1. MOTIVATE ME!!!
5 TRIK MUDAH UNTUK MOTIVASIKAN DIRI
Kadang kala, kita akan merasakan diri tidak memiliki motivasi diri untuk
melakukan aktiviti-aktiviti seharian. Rasa malas, letih, bosan, dan rendah
diri yang melampau menyebabkan kita hilang fokus dalam sesuatu aktiviti.
Namun, kita harus segera bangkit daripada perasaan tersebut dan tidak
membiarkannya menyelubungi hidup secara total. 5 trik ini dapat
dipraktikkan dan diaplikasikan kepada semua untuk membina semula
motivasi diri.
2. #1 BERSOAL JAWAB DENGAN DIRI
Setiap pagi, sebelum melakukan sebarang aktiviti, kita boleh bertanya beberapa
soalan yang POWER tentang:
Apa yang saya nak capai hari ini?
Adakah saya gembira dengan kehidupan saya sekarang?
Bagaimana saya nak memperbaiki kehidupan hari ini supaya lebih baik dari
semalam?
Dengan bertanyakan soalan-soalan ini, anda tahu FOKUS anda pada hari
tersebut dan berusaha untuk mencapainya serta perancangan hari tersebut dapat
diatur dengan baik.
3. #2 BUAT SESUATU DAN SECARA BERTERUSAN
Sekiranya anda merasa tidak bermotivasi dalam melakukan sesuatu,
lebih elok sekiranya anda mulakan sesuatu yang mudah dahulu
seperti membersihkan meja kerja, mengemas bilik dan aktiviti mudah
yang lain. Anda perlu memulakan sesuatu kerja dan lakukannya
secara berterusan. Sekiranya anda selesai melakukan tugasan, anda
akan lebih PEKA untuk melakukan aktiviti seterusnya. Justeru,
MULAKAN adalah perkara terbaik untuk memastikan momentum
motivasi anda sentiasa meningkat.
4. #3 KELUAR DARI ZON SELESA
Manusia biasanya bosan melakukan aktiviti yang biasa dan tiada
pembaharuan. Oleh itu, penting untuk kita keluar dari zon selesa dan
RILEX dengan melakukan sesuatu aktiviti yang mencabar. Contohnya
dengan belajar memasak, bermain gitar, melukis atau melakukan
aktiviti riadah seperti Calisthenics yang bakal memberi dimensi
baharu dalam hidup. Banyak manfaat yang diperoleh apabila
mempelajari sesuatu yang baharu. Selain dapat berkenalan dengan
rakan baharu, kita juga dapat meningkatkan kemahiran diri secara
OPTIMUM.
5. #4 TULIS SASARAN DAN TANYA SEBAB MELAKUKANNYA
Kita semua mempunyai azam yang ingin dicapai namun motivasi diri yang tidak
menentu menyebabkan sasaran atau GOAL dalam hidup kita tersasar. Cara yang
paling mudah ialah dengan menulisnya. Minda kita tidak dapat menyimpan semua
data sekaligus. Dengan menulis sasaran atau azam, kita dapat melihat dan
mengingatkan anda tentang azam dan sebab anda inginkan perkara tersebut.
Contohnya, anda berazam untuk mendapat badan yang sihat dan berketul-ketul
(bagi lelaki aje), Tulis di tempat yang mudah dilihat seperti di cermin, almari baju
dan sebagainya. Apabila anda melihat nota tersebut, semangat untuk memiliki
badan yang diidamkan sentiasa berkobar-kobar.
6. #5 KETAHUI APA YANG ANDA GEMAR LAKUKAN
Amat penting bagi seseorang untuk mengenali dirinya sendiri
berkenaan apa yang disukai dan apa yang dibenci. Hal ini bagi
membolehkan anda tahu aktiviti untuk dilakukan sekiranya motivasi
diri mulai menurun. Sesetengah orang gemar mendengar muzik,
membaca majalah dan beriadah untuk meningkatkan motivasi. Justeru,
LAKUKAN. Ambil sedikit masa untuk melakukan apa-apa sahaja
aktiviti kegemaran supaya tahap motivasi anda sentiasa SUKSES.
7. PEOPLE OFTEN SAY THAT
MOTIVATION DOESN’T
LAST. WELL, NEITHER DOES
BATHING- THAT’S WHY WE
RECOMMEND IT DAILY
ZIG ZIGLAR