Geografi physical
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Like this? Share it with your network

Share
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Be the first to comment
No Downloads

Views

Total Views
999
On Slideshare
999
From Embeds
0
Number of Embeds
0

Actions

Shares
Downloads
6
Comments
0
Likes
1

Embeds 0

No embeds

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
    No notes for slide

Transcript

  • 1. 1.TULIS NOTA RINGKAS DENGAN CONTOH MENGENAI: a. Sistem tertutup dan sistem terbuka Terdapat beberapa jenis sistem, 1.sistem terbuka 2.sistem tertutup . Sistem terbukamerupakan sistem yang memungkinkan terjadinya pertukaran materi dan energi antara sistemtersebut dengan lingkungan« Contoh sistem terbuka adalah tumbuh-tumbuhan, hewandkk« Tumbuh-tumbuhan biasanya menyerap air dan karbondioksida dari lingkungan (terjadipertukaran materi).Tumbuhan juga membutuhkan kalor yang dipancarkan matahari (terjadipertukaran energi).Dirimu dan diriku juga termasuk sistem terbuka« Masih banyak contohlain« Sebaliknya, sistem tertutup merupakan sistem yang tidak memungkinkan terjadinyapertukaran materi antara sistem tersebut dengan lingkungan.Sistem tertutup dikatakanterisolasi jika tidak adanya kemungkinan terjadi pertukaran energi antara sistem denganlingkungan.Sistem tertutup dikatakan tidak terisolasi jika bisa terjadi pertukaran energiantara sistem dengan lingkungan« Contoh sistem tertutup yang terisolasi adalah termos air panas. Dinding bagian dalam dari termos air panas biasanya terbuat dari bahan isolator (untuk kasus ini, isolator = bahan yang tidak menghantarkan panas). Btw, dalam kenyataannyamemang banyak sistem terisolasi buatan yang tidak sangat ideal. Minimal ada energi yangberpindahkeluar,tapijumlahnyasangatkeci b. Apakah yang dimaksudkan prinsip suap balik positif dan negatif.
  • 2. c. Luluhawa Luluhawa merupakan proses pemecahan dan penguraian atau pereputan batuan yang berlaku secara in-situ. Pemecahan atau penguraian batuan ini terjadi akibat tindak balas pelbagai agen luluhawa seperti air hujan, perubahan suhu, tindakan fros/ibun, mikroorganisma ke atas batuan sehingga batuan tersebut mengalami pemecahan kepada saiz yang lebih kecil atau terurai menjadi bahan baru seperti larutan, tanih, regolit, dan sebagainya. Luluhawa terbahagi kepada tiga jenis iaitu luluhawa kimia, luluhawa fizikal, dan luluhawa biologi. Luluhawa kimia banyak berlaku di kawasan tropika lembap dan dikenali juga sebagai luluhawa dalaman manakala luluhawa fizikal pula dominan di kawasan gurun panas dan kawasan artik, luluhawa ini dikenali juga sebagai luluhawa mekanikal. Luluhawa biologi pula berlaku akibat tindakan tumbuhan dan ia seringkali dominan di kawasan hutan tebal seperti di kawasan Hutan Hujan Tropika khususnya di kawasan Khatulistiwa. 1 Luluhawa Kimia atau Luluhawa Dalaman o 1.1 Proses-proses luluhawa kimia atau luluhawa dalaman  1.1.1 Proses larutan (solution)  1.1.2 Proses pengkarbonan (carbonations)  1.1.3 Proses hidrolisis  1.1.4 Proses penghidratan (hydration)  1.1.5 Proses pengoksidaan (oxidation)  1.1.6 Proses chelasi 2 Luluhawa Fizikal atau Mekanikal 3 Luluhawa Biologi o 3.1 Tindakan tumbuhan o 3.2 Tindakan organisma o 3.3 Tindakan manusia
  • 3. Luluhawa Kimia atau Luluhawa Dalaman Istilah luluhawa dalaman di kawasan tropika lembap disamaertikan dengan luluhawa kimia. Oleh sebab itu, takrifan luluhawa dalaman adalah sama dengan takrifan luluhawa kimia. Ia merujuk kepada semua proses pereputan atau penguraian batuan apabila mineral batuan tersebut bertinak balas dengan air, asid, ion dan larutan-larutan sehingga mineral batuan tersebut bertukar dari peringkat primer kepada peringkat sekunder. Dengan perkataan yang lebih mudah, ikatan antara mineral-mineral batuan akan terurai akibat tindak balas agen-agen luluhawa seperti air, asid, dan ion. Seterusnya batuan tersebut mengalami susutan, semakin mengecil dan menghasilkan bahan-bahan baru yang sama sekali berbeza dengan batuan asalnya seperti kejadian tanah laterit, tanah liat, dan lain-lain lagi. Luluhawa dalaman atau luluhawa kimia amat berkesan di kawasan tropika lembap. Ini boleh dibuktikan melalui kewujudan lapisan regolit yang terhasil atau lebih ikenali sebagai zon terluluhawa. Zon terluluhawa dalaman adalah merujuk kepada ketebalan lapisan-lapisan batuan yang Humus daripada cacing tanah membantu dalam proses luluhawa dalaman menerima kesan luluhawa kimia. Ia terdiri daripada lapisan tanah-tanah laterit, lapisan tanah liat atau profil-profil regolit yang dikira ari lapisan atas permukaan tanah. Misalnya lapisan regolit yang dikaji oleh Kajian oleh Berry dan Ruxton (1957) di Hong Kong, mendapati setebal 60 meter yang merupakan zon terluluhawa dalaman di kawasan batu granit.
  • 4. Proses-proses luluhawa kimia atau luluhawa dalaman Terdapat enam proses utama yang terlibat dalam luluhawa kimia atau luluhawa dalaman iaitu: 1. Proses larutan (solution) 2. Proses pengkarbonan (carbonations) 3. Proses hidrolisis 4. Proses penghidratan (hydration) 5. Proses pengoksidaan (oxidation) 6. Proses chelasi Proses larutan (solution) Larutan merupakan proses asas dalam luluhawa dalaman. Terjadi akibat tindakan air hujan atau air larian yang bertindak sebagai pelarut. Air berupaya melarutkan mineral batuan yang mudah larut seperti gipsum dan kalsium karbonat (batu kapur) menjadi hasil larutan. Kuantiti hasil larutan ini bergantung kepada kuantiti air yang ada dan kadar kelarutan setiap mineral yang membentuk batu. Contohnya kalsium, natrium, dan magnesium mempunyai kadar kelarutan yang lebih tinggi berbanding dengan silika dan seskuioksida. Oleh sebab itu ia mudah dilarut dan tersingkir daripada jisim asalnya dalam bentuk larutan. Proses pengkarbonan (carbonations) Pengkarbonan merupakan sebarang tindak balas antara asid lemah (asid karbonik) dengan kalsium karbonat (batu kapur). Hujan yang turun akan berpadu dengan karbon dioksida di udara dan membentuk asid karbonik. Persamaan tindak balas kimia seperti di bawah. H2O + CO2 → H2CO3 (Air) + (Karbon Dioksida) → (Asid Karbonik) Asid karbonik inilah yang berupaya menguraikan batuan apabila ia bertindak balas dengan kalsium karbonat (batu kapur) menghasilkan larutan kalsium bikarbonat. Persamaan tindak balas kimia seperti di bawah.
