Your SlideShare is downloading. ×
Tugasan 3 Kajian TinjauanPEMBELAJARAN BERASASKAN   ELEKTRONIK DAN WEB          TUGASAN 4 : KAJIAN TINJAUAN   PENGGUNAAN IC...
Tugasan 3 Kajian TinjauanPengajaran dan pembelajaran menggunakan ICT membolehkan aktiviti dijalankan tanpakekangan tempat ...
Tugasan 3 Kajian Tinjauan1.0    PENGENALAN       Dalam    bidang   pendidikan,   usaha        mempertingkatkan   penggunaa...
Tugasan 3 Kajian Tinjauan       Di negara maju, penggunaan pengajaran dan pembelajaran menggunakan ICT telahditerima oleh ...
Tugasan 3 Kajian Tinjauan       1.3.2          OBJEKTIF KHUSUS       Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti :    ...
Tugasan 3 Kajian Tinjauan        III.   Apakah masalah yang dihadapi oleh guru dalam menggunakan ICT dalam               p...
Tugasan 3 Kajian Tinjauan1.7    KERANGKA KONSEP KAJIAN                                                    PENGGUNAAN ICT  ...
Tugasan 3 Kajian Tinjauan                                        METODOLOGI2.0       REKA BENTUK KAJIAN          Kajian in...
Tugasan 3 Kajian Tinjauan2.1    TEMPAT KAJIAN       Kajian ini dijalankan di sekolah – sekolah luar bandar iaitu sekolah z...
Tugasan 3 Kajian Tinjauan                                   DAPATAN KAJIAN3.0     DAPATAN DARIPADA KAJI SELIDIK DAN TEMUBU...
Tugasan 3 Kajian Tinjauan                    Tidak semua tajuk memerlukan penggunaan ICT. Adakalanya                    me...
Tugasan 3 Kajian Tinjauan                        Pelajar lebih berminat untuk belajar dan lebih memberikan  Respon Pelajar...
Tugasan 3 Kajian TinjauanBahrudin Mohd Bilal dan Muhammad Kasim ICT dapat membantu mengatasi kelemahan( 2001 ) dalam kajia...
Tugasan 3 Kajian Tinjauan                                                   Kebaikan penggunaan ICT di dalam pengajaranGla...
Tugasan 3 Kajian Tinjauan                        pelajar yang lemah boleh belajar                        mengikut keupayaa...
Tugasan 3 Kajian Tinjauan                                                   perhatian yang lebih dapat diberikan          ...
Tugasan 3 Kajian Tinjauan                         PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN4.0    PERBINCANGAN       Pengkaji memilih pr...
Tugasan 3 Kajian Tinjauan       Pelajar dapat memahami sesuatu isi pelajaran dengan lebih mudah, cepat danmendalam.Cadanga...
Tugasan 3 Kajian Tinjauan                                   SENARAI RUJUKANAbdul Wahab, Kamaliah & Hasrina,( 2006 ). “Peng...
Tugasan 3 Kajian TinjauanMohd Majid Abdul Ghafar,(1992). “ Penyelidikan Pendidikan ”. Skudai, penerbit UTMNor Zubaidah Moh...
