• Share
  • Email
  • Embed
  • Like
  • Save
  • Private Content
;B
 

;B

on

  • 1,159 views

;3

;3

Statistics

Views

Total Views
1,159
Views on SlideShare
1,159
Embed Views
0

Actions

Likes
1
Downloads
7
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft PowerPoint

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    ;B ;B Presentation Transcript

    • Soalan Geografi Manusia STPM Sektor Perikanan
    • a) Kepentingan aktiviti perikanan laut dalam di negara Asia Pasifik. [ 12 Markah]Di antara kepentingan aktiviti perikanan laut dalam di negara Asia Pasifik ialah:1. Sebagai sumber pemakanan (protein) yang penting. Ini kerana budayapemakanan penduduk di sebahagian besar negara Asia pasifik amat bergantungkepada perikanan laut dalam yang amat kaya dengan pelbagai sumbernya.Sumber ikan digunakan sebagai makanan bersama dengan makanan ruji seperti nasi.Justeru negara-negara Asia Pasifik yang dikelilingi oleh laut seperti Jepun, Korea,Filipina, Indonesia termasuk juga Malaysia amat bergantung kepada bekalan ikankhususnya dari laut dalam.2. Menyumbang kepada pendapatan negara. Sebagai bahan eksport yang akanmenghasilkan pendapatan negara melalui pertukaran mata wang asing. Sesetengahnegara menjadikan ikan laut sebagai hasil eksport. Thailand misalnya banyakmengeksport hasil perikanannya ke Malaysia dan Singapura. Jepun jugamengeksport hasil ikan seperti minyak ikan kod, lemak ikan paus ke negara-negara lain. Hasil jualan ini akan dapat menambahkan pendapatan eksport negara.3. Menyediakan peluang perkerjaan kepada penduduk yang berkaitan dengansektor perikanan seperti sebagai nelayan, pekerja di kilang memproses, perkhidmatanpemasaran dan lain-lain. Sebagai contoh penduduk yang tinggal di tepi pantaiamat bergantung kepada aktiviti perikanan seperti pesisir pantai Kelantan,Terengganu dan Pahang. Hasil tangkapan laut dalam biasanya memberikanpulangan yang lumayan,justeru itu ia boleh menambakan pendapatan dan nelayanseterusnya meningkatkan taraf hidup mereka
    • 4. Membantu menggalakkan perkembangan industri yang berkaitan. Industrihilirandan huluan yang bergantung kepada sumber perikanan laut akan berkembangdengan cepat seperti industri pengentinan, pembuatan bot, kilang ais, peralatanpenangkapan dan sebagainya. Industri perikanan bertindak sebagai pembekalbahan mentah kepada industri lain khususnya IKS seperti pemprosesan ikankering dan keropok. Dengan itu rantaian ekonomi dalam negara menjadi lebihkukuh.5. Membantu meningkatkan teknologi dalam sesebuah negara khususnya yangberkait dengan teknologi perikanan laut dalam seperti teknologi awet-beku, penggunaan radar pengesan, penyediaan habitat tiruan/tukun, teknologikomunikasi dan sebagainya. Apabila keupayaan R&D dalam sektor ini bertambahmaju maka ia sekaligus membantu perkembangan R&D dalam sektor-sektor lainjuga.6. Memperluaskan pasaran samada di dalam atau di luar negara. Kesan-kesanpositif daripada perluasan pasaran diperolehi melalui peningkatan kuasa belipengguna, rangkaian pemasaran dalam negara yang akan meningkatkanpendapatan negara. Sesetengah negara seperti Jepun pula berkemampuan untukmengukuhkan rangkaian paaran luar negara melalui pengeksportan hasil-hasilperikanan laut dalamnya.