  • 5. H2CO3 + CaCO3 → Ca(HCO3)2 (Asid Karbonik) + (Kalsium Karbonat) → (Kalsium Bikarbonat) Oleh sebab itu batu kapur lazimnya mudah mengalami luluhawa seumpama ini. Batuan lain juga mudah dikarbonkan seperti Dolomit dan kalium silikat atau potasy-felsfar. Proses hidrolisis Hidrolisis merupakan tindak balas antara ion hidrogen (H+) atau ion hidroksil (OH-) dengan ion mineral pembentuk batuan sehingga menyebabkan terhasil satu sebatian dan mineral yang berlainan. Proses ini bertanggungjawab menukar seluruh mineral batuan kepada bentuk baru (mineral peringkat kedua) yang berlainan sama sekali dengan sifat mineral asalnya. Ion hidrogen atau ion hidroksil yang menjadi agen peluluh ini dibekalkan oleh air hujan. Bagi mineral pembentuk batuan yang tidak stabil biasanya mudah diuraikan menerusi proses ini untuk membentuk kaolinit (tanah liat). Tindak balas hidrolisi bagi menghasilkan tanah liat boleh diringkaskan seperti berikut: Orthoclase Feldsfar + Asid Karbonik + Air → Kalsium Karbonat + kaolin (Tanah Liat) + Kuartza Dalam keadaan biasa tindak balas ini sukar diterbalikkan. Ertinya hasil proses hidrolisis adalah stabil dan kekal lama. Proses penghidratan (hydration) Proses penghidratan merujuk kepada sebarang penambahan air kepada mineral batuan sehingga menyebabkan mineral tersebut mengalami tegasan dan pengembangan. Contohnya besi oksida (ferum oksida) menyerap air menjadi besi hidroksida (ferum hidroksida). Contoh yang paling baik ialah penglibatan proses hidrasi ini ialah dalam kejadian limonit daripada hematit. Hematit yang berwarna merah akan bertukar menjadi limonit berwarna kuning apabila menyerap air. Persamaan kimianya seperti berikut: 2FeO2 + 3H2O → 2FeO2.3H2O (Hematit Merah) → (Limonit Kuning)
  • 6. Proses pengoksidaan (oxidation) Proses pengoksidaan merupakan tindak balas antara oksigen dengan kandungan mineral batuan yang menyebabkan mineral tersebut teroksida. Contohnya: 4Fe + 3O2 → 2Fe2O3 (Ferum) + (Oksigen) → (Ferum Oksida) 2Mg + O2 → 2MgO (magnesium) + (Oksigen) → (Magnesium Oksida) Proses pengoksidaan juga bukan sahaja melibatkan tindak balas antara unsur oksigen dengan mineral batuan. Sekiranya terdapat penyebatian sesama mineral di dalam batuan tersebut sehingga terdapat penyebatian daripadanya teroksida ia juga dipanggil sebagai pengoksidaan. Contohnya paduan antara ferum dengan sulfur menjadi ferum sulfid. Proses chelasi Chelasi merupakan proses pembendungan satu ion antara agen-agen luluhawa chelasi yang dikeluarkan oleh tumbuhan dengan ion mineral dalam batuan seperti ferum. Pembendungan ini menyebabkan batuan mengalami tegasan dan mengembang. Agen-agen chelasi boleh dikeluarkan oleh tumbuhan yang hidup di permukaan batuan seperti lumut dan kulampair. Semasa menyerap makanan dan zat galian menerusi akar higroskopnya tumbuhan tersebut akan mengeluarkan sejenis asid yang dikenali sebagai asi chelasi. Asid ini berupaya bertindak balas dengan ion mineral batuan menyebabkan mineral tersebut mengalami penguraian.
  • 7. Luluhawa Fizikal atau Mekanikal Luluhawa fizikal atau mekanikal ialah proses pnyepaian atau pemecahan batuan akibat tindak balas unsur-unsur iklim yang menyebabkan batuan dipecahkan kepada saiz yang lebih kecil tanpa menukarkan sifat-sifat kimianya. Apa yang berubah hanya dari segi saiz batuan sahaja. Satu mekanisma umum yang membolehkan batuan itu mengalami pemecahan ialah kehadiran daya tegasan yang secukupnya. Daya tegasan ditakrifkan sebagai daya yang dikenakan ke atas satu unit keluasan seperti dinding-dinding rekahan sehingga dinding tersebut mengalami ketegangan dan akhirnya penyepaian berlaku ke atas rekahan batuan berkenaan. Luluhawa fizikal berlaku menerusi beberapa cara seperti pengembangan dan pengecutan batuan akibat perubahan suhu yang ekstrem, pembasahan dan pengeringan batuan, tindakan ibun atau fros, penghabluran garam, dan perlepasan tekanan. Pengembangan dan pengecutan akan dialami oleh batuan sekiranya terdapat julat(perbezaan) suhu harian yang besar di sesebuah kawasan seperti kawasan gurun panas. Di kawasan gurun panas, suhu lazim pada waktu siang ialah antara 35°C hingga 40°C sedangkan waktu malamnya pula menurun dengan mendadak sehingga 5°C atau 0°C. Perubahan suhu sekitar yang ekstrem ini akan turut mengimpak batuan. Pada waktu siang suhu yang tinggi akan memanaskan batuan sehingga mineral-mineral batuan mengalami pengembangan manakala waktu malamnya pula suhu yang sejuk akan menyejukkan batuan an mineral-mineral batuan akan mengalami pengecutan. Pengembangan dan pengecutan yang berlaku berulang kali membolehkan mineral-mineral batuan itu pecah dan tersepai dari jisim asalnya. Luluhawa Biologi Luluhawa biologi merujuk kepada tindakan tumbuhan, haiwan, mikroorganisma, dan manusia sama ada secara fizikal atau kimia yang dapat memecah dan menguraikan batuan. Luluhawa biologikal boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu tindakan tumbuhan, tindakan organisma, dan tindakan manusia. Tindakan tumbuhan Akar-akar pokok khususnya sistem akar runjang boleh menjalar ke dalam tanah dan memasuki rekahan batuan. Apabila akar ini membesar di dalam rekahan maka ia akan menekan dinding-dinding rekahan, melebar, dan memecahkannya. Tindakan ini seumpama tindakan bebaji akar. Pada masa yang sama rekahan yang dimasuki oleh akar tumbuhan turut mempercepatkan proses kemasukan air untuk luluhawa kimia beroperasi jauh ke dalam tanah.
  • 8. Tindakan organisma Tindakan haiwan yang menggali lubang seperti tikus, arnab, dan cacing tanah turut melemahkan struktur batuan yang membolehkan agen-agen luluhawa lain memasuki rekahan batuan untuk bertindak. Disamping itu mikroorganisma seperti lumut dan bakteria yang hidup di permukaan batu akan mengeluarkan asid organik semasa menyerap zat-zat galian dari dalam batu tersebut. Tindak balas asid organik seperti asid chelasi dengan mineral batuan akan mempercepatkan lagi penguraian batuan berkenaan. Tindakan manusia Tindakan manusia melombong telah membantu mempercepatkan kadar luluhawa Aktiviti manusia juga boleh membantu mempercepatkan kadar luluhawa batuan. Menerusi aktiviti penyahutanan, pembinaan jalan raya, dan perlombongan yang akan mendedahkan batuan di dalam kepada agen-agen luluhawa khususnya sinaran matahari dan air hujan. Oleh itu batuan lebih cepat dipecah dan diuraikan. Aktiviti pertanian dan perindustrian pula membebaskan bahan-bahan kimia seperti baja, racun serangga atau pelepasan bahan pencemar udara dan sisa toksik. Bahan-bahan ini akan berasid di dalam air hujan (hujan asid) atau air tanih untuk bertindak balas dengan mineral batuan dan meluluhawakan batuan tersebut. Sebagai contoh tindak balas antara hujan asid yang mengandungi asid nitrat, asid sulfurik, dan asid karbonik ke atas mineral batuan seperti batu kapur dan riolit.
  • 9. PERGERAKAN JISIM Konsep pergerakan jisim Pergerakan jisim merujuk kepada pergerakan bahan atau regolit yang telah terluluhawa dari atas ke bawah cerun akibat tarikan graviti bumi. Kata kunci - pergerakan bahan atau regolit - yang telah terluluhawa - dari atas ke bawah cerun - akibat tarikan graviti bumi. JENIS PERGERAKAN JISIM ALIRAN CEPAT Konsep aliran cepat Aliran cepat dalam pergerakan jisim merujuk kepada pergerakan bahan atau regolit seperti tanih, batuan dan lumpur dari atas ke bawah secara cepat atau tiba-tiba cerun akibat tarikan graviti bumi. Kata kunci - pergerakan bahan atau regolit - seperti tanih, batuan dan lumpur - dari atas ke bawah cerun - secara cepat atau tiba-tiba - akibat tarikan graviti bumi.
