• Save
Tugasan 2 KAE 3013 D20102044284
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Like this? Share it with your network

Share

Tugasan 2 KAE 3013 D20102044284

on

  • 3,846 views

 

Statistics

Views

Total Views
3,846
Views on SlideShare
3,843
Embed Views
3

Actions

Likes
8
Downloads
0
Comments
0

1 Embed 3

http://www.facebook.com 3

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

Tugasan 2 KAE 3013 D20102044284 Document Transcript

  • 1. KAE 3013: EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK TAJUK TUGASAN 2: Dua Aktiviti Kreatif untuk Sambutan Hari Kemerdekaan KUMPULAN : UPSI-A25 (A112PJJ) DISEDIAKAN OLEH : NAMA NO. ID NO. TELEFONTAN BEE SIM D20102044284 012-5614097 NAMA TUTOR E-LEARNING: CIK ANIS NORMA BINTI MOHAMAD JAAFAR TARIKH SERAH:
  • 2. [Pick the date] 4 MEI 2012 ISI KANDUNGAN Tajuk Halaman1. Pendahuluan 42. Rasional 53. Pengenalan 64. Objektif 65. Aktiviti 1: Pameran “Perjuangan Kemerdekaan Negara Malaysia” 5.1. Tema 7 5.2. Tajuk 7 5.3. Konsep Pameran 7 5.4. Rasional Pameran 7 5.5. Objektif Pameran 8 5.6. Matlamat Pameran 8 5.7. Anjuran 9 5.8. Tarikh/ Hari 9 5.9. Masa 9 5.10. Tempat Pameran 9 5.11. Kumpulan Sasaran 9 5.12. Peralatan dan Bahan-bahan yang perlu disediakan 10 5.13. Langkah Pelaksanaan 10-12 5.14. Unsur-unsur Kreativiti 12 5.15. Nilai Murni 136. Aktiviti 2: Pertandingan Melukis dan Mewarna 6.1. Tema 14 6.2. Tajuk 14 6.3. Konsep Pertandingan 14 6.4. Objektif Pertandingan 14 6.5. Matlamat Pameran 15 6.6. Anjuran 15 6.7. Tarikh/ Hari 15 6.8. Masa 15 6.9. Tempat Pertandingan 15 6.10. Kumpulan Sasaran 16 6.11. Peralatan dan Bahan-bahan yang perlu disediakan 16 6.12. Syarat-syarat Pertandingan 17 6.13. Tempoh Pendaftaran 18 6.14. Metodologi Penilaian 18 6.15. Hadiah Pertandingan 19 6.16. Langkah-langkah Pelaksanaan 19-22 6.17. Unsur-unsur Kreativiti 23 6.18. Nilai Murni 24-257. Kesimpulan 25 Bibliografi 26 KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak 2
  • 3. [Pick the date] KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak 3
  • 4. [Pick the date]SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) SAN MIN NO.2 Perancangan AktivitiSambutan Hari Kemerdekaan ke-55 Peringkat Sekolah Tahun 2012 KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak 4
  • 5. [Pick the date] KERTAS KERJA SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN SJK (C) SAN MIN NO. 2, TELUK INTAN, PERAK. TAHUN 20121. PENDAHULUAN Kini tercapainya 55 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan. Lihatlah, betapa aman dan harmoninya masyarakat Malaysia. Sebagai rakyat malaysia kita hendaklah bersyukur dengan apa yang dikecapi kini. Sebagai mengecapi rasa bangga menjadi rakyat Malaysia, pihak sekolah akan mengadakan pelbagai aktiviti berunsurkan kemerdekaan Malaysia bagi melahirkan semangat patriotisme yang tinggi di kalangan murid-murid SJK(C) San Min No.2, Teluk Intan, Perak. Sambutan kemerdekaan dilaksanakan setiap tahun di peringkat kebangsaan, negeri, daedah dan sekolah. Bagi menjayakannya, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengarahkan sambutan diadakan setiap sekolah di seluruh Negara. Justeru itu, pihak SJK (C) San Min No.2, Teluk Intan juga tidak ketinggalan untuk menyambut perayaan Hari Kemerdekaan yang ke-55. Oleh yang demikian, pelbagai aktiviti telah disusun dan diatur bagi memeriahkan sambutan bulan kemerdekaan. Program Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat SJK (C) San Min No.2 tahun 2012 dianjurkan bersama oleh Jawatankuasa Ko-kurikulum dengan kerjasama Panitia Pendidikan Seni Visual, Panitia Kajian Tempatan, Panitia Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan, dan Panitia Muzik. Program ini adalah bermatlamat untuk memupuk