Definisi akal

2,634 views
2,372 views

Published on

0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
2,634
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
9
Actions
Shares
0
Downloads
46
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Definisi akal

  1. 1. PENGENALAN Menurut Imam Ghazali akal ialah sesuatu sifat yang boleh membezakan diantara manusia dengan makhluk lain. Dari segi fizikalnya ,ia merupakan otak. Dari segi kerohanian pula ialah satu keupayaan untuk menggarapkan ilmu pengetahuan tentang hakikat segala perkara. Daya kekuatan untuk menimbangkan sesuatu yang baik dan buruk. Menurut Al-Quran akal adalah Hujjah atau anugerah Allah S.W.T yang hebat berbanding dengan makluk lain. Akal merupakan alat yang dapat menyampaikan kebenaran dan sekali gus dapat membezakan haq dan bathil. Contohnya akal yang lurus tujuannya ,tidak mungkin bertentangan dengan nash yang sahih dan kuat,kerana akal dan nash yang sahih merupakan dua wasilah yang sama-sama untuk mencapai satu tujuan iaitu sampai kepada Allah. Akal juga memainkan peranan yang amat besar di dalam kehidupan.kebebasan berfikir menggunakan akal merupakan salah satu kaedah dalam pemikiran Islam dan merupakan harapan kaum muslimin untuk merealisasikan kemajuan dan peradaban dan Allah S.W.T mencipta akal kepada untuk berfikir. Akal fikiran merupakan anugerah Allah S.W.T yang paling utama kepada manusia,kriteria tepenting yang membezakan mereka daripada makluk selainnya. Akal adalah neraca dalam menentukan kebaikan dan keburukan seseorang individu yang mampu membawa masyarakat yang berilmu luhur,berfikiran terbuka berakhlak mulia dan bertamadun.keistimewaan inilah yang menyebabkan manusia dipertanggunjawabkan untuk memikul amanah Allah S.W.T yang tidak mampu dipikul oleh alam semester. Contohnya gunung - ganang, langit dan bumi.dengan panduan wahtu manusia telah diamanahkan untuk menjadi khalifah di muka bumi ini. Dalam Islam juga menitik beratkan tentang akal apabila hanya golongn yang berakal sahaja yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan ibadah kepada Allah S.W.T. Menerusi akal ini manusia berpeluang meningkatkan pencapaian dirinya sama ada untuk kehidupan dunia ataupun bekalan di hari akhirat. Islam menjadikan berfikir sebagai satu kemestian ke atas semua manusia. Berfikir dianggap sebagai bentuk ibadah yang paling tinggi. Demikian juga kita dapat melihat pandangan Islam yang begitu tinggi terhadap penggunaan akal fikiran yang membawa kepada perkembangan sains dan teknologi. 1
  2. 2. PERANAN AKAL 1. Allah membekalkan manusia itu dengan akal supaya kita menjadi makhluk yang istimewa dengan makhluk lain, sebab akal berperanan bagi membezakan diantara hak dan batil. Mengikut Al-Ghazali adalah menyampaikan ilmu pengetahuan kepada hati agar mendekatkan diri kepada Allah. Dalam berfikir juga kita disuruh untuk berfikir dengan cara dan garis panduan yang betul dalam Islam. Iaitu mengetahui tujuan kita berfikir,perkara yang difikirkan.risiko yang akan berlaku,mengetahui batas dan kemampuan akal. Bagi pendapat saya akal itu berperanan apabila seseorang individu itu beraklak mulia, contohnya sifat yang baik , hati dan budi yang baik. Menurut Pendita Za’ba perangai bergantung kepada diri sendiri. Jadi akal juga berperanan bagi membentuk seseorang individu kepada masyarakat bagi membawa masyarakat yang berilmu luhur ,berfikiran terbuka ,berakhlak mulia dan bertamadun. Dalam Islam manusia dikurniakan akal supaya dapat membezakan yang mana baik dan buruk dalam