• Share
  • Email
  • Embed
  • Like
  • Save
  • Private Content
Tugasan 1 KAE3013_D20102044284
 

Tugasan 1 KAE3013_D20102044284

on

  • 23,544 views

 

Statistics

Views

Total Views
23,544
Views on SlideShare
23,542
Embed Views
2

Actions

Likes
47
Downloads
0
Comments
7

1 Embed 2

http://www.facebook.com 2

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel

17 of 7 previous next Post a comment

  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    Tugasan 1 KAE3013_D20102044284 Tugasan 1 KAE3013_D20102044284 Document Transcript

    • KAE 3013: EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK TAJUK TUGASAN 1: Seni Lukis KUMPULAN : UPSI-A25 (A112PJJ) DISEDIAKAN OLEH : NAMA NO. ID NO. TELEFONTAN BEE SIM D20102044284 012-5614097 NAMA TUTOR E-LEARNING: CIK ANIS NORMA BINTI MOHAMAD JAAFAR TARIKH SERAH: 4 MEI 2012
    • TAN BEE SIM (D20102044284) ISI KANDUNGAN Tajuk Halaman1. Pengenalan 42. Seni Lukis 4-83. Jenis-jenis Lukisan 9-134. Seni Lukis dengan Kepelbagaian Etnik Di Malaysia 13-155. Peningkatan Seni dalam Pendidikan DI Malaysia 156. Kepentingan Seni Lukis kepada Kanak-kanak 16-177. Pembelajaran Kanak-kanak dalam Seni Lukis 18-208. Kepentingan Seni dalam Pendidikan kepada Pendidik 21-229. Faedah yang diperolehi melalui pembelajaran Seni Lukis dalam 23-25 Pendidikan10. Meningkatkan Kesedaran terhadap Kepelbagaian Budaya di Malaysia 26-2811. Penghubungkaitan Seni terhadap Keperlbagaian Budaya di Malaysia 29-3112. Kesimpulan 31 Bibliografi 32 KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak 2
    • TAN BEE SIM (D20102044284)Tajuk Tugasan 1:Huraikan secara teperinci bagaimana bidang SENI LUKIS dapat menyumbang kepadaperkembangan dan pembelajaran kanak-kanak serta meningkatkan kesedaranterhadap kepelbagaian budaya di Malaysia.1. Pengenalan Seni sebagai suatu bentuk ekspresi seniman memiliki sifat-sifat kreatif, emosional, individual, abadi dan universal. Sesuai dengan salah satu sifat seni yakni kreatif, maka seni sebagai kegiatan manusia selalu melahirkan kreasi-kreasi baru, mengikuti nilai-nilai yang berkembang di masyarakat. Seni juga merupakan hal yang menjadikan dunia terasa indah, tanpa seni tidak ada yang dapat dirasakan begitu indah. Tuhan menciptakan dunia dan seluruh kekayaan yang ada di dalamnya dengan seni dan penuh dengan keindahan. Hal ini dapat terlihat dari beragamnya warna yang ada dalam dunia, air berwarna bening, langit berwarna biru, tanah berwarna coklat, pepohon berwarna hijau dan sebagainya. Semua ciptaan ini penuh dengan seni. Keindahan dan kehalusan nilai-nilai estetika yang dipaparkan menerusi karya-karya agung seniman tanah air melambangkan keunggulan seni warisan bangsa. Malahan sentuhan kreatif ini turut mencerminkan perkembangan masyarakat dan tamadun manusia. Menurut Muliyadi Mahamood: “Seni lahir dalam masyarakat, dihasilkan oleh mayarakat dan dihayati oleh masyarakat juga” (Dipetik daripada : Katalog Ilham. (2001), ms:11) Hal ini menjelaskan hubungan seni dengan sejarah ketamadunan manusia merupakan suatu yang sukar untuk dipisahkan meskipun di dalam era pasca moden. Ini kerana sejarah seni bergerak seiring dengan arus perkembangan tamadun manusia. KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak 3
    • TAN BEE SIM (D20102044284) Menurut Kamus Dewan Edisi, seni didefinisikan sebagai karya (sajak, lukisan, muzik dan lain-lain) yang diciptakan dengan bakat, kebolehan mencipta sesuatu yang indah. Secara tidak langsung mengakui bahawa untuk menghasilkan sesuatu produk seni, bakat, kebolehan dan penghayatan serta pemahaman yang jitu amat penting. Kebolehan adalah sesuatu yang mampu dipelajari dan dibentuk manakala bakat pula adalah sesuatu yang berdiri dengan sendiri hasil daripada kurniaan Tuhan. Kedua-dua ini saling berkait rapat di dalam menghasilkan sesuatu produk seni yang mempunyai nilai estetika yang tinggi. Seni dalam Pendidikan memainkan peranan penting ke arah perkembangan kanak - kanak dengan peningkatan daya persepsi, kreativiti dan estetika. Matlamatnya ialah untuk melahirkan individu yang berbudaya dangan adanya pertimbangan kesenian, berjiwa kreatif, inovatif, inventif serta jati diri yang tinggi. Penggabungan tiga jenis seni yang terdiri daripada seni lukis (seni visual), seni muzik dan seni pergerakan dapat membantu pembentukan insan yang lebih bersifat menyeluruh dan holistik. KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak 4
    • TAN BEE SIM (D20102044284)2. Seni Lukis Seni lukis didesfinasikan sebagai suatu proses dan manifestasi kepada ekspresi diri, penilaian yang menentukan elemen-elemen yang wajar di ketengahkan di dalam hasil seni, di dalam menyampaikan idea, perasaan, emosi serta kepercayaan di dalam bentuk yang paling efektif. Seni lukis merupakan satu cabang dari seni rupa. Seni lukis adalah sebuah perkembangan yang lebih kukuh daripada menggambar. Melukis merupakan seni di mana kegiatan mengolah medium dua dimensi atau permukaan dari objek tiga dimensi untuk mendapat kesan tertentu. Medium lukisan boleh berbentuk apa saja, seperti kanvas, kertas dan papan. Film di dalam fotografi juga boleh dianggap sebagai media lukisan. Pelbagai jenis alat digunakan dengan boleh memberikan imej tertentu kepada media yang digunakan. Seni lukis melibatkan skema dalam perkembangan seni kanak-kanak terutama dalam kerja-kerja seni seperti lukisan. Berdasarkan kepada skema dalam perkembangan seni kanak-kanak, guru dapat melihat perkembangan kemahiran dan kebolehan kanak-kanak dalam bahasa tampaknya. Disebabkan setiap kanak-kanak mempunyai kebolehan yang berbeza, maka pembelajaran kanak-kanak adalah mengikut tahapnya sendiri. Selain daripada itu, pembelajaran kanak-kanak juga berlaku melalui pemerhatian terhadap orang lain dan peniruan dari apa yang mereka lihat dan dengar. Kanak-kanak lazimnya melukis apa yang mereka lihat dan mereka juga melukis perkara yang menarik perhatian mereka. Skema kanak-kanak merangkumi peringkat manipulatif, peringkat membuat simbol, dan peringkat praremaja.  Peringkat manipulatif: Pada peringkat ini, kanak-kanak tidak mempunyai kawalan pada pergerakan tangan. Lukisan mereka tidak realistic, banyak menggunakan garisan. Garisan yang dihasilkan biasanya berulang-ulang. Pada peringkat ini, aktiviti melukis lebih kepada mendapat kepuasan dan keseronokan melukis atau memegang peralatan melukis. adalah mengikut gaya dan cara yang mereka sukai. KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak 5
