인사노무 임금관리 세미나(공개용)
비즈& 인사노무 임금관리 세미나(공개용)비즈& 인사노무 임금관리 세미나(공개용)
비즈& 인사노무 임금관리 세미나(공개용)용현 이
 
Mk비즈엔 정책금융 기술금융_활용전략_요약슬라이드
Mk비즈엔 정책금융 기술금융_활용전략_요약슬라이드Mk비즈엔 정책금융 기술금융_활용전략_요약슬라이드
Mk비즈엔 정책금융 기술금융_활용전략_요약슬라이드용현 이
 
거래처 채권관리 전략세미나(게시용) 20150907
거래처 채권관리 전략세미나(게시용) 20150907거래처 채권관리 전략세미나(게시용) 20150907
거래처 채권관리 전략세미나(게시용) 20150907용현 이
 
150519 제1회매경비즈 비용절감세미나_슬라이드쉐어용
150519 제1회매경비즈 비용절감세미나_슬라이드쉐어용150519 제1회매경비즈 비용절감세미나_슬라이드쉐어용
150519 제1회매경비즈 비용절감세미나_슬라이드쉐어용용현 이
 
글로벌디지털마케팅교육 교재-공개용-150204
글로벌디지털마케팅교육 교재-공개용-150204글로벌디지털마케팅교육 교재-공개용-150204
글로벌디지털마케팅교육 교재-공개용-150204용현 이
 
Planning inglés. 24 octubre 18 noviembre
Planning inglés. 24 octubre 18 noviembrePlanning inglés. 24 octubre 18 noviembre
Planning inglés. 24 octubre 18 noviembreadrianoloras
 

Viewers also liked (11)

Tds chart
Tds chartTds chart
Tds chart
 
Managed BI Solutions for Telecommunications
Managed BI Solutions for TelecommunicationsManaged BI Solutions for Telecommunications
Managed BI Solutions for Telecommunications
 
Automic devops CloudExpo NYC Dennis McGuire
Automic devops CloudExpo NYC Dennis McGuireAutomic devops CloudExpo NYC Dennis McGuire
Automic devops CloudExpo NYC Dennis McGuire
 
20150421 mk-세미나(장진나)
20150421 mk-세미나(장진나)20150421 mk-세미나(장진나)
20150421 mk-세미나(장진나)
 
Crisis Communications Strategy 2016 AHP Convene Canada Conference Presentation
Crisis Communications Strategy   2016 AHP Convene Canada Conference PresentationCrisis Communications Strategy   2016 AHP Convene Canada Conference Presentation
Crisis Communications Strategy 2016 AHP Convene Canada Conference Presentation
 
비즈& 인사노무 임금관리 세미나(공개용)
비즈& 인사노무 임금관리 세미나(공개용)비즈& 인사노무 임금관리 세미나(공개용)
비즈& 인사노무 임금관리 세미나(공개용)
 
Mk비즈엔 정책금융 기술금융_활용전략_요약슬라이드
Mk비즈엔 정책금융 기술금융_활용전략_요약슬라이드Mk비즈엔 정책금융 기술금융_활용전략_요약슬라이드
Mk비즈엔 정책금융 기술금융_활용전략_요약슬라이드
 
거래처 채권관리 전략세미나(게시용) 20150907
거래처 채권관리 전략세미나(게시용) 20150907거래처 채권관리 전략세미나(게시용) 20150907
거래처 채권관리 전략세미나(게시용) 20150907
 
150519 제1회매경비즈 비용절감세미나_슬라이드쉐어용
150519 제1회매경비즈 비용절감세미나_슬라이드쉐어용150519 제1회매경비즈 비용절감세미나_슬라이드쉐어용
150519 제1회매경비즈 비용절감세미나_슬라이드쉐어용
 
글로벌디지털마케팅교육 교재-공개용-150204
글로벌디지털마케팅교육 교재-공개용-150204글로벌디지털마케팅교육 교재-공개용-150204
글로벌디지털마케팅교육 교재-공개용-150204
 
Planning inglés. 24 octubre 18 noviembre
Planning inglés. 24 octubre 18 noviembrePlanning inglés. 24 octubre 18 noviembre
Planning inglés. 24 octubre 18 noviembre
 

