rancangan perniagaan
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

rancangan perniagaan

on

  • 3,317 views

 

Statistics

Views

Total Views
3,317
Views on SlideShare
3,317
Embed Views
0

Actions

Likes
3
Downloads
144
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

rancangan perniagaan rancangan perniagaan Document Transcript

  • ISI KANDUNGAN 1.0 RINGKASAN EKSEKUTIF 2.0 ANALISA SITUASI 2.1 RINGKASAN SITUASI a. PASARAN SASARAN b. ANALISA PENGGUNA BERPOTENSI 2.1.1 PROFIL PASARAN a. GEOGRAFI b. DEMOGRAFI c. FAKTOR TINGKAHLAKU 2.1.2 KEPERLUAN PASARAN 2.1.3 TREND PASARAN 2.1.4 PERTUMBUHAN PASARAN 2.2 2.3 PERSAINGAN 2.4 TAWARAN PRODUK 2.5 KUNCI KEJAYAAN 2.6 3.0 SWOT ISU KRITIKAL STRATEGI PEMASARAN 3.1 3.2 OBJEKTIF PEMASARAN 3.3 OBJEKTIF KEWANGAN 3.4 PASARAN SASARAN 3.5 PELETAKAN SASARAN 3.6 STRATEGI 3.7 CAMPURAN PEMASARAN 3.8 4.0 MISI PEMASARAN PENYELIDIKAN PEMASARAN KEWANGAN 4.1 4.2 RAMALAN JUALAN 4.3 5.0 ANALISA TITIK PULANG MODAL RAMALAN PEMBELAJARAN KAWALAN 5.1 PERLAKSANAAN „MILESTONE‟ 5.2 RANCANGAN „CONTEGENCY RISIKO & MASALAH SEBENAR RISIKO Refleksi bibliografi lampiran
  • 1.0 RINGKASAN EKSEKUTIF Syarikat Global Frozen Food ini telah ditubuhkan pada 1 Januari 2012.Syarikat ini ditubuhkan dan menceburi industri makanan sejuk beku di Malaysia serta memperkenalkan makanan tradisi rakyat Malaysia iaitu kuih – muih tradisional masyarakat di Malaysia.Tidak lupa juga, Syarikat Global Frozen Food ini juga menjual makanan sejuk beku yang terdiri daripada makanan yang mudah disediakan iaitu pizza. Syarikat Global Frozen Food didirikan di tengah – tengah di Gombak. Hal ini bertujuan memudahkan pelanggan kami untuk mendapatkan perkhidmatan kami di samping menyenangkan kami mendapatkan bekalan bahan mentah daripada pembekal – pembekal. Syarikat Global Frozen Food ini juga ditubuhkan berdasarkan kehendak pelanggan – pelanggan kami marcapada ini yang memerlukan penyediaan makanan yang ringkas tetapi enak. Pasaran sasaran kami lebih tertumpu kepada organisasi dan penduduk sekitar Gombak yang terdiri daripada golongan berpendapatan sederhana dan tinggi,ibu yang bekerja, pelajar – pelajar IPTA dan IPTS dan golongan yang mementingkan makanan yang cepat disediakan tetapi berkhasiat dan halal. Bagi memasarkan produk – produk kami, kami telah menggunakan beberapa strategi pemasaran. Antaranya ialah proses penghantaran produk, tempahan melalui online, dan pembungkusan yang menarik. Analisis ini menunjukkan bahawa syarikat ini boleh berjaya.Syarikat kami menyasarkan keuntungan meningkat kepada 8 peratus untuk tiga tahun.Ini adalah berdasarkan analisis perancangan dan saiz pelanggan serta syer pasaran kami.Ini adalah berdasarkan kekuatan syarikat kami dari segi pembungkusan yang baru dan menarik perhatian pengguna serta ketersampaian produk kami kepada pelanggan kami.
  • 2.0 ANALISA SITUASI 2.1 RINGKASAN SITUASI a. PASARAN SASARAN Syarikat Global Frozen Food mengeluarkan produkyang boleh memenuhi keperluan dan kehendak penduduk sekitar Gombak.Mereka beranggapan bahawa makanan khasiat dan halal adalah penting serta penyediaan makanan yang mudah amat membantu mereka yang berkerjaya dan tidak mempunyai banyak masa untuk dihabiskan di dapur dalam menyediakan makanan. Oleh sebab itu, kami banyak memfokuskan perkhidmatan yang ditawarkan ini kepada pelanggan sasaran iaitu pihak organisasi dan pelajar yang berada di sekitar Gombak, golongan ibu yang sibuk berkerja,dan golongan yang berpendapatan sederhana dan tinggi. Hal ini kerana, mereka menepati ciri – ciri pelanggan yang kami sasarkan untuk menggunakan produk kami. Antara ciri – ciri tersebut ialah mereka ialah golongan yang tiada masa untuk menyediakan makanan, memerlukan makanan yang senang dihasilkan, berpendapatan sederhana dan tinggi serta mementingkan gaya hidup yang sihat dan halal. Bagi meluaskan saiz pasaran syarikat kami,kami juga turut menerima perkhidmatan tempahan daripada mana – mana organisasi di sekitar Gombak untuk menyediakan produk – produk kami. Biasanya tempahan ini dibuat untuk acara – acara yang diadakan oleh organisasi tersebut seperti majlis minum petang, mesyuarat, dan sebagainya. Antara organisasi yang biasa terlibat ialah Institut Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) iaitu Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan International Islamic College (ICC) manakala bagi Institut Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) pula ialah Universiti Kuala Lumpur – British Malaysia Institut (UniKL – BMI) dan British Malaysia Institut. Selain itu, produk kami juga turut tertumpu kepada golongan ibu yang bekerjaya. Hal ini kerana, mereka tiada masa untuk menyediakan makanan untuk keluarga walaupun menyedari bahawa menyediakan makanan kepada mereka merupakan tugas yang seharusnya dilakukan sebagai seorang ibu. Oleh itu, mereka memerlukan produk yang senang disediakan tetapi berkhasiat, halal dan terjamin kebersihannya.Maka dengan adanya produk
  • kami ini, mereka dapat menyediakan makan yang berkhasiat dan terjamin kebersihannya kepada keluarga mereka walaupun sibuk dengan kerjaya masing – masing. Kita sedia maklum bahawa kebanyakan penduduk yang berada di kawasan metropolitan tersebut merupakan golongan yang pendapatan sederhana dan tinggi. Walaupun begitu, kos sara hidup di sana adalah sangat tinggi disebabkan oleh gaya hidup dan keperluan mereka seperti tempat tinggal dan kenderaan memerlukan wang yang banyak. Dengan adanya produk kami ini, mereka boleh menyediakan makanan yang sedap dan berkualiti dengan kuantiti yang banyak hanya dengan harga yang murah. Hal ini sedikit sebanyak menggurangkan kos mereka. Di samping itu juga, sasaran pasaran kami kebanyakkannya terdiri daripada golongan yang berpendidikan tinggi iaitu organisasi dan pelajar daripada IPTA dan IPTS yang berdekatan serta golongan berpendapatan sederhana dan tinggi. Bagi golongan ini, mereka sering kali menekankan aspek kebersihan, makanan halal bagi orang Islam dan berkhasiat dalam memilih produk terutama dalam produk berasaskan makanan. Ciri – ciri tersebut boleh didapati dalam produk kami di mana kami telah mempunyai pengesahan tentang kualiti produk kami melalui sijil Amalan Pengilangan Yang Baik Standard Good Manufacturing Practise (GMP)danAnalisa Bahaya Titik Kawalan Kritikal-Hazard Analysis Critical Control Point (HACCP). b. ANALISA PENGGUNA BERPOTENSI 2.1.1 PROFIL PASARAN a. GEOGRAFI Seperti yang telah diterangkan sebelum ini, tapak perusahaan kami terletak di Gombak. Kami menyasarkan saiz pasaran kami meliputi sekitar 5 km radius daripada tapak kami iaitu di kawasan Gombak meliputi Sungai Buloh, Selayang, dan Batu Cave.