    • TAN BEE SIM (D20102044284)  Peringkat membuat simbol: Kanak-kanak yang berumur antara enam tahun hingga sembilan tahun mengalami peringkat membuat simbol. Mereka boleh menghasilkan simbol kerana kawalan tangan mereka mula seimbang. Didapati kanak-kanak pada peringkat ini mudah dipengaruhi persekitaran. Apabila kanak-kanak semakin membesar, mereka mula membuat perkaitan antara imej dan idea. Biasanya ia suka melukis objek-objek yang hampir dengan diri atau pengalaman mereka Lukisan mereka kini lebih memberi makna terhadap bentuk yang dilukis dan bentuk ini beransur-ansur menjadi simbol bagi mewakilkan objek sebenar. Pada peringkat ini kanak-kanak menghasilkan hasil kerja yang lebih menyeluruh seperti gambaran manusia telah dapat dilukis dengan lengkap termasuk kaki, tangan, hidung, gigi. Mereka juga mula menggunakan kreativiti untuk memasukkan elemen pakaian dan rambut pula biasanya dilukis dengan beberapa siri garisan. Imej juga biasanya dilukis lebih besar seperti orang lebih besar daripada latar belakang. Penyesuai warna juga pada peringkat ini seperti langit warna biru dan pokok warna hijau.  Peringkat praremaja Peringkat praremaja bagi kanak-kanak yang berumur antara 10 tahun hingga 13 tahun. Pada peringkat ini, kanak-kanak cuba melukis figura dengan saiz yang betul dimana lukisannya lebih rasional dengan pilihan warna yang lebih tepat dengan adanya bayang-bayang pada lukisan. Gardner (1980) mencadangkan agar orang dewasa menyediakan peluang kepada kanak-kanak untuk melakukan aktiviti seni tanpa sekatan kerana kanak-kanak meluahkan apa yang mereka rasai dan mempunyai cerita sendiri menerusi lukisan mereka. Kanak-kanak pada peringkat awalnya suka menconteng bagi meluah perasaan secara spontan. Seterusnya, kanak-kanak mula melakar dan mampu melukis secara lebih sistematik dan kemudian mendapatkan kesan ton, jalinan, pencahayaan, ruang, perspektif dan komposisi dengan menggunakan media kering atau bukan warna basah. Melukis boleh ditakrifkan sebagai satu teknik menggambar dengan menggunakan media kering atau warna yang paling minimum. Apabila kanak-kanak mula melukis, kesan-kesan garisan yang dipengaruhi oleh pilihan bahan dan tekanan pada permukaan yang digunakan dapat menghasilkan gambaran yang hampir tepat dengan objek sebenar. Melalui latihan dan bimbingan, kanak-kanak pasti dapat melukis dengan baik. KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak 6
    • TAN BEE SIM (D20102044284) Terdapat tiga teknik melukis yang biasa digunakan, iaitu a. Teknik pensel- menggunakan teknik gosokan dan teknik garisan selari. b. Teknik pensel warna- menggunakan teknik garisan kontur dan teknik garisan menyilang tidak tentu. c. Teknik oil pastel - menggunakan teknik pensel dan pensel warna. Dalam seni lukis, terdapat unsur yang penting dalam pengubalan sesuatu karya iaitu unsur garisan dan bentuk. Garisan ialah cantuman dari satu titik ke titik yang lain dengan mempunyai jarak-jarak tertentu. Aplikasi berbagai jenis garisan dapat mencipta rupa, jalinan, ton, corak serta menimbulkan gambaran bentuk, ruang dan gerakan dalam seni lukis. Bentuk mempunyai struktur jisim dan isipadu. Terdapat 2 jenis bentuk iaitu bentuk konkrit dan bentuk ilusi. Bentuk dapat dihasilkan melalui lukisan, catan, arca, komputer dan kraf tradisi. Bentuk konkrit ialah bentuk sebenar yang bersifat 3 dimensi. Bentuk ilusi ialah bentuk yang dilihat melalui gambar atau ilustrasi. Ianya bersifat rata dan boleh dihasilkan melalui lakaran, catan dan lukisan berkomputer 3 dimensi. Rajah 1: Contoh lukisan kanak-kanak. Dalam seni lukis juga, aspek warna merupakan perkara penting dalam menbentuk sesuatu imej yang menarik. Apabila kanak-kanak mula belajar mewarna, ia adalah langkah pertama untuk dia mengenal warna. Apabila dia sudah didedahkan dengan aktiviti mewarna pada awal usianya secara kerap, dia akan mudah mengenali warna dan tahu bagaimana untuk mencampurkan warna untuk mencipta warna baru yang lain. Bagi murid-murid untuk mengenal warna mereka memerlukan pelbagai maklumat yang mudah dah tepat. Misalnya apabila guru menunjukkan buah epal dan katakan ia berwarna hijau, kemungkinan murid akan beranggapan bahawa bentuk epal membawa KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak 7
    • TAN BEE SIM (D20102044284) maksud warna hijau. Namun guru seharusnya menunjukkan dengan jelas bahawa bukan buah epal sahaja yang berwarna hijau. Sebaliknya warna hijau mungkin pada fabrik kain atau dedaun. Guru juga harus menjelaskan ada banyak warna-warna lain di sekelilingnya kehidupan mereka sama ada ia di dalam atau di luar rumah. Dalam hal ini apabila murid sudah boleh mengenal warna, mudah untuk mereka melakukan aktiviti mewarna. Peringkat ini, mereka sudah bersedia untuk melakukan aktiviti itu. Mewarna ini membantu murid mengenal warna dengan mudah sambil melakukan aktiviti mewarna lukisan. Warna boleh dikategorikan kepada empat peringkat, iaitu warna asas, warna sekunder, warna tertier dan warna neutral. Warna asas juga dikenali sebagai warna premari. Terdapat tiga warna dikenali sebagai warna asas dan warna-warna ini dikenali sebagai warna asas kerana boleh menghasilkan warna lain. Warna sekunder ialah campuran dua warna asas dalam kuantiti yang sama. Warna tertier ialah campuran warna asas dengan warna sekunder dan warna neutral adalah warna hitam dan putih. KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak 8
    • TAN BEE SIM (D20102044284)3. Jenis-jenis Lukisan Lukisan dapat dibahagi kepada beberapa jenis seperti berikut: Rajah 2: Contoh-contoh Lukisan Figuratif 3.1. Lukisan Figuratif: Tertumpu kepada mengkaji dan melukis tubuh manusia atau binatang. Pelukis perlu memahami anatomi terlebih dahulu untuk melukis. Melukis figuratif adalah amat sukar kerana dari segi kadar bandingan adalah perkara yang menentukan keindahan dalam karya lukisan figuratif. Rajah 3: Contoh-contoh Lukisan Kajian 3.2. Lukisan Kajian: Dilukis untuk mengkaji sesuatu benda dengan merakamkan pada subjek yang dikaji. Misalnya memasukkan unsure jalinan, cahaya dan struktur bentuk yang terperinci ataupun kajian terhadap tumbuh-tumbuhan maka pelukis perlu melukis sesuatu bahagian itu dengan teliti sebagai bahan kajian. KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak 9
    • TAN BEE SIM (D20102044284) Rajah 4: Contoh-contoh Lukisan Gesture 3.3. Lukisan Gesture: Menggunakan seluruh pergerakan tangan dan tidak terhad pada pergelangan tangan. Dihasilkan sebelum penghasilan catan, arca atau seni grafik.Dihasilkan dalam masa yang singkat dan digunakan untuk menyelaras antara kerja mata, minda dan tangan pada objek yang dilukis 3.4. Lukisan Informasi: Adalah bertujuan untuk memberi informasi kepada pelanggan, kebiasannya dalam bentuk ilustrasi atau peta. Lukisan ini memerlukan kemahiran yang khusus dan melukis dengan cermat dan bersih. Rajah 5: Contoh-contoh Lukisan Teknikal 3.5. Lukisan Teknikal: Merupakan cabang seni yang dikatakan berkaitan saintifik. Lukisan teknikal memerlukan kemahiran dalam matematik kerana keperluan untuk melukis dengan kadar banding yang tepat. Contoh melukis kenderaan dan alatan pengguna. KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak 10
    • TAN BEE SIM (D20102044284) Rajah 6: Contoh-contoh Lukisan Konseptual 3.6. Lukisan Konseptual: Jarang sekali kedengaran. Pelukis memerlukan imaginasi yang kuat untuk melukis sesuatu konsep yang baru. Misalnya sesebuah filem seram memerlukan lukisan satu watak seram untuk dijadikan watak dalam cerita tersebut, maka pelukis perlu melukis konsep watak tersebut dalam bentuk fantasi. Rajah 7: Contoh-contoh Lukisan Artistik 3.7. Lukisan Artistik: Ia hanya tertumpu kepada keindahan dalam pengkaryaan. Pelukis melukis hanya sekadar untuk mempamerkan karyanya sebagai sesebuah karya seni. Lukisan artistik juga dibuat dalam bentuk thamnil untuk mendapatkan idea karya-karya seni yang lain seperti arca, catan, percetakan dan sebagainya. KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak 11