melakukan sesuatau perkara. Ianya memerlukan individu yang sihat akal dan boleh berfikir. Manusia amat istimewa berbanding dengan makhluk lain. Bagi pendapat saya peranan akal adalah amat penting dalam membezakan sesuatu yang berlainan. Dengan akal manusia boleh berfikir dengan lebih waras dan pemikiran manusia adalah lebih baik dan tepat. Tambahan lagi individu yang mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi. Ianya dapat dibezakan cara individu yang mempunyai ilmu pengetahuan dengan orang yang kurang ilmu berfikir. Dalam hal ini lebih ramai masyarakat yang berilmu pengetahuan dan berfikiran terbuka dalam membuat sesuatu hal dan perkara. Dengan itu masyarakat dapat membezakan diantara hak dan batil dan sebuah masyarakat itu mampu berfikiran terbuka,bertamadun,berakhlak mulia dan keperibadian yang mulia kelak. 2
  3. 3. 2. Akal juga berperanan bagi mempertingkatkan iman dan amal dalam diri seseorang individu mahupun masyarakat. Iman dan amal adalah penting bagi sitem akal kerana iamn dan amal mencerminkan pemikiran seseorang yang kurang berpengetahuan dan orang yang banyak ilu pengetahuan. Iman yang ada dalam diri seseorang belum mampu memgambarkan individu itu baik atau pun tidak selain mengamalkan. Oleh itu setiap individu seharusnya mempertingkatkan iman dan amal dalam diri masing-masing. Pemikiran seorang individu akan lebih matang dalam berfikir. Kelebihan ilmu bagi membolehkan seseorang yang sihat akal itu bersendiri memahamkan ajaran –ajaran agama, sebagaimana pada memahamkan perkara yang lain, memang sedia ada nyata dan tiada berhajat kepada keterangan lagi. Ilmu pengetahuan dapat membolehkan seseorang individu itu kemahiran berfikir. Iman yang ada mestilah dipertingkan bagi membolehkan individu itu tidak ketinggalan. Amalan yang baik haruslah dipertingkan bagi meningkatkan fahaman dari semasa ke semasa. Dalam Islam juga menitik beratkan tentang akal apabila hanya golongn yang berakal sahaja yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan ibadah kepada Allah S.W.T. Menerusi akal ini manusia berpeluang meningkatkan pencapaian dirinya sama ada untuk kehidupan dunia ataupun bekalan di hari akhirat. Islam menjadikan berfikir sebagai satu kemestian ke atas semua manusia. Berfikir dianggap sebagai bentuk ibadah yang paling tinggi. Bagi pendapat saya, peranan akal mampu membawa sebuah masyarkat itu kearah masyarakat yang lebih berakhlak mulia dengan adanya iman dan amal dalam diri seseorang individu. Akal yang sihat dapat mencerminkan keperibadian seorang individu itu berfikir kea rah yang lebih professional dan matang. Ianya dapat bersaiang dengan individu lain dalam ilmu pengetahuan juga. Seorang individu itu juga berakhlak mulia dalam pendiriannya. Oleh sebab itu akal memainkan peranan yang besar dalam kehidupan manusia dan dalam Islam juga penggunaan akal amat digalakkan dalam memikirkan sesuatu. Seorang individu itu juga dapat berfikir dengan lebih professional dalam menyelesaikan permasalahan yang timbul dalam masyarakat. 3