  • Di kawasan – kawasan tersebut, terdapat banyak kawasan perumahan sama ada berkos tinggi dan sederhana. Produk – produk kami ini akan dibekalkan ke kedai – kedai runcit dan pasaraya yang berhampiran bagi ketersampaian produk kami ke seluruh kawasan Gombak. Bagi golongan pelajar pula, biasanya mereka tinggal di sekitar kawasan kampus mereka. Antara IPTA dan IPTS yang terdapat di sana ialah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM),International Islamic College (IIC),Universiti Kuala Lumpur – British Malaysia Institut (UniKL – BMI) dan Institut British Malaysia. b. DEMOGRAFI Pasaran sasaran kami lebih tertumpu kepada organisasi dan penduduk sekitar Gombak yang terdiri daripada golongan berpendapatan sederhana dan tinggi,ibu yang bekerja, pelajar – pelajar IPTA dan IPTS dan yang mementingkan makanan yang cepat disediakan tetapi berkhasiat dan halal. Kebanyakan mereka terdiri daripada golongan yang berpendidikan tinggi. jadi, mereka sangat mementingkan dari aspek kebersihan dan faedah bagi sesuatu produk sebelum
  • menggunakannya. Aplikasi yang sama turut dilakukan kepada produk makanan. Dewasa ini, mereka juga turut mengambil berat mengenai bahan – bahan yang terdapat dalam kandungan makanan yang dibeli oleh mereka seperti kandungan gula dan lemak serta bahan pengawet. Bagi orang Islam pula, makanan halal amat dititik beratkan. Selain itu, bagi golongan yang bekerja, terutamanya golongan ibu, mereka mahukan sesuatu produk yang senang disediakan dan sihat untuk keluarga mereka. Hal ini disebabkan oleh kesibukan masa dan keluasan dapur yang tidak mengizinkan untuk menyediakan masakan yang rumit. Di samping, gaya hidup juga mempengaruhi kehidupan penduduk di Gombak dalam pemilihan makanan. Biasanya pada akhir bulan, penduduk setempat akan memilih makanan yang murah atau memasak sendiri. Hal ini kerana, gaji atau pendapatan yang diperolehi sudah sedikit. Bagi menjimatkan kos, mereka akan memilih produk kami. 2.1.2 KEPERLUAN PASARAN Makanan sedia-disaji (MSS) dan Makanan Sedia-Dimakan (MSM)merupakan antara produk yang semakin mendapat sambutan terutama di Malaysia.Permintaan terhadap MSS & MSM di pasaran tempatan telah meningkat sebanyak 13% daripada tahun 1996 ke 1999 dan kini permintaan tersebut semakin bertambah saban tahun. Makanan Sedia-Disaji (MSS)adalah makanan yang sudah sedia dimasak dan dijual, tetapi perlu dipanaskan sebelum dimakan manakala Makanan Sedia-Dimakan (MSM)adalah makanan yang boleh dimakan terus dalam bentuk yang sama seperti ia dijual atau diedarkan. Produk tersebut tidak termasuk kekacang, buah-buahan dan sayur-sayuran yang perlu dikupas atau dicuci oleh pengguna.
  • MSS dan MSM boleh dikategorikan kepada dua kumpulan. Pertama, ialah MSS dan MSM tempatan seperti karipap, popiah, roti canai, pau dan sebagainya, yang banyak terdapat di pasaran.Biasanya makanan jenis ini dijual pada harga rendah, iaitu sekitar RM2.50. Kedua, ialah MSS & MSM berasaskan resipi barat. Jenis ini masih kurang dalam pasaran, dan dijual dengan harga yang lebih mahal, iaitu sekitar RM20. Walau bagaimanapun, permintaan terhadap MSS &MSM resipi barat semakin naik kerana harga produk alternatif, iaitu makanan barat yang disediakan di restoran, adalah jauh lebih mahal daripadanya. Kedua-dua jenis produk dipasarkan di dalam pelbagai jenis pembungkusan seperti pek plastik, kotak, bekas kedap udara, “tin foil” dan sebagainya.Sesetengah produk disterilkan untuk mengelakkan jangkitan kuman dan bakteria.Ini dapat memanjangkan lagi jangka hayatnya. Seperti yang telah diterangkan,iamerupakan trend masa kini kerana ia dapat menjimatkan masa dan tenagadi samping mempunyai khasiatnya yang tersendiri.Selain itu, produk ini memudahkan penghasilan makanan tertentu di samping terjamin kebersihannya. Isu halal dan makanan berkhasiat juga menjadi keperluan pasaran pada masa kini. Bagi makanan halal,ia meliputi produk yang tidak mengandungi bahan – bahan yang tidak meragukan seperti cara penyembelihan ayam dan lembu, tiada unsur alhohol dan khinzir serta anjing. Malah, produk tersebut hendaklah selamat dan tidak memudaratkan. Makanan berkhasiat pula ialah makanan yang mampu memberi faedah kepada badan manusia seperti zat besi, vitamin dan bahan – bahan yang meningkatkan kesihatan badan.