    • TAN BEE SIM (D20102044284) Rajah 8: Contoh-contoh Lukisan Ilustrasi 3.8. Lukisan Ilustrasi: Lukisan ilustrasi merupakan cabang lukisan tergolong dalam seni grafik. Lukisan ini dijadikan bahan untuk penerbitan, kartun dan animasi. Pelukis memerlukan kemahiran tertentu untuk melukis ilustrasi terutama dalam kemahiran melukis figuratif. Rajah 9: Contoh-contoh Lukisan Toyism 3.9. Lukisan Toyism: Stail lukisan aliran itu diterjemahkan dengan penuh imaginasi atau bersifat kiasan dan bukannya objek abstrak yang memfokuskan aspek kehidupan alam dan manusia semata-mata. Manifesto lukisan tersebut lebih mendominasikan garis panduan seperti warna kontras dan luahan kreativiti pelukis. KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak 12
    • TAN BEE SIM (D20102044284) Rajah 10: Contoh-contoh Lukisan Kartun 3.10. Lukisan Kartun menggunakan pelbagai kualiti garisan dan garisan ringkas untuk menggambarkan watak-watak kartun. Biasanya lukisan kartun ini digambarkan melalui tema jenaka. KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak 13
    • TAN BEE SIM (D20102044284)4. Seni Lukis dengan Kepelbagaian Etnik Di Malaysia Seni visual telah lama berkembang di Malaysia. Adalah dipercayai lebih dari 200 tahun dulu. Namun kewujudan seni ini hanya menjadi satu kepentingan pada negara mulai tahun 1930-an saja. Terdapat sekolah seni lukis peringkat tinggi yang menawarkan ijazah seni halus kepada sesiapa yang layak untuk mengikuti pengajarannya. Melalui institusi inilah ramai pelukis berkelulusan tinggi dihasilkan dari tahun ke tahun. Ianya menyumbang kepada perkembangan dunia seni lukis Malaysia. Di samping itu, ramai juga pelukis yang tidak mempunyai pendidikan formal. Mereka ini sama ada belajar sendiri ataupun belajar melalui individu yang berpengalaman. Kelompok ini juga turut sama menyumbang kepada perkembangan dunia seni lukis Malaysia. Dalam aliran seni lukis formal di Malaysia, kita mengambil sukatan pelajaran daripada barat kerana kita tidak mempunyai sukatan pelajaran sendiri. Oleh kerana itu, aliran seni lukis formal di Malaysia dianggap sebagai ranting daripada aliran dari barat. Walaupun terdapat aliran daripada Asia seperti aliran seni lukis Cina, India dan Islam, biasanya ia hanya diamalkan oleh kelompok etnik tertentu atau pengamal sesuatu fahaman. Tiada pendidikan formal untuk aliran sebegini yang diiktiraf berbanding aliran seni lukis barat. Bagi kelompok pelukis tanpa pendidikan formal pula pendidikan seni lukis mereka lebih kepada pemerhatian, minat mendalam dan bakat semulajadi. Terdapat juga individu yang berpengalaman menurunkan pengalaman dan kebolehan mereka kepada generasi baru yang belajar daripadanya. Maka kebanyakkan pelukis tanpa pendidikan formal berkarya tanpa dibelengu oleh mana-mana aliran dan penghasilkan karya mereka bercampur-baur dengan pelbagai gaya dan aliran. Kepelbagaian etnik di Malaysia juga telah memecahkan dunia seni lukis Malaysia kepada beberapa kelompok: a. Kelompok pertama adalah seni lukis aliran dunia yang diiktiraf yang mana kebanyakkan pengamalnya terdiri daripada mereka yang diiktiraf oleh sekolah- sekolah seni lukis kebangsaan dan mempunyai jaringan dengan pendidikan tinggi peringkat antarabangsa. Pengamalnya terdiri daripada semua etnik di Malaysia. KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak 14
    • TAN BEE SIM (D20102044284) b. Kelompok kedua ialah seni lukis aliran Asia, antaranya aliran Cina yang mana mereka mempunyai sistem pendidikan sendiri dan diamalkan oleh kaum Cina sahaja. Namun begitu terdapat juga kaum-kaum lain yang belajar seterusnya menjadi pengamal. Bagi kaum India terdapat juga pengamal aliran seni lukis kuno mereka tetapi jumlahnya terlalu sedikit dan biasanya tertumpu kepada seni lukis yang bersifat ritual. Terdapat juga kaum Melayu yang beragama Islam mempelajari aliran seni lukis Islam. Walaupun mendapat sokongan penuh pemerintah, perkembangannya amat perlahan dan agak terpencil. Kekurangan pengamal dan popularity menjadikan aliran ini tidak berkembang dengan pesat serta tidak banyak perubahan yang ketara sejak dahulu lagi, Akibatnya aliran ini terkurung dalam lingkungan agama dan kepercayaan sahaja. c. Kelompok ketiga adalah pengamal yang tidak melalui pendidikan formal. Kelompok ini biasanya menumpukan kepada penguasaan kemahiran semata-mata. Kebanyakkan daripada mereka menumpukan kepada perkhidmatan seni lukis seperti melukis potret atau tempahan lukisan hiasan. Mereka tidak ghairah mengambil tahu perkembangan dan gaya semasa seni lukis antarabangsa. Ada juga yang kekal dalam gaya seni lukis yang tipikal untuk satu tempoh yang panjang. Kesemua kelompok pengiat ini telah mewujudkan dunia seni lukis di Malaysia dan berkembang dengan pesat mengikut arus dunia. Walaupun masih dalam proses pembinaan dan perubahan seni lukis di Malaysia telah menempatkan dirinya sebagai salah ikon budaya negara. Penglibatan pemerintah dalam menyediakan infrastruktur, sokongan dan galakkan banyak membantu pertumbuhan bidang ini.5. Peningkatan Seni dalam Pendidikan Di Sekolah Aktiviti pendidikan seni menjadi satu cabang komunikasi di sekolah. Guru perlu memberi penerangan dan penggunaan kaedah yang betul untuk memenuhi keperluan komunikasi pelajar. Guru juga perlu mahir mengolah sukatan pelajaran dengan menumpukan perkembangan pengetahuan dan peningkatan kemahiran dengan menggunakan pelbagai pendekatan dan teknik yang sesuai. Seni dalam pendidikan memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka pelbagai sudut yang mereka dengar, lihat, sentuh dan berfikir dalam aktiviti pembelajaran. Selain itu, anak-anak murid juga perlu menangani sumber imaginasi, kreativiti, pemikiran serta emosi secara proaktif. KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak 15
    • TAN BEE SIM (D20102044284)6. Kepentingan Seni Lukis kepada Kanak-kanak Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Hasil kerja seni lukis yang dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak- kanak. Kepentingan pengajaran mata pelajaran Seni Lukis kepada kanak-kanak terbahagi kepada Aspek Kognitif, Aspek Fizikal, Aspek Kreativiti, Aspek Persepsi serta Aspek Sosial dan Emosi. 6.1. Aspek Kognitif Perkembangan seni kanak-kanak amat dipengaruhi oleh aspek kognitif sama ada daripada segi gaya mahu pun kandungan. Penganjuran aktiviti seni yang tersusun dan terancang dapat melahirkan kanak-kanak yang mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak membuat keputusan. Kanak-kanak melukis apa yang mereka tahu berdasarkan pengalaman kanak-kanak ditentukan oleh pengalaman mereka melihat, daya ingatan, imej dan kesan konsep ini dilukis di atas kertas. Perkembangan konitif kanak-kanak boleh dilihat melalui contengan yang mereka lakukan iaitu contengan tidak terkawal dan terkawal. Contengan tidak terkawal yang dihasilkan secara spontan, sembarangan, ringkas dan sekadar membuat garisan pada sebarang permukaan. Contengan terkawal pula lebih berorganisasi, berulang, penggunaan tangan lebih terkawal, boleh melukis dalam kertas yang disediakan dan lebih bervariasi dengan menunjukkan minat. 6.2. Aspek Fizikal Penggunaan alat dan bahan dalam pengajaran dan pembelajaran dalam seni memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada otot tangan (psychomotor) dan koordinasi tangan serta mata, kawalan motor halus, perkembangan otot kecil, kemahiran tangan, contengan dan melukis bentuk dapat dilihat bahawa batasan perkembangan fizikal boleh dilihat dengan jelas. 6.3. Aspek Kreativiti Latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid untuk mengembangkan aspek kreativiti mereka. Aktiviti dan projek di dalam pendidikan seni lukis mengutamakan proses, berbanding dengan hasilan akhir. 6.4. Aspek Persepsi KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak 16
