• Share
  • Email
  • Embed
  • Like
  • Save
  • Private Content
20120531200506 kuliah 9   kesan penguasaan barat terhadap asia tenggara
 

20120531200506 kuliah 9 kesan penguasaan barat terhadap asia tenggara

on

  • 663 views

kesan penguasaan barat terhadap asia tenggara pd abad ke-19 (upsi)

kesan penguasaan barat terhadap asia tenggara pd abad ke-19 (upsi)

Statistics

Views

Total Views
663
Views on SlideShare
663
Embed Views
0

Actions

Likes
0
Downloads
4
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft PowerPoint

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    20120531200506 kuliah 9   kesan penguasaan barat terhadap asia tenggara 20120531200506 kuliah 9 kesan penguasaan barat terhadap asia tenggara Presentation Transcript

    • Kesan Penguasaan Baratterhadap Asia TenggaraEKONOMI
    • Pengaruh Ekonomi Kewangan Abad ke-19 merupakan titik tolak yangsangat penting dalam kehidupan pendudukdi Asia Tenggara. Faktor ini dapat dilihat melalui pengenalansistem ekonomi bebas dan ekonomikewangan.
    •  Pentadbiran Di Asia Tenggara telahmemperkenalkan dasar ekonomi yangliberal, bertujuan untuk memberikemakmuran dan kebajikan kepada rakyatdi rantau ini. Bagi menjayakan sistem ini, kerajaanmemerlukan modal sehingga menyebabkanmereka menggalakkan pemodal dari luaruntuk turut sama menjayakan rancanganpembangunan kerajaan.
    •  Antara rancangan utama yang dilaksanakanoleh kerajaan penjajah ialah beberapa projekpertanian, perlombongan dan pembinaaninfrastruktur di kawasan bandar dan pelabuhan. Dari aspek pemodenan, mereka melaksanakanprogram pembinaan bandar baru danmemperkenalkan sistem perhubungan danpengangkutan moden. Ini menyebabkan penduduk Asia Tenggaratelah diperkenalkan dengan cara hidup baruyang serba moden berpandukan kepadaperkembangan teknologi baru dan moden.
    •  Pentadbiran kewangan baru yangdiperkenalkan oleh pihak Barat ialah sistemcukai. Sumber kewangan untuk membangunkanekonomi negeri sebahagian besarnva datangdaripada kutipan cukai ke atas pengusahalombong, pertanian, pajak gadai, rumah judidan juga cukai eksport-import.
    •  Di Burma, perhatian British adalah untukmenggalakkan penduduk Burma terusbergiat dalam pertanian padi. Sejak tahun 1870, apabila beras muladieksport secara besar-besaran, beberapabuah kilang padi telah dibina. Semuakilang ini adalah kepunyaan orang British.
    •  Ini membawa kepada pengenalan sistempengangkutan moden untukmenghubungkan bandar-bandar utama. Misalnya, pada tahun 1877, dibina jalankereta api antara Rangoon dan Promme. Pada tahun 1884, jalan kereta api ini telahdisambung di Toungu dan pada tahun 1889dilanjutkan ke Mandalay.
    •  Di Indochina, Perancis juga telah memberiperhatian terhadap perusahaanperlombongan dan pertanian ladang. Menjelang tahun 1890, lombong arang batutelah dibuka di kawasan timur laut Tonkin. Menjelang tahun 1900 ladang kopi telahbanyak dibuka oleh peladang Eropah.
    •  Untuk menyokong pembangunantersebut, rangkaian jalan pengangkutan darat telahdibina mulai tahun 1881 di Cochin China danTonkin pada tahun 1890. Mulai tahun 1895, pembinaan jalan kereta api telahdibina sepenuhnya oleh kerajaan Perancis. Terusan air juga telah dibina oleh Perancis dan inimenyebabkan munculnya banyak petempatan baruyang melibatkan pengusaha pertanian padi danjagung khususnya di daerah Delta Mekong.