  • 2.1.3 TREND PASARAN Pada masa kini, kebanyakan pasangan yang berkahwin kedua – duanya akan bekerjaya. Hal ini berikutan bagi menampung kos sara hidup yang tinggi di samping bagi keperluan keluarga dan anak – anak. Maka, tidak hairanlah mereka tiada masa dalam penyediaan makan kelurgamereka.Oleh itu, sesuatu produk yang cepat disediakan amat diperlukan untuk mengatasi masalah ini. Di samping itu, perkembangan kolej – kolej di sekitar Gombak semakin pesat membangun. Hal ini kerana, banyak kemudahan dan infratruktur yang terdapat di sana. Malah, terdapat beberapa kolej membuat kerjasama dengan UIAM dan ICC serta universiti – universiti yang berhampiran.ContohnyaUniversiti Kuala Lumpur – British Malaysia Institut (UniKL – BMI). Selain itu, adalah menjadi satu trend kepada pembinaan rumah di sini terutamanya di sekitar kawasan bandar apabila ruang dapurnya akan menjadi kecil. Hal ini disebabkan oleh kepadatan penduduk di samping harga tanah yang sangat tinggi. Dalam penyediaan makanan pula, ia hendaklah ringkas namun bersih dan berkualiti. Hal ini kerana, peralatan – peralatan memasak yang rumit tidak dapat disediakan berikutan ruang yang sempit. 2.1.4 PERTUMBUHAN PASARAN Permintaan kepada makanan halal dunia pada masa ini dianggarkan AS$80 bilion (RM304 bilion) setahun dan bagi segmen makanan halal beku sahaja dianggarkan AS$27 bilion (RM102.6 bilion).Penambahan permintaan ini sangat memberangsangkan dan boleh membawa kepada keuntungan.Di Malaysia, makanan halal sejuk dan beku mewakili 85 peratus keseluruhan pasaran dengan anggaran nilai pasaran sebanyak RM1.7 bilion.
  • Pertumbuhan ini memberi galakkan kepada kami untuk meneruskan perniagaan ini dan seterusnya mengembangkannya ke tahap yang lebih tinggi. 2.2 SWOT KEKUATAN i. Resepi makanan tradisional Kekuatan perusahaan kami adalah dari segi resepi kami yang unik dan sedap.Resepi yang dihasilkan adalahresepi turun temurun dari salah seorang pemilik perusahaan ini iaitu En RezaqFariz. Di dalam resepi ini, kami hanya menginovasikan bahan – bahan mentah dalam bentuk serbuk tanpa mengubah resepi asal.Ini menjadi tarikan kepada pelanggan kerana masa kini kerana ramai di kalangan pelanggan sudah tidak tahu untuk membuat kuih muih tadisional.Produk kami bukan sahaja memudahkan ibu yang bekerjaya untuk memasak dan menyediakan juadah untuk keluarga setelah seharian penat bekerja, bahkan kami juga memudahkan ibu mendapatkan makanan yang bukan sahaja panas bahkan berkualiti dan baik untuk anak – anak mereka dan diri mereka sendiri. ii. Pembungkusan menarik dan tahan lama Kekuatan kami yang lain adalah dari segi pembungkusan produk kami yang unik dapat menarik minat pengguna untuk membeli produk kami.Pembungkusan kami bukan sahaja menarik perhatian malah ia menyebabkan produk kami lebih tahan lama. Kami telah menggunakan pembungkus yang kedap udara untuk produk kami. iii. Mudah didapati menggunakan laman interaktif Syarikat Global Frozen Food juga menawarkan perkhidmatan pesanan atau tempahan yang memudahkan pelanggan – pelanggan kami.Syarikat Global Frozen Food ini mengambil tempahan pelanggan kami dengan menggunakan talian telefon.Pelanggan kami boleh menghubungi pihak kami untuk
  • membuat tempahan mereka. Syarikat kami juga mengambil tempahan melalui internet facebook.Kemudahan – iaitu menggunakan blog dan kemudahan seperti ini amat memudahkan pelanggan kami dalam membuat tempahan di samping menjimatkan masa dan tenaga.Pelanggan kami juga boleh mendapatkan produk kami di pasaraya – pasaraya yang terpilih dan boleh berkunjung ke syarikat kami sendiri untuk membuat tempahan dan membeli secara borong.Kemudahan – kemudahan seperti ini menjadi kekuatan bagi syarikat kami. KELEMAHAN i. Syarikat baru Kelemahan yang dapat dilihat melalui Syarikat Global Frozen Food ialah kami merupakan syarikat yang baru beroperasi iaitu sejak tahun lepas. Dalam hal ini, kami masih berada di dalam lingkungan „Fasa Learning Curve‟. Masih banyak perkara yang perlu kami pengurusan pelajari kewangan, seperti penggurusan pemasaran dan pentadbiran, lain – lain. Walaubagaimanapun, bagi mengatasi masalah tersebut, kami telah mengambil inisiatif dengan menghadiri pelbagai seminar dan bengkel mengenai perniagaan dan perusahaan. Kami turut meminta khidmat nasihat daripada pihak – pihak yang terlibat dalam perusahaan. ii. Tawaran hampir sama Kelemahan syarikat kami adalah kami menawarkan tawaran yang hampir sama dengan syarikat – syarikat makanan sejuk beku yang lain. Kelemahan yang lain ialah syarikat kami tidak membuka cawangan – cawangan kami di kawasan luar bandar. Ini mungkin menyebabkan penduduk di kawasan luar bandar tidak dapat menikmati keenakkan makanan sejuk beku yang kami tawarkan.
  • PELUANG i. Isu halal Peluang yang dapat Syarikat Global Frozen Food lihat ialah syarikat kami sememangnya mengeluarkan makanan halal dan suci bersih. Hal ini kerana, sejak akhir – akhir ini isu ini sering dititik beratkan oleh masyarat. Hal ini berikutan, terdapat syarikat - syarikat atau pengusaha makanan yang tidak menjaga kualiti makanan mereka. Malah, terdapat sesetengah pengusaha mencampurkan unsur – unsur yang meragukan di dalam produk mereka. ii. Tapak perniagaan yang strategik Peluang lain yang Syarikat Global Frozen Food ini dapat lihat ialah terletak di kawasan tengah – tengah bandar metropolitan. Kawasan tersebut sangat strategik kerana ramai penduduk di sini. Kebanyakan penduduk menepati ciri – ciri pelanggan yang disasarkan dan ia mampu memberi pulanganmodal kepada kami. iii. Celik it Di samping itu, mereka merupakan golongan terpelajar dan celik it. Seperti yang telah diterangkan pada kekuatan kami, kami telah menggunakan laman interaktif bagi menyenangkan sebarang urusan dengan para pelanggan. ANCAMAN i. Persaingan Syarikat Global Frozen Food ini mempunyai sedikit sahaja ancaman iaitu dari segi pesaing – pesaing syarikat kami yang menawarkan perkhidmatan yang hampir sama dengan syarikat kami. Ancaman yang lain ialah syarikat kami tidak membuka cawangan – cawangan kami di kawasan luar bandar. Ini mungkin menyebabkan penduduk di kawasan luar Bandar tidak dapat menikmati keenakan makanan sejuk beku yang kami tawarkan, dan syarikat lain mungkin akan mengambil peluang membuka perniagaan mereka di kawasan luar bandar.