Bahagian c arial

  • 1. Bahagian C : Latihan 1 Disediakan oleh Encik Zoraimi Shariff Bahasa Melayu (Penulisan) Nama murid : ______________________________________ Tahun : ___________ Tarikh : ____________ Tuliskan ulasan atau pengajaran berdasarkan petikan di bawah dalam satu perenggan. Cuti sekolah sudah bermula. Azlan mengisi masa cutinya dengan aktiviti yang berfaedah. Dia sering ke perpustakaan untuk meminjam buku dan mengulang kaji pelajaran. Azlan juga selalu membantu ibunya membuat kerja rumah. Selain itu, Azlan juga turut membantu adiknya membuat kerja sekolah. Azlan juga menonton televisyen tetapi dia hanya menonton rancangan yang berfaedah. Pada setiap petang, Azlan beriadah bersama-sama keluarganya di padang berhampiran rumah mereka. Ini dapat menjamin kesihatan badan. Azlan amat berminat mengumpul setem. Azlan memperoleh banyak maklumat daripada koleksi setemnya.
  • 2. Bahagian C : Latihan 2 Disediakan oleh Encik Zoraimi Shariff Bahasa Melayu (Penulisan) Nama murid : ______________________________________ Tahun : ___________ Tarikh : ____________ Tuliskan ulasan atau pengajaran berdasarkan petikan di bawah dalam satu perenggan. Normah sedang membaca buku sambil menunggu bas sekolahnya. Tiba-tiba, dia dihampiri oleh seorang perempuan. Perempuan itu bertanyakan sesuatu kepadanya. Dia telah membantu perempuan itu dengan memberikan maklumat yang jelas dan tepat. Atas pertolongannya perempuan itu dapat mencari tempat yang hendak dikunjunginya. Apabila bas sekolahnya tiba, Normah beratur sebelum menaiki bas. Dia memberikan peluang kepada murid-murid yang lebih kecil untuk menaiki bas dahulu. Ketika berada di dalam bas, dia ternampak seorang murid membuang sampah melalui tingkap bas. Normah telah menegur budak itu dan memberitahunya bahawa perbuatan itu tidak wajar dilakukan kerana boleh menimbulkan pelbagai kesan.
  • 3. Bahagian C : Latihan 3 Disediakan oleh Encik Zoraimi Shariff Bahasa Melayu (Penulisan) Nama murid : ______________________________________ Tahun : ___________ Tarikh : ____________ Tuliskan ulasan atau pengajaran berdasarkan petikan di bawah dalam satu perenggan. Nordin ialah seorang pegawai kesihatan. Beliau sudah berkeluarga, mempunyai seorang isteri dan tiga orang anak. Beliau juga turut memelihara ibunya yang sudah tua. Sejak ibunya diserang sakit, kehidupan sehariannya menjadi lebih sibuk. Setiap hari, awal-awal pagi lagi Nordin sudah pun menghidupkan enjin keretanya untuk menghantar dua orang anaknya ke sekolah. Pulang daripada menghantar anaknya, Nordin akan memandikan ibunya yang sakit. Isterinya pula membantu Nordin menyediakan makanan dan minuman untuk ibu mentuanya itu. Selepas itu, Nordin segera ke tempat kerja. Beliau sentiasa awal sampai di tempat kerja dan terus memulakan kerja dengan mengumpulkan tabung uji yang berisi darah para pesakit. Beliau akan menguji darah-darah tersebut mengikut label yang telah ditentukan oleh doktor. Di pejabatnya pula, Nordin sangat menghormati ketua dan rakan sekerjanya. Bulan lepas genaplah sepuluh tahun beliau berkhidmat. Beliau juga telah dicalonkan untuk menerima anugerah perkhidmatan cemerlang.
