Rph berasaskan projek

5,511 views

Published on

contoh rancangan mengajar Matematik tahun 4 berasaskan modul projek untuk membudayakan kreativiti dalam pdp.

Published in: Education
0 Comments
5 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
5,511
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
6
Actions
Shares
0
Downloads
344
Comments
0
Likes
5
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Rph berasaskan projek

  1. 1. PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISMA GURU- GURU SEKOLAH RENDAH BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KERANGKA KURSUSKursus Pemantapan Pedagogi Guru Matematik tahap 2 Sekolah Rendah (Kreativiti Dalam P&P)Topik Kreativiti dan InovasiKod Kursus MTSR2Masa 1 jamPersonelA. Objektif Pada akhir sesi ini, peserta dapat: 1. Memahami kepentingan perkaitan proses kreatif terarah dengan model pembelajaran berasaskan projek dalam pengajaran dan pembelajaran. 2. Mengaplikasi proses kreatif terarah dalam pengajaran dan pembelajaran berasaskan projek.B. Kandungan Kursus Model proses kreatif terarah, model pembelajaran berasaskan projek, perkaitan proses kreatif terarah dengan model pembelajaran berasaskan projek dan contoh persediaan mengajar yang mengaplikasi proses kreatif terarah dalam pengajaran dan pembelajaran model pembelajaran berasaskan projek.C. Kaedah Soal jawab, perbincangan, aktiviti ‘hands-on’, bengkelD. Bahan Pengajaran Bahan-bahan terbuang/terpakai, power-pointE. Alatan Bahan-bahan berbentuk 3D,F. Penilaian Pembentangan Penyediaan Persediaan mengajarG. Rumusan/Refleksi
  2. 2. Contoh Persediaan Mengajar yang menggunakan model Pembelajaran Berasaskan ProjekCONTOH 1 MATEMATIK TAHUN 4Pembelajaran Berasaskan ProjekTajuk : Bentuk dan RuangTajuk: Bentuk Dua DimensiTahun: 4 PintarStandard Kandungan: Murid dibimbing untuk:13.4 Memahami perimeter di dalam bentuk-bentuk 2 dimensi (2D).Standard Pembelajaran: Murid berupaya untuk:(i) Mengecam sisi pada bentuk a) segiempat sama b) segiempat tepat c) segitiga(ii) Mengukur dan merekodkan perimeter a) segiempat sama b) segiempat tepat c) segitigaObjektif Pengajaran Murid dapat membina sesuatu bentuk dengan mengetahui dengan tepat akan ukuran perimeter serta sisi yang ada pada bentuk yang dibina.Masa: 60 minit (2 waktu)
  3. 3. FASA CADANGAN AKTIVITI CADANGAN KOMUNIKASI1. PersediaanTinjauan berfokus Guru menyediakan beberapa bahan/berstruktur yang mempunyai bentuk segiempatpenyoalan sama, segiempat tepat dan segitiga seperti biskut lemak, bata, sapu tangan, ketupat, dll. Tunjukkan pada murid, minta mereka Meminta murid menamakan namakan objek dan memberitahu bahan yang ditunjukkan. bentuk yang sesuai, sama ada segiempat sama, segiempat tepat atau Meminta murid menamakan segitiga bentuk yang sesuai dengan bahan yang ditunjukkan. Meminta murid menamakan lagi benda-benda yang pernah mereka lihat yang mempunyai bentuk empat segi sama, segi empat tepat dan segitiga. Memberitahu kepada murid bahawa bentuk-bentuk tadi dikenali sebagai bentuk 2D. Ia mempunyai sisi dan juga perimeter.2. ImaginasiMeneroka Membimbing murid untuk melakar Murid menamakan dan bentuk-bentuk yang dinamakan tadi di melabelkan bentuk-bentuk atas beberapa keping kertas yang yang telah dilukiskan tadi disediakan. Murid diminta untuk serta jumlah sisinya menggunting bentuk yang dilukis tadi dan menampalnya di dalam buku latihan. Setelah itu, minta murid menamakan setiap bentuk yang dilukis tadi serta jumlah sisi yang ada pada setiap bentuk.Merancang Menjelaskan kepada murid bahawa bentuk-bentuk yang telah mereka lukiskan tadi mempunyai perimeter, iaitu ukur lilit pada sesebuah bentuk. Guru mengedarkan tali kepada murid- murid. Dengan menggunakan tali Murid menulis ukuran tersebut, guru membimbing murid-murid perimeter setelah mengukur mengukur perimeter pada bentuk 2D tali yang digunakan tadi yang telah dilukis kan tadi. Murid-murid dengan pembaris. mencatat perimeter bagi setiap bentuk yang telah dilukiskan tadi.