    • b) Masalah-masalah yang dihadapi dan yang ditimbulkan oleh aktiviti perikanan laut dalam. (i) Masalah yang dihadapi: 1. Masalah yang berkaitan dengan perikanan secara umun seperti kekurangan modal, kekurangan teknologi, masalah pasaran, kekurangan buruh, kemudahan asas dan sebagainya. Kekurangan modal dan kekurangan teknologi amat ketara sekali terutamanya bagi negara Asia Pasifik yang masih membangun dan miskin. Keupayaan modal yang terhad dan teknologi tangkapan yang rendah menyebabkan mereka tidak mampu memaju/meneroka perikanan laut dalam secara besar-besaran. 2. Masalah keselamatan nelayan. Ancaman lanun di laut antarabangsa, ancaman nelayan asing/pencerobohan. Sesetengah penduduk tidak berkesanggupan untuk meneroka perikanan laut dalam kerana khuatir keselamatan mereka yang amat sukar dijamin di perairan antarabangsa. Risiko lanun amat besar. Pengentahuan yang terhad juga membolehkan mereka mudah terceroboh memasuki kawasan perairan negara lain yang menyebabkan mereka ditangkap. 3. Masalah politik perairan antarabangsa. Pertindihan kawasan/sempadan perairan khususnya di zon ekonomi eksklusif (ZEE). Ini menimbulkan risiko pencerobohan atau mudah tertangkap oleh pihak berkuasa negara lain. Selain itu aktiviti perikanan laut dalam juga mendapat tentangan daripada pergerakan alam sekitar seperti Green Peace misalnya mereka menghalang penangkapan ikan paus oleh nelayan laut dalam Jepun.
    • (ii) Masalah yang ditimbulkan:1. Masalah kepupusan sumber perikanan akibat kadar tangkapan yangberterusan melebihi had serta kaedah tangkapan yang bolehmemusnahkan habitat . Sesetengah kaedah tangkapan sepertipenggunaan pukat harimau dan pukat tunda memberi kesankepupusan sumber perikanan dalam jangkamasa panjang. Keranakaedah ini mengambil semua saiz dan jenis ikan. Anak-anak ikan juga tidakterkecuali. Selain itu terumbu karang yang menjadi habitat ikan juga bolehmusnah dengan menggunakan pukat tunda.2. Konflik dengan nelayan perikanan pinggir pantai apabila nelayan lautdalam tamak sehingga menceroboh zon perikanan pinggir pantai yangsama sekali diharamkan untuk mereka. Jelas sekali masalah ini seringditimbulkan oleh nelayan laut dalam. Zon perikanan pinggir pantaisepatutnya tidak boleh dijadikan lokasi mereka. Apabila pencerobohanberlaku konflik akan timbul. Pencerobohan zon pinggir pantai bukan sahajaoleh nelayan laut dalam malah oleh nelayan-nelayan asing. MisalnyaMalaysia sering diceroboh oleh nelayan Thailand. Mencerobohperairan negara lain sehingga ditangkap oleh pihak berkuasa akanmenimbulkan banyak masalah kerana ia memerlukan penyelesaiandiplomatik dan politik.
    • 2. Dengan merujuk kepada negara Malaysia. a)Jelaskan mengapa kegiatan akuakultur semakin penting di Negara ini? [13] Antara sebab-sebab kegiatan akuakultur semakin penting di Malaysia.1. Untuk menampung kekurangan bekalan sumber perikanan laut yang semakin terjejas. Stok perikanan laut terjejas akibat kepupusan sumbernya kerana aktiviti tangkapan berlebihan, kaedah tangkapan yang merosakkan habitat marin dan juga pencemaran lautan yang banyak memusnahkan kepelbagaian spesies marin . Selain itu, stok perikanan ini terjejas akibat musim tengkujuh sedangkan permintaan dari pengguna terus meningkat. Oleh sebab itu, untuk menampung kekurangan bekalan ikan ini, produk akuakultur amat penting terutamanya suber ikan air tawar dan juga udang.2. Memenuhi keperluan pengguna atau perubahan cita rasa pengguna yang lebih manggemari sumber akuakultur. Permintaan dari restoran dan hotel mewah terus meningkat kerana hasil auakultutur lebih enak , segar, dan murah. Selain itu, permintaan harian pengguna melalui pasar tani, pasar malam dan pasar raya juga terus meningkat.
