MENGENAL JIN
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

MENGENAL JIN

on

  • 116 views

 

Statistics

Views

Total Views
116
Views on SlideShare
116
Embed Views
0

Actions

Likes
0
Downloads
0
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Adobe PDF

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

MENGENAL JIN MENGENAL JIN Document Transcript

  • Saya jamin ramai yang berminat tentang alam jin. Jadi , disini saya mengajak andamengenali serba-sedikit tentang makhluk Allah iaitu jin. Ingin saya ingatkan bahawatidak perlulah kita memfokuskan pengajian tentang alam jin ini kerana terdapat perkarayang lebih penting ilmu-ilmu yang lain seperti matematik, geografi, ilmu hadis, fikah dansebagainya yang lebih bermanfaat untuk diri dan umat. Lagipun dia dah termasuk perkaraghaib. Tujuan dan harapan saya menceritakan mengenai alam jin ini ialah supaya kitamanusia menginsafi kejadian allah dan dapat mengambil serba sedikit pengajarannyaselain mengharapkan agar kita tidak lemas dalam ketakutan. Maklumlah duduk di asramapasti banyak mulut yang menceritakan kisah misteri tersendiri. Saya tidak mengatakansemua cerita misteri yang diceritakan dan didengari itu salah, tetapi apakahkepentingannya? Adakah untuk menunjukkan kehidupan waktu malam asrama manayang lebih ekstrem? Jadi secara mudahnya, janganlah kita terlalu takut dan terlalu berani.Buat biase je cukuplah!!!Asal-usul jin ini ialah dari Jaan (daddy jin) atau gelarannya Azazil. Namun dikeluarkanke bumi kerana 3 sebab iaitu sombong, takabbur, dan tidak mahu bertaubat. Cubabayangkan Azazil ini yang dah beribu tahun beribadat kepada allah dibenci hanya kerana3 perkara ini. Macam mana dengan kite yg baru hidup tak sampai 30 tahun tapidah memacam kite buat . Oleh sebab itulah makhluk Allah ini (Azazil tadi) dicampak kebumi lalu bertukarlah namanya yg masih kekal ke hari ini iaitu Iblis laknatullah. Maksudperkataan iblis pula dtgnya dari perkataan balasa ataupun yang berputus asa. Sebab itulahAllah benci orang Islam yang bunuh diri sebabnya mereka ini berputus asa walhal rahmatallah itu luas gilerrrr!!! Iblis dan syaitan adalah dari spesies yg sama iaitu jin (tengoksurah 18:50). Jin pula dalam istilah Melayunya dipanggil hantu, istilah Inggeris pulaghost, yang bahasa lain tak tau la pula.Penciptaannya pula ialah drpd api. Dan dia menciptakan jin dari nyala api(55:15) dankami telah menciptakan jin sebelum (adam)dari api yg sgt panas(15:27).Sebab itulah jinmakan asap kerana asap dtg dr api dan jin pun dtg dr api. Macam manusia yg dijadikan drtanah dan makannya pun dr tanah. Manusia makan sawi, sawi dr tanah; manusia makanudang, udang makan lumut dan lumut pun dr tanah. Sebab itulah Allah kata dlm quran“dr tanah manusia dijadikan dan ke tanah juga dikembalikan” ibarat ikan pulang kelubuk, telefon pulang ke gagang. Sebab itulah jikalau kita berubat kampung, si perawatmenyalakan asap dgn kemenyan bermakna mereka menggunakan khidmat jin dan kitapatut hindari kerana boleh merosakkan akidah.nazren_jack@yahoo.com
  • Selain makan asap jin juga ada favourite food yang lain iaitu tulang. Itupun semasazaman rasulullah dimana jin mengadu bahawa kekurangan makanan lalu rasulullah dgnpetunjuk dr allah menyuruh jin makan tulang. Ada yang bertanya, „Tadi you kata jinmakn asap dan tulang sahajakan, tapi ade jgak jin yg makan darah dan macam2 lagi? Tucamne plak, jin tu dah mengalami tranformasi ke?‟ Jawapannya, asap dan tulang itu ialahmakanan ruji diorang. Macam orang melayu, makanan ruji diorang nasi tapi ada jugaorang melayu yg makan chicken chop, pizza dan thosai. Pesan Dr. Hassan Din jangan adamakanan yg terbuang dan tertumpah kerana itu adalah makanan syaitan. Takkan kita naktolong bagi makhluk yg terlaknat ni makan. Jd, kita perlulah ambil makanan secaramemadai (ambil sikit2, kalau tak cukup tambah lagi) dan makan secaracermat(berhikmah @ orang tengok pun tak sakit hati dan tak rasa nak mengumpat).Jin juga tiada pembangunan. Maksudnya mereka ini tidak dapat membina rumah sendiri,penyelidikan saintifik, bangunan pencakar langit, dan sebagainya. Ada orang bertanya“bukankah di mekah ada masjid bernama Masjid Jin, siapa yang buat , jin ke manusia?Jawapannya masjid itu mempunyai sejarah tersendiri iaitu tapak masjid itu pernahmenjadi tempat untuk