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Tugasan 3 kajian tinjauan

10,138

Published on

0 Comments
2 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total Views
10,138
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
217
Comments
0
Likes
2
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Transcript of "Tugasan 3 kajian tinjauan"

  1. 1. Tugasan 3 Kajian TinjauanPEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB TUGASAN 4 : KAJIAN TINJAUAN PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN DANPEMBELAJARAN DI KALANGAN GURU – GURU SEKOLAH ZON LADANG DAERAH SUBIS SARAWAK NAME : TENGKU NORAINI BINTI MEGAT ABDULLAH STUDENT NO : M20111000250 LECTURER : PROF MADYA DATO’ DR ABD LATIF HAJI GAPOR COURSE CODE : KPT 6044 ABSTRAK 1
  2. 2. Tugasan 3 Kajian TinjauanPengajaran dan pembelajaran menggunakan ICT membolehkan aktiviti dijalankan tanpakekangan tempat dan masa, meningkatkan penggunaan sumber pendidikan, berupayameningkatkan kualiti pendidikan di samping mempercepatkan proses pendidikan berasaskankadar kebolehan pelajar. Selaras dengan kesungguhan kerajaan menggalakkan penggunaanICT dalam bidang pendidikan, adalah wajar satu kajian dilakukan untuk mengetahui tahappenggunaan ICT bagi pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru-guru.Justeru itu, satukajian tinjauan dijalankan di sekolah – sekolah kawasan zon ladang daerah SubisSarawak.Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau penggunaan ICT dalam pengajaran danpembelajaran di kalangan guru – guru sekolah luar bandar.Tiga aspek telah dikaji bagimenjawab persoalan kajian iaitu kelebihan menggunakan ICT dalam pengajaran danpembelajaran, kelemahan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran dan masalah-masalah yang dihadapi oleh guru dalam menggunakan ICT dalam pengajaran danpembelajaran.Sampel kajian terdiri daripada guru – guru yang mengajar di lapan buah sekolahdalam daerah tersebut.Kajian ini menggunakan tiga teknik tinjauan iaitu soal selidik, data darikajian lepas dan temubual dengan beberapa orang guru.Analisis data dilakukan denganmenggunakan analisis kualitatif.Dapatan kajian mendapati guru-guru pelatih kurangmenggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.Ini adalah disebabkan oleh faktor-faktor seperti kemudahan ICT yang tidak sempurna dan ketidaksesuaian isi pengajaran yangtelah tersedia. Beberapa usul cuba dikemukakan kepada pihak yang terlibat iaitu tenaga mahirdan pihak sekolah bagi memantapkan lagi penggunaan ICT dalam pengajaran danpembelajaran di sekolah – sekolah tersebut.Kata Kunci : Information Communication Technology ( ICT ), Kelebihan ICT, Kelemahan ICT,Masalah Penggunaan ICT, Pengajaran dan Pembelajaran ( P&P) PENDAHULUAN 2
  3. 3. Tugasan 3 Kajian Tinjauan1.0 PENGENALAN Dalam bidang pendidikan, usaha mempertingkatkan penggunaan InformationCommunication Technology( ICT ) dalam pengajaran dan pembelajaran terus dipergiatkan bagimelahirkan generasi muda yang celik computer dan sentiasa peka dengan perkembanganteknologi semasa. Ia selaras dengan usaha dan dasar kerajaan Malaysia melalui KementerianPelajaran Malaysia (KPM) yang sedang memperluaskan kurikulum pendidikan berasaskan ICTdengan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ICT di kalangan pelajar, tenaga pengajardan juga personel KPM. Bermula dari kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yangmenggunakan papan hitam dan kapur, bertukar kepada kaedah yang lebih