  4. 4. Meramal Guru menampal beberapa bentuk segiempat sama, segiempat tepat dan Murid meneka dan segitiga dalam pelbagai saiz. Daripada meramalkan apakah nama bentuk-bentuk yang disediakan itu, guru bentuk yang telah mencantumkan bentuk-bentuk tersebut. dicantumkan tadi. Guru meminta murid meramalkan dan menamakan apakah bentuk yang Jika dicantum bentuk-bentuk terhasil jika bentuk-bentuk 2D tadi ini, apakah yang akan dicantumkan terhasil? Murid meramal bentuk yang terhasil.3. PerkembanganMeneroka Murid diagihkan kepada 6 kumpulan. Guru memaklumkan kepada Memberitahu murid-murid bahawa murid bahawa mereka akan mereka akan dibimbing untuk membina membuat satu projek dengan satu projek iaitu membuat satu kolaj menggunakan bentuk-bentuk berbentuk tunggal. 2D Guru mengedarkan beberapa helai kertas yang mengandungi bentuk- bentuk segiempat sama, segiempat tepat dan segitiga dalam pelbagai saiz.Mencari maklumat Murid diminta menggunting bentuk- Guru mengingatkan murid bentuk 2D yang disediakan itu tentang aspek keselamatan semasa membuat aktiviti menggunting Dengan menunjukkan beberapa contoh, Murid diminta membuat satu minta mereka membentuk dan objek atau benda dengan membina satu bentuk/benda dengan menggunakan bentuk-bentuk menggunakan bentuk-bentuk 2D yang 2D. ada. Murid digalakkan berbincang di dalam Berbincang dengan rakan- kumpulan masing-masing. rakan untuk mendapatkan idea dan membuat projek. Bertanya guru jika perluMembuat prototaip Murid boleh merujuk kepada buku untuk mencari maklumat tambahan bagi Murid boleh mencari gambar membentuk bahan atau benda yang atau lakaran yang sesuai di dikehendaki. dalam buku Murid melakar sketch idea untuk projek dan menunjukkan pada guru. Guru Guru memberi pandangan akan memberikan cadangan untuk serta pendapat terhadap penambahbaikan. lakaran yang ditunjukkan.
  5. 5. Murid dibimbing membuat projek/membina prototaip masing- masing. Guru mengingatkan murid tentang kekemasan dan ketelitian semasa membuat kolaj tersebut.4. TindakanMenganalisis Meminta murid mengukur perimeter dan Guru memastikan muridmaklumat juga bilangan sisi yang ada pada hasil mengukur perimeter dan kolaj yang mereka bina bagi menghitung sisi yang ada melaporkan tentang hasil karya yang pada kolaj yang dibina dengan telah dibuat. Ulang aktiviti mengukur tepat. perimeter dan menghitung sisi di antara kumpulan.Mentaksir Minta murid mencatat ukuran perimeter, Murid-murid, sekarang kamu bilangan sisi dan bentuk 2D yang catatkan bilangan sisi, ukuran digunakan bagi membentuk bahan yang perimeter dan bentuk 2D yang dihasilkan pada bahagian belakang telah kamu bina pada prototaip yang dibuat. bahagian belakang kolaj ituMenguji prototaip Menguji prototaip yang bina dengan Guru memeriksa tentang memeriksa tampalan, hasil lukisan dan kekemasan hasil karya murid guntingan yang dibuat.Melapor Menilai hasil kerja murid dengan Soal jawab tentang hasil yang meminta murid memberikan pendapat dibuat oleh murid: dan pandangan. Model apakah yang telah dibina oleh kumpulan ini? Berapakah ukuran perimeter untuk kolaj yang dihasilkan? Berapakah bilangan sisi yang ada pada kolaj ini? Apakah bentuk-bentuk 2D yang paling banyak digunakan untuk membina projek ini? Adakah kolaj yang dihasilkan menarik? Kenapa? Adakah bentuk 2D yang dipilih ini sesuai? Bolehkah bentuk 2D yang lain digunakan untuk menghasilkan kolaj seperti ini? (Idea boleh dikembangkan mengikut respon dari murid)
