Konsep politik islam
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Konsep politik islam

on

  • 3,324 views

 

Statistics

Views

Total Views
3,324
Views on SlideShare
3,324
Embed Views
0

Actions

Likes
2
Downloads
120
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

Konsep politik islam Konsep politik islam Document Transcript

  • KONSEP POLITIK ISLAMPerkataan politik berasal daripada bahasa Yunani politicos atau bahasa Latin politica.Dalambahasa Perancis disebut politique.Asal katanya ialah dari akar kata polis bererti negera kota.Polisjuga bererti kemajuan.Politik dalam bahasa Arab yang bererti al-Siyasaah yang merupakan masdar dari kosa kata saasayasuusu yang bererti melatih,memimpin,memerintah atau mengurus.Menurut Ibn Manzur dalamLisanul Arab,al-Suus bereti kempimpinan.Jika seseorang diangkat menjadi pemimpin makaboleh dikatakan sawwasuhu wa asasuhu , wasasa al-amr siyasah yang seseorang mengatururusan politik.Bila dikatakan sawassa pulanun amra bani fulan membawa erti Si Fulan itumember mandat untuk mengetuai Bani Fulan.Dalam kamus al-Munjid,ttakrif siasah disebutsebagai mengedalikan urusan sebuah Negara.memperbaiki keadaan dan urusan manusia danmentadbir urusan sesebuah negeri .Di dalam satu hadith ada disebut mengenai kepimpinan BaniIsrael dimana ia menyebut nabi-nabi menjadi pemimpin-pemimpin bani Israel pada suatu masayang lampau.Menurut Al-Nasafi,siasah ialah mengawal masyarakat dengan sesuatu yang membawa kepadakemaslahatan sama ada dengan cara lemah lembut atau kekerasan.Manakala siasah menurut IbnAqil pula bermaksud perbuatan yang boleh membawa manusia lebih hampir dengan kebaikandan menjauhkan mereka daripada kerosakkan sekalipun dengan perkara yang tidak disyariatkanoleh Rasulullah.Menurut Abdul Wahab Khalaf,siasah membawa erti mentadbir urusan awam dalam negara Islamdengan sesuatu yang dapat melaksanakan kepentingan dan menolak bencana selagi tidakbercanggah dengan prinsip-prinsip dalam syariat Islamiah.Walaupun terdapat beberapa perbezaan antara politik dan siasah apabila dibuat pengkajian yanglebih teliti dan mendalam seperti yang pernah dilakukan oleh para pemikir Islam namun dalamkonteks ini,pengunaan kedua-dua perkataan tersebut adalah berdasarkan kepada penggunaan danpemahaman umum iaitu satu bidang yang membahaskan soal-soal yang berkaitan denganpemimpin dan kepimpinan.Dalam konteks penulisan ini yang dimaksudkan dengan kepimpinanitu adalah yang menyentuh secara langsung persoalan urusan kepimpinan umat dan negara.
  • DASAR POLITIK ISLAMDasar politik terbahagi kepada enam iaitu 1. Al-Hakimiah al-Ilahiyyah Asas ini membawa kepada al-hakimiah yang bermaksud kuasa juridiksi dan kedau;atan tertinggi ke atas alam semesta adalah milik Allah S.W.T.allah adalah pemilik kuasa dalam menentukan sesuatu perintahdan larangan.Dialah yang menentukan hukum dan peraturan ke atas alam semesta.Manakala manusia dan alam seluruhnya haruslah tunduk kepada di bawah kekuasaan-Nya. i) Bahawa Tuhan Pemelihara alam semesta ini pada hakikatnya adalah Tuhan Pemelihara manusia,dan tidak ada jalan lain bagi manusia melainkan tunduk dan patuh kepada sifat Ketuhanan-Nya Yang Maha Esa. Firman Allah S.W.T Katakanlah! Sesungguhnya sembahyangku,ibadatku,hidupku,dan matiku hanyalah bagi Allau , Tuhan semesta alam. (Surah Al-An’aam 6:162) Katakanlah (wahai Muhammad: "Kalau kamu sudah tidak ada sesuatu bukti) maka Allah mempunyai bukti yang tegas nyata. Oleh itu, jika Ia menghendaki tentulah Ia akan memberi hidayah petunjuk kepada kamu semuanya".