canggih iaitupenggunaan komputer, bahan elektronik, liquid crystal display (LCD), kamera video digital,interactive white boarddan lain-lain penggunaan ICT dalam bilik darjah. Dalam era digital ini, komputer digunakan untuk menyelesaikan pelbagai masalah.Salah satu penggunaan Information Communication Technology(ICT) dalam pengajaran danpembelajaran ialah melalui penggunaan komputer. Istilah penggunaan komputer dalampengajaran dan pembelajaran diambil daripada istilah asalnya dalam Bahasa Inggeris iaituComputer-Based Instruction (CBI) yang bermaksud pengajaran terancang berasaskancomputer ( Faharol Razi, 1998 ). Menurut Gagne dan Briggs dalam Rosenberg (2000),komputer dapat digunakan sebagai media pembelajaran kerana komputer memilikikeistimewaan yang tidak dimiliki oleh media pembelajaran yang lain sebelum zaman komputer.Melalui cara ini proses pengajaran dan pembelajaran dapat di jalankan dengan lebihmudah,ringkas dan padat kerana pelajar akan didedahkan dengan gambaran dan persembahanmenarik serta mudah untuk di fahami.Justeru itu pelajar tidak akan mudah merasa jemu danbosan dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran kerana tertarik dengan gayapersembahan yang ditunjukkan melalui penggunaan ICT.1.1 LATAR BELAKANG KAJIAN 3
  4. 4. Tugasan 3 Kajian Tinjauan Di negara maju, penggunaan pengajaran dan pembelajaran menggunakan ICT telahditerima oleh tenaga pengajar dan juga pelajar dalam dunia pendidikan.Ia juga berfungsisebagai alat yang boleh mempertingkatkan minat pelajar kepada setiap isi pelajaran yangdipelajari mereka. Namun begitu, sejauh manakah penggunaan ICT ini bagi sekolah di kawasanluar bandar?Itulah yang menjadi persoalan.Maka, ekoran daripada persoalan ini penggunaanICT di sekolah luar bandar telah menarik perhatian pengkaji.1.2 PERNYATAAN MASALAH Pelajar – pelajar mempunyai kebolehan dan potensi yang berbeza – beza. Pelajar yangcerdas akanbelajar dan menyelesaikan latihan dengan cepat mengikut tahap pemahamanmereka. Pelajar yang lemah pula lambat dalam mempelajari topik yang sukar untukdifahami.Oleh yang demikian, tumpuan kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran yangdapat membantu pelajar yang lemah dan sekaligus dapat menarik minat mereka harusdilaksanakan.1.3 OBJEKTIF KAJIAN 1.3.1 OBJEKTIF UMUM Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji penggunaan ICT dalam pengajaran danpembelajaran di kalangan guru – guru di sekolah luar bandar iaitu daerah zon ladang, SubisSarawak. 4
  5. 5. Tugasan 3 Kajian Tinjauan 1.3.2 OBJEKTIF KHUSUS Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti : I. Kelebihan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah – sekolah zon ladang daerah Subis, Sarawak. II. Kelemahan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah – sekolah zon ladang daerah Subis, Sarawak. III. Masalah yang dihadapi oleh guru dalam menggunakan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah – sekolah zon ladang daerah Subis, Sarawak.1.4 PERSOALAN KAJIAN 1.4.1 PERSOALAN KAJIAN UMUM Sejauh manakah penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di kalanganguru – guru di sekolah luar bandar iaitu daerah zon ladang, Subis Sarawak ? 1.4.2 PERSOALAN KAJIAN KHUSUS I. Apakah kelebihan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah – sekolah daerah zon ladang, Subis Sarawak ? II. Apakah kelemahan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah – sekolah daerah zon ladang, Subis Sarawak ? 5