  6. 6. Dokumentasi dan Guru membuat rumusan daripada hasil Penggunaan bentuk 2D yangMerumus yang diterima. Menampal hasil prototaip sesuai, kedudukan dan pada sudut pameran di belakang kelas. susunan yang sesuai, saiz yang sesuai, dll Pentaksiran Pembentangan murid berkaitan model yan dibina dan respon murid terhadap soalan yang diutarakan guru dan murid. Nilai dan Sikap Kerjasama. Saling bantu membantu, dan menganalisa,
  7. 7. Lampiran
  8. 8. Contoh Persediaan Mengajar yang menggunakan model Pembelajaran BerasaskanProjekCONTOH 2 MATEMATIK TAHUN 4Tajuk(Gabung) : Jisim dan isi padu cecair.Bidang : Menyelesaikan masalah dengan menggunakan pelbagai operasi.Masa : 2 waktu (60 minit)Standard Kandungan : Murid dibimbing untuk :Mengguna dan mengaplikasikan pengetahuan tentang timbangan berat dan isi paducecair.Standard Pembelajaran : Murid berupaya untuk : Menyelesaikan masalah harian yang melibatkan timbangan berat kilogram dan gram dan isi padu cecair liter dan mililiter.Objektif Pengajaran: Menyelesaikan tugasan yang diberi mengikut peraturan dan susunan langkah. D Bahan Pengajaran Guru perlu menyediakan bahan yang tersenarai di bawah ini terlebih dahulu di dalam bilik darjah atau Bilik Pendidikan Seni (jika ada) Tepung : 4 Kilogram Air : 4 jag Pewarna makanan : Pelbagai warna Berus warna : Pelbagai saiz Alat timbangan berat : Dalam 1000 gram Bikar air dalam ukuran 1 liter/1000ml 5 Mangkuk besar untuk membancuh tepung E Alatan Lembaran Latihan F Penilaian 1. Pembentangan 2. Penyediaan persediaan mengajar dan instrumen penilaian G Rumusan/Refleksi
  9. 9. CADANGANFASA CADANGAN AKTIVITI KOMUNIKASI Persediaan Guru menunjukkan beberapa jenis objek Cuba kamu namakan seperti patung, bata, paku, baju, gelas benda-benda yangTinjauan berisi air, botol air oren yang mengandungi cikgu tunjukkan iniberfokus cecair dalam pelbagai sukatan./berstrukturpenyoalan Guru meminta murid meneka berapa berat Pada pendapat kamu, dan isipadu cecair yang ada pada objek- berapa berat benda objek yang ditunjukkan itu. ini? Pada anggaran kamu, berapakah isipadu kandungan air yang ada pada botol ini? ImaginasiMeneroka Menjelaskan kepada murid bahawa hari ini mereka akan membuat satu projek. Projek yang dimaksudkan ialah membina objek atau arca. Guru menayangkan beberapa contoh objek Selain bahan yang dan arca yang telah dibina dan dibentuk digunakan oleh melalui LCD projektor pereka untuk membuat objek dan arca tadi, apakah bahan lain yang boleh digunakan sebagai ganti?Merancang Menjelaskan kepada murid bahawa objek Menerangkan tentang yang ditayangkan tadi boleh dibuat dengan projek yang hendak adunan doh tepung gandum sebagai dibuat. Berapa bahan ganti membuat arca dan objek banyak tepung yang seperti yang ditayangkan tadi. perlu kita gunakan? Berapa banyak air yang diperlukan?Meramal Mencungkil pendapat dan pengalaman Pada pendapat kamu, sedia ada murid untuk mengetahui untuk membuat doh bagaimana hendak menyediakan doh yang yang sesuai bagi sesuai untuk membentuk objek atau membentuk objek, membina arca. kita perlu tepung yang banyak, atau air yang banyak? Kenapa?