semangat cintakan tanah air dan mengenangkan jasa-jasa pemimpin terdahulu dalam usaha untuk membebaskan Malaysia daripada penjajah. Program ini juga berperanan memupuk semangat patriotisme di dalam jiwa murid- murid sekolah supaya ia disemai dan dipupuk sejak mereka kecil dan menjadi sebati bila mereka meningkat remaja dan dewasa. Oleh itu, kami merasakan sambutan bulan kemerdekaan ini amat penting kepada murid-murid kerana banyak ilmu yang boleh dipelajari darinya. Murid-murid juga dapat meningkatkan semangat cinta dan sayangkan Negara. KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak 5
  • 6. [Pick the date]2. RASIONAL Sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos setiap tahun setelah mendapat kemerdekaan daripada penjajah British pada tahun 1957. Sambutan ini bukan hanya diadakan pada hari tersebut tetapi juga sepanjang tahun. Semenanjung Tanah Melayu merdeka pada 31 Ogos 1957. Sementara Sabah dan Sarawah merdeka melalui Malaysia pada 16 September 1963. Namun 31 Ogos 1957 tetap dikira sebagai tarikh rasmi negara Malaysia merdeka. Tunku Abdul Rahman sememangnya memberi semangat yang mendalam kepada seluruh rakyat ketika itu. Namun telah lebih daripada lima puluh tahun Negara kita merdeka, sambutan yang diadakan semakin jauh terpesong. Sajian hiburan dan keseronokan yang keterlaluan jelas sekali bertentangan dengan matlamat sambutan merdeka. Banyak wang yang dibazirkan dan kesannya mungkin lebih merosakkan sahsiah generasi muda hari ini. Untuk menarik minat murid ke arah mengenali serta menghayati nilai-nilai yang sepatut diamalkan bagi bangsa yang merdeka, pihak sekolah merancangkan aktiviti yang berkenaan. Aktiviti ini diyakini dapat memberi pendedahan awal kepada murid tentang cara yang betul dan benar untuk menyambut dan menghayati Hari Kemerdekaan Negara kita tanpa melalukan perkara yang tidak sepatutnya dilakukan. Program sambutan bulan kemerdekaan Peringkat SJK (C) San Min No. 2, Teluk Intan telah dirangka dan dilaksanakan bagi menyemai semangat patriotisme dan cintakan negara di kalangan murid-murid SJK (C) San Min No.2, Teluk Intan. Di samping itu aktiviti-aktiviti ini dirancang bagi mencungkil bakat seni dan mengalakkan persaingan sihat di kalangan murid-murid. KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak 6
  • 7. [Pick the date]3. PENGENALAN Aktiviti kokurikulum merupakan salah satu elemen penting dalam melengkapkan lagi kecemerlangan menyeluruh setiap murid. Bagi memenuhi keperluan ini, maka Unit Kokurikulum, SJK(C) San Min No. 2, Teluk Intan, Perak dengan kerjasama pihak pengurusan sekolah, akan melaksanakan program Kemerdekaan 2012. Program ini bertujuan memupuk semangat cintakan tanah air, mengasah dan menonjolkan bakat dan juga diharap dapat mengeratkan silaturahim di kalangan murid dan juga guru-guru.4. OBJEKTIF Sambutan Hari kemerdekaan yang dijalankan di sekolah setiap tahun merupakan salah satu daripada pengisian wajar bagi mengenang dan menghargai negara Malaysia. Di samping itu, sambutan ini juga bermatlamat untuk 4.1. Mengalakkan aktiviti berkelompok (kemasyarakatan) dan mewujudkan sikap kerjasama, tolong menolong serta mewujudkan suasan muhibbah secara sedar dan terancang. 4.2. Menanamkan sikap tanggungjawab dan semangat cintakan negara murid kepada negara Malaysia. 4.3. Memberi kesedaran kepada murid bahawa kita sangat bahagia dan bernasib baik menjadi warganegara Malaysia. 4.4. Memberi kesedaran bahawa kepentingan hidup dalam keadaan aman damai. 4.5. Menghayati nilai jati diri dan patriotik kepada Malaysia. 4.6. Melahirkan murid kreatif dan inovatif. 4.7. Memberi ruang untuk menunjukkan hasil ciptaan yang tersendiri. KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak 7