    •  Di Indonesia, Belanda melalui sistem kulturtelah mengarahkan penduduk untuk menanampadi, kopi, tebu, tarum, tembakau dan teh. Pada tahun 1870, undang-undang pertaniantelah diperkenalkan yang memberi lebihkeutamaan kepada penduduk danmenggalakkan kegiatan tanaman kontan. Ini bermakna orang Eropah mendapat lebihbanyak faedah berbanding dengan rakyat Jawasendiri yang terpaksa menjual tanah merekakepada peladang Eropah.
    •  Mulai tahun 1890, kebanyakan syarikat Eropahlebih berminat membuka ladang tebu danmenjual gula. Selain kegiatan pertanian, Belanda diIndonesia juga aktif dalam kegiatanperlombongan seperti bijih timah di Bilitongdan Bangka serta arang batu di Kalimantansejak tahun 1846. Antara tahun 1883 hingga tahun 1900, carigaliminyak telah dijalankan di pantai timurSumatera.
    •  Abad ke-19 merupakan zaman perubahandalam sejarah Asia Tenggara. Sistem ekonomi baru telah dibawa olehkuasa-kuasa Eropah ke Asia Tenggara. Negeri-negeri di Asia Tenggara telahdiperkenalkan dengan sistem pentadbiranBarat dan sistem nilai hidup yang baru.
    •  Pengeluaran hasil negeri telah diubahmengikut cara perdagangan denganwujudnya ekonomi kewangan yang telahmengambil alih sistem ekonomi tukarbarang yang telah diamalkan di AsiaTengara sejak berkurun-kurun yang lalu. sistem ekonomi baru tidak banyakmemberikan kesan kepada masyarakatbawahan yang majoritinya terdiri daripadagolongan petani dan nelayan.
    •  Ini sikap penjajah yang tidak memberiperhatian dan bimbingan dalam soal penambahbaikan kaedah pengeluaran hasil pertanian. Mereka hanya setakat digalakkan menanamjenis tanaman yang kurang menguntungkanseperti padi. Walaupun sebahagian kecil di kalangan petanicuba menanam tanaman lain seperti getah danketapa sawit, tetapi mereka tidak digalakkanuntuk memiliki kawasan yang luas dan setakatmenjadi pekebun kecil.
    • Kesan sistem ekonomi kewangan Salah satu daripada akibat dan kesan ekonomikewangan di Asia Tenggara ialah berleluasanyamasalah hutang di katlangan petani dan buruh. Mereka yang menjadi mangsa beban hutangbiasanya akibat kehidupan sosial yang berubah sejakmeresapnya nilai hidup secara Barat. Ini ditambah dengan masalah hasil tanaman yangtidak menjadi, kawasan tanaman yang ditimpabencana dan lain-lain.
    •  Akibat masalah kewangan ini telah menyebabkanpetani terpaksa mendapatkan pinjaman daripadatuan tanah, syarikat peminjam wang; peminjamwang persendirian wang seperti golongan ceti Indiadan Arab, bank dasar (Indonesia) dan orangperseorangan. Masalah hutang ini hampir merupakan masalahsejagat di Asia Tenggara seperti yang berlaku dikalangan orang Burma Hilir, orang Jawa, Vietnamdan Melayu Semenanjung. Tanah petani dan pekebun yang berhutang biasanyaakan tergadai kepada pemiutang. Masalah ini terusberlarutan hingga menjelang Perang Dunia Kedua.
    • Masalah Sosial Masalah sosial di kalangan buruh yangmengikat kontrak dengan penjajah adalahdisebabkan pengenalan budaya baru dikalangan mereka. Mereka digalakkan bermain judi sewaktutidak bekerja di ladang atau kebun. Merekajuga digalakkan meminjam wang daripadamajikan mereka.
    •  Keadaan ini mengakibatkan ramai buruh yangterjebak dalam hutang. Apabila mereka tidak dapat membayarhutang, mereka terpaksa menandatangani perjanjianyang baru untuk menyambung perkhidmatan sepertiyang tertakluk dalam surat perjanjian dengan pihakmajikan. Ini sebenarya adalah satu cara penindasan dikalangan peladang untuk mengekalkan bekalanburuh di ladang mereka yang sentiasa diancam olehmasalah kekurangan tenaga buruh. Keadaan ini biasa berlaku di kalangan peladanggetah di Tanah Melayu dan Sumatera.