  • 10. Proses aliran cepat Batuan Runtuh Gelungsoran / tanah runtuh berlaku di kawasan cerun yang sangat curam seperti di kawasan tebing tinggi. pergerakan tanih atau batuan berlaku dengan cepat atau tiba-tiba. terdapat berberapa jenis gelonsoran seperti gelonsoran tanah dan gelongsoran batuan. Sering kali membentuk kun talus di kaki cerun. Aliran tanih atau lumpur merujuk kepada pergerakan tanih atau lumpur yang yang sangat lembap secara tiba-tiba daripada atas cerun. tanah yang bercampur air hujan bergerak menuruni cerun dalam bentuk aliran lumpur. Aliran Lumpu aliran lumpur atau tanih biasanya berlaku di kawasan yang sering menerima hujan yang lebat seperti di kawasan tropika lembap. Walau bagaimanapun di kawasan gurun panas, hujan lebat yang turun sekali sekala berupaya untuk menghasilkan aliran lumpur yang bergerak turun dari cerun melalui lurah-lurah sementara yang terbentuk. Aliran lumpur ini kemudiaannya membentuk kipas lanar di kaki cerun.
  • 11. ALIRAN PERLAHAN Konsep aliran perlahan Aliran perlahan dalam pergerakan jisim merujuk kepada pergerakan bahan atau regolit seperti tanih, dan batuan dari atas cerun ke bawah cerun secara perlahan akibat tarikan graviti bumi. Kata kunci - pergerakan bahan atau regolit - seperti tanih, dan batuan - dari atas ke bawah cerun - secara perlahan - akibat tarikan graviti bumi. PROSES ALIRAN PERLAHAN Kesotan Tanah Kesotan Regolit seperti batuan dan tanah di cerun terlebih dahulu terluluhawa menyebabkan regolit tersebut longgar dan peroi. Batuan atau tanah ini kemudiaannya bergerak secara amat perlahan menuruni cerun yang landai ( 10º hingga 20º ) akibat tarikan graviti bumi. Batuan atau tanah akan membentuk kun talus di kaki cerun. Pergerakannya tidak dapat dikesan melalui mata kasar sebalik dapat dilihat melalui bukti-bukti seperti batang pokok yang bengkok, tiang elektrik, pagar dan tembok yang condong.
  • 12. Gelangsar merupakan pergerakan tanih dan batu tongkol. berlaku di kawasan beriklim sejuk akibat proses pencairan salji. Salji bertindak sebagai bahan pelincir bagi memudahkan pergerakan lempung ( tanah yang lembap ) di atasnya. Pergerakan lempung yang dikenali sebagai gelangsar ini dari pelbagai arah tanpa mengikut lurah tertentu. PERGERAKAN JISIM Pergerakan jisim bermakna sebarang proses pergerakan bahan-bahan di cerun sesuatu bukit atau gunung. Bahan-bahan yang terlibat dalam pergerakan ini merangkumi bahan terluluh bergerak dari atas cerun ke bahagian bawah sesuatu lereng bukit atau gunung disebabkan oleh tarikan graviti, aliran air hujan, dan air cairan salji.Pergerakan jisim ini dapat dikategorikan dalam dua kumpulan utama iaitu Pergerakan Jisim Perlahan / lambat dan Pergerakan Jisim Cepat. Pergerakan jisim yang perlahan melibatkan pergerakan tanah dan ketulan batuan seacara perlahan- lahan dari bahagian atas cerun ke bahagian bawah cerun. Proses pergerakan ini dikenali sebagai kesotan dan terdiri daripada lima jenis. Pergerakan Jisim Perlahan / Lambat 1. Kesotan tanah-tanih 2. Kesotan talus 3. Kesotan batuan 4. Kesotan batu glasier 5. Gelangsaran tanah 1. Kesotan Tanah-Tanih Iaitu jenis aliran lambat / perlahan yang boleh berlaku di mana-mana kawasan dunia tetapi banyak berlaku di kawasan beriklim Tropika Lembap dan Sederhana Sejuk.Pergerakan ini melibatkan ppergerakan regolit di atas cerun yang sangat landai iaitu sudut di antara 2 darjah hingga 4 darjah. Pergerakan seumpama ini, memang tidak dapat dikesan oelh penglihatan dengan mata kasar kecuali dengan pemerhatian berdasarkan bentuk-bentuk tertentu di lereng-lereng bukit. Pokok=pokok , tiang-
  • 13. tiang elektrik datu telefon, pagar dan dinding batu yang condong menghadap cerun atas bagi bentuk- bentuk tadi menjadi bukti terhadap pergerakan lambat ini. Kandungan air dalanm tanah bertindak sebagai pelincir akibat hujan atau pencairan salji boleh menggalakkan aliran ini.Pada dasarnya, kesotan tanah adalah hasil pengaruh tarikan graviti.Pergerakan jenis ini digalakkan oleh resapan air hujan, perubahan suhu serta aktiviti haiwan.Kesotan tanah dipercayai membentuk cerun bentuk cembung. 2. Kesotan Talus Iaitu pergerakan jisim jenis lambat yang giat berlaku pada cerun-cerun yang lebih curam seperti tebing tinggi, bukit dan gunung.Di Pergunungan Rocky, Amerika Syarikat, Pergerakan jisim ini sangat giat pada kecerunan 26 darjah hingga 35 darjah. Pergerakan jisim jenis ini hanya melibatkan pergerakan bahan yang telah diluluhawa dan ia berada dalam keadaan kering dan berbentuk kasar dan kering Faktor tarikan graviti dan kecerunan yang curam penting dalam pergerakan kesotan talus. Manakala hujan yang lebat dan bekalan air cairan salji pula meruapakan penggalak kepada pergerakan jisim ini.Air bertindak sebagai agen pelincir terhadap pergerakan bahan-bahan dari atas cerun. 3. Kesotan Batu Glasier Pergerakan jisim kesotan batu glasier hanya giat berlaku terhadap kawasan yang bercerun landai.Ia melibatkan pergerakan bahan-bahan kasar tetapi bersama dengan sedikit tanah atau lumpur. Faktor terpenting terhadap pergerakan jisim ini ialah bekalan air akibat daripada pencairan salji.Ia bertindak sebagai agen pelincir di permukaan cerun-cerun yang landai. 4. Gelansaran Tanah Ia melibatkan pergerakan bahan-bahan tanah dan batu tongkol di cerun-cerun landai 2 darjah hingga 3 darjah di kawasan iklim sejuk. Bahan-bahan pergerakan ini terutama batu tongkol atau serpihan batu dan tanih adalah hasil proses-proses luluhawa.Ketiadaan litupan bumi di permukaan cerun-cerun beserta bekalan air dari pencairan salji menggalakkan pergerakan bahan.Permukaan bumi yang beku dan keras menjadi licin lalu menggalakkan pergerakan bahan di sepanjang cerun-cerun landai. Gelangsaran tanih berlaku pada musim bunga dan musim panas apabila lapisan atas tanah telah mengalami pencairan dan tertepu dengan air daripada pencairan salji.Lapisan atas ini sentiasa mengalami beku cair dan telah menjadi longgar dan tidak kukuh. Lapisan bawah tanih pula adalah lapisan permafros ( lapisan sentiasa beku ). Lapisan bawah ini sentiasa dalam keadaan beku dan keras.Dengan ini lapisan atas yang longgar dan tidak kukuh menjadi tercerai daripada lapisan bawah. Keadaan yang tertepu serta lembut mudah mengalir dan menggelungsur melalui cerun pada musim bunga dan musim panas. Pergerakan ini berlaku agak perlahan dan kadar bertambah pada tengah hari dan lewat petang musim bunga atau musim panas kerana keadaan suhu lebih tinggi dan pencairan mudah berlaku.