  • (Surah Al-An’aam 6:149)Bertanyalah kepada mereka (yang musyrik itu): "Siapakah Yang memberi rezeki kepada kamudari langit dan bumi? Atau siapakah yang menguasai pendengaran dan penglihatan? Dansiapakah yang mengeluarkan makhluk yang hidup dari benda yang mati, dan mengeluarkanbenda yang mati dari makhluk yang hidup? Dan siapakah pula yang mentadbirkan urusansekalian alam? "(Dengan pertanyaan-pertanyaan itu) maka mereka (yang musyrik) tetap akanmenjawab (mengakui) dengan berkata: "Allah jualah yang menguasai segala-galanya! "Olehitu, katakanlah: "(Jika kamu mengakui yang demikian), maka mengapa kamu tidak mahubertaqwa? (Surah Yunus 10:31) ii) Hanya Allah berhak mengadili dan menghakimi sesuatu,manusia wajib taat dan beribadat kepadaNya. Apa yang kamu sembah, yang lain dari Allah, hanyalah nama-nama yang kamu menamakannya, kamu dan datuk nenek kamu, Allah tidak pernah menurunkan sebarang bukti yang membenarkannya. Sebenarnya hukum (yang menentukan amal ibadat) hanyalah bagi Allah. Ia memerintahkan supaya kamu jangan menyembah
  • melainkan Dia. Yang demikian itulah Agama yang betul, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. (Surah Yusuf 12:40)iii) Allah yang menetapkan hukum dan peraturan. Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa lalu Ia bersemayam di atas Arasy; Ia melindungi malam dengan siang yang mengiringinya dengan deras (silih berganti) dan (Ia pula yang menciptakan) matahari dan bulan serta bintang-bintang, (semuanya) tunduk kepada perintahNya. Ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha Suci Allah yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam. (Surah al-A’raaf 7:54)iv) Bahawa hanya hukum Allah hukum yang benar (al-haq) kerana Allah sahaja yang mengetahui hakikat segala sesuatu,di tanganNya penentuan hidayah dan pimpinan yang benar serta jalan yang lurus. Kehidupan dunia (dan kemewahannya) diperhiaskan (dan dijadikan amat indah) pada (pandangan) orang-orang kafir, sehingga mereka (berlagak sombong dan)
  • memandang rendah kepada orang-orang yang beriman. Padahal orang-orang yang bertaqwa (dengan imannya) lebih tinggi (martabatnya) daripada mereka (yang kafir itu) pada hari kiamat kelak. Dan (ingatlah), Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terkira (menurut undang-undang peraturanNya). (al-Baqarah 2: 212)Konsep Al-Hakimiah terbahagi kepada tiga prinsip iaitu : 1. Prinsip Tauhid Tauhid iaitu menyakini bahawa Allah S.W.T adalah pencipta segala Alam semesta dan Pencipta segala sesuatu untuk kepentingan manusia . Allah adalah pemilik makhluk,Dialah Penguasa & Pengurus kepada segala urusan.Dialah yang mempunyai kekuasaan dan kedaulatan hukum ( Al- Hakimiah Al-Illahiah ) bagi segala makhluk yang ada di langit dan di bumi Konsep ini menetapkan bahwa segala apa yang ada termasuk diri manusia itu sendiri adalah milik Allah S.W.T dan menolak pemikiran yang mendaulatkan seseorang manusia atau inidividu mahupun sesuatu kelompok atau golongan manusia kerana kedaulatan hanyalah hak Allah iaitu tiada pemerintahan selainNya dan tiada undang-undang lain selain undang-undang- Nya. Manusia ialah wakil yang diamanahkan untuk melaksanakan segala perintah Allah S.W.T.
  • 2. Prinsip Risalah Risalah iaitu rasul adalah wakil Allah s.w.t yang tertinggi,segala perintah dan larangan-Nya mesti diikuti ,undang-undang tertinggi yang datang dari Allah dan Ralulullah S.A.W. Kerasulan dan pengutusan para rasul yang menyampaikan kepada manusia segala perintah dan peraturan yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T .Dari utusan tersebut dapatlah para manusia menerima perkara-perkara ini iaitu : AL-QURAN yang terkandung di dalamnya penjelasan tentang undang-undang serta perintah dari Allah yang mesti didirikan oleh Islam dalam sisitem kehidupan manusia. AS-SUNNAH iaitu segala perbuatan yang lahir dari Rasulullah S.A.W samada ucapan,perbuatan atau takrir yang kesemuanya merupakan penjelasan dan huraian tentang asas,undang-undang dan prinsip yang ada dalam AL-Quran. Firman Allah S.W.T Dan Kami tidak mengutus seseorang Rasul pun melainkan supaya ia ditaati dengan izin Allah. Dan kalaulah mereka ketika menganiaya diri mereka sendiri datang kepadamu (wahai Muhammad) lalu memohon ampun kepada Allah, dan Rasulullah juga memohon ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. (Surah Al-Nisaa’ 4:64)