  10. 10. Murid di bahagikan kepada lima kumpulan. Bagaimana kamu Murid dibimbing untuk merancang dan hendak membentuk melakar apakah objek atau arca yang objek atau arca yang hendak dibina dengan langkah demi kamu pilih? langkah. Buat catatan langkah demi langkah yang akan kamu lakukan nanti Guru menerangkan peraturan keselamatan Sebelum kamu sebelum memulakan tugasan. mulakan tugasan pastikan : Kamu basuh tangan bersih-bersih. Pakai apron kamu. Jaga kebersihan meja kamu. Agihkan tugasan di antara ahli dalam kumpulan. Guru mengedarkan Lampiran Latihan yang Apa yang perlu berupa resipi membuat doh. dilakukan? Apakah yang perlu digunakan dahulu? Air atau tepung? Sukatan bahan kering dan basah perlu tepat.PerkembanganMeneroka Murid menguli doh dalam kumpulan Apakah objek yang masing. Setelah selesai, murid dibimbing akan kamu untuk membentuk objek dan arca yang bentukkan? dipilih. Murid diminta untuk membuat objek mengikut peraturan dan susun langkah seperti yang dirancang tadi.Mencari Murid mewarna dan mempamerkan hasil Warnakan denganmaklumat karya mereka. teliti dan secantik yang boleh. Guru meminta murid-murid menimbang Persediaan untuk dan mencatat terlebih dahulu objek yang mengesan proses dibina sebelum dijemur untuk dikeringkan pengeringan air di diluar bilik darjah. dalam doh
  11. 11. Membuat Setelah kering, murid-murid akan menyapu Guru menggalakkanprototaip putih telur pada objek untuk murid menghias objek melindunginya. yang dibuat itu TindakanMenganalisis Guru mengedarkan kertas kerja kepada Perbincangan tentangmaklumat murid-murid. Mereka diminta membaca soalan yang dan memahami soalan yang disediakan. disediakan.Mentaksir Murid menentukan operasi yang diperlukan Bagaimanakah cara untuk menyelesaikan masalah yang untuk mendapat diberikan. jawapan?Menguji prototaip Rujuk kembali kepada objek yang dibuat. Adakah kamu Mencatat timbangan selepas objek kering. berpuas hati dengan Guru meminta pendapat serta kritikan akan hasil kerja kamu? hasil yang dibina oleh kumpulan masing- Apakah pendapat masing. Murid membuat penilaian ke atas rakan-rakan yang lain hasil tentang hasil projek projek yang telah dihasilkan dari segi ini? bilangan, bentuk, kebersihan dan masa yang diambil.Melapor Guru menilai hasil projek yang diserahkanDokumentasi dan dan mempamerkan di sudut pameran diMerumus dalam kelas.
  12. 12. Resipi Bancuhan Tepung½ kilogram tepung¼ liter airCara membuatnya: 1. Masukkan tepung dalam mangkuk pembancuh. 2. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli hingga sebati dan lembut. 3. Pastikan tepung diuli dengan betul-betul sebati sehingga menjadi doh yang lembut. 4. Dengan menggunakan doh, bentukkan sebarang objek yang kamu suka 5. Setelah selesai, warnakan bentuk yang dibina tadi dengan berus dan pewarna yang disediakan. 6. Jemur objek yang dibina. Setelah kering, sapukan putih telur pada permukaan objek itu. Jika suka, kamu boleh menghias objek yang kamu cipta itu untuk tambah menarik lagi. 7. Ulang aktiviti ini sehingga habis doh yang dibuat tadi. 8. Pamekan hasil binaan dan gubahan kamu di atas meja untuk dicatat timbangan berat dan penilaian hasil karyaBersihkan meja kamu setelah selesai melakukan aktiviti.
  13. 13. LEMBARAN LATIHANJAWAB SOALAN BERIKUT: 1. ½ kilogram tepung sama dengan ............... gram. 2. Tukarkan 750 gram kepada kilogram 3. Untuk menyediakan sebiji kek, ibu memerlukan 330g tepung. Berapa berat tepung dalam kg, yang ibu perlukan untuk menyediakan 5 biji kek yang sama? 4. Sewaktu menyediakan ramuan untuk membuat cucur manis, ibu memerlukan 750ml air bagi setengah kilogram tepung. Jika ibu menggunakan 3 kilogram setengah tepung, berapa liter airkah yang diperlukan ibu? 5. 7 biji kek mentega memerlukan 1 kilogram dan 750g mentega. Jika Aminah ingin membuat 2 biji kek yang sama, berapa berat mentega yang diperlukan?

×