  • 14. Pergerakan Jisim Cepat Aliran jenis ini melibatkan pergerakan tanah, ketulan batuan dan lumpur dari atas cerun ke bahagian bawah cerun dengan kadar yang cepat. Biasanya pergerakan ini berlaku di bahagian cerun yang lebih curam serta bekalan air yang banyak. Aliran kategori ini dibahagikan kepada beberapa jenis seperti berikut; 1. Aliran tanah 2. Aliran lumpur 3. Aliran puin salji runtuh 4. Runtuhan 1. Aliran Tanah Pergerakan jenis ini melibatkan pemindahan bahan seperti tanah liat dan lumpur yang sangat basah di cerun-cerun bukit. Pergerakan ini biasanya berlaku di cerun-cerun yang agak landai iaitu gradian 5 darjah hingga 30 darjah. Aliran ini dianggap lebih perlahan berbanding dengan pergerakan jenis aliran lumpur. Di Gurun panas, hujan yang berkala lebat akan menyebabkan pergerakan jenis ini. Pergerakan ini tidak berlaku di alur-alur atau lurah-lurah tetapi bergerak secara menyeluruh di permukaan cerun. Di Tropika lembap panas, hujan yang lebat dalam jangka masa yang lama akan menyebabkan lapisan atas tanah bertambah berat kerana tepu dengan air. Tekanan tinggi terhadap lapisan bawah menyebabkan lapisan bawah geluncur dan mengalir menjadi aliran tanah. 2. Aliran Lumpur Pergerakan ini sangat giat di kawasan-kawasan gurun panas dan separa gurun terutama di bahagaian cerun-cerun yang curam. Berbanding dengan aliran tanah , aliran lumpur lebih pantas pergerakannya. Hujan berkala dan lebat menyebabkan lapisan tanah yang longgar di permukaan yang tepu dengan air menghasilkan lumpur. Bahan lumpur ini akan bergerak dengan cepat melalui alur-alur atau lurah-lurah di lereng-lereng bukit atau gununug Akhirnya muatan ini akan dimendapkan sebagai kipas lanar di kaki-kaki bukit. Aliran jenis ini lebih aktif di permukaan cerun yang terdedah dan kurang litupan bumi.Aliran lumpur dipengaruhi oleh beberapa keadaan fizikal yang menggalakkan fenomena tersebut. - Kewujudan permukaan bumi dengan bahan-bahan yang longgar serta butiran bentuk kecil yang mudah mengalir apabila terkena hujan atau air dan pencairan salji. - Permukaan bumi yang bercerun curam sangat sesuai untuk pergerakan jisim jenis aliran lumpur. - Bekalan air yang banyak akan berfungsi sebagai pelincir serta media pengangkutan terhadap butir kecil seperti tanah liat dan lumpur.
  • 15. 3. Geluncuran ( Gelongsoran ) Geluncuran merupakan satu lagi pergerakan jisim cepat yang berlaku dengan tiba-tiba. Pergerakan ini melibatkan pergerakan tanah-tanih dan bongkah batuan dalam skala besar di cerun-cerun yang umum.Terdapat tiga jenis geluncuran iaitu robohan, geluncuran puin dan geluncuran batuan. i .Geluncuran jenis robohan melibatkan pergerakan pergerakan bongkah-bongkah batuan di cerun-cerun bukit atau gunung yang curam.Pergerakan ini berlaku apabila beban yang berat di lapisan atas menyebabkan lapisan batuan lembut di bawah runtuh dan ini membolehkan batuan lapisan atas turut bergerak menuruni cerun. ii. Geluncuran puin pula merupakan pergerakan serpihan batuan secara golekan di sesuatu cerun yang curam. Biasanya pergerakan jenis ini melibatkan pergerakan serpihan batuan atau puin-puin yang kurang padat serta yang kering.Tarikan graviti memainkan peranan penting terhadap pergerakan ini. iii. Geluncuran batuan ialah melibatkan pergerakan bongkah-bongkah batu yang besar di cerun yang agak curam. Pergerakan jenis ini berlaku terhadap batuan berlapis-lapis yang tersusun secara serong.Struktur batuannya mempunyai banyak retakan dan rekahan. 4. Runtuhan Pergerakan jenis ini pula melibatkan pergerakan puin-puin dan bongkahan batu secara tiba-tiba di cerun yang sangat curam, seperti di tebing tinggi.Terdapat dua jenis runtuhan iaitu runtuhan batu dan runtuhan puin. i. Pergerakan jisim jenis runtuhan batu biasanya disebabkan struktur batuan yang telah menjadi lemah akibat proses-proses luluhawa dan pelbagai aktiviti manusia. Tarikan graviti penting terhadap pergerakan jenis ini.Runtuhan ini biasanya mengandungi pelbagai saiz dan bentuk batu. Apabila ia terjatuh akan terlonggok membentuk kun talus di kaki-kaki tebing tinggi atau kaki gunung. ii. Pergerakan runtuhan puin pula melibatkan pergerakan serpihan batuan di cerun-cerun curam seperti di tebing tinggi. Pergerakan ini mungkin merupakan kesinambungan dari proses geluncuran puin di cerun-cerun yang lebih landai.
  • 16. FAKTOR-FAKTOR YANG MENGGALAKKAN PERGERAKAN JISIM DI KAWASAN TROPIKA LEMBAP 1. Lapisan regolit yang tebal - - kesan drp kadar luluhawa dalaman yang berkesan Proses-proses luluhawa terutama luluhawa kimia yang sangat giat di kawasan Tropika Lembap menghasilkan lapisan regolit yang tebal. Ini kerana berlaku luluhawa dalaman. Lapisan regolit yang tebal memudahkan proses - proses pergerakan cerun kerana ia merupakan lapisan yang lembut, lebih mudah menyerap air dan mudah bergerak. 2. Iklim - - terdedah kepada hujan yang lebat Kawasan Tropika lembap menerima jumlah hujan yang banyak iaitu lebih daripada 2000 mm setahun. Hujan yang lebat sepanjang tahun dapat menggalakkan proses-proses pergerakan jisim. Air hujan apabila bercampur dengan lapisan tanah akan menjadi berat dan mudah bergerak disepanjang cerun akibat tarikan graviti. Air hujan yang menyusup masuk ke dalam laipsan tanah bertindak sebagai agen pelincir lalu menggalakkan proses gelunsuran tanah di permukaan cerun-cerun bukit. Di kawasan sederhana sejuk, pencairan salji akan menjadikan lapisan tanah tertepu dengan air dan menggalakkan lapisan atas tanah bergerak menuruni cerun. Kadar pergerakan lebih cepat pada musim bunga dan panas di mana pencairan salji yang giat berlaku. 3. Aktiviti manusia - - aktiviti pembangunan di kawasan tanah tinggi / cerun bukit Kegiatan manusia seperti tarahan bukit untuk pembinaan jalan raya, pemanasan cerucuk besi dan pemecahan batu di lombong kuari dapat menggalakkan proses-proses pergerakan jisim seperti robohan dan runtuhan batu. Gangguan seumpama ini yang melonggarkan struktur tanah dan batuan di lereng- lereng bukit atau gunung mudah mengalami pergerakan jisim. 4. Gangguan-gangguan tektonik - - bila berlaku gempa bumi, gelinciran, lipatan dan letusan gunung berapi Kawasan-kawasan yang sering mengalami gerakan tektonik seperti gempa bumi, gelinciran, lipatan dan gunung berapi menyebabkan struktur batuan dan tanah di kawasan bercerun curam mudah mengalami pergerakan jisim. 5. Litupan bumi - - kemusnahan kawasan hutan melalui pembalakan dan pertanian pindah Di kawasan tanah tinggi yang mengalami pemusnahan, liputan bumi melalui pertanian pindah dan pembalakan secara intensif proses-proses pergerakan bumi giat berlaku. Lapisan tanah yang kehilangan cengkaman akar pokok dan timbuhan mudah mengalami pergerakan jisim. 6. Bentuk muka bumi - – tanah tinggi , bercerun curam Kawasan-kawasan di tanah tinggi yang bercerun curam mudah mengalami pergerakan jisim. Faktor kecerunan mendorong tindakan tarikan graviti terhadap regolit di bahagian atas tanah tinggi dan dengan ini kadar pergerakan juga lebih tinggi.