  6. 6. Tugasan 3 Kajian Tinjauan III. Apakah masalah yang dihadapi oleh guru dalam menggunakan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah – sekolah daerah zon ladang, Subis Sarawak ?1.5 KEPENTINGAN KAJIANKajian ini dapat membantu dalam : I. Mendedahkan keperluan sebenar guru dan pelajar bagi menjayakan proses pengajarandan pembelajaran seterusnya meningkatkan pencapaian akademik disampingmemperolehi pembelajaran yang bermakna. II. Membolehkan pihak-pihak berkenaan membangunkan perisian yang bersesuaian dengansuasana pengajaran dan pembelajaran bagi setiap mata pelajaran. III. Membolehkan guru menilai dan membandingkan prestasi mereka melalui penggunaanICT dan seterusnya dapat memperbaiki lagi mutu perkhidmatan mereka. IV. Mengenalpasti tahap penerimaan dan kesediaan guru dan pelajar dalam menggunakan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran.1.6 SKOP DAN BATASAN KAJIAN Kajian ini dijalankan pengkaji terhadap guru – guru di lapan buah sekolah di kawasanluar bandar iaitu zon ladang daerah Subis, Sarawak. Kajian ini juga terbatas kepada faktor-faktor seperti kesediaan responden untuk memberi kerjasama dan kesediaan untuk ditemubual.Kekangan lain seperti faktor tempoh masa kajian yang agak terhad juga sedikit sebanyakmembataskan kajian yang dijalankan. 6
  7. 7. Tugasan 3 Kajian Tinjauan1.7 KERANGKA KONSEP KAJIAN PENGGUNAAN ICT KOMPUTER LCD PROJECTOR OHP CD - ROM INTERNET COURSEWARE KELEBIHAN KELEMAHAN MASALAH Rajah 1.1 : Kerangka Konsep Kajian1.8 DEFINISI ISTILAHBeberapa istilah yang digunakan dalam penulisan ini memerlukan definisi yangterperinci.Definisi ini perlu kerana pengertian umum dengan pengertian dalam kajianini mungkinberbeza. Istilah-Istilah tersebut adalah seperti berikut : 1.8.1 Information Communication Technology ( ICT ) Kaedah yang digunakan untuk menyimpan, memindah, melindungi, memproses menyebar dan memaparkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu. 1.8.2 Pengajaran dan Pembelajaran ( P & P ) Tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama di antara guru serta pelajar. 7
  8. 8. Tugasan 3 Kajian Tinjauan METODOLOGI2.0 REKA BENTUK KAJIAN Kajian ini merupakan kajian deskriptif yang menggunakan kaedah tinjauandaripada hasiltemubual dan juga data – data daripada kajian terdahulu.Borang soal selidik berstruktur danjuga soalan – soalan temubual digunakan sebagai instrumen utama kajian ini. Sampel kajianterdiri daripada guru-guru yang dipilih dari sekolah – sekolah zon ladang daerah Subis Sarawakiaitu : Bil Nama Sekolah 1 Sekolah Kebangsaan Kelapa Sawit No 1 2 Sekolah Kebangsaan Kelapa Sawit No 2 3 Sekolah Kebangsaan Kelapa Sawit No 3 4 Sekolah Kebangsaan Kelapa Sawit No 4 5 Sekolah Kebangsaan Kelapa Sawit No 5 6 Sekolah Kebangsaan Rumah Tinggi 7 Sekolah Kebangsaan Rumah Barat 8 Sekolah Kebangsaan Sungai Bakas Rajah 2.1 : Senarai Sekolah Menurut MohdMajid (1994), kaedah deskriptif adalah sesuai digunakan dalampenyelidikan yang bermatlamatuntuk menerangkan sesuatu masalah atau fenomena yangsedang berlaku.Temubual dilakukan untuk mengetahui secara langsung bagaimanacaragurugurudi sekolah zon ladang memilih teknik pengajaran dan mengaplikasikannya dalampengajaran dan pembelajaran. Soalan temubual yang juga merupakan salah satu instrumenyang digunakandalam kajian ini adalahuntuk mendapatkan data yang berbentuk kualitatif dalammembantu penyelidik menyokong analisis penggunaan ICT ketika proses pengajaran danpembelajaran dijalankan. 8