  • 8. [Pick the date]5. AKTIVITI 1: Pameran “Perjuangan Kemerdekaan Negara Malaysia” 5.1. Tema : Satu Bangsa Satu Negara 5.2. Tajuk : Pameran “Perjuangan Kemerdekaan Negara Malaysia” 5.3. Konsep Pameran : Menyediakan satu pameran “Sentuhan Merdeka” yang ringkas tetapi padat dengan pengetahuan tentang “Perjuangan Kemerdekaan Negara”. 5.4. Rasional Pameran : Perjuangan kemerdekaan tanah air telah menunjukkan semangat yang kuat, kesungguhan, keberanian dan pengorbanan yang tinggi. Perjuangan ini dilihat lebih berfokuskan kepada semangat untuk bebas daripada penjajahan bangsa asing. Inilah semangat yang perlu dimiliki oleh masyarakat Malaysia pada masa kini. Selain itu, kesungguhan dan keberanian adalah peranan penting untuk memperjuangkan nasib negara, kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya menghargai perjuangan kemerdekaan negara dengan berusaha untuk memajukan negara. Di samping itu, memperkembangkan potensi murid-murid supaya mereka dapat mencungkil bakat murid-murid KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak 8
  • 9. [Pick the date]5.5. Objektif Pameran: 5.5.1. Untuk melatih diri ahli kumpulan yang terlibat supaya lebih bersatu dan bekerjamana dalam menyiapkan tugasan. 5.5.2. Untuk menyemai sikap patriotisme yang tinggi dalam diri masyarakat yang terlibat dengan pameran ini. 5.5.3. Untuk mengenali tokoh-tokoh perjuangan tanah air yang sanggup berkorban untuk kemerdekaan Negara. 5.5.4. Untuk mengetahui lebih mendalam lagi mengenai KEMERDEKAAN NEGARA.5.6. Matlamat Pameran: 5.6.1. Menambah ilmu murid-murid melalui pencarian bahan-bahan yang berkaitan dengan pameran “Sentuhan Merdeka”. 5.6.2. Memberi peluang kepada murid-murid mengaplikasikan ilmu yang diterima sewaktu pengajaran dan pembelajaran dengan menyampaikan dapatan kepada pengunjung yang hadir. 5.6.3. Menambah ilmu murid-murid melalui penerangan dan interaksi soal jawab antara murid-murid dan pengunjung pameran. 5.6.4. Memberi kesedaran kepada para pengunjung agar nenveri perhatian yang sepatutnya agar perkembangan dan pertumbuhan manusia berlangsung dengan baik. 5.6.5. Merangsang daya berfikir, daya kreatif dan inovatif murid-murid dalam usaha menarik minat pengunjung menjengah ke pameran. KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak 9
  • 10. [Pick the date]5.7. Anjuran : Program ini dianjurkan bersama oleh: 5.7.1. Jawatankuasa Ko-kurikulum SJK (C) San Min No.2 5.7.2. Panitia Pendidikan Seni Visual, SJK (C) San Min No.2 5.7.3. Panitia Kajian Tempatan, SJK (C) San Min No.2 5.7.4. Panitia Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan, SJK (C) San Min No.2 5.7.5. Panitian Kemahiran Hidup, SJK (C) San Min No.25.8. Tarikh / Hari : 30 Ogos 2012 (Khamis)5.9. Masa : 8.00 pagi hingga 11.00 tengah hari5.10. Tempat Pameran : Bilik Pemulihan SJK (C) San Min No.25.11. Kumpulan Sasaran : Murid-murid tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6) KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak 10
  • 11. [Pick the date]5.12. Peralatan dan Bahan-bahan yang perlu disediakan 5.12.1. Papan kenyataan 5.12.2. Rak-rak yang sesuai 5.12.3. Meja-meja 5.12.4. LCD 5.12.5. Projekter 5.12.6. Komputer riba 5.12.7. Skrin.5.13. Langkah-langkah Pelaksanaan 5.13.1. Menubuhkan Jawatankuasa Induk. Penasihat : En. Ong Chin Huat (Guru Besar SJK (C) San Min No.2) Pengerusi : En. Tan Chuang Tong (PK1, SJK (C) San Min No.2) Naib Pengerusi : Cik Teh Guat Wah (PK HEM, SJK (C) San Min No.2) Setiausaha : Pn. Ngoo Siew Hong (PK KK, SJK (C) San Min No.2) Bendahari : Pn. Teoh Hui Ling Ahli Jawatankuasa : a. Pn. Eu Lai Ngo (SU Sukan) b. Pn. Yap Toong Sen (Ketua Panitia PSV) c. Pn. Peng Lay Kuan (Ketua Panitia KT) d. Pn. Goh Jing Yen (Ketua Panitia SV) e. Guru-guru mata pelajaran KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak 11