  • 17. LANGKAH-LANGKAH MENGATASI PROSES-PROSES PERGERAKAN JISIM 1. Menanam tumbuhan tutup bumi 2. Membina teres / kaedah kontor 3. Penyimenan 4. Pembinaan tembok / dinding 5. Mengadakan sistem perparitan 6. meletakkan lapisan plastik pada musim hujan 1. Menanam tumbuhan Permukaan bumi terutama di lereng-lereng bukit dan gunung yang sedang atau telah berlaku kegiatan manusia seharusnya diliputi dengan penanaman pokok atau rumput. Litupan bumi ini dapat mencengkam tanah melalui akar-akarnya.Lagipun tanah kurang terdedah kepada tindakan air hujan. 2. Teres Kawasan-kawasan pertanian di permukaan bumi yang bercerun curam seharusnya diteres mengikut kaedah garis kontor.Tindakan ini bukan sahaja mengurangkan kecerunan lereng-lereng bukit bahkan mengurangkan daya graviti terhadap lapisan tanah di sesuatu bukit atau tanah tinggi.Teres juga mengurangkan air larian permukaan yang juga boleh mempengaruhi pergerakan jisim. 3. Penyimenan Satu lagi kaedah yang penting dan sering digunakan untuk mengurangkan proses-proses pergerakan jisim ialah dengan penyimenan ke atas permukaan lereng-lereng cerun yang curam.Kaedah ini sangat berkesan di kawasan permukaan yang berbatu. Proses penyimenan ini dapat mengurangkan kemasukan air ke dalam secara proses infiltrasi. Kadar penyusupan air yang terhalang ini dapat mengurangkan lapisan atas lereng-lereng bukit menjadi berat dan bergerak ke bahagian bawah. 4. Tembok Pergerakan jisim juga boleh diatasi dengan cara membina suatu tembok konkrik atau batu merentasi cerun sesuatu bukit yang dijangkakan boleh berlaku pergerakan jisim. Kaedah ini sangat sesuai mengatasi pergerakan jisim jenis kesotan tanah dan tanah runtuh di lereng-lereng bukit yang tidak begitu curam. 5. Sistem perparitan Kaedah ini sering kali digunakan di lereng-lereng bukit yang tinggi terutama di beberapa tempat di lebuh raya Utara Selatan. Sistem perparitan ini dibina di setiap teres di sesuatu lereng bukit yang curam mengikut garis kontornya. Parit-parit atau beberapa saliran dibina ke bawah bukit melalui tangga-tangga
  • 18. batu. Air hujan yang turun di permukaan rata di setiap teres akan mengalir masuk ke dalam sistem perparitan dan kemudian mengalir melalui tangga ke bahagian bawah sesuatu cerun. Kaedah ini dapat mengatasi masalah air yang bertakung dan menyusup masuk ke dalam permukaan bumi lalu memberatkan lapisan tanah.Permukaan tanah yang berat boleh bergerak ke bawah. 6. Lapisan plastik Fenomena pergerakan jisim di lereng-lereng bukit yang curam boleh dikurangkan dengan meletakkan satu lapisan plastik di permukaan atas cerun. Lapisan plastik dapat menghalang penyusupan air ke dalam lapisan bawah.Fenomena pemasangan plastik sering kali dapat kita perhatikan di beberapa tempat di Lebuh Raya Utara Selatan.
  • 19. a-Definisi tenaga endogenik b-Mekanisme pergerakan plat tektonik dan bentuk muka bumi yang terhasil c-Proses pembentukan Gunung berapi dan kaitannya dengan manusia TENAGA ENDOGENIK Tenaga endogenik merupakan tenaga dalaman yang berpunca dari perut bumi misalnya tenaga graviti, radiogenik, dan juga tenaga haba.Tenaga haba merupakan kepanasan sesuatu jisim yang diukur dalam unit °c. Tenaga haba ini terbahagi kepada dua. Pertama, tenaga haba rasa iaitu tenaga yang terkena sesuatu permukaan sehingga permukaan itu menjadi panas. Kedua, tenaga haba pendam iaitu tenaga yang terkandung dalam sesuatu jisim sehingga ia dibebaskan. Tenaga haba ini sebenarnya berasal dari tenaga matahari.Tenaga graviti pula ialah tenaga yang dimiliki oleh bumi untuk menarik sesuatu jisim dari atas kebawah.Ia bergantung kepada saiz jisim dan juga ketinggian jisim. Tenaga-tenaga ini terlibat dalam proses endogenik. Tenaga endogenik ini amat penting untuk proses-proses tektonik kerak bumi seperti gempa bumi, gunung berapi, lipatan, gelinciran dan sebagainya.Namun begitu jumlah tenaga endogenik yang terdapat di muka bumi adalah terlalu sedikit jika dibandingkan dengan tenaga eksogenik (tenaga suria).Ia hanya 1% sahaja daripada jumlah tenaga yang diperlukan untuk menggerakkan aktiviti di permukaan bumi. Teori Pergerakan Plat Tektonik Ahli-ahli sains hari ini mempunyai pemahaman yang lebih baik mengenai pergerakan plat tektonik, daya penggerak , dan cara-cara di mana mereka berinteraksi dengan satu sama lain. Satu plat tektonik itu sendiri ditakrifkan sebagai satu segmen tegar litosfera bumi yang bergerak secara berasingan daripada kawasan-kawasan di sekitarnya. Terdapat tujuh plat utama (Amerika Utara, Amerika Selatan, Eurasia, Afrika, Indo-Australia, Pasifik dan Antartika) serta banyak yang lebih kecil, mikroplates seperti Juan de Fuca plat berhampiran negeri Amerika Syarikat Washington. Plat-plat ini sentiasa bergerak.Pergerakan plat-plat ini disebabkan wujud pergerakan arus perolakan magma yang panas di lapisan atenosfera yang terletak diatas mantel bumi.Arus perolakan dalam magma mempunyai daya yang kuat untuk menggerakkan plat-plat yang terapung-apung diatas lautan magma itu.Pergerakan ini berlaku secara perlahan-lahan iaitu hanya beberapa sentimeter setahun.
  • 20. Terdapat tiga tenaga penggerak bagi pergerakan plat tektonik Bumi iaitu perolakan mantel, graviti dan putaran Bumi. Perolakan mantel adalah kaedah yang paling dikaji secara meluas pergerakan plat tektonik dan ia adalah hampir sama dengan teori yang dibangunkan oleh Holmes pada tahun 1929. Terdapat arus perolakan besar bahan lebur dalam mantel atas Bumi.Oleh kerana arus menghantar tenaga untuk astenosfera Bumi (bahagian cecair mantel lebih rendah bumi di bawah litosfera) bahan litosfera baru ditolak sehingga ke arah kerak Bumi. Bukti ini ditunjukkan di rabung tengah laut di mana tanah muda ditolak atas melalui rabung, menyebabkan tanah yang lebih tua untuk bergerak keluar dan jauh dari rabung, sekali gus menggerakkan plat tektonik. Graviti pula ialah daya penggerak menengah bagi pergerakan plat tektonik Bumi. Pada rabung tengah laut ketinggian yang lebih tinggi daripada dasar laut sekitarnya.Kerana arus perolakan dalam Bumi menyebabkan bahan litosfera baru meningkat dan merebak dari rabung, graviti menyebabkan bahan yang lebih tua untuk terjunam ke arah dasar laut dan membantu dalam pergerakan plat. Putaran Bumi adalah mekanisme akhir bagi pergerakan plat bumi tetapi ia adalah kecil berbanding dengan perolakan mantel dan graviti. Sebagai plat tektonik Bumi bergerak mereka berinteraksi dalam beberapa cara yang berbeza dan membentuk jenis sempadan plat. Sempadan berbeza adalah di mana plat bergerak dari satu sama lain dan kerak baru dicipta. Rabung tengah laut adalah satu contoh sempadan berbeza. Sempadan tumpu adalah di mana plat bertembung antara satu sama lain menyebabkan Subduksi satu plat bawah yang lain. Mengubah sempadan adalah jenis yang terakhir sempadan plat dan di lokasi ini tiada kerak baru dibuat dan tidak dimusnahkan. Sebaliknya plat slaid melintang lalu satu sama lain. Tidak kira jenis sempadan walaupun, pergerakan plat tektonik Bumi adalah penting dalam pembentukan ciri-ciri pelbagai landskap yang kita lihat di seluruh dunia hari ini.
  • 21. Jenis-jenis Pergerakan Plat Tektonik Tenaga endogenik ini melibatkan proses pergerakan bumi yang menghasilkan tiga jenis pergerakan sempadan plat iaitu pertembungan, perselisihan dan pencapahan plat. Dalam proses pertembungan, plat yang lebih tumpat akan bergerak ke bawah manakala yang lebih ringan akan terangkat ke atas. Biasanya plat benua mempunyai ketumpatan yang lebih rendah daripada plat lautan. Pertembungan ini terjadi antara plat benua dengan plat benua, plat lautan dengan plat lautan, plat lautan dengan benua. Apabila dua plat bertemu, dan bertembung di antara satu sama lain, pinggir dua plat ini akan berkisut. Pergerakan arus secara pertembungan antara plat benua dengan plat benua akan menghasilkan banjaran-banjaran gunung lipat sepertimana banjaran Himalaya di utara India dan banjaran-banjaran pergunungan lain. Perbentukan banjaran Himalaya adalah pertembungan antara plat India Australia dengan plat Eurasia.