    • TAN BEE SIM (D20102044284) Melalui seni ini, kanak-kanak boleh mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan pancaindera dan deria. Seni menambahkan pengetahuan mengenai konsep pembuatan dan kronologi sesuatu produk iaitu proses penghasilan dan hasilan seni, produk dan objek yang terdapat di sekeliling mereka dengan menghasilkan lukisan berdasarkan kepada apa yang mereka fahami berbanding apa yang mereka lihat. Ini menyebabkan lukisan mereka sukar ditafsir tetapi yang lebih penting ialah mereka mampu melihat dunia menerusi kaca mata sendiri. 6.5. Aspek Sosial dan Emosi Murid boleh berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosial selain dapat meningkatkan keyakinan diri. Seni juga mewujudkan kerjasama antara kumpulan yang dibentuk. Selain daripada interaksi dan aktiviti kumpulan, emosi kanak-kanak juga ditunjukkan menerusi kandungan dan gaya dalam hasil seni mereka. Kanak- kanak melukis peristiwa yang mereka lalui setiap hari, objek yang mereka sukai atau individu yang mereka sayangi. Cerita yang ingin disampaikan oleh kanak- kanak diperelokkan melalui penggunaan warna, saiz, bentuk dan garis yang sesuai akan menambah emosi kepada lukisan mereka. Perkembangan kanak-kanak tidak boleh dibahagikan kepada bahagian-bahagian yang kecil, oleh itu kurikulum kanak-kanak juga tidak boleh dipisahkan secara entiti. Kurikulum kanak-kanak adalah saling berkaitan. kanak-kanak tidak mudah "tukar saluran" atau "menukar gear" untuk bergerak daripada matematik kepada pemikiran saintifik. pengetahuan dan kemahiran-kemahiran ini tidak tersusun dengan rapi mengikut matapelajaran tertentu. Disebabkan itu, matematik dan sains, komunikasi dan seni bahasa, dan seni ekspresif adalah digambarkan dengan bulatan-bulatan yang bertindih. Pengalaman seperti memasak dan bermain adalah sangat dicadangkan kerana mereka merentasi dan melibatkan pengajian dalam banyak, daripada kawasan-kawasan kurikulum itu walaupun tidak semua. Walaupun pemisahan kurikulum ini bagus secara analisis, tetapi kanak-kanak adalah holistik dan pembelajarannya juga secara holistik. Misalnya, mereka menceburi pemikiran kreatif dan penyelesaian masalah yang boleh merentasi bidang matematik dan sains, seni, dan kajian sosial. KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak 17
    • TAN BEE SIM (D20102044284)7. Pembelajaran kanak-kanak dalam Seni Lukis. “Pembelajaran merupakan proses memperolehi ilmu pengetahuan atau kemahiran”. Mengikut Robert M. Gagne (1970) dalam The Condition of Learning, pembelajaran merupakan “perubahan tingkahlaku atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang disebabkan proses pertumbuhan”. Mengikut Woolfolk (1980) dalam Educational Psychology for Teachers, pembelajaran dilihat sebagai perubahan dalaman yang berlaku kepada seseorang dengan membentuk perkaitan yang baru, atau sebagai potensi yang sanggup menghasilkan tindak balas yang baru. Kurikulum merujuk kepada semua pembelajaran yang diperolehi kanak-kanak di dalam program yang ditetapkan. Hal ini merujuk kepada, pembelajaran kanak-kanak yang dirancang secara khusus melalui pengalaman samada secara langsung atau tidak langsung. Sebagai contoh, kanak-kanak belajar melalui konsep bermain. Kurikulum yang telah dibentuk adalah belajar sambil bermain. Pembelajaran yang diperolehi kanak- kanak adalah pengalaman mereka sepanjang proses pembelajaran berlangsung. Kanak- kanak belajar mengenai haiwan peliharaan dan diberi peluang melihat kucing, arnab dan hamster. Dalam pembelajaran ini kanak-kanak menerima pembelajaran melalui pengalaman mereka bermain dengan haiwan–haiwan peliharaan itu. 7.1. Pendekatan bertema Tema menjelaskan konsep dalam agenda kehidupan manusia. Ia menunjukkan kekerapan manusia mengambil hal subjek yang sering diperkatakan. Dari idea yang berbagai, keunikan ciptaan berlaku dan akhirnya mewujudkan kepelbagaian rupa bentuk dan jenis produk. Dalam konteks yang lebih besar, jelmaan perasaan dalam berkarya mengguna alam sekitar menjadi suatu keunikan ciptaan dan mengwujudkan satu kekaguman. Wujudnya Non-objective Art, Minimal Art misalnya adalah suatu aspek pengkaryaan yang berani, mencabar dan sanggup menerima rintangan. Pendekatan bertema bermaksud pengajaran yang disusun atau dirancang mengikut sesuatu konsep atau tema. Ianya merangkumi koleksi bahan, aktiviti, isi pelajaran serta teknik penyampaian. Pendekatan bertema memberi peluang kepada guru untuk menghubungkait mata pelajaran yang diajar dengan mata pelajaran lain. Penggabungjalinan beberapa mata pelajaran dalam sesuatu pengajaran ini memberi peluang kepada murid-murid untuk meneroka, mengalami dan mencari peluang mengekspresikan sesuatu tema yang telah dirancangkan. Dalam pemilihan dan penentuan tema, guru haruslah mengambil kira beberapa aspek iaitu tema yang dipilih hendaklah berasaskan kepada kemahiran, pengalaman, serta pengetahuan sedia ada KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak 18
    • TAN BEE SIM (D20102044284) murid, tema yang dipilih berfokus kepada sesuatu isu. Sumber-sumber pengajaran dan bahan bantu mengajar mudah didapati dalam tema yang dipilih, guru perlu mempunyai banyak pengetahuan dalam tema yang dipilih, dan guru perlu memastikan tema pengajaran tersebut mempunyai peningkatan aktiviti dari yang mudah kepada yang lebih mencabar. Pendekatan bertema juga dapat memberi keyakinan kepada murid-murid untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran dengan adanya pelbagai aktiviti yang menyeronokkan. Ini disebabkan tema yang dipilih mempunyai beberapa kemahiran seperti kemahiran bertutur, membaca, menulis, asas matematik, berfikir, menyanyi dan mengekspresi bakat (melukis). 7.2. Penghubungjalinan Dengan adanya penghubungjalinan murid-murid akan belajar beberapa kemahiran dalam sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran. Selain daripada dapat memantapkan perkembangan sosial, emosi dan intelek murid-murid, pengajaran berintegrasi seperti yang tersebut di atas dapat juga meningkatkan tahap perkembangan kognitif, psikomotor dan afektif mereka. Untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran penggabungjalinan ini lebih berkesan, guru-guru memainkan peranan yang paling penting selain kesedian murid- murid sendiri. Untuk aktiviti yang berkaitan dengan Seni lukis, murid-murid membuat model kenderaan dan mewarna hasil kerja mereka. Aktiviti ini dapat mengembangkan daya imaginasi murid-murid dan penajaman daya intuisi mereka. Murid-murid juga dapat berinteraksi dengan bebas sesama rakan sebaya. Mereka mencari pengetahuan dan memanipulasi benda-benda menjadi sesuatu yang boleh dijadikan alat permainan mereka. Murid-murid juga akan dapat mewujudkan suasana yang dinamik dan interaktif dalam proses pembelajaran meraka. Dalam aktiviti nyanyian guru dapat membimbing murid kemahiran lisan mereka. Ia juga dapat membantu murid meluahkan perasaan berlandaskan pengetahuan dan pengalaman verbal dan bukan verbal samada berbentuk pergerakan, imej visual, prop, bunyi dan muzik berasaskan tema yang diberi. Ini menjadikan murid-murid lebih berkeyakinan dan pembelajaran lebih menyeronokkan. Matematik boleh di gunakan di dalam seni. Kanak-kanak selalunya menjumlahkan bahan-bahan seni yang di gunakan. Mereka akan membandingkan alatan antara satu sama lain. Misalnya mereka membeza saiz krayon, kuantiti warna, bilangan berus dan banyak lagi. Kanak-kanak juga selalu menjumlahkan sesuatu yang mereka cipta atau lukis. Misalnya mereka melukis lukisan potret orang. Mereka akan memastikan bilangan KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak 19