  • 4. Bahagian C : Latihan 4 Disediakan oleh Encik Zoraimi Shariff Bahasa Melayu (Penulisan) Nama murid : ______________________________________ Tahun : ___________ Tarikh : ____________ Tuliskan ulasan atau pengajaran berdasarkan petikan di bawah dalam satu perenggan. Zulkifli bangun lewat pada pagi itu kerana dia menonton televisyen hingga larut malam. Dia sukar untuk bangun pagi walaupun telah berkali-kali dikejutkan oleh emaknya. Dia tidak sempat bersarapan. Dia juga tidak sempat bersalam dengan kedua- dua orang tuanya. Dia mengayuh basikalnya dengan pantas supaya dapat sampai ke sekolah sebelum loceng berbunyi. Nasibnya agak malang, sesampainya dia di persimpangan jalan, basikalnya tidak dapat dikawal dan terhumban ke tepi jalan. Lutut dan tapak tangannya berdarah. Dia tetap meneruskan perjalanannya ke sekolah. Dia sampai lewat lima minit. Dia menjelaskan keadaan sebenar kelewatannya sampai di sekolah. Dia memohon maaf atas kelewatannya itu. Dia juga meminta bantuan daripada guru bertugas untuk merawat dan mencuci luka di kaki dan di tapak tangannya. Setelah lukanya dicuci oleh Cikgu Ismail, Zukifli diajak oleh Cikgu Ismail ke kantin sekolah untuk bersarapan pagi. Zulkifli menerima pelawaan itu. Sebelum masuk ke kelas, Zulkifli mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Ismail kerana merawat lukanya dan sudi pula belanja dia sarapan pagi pada hari itu.
  • 5. Bahagian C : Latihan 5 Disediakan oleh Encik Zoraimi Shariff Bahasa Melayu (Penulisan) Nama murid : ______________________________________ Tahun : ___________ Tarikh : ____________ Tuliskan ulasan atau pengajaran berdasarkan petikan di bawah dalam satu perenggan. Seluruh anggota masyarakat telah mengiktiraf dan menghargai jasa serta pengorbanan seorang ibu dalam sesebuah keluarga. Tanpa ibu, kita tidak akan wujud di dunia ini. Ibu juga sanggup mempertaruhkan nyawanya semasa melahirkan kita. Setelah itu, ibu akan membelai kita dengan penuh kasih sayang. Ibu sentiasa memastikan bahawa kita dalam keadaan sihat, riang,dan gembira serta selamat sepanjang masa.Sejak kecil, ibu memberi sepenuh kasih sayang dan belaian supaya kita mendapat pendidikan yang sempurna. Tidak ada ibu yang sanggup melihat anaknya hidup menderita.Barangkali, tanpa kasih sayang dan didikan daripada ibu, kita tidak akan dapat mengecap nikmat kehidupan seperti pada hari ini. Segala pengorbanan ibu tidak ternilai dan tidak mungkin dapat kita balas dengan harta mahupun wang ringgit. Oleh sebab itu, kita mestilah menghormati ibu dan tidak melakukan sesuatu yang boleh menggores perasaannya.
  • 6. Bahagian C : Latihan 6 Disediakan oleh Encik Zoraimi Shariff Bahasa Melayu (Penulisan) Nama murid : ______________________________________ Tahun : ___________ Tarikh : ____________ Tuliskan ulasan atau pengajaran berdasarkan petikan di bawah dalam satu perenggan. Negeri melaka tempat Cik Nyonya Cik Nyonya berasal keluarga berada; Kecemerlangan akademik banyak gunanya, Meletak bangsaku tinggi Negeri Mdi pesada. Manis tersenyum tiada terkata, Tarikan Si Dara dahulu kala; Motivasi diri mula diwarta, Kecemerlangan minda turut terbela. Nasib murid tidak dilupakan, Majlis disambut penuh gemilang; Hari anugerah perlu diadakan, Penghargaan buat murid cemerlang.
  • 7. Bahagian C : Latihan 7 Disediakan oleh Encik Zoraimi Shariff Bahasa Melayu (Penulisan) Nama murid : ______________________________________ Tahun : ___________ Tarikh : ____________ Tuliskan ulasan atau pengajaran berdasarkan petikan di bawah dalam satu perenggan. Anak-anakku Ayunlah langkahmu segera Mendaki gunung cita-cita Biar lelah, biar merana Biar luka, biar cedera Biar seribu ranjau menimpa Namun jangan sekali-kali mengaku kalah Jika engkau terjatuh Ayuh, segera bangkit semula! Ayunkan langkah perkasamu semula Kerana perjalananmu masih jauh Anak-anaku Perjalanan ini memang pahit Telanlah agar menjadi penawar Kelak nanti ... Pasti kau akan merasa manisnya.