  • 22. Batuan yang termampat menghasilkan banjaran gunung lipat muda. Kebanyakan banjaran gunung utama di dunia terbentuk dengan cara ini. Dalam pertembungan ini, pinggir plat benua akan terlipat. Kejadian ini menghasilkan banjaran gunung di sepanjang sempadan pertembungan. Apabila plat lautan bertembung dengan plat benua, plat lautan akan menjunam ke bawah kerana plat ini terdiri daripada sima yang padat dan berat berbanding plat benua yang terdiri daripada sial yang kurang padat dan lebih ringan, dan membentuk jurang lautan yang dalam. Plat yang menjunam itu akan tertolak ke dalam mantel yang lebih panas. Pinggir plat berkenaan menjadi cair akibat suhu yang tinggi. Batuan yang lebur itu naik dan membentuk gunung berapi di kawasan gunung lipat.Ini dapat dilihat pada bahagian barat pulau Sumatra dan Jawa di Indonesia.Di samping kejadian ini juga terbentuk di pantai barat Benua Amerika Utara seperti di San Francisco dan California, USA.
  • 23. Pertembungan plat lautan dengan plat lautan
  • 24. Apabila plat lautan bertembung antara satu sama lain maka plat yang lebih tumpat akan terjunam atau terbenam kebawah zon yang tebenam kebawah dipanggil sebagai zon subduksi atau zon benam. Di zon in terbentuk jurang lautan yang sangat dalam seperti Jurang Mindanao di Filipina yang terhasil menerusi pertembungan plat Pasifik dengan plat Filipina. Seterusnya plat yang terbenam kebawah akan mengalami pencairan dan peleburan akibat suhu dan tekanan yang sangat tinggi dalam mantel bumi. Plat ini akan cair membentuk magma ,magma ini pula akan bergerak ke luar permukaan kerek bumi di dasar laut membentuk barisn-barisan gunung berapi di dasar laut. Menerusi proses ataman (pengangkatan kerak bumi), lama kelamaan barisan gunung berapi ini muncul di permukaan laut membentuk pulau dan gugusan gunung berapi seperti di Kepulauan Jawa, Indonesia ,Kepulauan Filipina dan Kepulauan Jepun yang terletak di dalam ‘’ Lingkaran Api Pasifik’’. BENTUK-BENTUK MUKA BUMI HASIL DARIPADA PERGERAKAN PLAT TEKTONIK 1. Gunung Berapi 2. Jurang lautan 3. Permatang lautan 4. Banjaran gunung Pergerakan plat-plat ini juga boleh menyebabkan kejadian gempa bumi,sesaran n gelinciran dan tsunami.
  • 25. GUNUNG BERAPI Apakah gunung berapi? Gunung berapi atau gunung api secara umum adalah istilah yang dapat didefinisikan sebagai suatu sistem saluran fluida panas (batuan dalam wujud cair atau lava) yang memanjang dari kedalaman sekitar 10 km di bawah permukaan bumi sampai ke permukaan bumi, termasuk endapan hasil akumulasi material yang dikeluarkan pada saat meletus. Lebih lanjut, istilah gunung berapi ini juga dipakai untuk menamai fenomena pembentukan ice volcanoes atau gunung api ais dan mud volcanoes atau gunung api lumpur. Gunung api ais biasa terjadi di daerah yang mempunyai musim dingin bersalju, sedangkan gunung api lumpur dapat kita lihat di daerah Kuwu, Grobogan, Jawa Tengah yang popular sebagai Bledug Kuwu. Gunung berapi terdapat di seluruh dunia, tetapi lokasi gunung berapi yang paling dikenali adalah gunung berapi yang berada di sepanjang busur Cincin Api Pasifik (Pacific Ring of Fire). Busur Cincin Api Pasifik merupakan garis bergesernya antara dua kepingan tektonik.
  • 26. Kitaran hayat gunung berapi I. Gunung berapi aktif. II. Gunung berapi pendam. III. Gunung berapi mati. Gunung berapi terdapat dalam beberapa bentuk sepanjang kitaran hayatnya.Gunung berapi yang aktif mungkin bertukar menjadi separuh aktif, menjadi pendam, sebelum akhirnya menjadi tidak aktif atau mati.Bagaimanapun gunung berapi mampu menjadi pendam selama tempoh 610 tahun sebelum bertukar menjadi aktif semula. Oleh itu, sukar untuk menentukan keadaan sebenar sesuatu gunung berapi itu, samada ia dalam tempoh pendam atau telah mati. Gunung berapi adalah aktif jika ia meletus lava, mengeluarkan gas atau menunjukkan aktiviti seismik. Ia tidak aktif jika ia tidak meletus untuk masa yang lama tetapi boleh lagi satu hari. Gunung berapi pupus tidak akan meletus lagi. Explosiveness daripada letusan gunung berapi bergantung kepada bagaimana mudah magma boleh mengalir dan jumlah gas yang terperangkap di dalamnya.Sejumlah besar air dan karbon dioksida adalah dilarutkan dalam magma.Ini juga berlaku apabila magma naik dengan cepat melalui kerak membentuk dan berkembang sehingga 1000 kali saiz asal mereka.
  • 27. PEMBENTUKAN GUNUNG BERAPI Gunung berapi terbentuk hasil daripada batuan yang cair di bawah kerak bumi ( bahagian mantel ) akibat daripada keadaan suhu yang sangat panas di kawasan tersebut. Batuan cair ini yang dikenali sebagai magma akan naik ke permukaan bumi kerana tekanan yang sangat tinggi di kawasan tersebut. Magma ini kemudiannya ke luar ke permukaan bumi ( dikenali sebagai lava ) melalui rekahan batuan atau lohong gunung berapi lalu membentuk gunung berapi. Gunung berapi terbentuk di kawasan sempadan plat.Ia terbentuk apabila berlaku pertembungan antara dua plat atau lebih. Pertembungan ini akan menyebabkan satu plat akan ke bawah plat yang lain. Zon yang terbenam ini akan menjadi cair disebabkan suhu yang sangat panas di bawah kerak bumi. Bahan yang cair ini bersama magma mengalir ke permukaan bumi membentuk gunung berapi. Zon subduksi, sebagaimana ia dikenali, adalah tempat di mana dua kepingan kerak Bumi, biasanya kepingan kerak lautan dan kepingan benua, bertembung. Dalam kes ini, kepingan lautan mendap, atau tenggelam di bawah kepingan benua membentuk jurang dalam lautan dipinggir pantai.Kerak ini kemudiannya dicairkan oleh haba dari kerak dan membentuk magma.Ini disebabkan kandungan air merendahkan tahap cair.Magma yang terhasil di sini cenderung menjadi amat likat disebabkan kandungan silikanya yang tinggi, dengan itu sering tidak sampai pada permukaan dan mengeras jauh di dalam Bumi. Apabila Sekiranya ia tiba pada permukaan, gunung berapi terhasil. Jenis biasa bagi gunung berapi jenis ini adalah gunung berapi di Lingkaran Api Pasifik, Gunung Etna. Titik panas tidak terletak pada rabung kepingan tektonik, tetapi pada mantel, di mana perolakan Bumi mantel menghasilkan turus bahan panas yang naik sehingga sampai pada kerak, yang cenderung lebih nipis berbanding kawasan lain di Bumi. Suhu menyebabkan kerak cair dan membentuk paip, yang membebaskan magma. Disebabkan kepingan tektonik bergerak, manakala turus mantel kekal pada tempat yang sama, setiap gunung berapi menjadi tidur selepas beberapa lama dan gunung berapi baru terbentuk setelah kepingan Bumi bergerak di atas titik panas.