    •  Kebanyakannya buruh-buruh dibawa masukdari,negara luar khasnya India dan China. Wbp. terdapat syarikat peladangan Eropahyang menggunakan buruh Jawa untuk bekerjadi ladang kopi dan ladang getah di TanahMelayu, ladang getah dan tembakau diSumatera. Selain peladang British dan Belanda, peladangPerancis juga pernah terlibat sama membawamasuk buruh Jawa ke kawasan tanahjajahannya.
    • Inflasi Perdagangan antarabangsa yang diperkenalkanoleh orang Barat dalam ekonomi Asia Tenggaratelah menyebabkan penduduknya sentiasamengalami kesukaran hidup. Keadaan ini timbul disebabkan naik turunnyaharga barang di pasaran dunia yang biasanya akanmemberi kesan kepada parapemodal, peniaga, petani dan pengguna.
    •  Keadaan ini telah berlaku beberapa kalisejak abad ke-19 hingga akhir tahun 1920-an dan awat tahun 1930-an. Asia Tenggaraturut mengalami kesan buruk akibatkemelesetan ekonomi dunia.
    • Kesan SosialPenghijrahanPenduduk
    • Imigrasi dan PertumbuhanPenduduk Perkembangan ekonomi yang pesat di Asia Tenggaraberlaku disebabkan dua perkara, iaitu kemasukan modaldan tenaga buruh. Dalam soal penggunaan tenaga buruh, biasanya orangBarat mengeksploitasi penduduk peribumi. Tetapi oleh sebab bentuk ekonomi baru dan masyarkatperibumi pula sangat terikat dengan pekerjaantradisional, penglibatan masyarakat peribumidalampekerjaan yang disediakan oleh orang Eropahamat terhad.
    •  Kepesatan kegiatan ekonomi kolonial, telahmenyebabkan bertambahnya bilanganimigran ke negara-negara di Asia Tenggara. Antara negara yang mengalami kedatanganimigran ini ialah Burma, Filipina, TanahMelayu dan Indonesia. Malaysia adalah negeri yang paling banyakmenerima masyarakat imigran dari Chinadan India.
    •  Konsep imigran semasa zaman penjajahankuasa Barat di Asia Tenggara boleh dikaitkandengan konsep penempatan semula pendudukatau lebih dikenali sebagai kolonisasi. Ini sebenarnya merupakan rancangan untukmemindahkan sebahagian penduduk daripadakawasan yang sangat padat. Antara kawasan tertentu di Asia Tenggaradikenal pasti sebagai kawasan yang sangatpadat penduduknyaialah Pulau Jawa danWilayah Tonkin di Vietnam.
    • Kesempitan hidup Di bawah pentadbiran kuasaBarat, masyarakat peribumi Asia Tenggarahidup dalam keadaan menderita. Kaum pemodal yang terdiri daripadapeladang, pelombong dan pedagangEropah menikmati kehidupan yang lebihbaik kerana penglibatannya dalam aktivitiekonomi yang strategik.
    •  Pulau Jawa adalah tanah jajahan Belanda diAsia Tengara. Penduduk peribumi telah mengalamipenderitaan yang sangat serius kerana dasarmonopoli dan dasar galakan pemodal danpelabur Eropah. Ini menyebabkan rakyatnya hidup dalamkeadaan tertindas, miskin dan tidakmempunyai harapan yang cerah untuk masadepan mereka.
    • RUMUSAN
    •  Isu kesengsaraan hidup masyarakat tempatansemakin ketara pada abad ke-20. Ia merupakan salah satu penyebab kepadapertumbuhan kesedaran kebangsaan dalamkalangan pemimpin tempatan Asia Tenggarapada abad tersebut. Kesan sosial dan ekonomi penjajahanmemberikan kesan yang mendalam kepadapenduduk tempatan walaupun selepasmerdeka.
    • SEKIAN TERIMA KASIH