  • 8. Bahagian C : Latihan 8 Disediakan oleh Encik Zoraimi Shariff Bahasa Melayu (Penulisan) Nama murid : ______________________________________ Tahun : ___________ Tarikh : ____________ Tuliskan ulasan atau pengajaran berdasarkan petikan di bawah dalam satu perenggan. Seluruh anggota masyarakat telah mengiktiraf dan menghargai jasa serta pengorbanan seorang ibu dalam sesebuah keluarga. Tanpa ibu, kita tidak akan wujud di dunia ini. Ibu juga sanggup mempertaruhkan nyawanya semasa melahirkan kita. Setelah itu, ibu akan membelai kita dengan penuh kasih sayang. Ibu sentiasa memastikan bahawa kita dalam keadaan sihat, riang,dan gembira serta selamat sepanjang masa.Sejak kecil, ibu memberi sepenuh kasih sayang dan belaian supaya kita mendapat pendidikan yang sempurna. Tidak ada ibu yang sanggup melihat anaknya hidup menderita.Barangkali, tanpa kasih sayang dan didikan daripada ibu, kita tidak akan dapat mengecap nikmat kehidupan seperti pada hari ini. Segala pengorbanan ibu tidak ternilai dan tidak mungkin dapat kita balas dengan harta mahupun wang ringgit. Oleh sebab itu, kita mestilah menghormati ibu dan tidak melakukan sesuatu yang boleh menggores perasaannya.
  • 9. Bahagian C : Latihan 9 Disediakan oleh Encik Zoraimi Shariff Bahasa Melayu (Penulisan) Nama murid : ______________________________________ Tahun : ___________ Tarikh : ____________ Tuliskan ulasan atau pengajaran berdasarkan petikan di bawah dalam satu perenggan. Nurul dan rakan-rakannya pergi ke kantin untuk membeli makanan dan minuman. Suasana pada ketika itu agak sibuk kerana semua murid berpusu-pusu untuk membeli makanan. Ketika Nurul dan rakan-rakannya sedang makan, Nurul ternampak seorang murid lelaki menangis teresak-esak. Nurul terus berhenti makan. Nurul menghampiri murid tersebut untuk mendapatkan kepastian. Nurul menyatakan hasratnya untuk membantu budak itu. Budak tersebut memberitahu Nurul bahawa nasi lemak yang dibelinya telah terjatuh ke lantai. Malangnya, budak itu tidak mempunyai wang lagi untuk membeli makanan pada hari itu. Perasaan sedih itulah yang menyebabkan budak itu mengalirkan air mata. Kebetulan pada ketika itu, Nurul masih mempunyai wang belanja, Nurul meminta seorang rakannya untuk membelikan sebungkus nasi lemak sebagai ganti. Nurul memujuk budak itu supaya bersabar dan tidak menangis lagi. Budak itu mengucapkan terima kasih kepada Nurul kerana sudi membelikannya sebungkus nasi lemak.
  • 10. Bahagian C : Latihan 10 Disediakan oleh Encik Zoraimi Shariff Bahasa Melayu (Penulisan) Nama murid : ______________________________________ Tahun : ___________ Tarikh : ____________ Tuliskan ulasan atau pengajaran berdasarkan petikan di bawah dalam satu perenggan. Tanggungjawab menuntut ilmu pengetahuan perlu ketekunan, kesungguhan, kesabaran, ketabahan, dan pengorbanan. Setiap orang murid perlu memberi perhatian semasa guru-guru mengajar. Dengan itu, kita akan mudah memahami dan mengingati pelajaran yang diajar. Semua latihan yang diberi oleh guru perlulah diselesaikan dengan segera. Jangan suka melewat-lewatkan kerja atau menangguhkan kerja sekolah yang diberi oleh para guru. Selesaikan amanah tersebut dengan segera. Proses menyelesaikan latihan ini merupakan satu