    • TAN BEE SIM (D20102044284) mata, jari dan bahagian anggota lain. Selain itu mereka juga boleh mengenalpasti bentuk-bentuk geometri di dalam seni. Sains boleh digunakan dalam seni apabila kanak-kanak melakukan eksperimen dengan alatan atau bahan seni mereka. Misalnya tanah liat yang keras bila di jemur di tengah panas, krayon yang cair bila di tempat panas dan pemcampuran dua warna asaa yang menghasilkan warna kedua yang lain. Selain itu, kanak-kanak juga belajar tentang kepekatan cecair dan daya tekanan. Seni memberi peluang kepada kanak-kanak memberitahu sesuatu samada secara nonverbal atau grafik. Dengan galakan juga, kanak-kanak akan menceritakan kepada kita apa yang telah dicipta atau reka. Kanak-kanak membaca kerja seni mereka, sepertimana orang dewasa membaca buku. Dalam masa yang sama, kanak-kanak menikmati jalan cerita dan tajuk gambar mereka. Kanak- kanak digalakkan membacanya bersama-sama guru. Kanak-kanak yang lebih besar akan cenderung untuk mencetak perkataan sendiri sebagai jalan cerita. Mereka akan mencipta dan mengeja dengan salah. Ini yang sepatutnya terjadi kerana ia adalah peringkat terpenting untuk kanak- kanakbermula untuk menulis dan membaca. Menconteng, membuat tanda, dan mengecat adalah peringkat terpenting dalam perkembangan mewarna dan menulis. Disebabkan seni adalah luahan tanpa suara, ia tidak melibatkan bahasa dan tidak melibatkan kefahaman arahan pertuturan. Kanak-kanak boleh menyelesaikannya sendiri dan membuat pemerhatian antara satu sama lain. Seni adalah masa terbaik untuk kanak-kanak mempertingkatkan penggunaan bahasa mereka. Seni juga memberi peluang kepada kanak-kanak untuk memperbanyakkan kosa kata mereka. Mereka dapat berbincang dan bertukar fikiran antara satu sama lain. Guru dapat membantu kanak-kanak menggunakan perkatan dengan betul. KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak 20
    • TAN BEE SIM (D20102044284)8. Kepentingan Seni dalam Pendidikan kepada Pendidik Seni dalam pendidikan adalah untuk membantu perkembangan menyeluruh danseimbang setiap insan dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selari dengan FalsafahPendidikan Negara. Seni dalam pendidikan bermatlamat untuk menyediakan gurupermulaan sekolah rendah dengan pengetahuan dan kemahiran untuk mengintergrasikanaktiviti Seni Visual, Muzik dan Pergerakan dalam proses pengajaran dan pembelajaranpelbagai bidang matapelajaran lain. Melalui aktiviti ini, ianya akan dapat mendorong kanak-kanak menggunakan imaginasi, ekspresi, inkuiri dan kecerdasan pelbagai. Integrasi senidalam pendidikan akan mambantu dan memudahkan lagi guru dalam melaksanakan prosespengajaran Seni dalam dan pembelajaran dengan mengaplikasikan teori-teori pembelajarandalam proses tersebut terutama di sekolah rendah. Di antara faedah dan kepentingan senikepada seorang pendidik seperti: 8.1. Melahirkan guru yang kreatif, inovatif, peka, berpesonaliti yang berketrampilan dan professional Dengan penghayatan seni seperti seni lukis yang betul akan memotivasikan kita untuk menjadi seorang guru yang kreatif, inovatif, peka, berpesonaliti yang seimbang, berketrampilan dan professional. Guru yang kreatif dan inovatif mampu menarik perhatian atau tumpuan pelajar untuk belajar dengan lebih yakin dan berkesan. Contohnya melalui aktiviti seni lukis guru dapat membantu murid-muridnya melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran dan mendorong kanak-kanak menggunakan imaginasi, eksperesi, inkuiri dan kecerdasan supaya murid-murid seronok dalam belajar. 8.2. Membantu guru melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan mudah. Seni lukis membantu para guru dalam memahami diri dan persekitaran. Aktiviti seni lukis memudahkan proses menghubungkait semua benda dalam ala mini. Begitu juga seni lukis membantu untuk mengaktifkan proses pembelajaran dan perpindahan pembelajaran. 8.3. Guru senang mencapai objektif atau matlamat Integrasi seni lukis dalam pelajaran yang lain membantu dalam mengimbangkan perkembangan otak kiri dan kanak. Perkembangan otak kiri dan kanan menyatakan bahawa seni membantu pemikiran yang rasional dan intuitif seseorang terutamanya untuk guru agar mereka dapat menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak 21
    • TAN BEE SIM (D20102044284) dengan berkesan. Maka, guru lebih senang mencapai objektif dan matlamat dalam pengajaran dan pembelajaran. 8.4. Guru dapat mempelbagaikan teknik dan strategi dalam pengajaran dan pembelajaran Dalam Teori Kecergasa Manusia, Gardner (1983) mengesyorkan bahawa terdapat tujuh jenis kecergasan. Akan tetapi sekolah adalah memberi penekanan kepada kecergasan linguistic dan matematik sahaja supaya anak-anak murid mendapat keputusan yang cemerlang. Kecergasan lain mungkin akan terabai. Sebenarnya, teori ini menyokong seni lukis perlu diberi peranan yang penting dalam kurikulum, ini kerana memperolehi pengetahuan melalui pelbagai kecergasan dan juga melalui pelbagai teknik pengajaran. Oleh itu, guru hendaklah menggunakan pelbagai teknik dan strategi serta kelebihan diri untuk menggalakkan murid mencapai objektif kendiri dalam melancarkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran. Pendidikan Seni menyarankan strategi pembelajaran yang bersepadu. Dalam setiap kegiatan seni lukis, perkara seperti pemupukan nilai dan pemahaman unsur ang terature seni dihubungkaitkan dengan kemahiran asas seni. Cara bekerja yang teratur, cermat dan selamat dalam proses membuat sentiasa ditegas. KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak 22
