60 perlembagaan-pibg

5,099 views

Published on

0 Comments
4 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
5,099
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
488
Actions
Shares
0
Downloads
148
Comments
0
Likes
4
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

60 perlembagaan-pibg

  1. 1. PERLEMBAGAAN PIBGWednesday, 10 December 2008 10:33 -PERLEMBAGAAN DAN KAEDAH-KAEDAH PERSATUANPERSATUAN IBU BAPA DAN GURU KAEDAH ANama dan alamatKAEDAH BMaksud-maksud dan tujuan persatuan.1. Maksud persatuan ialah : 1. untuk mengadakan sesuatu forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuanmurid-murid di sekolah atau institusi pelajaran itu. 2. Untuk membantu dan menambah usaha sekolah atau institusi pelajaran pada memenuhikehendak-kehendak dan keperluan-keperluan kebendaan murid-murid dalam kegiatan-kegiatanmereka. 3. Untuk membolehkan ibu bapa dan guru-guru di sekolah atau institusi pelajaran itubertukar-tukar fikiran dan maklumat mengenai pelajaran pada amnya, dan 4. Untuk memberi peluang kepada guru-guru dan ibu bapa di sekolah atau institusipelajaran itu berunding antara satu dengan lain berkenaan dengan cara memperbaiki tarafpelajaran anak-anak mereka pada amnya. 1/8
  2. 2. PERLEMBAGAAN PIBGWednesday, 10 December 2008 10:33 -2. Tujuan-tujuan persatuan ialah 1. untuk menentukan supaya murid-murid di sekolah atau institusi pelajaran itumemperolehi faedah maksimum daripada kemudahan-kemudahan pelajaran mereka. 2. Untuk menentukan supaya murid-murid di dalamnya mempunyai sumber-sumber yangperlu untuk membuat kerja-kerja sekolah mereka baik di rumah atau di sekolah atau institusipelajaran itu. 3. Untuk mewujudkan alam sekeliling yang sebaik-baiknya bagi sekolah supayamembolehkan murid-murid mencapai perkembangan kerohanian, keakhlakan, otak danjasmani.KAEDAH CTempat diadakan mesyuarat.KAEDAH D1. KeanggotaanTiap-tiap ibu bapa dan guru guru adalah diiktiraf sebagai ahli persatuan ini. 2. Jawatan Kuasa 2/8
  3. 3. PERLEMBAGAAN PIBGWednesday, 10 December 2008 10:33 - 1. Satu Jawatan Kuasa mengandungi pegawai berikut hendaklah dilantik di mesyuaratagung tahunan :a.Pengerusib.Timbalan Pengerusic.Setiausahad.Bendaharie.Tujuh orang Ahli Jawatan Kuasa.ii)  Nama-nama untuk jawatan di atas hendaklah dicadangkan dan disokong dan pemilihandijalankan dengan cara mengundi oleh ahli-ahli di dalam mesyuarat agung tahunan. Semuaanggota AJK boleh dilantik semula tiap-tiap tahun.iii) Nama-nama kekosongan yang berlaku dalam Jawatan Kuasa hendaklah dipenuhi olehJawatan Kuasa dengan melantik seorang ahli biasa yang akan memegang jawatan hinggaMesyuarat Agung Tahunan yang kan datang.3. Tugas-tugas Jawatan Kuasa 1. Tugas Jawatan Kuasa ialah mengelolakan dan mengatur kegiatan-kegiatan persatuandan membuat keputusan atas perkara-perkara yang menyentuh perjalanan persatuan dengantidak terkeluar dari dasar umum yang ditetapkan oleh mesyuarat agung. 2. Jawatan Kuasa hendaklah mesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 3 bulandan 14 hari pengumuman hendaklah diberikan kepada ahli-ahli. 3. Pengerusi dengan bersendirian, atau tidak kurang daripada tiga orang ahli Jawatan 3/8