  • 12. [Pick the date]5.13.2. Jadual PelaksanaanBil Tugas-Tugas Catatan1.  Menguruskan aturcara majlis. 1/8/2012 hingga  Menentukan tajuk-tajuk yang ingin disembahkan. 3/8/2012  Memilih lokasi yang sesuai untuk mengadakan pameran.  Menyediakan jadual tugas sewaktu pameran.2.  Mencari bahan-bahan untuk pemeran. 4/8/2012 hingga  Megumpul info dan fakta serta bahan-bahan yang 13/8/2012 seuai untuk pameran.  Membaca dan berbincang dengan kumpulan untuk memilih bahan-bahan yang sesuai untuk pameran.3.  Menyediakan cara persembahan dengan kreativiti 14/8/2012 sendiri. Contoh menyediakan poster, risalah, hingga menggunakan komputer, dan sebagainya. 29/4/20124.  Memberi penerangan kepada murid-murid yang 30/8/2012 mengunjung pameran supaya mereka lebih terang dan jelas.Semua murid yang bertugas perlu peka terhadap tanggungjawab masing-masingdan melaksanakan tugas-tugas dalam jangka masa yang ditetapkan. Jikamenghadapi masalah boleh meminta bantuan daripada guru pembimbing masing-masing. Kerjasam antara murid dan guru amat diperlukan semasa menjalankantugasan. KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak 12
  • 13. [Pick the date] 5.13.3. Bahan atau Sumber yang berkaitan Tajuk Pameran a. Internet b. Buku Rujuka Sejarah c. Majalah d. Suratkhabar Untuk memastikan kebetulan, semua maklumat yang dicari perlu disemak oleh guru pembimbing.5.14. Unsur-unsur Kreativiti Kreativiti murid dapat dibina melalui pameran. Pameran ini bertujuan mempamerkanperjuangan kemerdekaan tanah air. Selepas mencari dan mengumpul maklumat yangdiperlukan, kreativiti murid-murid adalah diperlukan kerana mereka perlumempertimbangkan cara menyusun maklumat yang hendak dipamer. Murid-murid yang bertugas dalam pameran perlu berfikiran kreatif dan bernassemasa mendapat sesuatu idea dan melaksanakan idea dengan sempurna dan baik.Disebabkan pameran merupakan sesuatu yang rumit, murid-murid perlu merancang apayang patut dilaksanakan terlebih dahulu sebelum menjalankan langkah yang seterusnya.Murid-murid perlu meningkatkan kemahiran meramal dan membuat keputusan sebelumsesuatu kejadian yang berlaku supaya kebaziran dapat dielakkan. Semasa merancangkan pameran, murid-murid yang terlibat perlulah mampumemberi idea, mengolak idea dan seterusnya dapat mencipta ataupun mereka sesuatuyang baru supaya pameran yang disediakan mempunyai gaya yang tersendiri. Murid-murid perlu kreatif semasa mempersembahkan maklumat kepada pengunjungseperti menggunakan gambar, power point yang bergambar dan sebagainya supayamurid-murid dapat memahami perjuangan kemerdekaan Negara dengan lebihmendalam. Pameran ini penting dalam meningkatkan pembinaan daya kreativiti kanak-kanak.Perancangan ini banyak memberi faedah kepada murid-murid dalam mengembangkanpotensi diri yang unik. KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak 13
  • 14. [Pick the date]5.15. Nilai Murni 5.15.1. Bekerjasama Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Semasa menyediakan maklumat pameran, kerjasama antara satu sama lain amat diperlukan. Sekiranya, hanya seorang yang bertugas, tentunya tidak dapat menyiapkannya dalam tempoh yang ditetapkan. Lagi pun, kebakatan setiap murid adalah berbeza, maka setiap murid haruslah bekerjasama supaya pameran dapat dijalankan dengan lancar. 5.15.2. Patriotisme Pameran ini memperkenalkan sejarah di Malaysia. Dengan itu, semasa mengumpul maklumat, tentunya anak-anak murid dapat memahami peristiwa- peristiwa sebelum kemerdekaan dan bagaimana negara kita mencapai kemerdekaan. Harap-harapnya, pameran itu dapat mengingat anak-anak murid supaya menghargai sumbangan daripada pahlawan-pahlawan dan juga mencintai Negara kita Malaysia lalu memupuk dan menyemaikan semangat cinta akan negara dalam hati murid-murid. 