  • 2.3 PESAING Di kawasan tapak perniagaan kami iaitu Gombak telah terdapat syarikat dan beberapa pengusaha kecil-kecilan yang turut mengusahakan produk yang sama, dan difahamkan mereka iaitu pengusaha – pengusaha tersebut baru memulakan perniagaan masing-masing secara persendirian. Namun begitu, ianya adalah merupakan pesaing kepada Global Frozen Food dalam perniagaan ini. Di antara pesaing tersebut ialah: Nama Syarikat Kekuatan Kelemahan Pizzahut -mempunyai pelbagai jenis -Harga yang mahal pizza yang lazat. -perkhidmatan pelanggan yang baik Domino’s -mempunyai pelbagai jenis -Harga yang mahal pizza yang lazat. -perkhidmatan pelanggan yang baik -tempat strategik City boy western frozen -hiasan food kedai yang -Baru beroperasi menarik -pilihan -menu yang lazat. produk yang terhad -banyak alatan yang tidak mencukupi -Tiada perkhidmatan penghantaran -Tempat yang strategik. Hadi’s frozen food - Terletak berhadapan - Nama perniagaan dengan jalan utama yang tidak jelas -Terletak sebaris - Tiada promosi tidak
  • dengan kedai-kedai - Baru beroperasi makan - Kedai yang tidak - Merupakan tempat Menarik kunjungan pelajar universiti Perniagaan Frozen Food - Premis perniagaan - Baru beroperasi Lot Penjaja yang strategik. - Pilihan jenis roti masih terhad 2.4 TAWARAN PRODUK Global Frozen Food ini menawarkan produk sepertiberikut: a) Pembuatan karipap. b) Pembuatan samosa. c) Pembuatan pizza (pelbagai perasa). d) Pembuatan popia e) kuih tradisional Manakala perkhidmatan adalah seperti: a) Menerima tempahan untuk majlis keraian seperti majlishari jadi dan tempahan kuih hari raya. b)Menyediakan perkhidmatan pesanan dan penghantaranproduk kepada pelanggan. c) Menerima atausyarikat tempahan untuk dan jenis pesanan produk daripada pastri ringan pejabat (bagi jamuanmesyuarat, forum kecil, perjumpaan minum petang dansebagai).
  • Berikut merupakan produk yang dihasilkan oleh kami:Jenis Produk Harga 1.0 KARIPAP 1.1 Karipap Daging Rm 3 1.2 Karipap Sardin Rm 3 1.3 Karipap Sayur Rm 3 1.4 Karipap Ayam Rm 3 1.5 Karipap Kentang Rm 3 2.0 SAMOSA 2.1 Samosa Sayur Rm 3 2.2 Samosa Daging Rm 3 2.3 Samosa Ayam Rm 3 2.4 Samosa Mini Rm 3 2.5 Samosa Sambal Bilis Rm 3 2.6 Samosa Sambal Udang Rm 3 3.0 PIZZA DOUGH 3.1 Pizza Daging BBQ Rm 4 3.2 Pizza Seafood Hawaian Rm 4 3.3 Pizza Sayuran mix Rm 4 3.4 Mini Pizza Rm 2 4.0 POPIA 4.1 Popia Ayam Rm 3 4.2 Popia Daging Rm 3 4.3 Popia Sayuran Rm 3 4.4 Popia Kentang Rm 3 4.5 Popia Sardin Rm 3 4.6 Popia Sambal Rm 3 5.0 Lain – lain Kociku Rm 4 Chara Rm 4 Pulut Panggang Rm 4 Lepat Pisang Rm 4
  • Walaupun pelbagai produk – produk sejuk beku yang terdapat di pasaran, Namun kebanyakan produk tersebut berubah rasa dan kelazatannya.Hal ini berikutan disebabkan terdapat pengusaha yang meletakkan terlalu banyak bahan pengawet di dalam produk mereka.Dengan bahan asli dan tanpa penggunaan bahan pengawet, pelanggan kami boleh merasainya berulang - ulang kali tanpa rasa risau. Di samping itu, resepi yang dihasilkan adalahresepi turun temurun dari salah seorang pemilik perusahaan ini iaitu En RezaqFariz.Keluarganya telah lama berkecimpung dalam makanan tradisional ini. Selain itu, bahan yang diperolehi untuk penghasilan produk kami kebanyakkannya diambilterus dari kebun dan ladang di sekitar Selangor dan Johor seperti pisang, telur, daging, ayam dan pulut.Bahan – bahan seperti gandum dan tepung pula diambil pihak pembekal yang berpengalaman dan mempunyai sijil sah daripada kementerian kesihatan.Hal ini bagi menjamin kebersihan, dan kesegaran produk kami. 2.5 KUNCI KEJAYAAN Faktor kejayaan kami ialah walaupun banyak produk – produk seumpama ini wujud namun masih ramai yang tidak mengetahui kewujudan tentang produk ini.Oleh itu, kami mengambil peluang ini dengan membuat promosi.Di samping itu, kami juga mengkormesialkan produk kami melalui pembungkusan yang menarik di samping meningkatkan tempoh ketahanan produk kami. Selain itu, resepi yang diambil ialah resepi asli turun temurun milik salah seorang daripada rakan kongsi kami. Keistimewaannya ialah kami tetap mengekalkan rasa dan keasliannya dengan tidak menambah apa – apa bahan pengawet dan perasa tambah. Bagi memastikan kualiti makanan kami terjamin, kami mengambil bekalan bahan mentah segar dari ladang iaitu di sekitar Johor dan Selangor.
