Info kaunseling
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Like this? Share it with your network

Share
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Be the first to comment
    Be the first to like this
No Downloads

Views

Total Views
1,276
On Slideshare
1,276
From Embeds
0
Number of Embeds
0

Actions

Shares
Downloads
38
Comments
0
Likes
0

Embeds 0

No embeds

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
    No notes for slide

Transcript

  • 1. Info Kaunseling Hai... Saya Cikgu T.Thyaga bersedia membantu andasekiranya terdapat sebarang isu yang ingin dikongsi bersama. Anda boleh bertemu saya di bilik kaunseling atau menerusi email thyaga2306@gmail.com pada bila-bila masa sahaja. KAUNSELOR ANDA, RAKAN ANDA
  • 2. SILA BUAT TEMUJANJI ANDA... WAKTU 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11MASA/HARI 7:15 7:45 8:15 8:45 9:15 9:45 10:15 10:45 11:15 11:45 12:15 12:45 ISNIN PER PEN KKD R BA/ BIMB. 6M KI WAKTU 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10MASA/HARI 7:30 8:00 8:30 9:00 9:30 10:00 10:30 11:00 11:30 12:00 12:30 SELASA KK E BA/ BIMB. 6J PEN MBK RABU BA/ BIMB. 5K H KI BA/ BIMB. 4M KHAMIS KB BA/ BIMB. 4J A KK PEN WAKTU 1 2 3 4 5 6 7 8 9MASA/HARI 7:20 7:50 8:20 8:50 9:20 9:50 10:20 10:45 11:10 11:35 12:00 JUMAAT BA/ BIMB. 5M T KI PEN ANALISIS MATA PELAJARAN
  • 3. MATA JUMLAHBIL. PELAJARAN MASA 1 BA/ BIMBINGAN 360 2 PENGURUSAN 150 KERTAS KERJA 3 (KKD) 60 4 K. INDIVIDU (KI) 180 5 K. KELOMPOK (KK) 120 6 K. BERFOKUS 60 MESY/ BENGKEL/ 7 KURSUS 30 JUMLAH 960
  • 4. ORANG YANG DILAHIRKAN DI DALAM KANDANG KUDA,TIDAK SEMESTINYA AKAN MENJADI KUDA.- Pepatah Inggeris.JIKALAU SATU-SATUNYA YANG ADA HANYALAH TUKUL,MAKA SEMUA MASALAH AKAN DILIHAT SEPERTI PAKU.- Maslow.KEPUASAN TERLETAK PADA USAHA,BUKAN KEJAYAAN.- Mahatma Gandhi.
  • 5. Bimbingan dan KaunselingApa itu kaunseling? Suatu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsippsikologi. Ia dijalankan oleh kaunselor profesional bagi membantu perkembangandan penyesuaian peribadi klien yang baik dan menyeluruh. Pertemuan adalah secarasukarela dan berterusan sepanjang hayat berlandaskan Etika Kaunseling.PERLU DIINGAT!!!Kaunseling bukan bererti nasihat, walaupun terdapat nasihat yang diberikan. Malahkaunselor tidak memberi jawapan secara langsung kepada semua persoalan klien,kerana apa yang baik untuk kaunselor tidak semestinya baik juga untuk klien .Keistimewaan khidmat kaunseling ialah ia membimbing klien mencari sumber dirinyayang menyumbang kepada isu yang dihadapi. Penerimaan dan perakuan sumber diriadalah penting dalam menghasilkan perubahan diri.Oleh kerana kaunseling bukan nasihat, hubungan kaunseling adalah berbentuk duahala. Kaunselor cuba memahami dengan mendengar dan memberikan layanan sertainteraksi yang baik, manakala klien memberihalkan masalah mereka dan cubamemahami dan mengambil tindakan menguruskan masalah tadi. Proses aksi danreaksi di antara klien dan kaunselor turut membantu klien mengenali diri danpersoalan yang dihadapinya.