  4. 4. 3. Akal juga berperanan bagi memikirkan tentang kejadian alam dan tanda-tanda kekuasaan Allah. Masyarakat sekarang masih lagi kurang sifat berusaha ,bekerja dan menyelesaikan tugasan sendiri, bahkan memerlukan pertolongan orang lain. Tanda- tanda kekuasaan Allah didapati dalam Al-quran. Seorang individu itu seharusnya berfikir ianya berasal daripada mana dan dari situ manusia akan menyedari kekuasaan Allah. Manusia yang dapat berfikir akan mula menyedari dari mana mereka berasal. Contohnya adanya hari khiamat dan syurga neraka di akhirat nanti. Kesemua ini manusia mula berfikir kejadian alam dan kekuasaan Allah. pegangan agama dalam diri seseorang individu dapat menjadikan seorang individu itu sendiri sentiasa berfikiran terbuka akan semua hal yang berkaitan dengan agama Islam. Allah s.w.t sentiasa menyuruh kita menggunakan akal dan timbangan kita sendiri dalam menangani masalah. Dalam Al-quran ada menyebut tentang akal seperti “ Tidakkah kamu menjalankan akal! Tidakkah kamu menimbangkan dengan fikiran kamu sendiri?”. Apabila kita mengetahui cara-cara berfikir maka kita akan dapat mengelakkan perkara-perkara yang tidak sepatutnya berada dalam lingkungan pemikiran kita seperti berfikir tentang zat Allah, berfikir perkara-perkara yang tidak baik. Berfikir tentang perkara yang tidak berfaedah akan mendatangkan kemudaratan kepada akal fikiran kita. Bagi pendapat saya akal mampu membawa sesebuah masyarakat itu kearah yang berakhlak mulia,berfikiran terbuka dan bertamadun. Hal ini kerana seorang individu itu boleh mengubah perangai dan kelakuan kepada yang jahat kepada baik. Jadi ini semua bergantung kepada akal seseorang. Dengan mendekatkan diri dengan Allah maka individu itu akan boleh pergi dengan lebih jauh dalam sesebuah masyarakat. Seorang individu itu boleh berfikir diluar kotak dan boleh bersama dengan individu yang lain dalam menyelesaikan permasalahan. Akal yang sentiasa dengan memikirkan perkara yang berfaedah akan mudah diterima apabila menuntut ilmu. 4
  5. 5. Sekiranya seorang individu itu tidak percaya dengan kekuasaan Allah akan menyebabkan masyarakat itu sentiasa mundur ke belakang. Peranan akal memainkan kesan yang mendalam dalam setiap individu kerana akal manusia perlulah sentiasa di isi dengan perkara-perkara yang baik, maka akan lahirlah masyarakat yang berilmu luhur ,berfikiran terbuka, berakhlak mulia dan masyarakat yang bertamdun lebih jauh dengan masyarakat lain. 5
  6. 6. KESIMPULAN Akal adalah suatu alat kerohanian manusia yang berfungsi dalam membezakan diantara yang benar atau salah. Jadi akal juga berfungsi untuk mengingatkan sesuatu,menilai apa yang salah. Namun dalam pemikiran terdapat perbezaan dalam penerapan ilmu pengetahuan dan pendidikan yang tidak sama. Dengan akal yang waras dan ilmu yang bermanfaat maka wujudlah kesan dan hikmah yang sangat besar sekiranya kita menajamkan akal kita dengan membaca. Seseorang yang berilmu pengetahuan dan menjadi pakar dalam sesuatu bidang, di dalam Islam penggunaan akal amat digalakkan khususnya dalam mencari bukti dan hujah kewujudan tuhan. Lebih penting lagi dapat menyuburkan dan meningkatkan iman kerana telah menerapkan nilai-nilai Islam dalam masyarakat. Tambahan lagi apabila seseorang berfikir berlandaskan wahyu dan syarak pastikan dengan hati nurani yang hak dan batil itu dapat dibezakan. Kemudian hubunga dengan Allah sentiasa terpelihara seterusnya meletakkan manusia itu merendah diri di atas kebijaksanaan dan rahmat Allah. Jadi bagi pendapat saya,akal memainkan peranan utama dalam membentuk individu dan masyarakat ke arah masyarakat yang bertamadun. Jadi sikap individu iti sendiri yang dapat mengubah perangai atau sifat seseorang ke arah yang lebih baik. Menurut Za’ba perangai bergantung kepada diri sendiri merupakan tunjang kepada kejayaan ,kerana ianya adalah asas tempat berdirinya segala kemajuan seseorang individu. Apabila masyarakat mengetahui cara-cara yang betul maka amanlah Negara daripada konflik-konflik yang membawa kepada kemusnahan. 6

×