Rasulullah berdakwah pada golongan jin. Jadi kerajaan Arab Saudipun binalah masjid dan namakan Masjid Jin untuk memperingati dan mengekalkan tapakitu sempena dakwah Rasulullah kepada jin. Jin pula terbahagi kepada 2 golongan iaitu ada yang islam dan tidak islam. Jin islam punada yang soleh ada yg tidak. macam manusia yg islam tp tak semuanya soleh, ada ygpenyangak lebih dr jin. Kenyataan sesetengah masyrakat mengenai jin iaitu sebaik-baikjin, sejahat-jahat manusia. Kenyataan ini mungkin buatkan sesetengah jin rasa jauh hati@ kecil hati. Kenyataan ini salah sama sekali bahkan bercanggah dengan al-quran, adaantara kami yang soleh dan ada yang berlaku zalim(72:14). Jin pun ada rasul mereka,hai golongan jin dan manusia, tidak datangkah kepadamu rasul dari golonganmu sendiriyang sampaikan kepadamu ayat2Ku dan peringatan kepadamu tentang……(6:130).Takkanlah Rasul jahat!nazren_jack@yahoo.com
  • Jin yang bukan islam juga antaranya syaitan dan iblis(iblis hanya seekor hingga harikiamat kerana digolong dlm golongan yg diberi penangguhan oleh allah). Jadi secaramudahnya, tiada syaitan atau iblis versi islam semenjak dulu, kini dan selamanya.maksudnama syaitan pula berasal dari syatona iaitu yang jauh dari rahmat. Ada juga yg katasyaitan itu berarti yang membawa penyakit. Apapun tiada maksud yang baik mengenaimakna syaitan ini.Tempat tinggal jin juga secara mudahnya ialah tempat yang jarang atau langsung tidakdikunjungi manusia. Contohnya, hutan, kubur, rumah kosong, tengah laut, dan tempattinggi. Guru saya juga ada menyebut yang Segi Tiga Bermuda di antara Lautan Atlantikdan Lautan Caribbean ialah markas jin. Selain itu, diorang ni juga suka tingal ditempatkotor. Jadi rajin-rajinlahlah anda mencuci dorm(jangan tunggu inspection je) dan tandas.Kalau boleh wangikan tempat tinggal kita kerana jin tidak suka bau wangi(sebab jin sukabau busuk) kita. Sebab itulah tempat tinggal kita mesti bersih, barulah bau wangi mudahuntuk diffuse ke dalam partikel-partikel udara. Jika tempat tinggal kotor, bau juga akanjadi busuk dan kalau kita sembur pewangi sekalipun bau busuk akan jadi makin busuk.Kalau tak percaya, cuba pakai deodorant waktu badan tengah berpeluh. Ada sesetengahpengamal perubatan islam suka mewangikan tempat rawatan mereka kerana ia membantumerawat pesakit. Kaedah rawatan secara wangian ini juga terbukti melalui kaedahperubatan moden. Seorang sahabat menceritakan kepada saya berdasarkan pengalamanseorang doktor di IJN bahawa wangian dari minyak wangi telah menyelamatkan nyawaseorang lelaki yang diserang sakit jantung secara mengejut .Bukannya nak melarang pergi ke tempat-tempat disebutkan tadi, Cuma nak ingatkan kitaperlu berhati2 dan mengamalkan hormat-menghormati sesama makhluk.ini mengingatkankita bahawa kita perlu sentiasa mengikut perintah allah kerana kita berkongsi alam dansentiasa diperhatikan allah dan makhlukNya yang ghaib. Oleh itu jangan ingat berdatingdikantin sekolah pukul 11 malam masih selamat.silap haribulan penampar dek jin keranabuat maksiat di depannya. jumlahnya sangat banyak dan sebab itulah dalam quran Allahsebut jin dulu baru manusia contohnya surah an-Nas ayat terakhir. Tetapi jumlahmalaikat lebih banyak.Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab ika ada dukun atau bomoh yang tahumenilik-nilik nasib, pembohong...." Sirahnya apabila Nabi Sulaiman, memerintahkan jinuntuk membina istananya, sehingga Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak perasan/tahu.Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan tongkat kayu. Dan jin tekunmembuat kerja kerana takut(nak jelling pun tak berani) kepada Nabi Sulaiman dinazren_jack@yahoo.com
  • hadapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan tongkat tersebut reput danjatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaimantelah mangkat. Bayangkanlah berapa lama untuk kayu mereput!!! Namun zaman dahulusebelum turunnya al-quran, jin duduk dilangit untuk mendengar berita-beritatentang takdir makhluk di alam bumi,dan sesungguhnya dahulu kami mendudukibeberapa tempat dilangit untuk mendengarkan berita-beritanya dan sekarang(selepas al-quran turun) sesiapa yang mendengarnya pasti ada panah api yang mengintainya(untukbakarnya)(72:9). Dan mereka memberitahu kepada tuan mereka (tok bomoh) tentangsetiap perkara yang mereka dengari. Lantas apabila mereka didatangi manusia untukbertanya ramalan dan mereka memberikan ramalan yang tepat.Manusia juga dilarang membuang air dilombong-lombong yang airnya tenang, terutamadi waktutengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu. Lagipun, hukumnya makruh jikamembuang air di air yang tenang.Dilarang juga buang air di lubang-lubang (tanah) kerana boleh jadi jin duduk disitu.Lagipun berbahaya sebenarnya buang air dilubang-lubang tanah ni kerana boleh jadilubang itu ada ular. Bayangkan macam manaTengah seronok meneran tiba-tiba dipatuk ular!!!?? Jadi apabila ingin buang airdiperjalanan (contohnya tepi highway sebab bukannya selalu pun ada orang katsitu),perlu baca " SalaMun, Ala Sulaiman, Fil alamin."Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang Melayu sukasangat membaca ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucutumpang lalu" Masa bila pulak jindapat pangkat Datuk, sultan melayu mana yang bagi??.Dan masa bila pula, kita jadi cucucicit jin !!!!adakh kita ini keturunan jin?! Tindakan ini menjadikan manusia lebih berdosadan sesat(72:9). Selain itu, dalam masjid atau surau jangan tidur di muka pintu dan dimihrab kerna menganggu jin untuk beribadat. Ada yang bertanya „apasal jin tu taknakmasuk ikut tingkap, kan dia boleh terbang?‟ jawapannya, jin pun tahu beradab nak masukrumah allah, bukan macam manusia…. main redah je!! Ingin saya mengingatkan jika kita kembali dari meninggalkan rumah untuk satu tempohyang lama, digalakkan memberi salam, " SalaMun, Ala Sulaiman, Fil alamin" agar jinyang mungkin ada dalam rumah itu keluar. Ustaz Ismail Kamus juga berpesan agar jikaada kanak-kanak kecil, jangan bagi anak-anak tersebut masuk dulu dan tunggu sebentardi luar sehingga ada orang dewasa yang masuk dahulu. Kata nabi “siapa yang tidur petang itu adalah petanda nak gila”. cukup 40 hari berisikogila. Dari segi sainsnya, waktu petang adalah waktu badan manusia paling lemah. Jadinazren_jack@yahoo.com
  • jika kita tidur ia melemahkan lagi badan. Selain itu, beberapa orang yang berisiko digigitjin antaranya mandi tanpa kain basahan(mandi bogel), dan tidur petang. Jadi jika kitajumpa ada kesan gigi bentuk bulat ada lebih kurang 5-6 itu adalah tanda gigitan jin.Untuk mengubatinya, mandi air limau nipis yang dibaca al-fatihah 7 kali. Cara ini bolehjuga digunakan untuk hilangkan bau badan.Bagi kanak-kanak yang kerap menangis pada waktu malam, cuba siasat dahulufizikalnya samada mengalami kembung perut, atau penyakit dengan pengesahan doktordan seangkatannya. Namun jika tiada sebarang tanda penyakit, maka dikhuatiri kanak-kanak itu diganggu jin bernama Ummu Sibyan (ibu kanak-kanak). Oleh itu, untuk elakluka menjadi nanah(makin teruklah) keadaan bayi ini maka disuruh azan 7 kali atau bacaayat kursi dengan 9 waqaf (tanda berhenti tu). Keadaan ini boleh diamalkan untuksebarang jenis gangguan. Banyak lagi cara lain seperti ayat ruqyah(boleh downloadlah)dan pasang saja atau dapat hafal lagi baik. Tak perlulah panggil para ustaz melainkankeadaan jadi terlalu parah seperti dah berubah jadi seolah-olah makhluk lain(beruk,harimau dan sebagainya), ataupun berterbangan, dan sebagainya. Namun jikalau akidah(keyakinan) kita kuat terhadap islam perkara ini takkan berlaku melainkan dengan izinallah. Sebab itulah saya kurang meminati filem-filem seram kerana ia kurang mengajak kitamenginsafi kekuasaan allah.Selain itu ia menampakkan tugas para ustaz yang sepatutnyamenjadi pendakwah sekadar menjadi “ghostbuster” sahaja. Filem-filem seram ini seolah-olah menampakkan jin sangat berkuasa berbanding manusia. Walhal manusia yang jadikhalifah, manusia lebih mulia dari jin. Sewajarnya filem mengajar masyarakatbagaimana menangani masalah gangguan jin menurut cara islam dan mengajakmasyarakat mendekatkan diri kepada golongan yang berilmu dari segi dunianya danakhiratnya(dalam quran golongan ini disebut ulu albab). Ada yang mempersoalkanbagaimana untuk mendekatkan diri dengan golongan ulul albab ini kerana susah untukbertemu mereka? Apa susah, kan ada “muka buku”, youtube(downloadlah ceramah ke,etc..). senang cerita, sekarang ni zaman internet dan kita boleh mendekati golongan ululalbab ini melalui internet. Sekian, wassalam.nazren_jack@yahoo.com
  • nazren_jack@yahoo.com