    • TAN BEE SIM (D20102044284)9. Faedah yang diperolehi melalui pembelajaran seni lukis dalam pendidikan. 9.1. Seni lukis cabang komunikasi Menurut Kenneth M.Lansing (1973) dalam bukunya “Art, Artist dan Art Education” menyatakan bahawa aktiviti pendidikan seni yang wujud boleh berfungsi sebagai satu cabang komunikasi. Lukisan merupakan bentuk komunikasi awal kanak-kanak sebelum mereka berupaya untuk bertutur. Ianya menjadikan seni lukis sebagai alat perhubungan yang berkesan untuk berinteraksi. Kebolehan guru dalam menyampaikan pengajaran dan menggunakan kaedah yang betul akan dapat memenuhi keperluan. Selain itu, guru perlulah memahami dan menghayati kurikulum dan menguasai Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual. Kemahiran guru dalam mengolah sukatan pelajaran dengan menumpukan kepada perkembangan pengetahuan dan peningkatan kemahiran tertentu dengan menggunakan pelbagai pendekatan dan teknik yang sesuai. Seni lukis dalam pendidikan sebenarnya memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka alam sekeliling mereka, yakni apa yang mereka lihat, sentuh dan berfikir dalam setiap aktviti pembelajaran yang mereka lakukan. Melalui cara ini, secara tidak langsung, ia mengajar murid untuk menguruskan sumber imaginasi, kreativiti, pemikiran, serta emosi dengan lebih efektif dan proaktif. 9.2. Pengalaman optima melalui seni lukis membawa kepada keyakinan diri dan kemahiran belajar. Selaras dengan sains dan teknologi, seni lukis dalam pendidikan dapat membantu membina keupayaan bagi menangani perubahan pesat yang sedang berlaku pada hari ini. Pengalaman yang diperolehi melalui seni sememangnya dapat mempengaruhi kehidupan kita. Contohnya, dari segi warna yang kita suka dan warna baju yang kita pakai. Warna yang lembut, terang atau gelap dapat mempengaruhi emosi dan tindakan kita terhadap sesuatu perkara atau tindakan. Apbila kita menggunakan pilihan warna yang lembut, iaiya dapat memberi keyakinan dalam diri kita. Keyakinan akan membuka minda untuk mendapat kan kemahiran yang kita pelajari. 9.3. Memperkembangkan kemahiran meneroka, pengalaman dan ekspresi Pengetahuan tentang teori-teori kesenian dapat membantu kita mengembangkan lagi tahap kemahiran yang sedia ada. Pengaplikasian teori dalam pembelajaran dapat membantu kita memudahkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak 23
    • TAN BEE SIM (D20102044284) warna boleh menggambarkan peribadi dan tingkah laku seseorang individu. Justera itu, kemahiran meramal tingkah laku akan dapat dikenalpasti. 9.4. Menggalakkan pembelajaran seumur hidup secara menyeluruh Kreativiti semula jadi akan merangsang proses pembelajaran. Ini menjurus kepada keperluan masyarakat yang kompleks dan kompetitif. Seni lukis banyak dihubungkaitkan dengan personality, social, ekonomi dan kebudayaan. Oleh itu, seni mampu mempengaruhi kita dalam membina sikap, keperibadian dan kemahiran intelektual mengikut kesesuaian masyarakat masa kini. Seni dapat memupuk displin diri, mengukuhkan „esteem‟ kendiri dan menggalakkan kemahiran berfikir dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan berterusan dan menyeluruh. Inilah yang dikatakan seni lukis yang dapat menggalakkan pembelajran seumur hiduo secara menyeluruh. 9.5. Belajar cara belajar-aplikasi informasi secara berkesan Integrasi seni lukis dengan pelajaran lain melengkapkan lagi perkembangan otak kiri dan otak kanan. Pada masa yang sama, kanak-kanak belajar secara aktif dan menyeronokkan. Melaui seni lukis, kita dapat mempelajari cara orang lain berfikir, bekerja dan mengekspresi kendiri. Justera itu, seni lukis dapat mempengaruhi kita untuk membuat keputusan dalam pelbagai situasi. Pemerolehan ilmu seni dapat membantu kita belajar dengan lebih menyeronokkan dan mempu mengembangkan potensi individu dalam meneroka, hubungkait idea dengan dengan objek dan di antara pemikiran dengan perlakuan kita. 9.6. Penghubungkait, gerak hati, celik akal dan kecergasan “Lateral Leaps” Bidang seni lukis dalam pendidikan menjurus kepada pengetahuan yang berupaya meningkatkan kebolehan dalam memahami dengan membuat taakulan, berimaginasi dan kepantasan dalam membentuk ekspresi dan komunikais. Seni lukis juga adalah penghubungkait antara kecergasab otakdan kesan tindakan seseorang. Ianya memberi keupayaan dalam kemahiran berfikir seperti menyelesaikan masalah, membuat analisis, sinteksis dan penilaian melalui perasaan ekspresi dan imaginasi. KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak 24
    • TAN BEE SIM (D20102044284) 9.7. Bertambah peluang pelajar untuk menceburi aktiviti-aktiviti pembelajaran. Mempunyai kepelbagaian dan keseragaman aktiviti dalam bentuk unti-unit kerja. Apabila seni dalam pendidikan diintegrasikan di dalam unit-unit kerja, maka bertambahlah peluang pelajar untuk menceburi aktiviti-aktiviti pembelajaran. Dengan ini tahap kebolehan mereka untuk menyelesaikan sesuatu masalah dalam sesuatu unit kerja akan meningkat kerana mereka telah mempunyai kelebihan media yang boleh dijadikan sebagai alat bantu dalam menyelesaikan maslah Secara tidak langsung aktiviti seperti ini akan memperkayakan dan menambahkan lagi kefahaman pelajar terhadap pelajaran yang disampaikan. 9.8. Memberi peluang kepada pelajar untuk menemui potensi ekspresif Seni dalam pendidikan menyediakan matlamat yang menarik dengan memberi peluang kepada pelajar untuk menemui potensi ekspresif diri melalui pekataan, bunyi, pergerakan dan visual mereka. Bahasa-bahasa simbol yang digunakan untuk membuat ekspresi dalam aktiviti-aktiviti seni. Ini akan membantu para pelajar untuk merasa, menyentuh, mendengar dan melihat secara langsung dunia mereka dengan cara tersendiri. Pelajar akan meluahkan pandangan mereka dengan cara yang seakan-akan sama dengan apa yang dialami dan difahami oleh orang lain. Penerokaan, memperolehi pengalaman dan luahah ekspresi merupakan satu aktiviti yang penting pada seni dalam pendidikan. Ini adalah disebabkan pada topik ini pelajar diberi peluang pendedahan mengenai cara-cara untuk penerokaan dan cara-cara untuk pengolahan dan memanipulasi sesuatu aktiviti. Di samping itu juga pelajar telah diberi pendedahan mengenai dengan unsur-unsur perasaan dan emosi pelajar dan tahu bagaimana untuk menguruskan emosi supaya boleh meluhan perasaan terhadap ekspresi diri. 9.9. Menjadikan pelajar seorang yang lebih beimaginatif. Bukan itu sahaja, bahkan Seni dalam Pendidikan dapat memberikan kanak-kanak keseronokkan dan kegirangan di dalam bilik darjah. Pelajar digalakkan untuk meneroka dengan membuat ekperimen, menyelidik dan mencipta menggunakan pelbagai idea dan bahan. Tujuannya adalah untuk menjadikan pelajar menjadi seorang yang benar-benar lebih berimaginatif. Pengalaman yang diperolehi dalam seni dalam pendidikan boleh melibatkan kesedaran kinestetik yang mendalam, kepintaran mengunakan tubuh badan dan pengalaman ini akan memberi peluang kepada kanak-kanak dan remaja untuk menyelesaikan masalah, membuat eksperimentasi, meneroka, mengambil risiko, mencipta secara kreatif, membuat penilaian dan bijak membuat pilihan. KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak 25
    • TAN BEE SIM (D20102044284)10. Meningkatkan Kesedaran terhadap Kepelbagaian Budaya di Malaysia. Pembangunan budaya dan seni digalakkan untuk memperkukuh identiti nasional disamping mempererat perpaduan nasional, harmoni dan integrasi. Sehubungan ini, usahagigih dalam memulihara warisan budaya negara, penyebaran maklumat kebudayaan danpembangunan budaya dan seni telah diambil berat. Kesedaran terhadap kepelbagaianbudaya di Malaysia adalah penting dan harus disemai sejak di bangku sekolah lagi. Salahsatu cara penting dalam meningkatkan kesedaran kepelbagaian budaya ialah melaluipelajaran. Sisten pelajaran yang ada sekarang ialah satu usaha yang disedari danbersungguh-sungguh dalam pembentukan perpaduan di Malaysia yang terdiri daripadapelbagai budaya. Dalam persekolahan, apa yang diusahakan ialah supaya murid-murid dibimbing dandididik untuk memupuk sifat-sifat yang sihat dan membina yang boleh membawa ke arahperpaduan negara. Dasar Pendidikan merupakan tunggak utama dalam pembentukansistem pendidikan kebangsaan. Ia amat penting dalam memberi panduan untukmelaksanakan sistem yang dirancangkan. Tanpa dasar yang jelas, sudah