ulang kaji yang berkesan.Kita juga perlu membuat latihan tambahan bagi mengukuhkan kefahaman kita terhadap sesuatu pelajaran. Sekiranya menghadapi sebarang masalah, rujuklah guru atau rakan-rakan yang lebih mahir daripada kita. Di samping itu, kita perlu mendisiplinkan diri dengan belajar mengikut jadual waktu yang telah ditetapkan. Kita mesti bijak merancang masa dan mengurus masa dengan melakukan aktiviti yang bermanfaat dan berfaedah. Kejayaan banyak bergantung kepada usaha dan kecekalan seseorang. Usaha tangga kejayaan.
  • 11. Bahagian C : Latihan 11 Disediakan oleh Encik Zoraimi Shariff Bahasa Melayu (Penulisan) Nama murid : ______________________________________ Tahun : ___________ Tarikh : ____________ Tuliskan ulasan atau pengajaran berdasarkan petikan di bawah dalam satu perenggan. Tidur dan riadah yang secukupnya sangat penting untuk kesihatan kita. Semasa tidur, tubuh kita mendapat rehat bagi menghilangkan keletihan dan ketegangan persaaan. Sekiranya tidak cukup tidur, keletihan dan ketegangan akan bertambah. Keadaan ini akan menyebabkan sistem imunisasi badan kita menjadi lemah. Lantaran itu, kita berasa tidak bermaya, letih serta mudah dijangkiti penyakit. Kemampuan kita untuk melakukan sesuatu kerja juga terbatas. Melakukan kerja dalam keadaan mengantuk boleh mengakibatkan kemalangan. Mengantuk semasa memandu kenderaan boleh mengundang padah atau bahaya. Bukan itu sahaja, perbuatan tersebut juga boleh membahayakan orang lain. Walau bagaimanapun, keperluan tidur manusia tidak sama antara satu sama lain. Ada yang berasa segar dan selesa walaupun tidur selama enam jam sahaja. Ada pula yang perlukan tujuh jam tidur dalam sehari. Namun demikian, bagi murid-murid sekolah rendah, mereka perlu tidur lebih kurang lapan jam sehari.
  • 12. Bahagian C : Latihan 12 Disediakan oleh Encik Zoraimi Shariff Bahasa Melayu (Penulisan) Nama murid : ______________________________________ Tahun : ___________ Tarikh : ____________ Tuliskan ulasan atau pengajaran berdasarkan petikan di bawah dalam satu perenggan. Pada petang itu, Syahmi dalam perjalanan pulang dari aktiviti kokurikulum. Tiba-tiba dia ternampak seekor kucing. Badan kucing itu basah kuyup dan penuh dengan lumpur. Syahmi menghampiri kucing itu, dia berasa amat kasihan melihat keadaan kucing yang kesejukan itu. Dia membawa kucing itu balik ke rumahnya. Sampai di rumahnya, Syahmi mencuci dan memandikan kucing itu. Bulu kucing itu dlapnya sehingga kering. Syahmi memberi kucing itu minum air susu yang dibancuhnya sendiri. Selepas itu, Syahmi memberi kucing itu makan nasi yang dicampur dengan sedikit ikan goreng. Setelah selesai makan nasi, barulah kucing itu nampak cergas dan bermaya. Syahmi berhasrat untuk membela kucing itu. Ayah dan emak Syahmi juga bersetuju dengan keputusan anaknya itu. Mereka bercadang untuk membelikan sebuah sangkar sebagai tempat tidur kucing itu pada waktu malam. Syahmi sangat sayang akan kucing.