  • 3. Prinsip Khilafah Khilafah bererti perwakilan atau menurut Islam kedudukan manusia di dunia adalah sebagai khalifah Allah dan diberikan kepercayaan untuk mewakili Allah di dalam kerajaan-Nya. Konsep Khalifah terbahagi kepada empat iaitu : Khalifah adalah manusia yang tidak boleh memiliki kerana yang berhak memiliki hanya Allah S.W.T Khalifah tidak boleh bertindak sesuka hati dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan kepadanya tetapi mestilah mengikut perintah Allah S.W.T. Khalifah tidak boleh melakukan sesuatu yang melampaui batas kekuasaan yang telah ditetapkan samaada untuk dirinya atau kerjanya. Khalifah mestilah meletakkan matlamat dalam melaksanakan sesuatu perkara kerana menunaikan kehendak Allah dan bukan kehendak diri sendiri.Firman Allah S.W.TWahai Daud, sesungguhnya Kami telah menjadikanmu khalifah di bumi, maka jalankanlahhukum di antara manusia dengan (hukum syariat) yang benar (yang diwahyukan kepadamu);dan janganlah engkau menurut hawa nafsu, kerana yang demikian itu akan menyesatkanmu darijalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah, akan beroleh azab yangberat pada hari hitungan amal, disebabkan mereka melupakan (jalan Allah) itu. (Surah Shaad 38:26)
  • Jika salah satu dari keempat-empat konsep ini tidak menepati atau tidak dilaksanakan olehseseorang pemerintah maka bereti seseorang itu telah mengkhianati tugas sebagai Khalifah AllahS.W.T. Islam tidak menyerahkan tugas kekhalifan kepada orang-orang tertentu tetapimenyerahkannya kepada seluruh anggota masyarakat dalam melaksanakan apa yang terkandungdi dalam Islam.Namun demikian untuk melaksanakan tugas kekhalifan ini maka perlu dibentuksuatu badan sebagai penggerak yang mengendalikan pentadbiran.Oleh itu perlu diadakanperlantikan dari kalangan masyarakat yang memeliki sifat-sifat sebagai pemimpin dan kuasauntuk memilih adalah ditangan umat Islam. 2. Keadilan Setiap rakyat empunyai hak yang sama dari segi undang-undang,tiada yang memiliki kekebalan.Sesiapa yang melakukan kesalahm pasti dihukum seadilnya. Firman Allah S.W.T Allah yang menurunkan Kitab Suci dengan membawa kebenaran, dan menurunkan keterangan yang menjadi neraca keadilan. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui? Boleh jadi hari kiamat itu sudah hampir (masa datangnya). Seruan Al-quran mengenai kewajipan berlaku adil bukan sahaja yang melibatkan kaum muslimin semata-mata. Al-Quran menyeru supaya keadilan ditegakkan kepada semua manusia termasuk orang-orang bukan Islam,malah terhadap musuh.
  • Firman Allah S.W.T lagi, Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang- orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. (Surah al-Maidah 5:8)3. Persamaan Setiap individu mempunyai kedudukan yang sama dari segi hak ,kebebasan ,tanggungjawab dan tugas-tugas awam tanpa mengira warna kulit,kaum,bahasa dan sebagainya.Firman Allah S.W.T Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di
  • antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). (Surah Al-Hujuraat 49:13)4. Amanah dan Tanggungjawab Pemerintah pemegang amanah dan mempunyai tanggungjawab serta perlu bersikap adil dalam melaksanakan tugas pemerintahan tanpa mementingkan keperluan peribadi. Firman Allah S.W.T ada menyebut : Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat. (Surah Al-Nisaa 4:58) Sabda Rasulullah S.A.W Tidak seorang pun wali (pemimpin ) bagi kaum musli yang meninggal dunia dalam keadaan dia menipu (mengkhianati) mereka,kecuali ia pasti tidak masuk syurga kerana Allah mengharamkannya. (diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim)