  • 2.6 ISU KRITIKAL Isu kritikal yang selalu dihadapi oleh kami dalam indusri pemakanan ialah isu kebersihan dan keselamatan makanan.Kita sedia maklum bahawakebersihan makanan merupakan satu isu yang sangat penting bagi pengguna di serata dunia. Hal ini kerana, penyediaan makanan dengan cara yang tidak selamat dan tidak berkualiti di premis-premis makanan dan kilangkilang akan menyebabkan makanan yang dihasilkan tidak selamat.Oleh itu, setiap pengusaha makanan perlu menepati standard iaitu satu panduan yang mengariskan ciri-ciri keselamatan bagi sesuatu produk dan perkhidmatan.Pengeluar, pengilang dan penyedia makanan harus mengikut standard keselamatan yang ditetapkan bagi memastikan makanan yang dihasilkan adalah selamat. Bagi memberi keyakinan kepada para pelanggan tentang produk kami, kami telah mempunyai pengesahan tentang kualiti produk kami melalui sijil Amalan Pengilangan Yang Baik Standard Good Manufacturing Practise (GMP)danAnalisa Bahaya Titik Kawalan Kritikal-Hazard Analysis Critical Control Point (HACCP).Sijil GMP merupakan panduan yang mengandungi langkah- langkah universal yang mengawal operasi sesebuah premis makanan bagi membolehkan penghasilan makanan yang selamat dan ia turut mnjadi panduan kepada kilang-kilang dan premis makanan dalam menyediakan tempat yang bersih, selamat dan berkualiti dalam pembuatan makanan. GMP ini telah juga telah diubahsuai mengikut konteks Malaysia supaya pengunaannya lebih sesuai. HACCP pula ialah satu konsep sistematik dan saintifik dalam mengenalpasti, menilai dan mengawal ancaman yang menyebabkan bahaya kepada keselamatan makanan. Ia menggariskan dengan lebih terperinci mengenai keselamatan makanan yang menyentuh aspek Critical Control Point iaitu Takat Kawalan Kritikal iaitu satu sistem mengenal pasti, menilai, dan mengawal bahaya daripada makanan. Selain itu, isu lain yang diketengahkan ialah isu halal. Sijil halal telah diperolehi setelah pihak JAKIM membuat pemantauan dan pemeriksaan selama beberapa hari di kilang kami iaitu dari proses pembuatan produk di dapur hinggalah ke proses penghantaran. Turutan proses pengesahan ini ada
  • kaitan dengan konsep mirip HACCP namun ia lebih mengfokuskan konsep halal.
  • 3.0 STRATEGI PEMASARAN 3.1 MISI PEMASARAN Misi syarikat adalah pelangan dapat menikmati makan yang mudah dimasak, menyelerakan, dan menjimatkan masa. Selain itu misi syarikat adala untuk membekalkan makanan yang halal kepada penguna. 3.2 OBJEKTIF PEMASARAN Objektif pemasaran syarikat ini adalah ingin meningkatkan pendapatan syarikat sebanyak 8 peratus pada setiap tahun untuk 3 tahun akan datang. Analisis ini menunjukkan bahawa syarikat ini boleh berjaya.Ini adalah berdasarkan analisis perancangan dan saiz pelanggan serta syer pasaran kami.Ini adalah berdasarkan kekuatan syarikat kami dari segi pembungkusan yang baru dan menarik perhatian pengguna dan ketersampaian produk kami kepada pelanggan kami. Data Peningkatan Penguna Setia Dan Pelanggan Baru 250000 200000 150000 Pembeli baru 100000 Penguna setia 50000 0 Tahun pertama Tahun kedua Tahun Ketiga
  • 3.3 OBJEKTIF KEWANGAN Syarikat kami ingin mengurangkan kos overhead sebanyak 30 peratus pada setiap tahun. Kecekapan pekerja akan bertambah dari tahun ke tahun. Ini dapat mengurangkan kos pekerja. Dengan ini kami dapat mengoptimumkan pengunaan perkerja. Dengan ada kecekapan pekerja bil air dan elektrik dapat dijimatkan. Ini kerana tiada pembaziran tenagatenaga ini. Tahun 2012 Bil Rm1000 Gaji Bil elektrik, Kos bahan Pengeluaran pekerja 1 Sewa telefon mentah bungkusan Rm1500 Rm1000 Rm8851 9000 bungkusan Tahun 2013 Bil Rm1000 Gaji Bil elektrik, Kos bahan Pengeluaran pekerja 1 Sewa telefon mentah bungkusan Rm1500 Rm1000 Rm8851 11, 700 bungkusan 3.4 PASARAN SASARAN Syarikat Global Frozen Food mengeluarkan produk yang boleh memenuhi keperluan dan kehendak penduduk sekitar Gombak yang menganggap makanan khasiat dan halal adalah penting serta penyediaan makanan yang mudah amat membantu mereka yang berkerjaya dan tidak mempunyai banyak masa untuk dihabiskan di dapur dalam menyediakan makanan. Oleh sebab itu, kami banyak memfokuskan perkhidmatan yang ditawarkan ini kepada pelanggan sasaran iaitu pihak organisasi dan
  • pelajar yang berada di sekitar Gombak, golongan ibu yang sibuk berkerja,dan golongan yang berpendapatan sederhana dan tinggi. Hal ini kerana, mereka menepati ciri – ciri pelanggan yang kami sasarkan untuk menggunakan produk kami. Antara ciri – ciri tersebut ialah mereka ialah golongan yang tiada masa untuk menyediakan makanan, memerlukan makanan yang senang dihasilkan, berpendapatan sederhana dan tinggi serta mementingkan gaya hidup yang sihat dan halal. Bagi meluaskan saiz pasaran syarikat kami, kami juga turut menerima perkhidmatan tempahan daripada mana – mana organisasi di sekitar Gombak untuk menyediakan produk – produk kami. Biasanya tempahan ini dibuat untuk acara – acara yang diadakan oleh organisasi tersebut seperti majlis minum petang, mesyuarat, dan sebagainya. Antara organisasi yang biasa terlibat ialah Institut Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) iaitu Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan International Islamic College (ICC) manakala bagi Institut Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) pula ialah Universiti Kuala Lumpur – British Malaysia Institut (UniKL – BMI) dan British Malaysia Institut. Selain itu, produk kami juga turut tertumpu kepada golongan ibu yang bekerja. Hal ini kerana, mereka tiada masa untuk menyediakan makanan untuk keluarga walaupun menyedari bahawa menyediakan makanan kepada mereka merupakan tugas yang seharusnya dilakukan sebagai seorang ibu. Oleh itu, mereka memerlukan produk yang senang disediakan tetapi berkhasiat, halal dan terjamin kebersihannya.Maka dengan adanya produk kami ini, mereka dapat menyediakan makan yang berkhasiat dan terjamin kebersihannya kepada keluarga mereka walaupun sibuk dengan kerjaya masing – masing. Kita sedia maklum bahawa kebanyakan penduduk yang berada di kawasan metropolitan tersebut merupakan golongan yang pendapatan sederhana dan tinggi. Walaupun begitu, kos sara hidup di sana adalah sangat tinggi disebabkan oleh gaya hidup dan keperluan mereka seperti tempat tinggal dan kenderaan memerlukan wang yang banyak. Dengan