  • 28. JENIS-JENIS GUNUG BERAPI BERDASARKAN BENTUKNYA Gunung Berapi Perisai Hawai dan Iceland merupakan contoh tempat di mana gunung berapi mengeluarkan sejumlah besar lava batu basaltik yang beransur-ansur membina gunung lebar berbentuk perisai.Aliran lavanya biasanya amat panas dan cair, menyumbang kepada aliran jauh. Lava perisai terbesar di dunia, Mauna Loa, tersergam lebih 9,000 m dari aras laut, adalah 120 km diameter dan membentuk sebahagian Pulau Besar Hawai, bersama gunung berapi perisai lain seperti Mauna Kea dan Kīlauea. Olympus Mons adalah gunung berapi perisai terbesar di Marikh, dan gunung tertinggi yang diketahui dalam sistem suria.Versi lebih kecil gunung berapi perisai termasuk kon lava, dan timbunan lava.Letupan senyap menyebarkan lava basaltik dalam lapisan rata.Mendakan lapisan ini membentuk gunung berapi lebar dangan sisi landai yang dikenali sebagai gunung berapi perisai.Contoh gunung berapi perisai adalah Kepulauan Hawai. Kon bara (Cinder) Gunung berapi kon atau kon bara terhasil dari letupan yang melontar keluar kebanyakannya kepingan kecil scoria dan piroklastik (keduanya menyerupai bara, dengan itu nama gunung berapi jenis ini) yang bertimbun disekeliling lohong. Ia boleh membentuk letupan singkat yang membentuk bukit berbentuk kon setinggi 30 hingga 400 m. Kebanyakan kon bara meletus hanya sekali. Kon bara mungkin membentuk lohong sisi pada gunung berapi lebih besar, atau bersendirian. Parícutin di Mexico dan Kawah Sunset di Arizona adalah contoh kon bara.
  • 29. Gunung berapi Super Gunung berapi Super adalah istilah popurlar bagi gunung berapi besar yang biasanya mempunyai kawah yang besar dan mampu menghasilkan kemusnahan besar kadang-kala pada skala benua.Letupan sebegitu mampu menyebabkan penurunan suhu dunia bagi beberapa tahun berikutnya disebabkan jumlah besar belerang dan abu yang dikeluarkan.Ia mungkin gunung berapi jenis paling merbahaya. Contoh termasuk Kawah Yellowstone di Taman Kebangsaan Yellowstone, Tasik Taupo di New Zealand dan Tasik Toba di Sumatra, Indonesia.Gunung berapi super sukar dikenal pasti berabad berikutnya, disebabkan kawasan yang luas yang diselitupinya.Daerah batu igneous besar juga dianggap gunung berapi super disebabkan jumlah besar lava basalt yang terhasil. Gunung berapi Strato (Stratovolcanoes). Gunung kon tinggi yang terdiri daripada aliran lava dan luahan lain dalam lapisan. Gunung berapi Strato juga dikenali sebagai gunung berapi sebatian. Contoh klasik termasuk Gunung Fuji di Jepun, Gunung Mayon di FIlipina, dan Gunung Vesuvius dan Stromboli di Itali.
  • 30. Gunung berapi Subglasial Gunung berapi subglasial terbentuk di bawah tutup air batu.Ia terdiri dari lava rata mengalir atas lava bantal dan palagonite yang tebal. Apabila tutup air batu cair, lava bahagian atas roboh meninggalkan gunung rata dibahagian atas.Kemudian lava bantal turut roboh, memberikan sudut 37.5 darjah.Gunung berapi ini turut dikenali sebagai gunung meja, tuya atau (kurang biasa) mobergs. Contoh baik bagi gunung berapi jenis ini boleh dilihat di Iceland, bagaimanapun tuya turut terdapat di British Columbia. Asal istilah ini datang dari Tuya Butte, yang merupakan salah satu dari beberapa tuya di kawasan Sungai Tuya dan Banjaran Tuya di utara British Columbia.Tuya Butte merupakan salah satu bentuk mukabumi yang dianalisa dan dengan itu namanya digunakan dalam penulisan geologi bagi pembentukan gunung berapi jenis ini.(Tuya Mountains Provincial Park) baru-baru ini ditubuhkan bagi melindungi muka bumi yang luar biasa ini, yang terletak di utara Tasik Tuya dan selatan Sungai Jennings berhampiran sempadan Jajahan Yukon.
  • 31. Jenis-jenis Letusan Jenis Letusan Ciri-cirinya Jenis Iceland Dikenali sebagai letusan rekahan, magma jenis basalt yang keluar, tidak likat, nipis dan membentuk permukaan yang hampir rata. Letusan ini adalah kecil dan senyap. Jenis Hawaii Jenis letusan yang paling popular. Bahan yang paling banyak keluar ialah lava bes yang cair. Lava ini ditolak keluar dalam bentuk pancutan sebagai “bom percikan api” dan jatuh semula menghasilkan kon percikan. Lava jenis ini bersifat nipis dan jika ia mengalir maka alirannya adalah jauh sebelum membeku. Jenis Stromboli Letusannya sederhana dan berterusan. Lava yang telah beku dihambur keluar dalam bentuk ketulan-ketulan. Jarak antara letusan-letusan mengambil masa beberapa minit sahaja. Jenis Vulcan Lavanya lebih likat dan membeku dengan cepat. Letusannya lebih kuat dan jarak antara letusan mengambil masa yang lebih lama. Semasa letusan, lava yang likat akan berkecai menjadi bahan-bahan yang lebih kecil. Jenis Vesuvius Letusannya lebih kuat dan menghamburkan keluar magma dengan banyak. Letusan yang kuat ini disebabkan oleh pengumpulan dan tekanan gas yang kuat sebelum lava keluar. Magma yang terpancut keluar hingga berates-ratus meter tingginya. Jenis Pliny Banyak mengeluarkan bahan piroklastik yang terdiri dari bongkah dan serpihan batu. Letusannya lebih kuat berbanding dengan Vesuvius. Letusan ini mengeluarkan sedikit sahaja debu dan lava. Jenis Pelee Mempunyai lava yang sangat likat dan letupan yang lewat. Lava yang keluar tidak terhambur sebaliknya mengalir/meleleh di sepanjang rekahan dan alur-alur yang terdapat di gunung berapi tersebut.
  • 32. PERHUBUNGAN DENGAN MANUSIA Gunung berapi merupakan satu bentuk muka bumi yang terhasil daripada proses endogenik iaitu melibatkan proses bahan dalam perut bumi. Gunung berapi boleh berlaku apabila magma dari lapisan mantel bumi mengalir ke luar dan membeku di permukaan bumi. Bentuk muka bumi ini juga dipengaruhi oleh pergerakkan plat-plat tektonik iaitu yang melibatkan plat lautan bertemu dengan plat daratan. Kejadian gunung berapi telah membangkitkan satu perhubungan dengan manusia sama ada dalam bentuk positif mahu pun negatif. Ketika proses letupan gunung berapi, lava akan dimuntahkan yang melibatkan lava bes,lava asid, kaldera dan kon gunung berapi. Lava ialah magma yang mengalir di permukaan bumi.Gunung berapi memberikan kesan sumber yang positif kepada manusia di kawasan tersebut.Sumber aktiviti pertanian terus bergiat aktif di kawasan yang berlakunya letusan gunung berapi. Hal ini demikian kerana gunung berapi yang berlaku di Negara Indonesia terutamanya telah memuntahkan lava jenis asid dan bes. Lava asid ini mengandungi lebih 70 peratus kandungan silika manakala lava bes pula 70 peratus kandungannya terdiri daripada besi dan mgnesium kerana di bentuk oleh batuan basalt (James,1973). Antara bahan yang terhasil daripada letusan gunung berapi ialah lava, piroklastik, debu,gas dan asap. Bahan hasil daripada letusan gunung berapi ini merupakan sumber yang penting dalam mengiatkan aktiviti penduduk di kawasan itu.Aktiviti pertanian adalah sangat sesuai dan berkembang subur di kawasan letusan gunung berapi.Pertanian yang melibatkan penanaman padi sawah di lereng- lereng bukit di Indonesia misalnya.Tanah yang mengandungi potassium yang tinggi berkeupayaan untuk bertindak balas dengan nitrogen dan unsur mineral semula jadi yang diperlukan bagi menjamin kesuburan tanah.Selain itu mempunyai Cation Exchange Capacity (CEC) yang tinggi dalam membantu mengikat ion-ion seperti ammonia untuk diserap oleh tumbuhan. SUMBER Kegiatan pertanian rancak dijalankan hasil daripada sumber yang di letuskan oleh kejadian gunung berapi. Lava bes yang keluar dari kejadian gunung berapi kaya dengan pelbagai mineral dan sangat sesuai untuk aktiviti pertanian padi sawah terutamanya. Sebagai contohnya, kawasan lereng- lereng bukit di Dataran Tinggi Deccan di India. Menurut pakar pengkaji gunung berapi iaitu Dr.Gordon A. Macdonald dan pakar geologi dari Amerika Syarikat, mereka mengatakan bahawa bahan yang disebarkan mengandungi jumlah isipadu gas dan mineral yang besar. Ramai penduduk yang menjalankan aktiviti penanaman padi di kawasan yang terdapatnya bahan letusan gunung berapi. Hal ini demikian berlaku disebabkan oleh tanah dan tanih yang sangat sesuai dan menjadikan hasil pertanian mudah dituai.