    • 3. Membantu menyumbangkan kepada pendapatan eksport negara. Pelbagai hasil ternakan akuakultur dieksport ke luar negara. Misalnya udang harimau dieksport ke Singapura, Hong Kong, dan Jepun. Hasil eksport ini sudah tentu akan dapat menambah masuk wang asing ke Malaysia apatah lagi negara-negara berkenaan mempunyai nilai mata wang yang lebih tinggi. Keadaan ini sudah pasti akan menambahkan pendapatan negara.4. Meningkatkan pendapatan per kapita penduduk melalui kewujudan peluang pekerjaan baru dan juga pertambahan pendapatan sampingan kepada nelayan khususnya pada musim tengkujuh. Oleh itu, kuasa beli penduduk lebih meningkat dan taraf hidup penduduk tempatan juga boleh diperbaiki apabila mereka menceburkan diri dalam sektor akuakultur.5. Membantu perkembangan rantaian ekonomi yang berkaitan seperti sektor pelancongan, perkhidmatan, pengangkutan dan sebagainya. Akuakultur menjadi produk pelancongan utama dalam menjayakan konsep “Agro tourism” di Malaysia.Restoran yang menghidangkan sumber perikanan ikan air tawar pada amsa kini amat di gemari oleh pelancong dari dalam dan luar negara.6. Membantu meningkatkan teknologi dalam negara menerusi program penyelidikan dan pembangunan (R&D) seperti teknologi pembiakbakaan, teknologi pengawetan, pembungkusan dan sebagainya. Teknologi amat penting dalam menghasilkan baka ikan dan udang yang bermutu, cepat membesar dan tahan daripada serangan penyakit. Keadaan ini akan membuka ruang yang lebih luas untuk membangunkan lagi program R&D dalam negara.
    • b) Bincangkan tiga kesan positif dan tiga kesan negatif akibat penggunaan teknologi moden dalam sektor perikanan. [12] Kesan positif1. Meningkatkan jumlah tangkapan atau pengeluaran ikan. Ini menjamin bekalan sumber ikan yang berterusan seperti teknologi pengesanan atau sonar dan penggunaan pelbagai jenis pukat laut dalam. Hasilnya ikan dapat ditangkap dengan lebih banyak dan cepat untuk dihantar ke pelabuhan perikanan. Selain itu, sumber perikanan yang ditangkap juga tahan lebih lama menerusi teknologi pengawetan atau dingin beku. Ini amat penting untuk menjamin kesegarannya apabila berada di pasaran kelak.2. Berupaya untuk meneroka perikanan laut dalam dengan lebih efisien menerusi penggunaan kapal yang lebih besar, teknologi komunikasi. penggunaan tukun tiruan, dan sebagainya. Selain itu, penggunaan bot-bot yang besar juga menjamin keselamatan nelayan walaupun dalam keadaan laut yang bergelora. Namun, sector perikanan laut dalam masih tidak memanfaatkan sepenuhnya oleh nelayan-nelayan di Malaysia khususnya negeri-negeri pantai timur keraa kekurangan teknologi dan kelengkapan moden berbanding dengan nelayan Jepun dan Thailand.3. Mengurangkan kebergantunagn kepada buruh manusia. Penggunaan tenologi moden akan mengurangkan kos buruh dan dalam keadaan tenaga buruh yang berkurangan kegiatan perikanan masih boleh diteruskan.
    • Kesan negatif1. Mempercepatkan kemusnahan atau kepupusan sumber perikanan. Kepelbagaian spesies dan saiz ikan, kerosakan kawasan pembiakan, terumbu karang dan lain-lain lagi mudah berlaku apabila teknologi moden dieksploitasi sepenuhnya tanpa kawalan. Contohnya, penggunaan pukat harimau akan mengambil semua jenis dan saiz ikan disamping memusnahkan terumbu-terumbu karang yang menjadi habitat utama kehidupan marin.2. Menimbulakan konflik antara nelayan. Teknologi moden memungkinkan penerokaan kawasan perikanan yang lebih jauh. Ini mendorong kepada pencerobohan kawasan perairan negara jiran dan pencerobohan zon perikanan pinggir pantai. Jika ini berlaku, konflik antara negara jiran boleh terjadi sekiranya tidak wujud persefahaman dan kerjasama yang baik antara negara.3. Meningkatkan kos pengeluaran sumber perikanan. Prnggunaan teknologi moden memerlukan modal yang besar untuk memiliki dan membaikpulih kapal dan peralatnnya jika berlaku kerosakan. Selain itu, hal ini juga akan menimbulkan masalah pengganguran kerana pergantungan kepada tenaga buruh semakin berkurangan. Nelayan- nelayan akan kehilangan pekerjaan.
    • TY. :B