5.15.3. Bertanggungjawab Melalui pameran ini dapat menyedarkan murid-murid pentingnya bersikap bertanggungjawab. Memang pun menyiapkan kerja dan menghantarnya pada masa yang ditetapkan merupakan sikap bertanggungjawab yang perlu ada pada setiap murid. Murid-murid perlulah sedar bahawa apabila terlibat dalam aktiviti, mereka mesti bersikap bertanggungjawab dengan menyertai dan menjalankan aktiviti dengan bersungguh-sungguh agar aktiviti dapat berjalan dengan lancar. 5.15.4. Rasional Murid-murid boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata, mampu membuat pertimbangan, keputusan dan tindakan dengan cepat dan tepat berlandaskan ilmu yang sedia ada. KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak 14
  • 15. [Pick the date]6. AKTIVITI 2 : PERTANDINGAN MELUKIS DAN MEWARNA 6.1. Tema : Satu Bangsa Satu Negara 6.2. Tajuk : Pertandingan Melukis dan Mewarna Sempena Hari Kemerdekaan 6.3. Konsep Pertandingan : Murid-murid akan menunjukkan bakat seni dan kreativiti mereka dalam bentuk melukis dan mewarna. Tema pertandingan ini adalah semestinya kemerdekaan dan patriotik. 6.4. Objektif Pertandingan : 6.4.1. Memberi peluang kepada murid-murid bagi menunjukkan bakat mereka dalam seni lukis. 6.4.2. Memberi pendedahan kepada murid-murid untuk lebih berminat dalam aktiviti seni kreatif serta menggalakkan murid-murid terlibat dalam aktiviti pertandingan. 6.4.3. Meningkatkan keyakinan dan kendiri murid dalam menghasilkan sesuatu yang kraetif. 6.4.4. Untuk menyemai sikap patriotisme yang tinggi dalam diri masyarakat yang terlibat dengan pertandingan ini. 6.4.5. Memberi peluang kepada murid-murid untuk menghasilkan karya mengikut kreativiti masing-masing. 6.4.6. Melahirkan murid kreatif dan inovatif. KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak 15
  • 16. [Pick the date]6.5. Matlamat Pertandingan: 6.5.1. Memberi peluang kepada murid-murid mengaplikasikan ilmu yang diterima sewaktu pengajaran dan pembelajaran dengan pertandingan. 6.5.2. Merangsang daya berfikir, daya kreatif dan inovatif murid-murid dalam usaha menghasilkan karya masing-masing. 6.5.3. Untuk memupuk semangat cintakan negara. 6.5.4. Murid-murid mendapat pendedahan berkenaan konsep 1 Malaysia. 6.5.5. Pelajar dapat mengekspresikan bakat masing-masing6.6. Anjuran : Program ini dianjurkan bersama oleh: 6.6.1. Jawatankuasa Ko-kurikulum SJK (C) San Min No.2 6.6.2. Panitia Pendidikan Seni Visual, SJK (C) San Min No.2 6.6.3. Panitia Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan, SJK (C) San Min No.26.7. Tarikh / Hari : 26 Ogos 2012 (Ahad)6.8. Masa : 8.30 pagi hingga 10.30 pagi6.9. Tempat Pertandingan : Dewan Serbaguna SJK (C) San Min No.2 KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak 16
  • 17. [Pick the date]6.10. Kumpulan Sasaran : Semua murid SJK (C) San Min No.26.11. Peralatan dan Bahan-bahan yang perlu disediakan 6.11.1. Kertas-kertas lukisan 6.11.2. Bahan Penghiasan pentas 6.11.3. Mikrofon 6.11.4. Pemain CD 6.11.5. Papan kenyataan untuk menampalkan hasil karya yang menang dalam pertandingan. Untuk melancarkan pertandingan ini, guru yang bertugas hendak memastikan peralatan yang diperlukan disiap sedia sebelum pertandingan tersebut dimulakan. Guru berkenaan juga perlu memastikan peralatan yang disediakan baik dan dapat berfungsi. Bilik yang sesuai perlu disediakan untuk para hakim supaya mereka dapat menilai hasilan murid-murid dalam keadaan yang tidak diganggu. KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak 17