tentu sistem danpelaksanaannya juga tidak sistematik dan tidak mempunyai hala tuju yang tetap. Justeru, Dasar Pelajaran Kebangsaan yang ada kini lebih menjurus kepada usahakerajaan menyatupadukan semua kaum: Tujuan Dasar Pelajaran di dalam negeri ialah bermaksud hendak menyatupadukanbudak-budak daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan menggunakan bahasakebangsaan sebagai bahasa penghantar yang utama, walaupun perkara ini tiada dapatdilaksanakan dengan sera-merta melainkan hendaklah diperbuat dengan beransur-ansur. (Penyata Razak, Perenggan 12) Kurikulum Pendidikan Seni telah direncana dan selaras dengan keadaan semasa danakan datang bagi mencapai matlamat pendidikan berdasarkan kehendak FPK. Ini keranausaha kurikulum bermula dengan ramalan (Ornstein and Hunkins, 1993 dalam Abu BakarNordin dan Ikhsan Othman, 2003) Perancangan perlu bersifat strategik, dinamik, mudahlentur dan futuristik supaya dapat menentukan corak masyarakat dan profil bangsaseterusnya. Kurikulum seni visual juga dikenali sebagai „pendidikan kemanusian‟,„pendidikan pelbagai budaya‟. Menurut Chapman (1997), walaupun terdapat golonganpendidik seni yang berpendapat seni lebih kepada ekspresi individu, namun pengaruh teoriilmiah serta penyelidikan baru akan memaksa mereka berfikir semula bagi menserasi ideasendiri dengan fungsi seni dalam bentuk-bentuk pendidikan baru yang muncul. Felman(1970) pula menegaskan budaya, seni dan kehidupan tidak boleh dipisahkan. Walaupun KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak 26
    • TAN BEE SIM (D20102044284)pendekatan berbeza, tetapi bersetuju bahawa pendidikan seni perlu pendidikan yang lebihliberal. Matlamat dan kepentingan Pendidikan Seni jelas digubah untuk melahirkan individuyang berbudaya, iaitu sekurang-kurangnya dapat mengurus kehidupan harian dengansempurna dan menjadi penghayat seni, seterusnya dapat menyumbang ke arahpembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara. Seni lukis sebagai alat untuk memupuk kesedaran sosial di kalangan murid-muridsekolah. Menurut Mc Fee dan Degge (1977) menyarankan, menerusi aktiviti seni bolehmembentuk tingkahlaku manusia dan meningkatkan kepekaan terhadap persekitaran danalam. Malahan bukan setakat ini sahaja para pendidik Pendidikan Seni Amerika yang lainjuga seperti, Feldman, Chapman, Grisby dan Efland, mengakui bahawa untuk mengatasimasalah perkauman dalam masyarakat yang berbilang bangsa, aktiviti-aktiviti seni lukisdapat meningkatkan kesedaran di kalangan murid-murid untuk memahami dan mengenalibudaya di antara bangsa di kalangan masyarakat majmuk. Menurut Abd. Shukor Hashim (1998), (dalam Mohd Johari Ab. Hamid, 2000) PendidikanSeni sewajarnya menepati objektif pendidikan negara yang mementingkan pembangunanindividu, pembangunan dan intergrasi sosial menyalurkan budaya dan warisan negara.Perpaduan negara wujud setelah generasi muda dididik dan dibimbing sempurna dari segiperkembangan JERIS. Melalui aktiviti-aktiviti seni, seseorang pelajar bukan sahaja dididikdan dibimbing dalam kesempurnaan dari segi JERIS tetapi juga dilatih memperolehikeyakinan diri dalam berkomunikasi melalui seni, memahami warisan bangsa dan identitibangsa. Pendidikan seni berfaedah kepada pelajar kerana ia memupuk peribadi yanglengkap, yang beransur membina berbagai bentuk literasi bagi menajamkan intuisi, takulan,imagianasi dan kemahiran dalam berekspresi dan berkomunikasi. Pelajar dibimbingpelbagai cara, membuat persepsi, menyatakan pemikiran dan menyelesaikan masalahantara rakan sekelas atau kerja kursus yang diberi. MacFee, (1993) (dalam Iberahim Hassan, 2000) menyatakan bahawa objektif senibersandar kepada fungsi seni dalam masyarakat yang perlu disemai kepada pelajar iaitu: a. Seni untuk memperkayaan kualiti sesuatu perayaan atau upacara ritual bagi sesuatu peristiwa. b. Berfungsi sebagai indeks untuk membezakan sesuatu identiti. c. Seni sebagai alat komunikasi yang merakam, menyimpan dan menjana idea. d. Seni berperanan untuk mengstabilkan sesuatu budaya dalam menghadapi arus perubahan. e. Seni sebagai alat untuk perkembangan sesuatu budaya. KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak 27
    • TAN BEE SIM (D20102044284) Seni juga berperanan dalam mengembangkan budaya setempat dan sejagat iaitu senidan masyarakat. Falsafah, pemikiran, manifestasi, idea, individu atau kumpulan dalammenyebar dan membangkit nilai, semangat dan perasaan melalui seni. Pembelajaran seni,aktiviti dan apresiasinya dapat membangkitkan semangat kebangsaan dan sayangkannegara. Contoh hasil karya yang memaparkan unsur nasionalisme ialah Tugu Negara danjuga potret-potret pemimpin negara. Kesedaran dalam nilai persekitaran, unsur keselesaandan keharmonian dalam seni. Pembelajaran seni, aktiviti dan apreasiasinya dapatmengukuhkan kepekaan dan sesitiviti terhadap kepentingan sekeliling yang memberi kesankepada kihidupan. Contohnya Rumah rakit di Kuala Lipis karya seorang pelukis iaitu PeterHarris dan Waktu Pagi Di Kampung karya Lai Foog Mooi. Karya seni lukis ini mencerminkankepada kebudayaan dan suasana masyarakat kampung. Seni juga sebagai saluran untukmenyampaikan dan menyebar idea, hasrat atau kepercayaan, pengaruh dan kuasa.Contohnya poskad kepada dunia, karya Awang Damit Ahmad. Poskad kepada dunia (1990).Seni dalam melaksanakan ritual atau upacara sesuatu budaya dan adat resam dalam aktivitikehidupan masyarakat. Kebanyakan hasil karya adalah berbentuk 3D atau arca. ContohnyaPatung Jah Hut dan Mah Meri, yang menjadi patung penyembahan orang-orang asli diPahang. Hasil karya yang dihasilkan adalah untuk kepuasan pelukis dari cetusan dalamandiri pelukis itu sendiri. Contohnya, Semangat Bumi, Air, dan Udara, karya Patrick Ng KahOnn. Hasil seni berasaskan kepada faktor cita rasa, gaya, fungsi dan kegunaan.Pembelajaran seni, aktiviti dan apresiasinya dapat menghasilkan mutu pengkaryaan danperekaan yang berkualiti dengan nilai keindahan yang tinggi. Kebanyakan hasil karyaberunsur pengeluaran adalah bertujuan dikomersialkan. Contohnya penghasilan batik dansongket. Hasil seni berkeupayaan membentuk empati dan tarikan. Contoh-contohnya yangjelas ialah papan iklan. Pembelajaran seni, aktiviti dan apresiasinya dapat menghasilkanbarangan yang sangat berpotensi untuk perniagaan dan perdagangan. Antara contoh yangjelas ialah bidang pembungkusan. KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak 28