  • adanya produk kami ini, mereka boleh menyediakan makanan yang sedap dan berkualiti dengan kuantiti yang banyak hanya dengan harga yang murah. Hal ini sedikit sebanyak menggurangkan kos mereka. Di samping itu juga, sasaran pasaran kami kebanyakkannya terdiri daripada golongan yang berpendidikan tinggi iaitu organisasi dan pelajar daripada IPTA dan IPTS yang berdekatan serta golongan berpendapatan sederhana dan tinggi. Bagi golongan ini, mereka sering kali menekankan aspek kebersihan, makanan halal bagi orang Islam dan berkhasiat dalam memilih produk terutama dalam produk berasaskan makanan. Ciri – ciri tersebut boleh didapati dalam produk kami di mana kami telah mempunyai pengesahan tentang kualiti produk kami melalui sijil Amalan Pengilangan Yang Baik Standard Good Manufacturing Practise (GMP)dan Analisa Bahaya Titik Kawalan Kritikal-Hazard Analysis Critical Control Point (HACCP). 3.5PERLETAKAN PASARAN Kami menyasarkan sebanyak pertambahan 10 kedai untuk menjadi pengedar kami di sekitar Bandar baru selayang dan beberapa pasaraya. Ini adalah untuk memudahkan pelanggan kami untuk mendapatkan produk kami. Kami juga menanamkan persepsi yang positif terhadap produk kami. Sebagai contoh apabila pelanggan kami mendengar moto kami „ Anda Cuba, Anda Pasti Teruja‟ pelanggan kami akan serta merta mengingati akan produk kami yang menyediakan makanan sejuk beku yang bukan sahaja lazat bahkan juga halal dan suci. Apabila pelanggan melihat logo kami mereka akan teringat akan makanan sejuk beku yang terunggul di Malaysia. 3.6 STRATEGI 3.6.1 Pengiklanan Kami mengunakan pengiklanan untuk produk ini memandangkan pengiklanan merupakan satu cara promosi yang dapat melahirkan rasa serta mempunyai keunikan tersendiri dalam menarik minat pelanggan. wujudnya sesuatu
  • pengiklanan itu adalah berunsur objektif tertentu berdasarkan perniagaan yang dijalankan Antara objektif pengiklanan bagi produk ini i) Dapat memberitahu pelanggan mengenao produk , perkhidmatan serta promosi baru yang dilakukan ii) Dapat mencadangkan penggunaan sesuatu produk dan perkhidmatan iii) Dapat mengingatka pelanggan serta pengguna dimana untuk mendapatkan produk dan perkhidmatan yang disediakan Kami menghantar produk , mengunakan online , pembungkusan yang menarik 3.7 CAMPURAN PEMASARAN 3.7.1 Produk 3.7.1.1 Ketara Syarikat kami mengunakan teknologi yang terkini dalam pembungkusan syarikat kami. Dengan menguna pembungkusan yang lebih baik, pelanggan akan lebih yakin dengan produk yang telah dikeluarkan oleh syarikat kami. Malah pembungkusan kami lebih cantik dan eksklusif berbanding produk lain. Ini mampu memberikan persepsi yang baik kepada penguna untuk produk yang telah dikeluarkan oleh syarikat kami. Dengan menguna teknologi ini juga, produk kami akan lebih tahan lama berbanding dengan produk-produk yang telah di keluarkan oleh pengeluar yang lain. 3.7.1.2 Teras Produk kami mementingkan makanan yang mudah dimasak, halal dan berkhasiat. Melalui soal selidik yang dibuat, ramai pengguna telah sedar bahawa permakanan
  • yang sihat dan halal itu sangat penting. Selaras dengan kehendak pengguna kami, menggunakan peluang yang ada untuk memasarkan produk kami ini. 3.7.1.3 Sampingan Untuk menarik pelanggan dan menjaga hati pembeli setia produk kamu, kami memberikan warranti kepada pembeli. Dengan mengunakan warranti ini , produk yang sudah rosak boleh dipulangkan kembali kepada syarikat dan boleh meminta produk yang baharu dan wang pelanggan dipulangkan. Di kedai, kami telah menyediakan satu ruang khidmat pelanggan. Di sini pelanggan yang mempunyai masalah, boleh berjumpa dengan pekerja khidmat pelanggan kami. Di syarikat ini kami menyediakan layanan yang istemewa. Dengan ini kami mampu menarik lebih pelanggan yang baharu dan pengguna setia akan terus membeli produk kami. 3.7.2 Harga 3.7.2.1 Penembusan Harga produk kami lebih rendah berbanding dengan pengeluar yang lain. Walaupun produk kami lebih murah, tetapi produk kami tetap berkualiti. Syarikat kami telah mempunyai hubungan yang baik dengan beberapa pembekal kam iaitu berada di sekitar Johor dan Selangor. Dengan ada pembekal, kualiti produk dapat dikekalkan dan harga dapat murah. Pembekal akan menyediakan barang mentah dan segar kepada kami.Pembekal kami juga bersedia untuk menerima tempahan yang berlebihan dan pada waktu yang kritikal untuk menyiapkan produk kami. 3.7.2.2 Bundle
  • Kami juga memberikan tawaran bundle iaitu pelanggan kami dapat membeli pelbagai jenis produk kami pada harga yang sama. Sebagai contoh, pelanggan kami membeli produk frozen food karipap, samosa, dan pizza dengan harga yang sama tetapi kuantiti yang telah ditetapkan oleh syarikat kami. 3.7.2.3 Kuantiti Bagi pelanggan kami yang membeli produk kami secara borong, mereka akan menerima potongan harga yang berpatutan. 3.7.3 Promosi 3.7.3.1 Kupon Pemberian kupon akan di selitkan pada surat khabar di kawasan Bandar Baru Selayang supaya dapat menarik pengguna serta merangsang jualan jenama matang dan mengalakkan percubaan jenama baru. Pemberian kupon ini akan memberikan peluang kepada untuk pelanggan lebih mengenali produk kami. Maklumat yang terdapat pada kupon adalah seperti tarikh aktif kupon , nilai potongan harga dan jenis barangan ( seperti di bawah ) Global Frozen Food Dari 30 Januari – 15 Februari 2012 diskaun 5% dengan pembelian melebihi RM20
  • 3.7.3.2 Cabutan bertuah Setiap pembelian yang melebihi RM100 akan diberikan nombor cabutan bertuah. Cabutan akan dilakukan pada setiap hujung bulan. Dengan pembelian yang lebih banyak akan memberi peluang untuk menang. Hadiah yang diberikan merupakan baucer RM300 yang boleh ditukar dengan apa jua produk di syarikat kami. Selamar datang Global Frozen Food RM300 3.7.3.3 Brosur Brosur ini diedarkan kepada pelanggan yang berurus niaga di kedai kami. Selain itu kami akan mengedarkan brosur ini kepada pelajar seperti pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, kolej BMI dan lain-lain lagi. Malah kami akan meletakkan brosur kami di surat-surat khabar di sekitar kawasan. Kumpulan sasaran adalah wanita yang sudah berkerja yang mempunyai anak, pelajar dan juga pengedar. Maklumat yang terdapat pada brosue adalah jenis produk yang dijual, promosi yang sedang dilakukan, harga produk, lokasi syarikat, motto syarikat, komen pelanggan dan perkhidmatan yang disediakan.