  4. 4. PERLEMBAGAAN PIBGWednesday, 10 December 2008 10:33 -Kuasa bersama-sama boleh memanggil supaya diadakan mesyuarat Jawatan Kuasa padabila-bila masa.4. Tugas  Jawatan Kuasa PIBG 1. Pengerusi hendaklah menjadi pengerusi semua mesyuarat agong dan semua mesyuaratjawatankuasa dan bertanggung jawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat. Iamempunyai undi pemutus dan hendaklah ia menanda tangani minit-minit mesyuarat apabilatelah diluluskan. Dalam masa ketiadaannya Naib Pengerusi hendaklah memangku jawatannya 2. Setiausaha Kehormat hendaklah menjalankan urusan persatuan menurutperlembagaannya, dan melaksanakan arahan-arahan mesyuarat agung dan mesyuarat jawatankuasa. Ia hendaklah menyimpan minit-minit semua mesyuarat, dan menguruskan semua halmesyuarat, dan menyimpan semua buku-buku, surat-surat dan lain-lain rekod.Ia hendaklahmenyediakan laporan unutk dibentangkan, kepada mesyuarat agung dan minit-minit yangberkenaan dengannya. 3. Bendahari adalah bertanggung jawab berkenaan hal semua kewangan persatuan. Iahendaklah membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan, danbertanggung jawab diatas kebetulannya. Ia hendaklah menyediakan penyata kira-kira bagitiap-tiap tahun, kewangan sebelum satu haribulan Febuari* dan serahkan untuk di audit.KAEDAH EPendapatanPersatuan hendaklah menubuhkan satu kumupulan wang ke dalam mana yang hendak dibayarsemua derma atau sumbangan daripada mana-mana ahli terhadap tujuan-tujuan persatuan,dan kumpulan wang itu hendaklah diuruskan oleh persatuan secara telus.KAEDAH FKuasa bagi membelanjakan wang persatuan 4/8
  5. 5. PERLEMBAGAAN PIBGWednesday, 10 December 2008 10:33 - 1. Kuasa untuk membelanjakan wang persatuan ialah Jawatan Kuasa Persatuan dengansyarat ianya digunakan untuk perkara-perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuanpersatuan. 2. Bendahari dibolehkan menyimpan wang runcit tidak lebih daripada $100.00 (Satu RatusRinggit Sahaja) pada sesuatu masa dan memasukkan semua wang yang lain ke dalam sebuahbank yang diluluskan oleh Jawatan Kuasa. Akaun bank itu HENDAKLAH di atas namapersatuan. 3. Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang dari Akaun Persatuan hendaklah di tandatangani bersama oleh Bendahari, Pengerusi  dan Setiausaha 4. Tahun kewangan persatuan ialah 1hb. Januari hingga 31 hb. Disember. 5. Semua urusan keewangan hendaklah di lakukan secara telus. Urusan pembelianmelebihi RM500.00  hendaklah mendapat kelulusan Majlis Jawatan Kuasa PIBG terlebih dahulusebelum pesanan pembelian di keluarkan.KAEDAH GPenyimpan akaun-akaun pendapatan dan Perbelanjaan Persatuan. 1. Akaun persatuan hendaklah diaudit pada tiap-tiap tahun oleh dua orang yang tidakmenjadi ahi Jawatan Kuasa dan mereka hendaklah dicalun oleh ahli-ahli persatuan dalammesyuarat agung tahunan. 2. Penyata kira-kira yang telah diaudit berserta salinan penyata akaun bank hendaklahdikemukakan untuk kelulusan mesyuarat agung tahunan yang berikutan. 3. Satu salinan penyata kira-kira yang telah di odit dan diluluskan oleh mesyuarat agungtahunan hendaklah dihantar kepada Pendaftar Sekolah, Negeri.KAEDAH HKoram 1. Koram bagi mesyuarat agung hendaklah tidak kurang daripada 24 orang ahli(Bilangannya mestilah tidak kurang daripada 3 kali jumlah bilangan ahli-ahli Jawatan Kuasa) 2. Koram bagi mesyuarat Jawatan Kuasa hendaklah sebanyak 2/3 bilangan ahli-ahliJawatan Kuasa. 5/8