  • 13. Bahagian C : Latihan 13 Disediakan oleh Encik Zoraimi Shariff Bahasa Melayu (Penulisan) Nama murid : ______________________________________ Tahun : ___________ Tarikh : ____________ Tuliskan ulasan atau pengajaran berdasarkan petikan di bawah dalam satu perenggan. Semasa dalam perjalanan pulang ke rumah dari menghadiri kelas bimbingan, saya dan kawan-kawan saya terperangkap dalam hujan lebat. Kami singgah di sebuah rumah untuk tumpang berteduh. Tuan rumah itu sungguh baik hati. Dia mempelawa kami masuk ke rumahnya. Dia berbual-bual mesra dengan kami. Dia memuji sikap kami yang tidak meneruskan perjalanan pulang ke rumah kerana hujan yang amat lebat dan diikuti dengan guruh yang sabungmenyabung.Keadaan sebegini boleh menyebabkan kemalangan, katanya lagi. Pak Abu dengan murah hati menjamu kami minum petang dan hidangan pisang goreng. Setelah hujan reda, kami minta diri daripada Pak Abu. Kami juga mengucapkan terima kasih atas budi baik Pak Abu. Pak Abu melayan kami dengan begitu mesra walaupun kami bersua dengannya lebih kurang empat puluh lima minit sahaja. Kami dapat rasakan kemesraan yang ditujukkkan oleh Pak Abu seolah-olah beliau mengenali kami sudah begitu lama. Inilah agaknya yang dikatakan orang “hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati”. .
  • 14. Bahagian C : Latihan 14 Disediakan oleh Encik Zoraimi Shariff Bahasa Melayu (Penulisan) Nama murid : ______________________________________ Tahun : ___________ Tarikh : ____________ Tuliskan ulasan atau pengajaran berdasarkan petikan di bawah dalam satu perenggan. Norhan banyak mempelajari tentang masyarakat di negeri Terengganu. Masyarakatnya peramah dan suka tolong-menolong. Mereka juga sangat mementingkan hubungan kekeluargaan dan kejiranan. Itulah yang membuatkan hati Norhan tertambat di daerah kecil Marang. Rakanrakannya pula banyak membantunya dalam pelajaran dan bidang keagamaan. Begitu juga dengan cikgu-cikgunya yang baik hati dan pemurah. Jasa cikgu dan rakan-rakan akan tetap terpahat di hati Norhan.Norhan dan keluarganya akan berpindah ke negeri Johor pada bulan hadapan. Dia berkemungkinan tidak akan berjumpa dengan teman-temannya di Marang ini lagi. Namun demikian, dia berharap hubungan mereka akan tetap terjalin. Dia juga mengharapkan semoga teman-teman yang sekelas dengannya tidak akan melupakannya walaupun dia berada jauh di mata. Norhan berjanji akan menulis surat setibanya di Pontian nanti. Norhan sungguh menghargai persahabatan yang telah mereka jalin selama hampir enam tahun. Dia menganggap kawankawanya adalah sebahagian daripada resepi istimewa kehidupannya.
  • 15. Bahagian C : Latihan 15 Disediakan oleh Encik Zoraimi Shariff Bahasa Melayu (Penulisan) Nama murid : ______________________________________ Tahun : ___________ Tarikh : ____________ Tuliskan ulasan atau pengajaran berdasarkan petikan di bawah dalam satu perenggan. Semasa pulang daripada menjalani latihan sukan, Hasnul terjumpa sebuah telefon bimbit di tepi jalan. Telefon bimbit itu masih baik dan masih boleh berfungsi. Dia membawa telefon bimbit itu pulang ke rumahnya. Setelah sampai di rumahnya, dia menceritakan tentang telefon bimbit yang dijumpainya kepada ayahnya. Setelah melihat telefon bimbit tersebut, ayah Hasnul mencadangkan agar telefon bimbit tersebut diserahkan kepada pihak polis. Mereka menghantar telefon bimbit tersebut ke balai polis yang berhampiran. Pihak polis yang menerima telefon bimbit itu mengucapkan terima kasih atas kejujuran Hasnul. Pegawai polis itu meminta maklumat Hasnul bagi memudahkan urusan komunikasi.Keesokan harinya, Hasnul dipanggil oleh Guru Besar. Seorang lelaki ingin berjumpa dengannya. Lelaki itu adalah pemilik telefon bimbit yang dijumpai Hasnul. Lelaki itu memberi hadiah dan mengucapkan terima kasih atas kejujuran Hasnul. Guru Besar juga sangat berbangga dengan sikap jujur Hasnul. Sikap jujur Hasnul itu telah mengharumkan nama sekolahnya.