  • 18. [Pick the date]6.12. Syarat-syarat Pertandingan 6.12.1. Pertandingan ini terbuka kepada murid-murid SJK (C) San Min No.2, Teluk Intan, Perak. 6.12.2. Terbahagi kepada TIGA kategori dan . 6.12.2.1. Kategori A- Tahun 1 dan Tahun 2 6.12.2.2. Kategori B- Tahun 3 dan Tahun 4 6.12.2.3. Kategori C- Tahun 5 dan Tahun 6 6.12.3. Jenis Pertandingan 6.12.3.1. Kategori A- Mewarna (Pensel Warna). 6.12.3.2. Kategori B- Melukis dan Mewarna (Krayon) 6.12.3.3. Kategori C- Melukis dan Mewarna (Oil Pastel) 6.12.4. Peraturan-peraturan Pertandingan. 6.12.4.1. Terbuka kepada semua murid SJK (C) San Min No.2. 6.12.4.2. Kertas warna akan disediakan oleh pihak sekolah. 6.12.4.3. Peserta-peserta perlu membawa semua peralatan mewarna. 6.12.4.4. Masa pertandingan bagi Kategori A adalah 90 minit, manakala Kategori B dan Kategori C adalah 180 minit. 6.12.4.5. Peserta dikehendaki berhenti mewarna setelah tamat tempoh diberikan. Tindakan membatalkan peryertaan boleh diambil sekiranya peserta terus mewarna. 6.12.4.6. Keputusan hakim adalah MUKTAMAD. 6.12.4.7. Keputusan pertandingan akan diumumkan pada pukul 11.30 pagi. KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak 18
  • 19. [Pick the date]6.13. Tempoh Pendaftaran Tarikh tutup pendaktaran adalah 17 Ogos 2012 (Jumaat).6.14. Metodologi Penilaian 6.14.1. Penilaian akan dilakukan terhadap semua penyertaan yang diterima daripada kumpulan yang menyertai pertandingan ini. 6.14.2. Penilaian akan dijalankan melalui penelitian terhadap gaya lukisan dan kreativiti hasil karya yang diterima. 6.14.3. Kriteria-Kriteria yang diambil kira adalah seperti berikut. 6.14.3.1. Pertandingan Melukis dan Mewarna Kriteria Markah Penuh 1. Keaslian 15% 2. Pemilihan Warna 35% 3. Kesesuaian a. Ideatiti dan imej korporat (10%) 20% b. Ketepatan kepada tema (10%) 4. Kreativiti a. Reka bentuk (15%) 40% b. Kekemasan (10%) c. Unik (15%) JUMLAH KESELURUHAN 100% KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak 19
  • 20. [Pick the date]6.15. Hadiah PertandinganHanya sepuluh hasil karya sahaja bagi setiap kategori akan dipilih untuk memenangipertandingan ini. Pemenang-pemenang akan menerima hadiah serta sijil penghargaanseperti berikut. (tertakluk pada pindaan) Hadiah-hadiah Johan Wang Tunai RM20, hadiah Istimewa dan Sijil Naib Johan Wang Tunai RM10, hadiah Istimewa dan Sijil Ketiga Wang Tunai RM5, hadiah Istimewa dan Sijil Sagu Hati (7 buah) Hadiah Istimewa dan Sijil6.16. Langkah-langkah Pelaksanaan 6.16.1. Menubuhkan Jawatankuasa Induk. Pengerusi : En. Ong Chin Huat (Guru Besar SJK (C) San Min No.2) Naib Pengerusi : En. Tan Chuang Tong (PK1, SJK (C) San Min No.2) : Cik Teh Guat Wah (PK HEM, SJK (C) San Min No.2) : Pn. Ngoo Siew Hong (PK KK, SJK (C) San Min No.2) Setiausaha : Pn. Chong Poh Lian Bendahari : Pn. Teoh Hui Ling Juru Ordit : Pn. Ngoo Siew Hong Ahli Jawatankuasa : Semua Guru KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak 20
  • 21. [Pick the date]6.16.2. Menubuhkan Jawatankuasa Kerja Hari Kemerdekaan 2012 En. Keong C.E Pn. Sik L.P Perhiasana Pentas / Pengemasan Pn. Ng K. B Cik Cheah S. E Juruacara Pn. Wan Yuet Sum Penyelaras Pn Yap T.S Pertandingan Cikgu Wan Pn Eu L.N. Tahun 1 dan 2 Cik Ng K.M. Pn. Kway L.K. Pn. Goh J.Y. Pn. Moy K.L. Hakim Tahun 3 dan 4 Pn Teh D.E. Pn Lee L. C. Cikgu Misya Cik Teh G.W. Tahun 5 dan 6 Cikgu Nik Pn Lee S.S. Pn. Liew B.C. Cik Loh S.Y Disiplin Murid Pn. Tan Y.T. Pn. Yong Y. Y. Pn Lee S.T. Cik Lau W.S Jamuan Tetamu Pn. Loh S.L. Pn Lew M.G. Pn Kang Y.L. Cik Chong S.F Makanan Peserta Pn Tan Y.N. Cik Tan B.S. Hadiah Pn Lam C. K. Cik Tang A.L Siaraya En Tan C.T. Pn Moi G.C. Jurufoto Cik Moy K.L. Pn. Ong Y.M KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak 21