  • 6. kaunseling menggerakkan klien memahami diri dari segi kelemahan yangmenghasilkan masalah dalam hidup dan bagaimana klien terdedah kepadapermasalahannya. Oleh itu fokus mencapai matlamat yang mereka tentukan sendirimelalui pemilihan-pemilihan yang bermakna, dan melalui penyelesaian masalah yangberbentuk emosional atau antara individu.Krumboltz (George & Kristianni, 1990), pula mengatakan kaunseling merangkumiaktiviti-aktiviti yang beretika yang dilakukan oleh kaunseling dalam usaha membantuklien melibatkan diri dengan jenis-jenis tingkahlaku yang akan menghasilkanpenyelesian kepada masalah klien.Untuk pemahaman dengan lebih jelas lagi tentang definisi kunseling, dipetik tigadefinisi yang telah dibuat oleh tiga tokoh iaitu Blocher (1974); Corey (1977) danJames (1982). Blocher (1974) mendefinasikan kaunseling sebagai suatu prosesuntuk menolong individu supaya ia menjadi lebih sedar tentang dirinya danbagaimana ia dapat bertindak balas dalam alam persekitarannya. Corey(1977)sepertimana dengan Blocher menekankan tentang proses di mana seorangklien diberi peluang untuk menerokai aspek diri dan kehidupannya yang menimbulaknmasalah pada dirinya. Akhir sekali James (1982) pula mendefinasikan kaunselingsebagai suatu proses pembelajaran yang lebih menekankan kepada prosesmembantu individu untuk mencapai kehendaknya, membimbing dan menilai potensiyang ada pada diri individu.Sebagai rumusan, kaunseling adalah proses pertolongan yang profesional yangbertujuan membantu individu memahami dirinya dan alam sekelilingnya.
  • 7. Terdapat banyak definisi yang diutarakan – bergantung kepada pendekatan dan teoriyang dipegang oleh seseorang.“Kaunseling adalah satu proses membantu individu untuk mengenali diri danpersekitarannya, dan cara untuk menggerakkan peranan dan hubunganmereka.” Hansen, Rossberg & Cramer (1994)“Kaunseling adalah hubungan professional antara kaunselor terlatih denganklien. Hubungan ini biasanya berbentuk bersemuka dan kadangkala boleh melibatkanlebih daripada dua orang.” Burks & Stefflre (1979, dalam George & Cristiani, 1995)Namun demikian secara keseluruhan kaunseling melibatkan ciri-ciri berikut;-1. Kaunseling adalah hubungan profesional2. Dikendalikan oleh individu yang terlatih (kaunselor).3. Kaunseling mempunyai matlamat tersendiri.4. Kaunseling adalah satu proses.5. Dijalankan dalam bentuk individu atau kelompok.Definisi Bimbingan
  • 8. • Othman Mohamed (2000), bimbingan merupakan sebahagian daripada prosesmenolong. Ia melibatkan usaha memberi arahan secara teratur serta mengandungimaklumat sesuai bagi menentukan agar sesuatu matlamat tercapai oleh orang yangmenerimanya. Lazimnya bagi penentuan kebajikan dan perkembangan dirinya.Prinsip-prinsip bimbingan• Bimbingan adalah untuk semua murid, untuk perkembangan diri mereka.• fokus utama bimbingan ialah pencegahan masalah sementara ia masih bolehdikawal.• Ia mesti dilakukan secara kolaboratif dengan kakitangan lain di sekolah.• murid-murid perlu menyertai bimbingan secara sukarela.• guru bimbingan perlu bertingkah laku prosesional untuk mengelakkan perhubungantidah sihat.• perkhidmatan bimbingan merupakan tanggungjawab secara kolektif di antara guru,murid, guru pmbimbing dan sekolah, rakan sebaya dan ibubapa yang berkenaan.Pendekatan BimbinganPerkembangan Pencegahan Pemulihan KrisisGuru Bimbingan dan Kaunseling (B & K)• Guru yang dilantik sebagai guru bimbingan dan kaunseling di sekolah yangbertanggungjawab menjalankan aktiviti-aktiviti kaunseling.• Guru ini tidak digelar kaunselorMODEL PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