  • 33. Di negara Indonesia aktiviti pertanian di kawasan lereng-lereng bukit yang berlakunya letusan gunung berapi sangat giat dijalankan terutamanya di dataran tinggi Jawa Tengah. Ini kerana tanah tanih yang terdapat di kawasan tersebut sangat menggalakkan aktiviti pertanian. Keadaan ini juga dikaitkan dengan baja gunung berapi ( Zeolite Clinoptilolite ) adalah bahan yang mengandungi banyak unsur organik dan mineral semula jadi yang diperlukan untuk kesuburan tanah dan memulihkan tanah mati. Terdapat juga kandungan silika yang tinggi ( aluminasilicate ) di mana ianya mampu meningkatkan keupayaan tanah dengan kaya kandungan baja dan nutrisi yang diperlukan oleh tanaman. Baja gunung berapi juga mengandungi unsur asas baja makro nutrien dan mikro nutrien dan membetulkan tahap pH tanah (pH 3.0 – 5.0) kepada tahap pH tanah subur (pH 6.0 – 7.0) (John, 1971). Gambar 1.0: aktiviti di kawasan letusan gunung berapi Sumber: Jabatan Geobencana Malaysia Seterusnya mata air panas dan geiser gunung berapi boleh digunakan untuk menghasilkan tenaga geoterma.Menurut Profesor Dr. Azman Abdul Ghani dari Jabatan Geologi, Fakulti Sains Universiti Malaya mengatakan bahawa tidak semua gunung berapi boleh menghasilkan tenaga geoterma.Tenaga panas yang tersimpan dalam perut bumi memberi manusia dalam bentuk alternatif bagi menggantikan tenaga elektrik. Paip akan ditanam jauh ke dalam tanah untuk memanaskan air untuk menghasilkan wap bagi menjalankan turbin dan seterusnya menghasilkan kuasa elektrik. Mata air panas mengandungi peratus galian yang tinggi dan air ini bernilai dari segi perubatan (Macdonald, 1963). Keadaan ini dipercayai boleh mengubati penyakit kulit. Mata air panas juga juga menjadi tarikan kepeda pelancong. Mata air panas dan geiser banyak terdapat di Daerah Rotorua di New Zealand, Yellowstone di Amerika Syarikat, Pulau Jawa-Indonesia dan Jepun. Aktiviti gunung berapi membentuk kawah gunung berapi yang amat besar. Kawah gunung berapi ini akan mewujudkan tasik-tasik yang besar dan luas. Contohnya Danau Toba di Sumatera dan Tasik Crater di Amerika Syarikat.Tasik kawah ini menjadi daya tarikan pelancong. Danau Toba adalah danau kawah gunung berapi besar yang ditemukan di Pulau Sumatera dengan panjang 100 km dan mempunyai kelebaran sebesar 30 km. Danau ini merupakan danau yang terbesar di Indonesia dan danau gunung berapi yang terbesar di dunia. Danau ini tercipta lebih kurang 70, 000 tahun yang lalu ketika gunung berapi meletus dengan kekuatan yang sangat dasyat ( Richard S, 1973)
  • 34. Gambar 1.1: bentuk muka bumi hasil daripada letusan gunung berapi Sumber: Jabatan Geobencana Gunung berapi bawah laut dan di pinggir laut juga mampu membentuk tanah baru hasil magma yang keluar dari perut bumi dan masuk ke laut.Sebagai contoh, kepulauan Hawai terbentuk daripada aktiviti gunung berapi yang terletak di Rabung Tengah Atlantik.Gunung berapi ini mengeluarkan magma, dengan itu membentuk kepulauan yang boleh didiami oleh manusia.Manusia berhubung dengan bentuk muka bumi yang terhasil dengan membina petempatan di kawasan tersebut. BAHAYA Letusan gunung berapi ini turut memberi kesan yang negatif kepada manusia. Aliran lava yang panas, debu, bahan piroklastik serta bahan yang lain di letuskan oleh gunung berapi mengakibatkan bahaya kepada manusia. Aliran lava yang panas ini boleh mengakibatkan penyakit kepada manusia seperti kulit terbakar dan kehancuran kepada manusia serta membawa kematian.Letusan gunung berapi Krakatoa pada bulan ogos 1883, telah menghasilkan kejadian ombak luar biasa atau Tsunami setinggi 30 meter.Ombak tsunami ini telah meragut 36,000 nyawa dan memusnahkan 1000 buah kampung di sepanjang pantai Jawa dan Sumatera. Penduduk yang mendiami di kawasan yang sering berlaku letusan gunung berapi juga menyebabkan kemusnahan kepada petempatan mereka dan menjejaskan sistem perhubungan manusia.Hal ini demikian berlaku kerana petempatan mereka dipenuhi oleh aliran lava panas yang diletuskan.Sistem perhubungan manusia seperti jalan raya terganggu kerana bahan letusan memenuhi kawasan tersebut.manusia tidak dapat menjalankan aktiviti harian mereka seperti biasa. Secara tidak langsung menjejaskan punca pendapatan ekonomi mereka untuk menyara keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup.
  • 35. Hasil letusan gunung berapi mendatangkan kesan bahaya kepada manusia iaitu penyakit merbahaya.Gas yang dikeluarkan gunung berapi antaranya Karbon monoksida (CO), Karbon dioksida (CO2), Hidrogen Sulfur (H2S), Sulfur dioksida (S02), dan Nitrogen (NO2).Gas-gas ini boleh menganggu kesihatan manusia antaranya seperti masalah pernafasan dan diserang penyakit asma (Gordon B, 1974). Di Eropah bencana debu hasil letusan gunung berapi Eyjafjallajokull di Iceland yang semakin tebal sehingga menutupi ruang udara Negara itu serta sebelah barat Eropah hingga Rusia.Tiupan angin yang kencang turut memburukkan lagi keadaan ini.Oleh itu, aktiviti penerbangan terpaksa dibatalkan atas faktor keselamatan.Ini juga bagi mengelakkan daripada berlakunya perlanggaran sesame pesawat.Asap daripada hasil letusan gunung berapi ini juga memberi kesan buruk kepada enjin pesawat. KEKANGAN Terdapat pelbagai kekangan yang berlaku disebabkan oleh kejadian ini.Antaranya kekangan yang wujud ialah bentuk muka bumi itu sendiri.Bentuk muka bumi yang tinggi atau curam menyukarkan aktiviti manusia dilaksanakan.Sebagai contohnya sistem jaringan pengangkutan jalan raya sukar di bina. Bentuk muka bumi yang berbukit menyukarkan proses pembinaan dan manusia menghadapi risiko bahaya jika meneruskan kegiatan tersbut. Selain itu, kekangan yang timbul ialah manusia mempunyai pendapat dan andaian bahawa kawasan letusan gunung berapi tidak sesuai membina petempatan kerana letusan gunung berapi ini kemungkinan besar akan berlagi lagi sama ada dalam masa yang singkat atau akan datang. Oleh itu, faktor jangka masa letusan akan berlaku perlu diambil kira oleh penduduk tempatan. Keadaan ini mengalakkan penduduk daripada membina petempatan di kawasan lain atau jauh daripada kawasan letusan gunung berapi sering berlaku.