  9. 9. Tugasan 3 Kajian Tinjauan2.1 TEMPAT KAJIAN Kajian ini dijalankan di sekolah – sekolah luar bandar iaitu sekolah zon ladang di daerahSubis, Sarawak seperti Rajah 2.1.2.2 SAMPEL KAJIAN Dalam kajian yang dilakukan ini, penyelidik telah memilih sampel daripada kalanganguru-guru di kawasan zon ladang untuk menjawab soalan soal selidik.Disebabkan penyelidikjuga perlu menjalankan temubual secara individu danterperinci, maka hanya beberapa orangresponden sahaja dipilih untuk ditemubual.2.3 INSTRUMEN KAJIAN Instrumen kajian adalah soalan soal – selidik, soalan temubual dan maklumat dari kajianterdahulu.Pemerhatian dan tinjauanmerupakan salah satu teknik yang boleh digunakan untukmengesan kecerdasan pelbagai responden secara langsung.Manakala temubual pula sesuaidigunakan untuk mendapatkan data dari responden secaralangsung dan terperinci (Mohd Najib,1999). Temubual dan pemerhatian adalah untuk mendapatkan maklumat lengkap daripadaresponden mengenai kelebihan dan kelemahan sertamasalah-masalah yang dihadapi dalampenggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 9
  10. 10. Tugasan 3 Kajian Tinjauan DAPATAN KAJIAN3.0 DAPATAN DARIPADA KAJI SELIDIK DAN TEMUBUAL Persoalan Dapatan Pemahaman guru Internet, komputer dan teknologi – Guru menggunakan kemudahan tentang ICT teknologi dalam menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan ICT Tidak selalu menggunakan kemudahan ICT dan hanya digunakan dalam Pengajaran untuk sesetengah tajuk danisi pelajaran yang dirasakan perlu dan Pembelajaran sahaja. Ada juga diantara mereka yang menggunakan kemudahan ICT sebulan sekali ekoran daripada kemudahan ICT yang hanya dibekalkan di bilik tayang sahaja dan penggunaan bilik itu adalah terhad mengikut jadual yang telah ditetapkan. Sumber yang Laptop sendiri, LCD ,CD, tayangan video di bilik tayang. guruselalu gunakan Penggunaan ICT Bukan semua topik yang diajar boleh menggunakan ICT kerana dan kesesuaian sesetengah topik penggunaan ICT menyebabkan pelajar lebih susah dengan isi memahami tajuk yang diajar. pelajaran Dapat menarik minat murid untuk belajar kerana banyak animasi yang boleh memberikan tarikan kepada mereka supaya sentiasa Kelebihan memberi perhatian kepada tajuk yang diajar. Ianya juga dapat membantu proses pengajaran dan pembalajaran supaya lebih berkesan. 10
  11. 11. Tugasan 3 Kajian Tinjauan Tidak semua tajuk memerlukan penggunaan ICT. Adakalanya menggunakan ICT banyak membazirkan masa dari aspekKelemahan pemasangan peralatan dan turut memerlukan masa tambahan untuk guru menerangkan semula isi – isi pelajaran yang tidak difahami murid dengan menggunakan kaedah tradisional. Penggunaan ICT ini juga menyebabkan murid yang lemah akan sedikit ketinggalan. Masalahdari aspek kekurangan peralatan ICT seperti makmal komputer yang tiada kelengkapan komputer yang mencukupi di dalamnya. Terdapat juga sekolah yang hanya mempunyai makmal komputer tetapi tiada komputer di dalamnya. Guru kebanyakannya menggunakan laptop peribadi untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Laptop yang disediakan oleh pihak kementerianMasalah untuk sesebuah sekolah iaitu sebanyak 4 – 5 buah sahaja dan ianya perlu berkongsi dengan guru – guru lain. Kemudahan internet pula belum meluas dan kebanyakan guru lebih selesa menggunakan broadband sendiri. Penggunaan bilik tayang pula sangat terhad kerana haruslah mengikut jadual yang ditetapkan oleh pihak multimedia sekolah. Cara mengatasi Guru kebanyakannya menggunakan laptop peribadi untuk proses masalah tersebut pengajaran dan pembelajaran dan kebanyakan guru juga lebih selesa menggunakan broadband sendiri. Hanya membantu dalam sesetengah tajuk sahaja. Namun begitu ia Bagaimana ICT dapat membantu dapat menarik perhatian murid untuk lebih seronok belajar dan lebih memberi tumpuan pada tajuk yang di pelajari. 11