  6. 6. PERLEMBAGAAN PIBGWednesday, 10 December 2008 10:33 -KAEDAH IMesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Tergempar 1. Kuasa persatuan hendaklah terserah kepada mesyuarat agung ahli-ahli. 2. Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah diadakan pada tiap-tiap tahun sebelum akhir bulanMei.   3. Suatu Mesyuarat Agung Tergempar hendaklah diadakan : - Apabila difikirkan perlu oleh Jawatan Kuasa. - Atas permintaan bertulis oleh sekurang-kurangnya 24 orang ahli persatuan danmesyuarat itu hendaklah diadakan dalam tempoh 21 hari daripada tarikh penerimaanpermintaan tersebut. - sekurang-kurangnya 14 hari notis hendaklah diberikan secara bertulis untuk mengadakanmesyuarat agung tahunan dan sekurang-kurangnya tujuh hari notis bertulis bagi mesyuaratagung tergempar. - Urusan mesyuarat agung tahunan ialah menerima laporan Jawatan Kuasa dan Penyatakira-kira yang telah diodit bagi tahun yang lalu, memilih pemegang-pemegang jawatan danmenimbangkan lain-lain perkara yang menyentuh kemajuan dan kebajikan persatuan. - Urusan mesyuarat agung tergempar hendaklah dihadkan hanya kepada maksudmesyuarat itu diadakan.KAEDAH J Pindaan Perlembagaan PersatuaPerlembagaan Persatuan ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusanmesyuarat agung tahunan. Perubahan-perubahan atau pindaan-pindaan kepada perlembagaanhanya berkuatkuasa mulai daripada tarikh perubahan-perubahan dan pindaan-pindaan itudibenarkan oleh Pendaftar Sekolah, Negeri. 6/8
  7. 7. PERLEMBAGAAN PIBGWednesday, 10 December 2008 10:33 -KAEDAH KHarta dan Amanah 1. Persatuan adalah mempunyai kuasa untuk mempunyai, mengguna dan melupuskanapa-apa harta alih atau harta alih yang mana pada pendapatnya dikira kan memudahkan iamenjalankan kuasa-kuasa dan kewajipan-kewajipannya.   2. Empat orang pemegang amanah hendaklah dilantik di mesyuarat agung tahunan danmereka kan berkhidmat selama yang dikehendaki oleh persatuan. Kepada mereka akandiamanahkan semua harta takalih kepunyaan persatuan dan mereka hendaklah menguruskanharta-harta itu mengikut cara yang diperintahkan oleh Jawatan Kuasa.   3. Pemegang amanah tidak boleh menjual, menarik balik atau meukar harta kepunyaanpersatuan dengan tidak ada persetujuan dan kuasa yang diberikan oleh mesyuarat agungahli-ahli.   4. Seseorang pemegang amanah boleh dilucutkan dari jawatannya oleh Jawatan Kuasaoleh sebab uzur kerana penyakit tidak siuman, tidak berada di dalam negeri atau kerana lainsebab yang menyebabkan ia tidak boleh menjalankan tugasnya atau pekerjaannya tidakmemuaskan. Jika berlaku kematian, letakkan jawatan atau pembuangan bagi seseorangpemegang amanah sebelum mesyuarat agung tahunan maka kekosongan itu bolehlahdipenuhkan oleh Jawatan Kuasa sehingga pemegang amanah yang baharu dilantik di dalammesyuarat agung.   5. Pemegang amanah yang dilucutkan daripada jawatannya mengikut perlembagaan ini,berhak merayu kepada mesyuarat agung yang berkuasa memberi keputusan yang muktamat.KAEDAH L   Larangan 1. Persatuan tidak boleh memperluaskan bidang kuasa kepada perkara-perkara yangberkaitan dengan pekerjaan dan syarat-syarat perkhidmatan guru-guru dan kakitangan lain disekolah 2. Persatuan tidak boleh menjadi instrumen bagi menyelesaikan pertikaian atauperkara-perkara lain yang bersangkutan di antara persatuan dan Guru Besar / Pengetua atau 7/8
  8. 8. PERLEMBAGAAN PIBGWednesday, 10 December 2008 10:33 -kakitangan sekolah atau Jabatan Pelajaran atau Kementerian Pelajaran atau Kerajaan Negeriatau Persekutuan.KAEDAH MTaksiranSekiranya timbul sesuatu yang tidak jelas mengenai taksiran dalam perlembagaan ini, perkaraitu hendaklah dirujukkan kepada mesyuarat Jawatan Kuasa. Keputusan Jawatan Kuasamengenai perkara tersebut adalah muktamad.KAEDAH NPembubaranPersatuan ini tidak boleh dibubarkan melainkan dengan kelulusan bertulis daripada PendaftarSekolah, Negeri. Segala harta alih atau takalih tidak boleh dilupuskan melainkan dengankelulusan Pendaftar Sekolah, Negeri. 8/8

×