  • 5. Bai’at dan Ketaatan Bai’at dan ketaatan terhadap pemimpin dalam perkara makruf dan tidak bercanggah dengan hukum Allah S.W.T. Firman Allah S.WT.: Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya. Firman Allah S.W.T didalam surah Al-Mumtahanah ada menyebut :
  • Wahai Nabi! Apabila orang-orang perempuan yang beriman datang kepadamu untuk memberipengakuan taat setia, bahawa mereka tidak akan melakukan syirik kepada Allah dengan sesuatupun, dan mereka tidak akan mencuri, dan mereka tidak akan berzina, dan mereka tidak akanmembunuh anak-anaknya, dan mereka tidak akan melakukan sesuatu perkara dusta yang merekaada-adakan dari kemahuan hati mereka, dan mereka tidak akan menderhaka kepadamu dalamsesuatu perkara yang baik, - maka terimalah pengakuan taat setia mereka dan pohonkanlahkepada Allah mengampuni dosa mereka; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi MahaMengasihani. (Surah Al-Mumtanah 60:12) 6. Amal Makruf Nahi Mungkar Wajib melakukan yang benar ,mempertahankan kebaikan ,mancegah kemungkaran dan menghukum kebatilan. Firman Allah S.W.TWahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ingat halal membuat sesuka hati mengenaisyiar-syiar agama Allah, dan mengenai bulan-bulan yang dihormati, dan mengenai binatang-binatang yang dihadiahkan (ke Makkah untuk korban), dan mengenai kalong-kalong binatanghadiah itu, dan mengenai orang-orang yang menuju ke Baitullah Al-Haraam, yang bertujuanmencari limpah kurnia dari Tuhan mereka (dengan jalan perniagaan) dan mencari keredaanNya
  • (dengan mengerjakan ibadat Haji di Tanah Suci); dan apabila kamu telah selesai dari ihrammaka bolehlah kamu berburu. Dan jangan sekali-kali kebencian kamu kepada suatu kaumkerana mereka pernah menghalangi kamu dari masjid Al-Haraam itu - mendorong kamumenceroboh. Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa,dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagisesiapa yang melanggar perintahNya). (Surah Al-Maidah 5:2)Dan Firman Allah S.W.TWahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkankeadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamusendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin(maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkankamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamuturutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar-balikkanketerangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahuidengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. (Surah Al-Nisaa 4:135)
  • Amar makruf nahi mungkar ini hendak lah berlaku secara timbale balik di anatara pemerintah denganrakyat.Firman Allah S.W.T(Mereka itu ialah): orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji Allah, yangmengembara (untuk menuntut ilmu dan mengembangkan Islam), yang rukuk, yang sujud, yangmenyuruh berbuat kebaikan dan yang melarang daripada kejahatan, serta yang menjaga batas-batas hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang yang beriman (yang bersifat demikian). (Surah al-Taubah 9:112)Rasulullah S.A.W berpesan kepada umatnya agar tidak memandang ringan terhadaptanggungjwab menegur dan membetulkan pemerintah apabila mereka menyeleweng daripadahukum Allah.
  • SUMBER RUJUKAN 1) INSTITUI-INSTITUSI ISLAM karya Wan Ali Bin Wan Jusoh,Mohd Hambali bin Rashid 2) INSTITUSI-INSTITUSI ISLAM karya Haslah Mohd Haniff 3) www.surah.my 4) http://familiazam.com/hadis.htm