  12. 12. Tugasan 3 Kajian Tinjauan Pelajar lebih berminat untuk belajar dan lebih memberikan Respon Pelajar perhatian. Kemudahan ICT LCD, CD, Bilik Tayangan, OHP, Komputer. yang disediakan oleh sekolah Adakah guru Tidak.Guru belum dibekalkan dengan kemudahan tersebut. Guru menggunakan courseware untuk hanya membuat soalan melalui rujukan – rujukan sendiri dan ianya membuat soalan akan disemak oleh Guru Besar atau Penolong Kanan Sekolah ujian kepada pelajar ? sebelum diedar kepada pelajar. Rajah 3.1 : Jadual Dapatan Kajian berdasarkan Kaji Selidik dan Temubual3.1 DAPATAN DARIPADA MAKLUMAT KAJIAN TERDAHULU Hasil Kajian Dapatan Pembelajaran yang menggunakan ICT sepertiNor Zubaidah Binti Abu Bakar ( 2005 ) mengandungi komponen – komponen yang menarik seperti foto album, tayangan video, buku nota pelajar dan nota pelajar yang menggunakan perisian power point dapat membantu dalam mempertingkatkan pemahaman pelajar dalam sesuatu subjek. 12
  13. 13. Tugasan 3 Kajian TinjauanBahrudin Mohd Bilal dan Muhammad Kasim ICT dapat membantu mengatasi kelemahan( 2001 ) dalam kajian Husnan, Rawaidah dan pendidikan Sains yang diajar secara tradisionalSharidah ( 2010 ) serta penglibatan guru dalam penggunaan komputer secara lebih produktif. Proses pengajaran dan pembelajaran melaluiMaswan ( 2004 ) laman web dapat menyediakan peluang untuk menghantar dan mengakses maklumat yang bukan sahaja terdiri daripada teks, tetapi juga termasuk grafik, animasi, audio dan video. Kaedah ini dapat mengelakkan pelajar daripada merasa bosan disamping dapat mempelbagaikan teknik pengajaran dan pembelajaran. Faktor pengetahuan, sikap, sifat-sifat inovasi,Abdul Wahab, Kamaliah dan Hasrina ( 2006 ) personaliti guru, dan sokongan organisasi amat mempengaruhi penerimaan dan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru-guru. Di samping itu faktor demografi seperti jantina, umur dan mata pelajaran major yang diajar didapati tidak mempengaruhi penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Kerosakan kemudahan peralatan ICT yang adaNoor Mazlan Ahmad Zanzali & Noraziah danbilangan bilik multimedia yang terhadKassim, ( 2010 ) mempengaruhi penggunaan ICT. Penggunaan ICT ini boleh memudahkan pemahaman pelajar namun hanya dalam sesetengah tajuk sahaja. 13
  14. 14. Tugasan 3 Kajian Tinjauan Kebaikan penggunaan ICT di dalam pengajaranGladwin, Margerison dan Walker ( 1990 ) dan pembelajaran berbanding kaedah tradisional adalah : Pelajar dapat memberikan tumpuan sepenuhnya dalam pelajaran disebabkan terdapat pemaparan grafik berwarna – warni yang dapat menarik perhatian pelajar. Penjelasan sesuatu konsep pelajaran lebih berkesan berbanding dengan cara melukis di papan hitam. Pengiraan yang kompleks dapat diselesaikan dengan lebih mudah, cepat dan tepat. Pelajar dapat menjelajah skrin computer. Ini memberikan cara pembelajaran yang tidak dapat dilakukan melalui buku teks seterusnya secara langsung memberi peluang kepada pelajar supaya dapat membiasakan diri dengan teknologi.Zackeriya ( 1995 ) Pelajar sekolah berinteraksi melalui multimedia untuk memperoleh pengetahuan yang berguna dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka.Leng Mei Wei ( 1998 ) Kelebihan penggunaan ICT secara umumnya dapat : Membantu pelajar yang lemah kerana 14