  • 9. • Perkhidmatan lebih bersifat menyeluruh iaitu memberi khidmat yang ditujukanseboleh-bolehnya kepada semua kelompok sasaran, di mana perlu khidmat rujukankepakaran juga boleh diberikan.• Perkhidmatan lebih bersifat perkembangan, pencegahan, dan pemulihan yang bolehdisokong melalui aktiviti pengayaan dan pengukuhan.• Perkhidmatan lebih menekankan bimbingan dan kaunseling pengajaran sertabimbingan dan kaunseling kelompok.• Perkhidmatan lebih bersifat terbuka .• Perkhidmatan bersifat bersepadu dan pelbagai disiplin.• Perkhidmatan bersifat pelbagai modalitySebagai rumusan, kaunseling adalah proses pertolongan yang profesional yangbertujuan membantu individu memahami dirinya dan alam sekelilingnya .PERSONALITI KAUNSELORPerhubungan kaunseling tidak dapat dipisahkan daripada ciri-ciri personalitikaunselor, iaitu mesra, jujur, menerima tanpa syarat dan berempati.MESRASifat mesra kaunselor akan dirasakan oleh klien apabila klien menunjukkan tanda-tanda berikut iaitu,tidak kekok bercaap, relax, selesa dan rasaditerima olehkaunselor.JUJUR
  • 10. Kaunselor yang jujur adalah kaunselor yang tidak berpura-pura dalamperhubungannya dengan klien. Dia bersifat natural, terbuka, spontan, tidak defensifdan konsisten. Dia mampu berkongsi aksi dan reaksi dari segi mental dan emosi dantidak teragak-agak untuk memberi maklum balas.MENERIMA TANPA SYARATCiri-ciri ini menunjukkan bahawa kaunselor perlu menerima diri klien yangsebenarnya. Kaunselor perlu melayan klien sebagai manusia yang bermaruah danunik walaupun klien datang dengan cerita yang mengelakkan diri daripadapandangan yang negatif atau serong terhadap kliennya.BEREMPATIIni merujuk kepada kebolehan kaunselor untuk memasuki ruang rujuk atau duniaklien dan membenarkan dirinya mengalami proses mental dan emosi yang dialamioleh klien sambil memahami dan menghayati pengertian daripada proses ini.CIRI-CIRI KAUNSELORa. Mesrab. Senang didampingi
  • 11. c. Bersikap terbuka (tidak berpura-pura).d. Ikhlas untuk menolonge. Sedar tentang nilai dan kepercayaan dirinyaf. Bersedia mengambil risikog. Berupaya menjalinkan hubungan baikh. Bertanggung jawab atas tindakan yang diambili. Mudah berjenakaj. Pandai berkomunikasik. Berpengetahuanl. Mempunyai nilai etika dan moral yang tinggi.m. Boleh dipercayai.n. Ada kekuatan mentalo. Bertenaga dan tinggi motivasi.George & Cristiani (1995) danOkun (1992)
  • 12. a. Kesedaran tentang diri dan nilai-nilaib. Kesedaran tentang perasaanc. Penolong sebagai modeld. Minat kepada manusia dan perubahan sosiale. Etika yang tinggi.f. Empati.g. Kemesraan dan sikap ambil berath. Keikhlasani. Hormat dan penghargaan positifj. Kejituan dan tumpuanBrammer (1973)MATLAMAT KAUNSELING
  • 13. George & Cristiani (1995) telah menggariskan 5 matlamat dalam kaunseling.Mempermudahkan atau menggerakkan perubahan tingkahlaku.- daripada tingkahlaku merugikan kepada tingkahlaku positif.- Cth. Cepat marah, ketawa dan bercakap kuat, banyak berdalih, merokok, cepatmarah atau merajuk, bercakap kasar dsb.Mempertingkatkan kemahiran untuk menghadapi perubahan.- Pertumbuhan fizikal, psikomotor, emosi dan psikologi.- Perubahan persekitaran – rumah, tempat kerja, komuniti dsb.- Perlukan penyesuaianMempertingkatkan kemampuan untuk membuat keputusan.- Dilema untuk membuat keputusan.- Keperluan untuk membuat pilihan yang tepat.Memperbaiki hubungan dengan individu lain.- Intraksi dan komunikasi sebagai keperluan asas manusia.
  • 14. - Jika hubungan terancam – mengancam perasaan, fikiran dan perlakuan.Memperkembangkan potensi diri.- Mengubah tingkahlaku.- Menghadapi perubahan.- Proses membuat keputusan.- Mewujudkan hubungan harmonis.- Klien dipandu untuk memperkembangkan potensi diri.