  • 22. [Pick the date]6.16.3. Jadual Pelaksanaan Bil AJK KERJA TUGAS-TUGAS CATATAN 1. Hiasan pentas  Persiapan latar belakang dan Sebelum pentas. pertandingan mula  Memastikan banner digantung dan disimpan.  Menyusun kerusi. 2. Sambutan  Senarai VIP yang hendak Hantar kad dijemput. sebelum 22 Ogos 2012  Sediakan kad jemputan. 3. Hadiah  Menguruskan pembelian hadiah / Mengendalikan cenderahati. Penyampaian  Sediakan anggaran perbelanjaan. hadiah  Anggaran Perbelanjaan dibincangkan dengan Guru Besar. 4. Siaraya  Menyediakan alat-alat siaraya Sebelum pukul yang diperlukan oleh pertandingan. 8.00am pada hari tersebut  Memastikan alat siaraya berfungsi dengan baik.  Menyiarkan lagu patriotisme yang sesuai semasa pertandingan dijalankan.  Menyimpan semua alatan selepas pertandingan. 5. Jurufoto  Merakam dan mengambil gambar Sepanjang semasa aktiviti dijalankan. masa pertandingan  Menyediakan dokumentasi dan KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak 22
  • 23. [Pick the date] segala kertas kerja sambutan hari kemerdekaan. 6. Juruacara  Menyediakan teks yang Sepanjang bersesuaian bagi setiap majlis. masa pertandingan 7. Jamuan  Menyediakan makanan yang Menempah cukup untuk semua tetamu dan makanan dan peserta. menyiapkan makanan sebelum jamuan dimulakanSemua guru yang bertugas perlu peka terhadap tanggungjawab masing-masingdan melaksanakan tugas-tugas dalam jangka masa yang ditetapkan. Kerjasamaantara guru amat diperlukan semasa menjalankan tugasan. KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak 23
  • 24. [Pick the date]6.17. Unsur-unsur Kreativiti Kreativiti murid dapat dibina melalui pertandingan melukis dan mewarna sempena hari kemerdekaan. Pertandingan ini menggalakkan murid membuat penerokaan dan percubaan dalam mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan yang disediakan. Proses ini akan memperkembangkan aspek psikomotor dan kemahiran asas seni visual berhubung dengan manipulasi alat dan bahan serta teknik-teknik mudah. Semasa beinteraksi dengan alat dan bahan, muris membuat interpretasi dan menyelaraskan konsepsi visualnya dengan objek yang dilihat. Proses pembelajaran ini amat penting kerana ini merupakan salah satu peluang untukmurid-murid belajar. Dalam menghasilkan karya seni, murid-murid akan lebih berdisplin, cekal dan berminat dengan subject seni ini. Keyakinan murid dapat ditingkatkan dengan memberikan peluang kepadanya. Secara tidak langsung, ini dapat membantu meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi. Dengan ini, murid-murid akan berasa menyeronok dalam mempelajari seni. Murid yang menyertai aktiviti melukis dan mewarna dalam suasana keriangan dan keseronokan sudah pasti bebas daripada tekanan emosi dan membina kecekalan dalam menghadapi persaingan dan cabaran. Individu yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi dapat melakukan aktiviti tanpa rasa segan terhadap pandangan orang lain terhadap dirinya. Oleh sebab itu, setiap aktiviti yang dilakukan perlulah ada keyakinan supaya dapat menjamin keberkesanannya. Ternyatanya, pertandingan ini dapat meningkatkan dan membuka ruang ke arah pembinaan daya kreativiti kanak-kanak. Murid-murid perlulah banyak diberi peluang untuk mengembangkan potensi diri supaya mereka dapat mengambil tahu kekuatan diri. KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak 24