  15. 15. Tugasan 3 Kajian Tinjauan pelajar yang lemah boleh belajar mengikut keupayaannya. Pelajar ini juga boleh mengulangi pelajaran sehingga berjaya memahami konsep – konsep yang diajar tanpa menggangu perjalanan pelajar lain yang lebih cerdas. Mendapat maklumbalas yang cepat dimana semasa membuat latihan, pelajar akan mendapat maklumbalas yang cepat terhadap jawapan yang diberikan oleh pelajar. Dengan ini membolehkan pelajar mengambil tindakan sewajarnya jika jawapan mereka adalah salah. Membantu dalam pemahaman di mana bahan pembelajaran dapat difahami dengan baik dan cepat. Ini kerana penggunaan grafik, animasi, warna, muzik, simulasi dan dialog yang akan mempercepatkan lagi proses pemahaman konsep – konsep yang ingin disampaikan. Jangka masa pembelajaran yang pendek di mana pelajar berupaya memahami sesuatu konsep dengan lebih cepat berbanding kaedah tradisional. Mutu dan perhatian di mana apabila 15
  16. 16. Tugasan 3 Kajian Tinjauan perhatian yang lebih dapat diberikan kepada kepekaan seseorang pelajar. Guru juga mempunyai masa yang lebih untuk memperbaiki mutu bahan pengajaran. Meringankan beban guru di mana pelajara yang lemah dapat mengulangkaji topik yang mereka lambat kuasai dan ini dapat meringankan beban guru dalam mengulangi isi pelajaran yang sama berkali – kali. Memupuk sikap positif di mana kebanyakan perisian kursus mempunyai ciri interaksi dengan pelajar yang sekaligus akan menggerakkan pelajar menjadi lebih aktif dan dapat mengatasi sikap palajar yang negatif serta dapat menggalakkan pelajar mengambil bahagian dalam perhubungan pelajaran. Mengamalkan kemajuan pencapaian pelajar di mana rekod – rekod yang disimpan dalam program komputer memudahkan guru membuat pemantauan akan kemajuan pelajar.Rajah 3.2 : Jadual Dapatan Kajian berdasarkan Maklumat Kajian Terdahulu 16
  17. 17. Tugasan 3 Kajian Tinjauan PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN4.0 PERBINCANGAN Pengkaji memilih proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan ICT keranapengkaji percaya melalui pengintegrsian teknologi yang dilakukan dapat menarik perhatian danminat pelajar dalam mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Di sampingitu, ia juga dapat mencapai salah satu objektif pengkaji iaitu mengenalpasti apakah kelebihanpenggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Kajian tinjauan ini telah membuktikan yang guru – guru mempunyai pendedahan danpemahaman sedia ada tentang penggunaan ICT dan pelajar pula seronok dalam aktivitipengajaran dan pembelajaran yang menggunakan ICT.Namun begitu, ekoran daripadabebarapa kekangan seperti kekurangan peralatan, kekangan masa dan ketidaksesuaiandengan isi pelajaran menyebabkan penggunaan ICT dalam proses pengajaran danpembelajaran agak terbatas.4.1 IMPLIKASI DAN CADANGAN Kajian ini mempunyai implikasi yang postif kepada guru dan para pelajar serta sesipengajaran dan pembelajaran. Ini kerana guru kini mempunyai pelbagai alternatif dalam sesipengajaran dan pembelajaran di mana bukan hanya bergantung pada kaedah lama iaitu ‘ chalkand talk ’ tetapi boleh mevariasikan teknik pengajara yang boleh berpusatkan pelajar. Pelajarboleh menerokai maklumat isi pelajaran dengan bimbingan guru.Penggunaan bahan bantumengajar yang menarik dapat merangsang minat belajar yang tinggi di kalangan pelajar. 17