    • TAN BEE SIM (D20102044284)11. Penghubungkaitan Seni Terhadap Kepelbagaian Budaya di Malaysia. Penghubungkaitan membawa maksud menghubungkaitkan pelbagai bidang kemahirandan pengetahuan dari beberapa mata pelajaran dalam sesuatu pengajaran danpembelajaran. Dengan adanya penghubungkaitan tersebut pembelajaran akan dapatmembantu percambahan pemikiran murid dengan mengaitkan isi pengajaran guru dengankehidupan seharian mereka. Pengajaran dan pembelajaran yang ada penghubungkaitan iniakan menghasilkan pembelajaran yang lebih efektif. Penghubungkaitan seni dalam merentasi kurikulum awal kanak-kanak adalah salah satudasar dalam pembentukan kurikulum sama ada ia sebagai satu mata pelajaran atau iadigunakan sebagai bahan dalam pengajaran. Penyatuan seni merentasi kurikulum kanak-kanak ini menghuraikan maksud kurikulum itu sendiri dan kaitannya dengan seni. Selain itu,aktiviti seni yang boleh digunakan di dalam beberapa mata pelajaran seperti matematik,bahasa, sains, pembelajaran sosial dan seni ekspresif. Seni adalah salah satu cara lain bagi memberi kanak-kanak peluang belajar denganberkesan. Ia lebih menyeronokkan dan senang untuk kanak-kanak menerima pengalamandari sumber pertama. Seni membantu kanak-kanak berhubung antara satu sama lain.Mewakili diri sendiri melalui potret-potret dan lukisan-lukisan bentuk manusia danmeningkatkan satu kesedaran pada diri, bahagian badan dan lain-lain. Melalui seni,seseorang dapat mengenal pasti peranan seseorang pelukis itu. Kajian mengenai pelukis boleh menjadi sebahagian daripada pengajaran dalam bantuankemasyarakatan. Kanak-kanak boleh melawat muzium atau galeri. Pelukis itu juga bolehmenghadirkan diri di sekolah dan menunjukkan proses lukisan dan kerja-kerjanya dihadapankanak-kanak. Mereka boleh melakukannya bersama kanak-kanak. Hal ini dapatmenerangkan tentang pengenalan kepada sejarah dan budaya, kerana pelukis mempunyaicara mereka yang berbeza-beza sejak zaman prasejarah lagi. Perbezaan budaya dankumpulan ini dapat membentuk jenis seni yang berbeza. Seni adalah satu element budaya. Menurut Mcfee (1993), seni adalah bentuk komunikasi budaya, ia adalah salah satuasas kemahiran berbahasa yang perlu kanak-kanak sertai dalam demokrasi budaya yangpelbagai. Semua budaya mempunyai seni yang tersendiri. Pengalaman kanak-kanak dalammenghormati dan menghargai seni orang lain memberi kanak-kanak kefahaman tentangpersamaan dan perbezaan budaya. Penghubungkaitan ini berperanan sebagai satu strategi dan kaedah pendidikan untukmembantu melahirkan pembelajaran dan persekitaran yang menyelitkan unsur-unsur sosial KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak 29
    • TAN BEE SIM (D20102044284)agar dapat membentuk supaya setiap insan itu akan terus dihormati, menggalakkan sikapkepimpinan yang terpuji, berinisiatif dalam menjalankan tugasan yang diberi oleh guru danbersikap inovasi dalam melaksanakan satu-satu aktiviti dan kemahiran serta dapatmerangsang setiap murid untuk mencapai kecemerlangan dari segala sudut akademik mahupun kokurikulum. Ia secara tidak langsung akan mengaitkan mata pelajaran sepertimatematik, sains dan teknologi, kajian sosial, bahasa dan fizikal dan pembangunan sosial,meletakkan keseluruhan kurikulum kedalam konteks kehidupan yang sebenar. Setiap pelajar berhak memperolehi pengalaman berasaskan pendidikan yang pelbagaibentuk walau pun mereka datang dari pelbagai latar belakang dan taraf sosio ekonomi yangberbeza dan mempunyai sebarang kekurangan. Untuk itu seni visual memainkan perananyang penting dalam pendidikan keseluruhan dan pembangunan minda murid. Sebagai seorang guru peranan yang perlu dilaksanakan dalam pengajaran danpembelajaran adalah untuk merancang sesuatu pengajaran dan pembelajaran menjadi lebihsistematik. Untuk mencapai matlamat ini, guru perlulah merancang topik, objektif, isi, carapenyampaian dan penilaian yang bersesuaian dengan kebolehan sedia ada serta minatpelajar. Selain itu, guru berperanan memberi motivasi kepada pelajar. Motivasi bermakna seni praktik menggunakan insentif dan membangkitkan minat untuktujuan membuatkan murid menunjukkan prestasi dalam cara yang diingini. Murid digalakkanuntuk melibatkan diri secara aktif dalam segala aktiviti yang diadakan di sekolah tanpa adasebarang pengecualian. Dengan melibatkan diri secara aktif ianya secara tidak langsungdapat mempertingkatkan konsep kendiri iaitu dapat membuat penilaian, pandangan,tanggapan dan kepercayaan termasuk kekuatan dan kelemahan diri sendiri. Pengukuhanmerupakan satu cara guru untuk merangsang minda murid supaya menyebabkanpembelajaran murid meningkat maju atau terdapat peningkatan dalam tingkah laku yangpositif. Penyampaian pengukuhan ini juga dapat membentuk pelajar memperolehi pelbagaipengalaman serta pengetahuan berdasarkan aktiviti-aktiviti yang dirancangkan itu menarikdan mencabar mereka. Tujuan penghubungkaitan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah untukmeningkatkan lagi tahap kefahaman belajar murid-murid. Selain itu ia juga boleh membinaserta melatih minda murid-murid untuk menjadi lebih aktif dan kreatif sekaligus dapatmembantu pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran yang diajar.Dengan adanya penghubungkait tersebut murid-murid akan belajar beberapa kemahirandalam sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran. Selain daripada dapat memantapkanperkembangan sosial, emosi dan intelek murid-murid, pengajaran berintegrasi seperti yang KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak 30
    • TAN BEE SIM (D20102044284)tersebut di atas dapat juga meningkatkan tahap perkembangan kognitif, psikomotor danafektif mereka. Untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran penghubungkaitan(penggabungjalinan) ini lebih berkesan, guru-guru memainkan peranan yang paling pentingselain kesedian murid-murid sendiri.12. Kesimpulan Secara kesimpulannya, seni dalam pendidikan adalah sangat penting dalam prosespengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana, pengajaran seni dalam pendidikan dapatmemupuk minat pelajar serta menjadikan proses pengajaran dan pembelajaranmenyeronokkan dan tidak lagi membosankan. Oleh itu, guru harus mengaplikasikan senidalam pengajaran untuk memastikan penyampaian pengajaran guru tersebut dapatmerangsang kearah pembelajaran yang berkesan. Di samping dapat mengalakkan pelajarbergerak aktif ketika proses pengajaran dan pembelajaran ini berlangsung kerana tertarikdengan kaedah yang digunakan ini. Dalam aspek budaya pula jelaslah KurikulumPendidikan Seni yang ada sekarang dapat memberi sumbangan yang mengalakkanberdasarkan ciri-ciri pendidikan seni yang telah dinyatakan di atas. Tidak dapat dinafikanbahawa pendidik merupakan agen yang penting sekali dalam usaha merancang pengajarandan pembelajaran yang menjurus ke arah perpaduan dimana terdapat pelbagai etnik danbudaya di Malaysia. Sebagai seorang pendidik, ilmu kandungan kurikulum harus dikuasaidan dilaksanakan. Kesemua bidang seni kreatif iaitu seni lukis, muzik, tarian, drama dankraftangan perlu diintegrasikan kerana mempunyai motif dan tujuan yang sama.Pengintegrasian ini akan memperkukuhkan dan memantapkan lagi kefahaman pelajartentang tajuk-tajuk yang diajar. KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak 31
    • TAN BEE SIM (D20102044284) BibliografiNor Anuwar bin Hamat. Kreativiti Dalam Pendidikan Jabatan Kajian Sosial dari laman web http://www.scribd.com/doc/52689900/Kreativiti-Seni-dalam-PendidikanIbrahim Hassan. (2001). Pendidikan Seni Di Malaysia: Antara Harapan Dan Kenyataan dalam Seminar Pedagogi Pendidikan Seni Visual. Tanjong Malim, UPSI.Mazlan Mohamad. (1997). Pendidikan Seni 2: Kurikulum Pendidikan Seni. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.Mohd.Azhar.Hamaid. (2004). Kreativiti: Konsep Teori dan Praktiks. Johor: Universiti Teknologi Malaysia.Syed Ahmad Jamal. (1979) Rupa dan Jiwa, Muzium Seni Asia. Universiti Malaya, K.L.Kementerian Pendidikan Malaysia :Sukatan Pelajaran Sekolah Menengah. (1976). Seni Lukis dan Pertukangan Tangan. Dewan Budiman dan Pustaka: Kuala Lumpur. 1976. KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak 32