  • 25. [Pick the date]6.18. Nilai MurniNilai-nilai murni yang dapat dikembangkan dalam sambutan Hari Kemerdekaan melaluipertandingan melukis dan mewarna adalah seperti berikut: 6.18.1. Menepati masa Murid-murid yang menyertai pertandingan, murid-murid mesti menepati masa. Sekiranya mereka lewat, kemungkinannya mereka tidak dapat menyertai pertandingan. Lagipun, setiap pertandingan, masa yang diperuntukkan adalah penting, jika murid-murid tidak dapat menyiapkan hasilan dalam masa yang ditetapkan, hasilan mereka akan dibatalkan. Maka, melalui pertandingan melukis dan mewarna ini, murid-murid perlu selalu mengamalkan nilai menepati masa. 6.18.2. Kesabaran Melukis dan mewarna merupakan bidang yang memerlukan kesabaran. Murid-murid perlu sabar semasa pertandingan, supaya mereka menghasilkan karya yang baik dan memuaskan. Sekiranya, murid-murid tergesa-gesa semasa melukis atau mewarna, pastinya hasilan mereka kasar. Maka, boleh dikatakan bahawa melukis dan mewarna dapat melatih kesabaran seseorang. 6.18.3. Bertanggungjawab Melalui pertandingan dapat menyedarkan murid-murid pentingnya bersikap bertanggungjawab. Memang pun menyiapkan kerja dan menghantarnya pada setiap murid. Murid-murid perlulah sedar bahawa apabila terlibat dalam aktiviti, mereka mesti bersikap bertanggungjawab dengan menyertai dan menjalankan aktiviti dengan bersungguh-sungguh agar aktiviti dapat berjalan dengan lancar. 6.18.4. Yakin pada Diri Sendiri Dalam pertandingan melukis dan mewarna, murid-murid yang menyertai pertandingan mestilah mempunyai keyakinan diri supaya mereka tidak dipengaruhi oleh rakan-rakan. Melukis dan mewarna merupakan bidang yang kreatif. Maka, murid-murid mesti mempunyai yakin diri dan selalu percaya kepada kebolehan diri dalam menghasilkan karya yang kreatif dan tersendiri. KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak 25
  • 26. [Pick the date] 6.18.5. Berani Mencuba Murid-murid yang menyertai pertandingan ini perlulah berani mencuba dan sanggup melakukan sesuatu yang mencabar dengan penuh kreatif dan inovatif. Murid-murid perlu mencuba apa yang dianggap baik dalam pertandingan. Latihan in dapat mengembang potensi individu secara tidak langsung. 6.18.6. Berdikari Nilai berdikari juga dapat dipupuk dalam pertandingan mewarna dan melukis kerana murid-murid dapat menghasilkan karya tanpa bantuan orang lain. Mereka mempunyai kesanggupan dan kebolehan melakukannya seorang diri. Tambahan pula, mereka yakin kepada diri sendiri, percaya kepada kebolehan diri sendiri dan sanggup bertindak.7. Kesimpulan Realitinya, apabila semua miurid berpeluang menyertai aktiviti-aktiviti yang sesuaidengan minat dan kebolehan mereka, maka terbentuklah satu situasi ideal yang dapatmemenuhi matlamat sosial iaitu diterima sebagai anggota kelompok. Murid-murid bukan sahaja perlu diterima oleh kelompok atau masyarakat, mereka jugamemerlukan kasih sayang dan perhatian. Dengan itu, banyak memberi galakan dan pujiankepada anak-anak murid supaya mereka merasakan bahawa guru menghargai bakatmereka yang istimewa. Secara tidak langsung, hubungan antara guru dan murid dapatdieratkan. Proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dalam keadaan yangharmonis, tentunya pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan. KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak 26
  • 27. [Pick the date] BIBLIOGRAFIBakar Nordin Dan Ikhsan Othman. (2003). Falsafah Pendidikan Dan Kurikulum. Perak: Quantum Books.Gardner. (1990). Art Education and Human Development. California: The Getty EducationInstitute Mohd Azhar Abd Hamid. (2004). Kreativiti: Konsep, Teori dan Praktis. Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.Nor Anuwar bin Hamat. Kreativiti Dalam Pendidikan Jabatan Kajian Sosial dari laman web http://www.scribd.com/doc/52689900/Kreativiti-Seni-dalam-PendidikanIbrahim Hassan. (2001). Pendidikan Seni Di Malaysia: Antara Harapan Dan Kenyataan dalam Seminar Pedagogi Pendidikan Seni Visual. Tanjong Malim, UPSI.Mazlan Mohamad. (1997). Pendidikan Seni 2: Kurikulum Pendidikan Seni. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.Mohd.Azhar.Hamaid. (2004). Kreativiti: Konsep Teori dan Praktiks. Johor: Universiti Teknologi Malaysia. KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak 27