  18. 18. Tugasan 3 Kajian Tinjauan Pelajar dapat memahami sesuatu isi pelajaran dengan lebih mudah, cepat danmendalam.Cadangan pengkaji adalah sekiranya kajian ini diteruskan pada masa akan datang,pengkaji akan mengintegrasikan teknologi dalam matapelajaran yang mempunyai banyakkonseptual dan eksperimental. Pengkaji juga berharap para guru dapat mempertingkatkan ilmupengetahuan dan sekaligus memperluaskan pengalaman supaya mampu memberikan lebihdaripada yang sepatutnya kepada para pelajar.4.2 KESIMPULAN Daripada perbincangan di atas, dapat disimpulkan bahawa penggunaan ICT dalampengajaran dan pembelajaran dapat memberi manfaat dan kebaikan kepada pelajar dan guruitu sendiri.Kita seharusnya sudah bersedia untu merubah fokus daripada pengajaranberpusatkan guru kepada pengarajaran berpusatkan murid. Maka,setiap kekangan yang adaharuslah di atasi dengan segera. Pihak yang berkuasa haruslah menyelesaikan setiappermasalahan yang ada terutamanya di kawasan sekolah luar bandar. Dengan cara ini, semuapihak akan dapat merasakan manfaat dan kelebihan dalam mendapatkan kaedah pengajarandan pembelajaran yang lebih kondusif, menarik dan berkesan. 18
  19. 19. Tugasan 3 Kajian Tinjauan SENARAI RUJUKANAbdul Wahab, Kamaliah & Hasrina,( 2006 ). “Penggunaan Komputer dalam Pengajaran danPembelajaran dalam Kalangan Guru Sekolah Menengah : Satu Kajian Kes di PulauPinang ”, Kajian Malaysia, Vol. XXIV, No. 1 & 2, 2006Faharol Razi Shaari, ( 1998 ), “ Psikologi Kognitif dalam Pembinaan Bahan PengajaranPembelajaran Berbantukan Komputer ”, Jurnal IPDA, 5: 38–44Gladwin, Margerison dan Walker ( 1990 ), “ Computer in Teaching Initiative ”, Education inChemistry, 27 ( 3 ) : 67Husnan Khufadli, Nur Rawaidah Rahmat dan Sharidah Asman( 2010 ), “ Laman Sesawang danKit Pembelajaran Interaktif dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran ”, Mini KajianTindakan, 2010Kementerian Pelajaran Malaysia, ( 2012 ). “ Laporan Awal Pelan Pembangunan PendidikanMalaysia 2013 - 2025 ”, Sumber dari http://www.moe.edu.my, September 2012Leng Mei Wei ( 1998 ), “ P & P Kimia Organik dalam Mata Pelajaran Kimia Melalui PerisianLaman Web ”, Tesis Sarjana, UKM Bangi 1998.Maswan. S, (2004 ). “ Kelebihan Penggunaan Internet dan Laman Web dalam Pengajaran danPembelajaran ”, Jabatan Teknologi Pendidikan, Institusi Perguruan Tuanku Bainun PulauPinang, 2004Miordarulikram, ( 2010 ). “ ICT dalam Pendidikan ”, Portal Rasmi Pejabat Pelajaran DaerahManjung, Sumber dari http://www.ppdmanjung.edu.my 19
  20. 20. Tugasan 3 Kajian TinjauanMohd Majid Abdul Ghafar,(1992). “ Penyelidikan Pendidikan ”. Skudai, penerbit UTMNor Zubaidah Mohd Zain, ( 2005 ). “ Tahap Penggunaan Laman Web dalam Membantu ProsesPembelajaran di Kalangan Pelajar – Pelajar Cacat Penglihatan di UM, UPSI dan UKM ”,Kertas Kerja dibentang dalam Prosiding Seminar Kebangsaan E-Komuniti 2005 dandikendalikan di Putrajaya, 6 – 7 December 2005Noor Mazlan Ahmad Zanzali & Noraziah Kassim, ( 2010 ). “ Penggunaan ICT dalam Pengajarandan Pembelajaran Matematik di Kalangan Guru – Guru Pelatih UTM ”, FakultiPendidikan Universiti Teknologi Malaysia, 2010Rosenberg, M.J., ( 2000 ), “ E-Learning ”, New York : McGraw HillSMART Technologies EMEA, ( 2011 ). “ The History of Technology in Education ”, Sumberdari http://www.youtube.com/watch?v=UFwWWsz_X9s, 3 Oct 2011Zackeriya, ( 1995 ). “ Teknologi Multimedia ”, Majalah PC, October – November : 22 - 23 20

×