  • 3.7.3.4 Blog Kami telah mengunakan blog sebagai medan untuk menarik lebih ramai pembeli yang baharu. Dengan mengunakan kemudahan ICT yang lebih interaktif, kami telah memilih blog dan E-direktori untuk mempromosikan syarikat kami.Kumpulan sasaran adalah wanita yang sudah berkerja yang mempunyai anak, pelajar dan juga pengedar. Maklumat yang terdapat pada brosue adalah jenis produk yang dijual, promosi yang sedang dilakukan, harga produk, lokasi syarikat, motto syarikat, komen pelanggan dan perkhidmatan yang disediakan. Di sini pembeli boleh membeli secara “ online” ditempat yang telah disediakan. Laman GlobalFrozenFood.blogspot.com/ blog adalah http:
  • 3.7.3.5 Penghantaran Kami juga telah menawarkan penghantaran di kawasan sekitar kawasan pembelian Bandar borong, Baru kami Selayang. akan Dengan menyediakan penghantaran kepada pengedar kami. Dengan menguna kaedah ini , kami dapat memudahkan pembelian.
  • 3.7.3.6 Poster Bagi pengiklanan produk kami, syarikat kami memilih untuk mempromosikan produk kami melalui poster. Poster – poster tersebut ditampal di sekitar Bandar Baru Selayang, hadapan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Kolej British Malaysian Institue (BMI), dan International Islamic College (IIC), dan pusat – pusat pasaraya.
  • 3.7.3.7 Bisnes kad . Global Frozen Food Tempahan Sila hubungi : _______ 3.7.4 Tempat Kami telah memilih kawasan Bandar Baru selayang di Gombak untuk memulakan syarikat kami. Kami memilih kawasan ini kerana syarikat kami mampu berhubung terus dengan pengguna. Di kawasan ini, tertumpunya perniagaan dan bandar yang kian pesat membangun. Malah syarikat kami berdekatan dengan universiti dan kolej. Di sini, syarikat kami mempunyai kelebihan kerana dapat menarik lebih ramai pelajar kolej dan universiti membeli produk yang kami sediakan.
  • Kawasan pejabat Penghasilan produk
  • Kawasan kedai
  • 3.8 PENYELIDIKAN PEMASARAN Kami telah melantik beberapa orang ahli syarikat iaitu Hanun Bt Ahmad, Muhammad Syafiq B Norazami, Nur Fatin Zafierah bt Zafri dan Mohd Rezaq Fariz bin Khairuanur untuk melaksanakan soal selidik di kawasan Bandar Baru Selayang, Gombak. Kami memilih kawasan ini kerana syarikat kami terletak di kawasan ini. Selain itu, di Bandar Baru Selayang terdapat semua respoden yang ingin kami dapati. Ini kerana Bandar Baru Selayang adalah tempat yang sibuk dan tempat tumpuan penduduk di kawasan sekitar Gombak. Di sini kami telah mengumpul data untuk dianalisis. Melalui soal selidik ini, kami telah menemui kekuatan dan kelemahan yang ada pada syarikat kami di samping mendapat ciri – ciri produk yang diperlukan oleh mereka. Kami telah mengambil sebanyak 100 responden untuk disoal selidik. Responden kami terdiri daripada ibu yang berkerja, pelajar universiti dan kolej, pasaraya dan organisasi. Pelbagai responden perlu diambil untuk mengetahui kehendak penguna. Dengan mengetahui kehendak penguna syarikat boleh mengunakan strategi yang baharu untuk menarik lebih ramai penguna yang baharu. Di bawah menunjukkan carta soal selidik mengenai prodek Golden Frozen Food di Bandar Baru Selayang.
  • Soal selidik mengenai produk Gloden Frozen Food di kawasan Bandar Baru Selayang 100 90 80 70 60 50 Ya 40 Tidak 30 20 10 0 Ibu memerlukan makanan mudah di masak Pembungkusan yang menarik Makanan halal dan berkhasiat Produk lebih tahan lama
  • 4 KEWANGAN 4.6 Titik pulang modal 4.7 Belanjawan pasaran Jan Anggaran Belanjawan Feb Mac April Mei RM RM RM RM RM Kos Pengeluaran a)Kos -Gaji Pekerja 1800 1800 1800 1800 1800 -overhead 2100 2100 2100 2100 2100 Jumlah Kos Pengeluaran 3900 3900 3900 3900 3900 Kos Pemasaran a) Operasi Promosi - Iklan pada laman web 300 300 - Kad peniagaan 100 100 - Brosur 100 100 - poster 200 200 - cabutan bertuah 100 100 300 300 1000 1000 Jumlah promosi b) Pengeluaran - karipap 1710.2 1710.2 1710.2 1710.2 1710.2 - samosa 1710.2 1710.2 1710.2 1710.2 1710.2 - pizza dough 1710.2 1710.2 1710.2 1710.2 1710.2 - popia 1710.2 1710.2 1710.2 1710.2 1710.2 - lain-lain 1710.2 1710.2 1710.2 1710.2 1710.2 8851 8851 8851 8851 8851 100 100 100 100 100 Jumlah penyelengaraan 100 100 100 100 100 Jumlah pemasaran 8951.2 8951.2 8951.2 8951.2 8951.2 Jumlah keseluruhan 12,851.2 12,851.2 12,851.2 12,851.2 12,851.2 Jumlah c) penyelengaraan
  • Ramalan jualan Ramalan jualan Perkara Jan Feb Mac April Mei Dapatan hasil - karipap 3976 3976 3976 3976 4297.4 - samosa 3976 3976 3976 3976 4297.4 - pizza dough 3976 3976 3976 3976 4297.4 - popia 3976 3976 3976 3976 4297.4 - lain-lain 4976 3976 3976 3976 4297.4 20880 20880 20880 20880 21487 4000 4000 4000 4000 10000 Jumlah tunai terima 4000 4000 4000 4000 10000 Jumlah jualan bulanan 24880 24880 24880 24880 31487 Jumlah dapatan hasil Tunai terima - tempahan untuk majlis makan di Universiti dan kolej 25000 20000 15000 Dapatan Hasil 10000 Tunai terima 5000 0 JAN FEB Tunai terima Dapatan Hasil MAC APRIL MEI Rajah menunjukkan graf ramalan jualan syarikat Globa frozen food
  • Rajah diatas menununjukkan graf bagi jualan syarikat. Mengikut ramalam jualan syarikat ini mendapati bahawa jualan tunai terima pada bulan mei tinggi kerana atas faktor sukan yang dijalankan di Universiti dan kolej-kolej berhampiran. Belanjawan untung rugi Belanjawan untung rugi Perkara Jan Feb Mac April Mei 20880 4000 20880 4000 20880 4000 20880 4000 21487 10000 24880 24880 24880 24880 31487 dapatan hasil - jumlah dapatan hasil - jumlah tunai diterima Jumlah jualan bulanan Anggaran belanjawaan - karipap 1710.2 1710.2 1710.2 1710.2 1710.2 - samosa 1710.2 1710.2 1710.2 1710.2 1710.2 - pizza dough 1710.2 1710.2 1710.2 1710.2 1710.2 - popia 1710.2 1710.2 1710.2 1710.2 1710.2 - lain-lain 1710.2 1710.2 1710.2 1710.2 1710.2 Jumlah anggaran belanjawan 8851 8851 8851 8851 8851 Anggaran untung rugi 16,029 16,029 16,029 16,029 22,636
  • 5 KAWALAN 5.6 PERLAKSANAAN „MILESTONE‟ Perkara Tarikh Mula Tarikh Akhir 1 /1/2012 10/1/2012 Pengurus 18000 12 /1/2012 - Pengurus 29000 12 /1/2012 - Pengurus 4000 12 /1/2012 - Pengurus 500 19/1/2012 - Pekerja 3000 6. Brosur 19/1/2012 - Pekerja 100 7. Poster 30/1/2012 - Pekerja 200 8. Kad Bisnes 11/2/2012 - Pekerja 100 9. Cabutan bertuah 19/3/2012 13/3/2012 Pekerja 300 10. Tempahan online 19/3/2012 - Pekerja 300 1. Ubah suai bagi Pelaksanaan Kos (RM) mencantikan kedai / pendawaian 2. Beli mesin dan peralatan bakeri 3. Beli kelengkapan dan perabot kedai 4. Membeli kelengkapan pejabat 5. Pembungkusan Promosi Dan Iklan Global Frozen Food mampu dimajukan dengan membuat beberapa penambahbaikan dalam masa sepuluh hari iaitu daripada 1 Januari hingga 10 Januari 2012. Dalam tempoh itu, syarikat ini melakukan perubahan dengan membuat perubahan pada kedai kami iaitu melakukan ubah suai dengan mengecat kedai dan membuat pendawaian. Warna terang seperti warna merah dan kuning susu digunakan untuk mencantikkan kedai kami supaya menarik pelanggan kami masuk. Cadangan kedua ialah syarikat membeli mesin dan peralatan bakery baru. Hal ini kerana barangan yang baru mempunyai warranty untuk beberapa tahundan boleh mengelakkan daripada kos penyelenggaraan mesin dan peralatan sekiranya membeli peralatan „second hand‟. Selain itu, mesin
  • dan peralatan ini juga merupakan aset kekal yang penting untuk syarikat kami. Cadangan seterusnya ialah membuat pembungkusan yang menarik dan menyebabkan produk kami tahan lebih lama. Bagi pembungkusan, kami telah menggunakan khidmat daripada pakar pereka iaitu En Azreen Adenan untuk menghasilkan reka bentuk pembungkusan kami. Bagi memastikan ia tahan lama, kami telah menggunakan pembungkus yang kedap udara untuk produk kami. Selain itu, syarikat kami mengadakan promosi melalui brosur,poster, cabutan bertuah dan tempahan melalui internet. Kami telah memperuntukan sebanyak RM 1000 . Untuk broser dan poster, kami telah mengedarkannya di tempat – tempat tumpuan seperti pasaraya, kedai – kedai runcit dan juga di tempat – tempat pengajian tinggi di sekitar Gombak. Kami juga telah berkerjasama dengan kelab perusahaan dan perniagaan di universiti – universiti bagi menjual produk kami. Cabutan bertuah pula disebarkan melalui internet iaitu facebook dan blog dan berlangsung selama sebulan. Pemenang yang bertuah akan memenangi barangan – barangan yang menarik. 5.7 RANCANGAN „CONTEGENCY RISIKO & MASALAH SEBENAR RISIKO Dari aspek kawalan strategiK pula, pemilik syarikat sentiasa akan memantau situasi pasaran dari semasa ke semasa kerana nilai pasaran sentiasa berubah – ubah mengikut keperluan pelanggan. Di samping itu, pemilik akan menilai kesan perubahan peniagaan contohnya melihat nilai keuntungan syarikat selepas membuat penambahbaikan dan sentiasa memperbaiki mutu dan prestasi pekerja serta tahap perkhidmatan yang disediakan. Selain itu,pemilik juga akan membuat penilaian tahunan dan melihat persekitaran pasaran agar perniagaan dapat disesuaikan dengan peredaran masa dan permintaan pelanggan. Ia seharusnya bergantung kepada sejauh mana rancangan yang telah dirancang dapat dilaksanakan. Seterusnya bagi kawalan taktikal, pengurus akan memantau untung rugi yang diperolehioleh syarikat dari semasa ke semasa. Melalui analisa daripada untung rugi tersebut, pengurus dapat mengenalpasti kekurangan
  • dan kelebihan yang boleh memberi impak kepada prestasi perniagaan di samping membuat penambahbaikan terhadap perniagaan sama ada dari segi pengurusan pentadbiran, pengurusan kewangan dan juga pemasaran. Pengurus juga akan mengawasi pelaksanaan rancangan tersebut dan sebarang isu – isu yang timbul seperti isu halal, keselamatan dan kebersihan makanan, dan sebagainya. Kawalan operasi pula akan dijalankan sepanjang setiap hari kecuali hari Ahad. Pengurus akan memantau pergerakan operasi perniagaan daripada penghasilan produk makanan sehingga pembungkusan. Hal ini bagi memastikan kualiti dan tahap kebersihan dapat dicapai mengikut standard yang telah ditetapkan. Penambahbaikan dan program kawalan yang dilakukan adalah bertujuan untuk memastikan kemajuan syarikat dapat dicapai mengikut matlamat syarikat yang telah ditetapkan. Selain itu, ia penting bagi melihat kelancaran proses pengurusan dan perjalanan syarikat dapat dijalankan dengan lancar.